Pos Laju hilangkan barang.
Pos Laju tak hantar barang.
Pos Laju kepamkan barang.
Barang hilang dalam Pos Laju.
Semua aku dah rasa.
Dalam rekod tunjuk tempat terakhir package aku stop adelah di PPL itu sendiri, bila nak pi collect, barang not found.
Kelakar kan?
Ke seram?
Aku risau sangat everytime aku hantar barang-barang sensitif like kit-kit aku.
Kit-kit yang aku deliver jarang below than RM500/sekotak.
Kalau aku pos kadang-kadang sampai 10 kotak.
Just imagine kalau lesap.
Pos Laju siang-siang dah bagitau dorang akan bagi gantirugi not more than RM300.
Tapi kalau ambik insurans maybe boleh dapat full compensation kot.
Kot la...
Tu belum lagi perangai lembab hantar barang.
Ada satu kali tu aku hantar barang -80C ke Terengganu.
Barang tu 2 kit je.
Tapi berat sebab aku sumbat banyak gila dry ice supaya dia maintain sejuk at least 2 hari.
So total aku charge customer almost 17K.
Kat consigment note aku letak reminder COLD ITEM -80C. PLEASE DELIVER BEFORE 12PM TOMORROW.
Kat kotak styrofoam tu pun aku letak note besar barang tu COLD ITEM.
Lepas Pos Laju datang collect barang kat ofis, aku call pegawai dia bagi no tracking saje nak bagi peringat aku hantar barang sensitif.
Esoknya, aku trace, barang dah sampai Tganu, siap tulis dah on the way nak deliver.
Tapi sampai 4.30pm, customer aku tak dapat-dapat lagi.
Last-last lusa pagi customer aku kena collect sendiri kat PPL. Alasan dorang, dah lambat sangat semalam nak deliver.
Seb baik aku letak dryice banyak gila.
Kalau tak, sesaje gone aku punya 20K pastu kena ganti balik kat customer.
Luruh bulu-bulu aku.
Before raya hari tu, Ephyra 3 kotak RM590 gone.
Rekod aku menunjukkan aku hantar.
Dalam rekod dorang takde.
So camne ni?
Pung pang pung pang pegawai PPL Puchong bagi aku form untuk aku isi.
Aku tang isi tu no hal.
Tapi aku nak tau gak la berbaloi ke tak aku mengisi form tu. Berapa ko ganti balik?
"Tak lebih dari RM300"
Lanch.
Malas aku layan.
Aku deliver je balik semula kat customer.
Tak kuasa aku nak kejar-kejar gantirugi tu.
Mennyampah okeh??
Dulu masa awal-awal En Wan buat bisnes jeans, 2 tahun lepas.
Dalam rekod dah tunjuk jeans tu dah sampai PPL Kuantan.
Bila customer pi collect, barang takde.
Acaner tu?
Barang sah-sah hilang DALAM PEJABAT POS LAJU, tapi ko taknak bagi full refund.
SOP jadahharam apekah ini??
Aku tak kira.
Aku email ministry, ss PPL Kuantan, PPL Shah Alam (dulu kawasan Putra Heights PPL Shah Alam yang collect), Pejabat Pos Besar, and ntah sape-sape lagi aku main email je. Esok tu, pegawai dari PPL Shah Alam datang sendiri ke rumah untuk hantar form and discuss pasal gantirugi.
Tak dapat pun full refund.
Kurang RM10.
Jadiklah..
At least berbaloi la call sana sini, carut maki hamun segala dalam email.
Bila 2 bulan lepas Ephyra 3 kotak tu hilang, aku dah malas nak berhambat ke PPL.
Sebab aku dah tak kuasa nak mengamuk.
Dah tua dah ahkak ni.
Daya amukan dah tinggal 20% je. Tu pun nak simpan untuk mengamuk kat laki.
Lagipun proses nak call sana sini, tunggu, email, sangat mentensionkan.
Kalau mengamuk boleh bagi badan kurus nak jugak aku merempan.
Ni kang tak pasal pahala puasa aku kurus.
Takyah. Lantak kau lah. Pandai-pandai la ko jawab soal kubur.
Yang lagi best bila ada satu time tu Ephyra aku bertukar dengan DVD.
Bila customer aku kat Tganu dapat barang, dia email "Kak Di, apesal DVD 6 keping?"
Aku tak tau nak gelak ke nak letupkan diri sendiri.
Siap boleh tertukar consignment not segala.
Seb baik orang yang tertukar dapat Ephyra tu pun buat laporan kat Pos Laju.
Dapatla trace balik mana pegi pakej aku.
Bodoh kan?
Aku pun tak tau la camne nak buat dengan Pos Laju ni.
Aku dah banyak kali jumpa GDEX, Nationwide, Skynet, nak mintak proposal tapi aku tak sure if dorang ni lebih baik dari Pos Laju or sepesen je.
Barang dah keluar dari tempat aku.
Barang belum sampai pada customer.
Barang hilang semasa delivery, tanggungjawab sape?
Aku ke?
Kalau ratus-ratus tahan la lagi nak pejam-pejamkan mata.
Kalau dah beribu camne?
Lagi satu, dah banyak kali dah customer tanya barang tak sampai, bila track number, barang ada kat PPL dengan note "recipent is not at home".
Padahal kalau recipent takde kat rumah, kau kena letak note mintak customer collect.
Tapi yang ni senyap sepi. Takde bunyik-bunyik tau-tau barang sampai kat sender balik.
Yang pelik tu, kemain lagi mintak phone number recipent bagai tapi kau tak call pun tanya penerima ada di mana waktu kau datang.
Consignment note kemain lagi dah makin semak aku tengok segala details ko nak kita isi.
Tapi kalau barang hilang, still masing-masing tak tau nak trace kat mana.
Dasarrrr.
Tak tau nak letakkan salah kat sape kalau barang hilang kat Pos Laju.
Nak salahkan tukang hantar barang?
Nak salahkan tukang key in data?
Nak salahkan menteri?
Nak salahkan SOP?
Tak kira la sape yang kena ambik tanggungjawab.
Yang aku tau, kalau barang aku hilang, aku akan email ministry, cc semua kat tok nenek yang bersangkut-paut pastu aku nak full refund!
Skinny Jeans : Click here and fill up the form
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form