2021-10-29

Nampak kaya

Ya, begitulah kehendak zaman sekarang.
Kalau upgrade kereta, maknanya banyak duit.
Kalau pakai kereta yang sama, maknanya takde produktiviti.
Orang suka menilai apa yang mereka nampak, jadi tak pelik bila seseorang sanggup berhabis untuk dapatkan status symbols.
Biarlah simpanan RM10k pun takde, bukannya orang tahu.
Asalkan nampak gah, gitu.

Kawan aku pernah cerita tentang kawan dia, yang mana kawan dia ni beradik-beradikkan seorang artis popular. Sangat popular.
Masa PKP last year, dia nak panggil anak dia balik dari overseas tapi takde duit nak beli tiket kapal terbang.
Harga tiket RM8k.
So this kawan nak pinjam duit kawan aku untuk beli tiket kapal terbang anak dia.
Kawan aku terperanjat bila RM8k pun dia takde dalam simpanan sedangkan life yang dia tonjolkan selama ni mewah.
Yelah, beradik-beradikkan artis popular, takkanlah tak bergaya, walaupun bukan dia yang artis.
Aku dengar pun terkejut sebab kawan aku kadang-kadang share gambar dia and kawan-kawan lepakking, nampaklah yang kawan dia tu outstanding dari yang lain.
Rupanya memang wujud orang macam ni - jenis yang biar papa asal bergaya.

Driving fancy cars, wearing luxury brands, and associating yourself with status has its privileges.
Orang lebih cenderung turn their heads dan bagi attention pada kita.
Dan dorang juga mungkin lebih cenderung untuk dengar cakap kita.
Ya lah, nampak mewah kot mestilah orang berjaya katanya.
Tu pasal orang sekarang mudah ditipu dengan so-called sifu marketing (katanya), asalkan nampak orang tu bawak BMW, bawa Mers, dikira berjaya.
Padahal si sifu tu bisnes sendiri pun takde.

Aku kalau bab ni role model aku tak lain tak bukak mak bapak aku sendiri.
Dulu masa belum kawen aku tertanya-tanya apesal mak bapak aku ni tak tukar kereta, tak renovate rumah, bercuti tu memang lagilah tak, melainkan balik kampung atau pegi Singapore.
Itupun ke Singapore kalau ada majlis kawen.
Itupun tak duduk hotel tapi tido rumah adik-beradik Mak Aji di sana.
Kiranya kalau ke Singapore tu bukan untuk vacation tapi urusan keluarga.
Pergi Pulau Sentosa tu pun sebab uncle aku bawak, kalau tak, tak sampai pun.
Bila aku dah kawen, dah ada rumah sendiri, dah ada anak, anak-anak pun dah membesar, barulah aku nampak ke mana duit mak bapak aku selama ni.
Selama ni aku ingatkan dorang punya duit dapat gaji, habis. Dapat gaji, habis.
Ye lah, sebab dalam rumah kitorang dulu segalanya basic.
Ada TV sebiji, ada radio sebiji.
Radio pun jenis kotak zaman P Ramlee dulu.
Kereta pun Saga first edition, itupun second hand.
Jiran kiri kanan renovate rumah 3-4 kali, aku duduk situ dari Darjah 4 sampai kawen gitu jugak rumahnya tak berubah.

Aku start realized savings mak bapak aku banyak ketika aku nak kawen.
Kenduri kawen aku semuanya ditanggung.
Perabot bilik tido aku semua berganti baru, dan semuanya ditanggung.

Ini bilik Redza.
3 ketul perabot warna putih ni hadiah dari Mak Aji sempena aku kawen, masih utuh sampai sekarang.
Dari aku kawen sampai menurun ke Redza masih solid.

Kenduri kawen aku memang tak buat kat dewan atau hotel, hanya tengah jalan je.
Tapi walau tengah jalan, nak buat kenduri kawen bukan pakai sikit-sikit duit.
Sejak aku buat open house raya dari tahun 2005 sampailah 2019, untuk 300 orang jemputan saja paling tidak RM4k habis.
Bayangkan untuk kenduri kawen jemputan 2000-3000 orang, RM30K tak lari.
Itu baru kendurinya, belum dengan pelamin, perabot bilik, dan segala miscellaneous.
Mak aku cakap semuanya almost RM50k habis masa kawen aku.
So the question now, macamana dia boleh kumpul banyak tu sedangkan dia hanya seorang kerani dan bapak aku pegawai kerajaan tanpa ijazah?
Masa aku kawen dorang belum pencen lagi ya, duit ganjaran belum dapat 😆.
On top of that hantaran kawen pun dorang tak mintak. 

Masa bertandang ke Tganu, Mak Aji sewa bas untuk angkut adik-beradik dia ikut ke Tganu.
Sewa satu banglo di KT.
Tapi tu lah, kawen anak ditanggung tapi kereta masih pakai Saga second hand.

Ini masa kawen Ima.
Masa Ima kawen pun sama, kenduri ditanggung dan hantaran kawen tak diminta.
Ima pun Mak Aji hadiahkan perabot bilik.
Yang gambar atas tu perabot baru dia lah tu.
Hantaran kat atas lantai tu tema hijau tu semua aku gubah. Saja je lah nak bagitau. 
Baju nikah putih Ima pakai tu baju nikah aku.
Sebab kakak beliau sangat gojes memakai baju tu di hari nikah, maka dia mengepaw baju tu untuk hari nikahnya pula dengan harapan segojes kakaknya.

Masa Ima kawen, Mak Aji dah tak larat nak kecahkan rumah maka dia buat kat dewan Petronas Bangi.
Aku ingat lagi seminggu sebelum Ima kawen aku outstation di Kuching-Bintulu-KK-Tawau.
Aku balik pada hari dia nikah.
Esoknya resepsi aku masih tak tahu kat mana kenduri adik aku, boleh?
Call Mak Aji dia kata kat Dewan Petronas.
Aku macam...huh? Buat kat dewan?

Masa ni pelamin and baju pakai Man Kajang, belum sefamous sekarang Man Kajang waktu ni.
Tak salah aku, pelamin Ima aku sponsor. 
Masa Ima kawen Redza belum pandai berjalan lagi.
Mak bapak aku pun belum pencen lagi.
Tapi masa ni bapak aku dah tukar dari Saga ke Waja.
Waja adalah kereta pertama yang dibeli first hand.
Dah ada cucu baru merasa beli kereta baru, itupun Waja je.

Ibal pun sama, kenduri ditanggung, kecuali duit hantaran kau pandai-pandailah kumpul sendiri.
Masa Ibal kawen dua-dua dah pencen.
Dan paling best, kitorang bertiga sama-sama dapat Kancil sebiji lepas grad.
Walaupun Kancil je, tapi mak bapak aku bukan kerja besar pun.
Yang kerja besar pun belum tentu boleh bagi anak-anak kereta sorang satu walau Kancil.

Bila aku dah pindah keluar dari Bangi, dah beli rumah, beli kereta sendiri, ada expenses and loan yang kena commit, ada anak-anak - baru aku sedar ada pengorbanan mak bapak aku dulu yang aku tak nampak.
Banyak perbelanjaan nak kena commit.
Banyak kehendak nak dipenuhi.
Banyak nafsu untuk itu ini.
Hebat mak bapak aku rupanya, walau gaji tak besar tapi mampu menyimpan.

Looking at their savings, aku sedar dorang terlalu banyak berkorban sewaktu muda.
Banyak keinginan dorang yang tak terpenuhi, yang terpaksa dorang pendamkan demi nak menyimpan untuk kesenangan anak-anak.
Kalau tengokkan pada how much they have spent supaya kitorang tak perlu berhabis untuk kawen, aku realized mak bapak aku sebenarnya mampu nak bawa kitorang bercuti, makan sedap-sedap setiap minggu, beli baju baru setiap bulan, maybe boleh hantar aku belajar piano and kelas ballet agaknya.
Mungkin bapak aku boleh bertukar 3-4 jenis kereta dari dulu agaknya.
Tapi dorang pilih untuk beli dan sediakan yang perlu sahaja.

Bila anak-anak semua dah kawen dan bekerja, barulah dorang renovate rumah, tukar kereta baru, vacation, beli barang kemas, etc.
Jangankan kata beli barang kemas untuk diri sendiri, untuk aku and Ima dah tua-tua ni pun dapat hadiah barang kemas dari Mak Aji.
CT yang menantu pun dapat. 
Cuma satu je lah yang belum bertukar - dia punya memetir.
Kitorang adik-beradik dah tua-tua ni pun masih dipetirkan.
Hari tu masa balik Bangi dia tunjuk gelang.

"Ni gelang berlian mama, kalau nak jual balik memang tak tinggi orang nak beli. Tapi beli untuk kepuasan diri sendiri".

"Berapa mama beli ni?"

"Gelang ni RM13,000".

Aku pause seketika.

"Mama beli satu set dengan rantai and cincin dia. Design sama."

Lama aku pause.
Gelang saja RM13K.
Pastu cincin dengan rantai lagi.
Eh, ni memang dah tak kuasa nak menyimpan duit lagi ke camana?

Tapi aku happy.
Happy they are enjoying their life now.
Biarlah, dorang dah terlalu banyak berkorban dan mengehadkan macam-macam keinginan diri sendiri semasa muda. I am truly happy for them.

Apa yang mak bapak aku tampilkan dari segi gaya hidup, it's not about how much you earn, but how much you save.
Savings dorang mungkin tak sebanyak orang lain tapi ada.
Biarlah tak nampak macam kaya.
Bagus juga, sebab bila kita tak kaya barulah kenal siapa kawan siapa saudara.

Mak Aji pesan "Esok anak-anak kawen, buat macam mama papa buat kat korang. Kenduri tanggung, jangan biarkan anak keluar rumah sehelai sepinggang, belikan perabot and peralatan dapur".
Fuhh, nasib baik 2 je anak aku *tiberr*.


2021-10-28

Staycation MiCassa Hotel, KL.


Ahad lepas perancangan mengejut dari En Wan bawa aku and Rayyan staycation di KL.
Tengah elok-elok je masing-masing terlentang atas sofa kat hall lepas breakfast nasi lemak, tiba-tiba dia kata "Siap, lepas Zohor kita check in hotel".

Berderau terus darah aku.
Baru aku nak rilek-rilek baca buku dia dah buat hal.
Aku memang selalu bersangka buruk kalau dia kata nak check in KL.
Pulak tu bila aku tanya "Hotel apa?", dia jawab "Rahsia".
Memang kepala otak pikir negatif dah.
Susah dah aku nak bersangka baik lepas terkena beberapa kali.
Walaupun dia pernah memperbaiki kesilapannya dengan book staycation di hotel best, tapi bak kata omputih "Once you make mistake, it's never forgotten". Gitewww.

En Wan ni jenis yang pantang aku leka sikit, dia buat balik perangai 'suprise' dia tu.
Tu pasal aku seriau bila dia buat plan mengejut.
Karang hilangkan nak bercuti, terus jadi bertekak.
Dia selalu konfiden surprise dia menjadi dan aku akan bercucuran airmata sebak dan terharu. 
Bab vacation/staycation ni kalau En Wan yang plan, aku malas dah nak aim tinggi-tinggi.
Kadang aku bengang jugak apehal suka sangat duduk kat hotel yang 'rare'?
Kat ceruk, kat dalam hutan, kat shoplot sebelah bengkel.
Nak buat macamana, dia memang suka percutian yang bersifat adventurous.
Dia cukup seronok tengok muka aku berubah jadi bengang. Penyakit apekah?

