2022-02-23

Tak rasa dipergunakan ke?


Ramai betul yang respond pasal post semalam, yang pasal BFF dengan lelaki. Antaranya:

"Lelaki sepatutnya janganlah memberi harapan. Terlampau baik mestilah perempuan cair".

"Pernah ke orang mengadu kat Mak Aji akak yang akak naik moto dengan lelaki? Mak Aji cakap apa?"

"Akak tak kisah ke kawan lelaki baik dengan akak tapi couple dengan orang lain. Tak rasa dipergunakan ke?"

"Jarang dengar lelaki and perempuan boleh jadi kawan baik. Selalunya akan bercouple juga".


Ini pun ada DM yang aku belum baca, yang respond pada post hari tu.
Takpe, kejap-kejap lagi free aku baca lagi.
Harap-harapnya pertanyaan dan respond yang aku dapat lebih kurang ni je, senang takyah buat post lagi ðŸĪŠ.


Kita jawab yang pertama - "Lelaki sepatutnya janganlah memberi harapan. Terlampau baik mestilah perempuan cair".

Ya, aku setuju lelaki jangan beri harapan.
Tetapi, kita as perempuan pun ada pilihan.
Kita boleh jauhkan diri kalau mahu, kan?
Tapi kenapa kita tak jauhkan diri?
Kenapa kita bagi peluang lelaki tu rapat dengan kita?
Kalaupun lelaki tu nampak macam bagi hint suka kat kita, why not kita direct tanya dia terus "Aku nak tanya, kau ni baik sangat dengan aku, aku ni girlfren kau ke?"

Aku tak sure if ada perempuan yang berani untuk tanya soalan macam ni depan-depan.
Kalau aku, berani.
Aku suka tahu letak duduk suatu perkara. Biar jelas.
Kalau aku malas ambik tahu, memang aku buat tak tahu.
Tapi kalau aku nak tahu, aku akan cari tahu.
Caranya, tanya direct pada orang yang berkenaan.

Kalau tak berani [atau tak sampai hati] nak tanya bold question macam tu, kita bagi hint.
Masa aku kerja sales dulu, ada 2 orang customer suka membagi hint suka kat aku. Dua-dua ni chinese.
Satu customer di sebuah private lab di Negeri Sembilan, satu lagi lecturer di Tganu.
Yang dari Negeri Sembilan tu boleh dikatakan setiap bulan datang ofis kat Kelana Jaya untuk self-collect barang-barang yang dia beli.
Sanggup dia datang jauh-jauh padahal dalam quotation aku dah quote sekali harga pos.
Bila aku tengok dia macam tak terkawal lagi, aku start bagi hint macam "I have to pick up my son", atau "I'm not around next week, balik kampung husband".

Yang lecturer kat Tganu tu, Dr C.
Yang ni lebih sopan tindakannya. Tapi tetap ada hint dia bagi.
Dan aku pun balaslah balik dengan hint juga.

Dia macam tu lah, kalau tak mampu nak tanya direct, kita bagi hint.
Bukan apa, macam kes aku dulu, dorang tu customer.
Hubungan dengan customer ni kita nak pegang lama, jadi jangan sampai ada yang termalu sendiri, atau berasa dimalukan.
Bila masing-masing hanya membagi hint, bila aku balas dengan hint juga, dorang akan faham dan takdelah rasa malu sangat sebab tak confess apa-apa.
Maka, perhubungan sebagai customer-seller masih boleh baik.

Kita tak boleh nak halang kalau ada orang nak buat baik dengan kita, tapi kita boleh pilih untuk wujudkan gap kalau rasa tak selesa.
Masalahnya, ada perempuan yang tak mahu buat gap.
Dia bagi peluang and ruang.
Tapi bila lelaki tu pilih perempuan lain, dia tuduh lelaki tu bagi harapan.
Yang sebenarnya, bitter.
Bitter sebab tak dipilih jadi gf.
Bila tak dipilih, maka salahkan lelaki.

"Lelaki semua sama".
"Lelaki suka bagi harapan palsu".
"Lelaki suka ambil kesempatan".


Nope.
Kesempatan tu kita yang beri.
Ruang tu kita yang buka.
Peluang tu kita yang wujudkan.
Kalau semua tu kita tak bagi, tak jadi apa.

Pernah tak dua orang bagi pandangan yang berbeza terhadap kita?
Yang A kata kita peramah, yang B kata kita sombong?
That is actually based on our respond towards them.
Yang A kita lebih terbuka memberi ruang untuk dia kenal kita.
Maka dia jadi tahu yang kita ni peramah dan suka gelak.
Yang B, kita tutup ruang tu, maka nampaklah seperti kita sombong.

Same goes to persahabatan between lelaki and perempuan.
Tak semua lelaki jadi kawan aku, tak semua jadi rapat.
Ada yang setakat kenal, tapi tak rapat.
Ada yang rapat betul macam family.
Bermakna, ada certain lelaki yang aku bagi ruang untuk dia kenal aku, dan akhrinya kami jadi kawan baik.
Ada lelaki yang aku tutup ruang untuk dia kenal aku, maka orang macam nilah yang akan kata aku sombong.
Padahal aku tak sombong, cuma dia tak berpeluang kenal aku. Itu saja.


Yang kedua - "Pernah ke orang mengadu kat Mak Aji akak yang akak naik moto dengan lelaki? Mak Aji cakap apa?"

Pernah sangat.
Kau imagine, aku makan aiskrim sambil berjalan pun ada orang menyampaikan kat mak aku.
Jenis takde kerja punya orang, kan? Ntah hape-hape.
Lagikan nampak aku naik moto dengan lelaki, haruslah sampaikan berita.

Apa benda yang aku buat kat Bandar Baru Bangi tu selalunya mak aku tahu.
Tahun 90an, Bandar Baru Bangi tu kecik lagi. Apa pun takde.
Semua benda nak beli kena pi Kajang.
Pusing-pusing akan jumpa orang yang sama.
Nak-nak lagi kalau pi pasar malam.
Aku syak satu pasar malam tu kerja kat UKM.
Sebab semua orang mak aku kenal.

Selalunya Mak Aji akan tanya dulu.
Tapi dia tanya yang jenis tembak terus.

"Kau balik sekolah dengan budak lelaki mana tadi?"

"Kau melepak kat padang bola dengan budak-budak laki eh?"

"Kau naik moto dengan siapa hari ni?"


Menyampah gila dohh nak jawab soalan remeh camni.
Bukan apa, sebab takde apa pun.
Bukannya aku bersenggama dalam kolong ke apa.
Balik sekolah jalan kaki berdua dengan kawan lelaki punnnnnn jadi berita.
Padahal Hamba Allah tu lalu jalan yang sama.
Bukannya dia lalu jalan tu semata-mata nak hantar aku balik rumah.
Dia nak balik rumah dia.

Lepak padang dengan budak-budak lelaki pun jadi masalah kat makcik-makcik bawang.
Yang aku lepak dengan budak lelaki dia cerita kat mak aku.
Yang sebenarnya ada 2-3 orang lagi kawan perempuan aku sama-sama di situ dia tak cerita.
Semua yang lepak bersama tu satu kelas okeh?

Ni gambar kitorang melepak padang.
Semua ni satu kelas.
Kelas sains mana ramai pelajarnya.
Disebabkan itulah kitorang sangat close.

Semua ni pengawas yang macam perangai mawas 😆.
Yang depan sekali mendepangkan tangan tu entah-entah bos korang kat Putrajaya.
Yang kanan sekali tu tukang translate lagu-lagu Beyond kat aku.
Yang belakang dia tu owner company pest control.
Yang perempuan terselit kat blakang tu partner in crime aku, tengah tunggu konvo PhD.
Yang kiri sekali tu baik sikitlah sebab dia Ketua Pengawas.
Yang duduk sebelah brader yang mendepangkan tangan tu lagilah, dah jadi retis sekarang. Aniston ke hape ntah namanya.

Aku ni bukan sekarang je aku malas ambik tahu apa orang cakap pasal aku.
Memang dari dulu pun aku dah malas ambik port.
Puncanya, sebab benda-benda macam tadilah.
Dia nampak, pastu dia buat kesimpulan berdasarkan apa yang dia nampak.
Dia tak reti nak tanya dulu letak duduk satu-satu perkara.

Aku tahu kalau aku naik moto dengan lelaki konfem mak aku tahu punya.
Tapi, aku lebih pentingkan misi aku ketika tu.
Contoh, pernah aku kena gegata, satu badan berbintat. Tak tahan sangat.
Lambat sangat nak tunggu malam baru pegi klinik dengan Pak Aji, balik dari sekolah aku menapak pi klini kat Fasa 1.
Punyalah Bandar Baru Bangi tu tempat jin bertendang dulu, sampaikan klinik pun takde kat Fasa 2 and 3. Semua kena pegi Fasa 1.
Jauh gila tau aku berjalan tengah-tengah panas.
Kawan aku nampak aku jalan kaki nak balik ke rumah, dia offer hantarkan.
Kau rasa aku nak "Eh takpelah...aku balik sendiri"??
Panas okeh? Badan tengah naik gegata lagi.
Yang offer tu pulak kawan aku, bukannya some random guy. Mestilah aku tumpang.
Pastu dah nama naik moto, mestilah aku berpaut kat pinggang dia.
Abis kalau jatuh, aku jatuh sorang? No wayyyy!
Aku berpaut pada pinggang dia supaya aku tak jatuh.
Kalau jatuh pun, biar dengan dia-dia sekali jatuh.
Barulah u jump I jump. Kahkahkah.

Ni tahun 1994, masa Form 5, kitorang sama-sama outing kat Wendy's di Kajang.
Aku nak tunjuk kawan aku yang berdiri buat peace tu.
Pernah sekali, aku jogging dengan dia waktu pagi around 7am.
Aku bagitau aku nak jogging the next day (Sunday), dia kata "Oklah, kalau sempat, aku join sekali".
Pagi tu aku start jog sorang. Pusing sampai Fasa 2.
Elok je sampai Fasa 2 tiba-tiba dia ada kat sebelah dah.
Rupanya dia pun tengah jogging, ternampakkan aku, dia join.

Aku cakap aku dah habis 1 round, nak balik.
Dia jogging sekali dengan aku sampai Fasa 3, aku balik rumah, dia sambung.
Itu punnnnnnn berita sampai kat mak bapak aku.
Rupanya pakcik makcik yang singgah beli roti canai kat warung tepi jalan terperasankan aku and bagitau parents aku.
Kau tak sakit otak bila mak kau tanya "Kau jogging dengan jantan mana?".
Aku jawab je terus "Dengan anak Dr Ali" (mak bapak aku kenal bapak dia).
Aku balik rumah letih, dapat soalan gitu rasa nak cekik je yang tukang menyampaikan tu.
Memang spesis bawang betul.

