Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

2026-02-02

STOP BUAT BAIK


Aku perasan satu perangai manusia. Maybe ramai yang tak nak mengaku, but if you look at your own life, benda ni always jadi. Iaitu, bila someone yang pernah rapat dengan kita, buat khianat. Mesti rasa sakit gila, kan? Jenis ni memang takleh bagi muka, kena balas!

Tapi tahu tak, cara paling powerful nak respond sebenarnya bukan dengan membalas balik, tapi dengan STOP BUAT BAIK.

Aku kan bila orang yang aku menyampah atau rasa tak selesa, aku memang buat tak reti. Tak stalk, tak ambil tahu, tak call, tak DM, tak tanya khabar, tak buat apa-apa pun. Aku buat hal sendiri. Tak berminat nak ambil tahu pasal dia dah.

Kadang orang tak faham. Dorang ingat aku menyombong, or maybe ego atau overreact. Sebenarnya, aku just malas nak buat baik. Tu je. Tapi orang macam ni, kita stop buat baik pun jadi masalah pada dia. Pelik.

Ramai orang berasa nak balas balik kat orang-orang ni. That feeling is valid. Tapi aku dah praktikkan ni dari zaman muda lagi. Berhenti buat baik jauh lebih berkesan daripada buat jahat. There’s something about silence and withdrawing attention that hurts way more daripada kita buat jahat pada dia. 

Sebabnya, bila kita senyap, dia takde modal untuk respond pada senyap kita. Kalau kita buat jahat, dia boleh balas balik, dia boleh defend diri dia or dia boleh buat cerita and macam-macam alasan. Tapi kalau kita stop buat baik, dorang tak boleh nak manipulate kita dah. Mati akal dia nak cari pasal dengan kita. Ujung-ujung dorang yang sakit hati sendiri.

Bila kau stop reacting, stop explaining, stop ambil tahu, it hits their ego. Selama ni dorang ada access kat kau. So when all that suddenly disappears, that’s what unsettles them. Dia macam nak tanya apesal kau senyap, tapi macam malu pulak nak tanya sebab takkanlah senyap pun jadi satu masalah, kan? Hahaha. 

Lagi satu orang yang kau selalu buat baik. Selama kau buat baik, dia rasa kebaikan kau tu semua orang pun boleh buat. Manjang je dia kondem apa kau buat. Now bila kau stop buat baik, dia dah takde access pada kau lagi. That's painful to them. Because now they have no proof that you are the problem.

Aku perhatikan, jenis orang yang selalu cari pasal, bila kita stop buat baik, dia menggelabah beruk. Mulalah nanti dia mengumpat beria-ia kat belakang, cuba tarik attention orang lain untuk kutuk kita berjemaah. Nak tunjuk seolah-olah dia teraniaya dan kita yang salah faham kat dia. Padahal dia tahu apa dia dah buat.

Orang yang buat salah ALWAYS cari kawan dengan menjual kisah buruk orang lain. Dia ada masalah dengan kau, pastu dia cari new kawan dengan mengumpat pasal kau. Pastu dorang berdua menjadi kawan baik. Pastu dia cari kawan baru lagi dengan bermodalkan cerita pasal kau lagi. Pastu dorang pun jadi kawan juga. Tapi jenis yang berkawan dengan modal memburukkan orang lain, friendship tu tak kekal lama. Sebab friendship yang dibina atas cerita buruk orang lain memang fragile dari awal.

Orang yang buat salah tak berani hadap kesalahan sendiri. Jadi dia cari jalan paling mudah iaitu dengan jual naratif. Dia perlukan crowd baru yang bersetuju dengan dia, bukan the truth. Dengan mengumpat pasal kau, dia dapat dua benda serentak. Pertama dia dapat simpati. Kedua, dia dapat validation. Nampak macam dia mangsa, padahal dialah punca.

Dan orang yang jadi kawan melalui cara tu pulak selalunya bukan sebab connection yang genuine, tapi sebab shared negativity. Because shared negativity creates false sense of bonding. Bila dua orang jadi rapat sebab sama-sama mengata orang yang sama, apa yang sebenarnya dorang share bukannya trust atau understanding, tapi emosi. Dorang rasa dorang sekepala padahal yang dorang shared cuma tak suka orang yang sama. Tu je. Sama-sama benci, dengki and jeolous.

Emosi-emosi jahat ni memang kuat, jadi dorang rasa as if dorang ada connection yang dalam. Padahal itu bukan connection yang sebenar. Rasa macam rapat padahal tak.

Awal-awal tu feels like..

“Finally someone on my side”
“Finally ada gak orang yang pikir benda sama”


But there’s no real knowing each other pun kat situ. Friendship tu exists only as long as there’s someone else to point at. The moment perasaan negative tu hilang, friendship tu pun hanyut because it has nothing solid to stand on.

Lagi satu frendship yang macam ni, dia sama dia pun aware yang masing-masing is capable of doing the same thing to each other. Kahkahkah. So the friendship carries quiet distrust from day one. Dorang sama dorang pun berahsia and tak trust each other.

Kalau kau tanya dorang, “Apesal kau mengutuk aku? Aku ada buat salah kat kau ke?”, percayalah cakap aku, dorang takde jawapan. Sebab dorang takde reason. Kau tak buat apa-apa pun kat dorang. The only reason cumalah ada benda pada kau yang buatkan dorang sakit hati. It's something yang kau ada yang dorang takde. 

Yang nilah aku kata tadi, kalau ada orang khianat kau, kau better stop buat baik. Jangan provoke, jangan marah, jangan balas dendam. Buat macam dia tak wujud. Stop buat baik.

Logiknya, kalau kita buat baik, dia rasa lega. Kalau kita buat jahat, dia ada sebab untuk marah. Tapi bila kita stop buat baik, itu akan buat dia bengang, sebab dia tak tahu nak handle rasa sakit hati tu. Aku rasa inilah the real power of stopping yourself from being nice. Kau bagi orang tu rasa apa yang dia patut rasa sendiri.

Cuba tengok camana Johnny respond everytime ex dia meroyan kat internet. Dia buat dekkkk je. Buat kerja dia macam biasa. Sampai si ex terpaksa create fitnah Johnny bunuh anak dalam kandungan - to that extend menfitnah demi dapatkan perhatian Johnny. 

Ada Johnny kisah? Merentanlah kau sorang-sorang situ. Tak kuasa dia nak layan. 

Tu pasal every year ex dia meroyan sebab sakit hati bila tak dilayan. Padahal dia takde reason pun nak bengang sebab Johnny tak buat taik kat dia pun. Tapi sebab Johnny STOP BUAT APA-APA, itu sebenarnya lebih menyakitkan hati dia.

Berhenti buat baik ni bukan pasal dendam ke apa. Aku belajar dari pengalaman sendiri juga.

Kadang rasa letih bila buat baik dengan orang yang tak appreciate. Rasa macam dah terlalu banyak invest energy, terlalu banyak bagi attention, terlalu banyak percaya, spend time and money, tapi tak diappreciate. 

Pernah terfikir nak marah, nak balas balik, nak knock some sense kat dia tapi bila pikir balik jenis orang gini dia always ada jawapan dan alasan yang akhirnya akan buat aku bertambah sakit hati. Semua tu akan bagi dorang modal untuk respond and justify salah dorang. So aku pilih untuk stop everything. Surprisinglu, tak rasa sakit sangat. Sakit tu tak lama. Malah cepat heal and tenang.

Aku apply kekdah ni to all. Kawan, ex, colleagues, family pun sama. Orang yang kita pernah buat baik ni kalau dia start buat taik, stop buat baik adalah punishment paling best. Dorang ni time kita buat baik banyak nau songehnya. Banyak komplen dan kondemnya. Serba tak kena. Dia take advantage kebaikan kita. Dia anggap apa yang kita buat tu biasa-biasa je, semua orang pun boleh buat. 

Baik. Now aku stop buat baik. Aku tak buat jahat tau, aku stop buat baik je. Bila kebaikan tu hilang, eh berbunyi pulakkkkk. Dah tu kau nak apa, saitan?

Ada sorang kawan. Pernah rapat. Aku always jadi pendengar bila dia nak someone untuk mendengar. Tapi one day, dia buat benda yang aku tak sangka langsung. Aku tak pasti apa sebab dia buat macam tu. 

Benda ni terjadi by accident. Dia mengutuk bisnes aku kat someone. Yang someone ni tak kenal aku. Aku pun tak kenal si someone ni. Tapi si someone rupanya tak suka dia. So, si someone ni cari FB aku and screenshot semuaaaaaa yang dorang berdua sembangkan. 

Aku baca screenshot tu terkejut. Eh apesal dia mengutuk aku padahal elok je keluar makan sama. Rupanya, diam-diam dia berdengki. Tak tahulah apa yang didengkinya. Jadi dia mengajak si someone ni kutuk aku. Padahal that someone tak kenal aku pun. Tapi dek kerana dengki sangat sampai sanggup dia ajak orang bersembang pasal aku so that dia ada tempat untuk mengutuk.

Malangnya si someone ni pun tak suka dia dan share semua conversation tu kat aku. Aku baca terus aku diamkan diri sampai ke sudah. Memang takdelah aku nak respond apa-apa dah pastu. Kau takyah acah-acah konon tak tahu apa yang sedang berlaku. Kau sebenarnya tahu apa kau dah buat.

Dengan orang macam ni aku tak suka confront. Aku terus stop buat baik. Tak mesej, tak call, tak follow social media, tak ambil tahu langsung. And that’s when I realized stopping being nice is actually way more powerful than fighting back.

Sebabnya mudah. Bila kita stop buat baik, kita bagi ruang pada dia untuk rasa sendiri akibat dari tindakan dia. Orang yang ambil kesempatan, manipulate, atau khianat, usually tak expect kita berdiam. Dorang expect kita marah. Tapi bila kita diam, itu yang paling buat dorang tak selesa.

Dorang sakit hati sebab kita tak buat apa-apa. Itu lebih powerful daripada membalas. Balas ni predictable, tapi stop buat baik is unpredictable. They don’t know how to react. Dorang akan terus cari validation demi validation dan approval dari orang lain yang akhirnya akan buat dorang rasa bersalah dalam diam. Benda tu will eat them slowly. Hati dia takkan tenang.

