2008-02-12

Saya sangat hensem

 
Pernah tak korang jumpa laki hensem?
Laki hensem selalunya dia act macam dia hensem ke tak?
Tak kan?

Dia cam selamber landddddd je, jalan pun menonong je, jenis yang takde la nak pikir 'awek ni pandang aku ke tak?', 'awek ni konfem toleh ni kalau aku lalu depan dia'. Dan selalunya mat-mat hensem ni tak poyo, rilekkkkk je, dan selalunya diorang tak tau pun yang diorang ni sangat la memikat. Mereka-mereka ini juga jenis kalau boleh tak nak mengexposekan diri lelebih, cakap pun cool, ada tu kalau cakap pun antara dengar tak dengar.

Tapi, ada satu mamat yang aku cukup kenal dan merasakan dirinya begitu dikenali mengatakan dirinya sangat digilai ramai.
Aku pun tak berapa nak pasti apekah ciri-ciri yang ada lam diri dia yang membuatkan pompuan boleh tergila-gila. Diorang yang tergila-gilakan aku okkkkk.

Pantek kau.

Dia ni nak kata hensem memang tak. Aku tak kisah la kalau ko tak hensem, kalau perangai ko ok, takde hal. Aku pun takde la kata aku lawa sampai nak mengutuk orang ni cun ke tak, tapi kalau aku tempek muka dia kat sini boleh mengganggu-gugat emosi kanak-kanak.

Apa-apa pun part muka aku leh accept lagi. Sebab tu aku still boleh kawan ngan dia.
Part perangai dia ni yang aku rasa cam nak bagi makan ubat gegat je.

Lelaki itu : Ntah hapa-hapa Enot
(bukan nama sebenar) tu. Ada ke ngan mamat tu dia nak buat laki? Tak hensem lansung.

Aku : Abis tu takkan nak pilih kau?

Lelaki itu : At least aku hensem la jugak.
(muka series ni)

Taik.

Statement dia ni kalau bagi kat orang tengah sembelit, aku cakap ko, terus buasir orang tu okkk.

Itu baru perbualan.
Tak tengok lagi kalau sessi aku temankan dia makan.

Lelaki itu : Ko nih, ayam ambik, ikan ambik, telur ambik. Jaga la sikit body tu.

Aku : Yang ko kisah body aku pesal? Bukan dapat kat kau.

Lelaki itu : Takdela, sebab aku kuar ngan kau. Kang orang kata aku tak pandai jaga awek. Awek makan banyak.

Aku : Takde saper gila nak kata aku awek ko lah.

Lelaki itu : Ada pulak, kawan aku yang hari tu aku kenalkan tu dah kecoh dah kata ko awek aku. Satu opis sibuk nak tengok saper awek aku. Malu aku.


Malu?????????????????????????
Aku : Asal lak ko nak malu?

Lelaki itu : Takde la, biasanya kalau orang tu hensem sure la awek dia lawa kan?

LANJIAAOOOOOOOOOO!!!!!!

Ok takpe...aku terima kenyataan tu.
Walaupun agak tertekan.
Masalahnya ko ni hensem ke???
Ringan je aku nak paste gambar dia kat sini.

Ada lagi satu.
Masa tu aku stayback kat opis.
Dia ajak dinner, ok aku ikut.
Aku tak naik keta dia, masing-masing bawak sendiri-sendiri sebab lepas tu boleh balik terus.

Masa aku sampai dia dah ada lam restoran. Aku call tanya dok kat mana.
Dia kata dia ada kat meja depan, luar restoran, bawah payung.
Ok, aku carik.

Dannnnnnn.......bagai kena renjatan elektrik.
Aku nampak di suatu sudut sana.
Ada seorang lelaki.
Sedang duduk kat luar restoran.
Pada pukul 8.15 malam.


...dengan memakai spek itam.


Aku : Ko sakit mata ke?

Lelaki itu : Takde ahh. Pesal lak aku nak sakit mata.

Aku : Yang ko pakai sunglass ni pekejadahnya.

Lelaki : Saje aku nak tunjuk kat ko aku baru beli.



Ok, cukuppp!
Now tolong jelaskan kat aku apekah bentuk manusianya kawan aku ni?

Kalau ye pun ko nak eksyen ngan aku, boleh tak tunggu besok siang-siang hari??
Tak pun ko tunjuk je la spek tu kat aku, yang ko nak kena pakai jugak malam malam ni ko ni sakit otak ke apa?







2008-02-10

Shopping lagi


Hi kawan-kawan!

Saya sangat mengantuk.
Mata sudah ada eyebag.
Kerana saya lambat tido semalam, chatting ngan orang gila.
Tapi saya sangat happy, kerana saya telah berjaya merabakkan poket sendiri dengan bershopping.

Mari sama-sama saksikan kegedikkan saya :





Aku beli semua sebab rasa sangat jelita bila pakai semua baju-baju tu. Wakakakakakka.

Ada orang tanya kenapa aku suka snap pic masa try baju.
Dah tu, laki aku taknak masuk sekali lam fitting room. So camne aku nak tunjuk baju tu ok ke tak, lulus ke tak? So, aku akan snap pic, pastu tunjuk kat dia. Ok ke tak bang? Selalunya aku paksa dia kata OK.

Biasa la dah lama kawen ni banyak la pulak alasan dia taknak masuk sekali tengok aku test baju. Kalau dulu tu menggelupur kote nak ikut aku masuk. Benci okkkkkkkk.

Sebelum tu kitorang pekena Tako dulu.
Sebenarnya nak cari Okunomiyaki, dah jumpa, En Wan gatal lak pi order Tako. Nak ajar aku la konon, padahal dia yang nak makan. Tapi ok jugakla sotong kurita ni.







Sessi mengeji.

Ada satu mamat yang sangat gatal telur.
Ajak aku beromen dengan dia macam la aku bosia boleh main ajak-ajak.


----------------- Original Message -----------------
From: ***********************


cool pics, i love them.


i will give you a brief intro about myself, i run my own business.

i m of mix origin, my dad is a malay and mum a chinese.

i live life to the fullest.


firstly just want u to know u look great in the pics.

i wish to meet girls who r open minded and adventurous, willing to try out new things.

i m no playboy just speaking my mind.

anyway my specialty is licking, yes a pussy licker, just love it. wouldnt want to lie to you of my intentions, just speaking my mind, i hope u dont take it as an offence.


would really wish to lick u, any which way u desire, afterall u r human too. everyone has the urge sometimes. we could always be private and discreet about it. i hope that u would at least consider it.
 

p/s
u can also chat wth me at ym, if u r interested. *******@yahoo

SIAPA NAK JOIN AKU ROGOL BOJAN NI???

Sakit otak punya jantan.
Nak jual kote pegi kat lorong haji taib la.
Bodoh.

2008-02-02

Wa kena maki kaw kaw


Lamanya tak update blog.
Semakin malas, malas dan malas.
Malas lagi.
Lagi-lagi malas.
Lagi-lagi malas Part II.
Lagi-lagi malas Part III.

Hari isnin lepas aku kena bambu gila-gila ngan bos yang gila.
Babi betul.
Padahal bukan salah aku pun.

Kronologi pemakian14 Jan 08
Ada satu request email masuk from customer tapi customer tu pi send kat customer service. Customer service terus forward kat aku. Tapi aku tak dapat.

