2006-10-28

Peminat rahsia yang bodossss


24.10.06
9.54am
Selamat hari raya diana,

26.10.06
10.36am
Sorry lewat reply sms u, im ur secret admire apa apa pun happy always tau

26.10.06
8.16pm
Sbb u dah kawin i jadi secret admirer jaga line ma huhuhuhu

28.10.06
9.23am
Wat pe? Line clear kalau sms tak huhuhuhuhuhuhu

28.10.06
12.32pm
I danny baru balik malaysia raya ni, dulu kenal u masa u ada blog, sempat minta number u masa tu,


Kepada 'secret admirer' aku ni, sila la menjadi lekas dewasa.
Zaman orang hantar sms guna line prepaid ni aku rasa zaman jahiliah. Memang sesuai sangat la zaman tu dengan kau.
Aku tau la ni mesti takde keje lain la kan, nak track aku tengah buat apa, life aku happening ke tak, aku ni melayan jantan ke tak.
Hoih! Silap orang la deyyyyyy.
Untuk pengetahun Danny a.k.a secret admirer a.k.a BACUL, apa la pekdahnya ko ni berusaha keras nak mengganggu hidup aku yang amat happening ni? Ko takde keje ke beb? Kalau dah kemaruk nak kumpul duit raya pun, jangan la sampai accept job murahan jadik pencacai bang.

Cenggini la. Aku pun tak tau apehal la secara tiba-tiba mencanak-canak 'secret admirer' aku. Kalau ko setakat nak test tengok aku ni bitch ke tak, menggeletis ke tak, mintak mahaaaaaaaaaaapp la ok? Kalau aku nak merasa jadik bitch pun, aku pilih bulu gak bang. Takat jantan main-main hantar sms guna line prepaid ni sah aku memang tak layan la. Ni semua stok-stok kote kecik.

Aku memang tak penah la nak bagi hp number aku kat strangers. Jangan berangan la ko penah kenal aku masa kat blog dulu. Hampasss..nak menipu, tapi bangang.

2006-10-27

takde keje





::cute tak gambar-gambar ni??::




::inilah perekanya. Manusia yang hidupnya sentiasa 'takde keje'. My kid bro, Ibal::

Aku malas nak type panjang-panjang ni. Kapla still dalam mood bercuti.
Ngantukkkk dan boring.
Ok..adalagi 2 jam nak balik. Misi harus diteruskan.
Lagi 20 layout mahjong wajib dihabiskan.
Sementara tenaga masih ada.
Chaoooooooo!!

2006-10-19

Get to know me lahhh


I got this survey from the blogosphere. (takde keje kat opis ni)

A - Age: 29. Ye aku mengaku aku dah tua.

B - Band listening to right now: Wings - Taman rashidah Utama. Bingit telinga aku dengar lagu ni. Gila terpekik.

C - Career: Go and view my profile la.

D - Drink or smoke: Ape ko nak mamposssss??

E - Easiest person/s to talk to: You..:)

F - Favorite song/s at the moment: La Camisa Negra by Juanes

G - Gummy Bears or Gummy Worms: Apa benda yang ko nak aku jawab sebenarnya ni?

J - Junk foods you like: Twisties.

L - Longest car ride ever: 15hrs journey from Kota Samarahan to Bintulu. Sengal bontot aku wehhhh.

M - My favorite Sport/s: I don't sport. But I am sporting.

N - Number of relationships you've had: Love or infatuation?

O - One wish you have: R.I.C.H.

P - Phobias: Benda yang takde tulang vertebrata. Nematodes, Plathyhelminthes...nguahnguahnguah

Q - Favorite Quote: Apa kejadahnya.

R - Reason to smile: Muka aku macam %^&$&%* kalau tak menyengih.

S - Song: Now listening to Alleycats - Setahun Sudah Berlalu (Retro lagi). But my all time peberet is Karma Chameleon by Boy George & The Culture Club (lagi lagi Retro).

T - Time you woke up: sejak ada hero remaja berumur 2 tahun, terpaksa bangun awal. Macam nak buta mata aku tahan ngantuk.

U - Unknown fact about you: Biarlah rahsia.

V - Vegetable/fruit you hate: Aku menci durian. MENCI! Ini durian dilarang melintas depan rumah aku. I say no to sayur mentah like ulam and all.

W - Worst habit: Salin baju tak tutup langsir. So what. Saper nak tengok??

