2024-05-31
Kenapa sempoi sangat ke Paris
Post-post aku di FB and IG tentang trip Europe hari tu, ramai nau bertanya kenapa aku sempoi sangat ke Paris and Swiss. Macam baju duduk kat Malaysia. Tak pernah lagi tengok orang pi Europe countries se-sempoi aku katanya. Selalunya orang ber-OOTD over the top.
Orang lain tu pergi sana sini berambik berjemput, dik. Ada tukang angkat beg segala. Akak kau ni sorong tarik beg baju size XL sendiri. ya. Pak incik aku tu suka trip yang kejap melompat naik train, kejap melompat naik bas, kejap naik cab. Hari tu sikitttt lagi dia nak angkut aku naik feri pulak. Aku tenungggg je muka dia. Sebab itulah aku pilih untuk pakai seringkas mungkin. Lagipun, aku tak merancang untuk pergi. Orang lain memang plan untuk pergi. Dah tentulah ada persiapan sekali. Aku ni betul-betul tak ambil tahu. Nasib baik dia tak jual aku kat Milan.
Ada yang tanya "Kak Di pernah tak sangka akan ke Paris?"
Tak. Jangankan kata tak sangka, berangan pun tak pernah. Setiap kali dengar kawan-kawan bercerita dorang ke overseas, aku pelik macamana dorang berani naik flight. Itu je concern aku. Disebabkan naik flight adalah satu masalah, jadi aku tak pernah berangan nak ke Paris. Kalau orang lain pergi pun, I am happy for them. Benda yang kita tak mahu, buat apa nak jealous, ye tak?
Tapi tu lah, Allah punya plan. Benda yang aku tak pernah terfikir dan tak pernah mintak, itulah yang Dia bagi tahun ni. Dia nak bagi aku zikir panjang sikit. Duduk rumah aman tenang kurang ingat Dia. Meh Aku hantar kau ke Paris kejap. Biar banyak sikit ingat Aku katanya.
I am happy for En Wan sebenarnya. Dah lama sangat dia pujuk aku ke sana. Lama sangat. Setiap tahun dia ajak aku. Meh la pi UK. Meh la Pi Paris. Meh la pi Swiss. Pernah sekali dulu kat Matta Fair dah hampir-hampir nak confirm ke Istanbul. Aku dengar flight ambil masa 11 jam, terus aku angkat bontot blah dari booth. Masa ke Korea dulu gitulah. Punyalah En Wan nak aku ikut juga, sanggup dia buang masa ambil transit Hong Kong supaya aku tak rasa terbeban long flight. Orang lain rilek je Kl-Korea sap-sap soi. Kitorang KL-HK-Korea. Tu semua puncanya akulah. Tapi takpe, sebab Cathay flight makanan sedappppp. Dapat aiskrim Haagen Dazs. Dan juga dapat aura Leslie bila turun airport Hong Kong. Mbhahahaha.
Hari tu En Wan dapat invitation ke Beijing untuk MDRT conference. 5 hari. Aku dah tenung dia dari Milan lagi. Kau jangan nak jek-jek aku ikut, ya. Rasuah aku singgah Hong Kong pun aku takkan ikut.
Masa jalan-jalan kat sana hari tu pun En Wan tanya "Di pernah sangka tak dapat husband yang suka berjalan-jalan macam abang?"
Aku sebenarnya nak jawab "Saya kawen dengan awak sebab nak selamatkan diri ya, tak sempat nak pikir sangka ke tak sangka" 😆😆
Tapi cakap dalam hati je lah. Kejam sangatlah pulak nak cakap gitu. Dia tinggalkan aku kat situ karang, keras terus.
Aku cakap kat dia, aku ni dari kecil tak pernah pergi bercuti, melainkan ikut Pak Aji gi outstation. Kalau Pak Aji tak dapat peluang outstation, memang sampai ke sudah aku tak kenal tempat lain selain Tampin and Muar. Memang dah biasa duduk di rumah. Sebab tu sampai sekarang aku suka melekat di rumah. Pergi overseas lansung tak pernah ada dalam impian aku. Bukan tak mahu berimpian, cuma tak rasa ada keperluan. Duduk rumah and eat good food are my happiness.
Aku berjinak-jinak holiday ke overseas sejak kawen dengan En Wan. En Wan kata "Awak ni bukan tak mampu, tapi perlukan orang influence. Influence terbaik adalah abang"
Ya, aku terpaksa setuju dengan statement riak dia tu. Dulu ikut Pak Aji outstation, dorang pergi jalan-jalan sight seeing, aku duduk hotel. Nak tengok cerita cina pukul 6. Even ke Langkawi duduk hut tepi beach, aku terperuk dalam hut yang ada sekadar tilam and katil. Nama aku nak merayap tepi beach mandi lauk ke, main pasir ke, memang tak. Malas. Kawan-kawan masa kat uni jalan-jalan weekend ke air terjun, atau ke mana-mana, aku tak join. Rela duduk terperuk dalam bilik. Entah apa yang aku buat dulu tak tahulah. Bukannya ada smartfon pun. Laptop pun takde. Baca buku ke? Ah kau Diana, macam bagus je nak baca buku. Kahkahkah.
Tapi dengan En Wan, akhirnya aku berjaya ke overseas. Paksa rela. Aku ingat lagi lepas kawen, En Wan kata "Abang belum ada bajet nak bawa pi honeymoon. Nanti eh?"
Honeymoon? Sumpah tak terpikir lansung. Keadaan aku dulu memaksa aku pikir untuk kawen cepat je. Lain-lain kendian pikir.
Aku ni umpannya satu je - FOOD. Nak umpan aku keluar dari rumah, ajaklah aku gi makan. Roti naan pun jadi je. Janji benda makanan. Tak tahulah, maybe kekurangan makanan time kecil dulu. Dah besar ni develop kecintaan terhadap makanan lebih dari segalanya. Mbhahaha. Ibal kalau datang rumah aku, buka cabinet dapur, "Ni apa ni? Speedmart 99?" 😆😆. Berderet jajan-jajan. Widad kemain suka datang rumah Malong. Bukak fridge siap boleh pilih-pilih nak air kotak apa. Malong kau troma kekurangan makanan dalam fridge zaman kecil dulu, nak. Dulu sehari sampai 14 kali bukak katop fridge. Padahal dah tahu dah takde makanan, tapi nak juga bukak check. Manalah tau ada keajaiban. KahKahkah. Last-last kunyah ikan bilis mentah.
Kesian En Wan. Punyalah excited nak bawa aku ke sana hari tu, dia spend banyak supaya aku selesa. Taknak aku serik kot. Kalau aku serik, mungkin rancangan masa depannya musnah. Expenses trip ke sana hari tu bukannya murah. Dan dia prepare and plan semuanya sendiri. Aku terkejut masa kat Swiss, keluar-keluar shower nampak bersusun-susun pek kembara nasi lemak rendang, nasi tomato, nasi goreng, ikan bilik Che Nor. Bila masa dia beli tak tahulah.
Setiap kali balik berjalan, memang penat. Dengan En Wan ni bukan setakat berjalan-jalan, tetapi literally BERJALAN. Aku lemau. Jadi dia yang preparekan semua meal aku.
"Di nak makan apa hari ni, nak nasi lemak? Nasi goreng?"
Dialah yang siap semua.
Pagi pun sama. Dia yang siapkan breakfast. Siapkan bekal teh O panas dalam flusk sekali.
Laundry pun sama. Dia buat. Aku membontoti mengabiskan boreh je.
Gigih sangat dia provide keselesaan. Aku syak ini semua bukan ikhlas. Mesti ada benda dia dah plan ni.
By the way, next week En Wan ada kerja di Penang-Kedah-Perlis. Aku ikut sebab taknak tido sorang kat rumah. Siapa nak jumpa dia untuk tanya-tanya pasal medical card atau hibah, silakan whatsapp dia untuk appointment ya - 012-4407757.