Lepas Zohor kitorang gerak ke KL.
Dalam kereta aku perhati je laluan-laluan yang dia pilih.
Masuk Jalan Istana, ok.
Lepas tu masuk Jalan Raja Laut, ok.
Lepas tu kona masuk Jalan Sultan Ismail, ok sudah bagus.
Aku dah nampak KLCC.
Dalam hati aku ni mesti nak check in Mandarin Oriental ni. Hahaha.
Tapi lepas tu dia lalu depan Avenue K dan stop kat simpang empat Tabung Haji.
Aik?? Nak pi mana ni.

"Kita gi lunch dulu. Abang nak bawak Di makan De'Wan (Chef Wan's restaurant)".

Oh, nak pegi makan rupanya.
Masih ada harapan nampaknya stay kat Mandarin ni 😆. Kahkahkah.

De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL.
Ini pertama kali aku masuk The Linc.
Dari jalan besar nampak macam hanya ada De'Wan and B.I.G je kat bangunan tu.
Mati-mati aku ingatkan bangunan tu hanya ada 2 benda ni saja.
Rupanya macam-macam cafe and restaurant ada dalam tu.

Mula-mula ingatkan hazab nak dapat parking, tapi banyak juga space hari tu.
Maybe orang KL semua keluar merentas negeri.
En Wan gamble je walk in. Tak book pun.
Orang kata nak masuk De'Wan kena buat reservation dulu.
Tapi takpelah, tak dapat masuk De'Wan, makan je cafe lain banyak dalam tu.

Alhamdulillah, ada table.
Helok pulak tablenya kat main, bukan kat hall.
Cantik betul ID restoran ni. Sesuailah dengan kehebatan seorang international chef.
Disambut dengan rempeyek as kudap-kudapan.
Tak perlu tunggu lama untuk order, staff dia ramai.
Kitorang order ayam Penchok, siakap sweet sout (fillet), kerabu mangga with grilled sotong dan cucuk udang.
Orang kata cucuk udang is must have kalau ke De'Wan, maka kita pun cubalah.

Kalau datang 4-5 orang, tak payah too ambitious nak order sampai 2 hidangan setiap lauk sebab portion dia besar. 
Berpeluh aku dengan En Wan nak habiskan.
Ayam Penchok tu luckily kitorang ambik set ni.
Mula-mula ingat nak ambil whole chicken grill.
Saja nak ratah-ratah, lagipun Rayyan tak berapa makan lauk ayam berkuah.
Kalau kering dia makan.
Aku terpandangkan ayam Penchok.
Tak tahupun apa rasanya tapi nak try.
Nasib baik pilih ni sebab ayam Penchok ada 4 ketul aje ayam dalam tu tapi besar sizenya!
Takleh bayang kalau kitorang ambik whole chicken, mau muntah belahak nak menghabiskan.

Nasib baiklah tak tamak order banyak lauk.
Hari tu order 4 jenis je, banyak tak habis.
Ayam penchok tu sedap. 3 ketul Rayyan makan sorang.
Anak aku ni picky eater, kalau dia makan bertambah maknanya sedaplah tu.

Nasi di sini bukan nasi putih, ya.
Dia bagi 2 jenis nasi - nasi lemuni dan nasi telur Terengganu.
Dua-dua korang akan rasa. Tak sure kalau nasi boleh tambah free sebab kitorang tak tambah nasi pun.
Rayyan tak reti nak makan nasi ni, tu yang dia ratah ayam sampai 3 ketul.
Aku pulak memang kekenyangan sebab pagi tu dah makan nasi, lansung aku tak sentuh nasi De'Wan.
Aku dok meratah lauk-pauk, itupunnnn tak habis.
Nasi plate aku En Wan yang ambik, jadi tak berpeluang nak tahu if nasi boleh tambah free.

Boleh aku katakan, kerabu mangga De'Wan sangat sedap.
The best antara kerabu mangga yang aku pernah makan.
Rencah and ulamnya cukup, siap ada bunga lagi dalam kerabu.
Grilled sotong dalam kerabu tu bukan bangsa yang kiut-kiut ya, tapi besar.

Lagi satu siakap fillet.
Aku dok imagine fillet kecik-kecik, sekali yang datang hah kau, panjang!
4 keping pulak tu, sengkak perut aku nak menghabiskan.

Cucur udang tu memang terpaksa aku akui, sedap.
Patutlah ramai yang recommend.
Dia punya udang kasar-kasar, puas makan.
Sos ada dua - sos cili Thai and another one macam sos pecal/pasemboq.
Insyallah, nak pegi lagi. This time nak try kat Bangi pulak.

Tak cukup korum keluar ali ni sebab Redza takde.
Sepanjang-panjang dia balik bercuti banyak terperap kat rumah.
Bila dah boleh bebas bergerak, dia pulak dah masuk skolah.
Jangan esok time dia balik kena berkurung balik. Naya.
Insyallah next round ke De'Wan kena tunggu Redza balik.
Harapnya masa tu dapat satu round lagi staycation KL.

Actually tempat-tempat macam ni tak payah ajak Rayyan.
Dia tak appreciate makanan macam ni. Kalau fast food ok.
Kalau Redza insyallah boleh masuk tempat makan macam ni.
Redza ni makan apa pun tak kisah tapi kalau tempat macam ni atau fine dining, tak membazir bawak dia.
Dia sejenis enjoy food especially pastry and cakes. 
Sepanjang dia ada kat rumah hari tu, dia lah punca point aku kat Gula Cakery mencanak-canak naik.
Kejap-kejap aku beli kek. Sekali beli sampai 7-8 slices.
Nak pilih makanan yang kena dengan tekak Rayyan, samada mamak atau fast food, atau nasi goreng aku.
Aku kat rumah buat nasi goreng hari-hari pun takpe, memang licin dia makan.
Tapi De'Wan powerlah sebab dia punya ayam Penchok kena dengan tekak Rayyan, sampai 3 ketul dia bedal.

Kesian pulak aku tengok Pak Incik aku ni.
Aku syak dia makan dengan tak berapa kenyang hari tu sebab kejap-kejap aku tanya "Hotel mana?".
Macam-macam soalan aku tanya untuk korek.

"Hotel tu ada bath tub tak?" 
Kalau takde bathub mesti bukan Mandarin. Kahkahkah.
Tapi dia tak jawab.

"Hotel tu ada cafe tak?"
Ini penting sebab aku nak order makanan dalam bilik.

"Hotel tu ada iron dalam bilik ke tak?"
Ini paling penting, petanda utama hotel cikai atau tak.

Oh hari tu aku terbaca post orang share pasal someone komplen Sri Malaysia PD hauk.
Katanya teko berabuk, cadar kotor and berbau, plug berabuk, tisu takde.
Yang sebenarnya kan, di zaman sekarang, kalau harga hotel tu below RM200, kita dah boleh bersedia untuk tak dapat servis yang best.
Maybe tak semua tapi selalunya gitulah.
Nak-nak lagi Sri Malaysia.
Aku pernah duduk 3 jenis Sri Malaysia - Kepala Batas, Kuala Trengganu and Kangar.
Yang paling hauk antara 3 is KT. 
Tapi aku tak taulah sekarang macamana, maybe dah ok berbanding aku pergi tahun 2004 dulu.
Time aku pergi tu, biliknya sedih, servis pun sedih.
Tapi kira halallah sebab aku ke sana urusan kerja, pergi pulak dengan colleague.
Asal ada tempat tido dah. 

Sri Malaysia Kepala Batas aku pergi tahun 2012, urusan kerja juga.
ID lebih kurang sama je semua Sri Malaysia ni, takleh nak expect beria sangat however Kepala Batas ok.
Untuk harganya yang tak sampai RM200 tu oklah.

Yang paling best adalah Kangar.
New bulding, pool bersih, tapi bilik tetap basic macam Sri Malaysia yang lain.
Mintak family room (ada 1 queen & 1 single) pun sempit.
Aku pernah bawa Pak Aji & Mak Aji ikut aku outstation sebab nak bawa dorang masuk Langkawi sekali.
Book Sri Malaysia sebab dekat dengan UNIMAP Arau (aku ada kerja di situ).
Kitorang bertiga tido family room.
Jarak single bed dengan queen hanya 2 tapak tangan 😆.
Iron kalau nak tunggu dia hantar memang jenuh lah.
Sebaiknya nak duduk Sri Malaysia, irin bawa sendiri, hanger bawa sendiri, sabun bawa sendiri, towel pun bawa sendiri sebab towel dia nipis.

Sebab tu aku cakap kalau harga bilik less than RM200, jangan expect lebih.
However ini subjektif.
Ada orang bilik RM80 pun dia kata ok.
Ada orang lain pula bilik RM300 pun dia kata cikai.
Masing-masinglah, tapi to me kalau bilik tu takde bersekali iron and board, itu pasti hotel yang mengundang aku bertekak dengan En Wan. 
Tapi dia cukup suka bawa aku hotel jenis ni.

Aku bukan apa tau, En Wan punya definisi 'percutian yang menyeronokkan' tu sangat berbeza dengan aku.
Dia suka greenery, ada sentuhan alam sekitar, kalau boleh nak hotel ceruk dalam hutan atau kat lorong-lorong shop lot.
Sebab tu aku tak pernah jejak Janda Baik, sebab aku tak suka kawasan yang ada elemen-elemen hutan.
En Wan pula suka tempat-tempat gini. Macam kampung katanya.
Halah, kalau nak suasana kampung, balik je lah kampung habis cerita.
Macamkan kau orang bandar pulak takde kampung. Lainlah I orang bandar *libas rambut*.

Orang kata kalau tak bergambar depan ni, tak lengkap visit ke De'Wan.

..tapi mana nak sama bergambar dengan isteri terchenta. Tak gitu?

The Linc KL ni instagrammable.
Banyak spot cantik kat sini untuk bergambar, antaranya tangga ni.

Rupanya hotel aku belakang De'Wan je.
En Wan booked MiCassa Hotel.
Ok hotel dia, tapi Mandarin lagi ok (tak abis lagi dendam ni).
Tapi kitorang terpaksa settled dengan bilik paling standard sebab siapa suruh book mengejut-mengejut.
Mana nak dapat bilik best dah sebab hotel tu fully booked hari tu.

Omputih ramai duduk sini, agaknya sebab kehijauan, dan masih dalam KL, dekat pula dengan KLCC and The Linc.
Aku takde hal, janji bilik ok. 
Alhamdulillah, walaupun bilik standard, tapi selesa dan luas.
Bantal dia macam bantal hotel yang aku suka, jenis panjang dan gebu.
Tilam pun tinggi. Segala-galanya ok.
Agaknya kalau bilik yang atas sikit mesti lagi ok.

Ini bilik kitorang hari tu.
Boleh ke website MiCassa untuk tengok bilik-bilik lain.
Bagus tempat ni, rating pun tinggi 8.5.

Aku dah dapat bilik yang tenang, dah malas nak keluar.
Tapi layankan juga permintaan En Wan untuk teman dia and Rayyan ke pool tolong ambilkan gambar.
Pool dia tak berapa cantik, aku lagi suka pool Golden Sans Penang.
Tapi ye lah, pool besar-besar pun bukannya aku nak mandi.

Malam tu kitorang dah kekenyangan makan kat De'Wan tengahari tu.
Malas nak makan heavy.
En Wan plan malam-malam sikit dah berasa lapar, apa kata keluar pi Pelita pekena cheese naan.
Ok, aku onnnn.
Sekaliiiii, dia dah berpencak dalam kolam dengan anak dia petang tu, terus lembik.

"Order Grab je boleh?"

