Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

2018-12-06

Umrah 2018 - Final


Isnin around 10pm kitorang sampai ke Bandar Rasulullah saw.
Syahdunya bila berpeluang kembali lagi ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah.
Dari dalam bas lagi, dikejauhan dah nampak tiang Masjid Nabawi, hati aku dah sebak.
Walaupun tak dapat menatap wajah Rasulullah, tapi setidak-tidaknya kita semua tahu jasad Rasulullah ada di situ.

Di Madinah, stay kat Concorde Taibah, dekat dengan pintu 15.
Umrah yang pertama dulu pun hotel aku dekat dengan pintu 15 ni.
Kat Madinah ni takpe lagi sebab hotel memang semua dekat-dekat je.

Di Madinah, program hanya ziarah, jadi lebih relax, tak terkejar-kejar untuk ibadah umrah melainkan solat fardu saja.
Kalau ikut plan awal memang aku taknak lansung ziarah ke mana-mana kecuali nak melepak kat dalam masjid je untuk habiskan bacaan Quran.
Ditakdirkan period aku yang delay sepanjang berada kat Mekah, dah sampai masanya keluar waktu aku kat Madinah.
Dapat jugak bersolat di Masjid Nabawi cuma tak dapat ke Raudhah kali ni.
Bila tak boleh solat, jadi aku pun ikutlah dorang jalan-jalan pusing Madinah.



Sekarang di sana, bergerak dalam berkumpulan macam ni pun silap-silap kena sound dek polis.
Hari tu beberapa kali jugak jemaah kitorang kena sound.
Maybe dorang tak nak ada group yang sebarkan bida'ah apa-apa kot.
Jadi mutawwif terpaksa bagi penerangan sambil berjalan supaya tak syak apa-apa.

Kali ni ziarah ke muzium di sekitar Nabawi aku tak join sebab dah pegi dah dulu.
Bagi la peluang orang lain pulak masuk.
Aku nak just berlama-lama di kawasan masjid je sebab tak tau lagi panjang umur ke tak nak sampai sini lagi.




Masa ni kitorang ziarah di Sokaifat Bani Saedah.
Ini kali kedua aku masuk sini.
Nampak tak betapa serius-nya muka pompuan yang diri depan sekali tu.
Muka dengar tazkirah macamkan lepas tu nak kena ambik exam ðŸ˜‚.

Semua pakai jaket kan?
Sebab memang sejuk pun kat Madinah.
Aku je wat lek wat pis pakai jubah je tak berjaket tapi lepas tu terus demam.
Cerita tentang Sokaifat Bani Saedah ni aku pernah cerita dah dalam umrah 2015, boleh la klik link umrah yang terdahulu kalau nak tau apa ceritanya.



Ke Uhud lagi.
Masa ni aku dah start batuk and sakit tekak.
Dalam bas tu bersahut-sahut orang batyk termasuk dengan mutawwif sekali.
Tu biasa la kan, dah hujung-hujung tu badan pun dah penat agaknya.
Tapi mujur jugak kat Madinah baru dia nak datang sakit, dibuatnya masa kat Mekah kena macam ni memang lemau la.

Dan cantik dah kawasan makam para syuhada ni.
Kalau tengok entry Umrah 2013 dulu, boleh nampak beza.
Dulu tanah yang aku pijak ni masih berpasir merah lagi.
Dalam masa beberapa tahun je dorang dah ubah seluruh kawasan jadi cantik, sangat selesa untuk orang nak menziarah.

Kali ketiga ke sini, masih buatkan airmata aku mengalir.
Macam tak percaya berpeluang menjejaki langkah Rasulullah sampai ke sini.
Dulu baca pasal perang Uhud dalam buku je.
Tapi sekarang nampak depan mata.

Tahun 625 terjadi perang Uhud di sini di mana 70 orang syuhada mati dan dimakamkan di situ juga. Kat area makam ni akan nampak satu kawasan batu yang membentuk kotak cukup besar.
Dalam area kotak tu ada makam Hamzah bin Abdul Muthalib dan Abdullah bin Jahsyi yang merupakan sepupu Rasulullah saw.

Lepas ziarah Uhud, semua ke Ladang Kurma, tapi aku tak turun dari bas.
En Wan kata aku malas betul nak berjalan kali ni.
Ya, betul.
Aku dah malas, aku nak duduk je dalam bas.
That's why kali ni gambar tak banyak sebab bergambar pun dah malas.



Kalau ambik gambar pakwe ni, aku rajin.

Ini kat Kedai Makan Indonesia, yang penuh dengan orang Malaysia ðŸ˜‚.
First time nampak tempat ni secara tak sengaja masa jalan-jalan lepas Asar.
Terus masuk and nampak lauk-pauk yang menyelerakan, lantasssssssssssssss order dan makan.
Padahal makanan kat hotel pun masakan Malaysia gak tapi saje je la kan, kalau orang tanya dah masuk sini ke belum, boleh la jawab "Dah sampai dah". 

Tak banyak aktiviti aku kat Madinah.
Banyak masa aku habiskan dalam bilik and kawasan masjid je.
Time boleh baca Quran, baca Quran.
Time tak boleh baca, aku baca terjemahan.
Memang lapang je pikiran duduk sana.
Sambil baca terjemahan, tengok langit, nangis.
Sambung lagi baca, tengok langit, nangis.
Kali ni ke sana, rasa sebak sangat nak balik.
Macam terasa-rasa tak dan nak sampai lagi.



Last before gerak ke airport.
Harapnya this is not the last time aku datang sini.

Kalau kita mampu tempuh perjalanan ke sini, banyakkanlah ziarah Rasulullah.
Walaupun tak dapat tengok wajah, setidaknya kita tau dalam tu ada jasad baginda.
Sayang sekali kalau datahg sini tapi banyak habiskan masa ziarah kedai dari ziarah Rasulullah.
Kerana banyak sekali keutamaan yang Allah sediakan untuk kita yang ziarah Rasulullah.
Di samping itu, ziarah ke makam Rasulullah dah jadi hak baginda terhadap umatnya bahkan segenap makhluk Allah.
Bercakap tentang betapa besarnya hak Rasulullah umpama kalau kita berjalan guna kepala menuju makam Rasulullah dari tempat terjauh sekalipun, tetap tak akan dapat membayar hak Rasulullah saw.
Besar sangat jasa Rasulullah pada kita.
Kalau bukan kerana dia, entah apa agama kita sekarang.

Pada yang belum sampai, usahakanlah untuk sampai ke sini.
Pasang niat, insyallah niat yang ikhlas dan baik Allah akan perkenankan.

Allahumma salli wa sallim wa barik ala Sayyidina Muhammadin sallallahu alaihi wa sallam.

Insyallah Rasulullah, saya akan datang lagi.


2018-12-05

Umrah 2018 - Part 4



Siapa kenal dua-dua lelaki yang belah kanan?

Aku tak kenal ðŸ˜‚.
Walaubagaimanapun mereka berdua sangat hensem.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku tak dapat nak locate mana En Wan sebab internet quota aku dah habis.
Selalunya lepas solat kitorang akan berwasap untuk tunggu kat mana.
Hari tu tak dapat locate dia, jadi aku jalan balik hotel sorang-sorang.
Sampai depan entrance hotel nampak ada orang kerumun, takde la ramai mana pun tapi ada la yang kerumun.

Aku jenguk kepala terus nampak Ustaz Oemar Mita (yang sebelah aku tu).
Tahun 2013 aku ke Mekah jumpa Aa Gym di bukit Marwah.
Ni terserempak pulak dengan Ustaz Oemar.
Aku rajin gak dengar kuliah Subuh dia pagi-pagi.

Memandangkan yang berkerumun tu nak ambik gamba dengan dua lelaki yang belah kanan tu, jadi aku approach ustaz kat tepi, "Assalamualaikum Ustaz, saya Diana dari Malaysia. Saya always dengan kuliah ustaz pagi-pagi. Boleh tak saya bergambar dengan ustaz?"

Tanjat ustaz tu aku nak bergamba dengan dia.

Ye lah kan, yang reramai tu nak bergambar dengan mamat dua orang ni, tetiba aku nak bergamba dengan dia.
Rupanya lelaki dua orang tu artis Indo.
Sorry, aku tak tengok sinetron.
Bukan dorang tak glemer tapi aku yang tak kenal.

Ustaz ni pulak gi kenalkan aku dengan dua artis ni "Ini dari Malaysia mahu foto sama-sama".

Agaknya dua orang artis tu hormat ustaz, terus dorang membagi perhatian kat aku.
Blur je orang yang berkerumun tu tengok aku bersembang dengan dua orang artis tu.
Aku cuak gak ni, sambil berdoa janganlah dia tetiba tanya "Mana satu filem saya yang kamu suka?"
Mampus aku nak jawab.

Senyum lebar aku masuk bilik tunjuk kat En Wan aku bergamba dengan ustaz ni.
En Wan tau aku memang suka layan kuliah Subuh dia.
Alhamdulillah, dah 2 kali jumpa ustaz feveret di Mekah.



Ini makan malam di Muzdalifah.
Cantik gila sunset kat sini.

Ni salah satu itinerary Simply Umrah yang aku teruja nak pegi.
Dua umrah sebelum ni memang setakat lalu je kat Muzdalifah, tak pernah stop pun.
Tapi Simply Umrah wujudkan pakej ni.

Muzdalifah merupakan tempat terbuka di antara Mekah dan Mina yang menjadi tempat jemaah haji singgah dan bermalam setelah bertolak dari Arafah.
Maksudnya kalau pegi haji je baru lepak sini.
Kalau pi umrah memang tak lepak sini.

Malam tu di sini kitorang bersolat Maghrib and Isyak, in between ada sikit tazkirah oleh mutawwif and disudahi dengan makan nasi Arab.



Ini mutawwif Bas 2 - Ustaz Luqman.
Baru umur 27 tahun, ex-student di Universiti Madinah.
Kelakar ustaz ni dan ilmunya tinggi.
Bagus ustaz ni, disebabkan dia biasa di sana jadi penerangannya jelas.
Sirah tentang setiap satu tempat tu pun jelas sangat dia explain.



Mutawwif Bas 1 is ustaz Syed Kadir yang pakai jubah putih tu.
Malam tu dia yang bagi tazkirah tapi yang mengimamkan solat adalah Ustaz Luqman.



Ustaz ni macam biasa aku nampak tapi aku tak sure aku nampak di mana.
Tapi baik ustaz ni, suara lembuttt je.
Ilmu pun tinggi.
Dia datang dengan wife dia.



Bab kongsi makan satu loyang ni yang buatkan aku hmmmm......tapi takleh nak elak.
Bedal ajelah jangan banyak bunyik.
Malam tu makan nasi Arab with kambing.
Ya ampun sedap gila oi!!!
Arab kan kalau hidang makanan bangsa membuak-buak kan.
Memang tak habis seloyang tu tapi kambing habis aku ratah.

Malam tu balik ke hotel sambung cari eksrim pulak.

