Cuti CNY yang lepas, aku plan nak gi Singapore. Balik kampung tengok nenek la pulak kan, asik holiday sana-sini, nenek dah lama tak jenguk. Apa nak jadi lah?? (sound diri sendiri seblom orang lain sound aku). Lama tak tengok nenek, kang orang tua ni sumpah aku jadi tudung saji satu hal pulak. Tu la kan, suruh pakai tudung taknak, meh sumpah jadi tudung saji terus.
Jumaat siang tu aku dah kensel plan gi Melaka sebab nak kumpul tenaga, konfem malam kang aku yang kena drive ni. Sekaliiiii Mak Aji potong. Dia kata takyah masuk Singapore sebab sure jem. Aku dah plan baik ngan cousin aku nak fetch kat Woodland segala last-last tak jadi. Bila tak jadik tu mula la aku terbayang cuti 4 hari bakal dipenuhi dengan sangapan berganda. Nak abiskan Jumaat tu je dah berpeluh. Belum masuk Sabtu. Ahad? Isnin? Selasa?
Ibal pun dah berbulu plan masuk Singapore tak jadi. Dia suruh aku plan apa nak buat. Sorila aku nak balik Bangi. Takde keje. Dekat sangat okk nak berholiday. Nak pi mana kat Bangi tu? Pasar malammmmmmm??
So, aku suruh diorang lepak rumah aku. Kali ni Ibal kena tido sini. Mak Aji ni kalau Ibal tak tido sekali, memang takde de dia nak duduk rumah aku lama-lama. Selalunya sampai petang Sabtu, Ahad lepas breakfast dah menggagau kemas bag nak balik. Alasan,
'Takde sape tengokkan adik ko kat rumah'.
Hak enaaaaa. Adik kalau besar anak aku takpela jugak. Boleh jugak aku gentel-gentel. Ini bulu kote dah sampai lutut lagi nak tengok-tengokkan??
Sabtu petang, dorang sampai.
Terus aku set plan lepas Maghrib gi Muara, Port Klang. Pekena seafood. Sebab Ibal kata Mak Aji dok sebut-sebut nak pi Pengakaln Balak kat Melaka nak makan ikan bakar. Tak kuasa aku nak redah jam bayar tol dekat lima belas hengget semata-mata nak makan ikan bakar yang belum tentu aku dapat makan isi ikan. Selalunya kepala ikan je aku sempat hongges.
Tapi sebelum tu pekena tazkirah dari Pak Aji dulu.
Puncanya dia nampak buku ni kat katil aku.
Pak Aji : Baca ke tak ni?
Aku : Baca la jugak. Tapi skang Diana tengah habiskan buku Nicholas Sparks. Hehe.
Pak Aji : Hmm, takpe. Janji baca. Ko dah tergerak nak beli buku ni pun dah kira satu peningkatan. Hidup kita ni biar lagi baik dari semalam bukan lagi teruk dari semalam.
Ambik aku sebijikkkk!
Tapi aku recommend buku ni kat korang. Setakat mukasurat 183 aku baca, buku ni memang mengajar aku untuk sentiasa bertenang. Walaupun ada ketikanya aku emo jugak. Nak lagi kalau part shopping yang En Wan tak approve, memang bengang gila. Rasa nak angkat je laki aku ni lontarkan kat mesin tebu.
Mungkin aku belum sampai ke bab
'Sentiasa bertenang jika kemahuan kita tak diendahkan'. Jap aku check ada ke tak tajuk ni.
Mangsa kami di malam Sabtu itu.
Tukang beratur.
Nampak itu awek Ibal? Dah, pasni jangan tanya Ibal single ke tak. Aku penat nak jawab. Apa kata korang tanya aku single ke tak?
Sekali makanan lambat sampai. Semua muka dah benyek. Nak lagi muka En Wan. Muka aku dah memang benyek, tu takyah nak dibawak berbincang la kan. Seb baik henfon Ibal banyak game, dapatla tengok Redza behave sket. Kalau tak, konfem suara aku yang paling kuat kat restoran tu.
