Showing posts with label casual writing. Show all posts
Showing posts with label casual writing. Show all posts

2025-12-29

Macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia.


Ini request yang dah delay berbulan-bulan (maybe tahun). Aku jarang dah now update pasal hal family kat blog, tak macam zaman dulu. Sekarang hal anak-anak and family, aku banyak update kat IG. Sebab ringkas takyah tulis panjang sangat. Cerita pi holiday pun dah malas nak update kat blog. Kalau dulu rajin kemain siap Part 1 Part 2. Tapi tu lah. Now bila tak tulis kat blog, nak cari balik gambar dah tak jumpa 😆.

Gini. Ada orang mintak aku ceritakan balik macamana aku handle emosi bila dapat tahu Rayyan disleksia. Ceritanya, this lady anaknya di-diagnosed dengan disleksia tapi now anak dah Darjah 3 baru tahun. Mula-mula dulu masa Darjah 1 dia ingatkan normal bila anak membaca slow sebab kawan-kawan sekelas lain ramai yang takleh membaca lagi. Mengaji pun sama. Slow. Tapi now dah Darjah 3, tahun depan nak Darjah 4 masih slow lagi.

Macam Rayyan, kitorang discover dia ada dyslexia masa Darjah 1, bila buat latihan maths, dia tak boleh jawab soalan "2+2". Soalan yang sangat-sangat simple. Padahal dia pernah buat calculation yang lebih susah dari ni. Maksudnya, dia tak konsisten. Kadang boleh buat, kadang tak boleh. Aku terus terfikirkan Dyslexia, lantas bawa Rayyan pi buat assessment. Result assessment kata betul, Rayyan ada dyslexia, tapi mild.

Untuk pengetahuan, dyslexia adalah learning problem. Most dyslexia dicirikan dengan masalah MEMBACA. That's why dulu ramai followers interested nak tahu macamana Rayyan boleh lancar membaca walaupun dah di-diagnosed disleksia. Kids with dyslexia memang ada masalah membaca, tapi bukan semua. Their reading challenges aren’t all the same. Some tak boleh padankan bunyi dengan ejaan/huruf. Eja lain, sebut lain. Rayyan dulu eja KETAM:

K E = ke
T A M = reb

KEREB! (crab) 😆😆
Kau tak hangin dengar??

Some anak-anak disleksia read very slowly. Some tak kenal atau tak dapat identify huruf. Nampak huruf bergerak/berpusing/terbalik. Ada juga yang dapat gabungan semua masalah ni. Masa buat assessment, the pakar identify Rayyan as visual dyslexia tetapi very mild. Rayyan memang ada delay in reading. Umur 6 tahun masih merangkak membaca. Tapi masuk Darjah 1 dia dah lancar membaca.

Jadi, semasa buat assessment dia tak ada masalah membaca.  Menulis pun ok tetapiiiiii, tulis kejap condong ke atas, ke bawah. Bila menulis atas blank page, ok. Kalau bagi dia menulis atas examination pad, kejap ke bawah, kejap ke atas. Pakar cakap, Rayyan punya disleksia is visual problem. Garisan tu pada mata dia bergerak-gerak.

Lagi satu, bila pakar buat test menyambungkan titik-titik (connecting dots), Rayyan always termissed dots. Because dia nampak dots bergerak-gerak. Masa tulah aku dapat jawapan kenapa dia payah kenal huruf Jawi. Masa Darjah 1 masih belum kenal huruf Jawi sepenuhnya. Rupanya dia nampak titik-titik pada hurud Ba, Ta, Ya, bergerak-gerak. Aku syak itulah juga punca dia tak boleh jawab soalan "2+2", maybe dia nampak "z+z", that's why dia ambil masa yang lama untuk jawab.

