2007-09-27
Aku dah buat ni Zana...
What’s bothering you right now?Nothing is eating me at this point of time. I am taking my sweet time checking emails, buat keje ‘opis’ dengan belum mandinya.
Describe your:
a) wallet
pink color, Junko Koshino brand. Hoih, takde keje ke nak tau wallet orang?
b) wallpaper on pc
Leslie Cheung ..:)
c) background on cellphone
Flooamsia
d) jewellery worn daily
Left ring-finger : Engagement ring with ‘FOREVER ONE DIANA 99’ carving on it. Lawak kan? Laki aku la ni kengkonon nak romantika ngan aku.
Right ring-finger : Mum’s ring which dad bought for their anniversarry. Saper suruh taknak pakai? Kan aku dan buat harta sendiri.
Necklace with ‘D’ and ‘R’ pendant. Apa benda yang laki aku beli untuk aku, mesti dia nak letak tempias-tempias nama dia.
e) eyes
Big round eyes, tapi rabun.
f) life
Life indeed can be fun if you really want to. So jangan la stress sangat. Life is too short, let’s enjoy life to the fullest!!!
What are you / do you :
doing this weekend
Gonna buy some kuih raya. Tak tau kat mana. Jalan TAR kot.
wearing
Kan aku kata aku lom mandi. Baju tido ah.
want
I want to eat.
listening to
Jump by Van Halen
smell like
Smell like a teen spirit. Wakakakkakaka. Aku dah kata aku lom mandi kan. Bau apa ko agak-agak?
Do you
believe in soulmate
What a question la? Of course beb.
believe in miracles
Miracles do exist ..:)
burn quickly in the sunNo thanks. I am already naturally burned. Am blessed with a nice skin tone of Latin American a.k.a itam (sedap la sikit bunyiknya kan)
Who to tag?
Saper yang dah termasuk blog aku ni, sila jangan ngelat. Buat ye. Aku check blog sorang-sorang.
2007-09-25
Puan-puan, hari ni kita nak masak Nasik Ayam Diana Lopez
Hari ni terasa macam nak masak. Sebab semalam beli makanan kat pasar ramadhan dengan nasik lemak yang tak berlemak lansung, ayam yang kejung, telur dadar yang disiat-disiat dapatla agak-agak lam 4 helai, pastu dengan sambal yang manis. Kenapala sambal nak bagi manis? Bulan-bulan pose ni kalau bab makanan selalunya aku bleh tolak ansur lagi. Tapi kalau makanan yang ko jual tu cam rasa kunyah sabut kelapa, memang saje nak kena ngan aku. Berbakul jugak la kena sumpah ngan aku lepas makan tu.
Dah la nasik lemak dia fail. En Wan beli nasi kerabu, yo yo an je 'sedap..sedap'. Lepas tu bertabur cirit birit. Kejap-kejap masuk toilet.
Hari ni lepas 'ofis hour', aku gi kedai beli apa-apa yang patut.
Aku nak wat nasik ayam. Ni semua si NadiahKhair punya pasal. (tak pasal je adik manissss ni kena). Dia wat nasik ayam, aku pun cam terliur nak makan nasik ayam gak. Tapi air liur aku terlebih pulak sampai terasa nak makan puding kastard.
Pukul 4.15pm aku dah tunggang terbalik kat dapur cam nak masak kenduri je bisingnya. Dan aku konfem pose aku hari ni makruh sebab aku merasa banyak benda semata-mata nak bagi makanan aku sukses. Kang kesian pulak En Wan, dah la semalam cirit-birit. Ntah melecet ke hapa bontot dia tak kosser aku nak check. Kalau fail nasi ayam ni mau muntah belahak pulak dia malam kang.
Sehingga ke waktu ini nasik ayam itu telah pun selesai. Bangga..bangga. Bertambah-tambah En Wan makan. Sambil aku berdoa jangan la ada yang marathon masuk jamban malam ni.
Puding kastard tu kira tak aci punya puding. Sebab masa dah suntuk tapi tekak nak makan jugak, so aku tak sempat nak wat pudingnya, buat kastard je. Puding tu aku ganti ngan sumi jelly manis..sumi jelly manis. Dasar fomfuan pemalas. Kalau mak aku tau aku buat puding guna sumi, dan dan tu jugak aku kena sumo.
Sebab vanilla esen pun aku lupa nak beli, so aku tuang setin fruit koktel kasik hilang hanyir susu. Akibatnya....SANGAT SEDAPPPPPP!! wakakakkkaka.
Time aku semayang asar, bell bunyik. Aku dah bajet mesti akak depan ni hantar makanan lagi. (semayang pun boleh pikir pasal makan). Kali ni dia hantar kek pisang ngan mihun goreng pulak.
Aku dah teragak nak buat kastard aku lebih so, bagi la akak tu rasa Puding 'pemalas' Kastard aku. Sure dia terkesima melihat kreativiti jiran dia.
Dah, aku nak gi punggah tudung saji aku tengok apa benda lagi aku lom makan.
2007-09-24
GEMBIRA dah pulang..(sambil jeling kat ang3l al0ne)
Kali ni, En Wan pulak tunggu aku datang fetch dia. Selalunya aku yang melangok setengah jam kat arrival terminal tunggu dia kuar. This time, kasik dia rasa apekah itu ertikata melangok tunggu orang tak sampai-sampai.
Malam tu lepas berbuka, kelam kabut sembayang (sembayang pun boleh kelam kabut, nampak sangat tak khusyuknya), siapkan Redza, siapkan susu dia, masukkan baby seat dalam keta bla bla bla. Dah malam baru nak buat. Siang-siang tadi bantai membuta dulu.
Ok, dah ready dah ni.
Start je enjin baru perasan fuel dah nak sampai E. Orang tua ni kan memang suka banyakkan keje aku. Dah tau minyak tembet, isi la hendaknya seblom pegi hari tu. Tak ke menambahkan gabra aku lagi, mana nak isi minyak, mana nak pecut lagi pi KLIA lagi.
Terpaksa aku benti kat stesen Shell cilaka tu, isi minyak dulu. Kali ni aku isi RM40 hengget je, tak kose aku nak set sampai full. Pertamanya sebab taknak mandi minyak buat kali kedua, and secondnya sebab ni bukan keta aku, kang isi penuh mau jejak RM80-90. Aku sangat berkira okkk.
