2023-07-30

Black Pink X Starbucks. Berbaloi?


Last week berpusu-pusu orang ke Starbucks nak beli merchandize Black Pink X Starbucks.
Aku pun pergi juga, tapi secara tak sengaja.
Itupun dah malam.
Beli pun bukannya air Black Pink (yang pink tu), tapi beli drink yang biasa, iaitu Java Chip.
Tak ramai orang, tapi ruangan merchandize tu bersusun jugaklah barang.
Yang pasti, kat tempat aku ni, merchandize Black Pink dah tak nampak bayang.
Pagi-pagi dah sold out agaknya.

Katanya ada yang beratur seawal 5 pagi.
Bukan main ya, zaman Fareeda berkhemad depan kedai dulu kau kutuk habis-habisan.
Tiba time merchandize Black Pink, halal je beratur pagi-pagi buta depan kedai.


Ramai yang share kejayaan dapat beli merchandize.
Yelah, benda mahal. Rare pulak tu.
Dah tentulah satu kejayaan, kan.
Ada yang beli one whole set.
Entah berapa ribu habis agaknya.
Satu tumbler pun dah RM400+.
Lalu, ramailah yang komen, katanya membazir.
Setakat tumbler gitu, beli kat Alibaba banyak katanya.

2 hari selepas tu, keluar pulak satu video.
This lady frust tumbler yang dibeli dengan harga RM400+ tu tercabut diamondnya.
Baru 2 hari pakai.
Tak tahulah macamana boleh tercabut.
Maka ramailah yang komen kata benda-benda macam ni, China juga yang buat so boleh imagine kualitinya.
Berbondong-bondonglah orang gelakkan mereka-mereka yang beli merchandize tu.

Zaman aku menghabiskan duit beli merchandize artis dah berlalu.
Tapi aku takkan mengata dak-dak yang beli merchandize Black Pink ni.
Sebab aku faham sangat keghairahan mengumpul merchandize icon yang kita minat.
Orang bila dah minat, dia tak kira membazir atau tak.
Misinya adalah dapat beli. Dapat memiliki.
Duit tu semua belakang kira.
Walau tak berduit sekalipun, kalau dah minat pasti akan diusahakan.
Asal kau jangan sampai meminjam orang la ya.
Karang, tumblernya dah berkarat, hutang member tak settle lagi.

Zaman aku menggila kat Leslie, Beyond and Hacken Lee, walau tak kaya pun tetap aku ikhtiar untuk beli produk dorang.
Aku hanya aim beli kaset je.
Zaman dulu tak de sangat merchandize-merchandize hasil collaboration dengan artis, macam sekarang.
Dulu nak beli merchandize kena tunggu konsert.
Habis kuat pun beli kaset dapat poster.
Ada la juga jual gambar-gambar artiz size 3R. Badges pun ada.
Paling banyak tu ha, name card.
Tapi Leslie and Beyond sangat A-list artis, jadi muka dorang jarang dibuat name card murahan (kahkahkah).
Paling laku kat name card adalah muka Jimmy Lin.
Harap muka je cute.
Tak sampai 3 tahun meruyup terus dari industri.

Kaset zaman dulu tak sampai RM10 pun.
Tapi jenuh jugalah aku nak kumpul duit.
Dek kerana minat sangat, sanggup ikat perut tak makan time recess.
Nak beli juga kaset.
Pada pikiran aku, daripada aku beli gambar atau badges, baik beli kaset.
Boleh dengar suara.
Suara lebih penting, ya.
Muka tu takpe, sambil-sambil layan lagu, aku boleh membayangkan wajahnya. Gitu.

Pernah juga aku print T Shirt gambar Beyond.
Bangga gila pakai T Shirt tu.
Rasa macam nak pakai hari-hari!
Itulah T Shirt aku yang paling mahal waktu tu. RM20. Hahahaha.
Itupun berpikir-pikir juga aku nak tempah sebab RM20 adalah sangat banyak, ya.
Lama nak kumpul.
Tapi aku nekad.
Kalau tak tempah, sampai bila-bila aku terbayang-bayang.
Baik settlekan terus.
Puas hati burn RM20.
Baju tu cantik dan terasa Beyond dekat di hati. Mbhahahah.
Aku basuh tangan baju tu.
Tak sekali-kali aku biarkan baju tu masuk mesin.
Bukan takut baju rosak, tapi takut Mak Aji jadikan baju tu kain lap kaki.
Dia bukan boleh nampak benda-benda yang buatkan aku lagha ni.
Dia sabotaj kaw-kaw nanti.

Aku syak salah satu sebab kenapa aku slim zaman sekolah dulu adalah kerana menahan makan sebab nak kumpul duit beli kaset cina.
Tapi percayalah cakap aku, zaman menggila kumpul merchandize ni tak lama.
Kau biarkan je la dorang nak berhabis duit beli merchandize Black Pink tu.
Gasakkan biar sampai RM2000 pun harganya. Biar.
Kalau kau nasihat pun bukannya dia nak dengar.
Aku dah melaluinya.
Walau kau cakap kat aku "Faham ke apa dia nyanyi tu?".
Eh sukati aku lah faham ke tak.
Janji aku dapat dengar hari-hari.

Zaman menggila aku ni pernah terstop kejap bila aku ada boifren (ex).
Tapi lepas break, aku start balik kegilaan ni.
Bila kenal En Wan, aku tak nak buang kegilaan aku lagi.
No way! Siapa nak aku, dia kena allow aku untuk teruskan kegilaan aku ni.
Gitu demandnya (kau ingat kau hawtt sangat, Diana?).
Dah kawen, dah beranak, tetapppp kesetiaan ku tak berubah.
Aku tak stop, cuma intensiti berkurangan.
Takde la segila dulu. Cuma tetappppp ada.
Sikiitttt lagi nak pi kubur Wong Ka Kui masa gi Hong Kong dulu.
Setiap kali birthday Leslie, aku pasti cuti.
Hari tu birthday Wong Ka Kui (Beyond) 10 Jun, aku beli kek, ya.
Tapi tu la, bila dah berduit, dorang pulak mati.
Kalau tak, agaknya aku seat paling depannnnnn setiap konsert.

Untuk orang yang tak faham keadaan ni (macam Mak Aji), memang akan kata semua ni membazir.
Buang duit. Buat kerja sia-sia.
Ye, secara zahirnya memang nampak membazir, sebab kau tak minat. Cuba kalau kau minat?
En Wan tu pantang jumpa Hard Rock mesti beli T Shirt.
Walaupun T Shirt tu lusuh je aku tengok.
Tapi dah minat, aku nak kata apa. Tengokkan je lah.
Nasib baik dia pun melayan kalau gila aku sampai nak cari DVD cerita cina.
Benda-benda macam ni selagi tak kacau duit aku, silakanlah nak berabis puluh ribu pun.
Nasib baik Rayyan tu kat sana takde informasi pasal Black Pink vs Starbucks.
Kalau tak, harus dia minta sebijik.

Ini bukan soal berbaloi atau tidak berhabis untuk sesuatu yang orang lain anggap membazir.
This is about kepuasan memiliki sesuatu yan kita minat.
Benda kalau dah jadi minat, dia tak ikut lojik dah.
Dia jadi emotional buying.
Kau memang takkan faham orang sanggup beli tudung bawal harga RM1000, beli shawl harga RM800, beli tumbler harga RM500, berabis beli Hot Wheels, etc.
Kau takkan faham sebab kau tak minat.
Tunggu esok dah jumpa benda  yang kau minat, nanti kita sembang balik.


2023-07-28

TikTok ada satu trend apps AGED


Kat TikTok ada satu trend apps AGED.
Apps ni buatkan muka kau nampak tua.
Ceritanya, kalau nak tengok tua esok muka macamana, gunalah apps AGED tu.
Katanya apps tu accurate.
Muka tua yang digambarkan adalah wajah tua kita yang betul-betul di masa depan. Katanyaaaaaa.
Maka ramailah yang susah hati tengok muka tua masing-masing.
Ada yang mukanya nampak teruk nau kedut.
Sementara yang lain walau dah tua masih nampak cantik and less kedut.

Mula-mula apps tu nampak macam for fun.
Lama-lama people take it seriusly.
Masing-masing dah start insecure dengan diri sendiri.
Dasyat betul penangan media sosial.
Dia punya ancaman tu bukan saja buatkan orang insecure tapi mula berdengki dengan future orang lain.
The things is, itu APPS! Hanya apps!
Kenapa take seriously?
Kita belum pasti tua, tapi dah pasti akan mati.
Entahkan sempat jumpa tua ke tak.
Tau-tau je esok mati. Mati muda.
Maka, gambaran wajah tua hanya tinggal kenangan.

Yang aku pelik tu, kalau pun wajah tua kita berkedut 1000, bukan ke itu adalah wajar?
Nama pun TUA.
Dah tua tapi masih lagi angan-angan nak jadi cantik, tak ke pelik?
Lainlah kalau sekarang, umur 30-40an.
Wajarlah nak cantik sebab masih bekerja, masih bergaya, masih cantik.
Dah 70 tahun esok, dapat sihat pun mujur dah.
Kawan-kawan aku kalau berjumpa, kitorang cakap, "lagi 10 tahun mesti kita cerita pasal sakit lutut, sakit belakang, etc".
Ye lah, dah nak masuk 60 masa tu.
Wajar pada usia tu badan dah rasa sakit sana sini.
Maka, pada usia itu kalau sihat pun dah mujur.
Yang kau, takut muka berkedut.

Mak Aji 70 tahun.
Aku tengok muka dia takdelah kedut nau.
Tak nampak macam 70 tahun pun.
Kalau apps TikTok scan muka Mak Aji 40 tahun lepas agaknya dia gambarkan muka mak aku umur 70 tahun macam Niang Rapik.



Aku rasa perempuan ni sedang memerli trend yang berleluasa kat TikTok.
Dia sedang memberi isyarat to embrace the beauty of every age and the way we rock it.
Kerana tua adalah pasti.
Kedut kat muka tu adalah fitrah manusia seiring dengan pertambahan usia.
Kedutan boleh dilambatkan, tapi lambat atau cepat, ia pasti muncul.
Mustahil sangat umur dah 60 nak dapat kulit macam 40 tahun.
Every age is perfect in its own way.

Umur aku dah 45 ni, aku lebih pentingkan kesihatan dalaman.
As you know pre-menopause bermula sejak kita age 35 tahun.
Pada usia ni, some dah start experience haywire dalam kitaran haid.
Kejap datang, kejap tak. Kejap light, kejap heavy.
Mood swing. Badan cepat naik. Cepat letih.
Itu semua tanda-tanda pre-menopause.
Antara sedar dengan tak je.

Sejak dah 45 ni aku pastikan period aku regular.
Alhamdulillah, sejak pakai period tracker selama lebih kurang 15 tahun, aku track yang period aku datang setiap bulan.
Tak lari jauh.
Kalau lambat pun 3-4 hari.
Period kalau regular, yang lain-lain insyallah ok.
Kalau ikut Mak Aji, at age 52 masih lagi ada period, sehinggalah dia buat hysterectomy.
Aku harap at least at age 52 aku masih lagi ada period.

Nak pastikan period tu regular pada umur-umur ni, yang pertama sekali, pastikan badan ideal weight.
IDEAL WEIGHT, CUKUP. Tak perlu kurus.
Especially umur dah 40-an.
At this age, dah takde siapa kau nak impresskan lagi.
Kalaupun kau kurus pinggang secekak, muka tu tetap dah tua.
Dah tak suai pun nak jadi model.
Jadi tak perlulah nak pressure diri untuk menjadi kurus.
Ideal weight je sudah.

Sebenarnya, nak capai ideal weight tu tak susah.
Yang susah tu bila kita nak nampak kurus di mata orang lain.
Kita nak orang notice kita kurus.
Kita nak orang tegur "Eh, kurusnya kau!".
Kita nak jadi terpaling kurus.
Inilah yang buatkan weight loss journey tu nampak payah.
Sebab nak jadi terpaling.

Sebenarnya tak susah mana.
Aim saja ideal weight.
Ambik dulu hat paling hujung.
Kalau tinggi kau 155 cm macam aku, kau aim dulu berat 58 kg. Ini borderline.
Dah berjaya cecah 58 kg, aim for 57 kg pula. Dan seterusnya.
Kalaupun kau hanya mampu cecah 56 kg, takpelah.
At least itu adalah ideal weight.
Itulah sebenarnya cara terbaik untuk weight management.
Bukannya dari 70 kg terus aim nak 50 kg.
Memang menangislah kau.
Tu pasal ramai give-up.
Bukan give up sebab tak kurus-kurus, tapi give up sebab journey weight loss tu seksa sangat.
Dah kau yang menyeksakan diri siapa suruh?

