2021-11-30

Sambal Sarimah


Last week berderet lauk-pauk dan makanan sampai ke ofis.
Lepas sorang, sorang hantarkan makanan untuk aku rasa (dan review).
Macam tahu-tahu je aku suka makan.

Aku rasa salah satu benda yang aku suka review adalah makanan.
Siapa yang follow IG aku tahu aku enjoy food. IG aku lagi banyak gambar makanan dari gambar sendiri.

Tapi yang hantar makanan ni semua maybe pembaca tegar blog ini atau follow aku dari dulu, jadi kebanyakkannya tahu aku tak suka durian.
Maka, setakat ni tiada lauk tempoyak, lempuk durian mahupun durian crepe sampai ke rumah. Alhamdulillah.
Bukan apa, benda yang bersangkut-paut dengan durian ni kau tak boleh percaya review aku.
Konfem aku cakap tak sedap punya 😁.

Contohnya client Sambal Sarimah.
Dia terang-terang tulis dalam kad (note) pada aku yang dia tahu aku tak suka tempoyak, jadi sambal tempoyak dia tak bagi.
Walaupun aku tak makan tempoyak dan anak-beranaknya, aku syak mesti sambal tempoyal Sarimah ni sedap sebab aku dah rasa 3 jenis sambalnya.

Hat ni 2 jenis sambal dan Taucu Santan, dua-duanya dari Sambal Sarimah.
Aku tak berapa minat makan taucu, tapi hat ni pertama kali aku dengar Taucu Santan.
Selalunya aku makan taucu yang hitam tu je, beli dalam botol.
Kalau aku masak taucu, memang resepinya, curah taucu dalam kuali, campakkan ikan goreng, done.
Takde de aku nak improvisasi.
Memandangkan ini first time dengar Taucu Santan, maka inilah antara yang terawal aku cuba.
Aku tak sure macamana cara masaknya tapi interesting.
Dalam tu ada tauhu, tempe, buncis, ada satu jenis daun yang aku tak kenal dan ada PETAI!
Masa aku selak-selak lauk ni nampak petai, terussssss cedok nasi, makan.

Dulu yes aku tak suka petai.
Dah cuba makan, tapi tak kena.
Tahun ni tiba-tiba teringin tekak ni nak makan petai.
Terasa-rasa macam sedap pulak kalau petai tenyeh dengan sambal udang.
From sambal udang petai masakan sendirilah terus aku tersangkut dengan petai.
Sekarang aku dah terer, makan petai gitu je pun boleh, tak payah masak.
Mak Aji pun naik pelik tengok aku pandai makan petai.

Seriously lauk taucu santan ni sedap.
Macam rasa kuah lontong sikit tapi ada hawa-hawa taucu.
Pulak tu ada petai, memang aku tak tinggal kat orang lain.
Habis nasi, lauk ni saja aku ratah-ratah.

Ok part sambal pulak.
Dalam gambar atas sekali ada 2 jenis sambal, iaitu Sambal Hijau Ikan Masin dan Sambal Bilis Kantan.

Ini Sambal Bilis Kantan.
Aku dah masak sambal ni tapi aku lupa ambik gambar.
Walaupun sambal ni ready-to-eat, tapi gunakan sambal bilis kantan ni untuk goreng sayur sayur buncis.
Mula-mula aku gorengkan tauhu, gorengkan udang sikit, lepas tu angkat.
Then aku tumis sambal bilis kantan ni sikit kemudian tuang sayur buncis.
Agak sayur dah masak baru aku curahkan balik tauhu and udang yang dah goreng earlier. Baca ni - SEDAP!

Biasanya kalau tumis sayur, kita potong bawang and hiris cili sebagai rencah, kan.
Lepas tu masukkan kiub ikan bilis sebagai perasa (ini akulah).
Kalau Mak Aji, dia akan masukkan sejemput ikan bilis sebagai bahan tumis.
Tapi kali ni senang gila kerja aku.
Dalam sambal bilis kantan tu dan tentu-tentu ada bawang, cili and ikan bilis.
Tumiskan sesudu dua, settle.
Wangi pulak tu sebab ada bunga kantan.
Hat ni aku recommmend sangat sangat korang beli.
Simpan dalam freezer untuk buat tumis-tumis sayur.
Nak makan gitu pun boleh.

Ahaaaa. Hat ni pembuka selera namanya, Sambal Hijau Ikan Masin.
Apa benda yang ada ikan masin pasti membuka selera.
Siapa yang nak buat nasi goreng ikan masin, silakan beli ni. Senang.
Tinggal nak cedok masuk dalam kuali je.
Pastu pecahkan telur, masukkan nasi. Siap!

Mak Aji and Pak Aji duduk rumah aku since Ahad hari tu.
Mak Aji's favourite ni.
Beberapa kali dia makan nasi pakai sambal ni.

Mengikut kata Sarimah, sambal-sambal yang dia bagi aku cuba ni adalah sambal yang best seller dari dia.
Memang hari tu aku ada bagitau kalau nak aku review makanan, tak perlu bagi semua.
Cukup bagi aku makanan yang korang nak highlite especially yang best seller.
Memang best dua-dua sambal ni.

Ha cuma aku nak cakaplah, benda-benda makanan ni sedap tak sedapnya ikut pada tekak tukang buat.
Jadi, bila kita beli, maybe ada yang rasa kurang masin, kurang masam, kurang manis.
Hat ni kita tambah-tambahkan sendiri.
Contohnya ibu sambal dari Sambal Sarimah kat bawah ni:

Ini Ibu Sambal dari Sambal Sarimah.
Aku tak penah buat ibu sambal.
Kat rumah aku memang aku buat siap-siap cili kering blend and bawang blend.
Bila nak masak, cedok saja.
Aku tak buat Ibu Sambal sebab tak semua masakan perlukan belacan, atau asam, atau bawang putih.
Maka, ibu sambal dari Sambal Sarimah ini adalah ibu sambal pertama dalam fridge aku.

Aku guna ibu sambal ni hari tu untuk masak 2 benda - nasi goreng and sambal udang petai.
Kalau ikut tekak aku, ibu sambal ni kurang masin.
Tapi takpelah, tambah je lah garam, apa susah.
Kadang aku tengok orang komen sambal-sambal orang lain "Tak pedas lah", "Kurang masin".
Habis tu, takkan nak ikut tekak kita.
Yang pentingnya base dah ada.
Tak perlu kau nak bersilat kat dapur blend cili, bawang segala.
Tinggal nak adjust sikit untuk sesuaikan dengan tekak kita saja.
To me, ibu sambal ni ok.
Cuma bila aku nak masak, aku tambahkan garam sikit.
Masinnya dah ada, tapi tekak aku nak tambah sikit lagi.
 


Tumpang la kejap tunjuk skill masak yang memasak 2 kali seminggu je ni.
Ni aku gunakan ibu sambal dari Sambal Sarimah.
Mula-mula ingat nak tuang semua je sambal ni sebab aku masak udang boleh tahan banyak hari tu.
Tapi sayang pulak nak tuang semua. Cedok dalam 3 sudu besar je.
Bila dah tumis baru perasan kurang kuah.
Nak tuang semua sambal, rasa macam nak simpan sikit untuk masak benda lain lepas ni.
Jadi aku tambah bawang blend.
Patutnya tumis bawang dulu baru masukkan ibu sambal.

Ini apa, guys?

Ini namanya Sambal Terung Telunjuk.
Pertama kali dengar juga.
One thing aku kena bagitau, aku tak makan terung.
Bukan tak boleh makan, boleh. Cuma tak minat.
Kalau takde, tak dicari.
Kalau dah siap hidang, aku makan.

Sambal Terung Telunjuk ni base-nya adalah Sambal Hijau Ikan Masin tadi.
Cuma dalam ni ditambah terung.
Maybe diubah suai sikit tapi sambalnya pakai sambal hijau ikan masin.
Aku cuba lauk ni Jumaat lepas.
Kebetulan bibik datang kemas rumah, aku ajak dia rasa sekali.
Kemain suka lagi bibik jumpa terung disambalkan dengan ikan masin.
Terus aku tapaukan dia sikit.

Ni ha aku close up sikit gamba biar korang nampak betapa banyaknya ikan masin dalam lauk ni.
Bagus seller ni tak kedekut ikan masin. Barulah sedap nak makan.

Ini Gulai Ayam Padang u olsssss.
Ini pun lauk first time rasa.
Aku rajin makan masakan Padang.
Kadang kat Sederhana, kadang kat Padang on Wheels.
Tapi tak pernah ambik lauk ni.
So this is my opportunity untuk merasa. Alhamdulillah sedap.
Tak tau macamana nak explain gravy dia.
Macam rendang tapi bukan.
Dalam tu ada ayam and kentang.

Aku tak makan lauk ni dengan nasi putih hari tu.
Aku makan dengan ketupat palas. Pehh! Sedap.
Dah macam makan rendang.
Kalau tahun depan kita sangkut lagi balik raya, ada harapan aku jadikan ini lauk raya aku je sudeyy.
Sebab sedap je cicah dengan ketupat palas.

Bukan sahaja lauk-pauk ya, tapi dia bagi aku rasa 2 jenis nasi.
Salah satunya Nasi Ulam.
Aduh sedapnya niiiiii. Sumpah sedap!
Memang kenalah dengan telur masin and tempe goreng.
Hari tu sebelum makan, aku goreng balik tempe ni dalam air fryer bagi dia garing sikit lagi.
Actually garing dah yang dia bagi tu tapi sebab dia hantar semua ni kat ofis, aku takde di ofis hari tu.
Petang baru En Wan bawa balik, jadi kenalah goreng balik tempe biar umphh!

Ni tengok cantik tak cantiknya nasi ulam dia.
Tak kedekut weii. Sedap. Tak kedekut.
Nasi ulam ni style Nyonya katanya.
Digaul dengan 10 jenis ulam termasuk kelapa goreng. Patut la sedap.
Aku tak sure memang portion dia banyak gini atau kat aku dia bagi banyak. Boleh makan 2 orang.
Keropok tu takde dalam set nasi ulam ni ya, jangan esok kau question pulak Hamba Allah ni apesal takde keropok.
Keropok tu aku ambik dari set di bawah ni.

Ini another set of nasi best seller dari Sambal Sarimah, iaitu Nasi Ayam Berempah.
Halah halahhhh just nice pulak ayam yang dia bagi bahagian thigh ni. Bahagian favourite aku.

Nasi ni complete dengan ayam berempah, dua jenis sambal, soup, tauhu, tempe, salad, timun dan keropok.
Aku tak tahu berapa harganya, tapi kau tengok je lah meriah tak meriah pinggan aku.

Ada satu lagi makanan yang dia bagi, tapi dek kerana sedapnya, aku LUPA nak snap! 😭😭😭😭
Marah En Wan dengan aku "Apa ni, orang minta dia review, dia boleh lupa nak ambik gambar".
Korang tau tak apesal yang sampai aku boleh terlupa?

Sebab makanan itu adalah SAMBAL GORENG JAWA!
Diana dan sambal goreng Jawa berpisah tiada, ya.

