2017-05-31

Berbuka dengan lauk yang real.


Memandangkan puasa pertama dan kedua aku berbuka roti, jadi bila semalam dapat berbuka special dia punya gelabah teruk tu macam ni lah. Semua benda aku nak ambik gambar. Hadap je lah ya.




Nasi kerabu ni aku order kat @frozenlauk. Nak celebrate Mother's Day. Hari tu tak celebrate pun sebab adik aku Ima tak dapat balik. Now bila dah berkumpul kat Bangi, baru boleh celebrate. Jadi, aku order nasi kerabu je lah. Ni bukan apa ni, nak mengelakkan dari kena tolong masak ðŸ˜‚😂.
Jadi aku offer order makanan je. Untuk 10 orang makan, portion sangattttttttttttt lah banyak. Boleh makan 17 orang kot. Aku order solok lada, ikan celup tepung and daging bakar. Daging bakar kitorang just makan satu bekas je, lagi satu bekas lansung tak bersentuh. Cadangnya petang ni yang satu bekas tu aku nak leburkan jadi daging masak kicap. Pastu ikan celup tepung ada lagi, aku leburkan jadi ikan masak sweet sour. Senang cerita, ubahsuai lauk je.

Satu pax dia charge RM16.
Ok la ni sebab ikan pun besar, solok lada gemuk-gemuk, daging bakar pun cantik je lebarnya.
Kalau beli kat pasar malam selama ni solok lada tak senonoh je aku tengok.
Keropok pun @frozenlauk ni bagi banyak. Se-tupperware besar.

Pastu semalam aku order sekali lauk frozen.
Aku order ayam belado, cencaru belado, daging masak lemak cili api, paru sambal, and ayam bali.
Insyallah meriah la lauk bersahur aku tahun ni sebab dah jumpa jalan keluar dari masalah mikir apa nak makan waktu sahur ðŸ˜‚. Korang kalau masih lagi mikir nak makan apa, boleh order lauk kat @frozenlauk.



Mak Aji tak tau cerita kitorang buat celebration ni untuk dia. Beria dia masak rendang ayam sambut anak-anak cucu nak berkumpul. Pastu dia cuak cukup ke tak lauk nak berbuka sebba hanya masak rendang ayam and macaroni goreng je. Si Ima ngan Siti tak bagitau pasal nasik kerabu kat dia. Merasa la semalam dapat makan rendang ayam. Tapi takde nasik himpit. Kalau ada memang IN lah.



Lauk berbuka semalam :)



Lauk di pinggan :)
Bukan pinggan aku. Ni pinggan Azrul.



The boys makan kat meja.
The girls pandai-pandai la cari tempat nak berbuka konsepnya.



Wajah-wajah excited bila nampak Acu balik bawak kek.
Yang dua orang ni start tanya bila tarikh lahir masing-masing.
Semua perasan kek tu dorang punya. 



Acu sengaja mintak 4 lilin biar anak-anak sedara tiup sorang satu jangan berebut.
Sebab selalunya berebut nak tiup. Hambik ni sorang satu lilin Acu kau mintakkan.
Yang best tu bila masing-masing nak cop flavour yang atas tu.
Flavour ni sedap, yang ni tak sedap, yang tu tak sedap.
Bila anak sedara mintak flavor choc chip, Acu jawab "Yang ni palinggggggggg tak sedap!"
Punyalah tak kasi anak sedara dia makan yang choc chip tu. Keji gila perangai.



Sebut pasal choc chip, ni ha nak bagitau, sape yang order, yang takde bagitau tarikh nak ambik, boleh la datang ambik.
Ada yang dah ready ni. Yang ada bagi tarikh, tunggu sehingga tarikh tu la baru collect ya.
Yang ni kalau nak order boleh call/whatsapp direct Mak Aji : 019-2244646



Ini adalah view pagi ni.
Yang dua orang tu katanya puasa - Rayyan and Jannah.
Tapi dah mandi-mandi kolam ni aku anggap je la tak terminum air kolam tu. ðŸ˜‚
Aku ada kat Bangi ni tapi En Wan ada kat opis. Bos kena keje kuat so kena masuk opis lah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Shawl printed yang pre-order hari tu dah sampai.
Semua dipos hari ni.
Ada slot balance untuk shawl, kalau nak boleh isi form kat bawah nanti.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

New shawl.
Tema "Women's Dream Closet"
Takde design yang sama kat luar tu ya, ini memang design Fleur by Mrs Him.



Shawl Closet Blue
*update terbaru : 3pcs left



Shawl Closet Pink
*update terbaru : SOLD OUT



Shawl Bandar Cream
*update terbaru : SOLD OUT. 



Shawl Bandar Mint Green
*update terbaru : SOLD OUT. 



Shawl City Brown
*update terbaru : SOLD OUT



Shawl City Lilac
*update terbaru : SOLD OUT.



Shawl Desa Senja
*update terbaru : SOLD OUT. 