Ada satu hari tu nampak kitorang nak ke masjid.
Keluar je bilik nampak sorang pakcik ni terpinga-pinga cari nombor bilik.
Dia berkain ihram.

En Wan tanya "Pakcik cari bilik ke?"

"Ya, tapi macam lain je hotel ni"

Mujur la pakcik tu tak tanggalkan kad umrah dia, sentiasa bersangkut kat leher.
Rupanya dia hotel belakang lagi.
Jadi aku berpecah dengan En Wan.
Aku masuk masjid, En Wan carikan hotel pakcik tu.

Situasi ni ada terjadi kat sana beberapa kali.
Dan seperti biasa some people akan anggap itu kifarah dosa.

Tak jumpa pintu hotel = banyak buat dosa.
Tak jumpa pintu keluar masjid = banyak buat dosa.
Tak jumpa jalan balik = banyak buat dosa.

Alahaiiiii...kau ni banyak sangat baca Mastika ni.

Cubalah latih sikit cara berfikir tu ke arah mencari solusi, bukan menjatuhkan hukum.
Simple je kot, dia tak jumpa jalan balik, kita tolong carikan jalan.
Dia tak jumpa pintu hotel, kita tolong carikan hotel dia.
Ini tak, asal orang tu sesat terus "Banyak dosa dia ni!"

Ingat yang pi Mekah ni semua suci dari dosa ke?
Disebabkan banyak dosa lah maka Allah jemput kita ke sana untuk mensucikan diri.
Tempat orang yang banyak dosa memang kat masjid.
Kerana kat masjidlah kita banyak buat solat taubat dan mendekatkan diri dengan Allah.
Jadi tak perlulah bajet diri sangat baik.

Pernah tak kita terbaca tentang kisah orang yang pergi ke Mekah berjumpa dengan malaikat?

Katanya dia dibantu oleh seseorang sehingga dia nampak jalan keluar dari pintu masjid.
Katanya, dia dibantu oleh seseorang sehingga dia dapat masuk ke dalam Hijir Ismail.
Katanya, dia saat dia lapar sangat tetiba ada orang hulur air and kurma.

Dan orang yang dibantu tu pun menganggap mungkin yang membantu tadi adalah malaikat, sedangkan boleh jadi yang membantu tu memang manusia biasa.

Yes, ada possibility di sana ada malaikat.

Tetapi, kita juga boleh jadi "malaikat".

Kenapa kita nak jadi penghukum kalau kita boleh jadi "malaikat"?

Nampak ada orang lain block tempat sujud seseorang, cepat-cepatlah tegur orang tu supaya beralih tempat.

Nampak ada orang susah nak bergerak, pimpinlah tangan dia.

Nampak ada orang blur-blur tak jumpa arah, tanya kalau-kalau kita boleh tolong.

Simple je.
Dalam ramai-ramai orang di sana kenapa Allah pilih kita untuk terserempak dengan orang yang sesat?
Mesti ada sebab kenapa kita yang dipilih.
Kalau di tempat suci begitu pun belum mampu membuatkan kita berfikir yang baik-baik, itu petanda masalah besar.
Boleh jadi kita sebenarnya yang Allah sedang uji, bukan dia.



Tak banyak gamba yang aku ambik kali ni.
Aku macam terasa takde lansung gambar aku ber-background-kan Kaabah.
Ni pun teringat nak ambik sebelum gi tawaf wida.

Alhamdulillah, 8 hari di Mekah Allah izinkan aku beribadat, bebas dari haid.
Untuk yang period regular macam aku, inilah yang merisaukan kalau nak ke umrah.
Nak pulak jenis macam aku ni kalau sekali datang 9-10 hari terus.
Tapi kali ni period delay sampai 10 hari, memang kuasa Allah.

Allah always ada perancangan di sebalik apa yang diberikan kepada kita.
Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kita perlukan, walaupun kadang-kadang tu tak sesuai dengan keinginan dan harapan kita.
Ketika Allah bagi sakit pasti ada hikmah di balik sakit kita.
Mungkin Allah mahukan kita jadi hamba yang lebih sabar, atau Allah mengetahui apa yang diinginkan tubuh kita iaitu berehat sehingga sel-sel dalam badan jadi lebih segar dan bila sembuh nanti membuatkan kita dapat melakukan ibadah dengan lebih baik lagi.

Ada beberapa DM yang respond pada blogpost sebelum ni yang bagitau dorang pernah ke sana tapi tak berpeluang buat umrah lansung sebab haid.

"Kami akan menguji kamu dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan" (Ibnu Abbas).

Dari ayat ni, kita tahu bahawa penyakit merupakan sebahagian daripada ujian Allah.
Begitu juga dengan haid sewaktu melaksanakan umrah.
Tetapi di sebalik ujian ini, terdapat pelbagai rahsia dan kebijaksanaan Allah yang gagal ditafsir dengan baik oleh kita.

Haid ketika umrah akan menjadi kebaikan buat kita kalau kita bersabar.

Nampak macam "Alahhh...aku tak dapat buat umrah. Aku tak dapat pahala umrah".

WAIT.

Perhatikan ayat bawah ni :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya." (Az Zumar, 10).

Pahala bersabar TIADA BATAS.

Jadi, kalau kita terhalang dari melakukan ibadah umrah ketika di sana disebabkan haid, bersabarlah.
Allah nak bagi kita pahala sabar yang jauh lebih besar dan tiada batas.
Jangan terlampau tumpukan pada satu jenis ibadah saja sedangkan ada banyak lagi ibadah lain kita boleh buat ketika dalam keadaan haid.


2018-12-04

Umrah 2018 - Part 3


Ziarah ke Taif memang tak ada dalam pakej.
Masa di Mekah, mutawwif tanya kot-kot ada jemaah yang nak ke Taif dorang boleh arrangekan transport tapi kena bayar SAR150.
Rupanya semua pun memang nak pergi Taif.
Aku pun join la sekali kan sebab dua kali umrah yang sebelumnya takde pun option ziarah Taif.
Nak gak tengok apa ada kat sana.

Taif ni kawasan sejuk macam Cameron.
The day yang kitorang pergi tu 15C.
Takde la sejuk sangat kan, macam full blast aircond je.
Masalahnya, kat Taif tu berangin.
Sekali angin dia menderu, sampai ke pundi kencing dia punya gigil.

Yang heran tu kat tempat sejuk-sejuk macam ni boleh ada theme park and water park.
Aku takleh brain apesal kat tempat sejuk ada water park?
Mutawwif aku ex-student sana, dia kata dorang punya water park bukannya warm water tapi memang cold water.
Memang tak la aku nak terjun kat dalam tu.
Tapi kitorang tak masuk pun kat theme park tu, lalu depan je.

Sebenarnya punca aku nak ke Taif ni aku nak tengok tempat miqat Qarn al-Manazil tu.
Selama ni kalau kita dari Malaysia turun Jeddah kita akan niat ihram atas flight bila kapal terbang tu lalu atas Qarn al-Manazil.
So now ada peluang ke sana, nak la tengok apa rupa tempat tu.



Di Masjid Ibnu Abbas, Taif.

Masjid ni masjid wajib singgah kalau ke sana.
Di sini ada kubur 11 para syuhada yang kesemunya di kalangan sahabat Rasulullah saw.
Disebabkan ada perkuburan para syuhada inilah, masjid ni dibangunkan di sini.
Masjid ni dinamakan sedemikian bersempena dengan nama Abdullah Ibnu Abbas, sepupu Rasulullah saw.

Masa dia lahir, Rasulullah saw dah dewasa.
Ceritanya, Rasulullah saw pernah menimang Ibnu Abbas dan mendoakan Ibnu Abbas dengan cara meletakkan air liurnya ke mulut Ibnu Abbas.
Kemudian Ibnu Abbas didoakan khusus menjadi ahli ilmu dan menjadi orang yang sangat dikagumi dan dijadikan sandaran atau rujukan khususnya Al-Quran, tafsir, dan hadis.
Banyak hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Abbas.



Ni kat kilang rose.
Di kilang ni dorang produce perfume, attar, bedak, krim, serum - yang semuanya berasaskan rose.
Kiranya kilang ni dikelilingi oleh pokok bunga rose.
Ada satu perfume tu harga dia SAR200 sebotol.
Dia punya bau sebijik bau karpet MasjidilHaram.
Rupanya betul kilang ni supply fragrance spray untuk MasjidilHaram.
Tapi aku tak beli lah, sebab aku tau aku takkan pakai punya.
Perfume kat rumah aku ni pun ada yang 3 tahun tak habis pakai lagi.

Gambar aku melanguk atas ni sebenarnya aku tengak tengok presentation macamana dia proses rose tu jadi minyak wangi.
Dia guna teknik steam distillation proses macam buat EO.
Kat sini dorang jamu kitorang dengan teh rose.
Sebenarnya bukan teh rose tapi teh biasa yang dititikkan dengan EO rose.



Ni tengah menikmati teh rose di ladang rose.




Kat depan kilang tu ada jual kekacang macam ni.
Tapi tak sedap lansung.
Aku rasa je dulu, dah dia kata "Halal! Halal!", aku bedal lah setiap satu.
Tak sedap pun, jadi tak beli.
Dah la takde penimbang, aku tak tau camana dia sukat.
Main senduk senduk gitu je pastu dah.
Eh tak kuasa aku.

Masa kat Ji'ranah pun sama.
Murah memang murah.
Pistachio SAR50/kilo tapiiiiii half of the kacang payah nak bukak.
Baik kau beli kat Mekah, walaupun mahal tapi kualiti.
Sometimes yang jual murah-murah ni bukannya sedap sangat pun.

Mutawwif aku ajar kalau nak beli kurma fresh, datang la Mekah bulan 6-7.
Sebab kurma berbuah setahun sekali, musim panas.
So kalau macam aku baru pegi bulan ni Nov kan, bila orang tu kata "Ini kurma fresh", tu maknanya kurma tu adalah 4 bulan lepas punya.
Memang fresh lah sebab itu kurma yang berbuah tahun tu jugak cuma not really fresh macam semalam petik hari ni jual.
Kebanyakkan yang jual kat pasar-pasar tu ada yang kurma tahun lepas punya.
Masih boleh dimakan tapi kering sikit.



Pakej ke Taif ni sekali dengan makan.
Takleh nak demand sangat ya, apa dia hidang itulah yang kau makan.
Nasib baiklah jugak tekak aku serasi dengan nasi Arab, belasah je.



Sebelum balik ke Mekah, singgah pasar buah-buahan kat Taif.
Buah memang banyak dan fresh tapi aku dah kesejukan, terus mati selera nak membeli.
Merasa pun tak.
Aku nak cepat-cepat naik bas and tido.
En Wan beli la jugak stoberi sebekas yang aku tak tau dia makan ke tak.

Kali ni ke sana aku tak berapa sangat nak membeli.
Bawak SAR5000, penyudahnya aku beli 5 jubah je untuk aku.
Yang selebihnya aku serahkan kat En Wan ikut kebijaksanaan dia lah nak membeli apa pun.
Dah tak kuasa dah aku nak berjalan keluar masuk kedai.

