Showing posts with label C-Drama. Show all posts
Showing posts with label C-Drama. Show all posts

2026-05-04

Vibe Love Song in Summer sangat positif.


Ok memandangkan teaser video Johnny and Ruohan semalam dah mengundang banyak DM, baheklah. Aku cerita sekarang.

Johnny and Ruohan masih di Yunnan filming drama Love Song in Summer. Ada hikmahnya heroin bertukar banyak kali. Rupanya nak dapat kat Xu Ruohan, yang lebih sweet.

Ruohan ni bukan traffic actor, tapi dia banyak berlakon dengan traffic male actor macam Jerry Yan, Zhang Linghe and Miles Wei. Dia ni kategori new emerging artist. Fresh, but not bad acting-nya. Dia selalu dapat genre cinta. Ada la 1-2 scene aksi tapi as supporting actor saja.

Dalam drama Our Dazzling Days, dia hanya GUEST actor. Bukan main actress. Tapi disebabkan di hujung drama dia akhirnya bercouple dengan Xiaoman (Johnny Huang), terus dia jadi sangat famous. Sampaikan orang lebih ship-kan Johnny-Ruohan dari Johnny-Xiaotong. Tenggelam habis Xiatong padahal dia main lead. Itulah penangannya bila dapat "bercouple" dengan Johnny dalam drama.

Tu yang secara tetiba, pelakon wanita Love Song in Summer digantikan dengan Ruohan. Aku looking forward dorang berdua berlakon sama lagi sebab tak puas tengok dalam Our Dazzling Days. Rupanya warga Weibo pun suka!

Everday fans Johnny and Ruohan berganding bahu share behind the scene clips. Bekerja keras betul dua group ni nak promote this drama sampai ada puak-puak yang tak puas hati.

Yang pertama CP-fans Ruohan-Linghe.

Ruohan and Zhang Linghe berlakon dalam drama The Best Thing. Aku tengok drama ni. Ok je cerita dia, biasalah cerita cinta. Sweet. Fans Linghe sampai sekarang meng-ship-kan Ruohan dengan Linge. Now the fans agak upset sebab Ruohan kelihatan sangat mesra dengan Johnny.

The good thing is, benda ni kat situ je la, takde kutuk-mengutuk sebab fans Zhang Linghe tahu idola Linghe is Johnny. Zhang Linghe sangat adore Johnny. Jadi CP fans takde la kata benci Johnny cuma dorang upset bila Ruohan nampak sangat mesra dengan Johnny berbanding masa shooting dengan Linghe.

Tapi group yang paling bitter adalah Alice (fans Dilreba).

Ntah hape kena-mengena ntah dengan drama Love Song in Summer, tau-tau nak merentan. Dilreba punmya dramaflop, lepas satu, satu flop. Jadi the fans macam takde cerita nak highlite pasal Dilreba, lantas kacau drama orang. Klip kat lokasi Love Song in Summer tersebar dengan banyaknya di Weibo and Douyin. People are talking about how close and selesanya Johnny and Ruohan.



Ramai terkejut Ruohan sangat manja dengan Johnny. Kamera tak start rolling lagi, dia dah bersenggayut kat Johnny. And Johnny nampak tak kisah and selesa Ruohan senggayut macam tu. Ada yang kata beza umur Johnny and Ruohan 5 tahun, maybe Johnny anggap Ruohan macam adik, and Ruohan anggap Johnny macam abang.

Ada juga yang cakap itulah another bukti whoever yang berlakon dengan Johnny end up selesa dengan Johnny. Mana-mana pelakon baik lelaki atau perempuan suka peluk and pegang Johnny because Johnny someone yang safe to be aroud with.

Then keluar clip ni...



Klip ni la yang buat Alice terbakor. Dah kau pulakkkk nak merentan, kenapa? Atas badan Dilreba ke Johnny landing tu? Kahkahkah.

Yang buatkan fans Johnny balas balik, bila Alice kata "macam nilah yang Johnny buat kat Dilreba dulu. Kat lokasi bukan main close tapi bila mintak clarification, senyap".

Lahhhh??? Kenapa tak mintak clarification dari Dilreba? Kalau Dilreba pun senyap tak cakap apa-apa, dah kenapa Johnny pulak kena buat statement?

Between Johnny and Ruohan, fans masing-masing tak mintak apa-apa clarification pun. Kitorang just enjoy the process. Orang tu bekerja kot. Biarlah dorang nak create chemistry on set. Just like Dilreba and Johnny dulu rapat sebab nak create chemistry supaya lakonan tak kejung. Tapi korang yang bongok pegi question macam-macam. Now, menyibuk. Dia pulak nak question macam-macam.

Tak cukup dengan baring, keluar pulak video main-main tangan...



Yang ni kategori video terkantoi ke camana aku pun tak tahulah. Hahahah. Tapi fans Johnny and Ruohan seronok. Walaupun gelagat dorang dalam vieo ni masih menjadi tandatanya kenapa senyap-senyap main tangan dalam kereta sebelum kamera rolling, tapi takde siapa pun mintak agensi bagi clarification. Kita just nak enjoy the process. What happened between them, sukatilah. Kita tak nak kacau the mood.

Hat ni kita serahkan kepada CP fans handle. Biar CP fans cari bukti. Mbahahah. Solo fans dendiam sudah. Solo fans bersedia dengan data and statistik sebelum drama launch nanti.

Tapi lawaklah bila CP fans menganjing Alice dengan clip tu. Saja je nak bakor. Dorang ingat Johnny-Dilreba tu dah cukup close? Ni ha siap main tangan sorok-sorok. Udah-udahlah nak kaitkan Dilreba dengan Johnny. Move on, please?

Kadang aku kesian dengan Dilreba sebab dapat fans gila. Fans dorang tak membantu menaikkan kerjaya. Johnny punya fans tak kisah lansung pasal personal life Johnny. Kalau bercinta, kita seronok. Tak bercinta, tak kisah. Kalau dah kawen, pun tak kisah. Yang kita nak is your kerjaya ada progress. Fans sentiasa ready with data and statistik setiap kali drama nak launch. Itu baru namanya FAN-GIRLING. Ni tak. Kau nak jadi fans tapi nak kontrol dengan siapa idol kau bercinta, berkawan, berkawen. Fans pebenda gini?

Fans yang paling function so far is fans Leslie Cheung. 23 tahun mati, every year masih organize konsert and celebration. Ini baru namanya fans. Orang lain nak jadi fans, kau pun nak. Tapi tak function.

Drama Dilreba tu manjang flop, patutnya kau as fans do something la. Ni tak, support setakat shipping dengan male actor. Pastu spam comment tak tentu arah. Tak cukup dengan tu, kau gaduh dengan fandom lain. Itu bukan support, tu memekak lebih.

Vibe Love Song in Summer sangat positif. Dua-dua fans berganding tenaga promote this drama. We are targeting one more new 10,000 heat index. Kasi Johnny sapu rekod bersih.


2026-04-23

The Dark Side of Chinese Entertainment Industry.


The Dark Side of Chinese Entertainment Industry.

Gitu tajuknya aku bagi. Stok-stok entertainment blogger.

Mula-mula nak cakap pasal geng-geng ALICE (fans Dilreba) yang tak memasal merentan lepas video Johnny and Wang Yuwen "dating" berdua went viral hari tu. 

Tak sampai 24 jam video tu viral, dua-dua agency, dari pihak Huang Jingyu Studio and Yuwen punya agency keluarkan statement dorang berdua tak bercinta, hanya keluar makan-makan selepas makan dengan kawan-kawan yang lain. It so happened, hanya dorang berdua kelihatan masuk hotel sama-sama, itu pun sebenarnya dorang sambung melepas kat bar, bukan check in.

Right after official statement tu, Weibo reda. Dah takde dah orang bercakap pasal tu. Tup-tup fans Dilreba merentan. Dorang cakap apesal masa Johnny digossipkan dengan Dilreba, Johnny lansung tak keluarkan sebarang statement? Lima tahun gossip berkeliaran, takde satu statement pun yang mengatakan dorang berdua tak bercouple.

Tu namanya nak cari pasal tapi IQ tahap masing-masing, 78. Memang kena tembak teruslah jawabnya.

Dia konon nak kecam Johnny. Konon Johnny sengaja tak nak keluarkan statement pasal gossip dengan Dilreba sebab nak menumpang populariti Dilreba. 

Masalahnya, Johnny and Yuwen SAMA-SAMA keluarkan statement. Dilreba kau ada keluarkan statement ke? 

Sebelum nak hencap Johny, apesal tak tanya kau punya Queen apesal dia tak pernah menidakkan gossip tu. Apesal gossip dengan Yang Yang cepat je dia sangkal? Apesal gossip dengan Gong Jun cepat je dia deny? Kenapa gossip dengan Johnny dia senyap 5 tahun? Sendiri pikirlah!

Dia ingat Johnny hadap sangat nak tumpang populariti Dilreba. Kalau Johnny tak popular ketika tu, takkanlah production pairkan dia dengan Dilreba sedangkan Johnny bukan traffic actor, Dilreba traffic actor. Baik pairkan Dilreba dengan traffic actor juga.

Baru-baru ni drama Dilreba Love Beyond the Grave kena hentam teruk dengan audience China. Opening bukan main gempak, marketing kaw-kaw. Belum tayang dah pecah rekod booking. Bila dah tayang, hampeh.

High index tak lepas.
Kuyun tak masuk chart.
Maoyan tak masuk chart.
Yunhe terus takde dalam radar.

BIG FLOP di China.
Tapi kat international bukan main lagi hype-nya. Maklumlah, traffic actor.

Gitu punya gagal pun ada hati nak mengungkit konon Johnny nak menumpang nama Queen kau. Ketika drama Queen kau menyembah bumi, drama Johnny mendonia kat carta. Pegasus 3 break box office rekod 3 KALI! Tu cara-cara tak masuk cinema Malaysia. Kalau masuk sini, konfem 30 kali aku gi tengok.

Yang benaunya fans Dilreba ni nak bukak topik lain supaya drama Love Beyond the Grave yang kena kecam tu orang lupa. Tu yang beria dia mintak penjelasan dari HJY Studio kenapa takde buat statement masa kena gossip dengan Dilreba. Eh, tak kuasa HJY Studio nak melayan kau punya request. Semua tengah sibuk seronok update story Johnny tengah shooting sekarang.

Aku kan semenjak terjebak dengan entertainment industri China, dah nampak jelas the dark side industri ni. Kat luar nampak everything perfect. Production besar, pelakon ramai hensem and cantik, visual cerita gempak, pelakon kaya-raya, storyline boleh buat kita melekat berjam-jam.

Dari historical drama sampai modern romance, semuanya nampak polished and profesional. But in reality, semua tu surface je. Under the surface penuh dark side, pressure and unfairness. Entertainment industry dorang ni bukan “entertainment” benaunya, tapi a very tightly controlled ecosystem.

Kat sana, dorang punya entertainment is not just about production atau agencies, tapi berkait dengan undang-undang negara. Imej pelakon and private life pun dalam pengawasan kerajaan. Tu pasal artis kat sana walau bercouple susah nak capture gambar berdua. Ada la terlepas 3-4 orang, tapi selalunya tutup rapat. Agensi pun tak bagi artis dorang bercinta sebab kalau artis bercinta susahlah nak buat CP atau fake relationship marketing bila drama tayang nanti. 

Tu pasal kat sana semak dengan gossip, tapi bukti takde. Tup-tup dah break. Tup-tup kawen. 