Hmmmm...dah agak dah.
Nasib baik dapat tekak bini tak kisah.
Order Pelita and McD, settle.

Malam tu takde aktiviti. Orang tua-tua bercuti ginilah.
Takde de nak menikmati life malam.
Life kitorang kalau malam melayan cerita Tamil.
Malam tu aku and En Wan melayan cerita Telugu.
Gigih bawak cable dari rumah nak cucuk laptop kat TV.

Katil dia besar sikit dari queen bed tapi kecik sikit dari king bed.
Tido 3 orang masih selesa. Tapi kalau king jauh lebih selesa.
Katil kat rumah aku king size. 
Kalau susun 4 beranak masih selesa, tak pernah jatuh lagi 😁.



Pagi the next day, breakfast kat Kenny Hill/s Bakers.
Dekat je, 700m dari hotel.
Tu yang aku cakap hotel ni kelilingnya dekat dengan tempat makan.
Malam tu En Wan kata kat lobby ramai mat saleh tengah tunggu Grab 😆.

Kalau tak kerana stay hotel ni, tak jejak kaki aku kat Kenny Hills Bakers.
Lama dah tau cafe ni tapi takdelah aku nak merentas jauh-jauh dari Subang Jaya semata-mata nak makan situ, kan.
Kitorang pergi Monday morning, orang semua tengah kerja.
Tak ramai orang, nak dapat spot yang cantik pun senang.
Again, Rayyan tak appreciate tempat macam ni.
Semua benda tak kena dengan selera dia.
Padahal aku orderkan scramble egg and cheese toastie, punnnn dia tak makan.
Alasannya, roti tu ada hitam-hitam.
Sramble egg ada 'sampah' (tomato and chili).

Rayyan ni sangat cerewet bab makan. Ini kalau dapat masuk boarding school macam abangnya, mau kurus kerempeng jadinya. 
Dah tu, semua benda kau tak makan.
Kalau roti bakar, tak boleh garing sangat.
Kalau ada terbakar-terbakar garing memang dia tak sentuh. Rela dia berlapar.

Goreng ayam pun macam tu gak, kalau terlebih garing ada hitam sikit kulit ayam, memang tak sentuh.
Letih aku melayan tekak dia.
That's why kalau keluar makan dengan dia, kena cari kedai yang makanannya dia boleh makan.
Tapi kadang-kadang, aku buat kering hati je.
Kau tak nak makan, kan. Duduk situ diam. Mak ko nak makan.
Hari tu terpaksa aku habiskan toastie dia. Dah lah banyak.
Macam nak muntah aku kekenyangan.



Aku order Big Breakfast.
Aku kalau breakfast memang suka ambil heavy so that lunch can skip.
Tapi disebabkan aku kena habiskan toastie Rayyan, tak dapat nak enjoy Big Breakfast.
Nasib baik pakwe I tolong perabiskan.
Yang pakwe aku ni pun satu, ada ke dia order untuk diri sendiri roti dengan telur masak setengah je?
Eh hello, itu kat mamak pun ada.
Datang sini setahun tak sekali, orderlah yang rare sikit.
Last-last dia terpaksa habiskan plate aku. Lega.

Masa sampai sana awal-awal dah plan nak tapau pastry and cake time balik.
Bila dah terlebih kenyang, terus kensel plan aku nak tapau.
Cannot go dah. Kalau beli pun sure tak bermakan.



Lepas breakfast balik semula ke hotel sebab Rayyan ada google meet.
Aku and En Wan pula kembali ke dunia realiti walaupun jasad tiada di ofis.
Kebetulan this week tengah ada Pay Day Special untuk GC Plus, memang takleh tinggallah.
Berdesup-desup email masuk.
Yang DM aku pun sama naikkk, padahal aku dah tulis "sila whatsapp nombor ini", tetappppp nak order dengan aku.
Bukan tak boleh, tapi DM aku banyak mesej belum berbaca.
Takut tak sempat baca nanti.

Menjak PKP ni ke mana-mana kena angkut laptop, ya.
Dulu boleh la cakap "Saya sedang bercuti".
Bila segalanya boleh buat online sekarang, dah tak jumpa alasan dah nak skip meeting.

Sekian saja staycation. 
Nama pun stay, satu malam je lah sudah.
Saja nak keluar dari Subang Jaya.
Nak pegi jauh-jauh belum berkesempatan.
Tak cukup korum macam tak best nak berjalan. 
Kena tunggu cukup korum baru boleh plan jauh sikit.



Dia punya menggelinjang tu macam dapat tempias aku sikit.



Ini post di IGS semalam. Aku share di sini juga sebab akaun IG aku set private.
Sesiapa berminat nak guna khidmat aku, email: aveo757[at]yahoo[dot]com.
Thank you.





2021-10-27

Lakukan sesuatu yang akan menarik the right crowd.


2 hari lepas aku up poster Retort Technology. Ada sorang DM.
Dia kata game aku berbeza dari game business owner di kalangan instafamous.
Katanya most business owner (founder) buat tik tok joget, buat parodi, buat lipsync, buat live beli handbag, live campak duit, live beli emas.
Tapi aku punya game banyak pada bahan ilmiah.
"Crowd Kak Di mesti yang rajin membaca" katanya.
Ya lah agaknya.

Aku kurang berminat untuk ketengahkan produk aku dengan cara selain dari apa yang aku buat sekarang.
Aku tak pandai dan tak mahu buat. Anggap je lah begitu.
Masing-masing ada kecenderungan dan kelebihan yang berbeza.
Ada orang kecenderungannya pada menari, maka dia buat video joget.
Ada orang kelebihannya acting maka kecenderungannya buat parodi.
Ada orang suka share apa dia beli, maka dia selalu buat live ketika membeli.

Game aku berbeza.
Aku suka share fakta dan info disebalik produk yang aku produce.
Maybe juga kerana aku involve in preparing Learning Management System for academic program jadi kecenderungan aku pada knowledge sharing.
Boleh jadi juga kerana aku masih active doing custom lab project seperti food safety maka cara aku market produk tak lari dari bentuk ilmiah.
Malah dalam kursus retort technology aku pun ada kelas teori, bukan semata-mata test produk customer untuk diuji retort.
Because I love sharing knowledge dan sebenarnya bagus untuk entrepreneur tahu sedikit sebanyak tentang the science of food.

Dalam bulan ni sebenarnya aku ada 2 webinar and 2 talk (online).
Kesemuanya dari crowd pembaca blog yang minta aku buat talk.
Bulan ni aku dah buat talk tentang personal branding, giving sales motivation, talk about qualities employers look for (ini program dengan universiti) dan selling with story.
Maka aku rasa penjelasan ini juga menjawab soalan pembaca blog kenapa bulan ni blog post aku hanya 7 sahaja 😆.
Aku pun baru perasan hari ni dah 27 Oktober tapi blog post aku baru 7.
10 tahun lepas, sebulan paling kurang 25 blog post okeh!

Begitulah berubahnya schedule aku sejak 2 tahun kebelakangan ni.
Nampak je macam tenang, padahallll.
Mana nak prepare slides and talk, mana nak prepare Learning Management System, mana dengan RnD, mana dengan sales GreenAard.
Ini pun pak incik aku dah ura-ura nak start balik Fleur by Mrs Him sebab semua dah boleh bergerak, kan.
Tapi #ilovemyjob gitu.
Abis kalau sendiri tak love sape lagi kan.
Cuma aku tak dapat nak share gambar masa program sedang berjalan sebab aku bukan organizer.
Aku speaker yang dijemput.
Kalau aku organizer macam Halal Executive Class tu, lainlah.


Oh by the way, inilah LMS aku - Professional Diploma attach dengan local Uni.
LMS ni dibuka juga kepada overseas student yang nak belajar.
Ada OTHM certified, ya. I level international. Ahgitewww.
Now aku tengah prepare LMS untuk program Masters pula.

Boleh jadi penglibatan aku dengan program akademik and lab projects buatkan game aku nampak berbeza dari founder lain dan tak follow trend semasa.
Tak apalah, biarlah aku buat sesuatu yang aku ada kekuatan.
Aku tak follow the trend kerana aku takde kepandaian di situ.
Mereka yang lain tak buat macam aku boleh jadi kerana mereka tak minat nak buat apa yang aku buat.
Masing-masing play different game.

Game kita tak sama.
Ada orang suka share berapa sales dia dapat setiap hari.
Maybe game dia untuk recruit downline maka dia perlu buat begitu.

Ada orang suka buat live beli branded things.
Kerana game dia mahukan views yang meluas.

Ada orang suka create provokasi atau isu-isu yang panas.
Kerana gamenya untuk dapat attention yang lebih ramai. Supaya lebih dikenali.

Ada orang suka share gamba duit kepuk-kepuk.
Untuk meraih minat agen pasarkan produk agaknya.

Aku tahu ramai yang baca blog aku ni di kalangan yang buat online bisnes.
Ramai agen baca blog aku ni. Aku tahu.
Macamana aku tahu?
Sebab antaranya dah pernah attend talk aku yang dianjurkan oleh group leader masing-masing.
Kalau ada yang expect aku akan ajar participants buat video tik tok, video parodi, copywriting yang ada unsur bad-maraketing-janji-viral - hat ni awal-awal sebelum terima tawaran lagi aku dah bagitau yang my approach berbeza.

Aku tak suka mengajar. Lebih suka sharing.
Jadi apa yang ada dalam talk aku based on my experience berkuli dan berbisnes both offline and online.
Aku rasa kat sini aku ada sedikit kelebihan kerana:
- pernah makan gaji dengan both government and private.
- ada sedikit pengalaman doing lab work semasa belajar dan bekerja.
- ada pengalaman doing both offline and online sales.
- pernah jadi distributor both overseas and local product.
- pernah teaching.
- pernah conduct workshops.
- pernah organize program.
- pernah collab dengan government agency untuk produce disease detection kit.
- pernah produce kit and own product.

Berbekalkan sedikit pengalaman ni, aku jadikan bahan untuk share semasa talk.
Maka bolehlah dianggap inilah game aku kerana aku tak pandai nak follow trend terkini.
Aku sedar tak ramai yang ada pengalaman macam tu jadi apa salahnya dengan pengalaman tu aku share tips dengan cara aku.
Bukan maksudnya tips dari sifu-sifu online bisnes ni tak valid tapi aku cuma gunakan cara sendiri.
Bak kata Padayappa - "En vazhi, thani vazhi" (The path I walk will be unique). *zassss libas selendang*

Ramai yang ikut-ikut cara orang sekarang bukan kerana mereka suka buat tetapi kerana kelihatan seolah-olah cara itu nampak berhasil.
Berhasil buat duit.
Berhasil dapat perhatian.
Berhasil jadi terkenal.

Buatlah kalau rasa kena dengan gaya.
Buatlah kalau rasa boleh carry.
Tapi kalau tak boleh, jangan buat.
Kalau takde tujuan, laaaagi jangan dibuat.
Nanti hilangkan nak dapat good impression terus kena kecam berjemaah.
Dan kalaulah boleh dipakai nasihat aku ni, aku nak pesan kalau nak buat video tik tok untuk promote produk biarlah video tu related dengan produk.
Aku konfius kadang-kadang tengok video tik tok mula-mula berjoget, ujung-ujung pegang produk.
Apa yang nak disampaikan tu?
Adakah consume product tu boleh jadi pandai berjoget? Ke camana.
Inilah yang aku maksudkan tadi, buatlah sesuatu kerana kita tahu, bukan kerana semua orang buat.
Buatlah dengan ilmu, bukan kerana memenuhi kuota to-do-list.

