2008-01-15

Aku sangat panas


Pagi ni the whole day ada appoinment dari hujung ke hujung.
Bangun kul 6am tapi menguap-nguap dulu, golek-golek atas katil sambil bontot menyondol En Wan tengok ada interaksi ke tak. Ohh, lupa pulak, saya adelah sedang period. Batalkan saje niat suci di pagi hari. Lantas bangun ke bathroom untuk bershower-showeran.

Semalam sangat stressful, balik malam, sampai umah En Wan pulak teringin nak makan lauk yang bini dia masak, taknak makan kedai. Macamkan aku tak pernah masak. So, aku pun mula memasak tepat jam 8.45mlm dan selesai kol 9.30mlm. By the time nak suap nasik, aku dah menguap 3 kali.

Apesal ko nak masak, kata ada bibik?
Kerana bibik saya lom pandai masak. Majikan dia dulu adelah bangang, ambik bibik tapi soh jaga anak je, masak-masak tak ajar. Ape ko tak letak je anak-anak ko kat daycare yang susah payah nak angkut Indon datang sini semata-mata nak tolong kirakan anak ko cukup ke tak everytime balik dari padang?

Ok, emosi berlebihan.

Lepas makan malam, aku terus study. Sebenarnya dah takleh masuk tapi aku tolak nota-nota tu semua ngan teh tarik. Sepatah ayat baca, seteguk air aku minum. Baca sikit lagi, teguk lagi. Memang payah okkk baca dalam keadaan penat and stress. Last-last aku give up, tido. Nama nak bangun tengah malam sambung study adelah sangat tak pernah ada lam kamus hidup. Abaikan.

Pagi tadi sampai until 3pm aku ada kat Bangi area. Memula sampai M** everything dah ok. Alih-alih customer mintak extra document. Document tu pulak kat opis. So, dimanakah magis itu di kala aku memerlukan? Aku nak patah balik ke PJ ambik document pastu patah balik Bangi? Keje bodoh.

Pastu gi UKM, betul-betul to one of the lab aku duduk masa wat MSc dulu. Lantas terbayang balik camne everytime abis kelas aku balik umah nangis sebab nak benti blaja. Hari-hari balik nangis, tapi hari-hari pergi gak kelas.

Pastu nak gi M***. Tapi masa check balik dokumen, rupanya aku salah taip nama customer.
Sial palis.
Ok takpe, lari jap balik umah mak aku nak ammend docs and print.
Printer lak tak jalan pulakkkk.

Dah panas sket nih.

Takpe, email je doc ni kat customer pastu suruh dia print. Later aku datang kita discuss.
Sekali streamyx wat hal.
Cipetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.

Boleh tak jangan wat aku mencarut kat umah mak aku di kala bapak aku ada kat blakang??
Aku dah cuba untuk cas ayu today siap ngan pakai baju kurung.

Sabar Dianaaaa. Beristighfar 33x.

Ok, streamyx connected. Dengan tidak membuang masa kita persilakan streamix mengsend dokumen dengan segera.
Done.

Now dah kol 12. Customer mana yang available time-time lunch hour camni?
So kena pi makan dulu.
Nak ajak Pak Aji tak leh pulak sebab umah mak aku tengah renovate, so Pak Aji lam seminggu kena jadik jaga.
Ok, takpe, bukannya leh mati makan sorang kan.

Lepas makan rush gi UPM pulak. Then kol 3pm gerak ke UiTM. Sampai kat UiTM, parking cam biasa, memang tak pernahnya ada. Menapak la jauh gila babi. Elok je sampai tingkat 8, aku noticed dokumen yang aku nak discuss ngan customer takde. Tercicir.

"Pundekkkk".

Lepas tu, "astaghfirullahalazimm"

Aku memang macam tu. Memula carut dulu pastu insaf.

Patah balikkkkkk ke kereta yang tak berapa nak jauh sangat (ayat pemberi peransang kepada diri sendiri).

So, bolehkan anda merasakan apa yang aku rasa?
Aku rasa sungguh terhiris diperlakukan seperti ini. Dengan pakai baju kurungnya, pakai high heels, dah la hari ni panas yang mampu menambahkan hitam di kulit, belengas muka aku tengah-tengah panas camni, dengan jauhnya berjalan, tengah-tengah menapak boleh la pulak rasa nak terkencing, terpaksa la pulak aku catwalk semata-mata nak mengepit, pastu rambut mengerbang takleh ikat sebab getah jatuh lam kereta tak dapat carik kat mana.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!