Contohnya Ren Jialun. Tahun 2023 gempar orang nampak dia berjalan dengan budak. Rupanya itu anak dia. Dah kawen tahun 2017 lagi. Kadang aku tabik gak dorang ni pandai simpan rahsia. Pihak pendaftaran kawen dorang memang jaga betul privacy pasangan yang dah berkahwin. Kalau kita, hari ni nikah, esok dah tersebar bukti. 

Kat sana actors terpaksa sorok relationship sebab kalau salah sikit je, mampus kena panggil dek kerajaan. Maksudnya kat sana, actor is not just there to be an artist, tapi kena jadi someone yang have to constantly stay within certain boundaries. 

Yang jadi payah tu sebab kat sana dorang semua duduk bawah agensi. Apa-apa hal, agensi yang keluarkan statement. Artis kat sana tak boleh suka-suka buat statemenet sebab setiap tindakan can potentially affect their career. In other words, artis kat sana tak bebas. Entertainment industry dorang takde kebebasan. 

Contohnya isu kontrak. Kontrak artis kat sana sangat sangat sangat ketat. Ada kontrak yang cecah bertahun-tahun. And dalam tempoh tu, agensi ada kawalan SEPENUHNYA ke atas artis. 

Contoh, kes Zhao Lusi. Sampai lumpuh orang tu dek kerana stress. Agensi bagi jadual kerja yang padat. Terpaksa berlakon non-stop. Buat endorsement non-stop. Tapi half of pendapatan agensi ambil.

Bab duit tu memang takleh dakwa sebab itu memang perjanjian antara artis dengan agensi yang dah dipersetujui. Agensi berhak ambil separuh pendapatan sebab agensi yang buatkan marketing, agensi yang melobi production house untuk job, agensi yang carikan brand untuk di-endorsed. 

Zhou Lusi hanyalah "pekerja". Nama je artis padahal kau makan gaji. Kontrak dorang pelbagai. Ada yang dibayar gaji tetap walaupun gaji yang production bayar and endorsement dapat tinggi. Ada yang kena split 50-50 dengan agensi. Ada yang split 70-30 dengan agensi. 

Kes Zhou Lusi tu, dia makan gaji. Pendapatan yang dia dapat dari berlakon and endorsement tak dapat kat dia, tapi agensi. Agensi berhak gunakan duit tu untuk tujuan lain. Tu pasal walau dia fight, susah nak menang sebab kontrak dia adalah makan gaji.  

Tu pasal traffic actor macam Zhou Lusi, Bailu, Dilreba kerja non-stop. Endorsement melambak-lambak. Sebab dorang ni semua kategori cantik. Orang cantik, lama mana sangat bertahan dengan kecantikan tu. Selagi masih cantik nilah agensi pulun kaw-kaw job. Lubuk duit. Esok dah tua, dah tak sesuai nak bawak watak romentik lagi. Masa tu bye-bye lah. 

Zhou Lusi pilih untuk keluar dari agensi dan bayar penalti. Berjuta-juta dia kena bayar. Bila dah keluar ramai tanya kenapa Zhou Lusi tak berlakon lagi dan apesal asyik buat endorsement produk.

Benaunya, bukan dia tak nak berlakon tapi job berlakon dah sangat limited untuk dia. Bila dia pilih untuk keluar dari agensi, dia dah hilang “shield” dari agensi. Dah takde agensi yang nak buat marketing untuk dia, nak carikan job untuk dia, nak lobi endorsement untuk dia, nak hire escort ke mana-mana. Semua dia kena buat sendiri. Dia kena hire staff sendiri.

Now Lusi dalam phase rebuild power and rebuild trust dalam industri. Kat sana, walaupun kau pernah popular, tapi kalau takde backup agensi, payahlah sikit production nak ambil sebab production and agensi work hand-in-hand untuk marketing. Melainkan kau sendiri dah ada trust dari production sampai production yang pergi kat kau serahkan skrip. Hat tu dah next level-lah.

Kes Lusi ni kesian jugaklah aku tengok. Sebab impak yang dia dapat now kesan dari gabungan masalah kesihatan + reputasi + timing + konflik dengan agensi. Lusi keluar dari agensi bukan dalam keadaan smooth. Dia publicly expose isu kewangan and how agensi treat her selama ni. Dia persoalkan pasal dispute dalam kontrak yang involves exploitation and control. Ini bukan exit biasa. Ini exit yang high risk dalam entertainment industry kat China.

Kat sana, benda paling penting is stability and low risk. Tu pasal kes Yu Menlong yang kena bunuh (konon bunuh diri) sampai sekarang senyap. Artis yang pernah berlakon dengan and rapat dengan dia pun tak berani nak ulas lebih-lebih sebab nak jaga stability. Silap-silap dengan kau-kau terbenam. Kira Yu Menlong macam mati kataklah kat sana. That's why artis di sana lebih baik duduk bawah agensi sebab agensi akan jaga dan sediakan protection.

Bagi aku Lusi ni boleh naik balik cuma struggle sikitlah. Sebab agensi lama boleh control peluang dia. In fact agensi lama pernah reject projek- projek yang dah dijanjikan untuk dia. Padahal production boleh je renew offer tu lagi sekali kepada Lusi. Tapi tak berlaku macam tu. Career dia dah semacam disekat internally.

Aku nak tanya berapa ramai fans Xiao Zhan tahu isu “227 incident”?

This is one of the clearest examples macamana fandom and internet boleh bagi impak yang sangat besar. Kau dapat salah fandom, kau boleh terkubur.

It all started on Feb 2020. Masa tu, Xiao Zhan tengah gila-gila punya famous internationally sebab drama The Untamed. Fanbase dia sangat besar, sangat aktif and sangat protective. 

At the same time ada satu karya fanfiction namanya Archive of Our Own (AO3). Fanfiction tu guna fiksyen Xiao Zhan as watak. This is actually biasa dalam fandom culture especially CP fans (character pairing).

Isunya bermula bila some of his fans yang over protective tak bagi AO3 guna fiksyen Xiao Zhan. Dorang buat report.

27 Februari 2020 (sebab tu dipanggil “227”), akses ke AO3 platform disekat terus oleh kerajaan China. Ramai internet user kaitkan sekatan tu dengan report dari fandom Xiao Zhan. Kiamat terus kat China. Perang habis-habisan. Satu China perang kat Xiao Zhan and fans. 

Semua creative community, writers, bloggers, internet users serang Xiao Zhan and fans sebab report dorang dikira macam merosakkan ruang kreatif. From there, backlash besar-besaran bermula.

Tahun tu start kempen boikot Xiao Zhan. International fans maybe tak terasa sangat impak tu. Tapi China audience rasa. Masa tu banyak brand tarik balik offer. A few endorsement stopkan kontrak serta-merta. Rating produk yang Xiao Zhan endorse semua netizen jatuhkan. Rating drama dia semua flop. 

Masa ni Xiao Zhan jarang muncul kat public sebab takut attack dari netizen. Untuk satu tempoh, Xiao Zhan basically disappeared from the industry. Dia kena soft ban. Secara faktanya Xiao Zhan tak terlibat secara langsung dalam insiden 227, tapi disebabkan fans dia gila, dorang yang mulakan semua ni, maka Xiao Zhan kena tempiasnya. 

Kat sana 3 fandom besar - Dilreba, Xiao Zhan and Wang Yibo. Tiga-tiga artis ni dapat fans yang gila. Jenis super protective nak mateyyy padahal tiga-tiga artis tu bukan power sangat berlakon. Tak pernah menang prestige award pun. Hanya menang voting award. Hebat sebab peminat je, belum pernah menang juri lagi. Tak paham apa yang berianya fans dorang ni.

Masa drama Ace Troops keluar, poster drama kena hentam dek fans Xiao Zhan. Puncanya? Nama Huang Jingyu (Johnny) keluar dulu dari nama Xiao Zhan. iQIYI terpaksa edit poster keluarkan macam ni:

Aku highlite kotak merah tu tulis "LEAD ACTORS: HUANG JINGYU AND XIAO ZHAN (in alphabetical order by last name)"

Asal poster namanya turutan namanya gini: Huang Jingyu, Xiao Zhan.

Fans Xiao Zhan tak puas hati apesal nama Huang Jingyu disebut dulu. Kau rasa???

Last-last iQIYI terpaksa tambah "in alphabetical order by last name".

Sampai macam tu sekali oiiii kena ubah poster. Yang pelik tu, apesal lead actress tak ikut turutan alphabet jugak? Turutan lead actress dia kekal: Zhong Chuxi, Li Youbin, Mao Linlin. Kenapa tak Li Youbin, Mao Linlin and Zhong Chuxi?

Tu nak tunjuk gila tak gilanya fans Xiao Zhan. Sorrylah iQIYI nak letak nama Xiao Zhan yang pertama sebab dalam drama ni memang heronya Johnny. Kau dah kenapa. 

Samalah macam kes poster filem Formed Police Unit. Tapi disebabkan ini filem, peduli apa production house kau nak merentan suruh letak nama Yibo yang pertama. Maintain nama Johnny pertama.

Aku tak faham apesal traffic actors punya fans gila. Apesal dorang perasan actor dorang terpaling bagus? Contohnya Johnny. Terang-terang kot Johnny tu prestige award winners. Kau nak question apa?

Fans Dilreba lagi macam beruk. Poster Love Designer dorang edit sendiri ubah nama Dilreba jadi yang pertama, nama Johnny jadi kedua. DORANG EDIT SENDIRI. Boleh? Saiko punya perangai.

Filem Pegasus 3 yang released tahun ni, kat official poster, nama pertama keluar adalah Shen Teng. Kedua nama Yin Zheng. Ketiga baru nama Johnny. Sikit tak kisah fans Johnny. Poster yang sama tu lah fans naikkan merata-rata. Takde kisahnya nak telek nama siapa keluar dulu, gambar siapa paling besar, let alone nak edit. Yang kitorang hype-kan adalah scene-scene Johnny dalam tu. Itu baru namanya fans. Tu beza fans otak kat kepala dengan fans otak terkepit celah bontot. 

Fans sepatutnya hype-kan career idol masing-masing. Tak kisahlah watak apa pun dalam tu, lead ke, support ke, nama keluar dulu or kendian, as long as dia berlakon dalam drama/filem tu, itu yang patut diraikan. Ini tak. Gambar poster yang dia kisahkan. Alahai benak. 

Johnny pun pernah kena impak macam Xiao Zhan. Bezanya, Xiao Zhan kena impak daripada fandom culture dia sendiri, Johnny pulak kena attack dengan isu peribadi and fitnah.

Tahun 2018-2019, nama Johnny tengah naik. Lepas drama Addicted meletup, pastu Operation Red Sea box office, pastu dia menang Best Newcomer kat Asia Film Award, then high index drama My Dear Guardian, Johnny start masuk dengan imej maskulin, tough and banyak watak uniform macam polis dan army. 

Tiba-tiba muncul dakwaan domestic abuse daripada "ex-wife". Isu ni cepat viral sebab melibatkan moral dan imej polis/tentera. Waktu ni dia dah jadi poster boy untuk pasukan beruniform. In a very short time, start naratif negatif. 

Kat China, bila tuduhan macam ni muncul, walaupun belum terbukti, impak dah besar. At one phase, Johnny “dibekukan” secara tak rasmi. Exposure berkurang, kurang muncul kat media, projek slows down, endorsement kurang. 