Jangan hanya fikir nak kurus.
Tapi pikir sama kesan akibat terlampau kurus.
Especially bila umur dah 40-an.
Umur 40-an adalah umur yang menghampiri menopause.
Early menopause berlaku at the age of 40 and 45.
Terlampau kurus boleh menyebabkan early menopause.
Tau-tau je period stop.

Siapa tak bangga umur 40-50an masih kurus.
However, terlalu kurus will age your face.
Untuk orang berumur BAWAH 40, semakin kurus, semakin nampak muda.
Semakin gemuk, semakin nampak berusia.
Tetapi untuk yang OLDER THAN 40, it's the other way around.
Semakin kurus, semakin nampak tua dari usia sebenar.
Sebab, semakin berusia, muka akan loss volume.
Loss volume akan menyerlahkan rahang and kedut pada muka, especially tepi mata.
Jadiu, jangan kurus sangat di usia ini.

Semakin tua, our face gets depleted.
Bila semakin kurus, muka akan nampak perubahan dulu.
Muka nampak macam orang sakit. Kurus yang sakit.
Sebab jaw timbul dan mata tersembul (sebab sarung mata tenggelam).
Struktur muka masa muda lebih kepada heart shape, atau bujur.
Bila semakin tua, struktur muka slowly berubah jadi persegi.
That's why terlau kurus di usia 40 ke atas, muka lebih berpetak sebab rahang keluar.

Yang dah 40an ke atas tu, aim for ideal weight je sudey.
Dah tua dah pun, takkan di usia tua ni masih nak bertanding siapa lebih kurus, siapa lebih gemuk? Dah tak sesuai dah.
Zaman muda dulu tak puas lagi compete?

Ni aku nak cerita dah alang-alang ni kan.
Tadi aku tak pegi ofis. Buat kerja kat rumah.
So hari ni aku tergerak nak menguji GC Plus.
Aku masih makan GC Plus tapi seminggu 1-2 kali je, sebab berat badan aku dah ideal.
Sebab ada yang bertanya kenapa lepas makan GC Plus terasa nak buang air besar?
Maka aku pun try la uji ke atas diri sendiri.

Aku makan GC Plus at 8.30 pagi.
Sementara nak tunggu 30 minit tu, aku buat kerja dulu.
Oleh kerana GC Plus tu buatkan aku tak rasa lapar, aku hanya teringat nak breakfast at 11.30 pagi.
Aku pun breakfast 3 biji telur scrambled egg dan 2 batang sosej chili flakes.
Kemudian aku memasak lunch untuk En Wan.
Dan sambung buat akerja sampai 4.30 pm. Tak lunch.
Kiranya until 4.30 pm, meal aku hanyalah breakfast tadi.
Dari pagi aku mencekik GC Plus, dan kemudian breakfast, aku tak sakit perut pun.
Sebab apa? Because I take protein only.
Kalau makan karbo (nasi goreng), konfem lancor perginya.  
Maka, GC Plus bukanlah penyebab kau kerap ke tandas.
Tak wajib berak-berak pun bila ambil GC Plus.
Bergantung pada apa kau makan sebenarnya.   


2023-07-27

Mempamerkan gaya hidup yang tak wujud dan tak dimiliki for the sake of trying to impress people with false image, motivasi kejadah apanya?



Video yang aku tepek ni tentang trend di negara omputih.
Instafamous kat sana pun sama macam set-set "jutawan" Malaysia yang sewa private jet untuk bergambo.
Jet-nya tak bergerak pun.
Bagi orang-orang tua macam kita, dah faham sangat tektik ni.
Ini tektik zaman tok kaduk dulu.
Kena lambakkan duit atas meja.
Kena posing depan sport car.
Kena pakai branded items dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Barulah boleh memperdayakan.
Tapi ni dah 2023 dah pun.
Takkan masih lagi tektik yang sama?

Awal umur 20-an dulu, kemain bermaharajalela peraduan gores & menang.
Tak cukup kat mall, sanggup dia ketuk pintu dari satu rumah ke satu rumah pula demi nak memperdayakan orang.
Aku salah sorang yang pernah "menang" peraduan tu, tapi tak berjaya diperdayakan.
Bukan sebab aku bijak, tapi sebab aku tak berduit.
Kahkahkah. Padan muka dia.

Beria ni, terpekik-pekik dalam rumah aku nak demi nak tunjuk betapa tak percayanya dia ada orang menang kereta Kancil!
Yang menangnya aku, tapi yang beria menjerit dia. Gila apa?
Dia nak persuade aku untuk join the peraduan, sejam.
Dia nak yakinkan aku untuk ambil kereta tu kat Balai Polis Puchong, sejam.
2 jam dia dalam rumah aku!
Katanya kalau nak kereta tu aku kena bayar RM3-4K.
Itu kira murah berbanding sebuah kereta yang aku dah menang.
Mana nak dapat Kancil harga RM3. Katanyaaaaa.
Last-last berambus jugak dia dari rumah aku.
Fedap agaknya aku tak lut dengan janji-janji manis dia.

Dah meruyup peraduan gores & menang.
Orang dah tak kuasa nak percaya.
Now dah trend "memiliki" private get gitu.
Tapi muka desa.
Aku bukan nak menghina, ya.
True classiness bukanlah dari apa yang kita pakai, but how we present ourselves dan sikap kita.
Walaupun pakaian dan penampilan boleh bagi initial impression, kekelasan sebenar goes beyond apa yang kau pakai dan miliki.

Orang yang ada, dia tak beria nak menunjuk apa yang dia ada sebab dia ada sense of humility and contentment.
Orang macam ni sangat secure dengan achievements and kekayaan yang dia miliki.
Takde keperluan nak tunjuk their success untuk people validate them.
Tak perlu pun. Sebab dia dah capai apa yang dia nak. Cukup.
Kerana orang yang benar-benar berjaya define success differently than material wealth.

Tapi yelah, dah katanya trend, kan.
Nak buat macamana.
Jangan peliklah esok lusa, bisnes yang fake akan bertambah.
Contohnya macam video tadi.
Disebabkan instafamous yang bodoh-bodoh ni suka nau sewa private jet demi membodohkan orang lain, maka wujudlah bisnes menyewa private jet khusus untuk tujuan tu.
Beli satu private jet, kemudian jadikan bisnes menyewa untuk bergambar saja.
Beli spotcar dan jadikan bisnes sewa untuk tujuan bergambar juga.
Beli penthouse, sewakan untuk tujuan bergambar juga.
Buat bisnes sewa pinggang mangkuk mahal, untuk bergambar.
One day agaknya kotak and paperbag Chanel yang ori tu pun orang buat bisnes sewa untuk tujuan bergambar.
Jenjet depan Pavi, lepas tu posing.

Masa tengok Buletin Utama, slot usahawan.
Semuanya bercakap tentang how much money they earn and how menjadi agen boleh buatkan income mencecah 3-4 kali ganda berbanding masa makan gaji.
En Wan tanya, kenapa kebanyakkan business owners always bercakap tentang how much money agent can make, rather than bercerita tentang the product itself.
Yang aku hari-hari dok up post pasal produk aku dari sudut sains.
Ada orang nak baca ke?

Teringat dalam salah satu ceramah, ustaz kata apa yang kita buat adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.
Apa yang kita fikirkan adalah hasil dari apa yang kita niatkan.
Kalau niat untuk buat duit, maka fikiran dan tenaga akan menjurus ke arah mencari duit.
Effort untuk memahami produk tu kurang.

Aku pernah beli Tea Tree oil.
Aku tanya tea tree yang dia jual ni dari species apa?
Dia jawab "Kita ada satu jenis EO Tree Tea".
Agaknya soalan aku terlalu saintifik.
Aku re-phrase soalan.
"EO tea tree you jual ni untuk skin ke, untuk migrain?"

Dia jawab "Semua pun boleh, sis".

Boleh je kalau aku nak jawab balik "Tak sama. Migrain pakai spesis lain, skin treatment kena pakai spesis lain. Kalau nak treat infection pun kena guna spesis lain".
Karang dia ingat aku nak test ilmu dia pulak.
Jadi, aku diamkan je. Takpelah, tak jadi beli.

Takde yang salah berniaga kerana nak jadi kaya.
In fact, making money is the point of owning a business.
But you must know what you are selling.
Jangan sampai orang lain dapat musibah kerana kerakusan kita nak kaya.
Semua benda kita taram "Boleh", asalkan stok laju.
Lepas tu bangga canang hit sales target.

Hari tu viral post some cerita jual pisang goreng boleh dapat sales RM2.5 juta setahun.
Senang nau kiraannya.
Dia main darab jualan sorang customer dengan bilangan hari je.
Aku nak komen tapi pikir-pikir balik takyah la.
Karang dia kata aku negatif pulak.
Cuma aku nak bagi pencerahan sikit.

Katakan sales tahun tu RM1 juta.
Anggaplah margin (keuntungan) adalah separuh dari itu, bermakna untung kasar RM500K.
RM500K dibahagi 12 bulan dapatlah RM41,666/sebulan.
Dari RM41,666 ni tolak gaji pekerja [katakan 3 pekerja] + gaji kau = RM10K.
Ni paling rendah aku letak ni.
Maka setelah tolak gaji, balance ada RM31,666.
Ambil RM3K untuk bayar sewa opis and utilities.
Now balance tinggal RM28,666.

RM28,666 ni ketepikan at least RM15K untuk produce new product + try and error product + lab test.
Tinggal RM13,666.
Ketepikan RM3K untuk buat marketing [ni paling cikai punya bajet marketing sebulan].
Maka tinggalkan balance RM10,666.
Inilah duit balance tapi ini duit emergency.
Duit inilah untuk spend kat personal/staff growth - nak attend seminar, nak outstation, nak buat apa-apa program, etc.
Tu belum cerita entertainment untuk staff, barang pantry, and miscellaneous.

Media sosial dah wujudkan satu culture yang segalanya nampak mudah.
Kau buat ini, ini, ini akan dapat ini.
Ada orang kata biarkan dia sewa jet atau limo atau sport car, akan menjadi motivasi pada yang lain untuk berjaya. 
Positif tak bertempat!
Ada risiko from this kind of behavior, ya.
Mempamerkan gaya hidup yang tak wujud dan tak dimiliki for the sake of trying to impress people with false image, motivasi kejadah apanya?
Ini semua akan jadi masalah etika, dan buatkan orang menambah hutang buat loan untuk join bisnes mengarut korang.
Motivasi konon. Taik.

2023-07-26

Lelaki boleh accept perempuan yang tak berduit sebagai isteri, tetapi kebanyakan perempuan tak mahu lelaki yang tak berduit sebagai suami.


Aku tak tahu apa yang sedang berlaku di negara mat saleh sekarang.
Dah 2 hari IG aku asyik tunjuk video tentang kenapa lelaki boleh accept perempuan yang tak berduit sebagai isteri, tetapi kebanyakan perempuan tak mahu lelaki yang tak berduit sebagai suami.
Contoh, video di bawah:



Betul juga kata lelaki tu.
Lelaki kalau nampak perempuan tu cantik, baik, tak kisahlah dia kerja kat McD pun, kalau dia suka the girl, dia ajak kawen.
Tapi jarang perempuan jatuh hati kat lelaki yang kerja so-so.
Walaupun ada yang akan kata "Saya terima seadanya", aku tetap rasa that man masih berduit.
Tak banyak, tapi ada.
Paling tak pun, jangan sengkek.
Tak selamanya "saya terima seadanya" menjadi pilihan perempuan. Betul tak?

Maybe perempuan yang "saya terima seadanya" belum pernah terkena dengan lelaki jenis biawak yang kerjanya kelepet duit perempuan.
Selalunya yang ada pengalaman dengan lelaki macam ni, bila ditakdirkan bercinta lagi, itulah kriteria utama yang akan dipandang dulu, iaitu -- jangan sengkek.

Di zaman yang segala-galanya perlu dibayar, masuk akal kalau perempuan mahukan masa depan yang terjamin.
Bukan makna kata perempuan nak lelaki tanggung semua. Tak.
Asalkan jangan membebankan cukuplah.
Perempuan kalau dah sayang, segalanya dia nak bagi.

Situasi 1
Perempuan lapar, tapi pakwe taknak makan.
Perempuan cakap "Jom makan? I belanja"

Situasi 2
Perempuan nak outing, takde geng.
Perempuan cakap "Esok kita outing nak? I nak beli barang sikit. I belanja u baju yang u nak last week, ok?"

