2007-11-30

Mari beli lipstik baru. Guardian ada sale. ("Ko beli lipstik kat Guardian, Diana?? Hek elehhhh", kata kawan saya.


edit la pofil kt edit pofil..
ikut arahan dberi..awk name pe wak?
alla combunk la..da kwin ke? adehh
owg br nk cri armmmmm...



----------------- Original Message -----------------
From: green apple
Date: Nov 29, 2007 6:22 PM


hai hai hai!!
camana nak edit profile huh? tak penah guna la benda ni.
nak change my status from single to married!

:D


----------------- Original Message -----------------
From: *************
Date: Nov 29, 2007 4:55 AM

so beauty..
we fren right now ples..,,uwahh i love u hihi
do reply this plesS k



Ini namanya malapetaka.
Kawan aku invite join myspace.com. Aku pun buat la. Padahal aku sendiri tak tau apa fungsinya benda ni bila aku dah ada Frenster. Frenster pun layan tak layan je. Jarang nau aku check Frenster aku.

Bila dah sign up myspace tu aku pun takde la nak check ke, proofread ke apa. Pagi ni aku tengok ada 29 request dan semuanya dari lelaki.

Ok.
Something wrong somewhere.

Aku bukak balik myspace.
Patut la.
Status aku : SINGLE.

Aku pun tak perasan kat mana option marital status ni tau-tau aku jadik single.
Puas la pulak aku menggodek sana sini tapi cam tak jumpa lak mana punatnya nak menukar status ni.

Seblom En Wan tau keje gatal aku, mari kita DELETE myspace teros.

Semalam aku beli Cosmopolitan.
So dalam tu dia kata skang trend lipstik merah.
Tadi nak lunch date ngan En Wan aku try la tenyeh lipstik merah.
Urghhhhhhhhhhhh!!!
Gaya cam GRO.
Hahaha.



*Kepada adik zh-Ena, sila klik kat gambo len kali. Baru jelas dan nyata*

Pastu dalam mags tu ada quiz untuk test level seks apa ntah.
So aku tanya En Wan 'Dari skala 1 hingga 10, di manakah anda berada dalam konteks tengok cerita blue. 10 adalah paling suka tengok.'

En Wan dengan muka still fokus kat paperwork dia replied 'Duaploh'.

Dia ni memang suka menyakitkan ati aku.

2007-11-28

Kau kurus cam gambi Azie, jangan jalan sebelah aku lagi okk



Mangkuk ayun punya Ann.
Dia yang yo yo an ajak jumpa kat PWTC, kuar 12.30 la bagai, alih-alih aku ngan Azie tersadai kat Kenny Roger's tunggu dia tak timbul-timbul. Ni la dia kalau orang tengah mabuk merendek. Ann, kalau ko tak kawen ngan Mat Nor tu aku sula dua-dua!!!!!
Aku dah siap bawak kamera dah nak ambik gambo. Mana nak tau bulan depan Azie dah jadik bini orang, kot dah tak buleh nak lepak sesama. Lain la cam aku, aku tak berapa nak macam bini orang. Jenis tak sedar diri.

Kali ni aku gi BioMalaysia paling kejap. Just nak tengok booth ABI je pastu blah. Ada la pulak kat satu booth tu satu mamat dalam percubaan nak perkosa aku. Aku tak perasan lak dia dari kompeni apa, tapi macam produce krim and facial stuff from herbs. Memula kitorang takde la nak singgah kat booth dia sebab agenda aku memang nak pi ABI je. So, before booth diorang tu aku singgah la satu booth ni jumpa customer. Aku nampak la jugak ada dua mamat ni dok depan booth sambil pandang-pandang. Takde la pikir apa, biasa la, time-time camni la nak tengok muka lain sket dari yang kat opis.

Elok je aku lintas depan booth dia, mamat tu approach 'Hi, nak try tak our mosturiser. Dari herba'.

Aku nak cepat ni. So aku cakap 'No, thank you. Saya nak jumpa customer. Nak cepat. Next time ye'. So aku pusing badan aku, nak jalan ke depan dah ni. Dia boleh sepantas kilat calitkan krim tu atas tangan aku, pastu siap gosok-gosok lagi. WTF kau?????

'Eh, apa ni raba-raba?'

Selamba la aku sound mamat tu. Tapi takde la kuat sangat, cukupla nak bagi satu team dia dengar. Bengang gila aku. Ko nak wat sales ko buat je la, boleh tak ada adab sket? Kang tangan aku naik melekat kat pipi ko, saje je. Waalupun aku tau dia bukan la nak meraba, tapi cara dia tu buat aku geli. Kalau produk ko tak laku pun memang patut. Ada ke camtu nak promote barang.

Pastu terus aku ngan Azie blah. Lepak Kenny Rogers. Memang itupun plannya sejak lam keta lagi. Sempat la pulak singgah beli earrings, aku pun join sekaki. Masa Azie tengah dok pakai earrings dia ni, baru la dia perasan hoops dia corak ba alif ba ya. Memang tak perasan lansung. Tukang jual tu pun tak perasan. Tapi memang corak dia cun gila. Seb baik bleh tukar.

Apa-apa pun Ann, kalau ko baca entry aku ni memang kitorang agak bengang la jugak ko tak muncul-muncul. Tapi memandangkan aku paham sangat orang kalau tengah hot bercengkerama gaya dia cam gedik-gedik sket (wakakaka, hambik kau), so aku ngan Azie maafkan. Time berchenta jangan lupa member beb, kang terduduk, aku ngan Azie gak yang ko carik. Tapi soklan aku :

1. Apesal kol 1 lebih ko still ada kat Putrajaya? Orang kerajaan takde de nak jumpa customer waktu lunch. Betul ke ko jumpa customer kol 1??????

2. Apesal ko gi wat sales, tapi Mat Nor ada sekali?
Tettttttttttt!!!!!!

3. Ko kata ko tengah jumpa customer, tapi asal aku ngan Azie sms je ko mesti boleh reply. Sangat muskil. Ke customer ko tu Mat Nor?

4. Kul 3.30pm Azie call ko tu, ko kata ko on the way. Ko on the way gi tempat lain kan?

HAMPEHHH!!!

Ok, tagged by Shasha :

First Name
Dianawathy

Nickname
Diana, ada yang panggil aku Di, yang agak gedik cam Cheq panggil aku Dianne.

Name you wish you had
Diana jugak, tapi kat depan tu letak la Dato’ Dr.

What do people normally mistake your name as
Takde pun.

Birthday
14 August 1977 (tu mula la memasing dok mengira umur aku)

Birthplace
HKL, Venice (nak jugakkk tempias oversea)

Time of Birth
Entah. Tapi kalau tengokkan kulit aku, hmmmm…

Parents together or divorced
Masih seiring sejalan

Get along with them
Sangat-sangat close. Aku still leh tido bawak ketiak bapak aku lagi.

Single or taken
I single lagi tauuuuu.

Zodiac sign
Leo

How tall are you
150cm (kot)

Wish you were taller
Tak payah la. Laki aku pun bukannya tinggi sangat.

Eye color
Dark brown.

Eye color you want
Biar la cenggini. Mata kaler biru kalau rabun pun buat hapa.

Natural Hair color
Black. Virgin hair. Gila punya black.

Current Hair color
Cam orange brownish sket. Apa kaler dia bubuh pun aku tak tau. Aku suruh kaler je.

Short or long hair
Bawah sket dari bahu

Ever dye your hair a bizarre color
Kaler apa? Shocking pink????
Gilo apo.

Curly, Straight, Wavy
Natural hair wavy siap ngan rambut gatal bersepah-sepah. Since 2003 rambut aku lurus. Thank you Harrod’s.

Last time you did something dramatic with your hair
Iron je. Dramatic ke tu?

Glasses or contacts
Contacts.

Do you wear make-up
Kalau gi keje wajib. Lain-lain tu ikut mood.

Ever had hair extensions
Rambut aku cepat panjang. No thank you.

Paint your nails
Masa period.

-In the opposite gender-

What color eyes
Bit lighter than mine.

What color hair
Dark brown. Natural okkk.

Shy or Outgoing
Dulu dia cam shy, skang ni berkat kegigihan aku mendidik, dia dah pandai nak berbual ngan orang siap kengkadang sarcastic lagi. Tapi tak dapek nak lawan aku, aku lagi outgoing, outspoken, roger and out.

Looks or personality
First, I go for looks (siapa yang tertarik benda chantek bukan?) then baru check personality dia ok ke tak. Kalau personality tak ok, boleh blah pi mampos kau.

Sexy or Cute
Ada option lain tak?

Serious or Fun
Option yang tak best

Older or Younger than you
Older. A Must!!

A turn on
His eyes

A turn off
Ikut mood aku, kalau aku rasa cam malas nak layan, dia bogel depan aku pun aku OFF jugak.

Flowers or Chocolate
Flowers

Pepsi or Coke
Dua-dua belasah

Rap or Rock
Rock ballad

Relationship or One night stand
Relationship yang tak membosankan

School or Work
School yang tak payah ambik exam.

Love or Money
Money. Money can buy solution. Love pun penting, tapi sorry la, aku dok kat town yang takde tanah nak bercucuk tanam, and takde sungai nak pi carik ikan buat makan hari-hari, so kena carik duit gak untuk hidup.

Movies or Music
Both also can mahhhh.

Country or City
Asal tak sesak dan tak busuk, aku boleh je mana-mana.

