2009-01-29
Aku tengah jatuh chenta ngan Ryan Gosling....maafkan aku En Wan.
Kalau aku tak keje, mau 5 jam dah habis.
Aku memang lembab sket nak habiskan buku cerita omputih walaupun 240 muka surat. Kang jumpa word yang pelik-pelik mula la aku sibuk nak carik dictionary pulak.
Habis baca kol 8.30pm semalam, terus aku bukak YouTube tengok movie dia pulak.
And pagi ni mandi, mata aku still bengkak dek menghayati sangat baca buku tu.
Seriesly, buku tu lagi best dari movie.
Movie tu jadi best sebab hero dia Ryan Gosling.
Ni kalau Mak Aji nampak ni konfem 'Kalau baca buku tu sehari habis, cuba aku suruh baca Quran, sehelai sehari pun mencungap'.
'Mana ada mencungap?
Orang nak ambik napas ni jap lagi ada 5-6 harakat punya baris nak baca'.
Panggggggg!!
Menjawab, menjawab!
Aku baru perasan mesej malaun ni masuk.
Ni takde lain kes A Kugan la ni.
Dia ni memang hardcore Hindraf, asal ada perhimpunan apa-apa melibatkan geng-geng dia, memang dia yang tau dulu. Pastu konfem dia sound aku untuk sama-sama memeriahkan suasana.
Betul kan, Beng??
Aku tengah cari movie Half Nelson ngan Fracture nih.
Carik kat YouTube tak jumpa.
Nak carik yang takyah bayar apa-apa punya.
Ok, jap lagi aku nak start PS I Love You.
Bismillah....
2009-01-27
2009-01-23
kalau rasa paham bagus kalau tak paham lagi bagus
Kalau aku nampak muka dia kat sini memang aku pegi direct depan muka dia, aku lempang sekali pun jadik la.
Apetah lagi kalau dia dengan relanya pegi tadah muka dia depan aku sambil senyum-senyum as if senyuman dia tu boleh buatkan aku lembut hati. Memang konfem aku ludahkan.
Ingat ye 3 benda ni.
1. aku lempang.
2. aku tampar.
3. aku ludah.
Daripada ko menyemak kat sini, baik ko pegi main kote.
Aku dah penat dengan tebiat kau.
Dengar nama ko pun aku dah jijik.
All the best la dengan masa depan kau yang aku rasa takkan berubah kalau ko masih dengan perangai lama.
BARUA!
BACUL!
BODOH!
BABI!
2009-01-20
Adakah Anda Mengalami Gejala-gejala Berikut ?
Ok, aku jumpa.
2009-01-17
Berlagak nak mampos
Yang aku hangin tu, lagi aku warning lagi mencanak-canak komen membidas komentor-komentor masuk. Ni dah bukan nak bagi pendapat namanya, tapi lebih nak memboikot tukang bagi komen je aku nampak.
Ala aku tau, yang bagi komen kaw-kaw (tapi aku tak publish) tu, sebenarnya korang memang ada hutang lama tak settle ngan tukang-tukang bagi komen tu kan? Tapi jadikan komen box aku medium korang nak bertekak. Oh sori the mori okkkkkkkkk.
Yang aku pelik, nak kata link tukang bagi komen tu tak berprofile, aku rasa ianya berprofile. Klik je la kat situ, konfem terus masuk kat blog dia. Hambik, maki korang sesama-sendiri kat situ. Yang ko nak pi sergah dia kat komen box aku jugak kenapa? Pergi la settle ngan dia kat komen box dia.
Ni bukan apa ni. Yang tak puas hati tu aku bajet kawan-kawan si tukang komen ni jugak. Biasa la kan, takkan nak tunjuk terang-terang kot. Kata memberrrrrrrrrrrrrr. Harusla bermuka-muka sket.
Actually, aku buat entry tu sebab berbulu ngan salah seorang kawan aku yang kalau dok menghantar email boikot ni memang muka dia je la yang first sekali. Ye ye je hantar email suruh boikot tapi bila aku tanya "Make up ngan perfume ko dah tukar ke belum? Taknak try Mustika Ratu?"
'Ala, aku takut la nak tukar-tukar ni, takut tak sesuai ngan muka aku'
Boleh pulak ek macam tu?
Ni bukan apa sebenarnya.
Sebab benda tu ada kepentingan kat dia, maka tak payah la boikot.