X - X-rays you've had: Fractured ankle year 1999 akibat bercatwalk masa turun bukit. Hasilnya, 2 bulan bersimen dan hanya perlu industrial training selama 4 minggu saje. Heaven dok rumah mengangkang depan TV sambil makan twiesties. Yeaaahhh!

Y - Yummy food/s: Macaroni bakar & Nasik ayam. I can melantak nasik ayam for 30 consecutive days. Tak tipu punyaaa.

Z - Zodiac sign: Leo rules!

Hamper murahan



::macam mahal je kan?::



::jangan banyak bunyik. Atas daya kreativiti hasilnya hamper-hamper ini nampak seperti bertaraf 4 bintang walaupun harga sebijik hanya RM13 dan membelinya di supermarket HERO::


Cantik tak hamper aku?
Tak cantik?
Mau tau kenapa tak cantik?
Sebab aku hanya ada RM100 untuk beli something as a Raya gift untuk customer sebanyak 6 orang.
Hamper apekah yang boleh dibeli dengan harga RM16+?
Sugus sebalang?
Coki coki sekotak?
Atau Tora datang lagi?

Kenapa la company aku ni kemut sangat bila sampai part kena bagi gift kat customer?
Kalau part dapat deal tu kemain suka.
Asal sampai festive season je, company aku la yang mula-mula sekali make dunno.
Sampai customer sound 'taknak bagi hamper ke?'

Sound tepat kat muka aku ok???
Malu ok???
Malu sampai aku macam nak sorok muka dalam panties.

Bila aku mintak duit nak beli satu hamper, aku kena bagi reason tidak kurang dari 300 patah perkataan. Itu baru mintak satu hamper. Ape ko ingat customer aku sorang je?

Bila customer pi kat competitor, aku jugak yang kena tarbiyah. Gila la aku dok sini lama-lama. Dulu takde la teruk camni. Sejak dah public listed ni eksyen kemain.

Aku rasa aku kena siapkan jugak buku 50 dalil kenapa company ini harus disumpah menjadik bankrup.




::Demonstrasi tanda protes terhadap kompeni::

2006-10-18

50 questions


Sleep with or without clothes on?
Saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyarungkan baju. Lagipun, memakai bra dan panties di malam hari amat MERIMASKAN. Tapi atas faktor keselamatan adelah perlu memakai panties at least.

Prefer black or blue pens?
I alwitz luv blue.

Dress up on Halloween?
Buat tebiat apa?

Like to travel?
Suka. Travel tanpa mengeluarkan sesen laaaaaaaaaaagi suka. Oh! Bali, here I come!!

Like Someone?
Zaman aku admire orang dah lama berlalu bang...tua dah aku ni.

Do they know?
Soklan tak relevan. Nextttttttttttttttttt

Who sleeps with you every night?
Lelaki terhensem di dunia..:)

Think you're attractive?
Iskkk malu dong ahhh

Want to get married?
Lagi sekali? Boleh ke? Boleh gak....

To?
LESLIE CHEUNG .... tapi takde rezekila, dia dah mati pun.

Are you a good student?
Good at what?

Are you currently happy?
So so so happy.

Have you ever cheated?? Been cheated on?
Dua-dua penah. Menipu dan ditipu menceriakan hari-hari anda.

Birthplace?
Kolumpo .

Christmas or Halloween?
Christmas laaaaa. Buek apo nak jadik hantu?

Colored or black-and-white photo?
Will that make any difference? Yeaahh..the color of course.

Do long distance relationships work?
Absolutely...hehehehhe

Do you believe in astrology?
Part yang best best aku percaya. The not syiok part semua karut. Tahyul. ngehngehngeh

Do you believe in love at first sight?
YES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Do you consider yourself the life of the party?
Party amende? Besday party? The life of besday party is CAKE la. Same goes to tupperware party, kalau takde tupperware menjadik ke party tu? Datangla sekampung pun. Tak jadiiiiiiiiiiii.

Do you drink?
I love teh ais.

Do you make fun of people?
Toksah le berprasangka buruk sangat kat aku beb.

Do you think dreams eventually come true?
Berangan without effort and determination = MAT JENIN.

Favorite fictional character?
Fiksyen tu apa ye?

Go to the movies or rent?
Dua-dua tak. Aku layan pirate je.