Situasi 3
Perempuan nak pergi lab. Jalan nak ke lab gelap.
Perempuan cakap "Teman I gi lab kejap, boleh? Lepas tu kita makan burger sama-sama. I belanja"

Banyak lagi situasi lain.
Perempuan tu nampak bodoh, kan?
Nampak nau lelaki tu gunakan kau je selama ni.
Nak ajak makan pun sampai kena belanja baru nak makan sama. Haktuihh!

Itulah perangai perempuan kalau dah sayang, tak berkira lansung.
Dapat kat lelaki yang berwawasan, dia berasa malu dibelanja setiap masa.
Dia berusaha one day biar dia pula belanja.

Tapiii, kalau tersilap langkah, kau akan dapat lelaki jenis biawak.
Yang naik seronok diumpan dengan duit, lama-lama dia jadikan itu syarat.
Sikit-sikit "Ok, u belanja"
Tak lama lepas tu, "I takde duitlah. Belanja boleh?"
Ujung-ujung "I minat baju tu, tapi takde duit nak beli. U belikan boleh?"
Tu tanda-tanda dia dah naik seronok hidup ditanggung.
Run girl, run!

Maka, kalau perempuan-perempuan muda cun jelita berlakikan lelaki tua, muka pecah, perut boroi -- jangan cakaplah "Ni mesti nak harta je ni".
Jangan cakap!
Kalau peluang tu dapat kat kau pun kau sambar.
Bak kata seorang ustaz, perempuan hatinya penuh dengan kasih-sayang.
Penat balik kerja, tetap buat kerja rumah dan uruskan anak.
Kerana dalam hatinya penuh kasih-sayang yang mengatasi rasa penat.

Perempuan kalau dapat lelaki berduit, tak hensem pun takpe, kerana dia boleh pupuk rasa sayang tu sampai jadi cinta mati.
At least masa depan terjamin.
Selesai satu masalah.
Ini, dah lah muka tak berapa nak hensem, ke sana sini harap perempuan belanja.
Tapi gaya kemain macam bapak kau tinggalkan duit 18 juta. Eh pegi mamp.

Hidup ni keras.
Kos perubatan mahal, kos nak maintain diri mahal, apatah lagi bila ada anak, kos pendidikan meningkat setiap tahun.
Perempuan perlukan lelaki/suami yang ada kewangan stabil.
Tak kaya sangat pun tak apa, janji keperluan anak isteri langsai.

2 hari lepas ada sorang follower tanya aku "Kak, kalau suami bagi nafkah RM500 sebulan wajar tak?"

Tengok situasi.
Kalau isteri tak bekerja dan RM500 tu untuk belanja dapur, belanja barang basah dan cash for isteri, memang tak wajar.
Tapi tengok juga gaji suami.
Kalau suami gaji RM1500, RM500 yang dia bagi tu banyak dah.
Syukurlah gaji RM1500 masih mampu nak bagi RM500 kat isteri.
Ada suami gaji RM5K, tak sampai RM500 bagi kat isteri.
Hmm, entahlah.
Ni masalah rumahtangga masing-masing.
Pandai-pandailah settlekan.

Another point kenapa perempuan suka lelaki kaya adalah, mereka tak memanjakan perempuan dengan kemudahan bershopping.
Bak kata UAI, perempuan memang suka shopping. Itu fitrahnya.
UAI kata lagi, suami kalau nak rezeki mencurah, bagilah isteri apa yang dia gembira.
Maybe sebab itulah lelaki kaya makin kaya.
Sebab dia bagi isteri duit untuk spend.

Tapi point yang palingggggggggg best adalah, tak payah kerja.
Tuntutan ekonomi memaksa orang perempuan untuk ada pendapatan untuk support kewangan keluarga.
Kalau kahwin lelaki kaya, dah tak payah kerja keras.
Biasanya lelaki yang hidup atas duit ni pun tak benarkan isteri bekerja.
Nak buat apa kerja kalau apa kau dia boleh provide.
Hari-hari kerja kau jaga badan saja.
Urusan rumah ada maid buatkan.
Suami, cari rezeki.
Yang kau, duduk rumah jaga body untuk suami.

Pernah dengar orang kata "Tiada perempuan yang hodoh, yang ada cuma perempuan yang tak berduit"?
Quote tu terpakai untuk lelaki juga.
Mana ada lelaki hodoh?
Yang ada cuma lelaki yang tak berduit.
Lelaki kalau berduit, konfem nampak hensem.
Bonus, kalau lelaki tu bijak. Bertambahlah kehensemannya.

Hari tu aku baca sorang isteri yang kahwin dengan celebriti.
Dia cakap laki dia bangun tido pun nampak hensem.
Dalam hati aku, celah mana yang hensem laki kau ni??
Masalahnya, laki kau sendiri tahu dia tak hensem 😆.
Yang benaunya, itulah impak kalau berduit. Terus oto hensem!

Seorang biologist nama John Speakman pernah buat kajian.
Aku tak sure apa nama kajian dia yang memberikan result tentang kecenderungan manusia.
Dia kata perempuan empat kali lebih sensitif terhadap pendapatan lelaki, berbanding penilaian lelaki terhadap perempuan.
These results suggest status ekonomi yang lebih tinggi boleh mengimbangi daya tarikan fizikal lelaki.
Haaa gitu kau!
Itu kajian sains tau. Bukan aku punya pendapat.

Bermakna, kalau perempuan lebih cenderung pada lelaki berduit, itu ada kaitan dengan biologi wanita.
Fitrah semulajadi wanita.
Dalam ertikata lain, kalau perempuan ada peluang dapat lelaki kaya, memang itulah yang dia pilih.
Yang kata "saya terima seadanya" tu semua adalah kerana dia tak berjumpa that peluang.
Kalau peluang tu dia dapat, dia akan grab.

Dalam kajian yang sama, Johm Speakman kata lelaki lebih mengutamakan daya tarikan fizikal dalam mencari pasangan.
Bila tengok perempuan, lelaki mula-mula lihat bagaimana rupa atau fizikal perempuan tu.
Ini kajian sains tau.
Bermakna betullah statement lelaki dalam video tadi, katanya "Lelaki boleh je kawen dengan perempuan takde duit".
Jadi, toksahlah korang cakap "Kami terpikat kerana hatinya baik". Tuiiiiiiih!
Kalau perempuan tu tak cantik, agak-agak kau berminat nak kenal hati dia ke?
Tak punnnnn.
Yang sebenarnya, peluang tu korang tak dapat.
Kalau dapat peluang kenal dengan perempuan cantik gojes, dah tentu kau berusaha nak menangkan hati dia, kan?
Again, jangan kecam guwe. Ini kajian sains. Hahhahaha.

Moh la wanita-wanita sekalian.
Dah tau kajian sains cakap lelaki tertarik dengan kecantikan.
Marilah kita menjaga kecantikan dari hari ni.
Jaga muka, jaga badan.
Mana yang buncit, kempiskan.
Mana yang menggelebeh, tegangkan.
Mana yang terkibai-kibai, mantapkan.
Mana yang layut, firmkan. Gitu.
GreenAard punya promosi dah start today *alang-alang, sekali harungggg*


2023-07-24

Tolak luggage atau tolak stroller?


Aku nampak ni semalam lalu kat FB.
Artikel penuhnya tentang this person membalas balik geng terpaling travel.
This person cakap now dia dah umur 37 tahun, anak-anak dah besar, sekarang boleh tinggalkan anak dan berjalan berdua dengan spouse.
Lepas tu dia cakap "You all yang terpaling travel zaman muda tu sekarang umur-umur sekarang masih kendong anak ke?"
Hahahahha. Kemain lagi kau tembak balik, ya.

Aku tak sebelah mana-mana.
Sebab aku adalah anak kecik ke, anak besar ke, kalau aku rasa nak cuti, aku bercuti.
Alhamdulillah, dari Redza umur 3 tahun kitorang dah bawa dia berjalan.
Ke mana-mana angkut bag Redza.
Dalam tu ada termos kecil, pampers 3-4 helai, baby wipes, air kosong nak buat basuh-basuh, baju ganti-ganti 2 pasang, minyak yuyi, ubat-ubatan lengkap, towel kecil untuk lap badan kot tetiba nak basah-basah sikit badan dia -- dan segala tok nenek kelengkapan.
Tapi masa tu tak terasa susah pun.
Cuma banyak benda nak kena angkut je lah.

Pertama kali bawa Redza keluar dari Malaysia.
Tempat pertama, Bali.
Masa ni Redza 3 tahun. Berpampers lagi.
Dalam flight jenis nak berdiri sepanjang masa.
Memanjat dari seat depan ke belakang (belakang ada atok and nenek).
Tapi mujur dia tak menangis atau bising.
Cuma tak reti duduk diam.

Kapal terbang gerak je, aku terus sumbatkan susu.
Biar telinga dia tak pekak dan bagi dia leka.
Selalunya dia akan lelap.
Tau-tau sedar dah kat atas.
Bila dah sedar tu siaplah dia punya bersilat.
Beg susu sentiasa ada kat bawah seat depan supaya senang kalau jadi apa-apa.
Kot termuntah ke apa kan.
Tapi penyudahnya dia sihat, aku yang lembik muntah-muntah kat atas tu.

Ke mana-mana jalan berdokong.
Kalau dia berjalan pun tempat yang tak banyak kereta baru kitorang lepaskan.
Selain dari tu, kena dokong. Dahlah gemuk.
Yang paling penting, sebelum keluar berjalan, kena kasi anak makan dulu.
Jadinya, selain dari beg susu dia yang padat tu bersisi kelengkapan dia, makanan wajib ada sekali.
Roti-roti, cereal, biskut.
Kalau kat hotel, masakkan bubur segera, bagi makan dulu.
Baru aku aman nak berjalan.

Bila dipikir-pikir balik, kat manalah kegigihan aku and En Wan berjalan dengan mengangkut beg Redza ke mana-mana.
Berdokong satu hal lagi.
Tu belum tengah-tengah jalan dia termuntahlah, beraklah.
Sekarang kalau boleh henbeg pun aku malas pegang.
Betul cakap orang, tenaga masa muda ni lain.
Jadi, berdasarkan pengalaman aku, kalau nak berjalan-jalan, buatlah masa muda.
Masa muda, semangat kita kuat.
Jalan berangkut stroller pun kita takde hal masa ni.
Now, at age 45, En Wan ajak pi Giant pun aku mintak 10 minit untuk berpikir dulu.

Ini semasa ke Phuket.
Mak kau masa ni lagha sikit perangainya.
Kemana-mana pakai sleeveless. Tu pasal kena blurkan 🤣.
  
Sebenarnya Bali and Phuket bukan tempat yang seronok untuk budak-budak pergi.
Dorang tak appreciate tempat-tempat macam ni.
Mak bapak budak sesuailah pegi sini.
Yang buatkan kitorang pergi ke Bali and Phuket ni sebab dia masih kecil.
Kalau bawak ke Disneyland pun bukannya dia boleh main sebab tinggi belum lepas.
Sementara dia very small baiklah aku angkut pi tempat yang nak pegi.

Masa ke Phuket, Redza dah besar sikit, dah tak kuat minum susu.
Tapi masih nak botol dan masih pakai pampers.
Masa ni baru-baru nak belajar lepaskan pampers.
To be on the safe side, berjalan negara orang aku pakaikan pampers je, senang nak urus.
Makanya, masih kena angkut beg Redza ke sana sini.
Cuma kali ni dia dah banyak berjalan dari berdokong.
Tapi masih lagi buas. Asyik nak berlariii je kerjanya.
Gambar kat beach tu kau nampak tak En Wan cengkam leher baju Redza?
Kita nak bergambar, dia sibuk nak berkuntau.

Ini masa Redza 5 tahun.
Masa ni lega dah. Takde pampers, tapi masih berbotol.
Cuma bukan susu tetapi air ribena.
Nak tido masih cari botol tapi isinya Ribena.
Masih bawa beg dia cuma lebih kecil and ringan.
Dalam beg ada jajan-jajan, wet wipes, air kotak, dan baju sepasang untuk salin-salin.
Berjalan takyah bawak botol.
Nak tido malam baru pakai botol.
Tapi naik flight kena ready botol sebab nak suruh tido.