2024-05-30
Bila tak boleh beat kau, dia akan kutuk fizikal kau
Tadi lalu kat FB aku gambar ni:
Jangankan tidak, tak dapat hencap mak bapak, anak pula jadi mangsa. Inilah penyakit orang zaman sekarang. Penyakit media sosial. Dah takde boundaries. Menulis tak pakai otak, sebab emosi menguasai diri. Orang zaman media sosial ni sebenarnya lembik, mudah koyak dan insecure to the core. Tengok je lah sekarang. Siapa yang lebih sikit, kena kecam. Yang cantik, kena kecam. Yang kaya, kena kecam. Yang pandai, kena kecam. Yang berjaya, kena kecam.
Zaman sekarang ni orang cenderung mengangkat seseorang yang tak mencabar ego mereka. Orang lebih suka pada kisah-kisah orang hidup sederhana, balik kampung angkut 5 orang naik motor, berbuka puasa dengan garam -- cerita-cerita macam ni orang lebih suka. Bukan sebab simpati, tetapi sebab kisah-kisah ni tak mencabar ego mereka. Kau jangan cerita kau straight As, kau dapat 3 PhD, kau beli kereta sport. Jangan cerita kalau hantar anak kau kelas swimming, kelas piano, kelas ballet. Jangan cerita kalau anak kau juara debat antara sekolah, anak kau pelajar terbaik. Jangan cerita. Mampus kena hencap.
Orang tak suka benda-benda macam tu sebab tercabar ego. Tu pasal puak-puak ni kalau dai tak mampu nak beat kau, anak kau pulak jadi mangsa. Jenis apa yang samakan anak orang dengan muka haiwan?? Tang mana yang macam haiwan?
Lagi satu aku berasa pelik kat those yang kalau tengok gambar suka zoom in zoom out. Kelebet betul-betul. Kau cari apa? Insecure ke camana. Nak cari apa yang kurang?
Masa Redza kecil, pernah terkena macam anak Syamel ni.
Redza kulit gelap, gemuk, hidung tak mancung macam bapaknya, mata sepet. Nak mengencap aku, aku sejenis tak ambil peduli. Dia mengutuk Redza pulak.
"Kemek macam muka mak"
"Gelap macam mak"
"Kesian muka anak kau"
Dulu blog aku boleh komen. Maka banyaklah komen-komen bitter gini.
Dah anak aku, haruslah ikut muka aku. Anak aku bukan setakat muka je ikut aku. Bijak pun macam aku. Hah, anak kau yang helok sangat tu apa khabar pulak? *libas tumit*
Kalau kau nak tahu tahap orang tu sakit hati tak tentu arah, ujung-ujung mesti dia start ejek fizikal. Itu je lah modal dia. Sebab nak lawan bab lain, tak boleh menang. Habis kuat dia kutuk muka kau, kutuk badan kau, kutuk anak kau. Macam Syamel and Erni ni pun gitu nasibnya. Nak beat dorang takleh, so dia harukkan anak orang tu pulak. Pegi repair otaklah.
Zaamn 80-90 an dulu, kalau sesiapa yang kurang pandai, kurang berada, kurang bakat - masing-masing sedar diri. Tahu diri tu ada kekurangan. Sama ada memajukan diri, atau senyapkan diri. Contoh, tak pandai. Sehabis boleh nak sorokkan bodoh supaya orang tak tahu. Zaman sekarang tak, ya. Kalau kau pandai, senyap. Jangan ditunjuk. Kalau kau bodoh, silakan ke depan. Tayang bodoh tu. Announce sekali. Sebab takpe, ramai backup kebodohan kau. Rating pun tinggi.
Kau berada? Senyap. Jangan cerita apa kau buat dengan life kau. Kena kecam. Nanti kau dituduh tak bersedekah dan takde empati pada orang yang susah. Silap-silap kena cop istidraj. Tapi kalau kau duduk rumah senget menanti roboh, tunjuk. Nanti ramai backup. Sumbangan pun mederu-deru. Last-last kena prank se-Malaysia.
Tengok budak yang bangga tayang result SPM G and TH semalam. Aku tak sedih dengan result dia, sebab itu adalah pilihan dia sendiri. Tapi sedih dengan perangai. Acah-acah rezeki Allah luas. Bukan hanya pada sekeping sijil SPM katanya. Kepala hangguk kau! Result SPM yang G and TH tu lah menunjukkan sikap sebenar kau. PEMALAS! Kalau dah dasar pemalas, rezeki pun tak nak singgah. Takyah nak sembang pasal rezekilah. Dapat pergi sekolah 5 tahun tu dah rezeki dah. Tapi apa kau buat dengan rezeki Allah bagi? Sia-siakan. Belajar tak. Exam tak hadir. Pastu berangan nak dapat rezeki lain?
Makin meluat dan menyampah dengan orang yang menormalisasikan "Takpelah, ada rezeki kat tempat lain".
Eh hello, kau dengar sini. Statement tu tak boleh pakai sebarang-sebarang, ya. Kalau budak tu belajar, dah berusaha, dah buat sehabis baik tapi keputusan tak menyebelahi dia, lain cerita. Boleh pakai nasihat tu. Tapi kalau budak sengaja tak nak belajar, pastu acah-acah pasrah dengan takdir, statementnya adalah "Kecik-kecik tak nak mampus!"
2024-05-29
Case closed. Alhamdulillah.
Ada satu cerita aku nak kongsikan. Ni kes yang kitorang (aku and En Wan) handle since tahun lepas. Ceritanya gini. Client En Wan ambil polisi medical card pada awal tahun 2023. Bulan 10 dia masuk hospital kerana sakit. Admission semua takde masalah sebab polisi dah melepasi tempoh matang. Medical card valid untuk digunakan.
However, semasa dalam rawatan kat hospital, doktor found out blood sugar client tinggi. Urine ada glucose, blood test pun ada gula. Terkejut client tengok result tu sebab dia tak ada simptom pesakit kencing manis. Takde kerap bangun malam kencing. Takde haus. Malah, dia tak berapa kerap minum air. Takde bengkak kaki. Takde masalah imsomnia. Nothing. Tapi gula tinggi. Jadi doktor nak start treatment diabetis medication, tetapi client refuse to take.
This client risau medical card akan ada masalah. Kita semua tahu kencing manis is a critical illness. Orang yang dah aad kencing manis, medical cardnya dah konfem kena reject. Memandangkan medical card si client ni dibuat pada tahun yang sama (tahun 2023) baru melepasi tempoh matang, akan ada possibility untuk company batalkan the polisi atas sebab client tidak disclose penyakit semasa application medical card dibuat.
En Wan agak tenang settlekan masalah ni. Dia kata takpe, kita settlekan satu-satu. Yang pertama sekali, client dapatkan rawatan dulu, kemudian discharge. Payment untuk rawatan semasa di hospital dia akan arrange next step.
Bila client dah discharge, ada masalah timbul iaitu, company hold payment ke hospital. Seperti yang dah dijangka, punca payment ditahan adalah kerana doktor tulis report - CLIENT HAS DIABETIS.
Maka bermulalah next step, iaitu appeal. Perkataan “diabetis” dalam report tu dah menghuru-harakan keadaan. En Wan punya aim satu je, iaitu polisi jangan terbatal. Sebab dalam kes ni, client memang tak tahu dia dah develop diabetis semasa dia apply medical card. Simptom pun takde. Jadi, dia bukan menyorokkan penyakit dari En Wan (agen).
As an ex-medical underwriter, aku faham mana-mana underwriter perlukan bukti kukuh sebelum release payment ke hospital. Bukti yang menunjukkan pesakit memang tiada sejarah diabetis. Payah kalau underwriter tak betul-betul analyze medical history client. Boleh bawa kepada kerugian besar pada company.
Kita semua tahu impak diabetis. Ia akan bawa banyak kaitan dengan penyakit lain. In the long run akan bawa kepada masalah jantung, saluran darah tersumbat, kidney failure dan macam-macam lagi. Bermakna company kena tanggung segala kos rawatan di masa depan. That’s huge, ya. Sebab tu those yang dah ada kencing manis tak layak dapat medical card.