Ceritanya gini. Semua lauk paul ni datang bersama kad di dalam gamba tu.
Dalam kad tu dia pesan - "..Kak Di habiskan sambal goreng jawa dulu, ya".
Aku pun terus panaskan dalam microwave dan rasa. Sekali sedap pulakkk.
Terus aku ratah dalam tupperware tu jugak.
Dah settle licin, baru teringat tak ambik gamba lagi.

Maybe korang akan kata aku bias bila review Sambal Goreng Jawa. Tapi tak, ya.
Aku tak bias sebab pernah rasa sambal goreng Jawa yang tak sedap.
Jenis yang hitam melekat, benyek dan manis.
Tapi Sambal Goreng Jawa dari Sambal Sarimah tu sedap. Rupanya pun cantik.
Just nice tauhu and tempenya. Memang sedap. Recommended.

Kesemuanya 9 menu dia bagi aku cuba.
Tapi bukan ni je menu dia. Banyak.
Sambal ada 18 jenis.
Sambal ni di masak fresh every weekdays.
Kalau nasi ulam and lauk-pauk kampung dijual pada hari Sabtu.

Buat masa ni, dia belum ada premis.
Segalanya delivery dan delivery dibuat dalam radius 20km dari Gombak.
Kena order sehari sebelum nak makan.
Untuk tempat-tempat lain yang jauh-jauh macam Shah Alam, Bangi, Putrajaya pun dia buat delivery tapi kena order dulu lah.
Nanti dia arrange delivery date.

Untuk tempahan boleh hubungi:
Whatsapp 011-62230646 atau klik sini.
IG: @sambal.sarimah
FB: Sambal Sarimah



2021-11-29

DelyvaNow


Sesiapa yang follow blog ni mesti ingat kes aku merempan dengan Pos Laju.
Bukan sekali, tapi berkali-kali.
Banyak juga kes aku dengan Pos Laju.
Kes jeans GAP/LEVI En Wan pos ke customer dia hilang di PPL Kuantan, kes barang aku sangkut kat kargo Pos Laju Sepang 2 hari tak berespon, Pos Laju tertukar consignment note barang customer aku dengan barang orang lain, lambat hantar barang customer cold item, tak sempat deliver barang patah balik ke PPL simpan kat room temperature padahal terang-terang atas box aku tulis COLD ITEM.

Itu dulu, masa buat biotech supplies.
Now bila buat online business, dia punya pe'el lain pulak.
Antara yang selalu adalah salah timbang barang.
Banyak kali invoice sampai, ada salah pada timbangan.
Bila timbangan salah, maka invoice pun salahlah.
Company ada akaun dengan Pos Laju, jadi kita akan bayar hujung bulan saja.
Cara ni lebih convinient sebab tak perlu nak beratur panjang untuk timbang and bayar kat kaunter setiap hari.

Barang aku bukan 5-6 sekali pos. Pakai guni kot.
Bila sekali angkut banyak, tu yang jadi salah timbang tu.
Agaknya banyak sangat yang ditimbang, dia main hantam saja berat.
Lepas tu tet tet tet print invoice, hantar.
Pernah invoice kitorang berderetttttt item berat 1kg.
Aku pelik, barang apa yang sampai 1kg ni sekali timbang ni?
Produk aku takde yang berat 1 kg melainkan bulk purchase.
Kerap sangat kena minta Pos Laju semak balik timbangan.
Siap kena bawak produk sebagai bukti lagi. Letih!

Itulah antara risiko yang dihadapi kalau kita tak ada option lain untuk deliver our produk.
Macam aku dulu, pada waktu tu, yang terhampir dengan ofis aku adalah Pos Laju.
Bukan taknak pakai service courier lain, tapi dibuatnya ada apa-apa masalah, tak ke satu hal aku nak drive jauh-jauh untuk settlekan?
Walaupun banyak pengalaman aku dengan Pos Laju, sehingga sekarang aku masih guna Pos Laju sebagai main delivery channel.
Bergantung pada tempat, ragam delivery tak semuanya sama.
Dapat yang ok, ok.
Dapat yang tak ok, kita ada pilihan lain.

Taking good control of the delivery process sangat penting bagi peniaga online.
Bila delivery process berjalan dengan smooth, it may lead to the efficiency of busines.
Masa tak terbuang, kos dapat dijimatkan dan kurang sikit aku melahar.

Aku tak sure berapa ramai yang dah pernah guna khidmat DelyvaNow untuk pengeposan/penghantaran.
DelyvaNow ni booking platform untuk kita deliver barang.
Kiranya ini adalah hub pelbagai courier services.
Kelebihannya, kita sebagai pengguna boleh pilih courier service yang kita mahukan.
Boleh compari price terus dari website DelyvaNow. Macam Trivago eh?

Servis macam ni, benefitnya adalah pada kita sebagai pengguna.
Kita ada pilihan untuk memilih courier mana yang ok dan berbaloi dari segi harga dan efficiency.
Mudah untuk kita pilih bila ada satu platform yang boleh comparekan caj penghantaran.
Untuk peniaga yang takde akaun dengan mana-mana courier service, tetapi ada buat penghantaran barang on daily basis, you may consider DelyvaNow.
Bukan apa, selain dari banyak pilihan courier service, dia juga ada banyak option untuk delivery yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Contoh, nak instant delivery?
Ada.

Hat Instant Delivery ni sesuai untuk akak-akak yang buat food business.
Pakej atau makanan akan dihantar dalam masa 1-2 jam saja.
Pilih je nanti dalam website korang nak pakai service siapa.
Ada GrabExpress, Lalmove, Matdespatch, MrSpeedy, Bungkusit, Pandago, Teleport.
DelyvaNow ni orang perantara yang akan bertanggungjawab memastikan package korang sampai dalam tempoh yang ditetapkan. Less hassle.
Korang boleh sambung baking dengan tenang tak perlu kejap-kejap nak check rider ada kat mana, customer dah dapat ke belum.
Leave it to DelyvaNow untuk handle because that is their business.
Kita punya business, silakan sambung baking.

Small parcel delivery?
Pun adaaaaa.

Hat ni rasa ramai yang biasa guna.
Delyva punya partner untuk small parcel delivery adalah seperti Ninjavan, J7T, DHL and Pos Malaysia.

Large Parcel? International courier? COD?
Semua ada.

Yang selalu kena pertikai dek customer taknak bayar charge penghantaran sebab "Saya pesan nak COD, kenapa pulak kena bayar delivery?", hah elok korang pakai service ni.
Biar dibahasakan sikit dek courier service.
Kita tenang aman-aman je di rumah buat bisnes, ok?
Tak sakit otak nak melayan orang macam tu.
Dapat rider yang abang body, masak kau situ nak ajak bertekak pasal COD.

Ok, macamana cara DelyvaNow uruskan semua parcel kita?

Jawapannya, segalanya automated.

Dalam website DelyvaNow nanti, korang boleh type butiran customer dan generate consignment note.
Barulah nampak profesional, no more handwriting.
Boleh auto save semua butiran customer untuk future delivery.
Caj delivery boleh dapat instantly dari website juga.
Lepas consigment note dah print, caj pun dah tahu, boleh terus auto-schedulling all pickup and delivery.

Sebagai seorang yang dah buat delivery baik dari zaman buat offline sale mahupun online, itu adalah sangat-sangat meringankan beban.
Seriously tak tipu.
Tahun 2008 aku self-employed. Semua buat sendiri.
Memang tertonggeng-tonggeng nak siapkan semua benda.
Akulah nak packing, akulah nak print label tampal kat kotak, akulah tulis consignment note, akulah call Pos Laju arrange pickup time.
Nak booking slot pickup tu yang bercinta.
Lambat sikit call, terlepas booking slot.
Menapaklah aku ke PPL untuk pos barang sendiri.
Tak susah, tapi buang masa.
Benda-benda macam ni yang memakan masa.
Tapi itu dululah, masa kerja sorang.
Now dah ada staff, dorang buatkan semua.
My point is, kalau korang tak cukup kaki tangan, atau tak menang tangan, boleh gunakan khidmat booking delivery di DelyvaNow ni.

Bab printing consignment note tu boleh adjustable layout.
Kalau print pakai size A4, muat 3 copies (horizontal labels), manakala 4 copies (vertical labels).
Selain dari tu kita boleh bagi instruction kepada pihak courier.
Contohnya "Perlu pastikan barang sampai sebelum 3pm". Contoh.

Kalau korang ada online store, boleh connect DelyvaNow dalam sistem korang. Antara yang available now:

• Maynuu
• Woocommerce (Parcel)
• Woocommerce (Food / Grocery)
• Magento (Parcel)
• Magento (Food / Grocery)
• Ordersini
• Kedaiweb
• Shoppegram
• Orderla
• BizApp
• Open API

Kalau pakai Shopify macam aku, hat ni coming soon.

Ok, now aku nak tunjuk kat korang the best part, iaitu kita nak start menggunakan sistem Delyva untuk pos barang.

Untuk check rate, cuma masukkan poskod origin, kemudian poskod penerima, jenis item samada food, flower, document, frozen, cake dan kemudian masukkan berat barang. Klik GET RATES.

Lepas tu akan keluar result semua rate dari courier service yang jadi partner DelyvaNow.
Senang sangat nak decide mana satu korang nak. Tu sikit je aku print screen. 
Sebenarnya panjang lagi list dia.

Boleh tengok 'Service Info' pada setiap courier yang terpapar untuk tengok kriteria service yang dorang provide. Contoh J&T kat situ dia bagitau siap-siap booking kena before 11am kalau nak pickup hari yang sama. Delivery period 1-3 hari. Pickup between 11am and 6pm.

By the way, masa korang klik GET RATES pada step 1 tadi, akan keluar paparan di atas ni.
Perasan tak masa mula-mula check rate tadi takde pun option 'PLAN'?
Hanya selepas rate keluar, baru paparan check rates tu berubah seperti gambar di atas.

Untuk menggunakan DelyvaNow, korang mesti signup dengan plan yang dia sediakan.
Ada beberapa option PLAN. Setiap plan memberikan charge yang berbeza.
Yang ni standardlah, lebih banyak beli, lebih save. Yang ni aku klik PLAN BASIC 200.
Boleh bandingkan dengan rate yang sebelumnya. Memang berbeza berbanding caj tanpa plan.

Kalau korang sign up nanti, lepas sign in, akan keluar dashboard macam ni. Klik NEW ORDER.

Di sini tempat untuk type details penerima dan sender.
Kalau nama-nama customer semua dah save siap-siap dalam address book, tak perlu nak type lagi.
Just klik SEARCH ADDRESS BOOK saja.

Scroll bawah, point number 2 isikan maklumat penerima.

Lepas tu isikan maklumat pakej.
Boleh tulis instruction atau note di ruang bawah.

Seterusnya book waktu pickup.
Yang inilah hassle yang aku lalui zaman duluuuuu, masa nak book Pos Laju.
Kadang-kadang leka buat kerja terlupa nak call, dahhh terlepas waktu pickup.
Kalau tak rajin, kena tunggu esok. Tapi kalau barang urgent, terpaksa aku drive pi PPL untuk submit.