Time ni dah pukul 8.20pm.
Aku rasa En Wan dah sampai dah ni, tapi dia lom call lagi. So, aku rilek-rilek isi minyak. Lepas je exit Cyberjaya, baru aku perasan selipar Reza takde. Di saat kegelupuran nak cepat tadi, aku masukkan Redza lam keta tapi tak masukkan selipar dia. Abis camne nak turun?? Nak dokong ko yang 17 kilo ni? Buasir la aku jawabnya.
Tengah-tengah membebel kat Redza, HP aku bunyi kuar nama ABANG kat screen. Seronok gila sampai aku rasa nak terjun kuar tingkap. Selamat jugak laki aku sampai. And aku dah agak, dia takkan meluru kat aku punya. Aku je yang tergedik-gedik keluar dari keta terus hug dia dari blakang, dia boleh meluru hug Redza. Berani dia buat dek ngan aku? Tau tak syurga ko ada pada aku? Wakakakaka.
Sian En Wan, kurus pose kat Jepun. Dia kata hari-hari beli nasi instant, rendam lam air panas 5 minit, makan ngan udang atau sotong je hari-hari. Dulu masa study kat sana at least boleh masak kat umah, ni dok hotel nak masak pekebendanya?
Sian En Wan, kurus pose kat Jepun. Dia kata hari-hari beli nasi instant, rendam lam air panas 5 minit, makan ngan udang atau sotong je hari-hari. Dulu masa study kat sana at least boleh masak kat umah, ni dok hotel nak masak pekebendanya?
En Wan kat mamak Curry House, pekena nasik goreng ikan masin.
Balik-balik keta kontrol dia belikan untuk anak dia.
Ada sebuah kotak..
Dalam kotak ada kotak lagi... kaler merah.
Dalam kotak merah ada kotak putih...
Lawa tak Noritake dia beli ni? Cam klasik gitu kan? Lepas tu aku dah tak tau nak letak kat ner. Harus pi beli display cupboard ni. Tapi cam makcik-makcik la pulak pinggan mangkuk nak display kat orang kan. Jadi, aku simpan balik lam kotak. Nak pakai time bila pun tak tau.
Tercapai jugak angan-angan nak pakai Noritake. Tapi aku ta paham naper bendalah ni mahal nak mampos. Padahal corak dia cam kuno-kuno sket.
Masa nak tido, dia hulurkan satu lagi box kecik kat aku. 'Nah, ada hadiah lagi. Ini wish good luck untuk kompeni baru'
Tenet tenettttttttttttt!!!
Yang lawak tak hengatnnya bila laki aku cakap 'Abang ingat nak belikan awak perfume JUBO yang awak pakai dulu.'
I was like, menatang haper la JUBO ni? Bila masa aku ada perfume nama JUBO?
Pikir punya pikir baru aku tau dia maksudkan 'JADOR'.
Hek eleeee En Wan, tau la gersang dok sana.
Jangan la sampai sasul-sasul.
2007-09-22
...dan aku pun tak puasa lagi
Hari ni aku tak pose sebab demam. Redza pun demam gak.
Pi klinik Dr bagi MC. Ape aku nak buat dengan MC ni???? Nak bagi kat saper?
Takpe, simpan untuk kegunaan di masa hadapan. Mana tau kot-kot perlu demi nak kelentong sesaper ke.
Disebabkan Redza pun demam gak, jadi aku terpaksa la buat-buat sihat. Tau je la budak kecik kalau sakit, merengekkkk je. Ntah hapa dia nak pun aku tak tau. Kalau tak sakit tu pantang aku bercakap je nak menyampuk, tang sakit camni, aku tanya taknak pulak menjawab. Merengek sampai ke sudah. Dah la kepala aku pun sakit, kang kena hempok ngan aku kang.
Dari pagi sampai la ke pukul 11 malam tadi baru dia ok. Kensel plan aku nak basuh bilik air, mop rumah semua. Ingatkan nak buat malam ni so esok takde la tunggang terbalik aku nak siapkan segala. Oh, ya. Esok chenta hati ku pulang. Insyallah...
Tak sabar nak jumpa En Wan.
So kena persiapkan diri apa -apa yang patut.
Checklist :
1. Panaskan enjin keta dia.
Selama 3 minggu dia takde ni baru 3 kali aku buat. DONE.
2. Gosok baju opis dia.
Mak metua aku dah tolong gosokkan hari tu. Baju anak dia, dia la yang gosok. Ape aku pulak? wakakakkaaka. DONE.
3. Ikan kekal 23 ekor.
Bersyukur la pada Tuhan wahai ikan. Skettttt je lagi hari tu aku nak curahkan klorox. Tensen filter buat hal. DONE.
4. Resit.
Ni kena simpan. Kalau tak nanti panjang soaljawab apa aku buat dengan duit dia bagi hari tu. Tapikan, dia bagi aku cash RM700. Resit aku cuma RM300 je. Mana pegi duit tu ha? Aku wat pe?
Ala, DONE je la.
5. Potong kuku.
En Wan sangat anti kalau kuku aku panjang. Selama dia takde ni, memang panjang gila kuku aku. Tu yang Redza naik syok asal malam je suruh aku garu blakang dia. Takpe, aku simpan sikit lagi sampai esok pagi.
6. Cukur bulu.
Ni sentiasa ada dalam checklist aku. Sangat penting bagi menentukan samada permainan boleh melangkah ke pusingan seterusnya.
wakakakakka. DONE.
Semalam En Wan YM aku, dia tanya 'Lusa abang balik. Dah start pose ke belum?'
Apa sebenarnya yang ko nak tanya aku ni En Wan oiiiiiii.
Balik je dulu.
Sessi terkam-menerkam akan dibincangkan kemudian. Bergantung kepada apekah barang yang ko beli untuk aku.
Sangat materialistik kan?
2007-09-20
Menu malam ini : McChicken + nugget + vanilla shake
Aku cam rajin je 2 hari lepas. Walaupun aku sorang je yang puasa dalam rumah ni, tapi aku cam gatal tangan nak masak gak. Takde beza sebenarnya aku masak bulan pose ke tak, boleh rasa ke tak, sebab lauk aku memang konfem tawar.
