2011-03-28

Untuk .....



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?



P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


..taken from FB..

2011-03-23

Kot ye pun tak dengar....



Haisshhh, macam-macam jenis bibik yang aku dah dapat. Menduga kesabaran sungguh. Tak tau samada sepanjang ber-bibik ni aku kumpul banyak pahala or lagi banyak dosa. Cakap apa jenis bibik yang tak sampai dalam rumah aku ni.
Yang pekak. Yang sengal. Yang blur. Yang buat-buat pandai. Yang bela jin. Yang kuat mentekedarah. Semua kategori ada.

Ya Allah, kau selamatkan lah aku dari menjadi pembunuh.

Tadi pagi before pegi opis aku pesan kat bibik today takyah basuh baju sebab hari macam nak hujan, mendung je aku tengok. So, dia angguk.

Kejap tadi time masak aku tengok macam panas semacam je. Ni kalau sidai baju konfem garing. Kebetulan dia ada kat atas ambikkan baju untuk Redza gi mengaji. Aku pun sound dari bawah 'Bik, nanti bawak turun comforter saya ye?'

'Ye, Madam'

Aku pun sambung goreng sayur.
Aku ni pulak bangsa kalau tengah buat something, aku tak berapa fokus kat benda lain. Padahal aku perasan dengan ekor mata dia dah turun. Tapi aku tak kuasa nak toleh.

Mujurrrrrrrrrrrrrrrr lah aku pusing belakang.
Elok je dia nak masukkan laptop aku dalam mesin basuh!

Kusss semangat.
Menggelepar aku menjerit 'Eh, nak buat apa ni???'

'Itu tadi Madam bilang komputernya di basuh'.

Aspalelaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Seb baik aku ada kat rumah.
Kalau aku main pesan je kat dia before aku kuar gi keje tadi amacam?

Memang kau bernasib baiklah bibik.
Kalau tak, mungkin kau lah yang aku masakkan asam pedas tadi.

Kenapa mesti binatang itu yang kau pilih.



Ija : Ma, mama tau tak kenapa boy punya ni (sambil tunjuk celah kangkang) kita panggil bird?

Aku : Hmm..mama pun tak tau la. Tapi mama rasa sebab bird kalau tido macam tu.

Ija : Mana wings dia?

Aku : Bird kalau tido wings dia simpan.


Diam kejap sambil belek bird dia depan cermin.


Ija : Kalau bird Ija dah besar macam bird Papa nanti dia ada nest kan?


NEST???

Hmmmmmm. Lojik. Lojik.
Bird. Telo. Nest.

Maybe sebab tu la kita panggil menatang tu bird kot, sebab dia duduk dalam 'nest'. Dan ada 2 bijik telo.
Apesal aku tak pernah terfikir benda ni?

Pernah tertanya gak dulu apesal bila refer kat baby boy je mesti 'Ohhh, dapat bird lagi'.

Why bird la?? Aku tak dapat relate kan bentuk bird tu dengan 'bird' kau. Di manakah sangkut-pautnya? Adekah pada kepalanya yang licin? Adekah kerana menyamai fitrah burung yang sukakan sentuhan dan usapan mesra? (hoi, entry apekah ini??)

But seriesly, why must BIRD?
Lembik sangat bunyiknya.
Bagi la binatang yang cargas sikit.

2011-03-21

Berhati-hati melawat orang meninggal



Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

2011-03-20

Nice and unique



Memang berani mati owner keta ni.

Betul kita tak elok percaya dengan benda-benda mengarut like pakai plate 4444 boleh bawak kecelakaan, mati and all. Tapi kalau aku dibagi plate MAT 1 ni, errrrr...sampai mati belum tentu aku habis pikir nak terima ke tak.


What about plate MAN1?

Ohhh, tetiba rasa nak orgasma.



"Hi, I'm Maria. Hence the plate number"


En Wan : Abang rasa owner dia mesti tinggi, gojes and fashionista.

Aku : Elehhhhhh. Kalau keta gempak mesti owner dia cun la?

En Wan : Takde la, but since plate number dia Maria (MAR14), so abang macam terbayangkan macam tu.

Aku : Abis kalau owner dia tetiba Di?

En Wan : Hmmmmmmmmmmmmm (muncingkan mulut sambil geleng-geleng kepala). Tak sesuai.

Aku : Tak cantik la kan bini abang ni?

En Wan : Bukan tak cantikkkkkkkkkk. Awak tak sesuai pakai MAR14 (Maria). Awak sesuai pakai PAR14 (Paria).

Biadap sangat jenaka kau tu bang!!



Tapi ni lagi coolllllllllllllllllllllllllll. Penis lagi.

Walaupun aku tak nampak bendalahnya, cukuplah dengan hanya memandang plate number ni. Aku mampu membayangkannya!

Agak-agaknya, ada tak orang pakai plate BAB1?

Aku pernah jumpa keta Kelisa with plate number 8888. Ha, kauuuu. Hambik. Nombor lagi mahal dari keta okkk. So, jangan shallow sangat Kelisa tu untuk orang yang takde bajet. Entah-entah tu keta dia yang ke lapanblas. Kau ada keta sampai lapanblas? Lapan belas ringgit pun belum tentu ada dalam wallet.

Tapi kalau beli keta, biar berpada-pada ye.
Bak kata pepatah orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.

Jangan jadi macam dia......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Beli keta tinggi-tinggi lagi, pastu tak sampai. Kahhhhhhhhhhhhhh!

Blogging



Dah ye anak-anak.

Toksah gigih nak masuk blog budak yang plagiat entry-entry aku tu. Biarkan je la. Kalau budak tu (sape nama dia, aku lupa) baca ni, meh sini email aku. Aku ada benda sikit nak tanya. Dun werry, aku takkan maki punya.

Malam selepas aku discover pasal plagiat tu (bukan aku yang discover sebenarnya, tapi reader yang bagitau), memang terus-terang aku cakap kau, aku takut. Rasa nak delete blog pun ada. Bila tunjuk kat En Wan, dia suruh aku stop blogging terus. Dia kata ni dah kira saiko ni. En Wan cakap orang-orang macam ni kalau dah terlampau 'fanatik' sangat, sampai satu tahap tak mustahil dia hapuskan aku terus. Santau ke, apa ke. (adekah laki aku ni over??)

Masa jadi pertama kali dulu, boleh tahan cuak la jugak. Tapi boleh dikontrol-kontrol lagi sebab aku pikir budak ni fotokopi blog aku but dia tak tunjuk muka dia. So kat situ dah kurang satu point untuk dia kalau dia claim itu memang entry ori. But this second one memang buat aku tak berapa nyenyak tido. Sebab this lady bukan saje plagiat habis-habisan but dare to tayang muka! Kat situ dah tunjuk betapa konfidennya dia dengan apa yang dia buat. Macam entry tu betul-betul dia punya lah. Lagi satu yang buat aku cuak is gamba-gamba Langkawi. Seriessssss aku macam tak percaya ada orang yang terlampau 'minat' sampai position aku and En Wan ambik gamba pun dia leh ingat and tu pun kau nak copy???

Memang la kalau orang pi Langkawi tempat-tempat tu jugak yang dikunjung buttttttt lojik ke sampai cara aku menyenget ambik gamba pun ko copy?? Yang tak masuk akal tu, kau kan pergi sendiri ke Langkawi. Apesal kau nak jugak copy paste dari entry aku?

Kebetulan sangat ke masa ko naik cable car tetiba hari pun hujan?
Kebetulan sangat ke laki kau pun borong bermuda?
Kebetulan sangat ke laki kau beli Kit Kat sampai 4 pack?

