2006-12-26

Merry Xmas DIANA!! Ho Ho Ho



Shopping day!!
Lamanya aku tunggu nak sampai ke hari Krismas ni.
Kekanda sudah berjanji untuk merelakan dirinya dipaw sempena anniversarry yang ke dot dot dot.
So, from Bangi, terus balik rumah, letak beg semua, tinggalkan bibik pastu terooooss ke syurga dunia yang terletak di Jusco Bukit Raja...ngehnghengeh.
Memula tu aku plan nak rembat baju ngan skirt tapi skirt yang aku cari tu manjang je takde. Boring. Penat aku tawaf 4 mall nak carik skirt tu. Ni kalau tak bawak balik skirt ataupun apa-apa yang setimpal ngan skirt ni, harus aku meroyan ompek hari. Sooooo....kekanda telahpun memberi satu akal yang boleh dikatakan amat bernas sekali.

Kekanda : Kat sana ada beg yang awak suka tu.

Pengikis : Ye ke? Boleh ke? (ayat penyeri bahasa)

Kekanda : Cuba tengok. Kalau suka, beli.

Perlukah aku gelak umpama Santa?? Boleh juga..
HOHOHOHOHOHOHOHOHOHOHOOHOHOHOHOHOHOHOHOHO
GUMBIRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!




Lama gak aku aim beg ni, sejak promotion untuk Sogo member sampai kat umah 5 mths ago kot, aku dah berangan nak beli. Tak kusangka pula akhirnya aku dapat gak beli beg ni...dengan duit orang..ngehngehngehngeh. Tapi I had a hard time to decide on which one yang aku betul-betul bekenan. There's one soft purple color yang lagi cun. Macamana aku bleh pilih yang ni lak? Padahal laki aku dah kata dia lagi suka yang purple tu. Bila dia dah bayar beg ni aku tanya balik.


Pengikis : Abang, ok ke tak beg ni?


Kekanda : Ok. Cantik.


Pengikis : Tapi kan, mana yang lagi ok, yang purple tu ke yang ni? (ni la namanya tanya dalam paksaan. Seploh kali dia dah kata purple tu cantik, aku tanya lagi soklan yang sama)


Kekanda : Yang purple tu nampak low profile sikit. Yang ni, nampak cam luxury sket. Abang lagi suka yang purple tu.


Pengikis : La, apesal tak cakap. Kalau abang suka Di ambik yang purple tu.


Kekanda : Takpe. Kan Di suka beg ni, ok la tu. Lagipun yang purple tu sebenarnya lagi mahal.

HAMPASSSS!!!! Kalau aku tau, aku beli yang purple tu. Biar dia tau bini dia memang pisau Gilette! Dan kat opis ramaila yang perasan beg baru aku ni. Siap tanya 'Mana pi Sembonia kau?', 'Macam Datin Roki la'. Hek eleehh..datin-datin mana nak pakai Carlorino beb??

Dan lepas berpoya di mall, kitorang gi Sungai Buloh pulak. Biasa laaaaaaa...laki aku tu, selagi kolam dia tak membuak ngan ikan, mana reti nak benti. Layan je la. Macam best je tengok orang ternak ornamental fish ni. Boleh buat duit wooooo..



::Encik Wan tengah pilih ikan mana yang hensem untuk dibawa pulang::



:: Tenet teneeeeeeetttttt....21 ekor :D::



::Si kenit yang memang akan selalu ada dalam setiap gambar::


Tertarik? Menarik? Da Bomb???





::Kasut cun tapi murah RM60.00, takde diskaun::




::Kasut tak berapa cun sangat tapi mahal nak mampos walaupun lepas diskaun RM259.00::


Nampak itu? Apekah itu?
Cantekkkkk kan? HAHAHAHHAHA...best!! Best!!!
Ye, aku tau kasut ni memang cantik...:D
Moralnya : Tak kira kasut tu murah seperti VINCCI ataupun designer shoes macam JANE SHILTON, kestunningan sesuatu kasut itu terletak pada TUAN PUNYA KASUT. Kalau dah tuan punya cun, kasut itu secara otomatiknya akan menjadik cun dengan tak semena-mena.