Selepas klik Confirm Payment, akan keluar total to pay.
Pastikan ada credit. Kalau credit dah habis, boleh top up di sini.
Takyah pergi page lain, kat Dashboard yang sama belah kiri tu ada tab ‘TOP-UP’. Klik situ.
Di page Top-Up ini juga, selepas top-up dibuat, kita boleh nampak progress top-up kita.
Kalau tak tau nak top-up berapa, atau tak pasti pakej yang mana lebiu berbaloi untuk di-top-up, di situ ada disenaraikan Plan untuk dipilih.
Contohnya:

BASIC PLAN 20, RM20-RM199
BASIC PLAN 200, RM200-RM1999
BASIC PLAN 2000, RM2000-RM50000


Senang, kan? Sistem dia tak serabut dan mudah nak follow.
Aku suka bab credit ni. Sebab kita bayar in advance.
Tak payah nak pikir hujung bulan tunggu invoice. Hahaha.

Plan yang kita pilih adalah termasuk dengan SMS, email dan push notification, ya.
Tujuannya, dorang akan update kita pada bila-bila masa pakej diterima oleh customer.
Bezanya, SMS caj berbeza ikut jenis plan.
Kalau pilih BASIC20, caj 20 sen per SMS.
Kalau BASIC 2000, caj 15 sen per SMS.

Sistem DelyvaNow nampaknya bagus, mudah, tak serabut, tak leceh, tak perlu nak study beria untuk guna.
Yang aku cuba ni DelyvaNow setupkan demo akaun untuk aku test. Memang mudah.
Benda ni sekali pandang nampak macam "Alahhh, buat sendiri je la. Jimat".
Ya, betul. Kalau order belum banyak memang semua boleh buat sendiri.
Tapi bila dah banyak, adalah satu benda yang buang masa bila masih lagi nak tulis tangan, nak pi hantar beratur kat courier untuk timbang apa semua.
Masa tu sepatutnya digunakan untuk generate more business.

Tak perlu ambil plan yang besar-besar kalau takut.
Ambil BASIC20 dulu.
Bukannya hari tu kau top-up hari tu juga kena habiskan.
Top-up je dulu, bila-bila nak guna nanti tinggal deduct je dari akaun.
Kalau nak beli insurans tambahan untuk protect parcel pun boleh. Delyva ada option tu.

Yang mana nak sign up DelyvaNow, boleh KLIK SINI untuk create akaun sekarang.
Sehingga 15 Dec 2021, ada special promo untuk pembaca blog Diana Ishak.
Jangan pikir panjang. 
Selalunya lagi lama kita berfikir-fikir, akhirnya terlepas peluang. 





2021-11-27

Berkerja dengan pasangan sendiri? Ada perkara yang perlu difikirkan dulu.


Gituuu rupanya post pakwe I semalam.
Kisah ni awal-awalnya aku nampak orang share video live the lady, tapi aku tak kenal.
Lagipun aku tak tengok video tu pun, cuma baca komen pada post oerang-orang yang share the video.
Ingatkan random people bercerita masalah rumah tangga, rupanya instafamous. Patutlah ramai share.
Lagipun benda-benda macam ni orang memang suka share, kan? Hehe.

Aku tak tahu intipati kisah the lady, tapi melalui artikel-artikel yang orang share, aku dapat simpulkan dia teraniaya oleh suaminya sendiri.
Katanya the company adalah dia punya (if I'm not mistaken).
She initiates the business, kemudian she invites her husband to join her (betul ke apa aku tulis ni?).
Bila company dah grow, her husband khianatinya dengan cara membuangnya dari company. Betul, kan?

Siapa follow blog ni mesti pernah baca beberapa post aku tulis tentang suami dan isteri kerja sekali dalam satu company yang sama.
Banyak dah aku tulis.
Dan setiap aku tulis tentang ni, nasihat aku sama iaitu JANGAN BERKERJA BERSAMA
Ambik tu capital letter, bold sekali dengan warna merah aku bagi. 
Amaran sangat namanya tu. Hahaha.

Ya, nampak macam lebih senang berurusan bila suami dan isteri menguruskan business bersama-sama.
Tak dinafikan memang lebih mudah.
Tak sempat settle kat ofis, kita sambung di rumah.
Siang malam boleh bincang hal kerja.
Tapi itu dari sudut positiflah.

Dari sudut negatifnya, lebih banyak.
Cabaran berkerja dengan suami bukan calang-calang, ya.
Bukan semua lelaki 'sedar diri'.

Suami bila berkerja dengan isteri, dia jarang boleh membezakan role isteri sebagai isteri di rumah dan sebagai partner di pejabat.
Let alone nak membezakan kedudukan isteri sebagai business owner. Tak de, ya.
Dia belasah segalanya 'Aku suami, maka aku selalu betul'.
Suami sangat susah nak terima kalau isteri lebih hebat darinya.
Ego dia tercabar.
Padahal dia yang nak join company isteri, tapi tak boleh terima hakikat kehebatan isteri. Apo?

Dan kerana itulah, kalau kita tengok mana-mana business yang di-initiate oleh seorang wanita, pasti ujung-ujung suaminya yang jadi CEO.
Sebab apa? Sebab isteri ni lembut hati.
Taknak orang kata suami makan hasil bini.
Taknak orang kata suami tak reti cari kerja lain.
Taknak orang nampak suami macam takde role.
Dengan berbesar hati isteri lantik suami jadi peneraju company dan dia rela jadi 'pekerja biasa' yang bertungkus-lumus buat sales and marketing demi comfort zone seorang suami.

Selalunya suami-suami ni tak bawak masuk sale pun, dia harap isteri je.
Kalau isteri tinggalkan company tu, memang melingkuplah.
Kalau aku cakap macam ni, mesti ada yang triggered.
Selalunya yang triggered ni dia adalah seperti yang aku tulis.
Kalau tak, kenapa nak meloncat?

Bila kita di rumah, kita kenal karakter suami.
Tapi bila bekerja bersama, barulah nampak sisi dia sebagai rakan sekerja.
I tell you what, kalaulah aku kenal En Wan pertama kali sebagai rakan sekerja, sumpah aku takkan kawen dengan dia. Hahaha.
Tapi cantiknya aturan Tuhan, dia nak aku nampak sisi baik En Wan dulu sebelum aku nampak sisi 'buruk' dia.
Aku always cakap kat En Wan "Kalau saya taknak kat awak, takkan ada orang nak. Konfem!".

Sebenarnya, aku tak berapa berkenan ada penglibatan ahli keluarga dalam hal kerja.
Sebab itu dari dulu lagi aku tak pernah invite saudara-mara atau adik-adik berkerja sekali dengan aku.
Bukan apa, kalau dah melibatkan keluarga, selalunya banyak main dengan emosi.
Aku ni jenis kalau aku tak berkenan, aku sound tegak je.
Dapat kat staff yang boleh membezakan waktu kerja dan luar waktu tak kerja tak apa.
Ni karang, ada yang sentap-menyentap.
Tau je lah kan kalau dah melibatkan family.
Nanti melarat-larat sampai ke mak bapak dia pulak bermasam muka dengan mak bapak aku. Tak kuasa.

Masa nak allow En Wan berkerja dengan aku pun aku pikir panjang.
That's why dulu, walau aku tengah busy handle biotech bisnes, at the same time aku buat online business, aku tak nak libatkan dia.
Nak mintak dia tolong bungkuskan barang pun tak.
Biar aku tertonggeng-tonggeng buat sendiri.
Nama aku nak mintak tolong dia, kirim salam.
Mujur dulu ada bibik.
Bibiklah yang tolong aku bungkus-bungkus order.

Masa En Wan buat online bisnes dulu dia gunakan blog aku untuk jual.
Memang blog aku je pun sumber sales dia.
Masa tu aku dah nampak betapa 'bahayanya' kalau dia kerja dengan aku.

Masa tu dia masih engineer lagi.
Aku pula dengan biotech bisnes (masa ni GreenAard belum wujud).
Tengah bersiap-siap nak keluar ke ofis, dia call dari kilang "Dah naikkan ke blom entry barang Abang? Dah pukul berapa dah ni".

Eh? Macam aku staff dia pulak.
Terkial-kial aku nak bersiap sambil bukak laptop kejap buat blog post untuk dia.
Kejap lagi tengah drive dia call "Awak punya entry tu salah description. Cepat tukar, order dah masuk banyak ni tapi info salah".

Terpaksa aku stop kereta kat tepi untuk edit balik post.
Pastu kejap lagi dia call "Tolong update bagitau kod ni ni dah sold out. Cepat. Nanti ada order masuk lagi susah nak bagitau stok dah habis".

Ya ampunnn, terkujat-kujat aku nak bersembang dengan customer asyik dapat call dari dia.
Sejak tu aku dah pangkah En Wan siap-siap.
No way aku boleh berkerja dengan dia.

Tapi bila aku start GreenAard, aku takde pilihan.
Waktu tu aku ingatkan GreenAard ni part time bisnes je sebab aku masih seronok buat biotech.
Rupanya aku takleh handle GreenAard sorang.
Biotech line masih perlukan tumpuan aku.
Bila GreenAard mula dapat banyak order, aku dah macam sotong.
Terpaksa minta tolong dia untuk sama-sama tuliskan consignment note sebab aku tak larat tulis sorang (waktu ni masih tulis tangan lagi).
Lama-lama dia naik seronok buat kerje tu.
Dia cadangkan aku kena pecahkan ofis untuk buat satu section untuk GreenAard and start ambil staff khas untuk uruskan GreenAard.

Nak dijadikan cerita, dia masa tu dah start ada masalah politik di kilang.
Top management bertukar dan ramai bos-bos and engineer melayu resign sebab tekanan orang atas.
Bila dia start cerita pasal masalah tempat kerja aku dah boleh bayang mesti dia nak berhenti kerja ni.
Masa tu aku belum ready nak fokus GreenAard sepenuhnya, let alone nak recruit new staff.
Aku tak ada masa ketika tu.
Last-last aku tanya En Wan, nak tak join and tolong aku.
Bak orang kata mengantuk disorongkan bantal.
Terus dia terima offer aku.

En Wan is very good at operation.
Pengalaman 15 tahun sebagai Production Engineer memang membantu operasi GreenAard.
Kalau nak hire production engineer yang ada berbelas tahun pengalaman bersiap sedialah kena bayar gaji tinggi.
Aku boleh dapat 'free'. Hahahaha.

Dalam company, aku letakkan suami aku di depan.
Biarlah orang nampak dia sebagai front man of the company.
Aku duduk belakang buat kerja kuli pun tak apa.
Tapi bezanya, aku tak senyap.
Tak kisahlah orang nampak kau sebagai bos company, yang penting kita sama-sama tahu yang I run the business.
Kalau aku tak puas hati dengan kerja, I don't care, aku haruk semua.