Sunny or Rainy days
Mana-mana boleh. Jangan kemarau ngan banjir je udah.

Friends or Family
Family first.

-Have you ever-

Lied
Sudah pasti!!! Aku keje sales maaaaa. Asal barang tak sampai je terpaksa la aku menipu.

Stole something
Duit tabung adik aku, aku curik pastu aku pindahkan lam tabung aku. Bangga gila tabung berat.

Smoked
Penah try rokok daun arwah atuk aku. Tapi sempat sampai kat lidah pastu aku ludah. Pebenda rasa ntah.

Hurt someone close to you
Yup

Broke someones heart
Yup

Had you heart broken
Sangat-sangat yup.

Wondered what was wrong with you
Aku jarang tanya diri sendiri, tapi orang lain selalu tanya ‘Ko pekena Diana?’

Wish you were a prince/princess
Tak kosser

Liked someone
Yup

Liked someone who was taken
Yup..Dr Mus. Muahahahahah.

Shaved your head
Apa ko nak mampossss????

Been in love
Soklan ni bukan untuk aku la

Used chopsticks
Chopstick memang sentiasa ada atas meja makan aku.

Sang in the mirror to yourself
Hari-hari pun nyanyi. Takyah tunggu depan cermin.

-Favorites-

Flower
Lily

Candy
No thank you

Song
Easy listening

Scent
Yang arousing. (Hoh??)

Color
Pink. Bak kata Liz Hurley ‘I have passion for PINK’. Tapi disebabkan aku bukan Liz Hurley so apa2 je pun boleh asal yang kena ngan kulit aku.

Movie
Leslie Cheung movies. P Ramlee pun aku suka gak.

Singer
Nak aku cakap lagi ke?

Word
Apa kejadah

Junk food
Super Ring

Website
Adultfriendfinder. Muehehhe.

Lotion
Lotion apa ni? Kaki tangan? Tak pakai ahhh.

Animal
Pets are not allowed.

Ever cried over someone
Yup

Is there anything you wish you could change about yourself
Jadik budak baik, tak celupar cam skang.

Your biggest fear
Mati dalam keadaan hina.

Do you think you're attractive
Tak penah terfikir pun ada orang akan bagi soklan ni kat aku.

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose
The Shoemaker.

Do you play any sports
Aku takleh sports la. Kurang hemoglobin in eritrosit.

Rambut sudah kontot






Perhatian kepada kengkawan yang dok bertanya aku ada jumpa ke tak pompuan nama Wan Freeda Natasha. Tu dia.

Aku kat Harrod's melepak setengah hari, abis semua magz Her World aku belasah. Tup tup aku cam terperasan gamba minah ni. Ada kat sini rupanya pompuan ni. Dia ni antara fav idol aku la dulu-dulu zaman skool. Pandai nak mampos, 10A SPM. Pastu further kat MIT. Masa skolah rendah dulu aku antara yang tak akan ketinggalan dijemput untuk pi birthday party dia. Sampai birthday party adik dia pun aku belasah datang gak. Bukan aku kenal pun adik dia tu. Tapi kakak dia aku kenal. Dan sangat terkenal. Masa aku kat TKC, asal lepas exam je, kat hall mesti dorang announce saper dapat no. 1, no. 2 and all. Orang yang kena sebut tu harus la datang depan sebab orang nak tengok. Padahal by the time ko form 2 (at least) orang dah kenal dah muka ko. Takyah datang depan, sebut nama pun dah boleh imagine muka. Tapi saje la cikgu cikgi nak kasik diorang glemer depan junior nak lak freshies. Seingat aku la, kakak dia manjang je kena gi depan. Pandai gila. Siap dapat anugerah pelajar terbaik Negeri Sembilan.

Aku pun penah gak kena panggil ke depan. Tapi kena sound la sebab ponteng prep. Pastu tak bangun sahur. Pe benda ntah, tak bangun sahur pun nak canang satu skolah. Pastu kena panggil lagi bulan depannya sebab cubaan nak fly. Bodo gila.

Memang budak ni aku kagum yang hamat. Tu pasal nickname chat aku dulu FREEDA. So, pada yang mencarik terutama dak Alfian, Tasya now kat P&G. Dia masuk mags ni pun sebab Olay dapat anugerah Reader's Digest Competition. Best mosturiser ke apa ntah. Tengok gaya memang macam dah kawen. Betul la kot dia dah kawen, and since semorang tak dijemput ke kawen dia, betul la agaknya dia kawen kat US.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku dah potong rambut okkkkkk. Hahahahha.
Minggu ni dari Isnin sampai la ke Jumaat ni aku cuti. Aktiviti di rumah adelah pelbagai, dari mengemas, membasuh, menghias, melipat, menggosok, memasak dan membongkang. Tapi semuanya aku lom buat dengan full swing sebab Isnin lepas dari kol 10am sampai 6.30pm aku tersadai kat Harrod's buat rambut.

Sabtu lepas lam keta on the way to Midvalley En Wan tanya 'Apa plan cuti? Taknak wat rambut?'

Apa la punya soklan.
Aku ingatkan tahun 2007 ni dah bakal catat sejarah aku tak masuk salun lansung. Rupanya dia nampak jugak rambut aku yang dah cam langsuir mabuk ni. Malas la nak hint rambut aku dah panjang gila, ko ada mata ko nampak la kan. Agaknya dia pun lemas, asal tido rapat sikit je, rambut aku mesti masuk lubang hidung dia.

'Isnin ni pegi la salun, abang dah masukkan duit lam card'.

Sungguh aku tak tolak dah.
Aku sendiri serabut ngan rambut yang dah cecah bontot ni. Nak mandi wajib sangat laaaaaaaaaaaaa seksa!!

Tapi tak nampak la kerer rambut aku lam gambar ni.
Tapi ke'rebonding'annya jelas dan nyata kan?

Ok, ramai nau yang tanya mana satu tungau.
Korang ni, kang aku cakap bahasa Urdu kang, ngan aku aku sekali tak paham pulak.
Aku dah kata kan hari tu, ko teka pun aku takkan bagitau punyaaaaaaaaaaaaaaa.
Cenggini la. Orang yang saiko ni, rupa dia tak macam saiko. So, itu sajalah jawapan dari aku.

Aku dah malas nak baca balik entry pasal tungau ni. Menyakitkan jiwa raga. Tak pasal je hari yang aku galak menulis pasal dia tu, malam tu aku mimpi dia datang beraya rumah aku. Siap bagi salam lagi. Tapi aku tak jawab, aku nyorok tepi tayar keta. Aku pun tak tau apesal aku bleh terselit tepi tayar.

Kira kalau aku terbayangkan balik apa dia wat kat aku, konfem malam tu aku akan mimpi dia. Seriesssssssssss, ngeri!

Ok, takleh hapdet banyak-banyak. Walaupun aku cuti, tapi aku sangat la banyak keje nak wat. dah la Isnin sehari suntuk kat salun, semalam ex boss aku lepak umah aku sampai kol 6pm, mengumpat la apa lagi. Pastu ni aku nak siap-siap nak lepak PWTC pulak, for BioMalaysia. Aku bawak kamera sekali, kot-kot jumpa Dr Mus ke, leh la aku gedik kat dia.

Gatal.

2007-11-19

You burn like a flame in my heart..:)




Sangat cun kan desktop baru aku?
Ni kejer last week. Bukan aku wat pun, aku cut and paste je. Tapi orang buta IT cam aku memang lembab sket kalau masuk bab teknologi ni semer, so nak bagi gambar ni dok bebetul pun makan masa berejam.

Amboiiiii, sajaknya korang semua jemaah gelakkan gambar aku. Suka benar la tu.
Tu kira baru gambar ala bunga-bunga dia, belum aku tunjuk yang betul lagi. Kang ada lak trajedi mati sebab tak cukup napas nak gelak.

Siap suruh aku letak gambar exbf. Soriiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Gambar-gambar dia lama dah aku humban ke lori alam flora. Najis okkk.
Wakakaka. Keji gila aku skang.

Tapi masa aku kemas-kemas lemari aku jumpa satu album penuh ngan gambar family dia. Gambar raya ke apa ntah. Apsal buleh gambar family dia ada kat umah aku? Gambar family En Wan pun aku tak simpan okkk. Ini sangat-sangat satu kesilapannnn. Sebelum En Wan nampak, aku buang siap-siap. Kang dia tuduh aku ada skandal lak ngan si tungau tu. Pleaseeeee la.

Kenal ngan dia adelah satu kesilapan besar lam hidup aku. Kengkadang kalau datang angin badi dia, sampai berpeluh-peluh aku mimpi okkkk. Mimpi nak lari dari dia. Serious sangat horror.

Scene paling bangsat aku takleh lupa was bila aku tengah lepak-lepak kat umah kawan aku, masa tu maghrib, then bf kawan aku call suruh bawak lari aku sebab si tungau ni dah on the way ke sana ngan bawak pisau. Bukan blade ok, tapi knife. Tak ke tergugat ketenteraman sejagat aku ngan kawan-kawan yang tengah melepak tengok TV. Time tu pulak tengah tengok citer cina apa ntah, tapi best la citer tu. Macam sial ok jantan ni.

Kawan aku, Mala dengan baju tido gi start moto bawak aku lari dari rumah. Time tu kecoh gila. Punya nak cepat, sampai another kawan aku Ayu main lempar je purse ngan passport kat aku. Aku dah ada atas moto tunggu nak blah je.