One of the reason kenapa kita kena buat dengan ilmu dan bukan ikut-ikut trend adalah untuk attract the right crowd.
Hari tu masa talk, ada yang bertanya aku tentang ni.
Aku cakap, this is not about quantity. 
Crowd kita mestilah terdiri dari relevant group untuk kita. 
Kalau 1000 random people tengok video kita, it will have a much smaller effect and fewer benefits than if it comes 200 but really those from the target group. 
Bila buat video merepek-repek yang takde sangkut-paut dengan bisnes, contohnya buat live memaki orang, yang tengok memanglah ramai.
Tapi sekadar views sahajalah. ROI low. 
Because dengan video merepek tadi you dah attract the wrong crowd yang tak membantu your business pun. 
That kind of crowd hanya minat nak tengok live kau memaki orang je.

One thing about being rich is, it is not how much you earn but how much you save.
Aku ada kawan yang kerja kerajaan (lecturer) yang hidup nampak biasa-biasa tapi savings banyakkkkk.
Sejak tahun 2014 dia constant beli 50g emas setahun, sampai sekarang.
50g emas nampak macam tak banyak mana, kan?
Tapi 50g tu dalam RM15k, ya.
Every year dia beli (invest) gold bar RM15k.
Dari 2014 sampai 2021 masih beli gold bar.
Dia kata nak cukupkan 10 tahun investment baru stop.
Itu baru saving emas, belum lagi invest Unit Trust and ASB.

Ada sekali tu aku tanya nak tak buat wakaf perigi.
Kebetulan aku tolong memanjangkan form untuk wakaf perigi.

“Oklah, I nak wakaf 3 perigi.”

Sebiji perigi boleh letak 10 nama.
Tapi dia wakaf satu perigi satu nama. Nama dia dan parents.
When people say “makan gaji tak boleh jadi kaya”, aku senyum je lah.
Bukan apa, kaya dan nampak kaya are two different things.  
Yang banyak aku tengok sekarang people buat bisnes makin banyak sale, makin takde simpanan.
Aku tak cakap semua, tapi yang aku tahu ada, memang ada.
Because they spend to impress.
Hakikatnya, it’s not about how much you earn, but how much you save.
Banyak save, insyallah boleh senang.
Game kawan aku ni adalah game yang berbeza.
Gamenya is not to look rich but to be rich.
Yang sebenarnya kita boleh achieve apa kita mahu based on apa goal kita.
Tak ikut trend pun takpe asalkan capai goal, you win.
Because the way you do things will attract the right crowd just like you want.


2021-10-26

Produk Dasar Pandang ke Timur


Tadi pagi sementara tunggu En Wan mandi, aku baca tulisan Tun tentang Dasar Pandang ke Timur Programme.
Walaupun aku bukan sebahagian dari tu, cuma kawen dengan produk Dasar Pandang ke Timur je, tapi aku 100% setuju dengan apa yang Tun tulis.

Aku memang admire cara orang Jepun.
Masa aku pi sana dulu, walaupun masa tu aku baru 12 tahun, mak bapak angkat aku greet and layan aku macam aku Duta Negara.
Anak-anak dorang pun respect kitorang (aku and Kavitha) sampai aku segan dengan dorang.

Ingat lagi masa on the way ke airport, kereta mak angkat aku tersodok kereta depan.
Just like apa yang Tun cakap, kalau ada collision, dorang akan keluar dari kereta, bow to each other, pastu discuss lebih kurang then masuk kereta semula.
Takde aku nampak dia bertekak bertempik kat tengah-tengah jalan.
Kalau kita, selagi insurans company tak datang, memang takde lah kau tengok kereta tu beralih.
Jem pun jem lah. Mampus kau situ kering dalam jem.

Lepas mak angkat aku masuk kereta, dia tolehkan kepala ke seat belakang and bow kepala berkali-kali kat aku and Kavitha say sorry.
Padahal aku tak terperanjat pun.
Cuma tersodok sikit je. Tak menjunam ke depan pun.
Tapi dia punya kesal tersodok kereta depan tu macamkan aku terpelanting keluar dari kereta.

Bak kata En Wan, kalau dari segi skill, insyallah kita setanding Jepun.
Tapi bab attitude masih jauh lagi. Jauh sangat.
En Wan kata Japanese bukannya baik semua.
Dorang pun manusia biasa ada ego-nya tapi kalau bab hormat, menepati masa, kerja - memang belum dapat lawan.
Tak tahulah apa yang dah dipasakkan dalam kepala dorang semua sampaikan attitude dorang masih boleh dianggap No. 1.

Bos-bos En Wan dulu pun kalau En Wan bawa dorang outing (kadang-kadang aku ikut sekali), dorang taknak duduk seat depan.
Dia suruh aku juga duduk depan siap bukakan pintu untuk aku masuk, boleh?
Macamkan kita pula tetamu.
Kita ni (maybe culture kita begini), kalau kawan lelaki atau ada ahli keluarga lelaki yang lebih tua, kita bagi duduk depan sebelah driver.
Aku pun tak sure kenapa ya? Adakah memang dalam culture kita perempuan perlu bertolak-ansur diri sebegitu sekali?
Tapi En Wan kata, kalau orang Jepun, walaupun bos kepada suami, tapi dia respect pada isteri staff dia.

Yang aku nampak mosty produk Dasar Pandang ke Timur 'inherit' attitude orang Jepun.
At least En Wan and some of his close frens ada that kualiti.
Tapi kadang aku annoying juga.
Maybe aku tak biasa dengan culture begitu.
Contohnya, En Wan masa mula-mula join aku, staff yang tak LIKE FB GreenAard dan tak bagi rating 5/5, akan disoal.
Macam tak masuk akal, kan?
Aku bertekak dengan dia bab ni.
Aku cakap itu hak dorang nak bagi rating 3/5 ke, 4/5 ke, kenapa nak paksa-paksa?
FB Page je kottttt 🙄.
Tapi tak bagi En Wan.
To him, itu bukan attitude pekerja yang baik.
Dia kata bila kita berkerja di situ, kita kena respect tempat kita cari makan dan support the company.
Cara Jepun sangat, kan?

Mula-mula dulu aku segan dengan staff sendiri sebab aku sendiri rasa benda ni pelik untuk dipraktikkan.
Tapi dah lama-lama, sebenarnya takde yang pelik.
Cuma kita tak biasa dengan culture tu saja.
Itulah antara attitude Jepun yang dia inherit.
Kalau kita punya culture (culture melayu), “Alah biarlah taknak bagi rating tinggi pun, asal kau buat kerja”.
But Jepun punya style tak macam tu.
Dari sekecil-kecil perkara dianggap penting dan sebenarnya yang kecil tu lah yang boleh bawak impak besar.
Nampak je LIKES and bagi HIGH RATING pada FB page tu perkara yang tak penting.
Tapi, apabila seseorang staff support company dengan small contribution macam tu, majikan jadi seronok, suasana berkerja jadi lebih baik dan ada perasaan sayang dan tanggungjawab pada kerja.

Mula-mula dulu aku risau je staff-staff aku takkan “panjang umur” di company ni disebabkan oleh perangai 'pelik' En Wan.
Tapi alhamdulillah, mereka stay.
Maybe dorang pun dah faham, it's all about work, nothing personal.
.
Nak memahami attitude Jepun celup sorang ni perlu ambil masa, ya.
Aku kan dengan En Wan tak sempat bercinta macam orang ‘normal’.
Aku syak kalaulah aku berpeluang bercinta dengan dia macam orang lain - boleh jumpa hari-hari, keluat tenet every week - mau tak jadi kawen agaknya.
Awal-awal aku dah reject.
Tapi bila dah kenal, baru nampak rasional di sebalik tindakannya yang pelik tu.

En Wan ni buat apa pun nak kelebet dengan teliti.
Dia punya tahap nak perfect tu boleh hilang akal kau melayan.
Kalau dia kata "Lepas Zohor keluar" maknanya sebelum azan Zohor kau dah kena standby atas sejadah sebab dia punya "lepas Zohor" tu depends pada dia habis solat pukul berapa.
Kalau masuk azan dia terus solat, maknanya dia punya "lepas Zohor" tu adalah bila dia habis solat.
Dia takkan tunggu dah lepas tu.

Macam Sabtu lepas dia bawa aku staycation.
"Lepas Zohor kita gerak".
Aku solat dalam keadaan dah siap bershawl berjeans berstokin bagai, ya.
Solat kat rumah macam solat bermusafir kekdahnya tak bertelekung.
Pakaian solat-ready gitu supaya lepas solat je, bangun dan terus keluar.
Kalau lepas azan baru kau nak terkibai-kibai ambik wuduk, baru nak terkeseng-keseng bentang sejadah, memang berasap la telinga dia sound.
Silap-silap kena tinggal.

Kalau dia kata "Lepas berita sukan nanti kita gi Giant", maksudnya betul-betul habis je berita sukan terus keluar.
Takde de nak bagi gap 5-10 minit. Takde.
Berita sukan tu start je kau dah kena siap ready.
Sebab bila berita tu habis je dia “Jom!”.
Uii mengah!

Masa dia kerja kilang dulu selalunya 6.30pm sampai rumah.
Kalau hujan, around 7pm sampai rumah.
Pernah satu hari tu dia sampai pukul 7pm sebab hujan lebat, terus capai jeans Superdry (dulu dia jual Superdry jeans juga) dan keluar semula.
Aku tak sempat nak tanya soalan, dia dari dalam kereta jerit "Abang nak pi Puchong hantar jeans, budak tu tunggu lagi kat opis".

Melopong aku depan pintu.
Toksahlah nak jadi mithali tunggu suami depan pintu dengan secawan kopi dan towel nak lap badan.
Buta-buta je aku tegak kat situ, sikit dia tak perasan pun sebab nak cepat.

Dulu mati-mati aku taknak kerja dengan En Wan.
Tak pernah melintas dalam kepala aku one day dia akan masuk company aku.
Aku dah boleh bayang betapa stressnya aku nanti.
Tapi jalan takdir rupanya tertulis dia akhirnya join company aku.
Memang tegang je awal-awal dulu. Asik nak bertekak je.
Terlalu banyak benda yang bagi aku tak payah nak too detail, tapi dia semua benda perlukan ketelitian.
Macam aku, kalau benda tu boleh simpan dalam laptop, aku simpan je.
Kalau dia tak. Semua benda nak ada hardcopy.
Even kat rumah pun dia ada satu folder khas simpan segala mak nenek resit. 
Masalahnya, resit beli barang Giant pun dia simpan.
Aku ni toksah kata nak simpan resit Giant, barang yang aku beli pun kadang-kadang tertinggal kat Giant. Kahkahkah.

Ini gambar lama, rasanya tahun 2012.
Ini zaman dia mula-mula berjinak nak bisnes online.
Senang hidup dia tau, gunakan blog bini untuk market produk.
Dah la promote jeans kat blog aku se-sen tak bayor.
Boleh pulak mengarah aku "Dah naikkan post seluar abang ke belum?". Ewahhh.
Dah lah pakai akaun Pos Laju company aku untuk pos jeans customer dia.
Duit pos laju pun free tau aku absorb demi nak bagi sokongan kat bisnes suami.
 
Gambar tu ketika dia tengah prepare nak pos jeans.
Nak pos jeans je tapi dia punya 'paper work' macam nak buat tesis!
Pukul 6 pagi bangun untuk buat packing, okeh?
Masukkan data dalam excel, highlite pula dengan color, siap print segala. Wadehel?
Macam aku, semua aku simpan dalam excel je.
Takde keje nak print bagai. Habis ink aku je.