Stop buat baik ni juga selamat untuk diri sendiri. Kau tak stress nak plan revenge. Takyah habiskan tenaga nak marah-marah. Kau cuma letakkan diri kau kat posisi neutral je. You just go on with your life like normal, focus on yourself, and their negative energy doesn’t affect you anymore.

Ini bukan selfish, ya. Ini LOGIK. Ini cara untuk protect diri sendiri without buat apa-apa yang merosakkan reputasi kita.

Kalau dalam environment ofis lagilah relevan buat macam ni. Kadang ada colleague yang kita selalu tolong, bagi idea, cover kerja, tapi last-last mengutuk kita kat belakang. Yang ni lagi senang. Stop buat segala kebaikan yang pernah kau buat dulu.

Cover kerja? Jangan buat.
Bagi idea? Jangan buat.
Tolong backup? Jangan buat.

Nanti kau tengoklah jadi apa. Merentan macam nak mati. Tapi berbaloi. At least kau tahu dia merentan sebab kau tak nak tolong. Daripada kau tolong tapi dia kutuk kau kat belakang. Baik kau stop buat baik. Kalau kena kutuk pun puas hati.

Satu lagi reason aku suka this approach is because not everyone can handle confrontation. Ada orang suka provoke, suka argue. Kalau kau balas, kau akan masuk dalam perangkap dorang. Kau bakal stress. Pastu mulalah emosi kau negatif 24/7. Tapi bila kau diam and stop buat baik, kau jauh dari terperangkap. Dorang takde ruang untuk manipulate emosi kau lagi.

In the end, what did I learn from all of this?

Dalam hidup ni bukan semua orang layak untuk kita invest energy, masa, dan KEBAIKAN. Ada yang kita boleh tolong, ada yang tak. 

Bila orang yang kita buat baik mula bercakap buruk pasal kita, maka berhentilah buat baik. Kau pun tak sakit hati. Dia pun harapnya berpuas hatilah bila kau senyapkan diri. 




2025-12-16

Syarat travel dengan kawan-kawan: SEMUA KENA FUNCTION.


Aku belum ready lagi nak cerita pasal trip Kuching dengan DPT. Banyak nau gambarnya. Aku sendiri tak sempat nak belek satu-satu. Kitorang mengamalkan konsep siapa ada snap gambar atau buat video, terus share dalam group. Aku malas nak tengok satu-satu. Esok-esoklah bagi bertenang sikit. 

Di kesempatan yang singkat ni (sebab menunggu next meeting), nak jawab soalan orang. Masa kat Kuching hari tu someone tanya senang tak nak handle trip besar dengan kawan-kawan?

Yang pertama sekali SEMUA KENA FUNCTION. Untuk menjadi function, semua kena willing to pergi, tanpa paksaan. Ahli DPT 10 orang. 7 orang pergi, lagi 3 orang tak dapat join. Aishah cuti-cuti weekend macam ni payah sikitlah dia nak gerak sebab dia busy siapkan tempahan makanan. Lagi sorang Enon, busy menguruskan anak. Rozie tak sihat (walaupun tiket flight dah beli, baju DPT dah tempah). Jadi, 7 orang ni saja berlepas ke Kuching.

Sebelum pergi tu everyone involved buat task masing-masing. Yang handle tiket, yang handle accomodation, yang handle transport, travel insurans, tema baju, games, itinerary, makan, souvenirs, buat appointment dengan kawan-kawan di Kuching...segala tok nenek perkara dah dibagi ke sorang-sorang untuk buat. Semua function. Sampai ke tahap printkan tiket flight, online check in and kutip IC sorang-sorang untuk drop bag pun ada yang handle. Mudah buat gini sebab kalau ada slack, senang nak salahkan siapa. Kahkahkah.

Sebelum fly, treasurer dah kutip duit siap-siap. Roughly sorang RM950. Ini tak termasuk tiket. Tiket RM580 (MAS). Dak-dak ni tak nak AA sebab selalu delay. So kitorang ambil MAS. Konon MAS siap dengan makan sekali. Tapi turun-turun je flight, tetap makanan yang kitorang cari dulu. Padahal beria ambil MAS sebab ada makanan. Kononlah. Dia memang macam tu. Lepas makan, makan. Lepas makan, makan lagi. Syarat wajib ahli DPT ialah, perut kena 4 comparment.

Yang kedua, SEMUA KENA WILLING TO SPEND. For me, this is the biggest deal-breaker. Everyone has to be willing to spend. Sebab travel costs money. Kalau terlalu berkira sampai semua benda asyik kena consider itu dan ini, memang susah nak enjoy. Aku rasa this is where most group trips die before they even start. Nak makan sini tak boleh sebab mahal. Nak pergi tempat tu tak jadi sebab “tak worth it”. Nak naik Grab pun berkira, nak jalan kaki pun mengeluh. Lama-lama trip tu tak jadi. Betul tak?

The problem bukan being careful with money. It’s when the mindset is “how do we spend as little as possible” instead of “how do we make this trip meaningful”. Those two are very different. Bila terlalu fokus nak jimat, the energy of the trip berubah. Bagi aku, dah alang-alang berhabis beli tiket dan pergi tempat tu pun setahun tak sekali, why nak cut bajet sana sini sangat? Tak rasa tak berbaloi ke bercuti tapi tak enjoy?

That’s why, everyone needs to be on the same financial wavelength. Tak perlu semua-semua kaya, but be realistic. Kalau bajet tight, admit awal-awal. Jangan disebabkan kau nak pergi juga, tapi kau paksa semua orang ikut bajet kau. Ujung-ujung makan bercatu, transport berkira-kira, accomodation pun yang "asal boleh tido".

Sorry. Kalau kau sorang yang tak dapat meet the majoriti punya bajet, you follow next time. Sebab travel ni bukan sekadar moving from one place to another. It’s about shared moments. Kalau semua decision feels heavy sebab ada je makhluk yang constantly resisting spending, baik jalan dengan anak-beranak je lah.

Yang ketiga, JANGAN BERAT BONTOT. Travel ni memenatkan benaunya. Contohnya kat sana kitorang sewa van with driver. Walaupun kita arrange time sendiri, masa itu emas. Kena bangun awal, sometimes kena jalan jauh, balik bilik lutut macam nak tercabut. But that's normal. Kalau semua orang nak yang senang-senang je, nak bangun lambat, bersiap pun nak ambil own sweet time, berleseh-leseh lenggang-kangkung, berdiri lama mengeluh, semua benda nak elak penat, len kali kau jangan ikut. 

Alhamdulillah, DPT ditakdirkan memang kuat berjalan. Jalan kaki kat kedai riverside tu dari hujung ke hujung, sambung sampai ke India Street, ya. This is lutut 48 years old! *sambil menghayun-hayunkan lutut*

Percayalah cakap aku. Pengalaman travel yang betul-betul berbaloi selalunya datang daripada benda-benda yang tak selesa sikit. Contohnya, bangun kena awal. 

Kat sana Subuh 5.15 am. Memandangkan semua dah biasa bangun kul 5 kat rumah, takde hal sangat nak bangkit 5.15 am kat sana. Walaupun begitu, tetap ada warden bukak pintu check sorang-sorang dah Subuh ke belum. Dia bukan ketuk pintu, ya. Dia terus gedeganggggg bukak. 

Takde yang meleseh-leseh. Kalau sorang mandi, yang sorang gosok baju sementara take turn nak mandi. Yang sorang lagi basuhkan baju (ada mesin and dryer). Yang sorang kemas-kemas. Masing-masing dah biasa jadi mak, jadi masing-masing tahu nak manage time and buat apa yang patut. Takde berkira-kira kederat. Angkat barang and beg pun gitu. Takde kau angkat beg kau, aku angkat barang aku. Takde. Siapa tangan free, angkat. Maybe this is what a 30-year friendship looks like.

Berjalan dengan kawan-kawan ni seronok bila berjalan kaki masuk satu kedai ke satu kedai cari barang. Kau rasa kalau berjalan dengan anak-anak and suami, dorang nak melayan kau jalan tengah panas masuk satu kedai ke satu kedai? Nan hadoooo. Masa ni la nak explore dengan kawan-kawan. Seharian penat, pastu balik rumah baring sambil gelak-gelak ingat balik apa jadi siang tadi. Kalau mentaliti “tak nak penat” tu ada, selalunya trip akan jadi terlalu limited. Banyak benda terpaksa skip. Rugi.

Travel dengan kawan-kawan bukan trip untuk berehat benaunya. Kau nak berehat santai-santai healing, pergi dengan suami. Berdua. Itu baru rehat. Lepak katil tengok Netflix. Travel dengan kawan-kawan lain. Travel jenis experience namanya. Keluar dari rutin harian. Buat benda yang kita tak buat everyday. Sebab tu penat. 

Kalau nak bangun lambat, jalan sikit-sikit dah lepak, asyik nak balik berehat kat bilik, kau bukan nak travel. Itu kau nak cuti. Ni dua benda yang berbeza. Bila expectation tak selari, mulalah nanti ada konflik. Yang sorang rasa trip terlalu packed. Yang sorang lagi rasa trip membazir sebab banyak rehat.

Last sekali, SEMUA ORANG DALAM TRIP TU BETUL-BETUL NAK PERGI, bukan ikut-ikut. Orang yang ikut semata-mata sebab tak nak ketinggalan selalunya dialah yang paling buat masalah. Banyak komplen. 

Dia macam ni tau. Kalau kau join tanpa betul-betil nak, sekadar tak nak missing out, kau takkan ada mental readiness. Tak bersedia nak berpenat, tak ready nak spend. Semua benda jadi beban. Masalah dengan FOMO traveler ni, dia tak tahu apa dia nak. Dia cuma tak nak tertinggal. Jadi bila realiti travel tak seindah apa yang dia gambarkan, mulalah perangai. Secara tak langsung mood orang lain pun terkesan. Trip yang sepatutnya fun jadi stress. 

Hari tu masa kat sana, Day 2 kitorang ke Muara Tuang. 5 orang dari group DPT nak cari mak angkat kat kampung sana. Yang 2 lagi layankan je. Kitorang singgah rumah mak angkat tu. Lepak kejap, sembang-sembang. Sebab? Sebab kita ikut majoriti. Layankan je lah member nak jumpa mak angkat. Boleh bergambar-gambat dalam kampung tu. Apa adehal.

Travel perlukan give and take dan niat yang sama. Tak payah semua-semua extrovert atau hardcore explorer. Cuma semua kena ada satu persamaan, iaitu MEMANG NAK PERGI.