HUAHUAHAUAHAUAHUAHUHAUAHAUHAUAHAUHAUAHAUA
HUAHAUAHUAHAUAHAUHAHUAHAUAHAUHAUAHAUHAUA
HAUHAUAHAUAHUAHA
HAUAHAUHAUAHUAHAUAHUHHAA
HAUHAUAHAUHAUAHUAH

Aku tau sure ada yang bengang baca ni kan?
Sukati aku aaa..blog aku.


2006-12-21

Aku nak celebrate Christmas!!! Jin bogel, jin bogel, bogel all the way...(Jingle Bell versi aku)


Malam tadi aku gi IOI, terasa macam lagi meriah Christmas compared to Raya Puasa. Tetiba teringat balik zaman kanak-kanak ribena time-time cuti sekolah macam ni, mesti aku ngan adik aku kena pos gi S'pore lepak ngan cousins. Mak aku Singaporean, so 10 out of 13 adik-beradik dia masih lagi kat S'pore. And tau-tau je la, S'pore kalau bab Christmas ni memang happening gila. Dengan lampu dia, Santas around the town, Santa kurus pun ada.

Ada satu kali tu Uncle aku from S'pore turun KL and masa tu rasanya Tahun Melawat Malaysia, so biasa la, kalau ada big event macam ni, datang KL pulak tu, tourist sure expect big town like KL penuh ngan lampu kaler-kaler. Aku ingat lagi malam tu bapak aku bawak round naik keta lalu depan Dayabumi (building paling happening time tu, mencakar langit habiss), pastu lalu depan Bangunan Sultan Salahuddin, pastu mana lagi aku lupa. Tapi yang pastinya tak best. Sebab sampai skang aku ingat lagi Uncle aku cakap 'La ini je ke lampu kat KL?'

Malu beb! Tapi itu dulu la. Now ni boleh meriak sikit ngan cousins aku. The nite after majlis bertunang adik aku dulu, dengan bongkaknya bawak dorang round KL town sampai tak cukup mulut aku nak explain keindahan dan kehappeningan KL sekarang. Then we, the cousins, aunty and uncle pastu lepak kat lounge Shangrila Hotel depan Hard Rock tu sampai kol 2pg, minum-minum, borak-borak, dengar lagu, mabuk-mabuk (ini aku tambah je). Hambik. Nak happening sgt kan. Tapi yang paling happening tak tercapai akalmu adelah apabila malam tu nenek aku pun join sekali!! Sampai pening-pening kepala orang tua tu tahan ngantuk. Tu la Nek, orang suruh stay kat umah, nak ikut meronggeng gak.

Sabtu ni sepatutnya aku plan nak gi Singapore, cousin aku kawen, tapi En Ridzuan keje la pulak, so adik aku je la kot yang wakilkan. Jeles ok??? Dapat dia celebrate Christmas kat S'pore.

Takpela, untuk menghilangkan kempunan, semalam aku dah pun celebrate Christmas kat IOI bersama....



::Mini Santa..::

Dan celebration aku lebih bermakna sepanjang hayat akan kukenang bila masa aku dokong Reza lalu depan area lingerie and underwear, Reza bertempik siap tunjuk lagi..



::'Eh! Manyaaaaknya (banyaknya) tetek mama!'. 

Time tu aku rasa cam nak sumbat je dia kat celah tetek aku. Ada gak la 3-4 orang laki kat situ yang pandang. Kenapala aku takde power untuk invisiblekan diri?::


2006-12-20

Aku dah gemuk


Hari ni aku bengang ngan maid aku. Ada ke selamba tapir gi cakap 'bibik lupaaa' (ayat paling common dia) bila aku balik tengok gas terbukak! Seb baik ada ventilation, kalau tak, dah arwah satu rumah. Bodoh la. Bodoh terlajak!