17 Jan 08
While i was in HUKM, customer service ni called aku just to check if aku dah attend to the request tapi aku cakap aku tak dapat pun. So dia kata dia forward lagi sekali kat office account. Aku cakap jangan, better forward kat Yahoo account.
At night masa check Yahoo mail, by this time memang aku dah lupa lansung pasal request email tu.

22nd Jan 08
Aku tergerak nak clearkan spam folder, only to find that the request email was sitting inside this folder sejak 17 Jan. Tak tau pesal masuk spam.
So aku terus call customer and said that I will fax the quotation right away. Tapi memandangkan buat quotation bukan keje aku, so aku forwardkan kat customer service. Siap ngan HIGH PRIORITY remark lagi.

So esoknya 2 hari aku tak masuk ofs sebab ada appointment. Tau-tau je customer ni dah hantar complain email kenapa request dia lambat respond.

Bangkai.

Masa meeting tu aku la yang kena maki cam nak rak. Siap kena cop 'idiot' lagi. Macam sial okkkk. Selama aku keje lom pernah aku kena cop idiot, semua kata aku sangat arif lagi bijaksana. Tapi kat sini aku la manusia bangang sekali.

Babi.
Babi.
Babi!!

Bukannya request tu tak berbuat. Mula-mula customer hantar request kat customer service. Since budak customer service bukan bio background so dia tak tau menatang apa customer ni mintak, so dia forward kat aku. Too bad, aku tak dapat forward email tu. So aku suruh dia forward lagi sekali tapi to Yahoo account. Again, aku tak dapat sebab email tu masuk SPAM folder. Once dah dapat, aku forwardkan customer service. Aku tulis sikit apa yang patut dibuat. Si customer service ni pulak budak baru, dia memang buat quotation tu tapi dia pi emailkan quotation tu kat aku balik sebab dia ingat aveo757{at}yahoo{dot}com tu customer punya email.

Agak baghal sikit, masa aku inform customer service yang email tu email aku, bukan email customer, dia bukannya pi re-send email tu lagi sekali to customer, dia wat dekkkkkkkkkkkkkkk je. Alih-alih customer hantar complain email.
Aku la yang menjawab.

Memang aku menjawab pun. Tapi biasa la kan bos, dia nak lepaskan bengkak dia gak, takmo accept explanation aku. Macam machine aku kena maki. Brengset. Sekali aku silambam kanggg. Memang budak-budak kat sini cakap diorang semua take turn kena maki. So maybe this time turn aku kot.

Boleh la kalau ko nak maki, tapi boleh tak tak payah panggil aku bodoh? Kang aku wat bodoh betul-betul, terus keluar bodohhhhhh je dari opis ni.

Masalahnya kenapa la ko tak nak terima explanation aku???? Apa masalah ko nih?
Bukannya request tak berbuat, cuma things tak fall into the right place. Sometimes shit like this happens kan? Tough luck, aku sorang yang kena.

Terus malam tu aku bengkak gila.
Sampai hari ni aku benganggggggg.
Last week, 3 days aku tak masuk opis lansung. Gi merayap jumpa customer. Dia nak sangat aku jadik bodoh kan? Meh aku tunjuk kebodohan aku.

2008-01-28

Mari interview perempuan ini


Tadi aku diinterview oleh NTV7.
Padahal En Wan dah dengar dah mamat cameraman tu cakap 'Budak ni..budak ni'. (halo, budak???)
Dia boleh selamba tak sound aku suruh pi tempat lain, tapi senyum-senyumkan aku dari jauh. Saje je tinggalkan aku kat blakang so that budak tu bleh tahan aku.

Dah la NTV7 tu tanya pendapat aku pasal withdraw KWSP untuk invest saham. Saham???? Eh, tolonglaaa. Aku la orang pertama yang angkat bontot kalau ada orang approach aku pasal saham.

Dah la aku masa tu migrain.
Dah la masa tu aku tengah tensi ngan keje.
Dah la masa tu aku tengah tahan kencing, ko pulak pi tahan aku kat situ dengan harapan aku nak bagi pendapat yang bernas.

Sejauh manakah kebernasan idea tatkala pundi kencing sudah penuh?

Maka jawapan aku pun JAWAPAN YANG BODOH!
Aku taknak cerita apa soklan dia, let alone jawapan aku, dan aku berdoa supaya dia reject part yang dia interview aku dan sila kuarkan muka orang lain. Tak pun tolong blurkan muka aku.

2008-01-23

myspace


Alahhh, bengangnya aku 2 hari ni lembab nak mampos nak masuk Yahoo. Yahoo okkk. Aku bukan mintak banyak pun. Nak masuk Yahoo pun berchentaaaaaaaaaaaa.
Inikan pulak nak update blog.

Sebenarnya aku dah makin malas nak blogging.
Dari last week aku asik balik lambat je. Kol 9.30pm baru sampai rumah. Tak lalu nak bukak blog dah.

Di kesempatan ini, aku nak meluahkan rasa meluat, benci, menyampah, nak muntah, nak pelempang kat certain people lam myspace. Aku benci sialll ngan sesetengah orang yang balik-balik topik dia SEX. Asal mesej aku je, 'boleh tanya tak, camne ye rasa kalau pompuan puas?', 'u puas tak dengan hubby u?' or yang lebih hina lagi 'i punya besar tau, semua gf i cakap i punya besar'.
Oh, mengapakah kau kecik-kecik takmo mamposss???

Kalau yang muda-muda tu aku paham la kan. Air naik ke kepala, dan nak terkuar kat lubang hidung pun. Tapi yang si tua-tua nak mampos ni ape kejadahnya ko nak menggatal ngan aku? Dah terang-terang aku tempek gambar laki aku semua lam tu. Ok la, maybe ko nak bergurau. Tapi sorry la pakcik, kalau saya nak menggatal pun pilih bulu gak. Kalau bulu cam pakcik ni yang hari-hari gugur selai-selai, saya tak layan. Gi surau la pakcik, banyak-banyakkan dengar kuliah subuh.

Ada sorang mamat ni, terang-terang aku tengok muka dah nak masuk 40-an tapi kalau chat ngan aku 'kejap ek, i dah nak kuar dah ni'. Aku pun cam bongok time tu 'Nak kuar? Okla, chat later'.
Tau apa dia reply?
'Oh, u tak faham ke? I kata I dah nak kuar dah ni. Oh..Oh..Ohhhhhhh'

KEMAKK!
Bawak la mengucap. Awak tu dah tua. dah bukan time awak nak menggatal cam ni. Aku rimas okkk dah tua-tua kedarah nak bercakap style mat-mat rempit. Please laaaa. Kang aku azan kat telinga ko kang.

Tapi ni aku nak share salah satu msg yang aku terima :

Date: Jan 22, 2008 12:51 AM
hello. I am writing from turkey. It greets from turkey. Your Profill very beautifull. I looked at. I liked very much your picture. I am living in turkey. I am engineer. I am food engineer. We are doing the production bread. All ladiess are the flower.I love very much the flowers.You are one flower.I liked picture you.You influenced me.Do you become my g,,rl friend.You stay from me glad.You love me a lot of. I appreciate you a lot of.If I love , i love complete.Am I the island the love.You are very beautifull.You are in my dream.I love with death.The flowers dead but love does not die. my imaill adresse s********@hotmail.com
Add you my msn I accept I am waiting for the answer

"..I AM FOOD ENGINEER. WE ARE DOING THE PRODUCTION BREAD.." katanya!!!

Bang, kat kampung saya, kalau produce bread tu bukan engineer namanya. Itu keling roti.