Kalau takde kepentingan kat dia contohnya makanan ****** (from US), yang memang dia sah-sah tak makan, wah kemain lagi suruh orang boikot.
Tak reti aku orang macam ni.
Anyways, thanks pada semua orang yang tolong berjihad menghantar email-email boikot ni. Walaupun kita mungkin ada pendapat masing-masing, don't worry email-email boikot yang korang bagi tu tetap aku passing-passing kat orang lain.
Boikot mana yang perlu is right. Aku pun boikot jugak. Contohnya coklat. Sebab aku memang tak makan.
Tapi bagi aku, daripada kita memboikot, baik kita bagi sumbangan ke tabung Palestin. Jihad juga la ni kan? Bukan apa, Malaysia kat peta dunia ni kecik je aku nampak. Setakat kita je memboikot apa sangat la impak pada US yang besar gedabak tu. User product dia bersepah lagi kat satu dunia. Sementara nak tunggu dia terasa impak pada ekonomi which aku rasa entah berapa bulan lagi, dah habis satu Palestine kena sembelih. Baik la kita selesai cara bagi bantuan perubatan ke, makanan, yang penting selesai secara rundingan ataupun bagi bantuan ketenteraan ke apa ke. Wah, aku pulak yang bagi cadangan hantar tentera. Konfem bini-bini askar menyumpah-nyumpah aku.
And kepada researcher-reseacher, sila la buat kajian yang mampu dikomersialkan ye. Kalau tak, sampai bila-bila pun kita bawak masuk shipment dari US.
(aku la yang tukang bawak masuk tu, abis tu korang jugak yang nak).
Ha, ni aku nak start sessi memaki.
Kelmarin, ada satu lecturer bertittle Prof Madya buat kerek ngan aku dan mungkin juga pada ketika ini telah selamat menopos setelah 2-3 hari lepas berada dalam situasi pre-menopos.
Dr ni interested in having aku punya SYBR Green trial kit. Ok la, aku pun cakap aku ada free sample for her to try. She asked for some quotations too on a few SYBR Green from other brand which aku tak carry sebab brand tu dah ada distributor kat Malaysia. Aku carry brand lain.
Takpela, since dia dah mintak quotation utk brand competitor aku quotekan je la, but at the same time, aku quotekan sekali brand aku. Together with the quotation aku explain a bit on what the kit could offer. Actually reagent yang dia mintak tu is a basic and very common reagent untuk project dia. Sesaper yang buat project yang sama akan guna produk tu. And brand yang aku carry ni pun bukannya brand baru, it is just that it is new to Malaysia market. Disebabkan new la maka aku provide trial kit.
Yang babinya, dia leh reply aku :
----- Original Message -----
From: ******makcik gilo*******
To: Diana Ishak
Sent: Thursday, January 15, 2009 11:20 AM
Subject: Re: SYBR Green
Dina,
Pls excuse me for saying this but I know what the 'hell' I'm doing!
Pls just give me the sample kits and the quotes and stop giving me unsolicited advice, dear :-) I don't recall asking for any ;-).
Pls ONLY quote what I asked you to quote specifically!
Pls don't waste my time and attention with WHAT I DID NOT ASK YOU TO QUOTE"
Hello makcik.
Pertama sekali, nama aku bukan Dina ye.
Kedua apa ko ingat ko sebut 'plis plis plis' banyak kali aku hormat dengan cara ko yang penuh tatasusila nak mintak tolong kat aku?
And ketiga, apa benda ni " :) ;) " semua?? Ingat kelakar la? Aku sepak kang.
Pelik ek, ko nak pakai brand lain, tapi ko nak free sample brand aku????
What the fak?
Kalau nak try tapi ko tak konfem akan switch ke brand aku, tak kisah la kan. Janji ko try and dengar explanation aku dulu. Ni tak, mati-mati tolak, tapi bak sample boleh?
And salah ke aku bagi explanation what my brand could offer?
Dah ini memang keje aku. What do you expect?
Dia ingat aku sales? Sorry ok, aku bukan sales.
I am a product specialist.
Sales is orang yang buat sales, not necessary tau pasal product.
But a product specialist is someone yang assist you secara teknikal and they know what the fucking hell they are selling.