Have you ever moved?
Moved? Soklan amende la ni...

Have you ever stolen anything?
Penah. Curik duit tabung adik aku untuk beli ABC. Tabung aku, aku letak tinggi2 bior takde saper bleh curik.

How's the weather right now?
Panas. Berbahang. Haussssssss.

Last time you cut your hair?
Last month.

Last person you talked to on the phone?
"Abang nak makan apa hari ni?"

Last time you showered?
Asal? Aku ni busuk sangat ke?

Loud or soft music?
Soft music. Retro is the best.

McDonalds or Burger King?
Perlu ke aku ulangi bahwasanya hanya batu dan kayu saja yang aku tak makan?

Night or day?
Dua-dua pun boleyyyyyy.

Number of pillows?
4 including 1 bolster bernyawa..yah yah yah

Piano or guitar?
Castanet ada?

Future job?
Jual orang.

Current job?
Jual barang.

Current love?
Ada kat living room tengah tengok Mr Bean.

Current longing?
Ada kat kilang jap lagi balik la tu.

Current disappointment?
Management company aku yang sungguhla FAIL!

Current annoyance?
Current je? Yang lepas-lepas punya tanak tanya?

Last thing you ate?
Egg sandwich for sahur.

Last thing you bought?
Santan untuk aktiviti memasak petang ini.

Most recent thing you are looking forward to?
Hari Raya. Thing ke???

What are you hearing right now?
Suara sengau Mr Bean.

Plans for the weekend?
Balik kampoooooooooooooong.

What did you do today?
Appointment with customer till 11am, masuk opis buat keje KEJAP, then balik at 3pm. Malas la...aku dah bermood raya ni.

Pick a lyric, any lyric or song?
AN AN AN tottemo daisuki....DORAEMONNNNNNNNNNNN.

Pick a movie quote?
Mengapakah kau dijadikan Tuhan sebagai manusia. Bukankah lebih baik jika kau menjadik binatang? ------ teka pilem apa?

HANDSOME BOY



::siapakah ini?::



::handsome kan? cinta hati saya. siap ada gambar love lagi::



::saya pun menekan butang MD player...dan.......::



::tadaaaaaaaaaaaaa....dia terkangkang sebegini. best best!::


Ini adelah head unit di Aveo saya.
Namanya HANDSOME BOY.

Dulu head unit ini ada di dalam Prelude hubby saya.
Hubby saya sangat mencintai HANDSOME BOY ini.
Mamat yang membeli Prelude hubby saya pula tidak mahu menambah another K++, tapi inginkan Prelude itu dilengkapi dengan HANDSOME BOY.

Mana boleh bang. Lu gila kaaaaa?????

Jadi terpaksa la mamat itu bersettled dengan stereo Prelude yang asal.

Memandangkan Aveo saya mempunyai car entertainment yang sungguhlah 'ado', maka saya pun meleseh-leseh kat hubby manala tau kot-kot boleh paw HANDSOME BOY tu. Alangkah sengasaranya saya, setelah godaan demi godaan, aksi demi aksi silih berganti masih gagal mengepaw HANDSOME BOY.

Akhirnya setahun yang lepas HANDSOME BOY sah menjadi milik saya apabila pada suatu hari hubby telah dalam diam-diam membawa Cik Aveo ke workshop. Oh! Rupanya dia mahu mensuprisekan saya dengan HANDSOME BOY itu. Saya masih ingat lagi, waktu itu saya di Kuching. Hubby menelifon saya.

Hubby : Di, abang dah tukar radio keta awak.

Saya : Ye keeeeeeeeeeee??? Tengkiu abang.

Hubby : Tapi ada surprise sikit.

Saya : Apa?

Hubby : Balik la dulu. Mana nak surprise kalau tau skang.

Berbunganya hati saya. Sudah membayangkan kezutan demi kezutan bakal berlaku.

Hari yang ditunggu tiba. Ye...memang sungguh surprise.
Seburuk-buruk Clarion Aveo aku (mmg buruk head unit Aveo), masih ada MP3 player.

Tapi Kenwood yang sungguh HANDSOME ini takdeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Bodohnya saya kerana semua keta ada MP3 player, keta aku takde! Takde!!
Hasilnya, semua MP3 cd aku dilepakkan di keta hubby.
Dan hubby aku tergamak berkata 'sorry la Di, abang tak perasan'

HAMPAAAAAAASS!!

