Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

2024-02-27

Dinner nite En Wan


Hari ni banyak soalan yang aku dapat.
Yang tanya pasal Gloei.
Yang tanya Makeup Remover (yang ni sejak aku naikkan video nasuh mekap dinner hari tu. Sorry baru nak reply now).
Yang tanya kenapa tak jual botol Makeup Remover kecil.
Kenapa PAY DAY tak boleh redeem points.
Yang tanya pasal award En Wan. Tanya pasal hibah.
Yang minta aku cerita detail pasal crush aku pun ada.
Matilanak tak settle-settle lagi orang bertanya pasal crush.

Ok, satu-satu.

Aku cerita pasal dinner nite En Wan dulu.
Sebab dari hari tu lagi orang bertanya bila nak update blog sebab nak tengok gambar.
Gambar banyak, tapi malas nak share kat sini.
Apa yang aku dah upload kat FB/IG tu, itulah saja aku nak share, ok?
Malas nak kelebet gambar dalam galeri.

Dinner nite tu adalah Annual Award.
Tahun lepas pun aku pergi.
Last year, En Wan baru 4 bulan join Prudential.
Tahun lepas 2 kali dia naik stage. Baru 2 award dapat.
Buat kat EQ Hotel, KL.
Kitorang put a nite kat Concorde.
Saja lepak hotel sebab nak bersiap.

Tahun lepas first time join award nite, don't know what to expect.
Nak pilih dress yang macamana pun tak tahu, last-last aku pilih jubah.
Berdedai aku and En Wan ke 5-6 kedai nak sewa baju, last-last beli jubah je sudah.
Sebab baju dinner ketat metat takde yang loose. Rimas pulak aku melekap.
Badan kalau persis JLo takpelah jugak.
This year lebih relaks, sebab dah tahu tak payah beria.
Takde siapa nak tengok kau, Diana.
Pakai baju kurung moden je. Settle.

Tahun ni buat kat Le Meridien Putrajaya.
Memang herlok sangatlah. Senang aku nak merayap ke mall sebelah.

Kitorang stay 1 malam supaya senang nak bersiap.
Alhamdulillah tahun ni En Wan dapat 6 anugerah utama.
Paling unexpected President's Club Award.
Yang ni the highest award.
En Wan 1st rank takaful agen nationwide.

Banyak kali dia kena standby untuk naik stage.
Kalau ikutkan dia, dia nak seret aku naik stage enam-enam kali.
Ya Allah, tak payahlah aku kata.
Ingat ini dinner MLM ke, laki bini naik atas stage bergandingan?

Ada satu award tu dia paksa aku naik juga - Record Breaker Award.
Kat atas stage dia cakap kat CEO "Isteri saya yang break the record sebenarnya" 🤣.

Menangis En Wan bila ditayangkan video khas untuk dia.
Dalam satu tahun dia achieved Premier Wealth Planner, Top Agent, Top Cases, Record Breaker, MDRT and President's Club.
Ada sorang tu berseloroh "Bang, nama abang kena panggil naik kejap lagi, lepas tu abang takyah turun dah. Duduk je kat tepi tu" 😆😆.

En Wan kata dia menangis bukan sebab the video, tapi sebab loud and clear nama ayah, WAN DAGANG disebut enam kali.
Aku pun terasa goose bump sebenarnya everytime nama arwah ayah disebut malam tu.
Betullah orang kata, nama ayah sampai bila-bila kita akan carry.

Orang luar, especially blog readers, maybe nampak kalau bukan sebab aku, En Wan takkan achieve apa yang dia dapat sekarang.
Aku sebagai wife, yang duduk serumah dengan dia, cakap sebaliknya.
Aku maybe jadi medium untuk bagi pencerahan tentang medical card and hibah.
Tapi kalau bukan En Wan yang kerja keras, dia takkan dapat tukar prospek jadi client.

Awal-awal dulu dia join, masa tu Prudential tengah launch Hibah Untuk Orang Sakit.
Minimum orang sakit boleh buar hibah RM50K.
Masa tu tak ramai agen yang push for this plan.
Ramai lebih berminat nak promote medical card sebab nilai caruman lebih besar.
Jual hibah RM50K, berapa sangat caruman bulanan.
Tapi En Wan tak hirau lansung bab tu.
Dia aim nak ramai orang ada hibah.

Orang sakit bila dapat buat hibah RM50K pun dah lega.
Selama ni orang sakit takleh buat medical card mahupun hibah. Tahun lepas Prudential start offer hibah untuk orang sakit.
Seronoknya client-client En Wan dapat buat hibah.
At least ada benda yang dia tinggalkan kat waris.
Rupanya dalam pada sikit tu, ramai sign up hibah dengan dia.
Nilai hibah dia closed last year kalau tak silap aku, RM48 juta, from En Wan alone.
Itu hanya hibah, belum medical card.

CEO Prudential kagum bila En Wan closed 322 kes setahun.
Setahun ada 365 hari. Bermakna En Wan hanya bercuti 43 hari.
322 hari dia bekerja.

Aku as wife sahkan ini benar, sebab aku nampak dia bekerja macam takde stop.
iPad tu macam berjahit kat tangan.
Sentiasa ada quotation nak dibuat.
Kalau prospek call time drive, sanggup ni stop kat tepi jalan nak bakas whatsapp atau menjawab call.
Tak reti dia nak balas bila dah sampai rumah. Tak. Kat situ juga dia reply.
Everytime Prudential hantar polisi kat En Wan, hah kau, secekak sekali harung sampai.
Puas hati betul tengok secekak-secekak gitu.

Dia sangat appreciate clients dia.
Beribu dia spent untuk beli merchandize.
Planner, mug, tabung untuk budak-budak, pen, payung, desk calendar - ni semua bukan free.
Inisiatif agen untuk sediakan merchandize for client masing-masing.
Berkotak-kotak barang sampai ke ofis aku.
Tu belum bulan puasa dengan berkotak-kotak kurma untuk client.
Ni tak lama lagi penuhlah ofis aku dengan stok kurma client dia.
Client 400 orang pulak tu, and increasing.

Hari tu masa dia bagi talk, kat slide dia tepek screenshot client dia tulis kat IGS - "Saya ada 4 orang agen, tapi En Wan sorang yang bagi saya gift".
Padahal dapat payung je, bukannya benda mahal sangat.
But client kalau satisfied, dorang pasti share kegembiraan di media sosial.

Ada satu ayat En Wan yang to me it is so inspiring.

Dia kata "Kita semua mendaki bukit yang sama, cuma kecerunan kita berbeza. Saya bermula pada usia 46 tahun. Kecerunan saya curam. Anda bermula pada usia 20-an, kecerunan anda masih landai. Disebabkan landailah maka anda santai berjalan-jalan. Saya tak boleh berjalan-jalan sebab bukit saya curam. Jadi saya kena memanjat, langkah saya kena panjang dan berlari. Tolong jangan berjalan-jalan. Berlari bersama-sama saya!"

Pehhh standing ovation speech dia yang ni.
Aku kat belakang pun goose bump.
Crew-crew yang duduk belakang beramai-ramai approach aku "Puan isteri En Wan ke? Tahniah Puan. Tahniah".
Dah aku pulekkk yang dapat tahniah.



Ini DM yang aku dapat baru-baru ni.
Aku yang tido sebantal pun tak tahu-menahu rupanya dia nak keluarkan duit sendiri untuk bagi cashback pada client.