Ni la jadiknya kalau orang berblogging kau pun nak. Orang bercerita pasal diri sendiri, tapi kau??
Feeling-feeling yang itu cerita kau sendiri.

Ok, ni general ye.

Kot ye pun ko suka sangatttttttttt dengan blogger tu, tak payah nak tiru personaliti dia. Kau tak dapat apa pun kalau ko jadi orang lain. Sebab kau meniru. Yang ori tetap dia. Just like ko teringin nak beli designer bag, tapi ko tak mampu. So ko beli pasar malam punya. Memang ko rasa puas sebab bag ko sejibik-sejibon macam beg ori, ko leh gebang kat kawan-kawan ko yang ko pun ada designer bag, ko leh bangga tayang beg tu kat kaum klorga kau. Tapi, kalau ko bersidai di kalangan those yang biasa pakai designer bag and tau if beg ko beli tu ori or not, jawabnya kau masak! Tapi aku tau those yang beli beg ciplak ni takkan berani tayang beg dia kat orang yang biasa beli designer bag. Sure segan punya.

Tu la yang terjadi pada pemplagiat-pemplagiat entry/blog orang (bukan blog aku je). Mula-mula kau ciplak dengan konfidennya siap ada follower bagai, last-last bila orang serbu blog kau, maki-maki cukup, konfem ko akan tutup blog. Apesal kau tutup? Bukan kau konfiden ke?

Sebab kau tau kau bukan yang ori!
Jadi kau segan.

Kan?

Macam Dato Siti. Dulu semua orang nak jadi macam dia. Seploh bakat baru, seploh-seploh suara macam dia. Sampai naik menyampah aku dah macam takde suara lain kau nak tiru. Last-last mana pegi semua yang ala-ala Siti tu?

Diri kita ni dah cukup istimewa. Takyah nak tiru cara orang. Kalau ko kagum sangat dengan orang tu, jadikan lah dia idola. Bukan jadi dia terus!

Tapi lagu satu perangai manusia ni, mula-mula dia kata orang tu idola dia. Saya jadikkan diri dia sebagai mentor untul saya berjaya seperti dia. Bila dah berjaya, 'Saya tak pernah menjadikan sesiapa idola saya. Saya berjaya sebab saya menjadi diri saya sendiri. Idola saya hanyalah Rasulullah'.

Mak aiiii...tersedak aku.

Tapikan, memandangkan dah 2 kali aku kena plagiat kaw-kaw, ok ni nak cakap sikit. Ni pendapat peribadi aku la.

Aku rasa pemplagiat-pemplagiat ni kalau menciplak kan mesti dia nak jadi lagi best dari orang yang dia ciplak tu. Padahal dia yang gila fanatik ngan kita sampai nak tiru segala benda. Contohnya dia minat rumah kau, tapi dalam entry dia, dia tulis 'Ni la rumah saya, takde la besar sangat, sebab tu saya sedang dalam proses perbincangan dengan arkitek untuk buat renovation buat kali keempatnya'.

Cara cakap tu macam 'rumah' dia tak best tapi semua gamba celah toilet, bawah katil, belakang reban semua dia letak.

Geli aku baca. Sumpah macam pantat kerbau.

Ni la jadiknya kalau blogging tak ikhlas. Blogging sebab gila limelight. Kalau blogging sebab nak carik glemer (glemer ke jadi blogger ni???) kau takkan pernah puas dengan apa yang ko tulis walaupun hakikatnya ko tengah men-copy paste orang lain punya. Sebab deep down, ko tau kau menipu diri sendiri.

And setiap kali 'menulis' ko sentiasa membayangkan ko akan dapat feedback-feedback yang indah-indah dari readers. For that reason, ko sentiasa gambarkan yang ko lagi best, lagi hebat, lagi berjaya, lagi bijaksana, lagi hot, dengan harapan readers kagum and puji kau. Kesian okkk orang macam ni. Nak cari bahagia pun sampai kena menipu diri sendiri.

Apesalla nak jadi macam ni?

Blogging ni medan dia kecik gila. The real life is out there. Kau boleh potray diri ko manusia paling cool dalam blog but kalau itu bukan diri kau, kau takkan boleh carry watak tu selamanya.

So berentila buat perangai pelik-pelik ni.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thank you






(tekan PLAY button utk dengar. Good quality. Tak tipu punya!)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



2011-03-16

Email dari peminat



From: T**** <********@gmail.com>
To: Diana Ishak
Sent: Wed, March 16, 2011 12:33:16 PM
Subject: Blog


ASW Di,

Sy salah seorang pembaca and peminat blog Di. Sy dah ikuti blog Di sejak tahun 2007 lagi. Masa tu blog Di masih nothing. But I found something special everytime I read your blog. Di jujur dalam penulisan. The words you speak come from the heart. Itu yang membuatkan Di 'glow'. Sy percaya bukan sy seorang yang berkata begitu.

Dalam setahun dua kebelakangan ni, melalui pemerhatian dan pembacaan sy, sy dapati ada beberapa blogger yang seakan-akan meniru gaya penulisan Di. Pendekatannnya cukup sama. Dari cara penulisan, gaya carutan dan makian (maaf, no offense), hinggakan entry pun seakan-akan sama cuma di olah. Tapi kata orang, yang asli itu tetap yang terbaik.

Sy meluat bila melihat sesetengah blogger yang masih di tahap suam-suam (some are wanabes) hold a contest like 'Makan Bersama..', 'Menonton wayang bersama...'. Sedangkan Di yang saya percaya jauh lebih popular pun belum pernah berbuat begitu. Ada yang meletakkan syarat untuk menang contest mestilah bergambar dengan apple! WTH (sy percaya Di kenal blogger yang sy maksudkan). Sebelum ini pun Di pernah menerima komen yang sama mengenai blogger tersebut (merujuk entry Di yang lepas2). Sy tau Di tak akan ambil peduli dengan sesiapa pun yang cuba meniru karakter, meniru cara penulisan Di, mencuri limelight Di. Tapi Di seharusnya sedar bahawa ada orang yang mengambil kesempatan di atas sikap tak kisah Di.

Contohnya iklan.

Merujuk kepada entry Di yang lalu, Di mengatakan bahawa iklan-iklan di blog Di tidak akan di-charge. Sehingga sampai ke suatu tahap Di memohon agar mereka bersabar kerana list untuk diiklankan sangat panjang menjangkau puluhan request. Sy tau Di tak kisah membantu. Tapi kerana sikap tidak kisah inilah membuatkan mereka mengambil kesempatan. Sy hairan, mereka ini semuanya ingin ber-bisnes. Tapi mahukan free marketing. Lumrah berbisnes, mesti menggunakan modal. Saya yakin mereka menggunakan khidmat Di kerana mereka tahu Di tidak akan kenakan bayaran. Pasti yang bukan pembaca tegar pun tiba-tiba mengaku peminat setia blog Di. Pertanyaan mereka tentang charge yang Di kenakan hanyalah sebagai pemanis mulut saja. Orang melayu kata 'berbudi bahasa'.

Sy harap Di fikirkan balik apa yang saya katakan ni. Saya bukan menghasut, tetapi sebagai seorang peminat, sy terpanggil untuk mengingatkan Di tentang apa yang boleh dan apa yang mungkin perlu Di pertimbangkan. Tapi jika niat Di ikhlas untuk membantu, sy yakin ramai mendoakan kesejahteraan Di.

Wassalam.

p/s : sy harap di faham 'sy' = saya :)


_____________________________________________________________________________________

Thanks to T.