En Wan mintak aku appealkan this case on behalf of his client.
Company keluarkan requirements untuk En Wan dapatkan supporting documents dari klinik and hospitals. Bukan sikit-sikit, ya. 10 klinik dan hospital yang disyaki ada rekod kesihatan si client. Syarikat insurans memang boleh trace our medical history. Semua tu connected dengan database dia. That's why dia boleh tahu kalau kau sorok penyakit ke tak. Bila dah dapat requirement dari company, the team work between agen dan medical underwriter tak berbayor ni pun bermulalah.
It’s not easy sebenarnya. Proses ni ambil masa. Client juga kena willing ambil cuti untuk follow En Wan buat macam-macam test. Urine test kena buat lagi. Blood test kena buat lagi. Macam-macam test kena ambil. Dan En Wan kena redah 10 klinik and hospital untuk dapatkan rekod rawatan lama si client.
Bila dapat balik medical-medical report ni, I helped him analyze balik semua document untuk cari point macamana nak buktikan client memang TAK TAHU dia dah ada diabetis. Kita bukan nak buktikan client tiada diabetis. Tapi nak membuktikan ketika doktor diagnose dia ada diabetis, dia tidak aware hal tu. Our aim is untuk selamatkan polisi medical card dia.
Dah macam lawyer pulak aku membaca balik report-report and questionnaires doktor, kemudian highlite point-point penting dan link-kan satu medical report dengan report-report yang lain. Kenapalah aku sanggup ambil tugas ni? Entah apa dia rasuah aku hari tu sampai aku buat kerja ni 😭.
Bila dah submit appeal, kena reject pulak sebab salah satu medical report tahun 2020, blood pressure client naik. Dan dalam report doktor tertulis “client pernah ada pre-eclampsia pada tahun 2012”.
Ah sudahhhhhh. Aku syak masa doktor ajak sembang-sembang, client bagitau dia pernah mengandung with pre-eclampsia condition. Tepuk dahi kejap.
Bukan apa, benda-benda macam ni walaupun tak jadi critical especially kalau perkara tu dah berlaku lebih dari 10 tahun, tetapi bila polisi kau tengah disiasat, SEMUAAAAAA maklumat akan jadi peluru untuk tembak kau balik.
So this is my argument bagi pihak client En Wan:
2024-05-22
Pilih hati konon!
Video atas ni. Betul apa yang pernah aku nekad dulu. Aku nekad terima lelaki yang sayang aku lebih, sebab aku dah merasa macamana rasanya sayang lelaki lebih. SAKIT.
Lelaki bila dia tahu ada perempuan gilakan dia, mulalah acuh tak acuh. Kejap-kejap missing in action. Communication jarang-jarang. Surprises dah takde lagi. Padahal dia yang mula mengorat kita bagai nak rak dulu. Kejap-kejap muka dia terpacul. Always ada free time untuk kita. Once kita dah sayang sangat, dia mula buat tak endah. Sebab dia merasa kita takkan tinggalkan dia no matter what. Kita ni dah jadi macam gila bayang sangat ke dia. Asyik mengharap dia respond.
Lain bila dapat lelaki yang sayang kita lebih. Lain sangat. Walaupun lelah juga nak pujuk hati untuk sayangkan lelaki ni sepenuh hati, at least hati kita tak sakit. Lelaki jenis ni always ada untuk kita. Always communicate dan always available.
Betul cakap UAI. Biar lelaki sayang kita lebih. Perempuan ni hati mudah terusik. Hatinya kalah dengan keperihatinan. Siapa yang pandai jaga hati, akan menang. Kalau perempuan jenis independent lagilah. She don’t need you, she just want you. Tak perlu nak beli perempuan jenis ni dengan duit because this type of women puts food on the table too. Duit dia boleh cari. Dia hanya mahu lelaki yang pandai menjaga hati.
Some one share satu POV tentang Kuch Kuch Hota Hai.
Post ni menguatkan lagi teori aku:
See? Mana ada lelaki yang suka perempuan cantik. Memanglah hujung-hujung pilih hatinya. Tapiiiii sebelum nak kenal hati tu kai tengok rupa dulu, kan? Kalau takde rupa, sampai ke sudah kau tak kenal hatinya. Jadi toksahlah acah-acah terpaling tak kisah rupa. Hakikatnya kesah!
At least budak pompuan yang viral nak bakal suami gaji RM9K tu is being realistic. Dia tahu lelaki kena menanggung isteri dan anak-anak, jadi perlu ada pendapatan yang sekian-sekian banyak. Lelaki-lelaki yang bitter dengan statement perempuan tu adalah jenis yang nak ambik anak orang untuk sama-sama hidup susah. Dah kenapa dia nak hidup susah kalau ada pilihan untuk hidup senang? Elok-elok single happy, kawen dengan kau semua kena berkongsi. Silap-silap duit gaji dia habis buat topup duit minyak and rokok kau.
Wanting a husband with a high income does not necessarily make you toxic, ya. Memilih husband yang ada financial stability, are common and valid. Kalau kau menyampah dengan perempuan yang tak mahu susah bersama-sama, tak perlu kecam yang tak mahu. Yang tak mahu tu clearly takkan pilih kau juga. Jadi, tak perlu risau. Sama juga lelaki yang nak date only pretty women. Pun not inherently toxic. Siapa je lah yang tak suka perempuan cantik. Aku yang pompuan pun ralit je tengok perempun cantik. Because physical attraction is a natural part of human relationships, and having a preference for certain physical traits is common.
Apa pun preferencenya, kalau kita tak boleh fit in, jangan mendekat. Carilah yang boleh fit in. Cuma takyah lah cakap “Saya pilih hatinya”. Jangan mengencinglah, ya. Tak berpeluang nak dapat yang cantik, dan-dan pilih hatinya konon. Cuba ada peluang? Yang cantik jugak kau pilih. Sebijik macam si Rahul tu. Punyalah Anjali memahami dia in and out, sikit tak dipandang. Sebab ada Tina. Dah mampuih si Tina, barulah realized yang Anjali soulmate sebenar. Tu pun sebab Anjali dah cantik. Kalau tak? Harammmmm.
2024-05-14
Kerja berkira
Dia punya bendul tu takleh bincang. Itu satu hal. Satu hal lagi, berkira sungguh. Bab berkira ni aku faham. Kau tak payahlah nak syarah pasal kerja. Sebab aku celik-celik mata bukan carry family bisnes terus jadi boss. Tak. Aku start dengan jadi pekerja juga. Merasa dah kemas store segala. Jadi kalau aku harapkan pekerja buat sesuatu, mestilah yang masih dalam skop kerja ataupun yang bukan susah sangat. Maksudnya sambil-sambil pun boleh buat.
Budak ni bahagian admin. Antara kerja-kerjanya adalah handle purchase and inventory. Aku minta dia kalau free kemaskan balik filing. Kalau nak new folder bagitahu. Dia taknak buat kau tahu?? Dia kata filing lama tu pekerja lama buat. Dia nak buat new kerja saja. Aku cakap, filing lama tu pun esok lusa kau kena selak juga sebab kau handle purchase. Macamana pun nanti kena tengok balik rekod purchase, rekod inventory segala. Kalau aku, benda memang aku akan buat kot. Aku lagi suka nak mengemaskan file ikut cara aku supaya senang nak buat kerja.
But some people pergi kerja hanya untuk kerja, balik, dan hujung bulan ambil gaji. Dia taknak buat lebih. Apa-apa di luar job scope dia lansung taknak ambil tahu. Tapi bila orang lain naik jadi leader, dia question. Kau nak jadi leader camana kalau kerja lain tak tahu buat? Seumur hidup nak buat kerja yang sama pastu berangan jadi HOD? Lambertttttt lagi.