Si Mala ni bawak punya la laju. Time tu aku rasa kalau eksiden then mati pun takpe. Aku lagi rela terbaring atas jalan dari mengadap muka tungau ni. Berpusing-pusing la Mala bawak aku pusing-pusing town Kuching pastu patah balik ke area Stutong, pastu benti kat airport. Sebab aku tau airport tempat paling last dia akan carik aku. Passport ada kat tangan dah ni. Kalau nak ikutkan aku leh balik KL anytime, tapi aku malas la nak create scene pulak kat umah mak aku kang. Sebab mak bapak aku memang tak tau menahu tragedi aku ngan dia ni. Tau la aku dah break tapi tak tau la dia ni dah jadik gila. Mala dah nekad hantar aku kad balai polis je buat report. Tapi macam kata kawan-kawan aku la kan, aku ni bangang. Dia dah dalam keadaan nak bunuh aku pun aku still lagi nak pikir nasib mak bapak dia kat kampung kalau anak dia kena tangkap. Bodoh gila aku. Boleh lagi nak pikir nasib orang.

Dah setengah jam lepak airport, Mala ajak aku lepak umah budak-budak laki kat Kampung Cemerlang, area kat airport tu gak la. Budak-budak jantan ni memang dah biasa ngan kitorang, satu U gak. So sebab dah biasa melepak, takde la dorang nak suspect apa-apa. Tapi agak mencurigakan jugak la sebab pi umah jantan ngan baju tido. Boleh?
Siap la pulak aku ngan Mala lepak sana tengok Cerekerama bagai. Elok je citer abis, received call dari boifren kawan aku suruh balik umah sebab si tungau ni dah pecah masuk umah budak-budak pompuan ni semata-mata nak check aku ada kat dalam ke tak.

Saiko sialllllllllllll.

Mala pujuk aku suruh ikut dia balik. Aku tak ikut kang saper lak nak hantar aku.
Sampai je depan umah kawan-kawan aku (girls), aku tengok budak-budak pompuan ni melepak kat luar, ngan ada la dalam 7-8 orang budak laki kat depan tu sama. Aku turun je dari moto, Rozie ngan Yan, pimpin aku masuk rumah. Yang lain-lain pandang je aku dengan muka cuak. Aku dah bajet ni kalau aku kena sembelih ngan si tungau ni ramai offer jadik saksi. Biar mampos dia kena jerut kat tali gantung pulak.

Aku tengok muka sekor-sekor cam muka takde efek. Blur je pandang aku. Mampos la ko nak bantai aku ke tak, tungau. Aku dah tak larat ngan benda-benda cilaka bodoh cam ni.

Dalam umah tu, kat hall, aku nampak Ijad tengah duduk kat satu sofa, Mazlan tengah berdiri tepi telifon, si tungau babi tengah dok atas kerusi sambil pegang pisau ngan baju koyak rabak. Bangang. Ko nak buat apa ngan baju koyak rabak tu bodohhh. Nak tunjuk kat aku ko boleh bertukar jap lagi jadik mambra? Taik kau la.

Pastu dia bangun tarik aku bawak pi dapur. Si Ijad ngan Mazlan ikut sekali. Dia suruh aku duduk bersila kat pintu dapur tu, pastu dia duduk depan aku. Then selamba tapir dia letak pisau atas wrist aku. Suruh aku cakap kuat-kuat aku akan balik pada dia, jadik girfren dia. Gampang okkkk. Ko dah letak pisau atas tangan aku, pastu ko suruh aku buat confession yang aku gilakan kau????? Sangat la bacul.

Masa dia letak pisau atas tangan aku tu, Ijad dah sound sikit '****, bagi aku pisau tu jap'.
Konon nak saiko tungau ni la. Time tu nak je aku terajang kote dia biar tersumbat masuk lam bontot. Si Lan dah pandang je pisau kat tangan dia ni. Risau kot-kot tengah menggila tak sedar tertoreh tangan aku.

Aku ni toksah katala, dah sampai takde airmata nak kuar dah. Serious aku dah lembik time tu. Ni kol 1am kang En Wan dah janji nak call ni. Nasib baik Yan tau kol berapa call nak masuk, so dia dah standby tepi telifon. Tengah si tungau ni cakap-cakap ngan aku kat dapur, ada incoming call. Apa ntah Yan cakap, tapi aku tau itu En Wan.

Si tungau ni kat dapur boleh lak usap-usap pipi aku cakap 'Sorry kay, **** minta maaf. Kita start balik semula ok?'
Sebijik cam mental terlepas dari Tampoi. Time ni Ijad dah dapat tarik pisau tu dah. Pastu budak-budak laki ni ajak dia balik. Boleh lak dengan mesranya pegang tangan aku ni masa dia nak kuar dari rumah. Gaya cam aku taknak lepaskan dia balik la ni. Takde kote punya orang. Babi.

Before kuar dari pintu gate tu kiss dahi aku lagi. Hek elehhhhhhhhhhh.. mesranya kita berduaaaaaaaaaaa. Dan-dan tu jugak aku rasa ambik la nyawa aku skang. Aku taknak terlibat ngan drama orang gila ni. Lepas tu aku masuk umah, aku nangis tak hingat. Si Rozie yang takde kena-mengena pun nangis sama. Dia ni pantang ada adegan sedih, airmata dia yang lebih-lebih kuar dari aku. Wakakaka.

Pastu En Wan call lagi. Aku pun tak tau apa aku cakap and whether dia paham ke bijik butir yang aku cakap ni sebab aku mengongoi-ngongoi nangis kat telipon. Yang aku ingat lagi En Wan cakap 'Di tunggu Wan balik 2 minggu je lagi, pastu kita settlekan benda ni. Jangan pegi kat dia, tunggu Wan balik.' Sedih gila bila aku ingat balik En Wan time tu. Dia ulang-ulang ayat 'Tunggu Wan ok, tunggu Wan'.

Hari-hari dia call just nak make sure aku ok. And aku beruntung sangat dapat kawan-kawan yang sengal gila tapi sanggup cover aku. Mala tukang sign attendance aku sebab lagi 2 minggu nak balik KL tu aku memang on-off gi class sebab takde mood and taknak terserempak ngan si tungau ni. Kalau aku nak balik ambik baju pun Mala akan tunggu aku dalam bilik and peratikan kalau kelibat tungau ni ada kat area hostel aku. Macam kes perogol bersiri la pulak.

Yang kat rumah tu like, Yan, Rozie, Apeng gilir-gilir take turn jaga aku. Taknak biarkan aku sensorang kat umah takut si tungau babi ni tetiba terpacul je kat rumah tu. Jangan tak caya, si gila ni pernah malam-malam matikan enjin moto dari jauh pastu parking senyap-senyap kat luar rumah budak-budak ni. Then dia jalan senyap-senyap merayap tepi tingkap intai aku tengah wat apa. Budak-budak ni sampai fobia kalau nampak kelibat dia ni. Apa taknya, tengah-tengah semua melepak terkangkang-kangkang depan TV tetiba perasan kelibat orang berdiri tegak je tepi tingkap dok perati kitorang. Ko tak jerit macam nak gila?

Apeng pulak kalau gi class, akan ambikkan semua surat-surat aku. And from that day onwards, En Wan hantar surat kat aku guna nama lain. Sebab pernah satu kes, surat-surat aku semua hilang. Saper lagi nak curik surat aku? Aku bukannya Siti Nurhaliza, si banghal tu la punya keje. Surat aku pun nak ambik. Padahal aku dah takde kena-mengena ngan dia dah pun.

Ok la, takleh citer panjang-panjang, kang darah aku naik balik. Ini just a bit portion of the whole mess, malas cerita yang lain-lain. Banyak benar malapetaka yang jadik kat aku selama aku couple ngan dia. Sebenarnya benda ni lama dah orang lain nampak and hint kat aku, tapi aku macam kekasih sejati la, kena tipu depan-depan mata pun still otak aku leh kata benda tu tak betul, tak terjadik. Dah kena sepak terajang semua baru nak sedar.

Dah dah. En Wan dah balik. Aku nak masak.

2007-11-14

Memenuhi permintaan Starstar. Pueh ati?


Dak starstar nak benor tengok gambar aku ngan En Wan before kawen. Mintak mahap la ye. Aku kenal ngan En Wan thru chatroom. Masa tu dia kat Japan, aku kat Sarawak. So mana le ada gamba sangat. Nama pun long distance relationship. Kalau gambar aku sorang, dia sorang, tu banyak la sebab dulu kitorang asik le hantar surat. Padahal ada email, tapi malas la pulak nak pi beratur book PC kat library, so aku suruh dia tulis surat je. Everytime hantar surat, hantar gamba sekali.

Aku kenal dia pun kebetulan je kot, masa tu balik sem break. Rumah aku baru pasang internet. So, aku ajar la adik aku main ALAMAK. Memula ajar dia camne nak hantar mesej kat orang, so aku pilih la nama-nama yang ada kat situ. Timbul la pulak nama 'kimutaku' hari tu. So aku mesej la budak ni. Hai, hoi, kat mana, buat apa. Lebih kurang la, janji adik aku paham camne nak chat. Pastu aku takde la nak continue chat ngan kimutaku ni.

Minggu berganti minggu...eceh ceh echhhh.
Lagi sekali aku balik sem break, aku nampak kimutaku ni kat ALAMAK. So aku tegur 'Kenal lagi tak? Saya la, freeda (nick aku)'.