First, pasal blogger yang meniru karakter ke apa ke, itu no komen.
Yes, aku tau siapa yang dimaksudkan sebab kelmarin ada reader BBM aku bagitau pasal ni. Concern betul korang eh?
Still, aku taknak komen lebih-lebih. Maybe semua tu kebetulan je.

Nak buat contest makan eskrim bersama ke, lepak di surau bersama-sama ke, itu terpulang. Aku percaya dia/diorang buat tu bukan sebab bajet hot. Itu semua kreativiti masing-masing nak naikkan blog.

Mungkin satu hari nanti aku buat aktiviti 'Gotong-royong di rumah Green Apple'. Berus sabut, kloroks, pongkes semua disediakan. Siapa yang berjaya mengumpul sampah terbanyak, hadiahnya adelah aku hantar balik sampai depan rumah. Boleh?

Second, about iklan.
Yes, iklan tak dicharge. Memang lah free tapi ko kena beratur. Kalau sanggup tunggu, sila tunggu. Bukanlah maksudnya sebab kau tak bayar jadi aku pun berlengah-lengah. No!

Aku memang ikhlas nak tolong.
Aku pun berbisnes jugak. Aku pernah lalui zaman-zaman susah nak bangunkan nama company. Dengan competitor yang ramai, company baru nak naik, memang susah. Pulak tu aku start bisnes dengan takde preparation yang kuat dari segi financial. Yang aku ada cuma determination.

So bila ada yang mintak tolong aku war-warkan bisnes (some of them aku tengok baru 5-6 entry up kat blog) so apa salahnya aku tolong. Kalau aku ni layak dijadikan 'kabel' untuk bantu korang berbisnes, maka gunakanlah aku. Some yang aku iklankan tu memang dah establish pun cuma dorang nak expand the market je. Jadi aku tolong tepek je la kat sidebar.

Reason aku tak letakkan charge selain dari sebab kat atas, adelah sebab aku tak rasa blog aku glemer sangat sampai juta-juta nak view sehari. Yang masuk pun belum tentu nak klik kat ruangan iklan. So tak kosser aku nak mintak charge. Cuma tu la, aku ada keje lain jugak nak buat. Insyallah, mana-mana yang request tu aku akan tolong cuma aku tak janji cepat.

Anyway thanks pada semua yang me-report dan membagi pandangan.
Well, bunyiknya memang macam menghasut tapi aku tau kau (T) berniat baik. Tima kasihlah sebab sayangkan aku (ecehhh drama pulak).

Ok aku nak sambung buat keje.

Hantu coklat



Daripada korang menghabiskan duit beli coklat kat Langkawi, meh sini masuk kelas buat coklat. Kalau rasa malas nak buat coklat sendiri, boleh beli je dari aunty aku ni. Please call her for more details.
(aku boleh je nak bagi explanation tapi kang terbabas-babas ke lain lak)


Boleh belajar cara buat cokelat bar.
Saiz kecil RM1.00. Saiz besar RM 2.00.
How small is small and how big is big aku tak tau. Tanya sendiri dengan tuan tanah.


Yang nak bagi cokelat as hantaran pun boleh order kat sini. Ini contoh coklat box yang Mak Aji order untuk sponsor hantaran Awang (adik En Wan). Oh, ye. Yang bertanta Awang tu dah kawen ke belom, jawapannya dah ye. Sesape yang frust, aku ada jual racun tikus.


Kalau korang nak order cokelat untk hadiahkan pada sesaper, nanti dia akan packkan dalam kotak-kotak macam ni. Kalau korang nak order cokelat sesaje nak makan-makan kat rumah, nanti dia packkan dalam tupperware je. So save cost kat situ.


Ni contoh kotak. Kalau nak window box pun boleh. Kau bagitau la Aunty Shikin masa order. Pandailah dia nak carikkan untuk kau.


Ni disnap masa kelas cokelat kat rumah dia. Lolly-choc.


Edible image pun ada. Nak print gamba ko pun boleh. Ni semua di-snap masa kelas cokelat.


Aunty Shikin and anak sedaranya. Chics, ko kenal tak yang sebelah kiri tu?


Ok ni info kalau berminat nak join. Selain choc, aunty aku ni ada buat cake and also fancy cookies. Tapi tak sure if cookies and cake dia buat kelas jugak ke tak. Tanyalah sendiri.

Contact : 019-2733031 (Aunty Shikin)


Note tambahan : Anak laki dia hensem.












2011-03-14

Panduan untuk anda



Aku tak sure aku dah tulis pasal ni ke belum, tapi kalau dah tulis pun aku pedulik apa kan. Aku tulis lagi! Bira muntah korang baca.

Ada 4-5 orang email aku bertanya pasal bibik. Where to find bibik, berapa harga agent, berapa gaji, apa kriteria terbaik, bla bla bla.

Sorry, aku memang purposely taknak reply email-email tu semua (maybe some aku dah reply) sebab aku dapat bibik ni pun melalui orang tengah. Aku tak kenal lansung the agent. Orang tengah tu pulak jiran Pak Aji. Dia pun bukan agent. Cuma dia jenis yang pergi sendiri yang ke Indon untuk pilih bibik for himself melalui kenalan-kenalan. So alang-alang dia pegi tu, aku mintak usha-usha kan bibik. Disebabkan dia pun just tolong aku carik bibik, tak ambik profit pun so aku rasa tak sesuai aku nak bagi contact no dia. Memang aku ambik ni lagi murah tapi semua kau kena settle sendiri. Renyah la sikit, tapi jimat.

Dah nama pun mintak tolong orang carikkan, aku takleh la nak demand-demand sangat. Cuma aku mintak biar kalau boleh, carikkan orang Jawa (sebab orang Jawa ni kebanyakkannya rajin-rajin like yours truly...lalalalala), biar berumur sikit taknak la yang muda sangat. Tapi jangan la kebayan sangat sampai nak pegang penyapu pun menggigil. Kang kejap-kejap rebah, kejap-kejap rebah menyusahkan aku pulak. Aku ni pun bukannya bangsa yang penyabar sangat. Kang hilangkan nak carik pembantu, dah aku pulak yang membantu memandikan dia, suapkan makan, basuhkan berak. Lebih dah niiii.

Dan kalau boleh biar yang nak bekerja dengan aku tu datang dari keluarga susah. Sebab kalau dia dari background susah, dia punya determination tu lain sikit. Memanglah semua yang datang sini susah. Kalau senang, dorang takkan datang sini bekerja. Tapi aku penah dapat yang susah tapi tak sedar diri.

Dua orang bibik aku sebelum ni memang susah betul. Laki tak bekerja, anak ramai, rumah pun menumpang. Ha, kalau dapat macam ni lagi baik. Bila dia susah, kebarangkalian dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tu amatlah tinggi.

Bonus untuk kau, kalau bibik tu first time datang Malaysia. Konfem dia takde contact kat sini. So possibility dia nak mintak cuti sebab nak melawat sedara, nak hantar barang kawan, nak hantarkan ubat untuk nenek, bla bla bla puihhhhh semua tu takkan ada.

Tapi macam aku cakap tadi, semua tu akan menjadi pakej yang baik ONLY IF dia ikut fomula algebra dan kalkulus.

Tapi selalunya tak.

Aku pernah dapat bibik yang ada pakej lengkap dan convincing.

1. Muda.
2. Orang susah.
3. Tak pernah datang Malaysia.

Tapi jangan bersukaria sangat ye kalau dapat bibik yang ada pakej macam ni.

Muda tak semestinya kuat.
Kuat membuta dan kuat mentekedarah, mungkin.