2008-01-22

Subway


Hari ni ada orang ajar aku makan SUBWAY.
Ye, saya sangat kampung. Subway pun tak tau apa.
Masa first time dia ajak aku makan Subway 'Kita makan kat Subway Giant'
Aku cam 'Kat Giant ada subway??? Subway ke mana?'.
Tapi takde la aku bertanya, jangan la nampak sangat bangang tu kan. Simpan la sket untuk hari tua.

So this time, aku nak try Subway sandwich. Sedap sangat ke?
Aku tau ko agak malu la jugak makan ngan aku that day kan sebab kedesaan aku terserlah. Tapi pegi la mampos ngan kemaluan anda. Tapi terima kasih la sebab ajar aku camne nak makan menatang nih.

Setelah saya memakan sandwich Subway, saya merasakan bahawa saya sangat western sekali. Saya bukan anak kampung lagi. Saya sudah berjaya!!!!!





Roti ini telah membuatkan aku hampir terlentang kepeningan. Ni beef ke kambing?? Seb baik apek di opis pantas menyambut badan aku yang melayang.











Dan aku and En wan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Akhirnya kitorang beli gak.



Our second house.


Padahal rumah aku skang baru 2 tahun duduk, tapi kegatalan kami sudah terserlah untuk membeli sebijik lagi. PUTRA AVENUE, still in Putra Heights compound. Sila salahkan Sime UEP sebab buat rumah lagi. And the best part is, rumah ni jarak dia 10 minit drive dari rumah aku skang. Apakah nikmatnya beli umah lam kawasan yang sama????

Hopefully this will be our last invest dalam property.
Tak sudah-sudah buat hutang.


The documents. 



Muka pikir camne nak bayar hutang. 


Still dengan gaya yang sempoi (read : selebet) time beli rumah. Saje nak tengok ada tak sales people yang nak approach kitorang dalam pakaian selekeh camni. Laki aku kan memang pandai wat muka selenga. Kalau aku cakap 'Cepat bang, buat muka selebet'. Memang dia jarang fail. Dia akan buat sehabis terdaya menyelengakan muka. See?


2008-01-16

Sakit


Kepada manusia saiko a.k.a loser, tolongggggg la jangan nak perasan yang tulah saudara terkena kat saya. Orang macam saudara dah takde kuasa nak menulah orang. Balik-balik tulah tu terkena kat diri sendiri. Tu yang manjang dapat suwey, hokeyyyy????

And takyah la kuar masuk blog saya ni. Kata ramai sangat kawan. Adelah lebih baik jika saudara pergi ke kawan-kawan saudara. Kerana kawan-kawan saya tersangat la ramai sampai tak terlayan, maka saya tak bercadang nak masukkan saudara dalam circle of frens saya.

Tak payah jugak risau dengan siapa saya berkawan sebab saya pun tak pernah tanya siapa kawan-kawan saudara. Sukati la saudara nak berkawan dengan siapa, nak melingkup dengan siapa, saya adelah takde hal!! Lagi ramai kawan saudara saya lagi sangat berbesar hati dan juga lapang dada kerana saya boleh lead life dengan peace and serene.

Dan ayat saudara semalam 'I tak macam u, I tak sanggup kena tipu. Biar la I yang kena'.
Ohhhh, sudah menjadi saikokah saudara ini? Seperti teringat-ingat ayat seseorang 'Biarlah I mati' or maybe 'Biarlah I convert'.

Ohhhhh...apekah?????

2008-01-15

Aku sangat panas


Pagi ni the whole day ada appoinment dari hujung ke hujung.
Bangun kul 6am tapi menguap-nguap dulu, golek-golek atas katil sambil bontot menyondol En Wan tengok ada interaksi ke tak. Ohh, lupa pulak, saya adelah sedang period. Batalkan saje niat suci di pagi hari. Lantas bangun ke bathroom untuk bershower-showeran.

Semalam sangat stressful, balik malam, sampai umah En Wan pulak teringin nak makan lauk yang bini dia masak, taknak makan kedai. Macamkan aku tak pernah masak. So, aku pun mula memasak tepat jam 8.45mlm dan selesai kol 9.30mlm. By the time nak suap nasik, aku dah menguap 3 kali.

Apesal ko nak masak, kata ada bibik?
Kerana bibik saya lom pandai masak. Majikan dia dulu adelah bangang, ambik bibik tapi soh jaga anak je, masak-masak tak ajar. Ape ko tak letak je anak-anak ko kat daycare yang susah payah nak angkut Indon datang sini semata-mata nak tolong kirakan anak ko cukup ke tak everytime balik dari padang?

Ok, emosi berlebihan.

Lepas makan malam, aku terus study. Sebenarnya dah takleh masuk tapi aku tolak nota-nota tu semua ngan teh tarik. Sepatah ayat baca, seteguk air aku minum. Baca sikit lagi, teguk lagi. Memang payah okkk baca dalam keadaan penat and stress. Last-last aku give up, tido. Nama nak bangun tengah malam sambung study adelah sangat tak pernah ada lam kamus hidup. Abaikan.

Pagi tadi sampai until 3pm aku ada kat Bangi area. Memula sampai M** everything dah ok. Alih-alih customer mintak extra document. Document tu pulak kat opis. So, dimanakah magis itu di kala aku memerlukan? Aku nak patah balik ke PJ ambik document pastu patah balik Bangi? Keje bodoh.

Pastu gi UKM, betul-betul to one of the lab aku duduk masa wat MSc dulu. Lantas terbayang balik camne everytime abis kelas aku balik umah nangis sebab nak benti blaja. Hari-hari balik nangis, tapi hari-hari pergi gak kelas.

Pastu nak gi M***. Tapi masa check balik dokumen, rupanya aku salah taip nama customer.
Sial palis.
Ok takpe, lari jap balik umah mak aku nak ammend docs and print.
Printer lak tak jalan pulakkkk.

Dah panas sket nih.

Takpe, email je doc ni kat customer pastu suruh dia print. Later aku datang kita discuss.
Sekali streamyx wat hal.
Cipetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.

Boleh tak jangan wat aku mencarut kat umah mak aku di kala bapak aku ada kat blakang??
Aku dah cuba untuk cas ayu today siap ngan pakai baju kurung.

Sabar Dianaaaa. Beristighfar 33x.

Ok, streamyx connected. Dengan tidak membuang masa kita persilakan streamix mengsend dokumen dengan segera.
Done.

Now dah kol 12. Customer mana yang available time-time lunch hour camni?
So kena pi makan dulu.
Nak ajak Pak Aji tak leh pulak sebab umah mak aku tengah renovate, so Pak Aji lam seminggu kena jadik jaga.
Ok, takpe, bukannya leh mati makan sorang kan.

Lepas makan rush gi UPM pulak. Then kol 3pm gerak ke UiTM. Sampai kat UiTM, parking cam biasa, memang tak pernahnya ada. Menapak la jauh gila babi. Elok je sampai tingkat 8, aku noticed dokumen yang aku nak discuss ngan customer takde. Tercicir.

"Pundekkkk".

Lepas tu, "astaghfirullahalazimm"

Aku memang macam tu. Memula carut dulu pastu insaf.

Patah balikkkkkk ke kereta yang tak berapa nak jauh sangat (ayat pemberi peransang kepada diri sendiri).