Bab inilah ada suami yang tak boleh terima.
Dia tak boleh terima jika di ofis dia macam kuli.
Dia tak boleh terima di ofis menerima arahan dari isteri.
Dia tak boleh terima ideanya direject oleh isteri.
Yang dia nak - jadikan dia bos, semua kena ikut cakap dia, tak boleh bangkang apa dia cakap, apa dia cakap semua betul.
Hah, kalau yang tu memang dia on.
Jenis suami macam ni, seharusnya kau angkat kaki blah je dari company tu biar dia terkangkang-kangkang nak run the business.

Sumpah aku tak faham suami macam ni, yang dalam kepala dia "Takkanlah isteri aku lebih pandai dari aku. Aku suami, sepatutnya aku yang betul!".
Pegi mampus.

Lagi satu aku berbulu dengan suami yang tak sedar diri.
Masuk company isteri tapi buat kepala sendiri.
Dah lah nak buat kerja senang.
Tapi nak kontrol segala benda.
Tapi tulah, wanita selalu merasa terikat bila benda macam ni berlaku.
Rasa serba-salah nak buang suami sendiri sebab rasa derhaka kalau buat macam tu.

Dengar sini aku cakap.
This is work, ya.
Bila kita dah decide untuk berkerja bersama-sama, bermakna kita adalah rakan sekerja.
Jangan main emosi kat sini.
Sebab itu dah banyak kali aku tulis pasal ni - walaupun suami isteri, mesti ada clear cut tentang pembahagian tugas dan kena ada KPI.
Supaya takde sesiapa saling salah-menyalahkan kemudian hari.
Ini kerja, kan, haruslah profesional.
Mana boleh berlebih-kurang dalam urusan kerja walau kita ada ikatan.
Bertolak-ansur dalam urusan lain boleh, contohnya suami penat, tak larat nak kerja today.
Ok fine. Rehatlah sehari.

Aku orang sale.
Orang sale ni kerjanya takde clock in clock out.
Kerja tak ikut masa.
Tak nak masuk ofis? No problem.
At the end of the day, aku nak tengok sales figure je.
Asal hit target, I got no problem kau pegi mana pun.

Please ya, isteri.
Aku bukan nak ajar jadi jahat. Tapi biarlah cerdik sikit.
Berlaku adillah pada diri sendiri.
Tak cukup-cukup ke junjung suami di rumah, sampaikan di pejabat pun masih nak menjunjung dia tak kena tempat?
Kalau salah, cakap salah.
Kalau perlu bangkang, bangkang.
Gasaklah bergaduh pun. Hal kerja kot.
Kalau dia tak boleh follow, suruh dia cari kerja lain.
Apesal dulu bila tak puas hati dengan majikan boleh resign cari kerja lain.
Kenapa dengan kita bila tak puas hati kita pulak yang kena redha? Chantek muka?

Kalau kita rasa perlu perbetulkan, betulkan.
Jangan buat senyap dan redha atas kapasiti dia suami. Ini hal kerja kot.
Nak-nak pulak kalau kita yang initiate the business, kita yang pull crowd, kita yang keluarkan idea, maka kita ada hak untuk pertahankan apa yang perlu.
Bukan pasrah berserah gitu je.
Tu bukan taat. Tu bodoh namanya.

Hah ni lagi satu.
Jenis suami yang pantang tengok isteri dapat attention lebih.
Jenis pantang tengok isteri achieve something.
Pakat dengki kat isteri sendiri.
Bila dengki, mulalah dia nak sekat pergerakan isteri.
Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh.
Mulalah kondem apa isteri nak buat.
Isteri plan nak buat A, dia kondem.
Isteri plan nak buat B, dia kondem.
Jenis yang semua benda dia nak sekat are the one yang takut bila kita berjaya.
Dia takut orang tak nampak role dia.

Dan isteri pun mulalah serba-salah.
Demi nak menjaga hati dan airmuka suami, maka isteri pun bataskan kemampuannya.
Kuburkan impiannya.
Padamkan semangatnya, demi nak bagi suami nampak macam 'boleh pakai'.
Si isteri yang dulunya all out, berubah menjadi isteri yang menempel kat suami.
Konon menyokong suami dari belakang.
Kalau memang menyokong dan suami pun berusaha lain cerita.
Ini di luar nampak macam mithali support suami.
Kat belakang kerja macam kuli batak demi nak kekalkan suami berada di confort zone.

Dan orang-orang sekeliling pun kagum. "Sukalah tengok dia. Sanggup tinggalkan segalanya demi rumahtangga".
Orang kita kan cukup suka kisah-kisah yang 'perfect' macam tu.

That lady yang ada issue dengan husbandnya katanya dia yang pull the crowd, kan?
Maksudnya, orang beli kerana kenal dia.
Bukan kerana husband dia. Betul kan?
Hah, kalau macam tu lagi senang.
Dia boleh create new business dengan takde masalah.
Jangan risau, jalan terus.
Biar dia nak ambik share ke, nak buang isteri ke, nak pulun semua harta ke, nak sangat? Hambik!
You start over again.

Look, orang yang dah biasa gerak sendiri, takkan takut to start over again.
You may imitate the person, but you can never copy her creativity.
Kalau tanya aku, aku suka mana-mana isteri yang dianiyai suami seperti itu angkat je kaki, blah.
Tak perlu meratap lama-lama apetah lagi nak mengenang.
Relationship macam tu tak layak nak dikenang. Start new.
Jangan takut nak start balik.
This time you're not starting from scratch, you're starting from experience.
Starting over can be frustrating, intimidating, and exhausting.
Tapi it can also be exciting, satisfying, and life-giving!

Experience adalah lesson yang luar biasa.
Dari sebuah kesilapan, ada pengajaran yang kita boleh belajar.
It gives you a unique perspective.
Walaupun "start again" sometimes nampak macam we are walking backwards, it is still progress, tapi progress dengan cara yang baru.

Aku bukan boleh start cakap pasal ni.
Karang tak pasal jadi kelas motivasi.
Dah, buat kerja.


2021-11-25

Di sini bukan tempat cari untung banyak. Di sini tempat brand awareness.


Ni pagi tadi awal-awal dah masuk Sunway Piramid berdua dengan En Wan.
Biasalah, nak hujung tahun kan, banyak program nak buat, jadi kenalah cari barang-barang sikit.
Sana-sini kedai dah letak promo Xmast.
Teringat dulu-dulu (sebelum Covid), waktu-waktu macam ni aku and team di ofis dah terkangkang-kangkang nak siapkan banyak benda untuk booth Y.E.S.

GreenAard tak pernah missed join booth Y.E.S.
Selalunya di KL lah.
Belanja nak join booth memang besar sebab walaupun di KL, kitorang akan book AirBNB untuk staff stay.
Biar tak payah berulang nak balik ke rumah.
Pagi-pagi dah boleh setup booth awal, dan kalau habis lewat pun masih ok lagi.
Kadang tu, lepas wrap aku sambung meeting untuk post-mortem program hari tu.
Jadi, bila ada tempat untuk stay yang dekat dengan exhibition, lebih mudah.

Di salah satu exhibition Y.E.S yang kitorang join, pernah ada sorang vendor yang juga blog reader join sekali.
That was her first time join exhibition Y.E.S.
Dia tanya macamana sale GreenAard sebab aku tak ambik premium booth.
Premium booth ni selalunya di area artis-artis punya booth.
Dia kata walaupun dia di premium booth, hari pertama masih zero sale despite kedudukan booth di kawasan premium dan berjiran pula dengan big brand dan artis.

Premium booth kebanyakkannya artis and big brands.
Booth yang aku ambik pula bukan premium.
Aku ambil standard booth kat yang harga RM6k.
Kalau premium booth lagi mahal, of course.
Memang sengaja aku pilih booth yang standard.
Ada reasonnya, nanti aku cerita.

So this reader (vendor) tanya "Apesal Kak Di tak ambik Premium Booth. Kak Di banyak duit".

Aha! Itulah punca kenapa aku tak ambil premium booth.
Ok, this is my 2 cents.
Nak ikut, ikut. Taknak, takpe.

Kalau nak cerita tentang mampu ambil premium booth or not, insyallah mampu.
Malah, ramai entrepreneur lain pun mampu.
Tak salah aku, premium booth harga around RM12-14K.
Y.E.S kan hanya setahun sekali, kalau nak kumpul RM14K setahun tu rasanya ramai entrepreneur mampu.
Tapi kena ingat. We are doing bisnes here.
Kita buat bisnes bukan untuk tunjuk siapa mampu atau tak.
Kita buat bisnes untuk mencari lebih banyak duit.
Adalah menjadi satu benda yang tak betul ketika berbisnes kita saling spend duit demi untuk membuktikan kita mampu.

Kita bayar mahal untuk beli booth adalah kerana kita nak tumpang crowd orang, bukan untuk tunjuk "aku mampu ambil booth yang lebih mahal".
Nak tunjuk kata kat siapa?
Nak tunjuk kat crowd?
Crowd yang datang ke event nak beli barang, bukan nak kaji booth kita berapa harga.
Nak tunjuk kat vendor-vendor lain?
Vendor lain semua tengah sibuk fokus nak promote produk masing-masing sebab nak cover baik modal, bukan nak telek berapa juta kita buat setahun.

Kalaupun kita tak buat untung (hanya sekadar balik modal), TAK APA.
Kerana tujuan kita join exhibition adalah untuk branding dan meluaskan reach.
Supaya kita dapat keluar dari crowd kebiasaan dan dapat new crowd.
Tak untung tak apa. Balik modal pun dah ok.

Of cos ada kelebihan bila ambil premium booth.
Situasinya sama macam kita ambik first class seat dalam flight.
Ada lounge sendiri, entrance sendiri, diberi layanan extra istimewa, menu yang lebih sedap, etc.
Ambil premium booth pun macam tu lah.
Brands yang ada di booth premium semuanya yang terkenal.
Selalunya artis lah.
Crowd yang datang dah tentulah ramai.
Mostly nak tengok artis.
MC pun banyak promote booth premium sebab dah tentu nak promote artis-artis di situ.
Jadi, kalau kita berada di kalangan yang best-best di situ, ada kelebihan dari segi layanan.
Crowd dah tentu lebih besar sebab ramai pengunjung nak jumpa artis.
Bolehlah kita 'tumpang' crowd artis.
Sebab itu namanya PREMIUM. Dia bayar mahal, dia berhak dapat keistimewaan.

Tapi, ada kekurangannya.
Kekurangannya adalah kalau brand kita belum cukup kuat, kita struggle nak compete di kalangan brand-brand yang gempak di situ.
Analoginya macam ni, katakanlah dalam satu event ada deretan artis.
Tiba-tiba terselit 2 orang vendor marhaen kat tengah-tengah.
Sah-sah crowd akan serbu artis.
Berapa kerat sangat kenal kita?

Maknanya kat sini, berada di kalangan yang best itu bagus untuk create brand awareness.
Dan tentu, dalam ramai-ramai tu akan ada orang perasan booth kita.
Belum tentu dorang akan beli tapi at least dia dah perasan brand kita wujud.