Shawl Desa Pagi
*update terbaru :SOLD OUT


Harga RM85/pc.
- with box
- ukuran 180x65cm
- satin Roberto Cavalli.
Pos Semenanjung bos aku belanja.
Pos Sabah/Sarawak kena bayar extra sikit.



Name:
Email Address:
Shawl : Shawl Bandar Cream
Shawl Bandar Lilac
Shawl Bandar Brown
Shawl Bandar Mint Green
Shawl Desa Senja
Shawl Closet Blue
Shawl Closet Pink
Quantity:
Address:
Phone:





Nak beli dengan harga promosi, please refresh page untuk isi form.


2017-05-30

Ohsem Ipoh


Ok, baru boleh update blog semula.

Jumaat sampai Isnin (semalam) kitorang di Ipoh untuk Mood Republik Tour Perak.
Tahun lepas tour Ipoh aku tak pegi, hanya En Wan and the geng je.
Tahun ni aku join sebab nak tengok crowd Ipoh.

Memang AWESOME GILA!!!
En Wan kata ingatkan Penang hari tu dah cukup havoc, rupanya Ipoh jauh lebih gegar.
Sampai sanggup orang tunggu turn nak masuk booth kitorang. Speechless aku. Aku main jenguk dari jauh je. Biar dorang je lah yang handle customer.

Kitorang start join Mood Republik raya tahun lepas kat JB.
Masa tu first timer la. Crowd JB memang ramai gila sebab orang Singapore menggila turun JB untuk Mood Republik. Masa tu ramai customer kitorang adalah Singaporean. Yang beli terus sampai 9 helai untuk dulang girls pun ada. Cuma, masa tu kitorang masih 'shy-shy cat' lagi sebab maklumlah, brand tak se-power big-big players. Nak mintak customer bergambar dengan produk yang dah dibeli pun segan. Kitorang yang segan sebab takut customer taknak, brand tak power gitewww.

Then Raya Haji kitorang pilih Ipoh.
Crowd Ipoh ok. Walaupun En Wan kata crowd tak seramai macam kat JB tapi kira oklah, raya haji kot. Dia punya mood shopping tak sehebat raya puasa but still orang ramai beli. Kira ok lah kan.

Pastu tahun ni punya raya mula dengan Penang.
Penang hari tu dah gegar En Wan kata.
Masa tu orang dah start cari FleurMEN and GreenAard.
En Wan balik dengan muka happy.

But Ipoh paling awesome setakat ni.
En Wan sampai terharu nak nangis tengok crowd masuk booth.
Ada yang dah pernah beli masa kitorang datang Ipoh last year, kali ni datang dengan pakai baju yang dibeli last year. Nak tunjuk kat En Wan, dorang adalah customer and peminat kurta FleurMEN.




Ni salah satunya.
Brader ni dulu (gambar atas) beli kurta Signature FM yang dibeli tahun lepas masa kitorang kat Ipoh.
Kelmarin dia datang lagi untuk beli new kurta Khalifa Vol 4.
Wife dia kata sejak beli kurta yang lepas, seminggu sekali mesti masuk IG Fleur by Mrs Him untuk check new baju. Ko rasa-rasa En Wan proud gila, tak? Hahahahah.
Bergenang airmata dia oiiiii!
Biasa la kan, orang baru nak merasa ada fans. Mbhahahahaha.😆

Tapi orang Ipoh ni tau tak awesome-nya kat mana?
Sebab SPORTING GILA!
Diajak bergambar, ok je bergambar. Pastu dorang follow IG kitorang. Bila gambar dorang takde, siap DM "Bila gamba kitorang nak keluar?".
Masa tu baru aku realized, when people start notice your brand, they will feel proud bila muka dorang ada dalam koleksi gambar kita.

Kali ni memang cipta sejarah sebab first time paperbag habis, kotak habis, kertas credit card pun habis. Kena isi baju dalam paperbag GreenAard.
Setiap kali nak pi tour kitorang akan buat target, contoh "Ok kat tempat ni kita kena jual at least 100 helai". So kita akan bawak paling-paling pun 110 keping kotak. Baju of cos bawak lebih banyak dari 100 lah kan sebab baju ada size. Kat Ipoh hari tu Ahad pukul 11 pagi je team aku dah whatsapp aku kat bilik "Paperbag habis!"

Aku cuba coolkan keadaaan.
"Takpe, kotak kita cantik. Bagi dalam kotak je. Cakap sorry, paperbag habis"

Tapi budak-budak aku lagi terer. Dorang nak create ayat dorang jugak.
"Sorry cik, kitorang dari Selangor. Selangor memang tak pakai plastik bag".
Kau rasa???? ðŸ˜‚😂

Pastu pukul 3pm whatsapp masuk lagi "Kotak tinggal sikit!"
Aku cakap, ok takpe.
Bagi je apa-apa kotak.
Kalau kotak Fleur by Mrs Him habis, pakai kotak FleurMEN.
Kalau kotak FleurMEN habis, pakai kotak Fleur by Mrs Him.