Kisahnya, last year Prudential ada buat promo cash back RM100 (kalau tak silap aku) untuk sesiapa yang sign up polisi tempoh-tempoh tertentu.
Ramai yang apply offer ni.
Tapi cash back tu dapat lambat.
Ramai yang signup offer ni agaknya, tu yang Prudential release cash back batch by batch.

Ini lagi satu cash back yang client En Wan dapat.
Hat ni Vaganza Raya Campaign. Dapat balik RM1,409.00.
Tengah-tengah nak puasa dapat balik seribu lebih, memang happy ni.

Kat sini aku tepek some of usaha En Wan untuk help client-client dia yang ada masalah dengan polisi atau apa saja regarding polisi.
Walaupun appeal letter aku buatkan, tapi aku write based on masalah client dia.
Maknanya dia faham apa masalah client dan dia pikirkam solution.
Aku terjemahkan dalam bentuk appeal letter saja, and tambah sikit-sikit knowledge yang aku tahu.
Mungkin boleh membantu.

Client En Wan aku boleh kata interesting.
Memang masaklah medical underwriter yang dapat kes client-client dia.
Yang pernah masuk hospital 7-8 kali, yang pernah ada asthma attack, yang overweight lebih 100 kg, yang anak tak cukup bulan, yang underweight.
Yang tiba-tiba ada medical check up sekali ada diabetis pun ada!

Selalunya aku tulis, kemudian send him whatsapp.
Nanti dia akan publish dalam bentuk letter.

Yang ni appeal kes client yang pembayarannya Prudential terima sehari selepas birthday.
Kalau payment masuk lambat, harga caruman dah ikut umur baru.
So En Wan appealkan supaya client dia kekal dapat harga lama.
Ini masa dia belum MDRT. Terpaksa tulis official letter untuk appeal.
Now, dah MDRT. Ada line khas. Terus call special department.

Yang ni appealkan kes client underweight. New born.
Masa aku kat Prudential dulu, aku scree kes weight - underweight and overweight.
Kalau proposal tak lepas benteng pertama, dia takkan naik ke benteng kedua dan ketiga.
Sebab weight adalah punca kepada banyak masalah kesihatan lain.
Banyak proposal kena reject sebab berat badan.
Tapi kes ni alhamdulillah lulus.

Yang ini dia harukkan doktor pakar 🤣.
Dengan doktor pun kau nak harukkan.
Aku menulis surat pun sarat dengan emosi. Kahkahkah.

Kisahnya, mana-mana medical check up yang Prudential minta buat, akan disertakan dengan questionnaire.
Tapi doktor ni taknak isi questionnaire kalau tak buat test-test tertentu.
Padahal tak perlu pun.
Aku pernah jadi Medical Underwriter aku tahulah.
Questionnaire tu simple je, based on previous medical history tempat client pernah admitted.
Yang nak kena buat fresh test tu dah kenapa. Tak perlu pun.
Bila doktor refuse to fill up questionnaire, client tak dapatlah claim.
Mengamuklah agen beliau. Terpaksaaaa aku menulis dengan penuh emosi juga.
Lebih baik aku tulislah daripada dia create scene kat hospital tu.

Ini kes overweight pulak.
Aku ni sinonim betul dengan masalah weight.
Masa kat Prudential dulu aku handle kes weight.
Pastu jual produk losing weight.
Pastu jadi personal medical assistant appeal kes-kes weight.

Ini request untuk underwriter semak balik result dan keluarkan arahan untuk buat balik test.
So gais, kalau En Wan ajak korang gi buat check up 2-3 kali, kau layankan je, ya.
He wants the best for his clients supaya client dapat caruman serendah yang boleh.

Ada hikmah aku jadi Medical Underwriter dulu.
Rupanya aku jadi assistant En Wan sekarang.
Now aku tengah appeal case client dia yang tiba-tiba di-diagnose dengan diabetis.
Harap-harap polisi itu lulus.

Tinggal 2 hari saja lagi untuk grab offer cash back ni.
Silakan whatsapp En Wan kalau nak tahu lebih lanjut, ya - 012-4407757.

2022-05-13

Wedding anniversary yang ke 21.


Aku rasa macam cerita raya aku sampai Part 2 je.
Sebab tiba-tiba dah sampai Genting, dah bukan beraya lagi, kan?
Walaupun masih di minggu raya tapi sebab dah takde cerita raya, maka habislah cerita raya aku.
Selalunya cerita raya aku akan start balik bila aku buat open house, tapi tahun ni macam takde plan nak buat open house sebab belum bersedia nak menanggung risiko.
Maybe akan buat open house kecil-kecilan di dalam rumah saja, tengoklah camana nanti.

Ok memandangkan cerita raya dah habis, ni aku nak menjawab pertanyaan.
Kan aku cakap aku pakai baju lama 10 tahun lepas, kan.
Ada sorang ni minta aku turunkan tips nak jadi konfiden pakai baju lama tanpa rasa insecure.
Ceritanya dia kata keluarga suami masa berkumpul raya cerita pasal barang kemas baru, pastu baju raya masing-masing macam baju bersanding.
Ada yang bawa balik kereta baru.
Bersembang pasal nak bercuti sana sini. Dia rasa rendah diri.

Aku rasa ini cerita-cerita biasa kita boleh dengar every time hari raya.
Dari dulu memang akan ada cerita macam ni.
Kalau tak orang bercerita kat aku, ada je artikel-artikel pasal ni orang lain pula tulis.
Anggap je lah ini sembang upacara tahunan.
Biasalah raya setahun sekali, masa ni lah orang nak berbelanja lebih.
Bila berkumpul ramai-ramai, masa ni lah nak bersembang rancak hal itu ini.
Kalau tak cerita karang orang tak tahu 😆.

Bila ada rasa rendah diri dan stress dengar orang lain ada apa yang kita tak ada, itu bukan kerana orang lain ada apa yang kita tak ada, tetapi tanda kita tak happy dengan apa yang kita ada.
Kalau kita tenang dan happy dengan life kita, kata-kata orang lain takkan bagi pengaruh apa-apa.

Orang tunjuk barang kemas baru, kita ok.
Because kita tahu bukan kita tak mampu tapi kita tak minat barang kemas.

Baju raya orang lain grand macam baju nikah, kita ok.
Because kita memang suka baju yang simple-simple.

Orang bersembang nak bercuti sana sini, kita ok.
Because kita tahu bukan kita tak mahu bercuti tapi kita ada banyak kerja di pejabat yang tak boleh tinggal.

Bila orang bawa balik kereta baru, kita ok.
Because kereta kita masih ok dan dah habis bayar, malas buat hutang baru.

Bila orang bercerita rancangan nak holiday ke Barbados, kita ok.
Because bukan kita tak mampu tapi kita takut naik flight (kahkahkah).

Takdelah, maksud aku apa nak kisah orang kata kalau kita tahu kenapa kita pilih life yang kita jalani.
Bak kata omputih a satisfied life is better than a 'successful' life sebab success is measured by others sedangkan satisfaction is measured by our mind and heart.
Kadang-kadang orang tu bersembang bukan nak menunjuk.
Dah kebetulan agaknya ramai-ramai ada barang kemas baru, bersembang pasal barang kemaslah.
Takkan nak bersembang pasal food biotech pulak 😆.
Kita yang tak berbarang kemas ni jangan rasa tersisih. Join je dorang bersembang.

