2023-04-26

Pastikan ada keseimbangan antara mempromosikan imej positif dan mengurus expectations.


Cuti raya lagi ke tuuuu.
Aku dah start kerja today. En Wan dari semalam dah start kerja.

Aku dari bulan puasa hari tu bersabar je dari buat blog post pasal dak Mira dengan View Chin.
Aku peratikannnn je.
Tapi bila terbaca luahan bekas pekerja View Chin, mak aiiii my blood go upstairs terus.
Lalu, aku type post ni last week.
Ini pun aku kasi settle terawikh dulu baru sedap nak merempan.
Kiranya ini post yang di-prepare sebelum raya untuk dipost selepas raya.

Aku ni idok le follow View Chin, cuma aku kenallah sebab video dia selalu lalu-lalang kat FB, terlayanlah juga.
Aku perasan budak Mira tu ada je dalam video-video content dorang.
Pandai buat sales pulak tu.
Lincah dan bersahaja bila buat sale.
Pernah aku cakap kat diri sendiri kalaulah dapat Mira as sales untuk company aku, memang untung sebab jarang nak jumpa budak melayu reti buat sales. Sekaliiiii.
Macam-macam pulak cerita pasal dia keluar dah hujung-hujung puasa tu hari.
Tapi aku tak nak cerita tentang skandal dorang.
Sejak akhir-akhir ni bingit aku dengan kisah skandal dan penyondolan.

Aku lebih berminat bab ni 👆🏻 bila ex-staff spilled the tea.
Katanya bekerja di sana kerja non-stop.
Kalau ambil cuti pun boss (View Chin) marah.
Katanya lagi, kalau staff MC
Kenapa MC kena potong kerja?
Bukan ke MC tu memang ada certain allocation (hari) untuk pekerja?
Melainkan staff terlebih ambil MC, yang tu tak tahulah.

Tentang ambil cuti (AL) bos nak marah, sekali dengar macam pelik.
Setahu aku AL adalah hak pekerja, HOWEVER, dalam keadaan tertentu, majikan boleh membekukan cuti.
Yang ini aku biasa dah menjak makan gaji dulu.
Be it kat Prudential, ataupun dengan biotech companies.
Memandangkan nature company-company yang aku kerja ni bergantung pada sales, setiap 25 hb semua cuti dibekukan.
Hujung bulan semua pulun nak closing sebab setiap bulan ada target kena hit.
Jadi, kami dah terbiasa cuti dibekukan (dihalang dari mengambil cuti).

Kat company aku sekarang, aku juga terapkan cara yang sama, cuma bukanlah setiap bulan.
Selalunya pada minggu-minggu yang ada promo macam Y.E.S, atau GreenAard anniversary, atau Ramadhan Sale -- semua cuti dibekukan.
Be it kau admin, atau sales, atau grafik, atau majikan -- semua sekali tak boleh cuti dalam tempoh ni.
Tapi selepas minggu hectic berakhir, bolehlah apply cuti.
Maka, tuduhan ex-staff View Chin tu masih perlu mengambil kira penjelasan pihak syarikat juga kenapa AL tak dibenarkan ambil, dan kenapa MC perlu potong gaji.

Kadang aku tak faham majikan yang potray company besar dan successful tetapi hakikatnya management hauk.
Ada sorang blog reader cerita company tempat dia berkerja bukan calang-calang, ya.
Boss ada pangkat Dato’ tapi rupanya KWSP staff tak berbayar.
Macam tak percaya berlaku cerita-cerita gini.
Masalahnya, they potray their company is sooooo BIG dan SUCCESSFUL. Hakikatnya... 🙄.

Kalaulah betul dakwaan ex-staff ni, memang aku tak sangka company View Chin yang katanya success sales banyak sangat, rupanya bab bayar gaji staff pun sangkut.
Inilah yang merisaukan bila semua benda nak dijadikan content.
Bagi hadiah LV kat Mira, tunjuk.
Bagi angpow kat staff, tunjuk.
Semua benda ditunjukkan.
Benda-benda gini yang kadang-kadang jadi misleading idea untuk budak-budak muda yang nak mencari kerja kat luar sana.
Dorang nak cari kerja dengan majikan-majikan yang "best" macam ni.
Kalau majikan tak buat gini, maknanya majikan tu tak best katanya.

Semalam post aku pasal duit raya tu, ada sorang majikan ni cerita.
Sebelum cuti raya staff dia yang baru kerja 2 bulan, probation pun tak lepas, masuk bilik dia dan tanya "Bos, esok dah cuti. Takde duit raya ke untuk kami?" (sebab swasta gaji tetap hujung bulan which is after raya).
Blog reader ni terkejut betapa beraninya budak tu tanya duit raya macamkan itu benda wajib bagi.
Maybe dia ingat semua company akan bagi duit raya.

Tahun 2016 aku pernah up gambar pantry ofis.
Sambil-sambil nak cerita kisah air (kisah masa kecil).
Penyudahnya, orang lebih berminat dengan gambar pantry ofis aku daripada kisah air yang diceritakan.
Ramai yang kata bestnya aku provide makanan and minuman kat pantry.
Terus lepas tu aku tak tunjuk gambar pantry dah.
Bukan apa, takut jadi macam kes duit raya ni lah.
Nanti semua orang ingat majikan WAJIB sediakan makanan kat pantry.

Bila ada orang komen pada post tu macam ni, lagilah aku risau.
Takut jadi salah faham pada orang lain.
Perlu faham yang barang pantry, duit raya, hadiah raya, company's day out, company trip, majlis berbuka, majlis hari raya -- ini semua tak wajib ada dalam setiap company.
Itu semua atas budi bicara majikan.
Ada yang company provide barang-barang pantry, ada yang kena buat collection di kalangan staff.
Maka jangan dibanding-bandingkan.
Apa yang aku laksanakan dalam company ni adalah hasil pengalaman makan gaji di beberapa tempat.
Mana yang aku rasa seronok nak apply, aku apply.

Majikan A, sediakan surau. Aku ikut sediakan surau.

Tapi majikan A tak sediakan makanan pantry.
Yang sediakan pantry dan provide makanan best-best adalah Majikan B.
Jadi, aku ambil idea tu untuk apply di company aku.

Majikan A tak bagi duit raya, tapi majikan B bagi (angpow).
Aku ikut majikan B.

Majikan A buat majlis berbuka untuk Muslim staff, majikan B tak buat.
Aku follow Majikan A punya idea.

Majikan A tak buat monthly company's lunch, tapi Majikan B buat.
Aku follow majikan B.

Semua benefit-benefit tu hanya budi bicara majikan saja, tak wajib.
Dia bagi, kita ambil. Dia tak bagi, tak apa.
Janji gaji tak sangkut sudeyyyy.

Tapi, ada satu benda yang "tak best", yang aku apply di company aku.
Majikan A staffnya 70 orang. Dia hire cleaner untuk kemas ofis.
Majikan B staffnya 15 orang. Dia sediakan dury roster untuk kami kemas ofis.
Hat ni aku follow Majikan B.
Saturday, staff alocate 1 hour untuk kemas.
Ada yang kena vacuum, ada yang kena kemas susun stok, ada yang kena menyapu.
Tapi yang pasti, basuh toilet adalah aku.
Takpe, sebab aku suka main air.

Bab nak launch new product si View Chin bagi budget RM300, hat ni aku terkejut.
Aku harap ex-staff tu jujur dengan statement ni.
Bukan apa, RM300 untuk buat product launching sangat sangat sangat rendah!
Ni mesti yang jadi model pun staff sendiri, tukang makeup pun staff sendiri, dan shooting pun kat company sendiri.

Ini gambar masa GreenAard nak launch Makeup Remover.
Kitorang buat video supaya senang nak blasting kat FB Ads.
Lagipun produknya makeup remover, mestilah kena tunjuk video baru orang nampak bagus tak bagus hasilnya, ye tak?
Hire model + hire company yang buatkan video + book Dorsett KL untuk jadi tempat shooting + tempah MUA nak mekap model = RMXXXX.
Tak faham macamana View Chin buat produk launch letak budget RM300 je.
Padahal dia jual baju, kan?
Patutnya kalau jual baju lagi besar bajetnya.

Setiap kali Fleur by Mrs Him launch new produk dulu, bajetnya boleh tahan.
Kalau pakai 2 model, maknanya kena pakai 2 MUA sekaligus.
Book studio and fotographer lagi.
Beli prop untuk sesuaikan dengan konsep shooting lagi.
Buat video harga lain pulak.
Tu belum lagi dengan sample baju.
Nak shooting kena siapkan sample dulu.
Sample punya harga tak sama dengan harga mass production.
Semua tu pakai duit yang banyak.
Bukan pakai senyuman mesra, ya.
Aku rasa aku kena menuntut dengan View Chin camana dia keluar budget RM300 je nak launch new product.



Mengimbau kenangan buat video raya.
Dah 3 tahun aku tak buat baju raya.
Menjak Covid 2020 kami stop. Tak sempat-sempat nak ke Bandung semula cari material lain.
Plannya nak start la tahun ni, sekali Rayyan pulak patah kaki.
Tangguh la tahun depan, mudah-mudahan Allah izinkan.

Ini masa nak buat outdoor photoshoot pulak.
Pakai 2 model, 2 MUA sekaligus.
Mekap semua dari rumah aku, lepas tu berterabaran shooting kat mall mana ntah, lupa dah aku.
View Chin, tolong ajar saya macamana nak bagi bajet RM300 saja. Plissss.

Bab ex-staff dia kata company View Chin perah kederat pekerja, yang ini aku ada kenal beberapa majikan dari kalangan competitor terdahulu yang majikannya perah kederat staff.
Kerja macam takde besok.
Weekdays kena balik lambat.
Weekend kalau datang kerja, kau bakal disayangi.
Kalau raya tak ambik cuti laaaaaaagi majikan sayang 🙄.
Ini pernah berlaku juga di salah sebuah company aku kerja dulu.
Balik on time pun kena jeling.
Masuk 3 hari berturut-turut balik on time, kena panggil dek manager. Apakegila.

Masa aku kerja dengan Devils Wears Prada, walaupun ada kalanya kami kerja sampai 11 malam, dan weekend masuk kerja, perkara tu tak berlaku sepanjang masa.
Hanya bila nak submit tender, atau nak prepare specs, atau nak prepare for exhibition -- memang berumah bertangga kat ofis.
Dengan bosnya sekali bersila atas lantai prepare dokumen.
Time balik dia teman kami ke basement.
Dah sampai rumah nanti dia sms (zaman dulu masih sms) tanya sorang-sorang dah sampai rumah ake belum.

Bab multitasking tu aku takde masalah.
2 majikan aku terdahulu semua melatih sales peoplenya untuk multitask.
Akulah jumpa customer, akulah buat marketing plan, akulah buat quotation, akulah packing barang, akulah deliver.
Budak-budak sales aku sekarang buat benda yang sama.
Bezanya, dorang tak perlu buat marketing material sebab aku ada grafik staff buatkan.
Dorang cuma perlu bincang dengan aku marketing campaign apa nak buat.
Bila dah puas hati, terus pass pada grafik untuk prepare poster.
Maybe ex-staff View Chin ni memaksudkan multitasking -- orang yang sama shoot video, orang yang sama buat sale, orang yang sama buat poster.
Agaknyalah.