Bak kata boss aku dulu — job and career are 2 different things. Some people hanya ada job. Pergi, balik, ambil gaji. Some people ada career. Dia datang kerja untuk buat kerja dia, learn new things, learn task orang lain, willing participate dalam projects, and tak berkira nak buat lebih. Jenis yang ada career ni, dia tahu buat banyak benda dalam company tu. Dan dia faham the flow of the business walaupun dia seorang clerk.
Mak Aji pencen kerani. Tapi dia rapat dengan bos-bos dia lebih dari PA boss tu sendiri. Mak Aji pernah duduk JB seminggu menjaga anak bossnya yang eksiden. Boss tu kebetulan di overseas. Padahal ada PA, ya. Tapi boss mintak Mak Aji tengokkan anak dia. Kitorang 3 beradik ni pandai-pandailah jaga diri kat rumah. Nasib aku pandai masak sikit lebih kurang. Buatlah apa yang patut. Masa tu aku menengah rendah.
Aku takdelah harap staff buat macam tu. Aku pun idok le takde otak nak menyuruh yang bukan-bukan. Tapi entahlah, memang ada orang yang berkira sungguh bab kerja. Jadi bila dia berkira, aku jadi malas nak bagi task lebih-lebih sebab nanti dia tak buat dengan sepenuh hati. Aku pass pada orang lain. Bila orang lain perform, orang tu lah dapat benefitnya. Pastu kau pun bengang, and resign. Dah tu, aku nak buat apa? Memang taklah aku nak counter offer perangai berkira gini. Dengan senang hati aku terima surat resign. Bertanya “Kenapa nak resign?” — pun tak.
Bab berkira ni, kadang antara adik-beradik, ipar-duai and kawan-kawan pun ada. Dalam sinki ada seketul mug, dia tak basuh. Padahal dia tengah basuh pinggan dia makan. Alasannya, bukan mug dia. Dia macam ni tau. Kalau rumah tu tak ramai orang, memang aku panggil je “Siapa minum tak cuci? Basuh mug kau sekarang”. Tapi kalau dalam tu ramai orang, kau basuhkanlah dulu. Pastu kau nak sound, silakan.
Angkat baju pun sama. Dah kau angkat baju, angkatlah sekali mana-mana yang kering tu. Kendian announce “Siapa tadi basuh baju? Baju semua dah angkat ada dalam bakul. Nanti pilih and lipat sendiri”. Apa yang susahnya. Tahan dia pilih selai-selai kat ampaian. Alahaiii.
Aku ada sorang staff yang bila tengok cara dia buat kerja di ofis, boleh tahu camana dia kemas rumah dia. Kalau dalam toilet tisu gulung dah habis. Dia tak biarkan kertas gulung tu tergantung sampai tahun depan. Dia cari tisu baru dan pasangkan. Kalau mug and pinggan kat rak basuhan dan kering, dia lap and simpankan dalam kabinet. Kalau balang biskut dah nak kosong dia tambahkan new biskut. Alang-alang dia nak buka new stock dari dalam store, dia susun-susunkan stok yang lain sama.
Orang macam ni kalau dia resign cari kerja tempat lain pun aku willing jadi reference. Ambillah. Kalau tak ambil, rugi. Sebab orang macam ni willing to learn new things. Effort dia nak buat lebih tu ditunjukkan dalam bentuk rajin mengemas.
Terpulanglah kalau orang kata “Buat lebih pun bukan naik gaji”. Aku pernah jadi pekerja yang bekerja di company yang tak mampu nak bagi gaji besar. Tapi kerana nak gaji lebih, jadi aku belajar buat banyak benda dulu. Ambik sebanyak-banyak ilmu, buat lebih dari sekadar job scope. Participate dalam pelbagai program. Buat je dulu. Jangan berkira. Rasa-rasa dah strong resume, applylah kerja tempat lain. Baru mantap bila interview kau boleh bagi jawapan yang konfiden.
Allah kadang tak bagi kita naik pangkat dan gaji di tempat itu, tapi tempat itu menjadi batu loncatan kita dapat gaji lebih di tempat lain.
Yang selalu komplen “Kerja banyak tapi gaji tak naik” ni selalunya dia nak buat kerja rutin je. Dia sendiri tak konfiden nak cari kerja lain sebab tahu diri tu tak power mana. Banyak benda dia tak tahu buat. Sebab tu dia kekal stay. Tapi komplen hari-hari. Eh kau.
2024-05-08
Fake testimoni
Gambar atas ni. Perhatikan betul-betul.
Hmmm…entahlah. Masih ada orang buat “testimoni” fake macam ni?
Kerana orang-orang yang kurang cerdik macam nilah yang buatkan genuine business people punya testimoni dibakul-sampahkan.
Sebab itu aku cakap banyak kali - BUSINESS IS NOT FOR EVERYONE.
Not everyone enjoys the hustle.
Yang ambil jalan mudah gitulah jadinya.
Sendiri tanya, sendiri jawab.
Sama pulak cadar kau dengan customer, eh? Tido sebantal ke apa ni?
ORANG KITA. Yang busukkan market adalah orang kita juga.
Orang business, kau pun nak business. Orang lain jujur, kau tak.
Ujung-ujung jual harga lelong. Rosakkan market. Pastu kau meruyup.
Sebab tu aku tak berapa konfiden dengan seller-seller kat TikTok (especially).
Balik-balik muka dia dan dia je yang buat review.
“Ni best korang!!”
“Ni memang padu!”
“Aku dah re-stok 4 kali!”
“Sedap gila!”
Segala benda padu. Entah ya entah tak.
Yang create fake testimoni sendiri whatsapp sendiri jawab ni, apa agaknya dorang pikir eh?
Kau tak rasa nasi kau makan tu tersengkang kat tekak ke kalau cara kau cari rezeki gitu?
Kita ni cukup takut orang yang tak perlu guna nak guna produk kita.
Tak perlu, tak payah. Lagi tenang kepala otak aku.
But some people berusaha buat fake feedbacks nak suruh ramai orang beli produk dia.
Kalau betul produk kau bagus, tak perlu buat fake testimoni.
Boleh je buat video, explain pasal produk, dan tunjuk produknya.
Yang sampai kena create fake testimoni apa bendanya.
Kat mana kepuasannya bila semua testimoni kau adalah fake belaka?
Just imagine kau scroll balik semua testimoni kau padahal semuanya fake. Apa rasa? Puas ke?
Ni deretan testimoni real dari customer Middellyf.
Masa aku carry Middellyf tahun 2019, takde lansung testimoni.
Yang ada hanyalah video-video aku menceceh pasal Middellyf.
Sampai sekarang masih lagi aku bercakap pasal Middellyf.
Alhamdulillah testimoni is growing. Feedback real lebih best.
Sesekali kita scroll balik balik feedback tu semua rasa puas.
Again. Dah banyak kali juga aku tulis pasal sistem agen ni.
Orang kata kebanyakan HQ and founder yang menayang kekayaan tapi produknya tak nampak pun di mana-mana, sebenarnya produk dorang dijual pada agen.
Agenlah customer mereka. Agen yang beli berpuluh ribu.
Dan agen yang akan jual pada customer.
Masalahnya agen tak dapat jual. Why?
Ada 2 sebab:
Yang pertama, agen mengharap customer datang dari HQ.
Yang kedua, HQ dan agen jadi competitor.
Zaman aku buat biotek dulu, aku pun agen.
Tapi kita tak panggil agen. Kita panggil distributor.
HQ (kita panggil principal) tak bagi customer pun kat kita.
Dia lantik kita as distributor dan dia bagi sales target je.
Bertempiaran kitorang keluar sana sini everyday buat sales untuk cari customer.
Pandai-pandai la approch customer, buat demo, buat presentation.
Principal cuma nak tengok sales masuk.
Kalau 3 bulan sales tak hit, hak distributorship akan dibagi pada orang lain.
Sama je kan macam agen-agen produk online?
Bezanya, agen-agen online berharap customer datang cari dia. Dia taknak cari customer.
