2019-07-31

Soal jawab


Hari ni aku nak explain and menjawab some selected conversation yang aku dapat dari DM.
Ada yang sempat reply, ada yang reply sikit-sikit, ada yang agaknya tak reply-reply lagi.
Sebenarnya kalau ada pertanyaan tentang GreenAard lebih baik DM/PM ke IG/FB GreenAard.
Atau whatsapp admin atau ke LIVE CHAT di website GreenAard.
Tapi aku faham, kalau dapat bercakap direct dengan aku sendiri lebih bagus.
Aku pun macam tu juga, kalau ada apa-apa nak tanya, dapat tanya terus dengan decision maker lagi bagus.
Cuma tu lah, DM and PM aku ni, sentiasa ada mesej masuk.
Sometimes aku baca sekali lalu, kendian plan nak reply.
Last-last bila dah banyak sangat aku dah lost macamana nak cari balik mesej tadi.



Ini feedback dari pengguna Cleansing Gel.
Dia nak cuba bekukan gel ni untuk dijadikan sabun.

Sebenarnya, Cleansing Gel ni asal-asal namanya Cleansing Bar.
GreenAard released dalam bentuk bar awal-awal dulu.
Tapi disebabkan bentuk sabun senang nak lembik bila terdedah dengan kelembapan/air, jadi kita tukar ke bentuk gel.

Actually dulu pun pernah ada pengguna Makeup Remover tanya if boleh bekukan MR tu sebab nak bagi boleh pakai lama.

So, now aku pulak nak tanya - what's the point of bekukan produk kecantikan korang?

Mana-mana produk skin care, mesti disimpan di tempat yang ventilation ok, tak too humid, tak terlalu dry, tak terdedah dengan heat.
Heat pulak tak semestinya bawah terik matahari.
Dalam kereta yang berbahang pun, produk skin care boleh berubah warna.

Aku pernah tercicir serum Clinique baru pakai 3-4 kali, dalam kereta.
Ntah macamana boleh terkeluar dari beg makeup.
Time tu aku pun tak teringat nak pakai serum, alih-alih sedar dah 2 hari duduk bawah seat.
Tengok-tengok warna dah bertukar kuning.
Nak pakai pun takut.

Ada juga product yang macam tak 'basi-basi', contohnya, Vaselin.
Aku pernah terlupa nak ambik Vaselin dalam kereta [sebenarnya bukan lupa tapi bertangguh], tapi dia masih ok.
Masih boleh pakai.

Tak semua produk bagi tindak balas yang sama walau terdedah pada heat.
Tapi most of the time bila produk nampak berubah warna atau berbau, it is because the ingredients dah melalui perubahan tindakbalas chemical, yang kemudian bertukar into new substances.
Selalunya kalau jadi macam ni, kita akan question "La..letak kat dalam laci pun boleh bertukar warna ke?"

Kita je yang nampak macam produk tu tak bersentuh, hakikatnya ingredients dalam tu tengah 'busy'.
Perubahan temparature akan menyebabkan everything vibrate with energy.
Diri kita sendiri pun kalau kesejukan, badan akan start to shiver sebab nak produce heat.
So same goes to skin care product.
Produk yang terdedah dengan panas/bahang boleh menjadikan chemical bond dalam produk tu pecah.
Bila chemical bond pecah, atom-atom dalam tu akan bebas dan mungkin membentuk satu substance lain.

[hah kauuu tetiba subjek kimia...]

Jadi, untuk isu Cleansing Gel ni, aku suggest tak perlulah freezekan sebab dalam tu ada air.
Bila air nak membeku, dia akan mengembang.
Dalam Cleansing Gel ada extract tumbuhan dan dalam extract tumbuhan ada sel.
Bila kita bekukan produk, air akan mengembang, sel ni akan pecah.
Bila pecah wallahualam apa jadi, very likely dia akan membentuk satu tekstur yang benyek.

Lagipun dalam Cleansing Gel ada minyak.
Kita gunakan 3 jenis minyak = minyak zaitun, minyak kelapa and tree tea oil.
Kalau kita bekukan Cleansing Gel ni, air akan expand and squeeze minyak ke tepi menyebabkan emulsion ter-separate.
Kalau lepas beku kita nak defrost, kita takkan dapat tekstur yang sama.

[emulsion = bahan yang menggabungkan 2 cecair yang tak boleh bercampur]

Walaumacamanapun, freezing tak sama dengan heating.
Kalau heating memang akan rosakkan bahan aktif dalam produk tapi kalau freezing tak.
Maksudnya, kalau lepas defrost, emulsion memang berubah tapi produk masih boleh digunakan cuma tekstur dah tak cantik.
Bila tekstur dah tak cantik nak apply pun susah.



Aku rasa selepas beranak, perkara yang orang pompuan takut adalah menopause.
Menopause ni paling standard bermula pada umur 48 tahun.
Ada yang dapat lebih awal atau lebih lambat.

Aku pernah tanya Kak Ngah apa yang dia rasa masa nak menopause.
Dia cakap pariod haywire sangat-sangatnya.
Sometimes sebulan 2 kali, pernah 3 bulan tak datang-datang.
Dia ingatkan dah mengandung ke hape.
Mau tak cuak kalau umur dah nak 50 tetiba mengandung lagi.

Mak Aji buat hysterectomy sebelum umur pencen lagi, sebab heavy bleeding and ada fibroid.
Kiranya dia lalui 'menopause paksa'.
Cara untuk stopkan bleeding atau buang fibroid adalah dengan hysterectomy.
Bunyinya macam senang je kan?

"Buang rahim nanti everything will be ok"

However, that's not necessarily the case.
Kesan dari hysterectomy ni sometimes boleh affect mental health.

Tapi jangan salah faham.
Kalau buang rahim adalah lebih baik untuk jangka masa panjang, lebih baik buang.
Kesan dari buang rahim tu insyallah ada penyelesaiannya, setidak-tidaknya ada cara untuk kurangkan simptom.

Lepas hysterectomy, Dr bagi Mak Aji ubat hormon.
Ini memang penting untuk ambil sebab lepas je operation tu, badan immediate decline in progesterone, estrogen, and testosterone production.
Kesannya, badan jadi miserable, moody and sexual drive pun hilang [slowly hilang].
Tu belum lagi dengan panas badan, cepat berpeluh, berat badan tak terkawal, vagina kering, cepat letih, kerap migrain - BANYAK!

So, fungsi Herba Rahsia Rimba [HRR] ni lebih kepada kesihatan dalaman wanita.
Sebenarnya tak banyak yang HRR boleh bantu untuk menopause.
Cuma boleh kurangkan sikit simptom.

Tujuan aku buat HRR ni sebenarnya nak alihkan pengguna GC Plus.
Some pengguna GC Plus tak gemuk mana pun tapi konsisten order GC Plus.
Bila minta bagi testimoni, kebanyakkannya cakap badan tak gemuk mana tapi suka ambil GC Plus sebab period jadi lancar.

Memang dalam GC Plus ada benefit tu tapi tujuan utamanya untuk weight loss.
Aku tak nak orang gunakan GC Plus untuk benefit sampingan.
Rugi spend duit untuk dapatkan benefit sampingan, buat apa.
That's why kita come out with HRR, memang khas untuk women's internal health - fokusnya lebih kepada memperbaiki irregular periods and vaginal discharge.
Memandangkan irregular periods puncanya kerana hormon tak seimbang, insyallah it will benefit wanita-wanita yang sedang menopause juga.

HRR memang bukan hormon replacement untuk wanita menopause, tapi herba di dalamnya boleh bantu thyroid function, perbaiki tidur and bone health.
Tak banyak, tapi ada. Boleh cuba dulu kalau mahu.



Kalau yang nak cuba GC Plus tu ada masalah hormon - thyroid, PCOS atau ambil birth control - aku akan straight bagitau tak perlulah ambil GC Plus.
Walaupun ada yang cuba and kata it helps a bit, tapi aku tau korang kerja keras.
Jadi aku tak berani nak bagitau "Oh, kita ada testimoni PCOS patient yang turun berat badan lepas ambil GC Plus"

Because kalau hormon dalam badan tak function properly, contohnya macam hypothyroidism, your metabolism slows down.
Kau tak buat apa-apa ke, kau buat apa-apa ke, metabolisme kau memang slow.
Umpama orang lain guna GC Plus 10 hari pinggang mengecil 2 inci, kau kena guna 2 bulan baru nampak perubahan 2 inci.

Untuk yang ada masalah hormon memang kena kerja keras.
Tak boleh depend on diet alone.
Mesti gabung semua - diet, work out, elakkan stress, tido kena cukup.
Everything yang boleh membantu kurangkan berat badan kau kena buat serentak.

Ok izinkan aku bukak subjek bio kejap sebab aku memang suka bab hormon.

Dia macam ni tau.

Hormon thyroid ni satu-satunya kelenjar yang absorb iodin dalam makanan untuk membentuk hormon T3 and T4.

Hormon T3 and T4 ni tugasnya pecahkan kalori menjadi tenaga [boost metabolisme].

Jadi, kalau thyroid tak berfungsi dengan baik, hormon T3 and T4 ni takkan terbentuk.

Kalau T3 and T4 tak cukup, kau buatlah apa pun, metabolisme kau tetap gitu jugak.

That's why kalau yang ada masalah thyroid aku reluctant sikit nak bagi try GC Plus sebab progress mereka lebih slow dari orang lain.
Some people tak faham.
Dia ingat kalau dia beli GC Plus, orang lain boleh turun berat, apesal dia tak boleh turun berat?
Jadi kena faham our body's condition terlebih dulu.

Losing weight can be tricky for someone yang suffer from hypothyroidism.
Sebab bila metabolisme slow, lemak akan mengumpul dan bertampuk-tampuk jadi banyak.
Bila badan dah berat, segala pergerakan jadi slow and malas [sebab cepat penat].
Bila asyik penat, mudah untuk tido [banyak tido].
Jadi segalanya serba tak membantu.

That's why aku berat hati nak cadangkan GC Plus untuk those yang ada masalah hormon.
Untuk kelompok ini, the most effective way of losing weight adalah gabungan diet and exercise.
Tak boleh berharap pada GC Plus semata-mata.
Kalau nak ambil jugak, boleh tapi mesti top up dengan kawal pemakanan and active lifestyle.

Kalau korang ada apa-apa pertanyaan tentang produk, boleh ke :

Whatsapp 1 : 0127728976
Whatsapp 2 : 0137557424
Email : health[at]xzizbiotech[dot]com
Live Chat : www.greenaard.com
PM FB : GreenAard
DM IG : @greenaard.official






By the way, hari ni 31 July, last day untuk kumpul kupon.
Dari 1 Julai hari tu GreenAard provide kupon based on purchase bulan ni.
Setiap RM50 akan dapat 1 kupon.
Kupon-kupon ni kita ada draw hujung minggu ni  [atau paling lewat Isnin depan].
Insyallah aku buat FB live di FB/IG GreenAard.
6 orang akan aku bawak melepak kat Hi-Tea buffet.
So, today hari last untuk kutip kupon, silakan beli GreenAard sementara masa masih ada.