2025-12-09

Belajar menghadapi kehilangan

Thank you yang ucap takziah pada post aku tentang arwah Aireen. Terlampau banyak, sorry aku tak dapat reply satu-satu. Terima kasih.

Yang tanya samada aku ok ke tak today...

Hidup kita semua nampak sama pada luaran, kan? Pagi tetap kena bangun macam biasa, datang kerja macam biasa, mesej masuk macam biasa, tanggungjawab kat rumah and ofis tak pernah berhenti hanya kerana ada satu orang meninggal. That's life. Orang tengok kita kerja macam selalu, update blog macam biasa, update media sosial macam biasa, bercakap macam biasa. Dari luar macam tak terusik. But on the inside, there’s a gap we never take a moment to truly feel.

Aku tak sempat or maybe takde masa untuk grieve properly. Ada banyak kerja yang aku kena siapkan, ada plan yang aku tengah run, ada benda yang aku kena deliver sebelum dateline. Semua kena jalan macam biasa. Tak sempat nak pause. And when you never take the time to pause, that sadness becomes like something you keep in your pocket. You carry it everywhere, but never take it out.

Orang kata life goes on, dan memang betul. Hidup takkan berhenti walaupun kita tengah bersedih. And bila kita tak grieve betul-betul, mudah nak rasa lost. Buat benda yang sama, tapi macam autopilot. Masuk opis, automatik bukak laptop, check mesej, check wahstapp, check system. Badan tu bergerak sendiri, but the soul lags far behind. Itulah yang aku rasa sejak semalam.

Because Aireen pergi terlalu cepat. I wasn't prepared and ready. Aku masih lagi mencari alternative suplement and produk and share pada dia. Walaupun dia dah cakap banyak kali her liver hanya ada 10% function. Untuk survive perlu at least 25%. Tapi entahlah, aku percaya pada keajaiban. Everyday aku doa berikan keajaiban pada Aireen walaupun dalam ilmu manusia nampak macam takde harapan. Setiap kali visit dia, aku always plan to come visit again. Ayat aku always "I'll see you again" Takde lansung terlintas dalam fikiran aku Aireen akan pergi this soon.

Orang selalu ingat bila kawan meninggal, tak sebesar ahli keluarga meninggal. Tapi orang tak tahu relationship dengan someone tak diukur melalui lama mana kita kenal or gelaran. It’s about the moments we have experienced together. Alangkan Leslie yang tak pernah jumpa tu pun aku menangis bagai nak rak, lagikan someone yang kita ada physical touch. Ada yang kita jarang jumpa tapi dekatnya macam dah kenal 10 tahun. Ada orang yang kita baru kenal 2 bulan tapi bila bersembang mesra dah macam keluar dari perut yang sama.

Aireen memang sakit, tapi dia masih bergerak and bercakap macam biasa. Umpama selsema. Selsema tu sakit tapi masih bangun buat kerja. Macam tu lah keadaan Aireen. You just imagine, Isnin 1 hb hari tu dorang KG team bermeeting di ward. En Wan ada ambik gambar group. Dorang semua meeting dalam keadaan duduk kat meja makan. Macam bilik meeting jadinya. Bilik ward Aireen tu ada 2 section. Satu katil and sofa. Another section is meja makan besar with pantry. Dorang satu group buat Monday meeting kat situ sejak Aireen warded. She was ok. Boleh buat kerja. 

Khamis yang nak discharge tu, pagi tu dorang ada meeting lagi. Katanya ok je dia. Ahad lepas masa aku visit dia kata doktor suruh banyakkan ambil protein sebab muscle tak kuat after lalui a few treatments. Dalam pikiran aku dah terpikir nak order grilled salmon from Kay's & Lobster untuk her, bawak next visit. Tengahari tu dia discaj and suddenly boss bagitau dia sakit and terpaksa masuk hospital balik. Aku pun anggap oklah, nanti weekend gi visit Aireen lagi.

I came to see you, Aireen. I did. I had promised, “I’ll see you again,” tapi last weekend I datang sebab you dah takde lagi 😭.

Meninggal mengejut ni trauma dia lain. Kalau meninggal sebab sakit yang dah berlama-lama, at least kita dah bersedia mentally and emotionally. Tapi meninggal sudden ni, dia punya numb lain. Aku menaip ni pun tengah menangis. Rasa lost tu macam entahlah. Like, kita baru jumpa kot! 

What hit me the hardest wasn’t just losing her. It was the reality that I never got the chance to fully process it all. Macam kau tengah makan, tiba-tiba ada emergency hal lain. Yang dalam mulut pun tak sempat telan. 

My grief is the same. I never got the chance to fully digest it. Semalam lepas settle kat kubur, balik makan. Sampai rumah, kepala aku migrain sebab banyak nangis. Makan ubat, and tido. Bangun for Asar, nangis lagi. Mengaji. Pastu Maghrib, nangis lagi. Kita baru je berhoya-hoya kat Melbourne 4 bulan lepas. Takde tanda-tanda sakit and suddenly you gone macam tu je, Aireen. But what choice do I have? Life goes on, kan. 

Dulu masa arwah atok meninggal pun sudden juga. Tapi aku ada masa untuk grieve properly. Sebab masa tu budak-budak lagi. Takde komitmen, takde tanggungjawab. Cara-cara gitu pun, sampai sekarang masih lagi menangis bila bercakap pasal atok. Now dah tua-tua ni, tak sempat nak berlama-lama sedih. Sebab ada banyak benda kena buat next day. Inilah yang orang kata mid-life crisis. Mid-life crisis is real. At this age, banyak yang kita kena tolerate, walau dengan perasaan sendiri. You start realizing that life is not about waiting to feel ready. Terus bergerak ke depan, bawak kesedihan tu dalam diam.

Aku terbayang, kalau hilang kawan pun rasa berat macam ni, apa rasanya hilang pasangan? Suami atau isteri yang kita balik rumah hari-hari dia ada, setiap kali bangun pagi dia ada kat sebelah. Macamana dorang grieve properly dalam masa yang sama asih kena pergi kerja, uruskan anak, bayar bil, dan settle semua benda yang sebelum ni kita and pasangan buat sama-sama? Tu belum cerita perebutan harta pusaka and faraid segala. Macamana nak proses semua emosi ni serentak?

Kita selalu ingat grief datang bila loosing someone. Tapi sebenarnya grief paling berat datang bila kita tak boleh stop. Badan tetap kena buat urusan dunia, tapi otak masih try terima kenyataan someone dah tak ada. Itulah yang aku rasa sekarang. Ini baru aku, macamana agaknya Boss rasa now. Dia hilang isteri, a good friend and also rakan sekerja. Kat rumah ada Aireen, kat ofis pun ada Aireen. Aku pesan kat En Wan, Boss tu terpaksa jadi strong because he runs the company. Dia kena kerja macam biasa and lead you people. Tapi sebenarnya dia tak kuat mana tu. Please work with him.

3 minggu lepas, masa visit kat rumah dia sembang dengan En Wan "Aireen nak buat MDRT this year"

Sambil gelak-gelak dia kata "Sakit pun boleh MDRT! Mati pun MDRT-lah!" 

Kitorang gelak-gelak and bagi support kat dia. 

Khamis lepas, dia announce kat group "Alhamdulillah, I achieved my 7th MDRT! Tunggu company keluarkan my poster, nanti Aireen belanja semua kita celebrate beramai-ramai". And she officially achieved it on the day she left all of us. 

27 tahun with Prudential, 7 kali MDRT. MDRT terakhir semasa sedang battle stage 4 cancer. That's how bersemangatnya Aireen. Beruntungnya aku ada kawan yang hebat. Last year En Wan sorang je MDRT. Tahun ni before this hanya En Wan official MDRT di KG Group. And today, Aireen. If Aireen ada, maybe dorang berdua yang naik stage tahun depan. Allah...menangis lagi aku.   

Aku macam tu lah hari ni. Pergi kerja macam biasa. Buat kerja macam biasa. Sembang macam biasa. Menulis blog pun macam biasa. Tapi kejap-kejap meleleh airmata. Accepting death will take time differently, I know. Buat masa sekarang, I’m just going with the flow. If work needs to be done, I do it. If it’s time to hang out with friends, I go. And when it’s time to cry, I will let myself have a proper good cry.


2025-12-08

Nur Aireen Jannah, you deserve a special post on my feed and on my blog.


Nur Aireen Jannah, you deserve a special post on my feed and on my blog.

Assalamualaikum, Aireen.

Today is the first day I wake up having lost you as a friend. We didn’t know each other for very long. This month would’ve been exactly three years, ever since 2022 when Abang Wan joined Khalifah Group.

I wasn’t someone very close to you, not as close as Boss, the KG team, or colleagues who worked with you daily. But since every month Abang Wan received Toppers Treat, I followed along. And somehow, it was always the two of us who were the only women at the table. Maybe that’s why we became close. Both of us knew that every month we would end up talking about things no one else did with you. Because I wasn’t a colleague, our conversations were always different, always a little special.

Every time we met, you always asked about what I wrote on my blog. Without fail, your first question would be:

“Macamana you dapat idea menulis, Diana? Your writing I boleh baca from satu perenggan ke satu perenggan. Habis perenggan atas, perenggan bawah lagi best, perengan bawah dari tu lagi best. I baca sampai habis. You memang suka membaca ke?”

You asked this every single time.

Today I want to write about us. I’ll put this on my blog together with our pictures too, but this time, you won’t be reading it.

We had such a good time in Paris. Remember the four of us - Abang Wan, me, Boss, and you - menapak all the way from Parc des Princes stadium to find breakfast sebab merchandise store lambat bukak? The distance felt endless just for a cup of coffee 😆. Then menapak all the way back again. And the queue! Ya ampunnn, panjang nak mampus.

After that we shared a cab to Galeries Lafayette. You meracun I masuk LV store untuk dapatkan experience saja. We queued so hard just to take pictures with the bags, didn’t buy anything. LOL! The sales assistant was Japanese, happily chatting in Nihongo with our husbands. Speaking Japanese inside a boutique in Paris 🤣.

Then we wandered around the perfume section laughing at the names. Some sounded like mencarut! We laughed like crazy in there.

Then we had Japanese food outside Lafayette before walking again all the way to Hard Rock Café. I swear we each lost 1kg that day.