Tak, masalahnya masa tu hanya buat 2 kerja je - engineer dan jual jeans.
Itupun bukan hari-hari jual, hanya sesekali.
Tapi dia punya paper work mengalahkan aku yang run banyak benda.

Tahun 2012 aku buat biotech business, buat halal anakysis (lab work), buat tudung, and jual Ephyra.
On top of that everyday aku keluar jumpa customer.
Still, takdelah sampai bersusun-susun paper work macam tu ha.
Tapi to be fair to him aku ada staff di ofis untuk tolong aku bab clerical work.
But lab work aku buat sendiri, online business aku buat sendiri, dan masih boleh rilek-rilek lagi buat kerja.
Yang dia jual jeans saja tapi dia punya busy macamkan jual kapal 😆.

Itulah En Wan sampai sekarang.
Ketelitiannya buat aku arghhhhhh!
Maybe pengalaman sebagai engineer yang jaga production buatkan dia sangat teliti.
Tapi bagus juga, sebab aku jenis yang buatlah-ikut-mana-pun-asal-jadi.
Perangai aku ni tak sesuai kalau jadi cikgu.
That’s why En Wan lebih sesuai ajar anak-anak buat homework dan uruskan urusan harian anak-anak.
Kalau aku yang ambik tugas tu agaknya macam gelandangan rupa anak-anak aku.


2021-10-21

Mudahnya main dulu-dulu.

[Ladies keluar bertenet bersama-sama, bapak-bapak jaga anak]

Last week rumah Mak Aji penuh dengan cucu, anak dan menantu after setahun tak merentas negeri.
Last aku jumpa Ima December tahun lepas masa ke JB. Ima pulak last balik Bangi raya puasa last year.
Maknanya setahun lebih dia tak balik Bangi.
Dah macam duduk kat Zimbabwe lagaknya.
Padahal dalam negara je semua.
Itulah penangan PKP.
Itu menunjukkan kami sejenis yang akur dengan undang-undang. Gitewww.

Cucu Mak Aji belum ramai, baru 6 orang.
Redza (batch 1) memang out of the league.
Takde geng kalau balik Bangi sebab cousin-cousin lain semua kecik lagi.

Rayyan, Jannah and Mirza (batch 2) lebih kurang sebaya, boleh main bersama.
Tapi masing-masing dah mengadap online games je sekarang.
Tak berkuntau sangat.

Iskandar 3 tahun (batch 3) tengah melasak.
Izzudin masih baby, blom reti main.

Walaupun ada 6 cucu tapi ada gap yang agak besar antara Batch 1, 2 dan 3.
Berkumpul satu rumah tapi ada group-groupnya.
Yang sorang berlonggok main Roblox, yang sorang bersilat tengah-tengah rumah dan yang satu lagi maybe kalau dia ada, tengah tido (Redza).

Rumah Mak Aji tu kalau nak dengar bising pun bukan suara cucu tapi suara anak-anak.
3 orang je anaknya pun tapi suara aku je dah mewakili 10 orang.
Sepanjang PKP jiran-jiran Mak Aji aman takde dengar suara perempyan mengilai kat dapur.
Eh tetiba last week dah ada suara mengilai. Sure tension dia.



[Dimsum time]

Masa kitorang tengah lepak-lepak sambil perati-peratikan budak-budak ni main, aku dengan Ima layan bersembang.
Ima cakap "Dulu kita main rumah sikit tak bersepah kan?"

Yes, right! Memang tak bersepah.
Nak mampos sepahkan rumah Mak Aji?
Beliau libas dengan pemukul lalat, terus game over.

Anak-anak sekarang asal nak main je mesti kena ada barang mainan.
Si Rayyan masa kecik dulu setahun 14 kali beli set dokter-dokter.
Tahanlah dalam setengah jam, pastu stetoskop terbelah dua.
Kalau barang memasak jangan cakap la.
Aku rasa lemari Ikea yang aku beli untuk dia simpan barang mainan tu, 3 laci je dah penuh dengan kitchenware dia je.
Belum masuk barang lain.

Aku terpaksa akui betapa hebatnya zaman kanak-kanak dulu bermain.
Rumah sikit tak semak dengan barang mainan.
Seingat aku, aku dengan Ima takde barang mainan.
Maybe ada la 2-3, tak banyak dan takde yang meninggalkan kesan.
Setakat teddy bear, ada. Dam Aji, ada. Dan Darjah 6 dapat Monopoli.
Tapi kalau mainan masak-masak, dokter-dokter, ke kebun, ke pool ni semua takde.

Masa Ibal wujud barulah ada mainan-mainan ni semua dalam rumah.
Agaknya excited anak lelaki kan, kejap-kejap dibelikan mainan.
Lepas tu yang tukang kemas balik-balik aku.

Aku tanya Ima "Ingat tak kalau kita start main mekap-mekap kat kampung, kita guna apa?"

Ima cakap "Bedak!"

Ya, adik-adik, bedak ya.
Bedak Johnson & Johnson powder tu.
Main kat kampung katakan, nenek aku mana ada mekap.
Bila datang seru nak main mekap-mekap, walau takde alat mekap, permainan itu harus diteruskan juga, ya.
Bahan yang available untuk dijadikan alat mekap waktu tu cumalah bedak.
Bedak ada 2 jenis, satu yang powder, satu lagi yang patsegi buat baling anjing tu.
Alah, yang gambar depan dia pompuan muka putih selepom.
Bedak tu kan kesat sikit.
Aku gunakan bedak tu untuk cabut uban arwah atok.
Bedak tu memang available untuk dicapai, nenek takkan syak punya aku buat main bedak tu sebab itulah satu-satunya bedak easy access.
Bedak tu dalam kotak kan, so macam feeling guna barang mekaplah.



[Nasib baik CT ada anak kecik standby kat rumah, kalau tak, mahu lajak pi karaoke lepas makan]

Jadi, macamanakah kami gunakan bedak tu sebagai alat mekap?

Senang.
Kita berimaginasi sahaja 😆.

Bedak tu aku gunakan sebagai eye shadow.
Itulah jugak blusher.
Lipstik takyah, lipstik pakai air liur je.
Jilat-jilat sikit bibir dengan air liur biar nampap kilat ala-ala lip tint.
Padahal bedak tu bila sapu kat mata dah sah-sah nampak setepek putih kat kelopak mata, kan?
Salah! Itu pandangan mata orang tua.
Pandangan mata budak-budak, kalau aku cakap bedak tu adalah eye shadow, maka ia jadi eye shadow.
Kalau aku cakap bedak tu adalah blusher, maka itu adalah blusher.
Memang menjadi!
Dah settle ‘mekap’ tengok kat cermin, wow cunnnnn!
Walaupun sebenarnya putih je, tapi imaginasi budak-budak power tau.
Kau je nampak putih, tapi kitorang yang main tu nampak kelopak mata biru, pipi merah!
Kau mana tau semua ni.

Sama lah kekdahnya kalau main masak-masak kat kampung.
Takyah guna barang-barang dapur nenek aku, kuali periuk sudu segala.
Kitorang tak kacau.
Segala-galanya ada kat luar rumah.
Dunia ini ada banyak benda untuk dimanfaatkan.
Kalau aku kata buah pokok jenjarum tu adalah bawang, maka itu adalah bawang.
Kalau aku cakap "Ima, pegi carik sayur”.
Ima dengan otomatiknya petik daun rambutan, bunga raya nenek aku, kaut sikit dedak ayam kat reban tu.
Eh kata nak buat sayur campur kan, haruslah warna-warni sikit. Gitu kreatifnya.
Sebulan duduk kampung, dedak ayam nenek aku licin buat main 😆.

The same goes bila main nenek-nenek.
Walaupun cuma bunga kertas + bijik buah jenjarum ditumbuk-tumbuk dan dibalut dengan daun bunga raya, ia tetap menjadi sirih!
Kalau kau cakap tu bukan sirih, kau takleh main. Blah!
Kalau kau nak main, kau kena percaya itu adalah sirih.
Kalau aku cakap kau kena makan sirih tu, kau makan. Mbahahhahah.
Ada elemen-elemen kejam sikit dalam permainan ni.

Imaginasi budak-budak kau jangan buat main-main.
Kalau aku kata “Jom kita panjat pokok kelapa” adekah wajib ada pokok kelapa?
Tak payah okeh.
Cukup dengan hanya tiang porch nenek aku.
Kalau aku cakap itu pokok kepala, maka itu adalah pokok kelapa.
Beria aku panjat. Siap ikat tali rafia kat pinggang buat selit kayu.
Konon macam parang la.
Nasib baik masa tu aku tak terfikir nak bawak beruk sekali naik 'pokok kelapa' tu.
Kalau tak, mesti Ima yang jadi beruk aku. Kahkahkahkah.

Hari hujan? Mo mantaiiii.
Boleh main dalam rumah. Nak main apa, cakap?
Main pondok-pondok? Bolehhhh.
Ambik nasi kosong tuang kicap, makan bawah meja.
Meja adalah pondok. Otomatik jadi orang miskin.

Kalau jadi orang kaya macamana?
Tu haaa kusyen nenek aku banyak.
Susun kusyen keliling buat ‘rumah’.
Siap ada karpet tau rumah aku.
Tu ha sejadah atok aku jadikan karpet.
Langsir pun ada! Kain saprah nenek aku jadi langsir.

Tu nak bagitau imaginasi budak-budak. Jauh perginya.
Tapi yang lebih penting, lepas main kena kemas balik.
Kalau tak, jauh tak cukup tanah kau lari bila kena jerkah nanti.



[Lepas makan dimsum, makan lagi]

Budak-budak sekarang, nak main masak-masak kena beli mainan, nak buat kuih kena beli Play-Doh, nak main mekap kena beli set mekap Barbie.
Macam si Rayyan dulu.
Datang seru dia nak jadi dokter, jam tu jugak aku kena carikkan mainan dokter kat Giant.
Bila aku cakap “Nah pakai penyepit bihun ni jadikan spatula”, taknak dia!
Dia gugel pulak youtube tunjuk kat aku set mainan dokter yang dia nak.
Nak main 15 minit sampai RM100+. Ehhhh kosser aku.

Aku dulu nak main dokter-dokter, pakai spek mata bapak aku je dah cukup menjadikan aku seorang dokter.
Selebihnya ambik kat dapur - penyepit baju, penyepit mihun (jadi spatula), kain tudung mak aku jadi anduh.
Helo kamonnnnn. Banyak kot barang 'mainan' dalam rumah mak kita semua.
Tinggal nak explore dengan taknak je, betul tak?

Nak main ofis-ofis? Lagi senang.
Pen ada, kertas ada, yang paling penting typewriter bapak aku ada.
Barulah feeling ofis ada bunyi tap tap tap tap typewriter.
Siap gunting kertas berkeping-keping buat cheque book!
Dari kecik dah feeling sign cheque 😆.

Aduiii, free and easy betul masa kecik.
Tak takut lansung nak imagine jadi apa-apa.
Terasa semuanya kita boleh jadi.
Bila dah besar semua benda takut nak buat.
Nak bagi talk takut, nak buat presentation takut, nak jumpa orang takut. Kan?

Ok, aku kena bagi talk sales jap gi.
Nak breakfast dulu.

2021-10-20

Bodoh sombong seorang tailor picisan.