Lepas buat assessment, aku tanya pakar if aku patut letak Rayyan di sekolah khas. Pakar kata tak perlu, sebab Rayyan tak heavy dyslexia sampai require special class. Jadi, aku beranikan Rayyan teruskan belajar di sekolah aliran perdana. But, ada kerja keras yang mesti dibuat iaitu LATIH TUBI. Bukan dia yang latih tubi, dengan aku aku sekali bertubi-tubi kena buat kerja extra. Everyday kerja aku and En Wan melatih dia menulis, membaca and menyambungkan dots. Beli buku menulis and connecting dots banyak-banyak. Bagi dia buat. Membaca memang hari-hari. Macamana penat balik kerja pun, tetap kena settlekan learning intensive untuk Rayyan. Aku sangat percaya learning problem boleh dirawat. Maybe takkan jadi se-perfect budak-budak yang "normal", tapi mesti ada improvement, itu dah achievement hebat dah.

Alhamdulillah, Rayyan tak pernah dapat nombor lebih dari nombor 10 dalam kelasnya. Darjah 1 and 2 dia dapat naik stage hujung tahun. Dia kekal top 10 pun aku dah rasa big achievement untuk budak dyslexic, kalau dapat naik pentas tu bonus. Dia tamatkan sekolah rendah dengan jadi Anugerah Top 5 Akademik and Tokoh Ko-Kurikulum. Dan dia juga dapat tawaran ke STAR. Satu achievement yang orang takkan sangka kalau tengok permulaan dia bagaimana. Aku sendiri tak sangka dia boleh lancar membaca, siap wakil daerah untuk public speaking.

Parents yang ada anak-anak dyslexia, satu je aku pesan - jangan letakkan pressure pada anak dan diri sendiri. Jangan pressure dia untuk jadi the best, untuk dapat anugerah cemerlang, untuk jadi sangat hebat. NO NEED. Buat saja yang penting.

Anak speech delay?
Fokuskan pada speech. Biar ada improvement.

Anak tak boleh membaca?
Teman dia baca everyday. Belikan banyak buku bergambar supaya dia minat membaca.

Anak tak boleh mengira?
Bagi latihan biar dia cekap mengira sesuai dengan tahapnya.

Dia jadi top atau tak itu belakang cerita, janji dia kuasai apa yang sepatut dia kuasai sesuai dengan umur. Bukan tak nak bagi dia jadi the best, tapi biar patut padan sikit kita ni pun. Kita tak berada di tempat dia, tak tahu how hard dia try untuk catch up dengan kawan-kawan "normal" yang lain. Dia dah try cukup hard untuk belajar. Kita tak tahu maybe itu dah maximum effort dia dah.

En Wan dulu selalu terbabas bab ni. Kadang-kadang aku rasa macam dia ni yang dyslexia sebenarnya. Because, ciri-ciri dyslexia yang utama adalah susah memahami arahan dan tak boleh accept multiple directions. Apak dia gitulah. Berbuih aku cakap "Rayyan tu dyslexic, awak tak boleh ajar dia maths macam awak ajar Redza". Takkkk. Dia pulun ajar Rayyan maths sampai budak tu jadi blur. Rayyan punya tahap 'takut' bila bapak dia ajar Maths, sampaikan substraction dengan addition dah tak boleh beza. Kau rasa? Memang bertempik la aku kat rumah tu.

Aku selalu cakap kat En Wan, jangan treat Rayyan macam Redza. Redza lain. Redza macam kita. Rayyan bukan, dia special, thus perlukan special approach juga. Tapi biasala kan, En Wan sejenis budak cream jadi mengajar anak-anak cara budak cream. Semua nak cepat faham, semua nak laju. Eh kau ni. Nasib baiklah aku ni hidup lagi. Akulah yang memujuk and memotivasikan Rayyan.

Rayyan memang ada masalah memahami arahan. Now masih macam tu. Kalau aku nak mintak tolong buat apa-apa, arahan aku satu per satu.

“Adik nanti tolong angkat baju letak dalam bakul biru ok?”