Dia kan kuat berkuntau.
Masam! Kau tengoklah gambar yang dia merangkak atas escalator tu.
Penat berdiri katanya. Jadi dia merangkak. Kau rasa??
Sebab tu aku masih kena bawa baju untuk dia salin-salin.
Basah-basahkan badan, salinkan baju, spray body cologne, biar dia fresh.
Macamana ntah aku boleh tak serik bawa Redza berjalan jauh tiap-tiap tahun dulu eh?
Aku masih mencari di mana kekuatan aku waktu tu.
Aku tengok gambar ni pun rasa penat dah.

Masa ni Redza 6 tahun, kita ke Gold Coast.
Aku mengandung Rayyan masa ni.
Asyik mabuk dan tak kuasa nak berjalan sangat.
Just nice Redza dah boleh mandi sendiri, makan sendiri, lansung tak perlu berdokong, dah tak berpampers lansung.
Tak payahlah aku menguruskan dia sangat.
Dapatlah berehat sikit.
Cuma, Redza masih berbotol. Air ribena.
Only semasa nak tido and atas flight.
Macam dalam gambar tu, semasa on the way ke Gold Coast.
Sumbatkan botol, nyenyak sampai pagi.

Alhamdulillah, pengalaman heret anak kecil berjalan luar negara semasa umur muda, tak ada masalah.
Yang bawa masalah sebenarnya aku.
Kalau aku tak takut naik flight, agaknya jauh lagi dah pergi.
Takpelah, yang penting, anak kecil pun kami berjalan, anak dah besar pun berjalan juga.
Takdelah seperti si anu kata "Jangan kawen muda, nanti muda-muda tolak stoller, tak dapat tolak luggage".

Sebenarnya tak kisah nak tolak stroller masa muda ke, nak tolak stroller masa tua ke, asalkan tak menyusahkan orang.
Nak berjalan silakan angkut anak sekali.
Jangan asal nak bercuti je, anak letak rumah kakak abang untuk dijaga.
Yang kau sedap bergentel dua orang. *tiber kena smash*


2023-07-21

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni berlaku.


Semalam ada orang bagi aku link TikTok tentang seorang public figure, anaknya ada jantung berlubang.
Video tu takde apa pun, just setepek muka public figure tu dengan caption anak ada jantung berlubang.
Tapi kat komen, ya ampunnn.
Ramainya yang jadi Tuhan.
Kononnya itu sebagai peringatan dari Allah supaya public figure tu berubah.
Dikatanya lagi dah kena timpa musibah baru nak ingat Tuhan.
Tak cukup dengan tu, dikatanya beli rumah banyak-banyak beli henbeg banyak-banyak, rupanya anak-anak takde medical card.
Fuhh! Betul-betul keras dunia ni, ya.
Segala benda yang kau buat semua akan diingat dan bila cukup masa, semua dihambur balik kat kau.

Aku pun tak bersetuju dengan sesetengah cara dia mempromotekan produk.
Tapi, apa kaitan urusan kerja dia dengan anak dia sakit?
Takde kaitan pun.
Kau je memandai-mandai kaitkan hasil kerja dia dengan ujian yang dia terima, dah kenapa?
Macamlah hidup kita tak pernah diuji.

Kadang aku pelik dengan persepsi manusia.
Bila orang tu kaya berlimpah harta kemudian dapat musibah, dikatanya itu balasan atas dosa-dosa.
Tapi bila seseorang yang dari kecil hidup susah melarat bertimpa-timpa ujian, dan kemudian hidup senang, dikatanya itu rezeki atas kesabarannya.
Sedangkan susah sebelum senang, atau susah selepas senang, semuanya sama-sama lumrah hidup.
Tak perlulah nak jadi Tuhan menghukum perkara yang kita tak tahu hujung pangkal.
Tak kira besar atau kecil ujian, memang semuanya kerana dosa.
Kau masih aman-aman hidup bukan sebab kau takde dosa, tapi balasan dosa kau masih on the way.
Kau tunggu turn kau.

Another thing, pasal medical card.
Sempat pulak kau perli dia beli itu ini tapi medical card takde.
Tak perlu perli, sebab kalau dia takde pun, dia ada duit yang banyak untuk bayar sendiri kos rawatan.
Yang memerli tu dah ada medical card ke belum?
Duit nak bayar kos rawatan ada?
Kalau takde, tolong muhasabah diri.
Sekurang-kurangnya bak kata En Wan, ujian yang menimpa public figure tu membuka mata orang kepentingan medical card.
Aku harap public figure tu nanti disclose berapa banyak yang dia bayar untuk rawatan dan rawatan susulan.
Jangan pula nanti orang kata "Eleh nak tunjuk dia banyak duit la tu boleh bayar ratus-ratus ribu!".
Kalau hati busuk memang gitu.
Semua benda dia negatifkan.

Aku memang berharap public figure tu bagitau berapa dia kena bayar supaya orang lain beringat bahawa kos perubatan bukan murah.
Untungnya dia berduit.
Tapi kalau diberi pilihan aku yakin dia prefer ada medical card.
Kalau tak, takkan dia terfikir nak apply that day, kan?

En Wan kata, selalunya alasan orang tak buat medical card adalah "Saya takde duit".
Yang sebenarnya, sebab kita takde duitlah maka kita kena buat medical card.
Nak bayar selepuk duit rawatan, boleh luruh segala bulu-bulu yang ada kat badan ni.

Kan hari tu viral kisah adik Dea yang meninggal kat HTAR tu, kan?
En Wan kata, dia paling bercinta kalau nak berurusan dengan HTAR.
Setiap kali dia ke HTAR, aku kena teman jaga kereta.
Pesakit punyalah ramai.
Parking kereta manjang takde.
Walaupun katanya kes adik Dea tu 'sesuatu' dan ramai netizen mengutuk sistem hospital kerajaan, we have to admit that government hospitals are too crowded with patients.
Doktor dan nurses kadang-kadang terpaksa memilih siapa yang lebih kritikal, walaupun keadaan kau pun teruk sebenarnya.

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni, yang mampu, usahakanlah ada medical card.
Bukan nak letakkan keyakinan pada medical card, tetapi sebagai satu kemudahan.
Kadang kita selalu cakap "Alah, menunggu 2-3 jam je pun. Bukannya susah. Tunggu je lah".
Ya, itu kalau kita yang sakit.
Kalau yang sakit tu anak, atau mak bapak kita?
Dah tentu tak gamak kita nak dorang bersidai lama-lama.

Aku dah merasa last year masa kes Rayyan.
Letak anak aku kat emergency, tapi treatmentnya tak se-emergency yang disangka.
Bukan kerana dorang meleweh-leweh, tetapi patient terlampau ramai kat emergency tu.
Tu pun mujur ada surat refer dari Avisena.
Doktor Nawar dah berurusan dengan Dr Azura kat PPUM.
Kalau tak, lagi lama anak aku kena sidai.

Dalam kes anak public figure tu, jantung yang berlubang selalunya dah wujud sejak lahir.
Cuma kesannya baru nampak bila dah besar.
Kalau dia apply medical card dari kecil pun memang tak lepas.
Sebab tu korang (ibu hamil) boleh start apply medical card sejak anak dalam kandungan lagi.
Ada polisi untuk ini.
Apa-apa masalah kesihatan selepas anak tu lahir, medical card akan cover.
Nanti korang boleh tanya En Wan pasal ni.

Autism kan selalunya di-diagnose ketika umur 5-6 tahun.
Kalau medical card dah ada sebelum tu, kira selamatlah sikit.
Walaupun medical card mungkin tak cover autism tu sendiri, tetapi at least anak ni dah ada medical card untuk cover sakit-sakit yang lain.
Kalau anak dah di-diagnose dengan autism baru nak apply medical card, otomatik akan di-reject sebab dia akan consider banyak hal.

Sebenarnya, anak-anak kecil WAJIB ada medical card.
Sebab dorang paling fragile.
Antibody masih lemah, especially yang hantar anak ke nursery.
Redza dulu merasa duduk nursery kejap.
Duduk kejap pun, asyiklah dapat selsema.
Maunya tak, kalau tilam and bantal berkongsi.
Kita dah bagi tilam and bantal sendiri pun, masih lagi bergumpal dengan anak-anak orang lain.
Tau je lah kan budak.
Kadang kita tak tahu pengasuh tu lap badan anak orang, towel yang sama dia lap anak kita walaupun kita bekalkan towel sendiri.
Tu yang kejap-kejap berhingus tu.

Dari pengalaman aku menjaga Rayyan sebulan kat Avisena.
Antara yang best adalah, aurat terjaga.
Sebab dapat single room.
Tak payah sepanjang masa nak bertudung.
Kalau nurse ketuk pintu untuk masuk, masih sempat nak sarung tudung sebab ada tirai depan pintu.
 


Ini fresh DM aku dapat pagi tadi.
Terima kasih sebab suka berurusan dengan En Wan.  
Kesian dia, medical checkup kena reject sebab ada pre-existing medical conditions.
This is another reason kalau application korang di-reject, iaitu masalah kesihatan sedia ada.
Macam yang pernah aku cakap, syarikat takaful menilai risiko.
Kalau korang ada keadaan kesihatan yang wujud sebelum apply medical card, takaful anggap itu adalah risiko yang lebih tinggi.
Selalunya application ditolak.

Sesiapa yang masih sihat, apply-lah sekarang.
Anak-anak pastikan ada medical card.
Hari tu En Wan kata ada client nak apply medical card sebiji macam plan aku (with medic booster 1 juta).
Malangnya plan medic booster dah tamat 30 Jun lepas.
Aku pernah bagitau pasal ni dulu, maybe ada yang tak perasan.
Tapi tak apa. Walaupun takde medic booster, plan yang standard masih ada.
Kalau ambil coverage RM250K insyallah memadai.
Maknanya setahun dia cover RM250K.
Kalau tahun ni dah habis guna RM200K, tahun depan dia reset balik ke RM250K.
Ni pun dah bagus sangat ni.

Usahakan ambil medical card sebelum dapat any chronic or serious illnesses.
Aku kalau ingat-ingatkan baliik kes Rayyan hari tu, memang datang balik troma aku.
Sebab selama ni kitorang bayar je tetiap bulan, tak pernah guna pun.
Jadi, tak terfikir akan berlaku hal-hal macam ni.
Tup tup patah kaki.
Eh rupanya ada masalah lain.
Sedebuk RM35K. 
Mujurlah medical card ada. 
Barulah aku nampak kat mana investment aku pergi selama ni.
  
Buat medical card ni umpama buat investment.
Selalunya buat investment ke ASB seronok, sebab duitnya nampak.
Medical card ni duitnya tak nampak.
Tapi, kalau dah sakit esok, baru kita nampak nilai investment medical card ni.
Kalau dapat penyakit kronik, sampai ke sudah takkan ada peluang buat medical card.
Sebab keadaan perubatan kronik dah tentu perlukan rawatan berterusan.
Ini adalah risiko yang sangat tinggi untuk pembekal takaful.
Sesiapa yang dah ada penyakit kronik macam jantung, diabetis, buah pinggang, selalunya apllication ditolak.

Ramai juga ya kenal muka laki aku.
Agak sulit beliau nak membuat onar belakang aku nampaknya 😆.
En Wan insyallah akan bagi talk anjuran Prudential HQ 16 Ogos nanti.
Semakin mengganas beliau nampaknya.
Dulu terkibai-kibai aku paksa buat video promote kurma Ajwa.
Now ke pentas nasionallll dia bercakap.

 


2023-07-20

You have the best agen. Insyallah.



Itu post pak incik aku, semalam.
I must share this story.
Mula-mula aku nak elaborate kisah En Wan semalam.

Ceritanya, semalam kan cuti.
Tapi En Wan ada kerja di Ipoh and Gopeng.
Pagi-pagi dia dah keluar.
Aku sorang kat rumah.
Patutnya 10 am dia meeting di Ipoh, kemudian 1 pm ke Gopeng for water rafting.
Aku nak Zohor around 1.30 pm tergerak nak whatsapp dia tanya kat mana sebab senyap je takde hantar gambar pun.
Tau-tau dia reply “Tak jadi water rafting sebab hujan lebat. Dah otw balik”.

Pukul 4 pm dia sampai rumah, aku tengah tido.
Sorrylah memang tido mati sebab baru lepas mencekik ubat batuk.
Sedar-sedar pukul 5 pm.
Tengok whatsapp, “Abang bawa client pi medical check up”.

Pukul 7 pm dia call “Sorry abang balik lambat. Abang nak hantar client balik rumah dulu. Lepas Maghrib Di siap-siap. Kita dinner and tengok movie”.

So ceritanya semalam seharian aku tak nampak muka laki aku ni.