2006-10-17

Lagu raya


Suasana Di Hari Raya (Feat Ellina)
Artist: Anuar Zain

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira



Sat tadi aku dengar lagu raya Anuar Zain + Elina ni. Everytime aku dengar lagu ni, aku sure teringat balik zaman aku kat TKC, di bulan-bulan pose aku telah diragging oleh Kak L (gila garang bengis dia ni, dulu aku doakan dia fail SPM) nyanyi lagu ni kat lounge. Nyanyi sambil pakai baju tido, diri atas meja. Apa ko ingat ni expo?

Tapi, malang bagi Kak L. Dia suda terpick salah worang. Dia tak tau aku mmg suka nyanyi. Mesti dia ingat aku akan menangis kena nyanyi. Hahaha. Sorryyyyyyyyyyyy. Dia suruh aku nyanyi, aku bagi pakej siap joget! Apa ertinya menyanyi lagu raya kalau terpacak macam tiang bendera? Aku bukan nyanyi lagu Negaraku. Lagu Negaraku pun aku menyenget bila nyanyi. Nak sangat raggung aku kan? Hah ambik ni aku bagi pakej 2 in 1. Mengigau la malam karang tido mimpi aku.

"Dipersilakan, Diana dari dorm Orkid."

Aku sorang je junior kat bawah tu, yang lain semua senior form 4-5.

"Baiklah, saya akan menyanyikan sebuah lagu raya yang bertajuk ....."

Masa tu aku tak rasa itu adalah ragging sebab aku suka menyanyi. Hahaha.
Dah la nyanyi tanpa minus one.
Tapi aku konfiden, belasah je nyanyi.
Pastu ada pulak yang naik syeh agaknya tengok aku menyanyo, dia buat backgroud music tenenenenenenenenenenen...tenenenennenne..tenene...

Sial palis.

Ragging memang fun....kalau tak kena kat batang hidung sendiri!

Apa kena ntah akak-akan senior malam tu nak panggil aku menyanyi.
Tensen kot nak SPM, nak release tension suruhlah junior nyanyi. Konon ramai-ramai nak pakai gelakkan aku nyanyi. Dorang tak tau bapak aku dulu cikgu guru brass band STF, siap cipta lagu lagi. Maka secara otomatiknya aku juga dianugerahkan bakat seni terpendam. Eceh.
Nasib je umur dah 29, kalau tak, juara AF4 sah-sah aku.

Menganga sekor-sekor tengok aku lontarkan vokal. Itu cara-cara adhoc tanpa prektis. Kalau dah prektis 2-3 kali, konfem aku jadi penyanyi jemputan everytime besday Tunku.

Apesal junior always takut ngan senior, eh? Tak paham aku.
Masa aku jadi senior, junior sikit tak takut dengan aku. Hahahaha.
Tapi aku pun takut gak ngan senior dulu-dulu, nak-nak lagi ngan Kak L tu. Menyinga tak kena tempat. Masuk dorm orang tanya siapa ada maggi. Bila sorang pun tak menyahut, dia bleh kata 'kalau i nampak u all makan maggi, siap!'.

Meroyan.
Maggi pun nak mintak kitorang. Ko ingat, mak bapak aku belikan maggi untuk kasik ko mentekedarah?



2006-10-16

MC yang ceria




Itu la antara wajah-wajah terkini aku yang disnap pada pukul 11++am tadi bertempat di depan kaunter mengambil ubat di klinik Faridah. Sompek ambik gambar lagi. Apa gunanya orang macam nak pecah kepala design kamera kat henphone kalau kita sebagai pengguna tidak mengaplikasikan kebijaksanaaan para inventor?

Dah la keje kat opis banyak, Rabu CEO nak aku present market prospect and sales planning tahun depan. Tahun ni pun mencungap lagi mau aku plan tahun depan punya cerita. Malassssssssss!!! Orang sibuk nak raya, mana nak pikir kuih raya tak cukup lagi, dia sibuk nak pikir sales planning, cam tak leh buat lepas raya. Takde sense of consideration.

Sakit tapi tak boleh makan adelah satu keperitan. Lagi perit rasanya, bila anak aku mintak "Ma, nak air Bina (Ribena), letak ais".
Perghh!! Dugaannya begitu hebat tatkala aku menggoncangkan botol air Bina dia tu, dengan bunyik lagaan ais.....sunggoooooohhhhh menggetarkan iman.