Tapi pandai pulak tu bershopping, tau-tau je dia bawak balik "Ni abang beli sejadah, untuk mama, jubah untuk papa, baju baby untuk Widad....".
Yang bininya rilek je duduk dalam hotel membesarkan bontot.



Yang ni aktiviti hari Jumaat di sana.
Ramai orang ke masjid kalau Jumaat, jadi ambik peluang la nak pass-pass sikit makanan.
Berkilo-kilo laki aku beli cokelat kurma, camana dia pass-pass pun aku tak tau.

Hari Jumaat tu, aku dah start sakit tekak.
En Wan kata aku sakit tekak sebab banyak sangat mengaji.
Bunyiknya macam tak lojik, kan?
Tapi bila pikir-pikir balik, aku rasa ada lojiknya.
Sebab aku kurang minum air kat sana.
Jadi bila kurang minum air potensi nak sakit tekak tu memang ada.

So Jumaat tu dah terasa macam nak demam (maybe sebab sakit tekak).
En Wan tak kasik aku ke masjid, dia suruh aku duduk dalam bilik je rehatkan diri.
Bila dia keluar ke masjid, aku dah mula tak sedap hati.
Macam nak ke masjid, tapi macam nak rest.
Hati tu nak pegi sangat tapi at the same time takut kesihatan aku makin melarat.
Dah la ada seminggu lagi kat sana, kalau melarat karang satu apa pun takleh buat.

Dah pukul 11.45am waktu tu, Zohor 12.08pm.
Aku tau kalau aku pi pun memang takkan boleh masuk masjid dah.
Tapi entahlah, tau-tau je aku bersiap-siap and keluar ke masjid.

Dari dataran masjid dah nampak setiap pintu dah di block dengan pagar.
Ada la jugak mak-mak dan pak-pak Arab yang degil rempuh jugak masuk.
Mana yang lembut-lembut ni set-set negara Asia yang akur je bila guard tak kasik masuk.
Memandangkan aku pakai serba hitam, boleh jadi dia tak perasan sangat sebab yang pakai hitam ni selalunya mak-mak Arab.
Guard-guard ni kebanyakkannya berani dengan set-set pakai telekung putih (Asia).
Jadi, dapatlah aku menyelitkan diri masuk dalam masjid.

Aku punya port dalam masjid is tempat beraircond.
Depan sikit dari tempat aircond ni ada new extension masjid yang hanya berkipas.
Yang new extension ni dekat dengan mataf (Kaabah).
Tapi aku taknak solat area tu sebab aku tau aku akan stay terus sampai Isyak dalam masjid untuk baca Quran so aku nak ruangan ber-aircond supaya selesa.

Bila aku dapat mencelah masuk ke dalam masjid, aku aim untuk ke ruang solat beraircond.
Tapi setiap ruang solat tu pun dia block and setiap pintu masuk tu dijaga oleh guard.
Takde sorang pun boleh melepasi masuk ruang solat sebab dah too crowded.
Dia suruh aku keluar solat kat dataran.
Aku pun dah cuak je time tu sebab semua tempat memang dah bertutup.
Nak taknak aku kena try cari kat area berkipas.
Tapi area tu pun dah penuh.
Aku just ikut je la gerak hati and langkah kaki.
Aku percaya, mesti ada ruang untuk aku bersujud dengan selesa kat dalam ni berbanding dalam hotel.
Kalau tak, kenapa aku berat sangat nak masuk dalam masjid walaupun dah tau dari awal masjid memang dah penuh.

Jalan punya jalan, terus nampak tangga ke mataf.
Aku pun turun.
Dah nampak memang takde ruang.
Semua berpagar dah siap ada yang kena halau dek polis kat bawah tu.
Tapi aku menyelit gak masuk dalam pagar tu.
Dapat tak dapat tempat lain cerita yang penting aku masuk pagar dulu.
Kalau masuk pagar dah kira selamat dah dari kena hambat dek pak polisi.

Satu yang aku tak berapa berkenan solat kat mataf ni bukan apa, saf dorang bersimpang-siur sebab takde sejadah.
Jadi sesuka hati je dorang nak pasang saf sendiri.
Tapi takpelah, janji ada tempat nak solat.
Di celah-celah ibu-ibu Indonesia aku mintak izin "Ibu, boleh saya solat di sini?"

Dia angguk.




Elok je aku duduk celah ibu-ibu tu, 3 orang jemaah Turki depan aku beralih tempat.
Aku tak tau kenapa dia keluar dari saf.
Terus aku tolak badan aku ke depan.

Nah!

Nak selesa sangat?
Ni Aku bagi kau tempat yang cukup selesa.
Kalau tak khusyuk jugak tak tau lah.
Agaknya itulah Allah kata.

Alhamdulillah.
Memang inilah rupanya tempat sujud aku hari tu.

Aku memandai-mandai kata ruangan solat beraircond tu tempat paling selesa untuk aku beribadat dan mengaji.
Rupanya di ruangan mataf ni aku dapat solat dengan sangat tenang and selesa sekali.
Tempat sujud yang sejuk.
Walaupun kat dataran tapi terlindung dari matahari.
Dapat terus pandang Kaabah.
Siap dengan pakej muhasabah diri.
Maunya tak, sebelah kiri aku jemaah dari India yang lansung tak boleh berdiri, hanya duduk saja tapi sehingga waktu azan, dia tak habis-habis bersujud bangun bersujud bangun.
Dalam hati aku kata, orang ni hanya perlukan tempat untuk bersujud, tapi aku demand nak tempat beraircond baru boleh khusyuk??? *PANGGGGGGG sedas*

Pakej airmata sepanjang Zohor hari tu.
Terima kasih Allah kerana teguran ini.
Dan terima kasih untuk makcik tu kerana Dia membuatkan airmata aku laju turun sepanjang solat taubat.
Simple things macam tu buatkan kita (aku) always terlepas pandang.
Rupanya untuk khusyuk tak perlukan tempat yang selesa beraircond, cukup jiwa yang mendekat pada Allah.
Dalam keadaan saf yang bersimpang-siur dan tempat sujud yang sempit, airmata aku masih mampu mengalir.
Terlampau banyak kelebihan yang Dia dah bagi pada aku, malu rasanya asyik meminta sedangkan amalan masih sikit, tapi demand lebih.

Rupanya menjadi tetamu Allah yang istimewa bukan sekadar dapat stay di hotel yang dekat dengan masjid, dapat bilik hotel mengadap Kaabah atau dapat makan yang sedap-sedap.
Tetapi lebih dari itu.

Diberikan petunjuk untuk memahami hikmah dari sebuah kekurangan pun salah satu bentuk rezeki dari Allah.
Dan aku bersyukur, Zohor hari tu Allah buka mata hati aku untuk memahami apa maksud "tetamuNya yang istimewa".

That makcik India adalah salah sorang tetamuNya yang istimewa.
Dia walaupun kaki sakit, tetap gigih datang ke Mekah untuk beribadat, sanggup pulak berjalan dari belakang ke depan hanya untuk bersolat sedekat yang boleh dengan Kaabah, dan dalam keadaan serba kurang dia masih usaha untuk bersujud sebanyak yang boleh.
Orang macam ni lah competitor kita semua untuk ke syurga.
Boleh jadi di akhirat esok tempatnya 1000 langkau dari kita di depan.

Mungkin inilah sebenarnya yang Allah nak tunjuk kat aku hari tu.

Dia beratkan hati aku untuk tetap melangkah ke masjid dan usaha untuk masuk dalam kawasan masjid bukan semata-mata untuk letak aku dekat dengan Kaabah tapi nak kenalkan aku dengan sorang tetamuNya yang cukup istimewa untuk aku jadikan pengajaran.

Dia letakkan aku solat bersebelahan sebelah makcik India tu untuk melihat sejauh mana aku nampak hikmah disebalik sebuah kekurangan.

Dan boleh jadi asbab dari itu Dia memberikan aku ilham untuk menjadikan kisah ini sebagai tauladan buat semua pembaca tentang apa yang dimaksudkan dengan "tetamu yang istimewa".

Aku tak pasti if aku dapat jadi seistiqomah makcik India tu dalam urusan ibadah.
Tapi aku harap jari-jari aku yang menulis cerita ini untuk tauladan umum akan menjadi hujah kuat aku di akhirat esok bahawa aku pernah menceritakan kebesaran Allah melalui penulisan, atas nama dakwah.






Inilah yang dikatakan buat promo sampai 7 Dec tapi semalam free gift sebenar dah lichennnn (Cleansing Gel 25ml). Memandangkan promo ni berbaki 3 hari lagi jadi kita gantikan dengan mug je la ya.



2018-12-03

Umrah 2018 - Part 2


Alhamdulillah, dah sampai KLIA, Jumaat 30 Nov.
Balik dengan sepakej demam, selsema, batuk, sakit tekak and period.
Sejak dari sampai rumah petang Jumaat sampailah ke hari ni, aku tak tau cerira-ceriti apa yang berlaku di persekitaran melainkan tido dan tido.
Bukannya penat sangat pun tapi batuk.
Jadi dek kerana mentekedarah ubat batuk banyak sangat, maka tido pun terpaksa banyak jugak.

Ya ampun nikmatnya dapat tido atas katil sendiri!
To be honest, sejak berangkat 19 Nov lepas, aku tak tido dengan sempurna.
Perjalanan pergi and balik, masing-masing 9 jam journey, walaupun dengan keadaan seat yang selesa, masih tak mampu buatkan aku nyenyak tido.
Aku ni agaknya kalau dibagi duduk kat kokpit sekalipun tetap takleh tido.
Tapi alhamdulillah asbab ketidakselesaan tu aku dapatlah mengaji sikit.



Kalau nak tau, the day aku pi umrah tu was the same day adik aku tau yang aku nak ke umrah.
Adik En Wan pun sama, dia kata baru hari tu dia dapat tau kitorang nak ke sana.
Padahal mak bapak aku tau pasal ni tapi memang sejenis keluarga yang malas nak kecoh-kecoh agaknya, sampaikan adik-beradik sendiri pun tak tau cerita kakaknya nak berangkat dah petang tu.

Lagipun ini umrah kali ketiga, bukan yang pertama.
Kalau pertama dulu memang kecoh sekampung. Hahaha.

Kali ni pun tak banyak gambar yang aku ambik.
Kali ni malas betul nak bergambar sakan macam dulu-dulu.
Maybe sebab dah pernah sampai.
Atau maybe sebab dah tua.
Kali ni tumpuan lebih kepada nak duduk dalam masjid berlama-lama.
Alhamdulillah, Allah perkenankan.

Perjalanan ke sana bermula pukul 6.50pm, sampai pukul 10.50pm waktu Jeddah (Malaysia 3.50am).
Sepatutnya aku tido dalam flight sebab nak kumpul tenaga untuk buat umrah.
Kalau nak ikutkan macam yang lepas-lepas, dari proses imegresen, perjalanan ke Mekah and umrah akan ambik masa another 5 jam untuk settle.
Kalau aku tak tido atas flight, bermakna aku dah berjaga lebih dari 24 jam, itu sangat melemaukan.