Balik dari kerja dia pun bercerita hal hari ni.
Kitorang memang saling kepoh-mengepoh hal masing-masing.
Everyday rutinnya bercerita hal kerja masing-masing that day.
Dia cakap semalam hari yang banyak dugaan.
Aku tanya apesal pulak?

Kisahnya, seperti yang dia tulis kat FB tu.
Tapi bukan masalah pada client, tapi masalah pada klinik.
Padahal sebelum ke klinik panel dia dah call kata nak buat medical check up.
Staff klinik yang pickup call kata ok boleh datang.
Bila datang, another staff kata tak boleh pulak.
Kena buat appointment at least 3 days.
En Wan pujuk-pujuk tak makan juga.

En Wan kata dia call 15 klinik panel. 15 ya!
Client ada dengan dia dah ni tapi klinik tak nak terima. Kau rasa?
Dia call klinik-klinik lain semua tak accept sebab semalam cuti.
Yang buat medical checkup tak boleh sebarang-sebarang doktor katanya.
En Wan kata tak pernah-pernah dia call sampai 15 klinik untuk buat appointment.
Last-last ada satu klinik kata boleh datang, tapi kat USJ.
Imagine dari Klang patah balik ke USJ?

Dah sampai USJ, staff klinik kata doktor sampai 5 pm saja.
Dah balik dah doktor yang boleh buat medical check up.
En Wan kata sebab kepenatan, nak marah pun tak lalu.
Dah la dia dari pagi dah drive ke Ipoh.
Tapi disebabkan kesian kat client yang dah luangkan masa untuk ke klinik, En Wan ikhtiar cari klinik yang boleh accept.

“Abang cakap kat client, bagi saya buat 2 call saja lagi. Kalau takde, saya hantar balik, kita set lain hari”.
Client setuju.

Ada 1 klinik yang En Wan call kata boleh walk in dan buat medical checkup sekarang.
Zassss terus pergi.
Alhamdulillah settle buat medical check up akhirnya.

Aku dengar dia cerita tu, aku boleh imagine hectic-nya macamana.
Sebab aku pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

Tahun 2008, aku kena pi Johor untuk present specifications instrument.
Agensi tu nak setup new lab.
Ramailah geng-geng biotech suppliers nak jumpa untuk masukkan specs.
Padahal aku dah buat appointment dah ni.
Aku drive dari Kelana Jaya lone ranger ke Johor, sampai-sampai sana the Prof tak nak jumpa aku sebab dia kata “We have decided what specs to follow”.

Terpempan aku kejap.
Dalam hati aku cakap kau dah tau brand apa nak beli, tak payahlah setuju dengan appointment aku.
Ingat Johor-KL dekat ke?
Dah la masa tu aku pakai aveo hijau tu.
Aircond tak kuat. Laju sikit stereng gegar. Kahkahkah.

Aku cakap “Please Prof. I drove from KL. Just give me 5 minits”.

Lama aku merayu Prof tu.
Aku minta dia bagi aku kejapppp je.
Prof tu pun setuju.

5 minit apabenda je lah aku dapat sembang?
Lalu, aku terus buka company profile yang ada senarai project yang kami dah win.

Aku cakap "Semua cutting-edge biotech instrument yang Prof perlu kami dah jual di semua tempat ni. Our engineers dah familiar dengan instrument ni semua, Prof takkan ada masalah dengan after sales service. Dari segi spare parts and kit-kit untuk diguna dengan semua instrument ni kami sentiasa ada dalam stock sebab tempat-tempat ni semua guna kit yang sama. Jadi stok sentiasa kami readykan. Prof tak perlu tunggu sampai 2-3 bulan untuk stok masuk. Stok memang sentiasa ada. Setiap 3 bulan, engineer kami akan round ke setiap lab yang ada instrument ni untuk upgrade software and hardware. Sales team kami akan buat training setiap 3 bulan untuk upgrade skill guna kit and instrument ni".

Done 5 minit.

Lepas tu Prof tu tanya soalan. Aku jawab.
Dia tanya lagi. Aku jawab.
The 5 minits menjadi 1 jam.
Dan tak lama lepas tu Purcase Order masuk.
We won RM5.2M worth of deal.
Meloncat boss aku (Devil Wears Prada) masa surat pengesahan pembelian masuk kat fax.
Aku masuk toilet, menangis sepuas-puasnya kat toilet.
Terharu, puas, happy, semua ada.
Terbayang-bayang aku pujuk Prof tu bagi aku 5 minitttttt je.
Kalaulah aku mengalah "Ok takpelah Prof. Saya balik dulu, ya", mungkin pengalaman ni aku takkan merasa.

Bila En Wan cerita hal dia semalam, aku boleh imagine kelelahan nak completekan task.
Drive jauh. Kena reject.
Adui, penat.
Aku harap polisi client En Wan lulus.
Trust me, dik. You have the best agen. Insyallah.


2023-07-18

Dunia orang dewasa ni lain.



Susulan blog post semalam, hari ni aku tepek video budak tersebut di-interview.
Pada pandangan aku, budak-budak bawah umur belum ready untuk diinterview begini.
Akhirnya interview itu menjerat diri.
Kadang-kadang interview begini dibuat sebab nak 'korek' hal sebenar.
Contohnya, budak ni kata dia homeschool.
Tapi, mustahil seorang yang homeschool boleh besetuju dengan statement "Takde SPM pun takpe, boleh berjaya juga".
So, nampak tak soalan interview tu sebenarnya telah menjerat dia?

Dunia orang dewasa ni lain, dik. Lain sangat.
Tak semua yang rapat dengan awak tu suka awak.
Tak semua yang bertanya tu ikhlas bertanya.
Ada pertanyaan ditanya cuma untuk menyerlah sisi lemah kita.
Sebaiknya, budak-budak bawah umur tak payah buat kenyataan begini.
Mereka belum matang.
Sebab tu budak-budak umur begini fokus dulu pada sekolah.
Kalau perlu menjawab interview, lebih baik penjaga atau mak bapak tolong jawabkan.
Atau yang paling baik, belajarlah sampai habis sekolah.
Sambung belajar kalau boleh, supaya PR lebih bagus dan matang bila berbicara.

Ada satu lagi kes melibatkan budak muda.
Aku tak sure korang yang ada TikTok perasan ini atau tak.
Budak ni rasanya takde kat IG atau FB.
Biasalah, budak muda kan prefer TikTok.

This girl, umur 19 tahun baru (sebaya Redza).
Aku rajin nampak video ni lalu lalang, tapi video dia takde apa pun.
Seriously, video dia takde objektif jelas.
Kadang dia buat content berlakon dengan adik, content jadi gangster, etc.
Aku sebagai orang tua yang mungkin sebaya dengan maknya, tak nampak apa yang bagus kat video dia.

Terdetik juga di hati, apesal budak ramai followers, dan video dia view semua tinggi-tinggi?
Tahap juta-juta viewers tau. Bukan kaleng-kaleng.
Sedangkan video dia kategori "ntah hape hape ntah".
Lalu, aku anggap aku yang tak sesuai berada dalam TikTok agaknya.
Maybe cara budak-budak TikTok ni lain sikit kot.
Gitu aku berpikir.

Until one day, TikTok asyik keluar pasal dia.
Rupanya dia buat meet and greet.
Ramai akaun Tiktok bercakap pasal ni.
SEMUA. I mean SEMUA video yang orang buat seolah-olah can't wait to meet her.
Ada yang kata dorang bergerak 2 bas dari Johor.
Ada yang kata sanggup apply cuti 3-4 hari dari bos.
Ada yang cakap kensel family day sebab nak jumpa dia.
Hujung-hujung aku rasa semacam pulak bila muncul video yang lebih extreme.
Dorang kata:

"Saya dari UK akan hadir dengan satu chartered flight"
"Saya berhenti kerja sebab bos tak bagi cuti. Asalkan boleh jumpa awak"
"Saya kensel majlis nikah sebab nak jumpa awak"


Dah jadi macam satu 'penganjingan' tau.

Aku tak puas hati.
Aku baca setiap komen dari video-video mereka ni.
Kebanyakkan komen semua menganjing girl tu.

Aku masuk page budak tu semula and check komen pada video-video dia selama ni.
Ternyata gaissss.
Ramai menganjing dia rupanya!
Barulah aku sedar rupanya budak ni famous bukan kerana video dia best, tetapi orang dok membahan dia selama ni.

The thing is, budak ni lurus yakmat!
She took all "pujian" sebagai satu pujian yang real.
Sebab itulah dia berani buat meet & greet, kerana dia percaya dia ramai peminat.
Dia percaya ramai orang nak jumpa dia.
Ya ampunnn. Kesian betul.

Adea satu video tu, dia cakap "Sorrylah, tak dapat tunggu lama. Takpe next time saya buat lagi meet & greet".
Masalahnya meet & greet yang pertama tu tak sampai 10 orang datang.
Tapi dia dah rasa famous gila. Hahahaha.
Itupun ada yang datang semata-mata nak ambik video dia dari jauh pastu mengajing berjemaah.
Kesian pulak aku tengok budak ni bersidai kat mall tunggu orang datang greet dia.
Seingat aku memang tak sampai 10 orang yang datang, itupun sebab kebetulan orang kenal dia bila banyak video menganjing dia buat meet & greet tu.

Ada satu video dia upload "Ini antara yang beruntung sempat jumpa saya hari ni".

Aku macam nak jerit "Noooooooo!!!!".
Nak je aku pekik "Dik, stop it! Satu Malaysia menganjing awak, dik. Bukan puji awak. Awak jadi bahan gelak je ni".

This is why aku nasihat anak-anak muda, carilah peluang untuk sambung belajar.
Kalau boleh, jangan stop setakat SPM.
Zaman sekolah ni lain, dik.
Dunia awak hanyalah dalam compound sekolah.
Dunia realiti agak kejam, ya.
Tak semua yang memuji benar-benar puji.
Tak semua yang merapat benar-benar nak berkawan.
Tak semua yang follow media sosial awak benar-benar follower.
Selalunya yang ramai tu haters je yang buat ramai.
Tak percaya, tengok bila kau achieve something.
Jangankan kata followers, kawan sendiri pun tak ucap tahniah.
Tapi kalau kau jatuh, berjujuk-jujuk menghencap kat ruangan komen.

Masa budak ni buat second meet & greet (aku tak tahu mana dia dapat konfiden buat second meet & greet), dia up video "Saya ada kat sana pukui 4 petang. Pukui 2 hangpa semua dah boleh gerak dah".

Aku tengok macam "Ya Allah, dik. Kenapalah kau lurus sangat tak faham kau sedang diperkotak-katikkan?"

Punyalah ramai orang komen "Ok, kitorang gerak sekarang, 15 kereta dari Melaka", "Ok, done minta cuti kat boss. Kalau boss tak lulus saya sanggup resign demi idola".
Kau rasa??

Yang kesiannya, budak ni percaya.
Dan apa yang lebih teruk lagi, ramai ambil kesempatan gunakan populariti budak untuk benefit.
Sanggup tu, karnival jemput dia datang untuk meriahkan majlis.
Siap minta dia nanyi hiburkan pengunjung.
Budak ni punyala bendul, dia sanggup menyanyi walaupun suara ke 1000 kaki bawah laut perginya.
Kesian pulak aku tengok.
Orang yang tahu, tahulah.
Yang tak tahu, terpinga-pinga kat karnival tu tengok ni siapalah yang konfiden sangat menyanyi ni?

Sejujurnya aku kesian. Kesian dengan budak ni sebab dia tak tahu dia sedang dibahan.
Dia ingat orang memang minat dia betul-betul.
Selepas tu lepas satu, satu video dia up yang aku makin tak faham.
Tapi aku tak salahkan dia. Mungkin teruja ramai orang 'minat'.
Content yang ntah hape hape pun dia balun je upload.

Dah ada dah orang start komen "Gais, should we tell her?"
Bukan apa, kesian.
Benda-benda macam ni la yang menghanyutkan lagi budak-budak.
Dorang masih terlalu muda untuk faham dunia orang dewasa ni.
Sebagai orang yang lebih tua dan, janganlah diprovoke-provoke budak-budak.
Yang mencorakkan mereka adalah kita.

Macam wartawan yang tanya video budak tadi.
Ada ke ditanya "So awak bersetuju dengan kenyataan takde SPM pun boleh berjaya?"
NO! You tak boleh tanya macam tu.
Budak tu umur 15, masih muda untuk berikan jawapan sepatutnya.
Dah lah dia berhenyi sekolah, kau pulak tanya soalan yang buatkan dia merasa keputusan dia betul.
Makin hanyut la jawabnya.
Patut tanya "Umur 7-17 tahun adalah usia untuk tumpukan perhatian pada pelajaran dan persekolahan. Betul tak?"
Biar soalan tu buat dia berpikir balik adakah keputusan aku buat ni betul? 
Bukannya tanya soalan yang akan membuatkan dia keluarkan statement merepek yang menjerat diri sendiri.
Budak-budak kot tu.