Hari Selasa lepas aku masak ala kadar je, ayam goreng Ayamas (cepat lagi sedap. Sangat sesuai untuk golongan berkerjaya), ikan goreng, telur masin dengan sayur campur. Ringkas dan dapur aku pun tak bersepah.
Lagi setengah jam nak buka, bibik depan umah ni hantar makanan la pulak. Siap berdulang bagai. Ada kuih karipap, kuih serimuka dengan lauk lemak pisang ikan masin. Aku memang pantang nasik makan ngan buah-buahan, so siang-siang aku dah bajet lauk lemak ni konfem ke tong sampah. Kot ada En Wan, dia la yang tala ikan masin ni. Aku memang tak makan ikan masin sangat. Kalau telur masin memang berhantu.
Karipap sampai 5 bijik, kuih serimuka sampai 6 bijik. Ni mesti kes tak tau En Wan takde kat umah ni. Apo nak buek banyak-banyak ni? Lepas makan nasik je aku dah flat. Tapi jamah la jugak sikit, sebab aku tau kakak depan umah aku ni memang pandai masak.
Dan sebab dia dah bagi, takkan aku nak hulur pinggan kosong je. So semalam aku buat macaroni goreng, letak daging cincang, letak kobis, letak udang, rebuskan telur sket, hias lebih kurang, hantar.
'Ala, susah-susah je Diana buat banyak-banyak macam ni'.
'Memang menyusahkan aku pun. Sila jangan bagi apa-apa lagi pasni. Saya takde masa nak masak'.
Ni aku cakap lam hati je.
'Ala, takpe. Memang terasa nak makan makaroni pun. Saje buat lebih. Kang pinggan akak terus parking kat rumah saya sampai pose tahun depan pulak'.
Yang ni aku cakap.
Lepas hantar makaroni terus ambik Redza kat day care. Dah berjanji dengan dia nak beli lori pasir. Kang menurun pulak kalau tak beli. Balik-balik lori, balik-balik lori. Mainan yang dia beli kalau tahan setengah jam dah kira alhamdullillah.
Elok je sampai rumah, ada iklan McD kat TV. Ada promotion mainan ke apa ntah kat McD.
'Ma, esok Ija nak beli ni.'
'Ija ada duit ke?'
'Ija takde, mama ada duit. Pinjam aaaa'
Cantekkkkkk muka ko.
2007-09-19
Orang minyak
Venue : Shell LDP arah ke Shah Alam.
Time : 8.15am
Objek yang difokuskan : Wanita dan kereta ijaunya.
Objek yang diklasifikasikan sebagai malang : Budak laki penjaga petrol pump.
Wanita itu bercadang untuk mengisi minyak ketanya. Minyak kaler hijau. Kang kalau isi kaler merah tak pasal keretanya terbang di awan biru dek kewibawaan minyak itu memecut dengan kuasa berganda.
Wanita tersebut telah setkan pump kepada mode autofill, seperti biasa.
Semasa filling, wanita itu pun bersandar di keretanya sambil mengelap Rayban, lepas tu sangkut balik atas kepala. Barula nampak cam duta spek itam.
Tetapi aksinya bak model spek itam itu tidaklah lama.
Aksinya itu telah dicemari oleh petrol yang melimpah-limpah keluar dari tangki minyak ketanya secara tiba-tiba.
Sangat bodoh sekali tuan punya Shell itu.
Nozzle dah nak mampus pun taknak repair.
Habis baju aku la bangangggggggggg.
Sikit punya gila aku sembur perfume. Masuk opis, orang dok tanya 'Bau apa ni? Lab terbakar ke?'
Oh, ya. Aku ada kat opis ni. Tapi lepak kat lab sebab bilik aku dah tinggal kenangan. datang pun sebab nak kena sign final cheque untuk salary bulan ni. Kalau tak, tak kosser aku nak bangun pagi redah jam, kena mandi minyak bagai. Habis wat keje ni, aku nak buat kacau sikit, pastu blah balik umah tido.
Bodo punya Shell. Dah melambak-lambak minyak tu melimpah, pastu semua buat-buat tak nampak aku. Ingat aku malu nak jerit panggil korang ke?
Terpekik-pekik aku kat situ 'Excuse me, excuse me'. Boleh buat bodo masing-masing. Aku panggil 'Kiss me, Kiss me' kangg.
Aku pekik kuat sikit sampai satu customer tu suruh budak yang tengah isi minyak keta dia settlekan pompuan gila ni dulu. Aku dah la lambat ni, pose lagi, pagi-pagi kena siram ngan minyak, ko boleh buat-buat pekak. Nampak aku tengah pegang nozzle ni? Kang aku sumbat nozzle ni lam telinga ko agak-agak boleh dengar tak?
Budak tu datang sengih-sengih kat aku. 'Nozzle tak benti ke kak?'
Amboi sajaknya ko bertanyaaaaaaa.
'Ye la, sebab tak benti la saya panggil'.
'Nozzle ni tak rosak kak. Rasanya, cara akak letak nozzle ni tak betul, jadik gas tak dapat nak tolak nozzle ni benti. Dia kan kak, petrol ni dia ada gas. Gas ni nanti terkumpul kat dalam.....'
Sadappppppppppppppppppp!!
Banyak ko punya taklimat pasal gas????
Ko nampak tak nozzle ni ada lagi kat tangan aku?
Kang ada yang bukak pose ngan gas.
Aku dah isi petrol ni sejak ko belum lahir lagi, takyah ko nak kondem lak cara aku letak nozzle.
Aku dah membebel lebih kurang, pastu masuk keta.
'Jangan marah kak, bulan pose ni'. Sengih-sengih lagi.
'Lain kali, kalau taknak kena marah, jangan menyusahkan orang. Cakap kat boss awak macam tu'.
Bodo.
2007-09-18
Kepada orang yang rajin nak tau my whereabouts, sila rentikan. Aku menyampah okk.
Semalam aku and KM gi UPM for Majlis Penyampaian Geran Penyelidikan 2007. Nak buat research takde duit, so mintakla duit kerajaan sket. Duit tax mak bapak korang la yang aku guna ni. Tapi takde la banyak sangat 140K++ je. The rest tu kena guna duit company. Nak harap semua orang tanggung lemak la kan.