Ya, aku tahu orang-orang tua concern hal anak-anak jiran.
Tapi macam lebih kepada kepoh tau.
Jogging kot. Jogging di tempat public.
Lainlah kalau nampak aku berpeleseran pukul 10 malam.
Atau berdua-duaan di tepi tasik waktu Maghrib. Itu lain cerita.
Ini tak. Yang disampaikan kat mak aku semuanya waktu terang-benderang dan di tempat yang ramai orang.
Maybe dulu takde drama Korea jadi makcik-makcik ni bosan agaknya takde aktiviti nak buat.

Pernah aku naik moto dengan kawan lelaki, orang buat cerita "Diana naik moto dengan si anu siap berpeluk!".

Oi bingai. Berpaut dengan berpeluk tu dua benda yang berbeza, ya.
Berpaut kat pinggang tu hanya cengkam baju je tau.
Pinggang dia pun aku tak sentuh.
Kalau berpeluk tu, tetek aku ni melekat kat belakang dia, kau paham tak?

That's why aku malas nak ambik port apa orang cakap pasal aku.
Dari zaman skolah lagi aku dah hadap benda-benda macam ni. Dah tak lut.
Kau nak bersangka-sangka? Kau nak membawang? Gasakk.


Yang ketiga - "Akak tak kisah ke kawan lelaki baik dengan akak tapi couple dengan orang lain. Tak rasa dipergunakan ke?"

Tak. Sebab tak rasa dipergunakan pun.

Dia macam ni tau, kalau kita berkawan ihkhlas, tak mengharapkan apa-apa balasan, takde personal interest - kita takkan rasa dipergunakan.
Sebab kita tak letak any expectation.
Kita buat sebab kita nak buat.
Lagipun macam aku cakap hari tu, selagi dia tak confess, aku akan buat macam takde apa-apa.
Walaupun dia nampak macam care sangat kat aku, selagi dia tak confess, I'm still free.

Lelaki yang serious mahukan kita, dia akan confess.
Selagi dia tak confess, kau jangan tunggu.
Kau berkawanlah dengan sesiapa je.
Yang buatkan kita rasa diperbodohkan adalah kerana kita tunggu dia.
Kita letakkan harapan. Kita mahukan balasan.
Once tak dibalas, kita rasa macam dibodoh-bodohkan.
Padahal waktu tu kita yang willing untuk buat segalanya untuk dia.

Maybe juga aku tak rasa diri aku cantik.
Aku tak rasa ada lelaki sukakan aku.
Sebab dari kecik orang dah ejek-ejek aku hitam hitam hitam.
Lama-lama aku percaya yang aku tak cantik, maka tak perlulah aku perasan atau mengharapkan apa-apa.
Everytime ada lelaki nak berkawan, aku akan anggap kawan saja. Itu lebih selamat.
Masa En Wan hint hint suka kat aku, punnnn aku buat bodo.
Bukan jual mahal, tapi ada pengalaman.
Aku biasa berkawan dengan lelaki. Ramai yang baik dengan aku.
Yang rapat macam boifren pun ada, sampaikan mak aku ingat salah sorang akan jadi suami aku.
Jadi, bila En Wan mula-mula bagi hint, aku notice tapi aku buat bodo.
Aku tunggu sampai dia confess.


Yang last - "Jarang dengar lelaki and perempuan boleh jadi kawan baik. Selalunya akan bercouple juga".

Selalunya gitulah. Bermula dengan kawan, akhirnya bercinta.
Aku dengan En Wan pun bermula dengan kawan.
Tapi dengan kawan-kawan sekolah aku yang lain, walaupun sangat rapat, we remain friends.
Dia punya rapat tu sampai everyday balik dari skolah sambug bersembang dalam fon. Like everyday!
Aku pun tak tahu apa benda yang kitorang bersembang tak habis-habis.
Maybe kat skolah tak sempat sebab masing-masing menumpukan sepenuhnya pada pelajaran [kahkahkah].
Kadang-kadang pukul 11 malam pun call masuk.
Apabenda yang kitorang sembang ntah, padahal besok jumpa lagi kat skolah.

Kalau aku tak datang sekolah, nanti tenghari berjujuk call masuk.

"Apesal tak datang sekolah? Sakit ke?"

"Cikgu ada bagi note. Nant petang aku datang hantar buku aku".

"Kau ok tak? Aku datang tengok kau kejaplah".


Nanti petang ada la 2-3 biji motor datang ke rumah.
Berlonggok la kitorang kat depan rumah ramai-ramai bersembang.
Masa tu takde pulak makcik-makcik bawang nak bertanya apesal depan rumah ada ramai jantan. Yihhh!


2022-02-22

Rapat belum tentu cinta.

Aku tengok kemain ramai share gambar atas ni semalam, kat FB.
Kesian pulak nengokkan budak perempuan tu.
Mujurlah orang tutup muka dia.
Kalau tak, mau dia tarik spender tutup muka.

Aku bukan apa, kesian tengok dia kena friendzone 7 tahun, last-last terserlah ke-bitter-an bila BFF ada girlfren.
Ya, nak. Acik paham sangat perasaan tu.
Sebab acik pun pernah meng-admire orang tapi sampai ke sudah jadi kawan 😆.
Bezanya, aku tak tunjuk aku bitter sebab dari awal tak simpan harapan tinggi.
Kita ni jadi perempuan, tak kiralah cantik gojes mana pun, kalau bab cinta kena sedar diri sedar ruang.
Jangan letakkan harapan tinggi sangat kat mana-mana lelaki.
Nak pulak kalau lelaki tu baik dengan kita, sikit-sikit cari kita, sikit-sikit nak duduk sebelah kita.
Selagi dia tak confess, kau janganlah perasan.
Berangan pun jangan!

Lelaki, kalau berasa selesa berkawan dengan sorang perempuan, memang dia akan rapat.
Rapat yang sampai orang lain boleh salah faham.
Aku ramai kawan lelaki, aku tahulah.
Malah, yang baik dengan aku lebih ramai lelaki dari perempuan.
Kitorang tak selalu berjumpa, tapi kalau bersembang, kalau chat, memang tak ingat dunia.
Tu pasal takleh selalu jumpa, karang masing-masing terlupa dah kawen.

Masa sekolah dulu, ada hari gotong-royong menghias kelas.
Ada kawan bawa kek marble. Aku makan.
Pastu kawan lelaki aku tengah gantung langsir.
Dia tanya “Kek apa?”.

“Marble. Sedap”.

“Nak!”


Aku hulur. Pastu dia cakap “Suap”.
Aku suapkan. Pastu aku pun sambung makan, dia pun sambung gantung langsir.
Pastu aku terperasan kelas senyap seketika.
Aku pandang keliling, tengok kawan-kawan pandang je kitorang.
Aku macam, apehal ni?
Pastu aku cakap “Tangan dia kan berabuk pegang langsir tu. Tu yang dia mintak suapkan. Kek je kot. Bukan suap nasi”.

Ni yang aku cakap tadi. Mudah sangka yang bukan-bukan.
Kalau tak sure, tanya. Jangan bersangka-sangka.
Same goes to mana-mana perempuan yang menjadi BFF lelaki.
Jangan feeling jauh sangat.
Sebelum feeling tu jadi jauh, tanya lelaki tu.

"Kita ni ada apa-apa ke?"
"Kenapa kau layan aku special sangat?"


Tanya! Jangan feeling diam-diam.
Some lelaki dia memang born [dan raised] sebagai gentleman.
Setakat tolong angkatkan beg kau, bukan bermakna kau special tetapi lelaki itu yang special.
Dia special sebab treat perempuan dengan baik.
Kawan-kawan lelaki aku ramai juga yang baik macam ni.
Nampak aku jalan kaki, dia stopkan moto.

“Kau nak balik ke? Meh aku hantar”.

Kita ni pulak bangsa nampak lelaki and perempuan naik motor sama-sama, terus kena cop couple.
Padahal hari tu je la pun naik moto sama-nya.

Masa aku nak uruskan hal nak ke UNIMAS, banyak benda kena buat sendiri.
Mak bapak aku sibuk, takleh nak tunggu dorang free baru buat.
Kereta hanya ada satu, nak ke mana-mana kena tunggu bapak aku dulu.
Bapak aku outstation sokmo, jadi aku kena buat sendiri.
Ada satu part tu kena dapatkan signature Pegawai Daerah.
Ya Allah jenuh aku mikir apa cara nak ke Pejabat Daerah.
Tahun 90an, grab tak wujud lagi, ya.
Teksi pun tak masuk dalam Bandar Baru Bangi tu.
Menapak dari Fasa 3 ke Pejabat Daerah sangatlah serabut.
Banyak route bas tak lalu. Kalau lalu pun aku masih kena menapak jauh juga.
Jadi, aku call kawan lelaki ajak dia teman. Dia datang!
Naiklah motor berdua, sanggup teman aku panjat bangunan Pejabat Daerah tu dari satu hujung ke satu hujung jumpa orang tu, orang ni nak bagi settle jugak.

Kalau pikir lojik, mana ada lelaki sanggup teman sampai macam tu kalau bukan kerana perempuan tu his special, kan?
Kawan-kawan lelaki aku walau perangai mereka agak saitan, tapi baik hati.
Masa tu aku tak pikir apa dah, kalau ada makcik bawang yang menyampaikan kat Mak Aji nampak aku naik moto dengan jantan, aku harap pepek dia kecut awal.

Aku pernah beli hadiah birthday Mak Aji di Kajang.
Tahun 93-94, Bandar Baru Bangi tu takde apa lagi.
Nak pi gift shop memang kena ke Kajang.
Tapi aku penakut naik bas dan takut nak pusing-pusing cari kedai.
Kawan yang aku suapkan kek tu offer diri untuk teman aku ke Kajang.
Dia duduk Fasa 1, aku di Fasa 3.
Sanggup dia menapak dari Fasa 1 ke Fasa 3 sebab nak naik bas sama-sama semata-mata takut aku tak jumpa dia kat stesen Kajang nanti.
Aku kan blur. Karang ntah mana lorong aku masuk tau-tau sampai Siam.

Sampai Kajang, dia yang tunjuk kedai-kedai gift.
Bawak aku masuk kedai tu, kedai ni.
Pastu masa nak balik, dia cakap “Kalau bas ni masuk Fasa 3 dulu, Diana turun. *** tak turun sekali sebab nanti bas ni akan masuk Fasa 1. Tapi kalau bas ni masuk Fasa 1 dulu, *** tak turun dulu. *** akan teman Diana kita turun Fasa 3 sama, pastu *** balik jalan kaki”.

Aku bet, kalau perempuan yang jenis berharap, memang konfem dah cair.
Balik rumah terus menung mencari jawapan cinta 😆.
Tapi tipulah kalau aku tak terfeeling, kan.
Kawan lelaki sikit punya gentle kottttt.
Tapi macam aku cakap tadi, aku sedar diri dan sedar ruang.
Bertahun sekolah sama-sama tak pernah siapa pun syok kat aku, nak jadikan adik angkat pun tak pernah [kesiannya kau 😆].
Takkanlah hanya kerana teman pi Kajang aku nak feeling, kan.
Maka aku pun buat rilek je sampai ke sudah.