Tapi ye lah, aku faham.
Bukan semua orang boleh cool-cool bila orang lain ada apa yang kita takde.
Tak banyak sikit mesti rasa sedih, kan?
Slow-slow lah. Pujuklah hati tu.
Cari sekecil-kecil perkara untuk kita syukuri.
Sometimes apa yang kita ada tak datang dalam bentuk material, tapi datang dalam bentuk sihat, suami ambil berat, anak-anak mendengar kata, boleh belajar dengan baik, hubungan dengan keluarga baik, staff tak buat masalah, cukup makan, hutang takde, etc.

Ini pagi esoknya, sebelum turun breakfast.
Plannya nak balik awal sebab En Wan takut tersangkut dalam jem.
Orang pantai timur dah start balik KL masa ni.

Besar hall ni.
Actually untuk breakfast dia buka 2 tempat.
Satu kat hall ni, satu lagi tempat aku afternoon tea semalam.
Tapi pagi-pagi sejuk weiiii, tak sanggup aku nak bersidai breakfast kat luar.
Makanan dia not bad, replenish dengan cepat.
Ada section untuk vegetarian.
Jumpa Harith Iskandar dalam ni tengah bercuti juga.

Pagi tu first round aku makan nasi goreng with sosej.
Then second round makan roti canai 2 keping u olss.
Round 3 makan roti.

Haaa...gitu dia.
Sanggup aku berangkut baju raya ke atas tu semata-mata tak puas hati gambar raya aku tahun ni semua mendongak 😆.
Nasib baik mendapat kerjasama dari semua pihak.
Nampak macam hari raya pertama, kan? Kahkahkah.
Geleng kepala En Wan melayan perangai aku.
Baju kurung ni aku akan cuba pakai balik pada tahun 2032, tu pun kalau panjang umur 😁.

Kitorang turun awal hari tu sebab En Wan nak singgah juga GPO.
Kitorang semua belum sampai sini lagi.
Orang lain dah turun naik 10 kali, aku baru nak cecah.
Takde plan nak beli apa pun, just nak kenal tempat je.
Sebelum turun tu singgah kat lereng ni ambik gambor.

Cantik juga tempat ni.
Lebih kurang macam JPO.
A Famosa tu aku kesian betul.
Dah macam hidup segan mati tak mahu je.
Buatlah something kat situ.
Sayang tau, kemain gah lagi tempatnya tapi tak menjadi sangat.
Beberapa kali aku ke sana memboringkan. Lagi best pi Mitsui.
Expand je A Famosa tu biar lagi gah. Tanah besar lagi kat tepi tu.
Langgar je tanah ladang getah aku kat tepi tu. Hahaha. Mesti menjeling je Mak Aji kalau baca ni.

Aku rasa Mak Aji memang dah plan nak shopping.
Tetiba je dia ajak aku masuk Micheal Kors.
Padahal kena queue, sanggup dia beratur tu.
Aku layankan aje sebab Mak Aji memang ada Michael Kors henbeg, agaknya dia nak beli lagilah tu untuk koleksi.
Eh rupanya buat saprais belikan untuk anak menantu sekali.

Bersampuk haruk aku kat dalam tu call Ima and CT tanya nak kaler apa.
Yang Ima lagi best, dia ingatkan gambar beg yang aku hantar kat dia harganya RM300 sebab dia kata bajet dia RM300 je untuk aku belikan apa-apa untuk dia kat sana.
Aku cakap RM300 Micheal Kors dapat tangkai beg je lah.
Tapi bagus salesman yang layan kitorang tu.
Walaupun mak aku makcik-makcik marhaen, dia layankan aje bila mak aku tunjuk beg itu beg ini.

Ini namanya 'antara dua darjat'.
Terintai-intai dari luar.
Redza pelik apesal sampai 1 jam kitorang kat dalam tu.
Dorang dah habis round satu kawasan, kitorang tak habis-habis lagi.
Tu yang terjenguk-jenguk tu.

Lepas 1 jam kat dalam tu, kitorang lepak DOME pulak sebelum balik.
Makan siap-siap kat dalam ni.
Aku ni berangan nak pekena tek tarik DOME. Teh tarik dia sedap.
Tapi kat atas ni takde pulak teh tarik.
Korang kalau pi DOME, try order Cheese Pizza dia. Sedapppp.
Aku and En Wan kalau lepak DOME memang akan order pizza ni je.

Alhamdulillah, sampai rumah dengan tenang tanpa jem.
Mak Aji and Pak Aji gerak balik ke Bangi petang tu juga.
Alhamdulillah tahun ni celebrate wedding anniversary dengan cara yang berbeza.
Bukan saja dapat celebrate dengan anak-anak yang cukup korum, dapat pulak spend dengan parents.
Doakan mak bapak aku sihat, ya.


2022-01-10

Birthday Pak Aji yang ke 72 tahun.


Semalam (9 Jan), sepanjang malam aku mengerang menahan sakit.
Aku tak sure apa puncanya.
Dia macam ni tau, semalam aku start awal macam biasa.
Tapi selalunya start early, duduk depan laptop buat kerja.
Semalam mula-mula sekali buat kuey teow goreng.
Aku dapat isi kerang fresh dari blog reader.
Fresh gila merah-merah gemuk-gemuk lagi isinya.
Hat ni nanti kau review.

Dah settle masak, terus ke step seterusnya iaity menyiang stok barang basah.
Menyiang, membasuh, menyimpan.
Kerja-kerja ni pun biasa buat dah.
Walaupun tak setiap minggu, tapi kalau sekali buat tu lengkap dengan ayam 2 ekor, sotong sekilo, udang sekilo, tok nenek ikan dan paru.
Paru selalunya pakej merebus dan memotong selepas direbus.
Sambil-sambil tu mengemas dapur sekali.
Dah alang-alang buat kerahan tenaga, maka apa yang tak berkenan kat mata sekali jalan aku settlekan.

Lepas settlekan barang basah, naik mandi pastu baring kejap.
Dapat nap 30 minit, turun bawah untuk masak memasak pulak.
Semalam aku ajak orang Bangi datang ke rumah.
Saja je nak celebrate birthday Pak Aji sehari awal (birthday Pak Aji hari ni 10 Jan).
Bukan apa, kalau dorang yang datang rumah aku, dapatlah aku sedia apa-apa yang patut.
Lebih selesa aku nak memasak sebab dah biasa dengan dapur sendiri.
Karang kalau masak-memasak kat Bangi, aku dah tak berapa reti memasak kat rumah orang (walaupun itu rumah mak bapak aku).
Kalau masak-memasak kat rumah sendiri, kalau tiba-tiba nak mintak beli barang-barang tambahan, En Wan dah biasa dengan kedai-kedai kat sini.
Dia dah tau mana nak tuju.

Semalam aku buat ikan kerapu sweet sour, asam pedas ikan merah, sayur togeh ijau goreng, tempe goreng and sotong goreng tepung. Tomyam aku beli.

Yang takde dalam gambar adalah asam pedas ikan merah.

Ok part ni aku hangin sikit.
Aku plan nak order tomyam Absolute Thai.
Malas nak masak tomyam sendiri sebab takut tak sempat.
Lagipun tomyam aku tak sesedap Absolute Thai.
Sekali tengok kat Grab, Absolute Thai closed pulak.
Maybe hari Ahad dia taknak ambil order grab sebab ramai orang kat restoran.
Aku pun belasah je lah apa-apa kedai pun dalam Grab tu asal yang ada tomyam.