'Kenal'.

Pastu chatting la kitorang. Ntah hapa benda yang aku kelentong dia pun aku dah lupa. Tapi yang pastinya aku kenakan dia cukup-cukup la sebab ada satu budak nama MEEN, tau-tau je mesej aku tanya pasal kimutaku. Aik? Cam tau-tau je pulak. Budak ni kata jangan percaya ngan kimutaku ni, dia ni boye, kaki pompuan. Hek elehhh, minah ni. Yang ko menggelepar apehal? Bukan balak aku punnnnnnnnn. So, aku bajet minah ni satu kolej ngan kimutaku ni kot, tu yang hangin nampak kimutaku dok chatting ngan aku. Bodowww. Dan sebab budak ni cakap yang kimutaku ni boye, aku takde la nama nak buat baik kan, kalau chatting tu kalau tak memaki bukan chatting ngan aku namanya.

Bla bla bla blaaaaa boringgggggggggggggggg.

Pastu kitorang email-email pulak sebab aku dah cam malas nak masuk chat. Mak bonda kat rumah tu membebel bil dia naik kalau aku balik. Berkiranya Mak Ajiiiiiiiii. Aku gunting wayar telipon tu kang. Baru dia bil telipon tak datang-datang dah pastu.



Ni antara email terawal yang aku dapat from him. Ohhhh, semua email aku simpan lagi okkkkk. Hahahah sengalll. Kan aku dah cakap, dia memang panggil aku BANGLA okkkk. And aku still simpan surat-surat ni semua.


Dalam banyak-banyak kad yang dia penah hantar kat aku, aku paling suka kad raya yang dia buat ni. En Wan kalau hantar kad mesti yang dia buat sendiri. Sangat tak cantik, tapi aku suka jugak. Ngehngeh.





Pastu sessi hantar gamba. Gambar first yang aku hantar kat dia. Tapi gambar lama gila. 
Bukan gambar baru pun :


Ni gambar baru lepas mandi. Muka fresh, rambut basah. Gambar kat kampung nenek aku kat Tampin. 

Pastu gambar first dari dia :

Masa ni belum kapel lagi. Baru bermusuh-musuhan. Aku dapat je gambar dia ni terus aku kutuk kaw-kaw punya. 'Berlagak nak tunjuk keta', 'keta pinjam', 'ni la cara kau tekel awek kan?', 'badan keding' bla bla bla. Rupanya keta tu memang keta dia. Pastu aku nak cover malu aku mintak gambar dia lagi sebab tak aci la, aku bagi gambar close up, dia bagi gambar jauh.


Dia up gambar kedua :

Ohhhh. Mesti mata kau tak lawa kan sebab tu kau cover ngan sunglass. Tak aci. Bak lagi satu gambar close up punya. 


Then dia hantar gambar ni :



Ini baru aciiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang betul, mata kau sangat la sepet. Tapi aku memang suka laki mata sepet. Tapi ko putih, at least putih la dari aku kan. So, takde de aku nak berangan ko jadik balak aku. Rejecttttttt!! Tapi, before reject...aku terpandang sesuatu. Nampak tak frame kecik blakang tu? Tu gambar aku okkkk. Pesal dia letak gambar aku ha??? Huahuahauhauahauahauahuahauh. Lepas tu aku tak tau nak kutuk apa dah.

Bla bla bla bla.

After 9 months email-email hantar surat semer, pastu baru jumpa. Dia balik cuti winter and aku balik cuti krismas. Dah la aku yang kena fetch dia kat komuter. Pak Aji ngan Mak Aji mesti nak ikutttt je mana aku pegi. Nak ikut sangat, ha meh. Kelasss okk En Wan, first time jumpa bawakkan aku kepok lekor. Mana nak dapat boipreng cenggini hoih?? Kekal dengan imej anak Ganu. Hahhahah. Tapi dia tak la bawak tu je. Untuk aku dia belikan purse Junko Koshino kaler black yang bertahan hanya seminggu je. Sebab minggu depannya aku balik Sarawak, exbf aku yang saiko gila, dengki aku dah ada balak baru, boleh dia pi curik purse aku pastu buat muka selenga. Padahal kengkawan aku dah kata memang dia yang curik. Mampos ah kau. Malas aku layan.

Aku jumpa En Wan hari yang pertama tu setengah hari je sebab masa tu bulan pose. Pastu esoknya dia datang lagi fetch aku kuar pi KL. Pi Sunway Lagoon okkk bulan-bulan pose. Sangat jahil lagi buta hati aku masa tu. Bulan-bulan pose mandi bersama. Tapi takde gambar. Sori. Bukan taknak letak, tapi memang takde gambar.

Lusanya aku dah balik Sarawak, dia balik Tganu.
Pastu next weeknya dia datang Sarawak before balik ke Japan. Masa dia datang ni, sempat la bergambar tapi sebab jalan berdua, so balik-balik dia snap aku, aku snap dia. Sehari je dia lepak, esoknya dia balik KL then terus balik Japan. Lepas tu kitorang sambung jiwang-jiwang kat surat and email.

Lapan bulan lepas tu, bulan lapan, dia balik Malaysia, untuk bertunang. Terer kan? Chat 9 bulan, pastu jumpa untuk 4 hari, pastu tak jumpa balik for 8 months, then balik lagi sekali terus bertunang. Gelupur sialllll.

Kalau nak ikutkan takyah tunang pun takpe, tapi disebabkan saya mempunyai seorang exbf, F yang gila. Memula gatal nak break ngan aku sebab awek lama dia yang bernama L (Rozie, aku rasa Ijad tau kan nama pompuan ni) nak balik kat dia. Pastu awek lama gi balik kat exbf yang baru balik dari England, baru gelabah nak carik aku balik. Taik la.

 

Gambar bertunang aku carik tak jumpa. Tapi gambar before bertunang ada. Gambar ni kitorang snap 2 hari before bertunang. Kat umah aku time ni. En Wan balik untuk bertunang bukan reti nak balik Tganu. Turun dari plane, terus lepak umah aku 4 hari. Hari kelima tu mak aku kerah dia suruh balik sebab lusa nak bertunang. Sampai kena hambat baru ingat nak balik.

Lepas bertunang esoknya dia ikut aku balik Sarawak. Kengkonon menghantar la ni. Dia lepak sana 3 hari kot pastu terus balik KL then balik Japan. Sambungggggg balik jiwang lam surat. Tapi kali ni dia tinggalkan aku setahun lapan bulan tak balik-balik okkk. Derita aku kat sini. Bil tepon tu toksah cakap la. Beribu-ribu. Tapi bukan bil aku, bil dia.

Setahun 8 bulan dia 'lepaskan' aku kat dok kat Malaysia yang kiri kanan orang melayu bersepah-sepah. Aku jumpa ramai gila balak melayu hari-hari okkk. Bukan la nak kata balak-balak ni minat kat aku, tapi aku yang minat kat dorang. Wakakkakakaka. Setakat pandang, senyum dah la kan.

Lepas setahun lebih tu dia balik, back for good. Aku ingat lagi tarikh dia sampai 27 Mac 2001. Dia balik Tganu seminggu, lepas tu dia terus melepak umah aku sampai la kitorang nikah 4 Mei 2001. Memula dia nak sewa umah kat Shah Alam sebab dia dah start keje 4 April, tapi mak aku cam baik la pulak kan. Dia takut aku pulak yang tak reti-reti nak balik umah dok melencong ke Shah Alam je pulak. So, En Wan tinggal kat umah aku. Cepat gila proses dari aku kenal dia sampai la ke kawen. 3 kali balik Mesia, balik yang pertama kenal muka, balik yang kedua, tunang, balik yang ketiga kawen. Hahahha.

Memang suntuk nak prepare kawen ni. Aku pun tak tau apesal aku ngan En Wan nak cepat sangat kawen. Tapi one reason yang aku menyebabkan kitorang kawen awal was because si saiko tu buat gila nak kat aku balik, siap ugut mak bapak aku lagi. Sakit otak.



Ni gambar En Wan, 3 hari before nikah, dia still lagi kat umah aku tak nak balik. Ni kira malam last sebelum esoknya makcik-makcik and nenek aku halau dia dari rumah. Ada ke nak menikah dia boleh nak dok situ gak. Inai ni pun mak aku yang tenyehkan. Lusa nak nikah, hari ni aku leh ada kat Genting lagi attend meeting. Nenek aku dah bising, apa la nak kawen gi tempat tinggi-tinggi. Aku pun tak tau apa kaitannya. Tapi aku tadah telinga je la.

Akhirnya....(layan je la gambar. Aku malas nak cerita. Sebab cerita ini sangat-sangat basi!!) 


Bapak aku yang nikahkan.



Nenek aku



Ni masa malam nikah. En Wan kan kalau bergambar payah betul nak senyum. Ni kawen kau okkkk. Sengih la skett. Macam kena kawen paksa!! Benci aku.
Lepas nikah dia takleh tido umah aku lagi, kena tunggu esoknya lepas bersanding. So, dia dok umah aunty dia kat Ampang. Malam tu aku ngan Apeng (pengapit yang diterbangkan khas dari Pangkor) tido sebilik. Apa punya adat ntah aku tak tau. Adat tu cakap lepas nikah, pengapit je yang boleh tido ngan pengantin pompuan. So malam tu Apeng sangat la hangin ngan aku sebab dia takleh tido kerna aku bergayut ngan En Wan sampai kol 3 pagi. Time bergayut tu boleh lagi discuss esok bawak duit lebih untuk 'tol', pastu bawak sekali VCD yang kita beli that day tak sempat nak tengok, nasik minyak tadi sedap ke tak?, penat la berinai salin sampai 7 baju. Ntah hapa-hapa. Macam tak leh tunggu besok nak bercerita.