2019-07-29

Jangan sombong lama sangat


Sebagaimana yang kita semua tahu [tapi selalu lupa] bahawa ujian Allah tu boleh datang dalam bentuk kebaikan dan keburukan.
Maknanya kita tak ada peluang nak lari dari diuji.
Kaya pun ujian.
Miskin pun ujian.
Buruk pun ujian.
Baik pun masih lagi sebuah ujian.

Ujian hidup adalah sesuatu yang mesti ditempuhi.
Tak ada sorang pun yang terlepas dari ujian hidup.
Umpama kita pi skolah, mesti jumpa exam.
Yang tak bersekolah je tak jumpa exam.

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan" [Al-Anbiyaa, 35].

Ramai yang tak lulus dengan ujian kesenangan.

Atas dunia ni pun dah banyak contoh kita boleh nampak.
Di akhirat esok pun sama.

Buktinya, Rasulullah sendiri pernah kata dalam salah satu hadisnya [maybe hadis Muslim, silakan cari] bahawa MAJORITI ahli syurga adalah orang miskin.
Maksudnya ramai orang kaya tak lulus masuk syurga.

Kerana apa?

Kerana kesenangannya.

Tapi tak payahlah berebut-rebut nak jadi orang miskin pulak.
Kalau boleh jadi kaya, itu lebih baik kerana Allah lebih sukakan ibadah dari orang kaya.
Kaya tapi tak lupa Allah, itu jauh lebih baik dari miskin dan tak lupa pada Allah.

Yang menjadi punca syurga itu tak ramai orang kaya bukan semata-mata kerana banyak hartanya tapi kerana sikapnya ketika berharta.

Cuba bayangkan situasi simple ni.

Dulu masa kita tak ada apa - duit pun takde, nama pun tak ada, kerja pun tak ada - kalau terlambat appointment, beria-ia kita minta maaf.
Rasa bersalah sampai ke tulang hitam.

Dan selalunya bila kita dah ada segalanya, payah dah nak mintak maaf beria macam tu.
Setakat "Sorry lambat, jalan jem tadi".
Bukan minta maaf tu.
Itu sekadar satu pernyataan je.

Begitu jugalah kita dengan Allah kalau tengah susah.
Sujud bukan main lama.
Berdoa keluar air mata air hidung segala.
Kalau boleh nak sujud merayu dari malam sampai pagi.
Istighfar tak lekang dari bibir.

Bila dah senang sikit, berdoa pun lebih kurang je.
Mintak ampun pun sekadar penuhi syarat berdoa.

Berat.

Ujian kesenangan sememangnya berat.
Lebih melalaikan.

Kalau hubungan dengan Allah pun boleh berubah, jangan peliklah kalau hubungan dengan manusia pun berubah.

Bukan sikit-sikit contoh kita nampak sekarang.
Yang dulunya bukan main merendah diri, penyabar, bercakap pun bertapis-tapis.
Bila dah kaya, cakap pun dah nada-nada angkuh memanjang.
Rasa diri dah berhak buat apa saja, orang lain semua nampak kecil di mata.
Banyak dah contoh di sekeliling kita.
Atau maybe kita juga dah berubah jadi macam tu.

[kita tu aku lah..]

To some people, mereka rasa apa yang mereka miliki sekarang adalah titik peluh sendiri that's why ada rasa bangga dengan pencapaian.
Asbab pencapaian itu kemudian mereka sangka layak untuk upgrade diri jadi lebih berkuasa.

Allahu...

Kuat mana pun kita usaha, rezeki yang kita dapat adalah ihsan Dia.
Kuat mana pun kita kerja, kalau tak ada ihsanNya, kita tak dapat apa yang kita kejarkan.
Apa yang kita dapat tu memang Dia plan dari awal dulu nak bagi.
Kita dapat semua tu bukan sebab kita kerja kuat, bukan sebab kita beribadah banyak, bukan sebab kita orang baik.
Bukan!

Kita dapat sebab memang Dia dah susun rezeki kita banyak tu.
Dia Maha Pemberi, Maha Pemurah.
Dia memang nak bagi sesaja je kat kita.
Cuma Dia nak tengok macamana respond kita bila dapat semua tu.

Apalah maknanya senang kalau hati tak tenang?
Apalah maknanya senang kalau ramai musuh?

Kat mana senangnya?

Ramai yang tak boleh bezakan gembira, bahagia dan tenang.

Ada ramai orang tak pernah menikmati kebahagiaan walaupun hari-hari gembira gelak terbahak-bahak.

Berapa ramai yang hidup sederhana tapi bahagia.
Allah kirimkan orang baik-baik disekelilingnya.
Asbab dikelilingi orang yang baik-baik, hatinya pun jadi tenang.
Hati tenang adalah petanda hidup barokah.

Dan bukan sikit-sikit pula orang yang Allah bagi kemewahan tapi Allah tarik ketenangan hatinya.
Hatinya sentiasa risau bila kekayaannya tak bertambah.
Takut kemewahan menyusut.
Sentiasa cari jalan untuk terus dikagumi manusia.
Risau pula kalau ada yang lebih hebat darinya.
Marah kalau ada yang cuba-cuba mencaras kedudukannya.
Hidup sentiasa dalam kegelisahan.
Ini namanya musibah.

Islam tak pernah bermusuh dengan harta dunia, malah menggalakkan orang Islam jadi kaya.
Tapi harta TAK PERNAH jadi alat yang boleh memberikan ketenangan jiwa.
Malah terlalu ramai manusia yang diazab kerana harta dan kesenangan.

Kesenangan kalau dikendalikan dengan betul, boleh menjadi penenang jiwa.
Tapi kalau salah guna, akan jadi penyebab hilangnya kelembutan hati.

Hidup kita ni tak lama mana, ada expiry.
Belajar-belajarlah merendahkan hati.
Jangan sombong lama sangat.
Takut nanti terbawa-bawa hingga ke liang lahad.


2019-07-26

Buruk lagi aku



Salah satu dosa besar adalah riak.
Ini membuatkan sebahagian besar orang lebih suka merahsiakan ibadah, takut riak.
Tapi agak mustahil untuk kita rahsiakan semua ibadah sebab banyak ibadah yang tak boleh kita rahsiakan macam haji, solat jemaah [Jumaat], menuntut ilmu, join taklim, berjihad di jalan Allah, etc.

Banyak.

Sebenarnya tak ada yang salah dengan mempamerkan ibadah.
Yang salah adalah riak-nya, bukan ibadah yang dipamerkan.

Kalau kita mampu kuasai batin, boleh kuasai perasaan riak, tak ada masalah bagi untuk menampakkan ibadah.
Bila ibadah itu dipamerkan, bagi aku, itu adalah sebahagian dari melakukan syiar.
Kalau semua orang merahsiakan amalannya, tak akan ada syiar dan tak ada contoh bagaimana sebuah ibadah diamalkan dengan baik dan betul.
Dalam masyarakat harus ada orang-orang yang boleh dicontohi supaya jadi teladan dalam kebaikan.
Melainkan kita sendiri tahu akan wujud rasa riak dalam hati bila menampakkan ibadah.
Untuk kelompok ni, merahsiakan adalah lebih baik.

"Jika kamu menunjukkan sedekah (kamu), maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya itu lebih baik bagimu" [Al-Baqarah, 271).

Sedekah adalah amalan sunat.
Dalam ayat kat atas tak kata pun sedekah tu wajib dirahsiakan.
Yang dia kata, pamer pun baik, tak pamer lebih baik.
Sama-sama baik.
Maksudnya, tak ada yang salah dengan mempamerkan sedekah atau amalan sunah yang lain.
Yang penting jaga niat.

Sama juga dengan membaca Quran.

"Orang yang membaca Al-Quran dengan kuat adalah umpama orang yang menampakkan sedekahnya. Manakala orang-orang yang membaca Al-Quran dengan perlahan adalah seperti orang yang bersedekah sembunyi-sembunyi" [At-Tirmidzi]

Sedekah adalah amalan sunat.
Mengaji pun sunat.
Ayat Al-Baqarah tadi cakap menampakkan sedekah adalah baik, bermakna baca Quran dengan kuat juga baik, tak salah.
Cuma pandanglah kiri-kanan sama, kalau orang sebelah tengah berehat atau tido, slowkanlah suara tu, biar ada common sense sikit.

Reason kita dianjurkan untuk sembunyikan amalan adalah untuk menjauhi penyakit riak and ujub.
Bila ibadah itu disembunyikan, kita tak risau sangat dengan riak, hat tu dah lepas.
However kita masih ada satu lagi penyakit, iaitu ujub.
Ujub ni boleh datang walau kita sembunyi dalam bilik yang bertutup takde tingkap takde lubang.
Jadi jangan ingat bila tak menampakkan ibadah, dah terselamat.
Belum lagi.
Itulah sebabnya menampakkan ibadah tak pernah jadi kesalahan, kerana yang salah adalah ujub dan riaknya, bukan amalannya.

Aku pernah join satu tazkirah Isyak.
Lepas selesai tazkirah, jawatankuasa surau umumkan in future they plan to beli PA system yang lebih bagus untuk program-program ceramah.
Jadi dia mintak derma jemaah, tabung disediakan kat hujung nun.
Penceramah tu ada lagi kat depan, then the penceramah cakap "Saya derma satu ribu".
Masa tu dia masih lagi pakai mic so satu surau boleh dengar.

Kalau ikut akal cetek kita "Dah kenapa kau nak kena announce nak derma satu ribu? Tabung kan ada kat tepi tu, masukkan je lah duit"

Hakikatnya, kalau ada maslahat yang kuat, iaitu supaya amalan jadi ikutan, maka menunjukkan ibadah adalah lebih baik dari sudut pandang ni.

Kita mesti pernah dengar kisah Rasulullah saw beritahu kepada pada sahabat ada seorang ahli jemaah yang merupakan ahli syurga.
Then para sahabat tumpang tido rumah that guy untuk skodeng apa amalanna sampaikan dia layak jadi ahli syurga.
Ternyata amalannya biasa-biasa saja, tak ada yang special.
Lalu para sahabat tanya dia directly apa amalan yang membuatkan dia layak jadi penghuni syurga.
Lelaki tu jawab "Aku memaafkan semua yang berbuat salah padaku setiap malam, sebelum aku tidur".

Itu juga sebahagian dari amalan.

Bayangkan kalau dia tak bagitau bahawa itu adalah amalannya, kita tak mungkin jumpa sebab kenapa perlu memaafkan orang, betul tak?