[namanya terpaksa di-***-kan. Beliau dah pangkat tinggi kat Kementerian. Walaupun kalau bersembang kat whatsapp masih saitan lagi, tapi kita coverlah member]

Sometimes lelaki rapat dengan kita sebab kita buatkan dia selesa.
Buatkan dia menjadi diri sendiri.
Tapi tak sampai ke tahap cinta.
To me, itu dah cukup bagus.
Berkawan biar seribu orang kata.
Tak bercinta tak bermakna tak special.

Ada bini pi tanya suami “Lebih sayang saya ke sayang anak?”.
Adoyaiii makcik. Sayang kat isteri lain. Sayang kat anak lain.
Sayang kat mak dia sendiri pun lain.
Jenis sayangnya lain.
Samalah macam kawan. Dia sayang kita as kawan rapat. Jenis sayangnya lain.
Sayang dia pada gf pula jenis lain. Tak payahlah bitter.

Baik-baik, ya. Selalunya perempuan yang bitter bila so-called BFF ada gf lain, dia ada potensi untuk jadi perampas.
Apetah lagi kalau dah sampai buat public announcent "Boifren kau lagi lama rapat dengan aku. Aku lagi kenal dia dari kau. Mak bapak dia kenal aku. Dia tahu aku suka makan apa minum apa" - PLEASE STOP!
Kau dah nak jadi saiko ni, dik. Please rentikan.
Bawak bertenang dan muhasabah.
Ya, aku tahu kecewa bila BFF selama bertahun-tahun akhirnya fall in love dengan perempuan lain.
BFF tu tak pilih kita bukan kerana perempuan lain sailang.
Perempuan tu tak sailang kita pun.
Hakikatnya kita tak berada di hati BFF tu sejak awal lagi.

Cuba fikir, punyalah lama dia dan kita ber-BFF, the guy ada ruang yang cukup lama untuk dia jatuh cinta pada kita, tetapi itu tak berlaku.
Maka, berlapang dadalah bahawa kita memang bukan taste dia.
Kita cuma tahap kawan baik sahaja.
Rapat dan baik, parents kenal each other, tak menjadikan syarat untuk jatuh cinta.  
Tak payah compete-compete macam ni.
Elok-elok dapat jadi BFF karang, terus kena buang forever.
Lagi merempan.
Meh la jadi agen Rempah Ayam Perap akak ni ha, lagi pekdah dari merempan tak tentu hala.


Tahun 2020 aku organize Retort Technology Training. 20 orang usahawan makanan join. 
Salah seorangnya jadi partner aku untuk produce this rempah. 
Ini bukan produk kilang. 
Segala rempah diproses secara conventional method - disangai dan dijemur - sebelum diblend menjadi rempah. 
Kalau tengok rempahnya juga berserat-serat. 
Sengaja dibiarkan ada serat-serat supaya nampak macam you prepare rempah tu sendiri from scratch 😁. 

Jangan risau, walaupun conventional method, water activity setiap batch sentiasa dipastikan below 0.84Aw supaya rempah tahan lama. 
Ini senarai agen Rempah Ayam Perap. Boleh contact mereka untuk beli. 
Kalau tiada agen terhampir, atau berminat nak jadi agen, boleh contact SINI.

2022-02-20

Movie review


Oh yes! Movie review kembali lagi.
Ramai yang tanya kat mana nak tengok movie-movie yang aku review last week.
Mostly movie kawan aku bagi file.
Lepas tengok, aku delete file.
Jadi, janganlah minta aku file, aku dah tengok movie-movie tu lama dah.
Cuma baru nak review sekarang je.
Filemnya pun dah lama aku delete.
Kebanyakkan filem India yang aku tengok rating 7.0 ke atas.
Bawah dari tu aku malas tengok.
Bila kau dah biasa tengok movie high rating, dah tak sedap nak tengok beli than that.
Tapi, ada exception untuk movie-movie tertentu yang walaupun rating rendah sikit, aku tetap tengok.
Contohnya, faktor hero hensem. Gitu.

Kali ni aku tak letak poster, tapi letak trailer video. Kita kasi bakor line.

1. Dhamaka (2021) | IMDB Rating 8.0/10 | Hindi


Yang ni ada kat Netflix. Pelakon-pelakonnya aku tak kenal. 
Pelakon Hindi yang baru-baru ni tak familiar sangat. 
Kalau seangkatan SRK tu kenal lah. 

Cerita ni kisahnya satu tempat je, iaitu kat konti radio. 
Dan kisahnya berlaku dalam satu hari je. 
Memang jimat betul modal filem ni, tapi jalan cerita best. 
Kisah tentang seorang wartawan nama Arjun yang secara tak sengaja terima threat call semasa dia on air dan pengganas tu mengancam untuk letupkan jambatan kalau Arjun tak panggil menteri datang konti.

Ceritanya gini. Arjun ni once a top news anchor, tapi diturunkan pangkat kerana satu insiden.
Lepas dia kena turun pangkat, dia jadi DJ radio untuk program hal ehwal semasa.
One day masa tengah on air, Arjun terima call threatened nak letupkan satu jambatan utama yang boleh dilihat dari bangunan studio Arjun.
At first, Arjun ingatkan prank call. Dia suruh je caller tu letupkan.
Sekali, betul-betul jambatan tu meletup (boleh nampak dari tingkap konti).

Yang si Arjun ni pun, bila dia realized this could be a once-in-a-lifetime opportunity untuk dia buat comeback sebagai newscaster, dia sengaja tak nak report polis.
Instead, dia nak jadikan itu as profit-ratings issue yang boleh naikkan nama and rating syarikat.
Arjun deal dengan caller so that temubual tu disiarkan secara ekslusif, in real time.
Tapi, temubual tu dah jadi huru-huru bila masing-masing gunakan peluang untuk up diri sendiri.
Yang Arjun ambil peluang nak buat comeback, yang producer sibuk nak naikkan rating nak kalahkan radio lain, yang polis dengan personal interestnya, yang menteri pun dengan personal interestnya juga.
Dalam masa yang sama, rupanya isteri Arjun (also a reporter), ada kat jambatan yang meletup tu dan dia offer untuk buat siaran lansung dari tempat kejadian.

Caller tu claims dia adalah bekas pekerja buruh yang membina that jambatan dulu.
3 co-workers mati semasa membina jambatan tapi sampai sekarang takde pampasan let alone public apology dari menteri.
Caller ni kata kalau takde public apology dari menteri, dia akan letupkan jambatan buat kali kedua.
Tanpa orang lain tahu, caller tu dah bagitau Arjun yang dia dah letakkan bom kat earphone menteri.
Kalau menteri tak minta maaf, bomb will explode in his ear, live on air!

Menteri tak datang, yang ganti adalah Timbalan Menteri.
Tapi Timbalan tak nak minta maaf.
Terus caller tu letupkan bomb kat earphone menteri.
Dah jadi macam tu, makin kucar-kacir la konti.
Arjun tak nak continue the temubual tapi si producer ni pulak suruh teruskan sebab nak kejar rating.
Polis pun suruh teruskan sebab nak trace caller di mana.
Caller threatened untuk letupkan lagi jambatan buat kali ketiga.
Arjun risaukan isteri dia, lalu dia buat perjanjian supaya caller datang konti, nanti dia akan minta menteri datang untuk minta maaf.

Producer jadi bengang bila Arjun memandai-mandai buat plan sendiri.
Producer gi pecahkan rahsia Arjun kat radio yang lain supaya dorang viralkan.
Rupanya punca Arjun turun pangkat dulu adalah sebab Arjun pernah terima rasuah untuk tutup berita kejadian yang sama pekerja binaan mati semasa buat that jambatan.
Now dah makin huru-hara la kejadiannya.
Si caller pun dah tahu rupanya Arjun ada kaitan dengan kematian co-workersnya dulu.
Nak tahu kisah selanjutnya, pegi tengok kat Netflix.


2. Khuda Haafiz (2020) | IMDB Rating 8.1/10 | Hindi


Filem ni inspired by true events tentang Sameer Chaudhary, seorang lelaki yang dalam perjalanan nak selamatkan isterinya yang diculik semasa berkerja di luar negara.
Cerita ni berlatar belakangnya tahun 2007, semasa krisis kewangan.

Tahun 2007, Sameer ni engineer and also a businessman, berkahwin dengan Nargis.
Krisis kewangan tahun 2008 menyebabkan dorang berdua menganggur.
Tiga bulan kemudian, dorang dapat kerja di Noman melalui overseas recruitment company.
Tapi, Nargis pergi dulu sementara Sameer tunggu dokumen sampai.
Lepas Nargis dah sampai Noman, dia call Sameer tapi dalam keadaan panik, bagitau dia kena culik.
Sameer terus fly ke Noman.
Kat sana dia berkenalan dengan taxi driver yang dia guna semasa kat airport, nama Usman.

Dia cerita kat Usman pasal tujuan dia ke sana.
Dah bawa ke balai polis tapi macam takde progress, ke Kedutaan India pun takde progess, lalu Sameer menyamar as telecom company untuk dapatkan maklumat dari phone number yang Nargis guna masa call dia hari tu.
Nombor tu ownernya Shirazi.
Rupanya Shirazi ada rumah pelacuran.
Sameer ke sana dan jumpa isteri dia tapi isteri dia dalam keadaan mamai macam dah kena dadah.
Sedih masa ni bila Sameer dibagi album untuk pilih nak pompuan mana satu dan dia nampak ada gambar isteri dia dalam album tu.

Tapi nak bawa isteri dia keluar dari situ ada masalah and Sameer guna banyak cara untuk lepaskan isteri dia.
Yang dajal tu kan, rupanya polis pun terlibat dalam kes pernculikan ni, patutlah dari awal dorang buat dek je dengan report Sameer.
Pegi cari cerita ni. Kat Netflix takde. Kat aku filenya dah takde.


3. Visaranai (2015) | IMDB Rating 8.5/10 | Tamil


Ini kisah real life incident.
Cerita ni SANGAT menyakitkan hati. Kejam gila!
Habis vocab carutan aku keluar sepanjang tengok filem ni.

Kisah tentang 4 lelaki sebelum dan selepas diseksa untuk buat pengakuan kesalahan yang dorang tak buat.
Kalau tengok cerita Tamil, banyak kisah polis bantai orang untuk mengaku salah sebab polis malas cari pesalah sebenar.
Khinzir betul perangai.
Dorang bukan bantai untuk bagi pengajaran tau.
Ni jenis yang bantai sebab nak seksa.

Tengok barisan pelakon sumpah tak kenal.
Tapi filem ni menang Amnesty International Italia Award kat 72nd Venice Film Festival. Kau hade?
Cerita ni aku tengok kat Netflix, tapi sekarang dah takde.
Aku tengok cerita ni tahun lepas.