Selain dari pilih placement booth, kita kena tahu placement produk kita.
Aku tak pernah lagi carry GreenAard produk ke booth Y.E.S.
Sebab aku tahu, kalau orang tak kenal produk GreenAard, kau bagi price RM10 pun orang takkan beli.
Selama ni di Y.E.S aku register booth under nama Fleur by Mrs Him.
Produk pakaian tak perlu technical explanation macam GreenAard.
Walaupun GreenAard adalah everyday produk berbanding Fleur by Mrs Him, aku tak pernah register booth GreenAard.
Aku hanya bawa produk GreenArd ke booth untuk regular customer datang beli di sana.
That's why jarang aku ada di booth sebab yang beli GreenAard di booth hanya customer yang dah biasa beli.
Dorang tak perlukan explanation dah.
Dorang hanya mahukan special price saja.

Aku pernah join raya booth kat PWTC.
Baju kurung and kebaya sold out. Sehelai pun tak tinggal.
Sebelah booth aku bajunya masih penuh dan padat sampai ke hari akhir.
Staff aku cakap, ada satu malam tu, staff booth sebelah tu datang tolong lipat kotak sebab staff aku tak menang tangan nak layan customer.
Hari last, aku sembang-sembang dengan orang sebelah.
Dia kata tahun lepas dia ambil booth premium, sales kurang sebab crowd sibuk nak beli dengan artis.
Kali ni sales jauh lebih berkurang sebab crowd tak ramai beli.
Tapi dia kata tengok booth aku penuh, jadi dia pun tak tahu macamana nak buat dah.

Itulah yang aku cakap tadi.
Exhibition ni bukan tempat nak cari untung banyak.
Kerana di exhibition selalunya kita mengurangkan margin.
Walaupun produk sold out, untungnya tak se-solid hari-hari biasa.
Jadi, kalau kita join booth, mindset kena pasak siap-siap "Di sini bukan tempat cari untung banyak. Di sini tempat brand awareness".
Jadi, tak perlu berhabis untuk beli booth mahal sebenarnya.
Tapi kalau brand kita strong, silakan.

Semua orang nak berada di kalangan yang hebat. Bagus.
Tapi pastikan kita benar-benar hebat, bukan bajet hebat.
Kena sedar diri. Akan tiba masanya kita berada di tahap itu. Sabaq.
Bukan mengalah, tapi kenal diri dulu.
Bukan semua teknik marketing yang orang lain buat applies to us.
Yang kenal produk kita, adalah kita, jadi kita perlu tau apa teknik yang berbaloi untuk difollow for our bisnes.
Jangan kerana orang lain buat maka kita pun buat.
Lain produk lain pendekatannya.
Rancang marketing yang sesuai dengan budget dan make sure marketing yang kita buat tu boleh bagi kelansungan bisnes bukan kelingkupan.

Bajet besar, buat marketing besar.
Tapi kalau bajet sikit nak potray seolah-olah bisnes kita big sampaikan kita terjerut, kan ke sia-sia namanya.

Exhibition adalah medium yang bagus untuk create brand awareness.
Itu objektif sebenar.
Ia bukan medium terbaik untuk gain more sales.
Ia lebih kepada nak tunjuk kewujudan kita.
So, kalau participate dalam mana-mana event, kena set kat kepala this is a medium untuk tunjukkan kat kat orang we are real human doing real bisnes.
Kalau dapat good sales, itu bonus.

Exhibition ni sama konsepnya degan menggunakan khidmat blogger atau instafamous untuk highlite our produk.
Ada orang ingat bila invest ribu-ribu untuk blogger buat artikel, sales akan mencanak-canak dengan segera.
Anggapan tu SANGAT SALAH.
Menggunakan blogger, instafamous atau artis sebenarnya hanya untuk create awareness.
Kita membeli his time, his medium and his crowd.
Begitulah juga dengan exhibition.
Kita join event sebab nak tumpang crowd orang lain.
Untung tak untung yang tu hal kedua.

Another objective join event adalah untuk kumpul marketing material.
Kalau aku, inilah tujuan kenapa aku spent thousands join exhibition.
Marketing material wajib ada growth.
Gambar-gambar aktiviti dalam booth, gambar customer beli barang, gambar our team bagi consultation - ini semua jauh lebih bernilai.
Ini kerana main channel adalah online.
Marketing material ni semua penting untuk generate sale di online nanti.
Bila orang nampak gambar-gambar kita participate dalam event, orang lebih yakin.
Takde lah kejap-kejap tunjuk gambar testimoni whatsapp and timbunan bungkusan pos laju je. Boring.

Dah 2 tahun tak boleh buat exhibition.
Tapi takpe, sebab kita ada blogger and instafamous boleh tolong iklankan bisnes kita.
Ada yang masih takut-takut nak keluarkan duit untuk marketkan produk . JANGAN TAKUT!
Tujuan kita buat bisnes memang nak cari duit.
Untuk cari lebih duit, kita kena spend duit.
Ramai orang takut nak bayar blogger sebab tanak rugi.
Kebanyakkannya takut nak keluarkan modal sebab mereka kata untung mereka kecil.

Nak tau kenapa untung kita kecil?

Kerana kita suka jual barang dengan harga murah.
Orang kita masih suka fight dengan harga, bukan dengan kualiti.
Orang jual RM50, kita jual RM35.
Orang jual RM30, kita jual RM20.
Lepas tu ada orang jual RM15.
Lama-lama harga semakin turun.

Dulu ada satu produk apa ntah kalau tak salah aku kopi kolagen.
Masa mula-mula boom kemain harganya RM40-RM50.
Lepas tu ramai agen mula main harga.
Last-last kopi tu dijual dengan harga RM10.
Adekah orang semakin beli? Tak pun.
Sebab orang dah tak nampak nilainya lagi.
Barang dah jadi tersangat murah sampai orang tak konfiden nak beli.
Elok-elok harga RM50, pi main harga sape suruh.
Now brand tu melingkup.

Sebab apa lingkup?
Sebab tak ada untung yang cukup untuk buat marketing.
Takde untung untuk membesarkan syarikat.
Asyik dok pikir janji boleh jual je.
Padahal kebanyakkan yang membeli bukan pikir pasal harga tapi kualiti.
Kalau bagus, orang tetap beli.
Jadi, jangan bunuh diri dengan mensabotaj bisnes sendiri.

Sekian, free kelas marketing.
Ayuh! Berdiri atas kerusi kita joget.


2021-11-23

Jangan memandai-mandai sekat makan melampau-lampau


Sepatutnya post ni aku tulis semalam tapi semalam sampai esok aku full dengan appointment di luar, jadi tertangguh.
Ini pun menulis semasa stop-stop kejap di traffic light dan in between menunggu meeting start.

Ok sebelum tu nak bagitau yang aku akan explain tentang Tiered Commision Scheme Nutrijuice in a separate post.
Minta maaf sangat-sangat.
Schedule aku berubah sekelip mata menyebabkan aku tak dapat nak respond to all emails yang masuk yang bertanyakan tentang Tiered Comission Scheme ini.
Dan juga aku dah baca tetapi belum respond kepada email untuk blog review.
Aku ada 4 pending draft untuk blog review untuk disiapkan.
Insyallah bagi aku settelkan sikittt je lagi meeting aku hingga esok, aku akan kembali melepak kat ofis siapkan kerja. Sorry again.

Walau macamanapun aku nak jawab ini dulu, sebab hat ni customer GreenAard kebetulan ramai bertanya kat staff-staff aku last week.

Ok tentang berat air. Ada yang tanya istilah berat air tu wujud ke?

Ya, wujud. Berat yang turun-naik dalam sehari - itu bukan kerana kita makan banyak tetapi kerana air.

Nak turunkan berat tak susah sebab badan kita ada air.
Malah, kita banyak hilang air berbanding lemak.
Turun naik berat dalam sehari pun merupakan indicator berat air, bukan lemak.
Yang jadi indicator lemak adalah ukuran pinggang.
Bila pinggang berubah inci, itu tandanya ada pertambahan atau pengurangan lemak dalam badan.

Bukan senang nak turunkan lemak.
Kalau hilang 2 inci kat pinggang, walaupun hanya 2 inci besar nilainya pada badan.
Ini kerana lemak ber-volume besar. Dan lembik. Dan mengambil ruang yang banyak.
Jadi, sekiranya ukuran pinggang dah berkurangan 1.5-2 inci, tahniah! Good job.

Angka penimbang memang senang nak turun.
Kita puasa 2 hari je dah berubah angka tu.
Tapi hakikatnya yang turun adalah air saja, lemak belum turun lagi.
Tu pasal GreenAard bagi weight lost tracker card untuk mencatat kehilangan inci di pinggang.
Hilang inci tu sebenarnya lebih penting dari hilang berat badan.

Ok, aku try explain satu-satu point dalam bahasa yang mudah.

(a) Semput vs overweight

Salah satu cara nak tau samada kita overweight atau tak, cubalah naik tangga.
Kalau beberapa minit selepas naik tangga dah rasa mengah atau lelah satu macam nak ambik nafas, itu tanda badan kita out of shape.
Tapi kalau tak naik tangga pun boleh mengah, hat ni maybe ada penyakit lain.
Silakan jumpa doktor.
But in some cases, dengan menurunkan berat badan boleh bantu atasi masalah semput.

(b) Sakit lutut vs overweight

Ini memang one of the complications yang paling biasa untuk overweight.
Kalau memang dah sedia ada sakit lutut, just a small weight loss boleh legakan sakit lutut tu sikit.
Tak percaya, cubalah.
Dapat turunkan sikit berat jadilah, insyallah hilang sakit lutut tu.
Kerana, berat badan yang berlebihan akan bagi tekanan pada lutut.
Tekanan yang berterusan akan bagi macam-macam complications.

Yang pertama sekali, bila berat badan berkurang, sakit lutut pun akan berkurang, kerana setiap 400g berat yang berjaya diturunkan akan kurangkan tekanan pada lutut sebanyak 1.6kg.
Cuba bayangkan berjaya turunkan berat badan 2 kg.
Itu bermakna dah reduce 8kg tekanan pada lutut.

Yang kedua, bila sakit lutut berpanjangan [akibat berat badan], lama-kelamaan boleh datang komplikasi yang lebih teruk, seperti osteoarthritis and rheumatoid arthritis.
Rheumatoid arthritis (RA) paling common orang overweight dapat.
Awal-awal masa aku distribute sample GC Plus, ada sorang pengguna kata dia dah biasa ambil steroid untuk kurangkan sakit kaki sebab ada RA.
Katanya doktor pernah minta dia kurangkan penggunaan steroid tapi sebab tak tahan sakit, dia ambil juga.
After ambil GC Plus 10 hari, dengan izin Allah, dia dah tak perlu ambil steroid.
Bukan kerana GC PLUS ni pulihkan RA, tapi sebab beratnya dah berkurangan sikit.

Memang ada kaitan antara RA and weight loss.
RA menyebabkan badan kita menyerang tisu badan sendiri yang menyebabkan inflammation and koyakan pada tisu.
Walaupun lemak penting untuk badan tapi bila badan terlalu banyak lemak, boleh menyebabkan sel-sel lemak release bahan kimia secara berlebihan.
Bahan kimia inilah yang buatkan sendi dan tisu koyak.
So by reducing weight, kita boleh kurangkan risiko untuk dapat RA.