Lama dah nak cerita pasal ni tapi tertangguh-tangguh sebab aku terlampau ada banyak cerita untuk diceritakan setiap hari 😁.
Kisahnya hari tu ada yang DM tanya kalau-kalau aku ada contact sesiapa yang nak berkerja jadi maid di rumahnya untuk jaga orang tua.
Setahu aku sejak PKP last year kemasukan maid dari Indo di-freezekan, ye tak?
Baru-baru ni pula aku ada terbaca yang now dah ada minimum gaji maid, RM1500.
Tak tahu sejauh mana kesahihannya.
Katanya kerajaan Indonesia tetapkan gaji minimum dah sekarang.

Kalau RM1500 sebulan, pada pendapat aku berbaloi.
Bukan apa, Ibal hantar Widad ke nursery RM700/bulan.
Itu baru sorang anak.
Ni belum masanya nak hantar Izuddin lagi.
Esok dah cukup setahun nak hantar ke sana, another RM700 lagi.
Dah RM1400. Hanya jaga anak saja.
Itupun sampai pukul 6pm je.
Baju anak basuh sendiri ya. Dia tak basuhkan.
Kalau ambil maid dengan RM1500 kerja sebulan - mengemas, memasak, jaga anak - berbaloi.

Tak bolehlah nak banding dengan harga maid yang dulu.
Dulu zaman aku ada bibik RM700/bulan.
Itu agen yang tetapkan.
Masa dulu kerajaan dorang belum setkan harga standard agaknya.
RM700/bulan kemas rumah, masak, mencuci, jaga anak.
Tapi anak aku tak ramai.
Gap Redza and Rayyan pun besar.
By the time Rayyan keluar, Redza dah pandai mandi and makan sendiri.
Dah Darjah 1 pun masa tu.

Masa Redza umur 43 hari, aku dah ambil bibik.
Masa tu lagi murah. Tak salah aku RM500 je agen tetapkan.
Tapi itu tahun 2004.
Tahun 2004 harga RM500 tu agak besar juga sebab gaji aku pun tak sampai RM2k.
Tolak itu ini itu ini, ujung-ujung bibik aku lagi banyak duit dari aku 😁.

Bibik-bibik aku semua makan apa yang aku makan, aku bercuti dorang ikut, hari raya dapat baju and tudung raya one set, kelengkapan bulanan macam sabun, shampoo, ubat gigi, deodoran, krim and lotion, pad - semua disediakan.
Nak makan jamu pun aku belikan, tak perlu bayar balik.
Bilik air ber-heater, tak perlu kongsi bilik air dengan orang lain.
Alhamdulillah, bibik-bibik nampaknya selesa.

Bibik aku sekarang aku ambik weekly saja.
Satu kali seminggu, untuk 4 jam dibayar RM70.
Satu hari dia boleh buat 2 rumah. EVERYDAY.
Sebulan dia boleh dapat RM4200.
RM70 untuk 4 jam tu sukahati nak suruh buat apa pun.
Kalau rasa 4 jam nak dia melipat and menggosok baju, silakan.
Macam aku, melipat membasuh menyidai En Wan and aku buat.
Aku mintak dia mengemas rumah and membasuh bilik air je.

Setiap kali aku buat open house atau majlis, aku hire dia untuk tolong.
Aku bayar ikut harga dia, RM70/4 jam.
Selalunya aku ambil untuk 8 jam terus.
Dia lah yang tolong menghidang, mengemas, membasuh, menyimpan dan vacuum rumah lepas majlis habis.
Mok kata mahal bayar sampai RM140. 
Kalau kat kampung RM30 pun boleh.
RM30 macam murah nau, itu macam perah kederat orang pulak namanya.
Takpelah, kita pun kalau diminta kerja 8 jam agak-agak mau ke RM30?
Nak lagi kerja yang guna tenaga.
RM140 kira oklah kot.

Rumah ni bertiga je (sejak mok balik Tganu), takde apa sangat nak dikemas.
Bilik mok and bilik Redza sejak dorang takde, dah tak digunakan.
Jadi, toilet takyah basuh, just lap-lap je.
Same goes to bilik dorang ni, just nak lap-lap je.
Tak perlu vacuum tiap-tiap minggu.
Aku mintak dia kemas bilik dorang 3 minggu sekali je buat buang-buang habuk.

Yang bibik kemaskan setiap minggu hanyalah bilik aku and Rayyan.
Hall, dapur and porch dah tentulah. Vaccum and mengemop. 
Sebulan sekali baru lap-lap kipas and lampu siling. 
Kadang tu tempoh 4 jam dia siap sempat menyapu laman sebab banyak masa terluang dek kerana takde apa sangat nak dikemas dalam rumah aku.
Yelah bertiga je kan, takde anak kecik pulak tu.
Tak bersepah sangat.
Lagipun kitorang banyak habiskan masa dalam bilik.
Boleh je aku buat semua sendiri, tapi aku malas 😆.

Alhamdulillah, sepanjang aku berbibik, ada 7 orang semuanya.
2 macam hanat. Yang lagi 5 orang cukup 2 tahun.
Yang macam hanat tu aku cerita kendian.
Ini aku teringat kisah sorang pekerja aku, orang Indonesia, bukan sebagai bibik.

Kisahnya, tahun 2012 aku start tailoring business.
Salah seorang bibik aku pandai menjahit.
Malah dia sebenarnya dijanjikan oleh agennya ke Malaysia sebagai tailor tapi sampai Malaysia dihantar ke rumah aku sebagai bibik.
Kes kena tipu dengan agen lah ni.
Tapi dia ok je jadi bibik.

Selepas setengah tahun, aku nampak passion dia pada fashion.
Aku pun belilah mesin jahit sebiji.
Try test dia boleh ke buat baju bagai dikata.
Memang pandai rupanya.
Bukan setakat pandai tapi perfect!
Macam-macam pesen dress aku minta jahit semua dia boleh jahitkan.
Aku decide untuk letak dia di tempat yang betul, iaitu jadikan dia tailor.
Aku ambil one more bibik untuk gantikan tempat dia.
Luckily rumah aku ada 6 bilik, tak perlulah bersempit-sempit bibik and tailor dalam satu bilik yang sama.
Bibik bilik lain, tailor bilik lain.
Masukkan sekali mesin jahit dalam bilik tailor.
Biar dia buat kerja dalam tu.

Bisnes tailoring banyak dapat tempahan.
Aku promote kat blog je. Berjujuk hantar tempahan.
Baju jahitan dia semua orang puji.
Dia bukan saja boleh jahit dress, kebaya, blouse, baju melayu, malah wedding dress sekali.
Ramai pengantin tempah baju dengan aku waktu tu.
Bila tempahan makin banyak, aku terpaksa ambil one more tailor.
Tailor ni orang Indonesia juga, dapat dari KL.
Abang dia menetap di KL dah 20 tahun.
Budak ni ada perangai sikit.

Budak ni rasa position dia sebagai tailor tu tinggi nau bila dia membandingkan diri dia dengan bibik di rumah aku.
Macam dia pulak tuan.
Makan minum nak bibik sediakan.
Aku peratikan je mula-mula.
Lepas tu melarat sampai sebulan bergaduh dengan bibik (Lenny).
Aku tau dorang bergaduh pun dari mok.
Bukanlah bergaduh bercakar, tapi sesekali perang mulut.
Punca apa pun aku tak paham.
Nak kata dengki, nak berdengki apa pun aku tak tau.
Tapi mok cakap macam lebih kepada 'nak tunjuk bagus depan majikan' kekdahnya.

Memandangkan dorang bergaduh secara senyap, aku malas nak campur.
Lagipun depan aku macam everything ok je.
Yang kesian mok lah mengadap 'sinetron' hari-hari.
Aku nak masuk campur pun aku tak tahu perlu ke tak sebab bukannya sampai ke tahap bertekak ke apa.
Aku anggap perselisihan faham je.
Alah, macam kita dengan colleague jugaklah.
Ada sesi sentap-menyentap tapi kerja tetap kena siapkan juga.
Asal tak babitkan masalah peribadi dengan kerja, cukup.

Mula-mula mok nak taknak je cerita sebab dia tahu aku jenis yang tak berminat nak ambik tahu hal orang.
Until at one point, mok tengah tengok Buletin Utama, si tailor baru ni selamba tapir ambik remote and tukar channel Zee.
Kebetulan berlaku depan mata aku masa aku tengah naik tangga ke bilik.
Kurang ajar betul. Dia ingat mok aku tu tarafnya lagi rendah dari dia kot.
Tinggi nau jawatan tailor ni gamaknya?
Tapi aku diamkan lagi.
Aku memang jenis suka perati and bagi chan kat orang.
See if dia buat perangai lagi pasni.

Ada satu hari tu tailor-tailor semua tak pergi kerja (ofis) sebab aku nak holiday kat Sepang bawak mok and bibik Lenny sekali.
Yang tailor tak bawak lah sebab dorang ikut waktu ofis hour kerja.
Oh by the way, selepas aku ambil new tailor, aku pindahkan tailoring business ke ofis aku.
Dulu ofis aku ada bilik khas untuk tailoring business.
Aku renovate ofis tu supaya selesa untuk customer datang tempah baju.
Tak selesa pulak aku orang keluar masuk rumah untuk tempah baju. Takde privacy.

Jadi, hari yang aku nak pi holiday, aku tanya tailor kalau nak ke ofis aku akan arrange-kan taxi hantar ke ofis.
Dorang taknak, nak buat jahit sulaman je kat rumah katanya. Ok fine.
Memandangkan semua ada kat rumah, jadi aku tapau roti canai lebih sikit.
Bila aku balik, dua-dua tailor turun bawah nak breakfast.
Bibik Lenny tengah ayunkan Rayyan (buai).
Tiba-tiba aku dengar tailor baru ni tanya bibik Lenny dengan suara yang agak biadap "Kak, akak dah makan ke belum roti ni?"

Lenny : Belum. Makanlah dulu.

Tailor baru : Ada disentuh-sentuh ke roti ni?

Lenny : Sentuh apa. Belum dimakan.


Wow!!! Kau tengok ya betapa sombongnya seseorang yang takde pelajaran bila dapat ‘jawatan’.
Bila aku pikir-pikirkan patutlah hidup kau gitu-gitu je.
Mungkin sebab perasaan sombong ada dalam diri.
Cara-cara dapat kerja tailor je pun dah rasa diri besar, kalau dapat jadi manager butik agaknya kaki tak jejak tanah.
Aku dengarkan je dari atas. Aku diamkan je.
Aku nak tengok apa lagi tebiat dorang nak buat ni.

Sebelum kejadian itu ada beberapa benda pelik aku dah perasan.
Contohnya, barang-barang dapur (barang basah) kejap-kejap habis. Kejap-kejap habis.
Aku beli barang-barang pasar seminggu sekali.
Setiap minggu aku akan beli bawang besar, bawang kecik and bawang putih (kategori barang basah la jugak ni).
Aku tak ingat berapa kilo sekali beli tapi aku memang bangsa beli agak banyak sebab rumah aku ramai orang.
Ramai orang, banyaklah portion masakan, kan.

Selama tailor Jamilah dan Lenny duduk dalam rumah ni, belanja barang pasar aku reasonable.
Kalau bawang-bawang ni seminggu sekali je beli.
Sejak tailor kedua ni masuk dapur (awal dulu tak masuk dapur, sejak bergaduh dengan Lenny dia masak sendiri sebab taknak makan air tangan bibik Lenny), aku perasan bawang aku seminggu 2 kali beli.
Maknanya kalau dulu sebulan 4 kali beli bawang, now 8 kali beli!
Aku pelik juga awal-awal dulu dorang ni buat apa dengan bawang banyak-banyak?
Padahal pertambahan manusia dalam rumah ni sorang je, takkan sampai macam tu punya drastik expenses dapur aku?