4 lelaki tadi kerja buruh.
Life dorang jadi lebih teruk bila kena tangkap, kena pukul dan kena seksa dengan kejam di lokap polis akibat dituduh mencuri sedangkan dorang tak buat pun.
Polis nak kerja senang sebab kebetulan waktu tu polis ada keperluan untuk tutup kes rompakan berprofil tinggi.
Dorang 4 orang ni taknak mengaku salah tapi terpaksa mengalah sebab kena seksa teruk sangat dengan polis.
Tapi, bila kes dibicarakan, dorang speak out the truth tentang dorang diseksa untuk mengaku.

Sorang inspektor polis jamin dorang.
Tapi, sebelum boleh bebas, inspektor polis tu mintak dorang kidnap sorang juruaudit berprofil tinggi yang telah menyerah diri di mahkamah yang sama.
Actually pasukan inspektor polis tu kebetulan datang mahkamah hari tu sebab nak tangkap juruaudit tu sebelum dia serah diri.
But since pasukan inspektor polis dikawal ketat oleh peguam juruaudit, inspektor tu terpaksa tugasan meng-kidnap the juruaudit kat 4 orang lelaki tadi.
Juruaudit berjaya diculik.
Salah seorang dari 4 lelaki tadi bernama Kumar diturunkan dalam perjalanan ke Chennai.
Lagi 3 orang diminta untuk membersihkan balai polis sebelum beredar.

Masa kat balai ni baru 3 orang ni tahu hal sebenar.
Rupanya penculikan tu mastermindnya adalah Timbalan Pesuruhjaya (DCP), di bawah arahan parti politik pemerintah negeri.
Dorang buat ni something to do with pilihan raya umum.
To cut it short, juruaudit tu mati dalam tahanan.
Memandangkan kematian berlaku di balai inspektor polis tadi, inspektor and anak-anak buahnya bawa mayat juruaudit ni ke satu rumah and set up kematian sebagai suicide by hanging.
Later, dorang discuss macamana nak cari jalan dapatkan rasuah untuk menutup kematian tu sebagai bunuh diri.

Masa dorang berbincang, dorang terperasankan 2 orang lelaki buruh tu tengah basuh bilik air, jadi dorang syak 2 orang ni dengar plan tu.
To cover up, dorang decide untuk tuduh 2 lelaki buruh ni dalam kes rompakan ATM yang belum selesai.
Ada lah alasan kalau nak membunuh dorang nanti, kan.
Inspector polis tu mula-mula tak setuju tapi sebab dipaksa.

During staged encounter, salah seorang lelaki buruh terbunuh. Tinggal lagi 2.
Yang dua ni larikan diri tapi sorang ditembak dan mati. Tinggal sorang lagi.
Inspektor polis tu cuba pujuk yang sorang ni.
Tapi movie ni tetiba jadi black out, followed by a perbualan yang menyebut inspector polis and lelaki terakhir tu dah mati ditembak.
Dan perbualan tu cakap "Kita istiharkan saja inspector polis ni mati dalam bertugas".
Tak tahulah siapa yang bunuh. Aku rasa DCP tu.


4. Gentleman (2016) | IMDB Rating 7.2/10 | Telugu


Nani kembali! Gituuuuu.

Dalam cerita ni Nani berlakon double role.
Tentang dua perempuan, Aishwarya dan Catherine, dengan pasangan kekasih masing-masing, iaitu Jai dan Gautham.
Aishwarya dan Catherine, sama-sama balik dari London, dalam flight yang sama.
Dalam flight, dorang berkenalan and they share their love stories.
Catherine bagitau dia couple dengan Gautham, yang ada adventure club.
Aishwarya pula bagitau yang dia dah bertunang dan tunangnya Jai seorang usahawan.

Bila sampai India, Jai datang fetch Aishwarya.
Terkejutlah Catherine tengok Jai mirip boifren dia.
Catherine tak tahu rupanya 10 hari sebelum dia balik, Gautham mati accident.
Tak lama lepas tu, ada sorang reporter jumpa Catherine and dia syak Gautham sebenarnya dibunuh.
Mula-mula dia syak bapa saudara Catherine nama David yang bunuh.
David pula pada waktu tu warded sebab overdose dadah.
Masa dorang berdua ke hospital, they learnt that Jai culik David yang sedang koma.
Lepas selidik punya selidik, reporter tu found out that bapa saudara Jai mati bunuh diri pada hari yang sama Gautham mati.

Aku masa tengok part ni dah rasa tak best.
Takkan lah Nani jadi jahat kott. This is wrongggggg.
Tapi, aku teruskan juga tengok demi seorang Nani.

Catherine cadang nak intip Jai, jadi dia jumpa Aishwarya.
Dia ceritakan kisah boifren dia yang dah mati.
Aishwarya simpati and ajak Catherine kerja dalam syarikat tunang dia, Jai.
Catherine's presence dalam syarikat itu agak mengganggu Jai.
Ye lah, dia macam rasa tak selesa bila tahu ex-boifren Catherine macam muka dia.
Tak lama lepas tu Jai mula sedar yang Catherine sebenarnya nak intip dia. Tapi dia buat bodo je.

One day, Catherine terdengar conversation antara Jai dan Vamsi (sepupu Jai) yang mana Vamsi threatened nak dedahkan penglibatan Jai dalam pembunuhan Gautham!
Aku cerita sampai sini je tau. Lebih-lebih kena tengok sendiri.
Percayalah, cerita Nani tidak mengecewakan.
Kalau ada cerita yang kecewa pun aku tetap terhibur dapat tengok Nani.


5. Raazi (2018) | IMDB Rating 7.9/10 | Hindi


Aku ada review filem Ghazi Attack.
Boleh search dalam blog aku.
Bila aku tengok Raazi, baru aku tahu Raazi ni kisah apa yang berlaku di darat yang membawa kepada apa yang berlaku dalam laut, in movie Ghazi Attack.
Kagum gila aku dengan India dia boleh buat 2 filem tentang attack yang sama.
Satu apa yang berlaku kat darat, lagi satu apa yang berlaku kat dasat laut.
Kalau sesiapa dah tengok Ghazi Attack, mesti tengok Raazi.
Ini bukan sambungan dari Ghazi Attack tau, tapi tragedi yang sama.

Dalam Raazi, ini kisah benar seorang spy Indian Research and Analysis Wing (RAW) yang atas permintaan bapanya, berkahwin dengan keluarga pegawai tentera Pakistan semata-mata untuk menjadi penyampai maklumat kepada India, sebelum Perang Indo-Pakistan 1971.

Movie ni flashes back peristiwa sebelum Perang Indo-Pakistan 1971.
Hidayat Khan spy India yang menyamar.
Tugasnya adalah sebagai pemberi maklumat untuk kerajaan India, untuk menentang kerajaan Pakistan.
Tapi Hidayat ada kanser.
Sebelum mati, dia nak jadikan anak perempuan dia iaitu Sehmat sebagai spy untuk teruskan tradisi keluarga berkhidmat kepada negara.
Hidayat gunakan persahabatannya dengan Brigadier Parvez Syed dari Tentera Pakistan untuk kawenkan anaknya dengan Iqbal iaitu anak Brigadier yang juga seorang pegawai tentera.
Sebelum dikawenkan, Sehmat dilatih dulu untuk jadi spy.

Lepas kawen, Sehmat duduk Pakistan, kat rumah mertua.
Tak lama lepas kawen, bapak mertua dia dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral, yang menyebabkan semua dokumen penting pertahanan negara ada di rumah.
Masa ni lah Sehmat start jadi spy and transfer maklumat.
Tapi salah sorang pekerja dalam rumah mertua dia dah syak Sehmat ni spy dan plan untuk dedahkan pada majikan dia.
Sehmat terpaksa bunuh pekerja tu.
Dalam masa yang sama Sehmat dapat tahu kapal selam Pakistan nak attack India.
Keadaan jadi kacau bila abang ipar Sehmat (also a tentera) dah mula syakkan Sehmat.
Abang ipar dia ni pun Sehmat terpaksa bunuh.

Akhirnya suami Sehmat dapat tahu isteri dia seorang spy dan isteri dia yang bunuh ahli keluarganya.
Iqbal sayang Sehmat tapi bila melibatkan negara dia terpaksa tangkap isteri dia.
Tanpa Sehmat tahu, tentera India dah ada plan lain.
Tentera India plan, kalaulah suami Sehmat dapat tangkap Sehmat, dorang akan bunuh Sehmat supaya rahsia ni takkan terbongkar.
Nak dijadikan cerita, tentera India tersalah sangka.
Dorang ingatkan perempuan yang berjaya ditangkap oleh suami Sehmat adalah Sehmat, jadi dorang baling bomb.
Rupanya perempuan yang ditangkap tu adalah orang lain (suami dia pun tak perasan itu bukan isterinya sebab pakai burqa).

Terkejut dengan kematian suami dan hakikat bahawa tentera India sanggup pasang plan untuk bunuh dia, akhirnya Sehmat sedar betapa tak pentingnya relationships and humanity dalam kerja yang dia buat tu.
Akhirnya dia kembali ke India bila dia discover dia mengandung.
Sedih ending cerita.
Dia macam jadi lost bila hilang banyak orang-orang yang dia sayang hanya untuk protect negara.


6. Soorma (2018) | IMDB Rating 7.7/10 | Hindi


Ini biographical sports drama film based on pemain hoki Sandeep Singh.
Tahun 1994, Sandeep berkenalan dengan seorang perempuan nama Harpreet Kaur.
Perempuan ni main hoki.
Disebabkan dia nak mengorat perempuan ni, tak semena-mena dia blaja hoki.
Tak sangka, dia become good at hockey.

Abang Sandeep pun main hockey juga tapi aku lupa apa jadi kat abang dia [Hahaha. Nak buat review tapi lupa. Pebenda ntah].
Satu hari abang dia nampak adik dia boleh buat drag flick.
Tak ramai pemain boleh buat ni.
Jadi, abang dia train adik dia sampai drag flick jadi cantik dan mahir.
Disebabkan teknik drag flick ni buat dia diserapkan dalam pasukan kebangsaan dan digelar "Flicker Singh".

Tahun 2006, masa nak preparation berlepas ke Piala Dunia Hoki, dalam keretapi, secara tidak sengaja Sandeep kena tembakan di bahagian bawah pinggang dan menyebabkan dia lumpuh pinggang ke bawah.
Dah lumpuh, tak boleh mainlah.
Sandeep balik kampung, jadi macam orang biasa semula.
Tahun 2007, Sandeep pindah ke Belanda untuk buat terapi intensif selama setahun.
Akhirnya dia pulih dan kembali bermain untuk national team.
Oh one thing about Sandeep ni, sebab dia suka sangat dengan Hapreet, everytime Hapreet datang game, dia mesti takleh score.
Tumpuan dia always distracted dengan kehadiran Hapreet.
Masa Komanwel 2009 kat London, Harpreet datang.
Sandeep nampak Hapreet datang tapi dia berjaya concentrate and score the winning goal.
That indicates yang Sandeep sebenarnya bermain untuk India dan bukan untuk kejar cinta Harpreet.
At the end of the movie ni ada tunjuk rakaman arkib the real Sandeep Singh dapat Arjuna Award daripada Presiden India.