Jadi, menampakkan ibadah ada faedahnya, supaya jadi teladan dan semangat untuk orang lain buat baik sama, cuma terancam dengan riak.
Itu pandai-pandailah masing-masing jaga niat.
Itu antara pelaku dengan dirinya sendiri.
Hanya dia saja yang tahu samada dia riak atau tak.
Bukan tugas kita nak hukum perbuatan dia riak.
Apa pun sangkaan kita pada perbuatan dia, itu adalah pengajaran untuk diri kita sendiri.
Kalau kita tak selesa dengan perbuatan dia, jadikan pengajaran.
Kalau selesa, jadikan ikutan.
Simple.

Yang sebenarnya, ada yang paling teruk dari tu.

"Ketahuilah, di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, baiklah tubuh seluruhnya, dan apabila daging itu rosak, rosaklah tubuh seluruhnya. Ketahuilah olehmu, bahawa segumpal daging itu adalah qalbu (hati)" [HR Bukhari].

Dalam bidang perubatan, hati adalah organ penting sebab dia meneutralkan racun.
Kalau hati tak ok, somehow akan bagi kesan pada bahagian badan lain - mata jadi kuning, kaki jadi bengkak.

Dari sudut psikologi pulak, kesan dari rosaknya hati boleh nampak dalam perilaku manusia.

Riak memang bahaya, tapi dengki tak kurang bahayanya.
Ada satu hadis cakap yang dengki ni sangat bahaya sebab dia akan membakar amalannya sendiri.
Penat je kan beramal siang malam, buat baik dengan orang, sedekah jariah tapi kerana ada rasa hasad dengki dalam hati, maka amalannya zero.

However, sama seperti riak, kita juga tak boleh judge if that someone sedang berdengki.
Ketika seseorang upload gambarnya sedang mengaji, adakah itu disebut sebagai riak?
Dan bila ada netizen bagi komen sinis, bolehkah itu dikatakan dengki?

Hakikatnya yang tahu tentang riak dan dengki hanyalah diri sendiri dan Allah.
Boleh jadi kedua-dua penyakit ni kita juga dapat tanpa kita sedar.
Maka lebih baik kalau kita sama-sama curiga kat diri sendiri.
Always cakap kat diri sendiri "Sebaik-baik aku, baik lagi orang lain. Seburuk-buruk orang lain, buruk lagi aku".


2019-07-25

Weekend lepas


Ramai kata aku dah lama tak update pasal Budazah and Panglima.

Memang betul.
Aku dah jarang sangat update pasal life aku kat blog, tapi kalau kat IG hari-hari.
Kat IG aku masih lagi kekalkan konsep lifestyle update, cuma IG story je aku jadikan ruangan menulis.

Hari ni Redza balik lagi.
Minggu lepas balik.
2 minggu lepas pun balik.
Yang aku nak cerita sekarang adalah cerita pasal Redza balik minggu lepas.
Punyalah aku peram, sampai dia dah nak balik lagi petang ni, cerita last week tak settle-settle lagi.

2 minggu lepas Redza bagitau dia dapat silver medal untuk Kancil Science Exam.
Surprised jugak lah bila dia kata dia dapat medal sebab yang dapat medal [gold, silver, bronze] cuma 113 orang je dari 9,440 orang student yang ambil test tu.
So dari 113 orang ni, 5 orang dari skolah Redza.

113 orang ni layak sit untuk Malaysia Junior Science Olympiad [MyJSO].
That's why last week Redza balik.
Tapi tak tido kat rumah pun, dorang 5 orang ni tido kat hotel.
3 orang dari KL/Selangor and 2 orang dari Kedah.

Parents kat KL volunteer untuk fetch, send and bawak this team pi makan-makan.
Aku and En Wan volunteer untuk fetch kat airport on Friday and kemudian the next morning provide nasi lemak and fetch dorang dari hotel ke UIA.
Parents lain ada yang fetch juga and bawa makan-makan.



Wakil MRSM Langkawi.

Aku yang tak ambik exam ni pun dah rasa nak terkencing bila tengok semua budak-budak yang datang muka bijok-bijok belaka.
Tengok pulak senarai nama dari MCKK, KYS, Permata Pintar, some chinese high schools, and some other SBP and MRSM.
Dengan bas skolah masing-masing tersergam indah kat parking lot, jangankan budak-budak ni, dengan aku-aku sekali gabra.

Yang the girls dah cuak "Kenapa muka dorang semua muka pandai-pandai?"

Macam tu lah kita dulu, kan?
At least aku dulu macam tu la.
Kalau pi competition apa-apa, nampak budak skolah lain datang pakai spek and blazer, keyakinan aku dah menjunam 50% dah.
Padahal belum tau lagi aku tak boleh buat.

Kebanyakkan kita gitulah, sampailah sekarang.
Nampak orang tu bawak kereta besar, kita dah hilang keyakinan.
Nampak orang tu bawak henbeg berjenama, kita dah rasa tak layak nak bersama-sama.
Kan kan kan?



Aku tak tau apa yang Redza dengan kawan dia pakai kat telinga, dengar lagu ke?
Takkan tengah tunggu turn masuk dewan boleh santai-santai dengar lagu lagi kot.
Kalau aku jangankan lagu, sifir pun boleh lupa dah. Kahkahkah.

Dari 113 yang sit for this exam, hanya 6 orang nanti akan wakil Malaysia ke International Science Olympiad kat Doha, Qatar bulan Dec.
Competition sangat tinggi, maybe beza markah 1-2 je nanti.
Kalau ada rezeki, ada.
Kalau takde, aku cakap kat Redza tetap kena syukur sebab layak ke MyJSO.
Director MyJSO cakap sijil MyJSO and Maths Olympiad sangat laku time interview nanti.

Hari tu aku jumpa Redza kejap je.
Lepas dia masuk dewan, aku terus balik sebab petang tu Rayyan ada hoki class pulak.
Jadi, parent lain take over budak-budak ni.

Sempat la jugak aku tanya cikgu pengiring dorang hari tu, cikgu Kimia.
Aku tanya "Ada cikgu di sana bagitau batch Redza ni banyak main, betul ke?"

Cikgu kimia cakap "Betul. Batch kali ni banyak main".

Aku buat muka menyirap.

Pastu cikgu sambung "...tapi ada yang tak main-main. Macam budak-budak yang datang ni kelompok yang tak main".

"Kenapa eh cikgu?"

Cikgu jawab "Budak-budak kat sana mostly lebih fokuskan IGCSE dari PT3. Sebab PT3 ni macam exam biasa. Dorang tetap akan kekal di situ [skolah]. Kalau IGCSE lain, if cemerlang, boleh pilih untuk keluar. In fact, tahun ni dorang dah start blaja subjek IGCSE".

Hmm...lojik juga apa yang cikgu cakap tu.
Zaman aku dulu lagi 2-3 bulan nak SRP dah masuk gear 5 sampai keluar api punya nak pulun.
Masing-masing pulun sebab aim masuk boarding school.
Ye lah sebab kita dari skolah harian kan, of course pulun gila-gila sebab kalau tak score camana nak masuk boarding school.



Aku nak push lebih-lebih pun tak reti.
Buat sajalah mana yang termampu.
Lagipun at age 15 I was NO WHERE near you, Redza.

Cuma aku selalu pesan, jangan compete dengan orang lain, jangan always nak jadi paling hebat dari yang lain, nanti stress.
Once ada perasaan macam tu, ussually hanyut dengan perasaan ujub.
Just aim untuk jadi yang lebih baik dari semalam, biar diri sendiri ada peningkatan, enjoy the process, embrace the progress.
Asalkan kita tak backwards dari diri kita yang semalam, that is also an achievement already.

Dorang habis exam around 4pm, then terus ke airport.
Tau-tau je Redza call pukul 9pm "Baru sampai ni..nak pi makan kejap"

"Eh? Pi makan? Tak apa ke masuk lambat?"

"Takpe, sebab dengan cikgu"



Pastu cikgu hantar gambar ni.
Amboiiiii dinner kat sushi.
Bukan main budak-budak sekarang.
Aku dulu dapat duduk luar pintu KFC je ambik bau.
Ye lah, nak buat macamana, Sushi King dah taraf-taraf KFC dah zaman sekarang ni.

Boleh nampak kan betapa Sushi sekarang dah jadi macam KFC and McD.
Semua budak-budak dah tahu makan sushi.
Macam aku dulu, sushi ni masih lagi satu benda yang pelik.
Kalau McD tu semua orang tau makan so tak pelik sangat kalau orang ajak makan sushi kita macam "Huh? Sushi?"
Now, Sushi King is the new KFC.

Petang tu sebelum Redza habis exam, aku dengan En Wan dah gerak ke kelas hoki Rayyan.
Rayyan ni kalau aku lepaskan berdua dengan bapak dia selalunya jadi hal.
Bapak dia jenis hati kering, bila budak tu keras, dia pun keras sama.
Dia pulak nak lagi menang dari anak.
Kalau aku pulak suka pujuk-pujuk, korek-korek alur pantat dia, so everytime aku ada di sana Rayyan kurang sikit buat perangai.

Pernah dia buat perangai taknak main lansung.
2 jam duduk tepi court je.
Balik rumah En Wan mengamuk-ngamuk.
Start dari hari tu, every week aku akan teman melanguk tepi court tunggu dia main.
Takpelah, asalkan kau nak blaja, biarlah mak jadi tugu kat court ni.



Yes, he is always "excited".
Yang follow IG aku tau lah camana excited-nya Rayyan everytime class.
Aku selalu naikkan video dia training.
Kalau bab melompat-lompat tu bukan main lagi gediknya.

Kelas ni seminggu sekali je, every Saturday.
Tapi Sunday dia training kat skolah pulak dengan kelab hoki skolah.
Jadi cepatlah pandainya.
Kalau nak harap seminggu sekali je, takut lambat cekap.
Cuma penatlah sikit.
Sabtu 5-7pm. Ahad sambung 8-11.30am.

Kadang-kadang aku kesian budak-budak zaman sekarang ni.
Competition very high - academic, ko-ku and sports.
Semua nak kena balance because that's how they play the game so nak tak nak kita mak bapak kena follow the same game jugaklah.

Dulu setakat skolah kebangsaan je.
Skolah agama petang pun tak pegi sebab takde exam.
Aku just blaja mengaji je kat rumah ustazah.
Tusyen pun blom jadi satu kemestian.
Sports lagi la....aku PJ pun jarang join.
Tapi sekarang semua kena balance, ada exam and ada penilaian.
Harap-harap anak-anak kita semua enjoy the process.



Aku macam biasa lah, agak-agak dah boring melanguk tepi court, terus ajak En Wan makan-makan.
Last week, kitorang bersidai kat AmCorp Mall pulak, kebetulan En Wan nak cari buku Redza.
Laki aku ni kan, selagi anak-anak dia tak habis skolah selagi tu dia dok sumbat dengan buku.
Aku yang teman ni pun letih dah tengok buku.