Tapi nak buat camana, kalau dah sejenis penakut naik flight.
Orang lain sedap je bantai membuta.
Aku terkebil-kebil.
Tapi alhamdulillah, asbab ketakutan tu dapatlah aku habiskan 5 juzuk kat atas tu.
Mesti orang kiri kanan kagum dengan level 'keimanan' aku, sampai tak tido semata-mata nak mengaji, padahalllll.

Maunya tak, asal aku nak stop baca Quran je, masa tu la si kapten buat announcement "Kita sedang mengalami cuaca buruk, sila kembali ke tempat duduk masing-masing".
Ada la kot 4 kali announcement macam tu.
Mau tak cuak aku?



Umrah pertama selesai pada 20 Nov, 4.15am (Malaysia 9.15am).
Dalam keadaan takut-takut sebab memikirkan kot-kot period muncul tengah jalan, akhirnya sepanjang 8 hari di Mekah aku dapat beribadat dengan baik, period delay sepanjang tempoh tu.
Alhamdulillah.

Day 1 di sana, lepas umrah, terus balik hotel dan tido.
Tapi tu la kan, walaupun penat tapi memandangkan kepala tu dan tau itu waktu siang, tetap tak dapat nak tido berlama-lama sangat.
Pukul 11am macam tu dah terjaga and terus siap-siap nak ke masjid.

Itulah rutin kitorang di Mekah dalam kebanyakkan masa.
Kalau hari yang takde ziarah tu, memang itu je lah rutinnya.
Banyak bergerak sendiri-sendiri sebab aku nak menghabiskan bacaan jadi aku pilih untuk lepak dalam masjid je.
En Wan yang banyak bergerak sikit dari aku, kejap dia pi dobi, kejap dia pi belikan makanan, kejap dia pi tambah internet quota aku, etc.
Orang lelaki takpe, lagi 10 minit nak masuk waktu pun ruang kosong masih banyak.
Kalau pompuan jangan buat pasal, 30 minit sebelum masuk waktu kau dah tak jumpa tempat nak berdiri dalam ruang solat tu.

Tapi tu la, disebabkan aku plan nak duduk dalam masjid, jadi aku sengaja mengelak dari makan and minum dengan banyak.
Karang asyik nak terkencing je pulak.
Tapi bila dah kurang minum tu, macam-macam sakit dapat.
Bibir kering la, tekak sakit la.
Tapi itu memang biasa.
Dari umrah pertama sampai now, memang itulah penyakit yang paling senang nak dapat kalau kurang minum air.



Day 1 lagi En Wan dah settlekan pembelian sejadah Raudhah untuk lucky draw GreenAard.
Ada 3 sejadah untuk dimenangi.
Bayang-bayangkanlah bersujud dalam Raudhah bila pakai sejadah ni, mudah-mudahan sampai hajat nak ke sana nanti.



Inilah pizza yang wajib singgah everytime ke Mekah.
Kali ni 3 kali aku repeat pizza ni.



Tengok dia punya cheese pizza, dah macam roti nan okeh.



Ni la ubat batuk aku masa kat Mekah.




Ziarah ke tempat-tempat wajib like Jabal Rahmah and Masjid Ji'ranah aku ikut, sebab nak bermiqat.
Tapi dah takde dah nak bergamba macam dulu.
Ni je la yang ada pun, gambar eskrim.

Ziarah ke Hudaibiah lansung tak pergi sebab aku nak baca Quran dalam masjid.
Takde apa sangat pun kat sana, tengok ladang unta je.
Tak kuasa aku.

Alhamdulillah, kali ni aku dapat bacakan semua doa-doa yang dikirim.
Kalau nak ikutkan, macam tak sempat je nak bacakan doa semua orang sebab jumlahnya sangatlah banyak.
Kat IG saja more than 500 request masuk.
Belum lagi kat FB, whatsapp and email.
Mula-mula aku dah cuak juga sempat ke tak aku nak baca semua doa ni sebab kalau boleh aku nak khatam Quran di sana, taknak lah sampai ibadah aku terganggu dek kerana nak membaca doa orang, ye tak?

Haaa....sampai gitu sekali setan menghasut.
Tu pasal aku cakap setan ni sangat experience bab menghasut.
Kalau dia tak berjaya hasut kita buat benda jahat, dia akan hasut kita untuk berkira-kira buat benda baik.

Betul cakap ustaz aku, bila kita banyak baca Quran, Allah akan bagi kita waktu (masa) yang sangat barokah.
Apa yang kita buat semuanya sempat.
Aku dah nampak jelas dah kebenaran kata-kata tu.
Walaupun aku kena menyampaikan doa, tapi aku masih mampu menghabiskan sehingga juzuk 21 di Mekah.
Roughly 2 juzuk sehari (tolak 5 juzuk yang aku baca atas flight).
Itulah the beauty of urusan ibadah.
Kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut kita sekali.
Nampak macam tak sempat nak bacakan doa orang, tapi Allah bagi masa yang cukup barokah.

Macam yang aku cakap dalam previous entry, setiap 20-25 doa aku satukan dalam 1 solat hajat.
Seronok pulak bila aku berpeluang bersolat hajat berkali-kali dalam masjid.
Ye lah, kalau bukan kerana doa-doa ni, aku pun tak jumpa sebab untuk aku solat hajat berkali-kali.

Kiriman doa ni banyak membuka mata hati aku betapa ramai di luar sana yang diuji dengan macam-macam dugaan yang sangat hebat.
Setiap kali aku terkesan dengan doa tu, aku buat solat taubat untuk diri sendiri.
Berkali-kali.
Berjurai-jurai airmata aku.
Terasa selama ni aku selfish sangat asyik meminta-minta tapi kurang bersyukur.
Jadi umrah kali ni Allah hadirkan beratus kiriman doa untuk aku baca and muhasabah diri betapa aku ada banyak perkara yang boleh disyukuri.

Terima kasih kat korang yang sudi berkongsi rasa dengan aku.
Koranglah yang banyak buatkan aku bertaubat di sana.
Thank you so much.



Diana dan makanan berpisah tiada.

Kali ni di sana kitorang banyak makan di luar berbanding hotel.
Sebab makanan kat hotel adalah makanan melayu yang dimelayukan oleh Pak Arab, jadi hasilnya tak sedap lansung.
Nasik goreng pun pakai beras Arab u olls.
Jadi sebelum mulut aku celupar mengkondem macam-macam kat sana, baiklah aku membawa diri ke cafe yang berdekatan.

Kali ni aku ambil pakej Simply Umrah.
First time jugak dengar pakej ni.
Kitorang jumpa pakej ni masa kat Matta Fair bulan 8 hari tu.
Takde plan pun, saja je cuci mata.
Pastu lalu kat area umrah then En Wan cakap "Jom pi umrah nak?"

Aku ni kalau nak ajak aku duduk lama dalam flight kalau selain ke umrah memang payah sikit aku nak setuju.
Kalau sebut umrah je, "Jommmm!"

Simply Umrah ni ada satu je pakej hotel iaitu Safwah Orchid (Menara jam).
Dorang memang pajak the whole hotel yang kemudian dorang jual balik ke travel agency yang lain.
Selama ni memang dorang hanya jual ke travel agency saja.
That's why pakej umrah travel agency untuk hotel Orchid Safwah ni agak mahal sebab dorang beli dari Simply Umrah.
Kalau tak salah aku, baru tahun ni dorang bukak pakej umrah untuk orang ramai.
Jadi pakej hotel di Mekah memang Orchid saja sebab itu hotel yang dorang nak pajak.

Aku ambik pakej bilik berdua, RM9K+ (tak masuk tambahan tiket upgrade ke bisnes class).
Di  Madinah duduk di Concorde Taibah, also bilik berdua.

Sesiapa yang nak duduk dekat dengan Masjidil Haram, dialu-alukan ambik hotel di Menara Jam ni.
Salah satunya Orchid Safwah.
Hanya 50m je dari masjid.
Tak payah pakai kasut/selipar ke masjid.
Kau turun hotel dengan pakai stokin je.
Turun escalator je terus dah sampai dataran masjid.
Settle masalah kasut.

Di Safwah Orchid makanan dia tak kena dengan tekak aku.
Bukanlah tak sedap lansung, ok je pun orang lain makan.
Cuma tekak aku ni mengada nak makanan melayu, lagipun sebab aku tau kat bawah tu ada D'Saji tu pasal mengada.

Tapi di Madinah, makanan memang best sebab chef dia melayu.
Siap ada gulai cili api ikan kurau with nenas okeh!
Di Madinah duduk Concorde Taibah, ini hotel paling 'jauh' yang pernah aku dapat berbanding hotel-hotel sebelum ni.
Takde lah jauh mana pun, dulu duduk kat Elaf Taibah, kali ni duduk kat Concorde Taibah.
Padahal Concorde Taibah ni belakang Elaf Taibah je, beza 10 tapak je pun.

So far, mutawwif Simply Umrah yang the best kitorang pernah dapat.
Ada 2 mutawwif.
Yang Bas 1 dibimbing oleh Ustaz Syed Kadir Al-Joefry.
Bas 2 oleh Ustaz Luqman. Aku di Bas 2.
Banyak sangat pengisian tentang sirah.
Menangis je keje aku dalam bas dengar sirah.



Ni salah satu menu breakfast.
Ok je kan?
Ada nasi goreng, beef patty, potato wedges, and bun.
Aku je mengada nak roti canai.

Salah satu perkara yang aku noticed bila berada di Tanah Haram ni, segalanya jadi sangat harmoni.
Percakapan terjaga.
Perbuatan terjaga.
Aurat terjaga.
Makin romantik (sebab ke mana-mana pegang tangan takut hilang).

Siapa kata kota cinta adalah Paris?

Kota cinta adalah Mekah!

Tak percaya, pegi lah sana berdua dengan pasangan.
Kau akan terasa macam baru kahwin.
Masing-masing jaga hati, masing-masing saling meminta maaf, masing-masing saling menjaga di antara satu sama lain.
Allah, barokahnya Mekah Mukarramah.

En Wan tu tak payah disuruh-suruh.
Tau-tau je balik bilik dah ada pizza untuk aku.
Tau-tau je masuk bilik dah siap buatkan air teh O panas.

"Kalau kat rumah En Wan tak buat ke semua tu?"

Setakat beli pizza tu memang boleh sangat tapi selalunya dia akan tanya "Di nak pizza tak?"

Tapi di Mekah, masuk-masuk je bilik TADAAAAAAAA.
Haaa gitu elemen surprise dia.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (Ar-Rad'u, 28).

Inilah dia hikmah berada di Tanah Haram.
Tempat di mana manusia beribadat 24 jam, zikir tak lepas dari bibir, jiwa yang dekat dengan Allah, membuatkan hati jadi tenteram.
Bila hati tenteram, hubungan dengan manusia juga akan jadi baik.

Jadi kat sini kita boleh nampak bahawa punca hati tak tenang bukan kerana kurang bahagia tapi kurangnya mengingati Allah.
Kita boleh wujudkan 'Mekah' di sini, di rumah kita.