Masih cuba cool lagi.
Coolllll *gaya Sivaji*

Kul 7pm kotak semua habis, paperbag habis, kertas mesin debit pun habis.
Ok yang ni kitorang dah cuak sikit mula-mula.
Sebab baju kitorang takde yang bawah dari RM100.
Selalunya orang selesa guna debit/credit untuk barang melebihi RM100. Jarang orang nak bawak cash banyak-banyak pi shopping.
Lepas settle solat, sama-sama dah bertenang dan dapat hidayah (😂😂) then kitorang sama-sama cakap "Takpelah, Tuhan dah bagi rezeki banyak dah ni. Booth belum tutup tapi kotak, paper bag semua dah habis. Dah lebih dari target. Kalau ada rezeki kita malam ni, ada lah".

Rupanya malam tu all out team aku pulun kat bawah. Crowd sama ramai dengan siang.
Kitorang pack baju dalam paperbag GreenAard pulak. Mujur la customer tak kisah.
Malam tu tutup pukul 1 pagi.

Thank you so much kat reader yang datang shopping kat booth.
Yang datang tapi aku takde.
Yang sanggup tunggu aku bersiap and turun ke hall.
En Wan kata "Reader awak kat Ipoh ni ramai lelaki eh?"
Aku pun tak sangka ramai reader lelaki kat Ipoh rupanya. Siap hafal pulak tu apa aku tulis.
Tapi semua panggil ai Kak Di tau. Semua adik-adik giteww. Maaflah, akak kau ni takde lebih adik pompuan. Kalau tak, akak dah kenen-kenenkan.

Kat sana kitorang duduk kat Kinta Service Apartment, building sebelah hotel Kinta Riverfront je.
Ada attachment, so kira macam satu building jugak la. Takde la susah sangat nak naik solat, berbuka sebab dekat.
Mula-mula nak book hotel tapi penuh. Mood Republik punya team je aku rasa separuh dari hotel tu dia booked. Mujur ada service apartment. Not bad la apartment tu. Bersih and fully furnished.





Kitorang booked kat Air BNB.
Korang boleh pi sana and pilih nak apartment mana satu.
Rate yang kitorang dapat dalam RM900 untuk 3 malam. Ok lah ni. 
Ada 2 bilik tido, dia bagi extra bantal and tilam, aircond merata, ada heater. 
Bilik air master ada bathtub, TV pun ada sebijik lagi kat masterbedroom. 
Kitchen semua ok, siap ada mesin basuh. Ada pool.




Kegedikkan beliau dapat mandi pool.
Tapi mandi hari Jumaat je sebab Jumaat je bapak kau free nak bawak pi mandi kolam.
Aku macam biasa la, En Wan suruh stay dalam bilik je.
Kitorang gerak 2 kereta.
En Wan and the geng gerak dulu sebab Jumaat kan.
So nak kena setup booth awal. Jadi by the time kitorang sampai, booth dah setup, so boleh la nak bawak anak-anak dia pi mandi kolam ke apa ke.



Nampak tu?
Lauk frozen untuk sahur and berbuka.
Aku takut En Wan busy kat booth nanti dia tak sempat and penat nak cari makanan berbuka semua.
So, aku booked lauk-pauk dari @frozenlauk (IG). Aku memang dah kerap order kat dia ni. Lauk memang best. Takde masalah. Hari tu ke Ipoh aku bawak rendang kerang, daging dendeng, cencaru sambal, daging salai lemak cili api, paru sambal and apa ntah 1 lagi.
Lega sikit bila lauk-lauk ni ada, takde la En Wan susah nak uruskan makan minum. Biar dia concentrate ngan keje dia je.

Dalam fridge aku sekarang pun ada lauk-lauk frozen ni. Aku beli lebih untuk stok bersahur kat rumah. Nak jadi isteri bukan payah sangat. Tak rajin masak kalu, makanan beli mesti kena rajin stok. Mesti sedap. Janji laki tak lapar. Hahaha.



Bawak telur masin siap-siap u ollssss.
Ni pembuka selera masa bersahur.
Bawak sambal bilis Mak Aji jugak.
Ubat-ubatan jangan lupa. Kalau budak-budak ni selsema ke apa ke, sumbat je ubat. Jangan kacau bapak kau nak keje.



Sahur kitorang kat sana.
Menyelerakan dengan lauk @frozenlauk




Lauk berbuka Day 1 and Day 2 u olllsss ðŸ˜‚😂
Ni makanan berbuka aku ngan En Wan je ni.
Budak-budak ni aku suruh naik berbuka kat bilik.
Kitorang buka ni je dulu sebab jaga booth.
Time berbuka pun ada orang datang beli okeh.
Sebab waktu tu je pun kau nak shopping dengan aman tak sesak.



Merasa la aku pegang mic bila Ifa Raziah datang booth.
Big Bos masa tu gi solat Asar.
Kalau tak takde chan aku nak pegang mic ni.


Terima kasih Ipoh. You all memang ohsem.
PWTC, tunggu kitorang datang sana 16-19 Jun ok?