Aku kawen tak panggil photographer. Tak percaya?? Tapi kisah ini benar-benar berlaku. Sebab semua nak buat cepat, pastu first kenduri kawen pulak tu, macam-macam tak settle. Hari nak menikah tu baru terperasan takde saper nak ambikkan gambar. Dan hasilnya gambar kawen aku macam tuttttttt. Saper sempat, ambik. Seb baik uncle aku ada kamera yang kira okk la sket, so dia yang snap. Tapi sebab tukang snap tu takdela pro mana, gamba pun yang ado-ado je. Janji ada kenangan. Yang atas ni gambar bersanding kat umah aku.

Masa hari bersanding ni lagi la En Wan buat perangai. Dah sampai kat surau blakang umah, boleh call aku tanya camne nak ikat sampin. Tak reti nak wat bunga-bunga ni. Hangin aku okkk. Suruh wat fitting taknak. Semua aku yang buatkan. Aku la pilih baju, aku la collect kad kawen kat Kompleks Pertama ngan Zana (hihi), aku la yang ambikkan baju melayu ko segala. Grrrrrrrrrrrrr. Dok lagi Jepun.

Berangkut la pulak mak andam dari rumah ke surau semata-mata nak pakaikan dia sampin. Aku ni dah mendidih-didih kat umah. Sanding sepatutnya kol 1.30pm, kol 2.45pm baru nak sampai. Aku ni lapar okk. Nak makan kang nak kena makeup balik. Tapi time makan aku pulak cam gedik-gedik taknak makan, nak jaga makeup. Aku tengok dua-dua pengapit aku sket punya tala makanan. Yang aku ngan En Wan boleh lak sambung bertekak kat meja makan tu apesal lambat, orang dah berpeluh pakai songket dari kol 11, perut lapar bla bla bla. Tapi gaduh slow-slow la.

 

Ni kat umah En Wan, lepas 2 minggunya. Pengapit En Wan tu dak Abang yang aku cerita tu. Pengapit aku pulak adik aku, Ima . Dia nak jadik pengapit semata-mata nak makan kat meja pengantin. Boleh?
Kat Tganu pun satu hal. Diorang tak penah buat majlis kawen before this, semuanya nikah je tak sanding, so ni first time la ada majlis bersanding kat umah tu. Paginya, aku la yang potong daun nak wat bunga rampai untuk renjis kat diri sendiri, pastu En Wan boleh la pulak kol 11am pi kedai beli kacang peas nak tabur atas nasik minyak pengantin nak makan nanti padahal kol 1.00pm nak berarak dah ni. Pastu aku ingat dia nak get ready dah, rupanya pi singgah car wash pulak sebab nak guna keta dia untuk angkut diri sendiri nak pi bersanding jap lagi. Letih okkk. Sesaper yang nak kawen, tolong la plan lebih awal. Kang jadik cam aku ngan En Wan. Kecoh.

Tu je la cerita.
Penat type.

Hoih.
Nak tengok gambar lagi best tak??? Hambik nih.
















Gila Jonh Lennon rupa aku ni bebbbbb. Tapi John Lennon versi Zimbabwe la. Ni masa aku wakil Malaysia ke Jepun jadik Junior Ambassador umur 12 tahun. Gaya takmo kalah, silang kaki. Spek mesti tebal, imej budak bijak. Aku pikir-pikir balik agaknya kakak-kakak kat TKC dulu ragging aku sebab tension takleh stadi kot tengok muka aku sangat stylo, jenis yang tak mungkin dapat dijumpai di mana-mana. Yang sebelah kiri tu wakil Perlis. Tup tup aku jumpa dia balik sesama masuk UNIMAS.


Gambar ngan laki Rozie, Ijad. Aku rasa Ijad pun segan nak bergamba ngan aku time ni. Kang orang kata awek dia pulak. Heart attack mak dia kang kalau terjumpa gamba ni.


2007-11-11

Evolusi seorang Green Apple


Hari ni first day period. Amazingly aku lansung tak moody.

Semalam dah la tido kol 3am bertenet ngan Ah Beng kat YM. Tapi aku boleh bangun awal dengan cerianya siap mengemas rumah, buat breakfast walaupun En Wan memang sah tak breakfast sebab dia keje today. Siap la pulak aku habiskan keje opis. Boleh benti kejap main LEGO ngan Redza.

Tapi dari pagi aku tak mandi santak ke tengahari sampai En Wan balik aku still dok serbah serbih ngan baju kaftan. Selalunya cuti-cuti camni aku mandi ngan Redza tapi sebab aku pakai 'pampers', so camne la pulak nak mandi ngan dia. Jawabnya aku kena tunggu En Wan balik, selagi laki aku tak balik maka mana aku pegi Redza ikut, kalau boleh macam nak termasuk lam bontot aku sekali.

Tengahari takyah masak sebab ada open house. Rumah kawan laki aku masa kat Jepun. Kawan baik dia, sampai aku rasa cam kembar tapi tak sama kulit. Zana, aku rasa ko dapat agak saper kawan Wan ni...:)

Yang aku nak cerita is aku bengang ngan bini kawan En Wan ni. Dari mula aku jumpa lagi aku rasa cam semacam je pompuan ni, tapi malas la nak mengata kan, kang laki aku sentap pulak aku mengata bini kawan baik dia. Diam je la.

Kawan En Wan ni, buat open house today. And dia memang call En Wan suruh datang. Call berkali-kali. Dah dia beria-ia menjemput, harusla datang kan. Sampai je depan pintu umah dia, aku ni berondoh randah la dengan beg Redza, beg aku lagi, pastu kepit hamper baby lagi (dia baru dapat first baby), belum pun masuk dalam rumah dia, aku dengar bini dia tanya 'Eh, ni dah datang dulu kan?'. Aku cam takde la nak pikir apa, anggap soklan biasa je. Aku dengar kawan En Wan reply 'Itu datang lain, ini datang raya.'

Lain macam je reply dia kan?

Memang kitorang penah gi umah dia dulu but that was like setahun lebih dah. Masa dia baru-baru kawen. Ok la, takpe. Laki aku pun tak cakap apa, siap masuk rumah dah. Aku kat blakang ni tengah nak bukak sandal. Si bini ni boleh tanya aku 'Nak datang raya ke?'


?????????????????????????????


Memang banyak tu la question mark yang ada lam kepala aku time tu. Haa?? Apa punya soklan pompuan ni bagi? Ke laki aku memandai-mandai datang tak dijemput? Tapi aku nampak sms kawan dia ajak datang siap bagi direction lagi.

Aku cam terpause kejap. Selalunya memang aku jarang terpause camni. Mulut aku laju je nak membalas soklan orang. Tapi aku cam tak semena-mena jadik bangang masa dia tanya. Malu pun ada. Aku jawab 'Tak la, saje jalan-jalan'. Tetiba aku terasa jawapan aku cam sarcastic pulak. Ah, mampus la. Aku pun terus masuk lam rumah dia.

Sepanjang kat dalam tu, sket pun dia tak borak ngan kitorang. Wat hal sendirik. Macam ala-ala invisible la aku ni. En Wan takde hal, borak ngan kawan dia. Aku la yang macam sekadar di pinggiran terpacakkkkkkk dok atas kerusi. Dah takde saper nak borak ngan aku, keje aku makan je la. Kejap-kejap aku tambah walaupun sebenarnya takde benda aku nak ambik sebab dia wat macaroni je. Seb baik kawan En Wan tu aku memang kenal sejak dia kat Jepun lagi, so takde hal sangat la aku nak menyampuk sesekali.

Dalam keta time balik aku senyap je. Pastu En Wan bukak mulut 'Apesal ngan wife T tu ha? Macam sakit hati je'.

Ingatkan tak perasan. Tapi aku malas nak drag the conversation sebab aku sakit perut.
Tapi aku tertanya-tanya gak, apsal pompuan tu tanya aku camtu tadi?

Okeyyyyyyyyyyyyyyyy!!!
Sessi mengeji diri sendiri.

Tadi aku kemas lemari. Then aku terjumpa a series of gambar-gambar pengembangan dan penguncupan selama aku hidup 30 tahun. Sori la aku belum lulus 100% bab menscan gambar. Janji nampak. Pepandai la korang adjust kepala.




Saper kata aku tak penah gemuk? Yesserrrr..ini masa aku 54kg, year 1995. Dengan gemuknya, dengan berlengasnya kulit muka, dengan hitamnya (skang pun hitam lagi tapi takde la melekit camni) dan tidak lupa kepada spek itu. Tengok peha beb..macam bunting keladi. Tak dapat la nak tengok aku pakai baju sendat-sendat time ni, perut aku berlipat tiga okk. Seres tak tipu.

Time ni aku memang tak reti melawa. Cam segan la kan sebab otak aku yang sangat bergeliga ni mengatakan bahawa melawa adelah untuk orang yang kurus dan putih. Kalau kau gemuk dan hitam kau takyah berangan la nak melawa. Kau make over seploh tahun pun muka kau camtu gak. Baik duit nak beli make up tu kau beli makanan je. Makan lagi, makan lagi, makan makan makan.