Pastu aku bengang ngan anak aku sebab payah sangat nak makan ubat. Kalau taknak makan ubat tapi tak meragam takpe. Ini tiap-tiap malam merengek mintak macam-macam. Dah la sebut nama aku pulak tu. Bapak dia kemain la tersengih dalam tido sebab anak tak sebut nama dia. Kira dia tak terlibat la. Dengan penuh semangat tarik comforter. Hangin!

So tadi aku suruh bibik aku yang lembik tu pegang Reza so that senang aku nak sumbatkan ubat kat lam mulut dia. Nak je aku terajang bontot bibik ni. Punyala lembik pegang Reza. Boleh terkebelakang dia bila Reza tepis tangan. Ni la payah kalau dapat bibik yang berat pun tak sampai 42kg. Nak suruh angkat batu lesung pun aku nak kena pikir sembilan kali.

Sampai 2 kali masukkan ubat dia boleh ludahkan balik. Bengang la aku ni. Hubby aku pulak,'takpela Ma, biar la'. Takpe??? Kalau takpe tapi tak meragam aku tak kisah. Aku bukan berkira sangat kena bangun malam, dah memang selama ada anak ni tak cukup tido tu dah kira biasa. Tapi anak aku ni kalau dia start buat perangai merengek dia, siap la. Yang ntah hapa hapa dimintaknya. Kol 3 pagi mintak nak main lori dia. Siap suruh aku bukakkan vcd Mr Bean. Ko tak hangin???? Kalau mintak buatkan roti bakar pun aku tak kisah. Ini siap ajak aku main lori, main perang-perang pagi pagi buta. Ringan je tangan aku nak bagi backhand.

Bila aku dah menghangin dia ludahkan balik ubat, aku terus naik atas, bukak laptop buat keje. Malas nak makan sebab bapak dia backing dia!!!!! Tak tau pesal ngan budak 2 tahun pun aku nak carik gaduh tadi. So hubby aku pun tau sangat la kalau aku tengah membara ni dia biarkan je dulu. Dia bawak Reza kuar jalan-jalan, lepas sejam dia balik. Seperti yang kujangka.....memang aku perempuan materialistik and mentekedarahistik.

Dia belikan saline aku (2 minggu aku mintak dia teman aku pi beli saline ni). Aku dah menyinga baru nak belikan. Siap ngan burger pulak tu. Burger kegemaran lak. Best..best!! Tapi bang, abang lupa belikan orange roll yang Di suka tuuuuuuu! Lagi satu bang..Sabtu ni anniversarry kan? Dah pikir nak belikan Di apa? Kalau tak pikir lagi, Di dah pikir dah nak mintak apa..ngehngehngeh.


p/s : sori beb, tittle entry ni takde kena mengena ngan cerita TAPI memang ada kena mengena ngan aku. Argghhhhhhh!!

2006-12-17

Good luck in the making of your new coming baby.


Today wedding Zana kat rumah sebelah lelaki, somewhere in Klang, lupa lak nama tempat. Actually Zana nikah last week,tapi Ahad lepas aku lak buat makan-makan so ini hari musti pegi Klang jumpa dia. Sebak aku kejap bila nampak sign 'Mohd Anis & Rozanarita;'. 6 tahun aku kawen Zana, baru la ko naik pelamin. Penat aku tunggu. So lepas ni boleh kita jemaah buat baby, so anak kita esok masuk skool tahun yang sama, ok??