Susah.
Ohhh, memang orang susah.
Susah bangun pagi, susah mandi, susah nak diajar. Bodoh piang.

Tak pernah datang Malaysia.
Yang aku dapat ni toksahkan ke Malaysia, keluar dari kampung pun tak pernah.
So ko boleh bayangkan tak betapa jakunnya dia bila dapat keluar dari kepompong? Jakun kalau stok boleh diajar takpe. Ni bangsa jakun bingai. Dah satu masalah pulak aku kena bagi dia pendidikan moral tambahan kat rumah.

Kalau aku tak suruh mandi, tak mandi.
Kalau aku tak suruh ganti baju, lepas mandi dia pakai baju tu balik.
Aku tak tergamak nak tanya berapa hari dia tak tukar spender.

Pendek citer, ko takyah pikir sangatlah whether or not bibik ko nanti ok ke, tak ok. Kadang-kadang kita terlampau berhati-hati pun, tetap dapat yang bengong. Macam dorang pun mungkin berhati-hati gak nak pilih majikan, tapi tetap dapat majikan yang gila. So benda ni nasib. Berdia je la supaya ko dapat yang ok. Kalau tak ok sangat pun, cukuplah kalau bibik tu tak buat kau jadi gila.

Bibik aku skarang ni, dia tak muda, tak tua. 50-an (but dalam passport of course la declare lagi muda dari umur sebenar). Nak kata sihat sangat pun tak jugak. Dua minggu pertama dah mula sakit-sakit badan and pening-pening. Keje pun slow sikit tapi teliti. Mula-mula tu aku hangin gak apekehalnya lembab sangat kau keje ni, takat kemas empat bilik kat atas pun setengah hari. Tu belum mengemas bawah lagi. Tapi aku bagi dia masa. Maybe dia masih nak sesuaikan diri dengan rumah, dengan keje baru, dengan persekitaran. Lama-lama dah boleh keje laju sikit, and aku pun malas lah nak berkira sangat. Dah nama pun pembantu, jadi dia bantulah takat mana yang boleh, takkan semua nak kasik dia buat kan. Macam lah kau bayar gaji dia dua ribu.

Ada jugak kes dapat bibik terlebih rajin.
Macam bibik kawan aku sangatlahhhhhhhhhhhhhhh rajin.

Pagi buat breakfast sampai 2 macam.
Tengahari sampai 4-5 lauk.
Petang kang sampai 2 jenis kuih dia buat.
Malam kang buat lagi lauk buat tambah-tambah.
Kul 10pm kang, dia bawakkan kopi ngan kerepek-kerepek yang dia buat sendiri ke bilik majikan dia. Kawan aku cakap, sebelum bibik tu masuk tido, dia akan pastikan susu panas letak dalam thermos berserta satu tupperware besar kerepek-kerepek kot-kot majikan nak kunyah-kunyah sebelum tido. Ha, kauuuuuuuuuuuuuuu. Mana nak dapat bibik macam ni. Dah macam dok kat hotel 7 bintang. Sampai lari bajet tuan rumah. Sebulan belanja barang kering saje RM800-900. Tak ke bankrup namanya? Sebulan dua boleh la tahan. Kalau bibik tu tinggal sampai 2-3 tahun? Masuk tahun ke-empat ada potensi aku pulak apply jadik bibik kat Indon.

Tapi kalau aku, aku tak mintak dia sediakan kerepek dalam bilik. Sape pulak nak makan kerepek time nak tido? Err..sediakan whipped cream ye, bik? Mangkuk besar. Lebih cair lebih bagus.

Adelah lebih baik dapat bibik yang terlebih rajin. Sah-sah dia memang tau buat keje. Kau boleh turunkan level kerajinan dia kendian-kendian. At least kau bengang sebab dia rajin sangat. Dari bengang sebab dia bangang sangat, how?

Bibik aku dulu pemalas. Unta padang pasir pun tak malas macam dia. Dah la pemalas, asal aku cakap ada je benda dia nak menjawab. Kalau betul takpe. Macam dia mintak-mintak aku maki hamun dia hari-hari.

Rambut dia keriting kasar mengerbang.
Aku suruh dia ikat.
'Kalau diikat nanti rambut cepat putusssssssssss'.

Aku cakap aku tak kisah rambut dia nak putus ke nak merekah, tapi bila dia masak rambut jatuh dalam lauk.
'Kalau jatuh nanti dibuang aja rambutnyaaaaaaaaaaa'.

Memanglah boleh dibuang ajaaaaaaaaaaaaa.
Tapi rambut kau tu berkutu!
'Mana ada kutu! Telurnya ajaaaaaaa'.

Kalau aku libas mulut dia ni dengan berus jamban pun bagus jugak.

Satu hari tu aku tengah basuh pinggan, jiran India belakang rumah aku panggil. Dia cakap lepas aku gi keje je, bibik aku ni keluar rumah bawak Redza gi bertandang rumah orang. Tengahari kang baru dia nampak bibik ni kat dapur. Pastu senyap. Petang kang dalam kul 4 macam tu baru dengar suara kat rumah.

Satu hari tu aku buat spotcheck.
Aku balik rumah kul 10am.
Sorang takde kat rumah!
Aku drive satu taman carik kelibat dia. Jumpa.
Aku hon kereta pastu aku jerit nama dia dari dalam kereta. Punyalah takut agaknya, dia berlari-lari masuk dalam kereta. Anak aku dia tinggalkan kat luar.

Sampai rumah memang siapla.
Langkau lima buah rumah pun boleh dengar lagi suara aku memekik marah dia.
Entah macamana kaki aku tersadung kat karpet. Aku angkat karpet tu, ha tu diaaaaaaaaaaaa.
Cakap apa jenis plastik aku tak jumpa kat bawah karpet. Kalau kecik-kecik kertas takpe. Ini sampai plastik twisties and cheezel yang pack besar tu pun dia selitkan bawah karpet. Punyalah pemalas nak menyapu. Mentekedarah laju. Membuta kalau aku tak gegarkan pintu bilik, tak bangun. Tapi keje malas.

Aku kan kalau nak cerita pasal bibik yang sorang ni, ubat darah tinggi kena spare siap-siap kat tepi. Dia punya ke-batak-kan tu buat aku troma sampai skarang.

Contohnya semalam En Wan nak makan mangga, dia mintak aku tolong kupaskan. Terus mengimbau kenangan lama....

Dulu, pinggan mangga tu dah ada atas tangan aku and aku dah on the way nak naik ke living hall untuk hidangkan kat En Wan, dia dari dapur boleh berlari sambil bawak garfu tup tup tup dia cucuk garfu tu cantekkkk je atas mangga yang aku tengah bawak. Dengan selamba masukkan mangga dalam mulut and cakap 'Uihhhhhh, manisnyaaaaaaa'. Muka gila feel masa bercakap.
Aku tengking dia 'Hoih! Apa ni biadap ambik makanan macam tu je?'.

Dia jawab 'Kan rejeki elok dimakan samaaaaaaaaaa'.

Ewah, kau pulak tazkirah aku.

Sampai skarang kalau diingatkan balik, aku rasa bibik aku tu bukan bodoh, sakai, batak ataupun jakun. Mungkin dia ni pesakit jiwa.

So, untuk yang sedang looking for maid, jangan paranoid pulak bila baca entry aku ni. Aku citer berdasarkan pengalaman. Mungkin nasib korang jauh lebih baik.



Oh ye lagi satu, bibik cantek and tetek besar is not allowed.

I am a DKK (yang faham saje tau apa ni)



RM100 saje. Macam-macam citer ada kat dalam. So takyah nak berkira ye.