Bila dah sakit kepala dan sengal-sengal otot sebegini, apa yang perlu kita lakukan? Benarrrr. Kita gode-gode apa-apa yang patut kat internet. Hasilnya, aku dapat mendownload game Mahjong! Segar bugar dapat main Mahjong ni ok. Tak makan ubat pun takpe. Dah 3 jam aku main. bagai mengulangi zaman kegemilangan di Uni bila ramai-ramai book PC kat library, bukan nak buat assignment, tp nak main Mahjong. HEAVEN!!!

Dah takleh lama-lama, level 21 dah menunggu ni.

Sapela yang nak menyantau aku ni?


Jumaat lepas, habis buka, aku rasa cam kepala aku berdengung semacam.
Macam nak termuntah tapi ku tahan Jebat.
Aku ingatkan contact lens aku buat hal, dah tanggal habis semua, still tak ok lagi.
Panggil bibik tolong picitkan.
Tak ilang gak pening.
So, aku bantai tido dari 8.30mlm santak ke kul 12 midnite.
Sedar-sedar tengok laki aku ada kat sebelah. Paler pening lagi ni.
Pening yang gilaaaa pening.

Aku rasa cam sesak nafas. Macam nafas sangkut kat dada.
So, aku tanggalkan bra. Sandar jap.
Tetiba rasa nak muntah. Seb baik aku kengkang langkah aku besar2, kalau tak mau tak sempat sampai toilet. Muntah takde intro uwekk..uwekk..punya. Terus berhambur keluar.
Dan di saat itu aku sudah meletakkan kata putus sahaja aku niat tidak berpuasa pada esok hari.

Esoknya, sah! Aku demam.
Apa masuk kat badan semua kuar balik tak sampai seploh minit.
Malam semalam sesudah menelan 2 bijik pil kaler biru, layan The Devil Wears Prada jap then tido.

Masa tido tu aku sudah bermimpi satu benda yg pelik yg tak penah aku mimpi seblom ni.
Aku mimpi aku bersahur soto. Kuah soto tu la masin Ya Rabbi sampai aku meludah-ludah.
Pastu dalam soto tu ada segumpal jarum peniti.
Aku pun macam nak telan memula, tapi atas keupayaan aku untuk mengawal aktiviti di luar sedar, aku pun letak tepi jarum peniti tu.
Bangun je tido aku tengok mulut aku berbuih-buih. Ni mesti aku sebenarnya meludah betul-betul.

Aku senyap lagi, maleh nak bgtau sesaper.

Masa lam keta tadi otw to Giant, aku pun story la kat hubby pasal mimpi tu.
So, bibik aku kata, masa dia picit paler aku malam smlm, bulu roma dia meremang.
Dia macam terasa-rasa something tp malas nak tanya. Bila aku bgtau psl mimpi tu, dia kata maybe ada orang nak santau aku melalui tido.
Kalau aku makan jarum tu entah2 aku dah mati dalam tido dah.

Gila!!

Dosa aku banyak wehhh.
Jangan la matikan aku skang.
Kalau nak aku mampos cepat pun jangan la menyantau aku ok.
Bad reference betul mati disantau.

Apesal nak santau aku?

Ni mesti pompan yg santau aku ni.
Pompan je yang mendengki ngan pompan.
Dah masuk zaman nuklear pun nak guna kaedah zaman batu mengenakan orang.
Jangan la old pesen sangat perangai tu.

Tapi bibik aku kata mungkin santau tu terkona ke tempat lain sebab pendinding aku kuat.
Bibik tanya laki aku tido peluk aku tak?
Aku cakap ya.

Tak tau la betul ke tak tapi bibik kata suami adalah pendinding terbaik isteri.
Sama macam kalau org gila nak menyantau hubby kita, kalau hubby kita at least minum/makan air tangan isteri sebelum kuar rumah, insyaallah santau tak terkena.
Haaaaaaaaaa...seb baik laki aku mmg peluk aku tetiap malam.



2006-10-12

The greatest ASSHOLE of all


Today, I had a meeting with our Senior Manager of HR or what secara korporatnya our COO.
The meeting was supposed to be attended by my immediate supervisor, but since she can't make it, so I took this great chance to throw as many questions as I can.
Slot lepas geram katanya.

