Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

2023-01-25

Kay's Steak and Lobster


Tahun ni nampaknya KMB dah bagi kebenaran student outing every week.
Redza pun dah start balik every week.
En Wan kata "Ni balik every week karang tak belajar lah tu duduk rumah main game kat bilik".
Aku cakap, "Dulu budak tu 5 tahun kat Langkawi sibuk cakap kesian kita tak dapat jenguk dia hujung minggu. Now dah komplen pulakkkk".
Selalunya gitulah, kan? Bila anak tu jauh teringat-ingat.
Bila anak tu kejap-kejap balik rumah mulalah bising.
Aku cakap takpelah sementara ada sini dia nak balik rumah.
Esok kalau dah fly, lansung tak nampak kelibat. Masa tu kalau cakap rindu anak, siap!

Bulan lepas Redza balik semester break tak dapat nak melayan dia sebab kitorang sibuk dengan urusan Rayyan kat hospital.
Aku pun tak berapa masak kat rumah.
Aku kira-kira last month duit order Grab sahaja RM1600. Terkedu.
Mahal rupanya makanan sekarang. Tapi terpaksa pejamkan mata sebab yang kat hospital request nak makan itu ini sebab dah boring dengan menu hospital.
Yang kat rumah pun aku terpaksa arrange Grab Food sebab tak berbaloi nak memasak setakat makan 2 mulut.
Jadi last Saturday, aku arrange dinner anak-beranak dengan  Kat Putra Heights je.

Kisahnya, selalu dah lalu-lalang depan restoran ni tapi tak tergerak nak singgah sebab bendanya kat Putra Heights je, bila-bila pun boleh masuk.
Nak dijadikan cerita, En Wan ajak aku join company's lunch.
Dorang buat kat Kay's IOI Connezion.
Itulah first time aku masuk Kay, order makanan dan terus balik rumah petang tu aku book dinner kat Putra Heights pulak.
Boleh tahan food kat sana.
Masa Kat Connezion aku makan grilled salmon.
Mashed potato dia ya ampunnnn sedap!
Takde pulak side dish mashed potato only. Kalau tak, harus aku tapau ini je.
En Wan makan aglio oglio with soft shell Crab. Pun sedap. Crab dia besar kau. Puas makan.

Aglio olio tu kalau untuk kitorang, dah kenyang sangat dah ni.
Tak sure la kalau orang lain cakap sikit.
Udang gabak-gabak.
En Wan add on crab pulak lagi, terus penuh mangkuk tu.
Crab tu tak termasuk dalam standard dish.
Aglio olio tu hanya seafood basic - kupang, sotong and udang.
Tapi waiter dia pandai, dia up-sell.
Suggest kot-kot kita nak tambah soft shell crab.
Ada beberapa pilihan, En Wan pilih ketam.

Salmon dia standard size, tapi untuk aku, ini adalah kecil.
Aku suka salmon setakat besar gini sekejapan je aku settelkan.
Aku syak aku boleh makan 2 set terus.
Bukan sahaja sedap, mashed potato dia pun sangattttt sedap.
Lansung tak teringat nak pelawa En Wan rasa.

En Wan bedal colleague dia punya grilled lamb sikit and lobster sandwich sikit.
Lobster sandwich tu sedap. I mean the combination of roti, lobster, dressing -- sedap.
Lobster ni kalau makan gitu je tak sedap sangat, dia kena ada geng dengan benda lain baru best.

Sabtu lepas berangkut 4 beranak ke Kay's PH. Rayyan pun join dengan bertongkat.
Itulah pertama kali dia makan di luar sejak patah kaki.
Dapatlah keluar 4 beranak. Mok taknak join.
Mok dah tak berapa nak join kalau ajak makan luar especially tempat-tempat macam ni.
Oh by the way, kalau nak ke Kay's korang kena book dulu via their website.
Punyalah sentiasa full house, ya.
Kadang kan aku rasa food bisnes macam ni yang nampak gah and luxury lebih bertahan berbanding dengan restoran yang biasa-biasa.
Contohnya, Kenny Hill's Bakers.
Punyalah mahal, tapi full house.
Semalam aku kena brand IOI City Mall, beratur boleh tahan lama.
Tapi tetap orang semua queue.
Kay's pun macam tu, kalau kau redah masuk gitu, belum tentu ada seat. Kena book.
30 minit sebelum waktu makan kau, dia email untuk confirmkan semula kau nak proceed ke tak.
Gila tak proceed? Proceeddddd. Belum tahu lagi bila aku dapat book kalau aku kensel yang ni.


Rupanya semua pun order spageti tapi macam-macam pesen.
Yang Redza pun aku no idea jenis apa.
Warnya spagetinya kuning nau, tapi bukan cheese.
Kat PH ni waitress dia tak pandai upsell.
Padahal En Wan order meal yang sama macam kat Connezion - seafoof aglio olio and air tembikai.
Dia ambik order gitu je tak upsell padahal ada pilihan.
En Wan pulak terlupa nak add on benda lain.
Macam kat Connezion, waiter dia tanya "Nak tambah crab?"
Bila En Wan order air tembikai, dia tanya "Nak tambah laici tak?"
Yang kat PH tak. Apa yang customer order itu jelah yang dia catit.
Maybe yang ambik order kat Connezion tu bos dia sendiri agaknya.

Aku order aglio olio lobster tapi lepas tu aku makan secotet je.
Sebab aglio olio tu sendiri dan banyak dan ada rencahnya sendiri.
Makan itu je dah full.
Nasib baik En Wan and Redza nak layan aku punya lobster, kalau tak mampuih En Wan membebel tak habis.
Lobster dia boleh tahan besar.
Setakat nak rasa-rasa tu puas lah.
Kalau nak kenyang aku kena order lobster sahaja. Hat tu besar sebab ikut size.
Orang depan kitorang ada makan lobster saja, besar gabak!

Carbonara ok, cuma si Rayyan tak makan beef strips tu, sayang je.
Nasib baik Redza tukang habiskan hujung-hujung.
Belgium choc ice Redza kata sedap.
Aku tak boleh minum air coklat jadi tak dapat nak sahkan betul ke sedap.
Sedaplah agaknya.

Aku ada up story pergi makan kat Connezion sebelum tu.
Sorang follower suggest ambil NZ Mussel next time.
Terus ini yang aku order dulu, nak rasa sedap benau ke. Hehe.
Ya, sedap. Mussel dia gemuk-gemuk. Agak puas.
Bendanya tak banyak mana tapi dia pandai sebab cheese and cream tu buatkan kau cepat kenyang.
That day terbuang je 2 ketul tak bermakan, kenot gi dah. 
Masing-masing tersandor.
Redza suka, En Wan pun suka. Lulus.