So, bolehkan anda merasakan apa yang aku rasa?
Aku rasa sungguh terhiris diperlakukan seperti ini. Dengan pakai baju kurungnya, pakai high heels, dah la hari ni panas yang mampu menambahkan hitam di kulit, belengas muka aku tengah-tengah panas camni, dengan jauhnya berjalan, tengah-tengah menapak boleh la pulak rasa nak terkencing, terpaksa la pulak aku catwalk semata-mata nak mengepit, pastu rambut mengerbang takleh ikat sebab getah jatuh lam kereta tak dapat carik kat mana.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

2008-01-10

Saiz underwear tidak mencerminkan saiz sebenar isinya.


Hari ni aku berjaya pujuk En Wan beli underwear.
En Wan ni sangat payah nak bershopping baju-baju or benda seangkatan dengannya. Bagi dia baju-baju ni tak penting. Memang la tak penting sebab badan ko tak naik-naik.

**Iklan**
Semalam aku timbang berat aku dah 47kg bebbbbbbbb!!!! Terus menggeletis nak masuk MNG. Sangat perasan di hati ini dengan turun sekilo badan aku leh muat lam baju MNG yang hanya sesuai untuk plywood bergerak. (No offense, hanya jeles saje)

Kat underwear section, aku tengok En Wan punya la payah nak pilih mana satu berkenan. Pada aku takde la susah mana pun. Kaler pun takat biru, hitam, putih, kelabu, merah. Paling hawt pun corak askar, tak pun tiger. Tapi tolong la jangan buat tebiat nak beli spender bercorak En Wan, mati syahwat aku.

Aku : Carik apa lagi ni bang. Ni Hush Puppies ni (dia mmg gila brand anjing)

En Wan : Takde, abang tengok saiz ni. Takkan la 28-30" saiz S kot.

Aku : Pinggang abang saiz apa?

En Wan : 29

Aku : Ye la tu. S la. Hek elehhhh...saiz S bang?? (gelak)

En Wan : Tu la pasal. Muat ke?

Aku : Muat la. Dah pinggang 29. Bird abang besar sangat ke? (time ni aku cakap kuat gila sampai salesman tu pun lari. Dia takut aku examine saiz kote dia pulak kot)

En Wan : Tu la, rasanya dah besar sket skang. (pastu dia pulak gelak. Gelakkan kote sendiri)

Sekian sahaja cerita underwear.
Esok cerita bra pulak.
Pastu lepas 3 hari, blog aku kena banned.

2008-01-09

Again, hepi new year!


Aku expect malam ni aku boleh bersenang-lenang update diri dengan baca blog member-member, pastu update blog jap, then sambung buat keje opis.

Semalam phone cable kena sambar dek kilat. Ok la takpe, aku sabar lagi tunggu sampai hari ni Telekom nak betulkan. So malam tadi lepas Maghrib En Wan dah check cable, semua ok, aku pun start la bukak laptop. Dah cun-cun reply email *sha-zai* and reply comment, tetiba line went off. Dah restart still failed to connect. Wat aku stress la pulak malam-malam tahun baru camni. Modem ok, local connection ok, tapi tak connect-connect gak. Streamyx kata ‘agaknya line Subang Jaya ada problem la cik’.


‘Oh, ye ke? Macamana awak tau line dia ada problem?’

‘Sebab kami terima banyak call dari Subang Jaya tadi’


Ok. Itu menjawab soalan aku dengan tepat ke?
Kalau seploh markah, ko dapat setengah je. Itupun sebab ko angkat call aku.

Boring boring boring.
Dan stress juga.

Jap tadi layan She’s the Man.
Boleh la, takat nak bagi stim sorang-sorang.

Now, The Perfect Catch.
Ntah hapa cerita aku tak tau.

Hari ni aku sangat la happy.
Happy Happy Happy Happy Happyyyyyy!!!!!!

Yes, aku tipu sebab aku dah cakap tadi aku stress.
Itu cuma bagi mensaikokan diri supaya menjadi happy.

Lunch ngan Ah Beng tak menjadik today. Takpe, next time.
Tea ngan Hanif pun terbatal dengan serta-merta sebab hujan and aku malas nak redah hujan sebab aku pakai baju jarang gila today.
Dinner ngan En Wan pun tak berapa nak happy sebab En Wan bagitau esok dia kena kerja. Good. Awal Muharram ko kena kerja, sebab kompeni saya adelah dari Jepun. Orang Jepun tak sambut Awal Muharram.

So??????????????????????????
Ko tak sambut, tapi aku sambut. So boleh respek sket tak????

Maknanya plan nak shopping esok tak menjadi.
And esok aku duduk sorang kat rumah dengan laki keje, and internet out.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh HAPPYnya sayaaaaaaaaa!!

Ok, enuff with that.

Ada kawan lelaki aku komplen bla bla bla bla awek dia materialistic.
So aku tanya ape masalah ko nih?

Lelaki itu : Awek aku la, dia tak mintak tau, tapi asik la cakap bf kawan dia belikan ni, kawan dia guna kad kredit balak beli tu and so on. Boring je aku dengar.

Perempuan ini : Dah bosan jangan dengar. Kalau terpaksa dengar, agak-agak malas nak layan ko diam je la.

Lelaki itu : Apesal pompuan kebanyakkannya materialistic?

Perempuan ini : Kalau materialistic pun kenapa? Ada masalah dengan kau? Kalau ko rasa mampu belikan, beli. Tak mampu jangan beli. Apa yang susah? Ko pun kata kan awek ko tak mintak, dia cuma nyanyi-nyanyi je kat telinga ko.

Lelaki itu : Tapi macam hint je bunyiknya.

Perempuan ini : Tau pun bunyiknya cuma hint. Kalau rasa paham, beli. Kalau tak paham, sudah. Ko ni kan, sebenarnya ko bukan bengang awek ko asik bagitau kawan dia dapat ni, kawan dia dapat tu. Tapi ko bengang sebab ko tak mampu nak belikan kan? Ko sakit hati kan? Kalau boleh ko nak belikan, tapi sebab ko tak mampu jadik ko kata la awek ko materialistic.

Lelaki itu : Ada lak.

Perempuan ini : Dah tu? Betul la apa aku cakap. Kalau pompuan tu gi kat laki kaya pompuan tu materialistic la. Kejar duit la. Tapi kalau pompuan tu pergi kat ko, maknanya cinta sejati. Boleh la pulakkkkk.

Lelaki itu : Ko mmg bangkai. (pastu gelak gelak).

Tau pulak gelak. Betul la kan apa aku cakap?

HAPPY AWAL MUHARRAM ALL!

2008-01-06

Aku tau aku akan beli gak


Semalam aku beli CLEO. Masa tengah baca-baca tu ada la satu page tu advertise new arrival handbag CR. Ado laaa, sampai mimpi basah aku okkkk. Bangun je pagi tadi, dengan muka busuk baru bangun tido, aku pandang En Wan yang baru keluar dari shower.

"Bang.."
Sambil pakai spender, "Pasal beg la tu"

Sangat memahami orang tua ni.
Sangat-sangat memahami.
Tapi setakat paham tapi takde tindakan susulan pun tak guna bang.

Lepas breakfast, En Wan ajak gi beli barang dapur and also carik kasut Redza.
So, kitorang melepak kat Sunway Piramid dari 10.30am sampai ke 3pm. Siap pi hantar barang masuk keta dulu pastu masuk balik Mall sambung shopping. Masa memula sampai tu parking punyala bersepah macam tak berapa nak laku je mall ni aku tengok. Time nak balik mak aiiiii, nak kuar pun tak boleh.