Tempat yang kitorang lepak ni namanya Kafe Dian.
Hajat tu nak makan Hainanese Chicken Rice sebab aku tak lunch lagi waktu ni, tapi dah habis.
Bila dah habis tu mulalah masing-masing order asal boleh.
En Wan order roti bakor je, aku nasi ayam penyet.



Not bad juga nasi ayam penyet dia cuma tauhu sikit and tempe takde.
Sambal dia boleh tahan pedas tapi lagi sedap sambal Wong Solo.




Sesekali dapat peluang letak gamba sendiri, biar sekali banyak terus la kan. 
Tapi tu la, muka pun pucat lesi.
Aku kalau pi teman Rayyan training memang tak pakai mekap sebab dalam court panas weh, cair mekap 2 jam kat dalam tu.



Ini menu pagi Ahadnya pulak.
Bukan En Wan yang teringin tapi aku.
Aku pulak yang lebih-lebih teringin nak makan nasi dagang.

Macam biasa, pegi kat Masjid Kinrara.
Pegi awal pagi baru best sebab tak ramai orang, nak makan bersantai-santai pun selesa.
Lepas hantar Rayyan ke hoki training kat skolah, kitorang berdua bertenet kat kawasan masjid makan menu Tganu.



Nasi dagang



Kayu keramat



Pulut lepa



Kepok lekor

Seperti sajian istana zaman silam!



Ni malamnya pulak.
Makan lagi dan lagi.
Kalau duduk dengan aku ni banyaknya cerita pasal makan je.
Kejap-kejap makan, kejap-kejap makan.

Malam En Wan ajak keluar makan kat area kampung dekat rumah aku ni.
Rumah aku ni dekat dengan area kampung.
Bila masuk kawasan tu dah macam masuk ke alam yang berbeza padahal kat tepi-tepi tu hiway, ada One City, ada Putra Heights, tapi kawasan kampung ni terjaga tak terusik.
Kalau bulan puasa masuk sini, terus feel macam raya dah.
Serious memang kampung betul, bukan acah-acah.
Seronok sangat bila masuk situ nampak kedai runcit [yang pintu kayu berlapis-lapis tu], ada warung kiri kanan, tapi bersih.
Kampung yang bersih.
Belah-belah dalam tu ada rumah banglo besar-besar.
Tak risau kalau nak duduk dalam ni sebab tepi-tepi semua bandar, alamat je kampung padahal kat Subang Jaya dah.

Kitorang kalau teringin nak makan bakar-bakar, memang masuk kampung ni je.
Malam tu aku meratah kerang bakar and kepok lekor je.
Padahal dah kenyang tapi nak makan jugak, tu pasal order light-light [tapi kalori tinggi].

Ok petang karang Redza balik.
Insyallah cerita this weekend aku update minggu depan pulak ðŸ˜‚😂.



Ok hari ni, sempena Gloei 1st Anniversary, GreenAard release TRIAL PACK GLOEI.
Trial pack ni tak akan ada forever, ini bukan sebahagian dari pakej yang kita offer selama-lamanya.
Pakej trial ni bertujuan untuk orang-orang yang belum cuba Gloei tapi teringin nak try, so this is for you.

Pakej ni ada 7 sachet, untuk penggunaan seminggu.

"Boleh nampak kesan dalam 7 hari tak?"

Increase in collagen akan bermula selepas 48-72 jam.
Tapi tak bermakna selepas 72 jam dah nampak kesan kat kulit.
Yang 72 jam tu hanya pertambahan kolagen.
Kalau kulit muka memang bermasalah teruk, healing process akan ambil masa.

Jadi fungsi Trial Pack ni lebih kepada nak menguji keserasian badan.
Karang beli terus 20 sachet takut ada yang tak serasi.
Maka belilah trial pack ni dulu, agak-agak serasi, takde alergi whatsoever, bolehla beli actual product.

Untuk Gloei Anniversary ni, sesiapa yang beli Gloei [20 sachet], boleh pilih samada nak :

1. Marble cosmetic bag, atau
2. Free postage

WHATSAPP SINI


2019-07-24

"Orang dah buat dah.."


"Alah...dah ramai orang buat"

Selalunya kita akan cakap macam tu everytime nak buat something, kan?
Kalau bukan kita yang cakap, mesti ada orang bagitau benda yang kita nak buat tu dah ramai orang buat lebih awal lagi.

Contoh paling dekat pakwe aku tu lah.

Masa aku nak setup company, dia cakap "Awak nak bukak company biotech? Awak nak lawan majikan-majikan awak tu? Dorang lagi besar, Di".

Bila aku buat Fleur by Mrs Him start dengan jual shawl, dia cakap "Setakat tudung macam ni bersepah dah orang jual. Kat pasar malam pun banyak tudung"

Time aku start Green Aard, dia cakap "Ubat kurus? Banyak dah jual kat Giant Putra Heights tu. Awak baru nak start.."

Masalahnya, bukan aku nak lawan bisnes dorang.
Memanglah semua benda yang aku nak buat tu orang lain dah lama buat.
The thing is aku punya tak sama macam orang lain, walau nampak macam buat konsep yang sama.
Bezanya kat situ.
Tapi tu lah kan, tak semua orang faham benda ni.

Kadang tu kita dah plan nak buat sesuatu, tiba-tiba nampak someone post benda/projek yang sama kat FB/IG, kita terus tak jadi nak teruskan plan kita.
Kita stop sebab someone else has already done it.
Because kita takut orang lain kata kita meniru.

Come to think of it, semua benda pun orang lain dah pernah buat.
Bercouple - orang pernah buat.
Bertenet - orang dah lama buat.
Berkahwin - lagi lah ramai yang buat!
Beranak, pakai mekap, pakai seluar jeans, pakai sport shoes, main badminton - honestly, semua benda yang sound cool, semua orang dah buat.
Yang tu kita tak takut pulak nak ikut?
Tapi benda-benda lain takut.
Tak jadi nak buat bila tengok orang lain dah start dulu.

Sebab apa?

Sebabbbbbbbb, kita memang suka buat alasan.

Instead of seeing other people's success as good thing, kita anggap that it is a competition.
Patutnya bila tengok orang lain berjaya jual tudung, kita anggap itu satu petunjuk.
At least kita jadi tahu rupanya bisnes tudung ni demanding, ada banyak permintaan, senang nak jual, etc.
Ini tak, bila tau orang lain dah start jual tudung, dia terus tak nak buat sebab orang lain dah buat dulu.
Itulah jadinya bila dalam kepala asyik pikir bersaing.

Antara mesej yang aku dapat all the time dari follower/reader is "Saya suka sangat baca tulisan Kak Di. Blog Kak Di saya dah khatam. Buku Kak Di pun saya beli. Saya teringin nak menulis tapi saya tak pandai nak menulis macam Kak Di".

Saya tak pandai menulis MACAM KAK DI.

Aku rasa inilah salah satu punca kenapa writings aku banyak kali kena plagiat.
Personaliti aku pun banyak kali kena curi.
Puncanya, sebab nak jadi best terus.

Ladies, dengar sini akak kau nak cakap ni.
Stop comparing your beginning with my middle.

Apa yang kau tengah baca ni, adalah hasil memblogging selama 13 tahun.
Apa yang kau baca di FB aku, di IG story aku, di buku aku, itu adalah hasil menulis selama 13 tahun.
Bukanlah nak kata tulisan aku ni tahap boleh dapat award, tapi ia adalah satu proses menjadi lebih baik from my first blog post in terms of skill.
Kalau tak percaya, pergi selak balik blog post aku yang awal-awal dulu.
Dengan paragraph yang tunggang-terbalik, susunan ayat bercampur aduk, penggunaan tanda seru tanda soal and koma semua cincai-bancai, not to mention gaya penulisan lah kan - kalau tak mencarut kat blog bukan Diana Ishak lah.

Yang follow IG aku, pernah tak cuba scroll back post aku 2-3 tahun lepas?
See what it looked like when I was just figuring macamana nak ikut rentak IG supaya post-post aku nampak cool [kahkahkah].

Yang follow FB aku, dipersilakan scroll timeline FB aku kalau rajin.
Tengok apa benda je yang aku merepek kat status FB 8-9 tahun dulu.

Yang tengok video-video aku untuk GreenAard, aku nampak tenang, bersahaja dan profesional bila menerangkan tips and info tentang produk.
Tak kaku and tak pretending katanya.
So they think I am a good public speaker too.
Kalaulah majikan aku dulu ada simpan video kali pertama aku bagi talk depan budak-budak UniKL-MICET - maybe ada bukti aku boleh tunjuk how 'good' aku punya public speaking.
Bersepah teruk weh!
Buat presentation depan customer dengan bagi talk dalam dewan kuliah lain dia punya gelabah tau.

Aku sengaja biarkan older post aku di blog, aku tak hide.
Selain dari korang boleh khatamkan blog ni, I want you to see the progress.
Percayalah, I did not wake up like this - bangun-bangun dah terus pandai menulis, pandai bercakap.
Tak, aku bukan macam tu.
Jadi janganlah compare your beginning with my middle.

Memang tak dinafikan, dulu masa aku tengah menggila kat blog, ada beberapa blog readers bagitau si polan si polan cuba untuk ikut style aku blogging.
Some of them confess sendiri kat aku memang dorang terikut-ikut gaya menulis aku because they adore me so much.
Tak apa, asalkan tak plagiat atau curi personality, other than that I am ok.

Kalau ada yang minat menulis atau blogging, go ahead.
Jangan pulak kau stop sebab orang lain dah buat.
Of cos lah itu dah tentu, tapi it has not been done by you, betul tak?

Ini bukan tentang samada kita boleh buat dengan baik atau lebih baik, sebab semuanya akan melalui proses pembelajaran dan pengalaman.
Ini tentang samada kita sanggup mengharungi proses pembelajaran atau tak.

Kebolehan menulis dengan baik, bercakap dengan baik, main piano dengan baik, menari dengan baik - itu semua ada prosesnya.
Those are learned and improved over time.
Dia takkan tiba-tiba dah jadi best.
Nak jadi best, kena start dulu.
Macamana nak tau kita boleh jadi best atau tak kalau start pun tidak?

Belum start lagi dah cakap "Tapi saya tak pandai....".

Statement tu sebenarnya bukan kerana kita memang tak pandai tapi sebab kita ukur kemampuan kita sekarang dengan pencapaian orang yang dah berjaya.
Your alasan 'saya tak pandai' tu bukan tentang skill tapi tentang takut.
Kau buat alasan tu sebab kau takut.

Takut apa?

Takut tak menjadi.

Takut tak jadi best macam orang lain.

Takut tak dapat jadi outstanding.

Takut kalah.

Betul tak?

Apa-apa permulaan memang akan 'suck'.
Semua beginners pun macam tu.
Jangan pressure nak jadi perfect cepat-cepat sangat.
Awal-awal ni just have fun and get better.
Normal lah tu kalau improvement kita berbentuk exponential, bukan linear.
Jangan kalut, nak cepat-cepat nak gi mana?