That same year, we went for umrah together. On the day of departure I was still on my period. I told you I might not get the chance to enter Raudhah. You told the ustaz, and he took me to buy the necessary medicine. That was you, always thinking of others. Because of that, I managed to enter Raudhah.

That night, we prayed side by side before entering Nabawi. In Raudhah, we also prayed side by side. After that, we walked back to the hotel together. We were hungry, remember? But our husbands were busy cari daging unta, so the two of us ate together at the hotel.

In Makkah we didn’t see each other as much because we followed our husbands. It was your first umrah, after all, so Abang Wan said you should just follow Boss closely.

Then last August we went to Melbourne together. Boss didn’t come, so Abang Wan said we had to walk with you, take care of you. Everywhere we went, always the three of us. Remember when u bought jersey for Boss, we hasut you “Kalau balik nanti Boss tak jemput you kat airport, jangan bagi dia baju tu!” You gelak sampai keluar air mata!

On the first day kat Melbourne, during lunch break, we prayed together while everyone else was still eating because we were worried it would get crowded. Just the two of us in that “surau” without a qiblat sign, struggling to find the direction because the internet was slow.

The next day at the Animal Farm, remember how open the prayer space was, people could see us from all directions? The carpet was damp because of the cold air. Basah je dahi kita masa sujud. And the moment we finished praying, a peacock walked right onto the prayer mat. We both jumped. I menjerit macam nak gila, you gelakkan I sampai tak keluar suara.

At Chadstone Mall, the three of us searched for perfumes from one end to the other. Gigihnya kita googled harga kat Malaysia at every counter. That night you wanted to buy chocolates, but I couldn’t follow because of my period pain. You were so kind, you bought two big packs one for me, one for Abang Wan.

I never expected that after Melbourne together in August, on 7 October we would have our last meal together. It was monthly treat, combined with Abang Wan’s birthday celebration. You had a fever. I thought it was just the influenza season. But it wasn’t. After two weeks of on-and-off fever, the doctor diagnosed cancer.

I terkejut. I texted you immediately. But you were so positive and tenang. On your first day in the ward, you still had your laptop, still talking to the KG team about work. With that positivity, I was sure you would win this battle. Since then, I made sure to always text you, always check on you. I wanted you to recover because we still had so many places to eat together.

The second time I visited, you looked thinner, but still warm and friendly, still chatting as usual. You pesan to recite Al-Fatihah for you. I wanted to break down but I didn’t want to upset you. I cium dua-dua belah pipi you, hugged and said “I’ll come again next week.”

When I received your message at 5:40 am regarding the bad news and your critical condition, I froze. Why did it spread so fast? You were already doing treatment. I asked Abang Wan, why? What went wrong? Why was your liver getting worse? I even snapped at him like it was his fault.

The third time I visited you was last Sunday. You were lying down, too weak to sit up without help. But even then, you still talked about your plans with the KG team. You were happy because the doctor allowed you to go home for a while before being admitted again on Monday (tomorrow). I told you that once you were home, I’d visit you. I’d bring whatever food you wanted.

On Friday, Abang Wan told me you were admitted again because you felt unwell right after reaching home. Boss didn’t allow visitors yet, you were too weak. I thought, okay, I’ll visit next week.

Then yesterday evening, a little after 6, while I was ironing clothes, Abang Wan called. I was shocked when I heard him crying. He was on his way to see a client.

“Di… Aireen dah takde.”

I was so stunned my ears went silent like all sound disappeared except a faint ringing. I broke down 😭.

After Isyak we went to the hospital to see you. When I entered the ward, your body had already been covered in kain batik. So many people came. I sat on the sofa and baca Yassin. Menitik-nitik airmata I jatuh kat phone screen. I didn’t ask for the kain batik to be lifted. I didn’t want to see you in that state.

This morning, very early, we went back to the hospital. We followed the van jenazah from behind. The KG team was there too. I prayed at the mosque. But this time, you were in front of me, not beside me anymore.

When the imam angkat takbir, airmata i keluar nonstop. Aireen, we will never hug each other again after prayer. I didn’t take a single photo at the mosque. I never looked at your face, not once. I didn’t want that to be my memory. I want to keep only kita dalam keadaan happy cantik-cantik.

Thank you for this friendship. Three years isn’t long, but every month, every trip, we shared something different. And that made us close in a special way.

You will always be remembered. Goodbye, Aireen. I’ll see you again.

Click here: Our photos

2025-10-07

Sambungan kisah Miranda-Andy post semalam


Sambungan kisah Miranda-Andy post semalam, aku teringat aku satu kisah. 

Aku resign dari company Devil Wears Prada sebab join ex-bos untuk bukak company biotech. Memandangkan company kitorang baru, susah nak dapat sole-distributorship dari big brand. Walaupun kitorang orang lama dalam market biotech, tapi company-nya baru, belum ada track record nak meyakinkan brand-brand besar. Jadi, aku suggest apa kata sementara nak bina repo, kita carry dulu brand-brand under company Devil Wears Prada.

Pertamanya, sebab aku dah familiar dengan brand dorang. 

Keduanya, aku dah kenal customer yang guna brand dorang. 

Ketiga, Devil Wears Prada setup unit molecular biology sebab aku. Bila aku keluar, yang tinggal hanya budak-budak baru yang belum pernah hit sales target pun. So, dia juga terdesak nak kesinambungan sales dari unit molecular biology. Why not kita kerjasama. Dia jual produk dia pada aku dengan harga agen. Aku pula sebagai agen mempromote brand dorang. Win-win kat situ.

Dah discuss semua, Devil Wears Prada setuju. Tapi ada syarat. Syaratnya, kena hit target. Yang ni biasalah, mana-mana sales pun kena ada target. Lagipun in order nak dapat harga agen, mestilah kena hit target. Aku ON je. Tapiiii, ex-bos aku (bisnes partner) tak setuju.

Dia: You setuju ke dengan sales target tu?

Aku: Saya ok je. Selama ni pun kita buat sales ada target juga, kan?

Dia: So maknanya kita kerja bawah arahan dia lah ni?

Aku: Bukan bawah arahan dia. Kita decide our campaign sendiri. Barang je dari dia. In order nak lock harga yang dia promised kat kita, kita kenalah hit target.

Dia: Tu kerja bawah dia la tu maknanya. Kita buat bisnes nak kerja sendiri.


Masa ni sumpah aku blur. Aku macam pening, dah kenapa kau ni? Aku syak ex-bos aku ni terlalu trauma dengan CEO kitorang dulu, sampaikan dia macam tak percaya sesiapa lagi dan tak nak kerja bawah sesiapa dah. 

Jenuh aku explain. Dia tak nak faham. Bukan tak faham tau, tapi tak nak faham. Tapi aku teruskan carry brand Devil Wears Prada tu sampailah kitorang dapat new brand from Cape Town. Aku buat je hal aku sendiri, janji ada sales.

Masa deal dengan Cape Town, dorang letak target sebulan at least USD20K sale. Maksudnya kitorang kena beli stok dari dorang setiap bulan USD20K. Kalau 3 bulan tak replenish stok, distributorship akan dibagi pada orang lain. Masa ni aku basuh balik ex-bos aku.

"See? Cape Town pun letak target. Lagi naya target dorang USD20K every month. Lagi baik Devil Wears Prada, RM20K je sebulan dia punya target kat kita".

Senyap terus ex-bos aku. 

Look. Mana-mana SALES mesti ada sales target. Kau kerja sendiri ke, kerja dengan orang ke, sales target tu mesti ada. Sama macam agen. Every month kena beli stok dari HQ sekian-sekian amount. Tak beli, terminate. Sama macam agen takaful. Setahun kena hit certain point. Tak hit, terminate.

Aku jual biotech supply pun gitu. Setiap bulan kena bawak masuk stok sekurang-kurangnya USD20K. Nak tak nak kena juga push sale. Kalau tak, dorang jual distributorship tu kat negara lain. Dahlah nak dapatkan sole-diustributor tu payah. Dengan proposal lagi, dengan pitching lagi, dengan business model lagi. Jadi aku kena kerja gila-gila nak maintain distributorship.

Punyalah ex-boss aku tak nak terikat dengan target, dia create satu division Halal Analisis untuk dia run sorang. Dia ambil projek dari farmers penternak ikan and udang seluruh Malaysia untuk buat analisis DNA. Akulah yang kena pulun kaw-kaw sales. Bengang jugaklah aku masa tu. Tapi dah takde pilihan lain. Do or die. Dia buat projek lain, aku buat projek lain. 

Masalahnya dia tak letak sebarang target untuk division dia. Aku cakap letaklah target. Sebulan kena dapatkan projek Halal at least RM50K, contoh. Bukan apa, walaupun kerja sendiri, walaupun you run your own company, DISIPLIN kena ada. Kerja sendiri tu memang time freedom, tapi tak bermakna kerja sambil lewa. 

Freedom dari segi boleh masuk kerja lewat, atau boleh balik awal, atau boleh work from home. Tapi, target masih kena hit. Bila tak letak target, takde pressure. Bila takde pressure, takde daya bersaing. Kerja pun santai-santai. Kalau ada, ada. Takde, takde. Eh mana boleh gitu. Melingkup awal-lah company.

Aku syak antara reason ex-bos aku resign and migrate ikut husband dia ke UK sebab inilah juga. Sebab the stress is high. Dia bawak aku masuk company, last-last dia takleh carry the burden. Pastu dia quit. Aku terkontang-kanting handle all by myself. 

Masa dia resign tu tahun 2009, sorang staff belum ada lagi. Tangan kaki aku macam sotong. Macam tak jejak tanah buat kerja. Customer ingatkan company aku ada 10 staff sebab hari ni nampak aku kat KLCC exhibition, esok aku ada kat biotech workshop pulak, lusa tetiba aku dah kat USM. Bila call ofis sentiasa ada orang pikap padahal takde orang kat ofis pun. Sebab aku directkan line ofis ke henfon aku. Tu yang dorang ingat aku ada 10 staff tu. Dia tak tahu aku melenjan kerja sampai tetido kat Shell. Bapak punya letih kerja.

Masa tu lah aku realized, ex-boss aku wasn’t built for business. She was only really good at being an employee.

Ada orang memang dilahirkan untuk makan gaji. Fitrah dia lebih sesuai dengan struktur kerja yang stabil. Yang ada arahan jelas, ada tanggungjawab spesifik, ada gaji tetap hujung bulan. Itu yang buat dia tenang dan boleh perform dengan baik. 