Sangat frust bila tau buku ni sold out dalam masa sehari selepas di-launch.
Macam punah harapan bila call 2 MPH kat area-area dekat rumah aku, diorang cakap stok belum datang.

Last-last, Syana offer nak belikan.
Kebetulan Sabtu lepas dia nak datang rumah ambik ukuran lelemak ngan babat aku ni, so dia belikan buku ni sekali.
Before dia datang tu aku dah thaw-kan daging, konon nak buat daging masak bifstik (bukan steak macam kat Milwaukee Steakhouse tu ye). Lepas Syana balik, daging aku ke mana, aku ke mana. Lagi setengah jam En Wan nak balik dari opis baru gelupur masak nasik segala. Aku dah gabra-gabra ni kalau nasik tak sempat masak bila dia balik mampus aku nak menjawab ni. Apa nak kelentong ni?

Err...elektrik takde.
Yes!
Elektrik takde!!!

Elok je aku pikir nak guna alasan tu untuk mencover diri (read : menipu), dia sms 'Abang balik lambat, maybe pukul 3pm. Makan lah dulu'.

Makan lah dulu????!!! Sorry la aku nak makan.
Masak pun terus tak jadi.

Now baru Chapter 3.
So far best.
Sebak ada. Kelakar pun ada. Aku nak citer lelebih pun malas, korang beli la.
Pastu saper yang dah habis baca tu, citer balik kat aku. Nak harap aku habiskan buku ni dalam waktu terdekat memang payah la.

Dek kerana too excited dapat buku ni, aku pun letak gamba buku ni as BBM pic profile. Pastu letak status kat FB.

Eh ada pulakkkkkkkkkkkkkkk yang nak tunjuk pandai kat aku.

Malas aku nak re-write apa message/komen dorang sebab aku percaya yang dalam list BBM and FB aku pun mostly blog reader. Dia akan tau jugak siapa yang dimaksudkan bila baca entry ni.

Pendapat aku la, aku rasa kita tak payah lah nak emotional sangat. Perlu respek pilihan orang lain. Kau beria-ia kondem buku Tun ni macamkan ko ngan Tun tu berkawan rapat. Kalau kau tak suka, dah. Takde saper pun paksa kau baca buku ni. Tapi aku nak baca. So, ada masalah?

Same goes to anonymous yang tak puas hati bila aku buat entry pasal Hai-O tu.
Ni lagi satu benak.
Nak bagi pendapat pun, tolong lah pahamkan teks dulu.

Ada aku cakap JANGAN BELI?
Kau kalau nak beli, beli je la. Yang taknak beli tu cuma aku. Aku tak suruh pun orang lain jangan beli. Aku kata kalau nak beli boleh, cuma kena banyak buat TIMBANG-BALIK. Maksudnya pikir dulu sebelum beli sebab bendalah ni mahal. Kang kalau benda tu tak memuaskan hati, yang meroyan pun kau, bukan orang lain. Masa tu mula la memekak sana-sini kondem pasal MLM padahal yang beli tu kau.

Yang aku menyampah pasal MLM ni adelah sesetengah tukang jual yang sangat tak paham bahasa bila orang kata tak berminat. Ha, stok-stok ni yang aku rasa nak hempok ngan batu giling.

BTW, kalau aku betul-betul anti, aku takkan tolong iklankan MLM product kat blog ni. Nampak tak ada Premium Beautiful and Herbalife kat sidebar aku?

Takyah la nak membingit tak tentu pasal kat komen box aku pasal entry MLM tu.
Takde sape pun marah kalau kau nak jual. Dan takde sape marah pun kalau ada orang beli. Aidid Muadib je la kot yang marah.

Orang buat bisnes, kau pun nak. Tapi tak reti bersabar.

Orang kalau berbisnes kena berlapang dada beb. Hak kau cuma jual barang, hak membeli bukan hak kau. Optimis la sikit. Kalau kau yakin apa yang kau buat tu betul, apa yang ko nak pedulik orang lain cakap? Nak sentap-sentap lak. Selalunya yang sentap ni adelah orang yang bisnesnya tak laku. Ni la perangai baik orang Melayu. Kalau tak berjaya, salahkan orang lain. Kalau berjaya 'inilah hasil titik peluh saya'.

Aku rasa orang benci MLM ni bukan pada produknya.
Tapi lebih kepada orangnya.

To be fair to those yang terlibat dengan MLM, aku akan buat entry pasal one of the MLM produk tak lama lagi.

2011-03-13

Mari mengintai di bawah tudung saji



Semalam En Wan ajak tengok Merong Mahawangsa.

Belum apa-apa lagi aku dah sembur ngan En Wan.


Aku : Bang, Merong Mahawangsa ni citer sejarah ke apa? Tak penah belajar pun dulu.

En Wan : Terang-terang dia cakap HIKAYAT. Lagi nak tanya.

Aku : Oh, hikayat eh?


Masa ni aku dah malu.
Tapi takpe, aku cover malu dengan bertanya lagi soklan.


Aku : Orang Siam memang banyak citer-citer rakyat kan?

Dia diam.

Aku : Agaknya lama gila KRU buat research pasal Vietnam.

En Wan : Vietnam apebendanya?

AKu : Ni, citer Merong ni. Yang kat Vietnam tu kan?

En Wan : Itu Mekong!! Sungai Mekong. Bukan Merong!

Malu lagi.
Aku rasa memang aku patut diam je.
Patut la aku tanya pasal Siam tadi dia senyap, rupanya dia tak paham apa aku cakap.



Pendapat peribadi, citer ni not bad.
Of course la kau jangan compare lelebih dengan citer omputih. Dorang bajet besar, kita takat 8 juta je. Tu pun dah kira hebat la tu Malaysia dah boleh buat citer purba macam ni. Jangan lah pertikaikan orang Rome bercakap pakai accent British segala. Yang penting skarang is jalan cerita. Jalan cerita dia not bad, cuma masa part berlawan tu macam charlie chaplin bergasak pun ada gak. Laju lain macam, dah macam katun aku tengok. Tapi takpe, abaikan.

Baru aku tau lagu Sedetik Lebih Anuar Zain tu OST Merong Mahawangsa.

Siang tadi aku try tengok kat YouTube.

Bagi aku, lagu ni tak sesuai lansung jadi OST filem ni.
Macam tak masuk.
Aku nak gak membayangkan yang indah-indah time layan lagu ni, tapi tak dapat.

Kalaulah diorang masukkan elemen cinta lebih banyak or at least banyak sikit dari apa yang ada now, mesti lagu ni akan jadi sangat-sangat in. Tak mustahil orang boleh menangis bila tengok the video clip. Just like Titanic, Pearl Harbour, Armageddon and citer apa ntah yang Nicholas Cage berlakon ada lagu 'How Do I Live' tu. Citer dia pun pasal bergasak-gasak gak, tapi yang buatkan citer tu strong adelah sebab ada elemen -elemen romance dalam citer. So bila dengar lagu tema rasa sebak je (aku je la yang sebak kot, orang lain rilek).




Tak tau la orang lain, tapi aku dah layan clip ni banyak kali tetap rasa tak in lansung lagu ni dengan Merong. If only dia citer dengan lebih detail pasal relation Merong dengan Embok mesti lagi best. Nak pulak at the end tu Merong mati, aku cakap kau, lagu ni akan jadi gila sedih, konfem!!!!!

Ni tak.

Bila layan lagu ni kepala aku asik la terbayangkan si Kesum.
Terus rasa nak makan laksa.

2011-03-11

Matta Fair ......................................... tinggal impian

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung

Semalam En Wan sms aku 'Di, esok Matta Fair'.