At first, I thot I can blast him with banyak questions after his speech, but since aku duduk dengan bunch of people yang kuat mengipas bontot bos, it looks like aku la yang jahat dalam kompeni, manjang je aku bagi soalan memprotes. Yang the rest show pure naive look.
Jadi aku terpaksa kurangkan soalan protes aku.
Yang senyap sepi kiri kanan aku ni tak taulah kenapa, padahal kat luar bukan main mengutuk lagi.
Dah masuk dalam semua "Yes, Sir!"

Kau ingat aku suka-suka protes?
Hello? I griped for your own good okeh sebab new regulations are simply intolerable.
Brutal dictatorship!

So, starting next week we are going to practice odd working hours, start at 8.30am, finish at 6.15pm. 6.15pm okeh, what the hell this 15 minutes can do?
Adekah masa utk mengepack laptop?
Masa utk basuh mug?
Masa utk panaskan touch up muka?
Even at 5.30pm pun orang dah terbayang-bayang balik rumah.
Afterall we are doing business with government agencies (mostly).
Orang gomen pukul 5pm dah balik la, kau nak aku bersidai sampai 6.15pm ni kejadah apa?

When I ask the COO, why can't we just kick off our day at 8am instead of dragging the working hours up until 6.15pm, dia cakap "For start and end time, the logic is for all employees; my challenge would be on punctuality at 8.30am, are we punctual now? I believe most of the staffs are late at the moment".

Paler hangguk kau!
Kau la yang tak punctual.
Kol 8.30am, parking lot ko kosong lagi, padahal kau tak buat sale.
Budak-budak yang "tak punctual" tu bukan sengaja masuk lambat, cibai.
Dorang straight jumpa customer from home nak put money on the table so kau can berjoli, bodoh.

Another issue is, all staff are entitled for 3 days compassionate leave if your spouse/children pass away.
But, if your spouse were to die on Friday, the next day (Sat & Sunday) dikira.
Silalah datang bekerja semula pada hari Isnin.

You want to take annual leave?
That is it is subject to necessity.
If by the end of the month company need to close more sales, all leave will be freezed.
Regardless mak bapak mati.

Padahal dulu syaratnya bukan begini.
Syaratnya adalah working days.
Sabtu and Ahad bukan working days.
Entah apa alasannya dia tukar rules.
Oh maybe tak kena kat batang hidung sendiri.
Tunggu besok mak kau mati hari Jumaat, aku nak tengok batang hidung kau muncul tak Isnin depan.
Jangan pulak masa tu kau cakap "Oh, our culture must wait until 2 weeks then can resume work".
Pantat.

Benefits?

Ada la...maybe 2 out of 10.

I sometimes wonder, what make me stay this long in this terrible company.
Fair benefits and pay are the cornerstone of a successful company but if you don't provide a reasonable living wage for your employees, please don't talk about motivational issues.
Gampang lah okeh? Geli aku dengar.

Padahal without fair living wage, you risk losing your best people to a better-paying employer.
And that's what I already have in mind now.
Di waktu itu nanti, akan aku nyanyi 'Selamat Jalan Romeo' depan kau.
Seriously, underplay the importance of money and benefits to people who work is a mistake. HUGE!!

Katanya a lot more 'nice' new rules coming up, the blue print will only be distributed among us next week. Till then, tunggu..aku akan kembali dengan carutan-carutan terkini.


2006-10-11

Sungguh buto kompeni ini


We refer to the above.

Please be informed that in conjunctions of DEEPARAYA Celebration, the managmengt has decided to pay one (1) month salary in advance to all the Muslim(s) and Hindu(s) staffs by 18 October 2006. Therewith, the management will not grant any Festive Advance as previous years for this time.

Nevertheless, an early salary also serves the same purpose of Festive Advance.



Demikianla bunyiknya ayat di ambik dari internal mail company aku. Aku yang tadinya membaca dengan penuh harapan berbunga di hati, mengakhiri pembacaan aku dengan "BABI!!!!!"

Early salary also serves the same purpose of Festive Advance?

Aku rasa bukan aku sorang je yang hangin ni.
Ann sure gila babi punya hangin.
Siap laa...Rabu ni aku ngan Ann mesti adakan mesyuarat panjang sket dari biasa bertempat di surau. Umpatan hanya akan dilakukan selepas solat Asar.