Biasa la kan, dah terang-terang ko tau aku buat marketing. Kalau aku give suggestion ke, recommendation ke, that is something yang people dah memang akan jangka. Biasa la budak marketing. Apa yang ko expect? Tukang ambik order?
Dey, waiter kat kat kedai pun kalau kita tak tau nak makan apa pun dia akan tolong suggestkan ok? Biasa la tu.
Kalau ko rasa ko tak perlu khidmat aku, baik ko pi beli thru internet je. Sah-sah ko tau apa nama produk yang ko nak. Tekan-tekan keyboard, dapat harga, order. Aku pun senang, takyah kuar pagi-pagi jumpa ko, dengan duit minyak, duit tol. Dah la aku tak claim duit minyak ngan saper-saper skang ni.
Aku just bagi explanation sikit about product lain yang similar, which can give her the same result, with new technology and even cheaper than the existing product kat market.
Salah ke apa yang aku buat?
Aku buat keje aku.
Aku faham kebanyakkan orang rasa menyampah gila kalau jumpa ngan budak marketing. Asik nak promote je.
But kalau difikir-fikirkan balik, it is actually good to see sales/promoter yang busy gila cucuk-cucuk ko beli produk dia dari sales/promoter yang diri tegak je tepi dinding takut nak tegur orang lalu-lalang harap nak pass-pass flyers je. Kalau takat pass flyers tu baik ko tak yah pegang tittle sales/promoter. Ko letak je flyers tu kat shelf pastu ko tulis sign 'Sila ambik sehelai'. Pastu gi lepak kat mamak.
But keje aku ni bukan yang ketuk pintu bilik orang 'Encik, saya ada jual barang, Encik nak tengok catalogue?'.
Aku akan study dulu mana-mana jurnal yang dia dah publish and buat appointment dengan dia untuk assist project dia. Meaning here, Dr ni dah tau and should expect aku akan come out with a few suggestions.
Tapi silap aku mungkin kerana aku bagi technical advise.
Ye la, saper la aku kan nak bagi technical advice kat Prof Madya Dr lagi.
But hey, aku pun tau sikit sebanyak about technical.
Ok la, konon-konon aku bukan budak Biotech.
Walaupun aku bukan background Biotech, tapi bila aku dah pegang tittle Product Specialist, aku wajib tau pasal produk yang aku carry. Aku kena tahu camne nak handle the produk. Apa application yang orang boleh guna dengan produk tu. Sikit sebanyak teknikal dah memang sangkut sikit kat situ.
Aku tak pernah doubt technical knowledge dia. Bodoh la aku kalau aku doubt, dia dah blend herself in this field since aku belum lahir, so dia tau lebih banyak dari aku. Dia lagi terer bab-bab teknikal, segala bentuk research. Tapi dia perlu ingat, I know the product better than her sebab aku yang bawak brand ni.
Masalahnya adelah keranaaaaaaaaa orang tua ni pandang rendah kat budak marketing.
Dalam kepala hangguk dia, kalau budak tu 'tukang jual barang' maka dia ni bodoh, blaja tak tinggi sebab tu keje jual barang. Saya juga tak tau selok belok biotech sebab kat namecard saya takde tulis education background, takde Bachelor degree, takde masters dan juga takde pHD macam dia. Takkan la saya tau pasal produk-produk yang gila babi high end dia mintak ni kan? And saya pula telah memberikan explanation tentang produk itu macam la saya ni pandai sangat setaraf dengan dia yang Prof Madya tu.
Tapi kan dokter, brand yang dokter mintak tu sangat la well known kat dunia. Everyweek saya pi universiti dokter konfem terserempak ngan product specialist dari brand tu, kitorang leh siap mengeteh semeja lagi. Takkan la budak tu tak promote kat dokter kan? Dokter ni profesor madya, banyak grant, selalunya researcher-researcher yang banyak grant ni product specialist jarang terlepas pandang. Apesal agaknya dia tak jumpa dokter?
Aku bajet semua product specialist taknak jumpa dia, kepala kerek macam ni. Seingat aku selama 6 tahun aku dalam line ni, this dokter punya nama tak pernah come across telinga aku pun. And this is the first time aku jumpa orang yang sangat berlagak macam tak ingat mati.
Perlu ke aku tulis aku Bachelor in what, Masters in what kat namecard aku so that orang pandang aku tinggi?
Perlu ke aku letak tittle aku Director supaya orang tau aku bukan kuli?