Aku dah plan next round nak try Lamb grill dia pulak.
Dah nampak dah colleague En Wan makan that day, nampak sedap cuma portion kecik.
Nak layan Tomahawk takut tak terabis pulak.
Hat ni kalau nak layan, kena ajak geng-geng Dusty Pink baru berbaloi bayar RM500.
Takpe, Kay's kat PH ni dekat je dengan rumah aku. Next time teringin makan kat sini je.
Belum sempat rasa mango cheese cake dia.
Nanti kita try nak tengok boleh celen Gula Cakery and Kula Cakes tak 😁.

Harga-wise -- standard makanan western.
Rasanya lebih kurang harga di TGIF je.
Yang paling mahal hanya makanan aku sebab ada lobster. Ini RM100+ sepiring.
Yang lain biasa-biasa je harganya. Jangan takut, silalah datang.




2022-01-31

Tauhu Bergedil Le Nany


First time aku makan tauhu bergedil pada zaman dia tengah viral dulu.
Biasa makan tauhu sumbat je.
Aku kan peminat tauhu.
Barang yang sentiasa ada tak putus stok dalam fridge aku antaranya tauhu.
Sekali beli minimum 8 keping.
Kadang buat lauk, kadang buat ratah-ratah.
Agak-agak boring tak tau nak kunyah apa, aku goreng je tauhu tuang sambal kicap, ratah sambil tengok TV.
Nak lagi best kalau ada tempe.
Potong tempe nipis panjang-panjang, goreng garing-garing.
Dah macam biscotti ala Jawa.
Cecah sambal kicap.
Jadi je aku buat jajan sambil tengok TV.

Tauhu bergedil orang kata senang sangat resepinya.
Tapi kalau ada orang willing nak buatkan, lagi senang.
Nak pulak kalau yang buat tu pandai.
Aku rajin jugak beli tauhu bergedil jual kat pasar malam atau beli dari gerai-gerai jual nasi lemak pagi-pagi.
Ada yang boleh makan, ada yang itulah last aku beli.
Tauhu bergedil ni yang buat sedapnya bergedilnya tu.
Ada orang bergedilnya buta-buta kentang je.
Kata ada daging, celah mana daging dia tak berasa pun.
Maybe too sikit atau dah too blend dengan kentang sampai tak berasa.

Haaa ini dia tower tauhu bergedil.
Tak cukup dengan ribbon, dia bagi love sekali.
Gigih seller ni.

Kalau orang kata "Apa je lah beza tauhu bergedil ni dengan orang lain. Sama je kot".

Tak sama, ya.
Like I said, bezanya adalah pada bergedil.
Kalau selama ni korang makan tauhu bergedil intinya rasa tak berasa daging, meh sini rasa yang aku makan ni.
Aku rasa inilah bergedil pertama isinya banyak daging dan dagingnya berasa dalam mulut.
Dagingnya dicincang agak besar.
Boleh nampak dagingnya dalam bergedil.
Tapi janganlah kau expect daging tu datang besar-besar biji dadu.

Ini maksud aku.
Boleh nampak kan daging kat bergedil tu?
Memang puas hati makan.
Setiap gigitan berasa daging.
Aku tak sure kalau ada orang buat bergedil ayam atau vege bergedil (letak mushroom).
Maybe sedap juga. Tapi aku suka daging.

To be honest, memang aku belum jumpa lagi tauhu bergedil yang intinya nampak jelas cebisan daging, DAN banyak pulak tu! Sumpah tak kedekut ni.
Jarang nak jumpa inti tauhu bergedil meriah dengan daging macam ni.
Nak lagi kalau kat pasar malam. 
Murah memang murah tapi entahlah, aku ni jenis yang enjoy food.
Food kalau mahal sikit tapi sedap takpe. Seronok makan.
Ini kalau murah je lebih tapi rasa cincai-bancai, lagi terasa rugi spend duit kat makanan macam tu.

Aku tahu kebanyakan orang malas beli makanan online sebab tak kuasa nak membayar cost delivery.
Entahlah, masing-masing punya pilihan, kan.
Aku ni pulak kalau dah teringin nak makan, rela berhabis duit delivery.
Pernah order chocolate roll dari Kajang, delivery pakai grab sampai RM40, sedangkan harga roll nya RM48. 
Dah macam order 2 tray roll. 
Tapi takpelah, nak makan sangat, pejamkan mata je.

Insyallah aku dah rasa tauhu bergedil ni.
Korang pun boleh tengok inti penuh daging tu, memang puas hati.
Tong-tong dengan member-member seopis, order sekali banyak, bolehlah jimat duit delivery.  

Setiap tempahan akan disertakan dengan hirisan daung bawang, hirisan cili api and bawang goreng yang dipack asing.
Sambal kicap dah pasti.
Hari tu dia buatkan aku sambal kicap kurang pedas.
Disebabkan kurang pedas, maka aku dapat enjoy makan berketul-ketul.
Lawan pulak dengan teh O panas. Memang cenggini haaa πŸ‘πŸ».

Aku tak sure minimum pack berapa biji.
Tapi yang pastinya the seller has been doing this ONLY for years.
Dia hanya jual ini saja.
Dan the business is so good sampai sehari up to 200-300pcs dijual.
Bila aku dah makan the tauhu bergedil, yes, memang nampaklah gaya orang yang "master" in tauhu bergedil.
Ye lah, kalau ini je yang dia fokus mau tak master? Alhamdulillah sedap.

Insterested, boleh terus whatsapp/call Puan Rozana 019-5345689.
Dia based in Mantin Negeri Sembilan tapi delivery ke Klang Valley tetap dibuat.

2022-01-24

MZY Kepok Lekor and Nasi Kenduri Kawen


Lama sangat tak buat post review makanan, kan? Berderet sebenarnya review makanan ni.
Makanan dia bukan main lama dah makan, review tak lagi.

Hari ni aku nak review 2 jenis makanan.
Kedua-duanya masuk dengan tekak aku DAN tekak En Wan [dia pun join sekaki].

1. Keropok Lekor MZY

Hat ni katanya 100% kepok kelor Tganu. Ok good.
Memandangkan ada sorang tekak Tganu dalam rumah ni, meh kita bagi dia rasa betul ke tak ini kepok 100% from Tganu.
Aku yang tak original Tganu pun dah pandai rasa jenis kepok samada Tganu or tak Tganu. Hahaha.

Dia macam ni tau, bukannya boleh tahu sama ada kepok tu from Tganu atau tak.
Tetapi, kepok lekor ni kebiasaannya rasa ikan tu banyak berbanding tepung.
Ada je kepok dari Tganu tapi liut semacam, banyak tepung berbanding ikan.
Contohnya, kepok lekor kat pasar malam.
Ada 2 jenis, satu yang keras pelantung, satu lagi jenis liat.
Dua-dua tu claim from Tganu.
But to me itu bukan 'original kepok lekor'.
Pure kepok lekor tak keras nak mampus gitu. Dan juga tak liat-liut.
Kepok mestilah berasa ikan lebih banyak.
Sometimes kepok tu warnanya gelap.
Itu salah satu indicator banyak ikan.