Ake dah makin bengang ngan company ni.
Memula dia bawak masuk bini dia,jaga akaun konon.
Macam la takde orang lain boleh jaga akaun syarikat yang lagi banyak kira hutang dari kira profit ni. Pastu, bawak masuk adik ipar pulak.
Setakat nak tolong key in data, buat filing, kira claim, bak sini seploh hengget aku buleh buatkan la. Takyah ko kuar duit ribu-ribu nak bayar gaji adik ipar ko.

Tak cukup dengan tu, masukkan lagi satu ahli klorga yang lain.
Bawak masuk pulak abang ipar. Terus jadikan COO of one of the sister company.
Siap brag abang ipar ni penah jadi HR kat Jusco la, TESCO la.
Big-big company la konon, bukan calang-calang pengalaman tapi setiap 6 bulan tukar company, pekehey?
Hamik la..hamik. Aku pun bukan nak pun tittle COO bergaji rendah tu.

Ko bawak masuk segala kuncu-kuncu ko dalam company ni, apa ko ingat ni family bisnes?
Dah la bawak masuk abang ipar, assistant CEO pun tak dibagitau.
Alih-alih kuar internal mail this new COO will join us next week. Cilakanya la hai.

CEO aku ni takut ngan assitant COO dia.
SebabCOO (let me refer her as KZ) ni memang laser sket.
Aku tau dia respect KZ ni.
Masa mula setup company ni, sorang chinese pun tak ingin nak keje ngan dia.
KZ ni la yang datang interview kat company yang kecik, shop lot berjirankan bosia kilang (KZ la yang citer kat aku) tu.
Betapa rendahnya darjat company ni dulu.
Masa aku join pun still bentuk shoplot lagi cuma dah beli 3 pintu.

Pastu ada sorang lagi mamat came in asaing KZ as operation guy, dok buat delivery and pick up goods.
KZ kata dulu, cuma ada 2 meja je, 2 PC cabuk (third hand kot) and satu fridge (fridge kat umah tu) for freeze items storage.
Bayangkan..from a small and daif look company, turn to be among the big player in Southeast Asia. Pastu dah besar, dah ada building sendiri, baru la mencanak-canak kaum-kaum dia join.

Tapi yang aku rasa best tahap gaban is, tak sampai 3 bulan, lepas sorang, sorang kaum dia blah. Padan muka!! Kaum dia tu pun tak hengen keje sini.

Management berkira.
Sales nak suruh buat banyak-banyak tapi bila time benefit...ZERO!
Pastu lagi mau kerah kederat orang bawak masuk juta-juta. Kalau tak hit target, sack!
BABI.

Increment nak naik punyala payah.
Kalau nak potong gaji orang memang laju.
Pastu berangan nak jadik corporate. Aku sepak jubor ko nak?

Last year, satu member aku tu nak kata hit tak la, tapi adelah lagi 7-8 ribu kurang dari target.
Kira okey la tu kan. Nampak gak la effort dia bekerja.
Dah la member tu handle instrument. Bukan hari-hari ada equipment deals.
Ade ke increment RM50?
Hoih, nak beli spender Hush Puppies 3 helai pun tak lepas okeh.

Dah la wehhh...malas aku nak carut lagi.
Ko simpan je la Raya bonus tu, biar kepam.
Ko tak bagi lansung year end bonus tahun ni pun takpe.
Senang sket aku jadikan reason utk aku blah.
I tell you...once I get better offer, I KILL YOU IN THE MARKET! I SWEAR!!


p/s : Kelvin, I know they are now eyeing to sack you pulak. Macam ko tak paham tektik hina company ni. Tapi kalau ko stay, kita suruh company hantar kita overseas lagi, and someone gonna teman me pilih lingerie lagi...:)




2006-10-09

Where are you??



::AMER - musuh ketat yang paling mesra sekali. We were so close, sampaikan ader gosip liar mengatakan we all couple????!!! Gilo apooooooo??? Jejaka ini adelah lelaki yg sunggih brengset dalam hidup aku. But I miss u la Amerr...bila nak kawen ni? Aku tak sabar nak ucap 'i pity you' kat wife ko..huarghh huarghh huarghhh



::ZANA - tak sabar nak tengok awak kawen. Lama sangat saya simpan baju nikah saya. Takpelaaa...pi la tempah baju baru,dah habis pesen dah baju saya tu. Takde dalam pasaran dah. Everytime saya tengok SOGO, mesti teringat port kita '4 leaves'.
Rindu...rinduu...nak lepak kat surau sambil buat mensyuarat.