Orang yang pertama ajar aku berhias is Rozie. Aku sebilik ngan dia, aku tengok asal nak bersiap je dia mesti letak krim dulu kat muka pastu baru letak bedak. Pastu asik la pakai krim kat tangan ngan kaki. Aku tanya 'Apsal letak krim kat muka?'

'Ye la, letak dulu, baru muka tak kering bila sapu bedak'

Ohhh, kena letak krim rupanya. Patutla muka aku berkerak semacam. Dan krim pertama aku tenyeh kat muka is Oil of Ulan (skang Olay la). Sampai skang krim muka aku adelah sangat pelbagai. Apa pun tak kisah, janji krim. Tapi tak jumpa la aku nak bersidai kat kaunter SKII (pandang Rozie) ke, Clarins ke, Clinique ke beli krim. Kejap aku pakai Olay, kejap Loreal, kejap Ponds. Tima kasih kepada kulit hitamku yang tak banyak masalah kerana menyelamatkan duit aku dari keluar banyak nak wat maintenance.




Kurus tak??? Makan ati okkkk ex-bf aku tengok aku transform jadik plank. Tu yang gila talak tu. Huahuahuhauahuah. Time ni piawai dia is tulang kat bahu tu. Memasing compare each other nyer tulang saper lagi tertonjol. Saper yang tulang lagi nampak, kira paling kurus la. Bodo. Saper yang start game ni? Menyusahkan aku je tahan lapar. Masa ni berat aku 42kg.

Kenapa aku leh kurus? Sebab aku tensi ada budak dok jadikkan aku benchmark. 'I dengan Diana saper lagi gemuk?' Taik la okkk. 

Ni gambar aku kuar ngan En Wan masa cuti sem, carik barang hantaran untuk bertunang. Ye, saya sangat gedik ok, baru 2nd year dah gatal nak bertunang. Everytime aku tengok orang kawen kat hall ke, hotel ke, aku mesti tanya En Wan, 'Abang, kita kawen kat tengah jalan je kan. Tak dapat rasa nak kawen kat hotel'.

'Ye la, sebab nak selamatkan awak dari si gila tu, sampai tak sempat nak kumpul duit. Kawen kat tepi jalan je la'.

Tapi baju ni aku leh pakai lagi, cuma kecik sikit (salahkan baju). Tapi kalau pakai baju ni, time duduk tu kena sedut perut sket la. Sluar memang out dah. Perut aku dah naik okkk so does my bontot.



Nak lagi kurus?? Hambik kauuu. Ni bukan kurus lagi, ni dah tahap lansinggggggg. Gambar masa aku umur 11 tahun. Holiday kat Langkawi. See muka aku. Berkerak kan? Mak aku memang saje je taknak anak dia blaja pakai krim ke apa ke, sanggup dia tengok muka aku melekit camtu. Aku sendiri tak sanggup tengok gambar ni. Tapi takpe, untuk bahan kajian umum, aku dengan relanya menyumbangkan gamba ni untuk tontonan semua.


Ini gambo Jumaat baru-baru ni. Dah tembam balik muka aku. 48kg. Aku tunduk sketttt je lagi konfem nampak double chin. Perut?? Dah bukan double lagiiiiiii. Malas citer ahh.


2007-11-09

I Don't Love You


Well when you go,
Don't never think I'll make you try to stay,
And maybe when you get back,
I'll be off to find another way.

Well after all this time that you still owe,
You're still the good-for-nothing I don't know,
So take your gloves and get out,
Better get up,
While you can.

When you go,
And would you even turn to say,
I don't love you, like I did, yesterday?

Sometimes I cry so hard from pleading,
So sick and tired of all the needless beating,
But baby when they knock you down and out,
Is where you oughta stay.

And after all that blood that you still owe,
Another dollar's just another blow.
So fix your eyes and get up,
Better get up,
While you can.

When you go,
And would you even turn to say-hey,
I don't love you like I did yesterday


That day aku melepak ngan member aku, King. So lam keta tengah-tengah drive sekali kuar lagu I don't Love You by My Chemical Romance. Ohhhh..gila best. Aku ngan King menyanyi kuat tak hingattt. Siap dengan penuh konfidennya turunkan tingkap keta macamkan sore masing-masing sedap. Aku pun memang simpan mp3 lagu ni, so sepanjang perjalanan dok putar lagu ni sampai ke sudah.

Aku ngan King ada penyakit. Everytime jumpa kita akan pick satu lagu and hafalkan, so the next time around bila jumpa balik, sepanjang perjalanan takleh dengar lagu lain but lagu yang dihafalkan tu. Syaratnya lagu tu mesti masing-masing tak tau lirik dia. And knowing the facts yang aku memang tak berapa layan sangat lagu omputih so setakat ni memang dia lenjan aku ngan lagu omputih yang ntah hapa-hapa. Tapi lagu My Chemical Romance ni boleh kata fit my listening la.

Sorry la aku nak kasik dia hidup senang lenang kan. Lagu-lagu yang aku pilih antaranya Memori Daun Pisang, Cintamu Mekar Di Hati (aku siap suruh dia nyanyi style rempit cam May jugak. Macam nak kuar buasir aku tengok dia meneran), Oh Fatimah, Bol Radha Bol bla bla bla. Seronok okkk tengok mamat macho kena dera nyanyi lagu dangdut kuat-kuat. Nak pulak kalau traffic lite merah. Aku saje turunkan tingkap bagi perabis. Memang derita la mamat ni.

Dah sebulan lebih aku tak jumpa dia sebab dia kat Austalia. Jap tadi tengah wat keje then mp3 aku stop kat lagu ni. Baru aku teringat before he left, dia ada tinggalkan aku dengan homework yang senang. Dia nak aku hafal lagu Puff Daddy "I'll be Missing You" TAPI aku kena nyanyi dengan sleng JAWA.

Bangkai.
Lagu ni lagu sedih dowhhhhhhhh.
Kalau aku nyanyi ngan bunyik Jawa, adilkah untuk Notorius B.I.G???????

2007-11-07

Open House Part II : Meeting you guys has been a very special memorable moment


Oppssss!!!

Happy Birthday to Left. Kdr. Mohd Norsyarizad a.k.a Ijad dengan ucapan Have a fantastic, bombastic, romantic, lova lova birthday celebration with Ogy and Hani .. and many many more to follow.

Happy Birthday gak to Cikgu Azlina a.k.a Apeng dengan ucapan sila jangan tayang henpon anda. Saya benci melihat pompuan umur 30 pakai henpon kaler PINK. Tima kasih.


 



Nak balik dah ni, seploh kali salam, dah pakai sandal pastu masuk balik nak begamba lagi.
L-R : En Wan dokong Redza yang protes taknak tunjuk muka sebab mak dia tak abis-abis nak bergamba, aku, blakang tu laki Cheq ngan anak dia, Apeng, Cheq ngan baby, Nenie, Enon, Rozie ngan Hani, Ijad.






Nampak aku dah siap bawak beg bagai? Tapi lepas begambar kat luar ni boleh masuk umah balik. Nampak tu Wanz aku pegang sampul ijo. Tu duit Nenie la tu. Kelassssssssss. Aku rasa duit ko ada kat Enon, Nenie pass tiga keping kat dia. Tiga-tiga ko punya.



Macam tak puas hati je aku tengok gambar dak Rozie ni email. Dah la kulit aku ni sedia maklum tona warnanya menjurus ke arah puak Nepal. Gelap semacam je gamba-gamba ni.

green apple (11/7/2007 11:16:16 AM): tp asal gamba gelap?
green apple (11/7/2007 11:16:23 AM): dh la aku ni pun gelap
rozie (11/7/2007 11:19:14 AM): hehehe..ler..mananye..?
rozie (11/7/2007 11:19:42 AM): oo..kan nak hujan masa tu...

Tengok??
Dia masih gigih nak membangang-bangangkan aku lagi. Dah la hari tu suruh aku patah balik. Ni kata hari nak hujan pulak. Setau aku, kamera ada flash kan?

Apa-apa pun, aku sangat la berterima kasih pada baju kurung purple zaman matrik ini kerana telah menyelamatkan perut ku dari di notice oleh Cheq.

Cheq : Diana, ko maintain ekk?
Aku : Nak aku tunjuk perut aku ke?

Aku memang akan pakai baju longgar kalau bab nak pi makan, sebab perut aku amat sensitif bila di stuff dengan apa-apa makanan pun walau sekeping kepok lekor. Dan-dan tu dia membusung tak hengat. Lepas makan memang la buncit kan? Tapi perut aku memang dah sedia buncit okkk, so kalau lepas makan lagi gila buncit dia. Takde de nak nampak aku pakai baju ketat-ketat kalau nak gi makan, kang laki aku konpius lak mana satu perut mana satu tetek.


Objek yang hendak difokuskan : Henpon Apeng.


Ok, aku nak wat keje. Takde mood nak tulis panjang-panjang sebab aku batuk. Asal batuk je aku tertekan key huruf lain. Bodowwwwwwww.

Ok geng, Aayi Diwali Aayi!!!!!!!


2007-11-05

Open house


Last weekend ada pesta perut.
Sabtu kat rumah Rozie, Ahad aku pulak jadi host.