Macam ex-bos aku dulu, masa makan gaji memang power. Sales dia berdesup-desup. Sambil mengandung 2 kali setahun pun sempat kejar deadline (ya, aku tak tipu dia pernah mengandung 2 kali setahun). Tapi rupanya bila run bisnes sendiri, dia lost.

Sebab bisnes ni takde manual lengkap. Esok lusa boleh jadi untung, boleh jadi rugi. Hari ni ada plan, esok plan tu dah kena ubah. Jadi majikan ni bukan sekadar kena ada idea, tapi kena ada daya tahan, berani take risk, pandai handle emosi, and willing to deal with uncertainty every single day. Ada bulan sales gila-gila masuk, ada bulan nak cover gaji staff pun berpeluh. 

Kalau orang yang jump into bisnes membawa mentaliti makan gaji, memang senang burn out. Sebab expectation dia nak semua benda smooth, teratur macam kerja ofis. Realitinya bisnes penuh chaos.

Tapi tak salah pun kalau someone tu lebih sesuai makan gaji. This world really does need both. Ada orang yang create peluang, ada orang yang execute kerja. Tak semua orang kena jadi entrepreneur. Ada orang rezekinya cemerlang dalam corporate ladder, naik pangkat, dapat benefits bagus, dapat pencen. Itu pun success juga. Cuma truth is, bisnes tu untuk orang yang betul-betul tahan dengan pressure, not for everyone.

Dan menjadi orang bisnes ni (majikan) tak boleh jadi Mr Nice Guy. Apa-apa kena dahulukan company. Kadang-kadang kena buat keputusan yang tak popular, tapi itu yang selamatkan bisnes dan bagi semua orang gaji hujung bulan. Being a boss means you carry the weight of the whole company, so kau memang tak boleh selalu jadi “yes man”.

Exactly macam Miranda Priestly. Tegas, nampak kejam dan macam takde hati perut. Tapi kalau fikir balik, dia bukan buat semua tu sebab dia suka-suka nak buli orang. Dia kena jaga brand, reputation, dan survival magazine tu. Kalau dia lembut hati, magazine tu takkan survive dalam dunia fesyen yang super competitive. 

That's why dalam banyak-banyak ex-boss, aku suka boss Devil Wears Prada. Sebab kalau dia tak garang, kitorang semua tak belajar. Dia sangat beruntung, walau dia mengeluarkan api setiap hari Isnin, dan kadang-kadang file berterbangan ke angkasa raya, staff tak resign. Sebab kitorang tahu dia mengamuk sebab kerja, bukan sebab lain.

Dak-dak sekarang ni...hmm malas tulislah. 


2025-10-06

The real villains in Devil Wears Prada


Wuhuuuu! This post is TRUEEEE!!

Dulu tengok The Devil Wears Prada, majoriti kita cakap Miranda Priestly ni teruk gila. Bos yang toksik.

Memang pun, kan? Bayangkan boss suruh cari manuskrip Harry Potter sebelum sempat publish, pastu suruh tukar flight tengah-tengah malam, siapa je tak kata gila?

Tapi bila aku sendiri ada pengalaman berboskan seorang "Miranda Priestly", and now aku dah jadi majikan, perspektif aku berubah. Malah, sebelum aku resign dari company "Miranda", aku dah mula suka dia. Dia tough, memang. Tapi aku suka. Aku faham cara kerja dia. Aku faham kenapa dia macam ni dan macam tu. Now, bila tengok balik movie ni, perspektif aku berubah 180 degree. Miranda sebenarnya lansung tak jahat.

Dia hanya buat kerja dia, dia buat apa yang dia patut buat bukan untuk securekan seat dia, tapi untuk kekalkan momentum magazine tu di tempat teratas. Sebab dia tahu ketika tu, she is the best. Takde orang boleh carry that magazine sebaik dia. Tengok je lah cara kerja dia. Running a top fashion magazine, with all the pressure, standard, dan expectation. Siapa je yang suka bos macam ni?

Makin lama kau akan realised, yang villain sebenar adalah kawan-kawan Andy sendiri, termasuk boifren dia sekali!

Kawan-kawan yang kononnya supportive, yang selalu lepak minum sama-sama, yang buat lawak sama-sama. Doranglah yang paling banyak bagi judgement, paling cepat nak hentam bila Andy berubah. Konon Andy dah tak macam dulu. Jenis ni insecure because dorang masih di tempat yang sama. 

Sebenarnya kau lagi mudah hilang kawan bila kau berubah jadi lebih better dari semua segi. Just like Andy, dah makin cantik, makin bergaya, makin busy kerja, makin famous, makin ramai crowd yang power-power. Masa nilah kau akan mudah hilang kawan. Bukan sebab kau berubah, tapi dorang yang masih di tempat yang sama and they don't like it.

Ada satu scene yang jadi turning point. Scene kawan-kawan Andy ketawakan dia sebab dah mula pakai baju branded, mula bercakap pasal kerja, mula sibuk dengan task Miranda. Lepas tu siap gelakkan pasal handbag branded yang dia dapat daripada kerja. The question is, sejak bila “berubah” jadi satu kesalahan? Kalau Andy berubah jadi kurang ajar, maybe kita boleh kata dia salah. Tapi yang dia buat hanyalah upgrading diri. She’s just learning a new world, leveling up her style, and working hard in a tough industry. Itu salah ke?

Hakikatnya inilah masalah global. Ramai orang triggered bila kawan sendiri naik. Bukan sebab kawan tu buat salah, but her changes just made them realize they were still stuck in the same place. Senang cerita, rasa insecure. And instead of using that feeling as motivation to grow too, ramai pilih jalan paling mudah iaitu berjemaah menyindir, atau cuba tarik kawan tu turun balik ke level dorang. Sebab bila kawan tu turun, barulah rasa lega, macam status quo dah sama. Padahal kalau kau anggap dia kawan, sepatutnya celebrate growth dia. Insecurity tu bukan salah orang lain yang maju, tapi menunjukkan kau tak bergerak.

Bila Andy tiba-tiba pakai Chanel, Prada, dan segala branded yang sebelum ni dia pun tak pandang, kawan-kawan and boifren tuduh Andy cepat tergoda dengan kemewahan. Tapi cubalah fikir logik. Kalau kau kerja dalam dunia fesyen, hari-hari tengok styling, duduk dengan editor Vogue-level, takkanlah still nak pakai baju bundle yang kau beli masa study? Naturally, environment mempengaruhi kita.

Sama macam kerja kat bank. Lama-lama akan terbiasa pakai formal suit. Kalau kerja dengan dunia kewartawanan, style mungkin lebih rugged atau practical. Kalau kerja dalam dunia kreatif, kau akan lebih berani bereksperimen dengan warna dan gaya. Environment slowly shape cara kita berfikir, behave, and present ourself. Growth selalunya datang dengan perubahan, and changing doesn’t mean you are betraying who you used to be. It’s just evolution.

Masalahnya, bila perubahan tu melibatkan branded dan kemewahan, orang cepat triggered. Why? Sebab majoriti masyarakat ada belief sistem yang macam ni:

“Kalau kau dah kaya, mesti lupa diri”

“Kalau kau mula pakai branded, mesti nak show off”

“Kalau kau dah sibuk dengan kerja, mesti dah tak peduli member”


In reality, those branded things are just tools. Sama macam doktor kena pakai uniform putih, chef kena pakai apron, model kena jaga body. Andy masuk dunia fesyen, mestilah dia kena blend in dengan cara fesyen. Masalah sebenar bukan Andy, tapi kawan-kawan dia yang tak boleh terima dia evolve.

Antara alasan kawan-kawan Andy “kau dah workaholic”, “asyik kerja je, takde masa untuk kita”.

Sebenarnya, inilah realiti. Kejayaan tak datang dengan kerja yang cukup-cukup makan. Kalau Andy tu kerja dengan mindset "work-life balance", hasilnya konfem sebijik macam kawan-kawan dia yang tak jadi apa. Yang kekal biasa-biasa. Orang berjaya kat dunia ni semua kerja tahap gila-gila.

Bezanya, kalau Andy kerja 18 jam sehari kerana dia lawyer, doktor, atau arkitek, orang maybe respect. Tapi bila dia buat benda sama dalam bidang fesyen, kawan-kawan anggap she is workaholic dan kerjaya dia tak healty. Double standard, kan? Hakikatnya, Andy cuma ambil serius kerja dia. 

Masa muda, kita selalu dengar ayat “kerja tu kerja je, jangan sampai lupa life”. Tapi bila dah matured, kita akan sedar yang kerja itu part of life. Kerjalah yang bagi kita duit, stability, dan masa depan. 

Umur masih muda, kita selalu nampak kerja tu macam gangguan pada real life. Seolah-olah kerja dah ambik masa untuk kau enjoy. Tapi bila dah matang esok, dah masuk umur 40, baru sedar kerja tulah yang buat kita mampu ada real life. Tanpa kerja, takde income. Tanpa income, takde rumah, takde freedom, takde ruang untuk plan masa depan. So instead of “kerja tu kerja je”, hakikatnya kerja tu foundation untuk hidup.

Jadi bila kawan-kawan Andy marah sebab dia dah tak macam dulu, the issue here bukan Andy yang salah. Tapi kawan-kawan tu yang masih stuck dalam old bubble. Dorang rasa terancam.

Normal lah orang berubah bila dapat exposure baru, skill baru, circle baru. Tapi kawan-kawan dia tak nak that realiti. Lagi senang salahkan Andy dengan label “kau dah berubah” instead of admit sebenarnya dorang sendiri yang tak move forward.

Pernah dengar tak Tall Poppy Syndrome? Orang akan cuba potong sesiapa yang naik terlalu cepat, sebab tak selesa tengok kejayaan orang lain. 

Syndrome ni wujud kat mana-mana. Bila ada orang grow lebih sikit, be it career, lifestyle, atau mindset, akan ada orang yang rasa “eh, dia ni siapa nak lebih-lebih?”. So, instead of support, dorang lagi suka tarik kau ke bawah, so that semua orang kekal sama level. It makes them feel safer, sebab tak perlu reflect kat diri sendiri yang mungkin kurang effort (atau terlalu selesa dalam comfort zone).