Filem-filem biography sport yang aku review pelase jangan skip. Wajib tengok. Memang best!


2022-02-17

Jangan pakai sekejap-sekejap pastu expect result kebabom.


Baru-baru ni meeting dengan customer di sebuah universiti.
Lepas meeting, waktu bersembang dia tanya "You umur berapa Diana?"

"Lebih kurang je kita, Dr".

"40 ada?"

"45 this year, insyallah".

"Sama kita rupanya. Tapi mata you takde crow feet lah. You pakai skin care apa?"


Baru aku tersedar memang ada orang kelebihannya boleh nampak small-small things like that, contohnya crow feet.
Orang macam ni jenis teliti.
Jenis macam aku ni, kalau pi meeting, fokus kat meeting je (dan kuih karipap kat depan).
Muka orang aku tak berapa nak pandang melainkan semasa menjawab soalan.
Itupun kadang next round datang aku dah lupa mukanya macamana.

Bila dia sebut pasal skin care, aku rasa memang ada kaitan dengan rutin penjagaan kulit.
Walaupun jenis skin care yang kita guna orang kata memainkan peranan, but to me as long as you jaga kulit secara rutin, brand adalah tak penting.
Walau macamanapun, aku masih setia dengan Clinique sebab benda dah pakai lama. 15 tahun kot.
Aku pakai Clinique sejak tahun 2007.
Masa tu pakai sebab aku dah lama teringin nak pakai Clinique.
Makcik-makcik aku kat Singapore masa muda-muda dulu pakai Clarins and Clinique.
Teruja rasa nak pakai brand tu one day. Tahun 2007 baru dapat.

Masa first time beli, aku pakai tanpa sebarang expectation.
Kulit aku jenis takde masalah. Masalahnya cuma tak putih-putih je. Kahkahkah.
Lepas beberapa bulan pakai Clinique, tak nampak apa-apa kesan yang ketara pada kulit.
Maybe aku tak perasan.
Atau maybe kulit aku memang tak bermasalah that's why takde perubahan ketara.
Atau maybe juga ketika tu aku masih muda.
Umur baru 30 tahun. Kolagen tengah banyak. Jadi tak nampak perubahan sangat.
Tapi boleh jadi aku nak kulit cerah kot sebab produk pertama Clinique yang aku beli adalah Brightening series.

Adakah aku putih?
Tak pun.
Tak mungkinlah jadi putih, kan.
Tapi kalau lebih cerah berbanding sebelumnya, maybe.
Banyak bukti-bukti dari gambar-gambar aku 10 tahun lepas berbanding sekarang.
Malah, sekarang aku lebih putih dari En Wan. Mbahahahaha.

Banyak produk Clinique yang aku pakai.

1. Moisture Surge Hydrator - yang ni untuk pastikan kulit kekal lembab. Sampai sekarang masih pakai.

2. Moisture Surge Hydrating Lotion - yang ni sepesen dengan yang atas. Tapi bentuk lotion. Malam-malam aku apply yang ni (kalau teringat. Selalunya lupa).

Moisture Surge series ni basically untuk taknak bagi kulit kering je.

3. Dramatically Moisturizing Lotion - ini moisturizer. Sampai sekarang masih pakai.

4. Clarifying lotion - ini toner. Sampai sekarang masih pakai.

5. Even Better Clinical - ini serum dari range brightening series.

6. Even Better Dark Spot Defense - yang ni sunscreen.

Even Better Lotion - yang ni lotion untuk muka. Yang ni sama function macam Moisture Surge Hydrating Lotion tapi dari brightening series. Tak pakai selalu, kejap aku pakai hat tu, kejap aku pakai hat ni.

Semua Even Better Series adalah untuk brightening.
Tapi tak bright-bright pun, kan? Hahahaha.
Tapi aku tetap pakai dari 2007 sampai sekarang.
Even Better adalah range yang pertama aku pakai dari Clinique. Kemaruk nak putih.

Kulit kita ni kalau dijaga dengan rutin, walaupun dia tak jadi putih macam Elsa Frozen, at least dia tak kusam.
At least dia nampak glow. At least dia tak kering.
Terbukti rupanya bila customer tegur skin aku.
Bukan nak kata pakai Clinique bagus (boleh jadi juga), tapi lebih kepada kalau pakai skin care, jangan pakai sekejap-sekejap.

Some people terlampau nakkan kesan yang cepat.
Kalau boleh pakai habis sebotol sebulan, terus nampak perubahan.
Kalau boleh pakai hari ni, lusa dah cantik.
Bila tak nampak perubahan, stop pakai.
Tukar pulak produk lain.
Bila muka jadi teruk, salahkan produk.
Eh, kulit kau pun pening tau kejap nak adjust dengan produk ni, kejap nak adjust dengan produk tu.
Sabar-sabarlah. Pakai satu-satu dulu.
Kulit kalau tengah teruk, memang lambat sikit healing processnya.

Masa Rayyan ada eczema kat tumit and lutut sejak lahir, aku pakai hydrocort 1% sampai 3 tahun.
Dia tak stopkan eczema, tapi kurangkan gatal.
Jumpa pakar kulit terkenal kat Subang Jaya pun, dia suggest pakai hydrocort juga.
Jumpa makcik-makcik tua, dia kata nanti budak dah pandai berjalan, benda ni hilang.
Ceh, takde maknanya. Tapi aku layankan je.

Hydrocort ni walaupun mengurangkan gatal, tapi kudis-kudis tu tetap ada. Tak hilang.
Itu yang aku come out with idea untuk buat Cleansing Gel.
Tikus putihnya Rayyanlah.
Selepas beberapa bulan guna Cleansing Gel, settle masalah. Alhamdulillah.

Bukan promote produk sendiri, cuma aku nak bagitau aku ni sejenis yang kalau guna produk, aku akan guna selagi dia boleh bagi perubahan walaupun sikit.
Perubahan tak banyak, takpe. Janji membantu.
Macam hydrocort tu kat Rayyan tak menghentikan kudis tetapi mengurangkan gatal.
That's why aku terus guna sampai 3 tahun.
Takde de aku guna 1-2 tiub, tak baik terus giveup.
Sebab aku tahu ada je orang lain pakai hydrocort 1 tiub dah baik, tapi anak aku pakai bertiub-tiub tak jalan.
Jadi, aku cuba juga guna dulu and ambil walau sedikit manfaat yang ada.
Tapi lepas Cleansing Gel aku berjaya hilangkan terus kudis tu, memang aku stop teruslah hydrocort.

Benda yang kita apply kat badan ni, takkan bagi respond yang sama untuk semua orang.
Jadi, kalau pakai skin care, mohon bersabar.
Jangan pakai hari ni, bulan depan tukar.
Selagi tak memberi mudarat pada skin, tak payahlah tukar dulu.
Healing process ni ambil masa. Kulit semua orang tak sama.

Contohnya kolagen.
Kalau ada bahagian badan yang lebih memerlukan kolagen, kolagen akan ke bahagian itu dulu.
Dah settle sana baru dia baik pulih bahagian badan yang lain.
Sebab tu ada orang makan kolagen, rambut jadi lebat, kurang gugur.
Orang lain makan, takde perubahan pada rambut pun.
Sebenarnya bukan takde perubahan tapi BELUM ada perubahan lagi.
Orang tu takde acne, kita ni ada acne.
Jadi kolagen tumpu pada baik pulih acne dulu, later baru dia baik pulih rambut yang gugur. Mohon bertenang.

Apa-apa pun komen customer tu kat kulit aku, buatkan aku yakin, muka ni kalau dijaga dengan baik (tak kisah pakai skincare apa brand pun), dia akan memberikan hasil.
Tak nampak sekarang, nanti lagi 20 tahun akan ada orang akan notice apa perbezaannya.
Tak perlu spend pada brand yang mahal-mahal (kalau mampu, silakan), asalkan basic skin care mesti ada:

- lepas pakai mekap, cuci bersih! Pastikan no residue.
- kalau pakai cleanser berasaskan krim/oil, tolong apply toner selepas tu.
- apply sunscreen kalau keluar rumah atau ketika duduk dekat dengan cahaya matahari (walau dalam rumah).
- moisturiser JANGAN TINGGAL.
- mask selalu orang anggap tak penting. Aku taknak cerita panjang kat sini pasak mask nanti jadi blog ilmiah. Yang aku nak pesan, pakai mask at least seminggu sekali.

Hat ni skin care basic 👆. 
Yang lain-lain macam serum, night cream, lotion, boleh tinggalkan dulu.
Ada rezeki esok, beli. Jangan semua-semua nak beli serentak.
Aku dulu pun beli 2-3 je dulu. 
Lepas dah guna 7-8 bulan, nampak macam skin takde outbreak, serasi, baru tambah 1-2 lagi produk.


2022-02-16

Cakna sikit produk yang awak carry, jangan semua bantai "Boleh!"

Nampak ada kawan FB share post dari orang atas ni 👆.
This is not something new but good lah bila benda yang aku terpikirkan sejak bertahun yang lepas, hingga sekarang masih ada orang notice.
Rasanya yang baca blog aku boleh perasan aku pernah suarakan benda ni banyak kali.
Masa aku balik Tganu dulu kat simpang empat ada sebesar-besar papan iklan - JOM, TAMBAH PENDAPATAN DENGAN KAMI (something like this).
Aku macam, kau spend duit buat papan iklan untuk recruit agen?
Aku tak kenal produk kau, camana aku nak jadi agen?

Bak kata post Dr di atas, terlampau ramai founder yang bukannya menjual product, tetapi menjual peluang menjadi agen.  
Dan agen-agennya juga diajar untuk menrekruit more agen.
Ada betulnya juga sebab kebetulan hari tu orang share another post berkenaan isu ni.
Siap dengan screenshot sebahagian gambar-gambar di bawah ni. 

Kalau tengokkan dari screenshot di atas, nampaknya agen tak berminat nak sell produk, lebih berminat nak recruit more agen.
Betullah kata post Dr tadi, produk founder adalah agen.
Sebab dari screenshot ni tak nampak komen "Siapa nak beli produk A, boleh contact saya".
Takde. Dibantainya komen nak rekruit agen lagi dan lagi.

Inilah exactly apa yang aku pernah tertanya-tanya dulu, tentang fokus dorang ni sebenarnya apa?
At the end, you all jual apa ni?
Memang tujuan produce produk untuk jadi kaya sahaja ke camne?
Jadi statement "Kami nak bantu ramai orang", bukanlah referring to produk yang you all carry, kan?
You all just "nak bantu" orang lain supaya jadi agen juga, kan?
In other words, your product doesn't really help oranglah.
Itu hanya sebagai 'alat' untuk rekruit agen saja, am I right?