Bersama baju pinjam. Sebab aku malas nak bawak baju berbondong-bondong dari rumah, apa kata kalau aku pinjam baju Mak Aji? Kasut pun Mak Aji punya gak. Time kaseyyyyyy. Dan maleh nak pakai lipstick takut terjilat-jilat.
Tajuk research kitorang : Development of Semi-Nested PCR-based Kit for Detection of Iridovirus in Infected Fish.
Seronok gak dengar JJ ngan Tok Pa berucap pasal biotech ni. Tapi aku rasa macam aku la manusia paling bangang kat dalam tu. Yang terima grant semua tak Dr, Prof. Aku ngan KM je yang bertittle. Tittle Puan je.
Sampai awal sangat, orang pun takde lagi.
Tapi tak sempat nak rasa lauk apekah untuk makan malam semalam. Masa berbuka aku CUMA makan bubur lambuk (first time makan), popia and onde-onde SAHAJA. Dengan kuantiti satu each. Sangat bertatasusila dan mencerminkan gaya seorang wanita okkk walaupun perut aku meletup-letup kelaporanggg.
Dah sah-sah la MOSTI yang anjurkan, so terpaksa la aku jumpa Zana.
Tapi tak puasla tak dapat jumpa lelama, member sibuk jadik sekretariat, aku lak sibuk nak kena tunggu lam dewan.
Disebabkan KM bos, jadi dia lagi layak naik pentas tu. Kalau aku layak pun, aku tak rasa aku nak naik. Aku ada stage fright. Kang ada saje bencana menimpa atas pentas tu, terpijak kain la, tertiarap la. Penah dulu punyala gabra nak naik pentas, orang sebut nama lain, aku menonongggg je pi ambik hadiah orang tu. Faktor ni la yang membuatkan cita-cita aku untuk bergelar superstar tak kesampaian.
Now aku dah ada kat rumah balik.
Tengah wat keje ni, sambil blogging, sambil download lagu. Kol 3 kang aku nak pi opis baru tengok orang renovate. Saje sibuk-sibuk berangan jadik kontraktor.
Ima, saksikanlah dinding bilik ko, yang telah dimuralkan oleh Wan Muhammad Redza Farrel. Mural berkonsepkan abstrak.
(nanti aku suruh Abg Wan cat balik la, tak pun paksa je laki ko catkan)
2007-09-16
16 September - Aku dah start pose!
Dari Jumaat lepas sampai ke skang ni aku still ada kat Bangi. Cuma pagi tadi aku balik umah aku jap bagi ikan makan. Besar pangkat sungguh la ikan En Wan. Aku kena drive pergi balik 90km just nak pastikan dia tak kebulur. Kang kalau mati sekor, aku yang konfem mati sabtu ni.
Jumaat lepas aku kluar opis around 4pm camtu, ambik Reza ngan mak metua aku, hantar mak aku tu kat umah Kak Ngah En Wan kat Puchong. Aku ni dok bangga la sampai Bangi sure awal ni. Meleset okkkk. Macam nak melecet bontot aku dok lam keta. Memang tua la nak sampai ke Bangi tu. Dari kol 5.30pm aku kat Puchong sampai Bangi kol 7pm. Ko tak hangin??
Apa kejadah ntah jammed teruk dari exit Putrajaya santak ke exit Bangi. Nak kata orang kerajaan keluar opis, aku rasa diorang la manusia yang paling awal kluar keje bulan pose camni. Accident takde, road block takde. Ntah hapa hapa. Jammed mengada-ngada namanya.
Sabtu hari paling sengasara. Boring tahap dewata.
Dah la nak makan tak boleh. Pak Aji ada je pulak kat umah. Pegila bersiar-siar hendaknya. Boleh gak aku goreng-goreng nasik ke apa yang patut.
Petang tu aku angkut satu umah gi pasar ramadhan.
Satu yang best about Bangi ni, bukan bulan pose pun makanan bersepah-sepah. Inikan pulak bulan pose. Lagi la banyak tempat makan. Semua benda nampak sedap. Gerai kebab tu pun boleh ramai nak beli beratur panjang. Termasuk la aku yang beratur tu.
Macam kena pukau okkk masing-masing. Tapi aku la yang terlebih kena pukau, semua benda aku nak beli.
Sempat singgah Secret recipe. Indulgence cake. Ni pun Ibal punya jugak.
Yang ni aku punya. Aku kan hantu cheese. Tengok badan la beb.
Ini Mak Aji tengah prepare apa ntah kat wet kitchen. Aku taknak tolong. Sebab aku puasa. Aku sangat letih lagi malas.
Teringat kat En Wan bila makan ketupat daun palas ni. Tapi sampai takat teringat je la. Tak memberi kesan sampingan terhadap selera makan aku. Lajuuuu je aku telan benda ni.
Rendang daging makan ngan ketupat. Rasa dia boleh la. Bulan pose kan, so dimaafkan kalau terkurang rasa.
All time fav aku. Roti Jala a.k.a Roti Kirai. Memang betul-betul punya bersepai roti kirai ni. Makcik tu dah tak sompek nak gulung dah, orang beratur panjang sangat. Main campak je atas kertas sokabar terus bungkus.
Kuah yang cair dan tak sedap sangat. Tapi kalau aku tak habiskan kang Mak Aji sound 'Ko tak abiskan ni, aku tenyeh mulut ko. Yang ko gatal pegi beli banyak-banyak saper suruh'. Biasa la kan, faktor usia. Mengenangkan dia warga emas, dah menopos pulak tu, aku pun pelan-pelan habiskan roti kirai ni walaupun aku rasa roti tu dah sampai kat halkum dah. Kalau orang tepuk blakang konfem berkirai keluar balik.
Botok-botok ikan tenggiri, Mak Aji punya. Banyak sampah dari ikan.
Semalam aku habiskan satu lagi cerita cina - Farewell, My Concubine. Trajis. Sat lagi aku nak abiskan lagi satu cerita Leslie - The Bride With White Hair 1.
Bak kata Pak Aji, 'Bagus anak papa. Bulan-bulan puasa rajin tengok cerita cina.'
Menusuk okkkkk. Apa la dosa aku. Aku dah mengaji la tadiiiii.