Perlu ke aku susun sijil-sijil aku so that aku boleh berdiri sama tinggi dengan kau?
I just don't understand why some people are shallow, look down on others just because they are not driving BMW.
2009-01-16
Letih!
Boikot Nestle.
Habis kalau kilang nestle tu tutup mana pulak nak campak pekerja-pekerja kilang Nestle tu? Yang ada skang ni pun bersepah menganggur lagi nak tambahkan ramai orang tak bekerja.
Boikot Coca-Cola and Pepsi.
Minum la minuman bercarbonate cap *****.
Boleh....takde hal nak minum cap apa sekalipun.
Tapi berapa kerat sangat yang aware Malaysia ada produk yang sama macam Coca-Cola?
Saper suruh tak buat marketing betul-betul?
Nak tunggu ada kes-kes terdesak macam ni, baru la nak ambik peluang promote produk buatan Malaysia?
Setau aku kebanyakkan barang sekarang even originally from US, but dibuat di Malaysia. Walaupun keuntungan diagihkan kepada US, rakyat Malaysia pun dapat imbuhan juga.
What about research product?
Diagnostis research? Antibiotics?
Ada cara lain tak selain memboikot?
2009-01-14
Lagu
|
Ni antara lagu yang aku selalu dengar masa kecik sebab Pak Aji ada kaset dia.
Kumpulan Ottawan.
Aku tak tau kumpulan ni ada lagi ke tak. Rasanya adik-beradik. Sepesen je kaler dia aku tengok. Adik beradik la tu.
Dulu kalau boring-boring balik dari skolah takde keje nak buat, nak study kem salam la, mesti aku geledah laci Pak Aji and carik kaset-kaset dia yang ala-ala disco sket kasik aku feeling-feeling gi clubbing. Masa ni memang aku je ada kat rumah, Ima skolah asrama. Dia kebal terhadap segala bentuk torture dari senior sebab tu dia bertahan kat boarding school. Ibal skolah petang. So rumah Mak Aji free dari sebarang gangguan. Jiran pun takde. Kira baikkk punya timing aku nak clubbing kat hall. Tolak sofa ke tepi, tutup sliding door, tutup tingkap, tarik langsir kasi rumah gelap, baru macam Twelve S.I.
|
Aku dah lupa sebenarnya lagu ni until aku tengok Mamma-Mia baru-baru ni.
Dah la tengok ngan mak mertua. Amat jelas kegedikkan menantunya. Tengok VCD pirate pun nak henjut-henjut badan siap head banging bagai.
Pak Aji ada denim jumper macam lam gamba tu (jumpers kan nama dia? ah, belasah). Aku boleh bayangkan camne bapak-bapak kita punya rugged la melepak kat shopping kompleks pakai jumper camtu dengan rambut panjang tutup telinga, pewit pewit kat awek.
Pehhh, lelehhhhh.
Kalau nak suruh aku bayangkan En Wan pakai camni siap kemeje lengan puff bagai, tak dapat la. Elok-elok aku subur terus mati pucuk tengok dia pakai camni.
Tolong ye bang, jangan nak buang tebiat.
|
Ni antara penyebab kenapa aku nak quit dari Maahad Hamidiah masa Form 1 dulu.
Tak dapat tengok JUARA LAGU okkkkkkkkkkkkk!!!!
Ye la, aku jahil.
Asik nak dengar muzik, nyanyi, muzik, nyanyi.
Tapi time kuliah Subuh aku bangun gak, tadarus pun aku pegi jugak, ko suruh gi berzanji pun aku masuk.
Tapi kenapa aku takleh tengok JUARA LAGU?????????
Ini tidak adilllllll!!.
(bantahan dari bekas pelajar sekolah agama yang masih lagi jahil)
Aku takde la minat si Ah Wie, aku minat Joe. Tapi aku suka gila ngan lagu ni.
Masa tu aku jeles ngan sesaper nama Rashidah.
Nama sikit punya koman tapi boleh jadi lagu.
Panggggggggg!!
Ada sesaper nama Rashidah kat sini?
Hampunnnnnnn.
|
Lagu ni kenangan antara aku and arwah atuk aku yang kat Tampin.