Masa nak balik En Wan saje je bawak aku lalu depan CR shop. Macam nak melompat jap. Beg yang aku nak tu ada.
Tapi, kebodohan melanda.

Nak pakai duit sendiri sayang, sebab rasa ada benda lain lagi aku nak beli.
Nak pakai duit En Wan memang aku tak pernah sayang, selalunya laju je mintak.
Tapi hari ni macam aku cakap tadi la, cam bangang je sehari suntuk. En Wan paksa aku beli gak sebab dia taknak aku mandom seminggu sebab pikirkan beg. Dah tarik-tarik aku masuk lam kedai, tapi aku taknak gak. Tak tau la pesal. Bukan taknak ala-ala taknak-tapi-mau. Tapi memang tak nak.

Itu citer beg.

En Wan tengok aku macam ada sumthing tak kena je, so dia ajak beli baju pulak.
Padahal dah try dah ni, sekali 2 baju. En Wan dah angguk dari jauh everytime aku pose kat dia dari luar fitting room. Punnnnnnn aku tak jadik beli. Sangkut balik.

Ntah pa pe aku hari ni.
Macam pisau Gilette tumpul.

Adekah kita tend menjadi bodoh bila period?

p/s : Siapa la yang dari Niigata dok rajin baca entry-entry aku ni? Ko kenal laki aku ke?

2008-01-05

Aku sangat berbulu


Hari tu kan aku kata aku dah delete myspace kan?
Aku dah delete 2 kali, dia still kat situ tak gerak-gerak. Ni apa citer?

Aku nak tanya, kalau aku view korang nyer myspace, apa yang akan aku nampak?
Profile korang aku leh nampak tak?
Status korang aku leh nampak tak?

Aku heran kenapa ada orang yang still gak tak reti baca status aku : MARRIED. Ok takpela, ko tak nampak. Aku bagitau kau yeee.

Aku dah reply msg seperti 'Sorry, I dont give my number to strangers' or 'Thank you, but I am married' or untuk lebih menanahkan lagi 'I am a proud parent'.

Ko still tak rasa satu perbuatan yang keji ke still lagi nak kata 'Takpela, kita kawan-kawan je. Bagi la HP number you okk. Thank you dear'.
Buto.
And apekah anda rasa bila seseorang, oh bukan, tapi segerombolan orang datang rumah anda pada pukul 9 malam. Pastu boleh lak cakap 'Belum makan lagi'.
So? pedulik apa aku ngan tembolok kau? Aku dah kenyang siap berak dah.

Dah tau nak sampai rumah orang pukul 9 malam, pikir-pikir la sikit. Apa salahnya ko singgah mana-mana dulu makan. Rumah ko 15 minit je jarak ngan umah aku. Dah la gerabak ko panjang and now ko expect aku bersilat kat dapur nak siapkan makanan ko semua.

And adekah aku perlu menyabarkan diri aku dengan banyak mengingati Tuhan dengan membawa tasbih dan berzikir sambil sebelah tangan pegang senduk memasak nasik goreng di dapur apabila orang yang datang bertandang semalam tak reti nak balik lagi pagi ni. Aku pegi breakfast pun dia ikut bawak segala gerabak dia, pastu melepak rumah aku sampai ke petang. Tau la rumah ko boring, tapi rumah aku jadi even boring bila ko ada.

Takpe, aku sabar lagi.
En Wan cakap takyah masak for lunch, orang yang datang melepak tu nak belanja pizza.

Ok la. Aku reda sket.

Sampai kol 1pm, pizza tak berorder lagi. Ni pe kes? Tak reti nak makan tengahari ke?
Aku hilang sabar, aku masak. Elok je siap aku masak, cehhh dia nak start order pizza. Hujan lebat time tu. Boleh pulak laki aku offer diri nak belikan pizza. Takpela, ko dah nak belanja kan. Hujan ribut pun redah gak.

Alih-alih En Wan bawak balik satu large pizza and satu regular pizza.

Ni berapa orang nak makan ni?

Gerabak ko je dah 4 orang, yang lam rumah ni ada 5 orang. Cukup ke ngan satu large and satu regular pizza?

Sorry la. Bukan nak kata aku banyak makan (tapi memang pun) but I don't think one piece for everyone is filling enough.
Fine la, ko belanja. Aku takleh nak cakap apa.
Ko yang offer lunch treat beria-ia pastu ko mintak laki aku redah hujan lebat beli pizza and the pizza end up tak cukup sebab pizza tu mjuat-muat untuk gerabak ko je.

Ko dah tau ko nak "belanja" orang, boleh tak jangan sampai orang bercatu-catu? This is lunch bukan sessi merasa makanan nak bagi orang cuit sana sikit, cuit sini sikit.
Aku tak tau la pikiran orang lain. Tapi kalau aku kata aku nak jamu orang, makanan biar lebih, jangan kurang. Aku tak suka orang datang rumah aku tak enjoy the food sebab kena makan sorang sikit.

Maybe reason ko sebab aku dah masak.
Lojik la kan, dah time aku masak ko ada sekali kat umah aku, harusla aku masak lebih. Takkan nak kasik ko ambik bau je. Yang ko pun dah tau nak order pizza, bleh tak consider orang dalam rumah ni semua? Beli la lebih apa salahnya. Kalau rasa-rasa duit ko tak cukup, takyah la tawar diri nak belanja makan. Beli and makan kat umah ko je. Aku pun tak sakit mata pandang.

Ini tak, beli pizza untuk anak beranak dia makan tapi makan kat umah aku. Pulak tu beli sikit. Boleh la pulak suggest 'Kita ambik pisau and potong-potong pizza ni'. Nak kasik nampak banyak.

Ado laaaaaaa.

SENGAL!!

2008-01-01

Apa ada dalam beg aku?


Aku tak dapat bayangkan besok punya jam sure gila babi.
Kalau tak esok pun, full effect dia konfem Isnin depan sebab budak-budak semua dah start skolah. Mula la masing-masing tunjuk bagus atas jalan. Merempit, menghimpit, menghonk, mencilaka.

Hari ni aku bangun pagi ramainya orang kat rumah aku. Yang dalam rumah ni dah tentu-tentu la ramai. Kak Ngah En Wan pulak pagi-pagi dah sampai sebab semua nak pi airport hantar anak sedara dia gi oversea. Aku sorry la nak bersempit-sempit kat airport. Ini la masanya aku nak melepak. Aku gunakan alasan nak train bibik baru. Tapi dari tadi aku dok depan laptop lagi. Seb baik bibik ni pandai bawak diri, tau-tau je penyapu ada bawah kaki aku "Maap kak, saya sapu bawah meja ya".
Ye, sila sila.

Mood nak buat report and forecast for year 2008 belum mari. So jangan buang masa. No more procrastinate in year 2008. Benda pertama yang perlu dibuat - siapkan tag Yours truly...xoxo. Mueheheheh.
Sorry beb, aku baru ada time nak buat.



Semalam aku bawak beg ni sebab nak matchkan ngan suit kaler coklat. Ini beg kedua paling besar dalam collection aku. Yang super besar is Bonia. Nak masukkan Redza pun boleh lam beg tu. Bonia tu aku dah tak pakai sebab outdated.