Dia berharap HQ buat kerja and pass the lead to them.
Bila stok tak jalan, salahkan HQ.
Dik, kalau nak berbisnes yang duduk tunggu customer datang, len kali bukak kedai makan.
Kalau bisnes online ni, kita kena cari customer.
Kita kena promote di page media sosial kita.
Hari-hari update pasal produk. Bukan duduk tunggu customer komen “PM” 🙄.
Yang kedua, agen dan HQ jadi competitor.
HQ pun jual pada user. Agen pun jual pada user. Sama-sama jual pada end user.
Takde masalah sebenarnya. Sebab selling price tetap sama.
Yang jadi masalah adalah bila HQ buat sale dan harga sale sama harga dengan modal agen beli stok.
Kat sini yang jadi agen marah.
Selalunya yang buat gini adalah produk-produk yang harganya sedia murah.
Selling price RM19.90. Harga agen beli maybe RM10.
Bila HQ nak buat sale, dia turunkan harga ke RM10.
HQ masih lagi untung kalau kos hanya RM5.
Agen la sakit. Beli pun dah RM10. Pastu jual takkan RM10 juga? Postage lagi.
Lagi sakit bila HQ buat sale “Beli RM30 dapat 10 barang”. Tak ke naya agen?
Ni agen/stokis mengamuk stok tudung tak jalan.
Tak tahulah salah siapa. HQ atau agen.
Pada pandangan aku, bila jadi agen, jangan tunggu customer datang.
Kita kena usaha cari customer. Bina database customer kita sendiri.
Masa aku jual Ephyra dulu mana ada HQ pass customer kat aku.
Dorang ada agen sendiri. Agen dorang ada nama kat website. Nama aku takde tau.
Sebab aku tak declare diri aku as agen. Aku as RESELLER.
Sebab tu aku buat promo sendiri. Tak ikut lansung promo HQ.
Siapa pernah beli Ephyra dapat free beg Hello Kitty? Free mp3 player? Free powerbank? Free mug?
Dan yang paling havoc sekali aku initiate package deal 3 box for RM500.
Lepas tu semua agen follow.
Pastu mengadu kat HQ aku buat pakej RM500. Hehe.
HQ pun pening apesal agen-agennya question aku buat pakej RM500 untuk 3 box.
Terpaksa dorang panggil aku. Buat syarat. But no worries, aku boleh je explain why.
RM500 tu untuk 3 kotak. Aku tak buang harga.
Kalau beli sekotak harganya tetap RM197 sama seperti yang HQ minta aku jual.
Kalau sesiapa beli 3 kotak, aku bagi special price.
Ini standardlah. Kau beli banyak, kau dapat diskaun. Kau nak diskaun, kau kena beli 3. Fair what?
Kalau takde bajet, belilah 1.
Yang beli 1, aku top up dengan free gift. Supaya yang beli 1 masih merasa untung juga.
Yang kau ikut aku buat pakej RM500 untuk 3 kotak buat apa.
Pastu merungut untung sikit.
Kau stick je lah pada harga sekotak RM197.
Bukan semua orang ada bajet beli selepuk RM500.
Pastu bila aku buat free gift bag Hello Kitty kau mengadu kat HQ.
HQ boleh buat apa? Bukan HQ yang bagi bag tu. Aku keluarkan duit sendiri beli.
Last-last aku buat jelah produk sendiri. Buat GreenAard. Settle.
Nak jadi agen, jangan berharap customer cari kita.
And you must be creative.
That's why business is not for all.
Kalaulah semudah itu berbisnes, semua orang nak buat.
Hakikatnya tak berlaku macam tu.
Walaupun HQ hari-hari buat post kat media sosial marketkan produk dan branding, YOU as agen kena cari customer juga.
Bila berharap customer datang dari HQ, itulah jadinya. Stok tak jalan.
Sebab menunggu je customer PM.
Takkan ambil stok hanya untuk buat flash sale? Hilanglah value produk.
Bagilah free gift.
Atau Buy 1 and get 50% off on second item.
Atau rebate RM30 for every RM100.
Atau free delivery for purchase value RM150.
Do something else selain dari melelong je kerjanya merosakkan market.
2024-05-06
Mana-mana bisnes, marketing memang kena ada.
Alhamdulillah. En Wan ada meeting today.
Dia hantar video gambar dia ada kat wall of fame.
Another achievement unlocked. Dengan izin Allah.
Oh by the way, aku tak update Open House Raya tahun ni di blog. Sekadar di FB saja.
Gambar terlampau banyak, silakanlah skodeng FB aku saja.
Again, nak sampaikan ucapan terima kasih secara pukal kepada semua client En Wan yang sudi meredah jem melekat berjam-jam untuk hadir ke open house beliau.
Menjemput tu satu cerita. But sudi hadir is satu cerita lain.
Kami sangat-sangat hargai.
Kau tahu je lah agen kau tu punya planning. Everything kena teratur.
At least dia nak buat sehabis baik.
Dari makanan dan tempat makan dia nak pastikan client selesa dan enjoy.
No business talk. Only makan-makan.
Tahun ni jemputan lebih ramai dari last year.
Rahun 2023, dia belum cukup setahun di Prudential. Client belum 200 orang pun lagi.
Tahun 2024, client dah lebih 400 orang.
Aku syak tahun depan mahu cecah 600 client ni.
Silakan buat kat dewan, ya.
Takkan nak pacak sampai 5 khemah pulak. Macam kawenkan anak pulak hai.
Orang kata En Wan beruntung sebab most clientnya adalah blog reader aku. Aku buatkan marketing.
Some agen dah 10 tahun masih belum MDRT, let alone nak dapat Presiden Club or Top Agent Nationwide katanya.
Mana-mana bisnes, marketing memang kena ada.
Mana-mana bisnes pun nak ada marketing.
Kalau tak, macamana orang nak tahu.
Takaful bisnes is a TRUST bisnes.
Bukan senang orang nak keluarkan duit konsisten beratus-ratus setiap bulan kalau bukan kerana trust.
Prudential sendiri dah 100 tahun. Award dah berapa banyak dapat di peringkat global.
Dah tak perlu diperkenalkan lagi.
Tapi seorang agent perlukan marketingnya sendiri supaya orang tahu dia wujud.
Kebetulan aku bekas medical underwriter Prudential.
Aku pun ada medical card, hibah dan investment polisi dengan Prudential.
Just niceah kalau aku nak berkongsi pasal Prudential because not only ada ada 3 jenis polisi berbeza, aku juga pernah jadi team barisan hadapan Prudential.
Dapatlah share sikit pengalaman. Selebihnya memang kerja En Wan.
En Wan pun gunakan kelebihan tu dengan sangat baik.
Dia memang always all out dengan apa dia buat.
Staff-staff aku faham sangat cara kerja En Wan.
Client-client pun tahu cara kerja dia macamana.
Now dia tak perlukan aku dah.
Tahun ni most clients dia dah start datang dari bukan blog readers.
Maybe sebab dah banyak recognition and awards dia dapat, banyak talk and sharing dia dah bagi ke group-group lain, trust has grown significantly.
Especially client yang ambil coverage tinggi macam hibah nilai 1 juta, they purposely contact En Wan untuk jaga polisi dia.
That day masa open house, ada beberapa client dia kenalkan pada aku, yang bukan blog reader.
Jadi sales ni tak senang. Especially offline sales.
Offline sales requires berjumpa dengan customer and banyak main dengan technical explanation.
Sales like takaful, lab supplies, hi-end gadjet, kereta adalah antara yang perlu technical explanation.
Bukan setakat "Ni best korangggg! Ni paduuuuuu!"
Kena ketuk dengan customer jawabnya.
Contohnya lab supplies.
Brand memang bukan calang-calang. Applied Biosysems, Roche, BioRad, Fisher.
Ni semua big player dalam biotech industries seluruh dunia.