Sebenarnya semua benda yang kita nak buat ni kecik je berbanding dengan apa yang kita akan buat kemudian.
Umpama orang hiking.
Mula-mula dia rasa bukit Broga tu dah cukup tinggi untuk dia panjat.
Rasa macam tak mampu nak panjat sampai atas.
Tapi bila dia dah sampai, automatically dia nampak bukit/gunung yang lagi tinggi.
Bila dia start daki bukit yang lagi tinggi baru dia realized Broga was actually just the foot-hill of something bigger.

Maksudnya, personal goal are infinite.....dan addictive.
Bila kau dah capai satu milestone, kau akan tergerak nak achieve satu milestone yang lain.
Masa tu kau start wonder apa benda lagi yang kau sebenarnya mampu buat.
So the answer is - kita boleh buat apa saja we set our mind to.
Tapi sebelum tu kena get over with kerja banding-membanding ni dulu.
Kalau sibuk nak beralasan and continue membandingkan orang tu dah buat, orang tu lagi berjaya, orang tu buat lagi best.....hmmm...kau sambung berangan je lah.

Aku tau kita semua nak jadi hebat dengan cepat.
Sebab kita beranggapan lagi cepat hebat, itu adalah bukti kejayaan.
Sebab kita dah terbiasa dengan siapa sampai garisan penamat dulu, dia menang.
Siapa khatam muqaddam dulu, dia terer.
Siapa jawab sifir paling cepat, boleh balik awal [cikgu aku selalu buat gini dulu].

Hakikatnya kita tak nampak those yang khatam muqadam awal tu, dia bermula dengan baca merangkak-rangkak juga.

Pelari pecut yang menang gold medal tu training bertahun-tahun dengan disiplin yang ketat baru boleh sampai ke tahap tu.

Yang jawab sifir cepat tu, hari-hari berzikir sifir siang malam.

Semuanya melibatkan satu proses yang panjang.
Rutin, disiplin dan mistakes.
Tak ada jalan pintas.
Jangan terlalu pikir nak cepat.
Hargai proses dan pengalaman, itu jauh lebih berharga.

Kalau kita takut sangat ada someone else dah buat apa yang kita nak buat, apa kata jadikan orang tu sebagai guidance.
Maksudnya, test out your own theories using their road map.

Contohnya, makeup remover GreenAard adalah hasil idea makeup remover Shu Uemura yang aku dah guna selama 3-4 tahun.
Aku suka makeup remover Shu Uemura tapi dia berminyak.
Lagipun tak tahan harganya mahal sangat beratus-ratus.
Memang dia tanggalkan solekan dengan sangat cepat tapi lepas guna kau kena bilas dengan sabun lain sebab sangat berminyak.

So apa yang aku buat, aku ambil konsep tu dan ubah.
Idea sama tapi method berbeza.
The only think yang berbeza adalah makeup remover aku tak berminyak sebab aku ubah dalam bentuk foam.
Bila dalam bentuk foam, maknanya dia removes makeup and and cleanse serentak, 2 dalam 1.

Bonusnya, selepas guna makeup remover aku, kau tak payah apply toner dah sebab makeup remover GreenAard foam-based.
Tujuan kita pakai toner adalah untuk buang lebihan minyak pada muka semasa mencuci muka [kalau kau pakai pencuci muka berasaskan krim atau gel memang ada kandungan minyak].
Tapi kalau pakai foam-based, minyak kat muka dah kena angkut dek buih, no need toner anymore.
Jadi triple penjimatan kat situ.
Bijak tak aku? *hnss hnss hnss kembang kempis hidung*

Aku rasa makeup remover aku berjaya match dengan formula Shu Uemura sebab makeup remover GreenAard memang tanggalkan solekan less than 1 minit - clean and clear - just like Shu Uemura.
Cuma aku punya lagi praktikal and economical. *matilanakkk angkat diri sendiri*

Itulah yang aku maksudkan dengan blog post ni.
Orang lain dah buat dulu ke, orang lain dah start dulu ke - itu orang lain punya cerita.
Kita buat cerita kita pulak.
Jangan takut nak start hanya kerana orang lain dah start.
Kita start bukan sebab nak compete, tapi nak penuhi impian and objektif sendiri.

Nak jadi writer, start now.
Nak jadi baker, start now.
Nak jadi singer, start now.
Semua tu orang lain dah pernah buat, tapi kita buatlah dengan cara kita pula.



2019-07-23

Malu dengan diri sendiri


Hari tu sembang-sembang dengan mak mertua pasal barang kemas.
Dia cerita dulu banyak barang kemas.
Everytime beli mesti terus beli satu set yang jenis dalam kotak besar-besar tu.
Jarang beli gelang saja, atau rantai saja.
Kalau beli, sekaligus one set.

Aku tanya "Barang kemas banyak-banyak mok pakai masa bila?" 

Mak aku cakap "Pakai duduk rumah lain, pakai gi kenduri lain, pakai gi rombongan datuk-datin lain, pakai gi ikut arwah ayah kempen politik lain. Tukar-tukar sokmo. Banyok terlajok. Mok beri sesaje kat orang".

Pehhhh! Geleng kepala aku dengar.
Bukan apa, sebab aku ni seutas rantai pun takde. Kahkahkah.

Aku memang tak minat nak berbarang kemas.
Emas minat, barang kemas tak minat.

Dulu masa umur belasan tahun pakai jugak, tapi pakai time raya je.
Lepas salam raya, aku bukak pass balik ke Mak Aji simpan.
Paling lama bertahan maybe sampai raya kedua je.

Umur 20an kalau ikut Mak Aji gi wedding, mesti mak aku suruh pakai gelang la, rantai la.
Tak kuasa.
Aku cakap macam makcik-makcik sangat nak pakai rantai, gelang, cincin, gelang kaki bagai.
Tunggu umur 40an nanti baru aku pakai.
Last-last umur dah 41 ni pun masih lagi leher aku togel.
Rantai takde, cincin takde, gelang takde.

Dulu Mak Aji pernah tanya "Kau ni tak malu ke balik beraya rumah mak mertua badan kau kosong takde barang kemas?"

Ntah hapelah kaitannya beraya vs barang kemas.
18 tahun aku beraya dengan orang Tganu, helok je.
Bukan main meriah aku beraya.
Belum pernah lagi gambar raya aku sugul.
Yang pakai barang kemas sampai ke siku pun tak beraya semeriah aku. Hahahaha.

Tak dinafikan memang ada sesetengah orang rasa malu bila takde barang kemas atau barang kemas tak banyak atau barang kemas tak bertambah.
Aku selalu kaitkan 'malu' dengan kurang keyakinan pada diri sendiri.

Contohnya, kalau kita buat salah, kita cakap "Sorry ya. Saya buat salah".
Itu maknanya malu dengan kesalahan yang dibuat.
Disebabkan rasa bersalah maka kita minta maaf.
Tetapi kalau 'malu', itu lebih kepada rasa bersalah terhadap diri sendiri, dia akan jadi "Seganlah nak bersembang dengan dorang, saya surirumah je..."

Itu adalah contoh malu dengan diri sendiri.
Sedangkan menjadi surirumah tu tak salah, tapi dia malu kerana kurang keyakinan diri.
It's like 'I am a mistake' bukan 'I made a mistake'.

Bila merasa diri adalah sebuah kesalahan, that's why rasa malu tu muncul.

Aku tak pernah rasa tak ada barang kemas adalah sesuatu yang memalukan, that's why aku tenang-tenang je pi majlis-majlis tak pakai barang kemas.
Entahlah, tak pasti kenapa nak kena malu bila tak pakai barang kemas.
Maybe aku hati kering kot.
Tapi to be fair, aku pernah lalui momen-momen rasa malu pada diri sendiri.

Dulu, sebelum pakai tudung, bila berada di certain kelompok, perasaan malu tu datang.
Pernah datang ke pejabat customer, kebetulan dorang ada jamuan dan sedang baca doa selamat.
Customer jemput aku untuk stay makan-makan sekali.
Time tu aku datang dengan berskirt pendek.
Macam tak kena je rasanya waktu tu.
Rasa segan sangat-sangat.
That is the moment I realized 'I am a mistake'.

Aku membesar dengan traditional structure.
Aku rasa kebanyakkan kita semua macam ni.
Most of the things we learned in childhood are still affecting us today.
Dulu masa kecil, kena say YES pada apa yang orang tua perintahkan, kalau bangkang kau kena sebat, mak bapak always influence esok besar kau kena jadi apa, kalau majoriti buat A kau pun mesti buat A, etc.
Akibat dari tu, kita jadi terbiasa dengan approval orang sekeliling because in a way we have been 'taught' that we don't have any value without good opinions of others, betul tak?

Aku tak terkecuali.

Lama jugak aku berada di tahap 'kemaluan' ni.
Penyakit ni slowly berubah bila aku nak memilih samada nak ambil Biotech atau Chemistry.

Chemistry aku biasa dengar, tapi biotech tak biasa lagi.
Jadi bila nak memilih tu of course lebih banyak info tentang Kimia aku boleh cari berbanding Biotech.
Dan orang-orang pun lebih mengipas untuk ambil Kimia.
Bila aku nekad pilih course Biotech [year 2000 Biotech belum terkenal lagi kat Malaysia] ramai  orang-orang yang terhampir dengan aku, kerutkan dahi.
Especially mak bapak aku.

"Nak jadi apa ambik course ni esok?"
"Boleh jadi apa kalau ambik Biotech ni?"
"Keje kat mana kalau ambik course ni?"

Pernah aku balik raya, one of sepupu Mak Aji tanya "Diana ambik course apa?"

Bapak aku jawab "Entahlah....tak tau esok kerja boleh apa course dia ambik tu"

Aku tengah buat air kat dapur rasa nak nangis dengar.
Aku terasa bapak aku maybe segan/malu bila course anak dia tak gah and tak nampak profesional.

Ramai je yang kat luar sana [maybe yang tengah baca blog ni juga] malu dengan kerjaya masing-masing.
Terasa kerjaya tak cukup bagus, tak nampak macam kerjaya orang bijak-bijak.

"Saya cikgu tadika je..."
"Saya kerani cabuk je.."

??????????????????????

Apa yang orang tak tahu - jadi dokter, engineer, arkitek or apa-apa profesion yang gah kat luar tu can be a great choice - but it wasn't mine.
It was what other people wanted for my life.
Bila kita terlalu nak dapatkan approval orang untuk semua benda, lama-kelamaan kita jadi tak tau apa yang terbaik untuk diri sendiri.
In fact apa yang kita dah ada pun tetap rasa belum yang terbaik.
That's why kita dihantui dengan rasa malu dengan diri sendiri, malu dengan apa yang kita ada, malu dengan apa yang kita belum ada.
Selagi apa yang kita miliki tak dikagumi ramai orang, kita anggap diri kita nothing.
Terlampau memikirkan what other people might think.
Constantly felt judged padahal takde siapa kesah pun.