Johnny "bernasib baik" dari Xiao Zhan. Xiao Zhan takleh buat apa-apa sebab takde apa yang dia boleh buat melainkan tunggu keadaan reda. Sebab punca his issue datang dari fans dia sendiri. 

Macam Johnny, dia didakwa dengan fitnah. Jadi dia failkan kes mahkamah. Senang cerita. Kasi mahkamah buat kerja. Lepas bicara, semua fitnah tak dapat dibuktikan. Johnny menang.

Bezanya, sampai sekarang "ex-wife" tak habis-habis nak jatuhkan imej Johnny. Nak jatuhkan career tak dapat sebab memang Johnny dah solid dalam career. So cubaan nak menjatuhkan reputasi pulak. Tapi tulah, sampai sekarang gagal.

Aku kalau boleh nak je jumpa "ex-wife" dia ni nak cakap kau tu pernah jadi someone yang Johnny sayang. Patutnya kau tunjuk kat dunia the good side of you. Tunjuk kat dunia apa yang ada pada kau yang buatkan Johnny pernah jatuh cinta kat kau. Biar semua orang tahu ooooo no wonder Johnny suka kat kau sebab kau gini gitu gini gitu. 

Tapi sebab kau bangang, nak tunjuk gak kau punya perangai witch tu, tadahlah kena maki berjemaah. Makin kau meroyan, makin orang nampak kau punya gila. 



2026-04-18

6 April baru-baru ni dia buat hal lagi. Biasalah, ini upacara tahunan.


Marilah merentan pasal “ex-wife” Johnny.

6 April baru-baru ni dia buat hal lagi. Biasalah, ini upacara tahunan. Every year dia mesti nak buat hal pada waktu yang tepat.

Kenapa aku cakap TEPAT?

Sebab 14 April ni Johnny start filming new drama, kali ni genre romance-crime.

Ex-wife Johnny memang bitter everytime duda dia dapat berlakon genre love. Sawan dia otomatik datang.

Padahal dari awal tahun Johnny dah jadi highlight di mana-mana. Start dengan drama Punishment 2, pastu Our Dazzling Days, pastu Pegasus 3, pastu dengan news Johnny terpilih ke space, Johnny jadi global ambassador untuk sport car and TOREAD. Senyap sepi takde bunyi apa-apa dari dia.

The moment news Johnny and Ruohan confirm bergandingan lagi dalam new drama, terus si saiko ni timbul. Macam sial perangai.

Couple Johnny-Ruohan mendonia selepas Our Dazzling Days. Padahal Ruohan cuma guest/supporting actor je dalam drama tu. Female lead sebenar adalah Guan Xiotong. Tapi disebabkan dalam drama tu Johnny (Xiaoman) endup bercouple dengan Ruohan (Chun Chun), audience rasa macam tak puas scene dorang bercinta terlampau sikit. Rupanya couple Xiaoman-ChunChun lebih meninggalkan impak.

Hari tu Love Story in Summer (tajuk drama ni) masih mencari female lead. Dari awal tahun female lead bertukar-tukar. Mula-mula Jin Chen, pastu Bao, pastu Yuwen, pastu SunQian, and the latest yang dah confirmed adalah dengan Ruohan. Semoga berpuas hatilah kita semua dapat tengok gandingan Johnny-Ruohan lagi sekali. Kali ni peranan antara polis hutan dengan doktor veterinar.

“Ex-wife” Johnny pattern-nya memang gini. Padahal kalau motifnya nak menjatuhkan karier Johnny atau dengki dengan kejayaan Johnny, boleh je dari awal tahun dia buat hal. Dari awal tahun berderet kot projek Johnny sampai trending Hot Search Weibo non-stop. Lepas satu, satu hits dia capai. Tapi si ex tak berdecit.

Elok je berita gandingan Johnny-Ruohan comfirmed, dia pun masuk jarum. Nampak sangat dia sakit hati sebab tak dapat Johnny balik. Jadi seboleh mungkin dia nak pasakkan naratif bahawa Johnny ni tak sesuai nak dijadikan pasangan hidup. Hanya kerana relationship korang berdua tak menjadi, kau sakit hati everytime Johnny kena ship.

Tapi tulah, disebabkan pattern ni dah biasa kita tengok setiap tahun, so dah boleh baca motifnya. 6 April tu dia buat post, 6 April tu jugak dia privatekan akaun lepas kena hencap.

Aku paham sangat dah pattern ni. Macam si anu tu pun gini gak pesennya. Masa kitorang break, elok je masing-masing buat hal sendiri. Dia pun macam steady je hidup tanpa aku. Macam konon-konon “gua tak mati clash dengan Diana derrrrr”. Aaaa gitu.

The moment dia dapat tahu aku start chatting dengan budak Jepun (En Wan) masa tulah dia buat teruk. Apesal sebelum ni kau ok? Apesal lepas kau tahu aku start kenal orang lain kau nak merentan?

Sebab, inilah karakter NARCISSIST. Jenis tak boleh kalah. Kalau dia couple dengan orang lain lebih dulu dari aku, takpe. Tapi bila aku couple dulu, dia rasa diri dia loser. Tu yang menggila tak pasal-pasal.

Sama lah macam “ex-wife” Johnny. Masa kau break dengan Johnny pastu kawen dengan orang lain, takde pulak kau kisahkan si Johnny tu. Bila dah bercerai dengan suami tu, pastu tengok Johnny makin terkenal, mulalah kau menggila. Kau kawen dengan orang lain lepas break, boleh. Johnny nak rapat dengan orang lain, kau seboleh munkin burukkan nama dia.

Aku memang tak percaya lansung dorang pernah kawen. Aku kenal sangat perangai nasrcissist. Dorang ni bangsa yang takde bukti pun dia boleh manipulate cerita, lagikan kalau ada bukti.

Contoh, “ex-wife” Johnny share gambar-gambar dorang masa bercinta dulu. Padahal itu gamba masa korang bercinta, zaman Johnny belum jadi actor. Zaman Johnny masih modelling. Kau rasa kalaulah dorang pernah berkahwin 5 tahun (macam yang dia claim), dia taknak tunjuk ke gambar kawen? Mesti dia akan tunjuk punya. Tapi kenapa takde gambar tu? Sebab perkahwinan tu tak wujud!

Apa dia ingat setakat gambar-gambar macam ni orang nak percaya korang pernah kawen? Pernah bercinta, yes kita percaya. Tapi kawen, sorry we don’t buy.

Bangga nau dia balik-balik tayang gambar masa bercouple dulu. So? Standardlah gambar mesra masa bercouple. Johnny pun tak deny korang pernah bercinta, tapi dia tak cakap apa-apa pun pasal marriage. So kalau kau beria cakap pernah jadi his wife, kasik keluar buktilah senang.

Yang menjadi heran bin pelik tu, awat yang konsisten dan gigih sangat nak fitnah Johnny macam-macam? Kaki pukullah, curanglah, pernah tumbuk sampai keguguran 2 kalilah. Sepatutnya kalau Johnny tu buruk sangat perangai, kau sepatutnya lega terlepas dari Johnny. Tak payah ambil port dah pasal hidup dia. Move on.

Ni tak. Gigih la follow and ambil tahu kehidupan Johnny. Asal Johnny digossipkan dengan sesiapa, asal dia about to pair dengan mana-mana female lead, mesti kau muncul.

Yang menambahkan pelik lagi, sepanjang dia gigih fitnah itu dan ini, takkanlah takde lansung bukti atau backup dari kawan-kawan, atau rakan sekerja modelling atau keluarga yang mengesahkan dakwaan kau? At least aku ni ramai kawan and keluarga yang boleh sahkah cerita aku benar. Siap ada saksi lagi. Tapi kau? Takkan takde sorang boleh backup? Apa ke sedih hidup kau ni? Pakwe takde. Suami pun cerai. Kawan takde juga? Halahhhh.

Kesian jugak aku tengok dia ni. Muka cantik dah. Perangai je gila. Jenis macam ni sebenaunya dia bukan nak balik kat Johnny, tapi taknak Johnny bahagia. Tu je. Mesti dulu dia pernah kata “Aku akan ruinkan hidup kau”, tapi Johnny tak ruin-ruin, tu yang jadi gila terus tu.

Tup-tup semalam viral sampai trending No. 1 kat Hot Search video candid Johnny keluar dengan Wang Yuwen sampai 2.30 pagi.

Yuwen ni yang dikatakan akan jadi pair Johnny dalam drama Love Song in Summer tapi akhirnya ganti dengan Ruohan. Yuwen ni jenis macam Jin Chen jugak, gila-gila and ting tong sikit.

Masa dorang dikhabarkan akan berlakon sama, memang aku look forward. Tapi tak jadi pulak.

Eh tup-tup semalam kecoh video dorang keluar berdua. Yang berjaya snap dorang ni adalah blogger famous Darui yang dulu kerjanya follow Johnny selama 5 tahun sebab nak membuktikan Johnny and Dilreba bercouple. Semalam dia berjaya rekod video bawah.



5 tahun dak Darui ni follow Johnny and Dilreba untuk buktikan dorang bercouple tapi tak dapat bukti. Gagal miserably. Alih-alih something yang tak dijangka, very unexpected, tau-tau BOOM! Video Johnny and Wan Yuwen 😆.

Tu pasal aku kata, kalau orang tu betul bercinta, takkanlah dalam masa 5 tahun takde lansung sorang dapat any candid photos or videos from them? 5 tahun dikatakan bercinta tapi takde apa-apa bukti? Bangang sangat paparazzi namanya. Rupanya betul Dilreba and Johnny memang tak pernah bercouple. Tak memasal 5 tahun Johnny kena maki dek fans Dilreba for nothing.

Sama lah juga dengan Johnny and Wang Yuxin. 5 tahun “kawen” tapi takde gambar kawen leak? Kahkahkah. Jangan buat kelakor la, ya.

So now video “dating” antara Johnny and Yuwen semalam. Kedua-dua studio dah deny-kan.

The thing is, bercouple or not, aku tak berminat nak ambil tahu. As long as Johnny kekal relevan dalam industri, job sentiasa banyak, drama and filem tak putus-putus, kau nak kawen ke apa ke, sukati. Because for international fans, kebarangkalian kita nak berselisih dengan Johnny adalah 0.01%. The only platform kita nak tengok dia adalah dalam program TV, drama and filem, so itu lebih penting.

Thank God, kat Weibo, fans Johnny (solo fans) lansung tak komen pasal video ni. Shipping fans je yang riuh. Tapi bagus jugak video ni keluar di saat “ex-wife” buat kecoh. Terus tenggelam kekecohan yang dia cuba buat. Padan muka orang malas nak layan. Johnny dah move on ke mana-mana, kau kat situ dok meratib hal lama.


2026-04-14

Kat Weibo, drama Pursuit of Jade kena kritik kaw-kaw dari bloggers, netizen dan press.


Kat Thread ramai betul bercakap pasal drama Pursuit of Jade. Macam biasalah, kalau drama tu keluar kat Netflix, konfem akan jadi bahan bercerita sebab itulah platform international paling familiar untuk orang-orang luar China. Rata-rata ramailah yang suka nau dengan drama Pursuit of Jade.

Seperti yang dijangka, respond international fans dengan local fans (China) bagai langit dengan bumi. Kat Weibo, drama ni kena kritik kaw-kaw dari bloggers, netizen dan press. Tapi kalau korang penduduk tetap Weibo, lakonan Zhang Linghe, Song Weilong, Yang Yang antara yang selalu kena kritik. 