THANK YOU IPOH!
Kalau ada reader aku di kalangan yang beli ni, boleh la check kot-kot gambar ada dalam ni.





Tinggal 2 HARI JE LAGI sebelum kita tamatkan offer Introductory Price Cleansing Gel ni. Bermula 3 Jun akan start harga asal. Refresh page ni and isi form untuk dapatkan harga promosi.

1. Kalau nak beli pre-order shawl KLIK SINI.
Shawl dah sampai. Kasi aku sort dulu ok?

2. Kalau nak tengok aku demo lipstik Ephyra, KLIK SINI. 
TARIKH TUTUP 2 JUNE.

3. Kalau nak tengok aku demo Makeup Remover, KLIK SINI.


2017-05-27

Entry ringkas.






Screencap live chat dengan customer.
Lately ni, live chat busy dengan enquiry Cleansing Bar. Itu maknanya ada ramai new user.

Last year ada sorang customer jugak tanya pasal ni. Aku ada reply tapi melalui email (masa tu takde option live chat lagi kat website). Aku retrieve balik email tak jumpa pulak. Takpe, aku sangat berbesar hati nak explain kat sini kot-kot la ada yang ada masalah yang sama.

Skin burnt treatment bergantung kepada how teruk kesan terbakar tu.
Boleh memang boleh tapi severity pun ambil peranan jugak. Kalau kulit tu terbakar teruk, maknanya ada lapisan kulit yang dah terbakar sekali, at the same time otot berhampiran and lemak asas kat kulit pun terbakar sama. Jadi, kalau nak treat guna natural therapy (Cleansing Bar can be considered as natural therapy), boleh memang boleh tapi lambar sikit. Tapi one thing yang bagus tentang natural therapy, dia boleh kurangkan risiko infection.

Kalau luka tu sangat severe dan korang opt for natural therapy, please expect slow recovery.
Itu memang nature of natural product - slow but safe.
Tapi jangan ingat kalau ada masalah kulit, cukup dengan sapu-sapu krim and apply sabun je dah baik. Makanan yang korang ambik pun mainkan peranan gak.
Kalau korang makan makanan yang increase inflammation, memang lagi lambat lah luka/skin problem tu nak sembuh.
Paling kena STOP TERUS kalau ada masalah kulit - stop sugar.
Gula memang fitrah dia akan lambatkan apa-apa proses penyembuhan, be it kulit ataupun kegemukan. Sape yang ada masalah kegemukan, tolonglah stop terus sugar. Sebab bila korang makan makanan/minuman yang manis, badan kau akan stop terus guna lemak sebagai sumber tenaga. Badan akan switch kepada guna gula as sumber tenaga. Hasilnya, lemak dalam badan tu tak gerak-gerak sampai ke sudah sebab yang dibakar adalah gula bukan lemak.

Dalam Cleansing Bar ni memang ada top 5 bahan utama untuk treat skin problem.
Ada Aloevera, cocnonut oil, olive oil, tea tree oil and kulit kayu manis.
5 ni memang powerful home remedies untuk treat skin problem.
Jadi takde masalah kalau nak apply kat kids pun. Sabun ni mild.
Aku memang buat khas untuk ekzema Rayyan sebenarnya.



Ni gambar before and after beberapa minggu guna Cleansing Gel (dulu Bar)



Gambar fresh pagi ni.
Lutut belah kiri dah macam normal tak pernah kena penyakit kulit. Takde parut apa dah.
So, kesimpulannya, kalau kulit budak pun ok, maknanya kulit orang dewasa macam kita lagi lah ok takde masalah nak guna. Yang penting kena RUTIN. Macam Rayyan ni, setiap kali mandi mesti aku genyeh sabun tu kat lutut dia. Alhamdulillah, makin ok.

Kalau sesape nak try, refresh page ni and isi form Cleansing Gel.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Emtry pause 2 jam sebab En Wan panggil aku turun bawah dah start reader cari kat hall.
Ni aku naik balik bilik and sambung habiskan entry :)
Crowd memag ramai.
En Wan and the geng tak menang tangan. Memang betul-betul penangan raya. 
Tinggal lagu raya je takde.
.
.
.
.
.
.
.







Booth kitorang at sini (tengok anak panah).

1. Kalau nak beli Cleansing Gel harga promosi, refresh page ni, pastu isi form kat pop out window.
2. Kalau nak beli pre-order shawl KLIK SINI.
3. Kalau nek tengok aku demo lipstik Ephyra, KLIK SINI.
4. Kalau nak tengok aku demo Makeup Remover, KLIK SINI.


2017-05-26

Redha pun ada cara.



Rasulullah saw bersabda "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Dia mengujinya." (Bukhari).

Kalau nak mintak aku cakap pasal redha ni, aku pun masih blaja nak redha kat banyak benda. Jadi, aku bukan orang yang tepat untuk tanya pasal redha. Kalau nak share pengalaman aku handle stress, insyallah boleh. Mungkin ada sangkut-paut dengan redha kat situ.