::Panasnya kat Klang tadi, cair mekap aku. Begambar lak dengan Zana. Nampak sangat la ke'beyonce'an aku...HAHAHAHAH. Cantik awak Zana. Nyesal Abu. ngehngehngeh::

First time aku gi kenduri orang hidangkan sambal tempe. Gila besttttt!!! Aku rasa mesti Anis ni ada tempias-tempias Jawa. Orang Jawa je kuat makan tempe ni. Dengan ayam goreng,sambal tempe, rendang daging gila empuk, air sirap 3 kali tambah. Best..best!! Tak rugi aku kosongkan perut aku before kuar tadi. Kalau tadi kenduri adik aku, lama dah aku tambah sambal tempe tu. Lagi satu, kat sini jugak la first time aku tengok orang tak hidangkan telur untuk tetamu. Ada satu bakul kat atas meja buffet tu dia letak telur and gula-gula kat dalam, saper nak ambik, ambik. Kalau yang datang tu tatasusila dia tinggi takpe. Buatnya yang datang jenis bukit mari, dengan bakul bakul sekali dia nak sumbat lam handbang. Kalau buleh la...

On the way back, gi ambik gambar passport Reza. Nak pi Singapore and Bali dah ni, passport Reza tak wat lagi. Kang mak bapak gi Bali naik flight, anak naik tongkang. Nak ambik gambar pun satu masalah gak. Apa la kena ngan anak aku ni. Padahal aku dah riba dah, merengek-rengek 'takut..takut'. Apa yang ko takut? Kalau kamera bapak ko tu pandai lak ko picit sana sini sampai nak terbenam button dia. Sampai 6-7 kali snap baru la dapat gambar yang boleh melepasi pintu imegresen. Itupun muka macam baru lepas kena sunat.

Pastu singgah jap nursery, carik bunga kiambang. Biasalah, En Ridzuan tengah gila kolam ikan. So, kolam aku dah ada pokok kiambang...:D





Aku rasa satu hari aku nak simpan semua ikan-ikan ni, jadikan kolam ni spa. Boleh la aku berendam bersama berudu!!


2006-12-16

My Saturday


Penat gila. Ngantuk gila. Boring gila.
Today kena keje. Every month yang ada 5th Saturday diWAJIBkan keje. Siap ada reminder kat internal mail semalam suruh datang keje today. Sikit punya pecut aku bawak keta nak make sure sampai before 8.30am. Opis aku ni sengal sikit. Kalau hari Sabtu, 8.31am je HR dah angkut punch machine tu naik atas. Konon nak tengok saper la yang datang lambat hari Sabtu. 10 minits sebelumnya aku dah tercongok depan opis, lepak dalam keta sambil baca RD sebab pintu opis pun tak bukak lagi. Nak je aku maki saper yang pi gatal tangan tulis reminder semalam. Dah tau awak tu HR, datangla awal. Orang mintak kunci spare tak kasik. Macam aku nak rompak sangatla harta benda kompeni. Bila datang lambat tau lak meninvisiblekan diri. Alih-alih tak sampai 10 orang keje. Lepas discuss lebih kurang ngan bos, siapa yang datang today dapat extra AL. Memang cun sangat la. Aku nye AL pun dah 0.5 dah ni. Tah camane leh jadik 0.5 pun aku tak tau. Suka-suka nak deduct leave orang. Cam aku takut nak ambik unpaid leave la tu. Tak heran beb.

Best gak datang opis today. At least siap gak half keje aku. Kalau lepak kat umah tu anak aku sibuk nak riba la, nak masuk bawah meja la. Sudahnya keje tak siap, aku yang tepekik manjang.

Dalam kol 12 lebih camtu suddenly hubby call. Actually malam semalam kakak-kakak ipar aku from Tganu serang rumah sebab today nak pi hantar anak dia (anak sedara hubby aku) balik Bandung, dia study sana. So this morning at 4am semua dah kuar, aku je dengan aman damainya beradu. So masa hubby aku call tu dia kata dia on the way ke LCC semula. Aku tanya pehal lak? Bukan tadi dah balik?