Taksuber dorang buat post hanya highlite pada costume and muka yang hensem. Tak berani dorang nak komen jalan cerita, sebab yang tu bloggers dah tapau. Boleh menangis kalau baca entertainment bloggers buat analisis. Gila straight forward and berfakta.

Semalam lepas aku punya IGS pasal Zhang Linghe in Pursuit of Jade, someone bagi aku poster ni. Dia jumpa kat FB, some chinese entertainment (international) buat post.

Actually kalau poster macam ni datang dari international platform, toksahlah percaya bulat-bulat. Misleading gila. Ramai akan salah faham bila tengok ranking macam ni. Nampak macam “Eh kenapa dia No1? Drama ni bukan level S+ pun"

Kat China, ranking drama diukur melalui jalan cerita, bukan fandom. Audience sana tengok drama based on rating A atau S atau S+. S+ is rank tinggi yang tapau habis dari pelakonnya, jalan cerita, organic reach, and budget. Ranking-ranking daripada taksuber international mostly based on pelakon saja.

Sumpah aku tak faham apa yang bestnya Pursuit of Jade. Jalan cerita lembab and tak tahu hala tuju. Menang kat pelakon-pelakon yang comel je. Tak dinafikan muka-muka comel macam Zhang Linghe, Yang Yang, Song Weilong ni semua perlu ada dalam industri. Sebab drama genre cinta of cos male and female lead mesti bermuka comel.

Tapi yang sinonim dengan jalan cerita genre cinta ni, pelakon-pelakonnya balik-balik itu je. Balik-balik muka yang sama, sampai penat aku tengok. Sebab produksi nak make full use of kewujudan dorang ni untuk buat duit. Genre drama cinta paling senang balik modal. Jalan cerita hauk pun takpe, janji pelakonnya comel, konfem boleh jual.

Macam Pursuit of Jade ni, tak caya korang tengoklah. Aku tak sampai halfway dah stop. Letih nak mengabiskan. Real talk. Bila dah biasa layan drama yang acting power, tengok Pursuit of Jade terasa buang masa. Tak berbaloi layan berjam-jam. Wasted gila. Melainkan kau memang jenis tengok drama sebab suka tengok muka hensem, takpelah. Silakan. I is kenot. Aku tengok drama sebab nak tengok acting. Kalau sabit nak tengok muka Zhang Linghe tu, baik aku gugel je image dia.

Kat sana (China) memang ada ranking based on powerstar / character influence index. Ni macam ABPBH. Based on undian audience, bukan juri profesional. Yang selalu memang award ni are traffic actors sebab dinilai based on popularity semasa (trending, search, buzz), engagement (Weibo, Douyin, fandom activity), commercial value (endorsement, brand pull) and character impact (watak tu viral ke tak), BUKAN disebabkan teknik lakonan dan prestige dalam industri.

Drama-drama cina yang masuk Netflix selalunya romance love story genre. Drama genre ni senang dapat ranking tinggi sebab attention. Drama kisah cinta orang buat untuk dapatkan attention, that's why tak kualiti sangat pun takpe. Kalau production release 10 drama setahun, at least 2-3 mesti genre cinta supaya senang buat untung. Untung dari cerita bangang ni nanti dorang akan spend untuk buat S+ drama. Hat ni baru betul-betul quality.

Drama genre romance tak perlu masterpiece. Cukup ada 1-2 scene viral, ada chemistry yang orang ship, ada estetik visual (costume, face card) dan senang dijadikan content kat TikTok/Douyin. Terus BOOM.

Based on poster tadi, watak Xie Zheng (Zhang Linghe) dalam Pursuit of Jade dapat tempat pertama. The thing is, dia dapat ranking tu bukan sebab drama tu terbaik tapi sebab visual and costumenya bagi strong impact, character model (cold, powerful, tragic), fandom engagement sangat aktif dan banyak clip viral. Kalau tak tengok drama tu tapi kau share clip dia, that’s enough to push ranking.

Industri entertainment kat sana ter-split dua. 

Yang pertama, Actor Prestige (award, film festival, serious acting). 
Yang kedua Traffic Actor (popularity, fandom, commercial value). 

Zhang Linghe dalam category kedua. Zhang Linghe TAK PERNAH tercalon dalam mana-mana prestige award pun, let alone nak menang. Tapi dia selalu menang dalam Weibo Awards (macam ABPBH). Kat sana yang mendominasi industri adalah category kedua ni.
 
So why actor yang tak pernah menang prestige award boleh dominate industri?

Sebab, brand tak bayar untuk title “best actor”. Brand bayar untuk “who can sell”. Kalau muka kau laku internationally, fandom kau besar, engagement tinggi, itu lebih bernilai daripada trofi. Because they don't care kau berlakon kayu sebab as ambassador kau hanya perlu pegang produk je. Muka kau yang dijual benaunya, bukan produk tu.

Kenapa actor-actor yang power tak masuk list ni (category kedua)?

Sebab actor-actor yang power tak active kat social media, takde fandom yang besar dan kebanyakan drama dorang tak worth buat clip video sebab intense scene. Drama dorang bukan genre viral, payah nak buat “clip-able moment”. Orang suka buat clip-clip scene sweet-sweet je. Siapa nak tengok clip-clip adegan bergasak?

However they are RESPECTED dalam industri, cuma tak trending. Zhangyu, Zhangyi, Wang Kai, Hu Ge and Johnny Huang, are among non-traffic actors yang hampir setiap tahun nominated dalam prestige awards. Tapi tak terkenallah kat international platform. But almost all projek dorang bertaraf S+. Kalau tengok drama dorang ni konfem tak buang masa. Cuma genre dorang heavy-heavy sikit.

Kalau kat China, audience tak tengok ranking tetapi rating (high index). Ranking is not about siapa paling talented, tapi siapa paling banyak orang tengok, siapa paling banyak orang share dan siapa paling valuable dalam market. Kat sana, audience lebih banyak tengok rating sebab rating is a result of range lakonan, script selection and consistency.

Ranking is a popularity game, bukan talent game. That's why actor yang tak pernah menang award still boleh top ranking. Not because they are better, but because they are more relevant.

Dalam banyak-banyak drama dalam poster tadi, TAK ADA satu pun S+ drama. All of them are either S atau A project (mid-high tier), bukan S+.

Kenapa bukan S+ walaupun popular?

Sebab, casting bukan full top-tier. 

"Casting bukan full top-tier" maksudnya lineup pelakon tak semuanya level paling tinggi dalam industri. Maybe pelakon utama je yang kuat atau popular, tapi keseluruhan cast (supporting roles, cameo, etc.) bukan dari nama besar, atau pelakon award-winning, atau yang consistently deliver top performance. Jadi walaupun projek tu popular, drama tu viral, dari segi “overall casting strength” belum sampai tahap S+ yang biasanya ada full lineup pelakon A-list / top-tier dari depan sampai belakang.

Contoh S+ projek is Punishment 2. Ini drama Johnny yang baru habis tayang January hari tu. Seluruh team adalah top performer. Muka-muka dorang adalah muka-muka yang sama setiap kali ada genre action, crime, and detective.

Traffic actor macam Zhang Linghe takleh dibandingkan dengan Johnny sebab level berbeza. Zhang Linghe is category kedua (Traffic Actor), while Johnny category pertama (Actor Prestige). Kalau dari segi “siapa lagi famous”, yes Zhang Linghe menang. Tapi kalau dari segi positioning dalam industri, obviously Johnny menang.

Johnny is project-driven and industry-backed actor. Dia tak bergantung pada “face card” semata. Dia punya level bukan agensi pi menyembah production untuk lobi dapatkan projek. Johnny dah sampai ke level production sanggup tunggu jadual dia free untuk berlakon dalam projek dorang. Dia dah dapat trust dari production team. Selalunya kalau genre heavy and physical roles, production akan ambil Actor Prestige berbanding Traffic Actor.

Traffic Actor jarang dapat heavy role sebab dorang ni semacam ada 2 in 1 punya deal setiap kali berlakon. 

Disebabkan dorang banyak endorse product dan muka pun cantik, production yang kena follow dorang, bukan dorang follow production. Production kena pastikan setiap shoot adalah dari angle yang cantik sebab drama tu bergantung pada muka actor berbanding jalan cerita. Tu pasal drama-drama traffic actor 24/7 cantik and full mekap. Bergaduh pun muka cantik lagi.

Berbeza dengan Actor Prestige, dorang follow apa production nak. Kalau production kata kau kena berlemuih, kau buat. Cuba tengok Johnny dalam Our Dazzling Days sememeh nak mampus, bare face! Barulah real and in character. 

Beza paling ketara between traffic actors dengan prestige actors, orang tengok traffic actors sebab they like the actor. Tapi prestige actors, orang tengok sebab they trust the project. 

Cuba tengok apa yang iQIYI buat pada projek Johnny Punishment 2? Takde marketing lansung. Takde clip. Takde trailer. Lagi 20 minit nak tayang baru dorang buat official announcement, tapi drama tu tetap hit 10,000 heat index. Why? 

Because people they trust the project. Dorang tahu kalau Johnny ambik job tu means the jalan cerita mesti bagus, bukan hauk-hauk.

Screenshot atas ni lagi best. Fans Xiao Xhan and Zhang Linghe nak lawan siapa lagi “power” padahal dua-dua traffic actors bukan prestige actors pun. 

Xiao Zhan memang boleh berlakon. Dia tak kayu cuma dia belum pernah menang any prestige awards.

That lady kata Xiao Zhan menang SMG awards baru-baru ni.

Ya, betul. Xiao Zhan menang Best Actor and Bailu menang Best Actress SMG Awards. Tapiiiii SMG yang dorang menang ni bukan SMG Magnolia Awards. SMG yang dorang menang ni SMG yang voting award bukan jury-based. SMG Magnolia takde maknanya Xiao Zhan and Bailu boleh nominated. Sorry to say tapi ini hakikatnya. SMG Magnolia awardees top top tier punya.

Magnolia 2025 (paling latest) yang menang was Jin Dong.

Tahun 2024 yang menang Hu Ge.

Tahun 2023 yang menang Zhang Yi.

Tak pernah dengar nama-nama ni kan? Ini semua prestige actor. Takde de dorang ni berlakon idol drama. Ni semua umur 40 an. Toksahlah kau nak bertekak sesama sendiri. Jauh lagi perjalanan actor korang tu.

Aku baca part dia tulis Tier 2 - Dylan Wang and Yang Yang pun dah tahu data dorang dapat ni dari data fandom. Aku pernah tengok piramid tier ni kat TikTok. Kat Weibo tak pernah wujud piramid tier ni sebab orang sana je tahu S+ tier tu apa benda. Kalau Dylan Wang and Yang Yang sejenis “tier-2”, baik aku layan Fattah Amin je.

Xiao Zhan memang sangat popular sebab strong fanbase and commercial value (banyak endorsement) tapi apa yang buatkan dia ni susah nak keluar dari watak-watak comfort zone sebab terlampau with idol/traffic image. Banyak roles dia lean toward costumes dramas and romance.

Tapi slowly Xiao Zhan dah start ambik job lakonan yang real. Maybe sebab umur dah 35, sampai bila kau nak bertahan dengan genre image, kan. So kena start la cabar diri dengan watak yang heavy sikit. Good for him.

Xiao Zhan ni berlakon tak kayu, memang boleh berlakon cuma genre idol je balik-balik. Tak mencabar. Lakonan dia yang agak lain dari yang lain cuma Ace Troops. The rest semua idol and costume.