Jadi surirumah mahupun jual kuih tepi jalan atau jahit baju kecil-kecilan, atau kerja jual barang - apa saja kerja yang kita buat, kita kena find pride in our hard work.
Kalau ada secebis rasa malu dengan kerjaya sendiri, susah nak pi jauh.

Awak kerja apa?
Saya baking, jual kukis.

Awak kerja apa?
Saya stay at home, uruskan anak-anak.

Awak kerja apa?
Saya sales executive untuk biotech products.

Awak kerja apa?
Saya full-time agen GreenAard.

Tak ada apa yang nak dimalukan.
Sometimes orang tak kata apa-apa pun tapi kita yang look down dengan kerjaya sendiri.

Be proud and syukur of who we was made to be.
After all, that is the key to everything in life.


2019-07-22

S.O.P


Isu kali ni tak dibenarkan untuk tepek email kat blog.
Secara ringkasnya, dia ada kawan yang sangat baik tapi tak pernah dilihat bersolat.
Si pengadu tak berani nak nasihat sebab takut putus kawan.

Aku teringat kisah Salman Al Farisi.
Dulu dia seorang Majusi.
Hidayahnya memeluk Islam sampai ketika dia nampak ramai orang Islam bersolat dalam gereja.

Hikmahnya kat sini, untuk mengajak seseorang buat kebaikan, tak semestinya dengan cara menegur.
Apetah lagi zaman sekarang ni manusia tak berapa suka dinasihati apetah lagi ditegur di khalayak ramai.
Menunjukkan contoh yang baik melalui akhlak yang baik pun boleh jadi asbab seseorang terima hidayah.

Memang hidayah itu hak Allah, tapi Allah hantar hidayah melalui perantara.
Boleh jadi kita yang dipilih untuk jadi perantara.

Bila kita menjadi perantara, tak semestinya menegur harus dengan lisan.
Boleh je tegur dengan cara tunjuk peribadi baik.
Setiap kali nak pi solat, ajak "Jom, solat?".
Ajak dengan rutin.
Tak perlu nasihat ke apa, just ajak je.
Dia nak join atau tak, belakang cerita, yang penting ajak dulu.

Sesekali cuba hadiahkan telekung yang cantik untuk dia.
Hadiahkan sejadah yang sedap dibuat sujud.
Insyallah lama-lama nanti tergeraklah hati dia tu.
Omputih kata action speaks louder than words.

Nak mengajak kepada kebaikan ni mesti ada SOP.
Apa pun kerja yang kita buat, kalau nak hasilnya cantik, mesti ada SOP.

Contohnya, goreng telur pun ada SOP.

Mula-mula, tenggekkan pan.
Bukak api.
Letak minyak secukupnya, panaskan.
Dah cukup panas, baru pecahkan telur.
Goreng, dah garing baru terbalikkan.
Dah masak dua-dua belah, baru angkat.
Barulah dapat telur yang masak cantik.

Kalau minyak belum panas dah tuang telur, telur belum garing dah terbalikkan, memang barai lah telur kat dalam tu.
Hasilnya tak cantik sebab tak mengikut SOP.

Begitu juga dengan dakwah.
Nak buat kerja agama ada SOP-nya.

SOP = Disiplin.

Mesti ada disiplin dalam buat kerja agama.
Be it urusan dakwah, urusan ibadah untuk diri sendiri atau hidayah.
Mesti ada disiplin.

Contoh paling mudah, kerja.

Yang makan gaji, kerja dari pagi sampai ke petang.
Hujung bulan baru boleh dapat gaji.

Yang berbisnes, usaha buat macam-macam dulu, baru nanti dapat hasil.

Maksudnya, buat sungguh-sungguh, istiqomah, dengan disiplin.

Dalam mencari rezeki, manusia sanggup berpenat-penat.
Takkan urusan dakwah, baru 1-2 kali buat dah nak give up?

Kalau nasihat kali pertama tak jalan, takpe, cuba lagi kali kedua.
Kali kedua pun tak jalan, kita ubah method, cuba tunjukkan teladan yang baik pula mana tau mahu dia mengikut.
Kalau tak jalan juga, kita minta tolong orang yang lebih berilmu.
Maknanya, usaha mesti istiqomah, ada disiplin.
Step by step, berterusan.
Yang penting, berhemah.

Tapi bagi aku, biarlah yang buat kerja tegur-menegur ni orang yang alim dan tinggi ilmunya sebab mereka lebih bertauliah.
Bukan apa, selalunya orang yang alim ni bila menegur, niat nasihatnya bersandarkan kerana Allah.
Kita-kita orang awam ni kalau menegur selalunya niat nak orang tu berubah kerana kita yang menegur.
Tu pasal bila nasihat kita tak diendahkan, kita cepat melenting kerana niat tu dah tersasar.
Bila nasihat tak dilayan, mulalah kita menegur dan mengkritik terangan-terangan dengan niat nak mengaibkan.

Salah satu kewajiban orang mukmin adalah menasihatkan saudaranya tetapi dia tak ada hak untuk memaksa saudaranya mengikut nasihat tu kerana itu bukan sebahagian dari kewjiban.
Seorang pemberi nasihat hanyalah orang yang menunjukkan jalan, bukan orang yang memerintahkan orang lain untuk mengerjakannya.
Kalau memang dia tak mahu menerima nasihat, maka kita diam sajalah.
Itu lebih baik kerana akan lebih menjaga dari terkeluar perkataan-perkataan yang akan memburukkan keadaan.



2019-07-19

Halau suami


Ahad baru ni, aku check FB memories.
Tahun lepas, pada tarikh 14 July aku ada update blog tentang isu poligami.
Jadi, aku pun copy and paste some of the isi blog and tepek kat IG Story.
Kat IG Story tu aku cakap aku akan halau En Wan dari opis kalau dia kawen lain.

Wahhhh, bukan main lagi DM bersepah-sepah masuk komen dari siang ke malam.
Sampai aku tak larat nak baca dah.
Ada yang ambil peluang cerita kisah sendiri, kisah keluarga, ada yang macam tak percaya aku merentan macam tu sekali.

Yang hat tak percaya tu aku rasa ni mesti new follower IG yang tak pernah baca blog aku.
So, mereka agak terkejut bila nampak IG Story aku merentan.

Actually post tu dari SINI.
Tahun lepas punya post.
Bukan fresh post pun.

Ada sorang tu cakap "Kalau dah takdir dia kahwin lain nak buat macamana. Kita tak boleh nak nafikan rezeki suami".

Halah halahhhhh....sentap pulak dia.

Tak, bukan menafikan rezeki suami.
Dah jodoh dia, Tuhan nak bagi rezeki dia beristeri ramai.
Siapalah kita nak nafikan rezeki berbini ramai.

Tapi, boleh jadi itu juga rezeki aku.
Itu agaknya peluang Allah buka untuk aku dapat jadi boss balik ðŸ˜‚😂.

Come to think of it, orang kalau dah gatal sangat nak kawen lain, dia tak kisah pun kalau kena keluar dari rumah.
Seriously, orang tua kalau angau jauh lebih teruk dari orang muda!
Maklumlah, buah tengah menggelinjang nak dapat kawan baru, kau buat apa pun dia tak kisah.
Kau menangis keluar air mata darah pun kalau dia nak, dia buat juga.
Ye lah, jodoh kan.

By the way, kalau ye pun aku buang suami aku dari ofis, hakikatnya aku bukan buang suami.
Aku buang staff je.
Sebagai seorang pemilik company, aku berhak pilih dan buang sesiapa je yang aku rasa layak untuk menjadi team aku, tak gitu?
Jadi, aku ada hak untuk ambil dan buang orang yang aku rasa takde pekdah untuk disimpan di ofis.

Eh tapi jangan pulak yang ingat En Wan ada hasrat nak kawen lain.
Takde [so far takde lah].
Aku cuma bagi pandangan saja tentang apa yang aku akan buat kalaulah benda ni terjadi pada aku.

No, bukan aku berlagak kaya atau berkuasa.
Jauh sekali.

Objektifnya bukan untuk tunjuk siapa lebih berkuasa, tapi aku nak suami buktikan dia benar-benar mampu tanggung 2 bini dengan kerjaya yang dia usahakan sendiri, bukan dengan titik peluh bersama isteri pertama tapi hasilnya dikongsi dengan isteri kedua.
No way.

Aku berdosa?

Wallahualam.
Yang aku tau, aku cuma tak benarkan bekerja di opis aku saja, bukan tak benarkan kawen lagi.
So, aku tak nampak kat mana salahnya tindakan aku suruh suami cari kerja lain.
Kalau aku boleh bertolak-ansur dengan permintaan dia, tak malukah dia untuk agree dengan permintaan aku pulak?
Come to think of it, kalau suami pandai cari pompuan lain, takkanlah keje lain tak pandai cari. Kamonnnnnn.

Ni karang ada yang spin situation cakap "Inilah perangai perempuan. Bila pangkat tinggi, mula biadab dengan suami".

Ha'ah betul.
Selalunya orang nampak gitulah.
Yang orang nampak bini mengamuk memberontak tak kasik suami kawen lain.

Yang orang tak nampak, suami culas bagi nafkah.

Yang orang tak nampak, belanja rumah pun sangkut, ada hati nak menambah bini.

Yang orang tak nampak, isteri lintang-pukang buat 2-3 kerja untuk cukupkan belanja, suami sibuk mengayat pompuan lain.

Alih-alih bila suami kawen lain dan isteri letak macam-macam syarat, kau kata isteri besar kepala?

Meh sini kepala kau aku lututkan.

Bukan besar kepala, ya dik.
Tapi secara lojiknya, kalau suami boleh kawen lain, maknanya dia dah mampu.
Dulu kita bertolak-ansur sebab kita tau dia tak mampu, kita nak ringankan beban dia.
Now nampaknya dia dah mampu, duit pun makan tak habis gamaknya, dah kenapa kita nak share-share lagi.
Masa ni la kita pulak tadah mintak apa yang kita nak dari dia.

Kalau aku, memang aku tak tolong dah.
Time ni la aku activatekan - 'duit aku is duit aku'.

Tak cukup-cukup lagi selama ni isteri tolong, sampaikan dah kawen dua pun masih nak harap ihsan isteri pertama tolong lagi?
Abis yang lagi sorang tu apa kejenya, mengangkang 24 jam?

Pegi ajak bini baru kau bersusah-payah bina hidup.
Biar dia tau kawen dan hidup bahagia hari-hari buat manicure pedicure, perm rambut, hari-hari mandi susu bilas dengan air 7 jenis bunga ni semua wujud dalam drama pukul 7pm je.
Kat alam realiti, lepas kau kawen kau kena sama-sama berpenat-penat cari rezeki untuk bina keluarga.
Eh, mudah nau kejaan kawen ngan laki orang nak hidup senang. Lempang mau?