Pagi Sabtu dak Rozie dah call aku konfemkan datang ke tak. Macamkan aku ni makan banyak sangat sampai berkali-kali nak konfemkan aku datang. Harusssss datanggg. Nak merasa masakkan dia ada perubahan ke tak. Masa final year dulu aku ngan Rozie cam jakun sket kalau masuk dapur. Nak masak ayam masak lemak cili api pun sampai bertalipon mak dia camne nak masak, nak masuk apa pastu. Belum ngan aksi terjerit-jerit bila minyak meletup-letup. Kan Ogy kan?? Dulu kira kat rumah tu Apeng la yang handal memasak. Skang try test tengokkkkkkkkkk.

Ijad (husband Rozie) dah siap kasik map nak pi umah dia. Memandangkan aku penah gi umah dia before this kat Alam Damai, lalu kot Balakong, so aku takde la nak bukak map tu.

So, petang tu kol 3pm baru la aku gerak dari rumah. Sampai kat Balakong cam nak kol 4pm gitu sebab hujan. Tetiba aku blur mana simpang nak masuk umah dia, aku cuma ingat Econsave je. So aku call dia.

Aku : Wey, aku ada kat area Balakong ni, rumah ko nak masuk simpang mana?

Rozie : La, ko tak baca map ke? Apsal ko lalu Balakong? Jauhhh. Ko lalu Bandar Tun Razak.

I was like, mampossss kalau aku bagitau laki aku salah jalan, konfem dia mengamuk lam keta. Muka maintain lagi walaupun aku dah cuak dah.

Aku : Mana aku tau. Dulu lalu Balakong boleh.

Rozie : Takde, takde. Ko patah balik, kuar balik kat Mines, bayar tol RM1.30, masuk Sungai Besi, pastu ko terus kuar kat Lingkaran Tengah (puas aku ajar MRR2, dia nak sebut gak ayat panjang).

Aku dah ada kat Balakong dia boleh suruh aku patah balik??? Padahal tak sampai 5 minit laki aku drive ke depan sikit dah sampai simpang Econsave tu. Mangkuk punya pompuan. Seb baik aku tak patah balik. Kawan aku dah sangkut berejam kat MRR2. Kalau aku gostan balik tadi, berbakul kena maki ngan En Wan. Dah la tengahari tak makan. Boleh la nak wat lawak ngan aku tengah-tengah lapar ni. Ini boleh mendatangkan kemarahan (skrip 3 Abdul).

Sampai umah Rozie, aku tengok gate dia tertutup. Ni rumah terbuka ke tertutup? Tapi takpe, aku maafkan. Sebab dia nak bagi makan free.

Menu : Nasik lemak ngan mi kari.

Sangat best nasik lemak itu apetah lagi dimakan semasa lapar.
Pastu aku budget nak makan mi kari lak. Tapi sebab aku dah belasah nugget Ramli dia sampai 6 keping, terus lupa nak ambik mi kari. Baru aku tau keenakkan berganda nugget Ramli ni. Best gilaaaaaaaaaaa. Ijad siap kuarkan dari freezer tunjuk plastic cover camne.

Pesanan untuk Pakcik Ramli :
Sila bagi komisyen, aku wat promo free ni.
 

Kira cam gathering la kat umah Rozie ni. Ganti gathering yang kengkonon nak wat bulan pose tu ari. Gila havoc macam nak pecah cermin besar kat dining hall Rozie dengan gelak and sore kitorang. Seperti biasa, aku lupa aku dah berlaki.

Bla bla bla bla...sampai ke pukul 6.20pm baru aku balik. Itupun anak aku dah bising. Before balik dah salam-salam semua, Redza ngan selamba tanya aku 'Ma, duit raya takde ke?'. Asal salam je ko expect dapat duit raya. Dah la cakap sket punya kuat. Tapi takpe, aku amat pasti korang semua banyak duit. Sepantas kilat semua kuarkan envelope. Termasukla Nenie yang tahun ni bagi duit raya kat member-member. Aku dapat duit raya at the age of 30 okkkkkkkkkkkkkkk. Dah ada anak ngan laki pun dapat duit rayaaaa.



Semak gila okkk dapur aku malam tu. Tu mak metua aku tengah gigih buat nasik dagang.

 
Bahan-bahannya puan-puan...



En Wan tengah menggelupur kemas pasu-pasu dia. Siap beli pasu baru tuuu. Saper nak bertanya kabar pokok dia ntah.

Sampai je umah, aku lak sinsing lengan tolong mak metua aku masak kat dapur sebab Ahad open house rumah aku lak. This year, turn aku lak jemput kengkawan aku. Tapi aku lebih fokus kat budak-budak UNIMAS. Itupun geng2 rumah B51 and B52. Betul ke nombor rumah ni, aku pun dah lupa. Budak-budak opis sangat hampasss. Aku dah jemput taknak datang. Ann saje yang datang, tapi tak bawak balak. Azie lagi harammm, bizi nak wat fitting baju kawen. Sukati laaa. Janji bahagia. Budak-budak Bangi aku cuma ada nombor henpon 2 makhluk je. Dua-dua tak datang. Bagus, sangat mulia sekali!

Kali ni aku penat gila wat open house. Dulu ada bibik, everything dia wat, so aku layan tetamu je. Kali ni, sampai aku tak sempat nak bermekap nak salin baju. Dari kejauhan nampak aku yang macam bibik rumah ni. Ngan rambut main sanggul lipat, suar jeans sinsing ke lutut, sebijik macam sakai.

Menu umah aku :

1. Nasi dagang (ini wajib sebagai mengekalkan identiti menantu Wan Dagang, hihih)
2. Nasi minyak (ini signature dish mak metua aku, tapi kali ni aku cakap aku nak wat gulai daging dia. Akibatnya sangat sedap okkkkkkk, kan? Kan kengkawan?)
3. Laksa Penang (ini all away from Bangi, mak aku wat)
4. Sagu gula melaka
5. Agar-agar buah (ini all away from Tganu, mak tiri En Wan kirim)
6. Ketupat palas ngan serunding (ini kalau aku kata aku yang wat nampak nor menipu)


Group pertama yang sampai. Bagus kengkawan aku ni. Sangat menepati masa kalau masuk bab makan.
L-R : Aku ngan Redza, Enon, Hani and Rozie, Apeng, opposite Apeng is Ijad (husband Rozie), Nenie, Own and Husna (betul ke aku eja nama laki Cheq ni?), Cheq and baby no.2 (lupa pulak nama apa)

 
Nampak payung kat blakang tu? Khemah semua fully book, so dapat sewa meja ngan kerusi je. Sebab panas, En Wan pi pinjam payung jiran depan umah aku. Sanggup dia menjunjung payung sebesar-besar alam dari umah orang tu ke rumah dia. Sangat multi-tasking okkkkk laki aku.

Tapi dek kesibukan aku tak snap banyak gambar.
Bukan sibuk apa pun, sibuk nak check lauk mana yang nak kena tambah, layan sedara-mara datang lagi, buat air tambah air lagi. Pastu siap la pulak dan dan tu jugak aku nak berkemas dapur aku yang tunggang langgang. Rimas gila aku tengok dapur aku besepah. Mak metua aku paham sangat la ekspresi muka aku time masuk dapur. Muka redha tak redha je. Tapi kalau tak nak dapur sepah lain kali wat catering kan?? -- bak kata En Wan. Asik nak bagi aku meyirap je dia ni.


Lepas makan, lepak lam umah pulak. Tapi umah aku dah penuh ngan sedara-mara time ni. Objek yang perlu difokuskan Cheq tengah ambik gamba Rozie dokong anak dia. Nampak tu anak dara Rozie ngan skirt gypsinya belang beige-blue. Mahal budak ni, kurang-kurang mak dia letak RM20K sok.


Rozie ambik berkat. Bila kita nak dapat 2nd baby ni Jie??? Aku dah letih berusaha ni. Kalau ikutkan group kitorang, hanya aku ngan Rozie je yang belum dapat 2nd baby.


Aku pun muskil kenapa balik-balik gambar pompuan ni yang aku ambik.

Aku nak ambik gambar Cikgu Apeng sebenarnya. Dapat tang sisi je. Apeng ni la pengapit aku masa aku bertunang and kawen. Ex-rommate katakan. Roommate baru aku, sudah tentunya En Wan.


Sedara-mara sangatla ramai datang. Sampai pukul 7pm baru abis. Itupun aku tutup gate. Wakakakka. Keji.
Penat gila nak basuh periuk bagai. Nasib baik aku pakai pinggan mangkuk plastik je, kalau tak harus melecet tapak tangan aku membasuh pakai Axion. Sorry ye, takde de aku nak tayang segala pinggan mangkuk time open house, tak kosserrrr. Pakai la pinggan plastik. Mak aku bising, pakai la pinggan kaca hendaknya jamu orang. Cehhh, memenatkan aku je lepas tu. Kalau ada sessi merewang takpe la jugak.

Lepas je settle semua, demam aku naik balik. Actually pagi Sabtu tu mulut aku naik ulcer 3 bijik, dah dedar-dedar badan. Tapi dek kerana makan free, aku gagahkan jugak pi umah Rozie, nak pulak aku hanya bertindak sebagai co-pilot. So lepas kemas-kemas periuk, aku terus naik atas, tido. Kol berapa laki aku masuk aku tak tau, Tau-tau dah pagi. Itupun sebab bau perfume dia kuat sangat, kalau dia tak pakai perfume harus aku bangun tengahari.

Skang suda malam, aku mau tidurrrrrrrrrrrr.

p/s : Rozie, sila email gambar kat umah ko tu ari.

2007-11-02

Kenapa aku marah?