Apa kes??? Dorang semua kol 7 dah gerak balikke rumah aku, dah siap makan roti canai ngan nasik lemak, siap boleh sambung tido sampai kol 11am. Time nak balik, nak salam-salam, baru la kakak ipar aku ni perasan sorang anak dia umur 12 tahun takde. Rupanya tetinggal kat LCC. Aku nak gelak terbahak-bahak pun kena cop kuang ajar lak. Tu la kalau anak sampai seploh. Amacam boleh lupa daaaaa. Ni mesti kes semalam masing-masing marathon tengok DVD. pastu kol 4am dah gerak ke LCC, time nak balik tu sure masing-masing kepala dag hang semacam ingat katil. Anak pun boleh lupa. Sejam gak la dorang mencarik sebab dah buat announcement pun still tak jumpa gak. Bila dah jumpa, budak tu kena luku dek bapak dia lak. Mau tak tensen orang tua tu. Dah siap-siap nak balik Tganu, dia boleh hilang lak. Aku tanya dia mana pi? Dia kata dia pi beli choc kejap tapi dia dah pesan kat adik dia kalau nak balik panggil dia. Pesan kat adik dia yang umur 4 tahun!! Aku panggil bangang kang kecik ati lak. Umur 4 tahun apela dia tau. Seb baik anak orang. Kalau anak aku.....

Aku saje je kuar opis lambat-lambat tengahari tadi sebab nak biarkan adik-beradik hubby aku balik. Sebab aku pakai mini skirt gila pendek today. Sekali bila sampai umah, alamaaaaaaaaak apesal boleh ada lagi ni? Menggelupur jap aku adjustkan skirt aku. Tu laaaa..gatal. Saper suruh pakai. Mula-mula masuk umah je, aku pandang hubby aku dulu. Tengok reaction dia camne bila bini dia masuk umah mengadap ipar-duai ngan mini skirt. Opssss...ok je. Siap tarik aku dok sebelah lagi. Petang tadi bila kuar...

Aku : Bang, abang marah ke Di pakai skirt tadi?

Abang : La...abang tak kisah la. Cuma, lain kali kalau mak ada jangan pakai tau.

Aku : Mana Di tau mak ada lagi kat rumah.

Abang : Ok, takpe.

There.....haaaa...sikit punya sporting apa hubby aku. Ala, mak aku pun bukan kisah pun sebenarnya. Bukan dia tak penah nampak aku pakai pendek-pendek ni. Malas nak pikir. Kira halal la..hihi.



::Helo Santa. Tahun ni takyah hantar hadiah kat I. I nak u bagi present mini skirt tujuh keping kat wife I boleh? Jenis strechtable ok?::


Petang tadi sekali lagi gerakan membasuh rumah. Selagi tak tertanggal tiles kat porch tu selagi tu la hubby aku dok gatal tangan nak menggenyeh hari-hari. Dia ni kalau jadik pompuan, lama dah jadik bibik umah orang. Dan biasa ala...kalau bapak dia dah start bukak air tu, si kenit yang tebal tu pun sibuk la nak membantu. dah alang-lang main air tu, aku suruh dia jirus keta aku sekali.



::Memula kita masukkan dalam mulut dulu untuk mengetest apekah rasanya benda kuning ni::



::Lepas tu bolehlah kita menjolokkan ke dalam lubang kunci gate ni bagi menguji ketahanan bendalah ni::



::Testing..testing..1 2 3..::



::Macam ni la saya kalau time cuti-cuti sekolah ni makcik, carik duit lebih::



::Kotornya tayaaarrrrr...ni keje kat lombong ke aper?::





::Lepas cuci keta, saya ambik upah bagi makan ikan pulak makcik. Hari ni je dah 4 keping roti Gardenia saya campakkan lam kolam ni beserta playar bapak saya::



::Ini gambar takde kena mengena ngan ini cerita. Ini aku snap untuk someone yang nak tengok lantai porch aku. Hamik ni. Ni je the best angle aku boleh ambik::

2006-12-11

Makan-makan


Makan-makan for...takde for apa pun. Saje je nak buat makan-makan. Hari Raya Haji in-advance kot. Ramai gak orang yang aku jemput. Tapi aku macam rasa majlis ni untuk kengkawan hubby aku lak. Dari ofismate sampai le ke geng2 Jepun dia. Balik-balik geng dia je yang conquer apa-apa majlis. Mana kengkawan aku ni? Aku ni ada kawan ke tak sebenornya? Balik-balik muka Ann.