Masa kecik-kecik aku ngan Ima, atuk and nenek yang bela. So bila dah skolah, everytime cuti je mesti kitorang balik kampung. So boleh bayangkan la apa karangan aku buat everytime skolah bukak balik. Nak lagi bila cikgu tu balik-balik tajuk dia 'Apa yang saya buat semasa cuti sekolah'. Kalau dapat cuti yang macam aku manjang je lepak kampung, apa benda yang aku nak cerita sangat. Tu yang ada sekali aku wat karangan 'Percutian ke alam Alice in the Wonderland'.
Aku tengok muka cikgu BM aku memang khusyuk lagi kagum ngan cerita percutian aku. Ni konfem dapat A and tiga bijik bintang.
Hujung-hujung karangan tu '...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga saya berasa lemas. Oh, rupanya ibu meyiramkan air sebaldi ke muka saya kerana saya mengigau. Rupanya saya bermimpi.'
Standard la kan karangan dulu-dulu.
Konon nak wat suspen.
Kalau betul cerita suspen takpe, ini kalau cikgu tu berbulu je kena tipu hidup-hidup mau ko dapat C tolak. Dah la member khusyuk membaca, lam hati dah nak bagi A dah ni.
So lagu ni aku main dengan recorder (yang macam flute tu, bukan tape recorder bang). Gila terer aku dulu main recorder ni, tak main la lagu Pengakap Muda Bab 1 buku teks muzik tu. Aku main lagu-lagu artis je okkkkkk. Siap buat note sendiri lagi. Menangis Meet Uncle Hussin kalau tau kehebatan aku.
Atuk aku la yang jadik penonton setia. Nak harap nenek aku malam sket la dia nak layan muzik-muzik ni. Tapi bila cerita Mazuin kawen ngan pengiran Brunei keluar kat paper, aku jugakkk yang dia suruh tolong bacakan.
Sambil dia lepak kat beranda cukur janggut, aku main recorder lagu ni. Kira sepanjang cuti sekolah tu aku dok susun note nak dapatkan melodi lagu ni. Kira ok la kan untuk level budak sekolah rendah yang takde basic knowledge in music, harapkan kelas muzik kat sekolah yang seminggu sekali tu je.
Lepas atuk meninggal masa aku umur 11 tahun, aku dah tak minat susun note ni semua. Aku main recorder sebab nak lulus exam je. Kalau tak konfem aku juara One in a Million (aku tau takde kaitan).
|
Tak dapat carik gamba Roy and Fran.
Lagu ni aku penah nyanyi dengan one of my good friend dulu.
Dua-dua dalam kereta masing-masing. Sekali ERA ke SINAR ntah pasang lagu ni, terus aku call dia suruh pasang radio and kitorang sama-sama nyanyi on the phone. Dah la suara yours truly sengau-sengau sendut, tapi ok la dari suara member aku tu.
Kejian ikhlas tanpa cakap-cakap belakang.
Dekat situ jugak aku sound 'Your voice is horrible'.
Memang la dia gelak-gelak tapi aku tau kalau aku kat depan dia time tu mau penampar dia melekat kat dahi aku.
Kalau tak kerana sessi berduet dalam kereta tu pun, aku memang suka lagu-lagu duet macam ni. Biasala, aku kan kuat berangan. Dan juga agak gatal. Nak tunggu ada laki offer aku nyanyi duet memang tak dapat la kalau nak berbekalkan dengan muka aku yang cantik lagi orang asli ni. So kalau lam keta tetiba kuar lagu-lagu duet nak pulak yang feeling-feeling camni, memang start la aku punya berkhayal. Masa tu kalau tetiba Mak Aji 'Diana, ambikkan tisu kat blakang'.
Pehhh, memang potong okkkkkkkk.
Lagu Fran ni memang dah sebati ngan telinga aku. Pak Aji memang ada complete album Fran. Asal masuk kereta je memang tak reti la nak dengar radio, pasang kaset sokmo. Tak lagu Fran, lagu Kak Melah.
|
Aku tak jumpa gamba UK's (ke Ukays?).
Lagu ni memang shilaker sket la.
Lagu ni best, bukan tak best.
Yang tak bestnya bila lagu ni Tungau tujukan kat aku.
Biasa la kan, dah tak dapat aku tu ada je la benda dia nak bagi semorang nampak kesalahan tu pada aku.
Piraaahhhh.
Masa bila ko ada kena-mengena ngan kejayaan aku kat menara gading?