Dia punya flow nak mudah paham gini.
Berat badan bertambah akan menyebabkan sakit lutut.
Sakit lutut yang berpanjangan akan menyebabkan RA.

(c) Gastrik vs overweight

Sebenarnya aku dah letak reminder siap-siap dalam website GreenAard that those yang ada gastrik tak boleh ambil GC Plus.
Tapi nampaknya GC Plus ni terlepas juga kat orang yang ada gastrik.

Gastrik ni berpunca dari sistem digestive yang lemah.
Ada some pengguna kata bila guna GC Plus dia dapat gastrik.
Dalam erti kata lain, dia nak cakap yang GC Plus menyebabkan dia gastrik.
Ok aku bukan nak menangkan produk sendiri tapi this is fakta.
Yang menyebabkan gastrik adalah digestive sistem yang lemah.

Ramai orang salah faham antara food allergy and food sensitivity.
Food allergy melibatkan tindakbalas protein.
Food sensitivity pula melibatkan tindakbalas bukan protein.
Selalunya, food sensitivity akan mengakibatkan kesan yang teruk, antaranya gastrik.

So bila orang kata lepas makan GC Plus jadi gastrik, itu bukan tanda alergik pada bahan-bahan dalam GC Plus tapi sensitif pada bahan-bahan dalam GC Plus.
Dan sensitiviti ini bukan berpunca dari bahan-bahan GC Plus tapi kerana digestive sistem dia tidak boleh tolerate dengan bahan-bahan tersebut.
The problem in within you, bukan dari produk.

Bunyinya macam nak menangkan produk sendiri, kan?
Tapi this is fakta yang aku perlu jelaskan.
Kalaulah puncanya adalah produk, bermakna orang yang paling awal kena adalah aku sebab aku paling lama guna GC Plus semenjak dari zaman RnD lagi.

Alhamdulillah, GreenAard pernah dapat testimoni pesakit gastrik yang gastriknya berkurangan selepas ambil GC Plus.
Again, aku nak tekankan, GC Plus BUKAN ubat gastrik.
Cuma aku nak highlite kat sini testimoni itu adalah bukti bahawa GC Plus bukan penyebab gastrik.
Gastrik terhasil sebab sistem penghadaman seseorang memang sedia lemah dan tak boleh bertindakbalas dengan bahan-bahan dalam GC Plus.
Dalam bahasa mudahnya, you have food sensitivity that you aren't aware of until you took GC Plus. Got it?

(d) GC Plus vs Berat jadi statik selepas 4 bulan

Seorang pengguna GC Plus kata berat dia turun selepas ambil GC Plus sekali.
Setelah pinggang susut 3.5 inci, dia jadi excited.
Lalu, dia dengan rela hati kurangkan makan dengan hanya mengambil below 1000 kalori selama 2 minggu tapi hasilnya berat naik 1.3 kg.
Walaupun makan GC Plus, badan dah immune sebab berat tak boleh turun dah.

Ok dengar sini ya.
Kita tak boleh makan kurang dari 1000 kalori.
Kalau kita makan kurang dari nilai ni, badan akan anggap kita berada dalam zon kebuluran dan dia stop membakar lemak sebab nak simpan tenaga.
On top of that, badan akan gunakan otot sebagai sumber tenaga.
Bila tenaga diambil dari otot, otot makin lama makin mengecut.
One day nanti bila korang start makan dengan normal semula (melebihi 1000 kalori), berat akan naik mendadak.

Why?

Kerana otot berfungsi untuk bakar lemak.
Kalau otot dah mengecut, maknanya lemak dibakar dengan sangat lambat.
Nak tunggu jisim otot bertambah semula ambil masa yang lama.
Sementara nak tunggu otot bertambah sempatlah badan naik sampai 5kg kot.

Jadi, jangan memandai-mandai sekat makan melampau-lampau, ok?
Binasa masa depan nanti. Produk aku jugak yang disalahkan.

Harap-harap boleh faham penjelasan aku ni.
Kalau rasa nak explanation lanjut maybe boleh email aku direct di diana[at]xzizbiotech[dot]com.


2021-11-19

Belajar duduk dalam crowd orang lain pula.


Gambar atas gambar tahun 2012 masa nak collect sample ikan kat farm.
Zaman tu aku aktif buat DNA detection untuk Halal analysis dalam lab.
Teringat pulak pernah ada sorang customer aku student MSc.
Student je pun. Belum grad lagi, tapi dia punya eksyen macam dah ada tittle Prof Dato' Dr.

Aku dah jaga akaun supervisor dia sejak tahun 2008 lagi.
Dari year 2008 hinggalah ke 2012 dah ramai student Dr ni aku pegang.
Dari yang belum dapat Masters sampai dah sambung PhD, hinggalah dah ada tittle Dr - tapi sorang pun takde yang berlagak macam student MSc sorang ni.
Padahal dia baru register Masters.
Barang-barang research dia pun aku baru hantar.
Kiranya dia belum start apa-apa pun lagi tapi kerek macamkan aku ni tak tahu bijik butir projek dia.
Padahal projek yang dia nak buat tu aku dah pernah buat a few years back.
Masa tu dia SPM pun belum lagi agaknya.
Malah, untuk projek student-student Dr tu aku yang suggest what to buy based on jenis projek student.
Dia punya pandang aku sebelah mata tu takleh nak describe macamana.
Nak je aku sabotaj kit dia biar projek tak gerak-gerak.

Come to think of it, that was 2012, hampir 10 tahun dah tapi percayalah cakap aku, kekerekan makhluk yang merasa dirinya bijak hanya kerana dia sambung blaja - ini masih wujud, ya.
Aku hingga sekarang masih lagi berurusan dengan universiti untuk program-program akademik.
Memang ada kelompok manusia yang obses dengan title diri sendiri.
Dia punya mendongak memang tak pandang bawah lansung.

Ya, aku faham masing-masing proud dengan achievement diri.
Tapi itu dalam ‘dunia’ anda sahaja.
‘Dunia’ anda memang perlukan that title.
Dalam ‘dunia’ anda, title itu menunjukkan anda pakar dan layak untuk dijadikan rujukan student.
Tetapi, di sebalik ‘dunia’ anda, ada dunia-dunia lain di luar sana yang ada subject matter expert masing-masing.
Maka, janganlah obses sangat dengan achievement tu sebab nanti kau punya growth perlahan dengan sendirinya bila ada perasaan aku-paling-bagus.

Set-set ni tak ramai, tapi ada.
Dia tak tau di 'dunia' luar, ada orang yang berpengalaman berpuluh tahun doing practical berbanding teori.
Dulu masa buat lab supply, dari observation aku assist budak=budak ni, yang berlagak-berlagak ni tak excell mana pun.
Yang kerek melampau alih-alih dah tak nampak dah kat lab.
Bila tanya supervisor, laa...dah quit rupanya.
Kebanyakkan student yang berjaya, jenis yang "Kak, camana ye kalau saya nak buat macam ni...", “Kak, bacteria saya tak grow, macamana nak buat ya kak?" - hat ni la yang success.

Bak kata pepatah ‘Malas bertanya sesat jalan’.
Aku lebih suka orang ingat aku bodoh bila banyak bertanya daripada buat macam paham padahal bingai, ujung-ujung projek sangkut tak siap.
Banyak bertanya bukan bermaksud bodoh.
Tak bertanya bukan bermaksud pandai.

Like that kerek student, first time aku jumpa dia kat lab.
Masa aku masuk lab, there were a few students yang dah biasa dengan aku.
Kitorang bertanya-tanya khabar projek masing-masing and sembang-sembang tanya kalau ada masalah yang boleh aku tolong.
Ada sorang student kenalkan that girl kat aku.
Bila aku bagi namecard, muka dia macam sialpalis.
Kalau ekspresi muka dia boleh diletak kan caption mesti caption tu “Kau ni faham ke sains tu apa?".
Haaaa gitulah pesen muka dia masa pandang aku.

Namecard aku memang tak letak kelulusan.
Aku prefer letak nama and jawatan je.
Kawan dia cakap "Kalau u nak apa-apa contact akak ni, dia tau nak suggest apa".

Agaknya dia nak test aku, dia cerita pasal projek yang dia nak buat.
Tapi speaking London, ya.
Motif nak speaking dengan aku?
Padahal kawan kau baru je berbahasa melayu dengan kau kejap tadi.
Oh ye la, nama aku kan macam omputih.
Maybe dia ingat aku mat saleh. Wakakaka.

Dia bagitau nak buat phylogenetic.
Dia bajet aku tak tahu phylogenetic tu apa, bukan main lagi dia pung pang pung pang macamkan sulit sangat projeknya.
Nak je aku balas "Nak buat taxonomy study je, kan?”
Tapi takpe. Aku memang suka layan orang yang macam ni.
Biar dia ingat kita bodoh.
Sometimes kita kena tahu select our battle.
Jangan lawan semua, nanti kita penat.

Phylogenetics adelah kerja yang rutin tapi banyak karenah.
Tak senang sangat, tak juga susah tapi gaya dia explain kat aku tu agak kelakar jugalah sebab benda tu taklah technical mana.
Dah kenapa nak explain dengan cara yang susah padahal nak buat phylogenetics je? Aduiiiii.
Memang ada pesen manusia macam ni. Benda nak buat tu senang je, tapi dia punya pusing siap dengan science jargon habis semua keluar, padahal takde apa pun.
Dapat kat orang yang tak faham memanglah nampak macam kau pandai.
Dapat kat orang yang reti, buta-buta je kau nampak bodoh.
Letih aku dengan spesies-spesis feeling macam ni.

That girl sentiasa tak puas hati dengan apa aku buat.
Hat ni pun aku tak faham why. Adakah dia anggap sales people ni jual minyak urat dalam lab, tak perlu ada science background? Macam-macam perangai dia buat kat aku.
Dia kata quotation aku tak bersign, quotation tanpa signature tak boleh proceed untuk buat PO katanya.
Padahal bukan dia sorang customer aku. Beratus kot.
And I have been doing that for years, takkanlah aku tak tahu apa yang perlu ada apa yang tak.
Padahal dah terang-terang kat quotation aku tulis "this document doesn't need signature".
Bertahun aku handle universiti tu tak pernah ada issue quotation kena ada signature.
Tapi takpe, aku layankan. Customers always right, kan. Aku sign.

Lepas tu dia kata quotation aku takde delivery period.
Padahal kat bawah quotation dah ada tertulis delivery 2-3 weeks.
Oh taknakkkk. Dia nak setiap item aku tulis bila estimate time arrival.
Takpe, aku layankan.
Customers always right katanya. Aku edit balik quotation.

Lepas tu dia nak sample kit. Aku bagi.
Tapi dah nama pun sample, mana ada hardcopy protocol.
Aku hantar pdf file protocol.
Oh taknak! Nak dalam bentuk hardcopy juga.
Padahal boleh je dia print pdf file tu. Apa yang susah sangat.
Dia kata payah nak copy file dalam thumbdrive and print kat pejabat am sebab dalam lab takde printer.
Ya ampunnn nak gi print pun jadi satu kepayahan pada dia.
Tapi ada hati nak sambung blaja. Habis belajar tu senang ke?
Ok takpe, aku layankan. Customers always right, tak gitu?