::The nite before majlis. Baru la terhegeh-hegeh masing-masing nak buat final touch kat rumah. Nombor rumah pun tak tampal lagi. Sikit punya bengang brader yang hantar khemah, seploh kali tawaf kawasan rumah tak jumpa-jumpa rumah No.9. Ni laki aku punya bijak laksana la, suruh orang hantar khemah tapi nombor rumah tak tampal. Tapi macam slack sikit la, pagar tukar kayu tapi gate tak tukar. Saper ada duit nak pinjamkan aku?::


::Mok (mak metua aku, biasa la, slang Ganu..), Kak Ngah (kak ipar, baju ijo) and bibik aku yang blur tengah tungkus-lumus prepare gravy for majlis esoknya. Sikit punya semak dapur aku. Aku lak paling pantang semak-semak ni. Dari aku tensen,baik aku menghalimunankan diri. Jadi, di manakah aku????::


::Yeaaaaaaaaaaa...di sini rupanyaaaa. Mau tau kol berapa aku abis buat mural ni? Kol 12.30 malam beb. Best gila dapat conteng dinding::





::Mandor sedang memeriksa apekah lagi benda yang belum disettlekan seblom masuk tido. Nampak itu mandor berbaju biru??? Siap letak tangan kat belakang tu. Tengah check ikan ni hidup lagi ke tak setelah segala berus sabut, screwdriver bapak dia, lori korek mainan dia dihumbankan dalam kolam ni. Lepas ni kalau barang aku hilang, aku dah tau dah mana tempat nak carik dulu::





::Akhirnya siap gak kolam idaman hubby aku. Yang disiapkan bersama-sama peluh dan airmata serta air liur memaki budak Indon tu. Brengset. Pujian anda ke atas kolam ikan didahului dengan ucapan tima kasih::



::Keadaan majlis sebelum diserang. Agak tenteram walaupun sesekali kedengaran bunyi drill neighbour sebelah. Protes kot. Sila fokuskan permerhatian anda ke arah lantai porch itu. Cantik tak aku design lantai tu? Untuk merasakan sendiri apekah rasa sebenarnya, sila datang ke rumah. Nak datang call dulu. Kalau datang secara mengejut maka aku jua akan memberi kejutan dengan hanya menghidangkan maggi goreng, OK?::





::The food...dengan temanya, GANU KITE. Nasi dagang kuah ikan tongkol, for those yang tak makan ikan tongkol, mak aku gorengkan ayam, laksa Tengganu, sate (also from Tganu), kepok lekor (spesel di'bas'kan from Tganu), mihun goreng ala Tganu, puding gula hangus and puding kastard (ini je from Bangi) and buah. Semua mak metua aku buat. Sampai rempah and bawang-bawang pun dia bawak dari Tganu. Aku buat apa?? Aku director of the house..:)Yang baju ijo tu Kak Ngah hubby aku, akauntan yang aku dera jadik tukang bakar sate sebab grill tu dia punya. So memang dia saje yang layak diberi penghormatan membakar sate ni::



::The engineers yang semuanya makan banyak. Memang jenis tak rugi kalau bawak gi buffet::



2006-12-07

BioMalaysia vs TGV


BioMalaysia 2006.
Boring, that's all I can say.
It was supposed to be one big occasion, tapi ntah hapa hapa punya exhibition aku malas nak story.
Booth mahal sangat kot, tu yg sikit je exhibitors.
Tak kisah la, aku bukan nak sangat tengok exhibition tu, balik-balik benda yg sama. Invention yang sama. Tahun ni je dah baper banyak punya Biotech exhibition kat KLCC.
Aku gi pun sbb dapat invitation to the opening caremony, dengar apa Pak Lah nak cakap pasal RM9. BUTTTTTTT...