::YAN - Hamlaaaaaaaaaaaaaaaaauuuuuu!!! Ni lagi sorang. YM tak penah on. Asal ko ilang je ni? Ke aku je yang asik tak join gathering? Ko tau Yan, everytime aku tgk pencabut bulu ketiak aku mesti ingat ko.


2006-10-07

The Diana is hampeh tebu...lupa besday laki sendiri


Dari petang semalam lagi aku dah melepak kat spital An-Nur Bangi, temankan mak aku.
Alhamdulilah, dah boleh cakap dah pun.
Memula tu macam khayal je aku tengok, apa taknya morfin sebotol doktor bagi.
Bepeluh orang tua tu.

Aku sampai spital pun dah nak time bebuka, elok je bapak aku bentang paper atas lantai besila ngan adik aku. Sian...dah seminggu tido spital. Sahur pun kat kedai.
So berbekalkan elemen anak solehah, aku pun keluarkan balik seni memasak aku yang serupa nak gi berperang tu.
Dua-dua tangan balut ngan kain sampai siku.
Pastu aku geledah carik sudip yang panjang sikit dari biasa mak aku guna.
Tak kuasa aku nak mencederakan diri kena minyak panas. Dah la bulan pose. Kang melecur tangan aku, orang kata aku buat bom buatan sendiri lak.

Terkial-kial, apa taknya, dah masuk dua tahun aku jadik director of the house.
Main sebut je menu nak makan, the rest ditanggung beres oleh bibik aku.
Lantajlah, balut-balut pun blom penah ada rekod food poisoning makan masakan aku.

Punyalah busy ingatkan mama and uruskan apa-apa yang patut aku boleh lupa hari ni besday laki aku!!! Sungguh derhaka isteri ini. Seb baik dia buat deeek je.
Huish, kalau besday aku dia buat tak reti, harus menghempas-hempas aku, siap hentak-hentak kaki lagi masa naik tangga, kasi tunjuk protes.

Tapi laki aku boleh tahan, siap bleh kasik hint, nyanyi 'happy birthday to you...happy birthday to you..' Perli la kan??
Sejak dua menjak ni aku manjang je lupa. Petanda-petanda awal ahli syurga agaknya..:)

Disebabkan malam semalam aku penat sikit, siapkan apa-apa yang patut untuk sahur (sebab selama ni aku tak la beria nak masak sahur pun, main perangat lauk berbuka je), bangun lak kol 4 pagi.
Dah la selama ni aku besahur kol 12 malam. Ngantooooooookkk.

Lepas sahur, aku santak tido sampai kol 12 tengahari.
Tu diaaaaaaaaaaaaaa....penangan bangun sahur awal pagi.
Elok je lepas mandi laki aku call dari opis.

He : Buat apa?

Me : Baru lepas mandi.

He : Ha? Baru bangun ke?

Me : (aku dah agak dah, dia ni alergik kalau aku bangun lambat).
Ha'ah. Di demam.
(alasan biasa yang aku bagi kalau lewat bangun, sambil buat-buat suara serak. Dah nam tahun aku guna alasan ni, dia pecaya sampai skang)

He : Laa..nak makan ubat takleh pulak. Di rest la, kay?


HAHAHA.
Kan aku dah kata. Aku berjaya lagi sekali.
Alaa aku tau, dia tau aku tipu dia. Tapi dia buat-buat tak paham je. Bini kan...

Abang,
Happy besday to yuuuuuuuu
Happy besday to yuuuuuuuu
Happy besday to abaaaaang
Happy besday to yuuuuuuuuuuuuuuuu

mmmuuuaaaaaahhhhh!!!

Kita celebrate lepas raya ok?
Sebab lepas raya Redza mesti dapat banyak duit raya.
Kita ambik duit dia buat beli present abang. Hahahaha.




::Mama..tengah tengok citer hindustan::




::Cara terbaru Redza nak kiss aku. Macam muncung ikan::



 ::SEPET!!::




::Dua jejaka yang setiap malam dahagakan belaian aku::



::Dia ni kan sebenarnya suka bergambar dengan aku tapi asal begamba je buat muka kena kawen paksa. Aku macam syok sendiri sengih depan kamera::