Nampak la satu kedai ni nama Ala Carte Thai Primawalk Puchong.
Tengok harga situ RM10.90.
Aku syak ini mesti sikit je ni kuantiti dia kalau setakat RM10.90.
Aku order 3 bungkus. Sekali yang datang rupa ini [gambar atas].

Datang 3 bungkus.
Setiap satu bungkus tu aku cedok masuk dalam periuk.
Diulangi, aku CEDOK tau, bukan tuang terus dari plastik ke dalam periuk.
Aku cedok sebab nak tengok isi.
Satu kali cedok, dalam senduk semuanya sampah - serai, halia, bawang.
Isi tak jumpa lagi. Isinya hanya sotong 2 ketul yang kecil, ayam yang dipotong chunk kecik-kecik.
Udang dapatlah sebungkus 2 ekor yang kecik.

Hangin betul aku.
Inilah yang aku malas layan sesetengah kedai melayu.
Kuah tomyam je lebih, isinya haruk.
RM10.90 sebungkus dengan isi yang tak sampai penuh satu senduk, memang good luck lah dengan masa depan kau.
Lepas ni kalau tak dapat tomyam Absolute Thai, aku akan masak sendiri je lah.

Baiknya laki aku.
Aku minta dia pi cari bunga kantan and daun kesum untuk buat asam pedas.
Aku minta dia carikan kek kat Berry's sekali.
Rupanya dia ke Main Place untuk beli kek Komugi.

"Birthday Papa, takkan nak kek Berry's".

I is terharu.
Bukan apa, aku taknak menyusahkan dia kena keluar dari Putra Heights, tu yang aku pesan beli kek kat Berry's je.
Kalau aku tau dia keluar sampai ke Main Place, boleh aku susahkan dia beli Starbucks terus.

Ini namanya Black Forest kek yang super duper sedap!
Kek Komugi belum pernah mengecewakan lagi.
Lebih sedap dari Secret Recipe.
Kecik je tapi mahal. Tapi sedap. Tu yang penting.
Terubat sikit sakit hati aku dengan tomyam yang penuh sampah tu.
Yang penting semua kata kek Black Forest Komugi ni sedap.

Alhamdulillah Pak Aji dan 72 tahun hari ni.
Nikmat rasanya di usia aku 44 tahun masih boleh celebrate hari jadi orang tua.
Semoga Papa diberikan kesihatan, kuat tubuh badan untuk menjalankan ibadah dengan sempurna.
Alhamdulillah juga 2 hari lepas Pak Aji and Mak Aji dah ambil 3rd booster.
Syukur takde demam ke apa ke. Aku je baru nak cucuk minggu ni.

Yang ni acara wajib, tak kira saiap punya birthday, mesti ada satu scene untuk dia tiup lilin juga.

Si kecik kat belakang tu kesayangan En Wan.
Hari-hari dia zikir kat telinga aku nama anak sedara aku ni.
Yang si kecik ni pulak suka dengan Palong dia.
Dengan Malong je dia kena tenung dan kaji dulu sebelum serah diri.
Semalam masa sampai-sampai dia tenung je aku.
Mesti dalam hati cakap "La, rumah si petir ni rupanya. Kalau aku tau, aku taknak ikut"😆.

Lepas semua dah balik, kitorang bertiga lepak dalam bilik layan Gegar Vaganza.
Masa ni aku dah terasa-rasa lenguh lengan dua-dua belah.
Aku cakap kat En Wan agaknya aku non-stop berkerja dari pagi tadi buat itu ini.
Tapi yang pelik kaki aku tak lenguh pulak padahal kaki ni berdiri hampir sepanjang hari.
Aku terasa macam heavy gila lengan and bahu masa Isyak. Nak menghabiskan 4 rakaat tu lambat gila rasanya. Dah kenapa aku ni.

Pastu tido.
Masa tido tengkuk and bahu aku rasa sakit gila, like SAKIT GILA!
Aku tukar bantal, sebab ingatkan bantal aku tak sesuai.
Tapi takde perubahan. Macam bertambah sakit.
Minta En Wan tampalkan salon pas kat dua-dua bahu.
Terus makan Panadol actifast and ubat selsema supaya aku boleh tido cepat.
Tapi terjaga pukul 1am sebab terlampau sakit.
Mencucuk-cucuk kat bahu, tengkuk and now sampai la lengan dua-dua belah. Dah kenapa aku ni.
Dah terbayang macam-macam, kot ada santau ke apa ke.
Sambil cuba lelapkan mata, sambil istighfar.
Selalunya kalau aku takleh tido aku istighfar mesti lepas tu lalok.
Tapi kali ni kenot gi.

Dari pukul 2 sampai 4 pagi aku tido duduk bersandar dalam keadaan mengerang sakit.
Laki aku kat sebelah sadaqallahualazim dia memang tak dengar bini tengah mengerang.
Aku pun malas nak kejutkan.

Aku pernah rasa sakit macam ni, sebijik macam ni, masa aku kat Madinah.
Dia punya sakit tu tangkap kat tengkuk, bahu, sampai rahang sekali.
Lepas tu aku teringat masa kat Madinah tu aku makan pain killer.
Terus geledah laci ambil pain killer, makan.
Memandangkan masa tu dah pukul 4am, aku malas nak tido sebab selalunya aku akan bangkit 4.30am.
Jadi aku pun bersandar rilek-rilem sambil tahan sakit.
Tau-tau aku tersedar pukul 10.30am dalam keadaan elok je berselimut.
Ni mesti laki aku ubah kedudukan tidur aku.

Menggelupur bangun sebab sah-sah terlajak Subuh.
Laa rupanya period.
Baru aku teringat masa aku kena the same attack kat Madinah, macam ni juga, yang rupanya aku period.
Semalam tak terpikir nak check, nasib baik tak tembus cadar aku.
Teruk betul PMS aku kena kali ni. Sampai tangkap kat bahu tengkuk segala.
Aku mati-mati ingat kot aku benda-benda halus tersangkut kat aku.
Mana lah tau kan tetiba ada jin bertenggek atas bahu aku tu yang sakit sangat tu.
Rupanya period.
Perasan gila jin nak bertenggek.
Jin tengok aku pun gostan agaknya.
Aku punya mengilai pun boleh demam jin dengar.


2020-08-18

43rd Birthday


Menyambut birthday macamkan anak dara, padahal dah masuk 43 tahun.
Maybe inilah yang dikatakan beruntungnya jadi satu-satunya perempuan dalam family, dimanjakan sampai ke tua. Kahkahkah.

Celebration bermula Khamis malam, 13 Ogos.
Selalunya memang gitulah, samada celebrate sehari awal atau sehari selepas. Never on the same day. Why?
Sebab on 14th, bos I busy dengan Founder's Birthday Sale kat ofis.
Memang tak boleh kacau lansung dia on that day sebab selalunya on special event macam ni, Pos Laju sampai 3-4 trip datang collect barang kat ofis.
So, hari tu jangan aku nak mengacau En Wan and team dia, mampuih aku kena lahar.



Terharu tengok post En Wan yang ni.
Aku memang tak plan nak makan kat mana-mana, tak reti nak decide.
That night En Wan bawak aku ke AEON Shah Alam and suruh aku pilih nak masuk restoran mana.
Terasa tempting pulak nak try lobster, lalu ke Red Lobsterlah kita.

Ya, memang aku always tak minta yang mahal-mahal sebab aku tak tau nak minta apa.
Maybe mahal bagi aku, tak bagi dia. Maybe mahal bagi dia, tak bagi aku.
Jadi, jalan paling senang takyah mintak.
Kalau terasa nak beli, beli je sendiri, melainkan dia surprisekan hadiah, aku hambikkkkk.