Johnny Huang contoh real-life untuk benda ni. Masa awal-awal dia naik, ramai skeptikal. Sebab kat China, hampir kesemua celebriti di sana graduate dari art school. Paling tak pun, ada cable atau network. But Johnny bukan saja takde background acting formal, dia bukan datang dari family berpengaruh. Tapi dia konsisten deliver dan menang lebih banyak award berbanding yang graduate from art school. Naturally, bila makin dikenali, makin banyak job, makin banyak muncul golongan yang tak selesa.

Benda ni sama macam Tall Poppy Syndrome. Orang tak selesa tengok dia naik dan berjaya tanpa ikut jalan typical. Instead of support, ada di kalangan celebriti sendiri yang kecam, yang buat gosip and spread negativity. Padahal, dia cuma grab peluang, upgrade diri, and work hard. That's why dorang pilih untuk jatuhkan reputasi Johnny melalui gosip yang tak berasas sebab kalau nak jatuhkan melalui acting dorang tahu dorang takkan berjaya.

Inilah dia price yang all of us have to pay kalau nak berjaya. Nak tak nak, bila kita grow, akan ada orang rasa tercabar. But itu bukan salah kita. Itu reflection insecurity dorang sendiri.

Lagi satu, kalau nasib kau tak baik, kau akan jumpa kawan-kawan yang macam ketam dalam bakul. Bila ada sekor cuba panjat keluar, yang lain tarik balik so that semua kekal dalam bakul yang sama. Itulah yang kawan-kawan Andy buat. Dorang tak suka Andy upgrade dalam hidup. Dorang lebih selesa bila Andy sama level, makan kat cafe biasa-biasa, pakai baju biasa, kerja biasa-biasa. Bila Andy mula shine, dorang buat dia rasa bersalah.

Percaya tak cakap aku, orang yang biasa-biasa ni selalunya lebih toksik dari orang yang luar biasa? Contoh, bila ada sorang dalam crowd pakai elok sikit atau beli kereta baru, dorang akan buat lawak tak kelakar “Amboi, sejak naik pangkat dah tak pandang kita orang biasa-biasa ye”. Lawaklah kononnya, tapi hakikatnya nak buat orang tu rasa bersalah.

Dalam crowd tu, kalau semua pakai baju pasar malam, yang sorang pakai Zara pun akan kena bahan. Kalau semua lepak mamak, yang ajak lepak kat tempat proper sikit pun kena kecam. Sebab dorang nak crowd tu homogenous. Semua sama, so tak ada siapa shine lebih. Dan dorang akan puji and bagi support selagi kau tak keluar dari range crowd tu. Once kau shine lebih sikit, terus dapat label “try hard”, “bajet high class”, “wannabe”.

Dan yang peliknya, orang luar biasa, yang betul-betul achievers, selalunya lebih supportive. Sebab dorang faham betapa susahnya nak berjaya dan betapa banyak kau kena sacrifice untuk berjaya. Dorang tahu kejayaan orang lain tak kacau rezeki sendiri. Tapi orang biasa-biasa ni, sebab mindset sempit, dorang nampak kejayaan orang lain macam ancaman.

Inilah reality check untuk kita semua. Ramai “kawan” sebenarnya tak nak tengok kita berjaya lebih dari dorang. Dorang nak kita kekal average supaya dorang rasa selesa. Senang cerita, crowd orang biasa-biasa ni selalunya bukan celebrate growth, tapi celebrate same-ness. Kalau kau naik sikit je, automatically jadi ancaman.

Zaman blogging dulu, bila blog aku ramai readers, ramai share, ramai orang highlite punnnnnn jadi isu. Some bloggers yang merasakan diri dorang lebih senior dalam berblogging out of nowehere menghencap aku. Dah tak boleh nak compete style of writing, dia hencap lifestyle aku pulak. Padahal blogging je kot. Bukan aku paksa orang baca pun. 

Dalam Devil Wears Prada, Miranda memang demanding, memang keras. Tapi dia bukan sabotaj Andy. Dia bagi Andy peluang belajar, peluang grow, peluang masuk dunia fesyen. Dia bagi Andy kerja tak kira masa sebab dia sendiri pun kerja tak kira masa. 

Tak tahulah orang lain. Aku ok je kalau kena kerja macam ni sebab ini peluang untuk grow. To me, kalau boss bagi aku task, aku semangat nak buat dengan baik. That's why masa boss lempar sales report kat muka, esoknya aku tak resign. Aku tak MC pun. Aku tetap datang kerja. Kalau resign pun biar bermaruah. At least dapatkan something. New knowledge ke, new network ke, new experience me atau recognition. Budak-budak now...hmmm malas cakaplah. Kalau aku lempar report, esok aku yang dia reportkan.

Miranda mungkin garang, tapi dia push Andy untuk jadi better. Kawan-kawan Andy pulak macam supportive, tapi secretly tak suka Andy evolve. 

Ramai yang pernah lalui benda ni, kan? Sebab tu perasan tak semakin kita berusia, kita mula tapis kawan. Bukan menyombong, tapi kita dah nampak siapa yang betul-betul happy tengok kita naik, dan siapa yang sebenarnya suka tengok kita kekal average. Kadang-kadang villain bukan orang garang yang push kita, tapi orang yang kononnya sayang kita tapi tak nak tengok kita berubah.


2023-01-27

Dusty Pink Tits @ Kenny Hills Bakers


Selasa baru ni Dusty Pink Tits breakfast together.
Kali ni tak ramai. Cuti panjang katakan, masing-masing ada hal.
5 orang je available, tidak mematikan hasrat kami untuk melepak.
Kitorang kalau melepak, suami-suami seram je.
Sebab dah tahu memang takkan balik awal punya.
Suami masing-masing dah tanya siap-siap "Ni agak-agak balik pukul berapa?"

"Until futher notice, ya"

Bulan lepas, masing-masing ada kisahnya.
Yang anak masuk hospital, yang eksiden, yang hal keluarga -- tapi masih meriah kat whatsapp supporting each other.
Ni bila keadaan dah lega sikit, barulah sedap sikit nak jumpa.
Masih port IOI City Mall, kali ni ke Kenny Hills Bakers.
Baru buka kat IOI City Mall haruslah pegi.
Nak menapak ke Jalan Ampang tu belum tahu lagi boleh dapat seat.

Kitorang plan 10 am, dia bukak tu terus masuk.
Maka, 9.30 am aku dah keluar dari rumah.
Pagi tu hujan lebat. Redahhhhhh.
Sampai kat sana, kawan aku cakap "Queue panjang oi".
Padahal kedainya belum buka tapi berjujuk orang tunggu.
Nasib baik kawan aku kira awal juga queue. Takde la tunggu lama, dalam setengah jam je.

Kenny Hills Bakers IOI besar.
Rasanya paling besar antara semua outlet.
Besar pun tetapppp orang queue panjang.
Aku tak sure bila kalanya dia lengang.
Kitorang lepak dari 10.30 am sampai 12.30 tengahari, masih ada queue.
Tu pasal aku cakap, kedai-kedai makan macam ni, yang luxury selalunya lebih untung dan bertahan dari kedai makan yang biasa-biasa.
People nowadays go for good food and nice place.
Sebab bila makan, orang suka pada makanan yang bukan sahaja sedap tapi presentation menarik, good place and nice ambience.
Lagi pulak kalau tempat tu instagrammable.
Zaman sekarang orang suka pergi tempat yang cantik-cantik untuk bergambar.

Kepada yang belum pernah sampai branch kat IOI City Mall, aku pesan kau park terus kat new wing.
Sebab Kenny Hills Bakers ni tempatnya palingggg hujung.
Hari tu aku park kat basement yang entrancenya Dolly Dimsum. Memang menapak lah weii.
Tapi aku ada reason. Reasonnya sebab nak beli Famous Amous masa balik, jadi takpelah kalau park kat old wing *sekadar sedapkan hati sendiri dah salah masuk tu khennn*.

Aku tak ingat nama sebenar makanan ni semua. Yang aku tahu:
◽ atas kiri: roti dengan scramble egg di tengah with cheese. Yang serdak putih atas roti macam hampas kelapa tu adalah cheese.
◽ atas kanan: tuna croissant
◽ bawah kiri: smoked salmon croissant
◽ bawah kanan: sejenis smoked salmon jugak

Budak-budak ni reti pagi-pagi makan roti-roti gini. Aku takleh.
Kalau roti canai takpe. 
Aku sejenis pagi-pagi nak heavy.
Kalau tak nasi lemak, nasi goreng. Macam nak gi menoreh sarapan aku.
Sesekali bolehlah roti tapi complete dengan scramble eggs 2 biji dan sosej.
Kalau ada frozen dimsum, aku letak sekali 3-4 biji.
Memang sejenis breakfast like a King.
Tu pasal aku boleh skip lunch dan makan lunch pukul 4 petang sebab dah mentekedarah kaw-kaw time breakfast.
Tapi itu bergantung juga pada situasi.
Macam hari tu kat Kenny, lepas makan big breakfast, tak sampai 2 jam dah sambung kat Sepiring pulak.

◽ atas kiri: Big Breakfast seorang Diana
◽ atas kanan: kopi-kopi dan pastries budak-budak ni

Kali ni 5 orang je berkumpul.
Jadilahh, nak tunggu semua free memang payah.
Mana yang sempat kita jalan dulu. Nanti next round buat lagi.
Dah masuk 4 series barulah kerap berjumpa gini.
Masa 20an dulu masing-masing dengan anak kecil, payah nak tinggal-tinggalkan.
Aku jarang join Dusty Pink punya aktiviti dulu.
Tapi disebabkan aku buat open house raya every year, nampaklah macam aku ahli yang aktif, padahalllll.

Itu gambar masa kitorang umur 20an. Guwe free hair lagi masa ni.
Masing-masing dengan anak kecil. Jumpa pun time open house gini lah.
Nak main bowling karang macam kejam pulak tinggalkan anak terkontang-kanting.
Alhamdulillah, sekarang anak-anak semua dah besar. Ada yang dah habis sekolah dah pun.
Now nak tinggalkan anak-anak seharian kat apaknya pun boleh dah.
Tu pasal sekarang kalau keluar mengopi pagi santak ke minum petang karang baru balik.
Happy sangat umur dah 40an our bond masih strong.
Sementara tengah larat ni, berjumpalah.
Esok dah 60an, dengan lutut tak kuat nak drive jauh, dengan mata tak nampak, dengan nak menjaga cucu lagi, takut takde peluang dah nak jumpa.