2023-07-17

Sekolah kena habiskan.



Hari tu aku komen kat satu page ni, Oh Bulan ke apa ntah.
Berita tentang sorang budak yang bergelar artis (pelakon) berhenti sekolah sebab nak menumpukan perhatian pada kerjaya lakonan.
Aku baca pun pelik.
Budak ni sebatang kara ke camana? Mana mak bapak dia?
Tak boleh ke sebagai orang tua, nasihatkan anak yang tanggungjawab sekarang adalah belajar, bukan bekerja.
Peliknya kecik-kecik dah kena pikir tanggungjawab terhadap kerjaya.
Ni lah jadinya bila kecik-kecik dah masuk dalam environment orang dewasa.
Dia jadi konfius tanggangjawab sebenar.
Dah tak nampak yang pelajaran adalah fokus utama.

Dik, umur kalau tengah muda, memang jarang nak terbayang usia tua.
Perasaan diri tu masih muda, tua jauh lagi.
Nak pulak tengah famous, lagilah tak terbayang lansung yang bila-bila masa je famous tu boleh hilang.
Dulu, zaman internet belum ada.
Nak famous apa caranya? Jadilah artis.

Zaman 90an dulu, artis dari kalangan budak-budak sekolah cukup ramai.
Kejap je famousnya.
Lepas satu, satu artis dari kalangan budak-budak yang masih sekolah.
Siapa je lah yang jadi artis masa sekolah dulu kekal sampai sekarang?
Yang betul-betul MASIH RELEVAN, tak ramai.
Relevan tu maksudnya masih lagi ada produk baru (menyanyi atau berlakon).
Bukan relevan sebab famous jual barang kat TikTok.
Siapa? Ada?
Bell Ngasri kot yang aku terpikirkan.
Itupun dia habiskan sekolah, ya.

Yang hilang tu, bukan kerana takde bakat.
Ada. Tapi, peluang tu dah makin takde sebab setiap tahun industri demand muka baru.
Maka, jangan bergantung pada populariti semata-mata.
Kena backup dengan pelajaran.
Pandai tak pandai itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang, kenapa sampai kena berhenti sekolah?
Lainlah kalau tak mampu finnacially.
Berhenti sekolah sebab miskin, perlu cari kerja untuk bantu keluarga.
This is another story.
Tapi kalau ada duit dan berkemampuan untuk belajar, jangan berhenti sekolah!

Percayalah cakap aku, pelajaran akan bawa kita jauh.
Sekarang mungkin kita tak nampak.
Esok, dah cecah 30-an, slowly akan mula terasa sesalnya.
Dah masuk 40-an makin terasa stressnya.
Sebab apa?
Sebab you started to realize, kau takde apa untuk disandarkan selain bakat yang orang dah tak pandang lagi.

Tak dinafikan ramai artis yang berjaya, tapi berapa kerat yang berhenti sekolah?
Tak ramai.
Sekolah tetap dihabiskan.
Lepas tu kau nak jadi apa pun, gasak.

Even artis-artis yang tak sambung belajar Uni, anak-anaknya semua dipastikan bersekolah sampai habis.
Dorang tak bagi anak-anaknya berhenti sekolah.
Ada yang sekolahnya pandai sebab dia encourage anaknya to be pandai.
Anak dara Faizal Hussein dulu di MRSM Kuala Kelawang (IGCSE).
Anak Rahmat Mega semua ke uni, ada yang sampai peringkat Masters.
Sorang anaknya ke SBP Sekolah Tun Fatimah.
Anak Che Ta pun maknya sanggup berhabis duit biar anak sekolah ke peringkat tinggi.
Masa aku ke wedding Jihan Musa (atas kapasiti blogger), anak Era Fazira jinjit buku latihan, ya.
Sambil makan sambil siapkan latihan.
Parents ni semua tahu industri seni ni bukan semua orang boleh carry.
It's like doing business.
Kalau tak strong, done.
Bila ada pelajaran, at least kalau tak boleh pergi dalam industri seni, you can makan gaji.

Ada someone yang aku kenal.
Bersekolah sampai habis Form 5, tapi tak nak sambung belajar.
Nak jadi influencer, sebab dari zaman sekolah dah berjinak-jinak buat produk review.
Dapatlah merasa hidup mewah sekejap.
After 3-4 tahun, influencer yang baru makin ramai.
Malah, ramai yang lebih famous.
Now, business kurang dapat sambutan.
Dah mula terasa lemau je semangat.

Orang kata dia demotivated sebab business dah tak maju macam dulu.
To me, no.
Dia bukan demotivated sebab business slow.
Tetapi kerana deep down dia started to realize "Ke mana aku nak pergi selepas ni? Aku takde sijil diploma. Aku takde degree untuk disandarkan. Buta-buta sijil SPM saja".
Nak belajar, rasa diri dah tua.
Kawan-kawan sebaya dah habis belajar, dia baru nak bermula. Mulalah terasa segan.
Maka, nak tak nak terpaksa teruskan juga kerjaya yang sedia ada.
Semakin hari semakin hilang semangat.

Ini yang kita tak nak berlaku pada anak-anak muda.
Business is not for all.
Benda tengah gempak, memang rasa diri power.
Rasa diri terpaling pandai berbisnes.
Tak sambung belajar pun takpe katanya, sebab aku mampu jadi kaya, malah lebih kaya dari kawan-kawan yang sambung belajar.
Benda tengah seronok, jarang kaki nak jejak bumi.
Bila dah tersodok, baru jelas mana langit mana tanah.

Kawan aku pernah cakap "Duit tengah banyak memang semua benda kau boleh manage. Tapi kehebatan sebenar adalah manage keadaan ketika duit tak banyak".
Nak manage keadaan ketika takde duit inilah kena pakai ilmu.
Kawan aku yang bercakap ni, dia pernah terpaksa berhenti kerja kerana berpindah.
Cari kerja kat tempat baru, belum ada kekosongan.
Padahal dia ada degree dan pengalaman bekerja di bidang yang sama.
Last-last dia buat kelas.
Pergi dari satu sekolah ke satu sekolah buat talk, buat workshop untuk murid-murid berbekalkan ilmu yang dia ada.
Dia boleh survive menanggung keluarga dengan kerja ni.
Selepas setahun dua, dia akhirnya dapat kerja.
Stop business and makan gaji.
Bukan kerana dia tak boleh buat the business, tapi dia memang tak pernah bercadang nak buat bisnes.
Dia run the business sementara menunggu peluang kerja lain sahaja.

Gitulah dik, orang kalau ada ilmu, ada sijil.
Dengan ilmu dan sijil tu boleh buat bisnes.
Tapi kalau takde ilmu, takde sijil?
Bukan tak boleh hidup. Boleh.
Tapi kau takde pilihan lain untuk disandarkan melainkan teruskan saja apa yang kau dah start.
Tu pasal jadi stress sebab kau takde pilihan.

Again, anak-anak yang bawah umur 18 tahun ni, tolonglah habiskan sekolah.
Kalau menyampah sangat nak belajar, kepala tu dah memang block taknak terima pelajaran, at least habiskan sekolah dulu.
Tapi kalau boleh, dapatkanlah satu sijil -- tak kisahlah sijil kemahiran ke, diploma ke, degree ke.
Jangan kata "Ada sijil tapi kerja sekarang tak guna pun sijil tu".
Jangan cakap.
One day kau akan tahu kat mana sebenarnya kekuatan sijil yang "tak berguna" tu.


2023-07-14

Menyampah dengan kaedah mempromote produk jamu yang hanya fokus pada keintiman.



Entah kenapa, aku menyampah dengan kaedah mempromote produk jamu yang hanya fokus pada keintiman.
Memang dari dulu sampai sekarang, kekdah mengiklankan jamu yang ada manjakani, kacip fatimah and serapat takde lain melainkan bagi ketat ke camana?
Dengan memek muka yang macam puas gila.
Asal produk jamu je, modalnya nak bagi puas suami.
Balik-balik itu je dihighlite.

No, jangan salah faham.
Aku takde masalah dengan produknya, tapi CARAnya.

Aku pun ada produk kategori jamu, Herba Rahsia Rimba.
Look. Herba kampung untuk wanita ni tak jauh beza.
Serapat, kacip fatimah, manjakani.
Pusing-pusing itu juga yang orang lain guna.
Yang membezakan adalah formula.
Dah tu kenapa nak promote berkisarkan hubungan intim tak sudah-sudah.
Sedangkan bahan-bahan tu ada manfaat yang lebih besar, kenapa tak diceritakan.

Ya, aku tahu selling point produk jamu adalah - ketat, grip kuat, tambah ghairah dan segala tok nenek adegan ranjang.
Cuma aku terpikir memang itu je ke jamu korang boleh buat?
Kalau highlite selain dari mengetatkan faraj, produk tu tak laku ke?

Selama aku jual Herba Rahsia Rimba dari tahu 2018 sehingga sekarang, melalui respond customer, aku tahu wanita ada banyak masalah yang lebih besar dari masalah grip!

Contohnya, keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
Dua masalah ni adalah masalah terbesar wanita.
Jauh lebih besar masalah ni dari masalah grip.
Hampir kesemua customer GreenAard yang beli Herba Rahsia Rimba datang sebab ada masalah ini.
Tersangat jarang aku dapat customer yang tanya "Kak Di, HRR ni boleh bagi ketat tak?"
Sangat jarang, ya.
Sebab, cara kita mempromosikan produk akan mempengaruhi jenis customer yang datang.
Kau siang malam pagi petang promote pasal ketat tu ketat ini, dengan memek muka ghairah, lepas tu bila yang komen semua berbaur gatal, kau merempan apesal lelaki semua biadap.
Habis tu, dah kau yang start.

Bukan tak boleh nak promote pasal ketat-metat semua ni. Boleh.
Tapi, biar nampak ilmiah.
Jangan nampak macam kita mewakili bosia-bosia serantau.
Nak promote produk yang berkaitan kesihatan intim macam mengetatkan faraj, penting untuk maintain politeness, integriti and be based on correct information.
Jangan overclaim dan melebih-lebih.
Provide accurate and reliable information tentang bahan-bahan dalam produk tu.
Kalau kau bukan orang sains, at least buatlah bacaan how these ingredients bagi benefits.
Tekankan bahawa mengetatkan faraj bukanlah satu-satunya tujuan produk, tetapi sebahagian dari usaha mempertahankan keseimbangan tubuh badan secara keseluruhan.

Tapi tu lah, bak kata sifu-sifu marketing yang bijaksana kata "Kalau nak cepat kaya, jangan jual fakta. Juallah emosi".
Maksudnya nak jual produk kena pancing emosi.
Tak payah cerita pasal fakta dan sains disebalik produk atau macamana produk tu boleh bantu kau.
Orang taknak dengar katanya.
Just pancing emosi je.
Contohnya macam jamu ni lah.
Kau pancing je perkataan "ketatkan faraj, suami puas". Done.
Berjujuk-jujuk datang beli tanpa soal.
Dalam kepala tu dah dipasakkan "kalau suami tak puas nanti dia cari lain, kau kena tinggal".
Itulah yang dijaja 7 keturunan.

Padahal produk berasaskan jamu/herba kampung ni manfaatnya sangat besar.
Kalau keputihan and period cycle mantap, secara tak lansung hubungan intim menjadi lebih baik.
Bayangkan faraj gatal-gatal?
Kau rasa ada mood nak melayan suami?
Takde punya.

Sama juga dengan period cycle.
Haid yang tak teratur, kejap datang kejap tidak, can affect the balance of hormones dalam badan.
Hormon dalam badan yang kacau-bilau akan affect pula mood.
Punca-punca mood swing adalah sebab inilah.
Bila hormon dalam badan haywire.
Wanita yang haid tak teratur akan alami unpredictable hormone fluctuations, yang kemudian memberi kesan pada their mood and overall quality of life.

Sebab tu wanita yang menopause atau menghampiri menopause dah kurang keinginan untuk seks sebab hormon tu dah mula berkurangan dan haywire di ambang menopause.
Bila mood tak teratur, keinginan seks menurun dan seterusnya hubungan intim kelaut.
We treat them with estrogen.
Bila supply estrogen berterusan dalam badan, kuranglah sikit simptom mood swing tu.
Kalau bukan dengan estrogen kita nak treat dengan apa?
Dengan Saponin.
Saponin ni ada kat mana?
Dalam Kacip Fatimah.