Memandangkan dunia media sosial sekarang lebih berpengaruh dari dunia realiti, mempamerkan perkara yang best-best yang boleh create kekaguman orang ramai, adalah satu perkara yang positive.
But it's important to consider the potential drawbacks.
Contohnya macam kes View Chin ni lah.
Content-content dia sebelum ni aku pun kagum sebab dia potray dia adalah majikan yang bagus kepada pekerja, until jadi hal begini barulah ex-staff bercerita.
Create content yang berlebihan ni sometimes can create false expectations from the public.

Contoh macam video dia bagi Mira LV tu.
Adakah semua orang punya birthday dapat LV?
Mira sorang je ke sales person dalam company yang bawa kekayaan pada syarikat?
Inilah false expectation yang aku cakap tadi.
Bukan tak pernah berlaku majikan promote-promote benda macam ni.
Konon kerja nanti dapat luxurious office space dan unlimited vacation time.
Bila dah kerja situ rupanya benefits tadi only available untuk small percentage of workers saja. Apo?

Tapi tidak dinafikan bagus bila benefits-benefits yang bagus ni di-highlite-kan.
This can lead to higher employee retention rates dan tenaga kerja yang lebih produktif.
Tapi majikan kena be real lah.
Pastikan ada balance between promoting a positive image and managing expectations and treating employees fairly.


2023-04-19

Kalau company dah cover medical sampai ke anak-anak pun di-cover, perlu ke buat medical card (takaful) lagi.


Aku rasa kan, aku dah macam jadi agen takaful dah ni.
Ramai betul tanya aku pasal medical card lepas aku naikkan blog post hari tu.
Alhamdulillah, maknanya ramai yang dah start ambil tahu dan dah nampak pencerahan yang lebih jelas. Good job people!
Takpe, walaupun aku duta takaful tak berbayar, aku suka explain bab ni.
Jiwa underwriter tu masih ada. Gitu.

Ada yang tanya kalau company dah cover medical sampai ke anak-anak pun di-cover, perlu ke buat medical card (takaful) lagi.
Ok, gini.
Sebagai pekerja, it's common untuk bergantung pada medical coverage yang company sediakan.
However you kena ingat, you takkan kerja di sana selama-lamanya.
Retirement is inevitable.
One day, kita semua akan pencen.
Pada masa itu, mungkin kita baru tersedar yang kita lansung takde personal medical card.
This situation can be particularly challenging sebab masa tu kita dah tua, umur dah banyak dan risiko penyakit juga tinggi.
Maybe masa ni some of us dah start perlukan medical attention dengan lebih kerap.
Maka penting untuk kita ingat yang our healthcare needs extend beyond our working years.

Pernah tak dengar quote kata "comfort zone will kill you"?
Medical coverage by company adalah salah tu comfort zone yang pekerja suka.
Ye lah, siapa tak suka company cover medical expenses satu keluarga.
Walaupun bergantung pada medical coverage majikan is tempting, jangan jadikan itu satu-satunya your healthcare plan. JANGAN.
Please consider long-term implications.



Kita tak tahu apa akan jadi dengan kerjaya kita in future.
Be it kita kerja sampai pencen, atau tiba-tiba berlaku sesuatu pada management yang menyebabkan kita terpaksa cari kerja lain, atau pasangan kita berpindah tempat kerja ke negeri lain dan kita terpaksa ikut sekali -- you may not have access to the same health benefits di tempat lain.
Tambahan pulak, bila umur makin banyak, caruman medical card konfem tinggi.
Sedangkan semakin bertambah umur, komitmen makin besar.
Sebab itu dak-dak muda ni, sementara komitmen belum banyak, ambil medical card dulu.
Lagipun umur muda, caruman rendah lagi.
Bila awal-awal dah ada komitmen bayar medical card, kita lebih bijak mengurus kewangan untuk hal-hal yang berupa kehendak.
Berbeza bila kita dhulukan kehendak lebih dari keperluan, itu yang jadi tak mampu nak ambil medical card sebab komitmen pada kehendak dah banyak sangat.

Semakin kita berusia, risiko lebih tinggi untuk dapat chronic medical conditions.
You may need more frequent medical care masa ni.
Sedangkan dah pencen.
Mana nak cekau duit bayar medical card.
Tapi kalau ambil sekarang, caruman bulanan masih rendah.
Dah umur 70 tahun nanti masih berbaloi dan mampu bayar.

Without personal medical card, medical expenses boleh menjadi beban kewangan yang sangat menserabutkan hidup.
Jadi, untuk elakkan tekanan kewangan begini, start thinking about keperluan mengambil medical card seawal mungkin.
Pilih pelan yang sesuai yang you nak untuk diri sendiri.
Bagitahu agen berapa budget yang you mampu bayar sebulan.
Agen akan come out with beberapa suggestion pelan apa yang you boleh ambil.
Go thru that plan WITH AGEN.
Bukan kau baca sendiri. Baca with agen.
Minta dia terangkan.

Walaupun medical coverage majikan nampak bermanfaat, tapi kelebihan itu hanya diberi selama mana kita berkerja dengan mereka.
Medical coverage yang majikan sediakan BUKAN pengganti personal medical insurance.
Tak kiralah majikan provide coverage satu keluarga ke, umlimited coverage ke, itu semua selagi kau bekerja kat situ.
Your personal medical card adalah yang paling penting.
Jangan anggap "Rugilah bayar bulan-bulan tapi tak guna".
Dey, ini bukan voucher ya rugi tak guna.
Ini adalah medical card.
Umur tengah muda, tengah sihat, memang nampak macam tak guna ada.
Tapi sakit ni tak semestinya kena ada penyakit.
Jatuh tangga patah kaki pun namanya jatuh sakit.
Eksiden pun boleh membawa kepada jatuh sakit.
Malang tu tak berbau orang kata.
Maka, perlu ada persediaan.
Bukan nak suruh yakin "Aku tak kisah kalau sakit, medical card ada". Bukan macam tu.
Tapi bila ada medical card, kurang-kurang terlepas satu beban, iaitu beban nak membayor bil hospital and treatment esok.

Tiba-tiba panjang pulak explanation aku.
Nak menjawab soalan sorang je padahal.
Apa-apa hal nak tanya, whatsapp En Wan 012-4407757 [KLIK SINI PUN BOLEH].
Dah, aku nak sambung pack baju.


2023-04-17

Kenapa new policy up sampai RM1 juta?


Memandangkan post IG aku hari tu (yang pasal public figure mengamuk guarantee letter kena reject dek hospital) aku ada sebut pasal new policy yang aku up sampai RM1 juta.
Ramai yang tanya. Ok hari ni baru ada masa nak tulis.

Polisi aku yang existing adalah conventional (1), takaful (1), dan hibah (1).
Yang conventional tu aku buat lama dah.
Zaman tu takaful belum wujud.
Semua medical adalah dari jenis polisi conventional waktu tu.
Coverage pun tak tinggi, RM65K je.
The thing is, RM65K ni life time, ya. LIFE TIME.
Maksudnya, kalau tahun lepas kau guna RM60K, maknanya seumur hidup kau hanya ada balance RM5k je lagi untuk guna.
Dulu, kos rawatan tak tinggi macam hari ni. Jadi RM65K tu agak besar.
Alhamdulillah, tak pernah guna pun lagi polisi ni.

Polisi aku yang kedua adalah takaful.
Bila takaful dah wujud, aku ambil takaful pula.
Takaful ni insurans jenis islamik. Plan yang available adalah:

1. Plan 150 | bilik RM150/day | coverage hingga RM150K/tahun
2. Plan 200 | bilik RM200/day | coverage hingga RM200K/tahun
3. Plan 300 | bilik RM300/day | coverage hingga RM300K/tahun
4. Plan 400 | bilik RM150/day | coverage hingga RM400K/tahun

Yang best about takaful adalah, coverage dia akan di-reset setiap tahun.
Katakan kau ambil Plan 150. Tahun ni dah guna 70K.
Tahun depan, dia akan reset balik coverage ke RM150K semula.

Polisi aku yang ketiga adalah hibah.
Yang ni takkan dapat kat aku.
Tunggu aku mati esok, dapat kat penerima.
So yang ni aku taknak cerita.

Baru-baru ni aku ambil satu lagi polisi dengan tambahan medic booster RM1 juta.
Kenapa aku tambah polisi lagi?
Sebab, polisi takaful aku yang existing adalah Plan 2.
Cover RM200K je sebulan.
Looking at scenario kos perubatan yang semakin tinggi, just to be on the safe side, aku plan nak tambah medic booster.
However, polisi takaful aku tak boleh add-on medic booster.
Jadi aku kena ambil new polisi in order untuk tambah medic booster.

Polisi yang baru ni aku ambil Plan 2 juga, tetapi tambahan medic booster.
Apa faedahnya?
Just in case tahun tu, perlu guna sampai RM300K setahun, idok le payah aku keluarkan duit sendiri RM100K untuk top-up bil yang berlebih tu.
Boleh ambil dari medic booster yang sejuta tadi.

Mesti ada yang kata "Lojik ke bil hospital sampai lebih RM500K?"
Jangan ingat takde, ya.
Mohon sorang follower aku munculkan diri supaya aku boleh share kisah bil perubatan suaminya yang berjumlah RM600K!
Aku nak search tak ingat namanya.

This lady cerita tahun lepas, suaminya meninggal sebab kanser.
Rawatan hanya 1 tahun saja, tapi bil RM600K.
Nasib baik arwah bijak orangnya, bersedia dengan takaful.
Inilah yang aku cakap, sakit tu kita takleh tolak.
Kalau dah bahagian kita nak dapat sakit, memang kena terima.
Tapi kalau sakit DAN ada duit nak bayar kos rawatan, legalah sikit rasanya.
At least bab emosi tu takdelah serabut sangat.

Untuk itu, sebagai persediaan aku buat new polisi with medic booster.
Kesemua polisi aku memang belum digunakan lagi. Alhamdulillah.
Biarlah gitu. Biar aku sihat, daripada sakit.
Orang kata "Rugi bayar tapi tak guna".
Kau ingat ni voucher Parkson ke rugi kalau tak guna?
Kalau tak perlu guna lebih bagus.
Cuma, lebih baik bersedia. At least time nak guna bendanya dah ada.

Terima kasihlah kepada public figure tu yang mengamuk tak tahu hujung pangkal.
Disebabkan dia mengamuk, followers share video tu kat aku, lalu aku buat post kongsi pasal medic booster, and lepas tu ramai yang tanya pasal plan tu.
Sebelum orang tanya, aku bagitau sini polisi aku yang terkini berjumlah RM350/bulan.
Caruman ni tak sama untuk semua orang tau.
Caruman takaful berbeza mengikut:

1. jantina
2. pekerjaan
3. umur
4. merokok

Kalau kau kerja dalam pejabat, umur pun bawah dari 35 tahun, perempuan dan tak merokok, insyallah tak sampai RM200.
Polisi aku yang ke-dua tu, RM192 je.
Polisi yang baru ni je mahal sikit sebab umur pun dah banyak, pastu tambah medic booster pula.
Semua benda ada sebabnya, maka janganlah question apesal dia punya murah saya punya mahal?
Kau baca ke tak polisi yang kau ambil tu?
Kalau belum baca, gi call agent tanya.