Rupanya fans traffic actor kat China dengan Malaysia sama je. Jenis yang kalau dia rasa pelakon tu hensem, otomatik paling best. Hanya kerana satu drama went viral terus cop itulah pelakon paling power. Padahal drama ni kat negaranya sendiri kena kritik kaw-kaw.

Dik, Johnny Huang pun ada playlist dalam iQIYI. Bailu pun ada. Yang Yang and Miles Way yang kayu tu pun ada playlist 😆. Aku rasa dak-dak Malaysia baru kenal Zhang Linghe. Kalau masuk Weibo mesti dorang tercari-cari nama Zhang Linghe kat hot search tapi tak naik-naik.

Aku syak kalau dorang tengok Bright Eyes in the Dark mesti terkejut apesal Zhang Linghe tak jadi hero dalam drama ni? Apesal watak sampingan? Apesal mamat tak hensem Johnny Huang ni pulak yang jadi main lead? Hahaha.

Tapi aku tak salahkan doranglah kalau terkejut Johnny jadi main lead sebab dorang ni fans yang minat sebab muka hensem bukan kualiti lakonan. Kalau aku fans traffic mesti aku pun marah kenapa Zhang Linghe yang hensem jadi supporting director je? Sedangkan masa ni Zhang Linghe dah jadi hero dalam drama Kunming Palace. Apesal dari hero boleh jadi supporting actor je dalam Bright Eyes in the Dark? 😆


Bayangkan Johnny boleh menang Popular Actor Weibo Nights melalui drama Bright Eyes in the Dark sedangkan dalam drama ni ada Zhang Linghe? Tak logik kan? Sebab fandom Zhang Linghe lagi besar. Tapi itulah audience China. When prestige actor dalam satu frame dengan traffic actor, belum tentu traffic actor boleh menang.

Inilah hakikat yang international fans tak tahu. Kat China, walau prestige actor tak hensem, dia tetap jadi main lead even traffic actor lagi hensem. Sebab prestige actor akan position-kan drama/filem tu lebih high dari segi RATING.

International fans mana terima hakikat ni. Dorang ni kalau boleh yang hensem tu kena jadi hero all the time. And terpaling best antara semua. Pastu gaduh sesama sendiri without knowing kau dengan kau punya actor tu sama-sama tak best pun. Kahkahkah.

Aku nak reply pun tak sampai hati sebab sah-sah dorang bukan warga Weibo. Aku tulis sini je lah, ya. Ini data dari Yunhe Statistik (valid).

1. My Journey to you
Heat index: Decent (around 5000 index)
Rating (China context): 6.5/10

2. The Princess Royal
Heat index: Tak masuk top-tier drama charts lansung kat China, maknanya heat index below than 5000

3. Story of Kunning Palace
Heat index: Bukan mega hit tapi kategori successful.
Sebab apa success? Sebab masa ni dia bercouple dengan Bailu (female lead). So ramai tengok because of shipping.

4. The Best Thing
Heat index: Very low visibility in China
Tak masuk mainstream radar lansung.
Rating (China context): 5.5/10

This is what we call “international fans know, China barely cares” 😆

Ini realiti sebenarnya. International fans lebih suka love visuals, CP. China audience cares about acting and plot. Banyak drama yang viral globally hanya mid-tier je kat China.

Ini ulasan analisis dua drama Johnny tahun ni - Punishment 2 and Our Dazzling Days, based on facts. Ini analisis terkini 1 April 2026.

Translation:

Who wouldn’t admit that Huang Jingyu is seriously a powerhouse! A true top-tier drama carrier.

With no big IP, no major promotion, a last-minute title change, and a super rushed release, “Punishment 2” still smashed past 10,000 heat, hit 35M during its airing, and now both Yunhe and Kuyun averages have climbed to 40M+, with an impressive long-tail performance. It’s officially iQIYI’s No.1 drama of the year in both heat and average views for an exclusive series.

As for “Our Dazzling Days”, a period drama with a niche audience, poor time slot (1.30 pm, basically a cooking hour slot), minimal promotion, and a heavier, less mainstream storyline. It still relied almost entirely on Huang Jingyu’s acting and solid fanbase to carry it. Ratings kept rising, breaking multiple times, making it iQIYI’s top period drama of the year. Yunhe and Kuyun both passed 15M, and combined averages are already at 14M+.

Two dramas at the start of the year. Whether it’s popularity, viewership, or pure acting pull, Huang Jingyu has proven he’s undeniably TOP-tier. His ability to carry a drama is insane. Honestly, being his fan? His fans are eating GOOD!


Dia benaunya gini. Tak kisahlah kau nak minat siapa pun tapi plis jangan syok sendiri dan merasa actor yang kau suka tu terpaling haibatttt tanpa baca data dan fakta. We talk statistics here. 

Aku kalau nak melayan filem Tamil pun aku tengok rating IMBD dulu. Kalau rating below 7.0, buang masa. Same goes to drama cina. Kalau data Yunhe low, lamberttttt lagi aku nak mandang. Sebab 40 episod tu lama, ya. Aku taknak buang masa melayan 40 episod tapi pelakon kayu and jalan cerita out. Baik aku tido. Pekdah sikit.

2026-03-06

Takdir is not always about who we love the most. Sometimes, it’s about who fits the newer version of us.

Our Dazzling Days tinggal beberapa hari lagi nak habis. Now dah sampai episod yang mengundang mixed reaction dari penonton. Ada yang tak suka Xiaoman dengan Chun Chun. Ada yang suka. Ada yang bersyukur Xiaoman tak end up dengan Xiaodan. Ada yang sakit hati dengan takdir Xiaoman. 

Ok I tell you apa yang Xiaoman lalui:

1. Mak bapak tinggalkan dia dari kecil
2. Nenek, satu-satunya keluarga yang dia ada, meninggal masa Xioman masih sekolah
3. Hidup sebatang kara, menumpang makan di rumah orang-orang kampung dan kantin kilang
4. Bersekolah sambil-sambil kerja cari duit
5. Ditipu bos, bos bayar gaji pakai duit palsu
6. Gagal masuk sekolah sukan sebab kes bergaduh (orang pukul dia)
7. Difitnah and masuk penjara juvenile
8. Hijrah ke Jepun nak cari kerja, jadi waiter tapi diberhentikan
9. Nak kumpul duit untuk jumpa Xiaodan punya pasal, dia join lawan boxing
10. Kena scam dengan black market, dipukul sampai separuh mati dan dibuang dalam laut
11. Terlampau stress dan trauman (PTSD), dia akhirnya masuk hospital sakit jiwa

Jalan hidup dia macam always takde luck. Dia kerja mati-matian untuk support and jumpa Xiaodan di France, Dari kerja kilang, ke jual baju, ke jadi waiter, ke lawan boxing - tapi luck tu takde. Xiaodan pula terlalu bercita-cita tinggi. Mula-mula pindah Shanghai, pastu sambung belajar ke France, pastu terus apply kerja kat sana. Tapi kau yang berjanji mintak Xiaoman tunggu kau. Sampaikan Xiaoman buat macam-macam kerja hanya untuk meet her standard. 

Nasib malang demi nasib malang Xiaoman dapat, sampai dapat PTSD. Dah start berhalusinasi and hearing voices dek kerana tekanan demi tekanan. Dengan penat kerja lagi. Tapi he is so determined untuk kumpul duit supaya dapat jumpa Xiaoman kat France. Tapi akhirnya, dia surrender bila dimasukkan ke psikitario hospital. 

Kat hospital nilah, Xiaoman berjumpa balik dengan Chun Chun. Chin Chun ni dorang kenal masa sekolah. Dan Chun Chun pernah jadi model bisnes baju dia dulu. Tapi lepas Xiaoman berhijrah ke Jepun, dorang lost contact. Rupanya Chun Chun jadi sukarelawan berkerja kat hospital tu. Disebabkan Chun Chun kenal, dia jadi kesian tengok nasib Xiaoman yang dah macam tak betul. Dialah yang teman Xiaoman bercakap everday, sampailah Xiaoman pulih dari PTSD.

Aku actually tahu dah ending drama ni macamana sebab dah baca novel dia. Cuma bila tengok the drama, tak sangka dia punya perit tu jauh lebih dalam. Johnny seriously understand Xiaoman lebih dari kita yang membaca novel. Dia carry watak Xiaoman dengan emosi yang sangat deep. ZERO negative komen tentang drama ni. Takde lansung negative komen di Weibo and Douyin.

Mula-mula aku berharap drama ni akan ada plot twist, happy ending between Xiaoman and Xiaodan. Sebab dorang bercinta dari zaman sekolah. Xiaoman sangat sayangkan Xiaodan. All out dia punya effort nak hidup dengan Xiaodan. Tapi disebabkan dia tahu Xiaoman bercita-cita tinggi, dia lepaskan Xiaodan belajar and kejar cita-cita.

So, we audience hoping after all the effort dan struggle yang Xiaoman lalui, dorang berdua at least end up happy together. Rupanya tak. Nampak gayanya, ending bakal sama macam novel. Xiaoman akhirnya dengan Chun Chun.

Tapi aku bersetuju Xiaoman dengan Chun Chun. Cinta between Xiaoman and Chun Chun tak beria macam cinta between Xiaoman and Xiaodan. Cinta dorang ni based on ada for each other. Asalnya cuma berkawan dan tak pernah suka each other pun. Chun Chun pun tahu dulu Xiaoman bercinta dengan Xiaodan. Dorang bertiga ni memang berkawan. 

Tapi akhirnya Xiaoman realized, dia tak pernah mahu tinggalkan hometown dia. Dia nak stay di kampung, buat bisnes dan majukan kampung sebab dari kecil orang kampung yang menjaga dia. Tapi dek kerana sayangkan Xiaoman dia cuba untuk catch up dan willing berhijrah. Untillah dia sakit, kemudian met Chun Chun, dia realized dia need a girl like Chun Chun. 

Persamaan Xioaman and Chun Chun, dorang bukanlah orang yang bercita-cita besar. Dorang nak buat benda yang dorang suka, dan yang paling penting always ada untuk satu sama lain. Xiaoman and Chun Chun suka life yang small and peace macam uruskan nursery (pokok-pokok) dan buat moving service business, buat fresh flowers. Simple life.  

Xiaoman dan Chun Chun, cinta dorang biasa-biasa je. Takdelah macam Xiaoman kejar Xiaodan bermatian-matian. Xiaoman and Chun Chun punya kisah cinta light and tenang. Takde siapa kejar siapa. Dorang berkawan, buat kerja sama-sama, saling membantu, saling memahami dan terus bercouple. 

Hanya lelaki yang pernah hancur hatinya dan seorang perempuan yang faham lukanya, stay together. Chun Chun came into Xiaoman's life sewaktu Xiaoman has nothing to offer. Chun Chun always ada dengan dia. Kadang orang yang pernah lalui trauma tak perlukan someone yang nak jadikan dia terpaling hebat. Dia cuma perlu someone duduk sebelah. Chun Chun is not someone yang mencabar Xiaoman untuk jadi hebat, tapi dia buatkan Xiaoman rasa safe. Maybe itulah takdir sebenar untuk Xiaoman. 

Xiaodan memang cantik, berjaya, pandai. Walaupun Xiaodan sayang sangat dengan Xiaoman dan dia pun mencuba untuk stay with him, tapi dorang berdua memang takde luck nak bersama. Kalau sayang tapi hala tuju dan impian hidup tak sama pun tak jadi juga. Jadi dorang cuma jadi kawan je. Takdir is not always about who we love the most. Sometimes, it’s about who fits the newer version of us.