Ni pandangan harta karun dari atas. Semak. En Wan selalu bising apesal handbag aku berat. Bukannya aku nak jinjit beg ni sepanjang masa pun. Most of the time beg ni dok dalam keta, selalunya kalau aku ada appointment ngan customer aku tak bawak keluar handbag. So takde de aku nak komplen beg aku ni berat. Aku ambik purse ngan HP masuk lam beg laptop aku. Kadang-kadang aku pun tak tau apa fungsi aku bawak handbag. Ikut trend kot. Nak pulak skang ada Redza, kengkadang aku simpan purse ngan HP lam beg susu dia. Klip rambut tu memang aku sangkut kat luar beg. Ada masanya aku bertukar jadik sundal bolong kalau tengah stress, so klip ini perlu untuk mengembalikan struktur rambut ke bentuk asal.

Antara barang-barang lam beg :



Lip gloss, HP, perfume. Perfume pun dapat free sebab beli Issey Miyaki En Wan hari tu. Tu pun aku tak pakai-pakai. Before kuar rumah aku dah sembur Paris Hilton, perfume lam beg ni Versace. Kang kalau aku selet Versace ni mau huru-hara bau aku. So aku pun tak tau apa fungsi Versace ni. Tapi aku tetap simpan gak lam beg. Sebab tu En Wan kata aku 'the garbage collector'. Apa nampak sumbat lam beg.



Ini pulak bluetooth HP, bluetooth laptop, pendrive and pil migrain. Pil migrain ni paling penting. Most of the time aku akan ada kat luar opis. Aku jenis yang takleh kena panas (tapi tetap hitam), konfem migrain. Pil ni menakjubkan, makan jap lam 15 minit, lega. Takyah tido pun.



Ni pulak alatan mencantikkan wajah. Dulu masa kat opis lama aku tak bawak segala benda ni. Sebab dulu aku setkan appointment aku pagi, so aku jumpa customer morning from home. Lepas zohor aku malas pakai makeup dah sebab aku akan stay opis. Dah nama dok opis malas nak pakai makeup, takde saper nak tengok muka mak orang. Tapi ngan keje baru ni, kengkadang petang pun aku ada appointment, so lepas Zohor kena makeup balik. Tak ke dua kali keje. Tapi selalunya lepas solat, makeup aku bertukar kaler sebab aku cuma bawak 4 in 1 makeup pallet lam beg. Kaler yang dia offer lam tu semua warna summer. So more to natural look. Malas la nak bawak segala pallet kat rumah.



Kunci opis, swipe card, namecard holder, kipas tangan kot-kot terstuck lam lift takde la aku kejang kepanasan, tisu and something untuk dibaca agak-agak nak lepak lama lam surau (read = mengular)



Purse and sunglass. Dalam purse takyah tengok la apa benda. Benda-benda biasa cam kad hutang, kad kawen, MyKid Redza, IC aku, gambar aku ngan En Wan, surat pertama yang En Wan kirim pun aku simpan lam purse and of course duit.



Ini memang mesti kena ada. Pad, pantyliner and of course panties. Mana nak tau kot-kot bocor kan. Nama je mak orang, tapi taste tetap cam budak-budak. Paradise Girl. GIRL okkkkkk.

Beg yang memboringkan. Biasala beg mak orang, mana ada benda-benda yang gempak.

Tuan punya panties mengucapkan Happy New Year!!

2007-12-31

Happy New Year All


Azam tahun baru.
Menjelang tahun baru 2008, azam aku ialah mengupdate diri aku dengan membaca blog-blog korang semua. Yesser!!!!!
Kalau baca blog korang pun aku takleh buat, maka tak payah la aku proceed ngan resolution yang seterusnya sebanyak 18 ni.

Mata aku sangat layu dan kuyu serta merah-merah sket sebab aku letih sangat. Gila penat. Masuk toilet tadi boleh lak termenung jap atas toilet bowl. Entah kemana-mana aku pikir. Siap leh pikir apa nak cakap kat customer Rabu ni. Jauh punya planning. Hari ni pun belum malam lagi, dah pikir Rabu. Baru aku tau kenapa orang panggil bilik termenung. Memang pencetus idea la.

Semalam aku ambik bibik baru. Aku dah ada bibik baru hoihhhh.
Bibik baru aku ni dah tua, age 40+, sedara kepada first bibik aku yang superb tu. So, aku harap dia pun sesuperb first bibik dulu. Pagi ni aku tengok everything ok. Cuma anak aku tu je yang eksyen taknak kat bibik baru. Ko tak tau ko nak kena tinggal ngan bibik tu pasni. Banyak lak cengkadak ko.

Kalau ikut aku la, memang taknak pikir dah nak ambik bibik segala. Tapi En Wan punya alasan kesian tengok aku balik malam-malam penat nak uruskan rumah. Kang tengah-tengah malam nak bangun balik sambung wat keje.

Ala, sebenarnya ko yang tension seminggu empat lima kali kena makan kat luar kan?
Aku bukannya tak larat nak buat, laratttt.
Sungguh.

Tapi biasa la kan, sebab aku penat, so mulut aku berjalan lebih dari tangan kaki. Adat orang dah penat. Tapi aku buat gak keje. Cuma pepandai la ko tahan telinga ko dari bernanah dengar aku berleter.

Now ada bibik pulak kat umah aku.
Dah takleh beromen kat hall depan tv.
Muahahahahahahahah.

Rumah aku tengah ramai orang, anak-anak sedara En Wan, mak metua pun ada, pastu ada lak bibik. Di kala kepenatan melanda, bibik ada, mak metua pun ada. Just on time. So boleh lah boleh aku membongkang sepuasnya malam ni. Bestnya pikir, takyah basuh baju, takyah lipat baju, takyah gosok baju, takyah siram pokok, takyah vacum rumah, takyah mop dapur, takyah MASAK, tak payah tak payah tak payah dan tak payah. Walahweiiiiiiiiiii, boleh imagine la badan aku jadik cam tenuk tahun depan.

Semalam aku beli another DVD Leslie. Yang bestnya, aku tak mintak pun. Lalu depan Speedy En Wan tanya 'Taknak carik cerita cina awak?'

Cepat betul dia beradaptasi.
Memang sesuai jadik laki aku.

Gambar DVD nanti malam aku snap. Ni kat opis. Nak sambung wat keje.

2007-12-24

Penat and malas


Baru balik dari Tganu.
Letih and mengantuk tapi still gigih bukak laptop nak siapkan keje and plan apa nak wat esok.

Dak faisal gatal mengingatkan aku tentang exam.
Erghhhhh.

Actually hari tu tak sempat nak wat exam.
Bagi kuiz je.

Macam taik.

Dah lama aku tinggalkan segala tok nenek DNA, RNA, siRNA, miRNA bla bla bla hak tuihhh bla bla bla. Berkarat gila paler hangguk aku nak kuarkan balik segala bendalah ni. Tapi takde la bangang sangat kan, kira boleh la. Itupun seb baik aku selak-selak gak notes, kalau tak melopong gak pikir apa nak jawab. Kalau objektif boleh gak aku tembak. Ni subjektif. Dah la bos yang tanya. Apa tak ko tembak je aku kasik mati dari tengok muka sarcastik ko sengih-sengih bila aku takleh jawab.

Tapi mampos la kan dengan muka SARKAStic ko.

Dia kata anytime lepas final training dia akan come out with questions. Final training dalam minggu depan kot. Aku balik Tganu dengan penuh kesengsaraan. Orang lain beraya, aku dok depan laptop sambil baca notes. Time SPM pun aku tak study maut cam ni okkk. Esok nak exam, hari ni aku leh lagi bukak majalah REMAJA dulu baru bukak buku skolah. Seb baik MANGGA lom wujud lagi, kalau tak panjang jawabnya menung aku lam exam hall.