2007-09-13
Selamat Berpuasa Guys!! (wish untuk guys saje..ngahngahngah)
Aku berjaya!!!!!!
Ye, aku sangat berjaya hari ni menahan diri dari lapar dan dahaga walaupun aku sebenarnya dikategorikan dalam golongan yang tak layak berpuasa.
Kureng sikit la puasa kali ni.
Hari pertama je dah out. Hari Ahad kot baru aku leh puasa ni.
Tapi walaupun tak layak puasa, aku puasa gakkkk.
Nak makan pun bukan buleh, baik aku puasa terus.
Disebabkab aku berlagak puasa, haruslah jugak aku sama-sama memberi sokongan kepada peniaga pasar ramadhan. Jadi kol 4 aku dah terpacak depan gerai nasi kerabu.
Nasi kerabu untuk mak metua aku. Aku tak reti makan nasik blue ni. Dah la aku tak tau apa lauk nak letak. Suruhla kakak tu letak la apa pun janji nasi tu meriah.
Untuk aku, nasi ayam + tahu sumbat + roti jala.
Nama pun puasa kan, sukatila aku nak makan banyak mana.
Tapi agak sengsara jugak la sebab puasa tanpa niat ni lapar dia satu macam.
Seb baik aku sedar diri badan dah gemuk, jadi dengan semangat yang tinggi aku teruskan berpuasa. Dan disebabkan aku sedar diri jugakla maka menu aku 3 jenis je. Kalau aku lupa diri tadi, mau tigablas jenis atas meja.
Esok mak metua aku balik Tganu. So tinggal la aku ngan Redza kat umah.
Tapi esok aku balik Bangi sebab aku malas masak. Lepas balik keje, hantar mak aku balik, pastu aku bawak keta slow-slow, bajet sampai Bangi cun-cun orang tengah bang. Takyah tolong masak. Wakakakka. Anak contoh.
Semalam and hari ni aku habiskan tengok 2 lagi VCD Leslie : Happy Together (cerita gay) and Days of Being Wild (cerita bohjan).
Taknak cerita panjang-panjang. Dah boring dengar nama tu kan?
Best jugak working from home ni.
Bangun pagi-pagi cam biasa terus dok depan laptop buat keje, pastu Redza bangun breakfast sesama (ini kondisi seblom bulan pose), pastu sambung buat keje, tengahari makan, pastu lepak ngan Redza sambil tengok tv. Bila dia dah tido, aku sambung balik wat keje sampai petang. Petang benti tengok Manjalara. Si Manjalara pun dah habis, aku tak tau apa nasib aku petang-petang pasni. Dah la takde cerita best, mak metua dah balik, laki pulak tak reti-reti nak balik. Boring okkkk.
Esok aku masuk opis jap sebab nak buat aktiviti Finale : Membungkus dan Mengangkut.
Esok nak pack semua porcelin, lilin, bunga, folder-folder, catalogue, pastu bawak balik lemari and shelf segala. Tu la gatal, kompeni bagi lemari nak beli lemari sendiri, folder kelabu tanak, nak pakai folder Pooh gak, pastu skang aku tengah pikir boot keta saper aku nak sumbatkan barang-barang aku sok. Dan kat mana pulak aku nak bubuh segala menatang ni kat umah. Ada jugak aku meniaga barangan terpakai kat pasar ramadhan kang.
Ada orang tanya gambar aku ngan En Wan pejam mata tu ambik masa bila?
Jawapan kepada soklan anda : Itu gamba masa kitorang jadik model tilam Slumberland. Boleh??
2007-09-11
11..10..9..8..7......
Sebenarnya dari last Friday lagi aku wat-wat gaduh ngan En. Wan.
Tetiba je angin bengang (read : rindu) aku sampai Khamis lepas. Adekah kerana ianya malam Jumaat? Oh, tidak. Aku tak kira hari. Hari-hari pun belasah. Wakakakaka. Ok tak klaka.
Lepas baca Yassin aku rasa cam nak nangis. Rindunya kat dia.
So aku shoot HP dia. Dia returned call.
Masa tu dia dah tido. Aku lagi la bengang kan, aku tengah dalam mood carik pasal dia leh layan tido lak. So pikir ape benda aku nak trigger dia biar dia hilang ngantuk ni?
Tingggg!
Idea suda mari.
Aku : Abang, Di tak suka la dok macam ni. Lama sangat abang pegi, Di rindu.
En Wan : (terkekeh-kekeh ketawa. Seronok gamaknya tengok bini buat pengakuan rindu gila kat dia). Ala, kejap je, buat-buat bizi la, nanti lagi 2 minggu abang balik.
Aku : Lambat laaaa. Bengang la, Nishikawa pi hantar abang Jepun sampai 3 kali setahun. Pendengki ke apa?
En Wan : (terbahak-bahak pulak kali ni)
Ya Allah Diiiii. Awak ni. Sabar la. (sambung gelak)
Aku : Abang, Di warning okk. Lepas ni kalau abang pegi lagi tak kira la seminggu ke, sehari ke, tau la nasib abang. Di gi pejabat kadi terus. (jin aprit dah masuk badan)
En Wan : Hmm..awak ni. Apa-apa je la.
(Apa-apa aje????? Hoooo..ingat aku memain ke? Aku wat betul kang, terbuntang bijik mata)
Aku : Abang pegi lagi ke tak lepas ni?
En Wan : Tak tau. Tak kot.
Aku : Takde kot-kot. Cakap demi Allah.
En Wan : (gelak gelak gelak)
Macam budak-budak la awak Di. (gelak gelak gelak, suka suka suka).
Ye la, abang tak pegi lagi.
Aku : Cakap demi Allah dulu! (masa ni aku dah nangis dah. Apesal aku nangis pun aku tak tau)
En Wan : Di, dah pegi tido. Abang tau Di sabar. Di sanggup tunggu abang bertahun dulu kan? Abang pegi kejap je. Tunggu abang balik ok?
Aku : Dah, tak payah call lagi. (Memang dia tak penah call pun, aku yang shoot dia)
Terus aku off HP.
Aku tau dia takkan call balik punya.
Tapi aku tak sangka la pulak dia boleh tak call aku lansung sampai hari nih! Marang perapu kepunden betul.
So, dari hari Jumaat sampai la ke hari ni dia tak call-call aku!!