Kedekatan kita dengan Allah boleh dimulakan dengan membiasakan dalam keluarga untuk melaksanakan ibadah nafilah secara bertahap seperti mengaji setiap lepas solat, tahajud jadikan solat wajib, Duha, doa banyak-banyak (kerana doa adalah ibadah), dan Al-Matsurat jangan tinggal.
Tanpa kedekatan dengan Allah mustahil seseorang dapat mewujudkan kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Banyakkan ingat Allah, banyakkan ibadat, insyallah, urusan dunia dan hubungan sesama manusia akan jadi lancar dan barokah.


2018-11-28

Umrah 2018 - Part 1

Aku type ni pukul 6pm di Madinah, 27 Nov 2018.
Tatkala semua gi masjid, aku lepak dalam bilik.
Sebab.....sebab apa lagi lah kan kalau orang perempuan tak ke masjid ni 😭.

Rezeki aku dibagi cuti.
Maka kita gunakan waktu ni untuk update blog.

Ada yang tanya "Ada masa ke Kak Di update blog kat Mekah?"

Sebenarnya, entry dari 19 Nov (hari aku berangkat ke Jeddah tu) sampailah ke tarikh 27 Nov, semuanya auto-publish.
Aku dah siapkan 7 blogposts lebih awal before aku datang sini.
Takde keje aku nak update blog kat Mekah weh.

Helok pulak cun-cun blogpost yang aku siapkan sampai 27 Nov, hari ini jugak aku uzur.
Maknanya boleh lah tulis apa-apa yang patut demi kelansungan sebuah blog.

Sebenarnya aku takde plan nak tulis blog malam ni tapi memandangkan aku period jadi aku nak share something tentang period ni.

Sebenarnya tarikh ke umrah ikut plan asal adalah 3 Jan tahun depan.
Tapi pikir punya pikir macam kalut sangat jadinya sebab budak-budak baru masuk skolah.
Lagipun kesian pulak kat mak nak kena uruskan Rayyan sorang-sorang.
Kalau pergi musim cuti skolah at least Redza ada kat rumah.
Rayyan ni kalau dengan nenek dia kemain banyak cengkadak.
Karang mau 10 hari tak gi skolah.
Kalau abang dia ada, dia takut sikit.

Kitorang plan untuk tukar tarikh, anjak awal sikit ke 19 Nov.
Masa ni Redza dah cuti.
Rayyan pun dah habis exam, kalau rasa-rasa taknak gi skolah pun takde hal sangat (tapi akhirnya dia pegi juga sebab abang dia paksa).
Cuma, aku punya period dijangka datang 15 Nov.
Selalunya samada 2 hari awal atau 2 hari akhir.
Kalau 2 hari awal, at least aku masih sempat buat umrah.
Tapi kalau dia datang lewat 2 hari maknanya harapan nak buat umrah memang melebur sebab aku punya cycle selalunya 9-10 hari.
Tak pernah less than that.

Tapi itu saja tarikh yang kitorang rasa fit dengan jadual kitorang.
Kalau nak stick pada plan asal 3 Jan, kesian kat mak.
Kalau nak pospone ke bulan seterusnya, memang payah sebab Feb selalunya kitorang dah start dengan production raya.
Lepas bincang dengan En Wan aku kata takpelah, ambik je trip 19 Nov, aku try ambik ubat delaykan period.

2 bulan sebelum berangkat aku dah jumpa doktor.
Doktor calculate cycle aku, dia cakap just nice aku start ambik ubat ni sekarang.
Beli 2 kotak terus harga beratus juga.
Tapi balik dari klinik aku tanya anak sedara En Wan pulak (also a doctor).
Dia kata tak perlu pun takpe, just banyakkan aktiviti seminggu sebelum period datang.
Sebenarnya aku yang berat hati nak ambik sebab pil perancang ni akan slowkan metabolisme badan menjadikan badan akan senang naik, tu yang aku taknak.

Ubat tu aku letak kat tepi katil tak bersentuh.
2 minggu sebelum tarikh period aku buat macam-macam exercise, angkat barang sana-sini, setiap hari minum air nenas - punyalah nak cepatkan period datang.
Tapi tak datang-datang pun, siap delay lagi!

Sabtu, 17 Nov aku datang period.
CUAK!
Sebab kalau ikut cakculation aku, aku takkan sempat berumrah.
Jadi terus ke farmasi.
Bukan satu, tapi 2 farmasi aku pegi, the pharmacists cakap kalau period dah keluar dia takkan boleh stop.
But kalau nak try, boleh. Takde masalah.
Lagipun pil tu RM11 je untuk 7 hari makan.
Cuma dorang kata chances are low sebab period dah datang.
Kalau aku makan 3 hari sebelum due date maybe boleh 'diselamatkan' lagi.

Oklah takpe, aku beli je.
RM11 je pun.
Nama pil NOCULUT.

Petang tu aku makan the pil.
Period masih keluar.

Selalunya kalau aku period aku akan off alarm untuk bangun solat malam.
Aku set 3am.
Tapi malam tu aku terjaga dengan sendirinya pukul 1.40am.
Pejam mata balik, tak boleh tido.
Aku syak aku gelabah nak naik flight sebab tu takleh tido.
Aku bangun, salin pad, mandi and duduk atas sejadah.

Lama aku duduk, tak buat apa-apa pun.
Setengah jam kot aku bersimpuh, macam-macam aku pikir tapi tak sure nak luahkan ke tak.

Pada ketika ni lah aku teringat ustaz aku pernah cakap "Kita ni jangankan nak yakin pada kebesaran Allah, nak mintak pun tak berani sebab tak sure boleh dapat ke tak. Sedangkan dapat atau tak dapat bukan urusan kita. Yang jadi urusan kita adalah ikhtiar. Sempurnakan ikhtiar dulu."

Then aku realized yang aku dah usaha habis-habisan.
Aku dah jumpa dokter.
Aku dah mintak nasihat dokter.
Aku dah usaha nak cepatkan period dengan buat macam-macam aktiviti.
And aku dah start makan pill (walaupun dah terlambat sangat).
Semua ikhtiar aku dah buat and now aku dikejutkan dari tidur mesti ada sebab.
So aku mintak sungguh-sungguh dengan cara bertawassul.

Kan malam tu aku salin pad kan.
Esok pagi bangun nak mandi tengok hanya ada stain sikit je.
Hati tu dah rasa macam nak happy juga tapi at the same time aku cakap maybe sebab aku tido.
Dalam keadaan baring dan tak bergerak banyak maybe period tak keluar sangat.
So aku tunggu 3 jam.
Dalam masa 3 jam tu aku buat macam-macam kerja nak bagi aktif sikit.

After 3 jam, check, memang clean!
Aku tak tunggu dah.
Terus mandi wajib, buat Dhuha.
Lepas Dhuha, check lagi, still clean.

Esoknya aku berangkat ke Mekah.
Kat airport tu aku dah start baca Juz 1.
Aku doa aku nak khatam Quran di sana, jadi izinkan aku habiskan bacaan ini.
Dalam erti kata lain, tahan period aku sepanjang ada kat sana.
Walaupun period dah stop tapi disebabkan ini tak pernah terjadi, hati ni masih tak yakin.
Kejap-kejap aku ke toilet check.
Buruk kan perangai manusia.
Dah dibagi pun masih lagi tak yakin.

Atas flight punya cerita.
Ok yang lagi best.

Ceritanya, aku ke sini ambil business class.
Aku cakap kat En Wan meh la kita ambik business class kali ni sebab aku nak baca Quran kat atas tu, selesa sikit boleh belunjur kaki.
Lagipun 9 jam flight, biarlah tempat duduk selesa sikit.

Lojik akal manusia takkan boleh mengatasi kehendak Allah.

Aku nak bisnes class ni aku doa siang malam.
Aku cakap aku nak ke sana dengan pakej penerbangan yang selesa sebab aku nak baca Quran.
Boleh jadi masa aku berdoa tu aku memang ikhlas cakap nak baca Quran, jadi Allah perkenankan aku ambil business class.

Business class dia makbulkan.
Tapi keselesaan Dia tak perkenankan aku merasa.

9 jam kat atas tu, dengan tempat duduk yang selesa, dengan segala macam equipment yang boleh menselesakan, orang lain boleh bantai membuta dengan amannya, aku sorang yang tak boleh nak selesa.
Asal aku lunjurkan kaki, mesti bontot aku sakit.
Asal aku bak cuba baring mesti tulang belakang aku sakit.
Akhirnya, aku duduk business class dengan keadaan tak selesa walaupun secara lojiknya business class mestilah selesa, ye tak?
Rupanya, Allah nak aku mengaji sepanjang 9 jam kat atas tu.
Kau mintak nak business class sebab kau kata nak mengaji kan, so now Aku nak tengok kau mengaji ke tak. Dah apehal lak kau nak tido?
Agaknya inilah yang Allah kata.

Alhamdulillah, asbab ketidakselesaan itu, 5 juz tamat kat atas.
Dan sepanjang 9 jam itulah kejap-kejap aku ulang alik ke tandas untuk check pad aku.
Masih clean walaupun perut sakit macam senggugut.

Dah niat ihram semua, alhamdulillah imegresen pun clear.
3 kali pengalaman pergi umrah, inilah proses paling cepat sekali.
Turun-turun je bas, aku and En Wan pulak yang dapt barisan depan.
5 minit settle check imegresen.
Terus pi toilet check lagiiiiiii.
Masih clean.
Dah boleh jadi maskot toilet aku hari tu.

Sampai kat hotel, Safwah Orchid, check in then ambik wuduk (sambil check pad lagi), then terus buat umrah.
Settle umrah around 4.15am.
Perut memang sakit macam senggugut tapi dah dalam masjid kan, aku malas nak ke toilet bawah tu.
Tawakkal je la tunggu Subuh.
Settle Subuh, naik bilik terus check pad.
Alhamdulillah clean!
Syukur, umrah dapat buat.
Menangis-nangis aku dalam toilet sebab tak sangka nampak kebesaran Allah depan mata.

Bayangkan period dah keluar tapi boleh berhenti.
Perut sakit macam senggugut tapi tak keluar apa-apa.

Bukan 1 hari Dia bagi aku peluang sempirnakan ibadat tapi sepanjang 8 hari aku di Mekah, Allah izinkan aku benar-benar bersujud dalam rumahNya.
8 hari di sana, aku tamat 21 juzuk.
Mungkin juga ini asbab amanah yang aku pikul - doa-doa yang korang kirimkan.
Aku memang berhajat nak bacakan doa kiriman dengan solat hajat.
Alhamdulillah Allah bagi kemudahan untuk aku baca kiriman doa korang.
Terima kasih setiap kiriman doa ada doa untuk aku sekali.
Aku selalu mintak kat Allah "Dekatkan aku dengan perkara-perkara dan orang-orang yang membuatkan aku semakin dekat padaMu dab jauhkan aku dari perkara-perkara dan orang-orang yang akan buatkan aku semakin jauh dariMu".