Lepas dapat sample kit, dia bagitau kit aku tak jalan.
Dia tak dapat result pun. Tak ada DNA. Katanya laaa.
Aku pun assist dia melalui emails and phone calls.
Saje je aku nak layankan.
Sebab aku paham sangat dah pe'el kelaku spesis macam ni.
Cakap lebat, action zero.
Aku guide step by step dalam email.
Last-last boleh pun dapat result. Kemain cantik lagi DNA band-nya.

Settle dah kot?

TAK! Dia tak puas hati lagi.
Ujung-ujung dia kondem kata produk aku bukan plug and play.
Dia nak kit yang tak perlu buat optimization.
Maksudnya dia nak kit yang tuang A, tuang B, campak C, bubuh D - TADAAAAA keluar DNA.

Aku tak tau nak gelak ke nak tumpang simpati dengan kebijaksanaan budak baru nak ambik Masters ni.
Selama ni kawan-kawan dia pakai kit yang sama tak ada sebijik komplen pun.
The thing is, mana-mana kit pun secara am-nya memang plug and play.
Maksudnya, dalam kit dah siap botol A, botol B, botol C.
Tinggal nak tuang tuang tuang je.
Tetapi, setiap sample berbeza.
Kalau kau extract tulang ikan, lain.
Kalau extract ekor ikan, lain.
Kalau extract kulit, lain.
Pakai sample tissue takde masalah.
Ini pakai sample scale, memang lah kena adjust and buat calculation sikit.
Habis tu masa blaja biotech ada subjet maths, apa gunanya subjek Maths tu?
Masa ni lah nak guna.
Dah cukup bagus buat research guna kit. Semua dah ready dalam tu.
Aku dulu bancuh sendiri solution, boleh?

Setakat nak buat optimization pun malas.
Masa undergraduate boleh la bersenang-lenang.
Ni dah sampai ke peringkat sarjana, takkan nak yang mudah-mudah je.
Bersusah-payah lah sikit buat calculation untuk optimize.
Esok jadi lecturer takdelah kena gelak dengan student.
Tapi takpelah, customers kan always right. Layan je lah kepala dia.

Kalau ikutkan hati aku, memang nak je aku follow buta-buta pepatah "customers always right" tu.
Bila dia kata A, aku angguk.
Dia kata B, aku angguk.
Biar projek dia tunggang-langgang tak bersiap. Kahkahkah.
Mungkin dia merasa dia lebih berilmu dari segi technical, tapi dia lupa kit tu produk aku.
Apalah salahnya bab-bab produk ni kau dengar nasihat aku?
Ni tak, manjang nak kondem.

Cukup-cukup lah buat perangai memandang rendah orang lain.
Jangan bangga sangat dengan diri kita.
Kita mungkin hebat tapi hebat dalam crowd kita saja.
Bawak-bawaklah keluar bergaul dan berurusan dengan orang di luar crowd kita.
Baru nanti kita nampak yang kita bukanlah siapa-siapa.

Belajar terima akan selalu ada orang yang lebih hebat dari kita.
Akan ada orang yang mampu buat apa kita tak boleh capai.
Bila berlapang dada begini, hidup lebih tenang.
Kalau asyik nak menolak menepis, akhirnya energy kita habis untuk menepis.
Orang macam ni lambat sikit nak grow.
Sebab dia rasa dia the best, akhirnya dia berhenti grow dengan sendirinya.
Maka duduklah dia dalam crowd yang itu saja, takut nak keluar dari crowd keselesaan kerana merasa crowd itu selamat dan hanya di situ dia boleh nampak hebat.


2021-11-17

Terengganu, untuk kali kedua tahun ini.


Sabtu pagi lepas kitorang balik Tganu.
Takde plan nak balik pun sebenarnya.
Kalau ikut plan En Wan nak balik bila Redza cuti sekolah next month.
Tapi Kak Long cakap mata mok makin teruk, lauk depan mata pun tak nampak, jadi En Wan ajak balik kejap.

Mok dah balik Tganu sejak 6 Sept lepas.
Plannya cuma nak balik mengurut saja.
Lagipun mok boring dah lama tak balik Tganu.
Tak lama lepas tu En Wan bagitau mok dah pakai spec.
Aku macam...pakai spec?
Sebab setahu aku mok pernah bagitau dia pernah pakai spec tapi tak nampak jugak mata.

Actually aku dah boleh agak mok bukannya rabun.
Rabun tu mungkin ada tapi tak seteruk mata aku.
11 tahun kot mok tinggal dengan aku, setiap kali aku memasak, mok duduk depan aku bersembang.
Aku nampak mata mok berkaca. Macam mata orang menangis.
Arwah nenek aku punya mata gitu juga dulu.
Itu katarak.
Mak Aji and adik-beradik gi buatkan buang katarak untuk arwah nenek lepas tu.
Jadi, aku dah boleh agak mok mesti ada katarak.

Masa aku ke Mekah dengan mok, kalau aku stay dalam masjid dari Asar sampai Isyak, mok akan join sekali.
Tapi mok tak pernah baca Quran.
Dia akan zikir atau solat sunat berkali-kali.
Aku tanya "Mok nak baca Quran tak? Kalau nak, Diana gi ambikkan".
Masa tu lah aku start tahu yang mata mok tak nampak bila membaca.
Mok kata dia dah lama tak baca Quran sebab mata tak nampak.
Balik dari umrah kitorang kerap ajak mok ke klinik untuk check mata.
Tapi biasalah, orang tua.
Dengar nak pi hospital dan-dan mata dia boleh nampak lagi katanya.
Oklah, dah dia taknak. Takpe.

Bila En Wan kata mok dah pakai spek, aku macam agak pelik.
Sebab aku pasti mok bukan rabun.
Mata mok lagi tajam dari mata aku.
Aku tahulah sebab aku duduk dengan mok.
Kadang-kadang aku yang tanya mok "Mok, apa benda tu?".
Power mata aku ni kalau bukak lens, dalam jarak 1 meter saja adah tak nampak signboard dah.
750 (kiri) dan 700 (kanan) kot. Mau tak kabur?

Sangkaan aku sangat tepat bila tak lama lepas tu, mok cakap mata dia makin tak nampak.
Pakai cermin mata tak jalan.
Bila dah jadi macam tu, bawak pi hospital, barulah sahih mok ada katarak.
Agaknya kebetulan bila dia di sana, mata tu makin teruk.
Dah alang-alang nak buang katarak, plannya nak ganti kanta sekali.
Tu pasal mok kena stay lama kat Tganu sebab appointment demi appointment kena tunggu.
Tapi belum buat lagi mata tu, tak sure bila.
Maka, lama lagilah mok di sana.

3 hari sebelum ke Tganu, aku bagitau Mak Aji yang aku nak ke sana.
Kebetulan Ibal and CT balik Kelantan.
Daripada dorang berdua je kat rumah tu tak buat apa, jomlah jalan-jalan ke Tganu.
Boleh jumpa mok sekali. Gerak pukul 8am.
Pagi tu lepas Subuh aku buatkan sandwich telur and nasi goreng.
Lepas makan, terus zaassss.
Perjalanan ok, kereta tak banyak.
Maybe orang dah balik lebih awal.
Tengah-tengah bulan selalunya orang tak balik kampung.
Sampai Manir 4 jam selepas itu (laki aku terbangkan kereta).

Masa mok bukak pintu, aku boleh nampak mata mok macam menerawang.
Dia tak pasti siapa datang.
Padahal aku and En Wan dalam jarak 2 meter je.
That's how bad mata mok sekarang.
Nampak Rayyan, terus mok peluk nangis-nangis.
Rindu sangat agaknya dengan cucu dia ni.
Tapi tu la, mok pegang muka adik baru dia nampak jelas.

Aku tanya mok "Mok, sejak bila mok baru sedar mata mok makin teruk?"

"Entahlah, masa balik nampak belaka. Lepas mok demam, mata tak nampak lansung".

Aku tak sure kenapa jadi gitu.
Adakah kerana ubat yang dia too strong sampai jadi macam tu? I don't know.

Mok sekarang dengar TV. Bukan tengok TV.
Tengok dah tak nampak. Dia hanya dengar je dia kata.
Padahal kat rumah ni dulu, nombor kat decoder Astro tu pun dia boleh nampak.
Aku tak sure apesal mata mok boleh jadi teruk drastik gitu.
Bila dah jadi gitu, En Wan tak berani nak tinggalkan mok kat rumah sorang-sorang.
Meh la ikut kitorang stay kat town.
Lagipun boleh spend time dengan Rayyan.

Ini on the way nak ke town, stop jap makan kat kedai dalam kampung.
Dekat je ni dari rumah mok. Ini kali kedua makan sini.
Lauk-pauk dia simple je - ayam goreng, telur masin, kobis goreng, terung masak lemak, gulai kawah, and ulam-ulaman.
Tapi killer menu dia adalah kari kepala ikan.
Memang sedap kari dia!
Nama kedai, Din94. Mesti lahir tahun 1994 ni.
Aku dengan En Wan tak pandai makan kepala ikan. Cuit sikit bolehlah.
Sengaja belikan kepala ikan sebab Mak Aji and Pak Aji pandai makan.

Sebelum keluar dari Manir of course stop kat kedai Roti Paung Che Wan.
Hat ni paling glemer sekali.
Tak salah aku ada cawangannya di Nilai dan Kajang. Boleh gugel.
Tak banyak beli, 3 buku saja sebab masing-masing dah kenyang baru lepas makan nasi, tapi jangankan tidak buat syarat beli jugak roti ni.
Tapi dalam pada dah kenyang tu, habis gak aku bedal.

Dah sampai town, wajiblah pula stop kat warung pulut Lepa di Ladang.
Warung ni kan, semenjak aku kawen dengan En Wan 20 tahun lepas, ginilah rupa warung dia.
Di port yang sama. Masih laku sampai sekarang.
Pulut lepa dia takleh celen tempat lain.
Sepanjang 20 tahun ni banyak dah tempat aku cuba, tapi yang ni juga the best.

Tadi kata dah kenyang makan nasi and roti paung, kan? Tak rupanya.
Sampai apartment, tak sempat bukak tudung aku dah bukak pulut dulu.



Kitorang book Airbnb at Apartment Ladang Tajung.
New apartment, opposite KTCC Mall. Walking distance je.
Bersebelahan dengan Grand Continental.
Dari apartment tu boleh nampak Drawbridge.
Yang apartment warana kuning-grey dalam video tu la aku stay.

Kecil je apartment dia, tapi selesa dan kemas.
Owner pandai hias, tak penuhkan apartment dengan banyak barang menjadikan tempat nampak tak sempit.
Ada 3 bilik. 2 bilik queen bed dan satu bilik single bed.
Tapi ada tilam, bantal, bolster extra.
Siap ada cadar and comforter extra sekali.
Aku macam biasa la, tak kira duduk di Airbnb atau di hotel, memang aku angkut bantal dari rumah.
Bukan bantal busuk, tapi selesa pakai bantal sendiri.
Takut nanti bantal orang tak kena dengan kepala, terus aku takleh tido.
Kalau bawa bantal sendiri, feels like home gitu.