Ni pun di suatu masa yang dulu. Redza atas riba aku tu, pakai pampers lagi waktu ni.
Ini open house rumah aku yang pertama dulu. 
Memang selalunya rumah aku jadi port gathering, sebab aku kan malas keluar.
Jadi aku ajak orang kumpul rumah aku je sudeyyy.
Masa ni muka kitorang memang muka mak-mak lah. Apa taknya, kemana-mana bawak anak.

Macam selalu, setiap kali berjumpa kena bertukar-tukar hadiah.
Tak mahal pun, yang RM30 or below je. Nak bagi lebih, terpulang.
Selalunya hadiah dah beli siap-siap sebelum jumpa. Kali ni lain.
Kali ni lepas makan kat Kenny, kita cabut undi siapa bagi siapa.
Lebih senang dah tahu awal-awal siapa bagi siapa so that terus tanya "Kau nak apa?" 😆.
Maka selepas Kenny kitorang pun merayap dari hujung ke hujung memenuhi permintaan kawan-kawan.
Sementara tu masuk Swatch dulu, kawan aku nak beli.
Dulu zaman belajar tahun 90an, siapa pakai Swatch kira gempaklah.
Tapi memang mahal pun Swatch ni, sampai sekarang pun harganya kayangan walaupun design dia biasa-biasa je.
 


Kebetulan pulak hari ni aku pakai Swatch.
Ini aku beli tahun 2017, di KLIA. Masa tu nak ke umrah. Lupa pakai jam. Kat tepi tu ada Swatch. Beli paling murah sekali. Gini kosong design je dah RM300.
Tapi helok bateri dia tahan. Dari 2017 sampai 2023 tak pernah tukar pun. Ye ke pakai bateri ni? Ke pakai solar? Hahaha.

Kali ni sama macam yang lepas, aku dapat nama BFF, Ina.
Ina nak eyeliner yang liquid. Masuk Face Shop. Jumpa.
Ini pertama kali aku masuk Face Shop. Barulah aku tahu rupanya ini brand Korea.
Sementara Ina tengah try eyelier, aku pun tenyeh la stick eyeshadow. Sekali lawa oiiii.
Glitter warnanya, tapi bila kat mata idoklah nampak gliter sangat.
Aku beli 1. Satu lagi kawan aku Hele belikan sebab undian kali ni dia kena bagi aku hadiah. 
Maka aku dapat 2.

Memang ginilah perangai masing-masing. Dari zaman belajar sampai ke tua.
Bab-bab perabiskan duit beli baju and mekap, memang saling sokong-menyokong dan support. 
Tolong mekapkan member bagai. Kalau cantik, memang cakap cantik. 
Kalau tak cantik, kat situ jugak dia kondem. 
"Kaler dia tak sesuailah dengan kau. Kaler dia buruk, kan?" 
Kat dalam kedai tu jugakkkkk dia kondem.

Ini warna yang aku beli. Dan ini hasilnya di mata.
Belum terer lagi pakai stick eyeshadow. Comot jadinya.
Konon nak blend kaler gelak and cerah la kan.
Tapi bila bukak kelopak mata tak nampak pun warna yang gelap tu. Hahahah gagalllll.
Harga tak mahal, dalam RM40+. Kalau member, dapat RM20+ je. Silakanlah.


2022-03-29

DPT 2022


Ahad lepas, sekali lagi sidang mesyuarat Dusty Pink Tits.
Kali ni best sebab port dekat dengan rumah.
Plannya nak ke Jibby. Tapi Jibby takleh book on Sunday, kena walk in.
Memang berasap la kan kalau nak walk in.
Aku sampai Jibby terus letak nama.
Itu pun baru 11.30am nama aku dah nombor 8. Waiting time 30-45 minits. Jenuh.
Nasib baik dapat port kat Serai.
Maybe Serai lagi convinient kot untuk kitorang yang memekak ni.
Sedang elok pulak dapat meja belakang.
Memang tepat pemilihan posisi tu untuk suara-suara macam petir.

Kitorang seboleh-bolehnya mahu at least 2 kali berjumpa setahun.
Suami serta anak-anak mohon tinggal dan pandai-pandailah bawak diri, ya.
Mak-mak nak mesyuarat agung ni.
Alhamdulillah, suami masing-masing sangat terbuka bagi permission isteri-isteri ber-get-together.
Helok pulak sepanjang kitorang 'bermesyuarat' tu suami-suami tak cari pun.
Memang bagi ruang sepenuhnya kat kitorang.
Syukur, dapat suami macam ni.
Bini gojes, laki pulak understanding.
Win-win situatian la kan. Gitu.

Seketeri sampai dulu. Dah nama pun seketeri, takkan nak sampai lambat, khen.
Lainlah aku, Presiden. Kau tak nampak tu aku duduk kat kepala meja?
Nasib baik memang tersedia kerusi kat hujung.
Kalau tak, atas meja aku bersila.

Serai memang sedap makanan-makanannya.
Cuma, selalu kalau ke Serai aku order nasi-nasi. Tapi kali ni order salmon grill.
Masing-masing order benda yang berlainan sebab boleh share-share rasa sorang sikit.
Sebenarnya kalau berjumpa, bukannya nak makan sangat.
Tapi nak jugaklah mengunyah dan minum-minum. 
Menceceh kalau tak sambil makan, mesej tak berapa sampai nanti. 

Friendship yang started 27 tahun lepas, since matriculation days.
Our matriculation centre bukan macam dorm tapi rumah sebiji-sebiji ala-ala resort.
Rumah kayu ala resort.
MARA buat pusat matrikulasi lain dari yang lain di Kota Samarahan waktu tu.
Dan kitorang adalah pioneer di sana. 
Walaupun segalanya tak cukup kemudahan, tapi rumah-rumah masih cantik. 
Punyalah 'kosong' pusat matrikulasi tu, sampaikan tiang telefon pun belum pasang.
Nak call mak bapak, kena pakai handphone Pengetua, namanya En Ismail.

Masa surat tawaran USM sampai, En Ismail mencari aku dari rumah ke rumah. 
Punyalah nak bagi aku handphone dia sebab kejap lagi bapak aku nak call.
Bapak aku nak bagitau surat USM sampai, nak tukar universiti ke tak.

Kalaulah aku pada waktu itu adalah sepertimana aku semasa di TKC, mau meloncat aku nak balik.
Tapi agaknya dah tertulis rezeki aku di UNIMAS.
Mula-mula tu nak balik juga, tapi bila bapak aku cakap kena setahun matrik di Labuan baru patah balik ke USM, terus aku macam hmmm...takyahlah, baik aku stay je.
Kalau masa tu belum ada kawan yang click, rasanya aku pejam mata je ke Labuan.
Nak dijadikan cerita masa tu dah click dah dengan Rozie and Ina walaupun baru seminggu.
Tu yang aku rasa takpelah, stay.

Cheq, Enon and Hele pula satu rumah. Aisyah satu rumah lain.
Aisyah ni sebenarnya budak baik tau. Soft spoken.
Dulu, kitorang berenam ni yang rapat. Aisyah geng budak baik.
Tapi tu la, kebetulan Aisyah duduk Putra Heights.
Kepala setan duduk tempat yang sama pulak, khennn.
Terpengaruh dek Aisyah dengan aku. Terus join masuk Dusty Pink Tits. Hahahaha.

Ada 4 orang lagi DPT yang tak dapat join hari tu. Kalau tak, penuh meja hari tu.

Dulu sebelum Covid, at least setahun sekali berjumpa di open house rumah aku.
Tapi menjak kita tak beraya 2 tahun, open house tak dapat buat.

Ini aktiviti bertukar-tukar hadiah.
Sesekali jumpa katakan. 
Aku bagi kau, kau bagi dia, dia bagi aku.
Cabut undi siapa bagi siapa.
Buat seronok-seronok.

Hari tu kebetulan aku dapat bagi Hele, Hele bagi aku.
Tahun lepas pun undian aku bagi dia, dia bagi aku.
Kimia kuat agaknya kitorang ni.

Yang ni dorang punya turn. Siapa bagi siapa aku tak taulah.
Yang pasti, semua balik bawak hadiah masing-masing.

Ecah jugak yang bagus. Datang bawak sampel kuih raya!
Ecah ni lah Aisyah yang selalu aku order makanan tu.
Kadang-kadang aku kat rumah takde idea nak masak apa, aku whatsapp je dia "Kau masak apa hari ni? Hantar rumah aku sikit". Lagi 2 hari baru bayar 😆. Makanan dah masuk jamban dah pun.

Kebetulan esoknya birthday Enon.
Terusssss celebrate sekali kat situ. Girls will always be girls.
Dah 45 tahun pun tetap seronok kalau ada orang buat birthday party.
Ni lagi sebulan nak sampai ke birthday aku esok kena ingatkan budak-budak DPT ni.
Sempat kot dorang nak book Ritz Carlton. Eh.

Ni namanya makcik-macik berpeleseran dalam mall 😆.
Dulu kalau outing macam ni la jugak rupanya berpeleseran keluar masuk kedai tengok-tengok barang.
Tengok je, belinya tak. 

Dah penat round mall, stop kat port seterusnya, Starbucks.
Kat sini minum-minum pulak.
Sedang helok juga port hujung takde orang.
Maka berlonggoklah pulak kat situ 2 jam.



Demi nak memasukkan semua muka ni dalam frame....

...sikit punya menyenget badan aku. 
Sebelah tangan pegang palang takut jatuh terkangkang ke belakang.

Nasib baik ada maskot durian tengah buat promo kat depan kedai ni.
Terus kena panggil tolong ambikkan gambar. Cun pulak tu dia ambik.

Aku cakap dengan Redza, create memories with frens.
Zaman aku dulu kamera tak bersepah macam sekarang.
Banyak kenangan tak dapat disimpan dalam bentuk gambar.
Zaman Uni pun henfon mana ada kamera lagi masa ni.
Aku henfon lagi takde. Henfon pertama aku umur 27 tahun, dah kerja dah pun.
Rajin-rajinlah ambik gambar, create memories with frens.
Masa tak banyak dah. Yang tinggal esok gambar-gambar ni je la untuk dikenang.




2021-09-24

Kawan biar ikhlas.


Orang kata, petua berkawan di alam internet ni, jangan cerita semua. Cerita 20% je.
Kerana kita tak tau dengan siapa kita bercerita.
Terutamanya di blog. Jangan terlampau transparent katanya.