Aku dah rasa macam-macam jenis kepok.
Yang Seberang Takir, yang Losong, yang Baru Rakit, yang Manir, yang entah mana pelosok Kak Long and mok mertua aku belikan.
Selama bertahun-tahun kawen dengan orang Tganu, tak kira apa jenis kepok yang aku makan, always aku patah balik ke kepok lekor Manir.
Hat Manir memang kena betul dengan tekak aku.
Kedainya dari dulu sampai sekarang gitu gak tak besar-besar pun, tapi memang itu yang aku tuju.

Tidaklah bermakna kepok lain tak sedap.
Sedap juga, cuma aku berkenan hat Manir.
Kepok lekor MZY ni salah satu yang aku boleh makan.
Maksudnya, rasa ikan tu ada, tak liut dan keras. Just nice.
Aku pernah makan jenis ini dari Losong dan rupanya kepok MZY ni juga dari Losong.

Kepok lekor MZY ni di pack dalam pek vakum.
Sepaket ada 18 batang.
Batangnya dia tak panjang macam kepok lekor Manir.
18 ni samada kau boleh pong 3 atau nak goreng sebatang gitu pun boleh.
Aku tetap potong-potong sebab nak bagi garing.
Harga sepaket RM10. Boleh sangat dah ni.
Aku ada 4 paket. Kebetulan last week Kak Long postkan another 4 bungkus kepok lekor dari Manir.
Memang stok kepok lekor tengah meriah dalam freezer aku.
Tiap-tiap malam marathon dengan En Wan makan kepok lekor. Heaven!

Ini rupanya dari dekat.
Garing dan rangup kulit luarnya tapi isi lembut.
Berasa ikan, itu yang paling penting.
Kepok ni tak datang sekali dengan sos, ya.
Sos boleh beli asing, dia ada jual sos per botol.
Tapi aku pakai sos cili Life je.

Review jujur aku, banding dengan kepok Manir, aku lagi suka Manir TETAPI kepok lekor MZY ni lebih sedap berganda-ganda dari kepok lekor pasar malam.
To me, kepok lekor MZY ni adalah 100% Tganu.
Ginilah rasa kepok lekor sebenar, bukannnya yang pasar malam tu.
Kalau stok kepok aku dah habis, aku no problem untuk consider beli MZY ni.
Memang boleh makan. Sedap berasa ikan.

Selain tu, MZY ada keluarkan kepok lekor cheezy katanya.
Hat ni first time aku jumpa.
Balik Tganu yang paling latest hari tu pun aku tak jumpa pesen ni.
Basically hat ni kepok lekor yang diletakkan bebola cheese di dalam.
Cheesenya bukan yang leleh punya, tak tau cheese apa ni. Sebab warnanya putih.

Ikhlas dari aku, berbanding dengan kepok lekor yang biasa, yang cheeze ni kureng sikit di tekak aku.
Rasa ikannya pun berbeza. Lagi sedap hat panjang tadi.
Cuma ye lah, yang ni satu improvisasi kepok lekor.
Itulah daya penariknya.
Asyik makan kepok lekor panjang je boring juga, kan.
Sesekali tukar kepada lekor cheezy ball.

Cheesenya tak banyak.
Ada yang bila dah digoreng, cheese keluar semua, dalam ball dah kosong takde cheese dah.
Aku syak cheesenya pun tak banyak.
Dia letak buat syarat sebab dah namanya cheeze ball.
Bolehlah nak makan ni. Maybe ada yang suka.
To me, aku prefer yang panjang tadi.

Ini aku zoom sikit nak bagi tengok rupanya.
Hat yang aku goreng ni hampir semua ball cheesenya terkeluar dan garing di luar.
Bila makan ball, dah takde rasa cheese.
Tapi ok je, aku makan.
Harga Cheezy Ball Lekor ni RM18 untuk 20 biji. Bolehlah.
Tak mahal mana pun. Berminat nak cuba boleh whatsapp 6018-2315805.


2. Nasi Kenduri Kahwin

Yang ni dah lama si Lang nak hantar.
Dari hari aku balik Tganu bulan 11 yang lepas.
Aku on the way ke Tganu dalam kereta dia whatsapp bagitau nak hantar nasi kenduri kawen.
Lepas tu postpone hinggalah last week nasi ini sampai ke rumah.


Excited gila masa dapat bungkusan ni.
Betapa klasiknya set ni sampai kat korang nanti dalam kain batik lepas yang diponjot macam ni!
Kau percaya tak masa En Wan bukak bungkusan ni, aku macam nak nangis.
Sebab aku berangan dengan En Wan esok kalau Redza kawen aku nak buat kenduri style kenduri-kendara kampung macam ni.
Penanggah aku semua pakai baju pagoda and kain pelekat.
Makan berhidang macam ni.
Telur rebus tu aku nak balut tisu saja.
Semua ahli keluarga pakai baju kurung BERKAIN BATIK gini.
Bunga pahar aku nak buat style bunga telur zaman dulu yang warna emas-emas klasik takde lace-lace ni semua.
Wah gitu perancangannya.

Kenapa mesti kawen Redza, bukan Rayyan?

Sebab Redza ____________ [isi tempat kosong, 5 markah].
Siapa dapat jawab tepat memang cemerlang lah πŸ˜†πŸ˜†.

Kain batik takleh pilih, ya. Apa dia bagi kau ambik je.
Tapi jangan pulak expect kau dapat kain batik yang boleh dipakai.
Yang ni dia dah potong untuk balut set ni saja.
Tapi bolehlah kau basuh and gosok balik kain tu buat alas meja, atas alas-alas dulang.

Kalau siapa perasan ACHARE ni also buat biskut raya.
Raya yang lepas aku dapat hamper raya from them juga.
Dalam tu ada lilin, kaktus and biskut raya.
Kuih bangkit and tart nenas dorang sedap u olsss!
Insyallah tahun ni akan kutunggu tart nenasnya.

Kebetulan pulak masa ni aku tengah busy membagi online talk, dalam kepala dah terfikir lambat la aku masak ni karang.
Tup-tup orang call kata nak deliver makanan dari ACHARE.
Memang rezeki sangat ni. Rezeki takyah masak πŸ˜†.
Betul-betul macam makan kenduri aku hari tu.
Setiap set adalah untuk 2 orang makan. Korang akan dapat:

2 Bekas Nasi Minyak
1 Bekas Ayam Masak Merah
1 Bekas Daging Ketuk
1 Bekas Dalca
1 Bekas Acar Timun/Jelantah
2 Biji Telur
2 Bekas Kuih Tradisional
2 Plastik Papadom

Semua ni hanya RM55.00 saja, exclude delivery.

Tapi kan, korang takleh order hari ni and expect esok sampai, ya.
Benda ni hanya release SEBULAN SEKALI sahaja.
Haaa..begitulah ekslusifnya.
Kau nak makan, ko order sekarang untuk masuk slot next month.
Maka, sesiapa yang nak order set ini, boleh order sekarang di 6019-6437721 [Lang].
Insyallah nanti in Feb dia akan hantar sekaligus semua order.