Bilik air ada 2. Yang master bedroom ada bilik air sendiri.
Yang 2 bilik lagi kena share.
Apartment ni still new.
Heater hanya ada di bilik air master bedroom.
Microwave pun belum ada lagi.
Tapi kelengkapan dapur like cerek, periuk nasi, pinggan mangkuk, periuk - semua ada.
Keseluruhannya, puas hati.
Mak Aji, Pak Aji and mok pun selesa.

Ini namanya homestay aku duduk hari tu.
Boleh check kat Agoda atau Airbnb, nama sama.

Petang lepas Asar gi area Pok Nong, tapi macam biasalah aku buat lintas hormat je depan Pok Nong tu.
Aku terussss ke Che Sue.
Sekali warung Che Sue dah dirobohkan.
Sekian sajalah kenangan aku dan Che Sue.
Sekian lama makan kat sana, kali ni aku makan di Warung Adik-Beradik pulak.
Warung ni opposite Pok Nong je.
Ok je warung ni, orang pun ramai.
Cuma, bagi aku kureng sedap, especially air batu jagung.
Kalau air batu jagung Pok Nong and Che Su, aku boleh layan.
Tapi Adik-Beradik, tak sedap lansung.
Sotong dia pun kira pakai plate. Satu plate RM15.
Dia main agak-agak je letak sotong dalam tu. Nah! RM15.

Walau macamanapun, dah takde pilihan, aku beli juga 3 plate sotong.
Hari tu agak ramai orang, jadi banyak makanan masih digoreng.
Asal siap je, habis. Siap je, habis.
Malas nak tunggu yang lain, kitorang makan sotong je.
Lagipun memang kerana sotong pun aku pergi sini.
Kat warung ni ada stall lempeng kepala muda cicah gulai ayam.
Aku tak reti makan lempeng kelapa.
Mak Aji kata sedap. Bolehlah korang cuba.
Tapi jangan order air batu jagung. Tak sedap.

Lepas balik dari makan sotong, singgah cafe Kak Long.
Kak Long ada 2 cafe - satu dalam UniSZA, satu lagi dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.
Hari tu Kak Long di Maktab Perguruan.
Lepas sembang-sembang lebih kurang, hajat hati nak tapau mihun sup kedai cina kat Batu Rakit, tapi tutup dah.
Pulang kehampaan. Tapi sebelum pulang tu singgah McD drive thru.
Lantas gembira kembali.

Esok paginya memang tak plan keluar breakfast.
One thing aku suka duduk Airbnb, tak perlu nak terkejar-kejar keluar breakfast satu family.
Selalunya bila bercuti, kita malas nak bangkit awal-awal untuk breakfast.
Nak tunggu semua rakyat bersiap pun dah satu hal.
Selalunya, En Wan akan keluar cari breakfast.
Bab ni kalau korang stay Apartment Ladang Tanjung, jangan risau.
Gerai makanan banyak!
Hari tu beli nasi dagang kat seberang jalan belakang apartment je.
Siap ada roti bakar, nasi minyak and mihun sekali.
Mewah betul makan kat Tganu. Pagi tak makan nasi tak sah.

Lepas breakfast, ajak Mak Aji and Pak Aji ke Pasar Payang.
Dorang tak sampai lagi Pasar Payang baru.
Mok tak nak ikut. Muak dah agaknya mok ke Pasar Payang.
Lagipun mata dia dah tak nampak, kitorang tak berani nak bawa mok berjalan.
Mok tinggal dengan Rayyan je.
Lepas ni mok kena pakai wheelchair, senang sikit nak bergerak.

Kagum Mak Aji dengan Pasar Payang yang baru sebab tak sesak.
Yes, betul. Aku pun suka datang hat baru ni.
Sekali imbas nampak macam orang dah tak serama dulu, padahal sama je sesak.
Bezanya, kali ni tempat lebih luas dan teratur.
Bila ada pembahagian tempat berniaga yang jelas dah tersusun macam ni, customer tak berkumpul di satu tempat.
Itu yang nampak macam kurang orang, padahal sama je.
Ventilation pun lebih baik. Kalau dulu, mak aiiii, berkuap!

Mula-mula, Mak Aji borong barang-barang kering dulu.
Kiriman orang katanya. Keropok, lada, pulut hitam, rempah, etc.
Selling skill kat sini kena mantap.
Maunya tak kalau kiri kanan depan orang berniaga benda yang sama macam kau jual.
Kau jual rempah and pulut, kiri kanan pun jual benda yang sama.
Malah, satu lorong tu jual benda lebih kurang je.
Price fight dah tentu tak boleh, jadi apa yang boleh dibuat?
PR skill lah yang kena mantap.

Lepas tu barulah shopping baju.
Aku aim takde lain, nak beli kaftan je.
Semenjak PKP asik melenjan kaftan siang malam, haruslah beli yang baru lebih-lebih sikit.
Tapi memang kali ni boleh nampak meriahnya kedai jual kaftan.
Aku syak dorang pun tahu sejak PKP orang pakai kaftan 24 jam.
Cantik-cantik pulak tu! Serious, tak tipu.
Memang cantik-cantik. Pesen baru agaknya.
Kalau yang lukis (cotton) baru RM35/helai.



Kalau tak kerana ada Mak Aji and Pak Aji, takde maknanya aku ada gambar kat sini.
Selama ni pulang balik pulang balik tak pernah sekali pun berhenti bergambar.
Tumpang rezeki mak bapak, dapatlah aku bergamba satu kat sini.

Masa bergambar kat sini tiba-tiba aku nampak Pak Aji macam lain macam je. Macam nak rebah.
Rupanya betul, dia dah nak pitam sebab panas.
Agaknya kat dalam Pasar Payang tadi ramai orang, keluar-keluar bergambar pulak kat panas terik, terus berpinar.
Lagipun Pak Aji dah 72, memang dah umur dia kalau cepat penat gini.

Settle bergambar, aku ajak En Wan singgah Cantek Sekali, untuk beli kek.
Cantek Sekali ni studio cafe untuk kek-kek masa kini.
Ini macam Gula Cakery versi Tganu.
Kecik je kedai dia tapi not bad juga selection of cake and pastry.
Aku beli carrot cake, red velvet cake, tuna pie and creme brulee.

20 tahun lepas aku kawen dengan mamat Tganu, kau takkan jumpa kedai macam ni kat town, ya.
Jenuh nak cari kedai kek macam ni.
Balik-balik beli kek raya kat Jalan Tok Lang tu.
McD pun ada seketul je dulu. Harap kat AnW Batu Burok je.
Now, dah maju dah KT. Jangankan kata kedai kek Cantek Sekali, siap ada Starbucks lagi.
Tak pernah terbayang one day KT ada Starbucks.
Gini caranya, ajak aku pindah KT pun aku sanggup.

Haaaaa..tu dia! Ingat tak aku penah cerita tahun 1987 masa Darjah 4 kitorang ikut Pak Aji outstation buat pertama kalinya?
Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke Tganu.
Hotel yang kitorang duduk semada di KT namanya Hotel Warisan.
Now dah jadi Hotel Kenanga.
Dulu Hotel Warisan ni besar, 3 lot kalau tak salah.

Program hari Ahad hanya sampai di sini saja, sebab petang tu E Wan ke pejabat tanah bayar cukai tanah dia dan malam tu En Wan ke stadium tengok bola.
Tapi sempatlah kitorang berdua bertenet kejap kat Uncle Chua.
Oh yes, En Wan kata masa kat Pejabat Tanah ada orang tegur dia and kirim salam aku.
Waalaikumsalam.
Petang tu kitorang sempat ke Batu Rakit semula sebab nak jugak makan mihun sup, tapi tutuppppppp.
Rupanya kedai tu tutup pukul 5pm, ya.

Pagi-pagi dah siap check out sebab nak balik awal.
Taknak bertembung dengan orang balik kerja di Gombak nanti.
Lagipun Rayyan ada kelas KAFA at 4.30pm.
Kalau balik pagi sempatlah nak ke sekolah.
Pagi tu breakfast kat Ikhwan, tak jauh dari apartment.
Kat sini ada nasi dagang, nasi lemak, mee, lontong, roti canai and segala macam kuih-kuih.
Lepas breakfast terus ke Manir untuk hantar mok balik.

Perjalanan balik smooth.....hinggalah selepas kitorang keluar dari RnR Gambang.
Dekat nak sampai Maran, aku rasa badan aku bergegar.
Tapi rilek je lagi sebab orang lain senyap.
Lama-lama aku berbunyi "Apesal bergegar eh?".

En Wan biasalah, always denial.
"LPT memang macam ni, ada certain jalan tak rata".

Padahal aku tahu dah ini gegar lain ni.
Sikit punya bergoyang badan aku kot.
Lama-lama, bawak 80 pun bergegar.
Oh takleh jadi ni. Aku gugel, maybe sebab tayar atau bearing problem.
Cari kedai tayar. Rupanya tayar bengkak.

First time dengar 'tayar bengkak'.
Tapi tayar kitorang size besar, takde kat Maran.
Kitorang cuba cari kat Temerloh. Keluar hiway, masuk pulak exit Chenor.
Pun takde size tayar kitorang. Keluar balik masuk ke Temerloh. Baru jumpa. Lega.
Ganti 2 bijik, dan teruskan perjalalan.

Kalau tak disebabkan tayar, tak jumpa port ni. Rezeki.
Nak keluar balik ke hiway, nampak port ni.
Kebetulan dah 4pm, tak lunch lagi.
Terus pekena ikan patin tempoyak.
Rezeki Mak Aji and Pak Aji namanya ni.
Tapi aku tak makan ikan patin, apatah lagi tempoyak.
Aku ambik sikit je buat syarat.

Boleh tahan juga tempat ni. Besar dan luas.
Parking no issue. Surau and toilet ada.
Dia buat style iKEA. Masuk sorong troli.
Ambil saja apa makanana yang dah sedia dalam storage display. Kemudian, bayar.
Cuma tempat ni banyak lalat. Maybe bau ikan, atau bau tempoyak kot.

Alhamdulillah, selamat samapi rumah 7.30pm. Gone Rayyan punya kelas KAFA.

By the way, hari yang aku gerak ke Tganu tu, aku ada naikkan FB post bagitau yang produk essential oil Plant Therapy yang aku review kat blog tu bukan aku (GreenAard) punya.
Sebab, staff aku kejap-kejap dapat whatsapp tanya padsal EO.
Ramai nak beli 'EO GreenAard'.
Maybe sebab EO tu dari plant, and customer tahu produk GreenAard pun plant-based.
Agaknya dorang ingat itu produk GreenAard.
Ataupun maybe aku explain detail sangat sampai orang ingat itu produk aku 😆.
Tak, itu produk overseas, bukan produk aku.

Tapi alhamdulillah, bila review-review di blog membantu client-client, I am happy!
Yang interested nak iklan di blog aku, email me at diana[at]xzizbiotech[dot]com.