Oh lagi satu, hari tu aku ada mention kat IG post yang salah seorang client En Wan swicth agen dari agen lama kepada En Wan.
Masa En Wan review polisi dia, carumannya mahal.
Rupanya agen lama pegi letak caruman hingga umur 100 tahun.
Secara lojik, death rate kita adalah sekitar 73-78 tahun.
Jarang yang hit 90, let alone 100 tahun.
Bila dia setkan polisi tu cover hingga 100 tahun, konfemlah caruman bulanan tinggi sebab Prudential mengambil kira risiko pada usia tua tu sekali.
Buat naya betul.
Akhirnya En Wan ubah hingga usia 70 tahun.
Kalau umur client ni panjang, dia boleh pilih untuk stop bayar hingga usia 70 tahun atau sambung je bayar selama masih hidup.

Gais, it is always better to find a professional and dedicated takaful agent untuk pastikan kita dapat the best possible service.
Carilah agen yang faham product dan serious dengan career ni.
Agen yang tak faham produk, yang jadi agen semata-mata nak cari side income -- inilah yang akan memburukkan reputasi company.
Kena faham yang takaful adalah lebih dari sekadar polisi insurans.
Ini adalah AGREEMENT antara kita as client dengan syarikat takaful to guarantee one another against specific losses or damages.
Oleh itu agen mestilah yang bukan sahaja ada pemahaman baik tentang konsep takaful dan technicalities involved in it, tetapi SERIOUS dengan career ni.

Satu benda yang aku nak highlite kat sini adalah, medic booster RM1 juta ni ada tarikh tutup, iaitu 31 May depan.
Aku tanya En Wan, "Punyalah sekian lama Prudential wujudkan scheme medic booster ni, kenapa now nak tutup?"

En Wan kata tak ada penjelasan yang jelas, cuma dia assume Prudential tak untung dengan scheme ni. Agaknyalahh.
Kenapa tak untung?
Sebab, bila orang tambah medic booster, bermakna tidak ada lagi permintaan untuk review polisi lama lagi selepas ni.
Selama ni, ramai client minta review polisi-polisi lama to see kot ada penyakit-penyakit baru yang takaful cover.
Bila medic booster can cover hingga RM1 juta, buat apa nak review polisi lagi.
RM1 juta tu dah lebih dari cukup kot.
Sebab setiap tahun dia reset new.
Contoh aku ambil Plan 2 + Medic Booster, bermakna coverage polisi aku adalah RM1.2 juta setahun.
Tak cukup lagi? Insyallah, lebih dari cukup.
Tapi aku berdoa biarkan aku tak payah guna.
Moga sihat sampai akhir hayat.

Sebab dia nak tarikh tutuplah aku cepat-cepat buat satu lagi polisi.
Korang jangan lengah-lengah tau kalau ada plan nak buat.
Aku punya hari tu loading 2-3 hari juga.
Agaknya medical underwriter cuak apesal client ni nak ambil plan sampai 1 juta.
Umur dah 45 pulak tu.
Ada sakit apa-apa ke?
Mesti proposal aku loading sebab dorang nak trace aku punya medical history.
Bila takde dalam rekod, alhamdulillah lulus.

Korang jangan ingat ya, takaful A dengan takaful B takde link medical history client?
Semua syarikat takaful adalah di bawah seliaan Bank Negara.
Jadi rekod medical history seseorang client tu boleh diakses oleh mana-mana takaful company.
Takyah nak tipu "Saya tak pernah apply takaful, ini baru first time".
Medical underwriter trace, tengok rupanya kau penah apply dari company A dan company B -- dan semuanya reject.
Trace punya trace nampak ada rekod diabetis.
Zaman aku underwriter dulu gini la kitorang trace kalau kes-kes suspicious.
Seperti kes perempan usia 45 tahun tetiba ambil new polisi with medic booster 1 juta. Hahahaha.
Dulu aku trace orang, sekarang aku yang di-trace.

Jangan bertangguh-tangguh.
Buat awal-awal ni. Jangan buat dah nak hujung-hujung.
Pastu tetiba kes loading, terus proposal kena reject. Rugi.
Kalau nak tanya pasal medical card, atau medic booster, atau hibah -- contactlah terus En Wan, ya.
Aku punya explanation ni sekadar apa yang aku tahu.
En Wan mungkin ada penjelasan yang lebih lagi. En Wan 012-4407757.



Medic protector tu adalah nama lain untuk Medical Card. 
Buat cepat, jangan bertangguh. Kos rawatan mencanak-canak sekarang.
Demam admitted 1 hari pun dah RM4K.

2023-04-15

Kenapa berlaku kes founder-founder terpaksa jual direct.


Sejak minggu lepas aku dah nampak beberapa orang share post-post dari agent dan stokist yang katanya bengang dengan founder bila founder sama-sama menjual kat TikTok, siap buat harga runtuh tak masuk akal.
Aku tak sure siapa founder yang dimaksudkan, dan aku juga tak tahu produk apa yang dorang jual.
Katanya sampai stokist and agen terpaksa jual balik stok dengan harga lelong.
Jual dengan harga rugi sebab stok terlampau banyak.
Harga kos pun takleh cover katanya.
Ada yang tunjuk invoice beli sampai RM200K!
Dua ratus ribu gone macam tu je. Tak balik modal.
Cuma aku pelik bila dia bagitau founder jual 9 barang, RM50.
Like, kau jual apa ni yang murah gila?
How much is your cost kalau selling price pun RM50 for 9 barang?

Rasanya isu agen-founder ni dah lama, kan.
Antara viral dengan tak je.

Konsep distributor sebenarnya adalah -- ambil barang dari principal dan jual pada crowd kita sendiri.
Maksudnya, crowd tu kita kena cari, tak wajib datang dari principal.
Kalau ada customer datang dari principal, that's bonus.
Contoh, masa aku jual Ephyra, aku jual pada crowd pembaca blog.
HQ tak pernah directkan customer mereka kepada aku pun.
Samalah masa jadi distributor biotech supplies.
Aku keluar duit ambil stok, dan cari customer sendiri.

Tapi lama-kelamaan konsep ni berubah.
Agen penuh satu Malaysia, jual barang yang sama.
Yang founder berharap agen dapat jual kepada crowd yang founder takleh nak reach, supaya brand itu semakin meluas.
Founder harap agen rajin buat sale so that kerap replenish stock.
Tapi agen pula berharap founder hulur customer kat mereka.
Agen tunggu order masuk, tak buat sale pun (mostly gitulah).
Jadi, bila founder tunggu punya tunggu punya tunggu agen tak replenish stok, maka dia takde cara lain selain jual direct pada customer.
Because, founder ada komitmen yang lebih besar.
Dia takleh tunggu agen bring in sales. Founder terpaksa gerak.

Selalunya itulah yang terjadi.
Bukan aku menyebelahi founder. Tak.
Cuma aku nak kongsi perspektif seorang founder supaya orang faham kenapa berlaku kes founder-founder terpaksa jual direct.
Tapi, kes founder jual 9 barang RM50 tu, aku tak pasti kenapa.
Yang lebih aku pelik, barang apa yang 9 ketul dijual harga RM50?
Memang jual harga rugi ke camana?
Tak masuk akal pulak harga gitu.
Katanya RM50 tu adalah harga kos agen.
Kalau itu adalah harga kos agen, aku syak founder jual hanya untuk tempoh tertentu.
Maybe dia buat Happy Hour.
Dalam tempoh beberapa jam, dia open sesiapa nak beli akan dapat harga sekian.
To me, itu tak bermakna founder 'breach contract'.
Kerana dia tak buka harga tu sepanjang masa, tetapi for a limited time.

Yang buatkan ramai stokis/agen frustrated maybe kerana mereka-mereka ini mengharapkan crowd founder tu akan pergi to them.
They don't have their own crowd.
Ada agen jenis gini.
Dia ada duit untuk berniaga, tapi dia tak mahu cari sales.
Dia nak kutip order saja.
Rugilah founder kalau macam ni, dah jual harga murah kat agen tapi akhirnya founder kena pass the customer to agen.
Kat mana win-win situation-nya, sedangkan tujuan ada agen adalah untuk meluaskan lagi market ke kawasan/pengguna yang founder tak dapat reach.
Baik founder jual direct, dah tentu-tentu dalam solid margin.

Itu satu hal.
Satu hal lagi yang aku kenot brain adalah harga tadi.
Sampai sekarang aku terpikir berapa kos untuk 9 barang sampaikan boleh jual dengan harga RM50?
I is kenot brain. Jenuh aku mikir dari hari tu.
Produk aku, sampai aku tak reti nak turunkan harga lagi dah because raw material cost sangat tinggi, terpaksa naikkan harga lagi ada.

Kepada agen-agen, atau yang mahu jadi agen, kena faham misi founder mencari agen adalah to reach more customers and expand their reach.
You tak boleh hanya duduk tunggu request masuk semata-mata.
Kena actively seeking out new customers.
Dan founder pula, kena mention ini biar jelas pada agen.
Kadang-kadang founder pun satu hal.
Bukak pencarian agen dengan macam-macam janji -- "anda dapat income minimum RM3000 sebulan!". Konon.
Tapi dia tak bagitau in order nak capat that figure you must do this this this and this.

Aku tak sure how founder-founder lain letakkan syarat pada agen.
Adakah mereka ini ada sales target?
Kalau TAK ADA sales target, maknanya founder boleh jual direct pada customer.
Tapi kalau ada sales target, founder takyahlah jual.
Maksud aku, bila founder dah hire agen, they must diletakkan target.
Agen mesti replenish stok setiap bulan minimum RM10K (contoh).
Agen yang tak hit 2 bulan sales target, terus terminate.
Agen yang replenish stok more than RM10K, bagi dia more discount atau give them insentif like gifts so that they can offer the gifts to their customer.

Budak-budak sales aku ada sistem ni.
Setiap minggu kena hit sekian amount.
You hit target, you dapat komisyen terus.
Komisyen dibayar setiap minggu. Tak payah tunggu hujung bulan.
3 bulan berturut-turut tak hit 80% dari target yang ditetapkan, terminate.
Founder can offer scheme ni juga.
Tapi founder jangan jual direct la lepas tu.
Kau buat marketing je. Lepaskan sales pada agen. See how.

GreenAard pun dah start plan nak lepaskan satu produk kitorang lepas raya nanti, iaitu Makeup Remover botol 50g.
Aku plan nak lepaskan pada agen jual ni.
Kalau existing customer yang jual lagi bagus sebab existing customer umpama 'ambassador' untuk produk tu.
Kitorang taknak jual botol kecil ni secara direct lepas ni.
Sesiapa nak beli makeup remover botol kecil kena beli dengan agen.

Sebab apa makeup remover?