Pagi ni bukak FB ada 3 orang hantar mesej 'Kak Di, Matta Fair hari ni..hehehe'.

Lempang sekor-sekor nak?

*Tapi kesat airmata*

Tak larat rasanya nak buat keje gila lagi.
Tahun aku ke Bali and Phuket dulu tak berapa gila sangat keje yang kitorang buat.
Start tahun ke Hong Kong tu dah mula menjebakkan diri dengan keje-keje orang tak siuman.

Tahun pi Hong Kong tu adelah tahun yang sama aku pindah new house (rumah skarang).
Padahal dah tau dah belanaj pindah rumah, renovate banyak pakai duit tapi nak jugak ke Matta Fair. Bak kata En Wan 'Ala, apa salahnya SINGGAH Matta Fair kejap'.

Singgah lah sangatttt.

Kalau ko memang ada kat KL memang lah nama nya 'singgah'. Ini ko dari Subang, sikittt pun tak melintas KL. Mana datang perkataan 'singgah' tu, bang?

Aku cakap kau, kalau iman tak kuat janganlah masuk Mata Fair.
Matta Fair tu puaka!
Tau-tau je kitorang dah booked package ke Hong Kong. Macam kena mandrem mantera anjasmoro.

Masa nak booked tu sikit tak terfikir hujung tahun nak pindah rumah, nak renovate, bla bla bla semua nak pakai duit yang bukan sikit-sikit.
Balik dari Hong Kong baru menggagau sorang-sorang.
Tapi alhamdulillah, Tuhan nak tolong. Balik dari HK, rumah aku ada orang beli, dengan price yang kitorang nak. Kalau nak tunggu agent cari buyer, berkarat la gate aku.

Tahun Lepas pulak gatal pi Gold Coast.
Dah booked tiket tetiba mengandung. Memang tak jangka. Ingatkan nak romen-romen manja je (gatal beromen pastu cakap 'tak jangka'??? Apekepundek lah statement).
Masa ni aku dah terbayang-bayang, kalaulah kena sembelih lagi sekali paling tak pun, mau 9-10K jugak. Time-time nak pakai duit ni lah, bulu-bulu aku semua buat hal taknak tumbuh. Kalau tak boleh gak buat tambah-tambah.

Tapi alhamdulillah (alhamdulillah korok mu!), rupanya ada hikmah aku sakit 28 hari.
Bil hospital aku bersalin Rayyan cuma RM2K je.
Jimattttt.
Beranak pun nak berkira eh?

Tahun ni asalnya nak ke Korea.
Nak feeling-feling Jun Sang and Yu Jin.

En Wan tu ada jugak lah tempias Jun Sang.
Aku ni tang mana yang nampak Yu Jinnya pun tak tau lah.


Konon sempena 10th wedding anniversary nak gi Nami Island, pose camni.
Nan ado.
Posing je la kat tepi pokok pinang aku sudehhhhhh.

Rayyan kecik sangat, tak fit for long journey.
Lagipun aku tak kuasa nak melayan karenah budak-budak kecik melalak atas flight.
En Wan pulak bangsa yang tak boleh berjalan tanpa anak-anak.
Kalau boleh ditinggalkan Rayyan kat Mak Aji boleh gak aku berhoneymoon. Tapi tu la kan, niat tu awal-awal lagi dah tersasar, tu pasalla kau tak dapat gi mana-mana tahun ni.
Tapi sebab hati tu gatal jugak nak berjalan, jadi tahun ni insyallah ke Singapore je. Senang. Takyah Matta Fair segala. Gi Singapore lepak ngan nenek aku. Settle.
(gaya orang kecewa bercakap)

Oh yes, aku tak sure kenapa entry bulan 5 tak keluar semua. So to those yang tanya pasal Gold Coast, ni aku letak link. Package dulu adelah RM5,020/person. Cuba gi tengok Matta this weekend and compare harga. But, personally, aku prefer Hong Kong.

Maybe aku bias, sebab ada Leslie. Abaikan.



Gold Coast Part 1

Gold Coast Part 2

Gold Coast Part 3

Gold Coast Part 4

Gold Coast Part 5

Gold Coast Part 6














Tapi macam nak pegi Matta jugak la...


2011-03-10

Memang kau anggun



Aku dapat MMS dari Ibal pukul 12.06am pagi tadi time aku tengah sedap-sedap membuta.

Tajuk MMS adelah IMPIAN ANGGUN.




































Mak Aji tersalah makan apa la time mengandung dia ni dulu.


Dan lagi...



Aku terbaca ni kat FB, jadi aku tumpang tepek kat sini sebab fakta dia agak menarik, menambahkan lagi keyakinan aku supaya tak percaya bulat-bulat kat produk MLM. Agak-agak nak beli tu boleh, tapi kena banyak buat timbang-balik.

Ramai yang tanya apesal kerajaan tak banteras or haramkan produk-produk MLM ni.

Eh apesal pulak kerajaan nak haramkan?
Kalau ada ciri-ciri penipuan dalam bisnes ni, apa buktinya?
Apa bukti bisnes lain takde penipuan?

Pendapat aku untuk bisnes MLM ni, sebenarnya bukan salah pengeluar/penjual.
Diorang tak salah.
Sukati dorang la nak mark up 200% pun.
Nama pun bisnes.
Kalau tak untung, bukan bisnes namanya.

Yang bodoh adelah kau yang beli.
Masa keluarkan duit tak pikir lojik barang tu harga ribu-ribu.
Bila dah rugi baru rasa bersalah.
Sebenarnya ko bukan marah kat penjual/pngusaha tu.
Sebenarnya ko marah kat diri sendiri sebab percaya kat dorang tapi hasil yang ko dapat adelah sama seperti kau beli barang kat Kedai Kak Milah belakang rumah aku.

Ko nak mintak dorang pulangkan duit.

Apesal dorang kena pulangkan balik duit kat kau?
Barang tu bukan not in a good condition masa ko terima.
Barang tu bukan tak boleh diguna.
Barang tu bukan rosak sampai nak kena refund.
Cuma harga dia mahal.
Siapa suh kau beli?
Diorang ada paksa kau beli?
Tak.
Diorang suggest je.
Hahahaha.

Padan muka.


Dicilok dari tak tau siapa punya, tapi kat FB

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.

Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)


Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.

sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............


Salam Ukhuwah..~

2011-03-08

Eksen lah lagi.



"Kawan baik" aku called.


She : **** (laki dia) belikan I new handbag today.

Aku : Waaaaaa, besday you ke hari ni? (Buat-buatlah excited, kasik can)

She : Takde la, dia nak pegi outstation lagi. So I bengang. Dia nak pujuk I la tu.

Aku : Best la camni. Merajuk je dapat bag. Merajuk je dapat bag. Nak merajuk dengan **** (nama laki dia) jugak la.



Walaupun aku tau lawak aku yang tak berapa nak lawak ni agak keji, tapi mamposlah. Malas aku nak pikir sebelum berkata-kata kalau cakap dengan dia ni.


She : Mintak lah dengan husband youuuuuuuuuuuu. (dengan nada-nada ejekan yang maha sialpalis). Pergi overseas tetiap tahun boleh, takkan lah beli beg wife 8K pun nak berkiraaaaaaa.


Oh, nak bagitau beg dia 8K la ni rupanya...


Aku : 8K beg you??? Beg you ada sport rim ke apa yang sampai 8K?

She : Sport rim? Apa tu.


Hek eleeeeee.


Aku : La, sport rim pun tak tau? Sia-sia je aku buat lawak. Hahahahah (gelakkan diri sendiri sebab kau buat lawak orang tak paham)

She : Apa sport rim?