Ini sekali masak pakai kawah u olls.
Nasi dia aku suka, memang real macam kenduri.
Siap dengan kismisnya, dengan gajusnya, dengan bawang gorengnya.
Tinggal takde pengantin je lagi.
Nak lagi feel, sambil makan pasang lagu Selamat Pengantin Baru.
Bertambah-tambah nasi kau nanti.

Tapi aku faham, nak menyiapkan nasi kenduri in kenduri style-cooking buat mudah.
Bukan boleh dimasak hari-hari benda ni.
Nak pulak geng-geng ACHARE bukan buat ini sahaja.
Dorang ni banyak buat interior designing dan event.
Jadi, ambik order sebulan sekali tu sangat faham.
Kalau nak rasa set nasi kenduri dorang ni, sila whatsapp order anda ke 6019-6437721 [Lang].

Kalau nak hantar produk/service untuk direview, send email kepada aku di diana[at]xzizbiotech[dot]com.


2020-10-08

Cerita pasal makan

Hari ni aku nak cerita pasal makanan je.
Dah terlampau banyak gambar makanan dalam henfon aku ni.
Jap lagi pun nak keluar makan lagi, jadi sebelum henfon aku jem dengan gambar makanan dan pergi makan, aku simpan sini satu rekod.



Kalau Dolly Dimsum ni ada sistem point, dah banyak agaknya point aku sekarang.
Padahal aku baru je kenal Dolly Dimsum tahun ni masa melepak dengan kawan-kawan aku.
Aku rasa kawan yang memperkenalkan Dolly Dimsum ni pun tak masuk Dolly sekerap aku sekarang.

Setiap kali pergi aku akan cuba menu baru di samping ada menu biasa yang wajib aku ambil.
Kali ni menu baru aku try - egg tart [bawah kanan] and meat ball [atas kiri].
Egg tart dia ok lah boleh makan tapi aku pernah lagi sedap dari ini, jadi mungkin lepas ni aku takkan order lagi.
Yang meat ball tu TAK SEDAP SANGAT.
Maybe sebab dia kukus kan, jadi semacam je bila lalu kat tekak.
Kalau goreng mesti sedap.
Lagipun rupa meat ball tu sendiri tak menyelerakan. 

Nasi goreng ikan masin tu memang real punya chinese nasi goreng.
Nasi goreng cina yang sebenar mana ada kering macam yang biasa kita makan kat restoran/warung melayu.
Kalau pi Guangzhou, try order nasi goreng dia, memang nasi lembik sikit [basah].
Dolly Dimsum pun sama, nasi goreng dia style macam tu.
Selalunya aku akan ambil 3-4 sudu, yang the rest En Wan habiskan.
Dia memang nasi-person.

Yang fried fish cake with telur masin tu memang kena sangat dengan tekak kitorang berdua.
Belum pernah missed order lagi setiap kali datang sini.



Yang atas kiri tu favourite aku and En Wan.
Now kalau pi Dolly tak boleh share tau, sorang satu order benda ni, sebab sedap sangat.
Lagi satu yang bawah kiri, yang tu pun order sorang satu, taknak share, sebab sedap jugak.
Yang atas kanan tu baru makan 2 kali, memang akan kekal diorder lagi lepas ni sebab sedap jugak.



Waktu ni kitorang pergi last week, balik dari Bangi, singgah IOI City Mall, dah alang-alang melintas tu kan.
Mula-mula dia bagi meja lain.
Kitorang duduk je kat meja tu terus bau telur. Nak muntah aku.
Panggil staff dia bagitau nak tukar meja sebab meja ni bau hanyir.
Pelik aku jenis yang lalu-lalang kat tepi meja tu kau tak bau hanyir ke?

Inilah benda yang buatkan beg tangan aku always penuh dan berat, sebab banyak benda yang aku angkut.
Hand sanitizer, surface disinfectant, tisu basah, hand sanitizer BBW [tujuan nak bagi wangi meja and tangan in case takde sabun].
Tu belum cerita lagi power bank, purse, henfon, tisu kering, note book dan segala tok nenek lain.

Hari tu pi Dolly kebetulan aku bawak hand sanituzer aku je, yang lain semua tinggal.
Kalau ada hand sanitizer BBW tu dah lama aku curahkan atas meja.
Tu pasal kalau aku pi restoran, benda pertama aku curah atas meja tu adalah hand sanitizer BBW sebab nak bagi wangi.
Orang kiri kanan kadang pandang-pandang gak aku, mesti dia kata "Mengadanya pompuan ni."
Tak kisahlah, janji aku nak makan dengan tenang bau wangi-wangi.



Ini kejadian Ahad lepas, En Wan jemput aku balik kelas, terus pi makan kat KOTAK.
Rupanya member tu tak makan lagi seharian.
Ini kali kedua aku makan kat KOTAK, cawangan yang sama.
Tapi satey dah takde :(.
Satey Indo best, dulu aku pernah makan kat sini.
Tak tau lah apa sebabnya dah takde, tapi ada new menu seperti Risoles Ayam.

Masing-masing lapar tapi tak terasa nak makan nasi, so we ordered indomi tapi aku punya without ayam.
En Wan punya indomi ayam tu punyalah pedas berdesing, padahal level standard ya, belum order level 10 punya.
Aku ni dah tentu-tentulah tak tahan pedas, yang En Wan punya kuat pedas pun surrender awal.
Masa makan tu dia pasang sekali kat TV review-review dari celebriti and instafemes.
Aku pernah buat juga review ni atas jemputan KOTAK sendiri.
Makan cepat-cepat, sebelum video revire aku keluar kat TV tu aku blah.
Malu I nak tengok muka sendiri.



.....tapi kalau tepek muka sendiri banyak-banyak kat blog takpe.



Selasa baru ni aku ada meeting di UPM untuk another collaboration.
Sentimental sungguh la pi sini.
Sebab lebih 10 tahun yang lepas, aku pernah ke sini escort bos aku untuk projek halal.
Masa tu kitorang baru berjinak-jinak nak buat halal projek, jadi pi sini untuk discuss collaboration.
Alhamdulillah, ditakdirkan aku and bos aku akhirnya tubuhkan company bersama-sama [company aku sekarang] dan kitorang run our own halal project.

Now, aku datang lagi ke sini, the ketua pun dah bertukar ganti orang lain.
Yelah, dah lama kot.
Tak sangka akan ke sini lagi, kali ni dengan perancangan untuk collaboration yang baru yang insyallah, lebih solid.
Seronok dapat bekerjasama dengan orang-orang yang ada background yang sama.
Semoga diizinkan Allah.



Lunch kat IOI City Mall lah, apa lagi. Dah sah-sah baru keluar UPM, kan.
Aku ni kalau kerja kat UPM mau hari-hari muka aku je kat IOI tu.
Aku suka pi sana sebab tempat makan banyak, and hampir semua brand yang aku suka ada kat sana.
Tapi selalunya aku pi sana untuk makan je, bukan shopping pun.