1. Paling senang nak jual sebab benefitnya nampak serta-merta. Yang pernah guna tahulah how effectice makeup remover ni.

2. Botol kecil sangat murah, RM39. Mampu milik. Kalau stokist-stokist kosmetik nak jual pun senang sebab kosmetik selalunya murah-murah, lebih kurang harga makeup remover ni juga.

Staff aku belum keluarkan lagi campaign ni.
Dah alang-alang aku tulis pasal founder-agen punya kes ni, biar aku iklankan dululah.
Kot followers and blog readers berminat nak join our makeup remover squad, silakan DM aku atau email diana@xzizbiotech.com.
Atau KLIK JE LAH SINI
But please bear in mind that, walaupun GreenAard tak jual botol kecil lagi, we still sell botol besar, directly.
Customer yang dah biasa beli botol besar maybe akan terus beli botol besar from us.
Reason kenapa kami nak lepaskan botol kecil adalah sebab dia murah, mampu beli.
Jadi senang kerja you nak promote kat kawan-kaw
Masa nak solat tu cuci mekap, kau promote sekali kat member.
Biar dia tengok depan-depan mata macamana cepat mekap kau tanggal.

"Berapa harga dia?"

"RM39 je"


Konfem dia keluarkan cash terus, sebab murah je.
Kalau botol besar tu harganya RM65. Berat sikitlah nak keluarkan cash jam-jam tu jugak 😁.
Kerja berat ni bagi kitorang je lah buat.
Korang buatkan kerja yang senang-senang, ok?


2023-04-13

Bahan boleh sama, tapi formula and teknik takkan sama.


Semalam aku (kami) dapat testimoni yang best-best dari customer GreenAard.
Tapi aku nak highlite 2. Yang pertama ini:


Tak tahu nak kata seronoknya bila customer refer GreenAard pada public. Alhamdulillah.
Ya, memang Cleansing Gel ni mahal.
Dari awal buat sabun ni pun aku dah calculate kos untuk dapatkan raw material yang aku nak, harganya tinggi.
Kalau nak lawan dengan produk-produk lain, memang GreenAard kalah.
Tapi, misi GreenAard bukan nak lawan brand lain, bukan juga nak jual pada semua orang dan bukan nak jadi produk paling laku keras. Tak.
Misinya adalah untuk ketengahkan formula yang dibina, khusus untuk selesaikan masalah-masalah tertentu.

Dari segi harga, bak kata customer tadi, our's memang pricey.
Yang tu adalah something yang aku akui dan aku tak dapat kurangkan harga semata-mata nak fit in the market bagi semua orang mampu pakai.
Kos raw material Cleansing Gel agak tinggi.
Sebab itu bila orang minta aku tukar packaging (bottle) agak keberatan sebab itu semua akan menambahkan kos yang tak perlu.
Bagi aku, yang penting isinya.
Packaging tu asal dia praktikal -- tak tumpah, boleh tahan perubahan suhu, dan tak mudah pecah -- memadai buat masa ni.

Jangan salah faham tau.
Kami bukan tak terima suggestion customer.
Dulu asal-asal pun Cleansing Gel adalah dalam bentuk bar soap.
Semua orang suka sebab it helps treat skin problem.
Tapiiii, disebabkan dia bar, fitrahnya sama macam sabun-sabun buku yang lain, iaitu bukan lembik bila terdedah pada air.
Lagipun bila dapat bentuk bar, agak susah nak bawa travel.
Lepas pakai nak kena lap-lap dulu dengan tissue paper bagi serap air, baru boleh simpan balik. Leceh.
Selepas ambil kira feedback customer, what we did, kita tukar dari bentuk bar ke gel.
Tapi terpaksa ubah sikit formula and ingredients.
Dulu, bentuk bar ada cranberries seeds tau.
Tapi dalam bentuk gel tak dapat buat sebab seeds tu akan mendap ke dasar.
Jadi, kita ubah sikit formulanya, tapi masih boleh treat skin problem dengan baik. Alhamdulillah.

Aku rasa macam pernah bagitau bahan-bahan yang aku guna dalam Cleansing Gel, kan?
Orang lain pun ada guna, tapi bezanya adalah formula.
Salah satu bahan adalah tea tree oil.
Orang kata, mana-mana tea tree oil pun sama.
Asalkan tea tree oil, boleh je.
Tapi orang lupa it is not the tea tree oil, but the TERPENES iaitu bahan aktif dalam tea tree oil tu.
Berapa banyak TERPENES dalam produk adalah lebih penting daripada berapa banyak tea tree oil yang ditenyeh pada kulit.
Formula TERPENES yang tepat akan membezakan seberapa efektif tea tree oil merawat masalah kulit.

Contohnya macam GC Plus.
Masa mula-mula launch dulu, ada la juga cakap-cakap orang katanya bahan-bahan GC Plus ni sama je macam bahan-bahan yang ada kat produk orang lain.
Ya, betul.
Samalah macam kau buat nasi goreng.
Bahan-bahan yang diguna tak banyak beza dengan nasi goreng tempat lain.
Tapi yang membezakan nasi goreng A dan B adalah formula dan tekniknya.
Berapa banyak cilinya, berapa kali pecah minyaknya, berapa banyak bawangnya, jenis bawang apa yang diguna, berapa banyak garamnya, etc.
Umpama orang yang bagi resepi campak-campak "Ambillah secawan tepung, segenggam cili padi". Katanya.
Hakikatnya cawan kau size apa. Cawan aku size apa.
Genggam kau ikut size tangan kau. Genggam aku ikut size tangan aku.
Kau faham tak maksud aku?
Bahan boleh sama, tapi formula and teknik takkan sama.

Sebab itu GreenAard taknak compete dengan brand lain, especially in terms of price.
Kami tahu kenapa harga kami begitu.
As long as pengguna merasai kebaikkannya, alhamdulillah.
Our mission lebih kepada nak menyelesaikan masalah pengguna.
Tapi idok le sampai sanggup rugi.
Tahun ni kita terpaksa naikkan harga Cleansing Gel selepas 7 tahun in the market.
Ada bahan yang kami import dari luar, jadi kos dah berbeza.
Kami takde pilihan melainkan naikkan harga.
Insyallah, pengguna yang dah tahu kebaikan Cleansing Gel akan terus guna.

Feedback yang kedua adalah Gloei.
Yang ni pun kami banyak dapat feedback yang sama, tapi takpe.
Kita suka tepek yang paling latest ni:

Itu diaaaa berdiskusi tentang saiz tetek, ya.
Tetek jadi pejal (less sagging) selepas ambil Gloei, is not new news to us.
Ramai bagi feedback yang sama, CUMA cepat dan lambatnya berbeza.
Kena tengok faktor usia juga.
Setakat ni, ia berkesan pada aku *sambil tengok tetek sendiri*.

Kalau baca testimoni tu orang kata "Setakat buat testimoni gini, aku pun boleh".
Ya, betul. Siapa-siapa boleh buat.
Tapi aku akan explain dari sudut sains.

Bila seseorang menyusu, tisu breast alami perubahan untuk mudahkan pengeluaran susu.
Jumlah kolagen dalam tisu breast mempengaruhi how these changes occur.
Maka tak heranlah bila ada yang kata selepas minum Gloei, susu jadi banyak dan bengkak susu hilang.
In general, someone yang tahap kolagen dalam tisu breast lebih tinggi akan lambat/kurang kendur.
Malah, breast lebih 'terangkat' walau selepas menyusukan.
Ini semua sebab kolagen provides support and elasticity to the skin, so that boleh bantu kekalkan bentuk dan struktur breast.
So, feedback pengguna tadi pasal tetek dia tak melayut selepas menyusukan baby, terbukti betul.
Her statement is backed by science.

Tentang keloids, to me she is LUCKY sebab nampak perubahan keloid dengan cepat.
Ada orang tak nampak-nampak perubahan sebab terlalu slow.
Actually GLOEI memang boleh rawat keloid TETAPI ambil masa.
Dan kena fahami yang keloid tak hilang 100% kalau setakat dengan Gloei.
Selalunya untuk treat keloid, the most effective treatments adalah laser therapy atau buang secara surgical excision.
Dengan Gloei, it helps improve the APPEARANCE and REDUCE the size of keloids. 
Bukan hilangkan 100%.

Kenapa aku cakap Gloei sebenarnya can helps treat keloid?

Kerana konsepnya adalah -- kolagen memainkan peranan dalam membina semula tisu yang rosak dan memulihkan kulit.
Pegang konsep ini. Lambat atau cepat itu cerita lain.
Pernah ada kajian dibuat (aku lupa link jurnal ni), dorang inject kolagen pada keloid.
Keloid tu jadi lembut dan flat sikit, making it less noticeable.
Dalam erti kata lain, kolagen boleh treat keloid, tapi takat nak bagi dia less noticeable je lah.
Itu pun dah bagus aku rasa sebab keloid ni buurk tau kalau terbonjol.
Dalam perut takpe lagi, kalau kau tangan ke, leher ke camana?

Terima kasih pada customer GreenAard yang sudi guna our product dan sudi pula share pengalaman.


2023-04-11

Dalam keadaan terpaksa memilih antara 2 pilihan yang sama-sama tidak memuaskan, maka pilihlah mana-mana yang offer risiko lebih rendah.


Tertarik aku dengan DM dari dia ☝🏻.
Tentang suaminya yang terpaksa stay walaupun majikannya adalah kombinasi yang buruk-buruk dari pilihan Majikan 1 and Majikan 2 (refer post semalam).

Memang tak banyak yang kita boleh buat kalau terpaksa memilih antara stay atau move.
Nak stay, majikan tak best.
Nak move pun bukannya senang nak dapat kerja sekarang.
Nak pulak kalau komitmen dan besar -- ada loan kereta, loan rumah, credit card, family, etc.
Tak semudah "Cari kerja lain je lah". Sekarang ni zaman meleset pulak tu.
Formula "Last in, first to go" adalah sangat menyeramkan, ya.
Maka, selagi kita boleh stay, staylah di tempat yang sama buat sementara ni.

Tahun 2007, aku terpaksa pilih sama ada nak stay di company lama atau terima offer company lain.
4 tahun di company A, kalau boleh aku nak stay terus kat situ.
Masa tu aku dah Sales Manager, gaji ok, komisyen pun sedap.
Yang tak ok adalah big boss bawa masuk bini and adik ipar ke dalam company.
Padahal company tu ada BOD, tapi suara BOD dah tak didengari.
Bos termakan nasi kangkang agaknya.
Apa adik ipar dia cakap dia ikuttttt je.
Mula-mula tu aku ok je lagi sebab top management masih di situ.
Bila top management dah start resign sorang, sorang, kitorang yang bawahan ni terkontang-kanting jugalah.

Rezeki aku, kebetulan company B offer.
Company B ni semua non-malay. Aku sorang je melayu.
Bermakna, company tu takde surau.
Potensi untuk berlaku racism juga tinggi.
Mikirkan itu pun dah buatkan aku seram.

Company A walaupun chinese company, melayu agak ramai.
Siap disediakan surau.
Dan Company A ada lab untuk aku asah skill.
Tetapi pikir-pikir balik, maybe lepas aku join Company B, they will consider untuk buatkan surau. Who knows, kan?
Buat sementara ni aku boleh je solat masa keluar buat sales. Gitu pikiran aku.