Kat blog nampak macam aku cerita banyak benda kan?
Yang sebenarnya tak.
Aku berblogging dah 15 tahun.
Sepanjang tempoh ni konsisten menulis.
Walau tak everyday, tapi selang sehari, atau selang 2 hari insyallah aku menulis.
Dek kerana terlampau banyak menulis kelihatan macam aku dah bercerita banyak benda.
Macam takde apa yang aku simpan untuk diri sendiri, kan?

Aku boleh bercerita (menulis) panjang lebar.
Tapi kalau ajak berjumpa, malas.
Antara sebab utama, aku tak kenal ramai orang di kalangan bloggers and readers.
Kalau nak jumpa semata-mata nak sembang, minta maaf, aku tak berapa enjoy doing that.
Tapi kalau terserempak kat mana-mana, stop kejap 5 minit bersembang, yang ni ok.
Mungkin salah satu sebabnya adalah aku tak banyak tahu hal orang.
Bila banyak yang aku tak tahu, aku no idea nak bersembang.
Melainkan aku kena bercakap tentang sesuatu yang aku suka like kerjaya, business, movie Tamil, hehehe.
Alangkan kalau dengan DPT (Dusty Pink Tits) pun aku selalu ketinggalan cerita.
Ada je yang aku tak tahu.
Kejap-kejap “Apesal?”, “Yang mana satu?”, “Siapa eh?”, “Apesal aku tak tahu?”

Dah satu hal orang nak kena ulang cerita.
Pernah sekali dua tengok orang kecoh-kecoh komen kat FB, semua orang macam tau apa situasi tu.
Aku makan asap.
Bila tanya "Apesal?”.
Kesian Hamba Allah tu disebabkan aku yang bertanya dia kena explain balik panjang lebar.
Padahal cerita tu orang lain dah follow 2 minggu.

Ada tak sesiapa kat sini yang ramai kawan, tapi sekadar kenal?
Bila orang tanya "Kau kenal tak dia?"

"Kenal".

"Dia keje apa eh?"

"Entah"

Ok, aku jenis ni.

Aku pernah keluar dengan internet friend yang sama 2-3 kali, tapi dah 3 kali tapi masih tak tau dia kerja apa.
Tak tahu nama anak-anak dia.
Dia asal mana pun aku tak tau.
Kadang-kadang dah masuk kali ketiga jumpa barulah tahu “Ohh, akauntan rupanya”.
Tu pun sebab dia tercerita tentang kerja.
Kalau tak, mampus sampai ke sudah aku blur.

Aku punya style jumpa orang sama macam pi shopping.
Kalau nak shopping aku masuk kedai, dan balik.
Habis kuat pun stop untuk makan dan lepas tu keluar.
Paling tak suka pusing-pusing tak tentu arah dalam mall.
Jarang aku berpeleseran dalam mall.
Selalunya masuk mall terus ke tempat yang dituju, kemudian cari tempat makan. Lepas tu balik.
Selalunya on the way nak balik tu la baru mata tu jeling-jeling kedai kiri kanan.
Nama aku nak tawaf satu mall memang tak lah.
En Wan faham sangat dah ni.

Begitulah kalau jumpa orang.
Jumpa for a reason - discuss project, atau kerja.
Tapi kalau nama keluar melepak untuk bersembang, kebarangkalian tu hampir takde.
Melainkan dengan DPT.
Itupun setahun sekali je hang out dengan dorang ni.

Tapi sepanjang 15 tahun berblogging ni aku ada a few friends yang bermula dengan kenal di internet, dan jadi kawan yang kerap berwhatsap and we talk about so many things.
Mostly lelaki.
Ada juga 2-3 orang perempuan.
Yang lelaki-lelaki ni selalu we talk heavy like politics, isu semasa, kerja, business.
Kalau dengan perempuan tu kalau tak gosip, kita merempan bersama-sama di whatsapp 😆.

Selalunya, kalau kawan tu di kalangan minat yang sama akan merapatkan lagi persabahabatan.
Cuba tengak orang yang suka berfashion, mesti kawan-kawannya dikalangan yang ada interest yang sama.
Yang suka shopping mesti kawan-kawannya di kalangan punya minat yang sama.
Yang minat parenting, mesti topik perbincangan banyak tentang hal anak-anak.
Yang suka travel, kawan-kawannya di kalangan yang enjoy travelling dan selunya they holiday together.

Aku pernah berkawan dengan seorang cyber fren, lelaki.
Tak pernah berjumpa, tapi setahun jugaklah bersembang.
That was like 11-12 tahun yang lepas. Kenal kat MySpace.
Selalu sembang pasal kerja and bisnes.
Dia supply engineering product, jadi keserasian dalam berkawan tu ada sebab aku pun dari nature of work yang sama.
Kitorang banyak discuss cara nak siapkan tender and win deal. Seronok.
Tapi, persahabatan jadi renggang bila one day dia bagitau nak kawen lagi satu dengan staff dia sendiri.
Dia minta pendapat aku.
Aku tak menafikan hak dia untuk kawen lagi, tapi aku tak menyokong.
Kau nak kawen, kau kawenlah, jangan minta sokongan aku sebab mana-mana pompuan pun takkan sokong laki nak kawen lagi satu.
Aku tak halang kau nak kawen lagi satu pun dah cukup baik.
Tapi kalau expect nak aku sokong, memang taklah.

Berpunca dari situ aku jauhkan diri sebab aku nak elakkan tersound dia pasal kes nak menikah lagi ni.
Biasalah pompuan kan emosi bab-bab poligami.
Dulu umur tengah muda, darah cepat panas.
Now, bila pikir-pikir balik, rugi pula aku yang tinggalkan persahabatan tu. Sebab dia memang baik.
Kalau tak, mesti now aku selalu discuss dengan dia pasal kerja.
Dulu aku too emotional bila dengar ada lelaki nak kawen dua tiga.
Ntah mana la dia now.

Cyber friend atau tidak, namanya tetap friend.
Kalau orang kata cyber friend tak boleh dipercayai, mungkin pengalaman yang membawa seseorang kepada persepsi yang berlainan.
The truth is, everyone is going to hurt you.
Yang penting, bak kata Ustaz Kazim, carilah kawan yang tidak membuka aib kita walaupun kita dah tak berkawan lagi dengan dia.

Tang menjaga aib kawan yang kita dah tak berkawan lagi ni yang payah nak buat.
Dah tak jaga aib tu satu hal, pegi buat kawan baru dengan hasil menjaja aib kawan lama pulak tu.
Dunia sekarang ni dunia kejar LIKES, kejar approval and attention.
Dunia mencari followers.
Tak hairanlah sana sini orang aib-mengaibkan.
Benda ntah ya ntah tak.
Selalunya yang suka cerita-cerita gini adalah orang yang sama-sama bencikan orang yang diaibkan tu.
Seronok bukan main dapat cerita aib. Terasa lega benau.

Tahun 2008-2009 aku pernah berkawan dengan seorang artis.
Dulu suam-suam je. Now dah famous.
Masih simpan lagi history conversation.
Bukan simpan untuk tujuan apa-apa.
Dah benda tu ada dalam simpanan biarlah dia duduk situ.

Biasalah zaman muda, bersembang pun cara orang muda.
Hu ha hu ha. Merepek meraban, bergosip pasal artis and politik.
Seronok dengar cerita dia yang dalam industri hiburan.
Bijak dia ni bila berfikir, tapi gila-gila.
Sesuailah dengan usia yang muda waktu tu. 

Guys pula memang synonim dengan naughty talk.
Setakat mengayat-ayat ni biasalah.
Tapi aku tahu dia tak maksudkan apa-apa.
Setakat “Hi, baby. How’s work today?” benda biasa.
Aku pun tak kuasa nak perasan kalau orang panggil aku Baby ke, Darling ke, gasak kau situ.
Di kalangan customer yang lecturer-lecturer lelaki muda-muda dulu pun rajin nau panggil Sayang.
“Sayang, I nak mintak quotation tabung uji”. Hahaha.

Aku tak tau pandangan orang lain tentang ni.
Sejak skolah aku ramai kawan lelaki.
Word “Sayang” ni tepi bibir budak-budak laki. Takde makna dah.
Jenis yang panggil gitu sebab nak panggil suka-suka. Tak berbekas di hati.
Sampai sekarang ada je kawan skolah yang lelaki kalau whatsapp “Selamat Hari Raya Darling”.
Aku “hmmm” kan aje.
Kalau kenal rapat aku memang tak kisah.
Yang aku kisah kalau dah tak rapat, tapi nak panggil kita Sayang, Darling, Baby. 
Allah, geli nau rasanya.

Berbalik pada artis lelaki tadi.
We chat dengan agak kerap.
Kadang kalau aku nak merempan dengan customer pun aku cari dia. 
Now dah famous.
Aku pun dah lama tak sembang dengan dia.
Hanya tengok dia kalau sesekali keluar kat TV.
Aku agak kalaulah ada orang lain di tempat aku dan orang tu nak tempias glamour artis tu sekarang, dah lama conversation tu tersebar.
Sekarang kan trend gitu.
Asal someone dah famous je, mesti cerita-cerita lama tersebar.
Padahal itu cerita lama.

Hari tu aku terjumpa conversation lama, nak tergelak pun ada.
Pelik macamana kitorang boleh click dulu.
Maybe sebab dia belum busy seperti sekarang, ada masa nak melayan.
Dan boleh jadi dia tak sangka dia akan jadi famous.
Kalau dia sangka dia jadi terkenal aku rasa dia pun takut nak sebarang-sebarang panggil aku darling sayang and sembang noty-noty.

Dia tak perlu risau.
Aku simpan je conversation tu semua.
Biarlah, itu zaman muda dia.
Semua orang pernah nakal.
He’s ok nampaknya now. Dah tua dah pun 😁.
Aku pun taknak tegur-tegur dia di IG atau FB “Hi, ingat I lagi tak?”.
To me, tak perlu create sesuatu yang tak perlu.

Berkawan ni kena ikhlas.
Kalau one day dah tak serapat dulu, dah lah.
Tak perlu nak sebarkan aib dia semata-mata nak cari attention dari kawan-kawan baru.
Kebaikan dia kau sembunyikan, yang buruk dia kau canang.
Kalau rasa berat nak cerita hal baik tentang dia, diam terus lagi bagus.