Itulah dia agaknya, doa-doa korang kirimkan tu yang bantu aku jadi lebih 'dekat' pada Dia.
Kali ni kiriman doa sangat banyak.
Aku terpaksa compilekan setiap 20-25 doa dengan 1 solat hajat.
Aku tak dapat buat satu-satu.
Insyallah, korang jangan berhenti doa.
Takde yang mustahil kalau Allah berkehendak.
Dia dah tunjukkan bukti kat aku.
Dia delaykan period aku walaupun aku melantak nenas hari-hari.
Dan dia stopkan period aku macam tu je walau dah keluar satu hari.
Itu bukti yang kalau Dia berkehendak, mudah bagiNya.
Kita ikhtiar dan doa.
Doa adalah senjata yang paling ampuh.

Pagi tadi aku dah jumpa Rasulullah.
Aku dah sampaikan salam semua.
Habis dah semua amanah ni, just nice period aku datang balik.
Aku cepat-cepat makan ubat yang beli kat farmasi tu dengan harapan stop kejap sebab aku nak masuk Raudhah malam ni.
Nampaknya bukan rezeki aku nak masuk Raudhah.
Period tak stop pun walau makan ubat yang sama.
Beli karpet Raudhah je la nampaknya 😂.

Itu sebenarnya bukti jelas, rezeki kita bukan bergantung pada ikhtiar kita.
Ikhtiar kita menentukan pahala kita.
Tapi hasil dari ikhtiar adalah urusanNya.

En Wan tanya aku frust ke tak dapat masuk Raudhah trip kali ni?

Layak ke aku frust setelah Dia perkenankan hajat aku untuk berumrah?

Layak ke aku kecewa setelah Dia bagi kemudahan aku tamatkan 21 juzuk dalam masa 8 hari, yang mustahil aku berjaya buat kalau aku di Malaysia?

Layak ke aku nak menangis tak dapat ke Raudhah sedangkan aku dapat jadi tetamuNya lagi sekali ketika ramai yang belum berkesempatan datang walaupun sekali?

Takkan semua yang kita nak, kita dapat.
Boleh jadi itu caranya Allah mendidik aku untuk redha.

Pada yang kata "Saya nak sangat ke sana Kak Di tapi macam tak cukup je duit. Ni pun jenuh nak settlekan hutang".

Kita ke Baitullah bukan sebab kita ada duit.
Kita ke sini kerana dijemput oleh Dia.
Redza dan Rayyan adalah bukti dapat ke ke Mekah dengan tak perlu keluarkan duit.
Berangan pun tak pernah.
Tau-tau je sampai.

Ada sorang jemaah dalam group kitorang ni, pakcik dari Sarawak.
Datang sini dia kata anak-anak yang hantar.
Barang-barang anak-anak yang siapkan.
Siap bekalkan duit SAR1000.
Dia cakap nak beli apa pun tak tau.
Menangis pakcik tu cerita.
Itu pun contoh datang ke sini tak perlu pakai duit sendiri.
Rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka.

Sedangkan ada orang duit memang banyak, ke mana-mana dah pergi tapi ke Mekah belum jugak sampai.
Jadi, jangan ingat kita ke sini perlukan duit semata-mata.
Ada yang jauh lagi besar kita perlukan - jemputanNya.
Dan semoga Dia menjemput kita dan jadikan kita tetamuNya yang istimewa.
Kalau sekembalinya dari haji/umrah menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, itulah haji/umrah mabrur dan itulah sebenarnya yang kita nak, bukan sekadar "dah sampai".

Inilah antara hikmah yang aku nampak umrah kali ni.
Aku bersyukur sangat Dia ajar aku untuk yakin dan percaya kebesaranNya.

"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia". (Yasin, 82).

~Concorde Taibah, Madinah~

Sent from my iPhone

2016-01-08

Umrah 2015 - Final


Kat Madinah aku tak banyak join jemaah melawat muzium and some other places yang aku rasa tak apa lah kalau tak pergi sebab aku nak ke masjid. Gambar-gambar ke lawatan tu memang ada tapi sebab aku tak join jadi aku tak tau nak cerita apa.

Masa on the way pi ziarah hari tu, bas lalu depan satu hotel.
Mutawwif cakap "Inilah hotel Saiyidina Uthman bin Affan".
Tak sempat aku nak tengok pun sebab tengah meriba Rayyan tido. Tak sure dah beroperasi atau sedang disiapkan.

Yang istimewanya hotel ni sebab dibina atas tanah wakaf Saiyidina Uthman.
Tanah tu asalnya kawasan perigi yang Saiyidina Uthman beli dari orang Yahudi.
Lepas tu lama-lama tanah tu subur dan dijadikan ladang kurma.
Sampai sekarang ladang kurma tu dikelolakan oleh Kementerian Wakaf kerajaan Saudi.
Lepas tu sebahagian dari kawasan tanah tu dibina hotel.
Hasilnya nanti sama macam ladang kurma, separuh dibagi pada orang miskin, separuh lagi dalam bank.
Sehingga kini bank Saudi ada akaun di bawah nama Uthman bin Affan.
Cuba kira berapa banyak duit dia dalam bank?
1400 tahun berlalu.
Berapa banyak pulak pahala dia dari dulu smapai sekarang bila hasil wakaf tu tak putus-putus diagihkan?

Betullah janji Allah.
'Berniaga' dengan Allah takkan pernah rugi.


Buah zuriat, ada yang kirim beli kat sana.
Pergilah kirim kat sape-sape yang ada di Madinah now.


Kebetulan hari pertama kitorang di Madinah (Khamis) adalah Maulud Nabi.
Rasa bertuahnya, dah la dijemput ke Makkah pada bulan Maulud, dapat pulak sambut Maulud di Nabawi. Tapi di sana tak ada sambut maulud macam kita. Kita di sini jauh, jadi bila Maulud tu ramailah yang buat majlis-majlis sambutan mengingati Rasulullah saw. Tapi di Madinah, dah memang Rasullulah ada di sana, hari-hari pun boleh 'jumpa' Rasulullah saw. Tak perlulah maulud-maulud ni.

Aku mulakan hari Maulud dengan baca Yassin untuk Rasulullah saw and para sahabat.
Lain sangat rasanya bila Baca Yassin pada tarikh lahir Rasulullah, di Madinah, di dalam Nabawi sendiri. Sebak je rasa sepanjang baca Yassin. Sangat-sangat lain perasaannya. Tak tau nak describe. Macam baca Yasin depan Rasulullah sebab dah dekat sangat.

Malam tu pukul 10 malam, jemaah perempuan berkumpul kat lobby untuk ke Raudhah dengan iringan Ustazah Saadiah (Indonesia).
Ustazah kata hari ni Maulud, jadi orang local penuh kat Nabawi untuk ziarah Rasulullah saw. Kemungkinan kesesakkan luar biasa.

Takpe, kitorang cakap kitorang nak cuba masuk juga ke Raudhah.

Ustazah cakap "Walaupun dah sampai ke sini, belum tentu kita boleh masuk Raudhah. Semua atas izinNya. Ada yang dah tinggal lagi sedepa nak ke Raudhah akhirnya give-up and balik sebab tak sanggup dah harung kesesakkan"

Kitorang angguk faham.

Bergerak keluar je dari hotel, aku terus istighfar banyak-banyak sampai lah masuk ke ruangan menunggu Raudhah.
Mudah-mudahan ada jalan untuk ke sana.
Yang datang ni bukan calang-calang dosanya. Jadi, biar aku istighfar banyak-banyak dulu sebelum jumpa Rasulullah.

Memang penuh yang tak boleh nak diexplain macamana punya penuhnya.
Sebab orang local sentiasa masuk tak putus-putus.
Dorang bagi keutamaan untuk orang local masuk dulu sebab pintu masuk Raudhah untuk wanita tutup pukul 11 malam. Yang kita ni kalau dah masuk ke ruangan menunggu tu takpe sebab dah ada kat dalam. Jadi kitorang terpaksa tunggu untuk bagi peluang orang local masuk ziarah sebab dorang of cos lepas tu nak balik rumah. Macam kita ni nak cepat-cepat nak buat apa, bukan kau nak balik Malaysia malam tu gak.

Raudhah ni tempat istimewa. Begitu juga Jabal Uhud.
Raudhah dan Jabal Uhud ni nanti akan ada di syurga. Begitulah gambarannya. Jadi, dah sampai di sana, usahalah untuk masuk.

Disebabkan kesesakkan melampau dan nak elakkan dari kena himpit kena tolak, kitorang bagi laluan pada jemaah group lain untuk ke depan.
Jemaah kitorang belakang-belakang pun takpe.
Macam-macam bunyik boleh dengar dari luar. Yang menjerit lah, yang baling selipar lah.
Inilah yang ustazah kata - dugaan.
Bukan diduga dengan perangai orang tapi diduga dengan akhlak sendiri.
Sebab tu aku cakap di sana boleh nampak dengan jelas yang 'gengster'nya kaun perempuan, bukan lelaki.
Kebanyakkannya dah macam hilang kewarasan bila masuk Raudhah.
Habis pagar-pagar makam tu dorang lap-lap dengan tudung and baju. Ambik berkat katanya.
Lepas tu meraung-raung nangis peluk tiang pun ada.

Aku terfikir sesuatu.
Kita ni kata nak mewarisi akhlak Aisyah, nak mewarisi akhlak Khadijah.
Tapi macam ni ke adab menziarah?
Menziarah kubur lak tu. Kubur Rasulullah lagi.
Rasulullah bukan tak nampak umat dia datang ziarah. Dia nampak. Aku tak sure la if Rasulullah pulak yang akan nangis tengok perangai sorang-sorang macam tu. Ada yang disebabkan nak sentuh pagar makam Rasulullah, sanggup tolak orang lain dengan siku. Sampai terkeluar-keluar rambut berebut nak terkam pagar makam.
Come on lah, makam tu tak ke mana-mana pun. Kau slow-slow gerak sudah lah.

Pukul 11.15 malam jemaah kitorang bangun bergerak ke Raudhah ikut arus sebab ramai yang menolak dari belakang.
Masing-masing istighfar istighfar istighfar ramai-ramai. Mintak Allah izinkan kami yang jauh ni masuk ke Raudhah.
Kepadatannya aku nak bagitau, sampai kau tak nampak kaki kau dah.
Orang kata karpet Raudah warna hijau.
Tak nampak!
Nak tunduk muka pun takleh. Bergerak pun disebabkan arus. Dah bukan berjalan lagi dah.

Menghampiri border Raudhah, ada ditulis "Dengan izin Allah kita semua akan masuk" (something like that).
Menitik-nitik airmata aku doa dalam hati bagilah aku masuk Ya Allah.
Sebelah kaki pun jadiklah.