I tell you, ada banyakkkkkkk manfaat lain dengan bahan-bahan jamu/herba kampung selain dari untuk ketatkan faraj kau 24 jam.
Kalau PUNCA kepada permasalah untuk tak dipastikan, no point ada faraj ketat.
Cubalah ubah sikit cara promote jamu.
Ada yang umur macam aku masih lagi guna kekdah yang sama -- asyik-asyik nak faraj ketat. Sampai bila nak kejar faraj ketat ni?
Sampai umur 60?
Tetek dah sampai pinggang time ni, sibuk nak ketat lagi.


2023-07-13

Alternatif untuk orang sakit.


Hari tu ada orang DM aku minta tanyakan En Wan kalau-kalau hibah untuk orang sakit tu ada lagi ke tak.
Rasanya En Wan dah pun contact that person.
Cuma aku nak share kat sini, berdasarkan apa yang En Wan explain kat aku.

Orang sakit memang tak boleh ambil hibah.
Cuma hari tu Prudential ada buka offer sesiapa yang sedang sakit untuk ambil hibah.
Kejap je offer tu.
Ramai client En Wan ambil offer ni. Now dah tutup.
Tapi, En Wan suggest sesiapa yang sakit tetapi nak tinggalkan hibah untuk orang tersayang, boleh buat investment.

Rupanya, kalau korang sakit tapi nak buat hibah, alternatifnya korang boleh buat investment dengan Prudential.
Investment Prudential bersekali dengan hibah.
Walaupun caruman untuk buat investment bergantung pada keadaan kesihatan semasa, tetap ada sedikit hibah dalam tu.
Invesment ni korang boleh buat untuk tempoh 5, 10 atau 15 tahun.
Setiap tahun, CONFIRM dapat cash.
Cash ni nak bawak keluar boleh, tak nak keluarkan pun boleh.

Seperti polisi-polisi Prudential yang lain, investment juga ada tempoh matang.
Kalau medical card, tempoh matang adalah 120 hari.
Kalau hibah, tempoh matang adalah 3 bulan.
Kalau hibah orang sakit, tempoh matang adalah 3 tahun.
Kalau investment, tempoh matangnya adalah 10 tahun.

Katakanlah nilai caruman untuk investment adalah RM350/bulan.
Tempoh caruman yang korang minta adalah sehingga 10 tahun.
Bermakna, selepas habis bayar 10 tahun, kena tunggu 10 tahun lagi baru tamat tempoh matang.
Maknanya in total, korang kena tunggu 20 tahun.
Tetapi, dengan polisi investment, setiap tahun boleh keluarkan cash.

Contohnya gini:

Nilai caruman adalah RM350/sebulan x 10 tahun = RM42,000.

Dari tahun 2 hingga tahun 10, korang dapat RM450 cash.
Yang ini confirm!

Kalau korang buat kira-kira, setahun bayar caruman RM4200, dan dapat cash RM450.
Bermakna korang dapat keuntungan 10.71%.
ASB pun tak bagi banyak ni setahun.
Selama 9 tahun korang dapat RM450 setahun.
In total, dapat RM4050.00.
Nak simpan dalam tu tak keluar-keluar pun takpe.

Ok now dah settle 10 tahun bayar caruman.
Kan tadi aku cakap selepas habis tempoh bayaran, kena tunggu 10 tahun tempoh matang, kan?
Masuk je tahun 11 hingga tahun 19, setiap tahun korang dapat RM900, CONFIRM!
Jadi, in total dapat RM8,100.

Itu tak termasuk lagi dana keuntungan dari investment which is another 5%.
Tak termasuk lagi hibah.
Hibah akan dikira berdasarkan nilai caruman bulanan.

One thing yang korang kena faham, bila ambil polisi investment, yang utama adalah investmentnya, kedua baru hibah.
Keuntungan investment adalah lebih tinggi dari nilai hibah yang akan penama dapat.
Why hibah sikit?
Kerana ini adalah polisi investment, bukan polisi hibah.
Yang buatkan En Wan offer orang sakit ambil polisi investment adalah sebab investment Prudential memiliki hibah sekali.
Investment yang biasa semua kena faraid tau.
Jadi, ini adalah salah satu option kalau orang sakit nak buat hibah, iaitu melalui polisi investment.

Katakanlah sehingga tempoh matang korang masih panjang nyawa, grand total keuntungan investment TERMASUK hibah di dalamnya akan dapat kat korang.

Sebab apa hibah tu korang boleh dapat pulak?

Kerana, ini adalah polisi investment, bukan polisi hibah.
Hibah di dalam polisi investment adalah sampingan saja.
Sekiranya korang mati, penama akan dapat sedikit duit (hibah).
Tapi kalau umur korang panjang, semua dapat kat kau.

Aku belum ambil polisi investment Prudential lagi.
Tengah tunggu green lite dari En Wan.
Tapi En Wan dah ada polisi investment Prudential.
Dia kata, kalau korang ada lebihan duit kat ASB, keluarkan untuk buat investment Prudential ni.
Investment jangan buat setempat.
Biar bercabang-cabang sebab keuntungan investment tak sama.
Kalau letak kat setempat, lambat beranak saving tu.
Tapi, kalau belum buat medical card atau hibah, tolong buat dua ni dulu sebelum buat investment -- ini pesan dia.



Orang perempuan, seram tak dengar video UAI ni?
Aku seram.
Especially bila dia kata wasiat kepada waris tidak sah kerana waris ada faraid.
Bermakna, isteri tidak layak terima apa juga jenis wasiat dari suami, melainkan faraid.

Tetapi, faraid tu siapa dapat paling sikit?

Jawapannya: __________

Ya, pandai. *sambil telan ailio*

Maka, buatlah hibah cepat.
Kalau suami taknak bayarkan hibah, korang buat untuk diri sendiri.
Buat hibah atas nama suami, tetapi penamanya letak nama korang.
Korang bayar every month.
Sekiranya suami meninggal, hibah tu korang dapat.

Now, pak incik ni dah level-level diminta bagi talk.
Dulu paling takut nak bagi talk ni.
Seminggu sebelum kena bagi talk dah prektis 48 kali sehari.
Sehari sebelum talk, demam. Kahkahkah.

Now, tak lagi u olssss.
Dalam gambar ni, dia ada kat ofis.
Big bos tengah bagi talk untuk satu program lain.
Tiba-tiba big boss nampak kelibat dia lalu depan pintu, terus panggil "Tolong bagi talk kejap".
Dia terus grab mic and talk u olssss.
Dah boleh bercakap on the spot.
Khidmat aku untuk buat teks tak diperlukan lagi, ya.
Tapi, khidmat aku untuk appeal case kat underwriter masih diteruskan.
Kalau berminat nak tahu tentang investment, boleh whatsapp dia di sini.


2023-07-12

Disebabkan orang tanya, kita jawab


Disebabkan orang tanya, kita jawab.

Ceritanya, bila aku quit, Mak Aji sangat frust.
Masa tu aku tak faham kenapa dia beria nak aku stay kat sekolah tu.
Kenapa sebelum aku dapat TKC tu dia ok je aku bersekolah harian?
Kenapa nak quit dan kembali ke sekolah harian tak boleh?
It took me bertahun-tahun untuk faham kenapa.

Mak bapak aku bukan lulusan universiti.
Mereka takde peluang nak sambung belajar.
Disebabkan parents aku bukan kelompok belajar tinggi, dah tentu dia bangga anak dia ke elite school.
Terbayang-bayang agaknya cerah masa depan si anak.
Tapi tu la, anak jenis kepala batu. Nak jugak quit.

Dek kerana kecewa sangat aku quit, Mak Aji tak kasi Pak Aji daftarkan aku kat mana-mana sekolah.
Dia suruh aku duduk rumah jadi orang gaji.
Kering hati aku, lagi kering kan hati beliau, kan?
Mak Aji kata "Nak sangat keluar TKC, biar berhenti skolah terus!"
Maksudnya, dah dapat sekolah bagus, nak jugak masuk sekolah biasa, nampak nau tak pikir masa depan.
Meh sini aku jadikan kau takde masa depan lansung.
Gitulah lebih kurang.

Maka bermulalah aku duduk di rumah.
From A to Z kena buat kerja kat rumah.
Mak Aji lepaskan 100% urusan rumah kat aku.
Orang gaji katakan.

Aku pulak jenis hati kering.
Oorang bagi impossible task untuk aku, aku buat sampai jadi!
Aku belajar siang ikan sendiri.
Siang udang. Siang sotong.
Basuh ayam dengan garam and tepung.
Simpan cantik-cantik dalam bekas tupperware.
Kan selama ni kena kerah duduk dapur time mak Aji masak, so aku observe semua tu.
Tu yang sedikit sebanyak aku tahu macamana nak buat.
Lepas siang segala benda, aku memasak pulak.
Aku mengamalkan konsep "Asal jadi lauk. Take it or leave it". Ahgitewwwww 😆.

Dua minggu aku tak bersekolah.
Satu malam Pak Aji tanya “Apa perancangan Diana sekarang?”.
Aku bagitau yang aku masih nak bersekolah cuma tak nak masuk sekolah asrama sampai bila-bila.
Lagipun itu bukan pilihan aku sejak dari awal.
Even masa dapat tawaran pun aku tak excited sangat.
Masa tu tak nampak apa yang bestnya bersekolah jauh dari rumah.
Aku yakin aku boleh belajar kat mana-mana pun sekolah pun.
Pak Aji pun daftarkan aku ke sekolah harian dekat dengan rumah.
Maka, aku kembali ke sekolah.

Walaupun dah bersekolah, kerja-kerja kerahan tenaga di rumah tetapppp kena buat.
Balik dari sekolah, makan.
Lepas makan, basuh baju, sidai baju, sapu rumah, lipat kain, susun kain, sapu laman.
Tau-tau je dah petang. Homework tak sentuh lagi ni.
Petang karang Mak Aji balik dah nak kena tolong dia masak kat dapur pulak.
Pukul 6 pm aku standby depan tv tengok cerita cina.
Ini takleh kacau, ya. Ini “me time” aku.
Lepas dinner barulah boleh buat homework and study.

Itu kalau weekdays.
Hari Ahad lain pula rutinnya.
Tetap kena bangun awal macam biasa.
Pukul 7.30am dorang gi Pasar Kajang.
Syaratnya, dorang balik, rumah dah clean and clear.

Selalunya dorang gerak ke pasar, aku putar mesin baju dulu.
Jangan mandi dulu.
Kalau ada baju belum bersidai, sidai dulu.
Lepas tu start kemas hall.
Vacuum karpet, menyapu, mengemop, mengelap.
Dah settle hall, kemas dapur pulak.
Dapur agak heavy sebab nak lap pinggan mangkuk semalam, susun dalam kabinet, menyapu, mengemop and bersihkan fridge.
Pesen Mak Aji, setiap minggu kena kemas fridge.
Kat dapur, tingkapnya jenis shutter.
Tingkap ni pun kena lap every Ahad.
Nanti mak aku balik dia selet jari dia kat shutter tu kalau berdebu, siap ya kau, Diana.

Kalau baju yang diputar dah ready untuk disidai, kena sidai dulu.
Lepas tu baru beralih ke porch and laman pulak.
Sapu porch, simbah-simbah air lebih kurang.
Sapu laman.
Mak Aji banyak bela pokok bunga kertas.
Hangin betul aku.
Asyik-asyik gugur, asyik-asyik gugur.
Pakkal bunga tu dia punya.
Kalau aku punya, dengan pasu-pasu aku humban ke luar.

Dah habis settle laman, baru cepat-cepat mandi.
Semua kena buat dengan pantas sebab mak bapak balik dari pasar selalunya around 10.30 am.
3 jam je masa aku ada untuk settle semua.
Tak dan nak menung berangan.
Selalunya aku tengah mandi, dorang balik.
Tapi takpelah sebab bawah dah siap kemas.

Nanti dah pakai baju, turun untuk breakfast.
Hari Ahad selalunya dorang bawak balik roti canai dari pasar.
Breakfast dulu.
Selepas tu masuk round ke-2 pula, iaitu kemas barang-barang pasar yang dia bawak balik.
Waktu ni Mak Aji and Pak Aji lepak-lepak kat hall baca paper.
Aku bersilat kat dapur siang ikan, sotong, basuh ayam, udang, kemas and susun sayur, bawang, telur segala dalam fridge.
Nanti dah siap semua baru Mak Aji masuk dapur untuk memasak.
Itupun kerja aku belum habis, ya.
Aku kena tolong-tolong kupas cili bawang, potong sayur.
Kalau takde kerja sangat, kena kopek ikan bilis.
Kalau dia beli sekilo ikan bilis, sekilo tu la aku mengopek bagi perabis sementara dia memasak.
Aku tak berani nak tolong dia masak.
Kat dapur tu banyak ‘weapon’.
Nak-nak lagi pemukul lalat.
Karang salah goreng, tau-tau pemukul lalat tu singgah belakang aku.