Di Company A, aku hanya fokus buat sales.
Company B offer aku develop new department, which is ini peluang untuk aku grow and buat sesuatu yang berbeza.

Dari segi sales target, di Company A, kena hit minimum RM350K sebulan baru boleh dapat komisyen (sebab dah level manager).
Di company B, minimum RM350K untuk SEMUA sales people tak kira kau executive atau manager. Tinggi gila.
Dah la aku kena create new department.
Belum ada customer database lagi untuk new department.
Tak sure boleh ke tak hit sales target.
Serabut aku mikir nak ke tak ambil offer tu.

Bila aku pikir-pikir balik, takpelah.
Sebab ada probation period.
Aku masih boleh cuba buat dalam tempoh 3 bulan ni.
Kalau tak perform, dia akan sambung atau berhentikan. So why not cuba dulu.
Lagipun aku ada En Wan. Ini backup 😁.
I mean, at least kalau aku tak bertahan, dia bolehlah cover apa-apa yang patut sementara nak cari kerja lain.

Memilih antara dua pilihan yang tak fit dengan kehendak kita can be a challenging situation.
Tapi pilihlah yang lebih rendah risikonya.
Yang paling paling paling kena consider adalah identify the priorities.
Dulu kalau pikir salary and komisyen, Company A offer gaji yang lebih rendah tapi sales target rendah.
Maknanya konfem boleh makan komisyen tetiap bulan.

Company B offer gaji tinggi, dan sales target pun tinggi.
As a sales person, hit sales target lebih penting dari makan gaji basic.
Kalau tak hit sales target, tak lama la kau makan gaji tinggi tu.
Antara 2 pilihan ni dah tentu-tentu Company A lebih ok.
Gaji rendah takde hal, yang penting sales target tercapai sebab komisyen tak statik.
Kau buat banyak, kau dapat banyak.
Tapi yang buatkan aku pilih Company B adalah sebab adik ipar bos tu lah.
Itu je penyebab aku left.

Antara gaji, komisyen dan kesihatan mental, aku pilih kesihatan mental.
Maka, aku left Company A walaupun dah sedap dah kat situ.
Customer kenal aku. Produk knowledge dah hafal.
Projek dah secure macam-macam. Position dah tinggi.
Parking free (sebab company ni ada building sendiri).

Kat Company B, parking bayar sendiri.
Kelana Square parking mahal, ok?
Kena berebut dengan orang lain. Lambat sikit kena park jauh.
Dah lah pegi sana tempuh bapak jem.
Sales target tinggi pulak tu.
Customer kena cari baru. Nak kena study new produk lagi.
Bulan pertama kerja sana, aku siap bawak balik folder invoice sebab nak study produk apa yang selalu dibeli.

Akhirnya aku pilih Company B.
Biarlah kena baca produk, cari new customer asalkan tak hadap adik ipar boss yang toksik.
To me, risiko paling rendah anda dua company ni adalah ketenangan mental.
My mental health is very expensive.
Gaji apa semua jatuh nombor 2.
Aku tak kisah hustle keluar kerja gelap, balik rumah dah gelap balik.
Kena stayback sampai 11 malam buat tender pun takde hal.
Kena datang kerja on weekend untuk closing month pun I am ok.
Tapi kalau mental aku semak dengan perangai orang toksik, aku rela blah.

Kena lihat apa priority.
Having a clear understanding of your priorities can help you narrow down your options.
Dalam membuat apa juga pilihan, pasak dalam kepala, kita tak boleh dapat semua benda yang best-best ikut selera kita.
Ada yang kita perlu berlapang dada untuk terima.
Kalau boleh berlebih-kurang, buatlah.
Mustahil nak dapat semua yang best-best.
Even company yang katanya provide benefit yang best-best pun, ujung-ujung ada orang resign juga.
Because as we grow older, priority dah berbeza.
Masing-masing punya kehendak berubah.
Kalau tak seronok di sesebuah organisasi, leave. Cari tempat lain.
Tapi, kalau leaving the organization buatkan kita berisiko untuk hutang tertunggak, anak bini tak cukup makan -- staylah dulu.
Walaupun kedua-dua pilihan tak perfect, consider which one can meet your most important needs.
Evaluate mana satu yang aligns with your priority needs, and choose accordingly.


2023-04-10

Majikan yang setiap tahun bagi duit raya, wujud!


Tiba-tiba Khairul Aming tunjuk dia bagi duit raya and baju raya kat staff, semua triggered.
Masing-masing mula membanding-bandingkan KA dengan majikan-majikan yang lain.
Dah kenapa tetiba masing-masing baru "sedar" majikan sendiri tak bagus?
Tapi yang pasti, hari ni tetap kau datang kerja, kan?
Tak pulak masing-masing resign.
Try la resign gi minta kerja kat company KA, tengok kau dapat ke tak.

Aku tak tahulah majikan lain.
Tapi setahu aku, ada je majikan yang setiap tahun bagi duit raya, sesekali belanja staff makan, sesekali belanja staff tudung atau baju, bagi bonus, etc.
ADA! percayalah cakap aku. ADA.
Ramai majikan-majikan yang aku kenal, di kalangan kawan-kawan aku sendiri practice benda ni.
Tiap-tiap tahun nak raya bagi duit raya.
Belanja staff makan. Belanja staff tudung.
Belanja gi Ramadhan buffet.
Ada je. Bezanya, majikan yang bukan instafemes lebih ramai dari majikan instafemes.
Takde keperluan untuk dorang highlite apa yang dorang buat di ofis. Itu je.

Kitorang sesama majikan siap bincang "Tahun ni kau bagi berapa duit raya kat staff kau?"

Kawan aku pernah pinjam duit aku demi nak bagi staff duit raya.
Staff tak tahu kesusahan majikan, kan?
Meminjam demi nak gembirakan staff.
Kesian katanya, PKP ramai terkesan.
Kawan aku cakap tak pasti tahun tu dapat bagi bonus hujung tahun ke tak, at least bagilah sikit duit raya.
Meminjam, ya. Meminjam.
Tapi lepas raya, sales dia masuk, dia bayar balik kat aku. Settle dah pun.
Cuma nak bagitau yang majikan ni kalau duit banyak, memang nak bagi kat staff.
Tapi kalau dah tak mampu tu, nak buat camana, kan.
Gaji kau tak delay dah besar rahmat.

Bos aku di Mega Jati Academy pun hari tu belikan tudung bawal untuk semua staff.
Aku pun dapat, walaupun aku bukan staff tetap, hanya attachment saja. Dapat.
Tapi takde orang tahu pun sebab bos MJA bukan instafemes.
Bos XZIZ Biotech pun [hahaha].
Kitorang bukan instafemes.
Ke kitorang kena tunjuk semua ni kot, baru orang percaya majikan seperti wujud?

Tak, aku bukan perli KA. Jauh sekali sakit hati.
I am happy bila cerita-cerita kebaikan majikan di-viralkan.
Biar orang tahu majikan yang bagi hadiah kat staff, wujud.
Cuma pelik dengan sesetengah orang yang bergelar pekerja.
Nampak satu kebaikan yang orang lain buat, segala kebaikan majikannya sendiri dia lupa.
Sedangkan kau bekerja dengan majikan yang "tak best" tu bertahun-tahun.
Malah, hari ni pun kau masih datang kerja di ofis majikan "tak best" tu.
Bertahun-tahun makan gaji di situ.
Gaji tak pernah tak dibayar.
Bonus hujung tahun tak pernah tak dapat.
Nak masuk ofis lambat sikit, boleh.
Nak keluar awal, boleh.
Lunch ambil waktu yang lebih panjang, majikan bagi.
Majikan bagi kelonggaran itu dan ini.
Alih-alih hanya kerana duit raya, lupa segala kebaikan yang kau dapat selama bekerja di situ.

Kena faham, ada majikan yang company tu dia sole-proprietor.
No partners in the business.
Segala urusan kewangan, dia handle.
Ada juga majikan yang company itu ada Board of Directors.
Tak boleh sewenangnya keluar duit bagi gitu tanpa persetujuan BOD.

Dalam keadaan ekonomi tak berapa baik, gaji dapat tiap-tiap bulan adalah satu benda yang perlu disyukuri.
Because perkara utama yang kita nak bila bekerja adalah, dapat gaji.
Ramai yang nak gaji macam kita.
Ramai yang nak kerja dalam ofis beraircond macam kita.
Ramai yang nak jawatan tetap macam kita.
Kau tengok betapa kecoh hari tu ramai doktor kontrak tak dapat jawatan tetap?
Ada yang sejak PKP hari tu diberhentikan sampai sekarang masih bawa Grab.
Berpanas berhujan demi nak mencukupkan belanja.
Semalam aku tengok video rider Food Panda yang duit RM300-nya dibekukan [aku tak pasti apa reasonnya].
Menangis-nangis dia.
Katanya duit tu nak guna untuk raya.
Duit tu nak buat ambil balik kereta yang digadaikan.
Yang kita, sibuk meratib bos tak bagi duit raya.

Kadang aku rasa orang-orang yang tak reti bersyukur ni, elok dapat bos Devil Wears Prada aku dulu, baru datang akai.
Tapi aku sayang bos ni.
Walaupun dia sangat tegas tapi segalanya untuk kerja.
Aku rasa kalau majikan sekarang implement cara dia, mau 2 minggu je tahan.
Silap-silap mak bapak datang ofis serang majikan.

Bos aku yang ni pernah sengaja panjangkan waktu meeting sedangkan dia tahu kawan aku mengejar flight ke Kuching.
Dia buat gitu sebab kawan ni sejenis sambil lewa buat kerja.
Jenis yang time management out.
Menangis-nangis kawan aku bawa kereta ke airport. Pecut selagi boleh.
Nasib baik sempat catch flight.
Tapi lepas tu dia jadi terurus sikit.
Kadang-kadang kena ajar gini baru sedar.

Macam aku jugalah.
Dah kena campak sales report kat muka baru datang akai nak buat report betul-betul.
Jujur, aku tak kecil hati bab ni.
Sebab aku tahu aku yang salah.
Sales report aku agak berterabur.
Lepas kena tu, barulah aku pandai buat.
Dan yang paling best, rupanya aku boleh siapkan proper report dalam tempoh seminggu.
Selagi tak kena, selagi tu aku merungut "Macamana nak siapkan semua ni in a week?".
Banyak nau alasan, kan. Dah kena hempok boleh pun buat rupanya.
Tapi aku tak pernah buat gini kat staff-staff aku.
Sekarang zaman viral. Naya nanti 😁.

Dia macam ginilah, ya.
Dalam mana-mana pekerjaan, ada lebih dan kurang.
Kau takkan dapat semua yang best-best. TAK AKAN.