Kali ni dah taknak lepak Dolly Dimsum dah.
Selalunya pi sini akan lepak Dolly, kali ni kita ke Sepiring pulak.
Aku rindu nak makan Hainanese Chicken Rice dia, jadi aku order itu.
Lepas tu nampak ada baked macaroni cheese pulekkkk, just nice lah. 
Order yang tu juga tapi size kid's meal.
Sedapppp baked macaroni cheese dia, memang boleh pergi lagi ni.

Kawan aku order laksa asam, rojak buah and dessert apa ntah, tak tau.
Aku ni kalau dapat member yang enjoy food, memang ngam lah.
Kalau suruh aku pilih antara bershopping dengan makan, aku pilih makan.
Memang terapi betul kalau dapat makan, especially good food with great place.
Kerja penat-penat, apa salahnya treat diri dengan good food.
Tapi bak kata En Wan "Masalahnya awak tu manjang je nak makan sedap". Kahkahkah.
Eh kisah pulak kau kan aku yang nak makan.

Aku ni layan mamak 2-3 kali seminggu pun ok, layan pasar malam pun ok, warung pun takde hal.
Yang penting the FOOD tu mesti sedap.
Kalau tak sedap, memang payah aku nak enjoy.
Macam kat Westin hari tulah, great place tapi food tak kena kat tekak. Hancussss.



Gaya orang jumpa makanan.

Kawan aku cakap aku kalau dapat makanan, memang tak pandang tempat lain.
Muka bersimpang-siur pun tak pedulik.
Ya, memang aku kalau dah nampak makanan, fokus aku hanya tertumpu pada makanan.
Sebab tu dulu masa aku free hair, time makan je, aku akan keluarkan segala cekak and sepit dari dalam beg.
Aku sengkakkan rambut aku ke belakang, sepit rambut-rambut yang terurai, dah settle segala rambut takde terjuntai menghalang pandanga aku, baru aku start makan.
Makan kena serius, rambut jangan kacau. 
Lepas habis makan, baru touch up balik rambut, sikat balik dan flip hairrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Settle makan kat Sepiring hari tu, round kejap, aku and kawan nak beli barang sikit.
Pastu ingat nak balik dah, sekali kawan aku terpandangkan Dotty's.

"Eh ada Dotty's kat sini?"

Aku peghak, tak tau apa benda si Dotty's ni.

Rupanya cafe family S.M. Nasarudin. Cafe orang have-have gitu.
Baru launch rasanya sebab bunga masih penuh lagi.
Kebetulan the family ada di sana juga tengah makan, tapi bukan semua lah, but ada family members dorang tengah makan beramai-ramai.
Aku tak kenal, sumpah. Kalau lalu sebelah pun aku maybe macam rasa pernah nampak tapi tak tau kat mana.
Tapi kalau Marion Caunter ada, aku boleh cam.

So kawan aku ajak masuk Dotty's.
Kau bayangkan baru keluar Sepiring dia ajak masuk Dotty's pulak?
Serius aku tak pernah lagi lepas makan, masuk cafe lain makan lagi. Ni first time. Kahkahkah.
Layankannnnnnn.
Bila lagi nak try cafe macam ni kan, kalau dengan En Wan mapuh keras dia takkan masuk.
Cafe macam ni memang bukan kegemaran dia.

Disebabkan masing-masing kenyang lagi [tapi gatal jugak nak masuk], kitorang order dessert saja.
Masa ni terserlahlah kepeghakkan masing-masing.
Kau bayangkan orang yang biasa lepak mamak tetiba nak feeling masuk cafe have-have? Sure menggelupur.



Nak cerita kegelupuran ni kena tunjuk gambar baru senang paham.
Ini gambar selepas settle makan, tapi aku nak tunjuk entrance ni.
Kitorang scan kat depan ni, pastu berdiri kat situ tunggu orang pelawa masuk.
Tunggu punya tunggu siap melambai-lambai lagi, tapi takde orang tengok pun.
Yang customer duduk kat depan tu just pandang-pandang kitorang je, takde pun tolong panggilkan staff.
Aku dah rasa nak ajak balik je, kecik hati la ni kan, mentang-mentang la aku tak bawak henbeg Dior, kau buat tak pandang je aku kat depan ni.

Rupanya salah pintu! Bodoh pulak terasa.
Boleh kitorang tak perasan depan tu dah letak palang tutup entrance.
Pintu masuk dia sebenarnya kat tepi, kena keluar dari pintu mall and masuk ikut tepi.



Dia punya entrance kat sini, bodoh. Kahkahkahkah.
Nampak nau tak pernah sampai.
Apa korang ingat mentang-mentang pakai mask Jovian dah nampak ada class?? Dasar desa!

Mula-mula kena beratur ya, sebab ramai rupanya rakyat Malaysia yang suka makan tempat ber-class macam ni.
Seriusly, cafe ni penuh!!
Yang waiting list punyalah panjang.
Kitorang sanggup beratur ni, punyalah nak rasa apa sedap sangat ke makanan kat dalam tu.

Bak kata kawan aku yang lain, sebenarnya jual barang mahal lebih senang, sebab yang beli memang orang berduit.
Dia tak cakap banyak, kau offer, dia terus bayar.
Kalau jual barang murah, makin kau bagi murah, makin dia minta diskaun.
Ada betulnya juga.
Maybe sebab itulah cafe-cafe macam ni sometimes lebih ramai orang datang.
Lagipun orang sekarang macam yang aku cakap, you work hard, treat yourself with good food.



Akhirnya dapat masuk. Dapat pulak tempat duduk betul-betul tepi entrace yang kitorang salah tadi.
Menu book sampai, aku selak dengan perasaan teruja.

"Fuiyoo...doughnut fries...sizzling brownies...doughnut S'mores....Onde-Onde croissant...."

Pastu kawan aku cakap "Tak payahlah spell out menu tu kuat-kuat. Desa, ngokkk."

Kahkahkahkahkah.
Teruja nau masuk tempat best sampai tak perasan aku baca menu kuat-kuat.
Dah macam baca intisari rancangan.

Aku order doughnut S'mores. Tak baca pun apa menatangnya, nampak perkataan doughnut terus order.
Rupanya doughnut ni ada chocolate and marshmallow - dua benda yang aku tak berapa makan.
Aku makan dua cuit je lepas tu tolak kat Ayda suruh habiskan.
Ayda order sizzling brownies, tapi bukannya sizzling pun tu. 
Dia hidang je atas sizzling plate tapi tak panas pun. Siap ada eskrim kat atas, sizzling apa bendanya.
Tapi sedap. Bolehlah makan lagi.

Makanan lain ada, western ada, asian food pun ada tapi takdelah banyak.
Dotty's ni lebih kepada cake and pastry.
Jadi, kalau pi sini, makanlah dessert saja. Memang itulah selling point-nya pun.