Tapi, kalau agen tak tahu apa yang dia jual, bercakap pun mbek mbek mbek tak tahu hujung pangkal, sampai situ sajalah pertemuan kita.
En Wan dah boleh stand alone.
Sesekali aku suka-suka je menulis pasal takaful, especially kalau dia ada bagi talk atau dapat award.
Sebab most of his clients baca blog, aku sharelah achievement dia kat sini.
Hari tu pun katanya ada client datang raya bawa kawan yang baru nak ambil polisi.
Nak bersembang dengan En Wan pasal hibah.
En Wan ramai client hibah. Sangat ramai.
Dia always encourage client-client dia buat hibah.
Kebetulan client pun ramai yang 35 and above, masih murah lagi kalau nak buat hibah.
Aku dulu start buat hibah awal 30s.
Sampai sekarang bayar RM100/bulan je sebab start awal.
Masih muda, belum ada penyakit. Risiko usia pun rendah. Murahlah caruman.
Yang penting, start buat hibah SEBELUM ada penyakit.
Once dah ada penyakit, bukan tinggi caruman tau tapi LANSUNG TAK BOLEH BUAT HIBAH.
Kalau medical card tu ada ampun lagi. Paling-paling pun dia tinggilkan caruman je.
Kalau hibah, no way. Once ada penyakit, takde peluang.
Kecuali dia keluarkan hibah special untuk orang sakit macam dulu. Sekarang dah takde dah.
Selalunya bila kita dah mula realized anak semakin membesar, masa tu akan datang kesedaran untuk tinggalkan sesuatu pada anak.
Aku pun macam tu juga. Dah cecah 30an baru nampak kepentingan meninggalkan hibah.
Bukan nak kata bergantung pada duit, tapi kena be realistik.
Kalau dah mati esok, anak-anak perlukan sesuatu untuk bersandar.
Nak bersandar pada orang pun, ceritanya tetap duit.
Nak membesarkan anak, biaya kehidupan, lunaskan hutang, ceritanya tetap pakai duit.
Selagi boleh merancang untuk tidak menyusahkan waris yang lain, kita rancanglah.
2024-05-03
Just share your awards. Don't share your rewards. Orang menyampah.
Semalam sorang follower kat IG share aku satu video.
Seorang manager Takaful pakai McLaren sport car.
Follower ni tanya "En Wan top agent nationwide dalam Prudential, kan? Mesti En Wan boleh pakai lebih dari ni"
Hahahahaha.
Inilah yang aku takut.
Aku banyak kali pesan kat En Wan, "Just share your awards. Don't share your rewards"
Awards penting untuk dikongsi sebab itu adalah trust.
Takaful is a trust business.
Award macam MDRT, Wealth Planner, Top Agent, President Club Award - ini semua achievement yang diiktiraf di peringkat national and international, maka mesti dikongsi.
Kerana ini adalah petanda you have a great achievement.
Client mencari trusted agent like this.
Rewards adalah something bonus.
Kalau tak dapat dari majikan pun, kau boleh beli sendiri.
Contoh, menang iPad, menang iPhone, trip ke overseas - ini semua orang boleh beli.
Bezanya, kalau kau menang challenge, kau dapat free.
Kalau tak dapat pun, boleh je keluarkan duit sendiri.
Aku always ingatkan En Wan, tak payahlah share benda ni. Orang menyampah.
Serious! Tak tipu.
Orang tak suka bila kita start share belongings and materials.
Apetah lagi kalau dorang merasa kerana duit dorang membayar caruman tetiap bulan yang buatkan kau kaya.
Lagilahhhh meluap-luap rasa menyampahnya.
Sanggup dia lapse-kan polisi semata-mata taknak bagi kau merasa komisyen dari duit caruman dia. Hahaha.
Padahal orang tak tahu some agen, ada gaji tetap.
Macam En Wan ada fixed income dari Prudential, plus komisyen (of cos la dia buat sale).
On top of that, dia juga adalah engineer yang masih ada income from technical-based project yang dia terlibat.
Sebab itu dia banyak "pulangkan" komisyen dia kepada client dalam bentuk merchandize dan gift.
Dia spend a few thousands untuk kurma sahaja.
Itupun rasanya tak semua client dapat sebab jenuh nak mencari stok Ajwa.
Tapi tu lah, ramai shallow people out there yang always merasa semua yang buat bisnes ni kaya sebab duit dorang.
Alahaiii. Shallow sungguh.
Tu pasal, ramai agen takaful yang share beli kereta baru, rumah baru, jam tangan baru - bulan depan sales terus drop.
Ini follower IG aku cerita.
Dia kata ramai agen-agen yang bila start share rewards, sales terus drop.
Sebab tu aku cakap, MANA ADA ORANG SUKA KAU BERJAYA? Tak ada!
Yang suka kau berjaya cuma pasangan kau je.
Adik-beradik pun belum tentu suka. Apetah lagi strangers.
Kau ingat yang follow kau kat media sosial tu suka kau semua?
Lagi banyak tak suka dari suka.
That's why aku prefer share benda-benda bangang macam lauk masak, makan-makan, aktiviti anak-anak, aktiviti keluarga, dan update yang bodo-bodo.
Sesekali ada lah update bercuti, itupun simple-simple saja.
Orang suka baca post-post simple dan yang tak mencabar.
Biar orang tak tahu kita beli apa, kita dapat apa.
Biar orang anggap kita tak ada apa yang dia ada. Biar. Lebih aman dan tenang.
Tak ada apa yang nak dibuktikan dari situ.
Itu cara aku lah. Kalau orang nak share silakan.
Aku takde masalah tengok orang lain share macam-macam.
Orang holiday overseas pun aku LIKE.
Sebab aku tahu apa yang aku mahu dan aku tak mahu.
But itu aku. Orang lain mungkin tak.
Ramai je orang yang follow kau sebab nak pastikan kau tak lebih dari dia.
Apa yang kau belum ada dia taknak kau ada.
Apa yang kau dah ada, dia tak mahu lebih dari dia. You get it?
Agen yang pakai McLaren tu, janganlah kita bandingkan dengan agen-agen lain.
Dia beli kerana dia mahu.
Agen lain tak beli mungkin kerana tak mahu.
En Wan prefer untuk kongsi pengiktirafan yang dia dapat sahaja.
He enjoys sharing the awards and recognition he receives, as it demonstrates his consistency and seriousness in his work endeavors.
Aku setuju dengan cara dia.
Aku as client pun, nak agen yang ada track rekod yang bagus untuk jaga polisi aku.
Sebelum En Wan, aku ada 2 polisi dengan 2 agen berbeza.
1 conventional policy, 1 lagi hibah.
Sikit aku tak kisah berapa komisyen agen dapat. Malah tak ambik tahu lansung.
Sebab bukan itu tujuan aku ambil polisi.
Aku ambil polisi kerana nakkan benefit dan perlindungan.
Jadi, fokus aku hanya pada maintain my polisi. Cukup.
Dia nak kaya sebab komisyen aku, itu rezeki dia.
Biasalah tu, buat sales memang ada komisyen.
Especially agen-agen yang tiada ada gaji tetap.
Memang dari komisyenlah gaji mereka. Takde apa yang pelik kat situ.
Dia dapat atas kerja yang dia dah buat.
Macam orang lain yang makan gaji, hujung bulan dapat gaji dari kerja yang dah dibuat.
By the way, korang yang masih pegang polisi conventional, silakanlah bertukar ke polisi takaful.
Aku pun dah tukar conventional policy aku ke takaful.
Takaful offers konsep yang lebih selaras dengan prinsip-prinsip syariah dan coverage lebih tinggi.
Macam conventional polisi aku dulu, dari tahun 2003 sampai 2022 aku pegang, coverage hanya RM80K.
Tuhan Maha Baik, sepanjang ni aku tak sakit.
RM80K tu adalah coverage sepanjang hayat, ya!
Sebelum En Wan jadi agen aku ada ambil satu polisi takaful.
That was tahun 2019 kot.