Ya, aku faham, semua orang nak jadi Bill Gates.
Tapi, successful people bukan tertumpu kepada menjadi kaya semata.
But, nak buat macamana, sekarang zaman flex possessions.
Tak hensem tak apa, janji kaya.
Tak pandai tak apa, janji kaya.
Tak lulus SPM tak apa, janji kaya.
Tu pasal ramai yang sanggup buat apa saja, buat video bodoh pun sanggup demi sebuah content asal produk laku nanti boleh jadi kaya. 

Kalau dapat publish or flex kehidupan mewah baru dikatakan kaya.
Kalau tak flex, umpama tak successlah.
Maybe inilah game certain founder.
Objektif perniagaan mereka bukanlah menjual produk tetapi lebih kepada men-rekruit agen.
That's why marketing mereka tak lari dari "Nak capai pendapatan 5 angka sebulan?", atau "Surirumah pun boleh jadi kaya". 
Because they don't care about helping others to capai better health.
They care more about their own pocket.
These people don't talk much about their product, or what can the product do, or what is the science behind the product yang menyebabkan the product can do this or that. Takde.
Balik-balik "Kami bantu anda capai pendapatan 4 angka!".

Jenis yang berniaga macam ni aim dorang memang untuk jual kepada agen, bukan pada orang awam.
Dan they encourage agen untuk rekruit agen bawahan juga. 
At the end semua pakat mencari agen tak sudah-sudah. 
Kalau tanya tentang produk, sure dibantainya semua boleh. 
Masing-masing takde masa nak study produk sebab sibuk cari new agen.

Actually aku tak kisah sangat bab dia nak rekruit satu dunia pun.
Yang aku jadi bengang tu set-set inilah yang membuatkan market supplement jadi buruk.
Semua pakat nak jadi the best agen, jadi lantaklah kot mana asal stok habis supaya boleh dapat anugerah agen terbaik.
Bila customer tanya boleh tak produk ni cure kan saya?
Semua dibantainya boleh. Nak habiskan stok punya pasal.
People yang sungguh-sungguh produce good product pulak yang jadi tukang bersihkan taik-taik yang dorang dah tabur ni.
Disebabkan dorang ni jugalah, medical doctors jadi menyampah dengan semua founder yang produce supplements.

The thing is, kalau jual benda yang tak teknikal, takpe.
Jual kain ke, jual tudung ke, jual emas ke, jual ikan segar ke, jual rempah memasak ke [gitu].
Ini semua benda tak teknikal.
Berbeza dengan supplement, produknya bersifat teknikal.
People take supplements to maintain or improve their health.
Tapi tak semua orang boleh ambil supplement.
Hat ni lah yang kita kena banyak ceritakan. 
Siapa boleh ambil, siapa tak boleh, kenapa tak boleh.
Kata nak HELP PEOPLE, kan.  
Ini tak, dibantainya "Lepas surgery elok makan supplement".

Oiii jangan buat pasal. Tak semua orang boleh makan supplement, walau namanya vitamin.
Especially kalau ada certain health conditions.
Please ambil tahu sikit the science behind produk, jangan pikir nak jadi jutawan je.
Tu yang ada agen jual kolagen cakap "Kolagen boleh minum dengan kopi".
Hah elok sangat. 
Tu lah jadinya kalau aim hanya nak jual, nak kaya, nak habiskan stok, tapi tak tahu apa yang boleh, apa yang tak.
Semua dibelasah boleh, janji stok habis.

Tak salah nak jadi kaya.
Tapi janganlah sampai konfiuskan orang.

2022-02-15

Bukan celebrate Valentine's Day.


Semalam 14 Feb. Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap kali 14 Feb, aku and En Wan akan date together sama ada untuk lunch atau dinner.
Bukan celebrate Valentine's Day.
Kitorang memang suka ambil peluang ni untuk dating.
Tau je lah kan, time Valentine's, banyak restoran buat pakej special.
Masa ni la nak tengok restoran di decorate cantik-cantik.
Pakej makanan pun sedap-sedap. Lagu dalam restoran pun mood chenta.
Hari-hari biasa payah nak jumpa pakej-pakej macam ni.
Time-time macam ni baru boleh ambik peluang dan ambik feel.

Semalam, kitorang lunch kat Windmills.
Rayyan ikut sebab dia suka makan kat sini.
Sekali rupanya, semalam dapur dorang close untuk menu lain except menu dalam Valentine's Package.
Kesian Rayyan tak dapat makan his favourite chicken grill.
Tapi nasib baik pakej yang kitorang ambil tu ada eskrim.
Dapatlah legakan Rayyan kejap sementara mak bapaknya makan kat dalam tu.

Aku ambil Lamb Grill and Roasted Chicken.
En Wan beef steak and apa ntah, lupa.
Set ni datang sekali dengan Crab soup.
Nasib baikkkk Crab soup ni ada, kalau tak aku pun macam Rayyan gak kecewa.
Setiap kali datang sini (baru 4 kali je pun), Crab soup ni tak pernah tak order.
Main course boleh tukar-tukar tapi Crab soup maintain. Sedap gila!

Lamb grill dia tak banyak. Kalau makan hari biasa, banyak sikit.
Maybe dorang membayangkan yang datang semua pasangan bercinta yang makan pun cuit-cuit sebab kontrol ayu. Tu yang letak sikit tu.
Dia tak tahu yang datang semalam jenis tak cover ayu.
Ayu pun tak, nak cover apanya. Kahkahkah.

Tapi kan, kalau kau memang hampir setiap hari makan berdua dengan suami, kerja pun seofis, ke mana-mana pun bersama, hari-hari pun dah macam dating tak payah tunggu special day macam semalam.
Cuma bezanya, hari-hari biasa payah nak jumpa restoran denggan aura percintaan.
Semalam siap ada bunga ros, siap dapat hadiah teddy bear tau tak.
Last aku dapat teddy bear masa becinta dulu, dia pos Hard Rock Cafe Osaka punya teddy.
Itulah first and last.

Kitorang punya Metversarry bulan December, 23hb. Tengah sibuk nak Krismas.
Memang best betul setiap kali celebtrate.
Kalau lepak hotel, dah ada aura Krismas.
Pakej makanan pun sedap-sedap. Nak Krismas katakan.
Yang best tu bila pakej-pakej hadiah semua cantik-cantik.
Coklat pun nampak sedap je semua.
Terus membangkitkan mood nak celebrate anniversary.
Tu pasal aku lagi enjoy celebrate Metversary dari Wedding anniversary.
Wedding anniversary aku bulan 5, takde mood celebration apa-apa time tu.
Kalau nasib baik, jatuh bulan puasa. Dapatlah tumpang pakej Ramadhan buffet 😆.

Kalau tengok bulan Ramadhan, baik kat Bazaar mahupun hotel, yang makan bukan orang Islam je, tapi non-Muslim join sekali.
Sebab, waktu bulan puasa ni lah nak jumpa makanan sedap-sedap.
Merata-rata bazaar Ramadhan. Hampir semua hotel buat pakej buffet.
To me this is the beauty of celebration.
Apa-apa je celebration kat Malaysia ni, kalau kalau ada ruang untuk try makan best-best, memang aku excited.
Pantang ada peluang makan sedap, jom!

Jadiklah, sekeping buat rekod letak dalam blog.
Tahun depan kalau aku ajak makan on 14 Feb sekali dia buat excuse "Mana pernah kita dating on 14th Feb?", senang aku nak cari bahan bukti.

Sebut pasal makan, dalam 2 minggu lepas aku and En Wan sanggup ni drive dari Putra Heights ke Kundang (approximately 17 km from Rawang) untuk membeli kuih.
Ini kedai salah seorang blog reader.
Lama dah kenal dia (kenal kat blog), tapi pernah beberapa kali jumpa.
Pernah datang open house rumah aku.
Pernah order makanan beberapa kali, dari zaman dia buat from home sampailah now dah ada mini bakery.
Alhamdulillah, suka aku tengok growth macam ni.

Kuih and kek Ena memang sedap. Kalau tak sedap, takde de sampai dah boleh bukak bakery.
Bermula dengan buat sandwich, sampailah now dah buat kek, roti, puding, pastry. Kek wedding pun dah buat.
Rasanya hari yang aku pergi cuti. Cuti apa ntah, lupa. CNY kot.
Tengah-tengah breakfast kat mamak, En Wan ajak "Jom lah, pergi kedai kawan awak tu, kata nak beli roti".

Aku macam, kawan aku yang mana bukak kedai roti ni? Apesal aku tak tau?

"Kawan FB awak tu. Yang awak kata dah bukak bakery tu".

Aku pun terusssss, JOM!
Bukan senang nak dapat greenlite gini.
Jauh kot sekadar membeli roti. Hahahah.
Terus aku call Ena bagitau nak datang.
Kebetulan dia tengah masak kuih Puteri Ayu Choc Cheese.
Aku memang tengah cari kuih ni. Aku suruh dia asingkan siap-siap.
Jauh ni nak datang, kalau habis, naya guwe.
Kebetulan aku nak balik Bangi petang tu, Ima ada. So bolehlah makan ramai-ramai.

Ini depan mini bakery Ena. Kedai ni bersambung dengan rumah dia. Dia extend jadikan kedai.

Padahal pagi tu dah macam-macam kuih and roti dia buat.
Aku sampai sana 11.30am okeh, belum tengahari tapi rak dah hampir licin.
Chiller dah hampir kosong.
Orang kat sana semua dah pakat membeli kat bakery Ena.
Tapi kuih Puteri Ayu aku berjaya diselamatkan. Aku ambik semua.
Pastu nampak kat Chiller ada cream puff, ambik 2 pek.
Pastu ambik kek pisang choc sebekas.

Terang betul nur yang memancar kat tepi aku tu 😁.
Ini tokeynya, Ena.
Aku beli 2 plastik je. Sekali Ena kaut kaut kaut macam-macam kek and kuih terus jadi berplastik-plastik.
Banyak gila kot dia bagi!
Rezeki adik-beradik aku nampaknya petang tu.
Semua aku bawak ke Bangi, tinggalkan 1 pek Puteri Ayu and 1 pek cream puff je untuk aku makan kat rumah.

Kek marble choc, puding mangga, sandwich daging, sandwich ayam, choc cake - semua Ena bagi.
Aku punyalah teringin, masuk je kereta terus capai Puteri Ayu dulu.
Ya Allah, sedapnyaaaa.
First time aku makan Puteri Ayu Choc Cheese ni jiran belakang rumah bagi.
Ingatkan makanan terbaru, rupanya orang lain semua dah makan, aku je baru jumpa.

Sandwich daging tu satu pack ada 4 pcs.
Semua empat Ibal bedal. Tak pelawa orang lain, dia angkut sebekas tu sekali hadap je.
Sedaplah maknanya tu.
Azrul makan yang sandwich ayam pun dia kata sedap.
Aku tak makan sandwich sebab aku kan tak reti makan roti yang dah bersos bermayo.
Jadi, aku tukang tengok je. Sandwich semua habis, maknanya memang sedaplah tu.