(wahh, belagak sial. Tapi mamposla kan, aku tengah marah ni)
Suka-suka ko je kan nak ungkit-ungkit apa yang ko tolong masa blaja dulu.
Setau aku ko tolong aku part Fizik je.
Tu pun bukan sebab ko terer Fizik, tapi sebab Fizik aku lagi bangang dari kau.
Kalau nak ikutkan pandai, baik aku tanya Ijad.
Tapi apa barang tanya Ijad, dah masa tu ko balak aku, haruslah aku carik alasan nak jumpa kau kan. Padahal aku tau kalau aku ambik subjek Fizik saje sepanjang tahun pun aku tetap fail. Aku geli la ngan buku Fizik.
Tak payah la semata-mata kerana ko tolong aku Fizik ko nak ungkit sampai ke sudah.
Padahal subjek Fizik tu masa matrik je.
Dah la dia tujukan lagu ni kat aku secara terang-terangan.
Face to face okk.
'Bila **** dengar lagu ni, mesti terbayang awak'.
What the fakkkkkkk.
Memang cibai.
Cuma masa tu aku biarkan je la apa dia nak cakap kat aku pun.
Kasik chance dia nak menang, janji ko berambus cepat.
Tak selera aku nak study kalau ko lalu-lalang depan muka aku.
And lagi satu, ko tak grad bukan salah aku.
Tapi ko memang bangang.
|
Sangam!!!
Siapa yang tak pernah tengok cerita aku nasihatkan sila lah tengok.
First time aku tengok cerita ni memang aku menagis.
That was bila eh, rasanya tahun 1990 kot, time Deepavali.
Aku ngan Mak Aji tengok kat tv santak sampai kol 3pg.
Skang ni channel 808 tetiap hari kuarkan cerita Sangam ni, sila tengok.
Semalam pun aku tengok gak, and aku dah hafal lagu ni.
Antara penyebab aku suka tengok Sangam sebab muka Raj Kapoor (atas) tu iras-iras muka arwak atuk aku. Tak caya tanya Ima. Kira ni hero paling hensem la waktu tu. Antara suku-sakat Kapoor ni aku rasa yang hensem cuma dia ngan Shaheed je.
Si Rishi Kapoor tu aku tak paham apesal ramai nau yang kata hensem. Dah la bibir merah basah-basah macam pakai lipgloss, geli aku.
|
Lagu yang masih kekal ada dalam mp3 aku, tak kira dalam laptop or dalam kereta.
Kadang-kadang kalau susah nak terima nasihat orang, kena la nasihatkan diri sendiri.
So aku pun dengar la lagu ni hari-hari.
Tapi kalau Pak Aji naik keta aku, aku takkan pasang mp3 ni, aku pasang mp3 lagu omputih. Dibuatnya tetiba kuar lagu Fatamorgana ni, dia punya tazkirah konfem panjang silap-silap satu kaset Hijjaz dah habis pusing, khutbah dia tak abis lagi.
Dia memang ambik peluang je, contohnya tengah drive tetiba ada accident kan, mula la dia bukak topik 'Mati tu bila-bila je, macam accident ni orang tu tak terfikir pun dia nak kena accident jap lagi, tau-tau meninggal...bla bla bla'. Kang kalau masuk lagu nasyid lagi la timing baik nak berdakwah kat anak dia ni kan. Anak kalau dapat yang jenis dengar dan tobat nasuha tak buat lagi takpe gak, ni jenis orang nasihat memang ko dengar, tapi takat dengar je la.
Tapi at least aku dengar dan diam. (credit untuk diri sendiri)
|
Series aku bagitau, suara Pak Aji macam Broery.
Tak salah aku Ima and Ibal pernah ikut Pak Aji gi conference apa ntah, tempat keje dia buat masa lom pencen dulu.
So budak bertuah dua ekor ni kan mana reti dok diam, malam-malam merayap pi lounge hotel. Dari lam bilik lagi diorang dengar sape la pasang kaset kuat sangat (sorry ye aku memang peghak, lagi suka sebut kaset dari CD). Sekali kat lounge Pak Aji tengah goreng lagu Widuri daaaaa.
Aku memang dah tau lama suara Pak Aji macam Broery sebab masa skolah dulu, Pak Aji selalu main organ petang-petang lagu Broery. Aku yang tengah lipat kain ni terpaksa la tadah telinga dengar. Sampai naik muak dah takde lagu lain ke apa nak main. Tapi sebab suara dia lagi best dari aku, layan kan je la. Kang aku komplen apa ni asik lagu Broery je, dia buat statement 'Ko nyanyi aku nak tengok pulak'. Haaa, baru dia terkencet aku.