Tapi yang aku paling teruja sekali dia punya cawan teh.
Dah macam besen besornya. Boleh buat basuh muka.
Masa minum terasa macam nak termasuk muka aku dalam cawan tu.

Entah kat mana silapnya, makanan kitorang sampai lambat, aku rasa dorang tertinggal order kitorang.
Sampai air dah sejuk, makanan tak sampai lagi.
Padahal kitorang order dessert je, tak sepatutnya lambat macam tu sekali.
Si Ayda sejenis gangster, panggil staff datang check order, selamba je dia "Ni patut you all bagi I free one more coffee ni sebab air I sampai dah sejuk dah tunggu makanan I tak sampai".

Rupanya dapat betul! Kawan aku acah-acah je.
Dua cawan sekali dia bagi, tapi memandangkan aku tak minum kopi, Ayda angkutlah semua.



Ayda dan kopi free beliau.

Masa ni gelak tak habis lagi.
Puncanya. kitorang salah pintu keluar, boleh?
Dah la pintu masuk salah, pintu keluar pun salah.

Kan tadi aku cakap nak masuk ke Dotty's kena guna pintu tepi.
Nak ke pintu tu kena keluar dari mall.
Jadi, bila nak balik kena masuk balik pintu mall.
Masalahnya pintu mall dengan dinding mall sama-sama kaca.
Kitorang konfiden je jalan sampai kat 'pintu' kaca tu tunggu apesal pintu ni tak bukak-bukak.
Siap lambai-lambai lagi depan pintu tu nak cari sensor. Ingatkan sensor rosak.
Aku kan konfiden, siap sound pintu tu balik "Apa benda sensor tak detect ni?".
Masalahnya, kat tepi Dotty's tu ada je customer lepak, sikit dorang tak tegur "Cik, ni dinding. Pintu belah sana".
Tapi agaknya dorang terkesima kot dengan kekonfidenan aku.

Adalah dalam 15 saat baru kitorang sedar yang itu dinding.
Macam nak mati kitorang gelak.
Dah masuk dalam lif tak abis lagi gelak. Gelakkan diri sendiri padahal.
Ayda cakap boleh gila dia jalan dengan aku. Dah lah desa, konfiden pulak tu.



Semalam birthday En Wan.
Macam biasa, kalau birthday En Wan celebration tak segempak birthday aku sebab dia tak suka aku buat surprise untuk dia.
Jadi, selalunya celebration birthday dia, dia yang arrange sendiri.

Tahun lepas dia celebrate dengan wagyu. Tahun ni pun nak wagyu jugekkkk.
Semalam kitorang ke SAMURAI YAKINIKU di Setia Alam.
Restoran Jepun ni kawan dia punya, sama-sama blaja masa kat Jepun dulu.
Support bisnes member, kita pi makan Japanese food semalam.

Beruntungnya kitorang, tokey kedai dah siap tunggu.
Bukan saja tunggu, tapi tolong bakarkan makanan lagi.
Dari mula sampai habis makan, tokey yang masakkan. Best betul.

Gambar atas kiri, wagyu.
Pilhan wagyu tak sebanyak macam Wagyu Kokoro aku pergi tahun lepas, tapi ada.
Yang aku ambil tu harga dia RM80 sepiring.
Makanan kat sini MURAH!
Kitorang ambil wagyu, ambik big platter [daging], scallop and salmon, tak sampai RM160 je.
Itu cara-cara aku ambik wagyu tau, kalau aku tak ambik wagyu, memang tak sampai RM100.
Dah la daging tu banyak gila!
Serius, big platter tu banyak gila daging dia, sampai tak habis bakar, aku tapau bawak balik yang mentah.
Nanti esok lusa aku nak try bakar.

Aku rasa konsep restoran dia adalah untuk bagi feeling Japan kepada orang yang nak merasa Yakiniku.
Berapa kerat sangat orang yang nak makan wagyu.
Setakat sepiring wagyu harga RM80 tu tak boleh bagi kau kenyang.
Berapa banyak kau nak spend untuk satu kali makan. Tak berbaloi.
So SAMURAI YAKINIKU punya konsep, dia bagi kau feeling-feeling Japan tu dengan pilihan daging tempatan yang dihiris nipis-nipis [big platter].
Sedap jugak walaupun daging local, sebab the ambience tu dah macam kau kat Jepun dah.
Cuma kalau kau terasa nak makan wagyu, silakan order. Wagyu memang ada pun.
Miso soup, green tea, shabu shabu, nasi - makanan standard Jepun semua ada kat sini.



Boleh pegi lagi tempat ni, tak jauh mana pun dari rumah aku.
Bak kata En Wan, makan yakiniku ni tak boleh rush-rush.
Selalu orang makan sini lepak-lepak sambil bakar-bakar sambil bersembang.
Memang hari tu berbaloi pegi, En Wan nampak seronok sangat jumpa kawan lama.
Sesekali cakap melayu pastu tetiba masuk cakap Jepun pastu gelak-gelak.
Tu ada la tu ntah cerita pasal awek lama ke apa ntah. Eh tak kuasa pulak aku nak bertanya.

Semoga bisnes kawan En Wan ni maju dan terus maju.
Aku suka betul tengok orang-orang berniaga especially food business.
Bila banyak pilihan makanan barulah tak boring.
Orang-orang yang malas masak macam aku memang appreaciate food business.
Siapa yang pandai masak tu, buatlah food business, aku sokong!




Yang ada premis makanan, tak kiralah kantin, cafe, restoran, food court, kilang makanan - ada keperluan untuk belajar tentang SERTU ya.
Especially kalau kita pindah masuk premis baru atau premis yang kita ambil alih dari penyewa sebelumnya, eloklah sertu.
Pindah masuk rumah, atau menyewa rumah, atau beli perkakas dapur terpakai, elok kalau boleh disertu terlebih dulu.
Boleh belajar cara-cara sertu yang betul, macamana nak sertu karpet, macamana nak sertu perabot, macamana nak sertu perkakas dapur, macamana nak sertu ruang sempit, ruang luas, ruang yang tersorok - insyallah akan diajar oleh pakar sertu.
Akan diajar sekali pemilihan tanah yang betul.

By the way, masa aku kat Institut Halal UPM hari tu, rupanya dorang ada kajian tentang tanah sertu.
Aku tanya apa benda yang dianalisa dari tanah tu nanti.
Dr tu jawab nak kaji mineral dalam tanah-tanah sertu yang berbeza untuk tengok kenapa elemen yang menjadikan tanah itu sesuai untuk dibuat sertu.
Memang surprise betul aku dengar betapa sains dan Islam itu saling berkait.
I wish I am a part of the research team.
Insyallah, tak lama lagi. Amin.

2019-12-27

Wedding Anniversary Mak Aji & Pak Aji 2019


Krismas Day, 25 Disember adalah wedding anniversary Mak Aji & Pak Aji.