Drama ni tell us that tak semua kita nak, kita dapat. Tak semua yang gempak pada orang, akan gempak juga kalau dapat kat kita. Kita rasa apa yang kita nak tu buatkan kita bahagia, rupanya yang membahagiakan adalah perkara lain. 

Kita selalu ingat takdir yang baik adalah bila dapat apa yang kita nak. Dalam kes Xiaoman, dia harap his first love bertahan sampai sudah. At least lepas semua penderitaan yang dia lalui, dia patut dapat ending yang layak untuk dia. Malangnya tak.

Jalan hidup Xiaoman kejam. Setiap kali cuba bangkit, ada je hal yang tolak dia jatuh balik. Padahal dia tak malas, bukannya tak usaha. Dia kerja macam nak mati, berkorban, tahan sakit, tapi hidup tetap tak memihak pada dia. 

Drama ni memang best. But I tell you, aku takkan repeat. Cukuplah sekali je aku lalui perjalanan hidup Xiaoman ni. Sakit! Rela aku repeat Chasing the Undercurrent yang stressful. At least tak meruntun jiwa. Harap Johnny kurang-kuranglah ambik task mengundang airmata gini. I is kenot.




2026-03-04

Ada sesiapa yang dah start tengok Our Dazzling Days?


Ada sesiapa yang dah start tengok Our Dazzling Days?

Aku dah. Slow-slow start know-know dah banyak episod dah aku tengok. Tengok tenang-tenang sebab dah prepared dengan scene-scene luar jangka sebab dah tengok dak-dak Weibo review. Kali ni luar biasa meletup drama ni. Kat China 0% (ZERO PERSEN) komen negatif about this drama. Hot Search Our Dazzling Days mendominasi Weibo and Douyin. Dah tentulah nama Johnny paling disebut-sebut.

Nampaknya kekuatan Punishment 2, Pegasus 3 and Our Dazzling Days berjaya men-silent-kan suara-suara haters. Mati kutu masing-masing kali ni sebab permulaan 2026 dah berderet projek Johnny release and ketiga-tiganya meletup.

Dimulakan dengan Punishment 2. Drama ni tamat. Dan semua tahu this drama break 10,000 heat index. Success.

Filem Pegasus 3, hari pertama tayang dah pecah threshold box office. Selepas hit RMB500 juta, barulah production start tayang Pegasus kat luar negara. Kalau tengok post atas ni, Malaysia tak termasuk. Takpe, kita tunggu kot-kot masuk Netflix. 

Pegasus membuktikan dorang boleh pecah box office hanya DALAM NEGARA SENDIRI. Belum campur kutipan tayangan negara lain esok. Boleh ke mengatasi kutipan Operation Red Sea (2018) USD500 juta? Operation Red Sea was breakthrough Johnny di layar perak, sekaligus menang Best New Actor di Asia Film Award.

Kiri Johnny in Operation Red Sea.
Kanan Johnny in Pegasus 3.

Pegasus ni sebenarnya cerita serious tapi main lead semua pak lawak. Jalan cerita kemain serious tapiiii skripnya lawak. Dengan muka dorang yang sardin bila bercakap, aku yang tengok dah terbahak-bahak, aku tak tahu camana dorang survived filming cerita ni.
 


Contohnya klip atas ni. Empat orang tu tunggak utama Pegasus dari Pegasus 1 lagi. Muka serious tapi skrip lansung tak serious. Korang mesti tak paham celah mana yang kelakarnya klip sebelah. But I is kenot. Sebab dah tahu flow cerita dari Pegasus 1. Dah faham sangat cara dorang cuba nak bersembang serious tapi ayat-ayat dorang cakap tu menganjing sama sendiri sebenarnya 😆.
 
Ok now nak cakap pasal Dazzling Day. Aku dah start tengok. Episod 4 boleh dikatakan semua yang tengok mesti menangis. Aku pun sama tak terkecuali. Padahal sebelum layan drama ni dah tengok video that heartbreaking scene kat Weibo. Tengok klip pun dah sedih. Rupanya bila follow jalan cerita dari awal lagi merembes. Sakit dada aku kalau tengok drama Johnny. Heavy betul emosi dia.

Mula-mula dulu masa tahu Johnny akan carry watak Xiaoman, ramai haters yang kutuk. Sebab novel ni popular kat sana. Orang memang tunggu siapa yang bakal terjemahkan watak Xiaoman ni. Bila kata Johnny je, haters ambil peluang mengutuk. Dorang kata Johnny tu dah 30-an, tak logik carry watak high school. Tapi bila keluar drama ni hah kauuuu, senyap sepi masing-masing. Tak berkutik sorang pun let alone kondem Johnny berlakon watak budak high school.

Maka, betullah pilihan penulis novel tu. Patutlah dia sendiri kata hanya Huang Jingyu boleh carry watak ni. Sungguh! Johnny can carry watak budak high school. Tak perlu mekap muda. Dia jadikan watak tu dengan tukar cara bercakap, dengan gaya muka dan perangai remaja yang nakal dan keanak-anakan. Masa dia tido dengan baju yang arwah nenek, Allahhhhh....sebak aku. Suara dia tu yang aku kagum. Macamana dia boleh jadikan ton suara tu macam budak yang sedih nenek dah mati. Power!



Part ni sedih. Lepas nenek Xiaoman mati, dia jadi sebatang kara. Tapi disebabkan dia ni memang baik, satu kampung menjaga dia. Dia membesar dengan makan di rumah orang. Everyday orang kampung hantar makan. Ada je orang yang jemput dia makan atau datang bawak makanan untuk dia. Setiap kali orang hantar makanan Xiaoman bagitau kat arwah nenek bekal-bekal yang dia dapat. Aduii, macam disiat-siat jiwa aku 😭. Johnny menjiwai watak sangat-sangat. Menangis je aku tengok. Kena tengok malam drama ni, tengok siang karang makruh.

Part dia buat macam-macam kerja untuk survive, inilah agaknya rasa menjadi anak yatim. Terpaksa buat baik dengan semua orang, terpaksa jadi baik dengan ramai orang sebab kau dah takde sesiapa untuk bersandar. Terpaksa buat macam-macam kerja untuk kekal hidup. Nasib baik orang kampung and kawan-kawan sayang dia.

Part Xioman berhijrah ke Japan, pastu kena scam dengan black market,jadi pelayan kat restoran Jepun, and lepas tu terjebak dengan boxing, somehow macam sama je dengan perjalanan sebenarnya Johnny. 

Johnny dulu pun berhenti high school, berhijrah ke Shanghai (3 hari perjalanan dengan train dari hometown), buat macam-macam odd jobs termasuklah jadi waiter, then belajar martial arts (jiu-jitsu) sampai menang Shanghai Championship. Johnny sepatutnya bertanding di Jepun, tapi at the same time dia dapat offer berlakon. Bayaran RMB20K. Dia perlukan duit tu sebab atok sakit. Jadi dia lepaskan tournament di Japan dan terima offer berlakon. The rest was history.
 


Oh part ni merembes. Tekanan emosi and mental Xiaoman sangat heavy. Dahlah dari kecil ditinggal mak bapak. Masa sekolah menengah nenek meninggal. Hidup sebarang kara. Buat macam-macam kerja untuk kekal hidup. Kena scam dengan black market di negara orang. Terpaksa break dengan girlfren sebab taknak gf hidup susah dengan dia. Semua ni akhirnya buatkan Xiaoman hilang ingatan kejap. Dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Sumpah, aku yang sakit jiwa tengok drama ni.

Xiaoman lepaskan Xiaodan pergi belajar. Dia tak nak sekat Xiaodan sebab Xiaodan pandai. Kalau dia mintak Xiaodan stay, that's not fair for her. Lagipun Xiaodan anak orang senang, sedangkan dia anak yatim, takde kerja yang bagus. Xiaoman ni kekuatannya rajin dan baik. Orang kampung semua suka dia. Kawan-kawan sayang dia. Cuma dia takde luck dalam life. Lepas satu, satu nasib malang datang.

Inilah ciri-ciri lelaki green forest. Dia tahu dia takde apa-apa yang boleh menyenangkan gf, jadi dia let her go supaya gf dapat kehidupan yang lebih baik. Tak macam kau, nak anak orang tapi expect susah sama-sama. Perempuan yang taknak hidup susah dengan kau, kau cakap dia materialistik. Waklu.

Macam kisah Johnny lepaskan ex-gf dulu. Lepas drama Addicted meletup, Johnny kena banned sebab drama tu ada unsur gay. Dia kena banned dari semua TV and endorsement. Nak kembali jadi model pun tak dapat, kena reject. Semua takut nak ambil dia sebab taknak kena boikot. Johnny ambil small-small role asalkan ada job.

Masa dia ambil job filem Opreration Red Sea, dia kena duduk Morocco 6 bulan. Masa ni la ex-gf mintak break dan kawen dengan orang lain. Johnny cannot offer apa-apa waktu tu sebab dia tengah susah. So he let her go (tapi now merentan nak Johnny balik. Boleh blah!). Maybe sebab tu Johnny can carry watak Xiaoman dengan success. Dia macam dapat relate kisah dia dalam drama ni.
 
Drama Our Dazzling Days ni nampak je macam kisah cinta padahal tak. Dia lebih kepada macamana Xioman dari anak yang playful, berubah jadi resilience bila hilang segalanya. Tentang menjadi kuat, berani dan berdamai dengan takdir.
 


Mula-mula aku sedih bila dia lepaskan Xiaodan, tapi bila dia start kenal Chun Chun aku sedar this is life. Sometimes kita rasa macam kita sesuai dengan si A, until keadaan dan situasi berubah. Bila jumpa si B, baru kita nampak sebenarnya kita lebih serasi dengan B. Maybe cinta dengan B tak sekuat cinta dengan A tapi situasi dengan A dulu dah tak valid lagi. Tengoklah drama ni, mesejnya sangat berbeza.

By the way, semalam dah start hawa-hawa tak puas hati dari fans Arthur Chen.

Macam ni, serentak Our Dazzling Days keluar, drama Love Story in the 1970s pun keluar sekali. Pelakonnya Arthur Chen and Sun Qian. Rating tak tinggi mana. Jauhlah kalau nak compete dengan Our Dazzling Days. Arthur Chen ni traffic actor, jadi boleh agaklah kekuatan fanbase dia macamana. So bila drama ni rating tak tinggi, fans start membandingkan female leadnya iaitu Sun Qian dengan female lead Our Dazzling Days, iaitu Guan Xiotong.

Dorang kata Sun Qian lebih pandai berlakon. Guan Xiotong tu cantik je lebih. Disebabkan Xiotong cantik maka ramai tengok Our Dazzling Days, padahal drama Love Story in the 1970s lebih best. KATANYALAH. Nak terkencet aku baca. Konfiden betul puak-puak ni. Tu yang aku menyampah dengan fans kepada traffic actor. Semua fans traffic actor gila.

Kenapa dorang bandingkan Sun Qian dan Guan Xiotong?

Sebab, kalau nak bandingkan Johnny dengan Arthur, memang umpama sembelih tengkuk sendirilah. Takkan boleh nak letakkan Arthur Chen and Johnny Huang sebelah-menyebelah pun. JAUHHHH bertiang-tiang. Tu pasal dorang bandingkan between the two female lead. Dorang taklan berani petik nama Johnny. Konfem dak-dak Whale Guardian susun achievement, siap statistik dia bagi. Menangis kau baca karang.