Tapi kengkadang ada gak dia bawak lagu Black Dog Bone, D'Lloyd, Sharifah Aini...Kak Pah pun jadik. Sebab tu sampai skang lagu-lagu aku semua 70-80s. Aku membesar dengan lagu-lagu macam ni.
Tapi dalam suara kitorang adik-beradik, Ibal jugak yang paling best. Dia penah menang best vocalist dalam Battle of The Band. Apa nama glemer dia ntah, bukan Ibal. Itam kot.
|
Tak jumpa gamba Ria Resty Fauzi.
Ni kalau bibik aku tau aku simpan lagu ni konfem dia seronok tinggal Mesia tak nak balik Indon dah.
'Kok majikan aku suka lagu Indonnnnnnn'
Aku rasa time kecik-kecik dulu bersepah kaset-kaset lagu-lagu compilation Indon kat pasar malam. Antara yang beli adelah Pak Aji. Saper kata lagu Indon menguasai market Malaysia skarang? Dulu lagi dah ada okkkkkk.
Tapi, tak dinafikan, lagu-lagu dorang memang best.
Tak salah aku, dulu kalau tak lagu ni, lagu Madu dan Racun or lagu Singkong dan Keju tu yang balik-balik kuar kat radio.
Aku dambakan seorang gadis yang sederhana
Aku ini hanya anak singkong....anak apaa????
Aku hanya anak singkong....yeahhhh anak apa?????
Oi anak singkong.
Eh dah la, aku nak buar keje.
2009-01-07
Korang memang saje dengki kat aku nak melepak-lepak kat rumah takyah update blog kan?
Kalau tak melampau nescaya berderet entry aku sehari 3 kali.
Aku main approve je comments dari Yahoo mail, blog aku pun aku tak bukak sejak the latest entry. And sorry to those yang meng-YM aku pastu aku hilang, sorry. Bukan taknak layan tapi tak sompek nak melayan, aku bukan purposely log in YM, bukak email je chat pun start loading.
Nanti-nanti ye.
Banyak benda yang berlaku sejak aku tak update blog ni.
Pertamanya I am happier.
Sebab tak payah update blog.
Legaaaaaaaaaaaa.
Hehehe.
Keduanya, takyah YM.
Pun legaaaaaaaaaaa.
Wah, macamkan ramai nau nak chatting ngan aku kan.
Ketiganya....SHOPPING!!!!
En Wan telah bermurah hati MEMBENARKAN aku bershopping.
I repeat, MEMBENARKAN, bukan MEMBELIKAN.
Jauh sekali ada cita-cita nak MENGHADIAHKAN.
Aku dah lama tak shopping.
Asal dah try-try baju je, letakkkk balik
Pegang-pegang novel, pastu letakkkkk balik.
Semua benda tak mampu memuaskan nafsu shoppingku. Asik la aku menemankan En Wan shopping, and tebiat bershopping dia makin pelik aku tengok. Kejap-kejap dia beli barang, kejap-kejap beli barang. Dah la bonus masuk wat dekkkkkkkkkkk je ngan aku.
Beli berhelai-helai. Pinjam kad PADINI aku. Tapi tak offer aku lansung.
Saje je dia sengih-sengih menyeringai kat muka aku. One of the way to be sarcastic la kan like 'See, aku leh soppingggggggggg, ko tak lehhhhhhh. Pegangkan beg plastik abang, nak pilih spender jap'.
Tak pernah-pernah dia wat keje beli baju and suar berhelai-helai.
Siap beli spender berkotak-kotak.
Tengok la sok kalau aku dapat bonus pulak, aku beli spender 30 helai pakai sekali harung semua serentak.
Minggu terakhir 2008 tu aku ngan En Wan banyak mencutikan diri, lalu apa salahnya kita bersiar-siar di Sunway Piramid dan Jusco Bukit Tinggi.
Memang ni favourite spot aku sebab ia murah saje.
Nak pi KLCC, Pavillion, apa menatang haram depan Bukit Bintang tu aku lupa lak nama dia, kem salam la kan nak masuk tempat-tempat camni.
Series orang kat Pavillion leh spot kekampungan aku.