Redha memang susah nak buat, tapi kalau banding redha dengan syukur, syukur lagi susah.
Manusia boleh redha dengan nasib buruk, tapi payah nak bersyukur dengan nasib buruk, kan?

Benda paling basic kalau nak tau samada kita redha atau tak - kita takkan bertanya.
Maksudnya, kalau kita redha, kita takkan question apa-apa. That is redha.

Tak senang nak redha, sebab ia melibatkan hati.
Hati kita ada ego. Nak didik ego ni ada sikit payah.
Tapi boleh cuba and latih hari-hari.

Aku pernah cerita masa aku ke umrah, aku berdoa setiap kali lepas solat supaya aku dibukakan hijab hati untuk nampak hikmah di sebalik setiap kejadian - tanpa aku tau apesal balik-balik itu yang aku doakan. Dan doa tu pun tak pernah aku baca selama ni, alih-alih kat Mekah balik-balik itu yang aku sebut.

Aku anggap itu cara Allah nak ajar aku redha.
Sebab untuk redha, kita kena percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kalau kita tak nampak hikmah, kita takkan boleh redha.

Memang payah sikit nak redha kalau malang datang bertimpa-timpa.
Celah mana nak bersangka baik kalau lepas satu, satu bala sampai.
Tapi, kalau nak marah pun, nak marah kat sape?
Kadang-kadang malang yang datang tu bukan disebabkan oleh orang lain tapi keadaan yang buatkan semua benda serba tak kena.
Jadi, nak salahkan siapa?
Nak salahkan Tuhan, macam tak kena je.
Nak taknak kena redha je lah.

Tapi nak redha pun ada syaratnya.
Kalau dalam keadaan kecewa kita sebut "Saya redha. Saya pasrah" - hati-hati.
Jangan sampai kata-kata tu membawa maksud putus asa.
Tak tepat kalau kita kata kita redha dan pasrah tapi dalam kepasrahan tu tak membuatkan kita mendekatkan diri padaNya. Kalau kita redha dan pasrah, maknanya kita semakin mencari Dia.

Aku pun pernah berdepan dengan zaman-zaman 'malang' ni. Boleh tahan banyak jugak.
In fact every one of us pernah atau akan lalui zaman-zaman susah - left alone, tak dapat bayar bil, sangkut bayar loan kereta, takde keje atau hilang pekerjaan, lost loved ones.
Masa tu kita rasa macam "...macamana la aku nak hidup. Nak hidup sampai besok pun rasa tak larat dah". But somehow kita dapat jugak melepasi waktu-waktu kritikal tu, betul tak?

Selalunya, bila berdepan dengan kesusahan, kita magnify things out of proportion. Always membayangkan teruk-teruk. Well, kalau betul pun teruk, maybe inconvenient je tapi takde la sampai hidup ni dah berakhir.

Aku pun pernah struggle macam ni.
Zaman kecik aku tak mewah. Jadi aku tak mahu hidup aku patah balik ke zaman tu.
Jadi aku usaha untuk kawal keadaan supaya semuanya jadi lebih baik.
Duit MARA aku gunakan belanja adik-adik aku makan. Belikan exbf aku hadiah. Aku suka tengok orang yang aku sayang happy.
Aku try elakkan buat this and that, aku try kontrol dari buat salah.
But semakin aku nak perfection, semakin banyak benda yang buat aku kecewa.
Sebenarnya benda yang mengecewakan tu pun dah sangat baik, tapi sebab expectation aku tinggi, jadi banyak benda aku nampak macam tak menjadi.
Lama-lama aku realized, hidup kita memang tak perfect.
Kalau nak hidup perfect, you are not belong to this planet.

Aku start faham semua ni masa zaman matrik, dalam lab Biology, kalau tak salah cikgu tu nama Hasnita. Masa tu eksperimen aku hasilnya negatif. Aku buat 2 kali, negatif jugak.
Pastu dia tanya "Siapa sini dapat result negatif?".
Aku angkat tangan (ada la beberapa orang dapat negatif jugak).
Pastu dia cakap "Jangan risau. Dalam mana-mana eksperimen, result negatif tetap namanya result".

Hidup kita ni macam eksperimen.
Apa yang kita buat, samada hasilnya perfect atau tak, tetap dikira sebagai sebuah keputusan.
Kalau keputusannya bagus, boleh dijadikan panduan.
Kalau keputusannya tak bagus, mesti ada jalan lain supaya keputusannya jadi bagus. Kena usaha lagi.

Ni aku share tips aku hadapi tekanan. Kalau nak buat, buatlah.
Everytime aku rasa macam tak leh pegi dah, down sangat, aku akan slowkan pace aku.
Aku akan try 'hidup' dalam masa 5 minit-5 minit je. Maknanya, 5 minit pertama aku gi basuh pinggan. Once aku dah melepasi 5 minit tadi, aku 'hidup' untuk 5 minit seterusnya pulak.
5 minit yang ni maybe aku lap pinggan pulak.
Aku aim hanya untuk get thorugh the next 5, the next 5, the next 5.
Bite off one small chunk at a time omputih kata.
Kiranya aku hanya bagi diri aku 5 minit-5 minit untuk fokus kat satu-satu kerja.
Objektifnya adalah untuk naikkan balik semangat aku.
Bila aku berjaya siapkan small-small task dalam masa 5 minit 5 minit, aku akan lebih bersemangat sebab dalam 1 jam aku dapat siapkan 12 task. Rasa achievement sangat-sangat ni.