Sangat murka la pulak beta!!!
Aku text dia kat YM dia boleh tak reply.
Ooo, berani tak reply mesej aku ye?
Aku pun shoot dia.
Shoot sekali. Takde reply.
Shoot kali kedua. Pun tak reply.
Shoot kali ketiga. Pekak ke apa dia ni?
Hilang sabor aku ni kang.
Pastu dia call aku balik.
Gembira. Gembira.
Aku : Dah tak rindu Di ke?
En Wan : La, orang tu kata takyah call.
Ingat aku nak gelak la ngan jenaka dia tu.
En Wan : Di, dah la. Di sabar je ok? Nanti abang balik. Tak lama dah, lagi sebelas hari je lagi.
Aikk?? Sebelas hari lagi ek? Aku pun tak penah kira hari.
Wakakakaka. Dia rindu aku rupanya!!!! Siap kira hari lagi.
Suka suka suka.
En Wan : Abang dah shopping last Sunday.
Aku : Beli apa?
En Wan : Abang beli Noritake.
Huah Huah Huahhhhhh.
Macam nak terkuar anak tekak aku jerit.
Dia beli jugak Noritake tu.
Aku acah je. Tapi dah ko belikan jugak, aku hambikkkkkk.
Aku : Shu Uemura ada?
En Wan : Abang tak reti la benda-benda ni.
Ala, aku pun tak reti nak pakai. Sebut pun ntah betul ntah tidak.
En Wan : Di, letak la gambar Redza kat blog. Rindu la dengan dia. Tadi abang call rumah, sedih pulak dengar suara dia. Dia mintak abang belikan bateri.
Apa kebenda la anak jantan aku.
Sangat pandai membuat lawak.
Ada ke bapak pi Jepun ko mintak belikan bateri je?
Kedai ane blakang tu bersepah bateri. Cakap apa bateri nak. Air bateri pun ada.
Rupanya Redza komplen bateri Bob the Builder dia dah habis, aku taknak belikan. Bukan aku taknak belikan. Aku tak reti nak bukak badan Bob tu check apa bateri dia pakai. Dan aku di sound oleh laki aku suruh pi belikan bateri jugak balik keje kang.
Report pukul 11.17pm :
1. Di dah beli bateri dah. 30 hengget. Bayar balik.
2. At this point of time, Redza ada atas riba Di sama-sama menyibuk depan laptop, 'Ija nak duduk ngan mama. Ija nak work'.
3. Mak tengah gosok baju.
4. Khamis pose. Tapi Di tak pose. Tengah period. Di pose Ahad ni kot.
Redza dengan belon yang Di pintal sendiri okkkk? Terror kan? Boleh la aku jadik badut sambilan kat Mydin pasni. Ni gambar petang tadi kol 6pm.
Ni gambar pagi tadi around 7 sumthing. Dengan botol susu terkepit kat perut. Dia tido tempat abang tiap-tiap malam.
Tetiba je pagi ni dia menceroboh ke kawasan Di pulak. Dia taknak guna comforter kita. Nak dia punya jugak. Dia kata 'banket mama tajam' (blanket mama tajam).
Tajam???
Dia tau tak tajam tu apa? Main belasahhh je.
Ni toy baru dia. Mummy and Daddy belikan untuk birthday.
Ku punya kamu...ku rindu kamu..wajahmu, senyummu, terbayanggggg...
Ye la, ye la, aku je la yang sangat-sangat tebiat.
Yang tersembur Nescafe la, yang tersedak la, yang mengucap panjang la.
Leslie mana ada kubur la wehhhhhhhhhhhh.
Dia kan cremated. Abu dia pun aku tak tau simpan kat ne. Tapi kalau dah nama sampai Hong Kong sok, paling tak pun aku nak jejak footprint dia. Wakakakaka.
Memang tebiat sekali perempuan ini.
Tu la, korang tak reti nak mengintepretasikan apa yang telah digambarkan.
Seorang kekasih yang setia mencintai kekasihnya walaupun sudah ompek tahun mati.
Bukankah tandanya aku seorang yang setia???
Cintaku seratus persen okkkkkkkkk.
2007-09-10
Always will be forever young!
Dari Jumaat lepas aku dok mengular dengan ertikata mengular yang sebenar. Ular kalau tengok aku mengulor pun boleh sakit jiwa bunuh diri dek ketensionan melihat ketrampilan aku mengular dengan penuh bergaya lagi slamber.
Aku boleh siap tengok 2 drama series Leslie SUNSET IN PARIS and RIGH LEFT HAND DESTINY sambil makan Jacob's Hi Fibre. Boleh tahan la bengkak mata aku tengok 2 drama ni.
And skang pun sambil wat keje, sambil bukak YouTube, sambil download lagu. Multi tasking okkkkk. Tu la saper suruh tinggalkan aku lama-lama. Tak pasal aku jadik isteri curang. Sungguh laknatullah perempuan ini.
Today, aku ngan KM gi The Mall, settlekan pasal bukak kompeni baru. Tak sampai 15 minit, selebihnya lepak kat Kopitiam. So, masa melepak tu bincang la sikit-sikit pasal management kompeni baru ni.
Esok nak pi carik carpet, nak pilih blind, nak carik copier, fax, kerusi, meja, internet, phone bla bla bla bla.
Tapi dalam banyak-banyak discussion tu, aku amat terpesona dengan yang satu ni..
Aku : Ofis hour kita kol baper?
KM : Sukati la u nak masuk kuar kol baper. Kalau nak untung lebih keje lama sikit. Untuk staff baru kita setkan working hours.
(Sangat serasi perkerjaan ni dengan attitude aku yang pemalas)
Aku : Bonus ngan increment camne ek? Sebab kali ni bulat-bulat kita uruskan.
KM : Ala, tak kisah la. Kalau akaun fat bulan tu, you nak ambik lebih, ambik la. Tapi hujung tahun profit you kita potong sikit la.
(Betambah borossssssssss la aku jawabnya)
Tak boleh jadik.
Aku terpaksa lantik laki aku untuk jadik auditor.
Kalau tak, harussss kompeni ni bankrupt di tangan aku.
Rabu ni aku cuti.
Mengapakahhh???
Bak kata adik aku :
Ima : Weh, kawan-kawan ko yang pegi MATA ada cakap if Bali murah kalau pegi tahun ni?