Aku ngan Ann beropening caremony kat TGV. Tengok citer Thai - Colic. Ingatkan takde orang nak tengok. Tak sangka lak ramai rupanya yang paham cakap Siam ni. Gila full house. Memula ingat nak tengok Dejavu, time tak kena la pulak. Disebabkan kaki rasa gatal je nak masuk cinema, Colic pun jadikkkkk. Maka masuk la aku and Ann dalam cinema tu sambil berpakaian sungguh korporat sekali. Orang lain pakai sikit punya selamba. Nampak benar la mengularnya. Siap bawak paper bag BioMalaysia lagi.

Starting citer tu dia fokus on budak-budak sekolah tengah discuss misteri what lay behind kehilangan kawan rapat dorang after main satu game ni. Lepas sorang, sorang hilang. Lepas setengah jam show, tetiba.....TO BE CONTINUED. Pejadahnya? Baru la kitorang tau itu promo untuk filem Thai yang akan datang. Apa ntah tajuk dia, something like '13th game movie'..apa ntah. Gila punya promo. Mati-mati aku ingat citer dah start. Patutla aku tunggu mana babynya tak kuar-kuar. Poster gambar baby, siap tulis 'Ever wondered why baby won't stop crying?' (teruja tak?)

Tapi citer budak sekolah ni macam best gak. Pandai buat marketing siam ni. Dia dah tayang half an hour, pastu to be continued. Saje je. Disebabkan citer tu dah best, and aku telah dipaksa tengok setengah jam, tepaksa la cari vcd pasni. Takde keje aku nak masuk wayang lagi. Dah la semalam, dapat seat row E. Sikit punya depan. Macam nak termasuk dalam skrin tu terus. Tengok citer hantu lak tu. Tak cukup tangan nak tutup mata bila part hantu tu timbul. Nak pinjam tangan Ann, dia pun aku tengok menyenget kat bahu aku. Hampass.

Tapi best citer ni. Sila la pegi beramai-ramai. Nak tengok CINTA, jangan harap. Seblom kena maki ngan Ann, baik aku simpan je hajat tu. Takpe, CINTA aku beli vcd ori. Sebab SUMIE kata citer CINTA best tapi BENCI. Aku pun nak gak merasa apakah feelingnya bila menonton filem best tapi benci ni.

Kuar KLCC waktu peak hours. Kul 6pm. Gila jam pack! Tak paham aku naper ada orang nak keje kat KL. Dengan banjirnya lagi. Puas aku ngan Ann pikir nak ikut jalan mana. Macam semua tempat sesak. Akhirnya, Ann ngan aku bepecah. Aku ingat nak masuk NKVE. Tah macamana punya bebal, aku macam tak nampak simpang ke Jalan Duta. Tau-tau aku kuar kat Kerinchi Link. Menyumpah-nyumpah aku dalam keta. Call hubby nak bagitau aku stuck kat jam. Bila aku cakap aku sesat, aku lak kena sumpah ngan dia. Tu la, saper suruh bagitau. Ni camne aku nak bagitau dia aku gi tengok movie ni??

Sampai umah, lepas makan, mandi semer....aku himpit-himpit sikit hubby aku, kasik dia mesra sikit. Agak2 suhu badan suam-suam, aku pun story..

Aku : Bang, tadi kan, kat BioMalaysia Di jumpa Dr Kopli. Tak sangka jumpa dia. Di ikut je dia dari belakang. (kasik intro dulu...)

Hubby : Tegur tak?

Aku : Tegur. Borak-borak lama lagi. Seronoknyaaaaaaaaa. Tak sabar nak bagitau Hele ngan Mala Di jumpa Dr Kopli.

Hubby : Hmm...(senyum smabil baca sokabar). Jumpa Pak Lah?