Pastu dengan En Wan aku ambil lagi satu polisi takaful Bila dah ada 2 takaful (medical card), aku stop yang conventional.
Takaful ni lain. Kalau coverage kau RM250K, itu bermakna RM250K setahun.
Katakanlah tahun ni dah guna RM80K, tahun depan dia reset balik ke RM250K. Cantik tak? Cantiklah.
Sekarang kos perubatan makin mahal.
Bila reset every year, untunglah kita.
Tak dinafikan caruman takaful lebih tinggi dari conventional.
But that's ok because setidak-tidaknya setiap tahun reset new dan paling penting syariah comply.
Orang kita ada je tak kisah tak syariah comply asal murah katanya.
Tapi ambil coverage RM200K sepanjang hayat. Adeh.
Dey, orang cina ambil conventional tak ambil RM200K. Dia terus ambil RM3-4 juta, ya.
Esok, insyallah En Wan buat open house untuk client-clientnya.
Siap ada banner Prudential lagi. Proud betul dia dengan client-client dia.
6 polisi sekaligus. Ni kalau ada meja VIP dah tentu kat VIP duduknya.
Malangnya takde, ya. Silakan masing-masing cari seat kosong yang ada.
Aku insyallah ada di dapur.
Siapa masuk sampai ke dapur, otomatik kena tolong aku basuh pinggan. Mbhahahahha.
See you tomorrow!
Nak tanya En Wan apa-apa: 012-4407757
2024-05-02
Senang gila deal dengan orang yang beli Rolex.
Video atas ni sangatttttlah BENAR BELAKA!
Dah banyak kali aku tulis pasal ni. Rasanya every year kot.
Iaitu, jual produk mahal lebih mudah close sale dari jual produk mampu milik.
Semakin mahal harga barang, semakin berkualiti transaksi tu.
Semakin rendah harga barang, semakin mengarut dan serabut transaksi tu.
Transaksi kat sini bermaksud urus-niaga.
Macam orang dalam video tu cakap, senang gila deal dengan orang yang beli Rolex.
Sebab, orang yang beli Rolex adalah orang yang mampu.
Orang yang mampu hanya akan approach bila dia dah bersedia nak beli.
Dia datang kedai lengkap dah tahu apa dia nak, spec mana, harga pun dah tahu. Dia datang untuk beli saja.
Payah nak nampak orang saja-saja masuk Chanel kalau tak mampu beli.
Dari awal dia dah tahu tak mampu, maka dia takkan masuk. Bertanya pun tak berani.
Bukan sebab tak berani, tapi sebab dia tahu kalau tanya pun bukan mampu beli.
Sebab itu butik-butik high-end jarang nampak ada orang.
Tapi bila ada sorang masuk kedai, usually itu confirm sale :)
GreenAard takde produk yang mahal.
Semuanya mampu milik, sesuai dengan harga. Tak murah sangat, dan tak mahal sangat.
Sesekali, kitorang buat pakej yang hit RM300-RM400.
Tahu tak, pakej ini lebih laju perginya.
Setiap kali buat pakej Gloei Buy 3 Free 1, yang berharga RM417, kitorang perlukan AT LEAST 1000 botol in hand.
Berdesup perginya pakej ni.
Orang-orang yang beli pakej ni whatsapp untuk terus beli. Sebab:
⁃ yang pertama, dorang memang guna Gloei
⁃ yang kedua, they are satisfied with the produk
⁃ yang ketiga, dorang tahu deal itu jauh lebih jimat
Yang tak biasa, akan merasa RM417 sangat mahal.
Tapi kepada yang biasa, they know RM417 tu sangat special deal. Jimat RM139 terus.
Hari tu aku tengok video DS Vida shopping satu set barang LV di China.
Macam beli ikan dia buat. Seronok aku tengok dia membeli.
Dia tunjuk tunjuk tunjuk je.
Sebab dia dah tahu apa dia nak. Datang untuk membeli terus.
Kalau dia bertanya pun untuk kepastian saja.
Pengalaman aku in sales sejak 2003, customer yang berduit memang tak banyak songeh.
Dan dorang takkan question pasal harga.
Dorang lebih berminat nak tahu specs, quality atau practical of the product.
Yang buat kau serabut adalah customer yang takde duit.
10 kali bertanya, tak beli-beli.
Dan setiap kali bertanya balik-balik pasal harga.
Kalau tak harga, diskaun. Kalau tak diskaun, ada free gift ke tak.
Because dorang adalah kelompok yang budget-conscious or perceive value solely in terms of cost.
Tumpuan dorang hanya pada harga.
Siapa yang in education/training business juga mesti perasan pattern ni.
Those yang bertanya tentang course cenderung tanya tentang apa module training, siapa speaker, ada assessment ke tak, ada assignment ke tak, ada exam ke tak. Hujungggggg baru dia tanya yuran.
Because these people value the training and certicates lebih dari sebuah yuran.
Sijil dan kelulusan itu yang dorang mahukan.
Teringat bos aku dulu.
Ada sorang customer tu sangatlah liat nak close deal. Penat aku.
Ajak aku jumpa every week. Discuss benda yang sama je setiap kali jumpa. Tapi belinya tak.
Setiap kali Monday meeting aku update progress yang sama je kat boss. Letih.
Asal sembang je, tanya diskaun. Asal sembang je tanya ada promosi ke tak.
Dah dibagi harga pakej yang lebih murah, mintak lagi free gift, free supply, free itu ini.
One day aku bawa boss biar boss settlekan.
Aku cakap kat customer maybe boss boleh bagi diskaun extra sebab kuota diskaun yang aku boleh bagi takat 5% off je.
Bila dia start bersembang dengan bos aku pasal diskaun, dengan berseloroh bos aku cakap “So, your shopping spree only kicks off when the sale signs go up, huh?” 🤣🤣
Aku kat tepi merah muka. Macam aku pulak kena setepek.
Terkedu kejap customer tu.
Boss aku pun pandai. Dia cakap sambil gelak-gelak so tak nampak macam harsh sangatlah, tapi menusukkkk.
Malu customer tu aku rasa. Terus close deal. Takyah diskaun pun.
Sebab dia dah malu, kan. Terpaksa la close deal nak cover line.
Minggu lepas until 30 April GreenAard minta customer habiskan point sebelum point expired.
Ramai yang point expiry 1 May.
Yang expired 1 May ni kitorang text and tanya kalau-kalau nak purchase apa-apa dengan point tu. Sayang kalau burn gitu je.
Mostly boleh redeem diskaun RM25 and RM60.
Ramai yang gunakan point. Ye lah, point tu hasil dari purchase dorang juga. Bukannya kitorang bagi free-free.
Dalam ramai-ramai tu ada juga 2-3 orang yang dah dapat diskaun tapi nak diskaun lagi.
Lahhhh. Camana nak bagi lagi kalau point kau takat tu je 🤦🏻♀️.
Bila check history pembelian, laaa beli pun setahun sekali, acano nak point tinggi kak oiii 😆.
Selalunya gitulah. Yang regular customer tak apa-apa.
Yang beli setahun sekali ni yang demand macam-macam.
Masa aku buat biotech dulu ramai jenis ni.
Belinya setahun sekali. Tapi asal mintak sponsor untuk majlis konvo, simposium and trip students, surat dia yang sampai dulu.
Pastu kejap-kejap call nak tanya jadi tak nak bagi sponsor.
Institusi yang beli RM3.5 juta setahun pun paling tinggi nilai sponsor mintak RM20K.
Kau yang beli RM5K setahun mintak RM10K untuk letak iklan kat booklet.
Itu pun half page. Takde color pulak tu. Eh kau.
Korang yang buat kuih, katanya barang mahal takut takde orang beli, kan.
ADA! Jangan takut. Ada. Cuma tak ramai. Tapi ada. Jual je mahal.
Bukanlah mahal sembrono tak tahu hujung pangkal.
Maksud aku, kalau barang naik, jual je mahal. Jangan stop.
Jangan takut hilang customer.