Aku : Tanya lah husband youuuuuuuuuuuuuuuuu, tu pun kalau dia tau la (hahah, masa ni aku buat ton sejibikkk macam dia buat tadi). Orang yang suka tukar-tukar kereta je yang tau apa tu sport rim.

She : Eh, you tukar keta ke? Beli keta apa? You yang tukar keta ke, dia? .........



Tuttttt...tuttttt...tutttttt. (aku matikan line sebab malas nak layan). Bising lah kau.



Nampak nau gelupurnya. Dah la lawak pun tak pick up, aku menipu pun kau percaya. Aku dah cakap, ko jangan lah nak ek ek dengan aku. Hilangkan nak ek pasal handbag terus malam ni kau tak tido malam pikir aku beli keta apa. Hah!


2011-03-03

Teilet (bak kata Redza).



En Wan : Hello? Di kata mana now?

Aku : Home. Baru balik dari MARDI. Nape?

Wn Wan : Ok, good. Now pi ambik Redza kat skolah. Cikgu dia call, dia terberak dalam seluar.


Terbakar telinga aku dengar.
Panasssssssssssssssss je.
Memang terbakar habis time tu.

Sepanjang-panjang perjalanan ke skolah, aku dah membebel-bebel sensorang dalam kereta. Aku dah bajet kalau aku nampak kelibat Redza jap lagi, first thing aku buat adelah kasik dia pelempang sedas. Aku tak kira, depan kawan ke, depan cikgu ke, aku lempang.

Kebetulan masa aku sampai tu dah memang waktu nak balik.
Berlari-lari aku ke pak guard tanya mana toilet Darjah 1. Yang aku ni pulak tanya ke, tak tanya ke, serupa je blur. Dah dibagitau toilet Darjah 1 kat belah bawah, kanan. Tetap gak aku nak carik belah kiri. Last-last satu skolah aku pusing. Tak jumpa gak. Apa yang aku carik pun aku tak tau.
Budak-budak dah start keluar time tu. Lagi la aku gabra.

Last-last call cikgu dia tanya mana Redza.
Cikgu dia turun carik dalam toilet, takde.
Ah, sudah.


Dalam kepala aku budak ni mesti menyorok takut kena belasah ngan aku.
Lagi kau menyorok lagi macam-macam aku plan nak buat kat kau. Time ni muka aku dah memang takde rupa. Sampai cikgu tu takut kot aku sesah Redza cukup-cukup, dia cakap 'Ala, takpe. Biasa ni, Puan. Budak-budak Darjah 1'.

Ahhhhhhhh, sadap youuuuuuuuuuuuu!

Puas tawaf satu skolah, alih-alih nampak dia tengah berdiri kat entrance skolah sambil makan eskrim!
Boleh???

Bontot kau penuh taik, ko ada selera lagi nak mentekedarah eskrim??????
Sah, nak kena.

Aku pergi kat dia, dalam 7 langkah lagi nak sampai aku dah pekik.

First thing first.
Pelempang 3 das.

Pastu aku tarik dia masuk toilet sebab nak salinkan seluar.

Masuk je toilet, DEM!!
Now I know why Redza berak dalam seluar.
Ni memang bukan kes TERberak.
But SENGAJA berak.

Actually dalam minggu yang sama, Redza ada bagitau aku kawan dia kena berdiri luar kelas sampai time balik sebab terberak dalam seluar. Tapi lagi sadis, budak tu terberak pukul 10pagi. Skolah call parents, mak bapak keje KL. Takkan nak tempuh sesak balik ke Shah Alam semata-mata nak cuci berak anak? Jadi, biarlah kau ngan taik sebati kat situ.

Aku boleh bayangkan kering berkerak taik kat bontot budak tu. Kesian.
(ada sesape tengah breakfast now?)

Tapi tu la, kau sibuk cerita kat aku pasal kawan kau. Last-last kau pun sama berak dalam seluar.

Toilet Darjah 1 ada 3.
Tapi hazab.

Yang satu tu aku bukak pintu nampak toilet bowl tertutup.
Dalam hati aku dah bajet ni mesti ada taik terapung.
Aku bukak.
Sah!

Ok, pi sebelah pulak.
Jamban cangkung.
Lagi sialpalis.
Taik sampai berselepet atas lantai.
Ni sape lah yang tak reti guna jamban cangkung ni. Elok-elok dah ada lubang besar, kau nak jugak berak atas lantai betul-betul tepi lubang untuk air keluar tu.

Toilet ketiga toilet cangkung gak. Takde la bersih sangat. Tapi takde taik.

Aku : Apesal tak masuk toilet ni?

Redza : Takde sabun (sambil nangis-nangis)

*Sigh*

Aku : Abis, kalau takde boleh berak dalam seluar la? Seluar kau ada sabun?

Bengang memang bengang. Tapi tetiba rasa menyesal lempang Redza. Aku yang ajar dia kena basuh bontot dengan sabun tapi now aku marah pulak sebab dia taknak guna toilet yang tak bersabun.

Memang la aku hangin kau berak dalam seluar.
Selama ni tak pernah-pernah buat perangai berak kat seluar, tetiba hari tu pulak jadi. Mujur aku dah balik keje.

Tapi bila difikirkan balik, macamana la budak nak masuk toilet kalau toilet dah rupa loji taik? Si Redza ni pulak feeling-feeling pembersih. Masuk toilet nenek aku pun menjingkit-jingkit. Tau je la toilet sesetengah orang kampung kat luar. Kena bawak baldi dari dalam rumah lagi. Nak je aku siat-siat kulit dia masa tu. Tu belum lagi kejap-kejap bluekkkkk bluekkkkkk.

Memang kesian budak-budak yang nak pi toilet kat skolah tu.
Nak berak kat mana cuba kau cakap?
Tu kalau bangsa boleh tahan. Kalau yang bangsa tak boleh ditahan-tahan like cirit-birit?

Ni kalau 'member baik' aku tau Redza punya skolah camni, wah kemain suka ni. Konfem!

Sekolah aku dulu mujur takde kes macam ni. Eh, tapi masa skolah rendah ada. Kejap-kejap aku nampak budak menangis depan toilet, menangis depan kelas. Semuanya kes terberak dalam seluar. Tak pun, dah berak tapi tak tau nak basuh.

Aku ni jenis biar takde tempat tido. Jangan takde tempat nak mengencing. Kalau nak mengencing pun biar tempat tu selesa. Blaja tak feel takpe. Berak mesti mau feel. Kalau tak, mesti aku asik nak marah-marah. Angin toksik berkeliaran dalam badan.

Toilet skolah aku dulu bersih.

Sebab pertama ia bersih adelah kerana tandas tu kat blok paling last.

Motif letak tandas kat blok D sedangkan aku blaja kat Blok A?

Jauh gila tandas tu. Kau berjalan sempat kencing dua kali baru ko sampai tandas. Jadi aku rasa ramai student malas kencing tu pasal toilet skolah aku bersih.

Sebab kedua adelah takde lock.
Toilet kemain lagi berderet sampai 7 tapi 2 je boleh guna. Yang lain boleh gak kalau nak guna, tapi ko akan berak dalam keadaan yang tak tenang la. Anytime orang leh tolak pintu toilet kau.

Sebab ketiga, toilet manjang takde air.
Memang konfem la toilet kau jadik bersih kan. Dah la takde air, tisu pun takde. At least kalau ada tisu boleh gak aku calit-calit sementara nak tunggu balik rumah.