Malam tu dia tanya aku nak henbeg tak.
Terus aku "Tak payah".
Bukan apa, aku ada a few handbags yang tak pakai-pakai pun.
Paling aku regret 2 tahun lepas gatal tangan pi beli LV, last-last tak sampai 5 kali aku pakai.
Last year aku pi wedding blog reader, ambik gambar tepek kat IG, followers tanya "Wahhhh, Kak Di pakai beg baru!"
Sampai aku naik segan nak menjawab "Tu beg lama", "Tu beg beli last year".
Nampak sangat beli jadi tukun.
Aku selesa je ke mana-mana pakai Hush Puppies yang tak sampai RM400 ni. 
Lagipun beg Hush Puppies ni tahan lasak and besar.

Dalam ertikata lain, seperti tahun-tahun sudah, memang takde hadiah hari jadi.
Yang pasti makan-makan, ada.



Red Lobster, AEON Shah Alam. Not bad.
Aku memang seafood person, jadi tempat ni sangat sesuai di tekak aku.
Salmon grill dia sedap.



Seperti biasa, Rayyan tak ikut.
Celebrate macam ni, kitorang suka berdua je sebab aku tau nanti akan ada next round celebrate dengan anak-anak and mak bapak pulak. Selalunya makan-makan juga.



Ni food dia. 
Aku ambil grill salmon and lobster. En Wan ambil fried lobster.
Jadi boleh tukar-tukar and rasa.
Rasanya aku punya lagi sedap sebab grill.
Salmon sangat juicy, on point sangat dia grill.
Yang En Wan punya lobster macam macam udang goreng biasa je. Sedap tu sedap tapi sebab bergoreng so kureng di tekak aku.

Malam tu, itu je lah agenda kitorang - makan and lepakking together.
Kalau nak ikutkan, aku and En Wan ni selalu sangat lepak bersama.
Maunya tak - kerja setempat, tinggal serumah, tido sebilik takde gangguan anak-anak, anak-anak pun dah besar - memang boleh sangat nak privacy berdua.
Tapi bila sesekali dapat makan berdua on special occasion, enjoying food, pastu jalan-jalan pusing mall keluar masuk kedai tak beli apa-apa [kahkahkah], membuang masa berdua - ini sangat terapi.
Itupun kan, lepas mentekedarah kat AEON, on the way balik En Wan tanya aku dalam kereta "Nak lepak mamak?"
Pakkal aku ada slides nak prepare malam tu, kalau tak, JOMMMMMMM!

Oh by the way, kat IG ramai nau yang DM aku tanya aku sambung blaja ke, aku buat program apa asyik prepare slides?
Aku sebenarnya produce satu program Master di IPTA.
Segala modul and kurikulum untuk that course adalah dari aku [with my team].
Dalam erti kata lain, we are the program owner.
Student intake dah tak lama dah ni, tu pasal kelam-kelibut prepare teaching slides.
Nanti tunggu IPTA tersebut keluarkan iklan tentang course ni, aku tepek la di sini.
Sesiapa nak sambung peringkat Master, bolehlah kita berjumpa nanti, ok?
Insyallah, cikgunya tak garang. Pitching je tinggi sikit.
Jangan risau certified ke tak course aku ni, dah lulus senat dah pun.

The next day, 14 Ogos, genap umur 43 tahun.
Alhamdulillah, jejak juga aku ke umur 43 tahun, ingatkan tak sampai.
Ye lah, dulu kan masa sebut pasal Wawasan 2020, rasa macam tua dah masa tu, ntah sempat ke tak.
Syukur, bukan saja sempat jumpa 2020, tapi di usia begini, aku masih ada mak mertua and mak bapak.
Inilah keramat-keramat hidup aku.
Aku berada di mana aku berada sekarang kerana doa dorang, bukan atas usaha aku.
Aku always cakap kat En Wan, kita ni cara-cara ada doa mak bapak pun kadang-kadang stress dengan ujian Allah.
Kalau esok dorang dah takde, dah takde doa dorang, macamana agaknya kita harung ujian hidup?

Pagi Jumaat tu, aku istiharkan diri aku cuti. Sendiri celebrate birthday sendiri.
Pagi tu ada discussion pasal Halal Training, pastu member aku balik, aku pun merayap kat IOI City Mall keluar masuk kedai.
Aku sebenarnya mencari kasut pengawas baru.
Asyik keluar masuk Bata sejak last week tak jumpa-jumpa kasut pengawas yang berkenan.
Rasa macam semua design kasut pengawas aku dah beli.
Dorang ni tak reti keluarkan new design ke.

Esoknya, Sabtu 15 Ogos.
En Wan bagitau dia dah book satu hotel-kondo kat KL nak spend time sama-sama with mok, Mak Aji and Pak Aji.
Nak pi jauh-jauh sangat macam tak seronok sebab Redza takde sekali.
Jadi, kita bercuti dalam KL je lah, buat syarat.



Tapi sebelum ke KL, makan dulu kat Main's Place USJ ni ha.
Hajat di hati tu nak pekena Absolute Thai tapi dorang takde meja yang besar untuk muatkan 6 persons [post Covid].
Kena duduk 2 meja asing, Taknak lah. Terus pi kedai lain, Thailand juga.



Kebetulan pulak masing-masing pakai warna nude.
Dalam banyak-banyak mask, mask mok paling ceria, kan?
Mask tu aku belikan dari sepupu aku, dia kerja menjahit.
So masa awal-awal tengah kelam-kelibut dengan Covid dulu, aku tempahkan siap-siap mask ni.
Aku beli a few pieces, tapi mok yang pilih sendiri warna ni.
Kesimpulannya, mok ambe berjiwa periang. Hahahaha.

Ya, aku tau ada yang nak tanya mask aku tu Jovian punya ke?
Haah, memang Jovian.
Ceritanya, kawan aku Ayda nak beli mask yang aku jual tu.
Kebetulan birthday dia nak dekat, jadi aku order mask Jovian hitam ni, aku satu, dia satu, sebab dah alang-alang order online jimat duit pos sekali harung order dua terus.
Takkan nak bagi hadiah birthday dia barang aku, kan.
Kita bagilah barang orang lain, brand lain.
Masa ni aku belum buat tie-on mask lagi. Tapi now kitorang dah ada tie-on mask, jadi aku pakai tie-on je.
Mudah. Gilir-gilir kadang pakai mask RM14 [aku punya], kadang pakai mask RM79 [Jovian].




Lunch di Main's Place.

Yang simple-simple je sebab petang tu around 6pm dah order delivery Mandy Rice.
Tapi aku kebulur time ni sebab dari 7 malam semalamnya aku tak makan sampailah ke pukul 2pm besoknya. 
Bukan buat IF, tapi buat kerja sampai terlupa nak makan, tau-tau En Wan dah tido.
Nak turun bawah buat maggi takut, maka aku tido dalam kelaparan. 
Besok paginya cepat-cepat siapkan kerja sebab nak pi bercuti, sampai tak sempat nak makan.
Tu pasal kebulur.

En Wan book suite kat ARTE PLUS.
Serviced condo macam ni memang payah sikit bab keluar masuk.
Segalanya nak menjaga privacy.
Awal-awal tu standardlah kena pening dulu sementara nak memahamkan dia punya flow keluar masuk, tapi lama-lama nanti ok.
Orang macam aku sesuai pi tempat gini sebab aku kalau pi bercuti suka duduk dalam bilik tak keluar-keluar.