Majikan A
- bos santai
- bos bagi kebebasan buat kerja
- ofis cantik selesa
- jauh sikit dari rumah, petrol banyak sikit
- parking bayar sendiri
- hari sabtu kena datang kerja
- ofis hour habis at 5pm
- tak allow OT
- cuti tahunan sikit

Majikan B
- bos tegas
- bos jenis micro manage
- ofis biasa-biasa, basic
- dekat dengan rumah, tak perlu lalu tol, jimat petrol
- parking company bayarkan
- sabtu ahad tak kerja
- ofis hour habis at 6pm
- allow OT
- cuti tahunan banyak

Kalau kau jenis nak perfect ikut selera tekak sendiri, percayalah cakap aku, kau akan sentiasa jump dari satu company ke company yang lain sebab sentiasa jumpa perkara yang kau tak puas hati dalam setiap company yang kau kerja.
Bukan tak boleh memilih. Boleh.
Tapi, kalau setakat tak dapat small-small bonus nak melenting, nak sentap -- sila bukak kompeni sendiri.
Baru nanti kau faham struggle-nya.


2023-04-08

Memilih sesuatu yang "mahal" kadang-kadang boleh menyelamatkan kita dari pengalaman yang buruk.


Bunyinya macam berlagak.
Tapi bila dipikir-pikirkan balik, ada betulnya.
Kadang tu bukan jual mahal atau sombong, tapi bila ada pengalaman tertentu, buatkan kita akhirnya pilih untuk "biarlah, asalkan berkualiti".
Memilih sesuatu yang "mahal" kadang-kadang boleh menyelamatkan kita dari pengalaman yang buruk.

Choosing something of high quality can apply to many different aspects of our lives, tak limited pada membeli barang saja.
It could be memilih pasangan, memilih kerjaya, memilih future, etc.
It can also help you avoid toxic people!
Yang ni palingggggggggg penting.
At least penting untuk aku.
Sebab aku paling rimas bila duduk setempat dengan orang yang toksik.
Tak kiralah 'orang toksik' tu ahli keluarga, pasangan, atau kawan-kawan.
Kalau sejenis toksik, aku terpaksa pasang border.
Kadang-kadang aku letak border bukan sebab dia toksik, tapi "aku tak mahu berada di tempat tu lagi".

Some people tak faham yang manusia berubah.
Dan bila seseorang itu berubah, tak bermakna dia lupa daratan, lupa asal usul, atau lupa diri. Bukan.
They just don't want to be in the same place anymore. Tu saja.

Contohnya, nak musim raya ni.
Setiap tahun ada kelompok yang rindu tido rumah kampung berlonggok 5 keluarga.
Ada juga yang dah tak mahu tido berlonggok macam dulu.
Aku adalah yang tak mahu lagi tido berlonggok ramai-ramai.
Walaupun rindu zaman kecil, tapi now aku sukakan privacy.
Tido nak kena dalam bilik, dan kalau boleh tido hotel atau homestay.
Bukan berlagak atau lupa diri.
Aku tak pernah lupa asal usul aku.
Dulu, aku takde pilihan. Kena ikut apa yang mak bapak aku can provide.
Now, dah ada pilihan.
Why not aku pilih something yang lebih baik, betul tak?

Some people merasa bila kita dah tak seperti dulu kita dah berlagak.

Dulu tido berkipas, now nak aircond saja. Berlagak!

Dulu jalan kaki 1km boleh, now pergi tempat dekat pun nak naik kereta. Sombong!

Dulu kecik-kecik makan kat warung boleh. Now dah besar, tak nak. Lupa diri!

Dulu berjemur tengah panas tak merungut. Now duduk dalam rumah takde aircond, terus migrain. Mengada-ngadanya!

Inilah dilema bila kita memilih the best for oulselves.
Tak semua orang mahu faham kenapa kita pilih untuk berubah.
Sedangkan in life, we are often faced with the question of what is best for us.
Maka it is natural bila kita buat pilihan yang paling bagus untuk kita, whether it be in our personal or professional lives.

Aku run own company sejak tahun 2008.
Tahun 2009 adalah tahun pertama company aku ambil pekerja. 2 orang.
Tapi budak-budak ni tak bekerja under aku. Dorang under partner aku.
Pada waktu tu partner aku handle halal analysis.
Budak berdua ni kerja dalam lab.
Aku tak pernah kenal orangnya sebab lab kat tempat lain. Hanya tengok gambar.
Tak pasti bila budak-budak ni quit, rasanya tak sampai setahun.
Reasonnya, yang sorang tu dapat offer kerja kerajaan.
Yang sorang lagi dapat kerja kat private lab di Nilai (akhirnya dia jadi customer aku sebab beli barang-barang lab dari aku).

Aku tanya partner aku, "Akak ok ke budak-budak tu resign?".

Dia kata "It's ok, Diana. Kita masih new. Budak-budak ni dapat tempat kerja yang lebih besar. Biar dia pergi. Yang dapat kerajaan tu I suruh dia pergi. Sebab dia still young. There's so much room for him to grow".

Bila pikir-pikir balik, aku pun dulu kerja di beberapa company.
Maka, tak ada yang salah bila seseorang pilih sesuatu yang baginya, lebih baik. That is no normal!
Lagipun dalam sejarah company megambil pekerja, belum ada lagi pekerja yang resign disebabkan kami bergaduh. No.
Kalau yang kena terminate tu lain cerita.
Yang tu diberhentikan, bukan resign.
Ada lebih kurang 8 orang pernah bekerja dengan company kami, tapi akhirnya resign sebab berpindah tempat kerja.
However kekal berhubung sampai sekarang. Tak gaduh pun.

Kita kena belajar untuk terima hakikat bahawa tak semua orang mahu berada di tempat yang sama selamanya.
Jarang nak jumpa orang stay dalam sesebuah company selama lebih 10 tahun.
Ada memang ada. Tetapi lebih ramai yang berpindah.
En Wan jadi engineer 15 tahun.
8 tahun di kilang pertama, sebagai engineer.
7 tahun di kilang kedua dari engineer sampai naik Asistant Manager.
Lepas tu 7 tahun di company aku.
Now tahun pertama dengan Prudential.
Normallah tu kerja 7-8 tahun di satu company, kemudian jump pi company lain.
Mencari pengalaman baru, mencari environment baru, dan menjawat job scope yang baru. NORMAL!

Aku di Kementerian Sains 1 tahun 7 bulan.
Kemudian di Prudential 9 months.
Kemudian di biotech sales 4 tahun.
Last company biotech aku kerja hanya 7 bulan kemudian terus run own company hingga sekarang.
Tahun ni dah nak masuk 15 tahun.
Sepanjang 15 tahun, a total of 8 orang pekerja dah berpindah ke tempat lain.
Am I mad? No.
Dan aku tak pernah beg them to stay.
Sebab aku tahu mereka berhak memilih.
If growth yang mereka cari, go. I support them.
Cari pengalaman baru, cari bos baru, cari tanggungjawab baru.
That's how you grow. Aku juga grow dengan cara tu.

Sebab itulah bila seseorang memilih untuk berubah dan memilih sesuatu yang lebih terpakai untuk keadaaan semasanya, tak sepatutnya dia dikatakan sebagai lupa diri. Atau tak kenang budi.
Be it soal kerjaya, perhubungan, minat, pergaulan. Semuanyalah.
It seems like there is a conflict between personal choice and societal expectations.
People always harapkan kita stay true to our roots and live according to the norms set by our upbringing.
Masalahnya sampai bila?
Takkan selamanya nak hidup dengan cara yang sama hanya kerana nak kenang asal usul?

Dulu masa kecil, sedara-mara semua sebaya.
Tido berlonggok pun takpe sebab ruang masih besar.
Now masing-masing badan memboyak perut pantat semua, kau nak ajak tido berlonggok ramai-ramai, mau berlaga-laga tetek.
Dulu satu bilik air boleh sumbat 3 kanak-kanak mandi serentak.
Now, nak menunggu masing-masing gilir-gilir mandi, dari Subuh sampai ke Zuhur tak habis.

Maka apa salahnya balik kampung duduk homestay, duduk hotel.
Yang rasa mampu buatlah.
Yang tak mampu atau yang tak mahu, jangan pulak mengata stok-stok tido homestay ni.
Biarlah dia nak mencari keselesaan.
Kalau aku, inilah yang aku cari dulu - my own well-being and mental health.
Kalau ini tak settle, semua benda akan jadi hauk.
Kau nak aku ceria di pagi raya, malam raya tu aku kena tido tenang-tenang, dalam keadaan selesa.
Toilet pun selesa.
Insyallah esok pagi aku sedia bersengseng lengan duduk dapur memasak seharian, no hal.

Everytime raya Bangi gitulah.
Memasak tak habis-habis.
Tapi disebabkan tido dalam bilik sendiri, bilik beraircond, jamban selesa, bilik air berheater -- bangun pagi dengan gembira.
Lepas masak-masak nak berehat-rehat boleh lepak dalam bilik sendiri. Tenang.

Sekarang balik Tganu pun aku mencari keselesaan.
Anak-anak pun dah besar, dorang nakkan keselesaan.
Orang kata macam tak bercampur keluarga.
Biarlah. Pandangan masing-masing.
Yang penting is my peace of mind.
Hati kalau tak tenang, tak seronok, tak selesa -- takde mood nak beraya.
Jangankan aku, dengan semua orang punya mood pun lari kalau aku dah buat perangai.

Menjaga hati orang sekeliling adalah lumrah culture kita, but at the same time, we must be true to ourselves.
Giving up our personal autonomy in exchange for societal approval can be a heavy.
Nak menyeimbangkan antara menjaga hati orang dengan memenuhi kehendak sendiri can be challenging, but is crucial for living a fulfilling life.
Dalam apa juga aspek kehidupan, bila kita always cari approval orang lain, we may find ourselves terpaksa korbankan diri sendiri.
Orang lain aku tak pasti how they handle. Tapi aku dah taknak.
Penat. Penatlah asyik-asyik nak berkorban semata-mata nak fit in.
Sikit-sikit cukuplah.

Ada benda yang kita boleh berkorban.
Kalau dah takde jalan yang lebih baik, maka pilihlah yang kurang risikonya.
Contoh, dalam perhubungan.
Kalau suami jenis baran, dan kau tahu bila dia baran dia mudah naik tangan.
Maka, kalau bersabar lebih baik, pilihlah sabar.
Maknanya, kalau nak terus stay dalam marriage, kau takde pilihan lain melainkan bersabar.
Kalau dengan bersabar boleh elakkan kau dari kena hentak, maka bila dia tengah marah tu kau senyaplah walaupun sebenarnya kau nak bagi pelempang.
Tapi, kalau ada pilihan yang lebih baik daripada stay in the marriage, buatlah.

Yang belum berkahwin, nak set high standards dalam memilih pasangan hidup, pun tak salah.
Meng-set-kan standard boleh elakkan diri dari dapat pengalaman yang buruk.
Buatlah satu standard dalam memilih pasangan.
At least perkara-perkara yang tak align dengan our values tu dapat dijauhkan.
Pilih pasangan hidup is one of the major decisions in life that can significantly impact your happiness.
Mentang-mentang kawan-kawan semua dah kawen, kau pun gelabah lalu grab je sesiapa yang datang.
JANGAN! Buat satu benchmark.
It can save your time and energy trying to "fix" anak orang.