Selama ni kalau nak beli barang walaupun bra Scarlet yang berharga RM10 tu (ko jangan beli bra ni, lepas dua kali masuk mesin je, dawai bra konfem tanggal, melainkan ko memang nak wat Scarlet ni bra pakai buang) aku akan tanya En Wan. See dia approve ke tak.
Oh yes, selama ni aku memang pakai bra Scarlet tu, sebab dia murah dan cantik. Kaler striking-striking.
Tapi after a few years pakai, aku rasa tetek aku dah labuh sikit.
Adekah kerana dah tua jadik kolagen pun berkurang?
Adekah kerana lepas mandi petang je aku dah tak pakai bra lansung so tetek aku tend untuk menjurus ke lantai akibat daya graviti yang kuat?
Adekah kerana aku asik terlompat-lompat ikut exercise Jane Fonda menyebabkan tetek aku kurang daya elastiknya? Tapi apesal Jane Fonda punya tetek melekat je aku tengok???
Adekah sebab tetek aku besar so dia berat maka dia jatuh sikit?
(alasan tak lojik tapi sebenarnya aku saje je nak bagi orang tetek kecik jeles ngan aku)
So, aku buat kesimpulan one of the factor adelah bra murah.
Jadi, aku pun mengutarakan permasalah bra murah ni kat En Wan.
Bila aku kata bak masuk La Senza je, dan-dan 'Abang dah tak kisah sangat tetek awak jatuh ke tak, janji bertetek. At least I have something to grab at'.
Series aku geli dengar.
En Wan, stop grabbing or I won't give you any.
Hahahah.
Geli, geliiiiiiii.
Jauh lak menyimpang tajuk aku ni.
Tetiba je masuk bab tetek.
But, the best thing of all adelah, saya telah mendapat surprise dari En Wan untuk 10th anniversary yang lepas. Walaupun dia postpone tak bagi on the day itself, tapi lagi baik la dari aku yang tak bagi apa-apa kat dia kan.
Saper suruh pegang semua duit aku.
Kan ko dah tak dapat hadiah.
Green apple Cybershot!!
Muahhhhhhhhh!!!!!
Takyah la aku snap menatang ni beria-ia, orang lain ada kamera lagi la besar cam serombong kapal lense dia, sikit tak tunjuk.
Aku nak tunjuk kaler je.
Sebab aku selalu melenjan camera dia, so dia belikan new camera untuk aku.
Green apple lagi.
Tapi tau kah kamu En Wan bahawa Green Apple tu ID aku saje, favourite kaler tetap pink okkk.
Tapi takpela, dah orang bagi tu jangan la banyak cengkadak pulak kan.
Cerita pasal busy.
Memang sekarang busy.
Tapi takde la sampai takleh update blog lansung.
Che Det yang jadi pengerusi sana sini pun ada masa nak update blog.
Setakat company aku baru 4 bulan set up jangan la nak ngada-ngada sangat tak update blog bagai kan.
Cuma aku dilanda ke-tak-kuasa-an nak mengupdate blog sebab aku mempunya minat yang baru skarang.
Iaitu...............
SUPERRRRRRRRRRRRRRR!
COOL!
LAKALAKALAKALAKALAKALAKALAKA.
Ni la keje aku lately ni, kalau dah habis waktu kerja, terus bukak YouTube layan movie. Nak download movie malas, adik aku kata makan berjam.
Baik aku tengok kat YouTube je.
Sebabkan busy, Sivaji The Boss ni makan 3 hari jugak la aku nak tamatkan.
Dan tengah-tengah malam baru nak start tengok mana tak 3 hari baru nak abis.
Takkan Sivaji je kot Dianaaaaa.
PADAIYAPA!!!!!!!
pa..pa..pa..pa..
Kalau aku jadi Menteri Penerangan, ni cerita wajib tayang setiap kali Deepavali mahupun Thaipusam. Dan juga menjadi tayangan pembukaan sebelum Warta Tamil.
First time aku tengok cerita ni, ada la lam seminggu aku dok terbayang je muka Rajini ni.
Gila bayang kejap.
Betul la kata pepatah, 'apa ada pada rupa, hati mau baik'
Tapi kalau ko letak Leslie ngan Rajini sebelah-menyebelah pedulik apa aku ngan hati baik.
Hensem jugakkkkkk yang aku pilih.