Gitulah kerahan tenaga akibat quit asrama.
Dia memang tak kasi chan.
Kau nak sangat keluar, kan?
Buat kau semua kerja ni. Gitu.

Tapi aku tak kisah. Tak rasa terbeban pun.
Terasa nak membuktikan aku boleh buat semua task, lagi ada.
Mungkin inilah beza aku dengan anak-anak aku.
Sebab tu aku suka anak-anak aku stay je kat asrama tu.
Kau duduk rumah pun bukan reti buat semua benda.
Kalau aku buat Redza and Rayyan sebijik macam Mak Aji drill aku, konfem murung budak-budak ni.
Sebab aku tak membiasakan dorang dengan kerja-kerja heavy macam tu selama ni.
Setakat kemas bilik sendiri, sidai baju sendiri -- ada.
Tapi kalau sampai kena buat kerja-kerja rumah macam aku buat, takde.
Kerana dari sejak dorang lahir, ada bibik dalam rumah ni.
Kalau dulu Mak Aji ada bibik, rasanya aku pun takkan lalui kerahan tenaga macam tu.
Maybe dia jadikan aku part time cleaner kat UKM pulak kot.


2023-07-11

KIsah selain dari kejar kereta Pak Aji.


Agak ramai request aku ceritakan apa lagi drama yang aku buat semasa di TKC, selain dari kejar kereta Pak Aji 🤣.
Aksi kejar kereta pun sekali tau, tapi berkali-kali.
Meraung-raung sambil kejar kereta.
Aku syak inilah punca akak-akak senior aim nak ragging aku.
Memekak je budak ni dia kata.

Aku tak sure berapa banyak peristiwa yang aku boleh ingat.
Benda dah lama, kan.
Tapi, yang palingggggg aku ingat adalah, kes aku and kawan nak melarikan diri dari sekolah.

Budak ni namanya Sri.
Dia blok Tun Fatimah (blue house).
Aku pulak sebelahnya, blok Mahsuri (red house).
Aku tak ingat macamana kitorang boleh kenal, padahal lain dorm, lain blok dan lain kelas.
Tapi kitorang jadi rapat.
Kadang-kadang dia datang basuh baju kat blok aku sebab nak basuh baju sama-sama.
Kadang-kadang aku solat di blok dia.

Aku rasa kitorang click sebab masing-masing tak suka stay situ.
Maka terwujudlah plan nak larikan diri dari sekolah.
Sebenarnya aku tidaklah berani sangat nak lari, sebab aku tidak ada strong reason sangat untuk lari.
Yang pertama, takde duit 😆.
Yang kedua, aku tak pressure dari seniors (takde kes ragging ke atas aku).
Yang ketiga, aku takde masalah dengan belajar.
Aku tetap pergi sekolah dan siapkan homework macam biasa.
Reason aku untuk lari cumalah aku tak suka hidup berasrama. Itu saja.
Disebabkan the WHY tak cukup big, jadi pada malam kejadian, aku masih ada perasaan takut dan tak kisah kalau plan nk tak menjadi.

Kitorang lari pada bulan puasa.
Time orang tengah sibuk bersahur ke dining hall, takde siapa perasan kitorang buat hal.
Sri tunggu aku kat water cooler blok Mahsuri.
Masa dia tunggu tu, dia dah siap bawa satu beg kecil.
Aku turun dorm turun-turun bodo sehelai sepinggang sebab aku masih tidak yakin dengan plan tu.
Aku lebih prefer keluar TKC dengan cata terhormat.
Tapi disebabkan dia dah nekad, aku join dengan tak bawa apa-apa.
Bersemangat pula bila tengok member macam berani sangat.

Kitorang jalan berdua ke gate besar. Senyap.
Guard tu tido kau tau.
Bladihel punya guard.
Sri memang nekad gila orangnya.
Dia jalan slow-slow and lepas pagar.
Pagar berbunyi, guard terjaga.
Aku pecut lari ke blok, balik dorm, terus tido.
Tido dalam keadaan berdebar sebab aku saksi kejadian.

Esoknya balik dari sekolah nampak ramai warden kat dorm si Sri.
Aku buat muka rilek balik ke dorm aku.
Budak-budak dorm aku tengah bergosip pasal student lari dari sekolah.
Aku senyapkan diri buat hal sendiri.

Selang beberapa hari, dengar cerita Sri datang balik ke sekolah.
Aku pergi blok sebelah untuk check.
Betul, Sri ada dalam dorm, tengah kemas barang.
Dia cerita malam tu dia lari dan jalan kaki sampai ke stesen bas Seremban!
Jauh, ya dari TKC ke stesen bas.
Pulak tu jalan kaki gelap-gelap.
Dah cerah, dia beli tiket balik Perak!
Aku tak sure lah dia beli bas straight ke Perak atau stop kat Pudu beli tiket lain pulak.
Yang pastinya dia berjaya sampai ke Perak.
Tapi tak balik ke rumah parents, dia balik rumah pakcik dia.
Pakcik dia polis.
Entah apa la agaknya dorang sefamili slow talk, last-last Sri quit dari TKC.

Hari yang Sri balik ke dorm adalah hari last aku jumpa dia.
Aku tak pernah berita dari Sri sebab masa tu aku tak terfikir pun nak minta address.
Tahun-tahun awal aku blogging, aku ada bercerita pasal kes ni di blog.
Tak sangka salah seorang kawan Sri baca post aku dan bagitau Sri dah meninggal sebab sakit.
Kiranya Sri meninggal muda, umur 20-an.

Ada satu lagi percubaan untuk aku larikan diri.
Iaitu masa aku demam dan dibawa ake Hospital Seremban.
Budak-budak TKC kalau sakit dorang akan bawa ke Hospital Seremban.
First time ke hospital, mata aku dah melilau cari lorong-lorong untuk larikan diri.
Tak jumpa peluang sebab cikgu pengiring sentiasa ada dengan kitorang.
Payah nak lesap.
Nak pegi toilet pun ada je mengekor.

Kali kedua ke hospital, aku jumpa peluang tu sebab cikgu pengiring kali ni macam malas sikit nak mengekor.
Tapi tu la, duit yang jadi masalah.
Aku mana ada duittttttt.
Tawakal betul mak bapak aku campak aku kat TKC tak bagi duit, kan?
Buta-buta harap makanan kat dining hall je.

Sekarang orang kata kebanyakan budak-budak SBP especially elite school, datang dari family have-have.
Sebenarnya, masih ada kuota B40 kat dalam tu.
Aku ni dulu kategori B40 jugalah.
Dalam dorm aku ada je budak-budak kaya.
Anak Tan Sri Rahim Tambichik (Ketua Menteri Melaka waktu tu) pun dormmmate aku.
Budak-budak yang bawa mini compo.
Dengar lagu omputih manjang.
Gaya pun tahu gaya anak orang kaya.
Weekend balik bawa bekal KFC.

Percayalah cakap aku, dari zaman TKC dulu sampai TKC sekarang, kuota untuk B40 tu ada.
Janganlah cakap elite school hanya untuk anak orang kaya. Takde maknanya.
Yang buatkan sekolah elite ni nampak macam tempat berkelas adalah sebab golongan yang kaya-kaya ni selalunya hantar anak-anak balik ke asrama dengan kereta.
Sedangkan most anak-anak B40 balik asrama dengan bas, sebab tu orang tak nampak kereta kecik-kecik di perkarangan asrama.
Sebab tu juga orang ingat elite school ni kena kaya atau ada cable besar baru boleh masuk.

Satu je kena ingat.
Elite school ni nak jaga reputasi.
Kalau kau tak layak masuk, walau keturunan kau kaya, tetap tak boleh masuk.
Kalau kau nak masuk guna kabel sekalipun, kau kena buktikan kau layak.

Ada sorang kawan aku kat TKC dulu, jenis lurus.
Dia cerita "Saya 3rd intake. Bapak saya guna pangkat dia untuk masukkan saya kat sekolah ni".
Bapak dia Datuk.
Datuk-Datuk zaman dulu bukan macam Datuk zaman sekarang, bersepah tak tahu hujung pangkal.
Datuk zaman dulu, berwibawa dan benar-benar layak.
Maka dia dapatlah masuk ke TKC, walau 3rd intake.
Tetapi, dia UPSR tetap straight As, bukannya bodoh.
Kalau kau tak dapat straight As, konfem takkan dapat masuk walau bapak kau Tan Sri.

Dulu, walaupun aku bukan kaya, tapi aku tak pernah nampak jurang yang besar antara aku dengan kawan-kawan.
Sebenarnya, inilah perkara best bila masuk SBP, especially elite school.
Walaupun kita tak kaya, tapi kita semua tahu yang masuk sama semuanya yang terpilih kerana pencapaian akademilk.

Zaman dulu, nak masuk SBP tak perlu memohon.
KPM yang akan pilih berdasarkan result UPSR.
Jadi, kalau aku terpilih ke elite school, bermakna kau cream habis.
Mungkin inilah antara sebab aku tak merasa sangat perbezaan ekonomi parents semasa di TKC.
Walaupun dalam dorm aku tu boleh notice siapa yang have-have siapa yang tak, tapi kitorang sama kitorang sembang and berkawan macam takde gap.
Sebab masing-masing tahu kau kaya ke, kau tak kaya ke, kita semua terpilih masuk sini kerana semua straight As.

Orang lain balik dari outing bawa KFC sekotak.
Aku balik dari outing bawa keluar kotak tupperware dalam tu ada ayam drumstick seketul, goreng dari rumah.
Masa tu lansung tak rasa rendah diri.
Rasa proud ada sebab boleh makan ayam. Kahkahkah.
Duduk sama-sama buat makan hadap-mengadap, yang sorang makan KFC, yang sorang makan bekal nasi, yang sorang makan drumstick seketul. Happy.

Antara kes lain yang aku masih ingat, of courselah kes kena nyanyi lagu raya menghiburkan akak-akak senior.
Kejadian berlaku pada bulan puasa.
Tau-tau budak dorm panggil "Diana, Kak L nak jumpa kat bawah".
Kak L ni agak famous di kalangan dorm aku sebab dia suka marah-marah Form 1.
Kuat merempan akak ni.
Nak minta maggi orang pun jerit-jerit. Sakai.

Al-kisahnya akak-akak ni nak hiburan.
Stress belajar SPM nak dekat agaknya.
Akulah jadi mangsa.
Setiap blok ada lounge masing-masing.
Selalunya mak bapak yang datang ke blok Mahsuri, sementara nak tunggu anak turun, parents akan duduk kat lounge.
Malam tu aku kena nyanyi lagu raya Anuar Elina depan akak-akak sakai ni semua.
Aku syak dorang nak tengok aku menangis.
Silap orang la kau.
Aku nyanyi siap bagi pakej goyangkan badan kiri kanan ikut rentak lagu okeh?
Akulah Anuar, akulah Elina.
Naik syeh aku kat lounge tu, dah macam expo aku buat.
Itulah sekali aku kena panggil.
Pastu tobat akak-akak tu taknak panggil dah.
Seram agaknya dorang. Kahkahkah.

Aku rasa kawan-kawan agak shock bila aku quit sebab aku tak nampak seperti orang yang nak quit.
Aku boleh blend dengan kawan-kawan, bersembang, pergi sekolah hari-hari, homework buat.
Tak nampak macam aku akan quit.
Tapi kemuncaknya adalah bila exam, aku tak jawab satu soalan pun.
Tulis nama, dan tido.
That's when aku agak, cikgu kaunselor pujuk Pak Aji bawa aku keluar because aku dah sampai ke tahap tidak mahu buat exam.
Aku yang plan benda ni.
Aku pikir-pikir, TKC ni perstige school.
Dorang takkan allow budak yang tak mahu buat exam untuk stay di sini sebab akan menjatuhkan ranking sekolah.
Jadi, satu caranya untuk aku quit adalah dengan tak buat exam.

Berjaya.

En Wan tanya kalau diberi peluang patah balik ke zaman tu, adakah aku akan stay?

Tak. Tetap quit.
Bukan tak suka sekolahnya.
Cuma aku tak suka hidup diatur.