Percayalah cakap aku, isteri-isteri bukan nak punyakan sangat suami masing-masing.
Kalau suami benar adil, tak ada wujudnya menafikan hak poligami.
Tapi yang buat hangin tu bilamana suami kawen lain, beban pada isteri pertama makin bertambah.
Patutnya memudahkan hidup, boleh bergilir-gilir jaga suami supaya isteri ada "me time".
Ini tak, makin hazab.
Dah la tak menambahkan harta, mengurangkan harta lagi ada.

Mak mertua aku tu isteri pertama.
Pagi dia sedia makanan arwah ayah, tengahari and malam mak lagi satu akan take over memasak.
Kadang-kadang mak sana kirim makanan ke rumah mak.
Kadang-kadang mak sini pulak kirim something ke mak lagi satu.
Dorang tak mesra, tak pernah kelihatan berada di satu tempat yang sama pun, tapi saling respect each other and ambil tanggungjawab bersama-sama.
Bila arwah ayah meninggal barulah jadi BFF sebab masing-masing take care each other sebab dah takde suami untuk berkongsi cerita kan.

Soal hati dan perasaan tu tipulah kalau takde rasa cemburu, tapi kalau suami berlaku adil, insyallah terubat jugak hati.
Tambahan pulak isteri masing-masing ada timbang rasa, itu rezekilah namanya.

Ini tak, ada kisah suami cabut kipas kat rumah isteri pertama untuk pasang kat rumah isteri kedua.
Biar adil katanya, rumah sini kipas 5, rumah sana pun kipas 5.

Tengkorak dia.

Patutnya rumah sana tu yang kau belikan kipas baru biar cukup 5 kipas.
Bukan kau cabut rumah sini, tampal kat rumah sana.
Halahhh, mengote bukan main pandai lagi, benda simple macam ni pun bengap!





Dah ada yang start tanya tentang kupon ni.
Actually kupon tu auto-generated.
GreenAard akan produce kupon based on jumlah pembelian korang.
Nanti 2 Ogos kita cabut kupon.
We go makan-makan together.


2019-07-18

Goal digger [bukan GOLD digger]



Kelmarin aku up status ni tapi dalam setengah jam lepas tu, aku hidekan status.
Tiba-tiba seram bila ramai yang interested untuk join melepak.
Yang PM pun agak ramai.

Sebenarnya aku cuma plan nak lepak-lepak dalam 3-4 orang gitu.
Kalau ramai-ramai karang dah macam seminar pulak.
Lagipun, objektifnya cuma nak kenal-kenal sambil borak-borak cerita pasal bisnes masing-masing.
Bukan nak membentangkan sales report. Hahaha.

Dah lama aku tak kumpul sama-sama dengan orang-orang yang ada same interest sebab masing-masing pun busy agaknya so aku ingat nak kenal new friends and make new network in business.
Just lepak-lepak, get to know each other and sambil-sambil tu share story masing-masing dalam bisnes, nak bertukar-tukar pandangan saja, takde yang teknikal pun.
Bukan apa, bengap aku duduk ofis lama-lama.
Sesekali nak cari idea baru and jumpa orang.

Tak sangka pulak ramai yang interested.
Bila nampak macam ramai yang nak join, aku hidekan status tu dulu, kasi aku pikir and susun dulu macamana nak arrange.
Maybe tak jumpa serentak semua kali.
Aku prefer santai-santai 3-4 orang, kat mamak, chit chat.
Kalau ramai-ramai sangat dah payah nak bersembang.

Ada yang tak berbisnes tapi interested nak join.
Ini pun aku suka sebab katanya nak ambil aura.

Ada juga yang kata nak datang sebab nak jumpa aku and nak tanya macam-macam.
Haaaa....ini aku takut sikit. Hahaha.
Insyallah boleh je kalau nak jumpa-jumpa santai-santai tapi kali ni aku kumpul dengan orang-orang yang buat bisnes dulu.
Tak kisahlah agen ke, bisnes dari rumah ke, kalau dapat sembang dengan founder big company/product lagi bagus, biar ada sesi brainstorming sikit.
Kepala aku ni pun harus dibrainstorm juga.
Then form there mana tau kita boleh help each other expand the business atau JV ke apa ke..wahhhh gitu plannya!

Yes, cita-cita aku memang tinggi [read : berangan].
Penat En Wan melayan aku punya berangan.

Walaupun aku seram bila ada yang nak join sebab nak jumpa aku, nak tanya macam-macam, etc, dalam pada seram-seram tu aku rasa bangga dengan orang-orang macam ni.
Walaupun belum ada perancangan untuk berbisnes, tapi disebabkan ada impian, impian tu yang buatkan dia tergerak nak join because they want some advice and encouragement to propel forward.
Willing pulak tu nak datang jauh-jauh just nak dengar orang bersembang.

From there aku realized, kat luar sana ramai orang yang ada impian nak buat sesuatu yang belum pernah dia buat.
Tapi maybe takut, atau unsure dengan impian diri sendiri.
Ada yang nak mengaku kat diri sendiri pun segan.
But every single person yang tengah baca blog post ni nak kan sesuatu in life, betul tak?

Those 'nak' are your dreams.
Tapi, dream and goal are two different things.

Bukan sikit-sikit orang yang ada plan untuk future tapi tak buat apa-apa.

Contoh, "Teringin nak dapat balik berat badan zaman anak dara"

"Bila la start bayar hutang orang ni"

"Harapnya ada la rezeki nak pegi bercuti hujung tahun ni"

"Kalaulah duit aku banyak..."


Impian nak settlekan hutang tu ada, tapi RM10 pun tak gerak, camana nak habis hutangnya, kak?

That's why impian datang sepakej dengan goal.
Simply hoping life will bet better tapi tak buat apa-apa tindakan to make that a reality, takkan jadi apa apa.

Kena ada plan.
Kena ada kesanggupan.
Kena berani buat decision.
Kena percaya impian kita boleh tercapai.
Tapi bab nak PERCAYA tu yang selalunya susah nak dibuat.

Bak kata ustaz aku, kita ni nak mintak kat Allah pun tak yakin.
Rasa macam tak layak je untuk dapat apa yang kita nak.
Kerana kita letakkan keyakinan tu pada kapasiti diri kita sebagai penerima.
Sepatutnya letakkan keyakinan pada kapasiti Allah sebagai Maha Pemberi.

Samalah juga dengan impian.
Memang belum ada jaminan kalau buat, boleh capai.
Tapi, kalau tak gerak lagi lah tak boleh capai.

Pastikan dulu direction - mana kita nak pegi.
Lepas dah tau nak pi mana [nak buat apa], figure out pula macamana nak make it happen.

"Alah, takde duit nak mulakan".
"Modal tak besar, macamana nka gerak"
"Pengalaman takde, ilmu pun takde"

Salah.
Itu semua akan datang kemudian.
Yang pertama sekali is HABIT.

Kena bina habit yang betul dulu kerana apa-apa perubahan pada diri kita is depending on our habit.

Bibik Lenny, masa kerja dengan aku, itulah first time dia bekerja luar dari Indonesia.
Sebelum tu, keluar bekerja pun tak pernah.
Dia cum ambil upah jadi beads and sulam.
Orang hantar ke rumah, dia buat keje from home.

Bila dia nekad ke Malaysia, her goal was to ubah hidup.
Goal dia terlalu besar sampaikan dia di sini tak minat nak shopping-shopping, takde mintak-mintak cuti nak keluar jalan dengan member.
Duit dia pun dia jarang mintak.
Dia send pada family tiap-tiap bulan, tapi bukan semua.
Ada yang dia simpan untuk diri sendiri.

Alhamdulillah, dengan duit yang dia simpan tu, lepas dia balik ke sana, dia start buat bisnes kecil-kecilan.
Dah tak perlu lagi datang bekerja luar negara.
Dah tak perlu berjauh dengan keluarga.
Memang dia punya plan hanya 2 tahun sahaja, lepas tu taknak dah kerja luar.
Hidup dia dah much better dari dulu.
Rajin juga datang Malaysia kalau anak-anak buah dia kawen [dia ada sedara di Seremban].
Maknanya duit dah bukan masalah lagi untuk dia.

Dia cerita bila dia balik bawak macam-macam hadiah dari Malaysia, orang kampung dia kagum.
Semua nak jadi macam dia.
Tapi tu lah, tak gerak apa-apa pun.

Selalunya kita semua macam tu kan?
Bila tengok life orang nampak mewah, nampak macam takde masalah duit, nampak bahagia, kita pun teringin nak jadi macam tu.
Tapi kita taknak sacrifice apa yang dia sanggup sacrifice.

Weekly bibik yang kerja kat rumah aku ni pun sama.
Setiap hari kemas 4 buah rumah, every rumah 4 jam.
Setiap 4 jam dibayar RM50.
Sehari RM200 - kerja everyday.
Sebulan RM6000 boleh dapat.
Kadang aku tengok dia jalan kaki jauh-jauh berpayung nak pegi dari satu rumah ke satu rumah.
Tapi, dah ada 4 relung sawah kat kampung.
Raya hari tu balik beli tanah pulak, buat tanam kopi katanya.
Kagum aku determination dia, kesanggupan dia, pengorbanan dia.

Sometimes bersembang dengan orang macam bibik aku tu bagi aku pengajaran, kesedaran and semangat.
Goal dorang besar.
Tak kiralah kita CEO kepada 400 biji company atau stay-at-home-mom - you have to have a goal.
It can be a personal goal untuk kembali kurus, atau simpan duit, atau beli rumah, atau start bisnes.
It can be anything at all.
Bila kita ada walaupun hanya SATU GOAL, kita boleh develop habit.

Tapi selalunya kita guna alasan 'masa'.
Takde masa nak buat ini, takde masa nak buat itu, tak sempat, etc.
Memang selalunya gitulah, bila semangat dah datang, yang buat punah is masa.

Contoh, lepas balik kelas agama, bukan main semangat lagi nak buat rutin mengaji, nak buat solat sunat rawatib, nak zikir 1000 kali sehari - tapi last-last "takde masa".



Yang sebenarnya, bukan find time, tapi make time.

Kalau suruh kita cari masa, memang always takde masa punya.
Tapi kalau kita luangkan masa, insyallah masa tu akan ada.
Kerana kita sendiri yang control waktu kita, bukan orang lain.
In fact, there is not one thing in our life right now that we didn't allow to be there.

Schedule padat?
Itu kita yang manage.

Takde masa nak makan?
Itu kita yang manage.

Takde masa nak mengaji?
Itu kita yan manage.

Spend time berjam-jam scroll IG?
Itu kita yang manage.

Takde masa nak call mak bapak?
Itu pun kita yang manage.

It's our choice.

The question is bukan "Do I have time?", tapi macamana aku guna masa yang aku ada.