Oklah, nak bandingkan Sun Qian dengan Guan Xiotong?

Sun Qian pernah jadi female lead Johnny dalam drama Love Song in Winter. Masa tu Sun Qianlah paling kuat kena hencap. Orang kata dia berlakon kejunglah, kayulah, takde chemistry dengan Johnnylah. Alih-alih sekarang Sun Qian pandai berlakon pulak dah? Alih-alih now dengan Arthur dan-dan Sun Qian lebih strong chemistrynya berbanding couple Johnny-Guan Xiotong?

Nak tahu kenapa Sun Qian nampak strong chemistry dengan Arthur?

Sebab, nak jadi female lead Johnny kau kena match screen energy Johnny. Johnny punya screen energy sangat strong, acting dia sangat powerful. Kalau female lead tak strong, Johnny akan overshadow kau dan kau akan nampak KAYU! In other words, Arthur punya screen and acting skill match dengan Sun Qian, tu pasal nampak dorang macam sesuai sangat. Sama-sama MEDIOCRE. Aku nak je buat post gini kat Weibo, bagi sedar diri sikit puak-puak tu. Tapi takpelah, bulan puasa ni aku nak tenang-tenang.

Kesian Guan Xiotong. Tak memasal kena compare hanya kerana Our Dazzling Days meletup. Padahal Xiotong ni ok-ok je acting dia. Takde la power sangat sebab genre dia selama ni memang love genre. Genre light-light. Kiranya sesuailah dia berlakon Our Dazzling Days, sebab watak dia light je. Cuma bila sparring partner kau Johnny nampaklah macam dia tak pandai acting.

Tapi kalau nak be fair to her, Our Dazzling Days lagi banyak tekankan watak Xiaoman. Ini kisah hidup dan perjalanan hidup Xiaoman dari zaman sekolah, anak yatim, dibela nenek, kemudian nenek mati, dan dia terpaksa merantau untuk kelansungan hidup. Watak ni berat, Johnny memang boleh carry. Yan lain-lain dalam tu kalau kayu takpelah, sebab cerita ni bukan fokus kat kau pun.

Drama Cat & Thieves.

Another drama Johnny set to release by iQIYI. 5 tahun diperam. Ini kisah crime-detective. Aku tak tahu lah if lembaga penapisan dorang sensitif. Kemain lama menapis drama ni sampai 5 tahun. Banyak vulgar words, maybe sebab cerita ni pasal gengster. Harap-harap releaselah tahun ni. Nak sangat tengok Johnny versi 5 tahun lepas.

Oh ini lagi satu news gempar. Bulan ni Johnny bakal start filming new drama. Patutnya dia couple dengan Jin Chen. Ramai orang tunggu gandingan dorang lepas kena gossip kat Milan hari tu. Tapi Jin Chen pulak ada kes accident kereta, jadi diganti dengan Bao Shangen.

Bila dengar bakal bergandingan dengan Bao Shangen aku dah rasa budak ni bakal jadi lauk. Bao Shangen tu baru 23 tahun. Pengalaman berlakon tak banyak lagi. Harap cantik je. Kau nak gandingkan budak ni dengan Johnny, bahaya. Kerjaya Bao Shangen baru nak bermula. Dibuatnya nampak kayu berlakon dengan Johnny, tak memasal je gelap masa depan kerjaya kau. Akhirnya agensi Bao Shangen tarik diri. Agaknya agency pun tahu, nak berlakon dengan Johnny kena strong acting, kalau tak memang ampuih kena overshadow.

The latest now is Wang Yuwen!

Kalau Wang Yuwen aku setuju. Dia ni takde la cantik sangat, tapi dia berlakon ok. Dengan Johnny tak perlu female lead yang cantik-cantik sangat sebab orang yang tengok cerita Johnny nak tengok jalan cerita. Janji kau tak kayu, konfem ON. So now kita tunggu event launching new drama from Johnny.

By the way, WeTV sedang bersiap sedia nak release drama WINNER tahun ni jugak. Padahal baru je habis shooting 3 minggu lepas. Tahun ni fans kenyang dengan projek Johnny nampaknya.


2026-02-24

Permulaan 2026, indah dan tenang je untuk semua fans Johnny.


Tak tahulah kenapa aku rasa 2026 ni, macam indah dan tenang je untuk semua fans Johnny. Walaupun tahun lepas seketul projek Johnny dorang tak release, peram buat apa ntah. Sampai Johnny sendiri terpaksa production house on stage sampai bila nak peram drama and movie dia, barulah hujung tahun keluar seketul - The Punishment 2. Itupun takde teaser takde marketing, takde trailer, tau-tau lagi 20 minit nak tayang baru buat announcement. Nakharom.

Tapi kerana kekuatan Johnny tu sendiri, Punishment kekal Ranking 1 dalam SEMUA platform more than 30 days! Sepanjang Punishment 2 di Top 1, drama di Top 2 and 3 bersilih ganti, tapi Punishment 2 kekal, malah percentage makin tinggi. Not to mention drama masih berbaki 20 hari tayangan, dah hit maksimum heat index 10,000.

Sekali umum pulak Johnny satu-satunya celebriti yang dipilih untuk ke space pada tahun 2028. News ni sangat huge kat China. Sebab dalam barisan academician, technologist, industrialist, scientist yang terpilih, ada seketul Johnny Huang dari entertainment industry. Sampai sekarang kat Weibo orang masih bercakap pasal ni. Sejak dari hari tu, takde bad news about Johnny. Tenang-tenang saja.

Buat masa ni Johnny masih di lokasi WINNER di Ningbo. Minggu depan sempena CNY, 2 projek Johnny bakal release. Yang pertama on 17 Feb, filem Pegasus 3. Yang kedua on 18 Feb, drama Our Dazzling Days tayang kat iQIYI.

Our Dazzling Days patut tayang May tahun lepas. Entah kenapa iQIYI peram. Tadi keluar news yang Our Dazzling Days akan tayang SERENTAK di iQIYI and CCTV8.

Do you know what it means when a drama gets aired on CCTV8?

Bila sesebuah drama tu ditayangkan kat CCTV8, maknanya that drama ada kredibiliti and prestige. Drama yang keluar kat sini biasanya skrip mantap dan ada high approval from authorities. Punishment 2 pun hari tu tayang serentak kat CCTV8.

Kat sana pelakon yang dramanya berjaya masuk mainstream and commercial at the same time (CCTV8 + iQIYI), bakal naik status (bukan sekadar idol) dan lagi senang dapat big projek and lebih senang nak score premium brand. Audience CCTV8 tak sama dengan audience iQIYI. CCTV8 penontonnya dari kalangan orang berkerluarga range age 35-60 tahun. Lebih besar dari audience iQIYI. iQIYI audiencenya ramai Gen Z, Millennials and mobile users.

Lagi satu, bila CCTV8 tarik satu drama masuk slot prime time, bermakna that drama berpotensi tarik big brands. Bersedialah untuk Our Dazzling Days and Johnny mendominasi Hot Search Weibo lagi sebab confirm view tinggi, search volume naik, and social discussion (Weibo, Douyin, Xiaohongshu) naik. Jadi hari raya cin aaku next week akan dimulakan dengan melayan Our Dazzling Days.

Oh hari tu ada la jugak keluar sikit gossip-gossip yang mencuba nak panaskan balik Weibo. Gossip gay between Johnny and Wang Ziqi. Yang menaikkan semula topik ni was CP-fans Wang Ziqi sendiri. Maklumlah nama Johnny tengah baik sekarang kan, dia sibuk nak kaitkan balik dengan Ziqi. 

Kebetulan Ziqi visit temple kat Dandong (hometown Johnny). Jauh tu 3 hari perjalanan kalau naik train from Shanghai. So dorang terfikir kenapa Ziqi ke temple di Dandong? Padahal takde apa pun. Johnny selalu gi tenmple kat sana everytime balik kampung. Agaknya Johnny bagitau Ziqi pasal ni, tu yang Ziqi pun pergi. Masa Ziqi pergi, bukannya Johnny ada sekali. Johnny masih di Ningbo filming.

Pastu 2 hari lepas Johnny tukar profile picture pakai suit hitam, gambar masa dia attend iQIYI Nights. Tak lama lepas tu Ziqi pun tukar profile pic ke black suit juga.

Then orang nampak Ziqi drive kereta Johnny. Dorang suspect something special sedang berlaku between both of them. Padahal plat kereta Ziqi is Beijing. Johnny pulak Shanghai. Kat sana kalau nak masuk Shanghai kena pakai plat Shanghai. Jadi everytime Ziqi datang Shanghai, dia akan pakai kereta Johnny.

Benda-benda macam tu pun jadi highlight. Aku rasa kat sana isu gay dah jadi kronik. Orang lelaki lansung tak boleh ada kawan rapat, terus kena cop gay.

Masalahnya Johnny selalu sangat kena cop gay. Dulu dengan Timmy Xu. Pastu dengan Jackson Wang. Now dengan Wang Ziqi.

 
Hari tu keluar video klip line-up pelakon-pelakon Pegasus 3. Dalam video tu memang Johnny sorang saja yang always dihug oleh actor lain. So netizen tanya kenapa dengan Johnny je lelaki suka peluk and pegang-pegang? Kenapa lelaki suka peluk and pegang Johnny? Hahaha. Pastu keluarlah balik klip-klip zaman tok kaduk Jackson Wang pegang tangan Johnny.

Masalahnya dalam semua klip-klip tu that lelaki yang pegang and datang peluk Johnny, bukannya Johnny yang datang peluk and pegang dorang.

Entahlah, pening aku benda macam ni pun nak jadikan issue. Maybe agak pelik lelaki sama lelaki selesa dipeluk dan dipegang, tapi aku rasa Johnny ni jenis warm and easy to get along, jadi orang sangat selesa dengan dia. Whatever, isu gay ni aku malas nak kupas dah. Letih. Enjoy the video je lah.


2026-02-20

Weibo Night penuh kontroversi.

Di saat kat Weibo panas hangat dengan isu-isu malam Weibo Night baru-baru ni, hari ni Johnny jadi trending di Weibo. Tiba-tiba nama dia naik hot search. Bukan isu panas pun, cuma dia menarik perhatian.

By the way kat Weibo sejak beberapa hari ni vibe tak best. Weibo Night baru berlansung, banyaklah cerita ketidakpuasan hati dari fandom masing-masing. Weibo Night is malam anugerah popular macam Anugerah ABPH. Beberapa bulan sebelum Weibo Night, Weibo dah keluarkan voting sistem untuk vote kategori artis masing-masing. Seperti biasa kalau anugerah populariti, traffic actorlah yang mendominasi. Johnny memang takkan masuk list.

Lagipun last year mana ada sebiji drama/movie Johnny release. Semuanya dorang peram. Punishment 2 je sebiji keluar itupun sambung ke 2026, jadi tak layak masuk pencalonan. Alah tak kisah pun. Dah biasa dah Johnny tak masuk Weibo Night. Dia pun masih sibuk kat lokasi WINNER tak habis-habis lagi.

Kisahnya, dalam pada dorang bertekak sesama sendiri kat Weibo, hari ni Guan Xiao Tong (female lead drama Our Dazzling Days) naikkan video bawah ni:



Drama Our Dazzling Days bulan ni keluar. iQIYI ambil peluang nak release drama ni bersekali dengan hype filem Pegasus 3 yang akan release 17 Mac (raya cina dorang release). Cuma Our Dazzling Days belum ada fixed date. So Guan Xiao Tong share this video of her with Johnny kat lokasi. 