Aku : Aku tak tau la. Abg Wan takde, so aku tak pi tengok pun tahun ni. Rasa nak pi Hong Kong tahun depan. Abg Wan dah janji dengan aku kalau pi Hong Kong dia kasik aku pegi tengok kubur Leslie.
Ima : Tebiat.
Yeee....masuk bulan September je tebiat nak mampos aku menjadik-jadik.
Sebab apa aku cuti Rabu ni?
Sebab Rabu ni adelah 12 September...birthday Leslie.
Wakakakka.
Sekian.
2007-09-06
I am 'working from home'. wakakakakka
Wahhh! Begini rupanya keenakkan melepak kat rumah sambil mak metua tolong kemas siap ngan masak.
Hari ni aku gi opis sebenarnya, saje tunjuk muka siap-siapkan apa yang patut seblom blah dari sini. Kang kalau aku biarkan keje ni bersepah, ramai yang tunggu nak mengumpat aku. So, nak blah pun biar la meninggalkan nama yang dikenang.
Tapi rupanya aku tak sempat nak wat keje pun, baru nak panaskan enjin kederat, mak metua aku call cakap apesal filter kolam ni bunyi kuat sangat, pastu air benti. Ah, sudahhhh. Mengapakah di saat nawaitu aku taknak mengular, ade sajeeeee penghalangnya. (nak salahkan orang jugakk).
So, aku pun YM laki aku bagitu kondisi di tanahair dan apekah cara menanganinya.
Laki aku terussssss call. Dah tak cukup jari nak menaip gamaknya. Sebut pasal ikan je, macam kena renjatan letrik. Kalau aku eksiden pun blom tentu dia mencungap macam ni agaknya.
Camne la aku nak kasik arahan kat mak metua over the phone?
Ada cara lain??
Maka aku pun pack la laptop segala, start enjin, sambil pasang niat '..sahaja aku pulang ke rumah dan takkan kembali ke opis kerana aku malassssss'.
Bukan aku taknak fokus. Sumpah aku nak fokus. Keadaan telah memaksa aku buat keputusan untuk mengular buat kesekian kalinya dalam minggu ni.
Sampai je umah, dengan pakai skirt dan baju V neck, aku pun menonggeng dalam kolam putar la apa yang patut janji air tu kuar balik. Filter okeh, plug okeh, apa kebenda musibat alam yang buatkan air ni tak kuar???
4-5 kali jugak la tuan punya kolam call dari Jepun tanya khabar anak-anak ikan dia idup lagi ke tak? Mula la aku hangin ni. Time aku dok umah, taknak ajar camne nak operate ni semua, pastu tinggalkan aku nak godek segala kat sini. Mula la aku ungkit balik segala jasa-jasa aku kat dia selama ni, dia boleh lak tinggalkan aku nak uruskan kolam ikan dia yang busuk pelentung ni. Aku kalau bertekak ngan laki aku mana bleh tak mengungkit, kalau aku tak ungkit potensi aku nak menang amat tipis. Walaupun benda yang aku ungkit tu sah takde kena-mengena ngan criter kolam ikan.
Mak metua aku dah cuak dah tengok aku sikit lagi nak tukar jadik ijo. Aku dok la pelepuh pelepuh pelepuh main mesin nak bagi air jalan. Tak jalan jalan jugak. Kang aku menurun kang, ada jugak filter ni aku hempas ke jalan.
Tetiba, akal aku yang berIQ 889 ni terfikir.
Kenapa air kat dalam kolam tak sama aras ngan air dalam ruang filter????
Mana bleh air tak sama aras? Bukan kah molekul-molekul cecair fitrahnya mengisi ruang?
Lantas aku pun menonggeng dan menjolokkan tangan aku lam lubang kecik antara kolam ikan ngan ruang filter.
BINGO!!!!
Aku dah agak, mesti ada batu kecik tersekat lam lubang ni. Ikan-ikan ni takde keje gamaknya, buat exercise tolak batu hari-hari. Pastu batu dah tersekat, masing-masing larikan diri.
Elok je aku kuarkan batu tu, mencanak-canak air masuk ke ruang filter. Maka kolam aku pun dah okkkkk.
Pastu aku shoot HP laki aku soh dia call balik.
Bila dia call, aku bertekak lagi ngan dia, kali ni dengan lebih eksyen aku ceritakan kejayaan aku betulkan kolam dengan idea dan cara tersendiri. Tak yah tunjuk pun tau buat laaaaaaa.
Dan seperti biasa, laki aku kasik aku menang. Dia pun malas nak layan kepala hotak aku ni tengahari-tengahari buta camni. Padahal benda kecik je, aku je yang bangang benda camtu pun takleh terpikir.
Ok, aku nak wat keje pulak.
Chow sin chiiiiiii.
2007-09-05
Wonderful look back!
Aku kan pantang ada masa free, lalu aku pun menggodek-godek YouTube, lalu terkuar la mendalah ni:
Lupa lak aku kena tagged dek Kirana. Hambik nih :
5 things in my bag
1. purse
2. tissue
3. handphone
4. pad
5. panties extra kot-kot bocor
6. (lima je? Aku ada limablas lagi nak list out nih)
5 things in my wallet
1. kad nikah
2. kad kredit yang semuanya masih aktif berhutang.
3. kad bank yang aku simpan je, nak guna tak reti.
4. ic
5. driving license
6. (duit aku simpan lam wallet laki aku. Duitmu duitku juaaa)
5 favourite things in bedroom
1. katil
2. bantalssss
3. lemari sebab ada baju
4. koleksi panties ngan bra yang beraneka warna.
5. potret kawen
6. (perfume, powder dan segala mak nenek aku letak kat bathroom. Atas dressing table aku kosong)
5 things I like to do
1. tengok tv belasah la citer apa pun
2. baca buku / mags
3. shopping
4. makan
5. mengarahkan orang buat keje
5 things I’m doing now
1. ecececehh..sudah gaharu cendana pula, sudah tau buat-buat tanya pula. Ko yang suruh aku buat mender ni pastu wat-wat tanya lagi. Aku lempang kanggg.
2. chatting YM
3. email customer
4. tunggu laki aku online YM.
5. bersilang kaki sambil kaki kanan goyang-goyang atas kaki kiri.