Task yang mudah-mudah je.
Kadang tu kalau aku lipat baju, aku cakap dalam hati "Ok dalam masa 5 minit, kena siap lipat semua spender". So 5 minit tu aku pulun lipat spender je. Bila siap, phewww puas!
Lepas tu another 5 minit aku cakap "Ok, lipat semua baju and seluar yang warna hitam". 5 minit aku pulun lipat semua warna hitam,
Enjoy tau buat ni. Because we always feel so much better when we are busy.
So keep yourself busy lah walaupun buat task-task kecik macam ni.
Tak caya, kau try sekarang. Seronok. Dalam tak sedar nanti semangat kau datang balik.

Hidup ni mudah je kalau kita nak mudahkan. Bukan ambil mudah tapi mudahkan hidup.
Hidup jadi susah dan perit bila hati dan akal saling nak menang.
Dan akan bertambah pedih lagi bila kehendak hati dan akal dan takdir Allah sama-sama bersaing.

Benda paling senang untuk bagi faham tentang redha ni adalah, kita kena percaya setiap benda yang berlaku yang tak seiring dengan kehendak kita adalah satu bentuk 'komunikasi' dari Allah.

Kan selama ni kita berdoa mintak Allah macam-macam.
Mintak dibagi pentunjuk, mintak diberikan hidayah, ditunjukkan jalan yang betul, dikekalkan di jalan yang benar, dijauhkan dari bahaya.
Jadi, cara Dia menjawab doa kita adalah dengan menunjukkan sesuatu.
Sebab tu penting untuk kita jangan tinggal doa "Ya Allah, bukakan hijab hatiku agar aku nampak hikmah di sebalik setiap perkara".

Contoh, kita mintak nak kaya.
Macam-macam kita buat, tapi tetap tak kaya-kaya jugak.
Kalau semua usaha dah dibuat tapi tetap tak menjadi, anggap sajelah DIA tak bagi.
Kita kan hari-hari doa supaya dijauhkan dari musibah. Boleh jadi kalau kita kaya, kekayaan itulah yang bawa musibah dalam hidup kita. Jadi sebab tu DIA tak bagi kita kaya. DIA bagi kita cukup je.

Nak nangis, nangislah.
Aku pun pernah menangis kalau tengah down. Tak salah pun.
Tapi dalam pada nangis tu cuba muhasabah diri juga. Mana tau ada halangan lain yang membuatkan kita tak dapat apa yang kita nak. Tanya diri apa sebenarnya yang kita dah buat sehingga Allah tegur macam ni.

Allah uji manusia, tapi Allah dah siapkan segala-galanya.
Diibaratkan Allah lepaskan kita atas dunia dengan bekalan, dan kemudian Dia uji.
Dia nak tengok kita pandai ke tak gunakan bekalan yang Dia dah bagi tu.

Nah, ambiklah doa ni, aku share. Kalau baca doa ni, doakan lah aku sekali ya :

"Ya Allah, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Kau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Kau redhai. Berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai ke anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepadaMu dan sungguh aku termasuk orang Muslim."




Orang Ipoh jangan lupa ok, esok datang Mood Republik. Aku gerak jap lagi.

1. Kalau nak beli Cleansing Gel harga promosi, refresh page ni, pastu isi form kat pop out window.
2. Kalau nak beli pre-order shawl KLIK SINI.
3. Kalau nek tengok aku demo lipstik Ephyra, KLIK SINI.
4. Kalau nak tengok aku demo Makeup Remover, KLIK SINI.


2017-05-25

Lipstik raya ni oii. Aku nak bagi free.




Malas nak type panjang-panjang kekdahnya.
Cakap lagi senang paham kot.

Contest ni trebuka pada SEMUA YANG BELI MAKEUP REMOVER GREENAARD.
Tak kisah la yang beli time pre-order hari tu (harga promosi) atau beli esok lusa.
Asalkan video tu korang hantar sebelum contest tutup.

Video boleh dihantar bila-bila masa, takde limit nak hantar 10 video pun boleh.
Tarikh tutup contest ni pada 2 June 2017.
Lepas tu aku akan umumkan pemenang.
Tapi sebelum tu pemenang akan dicontact untuk pilih nak lipstik kaler apa.
Ni lip matte Shu Uemura tau. Lip matte dia lagi kaw-kaw payah nak tanggal. Sengaja je Shu Uemura buat lip matte dia payah nak cuci sebab dia nak suruh orang beli Makeup Remover dia lettewwwww. Hahahahaha.
Tapi sebab aku dah berjaya hasilkan makeup remover macam Shu Uemura, so just nice la yang dah beli makeup remover GreenAard boleh basuh lip matte Shu Uemura ni nanti dengan sap sap soi settle.