Takpe, aku berazam study gila-gila pasni. Tak exam pun study gak. Everyday satu bab kena habis and fahamkan. Lepas tu aku nak ko soal aku. Soal la berapa banyak pun. Kalau semua soalan aku jawab betul, aku hempok paler ko. Ko yang ambik aku dok situ, pastu ko nak test test pulak.

Bingai.

Oh yes, ingat lagi kawan aku yang suka test-test lirik lagu ngan aku?
Sebab aku busy hamat, aku telah digelar sebagai MAK ACI kerana tak aci ambik lebih masa nak hafalkan lagu I'll Be Missing You.

Yenadeyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Takat lagu Puff Daddy tu apa lah susah? Lagi payah nak hafal lagu skolah aku dulu.
So tadi aku nyanyi la jugak guna mic laptop ni. Walaupun aku tau dia tau aku nyanyi ambil bukak Lyricsearch.com. Cam aku tak tau ko sebenarnya nak dengar suara aku je kan?Wakakakakkakka.

"To R**a A***n H***y a.k.a King, congrats on your engagement this X'mast.
My warm wishes for a lifetime of joy and togetherness.
Kawen sok la I datang ok? Sorry terDC from YM and malas nak log in balik.


I know you are reading this. About the question, my answer will be - 'I PROMISE' "

2007-12-16

Dia sudah besar


Tuesday ni aku ada exam. Tak boleh terima kenyataan sunggoh dah nak masuk umur 31 still nak kena sit untuk exam. Ughhh, sengal. Macam tak percaya aku lepak hall sensorang sampai kol 1am sambil mentelaah. Kalau stay up sebab nak surf internet aku tak penah berkira tapi kalau bab nak studi, buku pelajaran pulak tu, sangat la tolonggggggggggggggggggggggg.

Jumaat lepas balik keje, nampak satu parcel atas meja.
From Hong Kong!!!!

Yesserrr.
DVD and VCD Leslie yang aku order from HK dah sampai. Gila maraton Jumaat lepas, sampai kol 3 pagi aku abiskan semua cerita. Dan seperti yang dijangka, aku senyum sensorang sepanjang cerita. Ada satu movie tu Leslie pakai singlet Pagoda. And malam tu En Wan tido pakai singlet yang sama. Jangan cerita la aku punya berangan peluk Leslie. Satu macam punya melekat aku kat En Wan.

Tebiat.




Jap lagi aku nak masuk sensasian.com and order lagi 4 DVD. Tapi kena pikir dulu apa nak ayat En Wan.

Semalam gi JJ kat area Taman Botani (ye ke nama ni?). Nak masuk KL takut kena sembelih ngan Hindraf, so lepak Klang je. Gila bapak besar JJ kat sini.

Bermula lah sessi shopping.

Aku nampak satu kedai ni, yang aku memang berangan nak masuk. Tapi cam segan sebab yang masuk semuanya cam tiang letrik, nampak sangat aku perasan kurus kalau aku masuk kedai tu. Tapi mampos la kan. Aku nak masuk je, lom tentu aku beli.

Ternyata, semua baju yang aku try semua saiz 4. Kira kalau kat Mesia saiz L la kot. Setau aku model-model US semua saiz 2. Pedulik la.





Dua-dua baju ni akhirnya aku beli. Tengah gila kat baju yang ada tali-tali kat pinggang. Kerek gila minah sales kat fitting room tu. Muka tak pas hati tengok aku nak try baju. Ye la, aku kan plump, kat situ semua badan ala-ala model (read = keding dan kecut takde tetek). Siap belek saiz baju aku lagi masa nak ambik hanger. Gelak lam hati la tu semua baju aku size L.
Taik la kau. Bukan aku mintak ko bayarkan pun.

Asal aku ambik saiz M, tetek mesti tak lepas, pinggang ok. Saiz S lagi la takyah citer. Zaman saiz S dah berlalu. Lepas bersalin ni tetek aku dapat lebih zat, mengalami tumbesaran berganda. L pun L la, macam la label L tu ada kat luar baju.

Lantak ko la nak kembang kuncup tang mana pun. Aku dah tak kosser nak ambik tau. Tapi saya berbangga tetek saya besar.


2007-12-13

Azie & Meng - The Wedding


Bestnya dapat pegang laptop sendiri.
Rindunya kat Dr Mus aku ni.

(Dr Mus adelah nama manja laptop aku)

Nak cerita pasal penat and busy dah naik muak.
Tapi aku nak bercerita jugak tentang kegedikkan aku berjalan-jalan kat HUKM petang tadi.
Aku ada appointment ngan satu doktor ni, nak bincang pasal mRNA. Punyalah department Dr ni dekat ngan main lobby, aku nak jugakkkk menapak jauh-jauh semata-mata nak merayap carik bilik yang ada tulis nama Dr Mus.

Hahahahahha.. GATAL!

Ok, tu je nak cerita.

Esok tengahari aku ada sessi beramas-mesra dengan Santa Claus di Hilton KL.
Bos *** open table untuk Krismas lunch. Terpaksa la ajak aku sekali walaupun aku sorang je yang tak sambut Krismas, saper suruh ajak aku lepak kompeni ko kan?
Apa lagi, ni la masanya nak join Kelab Melayu Mabuk.
Muehehehehe.

Dajal. Dajal.

Sori la, aku sejak lepak *** ni memang tak berapa nak tune sket.
Kejap nak mengamuk, kejap nak berhibernasi, kejap nak menangis, kejap nak mengawan. (yang ni selalunya tak berapa nak sekejap).

Ahad lepas wedding kawan aku yang sesama lepak Kenny Roger's last week, AZIE.
Ada gak orang nak kawen ngan ko..

Memula tak plan nak gi. Ingat nak gi Ahad ni kat rumah Meng (laki dia). En Wan sibuk pulak Ahad lepas nak bawak bala tentera Jepun dia shopping kat Petaling Street la, Chow Kit la, apa benda kejadah lagi ntah aku pun tak tau. Last-last tak jadik sebab si jepun ni semua dah keluar sendiri.

**aku tanya Azie, pesal elok-elok nama Faizal boleh tukar jadik Meng?? Azie kata, dulu masa kat boarding school, laki dia suka fly curik mangga kat luar pagar skolah. So, kengkawan panggil dia Meng sebagai penghormatan kepada MENG-go (Manggo)**



Elok je lepas pengantin potong kek, diorang naik pelamin jap nak begambar. Ntah makcik saper la nak potong kek tu, sekali kek tingkat atas tu jatuh, hempap kek bawah. Betul-betul depan bijik mata aku ngan Ann. Makcik tu punya muka aku cakap ko, toreh lima kali ngan pisau Gillette pun tak kuar darah. Ambik koooooo...mana nak nyorok.




Boleh dikatakan agak penat jugak la aku tunggu duorang ni kawen. Kejap gaduh, pastu baik, pastu gaduh balik. Gaduh benda-benda yang menggelikan pusat aku. Benci!!
Bila tengok muka Meng ni, ingat balik kes pusat.

Meng : Pusat I gatal la.

Azie : Apsal?

Meng : Entah. Pusat I kena resdung kot.

Aku agak benci jugak la ngan Meng ni kalau terbayang muka selenga dia.


Ann yang sentiasa lone ranger ke majlis-majlis rasmi. Boifren sorok kat rumah. Payah betul kalau nak ajak MatNor join. MatNor ni saper??? Ke laki aku? Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Si gemuk dan si keding. 