Badan terus tertolak ke depan oleh arus orang belakang.
Bila dah nak sampai, mulut aku tetiba tercakap kuat "Ya Allah, satu tiang saja lagi. Aku nak masuk Ya Allah!"
Agaknya aku tercakap kuat sikit, jemaah yang tepi-tepi aku semua start menangis and semua pun start doa yang sama.
Allahuakbar aku tak tau nak gambarkan macamana kami masa tu.
Just bayangkan Raudhah jaraknya hanya 1 tiang je lagi.
Kalau Allah tak izinkan, takkan dapat masuk.
Sebelum tu depan kitorang ada Mak Arab yang patah balik sebab tak sanggup tahan sesak lagi. Padahal dia dah lagi dekat.
Mungkin ni lah yang ditulis kat notis "Kalau Allah izinkan..."

Aku bahagian depan, betul-betul belakang ustazah. Kitorang tak dapat jalan beriringan sebab terlalu padat, jadi semua berpaut dengan pinggang and bahu masing-masing supaya tak terlepas.
Dalam pada sesak-sesak tu ustazah depan aku angkat tangan kanan sebagai signal untuk kitorang di belakang dia "Kita di dalam Raudhah!".

Ya Allahhh.

Aku dalam Raudhah!

Airmata aku ni memang tak henti-henti turun.

Ustazah angkat tangan lagi bagi signal untuk kitorang terus maju ke depan.
Ustazah kata solat di depan sikit sebab belakang ni masih lagi tolak-menolak.
Sampai depan sikit, kitorang buat benteng.
Kitorang bagi 4 oarng jemaah dari grup kitorang dulu solat, gilir-gilir. Yang the rest buang benteng jaga depan and belakang. Supaya dorang dapat solat dengan selesa tak ditolak-tolak. Lepas tu rotate.
Ruang sangat sempit sebab ramai orang jadi tak boleh solat ramai-ramai sekaligus.
Tapi yang jadi benteng ni punyalah kena bertahan orang belakang dok tolak tolak tolak.
Takpe, janji semua jemaah dapat solat.

Aku dapat buat solat hajat kat dalam Raudhah. Terima kasihlah kat jemaah yang buat benteng.
Dapat bersolat dengan tenang.
Dikatakan berdoa dalam Raudhah akan makbul. Imam Nawawi sendiri berpesan kalau berada dalam Raudhah banyakkan doa. tak dapat solat takpe, tapi jangan tinggalkan doa.
Jadi aku tak pikir lain, aku cuma doa selamatkan aku dari api neraka.
Apa lagi aku nak harapkan yang the best untuk diri sendiri kan. Maka itu jelah aim aku.
Dan semasa aku sujud, aku sujud lama. Dengan harapan semoga tempat aku sujud tu pernah berada bekas tapak kaki Rasulullah berdiri di situ.


Ini laluan Raudhah untuk lelaki.
Laluan Raudhah lelaki lapang (ni dikira lapang ya. So kalau aku kata padat, maknanya memang padat).
Lapang tak lapangnya, siap boleh ambik gamba lagi laki aku kat dalam ni.



Jemaah lelaki boleh pergi raudhah sendiri-sendiri, tak perlu iringan ustazah.
En Wan dengan Redza pegi on hari terakhir di Madinah, pukul 2 pagi.


The next day tu hari kitorang berangkat balik.
Tapi pagi tu ada buat ziarah selamat tinggal untuk Rasulullah saw.
Tapi sebelum tu kitorang ziarah dulu ke muzium Al-Quran and Sokaifat Bani Saedah.



Ini Sokaifat Bani Saedah.
Ini adalah sebuah tempat yang now dijadikan taman.
Tempat ni adalah tempat pertemuan Abu Bakar, Umar dan Uthman selepas Rasulullah wafat.
Dorang bertiga di sini berbincang tentang di mana nak kebumikan Rasulullah, dan bincang siapa yang akan menggantikan Rasulullah sebagai Khalifah.

Dan di sinilah Abu Bakar bagitau sahabat-sahabat dan pengikut yang lain hanya dia saja yang tau perkara ini, orang lain tau tau.
Yang mana Rasulullah saw bagitau dia, seorang Nabi akan dikebumikan di tempat dia wafat.
Jadi sebab itulah Rasulullah saw dikebumikan di bilik Aisyah sebab dia meninggal dalam bilik Aisyah.

Sebab tu setelah Rasulullah dimakamkan pun Aisyah tetap tinggal di situ, sebab itu memang rumah dia.
Dan ayah dia pesan kalau dia meninggal nanti, dia pun nak dikebumikan sebelah Rasulullah.
Setelah Abu Bakar meninggal, Aisyah tinggal dengan 2 makam dalam rumahnya.
Lepas Umar meninggal dan Umar minta (sebelum dia meninggal) untuk dimakamkan sekali dengan Rasulullah, barulah Aisyah keluar tinggal rumah lain sebab dia taknak buka aurat dia.
Ya Allah, baiknya akhlak Aisyah. Patut lah layak jadi isteri Rasulullah.
Padahal Umar tu dah meninggal, dia tetap taknak bukak aurat dia 'depan' Umar.

Antara reason orang Syiah bengang sebab kat Sokaifat ni lah.
Dorang kata perlantikkan Abu Bakar sebagai Khalifah pertama tu tak adil sebab masa dorang berbincang tu Ali takde.
Sedangkan Ali tau sahabat-sahabat nak berbincang tapi dia yang taknak join kerana dia berada di rumah uruskan jenazah bapak mertua dia (Rasulullah saw).

Dan dikatakan dalam riwayat, dalam kawasan makam tu ada 1 makam kosong.
Sebelum Saiyidina Uthman meninggal, dia kata dia nak berada berhampiran makam Rasulullah (setelah wafat nanti), tapi dia tau tempat itu (makam) tak layak untuk dia.
Dikatakan makam kosong itu dibiarkan kosong dan hanya terisi bila Nabi Isa wafat nanti.



Kitorang check out 12.30pm ke airport Madinah.
Flight gerak 7.45pm.

Alhamdulillah, umrah kali ni sangat berbeza dengan umrah pertama dulu.
Umrah pertama dulu sebab baru pertama kali sampai jadi excited nak menziarah, nak jejak kesan-kesan sejarah.
Umrah kali kedua ni lebih istimewa sebab dapat ke sana dengan anak-anak.
Impian aku untuk habiskan lebih banyak masa di masjid tu pun tercapai.
Kali ni lebih lama iktikaf, lebih banyak qiamulalil, dapat khatamkan Quran, kebetulan dapat pulak sambut Maulud di Nabawi.
Pengisian rohani juga lebih banyak.

Semoga istiqomah.


Selamat tinggal Rasulullah.
Kita jumpa lagi.


2016-01-05

Umrah 2015 - Part 5



Nasiblah Rayyan ni jenis tak merengek mintak balik kalau papa dia nak lepak masjid lama-lama.
Maybe sebab tak panas and tak sesesak mataf.
Agak-agak lama sikit especially time Asar to Isyak tu, dia tido je. Bantai la tido tepi rak kasut pun janji bahagia. Dan selalunya En Wan akan cari port solat tepi tiang sebab tak mengganggu orang lain solat kalau Rayyan nak tido. Dan orang lain pun tak kacau kalau dia nak tido. Hahaha.

Orang-orang belah sana memang suka budak-budak especially kalau yang bangsa tak reti duduk diam cam anak aku ni kan. Pergi sana orang cubit pipi, pergi sini orang tarik duduk atas riba. Pulak tu panglima ni sikit tak takut. Tu yang buat aku cuak je. Sebab tak reti takut.
Aku terjegil-jegil bijik mata kat dia, harammmm dia nak paham.
Lagi dia tanya aku balik lagi ada "Nape Ma?"

Ada satu time tu Rayyan solat ngan aku, dia main tablet, volume dia kuatkan sikit dari biasa sebab waktu tu bukan waktu solat. So memang dalam masjid agak bising sikit.
Aku beliak-beliakkan mata kat Rayyan, pastu makcik Turki sebelah aku tepuk bahu aku cakap "Biarkan anak-anak ni main masa kecik supaya dia tak membesar jadi orang dewasa yang keanak-anakkan".
Fuhh, meresap terus dalam jiwa.

Budaya dorang agaknya memang macam tu. Sebab tu dorang tak kisah bawak anak kecik masuk masjid. Asal time solat je, start lah melalak-lalak anak dorang nangis kat belakang. Tapi mak-maknya terus je solat macam takde bunyik apa-apa.
En Wan sampai sekarang belum berani lagi nak bawak Rayyan pi solat Jumaat.
Sebab penerimaan orang kita belum sampai ke tahap tu lagi. Tak khusyuk. Padahal khusyuk tu bukan bergantung pada persekitaran tapi pada kesiapsediaan kita mengadap Tuhan. Bising ke sunyi ke, tetap khusyuk. Belum tentu solat dalam gua sorang-sorang pun boleh khusyuk.

Sebab tu ada perkatakan DIRIKAN solat.
Macam aku, masih lagi di tahap TUNAIKAN solat je. Sebab kadang tu solat sorang-sorang dalam bilik sendiri yang senyap sunyi pun macam-macam benda melintas dalam kepala. Alahaiiii...

Aku ingat lagi satu ceramah Syeikh Ali Jaber, dia kata tok guru dia (di Makkah) kalau angkat saja takbir dalam solat, anak dia berlari-lari tepi and jatuh kepala berdarah meraung pun dia tak sedar. Lepas solat dia boleh pulak sambung baca Quran macam takde apa berlaku.
Bila orang bagitau anak dia jatuh tepi dia baru dia tau.
Orang macam ni memang hebat lah.
Bila dengar kisah-kisah menakjubkan macam ni, tertanya-tanya ada ke space untuk aku dalam syurga?



On the way nak ke Masjidil Haram untuk tawaf selamat tinggal.

Pukul 11.30am, jemaah berkumpul di Masjidil Haram untuk buat tawaf wida sama-sama.

Masa ni aku dah risau camana nak buat ngan Rayyan ni.
Dia ni tak suka tawaf sebab sesak. Kalau sampai 7 pusingan tu kesian laki aku. Dah la bergerak dalam kumpulan. Lama-lama aku cakap takpelah, En Wan buat dulu, aku jaga Rayyan.
Lepas En Wan dah habis, aku buat pulak. Maknanya aku tak join tawaf berjemaah.

Tiba-tiba mutawwif mintak buat tawaf di Ring 1.
Lebih lapang, sesuai kalau pergi secara berkumpulan.
Lega dengar.
Kalau ring atas ni memang lapang cuma kau kena hati-hati dengan wheel chair. Yang tukang tolak ni selalunya main tolak je. 
Tapi alhamdulillah, memang betul-betul lapang. Wheelchair pun tak ramai. Sebab dah 1130 am kan. Lagi sejam nak Zuhur. Selalunya waktu-waktu ni kebanyakkannya dah ambik port dalam masjid. 
Alhamdulillah, mudah urusan. Dapat tawaf wida dengan tenang.

Rasa terkilan lepas Subuh tadi tak iktikaf lama-lama dalam masjid sebab semua pun balik nak pack baju, semua kena check out 10.30am.
Sebak je rasa sambil tawaf sambil pandang Kaabah.
38 tahun hidup atas dunia, Tuhan izinkan 14 hari di Makkah. Tak tau la bila boleh sampai lagi.
Ada ke tak peluang aku ke sini lagi.