Puding mangga memang sedap.
Kitorang makan lepas dinner. Sekali hadap potong potong potong, tau-tau tinggal tray.
Laki aku bertambah dua kali.
Tapi sebab ramai, kan, jadi potongannya takleh besar-besar.
Bagi semua dapat rasa. Aku dapat rasa, alhamdulillah sedap.
Patutlah aku pernah nampak Ena update kat FB sekali buat puding mangga sampai 20 bekas terus, rupanya sedap.
Ramai permintaaan agaknya.

Kalau korang pernah dengan Kek Pisang Kayangan, haaa inilah keknya.
Selalunya orang jual satu bekas besar.
Tapi Ena ada jual pek kecik-kecik macam ni. Bolehlah beli.
Ada satu kuih dari Ena yang aku suka sebab dah makan banyak kali, tapi hari tu kuih tu takde.
Korang boleh beli APAM PISANG. Apam pisang dia sedap.
Try tanya Ena boleh buat delivery tak.
Tak pun, korang datang hujung minggu.
Tempah siap-siap and collect. 
Boleh whatsapp Ena di sini: Whatsapp Ena, atau Follow IG Oven dan Loyang.



By the way, Ena salah seorang agen untuk rempah aku ni. 
Dia nak letak kat kedai dia katanya.
Tapi stok untuk Ena rasanya esok baru pos.
Partner aku dah panik bila aku cakap 300 pek sold out in 24 hours.
Dia cakap "Weh, stop kejap boleh?"
Apa stop-stop? Dah start, kan. Jalan terussssss.

Insyallah, sekali jalan rempah ni boleh dibancuh 100kg. 
Ini bukan produk kilang, ya. Ini SME. 
Blend from scratch. Serai pun jemur sampai kering. Lada hitam pun sangai dulu.
Setiap kali buat, setiap kali tu kita akan check percentage abu and water acitivity supaya produk tahan lama, insyallah.

Memandangkan agen pun belum dapat stok sepenuhnya, kita masih maintain lagi harga pengenalan ni.
Hanya RM10/pek.
Berminat, whatsapp Admin 1 atau Admin 2.





2022-02-14

Langkawi - nak tengok Redza graduate.


Dah lebih seminggu aku balik dari Langkawi jumpa Redza, rupanya aku tak update kat blog lagi.
Semalam ada yang DM "Bila Kak Di nak tulis pasal Langkawi?"
Aku macam..oh aku belum update lagi eh? 😆.
Bila ada macam-macam akaun media sosial ginilah jadinya.
Dah up gambar 2-3 keping kat IG, terus terlupa nak update blog.
Rupanya tak memadai ya gambar 2-3 keping tu? Hahaha.

Trip ke Langkawi hari tu cuma 1 malam je.
Bukan bercuti. Datang nak tengok anak je.
Macam korang tiap-tiap bulan jenguk anak kat asrama.
Kitorang ni anak over the sea, tak dapek nak pergi tiap-tiap bulan.
Maka, pergilah bila ada hal-hal penting, contohnya, nak hantarkan songkok and kain sampin.
Kitorang pergi 4 Feb, sebab patutnya 5 Feb tu majlis graduation Redza.
Memang dari awal tau dah itu majlis tertutup, parents tak dijemput datang atas faktor Covid-19.
Tapi En Wan nak sangat tengok anak dia pakai jubah graduation, dapat tengok dari luar pagar pun takpelah.
Saja, nak suka-suka tengok anak.

Cikgu and parents dah buka order kat whatsapp group untuk beli graduation bouquet.
Sekali aku terperasan yang tarikh graduation 6 Feb, tunda satu hari.
Tiket dah beli. En Wan kata takpelah, pergi je.
Nanti kita cari Redza kat masjid sebab kebetulan kitorang gerak Jumaat pagi.
Sempatlah nak gi cari dia kat masjid.
Dapatlah pass kat dia kain sampin and songkok untuk pakai hari majlis.

Bertolak dari rumah pukul 5am. Drive sendiri je kat airport, senang.
Tinggalkan kereta kat situ satu hari.
Takyah kalut nak tunggu grab atau taxi.
Lagipun kalau nanti balik dengan kereta sendiri, boleh singgah mana-mana.
Alhamdulillah, segalanya smooth.
Keluar awal, takdelah terkejar awal.
Tau je lah kan, KLIA2 punya pintu jauh mana.
Menapak melintas jambatan tu.
Sempatlah aku lepak dalam surau 20 minit lebih awal tunggu Subuh. Surau pun takde orang.

Flight pagi smooth.
Bertenang-tenang aku kat atas tu dapat settlekan 1 juzuk kau.
Dasar penakut.
Kalau tak, aku bukannya boleh tidur pun.
Baik aku cari benda untuk dibuat nak distract minda aku dari berimaginasi yang bukan-bukan.
Dari airport terus breakfast kat Nasi Dagang Pak Malau.
Punyalah berkali-kali aku dok pulang balik pulang balik ke Langkawi, inilah first time aku datang sini.
En Wan kalau pergi Langkawi sorang-sorang dia singgah sini.
Dengan aku dia tak bawak sebab dia kata aku cerewet takut kucing.
Tapi hari tu takde kucing, kalau ayam bersepah.

Kitorang sampai ni masih tak ramai orang.
15 minit lepas tu, full takde seat sampai orang menunggu.
Memang semua turun flight pakat breakfast sini terus agaknya.

Kaunter nasi dagang ni macam kaunter nasi dagang Masjid Kinrara Puchong.
Ginilah pesennya, dengan periuk-periuk bersusun macam ni. Tinggal pilih je nak apa.
Tapi kat sini ada lauk kuah nasi dagang daging.
Selalu orang makan nasi dagang dengan ikan je.
Tapi kat sini ada lauk daging.
Aku ambik daginglah, apa lagi.
En Wan nasi dagang original makan dengan ikan.
Rayyan tak reti makan nasi dagang, dia always nasi minyak lauk ayam.

Yang bestnya kat sini kuih-muih sangat banyak.
Terus aku macam "Ini kalau Mak Aji ada sekali, tak habis dia menapau ni".
Tapi ni je gambar kuih aku sempat snap. Ada banyak lagi sebenarnya.

Mak Aji cukup suka kedai yang ada kuih-kuih melayu macam ni.
Tu pasal kalau pi JB, balik-balik kitorang makan kat Sedap Corner sebab situ kuih-kuih melayu sangat banyak.
Mak aku enjoy makan kuih-kuih melayu ni.

Hari tu aku sempat ambik karipap kentang je.
Lepas tu orang dah ramai kerumun-kerumun aku dah macam risau nak tempuh orang ramai.
Dia menjak semua dah cucuk vaksin ni, dah tak berapa nak kisah bergesel badan.
Asal tak sentuh mata and hidung je kekdahnya.
Yang penting mask on, ya. Mask jangan tanggal.

Ini menu utama di sini.
Nama pun Nasi Dagang Pak Malau, kalau datang sini hanya nak pekena kuih, memang tak kenalah.
Mestilah makan nasi dagangnya.
To me, nasi dagang dia boleh makan.
Aku pernah makan nasi dagang yang lagi sedap dari ni.
Tapi oklah nasi dagang Pak Malau ni. Boleh datang lagi.
Insyallah next month kitorang ke Langkawi lagi untuk ambil Redza balik for good, bolehlah singgah sini lagi.

Yang bonus kat sini dalah view belakang tu.
Cantik and kedesaaan makan tepi sawah.
Instagrammable sungguh bergambaq makan dengan pemandangan sawah.
Kan rare tu.

Ini Pak Malaunya, siap bertanjak bagai.


Lepas makan, En Wan pujuk aku pi naik bot.
Aku dah berapi dalam kereta. Pung pang pung pang aku bancuh.
Baru turun flight, dah suruh aku naik bot.
Aku mikir nak kena naik flight pun sampai takleh tido.
Baru je aku nak bertenang, dah suruh aku panjat bot pulak.
Memang memintak aku bancuhlah, kan.
Dia kata "Kita gi tengok dulu, kalau tak ok, takyah naik".

Ajak aku pi sini. Paradise 101 Langkawi .

Situ je pun pulaunya. Naik bot 2 minit je.
Kecoh lebih mak kau ni, Rayyan.

Oklah, kali ni aku naik bot dengan tak gabra lansung sebab yang pertamanya, dekat sangat.
Yang keduanya, tak dilambung ombak lansung sebab ombak tak masuk pun kawasan ni dek kerana ada pulau lain kat depan tu.
Kawasan pantai yang bot lalu ni airnya tenang.
Pantat kau takkan melambung-lambung atas bot.
Aku bukan apa, pengalaman naik bot ke Pulau Redang dulu buat aku tobat nak pegi lagi.
Tak pegi lagi Pulau Redang tu pun takpelah.
Melambung-lambung pantat aku, ombak bantai kaw-kaw.
Habis keluar segala zikir, azan.
Penumpang dalam bot tu lagi seram tengok aku menjerit dari tengok ombak. Kahkahkah. Gasak kau situ.

Apa ada sini?

Kalau korang jenis enjoy beach, datang sini.
Kalau sesaja nak datang tapi tak mandi, tak main jetski, tak payah datang.
Macam aku datang sini, bukan buat apa pun. Ambik gambar je.
Makan pun tak sebab awal sangat sampai, cafe tak bukak lagi.

Tiket kau masuk ini bersekali dengan voucher buffet (lunch).
Tapi bukan makan free dengan voucher tu, kena top up sikit lagi kat dalam tu.
Voucher tu berapa ringgit je dia bagi.
Kau kena top up kalau nak makan nanti.
The thing is, kalau kau nak makan ala carte walaupun air, takde ya.
Kau kena makan buffet juga.
Pandai gak dia buat pakej gini.
Nak tak nak, orang kena top up juga duit untuk makan buffet.
Kitorang hari tu bukan taknak top up, tapi nak kejarkan pi jumpa Redza kat masjid, makanya, voucher tu burn begitu saja.

Banyak juga spot cantik-cantik untuk bergambar.
Tapi hari tu aku takde mood sangat nak bergambar.
Panas terik (walaupun panas pagi). Aku takut aku migrain je nanti kena panas-panas ni.
Jadi, aku banyak menyorok kat tempat redup.
En Wan and Rayyan je lah yang merayap banyak untuk bergambar.
Ramai yang datang situ sebab nak mandi and main.
Laut air tenang, memang best la nak berjetski and mandi.
Silakanlah pergi kalau datang sana.
Aku lupalah tiket berapa harga. Tak mahal pun.

Kesian En Wan, nak ajak bini ambik gambar sama-sama pun kena merayu-rayu.
Aku bukan taknak, tapi nak preserve kepala aku dari kena migrain attack.
Ni masih pagi, panjang lagi hari nak tunggu ke malam.
Aku kalau dah kena sakit kepala, satu hari tu kira gone, ya.
Melepek muntah belahak siap. Karang tak jadi apa nanti.
Tapi aku ambiklah jugak, buat syarat bukti dah sampai.