Selamat jalan romeo..
Hari ni aku gi opis ngan sandal, jeans ngan baju kembang ala-ala makcik umur 40-an.
Mengapakahh??????
Sebab today adelah hari official hand over segala tugas aku kat kompeni ni.
Sebab hari ni aku nak mengangkang luas-luas kemas meja ngan lemari.
Sebab hari ni aku nak turun naik lif angkut barang-barang aku yang berkotak-kotak brambus dari kompeni ni.
Dan sebab hari ni aku nak pi jenjalan ngan bos lama aku gi tengok opis baruuuuuu!!!
Yes, akhirnya aku buat jugak keputusan yang berat nak mampos tak tertanggung lagi sah. Dua minggu aku pikir sampai bleh sambung pikir lam mimpi nak stay or nak blah. Nak tinggalkan gaji yang dah selesa and komfem masuk tetiap bulan untuk expect for something yang belum tau turn over nya berapa. Tapi aku akan pastikan aku kaya raya gila babi, babi pun tak kaya camnih, mengalahkan CEO kompeni ni.
Wakakakka. Belum apa-apa dah riak.
Actually start September ni (Senin lepas) aku dah bukan dalam group ni lagi. Aku ngan KM dah sepakat kuar kompeni and setup new company. Run bisnes sendiri. Alhamdulillah, terkabul jugak doa aku nak kuar dari alam puaka ni.
Bulan ni adelah menjadi potensi yang amat tinggi untuk kopak. Duit nak kena guna banyak ni. Nak cari opis, nak renovate opis, nak shopping barang-barang opis, nak pi daftar nama syarikat lagi, nak bawak masuk stok lagi.
Maybe dalam masa 2-3 bulan ni aku lepak umah je, work from home sebab opis pun nak kena renovate. KM pun dah nak start cuti bersalin. Bestnyaaaaa pose kali ni hanya berhibernasi di rumah sambil membesarkan ukur lilit perut.
Doakan aku sukses!!
2007-09-04
Hanya kerana brand dia Bob the Builder
Kejadian di atas berlaku hari Ahad, beberapa jam before bapak dia gi Japan.
Nenek dia la ni, bising bila nak belikan hadiah cucu dia, bila nak beli, bila nak beli. Susah hati sangat cucu dia tak dapat hadiah. Aku dulu besday serentak ngan dapat UPSR tujuhblas A, punnnnn dia wat dekkkkkk je. Takde hadiah-hadiah ni semua.
Memula masuk Toys R Us tu mata dah melilau, semua benda dia nak. Tapi aku tau dah anak aku camana pun dia akan beli lori punya. So, laki aku bawak gi area Bob The Builder. Seriauuuuuuuuuuu tulang itam aku tengok harga Bob collection ni. Suor jeans aku pun lagi murah.
Pilih punya pilih (bapak dia yang pilihkan), kalau kasik Redza yang pilih, mau set yang RM500 hengget tu dia pegang. So, we settled ngan yang RM170. Dapatla Bob seketul ngan lori sodok seketul. Sungguh tak puas hati aku dengan harga yang aku boleh beli bra Scarlett tujuhblas helai, dia boleh dapat satu kotak Bob je. Tapi bila dah bukak kotak tu, aku lak yang lelebih main sampai abis bateri. Best gak bendalah ni. Bob tu jadik remote control. Siap ada sensor kalau lori tu tersangkut kat bantal ke, nanti lori tu tanya 'What happen Bob?'.
Kalau lori tu takleh korek pasir banyak-banyak, nanti Bob tu pulak kata 'You can do it!'
Kalau kita tinggalkan lori tu tak bergerak lam seminit, nanti lori tu cakap 'Ok Bob, goodbye'.
Kalau aku terlebih main sket, anak aku pulak kata 'Mama, ni Ija munyer, mama pegi masak'.
Kuang asam.
2007-09-03
Happy Birthday Redza!
Today birthday Redza yang ke tiga. Tapi celebration dah buat last Friday, kira double la, sekali ngan Merdeka. Since we all balik Bangi, so buat kat umah nenek dia terus. Dan nenek ngan atuk dia jugak la yang kena kuar belanja. Ngahngahngah.
Seperti biasa, kitorang TAKNAK jemput orang lain sebab family je dah 10 tan.
Kali ni kek tak sedap. Sebab last week aku MC sepanjang minggu so tak sempat nak plan nak tempah kek apa, kat mana, tu pasal la decide buat kat umah nenek je. Janji buat birthday party.
This year, Redza dapat kek gitar. Luar je cantik tapi rasa macam sialpalis. Dan untuk tahun ketiganya jugak, aku tak sentuh kek Redza sebab bukan cheese cake.
And, from today sampai 22 Sept, aku kegersangan, kerinduan, kesunyian, kemandoman dan ketakdemoodan sebab laki aku dah fly gi Japan malam tadi. Derita okkkkkkkkk.
Gitar yang aku soh tampal gambar SpongeBob. Kalau tak,dia taknak potong kek.
Seperti biasa, anak aku akan bentan time birthday party. Muka masam gila sampai ke sudah.
Nampak tu Zie, aku pakai baju haper????????
Dan akuuuuuuu jugak yang kena tiup lilin tu.
Dah lama-lama sikit baru boleh potong kek. Syarat dia...semua kena pandang tempat lain.
Ye jemput..sila sila..padahal satu family je datang. Satu lagi lepas Maghrib sampai, birthday boy pun dah balik. Tinggal atuk birthday boy je.
Posing seorang pakcik nak ambik angle terbaik. Pun blurrr jugak gambo. Sila tukar henpon anda.
Sampai mendada aku, punyala nak tunjuk baju.
The Neneks
Me, Ibal and Redza. Ni la Acu kesayangan dia.
Tau anak aku tengah wat pe nih? Haaaaaa..dia tengah kalerkan kuku kalau ko nak tau. Elok je kitorang bebual dia buat capai krim conteng kat tangah termasuk la kat baju Acu dia tanpa Acu dia sedar. Diam-diam dia buat keje.
Cousins
Gambar ni takde kene-mengena. Ni gambar lam keta otw nak gi kenduri kawan aku kawen kat Bahau. Tapi gambar pengantin takde, gambar aku je..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)