Kalau manusia ni la punya la ramai macam nak mati, ada la dekat sejam aku tunggu makanan. Tu belum dengan berebut meja lagi. Aku kejap-kejap mintak tarik meja tu, tarik meja ni. Waitress tu pun taknak lalu tepi meja aku dah. Asal lalu je konfem aku tahan tanya mana lauk tak sampai? Sampai budak-budak ni nak hantar lauk kat meja belakang pun lalu kot jauh.
Tau takutttttttttttttt. Len kali besarkan dapur ye?
Sampai je makanan, semua macam jaws.
Termasuklah aku.
Aku makan macam nak terbelahak. Seb baik pakai T Shirt okkk. Takde la orang sebelah nampak perut aku yang bergulung ni. Orang sebelah dah la hensem macam muka Zulhuzaimy. Tak tenteram jiwa aku nak makan.
The next day, aku telah mendapat satu idea.
Aku : Bang, kita gi 1-U nak?
En Wan : Nak shopping apa lagi, Di? Last week dah beli baju 2 helai.
Aku : Eh, mana ada nak shopping. Mama ngan Papa belum penah sampai 1-U lagi. Dorang asik main Alamanda je.
En Wan : Tak sampai 1-U lagi ke? Laaaa ye ke. Ok, siap.
Tu baru Plan A okkkk.
Aku dah rangka sampai ke Plan C.
Plan A : ajak pegi 1-U.
Kalau tak jadik, masuk Plan B.
Plan B : ajak pi Sunway Piramid, dekat sikit.
Tak jadik jugak kalu, masuk Plan C.
Plan C : bogel dan kangkang.
Hasilnya, aku shopping lagi.
Yeahhhhhhhh!!
Tapi, kita mesti ada step untuk shopping.
Nak shopping pun mesti ada skill.
Mesti mau ada step.
Step yang pertama, beli bra.
Tarik laki anda ke tempat bra dan acukan bra itu ke dada anda. Nescaya, dia akan membenarkan anda membeli dengan harapan malam nanti dia dapat merasakan sesuatu disebalik bra yang baru dibeli itu.
Kalau step pertama lepas, maka step-step lain haruslah lepas. So, itu sajelah petua saya. Kalau boleh pakai, sila pakai. Kalau rasa-rasa laki korang tak lut dengan bra yang bergantungan, bolehla tanggalkan aje bra yang anda pakai.
Kalau tak lut jugak mungkin laki anda dalam proses manjadi gay. Jadi jagalah bontot anda baik-baik.
Aku ngan Mak Aji sama naik borong bra. Bra seploh ringgit je pulak tu. Sekali sauk ha kauuu, lima terus. Mak Aji beli bra sebab plan nak dok rumah aku satu malam je, sekali Ibal ajak stay lama. So terpaksa la beli bra ngan panties baru. Takkan nak share bra aku kot. Tetas bra aku kanggg.
Lunch at Simply Penang.
Boleh laaaaaa.
Rasanya laksa Mak Aji masak lagi sedap.
Lagi aku fokuskan kamera kat dia, lagiiii dia senget-sengetkan muka. Penyakit!
Redza dan Aunty Diyana.
Sejak awek Ibal ni ada kat rumah aku, aku ni terus jadik tak laku. Sikit-sikit aunty Diyana. Mentang-mentanglah Diana yang ni tak berapa cerah. Ko buat tak nampak je ye. Tapi elokla jugak. Aku boleh makan dengan tenanggggg.
Dimana kah Ibal??
Ni lagi sorang. Dah la dia ajak awek dia datang rumah aku. Dia dengan selambanya kuar melepak ngan member. Awek dia terkontang-kanting sorang-sorang. Seb baik budak ni survivor.
Untuk Diyana : Ko pikir lah baik-baik nak ke tak ngan adik aku ni. Masih ada masa lagi untuk buat pilihan. Haha.