Lagi satu minyak masak.
Dulu 5kg cukup sebulan.
Now minyak 5kg tahan 2 minggu je.
10kg minyak aku beli setiap bulan. Mandi minyak ke apa?

Mak aku cakap, tailor baru tu bukan je taknak makan air tangan Lenny, minyak bekas goreng kuih yang Lenny goreng pun dia taknak guna.
Kau bayangkan betapa jijiknya dia pada Lenny.
Dah macam kau pulak majikan.
Aku yang bayar gaji kau ni pun boleh kongsi teh ais ikat tepi dengan Lenny.
Huh, feeling sangat!

Setiap kali dia memasak, dia guna fresh oil!
Padahal aku dah sediakan 2 bekas, satu untuk letak minyak goreng lauk, another one goreng kuih.
Minyak goreng kuih kategori minyak bersih.
Kalau taknak guna minyak goreng ikan, kau ambik la bekas minyak goreng kuih tu hendaknya kan.
Oh, taknak. Najis la kot gamaknya.
Dia nak tuang jugak minyak baru.
Ni sebenarnya bukan apa, sebab bukan duit dia yang keluar.
Berlagak macam tuan besar.
Maunya tak, bilik beraircond, mandi ber-heater, pergi kerja berhantar berjemput, makan tanggung, baju dibasuhkan.
Mau tak berasa tuan besar?
Kita ni bagi segala kemudahan, makan pun tak berkira supaya dia seronok buat kerja.
Tapi nak buat macamana, kalau dah jenis darat tu kan.

Sabun basuh aku pun sama.
Baru 2 minggu beli, minggu ketiga habis dah.
Aku konfius, aku ni bukak kedai dobi ke hape?

Telur yang pack 12 biji tu dalam 8-9 hari tahan.
Memang jarang makan telur sebab lauk-lauk lain ada.
Telur tu selalunya untuk emergency je.
Sejak dia datang, sebulan 2 papan telur aku kena beli.
Papan tau, bukan pack kecil tu.
Dah macam meniaga nasik lemak pulak aku.

Teh uncang pun sama.
Aku selalu beli pack yang 80 keping uncang tu.
Sejak dia ada aku kena beli yang 100 keping.
Bukan sekotak, ya. 2 kotak!
Maknanya sebulan 200 keping uncang teh guna.
Sama naik pulak rumah aku dengan kedai mamak Anwar Maju membancuh teh.

Dulu rumah ni ada 5 orang dewasa.
Aku, En Wan, mok, tailor Jamilah and bibik Lenny.
Takkan tambah sorang manusia dewasa perbelanjaan aku gila-gila punya melompat?
Pelik kan? Ke ada yang membela?

Bibik Lenny pernah beberapa kali jumpa aku dalam bilik nangis-nangis cakap dia tak tahan dengan perangai tailor tu.
Semua masakan Lenny dia kondem. Tapi habis.
Tapi everytime mentekedarah dia kondem masakan orang tu.
Tailor baru ni suka makan lewat.
Dah tau kau makan paling last, lepas makan, kemaslah.
Oh, tak. Dia biarkan je.
Bagi dia, itu bukan kerja dia.
Dia kelas sikit, tukang jahit.
Yang si Lenny ni terpaksa la tunggu sampai lewat malam semata-mata nak kemaskan meja makan.

Setiap kali Lenny tegur supaya cermat-cermat sikit guna barang dapur, Lenny juga yang kena sound balik "Apa kau kisah, bukan duit kau".

Satu hari tu aku naik hantu.
En Wan beli barang basah hari Rabu.
Maknanya Khamis baru start masak guna barang-barang yang dibeli hari Rabu tu.
Ok kau dengar eh. Khamis start guna. Sabtu Lenny bagitau stok barang barang basah dah habis!
Aku kalau pi stok barang basah bukan sikit-sikit tau.
Ayam sekali beli 2 ekor, ikan tenggiri seekor, ikan jenahak lain, ikan cencaru lain, ikan selar kuning lain, sotong wajib 1kg, udang wajib 1kg.
Itu stok untuk seminggu.
Takkanlah beli Rabu, Sabtu dah nak licin?

Meloncat En Wan dengar barang pasar nak kena top up lagi.
Kejadah apa baru pi pasar Rabu, Ahad dah nak kena pegi lagi?
Seingat aku baru sekali je Lenny masak ikan tenggiri sejak beli Rabu tu, mana pegi ikan-ikan lain?

Lenny dah terpisat-pisat nak jawab.
Bila aku desak-desak barulah dia cakap rupanya selama ni tailor baru tu masak untuk bekal dorang di ofis dan dia masak punyalah banyak.
Nak makan dua mulut je tapi masak sampai 4 keping.
Dahlah makan malam kat rumah.
Takkan makan tengahari sampai 2 keping ikan tenggiri sorang?
Aku pulak kalau beli tenggiri beli tenggiri bunga jenis yang lebar tu.
Muntah kalau hadap 2 keping sekali makan.
Aku sendiri makan siang malam cuma sekeping.
Tu pun rasa macam ada jin aprit join makan sebab ikan tenggiri bunga memang lebar.

Bibik Lenny cakap tailor baru tu kalau goreng sayur guna bawang besar 2 biji, bawang putih 6 ulas.
Masak apekah ini? Kau masak sayur ke masak bawang?

Tengah-tengah tegang berdiskusi pasal barang basah, aku terus check fridge.
Telur takde lansung! Aku tanya telur pun habis ke?
2 papan sekali beli kot.
Rupanya Lenny sorokkan.
Lenny kata dia takut aku mengamuk asik-asik kena beli telur.
Bayangkanlah sebulan sampai 2 papan.
Lenny kata tailor tu kalau sekali masak sampai 4 biji. Sebab tu dia sorok.

Aku dah panas dah. Aku sms tailor Jamilah.
Malas nak call dulu, kalau aku call tengah-tengah panas hati tu karang terbakar phone.
Tailor Jamilah bagitau memang tailor kedua ni masak banyak.
Sekali masak ikan sampai 4 keping.

"Ikan tu ada lagi di peti sini, Madam. Belum habis lagi".

Kau tak hangin? Masak hari-hari banyak macam bela saka, tapi tak habis.
Lepas tu bertepek-tepek simpan lauk leftover dalam fridge ofis.
Kau ingat ofis aku tu rumah kongsi kau?
Dah tau lauk leftover banyak, tetap nak masak lauk baru everyday.
Dah sape pulak nak makan lauk yang bertepek-tepek dalam fridge tu? Jin aprit?

Bila dia tahu aku call tailor Jamilah sebab tanyakan hal lauk basah habis di rumah, berani dia sound aku.
Dia kata aku menangkan bibik Lenny.
Masalahnya tailor Jamilah pun mengaku yang dia suka masak banyak, membazir.
Mengamuk gila aku dengan dia.
Aku bercakap dengan phone kat porch masa tu, aku rasa jiran aku kiri kanan depan belakang dengar biji butir aku bertekak dengan dia.

Masa bertekak dengan dia tu, kalaulah aku boleh rekod, lama dah aku viralkan.
Bak kata En Wan, jenis orang tak skolah tinggi macam tu lah.
Bercakap tak pakai otak dan takde kesedaran diri yang kau tu menumpang kerja dengan orang.
Dah la tinggal kat negara orang, tinggal kat rumah orang (rumah aku), gaji kau aku bagi free-free tak payah tolak satu apa pun, makan minum ditanggung, tapi tak sedar dek untung.
Cakap dengan majikan macam dia rasa dia lebih powerful.
Silap besarlah kau cari pasal dengan aku, kan.

Mujur aku tak boh penampar.
Tapi last-last mengaku jugak dia yang selalu masak banyak lepas tu makan tak habis penuhkan fridge kat ofis dengan makanan dia.

Aku bajet dia sebenarnya nak kenakan Lenny.
Dia habiskan barang-barang dapur so that aku akan marah Lenny.
Dia ingat aku bangang macam dia agaknya tak usul periksa dulu.
Kau ni banyak sangat hadap sinetron Bawang Putih Bawang Merah sebenarnya, tu pasal bengap.

Aku suruh dia pack barang dia kat ofis, aku nak pulangkan dia balik ke rumah abang dia jam-jam tu juga.
Kalau ikut hati aku aku nak tinggalkan tepi jalan je.
Mampus kau situ balik sendiri.
Tapi nasib baik aku ada otak, jadi aku gunakan otak.
Macam dia takde otak tu pasal gitu.
Aku minta En Wan fetch dia kat ofis and hantar ke KL.
En Wan kata masa hantar dia balik ke abang dia (hantar sampai depan pintu rumah), abang dia tak cakap apa.
Bertanya apa-apa pun tak.
Muka abang and kakak ipar dia pun macam muka pasrah.
Macam muka "Hmmm..kau buat perangai lagi".

Tailor-tailor aku bagi cuti Ahad, and Sabtu half day.
Sukati nak merayap ke mana pun waktu cuti.
Aku expect tailor kedua ni akan ada satu hari dia balik jumpa abang dia.
Aku pernah tanya taknak balik rumah abang ke?
Dia kata abang dia tak kasik balik.
Pelik. Kalau kita adik-beradik kerja dekat, mesti hujung minggu nak jumpa.
Apetah lagi macam dorang ni keje negara orang.
Takkan abang dia selamba taknak jumpa adik.

Selama hampir 2 bulan dia kerja dengan aku, tak sekali pun dia balik rumah abang dia dan abang dia pun takde call kitorang tanya keadaan adik.
Macam lepas tangan.
Tapi kitorang malas nak pikir lebih-lebih.
No news maknanya good news la kot.
Bila jadi kes dengan tailor tu barulah start terfikir balik.
Maybe abang and akak ipar dia dah paham sangat perangai tak siuman adik dia tu.

Budak ni pernah kerja kat Rawang, tapi lepas seminggu majikan hantar balik.
Abang dia kata adik dia nak balik sebab kat Rawang takde kerja sangat. Bosan katanya.
Tengkorak dialah bosan.
Entah-entah kena buang kerja.
Perangai macam musibat siapa nak.

Teringat abang dia berkali-kali bagitau “Adik saya ni pendiam orangnya. Dia tak suka bercakap".

Aku rasa adik kau ni bengap.
Sebab tu dia kurang bercakap.
Asal bercakap je terkeluar bodoh.
Memang selama ni dia jarang bercakap.
Takde common sense pulak tu.
Tak tahu respect majikan.
Tak tahu respect harta-benda orang.
Eloklah pun jadi pendiam. 
Kalau peramah dah lama agaknya kena sepak.

En Wan kata itu ciri-ciri budak tak sekolah.
Aku cakap kalau setakat nak belajar ADAB, kat rumah pun boleh blaja.
Tak semestinya kena pergi sekolah.
Ini bukan sebab tak skolah tapi jenis takde adab.
Tapi lega betul lepas hantar dia balik. Serius lega.
Sejak dia ada dalam rumah aku, macam stress je environment.
Dia punya vibe negatif tu kuat. Membela kot.
Tak pun dia yang sebenarnya saka.


2021-10-14

Scammer zaman dulu.


Sindiket gores & menang ada lagi tak sekarang?
Macam dah kurang dengar cerita pasal ni.
Maybe sekarang dorang tahu barang-barang ‘rare’ dah not so rare anymore sejak ada e-commerce.
Shoppe, Lazada, AliBaba dah ada.
Mudah nak dapat barang-barang yang ‘rare’.
Not so rare anymore.
Maybe sekarang dorang dah beralih ke call scam.