Mak-mak kita paling pandai bab 'masa'.
Sambil goreng ikan, menyapu lantai sekali.
Sambil mandi, berus-berus dinding toilet sekali.
Sambil tengok TV, lipat/gosok baju sekali.

It's all about make time.

'Make time' adalah habit pertama yang kena ada kalau nak capai impian.

2 years sebelum aku start dengan GreenAard, aku spend banyak masa kat universiti, meeting customers yang buat research on plant, yang buat research on alternative medicines.
Padahal bukan dorang nak beli apa-apa pun dari aku tapi aku sendiri yang tadah muka aku kat situ because aku nak belajar and nak ambil ilmu.
Aku banyak lepak kat library baca jurnal dan duduk berjam-jam dalam lab teman customer buat research sebab nak ambik ilmu dari projek dia.
Waktu tu aku rasa aku lagi banyak bersembang dengan customer dari laki aku sendiri.

Selain dari tu, aku volunteer jadi pembantu makmal untuk program workshop universiti.
Some student masters yang kenal aku terkebil-kebil tengok apehal aku jadi tukang susun radas pulak ni? Hahaha.
Jadi tukang prepare alat radas lab, tukang basuh alat radas, tukang angkut and susun handouts.
Aku volunteer kerja-kerja ni sebab aku nak sama-sama terlibat so from there aku boleh dapat idea sikit-sikit untuk projek aku.
I traded my time for knowledge supaya one day aku boleh buat sendiri.
In addition to my regular working hours, I worked for them, FOR FREE.
Aku korbankan masa aku di rumah for the opportunity to work with demanding clients in order to learn about the industry.

Kalau cakap pasal penat, seriously penat.
Kalau cakap pasal masa, memang terpaksa berkorban banyak masa.

Tapi omputih cakap "if you want something you've never had, you have to do something you've never done".

Bila aku dah melalui proses tu, baru aku realized, impian kita datang dalam satu pakej.
Bukan ala-carte, tapi pakej.

Pakej tu datang dalam sebuah proses yang sangat panjang.

Macam aku, pakej tu datang dalam bentuk kena tebalkan muka ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal sambil pikul 9kg thermocycler untuk buat demo.

Pagi-pagi buat call pada potential customer untuk set appointment promote new biotech kit.

Kena buat muka tebal bila customer refuse to jumpa padahal appointment dah set.

Pakej customer cancel appointment after 3 hours drive.

Jadi macai customer tolong siapkan project dia.

Tiap-tiap hari bangun 4.30 pagi untuk baca research jurnal.

Buat proposal untuk fight dapatkan distributorship.

Lepak kat library setengah hari mengadap buku cari information pasal alternative medicine.

Kadang-kadang dah pukul 11 malam orang lain dah start nak tarik selimut, aku kena masuk lab.


Yang kejar impian kurus, kena diet, quit makanan and minuman manis, quit makan refined carbs, work out 4 kali seminggu, etc.

Yang kejar impian nak hafal Quran, 5am pagi dah pegang Quran, sehari kena hafal 1 page, korbankan tengok cerita hiburan, etc.

Yang kejar impian beli rumah kena force saving RM700-RM1000 sebulan untuk downpayment, tahan diri kejap bercuti, shopping, beli hanya yang perlu, etc.

Benda ni semua tak nampak dan kita pun tak sangka kita kena lalu semua tu.
Tapi itulah pakejnya.
Banyak pengorbanan.
Sacrifice some rest time to make that happen.
Stress, menangis, start semula.
Stress, menangis, start semula.
Dulu, mantra aku pagi-pagi bangun tido duduk depan cermin cakap "Aku boleh buat", walaupun rasa nak menjerit nangis.
Jadi tak jadi belakang cerita, janji buat dulu.
Yang penting bina habit yang betul supaya goal tercapai.

Soalan yang selalu kita tanya pada diri kita everytime kita nak buat sesuatu selalunya "Boleh ke aku buat?"

Soalan tu salah.

Patutnya "Apa yang aku kena buat to make it happen?"

Jawapannya - build habit.





Last day today.
Semalam ada yang tanya "Kalau beli buku boleh dapat pos RM1 jugak tak?"
Ya, boleh sebab ini offer untuk blog readers, tak terhad untuk GreenAard saja.
Valid kat whatsapp and email saja.

2019-07-17

Crawl


Ahad malam yang lepas, En Wan ajak tengok movie - CRAWL.
Lama jugak ni aku tak layan cinema sebab takde cerita yang aku boleh layan.
Supeheroes, robotic and cerita seram memang bukan selera aku.
Crawl ni pun kalau ikutkan aku taknak tengok tapi nak bandingkan dengan Annabelle and Spiderman, baik aku tengok Crawl.

Tapi sebelum tu makan dulu kat Sushi King.

Sushi King ni dah makin tak best pulak.
Banyak menu-menu best yang kena dengan tekak aku, dah discontinued.
Ntah hape kena ntah.

Contoh Sukiyaki.
Ini menu ter-best untuk aku and En Wan.
Setiap kali masuk Sushi King memang kitorang order Sukiyaki.
Now takde dah.

Then Ebi Sushi.
Dulu ebi sushi ni always ada.
Aku kalau makan mesti 2-3 piring.
In fact, first time makan sushi, memang ebi sushi sahaja yang aku boleh makan sebelum pandai makan sushi lain.
Pastu takde dah.

Semalam, aku ingat nak makan Yakiniku.
Yakiniku ni lebih kurang macam Sukiyaki tapi sushi version.
Alih-alih takde dah.
Ntah hape-hape.
Nak melingkupkan diri sendiri ke camne ceritanya ni.



Nasib baik ini ada lagi.

Ini sushi wajib Rayyan.
Tapi kalau dia makan, dia ambil cheese and ayam je, nasi tinggal.



Dah tak tau nak makan apa lagi, aku order je la ini pulak.

Actually banyak lagi sushi yang ada macam egg sushi, salmon sushi, sotong sushi, timun sushi - tapi ni semua sushi kategori tak berapa best sangat [hahahhaa].

Last-last 2 piring ni je aku makan.
Macam tak berbaloi je masuk Sushi King setakat makan 2 piring.




Nasib baik miso soup ni ada.
Tapi soup ni memang konfem akan sentiasa ada sebab ni je pun soup Jepun.

First time makan miso soup tahun 1989 di Jepun.
Baru real namanya makan makanan Jepun di Jepun.
Tapi masa tu kecik lagi, tak faham.
Tekak pun melayu sangat, tak berapa reti nak makan makana insternasional.
Nak perabiskan satu mangkuk miso hazab benar rasanya.

Sekarang?
Sekarang makan miso soup tak pakai sudu, hirup terus dari mangkuk [ini En Wan ajar].



Dah takde arah nak makan, pilihlah Udon.
Aku tumpang sesudu.



Makanan Jepun ni bak kata En Wan, rasanya tak jauh beza pun cuma dorang suka pelbagaikan presentation.

Contoh udon ni.
Kuahnya kuah miso yang tak berapa pekat.
Letak mee, campak sayur and crabstick with mushroom.
Settle.

Kalau kita punya resepi renyah dengan segala macam rempah.
Tengok resepi mee bandung je cukuplah, terus hilang mood aku nak masak.



Ok movie CRAWL.

Sebelum booking tiket aku dah check rating dia 6.8/10.
Selalunya movie yang rating below than 7.0 aku malas nak tengok.
Tapi takpelah, dah En Wan ajak sangat, aku tengok je la.
Kalau tak bestm aku pejam je mata apa adehal.

Cerita tentang seorang anak yang cuba locate ayah dia semasa taufan melanda area tempat tinggal.
Dia jumpa truck ayah dia di rumah lagi satu, tapi ayahnya takde dalam rumah.
Kat luar ribut taufan dah menggila.
Cari punya cari, jumpa ayah terlantar cedera kat bawah rumah [macam basement dalam rumah].
Masa dia cuba nak heret ayah dia keluar dari basement, ada buaya besar [alligator] attack dia.

So kisahnya ni berkisar tentang dua beranak tu cuba escape dari basement rumah sendiri.

Alligator tu asalnya dari paya berhampiran rumah.
Bila air paya naik dek kerana hujan ribut tu, alligator dalam paya bertempiaran anik ke darat.
Some of them masuk rumah dia ikut saluran paip kumbahan.

Memang banyak scene-scene attack dari buaya-buaya.
Pak incik aku ni pun boleh terkejut-kejut, inikan pulak aku.
Nasib baik bukan aku sorang je yang terpekik dalam cinema tu, so takde lah malu sangat.
Tapi lama-lama aku penat terkejut, aku pejam je mata terus.

Ada la kot dalam 20-30 minit pertama aku bukak mata, bila buaya tu start nak meng-attack je kejenya, aku terus tutup mata.
Bukak sikit-sikit je.
Dari bunyik movie tu aku cuba gambarkan scene dia.
Aku rasa imaginasi aku jauh lebih seram dari cerita sebenar. Kahkahkah.

Gitulah hakikat sebenar aku kalau tengok apa-apa movie yang ganas-ganas.
Tak pernahnya direct tengok sampai habis.
Mesti nak kena pause-pause.
Kalau tengok cerita bergasak, kejap-kejap aku pause, hilangkan debaran kejap.
Buat air kejap pastu sambung balik.
Kadang tak sampai 10 minit pause lagi hilangkan seram pulak.
Satu movie kadang tu ambik masa 3 hari baru habis tengok.

En Wan kata aku ni patut tengok katun je.
Eh tapi kan Tom & Jerry tu pun kalau dibuat dalam bentuk filem nescaya aku pause-pausekan juga.
Aku memang tak suka cerita ada unsur-unsur jahat, pukul-memukul, bunuh, dera.
Cerita seram lagi lah, memang tak payah ajak aku tengok lansung patutnya.
Aku suka tengok cerita yang sweet-sweet, yang mengajak untuk berfikir, yang tenang-tenang.
Tapi kadang-kadang layankan juga la cerita-cerita thriller, crime and horror, cuma bertahanlah sampai 3-4 hari baru settle.

Kesimpulannya, cerita CRAWL ni ok.
Buaya nampak real.
Adegan suspen pun tak dibuat-buat.
Walaupun 60% of the story berlaku kat kawasan gelap [basement], tapi dia takde adegan yang membuang masa.

Contoh cerita yang banyak adegan buang masa is The Nun.
Dia punya elemen seram bukan main lagi, tapi sebenarnya takde apa pun.
Penat aku tutup mata.

The Crawl, 30 minit awal dia kau bertenang-tenang.
Lepas tu kau masuk ke zon berdebar-debar sampai habis cerita.

Tak sesuai bawak anak-anak.
Yang tua pun terperanjat je kejenya, kalau budak-budak mau mengigau malam-malam.
Yang sakit jantung, darah tinggi, dan orang tua tak payah la tengok.
Duduk je kat rumah tengok cerita Korea.