Aku : Abang...(jeng jeng jengggggg)

Hubby : Ye

Aku : Tadi kan, we all sampai sana awal pagi. So lepas tengok exhibition semer, baru kol 12 lebih. Pak Lah sampai kul 5.30pm. So...

Hubby : (Diam. Tapi pandang aku)

Aku : (uiks..apesal diam ni?) So, Ann ajak tengok movie. (Salah kan Ann..hihi)

Hubby : Hmm...tengok citer apa?

Aku : (uikssss??? tak marah ponnnn???) Di tengok citer Thai, Colic (masa ni tone aku dah naik sikit. Gumbira..gumbiraa). Best citer dia. Tiket pun RM7 je today (ayat tambahan nak kurangkan rasa bersalah).

Hubby : Hmm...okla. Abang beli 3 DVD. Dejavu, The Host ngan Casino Royale.

Huahauahauahauahuahauahauahua...SUKAAAAAAAAAA!!!!!!!
So, malam ni aku nak marathon tgk movie. Pastu tutup lampu. Pastu baring dalam comforter. Pastu peluk hubby. Pastu tak sampai setengah jam, tv tengok aku. Sekian.


:: Dr Kopli Bujang...lecturer terBEST di dunia. I lapppp U ::



:: macam balik kampung je rasa bila masuk booth ni ::



:: Ann tengah menggoda Dr Farid::


2006-12-05

Nothing 2


Pictures were taken last week, masa tengah takde keje nak buat kat rumah.

 :: ada macam Anita Sarawak tengah posing tak? ::


:: mama berkata,"macam ni caranya French kiss..."::



:: ni last week, masa rumah belum siap. Reza tengah buat gardening. Hubby aku gi tebang pokok MPSJ tanam, dia pi bubuh pokok sendiri. Belakang tu bukan rumah aku ye. Tu rumah neighbour yang dari 2 bulan lepas dok KETONG KETONG KETONG. Bising! Bila nak siap tak tau ::



:: muscular kan anak aku? ::

Masterpiece from heaven


Bz nya akuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Since last week, macam2 macam masalah timbul.
Dengan shipment tak masuk-masuk, balik-balik kena tipu customer.
Management tunggang langgang.
Rumah aku tak siap-siap tapi skang dah siap (YESSSSSS!!)
Maid aku goreng ayam pun tak tau, tukar channel Aruna tau pulak.
Bengang..bengang..bengang!!

Bila dah bengang, mula la otak aku switch ke channel lain.
Bagi melegakan kekusutan pikiran, maka aku telah menimbulkan semula penyakit lama aku...LESLIE CHEUNG!! Best tak singing box aku? Ada lagu cina lagi. Betapa majmuknya blog ini.

For the past few days, been reading websites about him, mingle with the fans (dalam net je la), download mp3, download video clips. ntah hapa hapa lagi. Yang pastinya ia benar-benar menghilang stress keje aku. Tapi stress lain lak timbul. Aku jadik TERLAMPAU GILAKAN Leslie ni sampai balik rumah je, aku bukak hampir semua dedication sites for him. Hubby aku..redhaaaaaa. Nak wat camne kan. Wife still takleh lupa pakwe lama.

And now...aku dah banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk kawan-kawan baru yang berkepala Leslie seperti aku. huahuahuahuah..best! best!
And I'm gonna spend a few ringgit next month (hubby aku kata this month tak bleh, next mth ok) for his biography book written by his fans all around the world. Tengok la nanti..aku akan jadik bertambah GILA.



"There are some moments in my life that I cannot forget.
Not because I am a melancholic person.
But the moment has been too deep planted in my heart and my mind.
There is one person who I cannot forget.
His name was Leslie Cheung Kwok Wing.
Not because I don't want to forget him,
but I cannot forget him."


by Eunike, a fan of Leslie.
Indonesia.




Goodbye Leslie, your star will shine forever!