Kompeni lama aku dulu dah macam Menara Pisa. Condonggg je. Tapi dia punya condong terlebih sket. Banyak citer dah aku dengar pasal kompeni ni sejak akhir-akhir ni.

Lima orang budak baru-baru ni resign, (driver lori, IT exec, sales coordinator, 2 manager) dalam bulan yang sama. Kalau ikut lojik akal, mana ada orang nak resign hujung tahun? Selalunya kalau nak resign pun tunggu la bonus dapat dulu. Tapi memandangkan kompeni tu sangatla berpuaka, so ramai yang sanggup tak dapat bonus. Ntah ye ntah tidak dapat.

KES 1 Yang manager ni dua-dua director of sister company. Melibatkan 2 sister company la ni. So, bila salah sorang director dah bla, kena la carik pengganti. Si Finance Exec yang maha bodo lagi lembap ni boleh usulkan idea yang sangat aku tak terpikir akan kuar dari someone yang so-called professional.

Finance ni pi bagitau manager-manager ni tadi yang dia belum dapat nama untuk jadik pengganti diorang as a new director.

So??

Dia boleh bagi cadangan, 'Ok, after you leave the company end of this month, do you mind to come at least once a week to just sign blank cheque? No need to come to work, just sign je. Kita blum dapat pengganti la'
JUST SIGN??
Ko ingat sign diorang tu free?
Tengah-tengah desperate macam ni la signature dorang tu serta-merta jadik mahal. Kalau aku, aku mintak sekali sign RM1000.

Bodohnya Finance Manager ni.
Takde bangangnya manager ni nak free-free letak nama sebagai director tapi just nak sign cheque. Sok-sok, kompeni kena sue, diorang masuk jail.

KES 2 Lima-lima orang ni punya paycheque kena hold. Reason, sebab handover tak complete. Bodohnya manusia yang berjawatan HR ni. Dorang ni semua resign hujung bulan lepas. So kalau notis sebulan pun maknanya dorang still ada kat kompeni ni sampai hujung bulan ni. Takkan la ko nak pegang cheque dorang sampai hujung bulan baru bagi. Dorang ada anak bini nak bagi makan, ada bill nak bayor, lain la kalau ko nak bayarkan. Takut sgt dorang ni lari lepas dapat cheque. Tu la dia, sebab dulu dia penah buat kat kompeni lama, tu yang saiko ingatkan semua orang macam dia. Kalau dorang lari pun memang patut, macam la ko pun betul sangat. Politik je lebih.

Yang kesian, budak lori tu. Dengan dia punya paycheque kena hold. Ko nak suruh budak ni handover mende? Handover lori? Ke nak suruh dia isi minyak lori kasik penuh baru ko release dia? Dah sah-sah memang lori kena park kat opis sebelum kol 5pm everyday. Handover mende pun aku tak tau. Aku tanya budak ni 'Ko dah handover keje ko ke?'

'Handover tu apa?'

Haaa..bagusss.

KES 3
Dulu COO aku pompuan. Dia keje kat kompeni ni berbelas tahun, dari jawatan marketing exec sampai le ke COO. Kalau nak ikutkan bisnes ni dia yang run. Hari tu aku lunch ngan dia.

Aku : Bila last day?

PP : I last day 31st Dec.

Aku : Lambatnya. Kata dah bukak kompeni sendiri. Kluar aje la terus.

PP : Dia sibuk nak suruh i jadik advisor.

Aku : And you nak tolong advice laaa? What did you get then?

PP : Ntah, I dah malas. Profit i pun sukati la dia nak bagi ke tak.

Aku : Kenapa lak taknak mintak profit?

PP : You imagine, last year my team alone buat 6.5M, itu team i je, belum team u and others. My profit sharing is 10%, you kira berapa sepatutnya i dapat.

Aku : Gila banyakkkkkkk.

PP : But he claimed that, after tolak itu ini the profit is only 168K.

Boleh pakai ke??
Kompeni yang bercapacity 90 orang, buat profit setahun 168K. Itu bukan profit namanya bodohhh. Itu namanya loss. 10% out of 168K, berapa sen sangat? Dari ada profit sharing baik makan komisyen cam budak-budak sales. Bulan-bulan paling bangsat pun RM1K dapat.

PP : Sukatila berapa dia nak bagi, i ambik. Yang lebih tu i haramkan.

Aku : You ingat orang macam dia tau ke hukum halal haram?

PP : I swear I akan kenakan dia cukup-cukup.

Aku : You're not alone. I pun nak kenakan dia kaw kaw.

KES 4 Kompeni aku ni bukak satu branch kat south, so they sent 2 personnel kat sana. These 2 people memang ada power kat opis. Aku pun tak tau pesal dia hantar diorang kat south. So, the initial plan was, kengkonon as a reward ke atas their outstanding performance, company grant them satu opportunity to run their own bisnes, tapi still adhere to the rules kat HQ. Ok la. Tahniah la kat dorang. Good for them. Tapi bila CEO gi US, COO cilaka ni pi ammend agreement.

Ok, baca bebetul ek.

1. HQ hantar you pegi south. You dapat satu building baru. So utk sewa / beli building ni, HQ loan you certain amount of money, interest sama macam bank. Fine, bisnes tu eventually dapat kat 2 orang ni gak kan, so takpela.

2. For start, HQ akan pump in money say 10K monthly. Duit ni just untuk sustain sementara nak bernafas sendiri. Money is not free, kena bayar balik. Takpe, mana ada orang buat bisnes tak berhutang kan.

3. Tapi south office hanya boleh jual barang to certain-certain customer. Ada limitation. Kalau mega projek like Iskandar Region tu harus pass kat HQ. Bodo kan? Ko bukak cawangan south untuk concentrate on sales belah selatan, tapi mega-mega projek pulang balik kat ko, abis yang 2 orang ni buat projek taik-taik? Tapi hujung tahun figure harus cecah 2M. Mana nak cekau? Jual bulu kau boleh la. Itupun kalau laku.

4. Memandangkan south office tu 'bisnes' 2 personnel ni, maka diorang dah takleh dapat distributor price dah. Contohnya kalau dulu keje kat HQ, kita jual Taq DNA = RM280.00. Tapi bila dah pindah south, harga enduser jadik RM330.00. Ok, takpelah walaupun hati dah mendidih ni. Bisnes is about relationship. Kalau customer service kita bagus, harga mahal camne pun customer beli gak.

4. Dah nama pun 'opportunity untuk run bisnes sendiri'. Tapi management untuk south office still HQ yang kontrol. Segala profit HQ yang akan tentukan.

So, managment dia control, profit dia kontrol, customer dia kontrol, price dia kontrol, tapi building kita bayar. Cakap kat aku apa favornya kat 2 personnel ni tadi?

Kalau dah semua ko nak kontrol, takdela namanya 'opportunity to run own bisnes'. Kira sama la macam apa yang aku buat dulu, keje untuk ko. Kalau camtu, baik building tu ko istiharkan ko punya, kira ko transfer je 2 budak ni ke south. Tak pun, ko panggil balik 2 budak ni biar dia concentrate sales for southern region dari HQ. Takde masalah kan?

Masalahnyaaaaaaa...ko sebenarnya memang nak kuarkan 2 makhluk ni dari kompeni. Nak bagi 2 orang ni stress. Ko hantar jauh-jauh, pastu semua ko kontrol, bila tak jejak 2M sales figure, ko ketuk diorang cukup-cukup sampai diorang resign. Nak terminate tak boleh la pulak kannn. Bersoal jawab la pulak ngan pejabat buruh nanti.

And telahan aku selama ni betul. Nak jadikan cerita, dalam 2 bulan ni diorang baru buat 80K. Mana la nak cecah 2M sampai Sept tahun depan? So, COO cilaka ni bagi satu statement 'Kalau i close south office, you nak masuk HQ balik tak? Tapi kalau masuk HQ, your tittle dah lain tau'.

Dah ko yang hantar dia ke sana, kenapa ko mesti nak tanya 'you nak masuk HQ balik ke tak?'. Ko yang nak tutup, of course la secara tak lansung dia akan masuk balik HQ. Tapi nampak sangat la itu bukan satu 'offer'. Itu namanya kiasan, 'tittle ko dah turun kalau ko masuk balik HQ, so sila la resign'.
BUKITTTTTTTT!!!!

Maka terjawab la kenapa aku bengang semalam.
Kesian tengok nasib diorang yang masih ada kat kompeni tu.
Aku mintak sangat kat Tuhan permudahkan urusan aku. Aku nak proofkan kat COO cilaka ni aku boleh berjaya tanpa duduk celah ketiak ipar duai macam dia.

Aku harap dia berkesempatan untuk tengok kejayaan aku menjatuhkan dia.
(Apa punya doa daa...)

Nak tau apa aku tulis kat internal mail before aku blah?


----- Original Message -----
From: Diana Ishak
To: ******************
Sent: ***** 2007 9:43 AM
Subject: Goodbye

Hi everyone,

I think its already a tradition to leave words here before leaving. Anyway thanks everyone here. I did "enjoy" working in the group but due to some reasons I have to leave. Keep working, keep busy, keep the pace and play the head. Let others to catch you. Hope you guys enjoy what you are doing now.

People always leave anyway. I'm sorry if I caused any trouble to all of you. For those who have my phone number, do not hesitate to give me a call shud you need help :). I'm always around just not in this building anymore!

And lastly thanks to HR for making me realise that I can be better than staying here. :)
Anything is better than here.

-D-