Dia kata ini adalah video candid. Kisahnya, dia teringin nak berdiri dalam buih belon. Johnny try to fulfill impian dia. Johnny try macam-macam tapi buih tu tetap meletup. Johnny kata diri dia tak cukup tinggi nak pegang belon tu. Then dia terfikir untuk cari kerusi. Bila Johnny diri atas kerusi barulah belon tu kekal.

Seronoklah Guan Xiao Tong. Dia tulis:

"Honestly, how can anyone not like Huang Jingyu? Everyone who knows him ends up liking him. He always finds a way to make people smile, to turn small wishes into something warm and memorable. That’s just who he is". 

Terus trending. Imagine di tengah-tengah topik panas kat Weibo tetiba ada satu hot search yang menyejukkan hati. Sampai malam ni masih trending. Padahal orangnya tak masuk-masuk Weibo sibuk kat lokasi, but Weibo trending nama dia. Well...that's Johnny. Dia selalu tak semena-mena nama naik Hot Search.



Atas ni antara topik hot kat Weibo. Malam award nite, one of the top person Weibo naik pentas untuk bagi award. Kampung tak kampungnya si top person ni, dia boleh tendang kain si Yang Mi. So unenthical dan unprofesional punya cina bukit. Jenis ni mesti cina yang datang Malaysia berebut ambik makanan buffet. 

Nasib baik Xiao Zhan very gentleman try ajak si top person bukit ni diri ke tengah so that dia tak tendang-tendang kain Yang Mi. Macam beruk perangai. Tapi last-last kat tepi Yang Mi jugak dia berdiri. Jenis tak paham bahasa. 

Tu pasal ramai malas join Weibo Night sebab anugerah dia tak berprestige satu hal, top person sampai ke management semua gila.



Atas ni lagi satu kontroversi. Ada ke lepas Mr Vikram ambil award MC suruh dia kembali ke seat padahal Hamba Allah tu prepare speech dah.  Alasannya Mr Vikram tak tahu cakap Mandarin. Orang tu prepare dah kotttt. Sebenarnya bukan apa, takut si Vikram tu bagi speech in English, dorang yang tak faham. 

Wang Yibo terkejut Mr Vikram tak dibagi peluang berucap, jadi dia yang persilakan Mr Vikram bagi ucapan. Wang Yibo ni aku syak kalau fanclub tak calonkan nama dia, konfem dia tak datang Weibo Night ni. Malam tu dia lansung tak duduk kat seat. Dia tunggu backstage. Nama kena panggil baru dia ambil award pastu pergi belakang and terus balik. Kahkahkah. Mengamuk fans dia. Orang datang nak tengok dia sekali dia balik bodo gitu. Dia ni lagi kering hati.

Weibo Night ni anugerah syok sendiri je benaunya. Dah boleh bajet dah siapa banyak menang award sebab based on audience voting. So takyah nak surprise sangatlah bila retis masing-masing menang. Yang pasti, setiap kali habis Weibo Night mesti ada macam-macam kontroversi. 

Last Johnny attend tahun 2024. Masa tu memang betul-betul terkejut bila dapat tahu Johnny setuju untuk datang. Rupanya dia dah dikatakan menang Most Popular Actor 2024. Dia menang sebab tahun tu drama Bright Eyes in the Dark meledak bila watak Lin Luxiao mati. Memang kiamat China sekejapan dek kerana drama tu. Tu yang trending berminggu-minggu sampai menang Popular Actor terus. Itulah last dia join. Pastu bayang dia tak nampak dah. Eloklah tak join, hauk betul management Weibo Night.

Macam-macam kontroversi jadi malam tu. Al-kisah seating arrangement pun jadi bertekak antara fandom. Fans Xiao Zhan tuduh Yang Mi koyakkan nama Xiao Zhan pada kerusi sebab nak duduk dengan Yang Zi. Seat Xiao Zhan akhirnya kat tersorok. Fans tak nampak. 

Mengamuklah Yang Mi, siap nak jadi kes saman-menyaman sebab tuduh dia koyakkan tanda nama Xiao Zhan. Last-last management Weibo kata salah staff dorang silap letak tag nama. Pundeklah. Bukan tahun ni Weibo Night, takkan tiap-tiap tahun salah letak tag. Apa ke bongok sangat repeat the same mistake every year? 

Benaunya, Weibo memang suka create controversy. Dari online sampai ke offline, semua hauk. 


2026-02-18

Sometimes love doesn’t end because it fades. It ends because life evolves.


Happy New Year, Lunar Year 2026!

Neves betul hari ni fans Johnny di Weibo sebab hari ni tayangan pertama filem Pegasus 3. Pegasus 1 and 2 dah masuk box-office. Mampukah Pegasus 3 ulang kejayaan?

YES, MAMPU!!

1 jam lepas fresh from Weibo, hari pertama tayangan, belum sampai 24 jam sudah break box office record a total of 5 billion!!! Don't play play with Johnny Huang. Nak pulak Pegasus ni orang follow dari Pegasus 1 lagi, konfemlah crowd yang sama akan datang tengok.

The Punishment 2 - sapu bersih Top Ranking sepanjang tayangan.
Pegasus 3 - break record box-office on hari pertama tayangan.

Dan 20 Feb nanti drama Our Dazzling Days akan mula tayang serentak di iQIYI and CCTV8.Dengan rekod kejayaan The Punishment 2 and Pegasus 3, aku jamin Our Dazzling Days akan dapat success yang sama.

Malam tadi bermesyuarat kawan-kawan Whale Guardian pasal novel Our Dazzling Days. Semua dah baca novel. Ni menjelang tayangan, masing-masing excited nak mengupas what can we expect from the acting. Hasilnya, sampai ke hari ni takde mood. 

Mood mandom macam nak hujan (memang hujan pun Putra Heights satu hari ni). Benci gila perasaan ni. Tu pasal aku kata tak nak tengok cerita tu sebab lepas habis baca novel hari tu, ginilah jadinya aku. Mendung je. Padahal hari ni raya, ya. Patutnya kita happy happy. Tiberrr.

Semua semalam bercakap pasal impak cerita ni dalam hidup Gen X. Hahahaha.

Bukan apa, cerita ni background tahun 90-an. Masa tu Xiaoman and friends dah pun kat secondary school, tahun 90-an. Maknanya baya-baya aku la si Xiaoman ni. Mesti penulis novel tu sebaya aku. 

Cerita Our Dazzling Days ni Gen X boleh relate. Cerita ni mengundang nostalgia. Jalan cerita tu sendiri pun banyak flash back zaman sekolah. Cerita ni jadi sayu disebabkan notalgia tu.

Contohnya, part Xiaodan (Guan Xiaotong) pulang ke kampung and revisit sekolah and places masa bersekolah dulu. Padahal masa tu dia dah bercouple dengan schoolmate, Xia Lei (Wang Tian Chen). Dorang bertiga Xiaoman, Xiaodan and Xia Lei berkawan baik. Tapi masa sekolah, Xiaoman and Xiaodan lebih close. Fall in love. Selepas sekolah masing-masing keluar dari kampung berhijrah - sambung belajar and kerja. 

Semua benda ni we Gen X can relate. Dulu masa sekolah, life kita berkisarkan tempat yang sama. Kawasan tempat tinggal and sekolah. Kawan-kawan mak bapak kita pun kita kenal. Life kita revolves orang dan tempat yang sama. Cinta monyet tu biasa. Ada crush kat sekolah tu biasa. Until we left school, kita jumpa passion yang baru, kawan baru dan banyak benda baru. But everytime kita balik ke kampung, the nostalgia tu tetap muncul.

Just like Xiaoman and Xiaodan. They were so close and fell in love. Situasi yang memisahkan. Akhirnya dorang belajar melepaskan, bukan sebab gaduh tapi keadaan. But both of them tak pernah melupakan. Bila balik semula ke kampung, semua kenangan ni muncul balik. Rindu? Yes. Tapi nak start all over again, maybe no.

Aku menangis baca novel tu because that nostagia hit me hard. Teringat crush zaman sekolah. Hahaha.

Bagai nak gila aku crush si anon dari Form 2. Disebabkan aku perangai macam jantan sikit, jadi takde orang tahu aku suka kat siapa, termasuklah si crush tu. Sampailah habis sekolah, masing-masing terpisah masuk uni berlainan. Tapi masih contact, menulis surat, asal balik cuti je jumpa balik melepak kat port biasa beramai-ramai. Kawan macam biasa, menganjing each other macam selalu. Masing-masing pun dah ada orang lain masa tu. 

Tiba-tiba one day, bolehlah pulak dia confess suka kat aku. Bladihel betul. Tak, masalahnya WHY NOW?? Time aku single bertahun-tahun tu kau jadikan member bergasak kau je. Now bila masing-masing dah ada orang lain, barulah nak confess. Barulah kau terasa hilang aku. Katanya nak partner yang boleh jadi best friend and teman bergasak. Letih jadi "hero" hari-hari kataya. Teringin sesekali nak jadi childish.

Kalau pikirkan nostalgia zaman sekolah, rasanya mau aku tinggalkan apa yang ada and accept dia. Tapi just like Xiaoman and Xiodan, akal tu berkata "Dahlah..". Yang lepas tu lepas. Maybe rezeki kita hanya berkawan. Apa yang ada now, kita teruskan saja. 

Sedih benaunya sebab nostalgia tu. Dari umur 14 aku crush kat dia, sampailah habis sekolah! Naik moto sesama. Kena denda sama-sama. Sama-sama kejar budak lari dari sekolah. Jaga detention class sama-sama. Meniru homework each other. Teman aku naik bas ke Kajang. Sanggup dia menapak jalan kaki jauh-jauh untuk nak naik bas dari bus stop rumah aku sebab aku takut naik bas sorang. Pastu balik tu dia sanggup turun kat bus stop rumah aku pastu jalan kaki jauh-jauh balik ke rumah dia. Sampai je rumah terus call nak make sure aku dah sampai rumah. 

Only after dah berjauhan barulah missed each other. Tapi tu lah, masa tu masing-masing dah ada perspektof berbeza, dah jumpa orang yang baru. Sedih tu bukan sedih sebab tak dapat memiliki tapi sebab nostalgia tu. Now sesekali berjumpa lepak dengan member-member, masing-masing senyum menahan gelak. Macam you know I know what happened. between us. Tapi kita dendiam je jangan bagitau sesiapa and terus berkawan macam biasa.

That nostalgia lah yang kau akan rasa bila tengok drama Our Dazzling Days. Sedih bila Xiaoman and Xiodan tak get back together bila berjumpa balik. Masing-masing ada orang lain dah. Xiaodan masih teringat kenangan dia dengan Xiaoman. Xiaoman pun sama. Yet they both accept it. 

They acknowledge that what they had belongs to a different time. Akan ada satu fasa dalam hidup kita kenal orang baru, kita develop passion yang baru, dan kita pilih sesuatu yang baru bukan sebab tak suka lagi yang lama tapi keperluan dah tak sama macam dulu.

Sometimes love doesn’t end because it fades. It ends because life evolves. And growing up is realizing that not every love story is meant to be continued. Some are meant to shape you, then stay behind as a beautiful memory. It’s painful. But it’s honest.

Ending drama tu, masing-masing terus berkawan baik. Dari 3 sekawan menjadi 4 sekawan.