2008-01-06

Aku tau aku akan beli gak


Semalam aku beli CLEO. Masa tengah baca-baca tu ada la satu page tu advertise new arrival handbag CR. Ado laaa, sampai mimpi basah aku okkkk. Bangun je pagi tadi, dengan muka busuk baru bangun tido, aku pandang En Wan yang baru keluar dari shower.

"Bang.."
Sambil pakai spender, "Pasal beg la tu"

Sangat memahami orang tua ni.
Sangat-sangat memahami.
Tapi setakat paham tapi takde tindakan susulan pun tak guna bang.

Lepas breakfast, En Wan ajak gi beli barang dapur and also carik kasut Redza.
So, kitorang melepak kat Sunway Piramid dari 10.30am sampai ke 3pm. Siap pi hantar barang masuk keta dulu pastu masuk balik Mall sambung shopping. Masa memula sampai tu parking punyala bersepah macam tak berapa nak laku je mall ni aku tengok. Time nak balik mak aiiiii, nak kuar pun tak boleh.

Masa nak balik En Wan saje je bawak aku lalu depan CR shop. Macam nak melompat jap. Beg yang aku nak tu ada.
Tapi, kebodohan melanda.

Nak pakai duit sendiri sayang, sebab rasa ada benda lain lagi aku nak beli.
Nak pakai duit En Wan memang aku tak pernah sayang, selalunya laju je mintak.
Tapi hari ni macam aku cakap tadi la, cam bangang je sehari suntuk. En Wan paksa aku beli gak sebab dia taknak aku mandom seminggu sebab pikirkan beg. Dah tarik-tarik aku masuk lam kedai, tapi aku taknak gak. Tak tau la pesal. Bukan taknak ala-ala taknak-tapi-mau. Tapi memang tak nak.

Itu citer beg.

En Wan tengok aku macam ada sumthing tak kena je, so dia ajak beli baju pulak.
Padahal dah try dah ni, sekali 2 baju. En Wan dah angguk dari jauh everytime aku pose kat dia dari luar fitting room. Punnnnnnn aku tak jadik beli. Sangkut balik.

Ntah pa pe aku hari ni.
Macam pisau Gilette tumpul.

Adekah kita tend menjadi bodoh bila period?

p/s : Siapa la yang dari Niigata dok rajin baca entry-entry aku ni? Ko kenal laki aku ke?