Ni gamba yang aku snap dari tingkap bilik aku pagi esoknya (Isnin). Macam mama kotai kan Ibal dengan selambanya je jalan ambik angin pagi dengan pakai kain pelekat. Anak aku pun sama naik ngan tak mandinya bersiar-siar. Bila aku tanya apesal Redza kuar rumah tak mandi?
'Eh, boleh la mama. Acu kata boleh'.
Acu kau apa aje yang tak boleh. Tak mandi 3 hari pun takpe dia ni.
Memang enak bersantai-santaian di pagi Isnin yang cuti ini apabila aku tengah bersilat sorang-sorang kat dapur kan?? Tapi takpe, aku anggap je la diorang tetamu kehormat.
...maka biarlah aku masa sorang-sorang kat dapur.
Biarlahhhh.
TAKPELAAAAAAA.
BIAR LAAAAAAAAAAA.
Lepas Zohor, zasssssss pi Sunway Piramid pulak.
Alasan yang sama, sebab Mak Aji lom pernah sampai Sunway Piramid.
Tapi mungkin Tuhan telah takdirkan bahawa cuti kali ni memang aku kaya dengan baju.
Sebab hari tu je aku rembat sekaligus 4 helai. Alahhh, yang longgok-longgok aje. Boleh la nak sampai empat helai. Cuba yang gantung-gantung tu. Pegang, lepas. Pegang, lepas.
Betul tak aku cakap yang aku tak berapa laku cuti baru-baru ni? Maka bolehla aku jemput dorang ni datang rumah aku every weekend, boleh aku ngan En Wan marathon tengok movie.
Aku promote Toshiba laptop setengah jam je, terus Mak Aji ngan Pak Aji nak beli laptop dan-dan tu jugak. Terus heret gi Harvey Norman. Ye ye je sales tu bentangkan segala specs and faedha-faedah membeli Toshiba.
Takyah la dik, ko bungkuskan je la laptop ni.
Akak dah buat presentation kat rumah pagi tadi.
Sebenarnyakan, motif Pak Aji beli laptop sangatlah tak lojik.
Puncanya pagi Isnin tu paper KOSMO (ke METRO?) higlitekan issue Facebook Tun M paling ramai peminat. Terus dia nak beli laptop. Padahalll ada sebijik lagi laptop kat rumah.
'Na, nanti ko buatkan papa Facebook'
Berstighfar kejap aku.
Perlu ke aku delete FB aku pulak?
Oh, I'm in danger okkk. Danger!
Jalan-jalan lagi sampai ke petang, by the time sampai rumah, aku mampu seret je kaki. Tak boleh nak langkah dah. Kalau berjalan ngan En Wan memang penat. Dia memang bawak ko pusing sampai ke ceruk-ceruk.
Buktinya, adelah apabila dah pukul 7.45pm aku tak dengar-dengar lagi Pak Aji azan Maghrib. Sejak Sabtu lepas we all solat jemaah Maghrib sama-sama. Ni memang situasi biasa la kalau dah berkumpul. So aku ni get ready je dalam bilik tunggu dia azan. Tapi tak azan gak, so aku solat je la dulu.
Lepas solat, En Wan masuk bilik.
En Wan : Papa tak azan ye? (apesal ko tak azan je?)
Aku : Tido kot, penat sangat asik berjalan dari Sabtu.
En Wan : Gi kejutkan. Abang nak buat something malam ni.
Aku : Di penat laaaa. Esok la ok?
En Wan : Jangan nak perasan. Orang nak buat lain la.
Aku : (cover malu dengan memicit telo En Wan)
En Wan : Cuba tengok kat bawah abang buat apa.
BBQ!
Laki aku ni memang tak reti penat.
Tapi sebab dia willing nak masak, silakan.
Aku toksah kata nak tolong masak, nak kunyah pun tak larat dah.
Bukti kesekian kalinya bahawa aku memang tak laku.
p/s : gamba awek adelah diconteng kerana awek itu lagi cun dari aku. Jadi, aku dengki.