Sebab keempat Rentokil penuh dengan pad yang terkangkang.
Geli okk! Ni satu perangai pompuan yang aku paling tak suka.
Aku rela tengok taik dari tengok pad penuh darah.
Kau ingat darah pepek kau tu kaler rainbow eh yang kau nak tayang kat semorang?
Kot ye pun takde air nak basuh, kau tak reti bungkus baik-baik ke?

Sebab kelima adelah akibat dari penyebab ke-empat (agaknya la)
Toilet berhantu.

Kepada bekas pelajar-pelajar SMBBB ni aku nak bagitau toilet blok kat padang tu memang ada hantu sebab aku pernah nampak.
Tapi bukan muncul dalam bentuk hantu la.

Masa tu aku pi toilet sorang (time ni cikgu-cikgu dah tak kasik pergi toilet berteman). Masa aku masuk tu ada sorang budak tengah betulkan rambut depan cermin.
Budak tu tengah ikat rambut buat tocang dua ikat dengan riben besar kaler merah.
Aku kan pemawas dulu, so aku selamba tegur tapi tak pandang muka dia.

Pernah nampak tak pemawas kerek kalau tegur orang? Tegur sambil berjalan dengan tak pandang lansung ke arah orang yang ditegur 'Riben tu kaler merah ye..' (seb baik aku cakap baik-baik woooo)

Dalam toilet, aku rasa macam ada yang tak kena dengan budak tu.
Cepat-cepat aku keluar sebab nak check if budak tu ada lagi.
Takde.
Padahal aku masuk kejap je, seluar pun tak bukak lagi.

Bila aku on the way balik ke kelas, aku terfikir.
Mana ada budak skolah menengah yang still bangang tak tau kat skolah takleh pakai any color selain dari biru, hitam and putih?? Nak jumpa budak pakai hairband kaler cokelat pun payah, inikan merah??? Merah terang and the riben sangat besar.
Pastu masa budak tu berdiri depan cermin, sink tu ada kat paras peha dia. Average budak kat skolah tu (or mana-mana budak skolah) sink tu akan ada takat perut je. Apesal budak tu tinggi sangat? Aku tak pernah tengok ada budak tinggi macam tu kat skolah aku.

Anddddddd....kalau dia tinggi macam tu, what's the point dia pintal rambut pandang cermin? Tinggi cermin adelah standard. Konfem kepala dia akan lagi tinggi dari cermin kat situ.


Seingat aku la, aku dah tak masuk dah toilet tu walau untuk salin baju PJ. Aku salin baju PJ kat surau.



Eh kenapa tetiba jadik citer hantu lak ni?

2011-03-02

Ni gila murah!






Siapa kata rakyat Malaysia miskin?

Kaya okkkkkkkkkkkk.

Beli beg sekali dua pakai dah jual.
Beli 2 minggu pastu jual.
Kalau dah jual balik tu of cos la lagi murah dari harga beli kan? Takkan lah lagi mahal.

Ni lagi sorang nak jual Coach dia. Baru tahun ni beli tuuuu.

Coach (original)
Baru pakai 2 kali, beli in Januari 2011
New design, new arrival
Pakej dengan dustbag, paperbag
Resit pembelian pun saya akan sertakan untuk bukti (ambik kau. Bahan bukti lagi dia pakejkan)

HARGA BELI SD609 (halooo!! Sing Dollar hokeyyyyyy)
HARGA JUAL RM600

Memang tersangat-sangat murah ni.

Err...apesal murag sangat dik? Beg tu berhantu ke?
Opsss!

Sila contact dia kalau nak beli : tahun3purple@gmail.com





p/s : Agak-agak kalau aku jual Coach yang En Wan belikan dulu ada orang nak beli tak? Aku pakejkan dengan En Wan sekali.

Anda camwhore? Rentikanlah! (ingatan untuk diri sendiri jugak)




Ada reader blog ni tengah buat promosi photoshoot. Dia hantar request ni 28 Januari, baru skarang aku nak buatkan.

Kau nak tolong ke, nak meranapkan bisnes orang ni Diana??

Takpe. Masih sempat lagi (cover diri sendiri).

This couple (laki bini) yang run the bisnes.
Husband dia tukang ambik gamba, dia errr...tukang promote the bisnes la kot.

Kalau ada sesape yang kebetulan nak kawen (aku tau ada 2-3 orang reader blog ni nak kawen dalam masa terdekat sebab diorang tanya kat mana Mek tempah baju nikah), boleh la contact budak ni.

Dia lagi specialized in outdoor shoot sebab suka natural lighting, but kalau korang nak indoor shoot pun rasanya takde masalah.

Boleh ke sini untuk tengok contoh gamba yang dorang dah shoot.

So far, diorang dah pernah pregnancy shoot, family shoot, birthday shoot. Newborn belum lagi. Tapi boleh try kalau korang nak.


Iklan tersadai. Ampun!



First of all aku nak mintak maaf banyak-banyak kat semua yang email and msg aku kat FB mintak tolong advertisekan blog/barang terpakai/bisnes. Aku bukan taknak tolong, tapi series tak menang tangan. Setakat malam ni still ada 67 request yang aku belum buatkan. Aku dapat email, bukak, baca, pastu buat keje lain. Mintak maaf banyak-banyak. Aku faham korang buat bisnes an of course nak aku respond cepat tapi sometimes aku tersangat busy. By the time aku dah tak busy, aku sibuk nak update blog cerita pasal aku pulak. Aku akan cuba buatkan semua, tapi tak janji cepat. Sorry again.

Ni malam ni pun aku curik-curik masa nak reply email-email yang tanya pasal keje kosong, maid, macaroni, etc.

Oh yes, macaroni bakar and lasagna still on macam biasa. Nak order, email gue.

Tima kasih sebab sudi jadikkan blog aku ni tempat untuk korang advertisekan bisnes. Takat nak expand the bisnes tu bolehlah kot aku tolong, tapi kalau nak kaya-raya rasanya kena mintak bantuan blogger yang lagi kaw kot. Blog aku ni berapa kerat je masuk pun.

Tapi, those yang mintak aku tolong promotekan blog, aku mintak maaf banyak-banyak. Kalau nak promote blog, aku tak boleh tolong. Kang aku dah start promote satu blog, esok seploh request masuk. Nak naikkan rating blog ni ambik masa ye adik-adik. Kalau entry baru namblas tapi nak followers 3000 payah sikit la kot. Melainkan ko tepek gamba aksi terlampau. Konfemmmmmmmmmm!!

Ok ni ada satu lagi advertisement dah tersadai lama aku tak buat-buat. Dah la tuan punya beg ni duduknya sepelaung je dari rumah aku. Selalu terjumpa kat mamak. Kalau ada yang berkenan dengan beg ni, boleh lah tanya tuan dia at nhnurhuda@yahoo.com, kot la dia dah jual. Interested buyer je ye. Kalau tak interested dendiam sudah. Buat cam aku, tak dapat beli, dapat tengok jadiklahhhhh.




DESCRIPTION FOR COACH HANDBAG
Coach Brooke Op Art Brown Style No : 14147
Beli online at RM 1100 (harga dibutik RM1600)
Bought less than 1 year, jarang2 guna bag ni
Dust bag provided
Care card also provided
Very good condition 9/10
Selling price : RM 550 (boleh nego a bit, for serious buyer)


DESCRIPTION (FOR SLING BAG):
Brand : LIZ CALIBORNE
New item with tag
Color : Plum berry
Measurement :0"H x 11"W x 2 1/2"D
Zipper closure
Cross-body strap
Exterior: front zip pocket & snap pocket
Interior: zip pocket & 2 slip pockets
Price RM165