Kiri bilik Mak Aji.
Kanan bilik mok and Rayyan.



Ini bilik aku with bathroom.
Kat luar ada satu lagi bathroom.
Ada pantry only, no cooking-cooking.
En Wan kata yang dia booked ni kategori hotel.
Ada juga kategori apartment yang boleh masak-masak sekali.



Oklah tempat ni, selesa.
TV clear habis. Puas tengok.
Selalu kalau pi hotel sekalipun, TV mesti tak berapa clear.

Aku memang tak expect lansung En Wan nak buat "party" untuk aku kat sini.
Memang ingatkan buta-buta nak melepak bersama family je.
Lagipun En Wan kata pukul 6pm nasi Arab sampai, kita makan sama-sama.
Pastu kalau lapar, kita keluar malam-malam makan kat KL sambil ronda-ronda.
Aku ok je, janji ada makan. 

Petang tu, lepas layan Baahuali kat TV3 [untuk ke 67548 kalinya], aku masuk bilik tido.
Apa nak jadi kat luar tu jadilah.
Rupanya masa aku membuta tu En Wan bekerja keras nak siapkan deco untuk celebrate birthday aku.
Entah bila masa dia buat planning.




Sejenis kegigihan. 
Mak Aji kata sambil-sambil tengok TV, dia meniup semua belon-belon ni, alone.
Memang takde siapa berani menawarkan diri nak tolong tiup sebab semua orang faham SOP En Wan macamana.
Karang belon tak sama besar dia stress.
Jadi sebelum dia stress dan semua orang pun stress, biarkan je dia settle semua sendiri.

Aku bangun tido tengok semua dah siap.
Kagum and terharu jugaklah dengan effort dia nak buat party untuk wife.
Orang lain buat benda-benda gini untuk anak pompuan je, yang aku, dah umur 43 masih ada party.
Masa aku keluar bilik dia takde.
Tanya mana dia pegi, Mak Aji jawab dia turun bawah ambil kek.

"Kek???"



Kejap lepas tu dia masuk bawak kek siap nyanyi lagu happy birthday sorang-sorang.
Seriously cantik sangat kek ni.
Kat mana dia order pun aku tak taulah, tapi memang cantik and sedap.

Ceritanya, dia kan di-warned awal-awal jangan bagi bunga.
Aku dah penat dapat bunga, sampai dah tak tau nak buat apa dengan bunga tu.
So aku pesan jangan bagi aku bunga.
Tapi En Wan kata, tak best kalau takde bunga, sebab dia nak bagi aku hadiah pun aku tak mintak apa-apa.
Macam tak best kalau on celebration day tak hulur apa-apa.
Jadi beliau mendapat idea tempah kek yang menyerupai flower bouquet.
Memang menjadiklah surprise beliau, cantik sangat kek ni.



Selain bakat menjadi party planner, beliau boleh offer pakej fotografi sekali.



Mandy Lamb and Mandy Chicken for dinner.
Tapi lepas Maghrib baru start makan-makan.
Ini kali ke-7 aku makan nasi Arab Saba. Sedap.
Tapi ada satu kedai nasi Arab kat Seksyen 7 Bangi tu lagi sedap.
Lupa nama kedai.
Ada satu lagi Nasi Arab kat TTDI Shah Alam pun sedap - Aroma Hijrah.



Excited nau muka birthday girl bukak kek, macamkan first time celebrate birthday. Padahallll.
Aku cakap kat En Wan, perancangan Allah tu hebat tiba pada masa yang tepat.
Dulu masa kecik tak berpeluang nak sambut birthday macam ni, pernah pun sekali je, itupun tumpang party tupperware Mak Aji.
Now dah tua-tua ni kemain galak pulak menyambut birthday.
Berganda seronoknya bila suami suka libatkan mak bapak mertua sekali untuk celebrate birthday bini dia.

Aku percaya Mak Aji and Pak Aji seronok tengok anak perempuan dia 'dijaga' begini di tangan orang lain.
Aku pun mak juga.
Kalau aku ada anak perempuan, aku pun seronok tengok ada orang nak tolong jaga anak kita.
Aku harap anak-anak lelaki aku paling tak pun, biarlah macam perangai apak dorang ni yang bersungguh-sungguh bab menyeprisekan wife.
Tapi perangai apak kau yang perfectionist a.k.a OCD tu kau takyah ikutlah. Stress pulak bini kau nanti.
Tak pun, carilah isteri yang penyabar macam mak korang ni [up diri sendiri gituuu].



Kelihatan mak-mak sedang menyusun meja makan sebab anak nak ambik gambo.
Kesian mok, berkelubung dengan towel sebab sejuk sangat.
Rumah tak besar mana tapi aircond 4 bijik, bukak satu pun dah sejuk amat.
Si Rayyan punya bilik dah macam North Pole sejuknya.
Yang En Wan pun satu, dah tau nak bawak mok duduk hotel pegi lah bagitau mok bawak sweater ke apa ke.
Ni tak, dia nak surprisekan aku, penyudahnya dengan mok sekali suprise kesejukan.
Selalunya kalau nak duduk hotel, mok akan prepare sweater and stokin sekali.
Hari tu berkelubung mok dengan towel seharian.



Inilah rupa kek tersebut.
12 cup cakes red velvet disatukan jadi jambangan bunga.



Tengah makan, Mak Aji datang tepi hulu beg Habib Jewel. Terpekik I kejap.
Tak expect lansung nak dapat emas lagi.
Last year, Mak Aji bagi aku gelang masa birthday ke-42.
Gelang tangan yang aku pakai tu Mak Aji yang hadiakan.
Tahun ni dia bagi rantai.

"Apesal rantai ni singkat sangat, tak labuh?"

"Kalau aku bagi yang labuh nanti kau kejap-kejap bukak pastu tak pakai lansung. Beli yang pendek biar kau tak pandai bukak".

Oh dia dah boleh syak apa yang bakal aku buat rupanya.

Aku ni kalau Mak Aji tak belikan emas, memang tak ber-emaslah badan aku.
Sejenis bukan peminat emas.
Tapi rezeki Allah nak bagi, aku terpaksa pakai emas juga akhirnya.
Mak Aji kata "Ni mama dah belikan rantai, jangan pulak kau biar togel je gitu tak berbuah. Pegilah buat buah dia".

Aku nak pegi kedai emas?? Memang tak lah.
Takpe, kita tunggu je birthday ke-44 nanti, insyallah dapat buah rantai pulak. Kahkahkah.



Steady je Pak Aji dengan T Shirt Surau Al-Sobah dia, kan?



Punca En Wan book Arte Plus ni sebab sini ada tempat bergambar yang cantik.
Ni atas ni antara yang kau boleh jumpa di sana.
Atas bangunan tu dah macam taman dah.
Cuma kecik je, takde lah besar macam dalam gambar ni.
But oklah untuk bergambar-gambar, kan.

Banyak gambar kitorang kat tempat ni, tapi malaslah pulak aku nak tepek sini.
Kalau korang plan nak lepak KL berehat, bolehlah gi sini.
Takdelah this is the best, tapi ada lah option selain dari hotel.