Dulu, masa aku kerja sales, ke sana sini everyday sampai lebam kulit aku kena panas, boleh dikatakan pain killer sentiasa ada dalam handbag.
Asal sakit kepala je, aku telan sebiji.
No choice, kalau tak, aku takleh buat kerja.
Kadang-kadang aku telan Tramadol. Ini power punya ubat.
Now dah tua-tua ni, banyak memerap kat rumah je.
Tak kuasa aku nak mencekik pain killer je.
Tu pasal kalau nak ajak aku berjalan tu ada sikit payah.
Aku taknak ruin orang punya program kalau sakit kepala aku datang.
Adalah lebih baik, korang je pegi berjimba, aku lepak dalam bilik pun takpe.
Tapi bagus juga tau gini, ada hikmahnya.
Cuba kalau aku kebal panas, mesti aku masih seperti dulu, tukar 2 piece terjun dalam laut. Hahaha.


 

Ini video sempat En Wan ambik dalam perjalanan dari pulau Paradise kembali ke tanah besar.
Orang lain pergi pagi balik petang, kitorang 1 jam je dah patah balik.

Lepas tu terus ke mall untuk shopping barang Redza.
Dah alang-alang ke sana, dapatlah belikan dia barang sikit.
Budak-budak ni takleh outing, semua barang kena melalui ko-op.
Apa yang ada kat ko-op boleh beli di sana, kalau takde boleh request.
Si Redza ni jenis tak kisah. Nak tunggu dia men-request memang taklah.
Apa yang ada kat ko-op tu dia beli. Yang takde, dia buat diam je.
Dalam hal ni, menyenangkan kerja aku.
Hari tu bapak dia cakap meh sms Redza dulu tanya apa barang dia nak.
Aku cakap "Tak payah. Kalau ditanya, semua benda dia kata tak payah. Dia yang betulnya, belikan aja. Hantar".

Hari tu belikan biskut-biskut, jajan, maggi, Milo, susu low fat, shampoo, sabun, sabung basuh, toiletries, dan segala tok nenek yang aku rasa dia perlukan.
Kalau tanya dia, memang semua dia kata taknak.
Cuba kalau dibelikan, dia takkan kata apa punya.

Lepas shopping try call Redza tanya ada kat mana.
Dia kata now dah siap-siap tunggu bas.
Maka kitorang terus ke masjid. Tunggu dia kat sana je.

Alhamdulillah, dapat jumpa Redza.
Sardin je anak aku turun bas dengan tak pakai mask, tak bawal sejadah.

"Ma, ada mask lebih tak? Mask Redza tak tau jatuh kat dalam bas tak jumpa"

"Abis, sejadah mana? Tak bawak?"

"Lupa"


Nasib baik bapaknya dah prepare bawak sejadah siap-siap dari rumah.

Sejuk hati tengok anak-anak ni gi bersolat kemain smart dengan bersampin lengkap.
Baju putih Redza pakai tu adalah baju yang sama dia pakai lusanya (Ahad) masa graduation.
Betul-betul tak kisah budak ni tau.
Baju skolah pun ok, janji baju melayu konsepnya.

Budak-budak ni solat Jumaat tak masuk dalam, semua di luar.
Aku rasa dia nak bagi gap supaya tak berada dekat dengan orang luar.
Dorang kan memang terkurung dalam skolah, jadi bila sesekali keluar agak berisiko juga.
Maka, dorang tetapkan budak-budak ni solat di anjung.
Tapi, Redza hari tu mencilok masuk dalam masjid sebab nak solat sebelah bapak dia.

Ingat nak pass barang-barang beli tadi dengan dia terus kat masjid, tapi dia kata mintak kitorang pass kat depan pagar skolah.
Jadi, lepas solat, dapatlah jumpa dia lagi kat sekolah pulak.
Mak bapak hanya depan pagar saja, ya.
Tapi sempat jugak bergambar. Nasib baik guard baik.
Sekian sajalah sesi berjumpa Redza.
Takpe, lagi sebulan lebih je lagi. Lepas tu kita ambik dia bawak balik terus.
Tak sangka Redza tak sampai 2 bulan lagi dah nak habis sekolah.
Rasa macam baruuuu je aku dengar dia baca buku tadika "This is my penily. I love my penily". *nangis*

Lepas tu terus pi makan. Dah nak pukul 3pm tak lunch lagi.
Ini kedai feveret. Rasa dah banyak kali aku letak gambar aku makan sini.
Nama kedai ni HIJAU kalau tak salah.
Sini lauk-pauk banyak. Dan yang best ikan-ikan bakar dia banyak jenis.
Aku macam biasa, akan sauk siakap dulu.
Kuah asam dia mahvelles!
Walau dah nak pukul 3pm, lauk-pauk masih banyak pilihan.

Lepas makan barulah check in.
Aku macam biasalah, no idea mana tempat aku bakal stay ni.
Tapi En Wan berani-beranilah nak buat lawak dengan aku stay tempat merepek-repek, memang aku keluar tido hotel lain.
Nasib baik hotel ok.

Kitorang stay Ocean Residence.
Hotel ni kalau tepi jalan memang tak nampak. Dia ke dalam sikit.
Jalan masuk pun kecik je macam lorong.
Tapi tetiba kau nampak gah pintu masuk Ocean Residence.
Macam ada di suatu kawasan yang lain. Gitu.

Kat sini ada villa, ada cabin house dan ada long house.
Long house ni umpama bilik hotel.
Kalau villa and cabin house ada siap dining area, and hall.
Aku datang 3 beranak je, sesuailah ambil long house.
Long house dia konsep bukak sliding door terus terjun masuk pool.
Ni kalau datang satu famil besar dengan adik-beradik ambik sampai 5-6 bilik, pool tu consider korang punyalah.

Selain dari pool long house ni, ada infiniti pool juga kat area villa.
Villa takde 'private' pool macam long house. Kalau nak mandi kau kena datang infiniti pool.
Macam long house ni best sebab pool betul-betul depan bilik kau.
Nak mandi sampai tengah malam pun takde sape halau.

Ini tugas aku kat sana - mengambil gamba dua beranak ni berendam dari hujung ke hujung.
Selebihnya hanya lepak dalam bilik tengok TV dan makan.

Harga bilik RM300+ untuk satu malam.
Bilik dia kecik je, and very basic.
Almari pun takde, just tempat nak menggantung baju.
Tapi iron and board semua ada dalam bilik.
Hari tu kitorang ambil extra matress. Matress ya, bukan katil.
Sebab bilik kecil, tak muat nak masukkan extra bed.
Masuk bilik tu kitorang kena re-arrange perabot sebab nak muatkan tilam and sediakan space untuk solat.
Bilik air takde bathtub.
Nak buat apa bathtub kalau ada 'private' pool, kan.
Tapi shower dia lebat betul. Puas mandi.
Yang penting, ____________ [sila isi tempat kosong, 5 markah].

Dua beranak tu lepas berendam, masing-masing terbongkang sampai Maghrib.
Lepas solat baru keluar dinner.
En Wan dah plan nak makan kat Telaga Seafood, di Pantai Cenang.
Aku yang malasnya masuk Cenang ni, HAZABBBB dengan umat.
Musim-musim penyakit ni, risau juga nak bersesak-sesak, tapi kena hati-hati je lah.
Tempat parking, kalau kau nak park tepi-tepi jalan depan kedai tu memang kirim salamlah.
Tapi takpe, dorang ada sediakan tempat parking orang awam. Besar kawasannya.
Cuma kena menapaklah jalan kaki untuk ke kedai yang korang nak tuju.
Kalau jenis kaki masih larat nak berjalan jauh, takpe.
Dapat yang tak larat nak menapak, memang letih.
Tapi sebenarnya bila kau berjalan kaki kat situ tak terasa jauh sebab kiri-kanan kedai meriah-meriah.
Kau ralit dengan kedai kiri kanan tau-tau dah sampai Telaga Seafood.

Orang memang ramai kat dalam ni. Tapi, tempatnya besar dan banyak juga meja.
Hari tu kitorang tak tunggu lama, 5 minit je dah dapat meja.
Ada live band sekali dalam ni. Ikan boleh pilih sendiri, jangan risau.

Pilihan seafood sangat banyak. Cuma hari tu ikan kerapu takde.
Takpe, siakap ada.
Makan 2 orang je, tak enjoy sangat sebab tak banyak makanan boleh order, takut tak habis.
Rayyan nak makan chicken grill.
Jadi, aku berdua je dengan En Wan nak meratah ikan siakap ekor, udang goreng tepung and tomyam campur.
Nak order lobster takut tak terabis pulak.
Dilema betul kalau makan berdua.
Tekak nak makan macam-macam tapi takut tak habis.
Kalau makan ramai-ramai tu at least bolehlah cuit sana sikit, cuit sini sikit.
Overall makan malam hari tu RM150 saja. Oklah, price dia.
Cuma, lambat sikit makanan sampai. Ramai orang agaknya.

Esoknya check out awal sebab En Wan ajak merayap ke Impian Suri.
Laki aku ni lagi kuat berjalan dari aku tau.
Dia yang pujuk aku masuk sini.

"Taknak beli periuk?"

"Hari tu kata kuali dah rosak, pegilah beli".

"Ni alas periuk panas, taknak beli?"

"Pyrex ni kata hari tu nak beli yang kecik-kecik, banyak ni. Belilah".


Ya Allah. Aku ni bukan taknak beli.
Tapi memikirkan nak mengangkut naik flight.
Airport sini bukan macam KLIA tu.
Sini nak kena angkut segala tok nenek barang panjat tangga flight tu.
Tapi buat syarat dah masuk kedai, belilah jugak sikit.
Selebihnya simpan bulan depan last gi Langkawi ambik Redza bawak kereta baru aku borong.

Kali ni tak pergi Haji Ismail pun sebab masa beli barang-barang untuk Redza, dah sekali beli coklat kat situ.
Coklat pun aku dah tak tau nak beli apa.
Rasa macam kerap nau pulak beli coklat kat Langkawi.
Kalau Redza balik bercuti pun akan kirim coklat.
Yang makan kat rumah ni tak ramai pulak tu.
Nantilah, bukan depan beli banyak sikit.

Flight balik on time, alhamdulillah, cuma experience dia tu yang aku tak berkenan.
Rupanya musim angin tengah kuat.
Dari take off atas landasan lagi kapal tu dah ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan.
Masa naik lagilah ke tepi ke tengah kejap kejap terasa kapal terturun.
Ya Allah, tak tenang betul aku nak menghabiskan 1 jam perjalanan.
Benda-benda macam ni yang jadi punca aku bergaduh kalau nak berjalan.
Faktor persekitaran telah menyumbang kepada pergaduhan suami isteri. Kahkahkah.

Tuan besar sedang menikmati Stabucks sementara tunggu amma habis solat.