Warna-warna yang aku dah pilih untuk korang :



Cun weiii kaler ni. Series the cun-nest!
Lipstik raya ni oii. Aku nak bagi free.

3 ketul lip matte Shu Uemura ni akan beraya bersama-sama 3 ORANG PEMENANG yang hantar video demo Makeup Remover paling menarik. Macam aku cakap tadi, menarik tu maksudnya :

🔆 Video sharp (tak gegar).
🔆 Video tak gelap
🔆 Pakai makeup terang sikit. Kalau light mekap, dalam video payah nak nampak beza bila cuci.
🔆 Video panjang pun takpe tapi buktikan in just 1 minit makeup remover boleh setelkan semua solekan kat muka.
🔆 Kalau taknak pakai muka sendiri, pakai muka orang lain pun boleh.


Hantarkan video direct pada aku : diana[at]xzizbiotech[dot]com
Kalau file besar boleh boleh hantar ke dropbox aveo757[at]yahoo[dot]com
Atau kalau nak whatsapp boleh whatsapp admin 012-7728976.
Tarikh tutup 2 Jun tau.

Ni dah alang-alang ni aku nak bagitau bermula hari ni sampai 2 June jugak, produk-produk di bawah akan dapat EXTRA POINTS. Nak kumpul point, memang time ni la. 


2017-05-24

Jangan hanya mintak je.



Kalau bab berdoa ni, aku rasa aku paling tak reti berkias kot. Always straight to the point and specific.

Ini aku share apa yang aku blaja, apa yang aku tau dan apa yang aku buat.

Kalau berdoa, mesti ada adab.
Adab tu merangkumi pelbagai.
Sama macam kita nak mintak tolong orang.
Jarang orang nak mintak tolong terus-terus mintak.
Kalau ada pun jenis macam ni, dia takkan mintak kat sebarang-sebarang orang. Dia akan mintak kat orang yang benar-benar dia kenal dan dia benar-benar rapat.

Kalau kita nak mintak tolong, selalunya kita cakap lembut, tanya khabar dulu, cerita sikit masalah kita, agak-agak pendengar nampak macam berminat dengan cerita kita, ada respond, barulah kita akan shoot hajat sebenar.

Sama juga kalau nak mintak tolong kat Tuhan.
Alangkan manusia pun kadang-kadang boleh bajet apa tujuan kau cerita masalah kat dia, lagikan dengan Allah.
DIA tau dah hajat kita tu. Tinggal lagi DIA nak dengar kita merayu-rayu. Nak kita puji-puji.
Kalau kita nak mintak tolong orang atasan pun kemain berbunga lagi surat rasmi kita "Yang berbahagia...Yang dimuliakan...."
Dengan Allah pun kena mulakan dengan memuji dulu.
Jangan lupa salawat juga. Dia suka kalau kita puji kekasih DIA.
Lepas tu baru mintak.
No necessary kena susun ayat cantik.
Asalkan lembut, tak tergesa-gesa, memadai.

Adab mintak tolong kat Allah, bukan hanya terletak kat susunan ayat doa tapi banyak lagi benda yang kena ambil kira.

Kalau kita nak pi mintak surat sokongan kat mana-mana pegawai untuk masuk Universiti atau nak mintak keje (contoh), takkan kita datang jumpa pegawai tu dengan baju round neck, seluar jeans lusuh and kasut sport shoes, ye tak?
Mesti kita potray diri kita sebagai seorang yang layak.
Kita akan tunjuk kat dia kita bersedia untuk terima jawatan tu/masuk ke universiti tersebut.
Kita bagi keyakinan kat dia, sokongan yang dia bagi tu tak sia-sia sebab kita memang layak.

Jadi, kata kunci kat sini, kita kena BERSEDIA.

Nak Allah tolong, kita kena bersedia.
Bersedia dari segi pastikan makan minum dan rezeki kita dari sumber halal.
Tunjuk kat Allah "I am ready to receive this".

Rasulullah saw pernah cerita, ada sorang lelaki berjalan jauh sampai keadaan dia teruk sangat dengan baju lusuh, muka rambut kusut masai, lepas tu lelaki tu tadah tangan berdoa "Ya Tuhan...Ya Tuhan...". Rasulullah saw kata, tak mungkin Tuhan akan layan permintaannya sebba makanannya dari barang haram, minumannya pun yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram jugak. - (Muslim).

Bukanlah maksudnya kalau asal doa kita tak dikabulkan je bermakna kita ada makan sumber yang haram.
Itu Allah saja yang tau reason DIA belum kabulkan.
Cuma pointnya kat sini, kita kena bersedia dari setiap sudut.
Kabul tak kabul, itu urusan Allah.
Yang penting, kita bersedia dari setiap sudut.
Prepare things yang akan 'menambah point' kita supaya doa kita dikabulkan.