Ntah bila scam business nak melingkup pun tak tahulah.
Dalam bisnes kita cakap “ada demand, ada supply”.
Boleh jadi masih ramai yang terpedaya dengan auta scammer, sebab itulah dorang ni bukannya makin hilang tapi makin bertambah.
Kesian, idea tu ada tapi idea membelit.
Kalaulah idea tu disalur ke tempat yang betul, aman hidup kau.

Ni semua bangsa nak cepat kaya.
Tapi percayalah cakap aku, orang yang kaya dengan duit menipu, senangnya tak lama.
Same goes to orang yang dapat duit terpijak hasil dari harta pusaka.
Nak-nak pulak bangsa yang gelap mata dengan harta.
Harta pulak dapat tanpa diusahakan.
Dapat tanah, jual. Dapat rumah, jual. Dapat emas, jual.
Memang kaya, tapi sekejapan bertukar jadi kayap.
Jarang-jarang aku dengar orang yang dapat duit terpijak ni senangnya berpanjangan. Jarang.
Ada tu ada tapi jarang.

Berbalik pada scam bisnes macam gores & menang, adakah dorang ni dulu membiak kerana banyak demand?
Atau adakah kita mudah tertarik dengan benda murah dan free?

Aku pernah ada peluang nak terkena dengan gores & menang.
Tapi tak terkena lah, cuma ada pengalaman berdepan dengan situasi tu.
Masa tu aku belum kawen, tapi dah kerja.
Waktu tu Mak Aji ngan Pak Aji tak ada kat rumah, hanya aku dan Ima di rumah.
Masa tu hari Jumaat, lebih kurang lepas solat Jumaat ada sorang perempuan cina rambut panjang pakai baju kurung datang rumah cakap dia ada tawaran gitu gini gitu gini.

Mukadimah dia memang tak menampakkan yang dia menjual barang.
Dia cakap yang dia adalah pekerja sukarela yang digajikan oleh sebuah syarikat.
Syarikat ni katanya hanya nak buat survey sebab nak bina mall kat Bandar Baru Bangi.
Dalam hati aku cakap ok lojik sebab masa tu Bangi ada Warta je seketul.
Itu pun bukan taraf mall, hanya hypermarket.
Agak interesting juga bab-bab survey ni jadi aku layankan je.

Dia kata tak perlu isi apa-apa borang cuma nak tanya beberapa soalan.
Bila sebut "beberapa soalan” tu aku bajet memang akan jadi lama la ni, aku pun ajak masuk rumah.

Dia tanya soalan-soalan basic macam berapa lama duduk Bangi, mak bapak kerja apa, selalu membeli-belah kat mana, perbelanjaan rumah sebulan berapa, etc.
Ada beberapa soalan yang macam meleret-leret tapi masih bersangkut-paut dengan pembinaan mall.
Masih belum mencurigakan masa ni.
Dah habis tanya soalan, oklah dia nak balik.
Tapi sebelum tu dia nak bagi token of appreaciation dari syarikat kerana sudi bekerjasama dalam survey tadi.
Dia keluarkan 3-4 kertas gores untuk aku pilih.
Dia cakap jangan risau, pilih mana-mana pun tetap ada hadiah, antara besar dengan tak besar je hadiah tu.
Hadiah paling murah pun RM50 voucher membeli-belah katanya.
Aku pun ambiklah satu.

Aku pun gores. Terpampang kat kertas tu "Hadiah sebuah kereta Kancil".
Gitew bertuahnya aku. Kancil kauuuu.
Anak-anak yang baca ni kalau tak kenal Kancil, itu bukan binatang ya, tapi sejenis kereta.
Masa tu pulak aku baru start kerja, dapat pulak menang kereta. Mahvelles habis!

Tetapiiiiii, satu kesilapan dia adelah EKZEJERET.
Kalau zaman sekarang kata OVERCLAIM 😁.
Dan satu lagi, dia pulak yang over excited.
Macam too hard sangat nak tunjukkan excitement dia tu.
Padahal aku yang menang tapi kau yang terlompat-lompat terpekik-pekik kat hall rumah aku.
Aku dengan Ima pandang je tebiat dia.
Kau ni pehal ni? Ni siapa yang dapat kereta, kau ke aku?

The way dia "gembira" tu fake nak mampus.
Like, apakejadah kau terpekik dalam rumah aku "Omigod! Omigod! You are so lucky! I must call my boss now. Omigod!!”
Wadehell?

Lepas tu masa tengah cakap dengan bos kat phone terpekik-pekik “This customer won Kancil! Omigod!! Can she come collect the car right now? Just come and take the car, right? Ok ok, omigod!!”
Menggelabah beruk okeh?

Dia kata dari pagi round satu Bandar Baru Bangi buat survey, paling tinggi hadiah orang gores dapat hamper RM250.
Tup tup aku dapat kereta. Excited gila dia. Gitewww.

Dia bagitau kereta dorang park kat dalam kawasan Balai Polis area Puchong.
Aku macam…huh? Balai polis?
Tapi masa tu aku tak berminat nak tanya kenapa sebab kalau dah masuk bab-bab kereta ni harus kena tanya mak bapak aku dulu.
Mana boleh suka-suka keluar rumah follow dia.
Nak mampus kena starlite dengan Mak Aji?
Daripada aku kena starlite, tak dapat kereta pun takpelah 😆.

Lepas tu kan dia cakap aku kena bayar ONLY RM5000 untuk urusan documentation.
Masa ni dah start fishy.
Mula-mula kau cakap free, just take like thatlah apa lah, tup-tup kena bayar. RM5000 pulak tu.
Aku ni dah lah nak kawen, memang tak senanglah nak keluarkan RM5k gitu-gitu je selagi kenduri aku tak settle.
Aku dah start tak berminat nak dengar dah time tu.
Sebab kepala aku cuma paham FREE means FREE.
Nama pun GORES DAN MENANG.
Lain la kalau nama dia “GORES DAN MENANG TAPI BAYARLA DULU SIKIT”.

Pastu aku cakap takpelah, aku tak nak accept hadiah ni.
Takpelah, tak payah bagi aku apa-apa saguhati.
Aku jawab survey ikhlas. Lagipun masa tu aku dah ada Kancil.
Mak Aji hadiahkan Kancil lepas grad.
Cukuplah satu, nak buat kereta banyak-banyak.
Karang tunang aku balik dari Jepun bawa balik kereta lagi.
Lagipun aku bukannya ada lesen pun time tu. Ada kereta je.

Kecewa jugaklah dia. Beria dia pujuk aku.
Kau bayangkan dari mula dia terpekik terlompat macam beruk bila aku menang kereta sampailah keluar dari rumah Mak Aji dengan kecewa, sejam setengah!
Satu jam 30 minit dia ambil masa nak persuade aku supaya bayar RM5000 tu.
Siap nak teman aku pegi bank keluarkan duit.
Dah nampak macam dia pulak kemaruk nak kereta.

Aku cakap aku taknak kereta tu.

“Betul you tak mahu? Kalau u tak mahu I ambillah. Tak apa ke? You ok ke I ambil?“

Konon nak saiko-saiko aku la.
Dia tak tau aku ada pengalaman dengan bapak segala saiko seblom tu.
Boleh jalanlah dengan kau punya saiko. Tak thrill lansung!

En Wan pun pernah berpengalaman dengan sindiket gores & menang.
Berlaku di rumah lama kitorang, di Putra Heights.
Sebelum rumah sekarang, kitorang beli rumah pertama di sini juga, lain phase.
There’s one Chinese guy, pakai spek datang rumah.

Aku ni sebenarnya tak tahu menahu kisah yang dia datang untuk gores & menang.
Aku dalam rumah.
Tiba-tiba aku dengar suara lelaki terpekik WAWOAWAOWOWOAOWOA kat luar.
Ingatkan cina bergaduh. Rupanya beruk terlepas.

Dari cerita En Wan, modus operandinya sebijik sebijon macam yang aku kena.
Buat-buat terperanjat, buat-buat excited macam beruk, lepas tu call bos bagitau ada pemenang hadiah utama, terlompat-lompat kat depan macamkan kau yang menang.
Sama macam yang aku kena.
Padahal gap antara aku dengan En Wan kena dalam 4 tahun.
Masih relevan rupanya skrip dorang tu.

Kononnya En Wan menang 7 barangan elektrik.
TUJUH okeh! Kau rasa?
Semua barang elektrik tu dari Jepun katanya.
Memang silap besarlah kau petik nama Jepun pastu nak kencing orang yang 7 tahun duduk Jepun 😆.
Pulak tu hari yang En Wan kena, dia baruuuuu je balik dari Jepun seminggu kerja di sana.
Direct En Wan cakap “Saya blaja Jepun 7 tahun. U kata brand ni sudah established. Tak pernah dengar nama brand u bagi ni sepanjang I duduk sana. I baru balik dari Jepun pun tak pernah nampak this brand”.

Kalaulah aku yang kena ni dah menjejes air kencing.
Kantoi big time oi! Mau tak rasa nak terkencing?
Kena tengking dengan En Wan terus tak nampak-nampak dah kelibat dia pastu.

Aku rasa dulu gores & menang berleluasa sebab takde orang tak suka barang free. Itu pertama.

Second, takde orang yang tak suka barang mahal dijual dengan harga murah.
Macam En Wan kena tu, mamat tu offer 7 barang letrik dengan harga cuma RM4000.
Macam aku Kancil dengan hanya bayar RM5000.
Maksudnya, benda tu murah dia offer.
That’s why orang mudah gelap mata bila terkena.

Barang letrik yang dia offer tu pulak bukan calang-calang.
Home teater, vacuum cleaner yang pakai kat lobby hotel tu, mesin basuh, mesin jahit, pastu ntah apa menatang lagi at only RM4K!
Mau tak buta mata kau kejap?
Entah-entah barang tu semua belum tekan punat, mesin dah jem.

Tapi bapak aku terkena dah.
Tapi dia kena dengan orang melayu.
Sedang eloklah masa tu baru pencen.
Duit pencen tengah banyak. Apa sangatlah RM4k.
Bapak aku pulak niat hati tu nak menggembirakan isteri dengan barang letrik.
Dia lupa isteri dia boleh bertukar jadi singa pada bila-bila masa.
Hilangkan nak seronokkan isteri, terus kena bebel berhari-hari 😆.

Tu pun sama gak, barang dari Jepun katanya.
Sekali kitorang balik Bangi menantu Jepun check, tak wujud pun brand tu kat Jepun.
Kesian bapak aku bertambah-tambah sengasara dia kena sound dek mak aku.

“Bapak kau mana reti bincang-bincang. Ntah hape salesman tu cong dia, dia main hulur je duit. Lepas ni duit dia aku nak pegang”. Kahkahkah.

Tapi menantu backing pak mertua “Tak rosak benda ni, Ma. Boleh guna ni. Tapi mungkin harga dia sebenarnya tak sampai RM4k”.

Tak salah aku sikit masa dulu pernah ada taktik pukau-memukau, kan?
Something like orang tak sedar bagi duit kat salesman.
Sedar-sedar duit hilang.
Memang setan sangatlah taktik tu.
Desperate nau life sampai kena pukau orang lain baru boleh bagi anak bini kau makan.

Sekarang scammer dah makin bijak.
Macam-macam cara.
Credit card, insurans, mahkamah, LHDN - banyak betul idea dia nak mengencing orang.
Tak tahulah macamana dorang ni tak melingkup-lingkup.
Makin direport, makin banyak. Tak tahulah kat mana silapnya.