Sampai Madinah pukul 10pm.
Hotel Al-Rawdah International.
Madinah tak kalut sangat tentang jarak ke masjid sebab memang semuanya dekat-dekat.
Tapi ada juga yang katanya 150m.
Kalau kat Makkah, 150m tu tak jauh sebab dataran Masjidil Haram sendiri dah besar.
Tapi kalau kat Madinah jarak 150m ni dikira jauh.
Macam aku sangat-sangatlah dekatnya. Keluar pintu hotel nampak dah pintu masuk ke Nabawi dan terus masuk pintu ruang solat perempuan. Mak pergi masjid tanpa aku pun takde hal.

Malam tu kitorang nak pi Raudah tapi ustazah tak kasi sebab dia kata terlalu padat, kitorang pun baru balik perjalanan jauh jadi dia mintak rest dulu. Tapi kalau nak pi solat sunat, boleh.
Aku dah start demam dah malam tu sebab dehydrated sebab terlampau kurang air.
Jadi semua gi masjid, aku tido lepas makan ubat.


Follow me....to Nabawi.

Esok pukul 3 pagi aku ke Nabawi sorang-sorang.
Seronok bila akhirnya dapat solat dalam Nabawi.
Umrah tahun 2013 aku tak dapat sebab aku period di Madinah.
Nabawi lebih tenang. Tak kalut macam Masjidil Haram.
Kau datang lagi 10 minit nak azan pun insyallah boleh dapat tempat lagi kat dalam, solat di ruangan ber-carpet.
Tapi kau kena 'melangkah' beribu umat lah.
Sebab Nabawi ni pisahkan ruangan solat wanita with anak dengan wanita tanpa anak.
Wanita with anak solat di belakang, dekat dengan pintu keluar/masuk.
Wanita tanpa anak solat di sebelah dalam.
Kalau time kau datang tu ruangan wanita with anak dah penuh, kau kena gigih 'melangkah' sorang-sorang untuk ke depan.
Selalunya di depan memang ada space lagi. Tapi disebabkan ruangan belakang dah sesak jadi kau takde jalan nak masuk ke dalam.

Tapi be it di Masjidil Haram, atau di Madinah, walaupun ruang kat dalam masih kosong, still ada jugak orang yang suka solat kat luar.
Nak dikatakan tak kuat berjalan, semuanya muda-muda.
Kalau yang tua-tua ni kita paham lah, mungkin dia nak elakkan dari bersesak kat dalam, especially time nak keluar nanti.
Tapi yang muda-muda ni aku memikir kenapa taknak solat kat dalam.
Kebanyakkannya taknak bersesak time keluar nanti.

Macam Prof Kamil cakap, selama dia tinggal di Madinah 3 tahun memang dia selalu tegur jemaah Malaysia (khususnya) yang suka bersolat di dataran sedangkan ruang dalam ada lagi.
Rugi kita ada di Madinah cuma 40 waktu saja.
Entah kan sepanjang kita hidup di dunia ni 40 waktu tu saja lah kita berada DALAM masjid Nabawi.
Jangan sia-siakan peluang tu.



Anak aku kan memang suka pakai baju kaftan aku selama ni.
So bila kat sana disuruh pakai jubah memang tak tolak lah. 
Nak bergamba pun suka kembang-kembangkan jubah.


Subuh di Nabawi.
Rajin anak aku bangun Subuh.
Bangun je la tapi.
Masuk masjid tido balik.


Siang tu program ziarah.
Ni dengan salah seorang jemaah, pensyarah di Kolej somewhere in Kuala Kangsar.
Rayyan suka ngan brader ni. Brader ni rajin melayan dia.



Macam ziarah umrah yang lepas, tempat pertama program ziarah di Madinah mesti Masjid Quba'.
Masjid Quba' ni sentiasa penuh. Kalaupun tak dengan jemaah yang datang for umrah, masjid ni tetap penuh dengan orang local.

Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang berwudhuk dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah".

Jadi untuk orang Madinah, inilah kelebihan yang Allah bagi pada dorang.
Dorang nak ke Makkah jauh, perjalanan 6-7 jam. Kalau nak pergi tetiap minggu belum tentu larat.
Jadi setiap minggu dorang boleh ke Masjid Quba', dapat pahala yang sama. Ya Allah, untungnya!

Bak kata orang sekarang "Untunglaaaaaaaa duduk Madinah. Boleh dapat pahala umrah tetiap hari!"

Kita yang jauh ni, camne?

Boleh jugak.
Kan Tuhan tu Maha Adil.

Sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Bangun pagi berjemaah Subuh dengan suami berdua kat rumah pun boleh, asalkan namanya berjemaah. Lepas tu matahari naik sikit, terus buat solat Isyraq.
Tempoh waktu untuk solat Isyraq ni tak lama cuma 15 minit je. Jangan sampai terlajak ke waktu Dhuha pulak.
Kalau waktu sekarang ni, around 7.30am dah boleh buat Isyraq.
Insyallah, pahala umrah everyday!


Ni namanya lama tunggu aku ngan mak solat kat Quba'. maka terhasillah wefie 3 beranak.



Macam biasa, di Madinah kalau tempat ziarah mesti 'melontar' di Ladang Kurma.
Tak beli apa pun kitorang, beli 1kg kurma Ajwa je.
Oh yes, lagi satu istimewanya umrah kali ni.

Aku dah boleh makan kurma!

Aku semalam ni takleh masuk ngan kurma.
Tak pernah berbuka dengan kurma.
Takleh masuk tekak. Pernah rasa dulu tapi, entahlah. Tak tau lah kenapa takleh lekat ke tekak.
Be it kurma murah, kurma mahal, kurma Ajwa sekalipun, kurma bercoklat ke, berbadam ke, semuanya tak boleh.
Kali ni, masa on the way nak ke Madinah, mutawwif distribute kurma Ajwa.
Selalunya aku tolak. Sebab aku tau aku tak makan.
Eh tetiba hari tu ambik pulak. Laju je pastu terus masuk mulut.
Selalunya kalau benda yang tak berapa nak makan atau first time makan, aku anka belek-belek and cium-cium dulu (ye, aku memang pelik. Perangai aku yang satu ni la yang buatkan Mak Aji selalu tepuk kepala aku "Apesal kau ni cium-cium makanan?").
Tapi hari tu aku ambik dan terus ngap.

Dan menjak hari tu aku dah boleh makan kurma :)


Ni kat Ladang Kurma.


Seterusnya gi Bukit Uhud.
Redza sangat excited pergi sini sebab dia tahu kisah ni. Biasa la kan budak-budak blaja kat skolah.
Bila dia nampak Bukit Uhud depan mata sambil penerangan mutawwif seronoklah dia.
Dia asiklah melilau sana sini tengok pemandangan Bukit Uhud dari bermacam angle.


Ni sesape nak model jubah kanak-kanak boleh la consider anak aku ni.
Dah kronik sangat dah, pantang tersuluh je kamera kat dia, terus pose.


Aku tak turun dari bas sebab dah pernah sampai sini, so aku tengok Bukit Uhud dari dalam bas je.
Lagipun aku nak habiskan bacaan.
Redza kata masa mutawwif bagi penerangan kisah Perang Uhud, sedih je semua dengar.
Tapi jemaah ni tak singgah perkuburan syuhada Uhud. Masa aku pergi 2012 dulu kitorang singgah.

Lepas Zuhur, aktiviti bebas.
Aku suka.
Sebab aku memang nak lepak dalam masjid.



Hari terakhir di Madinah, waktu Dhuha, aku selesai khatamkan Al-Quran.
10 hari rupanya tak mustahil.

Sepanjang proses nak cuba khatamkan Quran di sana, aku belajar banyak benda.

Pertama, kalau kita ikhlas buat sesuatu, kita takkan merungut.
Untuk membolehkan aku khatam di sana, aku kena korbankan waktu rehat and waktu tido.
Kita belajar bahawa kalau kita nak buat sesuatu, kurang tido pun tak kisah. Janji misi kita tercapai.
Orang lain sedap tido, kita bangun 230 pagi, sebab nak masuk masjid supaya boleh baca Quran dengan tenang (tak ganggu orang tido dengan suara kita).
Dah la kat Madinah waktu malam sejuk, memang dugaan.

Kedua, belajar istiqomah.
Apa saja yang dibuat secara rutin pasti tercapai.
Pagi bangun 2.30 am, pegi masjid, solat and bacaan sampai ke Subuh.
Pastu lepas Subuh sementara nak tunggu Isyraq, sambung lagi bacaan.
Balik hotel jap, dalam kul 10am, masuk masjid lagi sementara tunggu Zuhur sambung baca.
Lepas Zuhur balik jap lunch and rest, 3pm pi masjid balik, sambung baca sampai Asar.
Lepas Asar straight sampai Isyak lepak masjid. Lagi panjang masa untuk membaca.
Buat sepanjang 10 hari, alhamdulillah aku dapat juga khatam satu kali kat sana.

Ketiga, betapa kalau kita duduk di persekitaran yang baik akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Maaf cakap, tapi sejak aku ke umrah tahun 2013 dan umrah yang baru ni, aku tak duduk sekelompok dengan orang-orang kita.
Atau aku elakkan dari duduk dengan orang yang boleh berbahasa Melayu.
Sebab ikut pemerhatian aku, kebanyakkan yang duduk bersama-sama dengan kelompok yang sama lebih cenderung untuk bersembang.
Dan tau-tau je la bila dah bersembang, kadang kita tak perasan kita tengah bualkan tentang orang lain.
Dan memandangkan aku ada misi nak khatamkan Quran, aku sengaja duduk di kelompok Arab supaya dia tak bersembang ngan aku.

Di sana, aura positif terlalu banyak.
Kalau dah namanya habiskan masa dalam masjid, dah tentu kita terdorong untuk buat solat, mengaji, solat, mengaji, zikir.
Buatkan aku sedar kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, betapa pentingnya kita pilih persekitaran yang positif.
Pilih kawan.
Bukan maksud kita buang kawan yang ada aura negatif.
Tapi kita ada pilihan untuk jauhkan diri. Jauhkan diri bukan bermaksud putus kawan.

Sebab tu budak yang belajar hafazan dia boleh buat kerana dia ditempatkan di persekitaran yang mempunyai misi yang sama, ditambah lagi dengan aktiviti yang dibuat secara istiqomah.

Kita jugak boleh gunakan konsep tu untuk aplikasikan dalam kehidupan harian.

Maybe kita boleh start dengan stop baca artikel yang membawa kontroversi dan fitnah dalam masyarakat.
Dapat apa baca artikel macam tu? Dapat sakit hati ada. Dapat dosa pun ada sebab tak banyak sikit mesti kita terdorong nak menghentam juga.
Kalau nak dijadikan pedoman, banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan pedoman.
Sayangnya, ramai yang pilih ambik and viralkan kisah kontroversi untuk dijadikan tauladan.