Macam mengandung pulak pakai baju Mak Aji ni. (nak salahkan baju jugak)


2007-12-09

PAUSE


Aku memang sangat busy okkk.
Bukan purak-purak.
So, aku rasa aku takkan busy blogging macam dulu atau maybe invisible kejap buat masa ni.
Rasa cam nak pinjam tangan orang siapkan keje. Tempat ni sangat macam cilaka.
Penuh dengan garis-garis panduan untuk menjadi usahawan hebat.

Tolong la.
Aku cuma nak keje je kat sini, bukan nak ambik kompeni ko pun. So takyah nak ajar aku benda-benda yang aku tak perlu tau. Sebab aku pun malas nak ambik tau. Dok kira hari je ni.

And disebabkan aku takde masa nak membaca blog orang, let alone memblogging, so kira fair la kalau aku pause kejap.

Tapi sebelum aku pause tu aku nak bagitau kepada peminat blog aku "pu20rm". Selalunya "pu2rm". Alih-alih aku tengok dah bertambah lak nombor. Tak tau la orang yang sama ataupun orang lain, yang aku tau ko memang peminat setia aku kan?

pu20rm has left a new comment on your post "Miranda Priestly version Asia":
boring sunggoh blog ini sekarang. kaler yang cukup poyo. layout berterabur. tangan sakit eh, sebab tu layout berterabur?

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.



Apa-apa aje la.
Untuk pengetahun ko, blog ni life jurnal aku, boring ke tak boring ke, itu life aku, and takde kena-mengena ngan kau. Dan aku rasa life ko lagilaaaaaaaaaaaaaa boring sebab tu ko balik-balik masuk blog aku. Takde keje nak buat ke?
Tapi, boring-boring pun ko masuk gak blog aku kan? Dah tau boring yang ko nak masuk gak pesal. Semata-mata nak stalk aku? Semata-mata nak tengok life aku happening ke tak? Too bad, memang aku sentiasa happening.

Nasihat aku, kalau rasa-rasa nak carik pasal ngan aku tak payah la menyembunyikkan kebaculan dengan cara 'beranonymous'. Itu kaedah sangat keji dan berIQ rendah. Tapi aku rasa ko memang IQ cetek pun. Terang-terang dah kat blog aku ada tulis I WARN. Baca la. Ke tak paham bahasa omputih? No problem, aku leh translatekan.

Kalau rasa takut nak tunjukkan diri sebenar, dipersilakan call aku. Aku tau ko ada HP number aku. Kalau takat nak membambu blog aku ni, aku tak heran la beb. Blogging ni cuma cebisan dari jurnal harian aku. Realitinya lebih menakjubkan dan konfem ko kekejangan kalau tengok kehappeningan life aku.

Muahahahahhahaha.

Ok guys.
Aku nak mandi, nak gi umah orang kawen.
Kalau ada mood aku blogging la, tapi tak janji, sebab aku amat tensi ngan working env aku skang.

2007-12-04

Miranda Priestly version Asia


Hari kedua aku kat sini.
Kat mana?
Kat ***.

Ingatkan takde internet, seb baik ada. Takde la aku sembab sepanjang hari.
Aku ada benda nak wat kat sini for 6 mths. Kiranya jauh sket aku menapak dari biasa.

Semalam aku wat keje cam biasa. Tengahari lady boss panggil meeting dari kol 2pm santak ke kol 6pm. Patutla budak-budak ni suruh aku get ready. Naik kebas bontot aku. Dah la tetiap Isnin kena meeting sampai 4 jam. Apa benda yang ko nak cakap lama-lama ni?

Tapi ni la kali pertama secara livenya aku jumpa bos yang sebijik cam bos The Devil Wears Prada.


Yang tengah duduk tu aku.

Sebijik. Memang betul-betul punya sebijik…style je la. Muka konfem jauh dari panggang dari api. Tough gila babi pompuan ni. Yang lain-lain muka cam sialll je focus dari awal sampai ke sudah. Aku yang rebel ni jangan harap la, kekejap aku menguap, batuk sikit, pastu jawab call, takde incoming call pun aku wat-wat cam ada call masuk.

Aku malas ok nak dengar project tu project ni yang memang aku dah mengadap sejak 4 tahun lepas. Boleh tak ko bukak cerita lain? Yang aku heran budak-budak ni benda basic pun nak kena ajar. Camne boleh duduk lam *** pun aku tak paham.

Berlagak gila cara aku cerita ni.
Mampos ahh.

Tapi semalam aku penat sangat. Ngan kepala aku stress pikir keje kat ***.
Aku memang pantang keje ngan manusia-manusia so-called menakjubkan ni. Rasa cam aku la paling bodoh dalam group. Mula la aku gubra tak tentu raba. Tiba-tiba rasa nak berdiri tengah jalan biar kena hentam ngan bas pastu boleh tersadai kat spital sampai cukup enam bulan.

Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Tensi!
Tensi!


2007-12-02

Green apple yang dilelilingi buah oren


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan aku kesabaran yang tinggi nak menyiapkan lay out baru ni. Sangat-sangat menguji kesabaran. Jangan ditanya berapa hari aku siapkan bendalah yang tak mendatangkan faedah ni. Buat pun sorok-sorok. Al-maklum, En Wan pantang kalau nampak aku terlampau fokus ngan menatang ni sampai makan malam pun kena pospon sebab dah kol 8.45pm aku tak masak apa pun lagi.
Gila la menatang ni. Buat aku lupa diri kejap. Seb baik En Wan tak berapa nak hangin. Itupun sikittt je lagi dia nak wat laptop aku lempar cakera.



Ini tangan aku.

Semalam aku sangat hardworking. Nak wat kacang hijau untuk minum petang. Sebab nak buktikan kat jiran-jiran yang aku buleh masak bubur kacang hijo secepat 20 minit. Elok je pressure cooker aku padam, aku terus bukak lid dia.

Pufffffffffffffffffff!!!
Wap panas kuar.
Gila sakit jari akuuuuuu. Terloncat-loncat aku kat dapur.
Seb baik kepala aku bagi warning pressure cooker tu mahal. Pedih-pedih pun aku pegang gak lid. Kalau ikut sakit ni, lama dah lid tu terlepas dari tangan.

Sebab takut nak tunjuk kat En Wan, aku sapu ngan Colgate pastu masak guna tangan kiri. Tangan kanan terkibai-kibai. Makin pedih boh Colgate. Kalau aku bagitau En Wan on the spot dia berkuntau depan aku sebab dia dah kata taknak minum petang, tapi aku gatal nak wat jugak.

Malam kang nak masak camne? Kalau guna satu tangan jawabnya kol 11 pagi besok pun blom tentu makan.
Lepas maghrib, aku hulur tangan aku kat En Wan 'Tengok tangan Di, tadi kena wap panas bang. Macam nak menggelembung. Mesti esok tangan Di gemuk pastu kulit dia terkoyak. Mesti nanti kalau dah kering dia menggelupas kan?'.
Exaggerate gila akucerita sambil wat muka toye depan dia.
Dan-dan tu dia kuar gi pharmacy. Siap sapukan ubat lagi.
'Dah, Di tak yah basuh pinggan, biar abang buat'.
Mueheheheheh.
Saya sangat-sangat juara meruntunkan perasaan lelaki.
Esok aku akan bekerja kat satu tempat yang tak boleh guna internet selama sebulan. Aku tak dapat bayangkan betapa azabnya sebulan itu.

Sila doakan kebahagiaan aku.