Tahun ni macam pelik sikit.
Selalunya, like tahun-tahun yang lepas, aku punya Disember blogpost akan cerita tentang celebration on 23 Disember, baru cerita celebration 25 Disember.
Tahun ni takde cerita pasal 23 Disember.

Every year, aku akan celebrate ulang tahun first met on 23 Disember.
Aku and En Wan jumpa kali pertama pada 23 Disember 1998, and since that day, we make it a compulsary untuk celebrate 23 Disember.
Personally, aku lebih teruja nak tunggu 23 Disember berbanding wedding anniversary.
Kenangan 23 Disember tu rasa too sweet untuk dilupakan. Gitewww.

Tapi, tahun ni kitorang terpaksa postpone celebration 23 Disember because we both dah terlampau penat dengan berjalan.
Awal bulan dah ke Korea.
Balik dari Korea satu hari, dah terus ke Tganu.
Balik dari Tganu dah sibuk preparation YES 2019.
Then ke JB and Singapore.
Kitorang sampai dari JB Ahad lepas, which is 22 Disember.
Nak expect pergi berjalan lagi on the next day? SORRY. Aku dah letih.
So, this year kita pause kejap 23 Disember.
Kita langkau ke 25 Disember terus.

Mak Aji and Pak Aji nikah 21 Disember, tapi bersanding on 25 Disember.
Kitorang selalu celebrate on 25th sebab hari cuti. Senang sikit.

Pagi 25th awal-awal dah masuk Sunway Piramid sebab nak belikan buku-buku Redza and persiapan balik ke skolah.
Menjak anak bujang dah semakin bujang ni, baju skolah dah tak valid beli kat Ali Store.
Beli baju skolah kat Padini okeh.
En Wan turut sama menyokong dengan alasan - biar senang nak gosok baju and seluar.
Kain baju skolah senang renyuk and susah nak gosok.
Kalau beli kat Padini, kainnya lembut and licin.
Aku macam....oh really?

Lepas shopping baju, kita ke MPH pulak.
Tahun ni Redza exam IGCSE, so dah boleh start carikan buku-buku rujukan.
Aku pun sama naik cari buku untuk aku baca.
Kat sini terjadi kejadian yang hampir-hampir buat aku pitam.

Henfon aku hilang!

Terlampau ralit mengaut buku, agaknya masa kelebet buku, aku letak henfon kat rak dan terus lupa nak ambik.
Dah hilang tu, orang pertama aku cari dah tentulah Redza.

"Ja, mama punya henfon hilang"

Redza try call kaunter, budak kaunter angkat and bagitau phone ada kat sana. Phewww!!
Nasib baik yang menjumpa tu jujur, dia terus hantar ke kaunter.
Aku dah cuak dah time ni.
Bukan apa, hari tu kitorang plan nak celebrate wedding anniversary Mak Aji.
Dibuatnya henfon hilang, konfem laki aku hilang mood nak balik Bangi.

Ya, En Wan memang macam tu.
Barang aku yang hilang, tapi dia yang takde mood.
Selalunya gitulah.
Aku rilek-rilek je, tapi nanti dia yang stress sepanjang hari siap pakej taknak bercakap dengan aku.
Padahal kalau aku kena beli henfon baru pun bukannya pakai duit dia.
Itulah sejenis penyakit beliau yang aku tak faham sampai sekarang.
Tu belum lagi kalau barang dia yang hilang. Macam nak kiamat dia punya huru-hara.



Nasib baik jumpa henfon, kalau tak, mesti aku tak dapat hadiah anniversary beg Hush Puppies ni. Hahaha.

Masa dorang anak-beranak tengah queue kat Aunty Anne's, aku turun bawah jap beli Famous Amos.
Bila dah siap, En Wan kata takyah naik, nanti dorang turun.
Aku pun tunggulah kat bawah, depan Manhattan Fish.
Dari escalator dah nampak Rayyan tersenyum-senyum.
Pastu aku nampak dia pegang paper bag Hush Puppies ni.
Aku macam "Apa lagi la dorang ni paw bapak dia".
Rupanya untuk aku.

En Wan cakap "Tak plan pun nak beli. Tadi nak turun lalu depan kedai nampak macam cantik pulak. Sepesen beg hijau awak yang putus tu. Abang mintak anak-anak awak ni pilihkan kaler".

Aku ulang lagi sekali.
Dia kata "Tak plan pun nak beli..."

Jujur kan laki aku?
Rupanya memang takde plan nak beli apa-apa untuk aku for anniversary πŸ˜­.

Beg hijau yang aku pakai 3 tahun lepas putus di Korea.
Actually bukan putus tapi dia punya besi tali beg tu dah loose jadi tak grip kuat sangat.
Hari tu kat Korea beg aku dah macam pikul beras 5kg, segala benda sumbat dalam tu, mau tak putus?
Elok pulak dia putus kat Duty Free Shop, level henbeg.
Cuak kejap En Wan. Kahkahkah.
Mujur aku takde mood nak shooping, kalau takkkkkkk.

Berbaloilah aku pakai beg hijau tu, 3 tahun baru dia buat hal.
Puas melenjan. Jauh merata dah beg tu berjalan.
Tapi elok lagi, nanti aku nak adjust dia punya besi kasi ketat balik.
Hush Puppies ni pun tak sampai RM300, silakanlah beli beramai-ramai.



Then pi tunaikan permintaan Rayyan, nak beli ornaments untuk hias pokok Krismas dia yang RM20 tu.
Aku beli kat Hinode je.
Dia nak ber-activiti hias Krismas tree kat Bangi dengan Jannah. Layankan aje.

Lepas Zohor, gerak ke Bangi.
Masa ni Ima pun dah sampai from JB. Semua dah kumpul kat rumah.
Tapi Mak Aji and Pak Aji tak tau menahu lagi pasal celebration ni.
Mak Aji pukul 3pm lagi dah tanya "Malam ni nak masak apa? Korang nak makan apa?"
Aku cakap takyah, kita makan kat luar.




Sampai tak berselera nak makan budak-budak ni dek excited sangat nak hias Xmast tree yang secotet tu. Nak menghiaskan pokok yang seketul tu pun kecoh gila, sebab si kenit tu sibuk nak mendeko.
Macamkan paham, dia pulak yang duduk paling dekat dengan pokok.
Orang gantung, dia cabut. Orang gantung, dia cabut.
Bila kena marah dengan Mak Long, buat muka comel.



Not bad la sentuhan kanak-kanak riang.
Ok next year kita up Xmast tree 60cm pulak.



Petang tu atuk melayankan cucu dia nak main ping pong kat dataran depan rumah.
Pak Aji terer main ping pong, tu pasal Redza nak try main dengan atuk.
Atuk menunjukkan ke-pro-annya main ping pong pakai selipar je.

Ada a few match hari tu.
Mula-mula MRSM Langkawi lawan Sekolah Sarang Buaya [Pak Aji].
Lepas tu MRSM Langkawi lawan Sekolah Belara [En Wan]. 
Lepas tu MRSM Langkawi lawan MRSM Jasin [Azrul].