Hubungan dengan manusia kena jaga.
Dalam kesemua ceramah be it ceramah motivasi atau dari ahli agama, semua akan bagi point yang sama - nak doa dikabulkan, hubungan dengan manusia kena jaga.
Hubungan dengan mak bapak, adik-beradik, ipar-duai, kawan-kawan. Semua.
Tapi inilah selalunya yang orang ambik mudah.
Dia jaga hubungan dia ngan keluarga dia je.
Hubungan dengan orang luar dia tak ambik kisah.
Di zaman internet ni lagi kena jaga-jaga.
Silaturrahim boleh putus hanya dengan hujung jari.
Doa susah nak kabul, kerja susah nak menjadi dan sentiasa muncul masalah kalau hubungan dengan manusia tak dijaga.

Lagi satu yang penting - kena yakin.
Jangan was-was.
Allah adalah mengikut sangkaan hambaNYA.
Kalau kita rasa tak yakin Allah boleh bagi, memang DIA tak bagi la.
Tapi kalau kita mintak dengan rasa yakin kita dapat, DIA mesti bagi punya.
Lambat atau cepat DIA bagi, itu bukan kerja kita. Kerja kita mintak. Jangan pikir kerja DIA. DIA tau lah apa nak buat.

Yang point pertama and kedua tu senang nak uruskan. Boleh kawal.
Tapi selalunya yang point ketiga ni yang payah nak buat.
Sebab bila kita meminta, dalam masa yang sama kita rasa "Aku patut syukur je dengan apa yang ada. Apa Allah bagi ni dah cukup banyak dah". Betul tak?
Sebab aku pun dulu macam ni jugak.
Everytime nak berdoa je mesti akan ada rasa "Amalan tak banyak, tapi mintak nak yang best-best je".

Syukur itu MESTI. Tapi doa jangan tinggal.
Sebab doa adalah satu bentuk usaha. Bila namannya usaha, mesti buat sungguh-sungguh.
Mintak sungguh-sungguh, disertai dengan usaha yang lain-lain.

Aku pernah mintak nak dapat anak kedua.
Lama aku mintak, tak dapat-dapat.
Sampai Redza dah 6 tahun, barulah aku berjaya mengandung.
Then only aku realized, selama ni aku memang mintak tapi dalam masa yang sama aku tak usaha. Aku usaha doa je siang malam. Yang lain aku tak buat. Sebab aku ingat zuriat ni kerja Allah semata-mata.
Asal lepas solat, doa benda yang sama berkali-kali.
Bila benda yang sama aku mintak berkali-kali, dah jadi macam rutin. Lama-lama mintak pun dah tak bersungguh.
Bila takde kesungguhan, memang usaha tu habis kat situ je lah.
Tapi bila kita doa bersungguh, dalam tak sedar kita akan usaha dari setiap arah.
Sebab tu ada formula Doa + Usaha + Tawakal.
Yang aku buat Doa + Tawakal je. Usahanya takde.
Bila kita tak usaha, yakin tu takkan datang.

Sebenarnya, apa yang kita nak tu, kita mintak SEKALI je. Tapi boleh diulang-ulang 3 kali dalam doa yang sama.
Mintak sungguh-sungguh.
Lepas dah sungguh-sungguh mintak, kena sambung dengan usaha yang sungguh-sungguh pulak.

Dia punya analoginya macam kau order makanan kat restoran.
Bila kau order makanan, kau order sekali je.
Lepas tu kau tunggu order kau sampai. Kau tak kejap-kejap panggil waiter tu mintak checkkan order kan?
Ke memang ada yang selang 2 minit panggil waiter untuk checkkan order?
Selalunya bila kita dah order, yakin dengan order kita, yakin yang waiter tu place order kita dengan betul - kita akan tunggu order tu sampai dengan tenang. Sebab kita yakin dengan apa yang kita buat.

Masa aku berusaha nak dapat Rayyan, bersungguh betul aku pi sana sini - berurut, check telur, check sperm, pi korek masukkan kamera check rahim - buat semua.
Bila dah buat, result demi result dah diterima, barulah datang yakin.
Bila time yakin tu sampai, baru aku doa lagi sekali. Kali tu berdoa memang aku yakin betul aku boleh mengandung lagi sebab semua usaha dah buat.
Alhamdulillah dapat jugak si jendul tu.

Rupanya Allah nak ajar, kerja aku bukan sekadar meminta, tapi planning as well.
Kalau asal mintak, dapat. Asal mintak, dapat. Celah mana usahanya, betul tak?
Sedangkan Allah suka orang yang berusaha.

Sebenarnya Allah memang nak bagi, tapi DIA nak test dulu.
Allah kan suka uji hambaNYA dengan macam-macam cara.





Ni pun salah satu bentuk usaha gak ni.
Nak beli baju raya harga lebih murah dari harga online, tolong angkat bontot tu dan bergerak menuju ke Kinta Riverfront Hotel, ok?
GreenAard & Fleur by Mrs Him ada kat sini. Kali ni aku datang Ipoh.
Kalau tetiba terdengar suara terpekik panggil Rayyan, sila ikut arah suara tu maka sampailah ke booth aku.