Customer yang hilang adalah customer yang value money more than kualiti dan rasa kuih tu.
Customer yang stay semuanya yang pentingkan kualiti dan rasa berbanding harga.
Nanti kau tengok slowly crowd kau bertukar ke crowd yang takde tawar-menawar dah. Serious tak tipu.
Jangan takut pakai barang premium.
Orang yang mampu beli selalunya orang yang paling supportive.
Selalu baca cerita-cerita kat FB, yang meniaga kuih tepi jalan asyiklah kena memberi diskaun.
Kadang diminta bagi extra 1.
Sebab apa? Sebab kuih tu murah.
Makin murah kuih, makin sakai perangai pembei yang bakal jumpa.
Cuba kalau masuk cafe, ada dia berani minta tawar kek ands pastry dalam tu?
Cafe bawah opis aku adalah cafe paling lama berfungsi selama aku menyewa kat atas.
Selama 9 tahun GreenAard kat atas, kedai bawah ni dah lebih 7 kali bertukar penyewa. Until cafe yang sekarang.
Sebab apa? Sebab dia tak peduli harga kek orang lain.
Dia jual harga sesuai dengan kualiti kek dia.
Kek dia ala-ala Gula Cakery. Sedap dan cantik. Mahal pun orang beli.
Dan orang yang datang adalah orang yang mahu dan mampu beli, bukan datang untuk tengok-tengok.
Orang yang sekadar nak tengok-tengok takkan berani masuk.
In takaful business pun sama.
En Wan kata yang berminat dengan takaful, lebih banyak bertanya tentang coverage details, coverage limits, claim process, pre-existing condition, additional benefits, customer support. Hujungggg baru discuss harga.
2024-05-01
Ramai yang masih tak faham ADAB ke majlis. Sebab apa? Sebab dah jadi kebiasaan.
Ramainya yang ada experience tetamu takde common sense di majlis kenduri/open house, kan?
Pandai korang ya. Suruh aku melahar bagi pihak.
Kau takut nak melahar nanti kena kecam, kan? 😆🤣
Ramai yang masih tak faham ADAB ke majlis. Sebab apa?
Sebab dah jadi kebiasaan. Takde yang tegur.
Tu pasal dia anggap hal tu biasa.
Biasa datang jemputan bawak ipar-duai. Biasa datang jemputan bawak member.
Kalau dapat jemputan kawen dari kawan, aku tanya dulu "Siapa lagi kau jemput?".
Bila tahu siapa gerangannya yang dijemput barulah aku text kawan tu untuk set time nak gi sama-sama atau jumpa di sana.
Bukannya pi canang dalam whatsapp group "Si Alip nak kawen. Jom la kita gi. Kumpul sana".
Ini namanya sakai!
Majlis orang tu pulak yang kau jadikan gathering korang.
Lepas tu berlonggok 2-3 jam tak reti nak balik. Takde rasa malu ke?
Yang tak dijemput tu pun takde rasa segan ke datang tanpa jemputan?
Orang-orang macam ni bila kita cakap pasal ni karang, modal dia balik-balik "Tetamu bawa rezeki".
Ok good. Do for your guests in your home. What I do in my own home, you don't need to question.
Sama macam isu anak-anak berpencak di rumah orang.
Kalau kau boleh terima, silakan buat allow dibuat di rumah kau.
Tapi rumah aku, no.
Aku kalau pegi rumah orang nampak budak berpencak, aku pandang je.
Sebab tuan rumah dia tak cakap apa. Takkan aku nak melebih, kan.
Tapi kalau buat kat aku, better don't la.
Sebab kalau aku berbunyi karang, kau sentap pulak.
Tak payah nak persoal, kenapa tak jemput orang tu? Kenapa tak boleh bawak orang ni?
Tak, benda ni kalau tak pakai hukum pun, kau tak pakai otak ke?
Kat FB post aku, ada beberapa orang PM berpengalaman dapat tetamu yang tak diundang.
Tuan rumah terpinga-pinga nampak tetamu yang tak dikenali duduk semeja dengan orang yang dikenali, sembang beria.
Maknanya si yang dikenali tu dah menjemput dan memandai bawak orang yang tuan rumah tak undang.
Dia macam ni tau.
Bila undangan tu kata sekeluarga, bermakna suami isteri dan anak-anak.
Bukan mak bapak, atau mertua atau ipar duai, WALAUPUN mereka duduk satu rumah dengan kau. Ini common sense.
Kalau terpaksa bawak, bertanyalah dulu pada tuan rumah. Itu namanya ADAB.
Yang kau angkut satu rumah tanpa pengetahuan tahu-tahu berbondong sampai ke majlis orang, itu namanya BIADAP.
Aku tak sure if orang yang aku nak cerita ni baca.
Aku datang akikah anaknya. Dia jemput aku sefamily.
Aku plan nak ke Bangi seepas tu. Nak bawak mok sekali.
Aku tanya dia "Akak nak balik Bangi lepas tu. Kena bawak mak mertua akak sekali. Takpe ke?"
Dia jawab "Yelah Kak Di. Sekali dengan mok Kak Di la ni"
Walaupun blog reader tahu mok duduk dengan aku, tetaplah kena bertanya.
Sebab jemputannya aku sekeluarga. Maknanya keluarga Diana. Bukan keluarga Wan Dagang.
Tak, ini bukan nak tunjuk bagus.
Tapi nak cerita pasal common sense.
Benda ni patut semua orang ada. Benda lojik kot.
Tapi tu lah, some people bukan takleh pikir tau, tetapi TAK MAHU pikir.
Dia nak mudahkan hidup dia je.
Macam kes bawak staff datang open house rumah aku.
7 orang, ya! 7 orang yang takde segan-silu.
Tapi nak salahkan staff ni pun tak boleh gak sebab "bosnya" yang ajak.
Kalau bos takde otak, what do you expect staff-nya, kan? Haaa, gitu makan dia.
Tadi ada orang tag aku kat post di FB.
Tengah viral sorang lelaki terjah kenduri kawen tanpa jemputan. Dan lelaki tu buat saja suka-suka.
Gini perangai pun ada eh?
Masalahnya, ada pulak yang komen "Biarlah dia makan. Bukan luak pun".
Komen macam ni selalunya datang dari orang yang tak pernah buat makan-makan kat rumah, tapi suka pi makan-makan kat majlis orang sambil bawa 13 keturunannya sekali.
Tu belum dengan perangai suka tapau.
Haaa. Hat ni aku kena senseng lengan baju. Laju nak menaip ni.
Yang suka menapau ni selalunya sedara-mara, ipar-duai dan bau-bau bacang.
Orang luar kurang berani nak buat macam ni.
Sebab relatives je yang berani masuk sampai ke dapur selak tudung periuk.
Bila nampak lauk dalam periuk banyak lagi, dia minta tapau.
Dia pikir tembolok dia anak-beranak.
Dia tak pikir majlis belum habis lagi ni. Ramai lagi yang belum sampai.
Sibuk dia nak membungkus kat anak yang tak dapat datang sebab ada exam.
Membungkus kat laki yang kena buat OT.
Pernah ya, dia membungkus sebab esok nak sahur. Malas nak masak. Kau rasa??
Masalahnya, tuan rumah tak pelawa kau menapau pun. Kau yang offer diri.
Banyak pulak tu! Serba satu dibungkusnya.
Nasi beriyani lain. Soto lain. Kuih and kek pun tapau juga.
Memang dia ada share dalam majlis agaknya.
Nak ditegur karang, kita ni pikir esok lusa kalau ada kenduri-kendara nak kena berkumpul keluarga. Malas nak bermasam muka.
Bila tak ditegur, menjadi-jadi pulak.
Tetiap tahun nanti dibuat perangai yang sama.
Jadi, apa solution?
Solutionnya, next year tak jemput dah.
Kalau next year muka dia ada walau tak dijemput, tau dah lah.
Memang sejenis penyakit agaknya. Takleh buat apa.