Yang lelaki sibuk main ping pong.
Yang perempuan ada kisah lain.

Kisahnya, petang tu Ibal and CT kena collect kek kat Secret Recipe dan terus hantar ke Tendance Cafe [tempat nak celebrate tu].
Aku yang suggest tempat tu, sebab dia tulis alamat "Bangi".
Langsung tak ter-register itu bukan di Bandar Baru Bangi tapi Bangi lama [kat Bandar Mahkota].

Lepas Asar CT whatsapp "Tendance cafe ni kat Kajang ke? Apesal waze kata 24 minit baru sampai?"

Aku terus waze, eh betullah 16km!
Apekejauhnya?

Tanya Ima, tempat ni kat mana?

Ima rilex jawab "Kat Bangi la tu [Bandar Baru Bangi], kan alamat dia kat Seksyen 2".

Aku gugel balik address dia, SAH!
Seksyen 2, tapi di BANGI, bukan Bandar Baru Bangi.

Tapi CT masih positif.
"Tapi bukan ke Bandar Baru Bangi pun ada Bangi Avenue? Rasa macam ada kat sini..."

Dia punya konfiden takleh bawak bincang.
Celah mana wujud Bangi Avenue kat BBB pun tak tau lah.

Lepas tu masing-masing dah gabra bila realized cafe tu bukan kat Bandar Baru Bangi.
Bayangkan dah petang baru tersedar lokasinya 16km jauh dari rumah!

Sebenarnya taklah jauh mana pun.
Cuma tak expect akan keluar dari Bandar Baru Bangi.



Lepas Maghrib, semua keluar ke Tendance Cafe, Bangi.
Cantik setting meja.
Dah bagitau nak celebrate wedding anniversary so setting dia macam meja pewantin.

Pak Aji masuk cafe nampak setting macam ni terpinga-pinga.
Bila bagitau nak celebrate wedding anniversary, dia kata "Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh pakai tie" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Over tau nak ber-tie bagai.



Sebelum semua start makan, ambik gambar sefamili dulu.
Nak berkumpul 5 orang macam ni punyalah payah.
Bila ada kesempatan, jangan lepaskan peluang.

Masa ni pasu-pasu semua dah beralih tempat.
Sebab pinggan makan dia gabak-gabak, rimas pulak aku penuh-penuh bunga atas meja.



Aku pun sama, nak kumpul macam ni kena tunggu Redza balik baru lengkap.
Kalau tak, rasa malas nak bergambar.



Ibal and CT dah tak jumpa dah time nak makan together-gether.
Dorang sekarang berada di zon "Aku makan dulu, kau jaga anak kejap"



Bila adik kita ada, kita biarkan laki kita makan sebelah anak.
Sebab kita ada banyak topik nak dibincangkan dengan adik kita.
Ni pun banyak lagi topik tak habis bincang.
Akan di bawa ke mesyuarat akan datang.



Scramble egg Rayyan tu sedap sangat.
Pakkal aku dah kenyang, kalau tak, aku mintak roti bakor makan dengan scramble egg dia.



Nak tunggu kumpul sama dengan Dill sebenarnya yang susah sebab Dill duduk Qatar.
Nasib baik malam tu dia free, kalau tak, tak dapat kumpul sefamili.



Hari tu aku letak gambar celebration ni kat IG, ada yang tanya Dill tu siapa.
Dill n cousin aku. Mak dia adik kepada Mak Aji.
Husband dia Aiman Lee adalah anak angkat Pak Aji.
Jadi Dill kira menantu Mak Aji.
Oh by the way, Dill akan balik semula ke Qatar 14 Jan.
Aku tau ramai yang guna produk GreenAard dari Qatar.

Kalau sesiapa dari Qatar berminat nak beli GreenAard dengan harga YES, please whatsapp admin 0127728976, bagitau dari Qatar nak beli GreenAard and Dill akan bawakan.
Tapi korang kena collect dari Dill.




Ni menu kitorang hari tu.

Review aku :

πŸ—Έ Makanan sedap
πŸ—Έ Servis cepat
πŸ—Έ Staff ramai and friendly
πŸ—Έ Restoran yang sangat cantik dan eksklusif tapi harga bukan Tel Aviv
πŸ—Έ Chef bagi free 2 larva choc cake hari tu
πŸ—Έ Booking dibuat melalui whatsapp, staff respond dengan cepat

Package yang kitorang ambik that day Package RM359 untuk 9 dewasa.
Memang pakej ni khas untuk 9 orang, menu dah siap-siap ada dalam tu.
Kitorang tinggal pilih sape nak menu ni, sape nak menu tu.
Memadangkan semua dalam pakej ni sedap-sedap, jadi masing-masing takde masalah nak buat pilihan.

Since kita ada extra 3 dewasa, jadi dorang pilih menu masa di cafe.
Yang 9 orang tadi menunya dah pilih awal-awal.
Kids order di cafe juga, tak termasuk dalam pakej.
Yang best tu, RM359 ni termasuk air, dan air boleh pilih sendiri mana-mana dari menu.
Total semua that day untuk 12 orang dewasa dan 3 kanak-kanak adalah RM563.

Bagi aku harga dia berpatutan dengan suasana cafe dan kelazatannya.
Contoh, makanan Jannah and Rayyan sama - Chicken Pop Corn Set with air Chocolate.
1 set tu cuma RM19.90. Ok dah tu.

Aiman punya set harga RM45.90 - Lamb Rack + Mushroom soup + air.
Ok dah ni harga untuk set macam tu. Bukan harga Pharaoh. Reasonable.
Bolehlah sesekali makan sini untuk special occasion.



Mak Aji and Pak Aji tak pernah celebrate wedding anniversary pun masa kitorang kecik-kecik dulu.
Celabration ni bermula bila salah sorang anak dah start kerja.
Alhamdulillah dapat jadikan rutin tahunan.
Dan alhamdulillah, di umur aku 42 tahun, masih lagi ada peluang celebrate wedding anniversary dorang.
Semoga dapat lagi buat ni untuk tahun-tahun akan datang.
Yang wish di IG, terima kasih kerana mendoakan mak bapak aku.



Aku konfius, muka aku yang lebar ni menurun dari sape eh?
Kahkahkah



Cantik kawasan depan cafe ni sebab opposite hotel.
The cafe itself keliling semua dengan glass jadi nampak cantik sangat.



Malam tu Acu buat surprise hadiahkan anak-anak sedara dia.
Redza dapat hadiah Nike shoes and wallet sempena PT3.
Jannah dapat jam sempena dapat nombor 1.
Rayyan takde exam tahun ni, so kau silakan sengih je ya.
Tahun depan sila pulun exam demi mengepaw Acu sesuap hadiah.



Beburung bergambar bersama.
Dengar cerita lelaki-lelaki ini dah bercadang nak lepak rumah Dill tahun 2022 melayan World Cup.



The Ishaks
Semoga dapat kumpul macam ni lagi di tahun-tahun akan datang.