Same goes to memilih kawan.
Kadang-kadang kita dah tak rapat lagi dengan kawan yang pernah rapat suatu masa dulu.
Itu biasa.
Bila environment berubah, it is natural for our interests and goals to shift accordingly.
Penyesuaian kepada persekitaran yang baru is a fundamental aspects yang membolehkan kita berkembang dan berjaya dalam keadaan yang berbeza.

En Wan suatu masa dulu sangat-sangat pemalu.
Dia punya tahap pemalu tu, sampaikan rela dia sesat berpusing dalam kereta mencari jalan.
Nama dia nak stop tanya orang memang tak.
That's how TERUKnya dia punya tahap pemalu.
Masuk mall nak cari kedai, aku jugak yang kena tanya kat kaunter.
Kalau ikut dia, rela dia turun naik tawaf satu mall cari sendiri kedai sampai jumpa.
Letih aku mengikut dia berjalan.
Kalau balik kampung dia, aku yang lagi peramah dengan sedara-mara dari dia sendiri.
Tu kampung dia tau, bukan kampung aku.
Kalau kampung aku lagilah dia tertonggok tak bercakap-cakap.
Tapi now, selepas persekitarannya berubah, jangankan peramah, siap boleh menganjing aku lagi.
Yang paling tak sangka, dia yang dulunya pemalu, now jadi agen takaful gaissss.
Boleh bercakap dengan client, boleh buat presentation depan crowd, boleh bagi speech kat townhall.
I is kenot betullah dia ni. Lawan tokey kauu. Dia tapau habis!


2023-04-06

Result 10 hari dengan GC Plus


Terima kaseyyyyy yang share result 10 hari dengan GC Plus.
Walaupun mungkin ada yang kata result tu belum tentu kerana GC sebab kita semua sedang berpuasa, ok fine. Aku terima.
Tetapi aku bukan sahaja nak highlite tentang weight loss, tetapi juga waist size yang berkurangan sepanjang 10 hari ini dan juga effect GC Plus kepada orang berpuasa.

Kalau tengok gambar ni, dia start dengan berat 95.9 kg, dan pada hari ke-10, beratnya 90.95 kg.
Nampak macam wowwww! Bagusnya GC Plus, kan?
Tapi nanti dulu. Kasi aku cakap sampai habis.

Kenapa aku minta pengguna GC Plus ambil rekod berat badan sepanjang 10 hari?

Sebab, penurunan ANGKA berat badan adalah indicator bahawa badan korang bertindak balas dengan baik terhadap program diet (in this case, GC Plus).
Ada je sebelum-sebelum ni pengguna GC Plus yang katanya ambil GC Plus, bersenam, berdiet, tetapi berat turun 100 gram sepanjang 10 hari.
Kalau ikut lojik, memang tak lojik.
Dah diet, dah bersenam, makan GC Plus lagi.
Mesti ada something wrong somewhere.

10 hari pertama ini penting untuk kami ambil tahu.
Once you dah start berdiet, benda pertama akan keluar dari badan adalah AIR.
Tapi kalau sepanjang 10 hari berat tak berganjak, bermakna badan you retain water.
Badan yang hold water adalah petunjuk untuk macam-macam perkara.
It could be hormon changes, atau you ada ambil routine medication, atau diet yang tak seimbang.
In some cases, masalah buah pinggang dan hati can also cause water retention.

Terutamanya kalau makanan banyak garam.
Banyak sangat makan makanan bergaram (junk food/fast food) boleh buatkan badan simpan air.
Bila badan banyak garam, badan akan bertindak balas dengan cara menahan air dari keluar badan.
Ini untuk balance out kepekatan garam dalam darah.
Sebab garam ni fitrahnya menarik air, jadi bila kita ambil garam berlebihan, badan cuba mencairkannya dengan mengekalkan lebih banyak air.
Dan bila badan simpan air, it can make it difficult to burn body fat.

Kenapa?
Sebab bila badan menahan air, ia berada dalam keadaan dehidrasi.
Bila badan dehidrasi, badan susah nak bakar lemak tersimpan untuk tenaga sebab sel-sel lemak perlu air untuk dimetabolismekan.
So, bila badan dehidrasi, proses fat burning ni terjejas.

Boleh faham dah kan kenapa 10 hari pertama tu penting untuk kami tengok?
Supaya dari situ kami boleh guide apa yang boleh you buat sekiranya berat tak turun-turun.
In other words, orang tak boleh simply cakap "Produk awak tak baguslah. Berat saya tak turun pun?".
Sebenarnya dari rekod tu kita yang boleh tahu apa sedang berlaku dalam badan awak.

Hat tu yang pertama.
Macam pengguna GC Plus ni tadi, hat tu clear.
Sebab penurunan berat (angka), cantik. 5 kg drop in 10 days.
Maknanya badan dia tak hold water, dan dia ada potensi tinggi untuk reduce fat.
Next, kita tengok pula waist size.
Kalau weight tracker GreenAard, kita cuma minta waist size before and after 10 days je.
Tapi this customer tambah untuk check abdomen size sekali.

Kenapa GreenAard minta ukuran lilitan pinggang?

Sebab, lilitan pinggang adalah ukuran untuk menilai berapa banyak lemak dalam badan.
Wanita tak boleh lebih dari 34 inci ukuran pinggang.
Lebih dari tu dikira obesiti (walaupun badan kurus).
Ada orang kurus tapi perutnya buncit.
Asalkan ukuran pinggang (dan perut) lebih dari 34 inch, your are obesiti.
Tapi untuk Asian women, disebabkan frame kita kecil, dikatakan 31 inci adalah borderline.
Bermakna, kalau ukuran lilitan pinggang lebih dari 31 inci, anda adalah gemuk.

Kalau tengok rekod pengguna tadi, 10 hari loss 5 kg weight, tetapi inch loss cuma 1 inch.
Tu nak tunjuk bahawa lemak tak hilang dengan mudah, ya.
Mana-mana yang kata "Saya makan X berat saya turun 10 kg", yes angka penimbang tunjuk you lost 10 kg, tapi 10 kg of apa?
Bukan semuanya lemak.
It could be water, it could fat, it could be your muscle.
Yang pasti, bukan semuanya lemak.
Jadi, jangan happy dulu.
Lambertttt lagi prosesnya ni.

Walaupun hanya 1 inch loss of ukuran pinggang, jangan risau.
Malah, you kena celebrate.
Because that is an indicator badan you sudah mula membakar lemak.
Itu lebih baik dari takde perubahan inci lansung.

Ada juga yang loss 2 inch in 10 days.
Jangna ingat 2 inci ni tak banyak, ya.
Baca kat sini memanglah nampak tak banyak.
Tapi kalau sarung jeans, beza 2 inci tu banyak, ya.
Gila tak happy last month kau pakai size 30, this month can fit 28?
Tu belum sarung Middellyf Shaping Brief.
Boleh kurang 1 inci lagi serta-merta.

"Boleh ke saiz pinggang reduce more than 1 inch in 10 days?"

Ini soalan biasa GreenAard terima time-time raya nak dekat ni.

BOLEH!
Tetapi itu bergantung pada banyak faktor.
Contohnya, apa berat badan permulaan, apa diet yang diambil dan rutin harian.
Apa-apa pun it is important to understand that body fat reduction is a GRADUAL PROCESS.
Perlukan dedikasi dan konsistensi. Bukan proses yang sekejap.

Pengguna GC Plus tadi yang beratnya berkurangan 5 kg in 10 days.
Agaknya based on pengurangan lilitan pinggang 1 inci, berapa berat lemak yang dah turun?

Agak mustahil sebenarnya nak determine accurately jumlah lemak yang hilang kalau hanya berdasarkan pengurangan 1 inci lilitan pinggang.
Walau bagaimanapun, sebagai anggaran kasar, kurang 1 inci lilitan pinggang could indicate a loss of approximately 450 gram lemak.
This is based on the fact that lemak badan disimpan di kawasan perut, maka pengurangan lilitan pinggang can be a good indicator of fat loss in this area.

So boleh faham tak kenapa aku cakap jangan beria-ia sangat happy bila berat turun 10 kg sebulan>
Sebab belum tentu 10 kg tu semua lemak yang turun.
Bila kita nak turunkan berat, dah tentu kita nak lemak yang turun, betul tak?
That's why dari dulu sampai sekarang GreenAard always pesan ukur pinggang ukur pinggang ukur pinggang.
Sebab itu jugalah kita bagi free measuring tape setiap kali beli GC Plus supaya senang nak track lilitan pinggang.

Apa kerja GC Plus dalam hal ni?

Macam yang selalu aku cakap, GC Plus BUKAN fat burner.
Maknanya GC Plus tak membakar lemak secara lansung.
Dalam GC Plus ada HCA (hydroxycitric acid).
HCA menghalang sejenis enzim yang memainkan peranan penting dalam biosintesis asid lemak.
Maknanya HCA menghalang pembentukan sel lemak yang baru.
Bukan membakar lemak tau, tetapi menghalang pembentukan sel lemak yang baru.
Bila pembentukan sel lemak baru terbantut, maknanya pecahan lemak tersimpan meningkat yang membawa kepada penurunan body fat.

Tak faham, kan?
Takpe, aku explain sikit lagi biar paham.

Sel lemak tugasnya simpan tenaga.
Tenaga ni maksudnya lemak.
Lemak disimpan dalam tisu adipos.
Semakin banyak sel lemak dihasilkan bermakna semakin banyak kapasiti untuk menyimpan lemak.
Ini akan mengakibatkan penambahan berat badan.
Kalau pembentukan sel lemak baru terhad, badan terpaksa pecahkan lemak yang tersimpan dalam sel-sel lemak sedia ada untuk memenuhi keperluan tenaga.
Maka, bila HCA dalam GC Plus block enzim yang membentuk new sel lemak, sel lemak sedia ada terpaksa pecahkan isinya ketika badan perlukan tenaga.
Itulah yang menyumbang kepada penurunan body fat nanti.

Bab yang dia kata "perut rasa full" -- this is bukan cakap-cakap kosong.
Ada kaitan dengan fakta sains.

Ingat tak aku selalu cakap pasal GC Plus increase serotonin level?
Yang increase serotonin tu adalah kerja HCA.
Serotonin mengawal mood dan selera makan.
Bila tahap serotonin rendah, kita cepat lapar dan terdorong nak makan banyak (sentiasa rasa nak makan walaupun baru lepas makan).

Satu cara HCA increase serotonin level adalah dengan menghalang enzim yang menukarkan karbohidrat kepada lemak.
Bila aktiviti enzim ni dihalang, lebihan karbohidrat terus disimpan dalam bentuk glycogen.
Maka, paras gula (glukose) dalam darah dicegah dari naik.
Lantas, mencegah turun naik dalam insulin yang boleh menyebabkan keinginan dan makan berlebihan.
Sebab tu bila ambil GC Plus, kurang merasa lapar. So boleh faham, kan?

Aku ni kalau nak suruh cerita pasal GC Plus, memang tak berbuka kau nanti. Panjang.
Jadi artikel saintifik pulak nanti.
Inilah projek yang paling lama aku follow.
Nak membantu customer siapkan projek penyelidikan ni, dengan aku-aku sekali join membaca jurnal dan follow result dia setiap hari.