Lepas bergambar-gambar, kitorang berempat terus keluar jalan-jalan KL.
Saja je ronda dalam kereta mengharungi kesesakan lalu-lintas kat Kampung Baru and Chow Kit.
Ajak Pak Aji and Mak Aji mengimbau zaman muda duduk area situ.
En Wan pun turut sama mengimbau lokasi-lokasi dia selalu outing masa blaja kat UTMKL dulu.
Aku syak tempat-tempat yang di bawak aku ni tempat dia keluar tenet dengan ex-gf kot.
Aku pun ada gak nampak port-port aku melepak dengan ex-bf dulu, tapi dendiam je lah simpan dalam hati. Hahahha.

Malam tu kami sudahi dengan roti canai kuah kari ikan with teh tarik di Bistro depan KPJ Ampang.
Lega betul dapat pekena teh tarik.
Itulah saja celebration birthday ke-43.
Yang simple-simple saja, takyah nak rak sangat, kau bukannya celebriti pun.

2019-12-27

Wedding Anniversary Mak Aji & Pak Aji 2019


Krismas Day, 25 Disember adalah wedding anniversary Mak Aji & Pak Aji.

Tahun ni macam pelik sikit.
Selalunya, like tahun-tahun yang lepas, aku punya Disember blogpost akan cerita tentang celebration on 23 Disember, baru cerita celebration 25 Disember.
Tahun ni takde cerita pasal 23 Disember.

Every year, aku akan celebrate ulang tahun first met on 23 Disember.
Aku and En Wan jumpa kali pertama pada 23 Disember 1998, and since that day, we make it a compulsary untuk celebrate 23 Disember.
Personally, aku lebih teruja nak tunggu 23 Disember berbanding wedding anniversary.
Kenangan 23 Disember tu rasa too sweet untuk dilupakan. Gitewww.

Tapi, tahun ni kitorang terpaksa postpone celebration 23 Disember because we both dah terlampau penat dengan berjalan.
Awal bulan dah ke Korea.
Balik dari Korea satu hari, dah terus ke Tganu.
Balik dari Tganu dah sibuk preparation YES 2019.
Then ke JB and Singapore.
Kitorang sampai dari JB Ahad lepas, which is 22 Disember.
Nak expect pergi berjalan lagi on the next day? SORRY. Aku dah letih.
So, this year kita pause kejap 23 Disember.
Kita langkau ke 25 Disember terus.

Mak Aji and Pak Aji nikah 21 Disember, tapi bersanding on 25 Disember.
Kitorang selalu celebrate on 25th sebab hari cuti. Senang sikit.

Pagi 25th awal-awal dah masuk Sunway Piramid sebab nak belikan buku-buku Redza and persiapan balik ke skolah.
Menjak anak bujang dah semakin bujang ni, baju skolah dah tak valid beli kat Ali Store.
Beli baju skolah kat Padini okeh.
En Wan turut sama menyokong dengan alasan - biar senang nak gosok baju and seluar.
Kain baju skolah senang renyuk and susah nak gosok.
Kalau beli kat Padini, kainnya lembut and licin.
Aku macam....oh really?

Lepas shopping baju, kita ke MPH pulak.
Tahun ni Redza exam IGCSE, so dah boleh start carikan buku-buku rujukan.
Aku pun sama naik cari buku untuk aku baca.
Kat sini terjadi kejadian yang hampir-hampir buat aku pitam.

Henfon aku hilang!

Terlampau ralit mengaut buku, agaknya masa kelebet buku, aku letak henfon kat rak dan terus lupa nak ambik.
Dah hilang tu, orang pertama aku cari dah tentulah Redza.

"Ja, mama punya henfon hilang"

Redza try call kaunter, budak kaunter angkat and bagitau phone ada kat sana. Phewww!!
Nasib baik yang menjumpa tu jujur, dia terus hantar ke kaunter.
Aku dah cuak dah time ni.
Bukan apa, hari tu kitorang plan nak celebrate wedding anniversary Mak Aji.
Dibuatnya henfon hilang, konfem laki aku hilang mood nak balik Bangi.

Ya, En Wan memang macam tu.
Barang aku yang hilang, tapi dia yang takde mood.
Selalunya gitulah.
Aku rilek-rilek je, tapi nanti dia yang stress sepanjang hari siap pakej taknak bercakap dengan aku.
Padahal kalau aku kena beli henfon baru pun bukannya pakai duit dia.
Itulah sejenis penyakit beliau yang aku tak faham sampai sekarang.
Tu belum lagi kalau barang dia yang hilang. Macam nak kiamat dia punya huru-hara.



Nasib baik jumpa henfon, kalau tak, mesti aku tak dapat hadiah anniversary beg Hush Puppies ni. Hahaha.

Masa dorang anak-beranak tengah queue kat Aunty Anne's, aku turun bawah jap beli Famous Amos.
Bila dah siap, En Wan kata takyah naik, nanti dorang turun.
Aku pun tunggulah kat bawah, depan Manhattan Fish.
Dari escalator dah nampak Rayyan tersenyum-senyum.
Pastu aku nampak dia pegang paper bag Hush Puppies ni.
Aku macam "Apa lagi la dorang ni paw bapak dia".
Rupanya untuk aku.

En Wan cakap "Tak plan pun nak beli. Tadi nak turun lalu depan kedai nampak macam cantik pulak. Sepesen beg hijau awak yang putus tu. Abang mintak anak-anak awak ni pilihkan kaler".

Aku ulang lagi sekali.
Dia kata "Tak plan pun nak beli..."

Jujur kan laki aku?
Rupanya memang takde plan nak beli apa-apa untuk aku for anniversary 😭.

Beg hijau yang aku pakai 3 tahun lepas putus di Korea.
Actually bukan putus tapi dia punya besi tali beg tu dah loose jadi tak grip kuat sangat.
Hari tu kat Korea beg aku dah macam pikul beras 5kg, segala benda sumbat dalam tu, mau tak putus?
Elok pulak dia putus kat Duty Free Shop, level henbeg.
Cuak kejap En Wan. Kahkahkah.
Mujur aku takde mood nak shooping, kalau takkkkkkk.

Berbaloilah aku pakai beg hijau tu, 3 tahun baru dia buat hal.
Puas melenjan. Jauh merata dah beg tu berjalan.
Tapi elok lagi, nanti aku nak adjust dia punya besi kasi ketat balik.
Hush Puppies ni pun tak sampai RM300, silakanlah beli beramai-ramai.



Then pi tunaikan permintaan Rayyan, nak beli ornaments untuk hias pokok Krismas dia yang RM20 tu.
Aku beli kat Hinode je.
Dia nak ber-activiti hias Krismas tree kat Bangi dengan Jannah. Layankan aje.

Lepas Zohor, gerak ke Bangi.
Masa ni Ima pun dah sampai from JB. Semua dah kumpul kat rumah.
Tapi Mak Aji and Pak Aji tak tau menahu lagi pasal celebration ni.
Mak Aji pukul 3pm lagi dah tanya "Malam ni nak masak apa? Korang nak makan apa?"
Aku cakap takyah, kita makan kat luar.




Sampai tak berselera nak makan budak-budak ni dek excited sangat nak hias Xmast tree yang secotet tu. Nak menghiaskan pokok yang seketul tu pun kecoh gila, sebab si kenit tu sibuk nak mendeko.
Macamkan paham, dia pulak yang duduk paling dekat dengan pokok.
Orang gantung, dia cabut. Orang gantung, dia cabut.
Bila kena marah dengan Mak Long, buat muka comel.



Not bad la sentuhan kanak-kanak riang.
Ok next year kita up Xmast tree 60cm pulak.



Petang tu atuk melayankan cucu dia nak main ping pong kat dataran depan rumah.
Pak Aji terer main ping pong, tu pasal Redza nak try main dengan atuk.
Atuk menunjukkan ke-pro-annya main ping pong pakai selipar je.

Ada a few match hari tu.
Mula-mula MRSM Langkawi lawan Sekolah Sarang Buaya [Pak Aji].
Lepas tu MRSM Langkawi lawan Sekolah Belara [En Wan]. 
Lepas tu MRSM Langkawi lawan MRSM Jasin [Azrul].

Yang lelaki sibuk main ping pong.
Yang perempuan ada kisah lain.

Kisahnya, petang tu Ibal and CT kena collect kek kat Secret Recipe dan terus hantar ke Tendance Cafe [tempat nak celebrate tu].
Aku yang suggest tempat tu, sebab dia tulis alamat "Bangi".
Langsung tak ter-register itu bukan di Bandar Baru Bangi tapi Bangi lama [kat Bandar Mahkota].

Lepas Asar CT whatsapp "Tendance cafe ni kat Kajang ke? Apesal waze kata 24 minit baru sampai?"

Aku terus waze, eh betullah 16km!
Apekejauhnya?

Tanya Ima, tempat ni kat mana?

Ima rilex jawab "Kat Bangi la tu [Bandar Baru Bangi], kan alamat dia kat Seksyen 2".

Aku gugel balik address dia, SAH!
Seksyen 2, tapi di BANGI, bukan Bandar Baru Bangi.

Tapi CT masih positif.
"Tapi bukan ke Bandar Baru Bangi pun ada Bangi Avenue? Rasa macam ada kat sini..."

Dia punya konfiden takleh bawak bincang.
Celah mana wujud Bangi Avenue kat BBB pun tak tau lah.

Lepas tu masing-masing dah gabra bila realized cafe tu bukan kat Bandar Baru Bangi.
Bayangkan dah petang baru tersedar lokasinya 16km jauh dari rumah!

Sebenarnya taklah jauh mana pun.
Cuma tak expect akan keluar dari Bandar Baru Bangi.



Lepas Maghrib, semua keluar ke Tendance Cafe, Bangi.
Cantik setting meja.
Dah bagitau nak celebrate wedding anniversary so setting dia macam meja pewantin.

Pak Aji masuk cafe nampak setting macam ni terpinga-pinga.
Bila bagitau nak celebrate wedding anniversary, dia kata "Kenapa tak cakap awal-awal. Kalau tak, boleh pakai tie" 😂😂😂.
Over tau nak ber-tie bagai.



Sebelum semua start makan, ambik gambar sefamili dulu.
Nak berkumpul 5 orang macam ni punyalah payah.
Bila ada kesempatan, jangan lepaskan peluang.

Masa ni pasu-pasu semua dah beralih tempat.
Sebab pinggan makan dia gabak-gabak, rimas pulak aku penuh-penuh bunga atas meja.



Aku pun sama, nak kumpul macam ni kena tunggu Redza balik baru lengkap.
Kalau tak, rasa malas nak bergambar.



Ibal and CT dah tak jumpa dah time nak makan together-gether.
Dorang sekarang berada di zon "Aku makan dulu, kau jaga anak kejap"



Bila adik kita ada, kita biarkan laki kita makan sebelah anak.
Sebab kita ada banyak topik nak dibincangkan dengan adik kita.
Ni pun banyak lagi topik tak habis bincang.
Akan di bawa ke mesyuarat akan datang.



Scramble egg Rayyan tu sedap sangat.
Pakkal aku dah kenyang, kalau tak, aku mintak roti bakor makan dengan scramble egg dia.



Nak tunggu kumpul sama dengan Dill sebenarnya yang susah sebab Dill duduk Qatar.
Nasib baik malam tu dia free, kalau tak, tak dapat kumpul sefamili.



Hari tu aku letak gambar celebration ni kat IG, ada yang tanya Dill tu siapa.
Dill n cousin aku. Mak dia adik kepada Mak Aji.
Husband dia Aiman Lee adalah anak angkat Pak Aji.
Jadi Dill kira menantu Mak Aji.
Oh by the way, Dill akan balik semula ke Qatar 14 Jan.
Aku tau ramai yang guna produk GreenAard dari Qatar.

Kalau sesiapa dari Qatar berminat nak beli GreenAard dengan harga YES, please whatsapp admin 0127728976, bagitau dari Qatar nak beli GreenAard and Dill akan bawakan.
Tapi korang kena collect dari Dill.




Ni menu kitorang hari tu.

Review aku :

🗸 Makanan sedap
🗸 Servis cepat
🗸 Staff ramai and friendly
🗸 Restoran yang sangat cantik dan eksklusif tapi harga bukan Tel Aviv
🗸 Chef bagi free 2 larva choc cake hari tu
🗸 Booking dibuat melalui whatsapp, staff respond dengan cepat

Package yang kitorang ambik that day Package RM359 untuk 9 dewasa.
Memang pakej ni khas untuk 9 orang, menu dah siap-siap ada dalam tu.
Kitorang tinggal pilih sape nak menu ni, sape nak menu tu.
Memadangkan semua dalam pakej ni sedap-sedap, jadi masing-masing takde masalah nak buat pilihan.

Since kita ada extra 3 dewasa, jadi dorang pilih menu masa di cafe.
Yang 9 orang tadi menunya dah pilih awal-awal.
Kids order di cafe juga, tak termasuk dalam pakej.
Yang best tu, RM359 ni termasuk air, dan air boleh pilih sendiri mana-mana dari menu.
Total semua that day untuk 12 orang dewasa dan 3 kanak-kanak adalah RM563.

Bagi aku harga dia berpatutan dengan suasana cafe dan kelazatannya.
Contoh, makanan Jannah and Rayyan sama - Chicken Pop Corn Set with air Chocolate.
1 set tu cuma RM19.90. Ok dah tu.

Aiman punya set harga RM45.90 - Lamb Rack + Mushroom soup + air.
Ok dah ni harga untuk set macam tu. Bukan harga Pharaoh. Reasonable.
Bolehlah sesekali makan sini untuk special occasion.



Mak Aji and Pak Aji tak pernah celebrate wedding anniversary pun masa kitorang kecik-kecik dulu.
Celabration ni bermula bila salah sorang anak dah start kerja.
Alhamdulillah dapat jadikan rutin tahunan.
Dan alhamdulillah, di umur aku 42 tahun, masih lagi ada peluang celebrate wedding anniversary dorang.
Semoga dapat lagi buat ni untuk tahun-tahun akan datang.
Yang wish di IG, terima kasih kerana mendoakan mak bapak aku.



Aku konfius, muka aku yang lebar ni menurun dari sape eh?
Kahkahkah



Cantik kawasan depan cafe ni sebab opposite hotel.
The cafe itself keliling semua dengan glass jadi nampak cantik sangat.



Malam tu Acu buat surprise hadiahkan anak-anak sedara dia.
Redza dapat hadiah Nike shoes and wallet sempena PT3.
Jannah dapat jam sempena dapat nombor 1.
Rayyan takde exam tahun ni, so kau silakan sengih je ya.
Tahun depan sila pulun exam demi mengepaw Acu sesuap hadiah.



Beburung bergambar bersama.
Dengar cerita lelaki-lelaki ini dah bercadang nak lepak rumah Dill tahun 2022 melayan World Cup.



The Ishaks
Semoga dapat kumpul macam ni lagi di tahun-tahun akan datang.