Kepada yang nak cuba GC Plus, atau sudah pun try GC Plus, kalau nak bertanya apa-apa, silakan.
Weight lost tracker boleh di-download dalam website GreenAard.
Klik HOME dan kemudian klik DOWNLOADABLE BROCHURE.
Track berat badan dan size pinggang, ok?
Tak payah kurus-kurus nau.
Aim pinggang less than 34 inci cukuplah.
Lepas tu boleh stop guna GC Plus.


2023-04-05

Budak-budak sekarang tak minat buat sales and marketing ke.


Semalam aku bersembang dengan 3 orang kawan yang masing-masing adalah business owners yang ada company sendiri, yang ada pengalaman handle staff.
Masalah kami sama iaitu, susahnya nak cari staff yang nak buat sales & marketing.
Kalau aku susah nak cari staff sales, maybe something wrong kat aku lah.
Tapi kalau tiga-tiga pun sama, maknanya ada yang pelik sedang berlaku.
Memang budak-budak sekarang tak minat buat sales and marketing ke camne?

Bukan apa, zaman aku jadi sales dulu, macam senang je company majikan dapat pengganti sales.
Asal ada budak resign je, mesti next week dah ada replacement.
Pernah ada 20 orang sales dalam satu company.
Nak tunjuk punyalah ramai nak jadi sales.
Tapi ramai chinese-lah. Melayu memang dari dulu tak ramai.
Kalau melayu join sales, selalunya after 4-5 years resign and setup company sendiri.

Semalam petang aku bersembang dengan 3 orang kawan ni.
Masing-masing bos, tapi masih buat sales.
Ada la 1-2 orang staff backup sales tapi jenis yang buat kerja follow up.
Bos create path, bring in sales, lepas tu budak-budak ni akan buat kerja follow up.
Maknanya budak-budak sales di ofis tu tak mencari new crowd dan projek baru.
Mereka menjaga existing clients and project.
Dalam erti kata lain, boss sentiasa perlu mencari market baru.

Berbeza dengan zaman aku kerja sales, we went out looking for new customers while taking care of existing customers.
Hari-hari keluar cari customer.
Bukanlah sepanjang hari melilau takde tujuan.
Cara kami adalah, a day before tu dah email and call lecturers/officers yang related dengan projek-projek biotech.
Selalunya aku akan bagitau nak bagi sample kit untuk dia cuba because I need feedback dari pengguna.
Researchers memang suka try sample kit sebab kalau that sample turn out to be good dan harga berbaloi, dorang dengan senang hati switch brand.
Boleh jimat duit geran masing-masing.

Selalunya petang tu aku setkan appointment untuk jumpa the next day.
Jadi takdelah melilau takde tujuan.
Keluar buat sales tu dah ada fixed appointment.
Beli tak beli lain cerita.
Yang penting kita sembang-sembang dulu projek dia apa, demokan kit kita, kasi mesra dulu.
Bila dah pass sample kit, dah tentu akan ada next visit sebab nak follow up, kan.
Jadi dari situlah urusan tu berterusan.

Kalau kit tu working, aku ada chan minta dia kenalkan kepada group lain untuk aku pass sample kit lagi.
From there, makin bertambahlah potential customer aku.
Itu kalau kit tu menjadi.
Kalau tak menjadi, pun ok.
Sebab bila tak menjadi, ada reason untuk aku datang jumpa, kali ni aku demokan terus kit tu depan dia dan rakan-rakannya.
Bila dia tengok aku pun ada lab skill, dia jadi lebih seronok because now dia tahu aku juga faham apa yang dia buat.
We can speak the same language gitu.

That's how we do back then.
Nak kata susah, macam tak.
Nak kata senang sangat pun tak juga.
But alhamdulillah, bolehlah cari makan.
Walau perlu mengejar target, takdelah sampai stress menung-menung.
Selalunya bila aku dah start rasa stress, brain aku expand mencari jalan untuk hit juga target.
Tu yang kadang-kadang kita perlu merasa stress so that kita push our limits.
Kalau santai-santai kerja, the comfort zone tu akan menjahanamkan potensi kita.

Buat sales tapi tak stress, bukan buat sales and marketing namanya.
Stress is a natural response dalam bidang ni.
Bila tak hit target, normallah untuk ada rasa risau kena marah, risau kena buang kerja, risau takde duit, etc.
It is perfectly normal to feel this way.
Mungkin inilah yang buatkan ramai budak-budak muda taknak join sales and marketing.
Takut stress. Takut tak hit target.
Taknak kerja dalam keadaan takut kot.
Boleh jadi sebab itulah budak-budak ni prefer jobs that are not sales-oriented.
Nak kerja dalam working environments that are easier and more routine.
Contohnya duduk dalam ofis buat paperwork, duduk depan PC, tak terikat dengan kerja-kerja sales.
Tapi dia tak sedar, yang bayar gaji dia duduk sedap dalam ofis adalah dari usaha budak-budak sales.
Tapi bila budak-budak sales dapat komisyen dan ditatang lebih oleh majikan, sentap.

Di zaman digital, most urusan business berlaku online.
Dah tak perlu keluar tersekat dalam jem, tunggu customer berjam-jam, jump dari satu building ke satu building yang lain untuk catch appointment.
Melainkan kalau kau bekerja dalam bidang aku dulu, yang memerlukan demo instrument dan kits.
Zaman aku dulu tempat paling hazabedah untuk buat sales adalah UKM, PPUM, UM Medical Fac dan HUKM.
Ya ampunnn, kalau aku ada appointment kat tempat-tempat ni, memang susun jadual cun-cun punya.
Sebab nak mencari parking kat tempat-tempat ni ya ampunn seksa!
Nak-nak lagi PPUM.
Dari zaman aku buat sales pakai skirt belah depan, sampailah tahun lepas Rayyan masuk sana, gitulah juga tempat parkingnya. Hazab.

Sales jobs selalunya memerlukan individu itu meet aggressive sales targets which can be challenging for someone yang baru mula kerja.
The pressure to sell tu buatkan boleh hilang motivasi dan semangat nak pergi kerja.
Sebab tu SELALUNYA dalam mana-mana company, orang sales-lah yang paling bos tak kacau dan paling nampak santai dan tak terikat dengan rules.

Most employer bagi kelonggaran maksimum pada budak-budak sales.
Masuk kerja tak perlu macam orang lain.
Kalau ada appointment dengan customer at 10am, you can go straight from home.
Kalau appointment habis pukul 4pm, you can go back home terus tak perlu masuk ofis.
Kalau discussion dengan customer waktu lunch, kau boleh melepak selama mana yang kau suka.
Kau boleh outstation ke mana-mana yang kau nak pada bila-bila masa.
Majikan tak kisah.
Yang dia tahu, hujung bulan kena hit sales target. Kau tak hit, siap.

Aku suka style kerja ni.
Sebab, bila seorang sales diberi kebebasan untuk bekerja dan mencari sales, kita jadi lebih kreatif.
Kita jadi lebih kreatif mencipta marketing campaign.
Jadi lebih kreatif mewujudkan macam-macam projek and pelan untuk increase sales and customers.

Ada seorang customer aku di UNISEL dulu namanya Dr Syarul (now Prof di UKM).
Dia nak beli gel documentation system (alat untuk tengok DNA).
UNISEL pada ketika tu belum ada this system.
Aku nakkkk sangat letak satu kat sana. Sku pikir-pikir apa cara aku nak buat so that dia beli.
Jadi aku plan nak bagi free guft TV 32 inci bersekali dengan that instrument.
TV tu boleh connect dengan that instrument supaya image DNA tu nampak lebih besar.
Tapi kalau nak guna untuk letak kat Pejabat Am untuk tengok siaran TV pun boleh.

Lalu datang idean nak buat marketing campaign beli gek documentation system dapat TV free.
Aku minta specia price dengan principal kat UK.
Aku bagitau aku nak beli 5 set terus.
Gila berani aku masa ni.
Padahal potential customer yang nak beli baru sorang.
Principal bila dengar kita nak beli sekalgus 5 bijik dah tentulah happy.
Dia bagi price yang paling rendah pernah aku dapat.
Maka dapatlah aku pakejkan jualan tu dengan free TV.
TV 32 inci tau, bukan kecik-kecik, ya.

Bos aku cuak "Boleh jual ke ni Diana. 5 biji ni".
Aku balas "Janganlah cuakkan saya. Saya tengah bersemangat ni". Hahahaa.

Sebenarnya aku pun cuak.
Tapi aku dah ada plan kepada siapa aku nak jual.
Lagipun hadiah TV kauuuu. Siapa tak nak.

Profit dari jualan instrument ni tak lebih.
Sama je macam jual pada harga biasa, cuma kali ni godaannya lebih sebab dapat TV free.
Bila godaan extra, laju berdesup instrument ni habis.
Sebijik at RM92K. Settle 5 biji in 1 month.

Lepas habis jual CEO panggil aku.
Dia tanya, "Kenapa you bagi free item? Tak payah bagi pun takpe sebab keuntungan sama je kalau you tak bagi".

Aku jawab "Memanglah keuntungan sama, tapi kalau tanpa free gift, jualannya lembab. Saya nak instrument ni menjajah banyak lab. Bila ada free gift yang gempak macam ni, orang akan cepat-cepat beli. Bila dah beli, forever dia akan beli kit and reagents dengan kita sebab intrument tu kena pakai kits. Dah tentu dorang akan beli kit and reagent dengan kita sampai bila-bila".

Lepas jual 5 biji instrument, kerja aku cuma buat round setiap bulan untuk ambil order reagent and kit pula.
Bayangkan kalau jual pada harga biasa (tanpa gift TV).
Mau 5 biji tu 5 bulan baru dapat perabis.
Ni dapat jual 5 biji sebulan. Lega.
Bulan-bulan seterusnya, 5 tempat sekaligus masuk order beli the same kit and reagent. Setiap bulan.
Terus hit sales aku tiap-tiap bulan tanpa bersusah-payah lagi.

Aku kan nakkkkkk sangat ajar dan kongsi skill sales and marketing yang aku tahu pada budak-budak muda.
Tapi, entahlah. Takde yang betul-betul passionate dengan kerjaya ni.
Kerja sekadar hadir ke tempat kerja je.
Dissapointed betul aku dengan some of them.
Kita ni bagi kelonggaran bekerja, minimum supervision supaya dorang jadi kreatif dan boleh bekerja tanpa stress.
Tapi makin dibagi kelonggaran, makin santai hidup.
Daripada respond kawan-kawan aku yang lain, staff-staff sales dorang pun tak berapa kisah kalau tak hit target.
Rela makan gaji basic asalkan keja relax.
Hanya menunggu kenaikan gaji tiap-tiap tahun.
Macam tak hungry for more.

Aku takde. Aku kejam sikit.
Nak naik gaji mestilah seiring dengan pertambahan job scope.
Kena hit KPI barulah kita boleh review kenaikan gaji.
Takde hit KPI, mana nak datangnya naik gaji, dik.