Bila dah angkat nanti aku sambung “Bakul tu nanti bawak naik bilik mama”

“Nanti tolong susunkan semula hanger yang adik angkat dari ampaian letak dalam bakul merah”

Kasi dia settle buat arahan pertama baru aku bagi second instruction. Tapi lepas tu aku takyah arah banyak-banyak dah. Next round aku mintak angkat baju dia dah tahu flow — angkat, masuk dalam bakul biru, bawak naik bilik, turun susun hanger.

Ini memang ciri special budak dyslexia iaitu susah memahami arahan. Nak buat macamana, itu adalah dia. Jadi kita kena buat cara dia.

Dulu pernah lepas online tusyen maths, ada exam. Cikgu bagi arahan jawab kat examination pad then snap, then hantar thru whatsapp. Habis exam, kitorang masuk bilik nak tengok. Atas examination pad tu huru-hara. Situlah pengiraan, situlah jawapan. Dengan takde nombor soalan bagai. Arahan yang dia faham cuma "Jawab soalan". Yang lain dia tak faham sebab cikgu bagi arahan satu napas. En Wan masa tu terus amukan. Bengang dia Rayyan tak faham arahan. Lepas tu En Wan pulak aku amuk-kan. Ni karang silap-silap bapaknya aku hantar pi buat assessment. Sejenis tak paham apa orang cakap gak orang tua ni. Geram aku.

Bila dah bagitau cikgu masalah Rayyan barulah cikgu faham. Tapi cikgu surprised sebab dia kata Rayyan yang paling pandai maths dalam kelas. Kiraan dia laju cuma tunggang-langgang kertas tu dia buat. Situlah jalan kira, situ conteng, situ jawapan.

Anak-anak dyslexia ni special, begitu juga anak-anak yang ada kelainan upaya lain. Jangan kita as parents merasa kekurangan pada anak-anak macam ni. Jangan juga kita rasa tertekan bila anak-anak kita tak sepandai anak orang lain asbab dia dyslexia. Tengok diri kita dulu. Kita yang normal ni apa je achievement yang kita dah capai? Boleh dibanggakan ke tak? Asyik harap achievement anak-anak je, nampak sangat kita as a person takde apa yang boleh dibanggakan. Tu yang nak nompang anak je tu.

Anak-anak dyslexia ni dah berjanji dengan Allah semasa dalam rahim. Allah tanya "Aku akan jadikan kau dyslexia. Sanggup tak?"

Dia kata "Aku sanggup"

Demi nak keluar ke dunia, nak jumpa mak bapaknya, nak jumpa adik-beradik yang lain, anak ini sanggup ambil ujian Allah menjadi anak dyslexia. Dia tak mintak, tapi Allah bagi dan dia terima.

Aku ingat lagi masa first time aku melawat Rayyan kat NICU lepas bersalin, size dia sagat kecik. Doktor letakkan dia dalam bekas macam tupperware, dalam incubator. Dada dia turun naik kuat bernafas. Nurse lalu depan aku cakap "Budak ni semangat nak hidup dia kuat".

That's why aku sebak bila everytime Rayyan kena marah dengan En Wan time study. Sebab aku tak tahu apa kesanggupan dia masa berjanji dengan Allah dulu demi nak penuhi impian aku nak anak kedua. Berani dia berjanji sanggup dilahirkan tak cukup bulan, sanggup lalui hidup dengan bantuan pernafasan selepas lahir, sanggup speech delay, sanggup slow progress dari kawan-kawan lain, sanggup kena marah dengan mak bapak everytime tak faham belajar, sanggup dianggap lembab berbanding abang dia….😭 Dia sanggup semua demi nak jumpa mak bapak. Sebak bila aku kenang-kenangkan balik.

Kelebihan Rayyan yang aku nampak, dia kuat mengingat, tapi malas membaca. Budak dyslexic memang tak suka membaca. Itu perkara paling last dia akan buat. Tapi kalau terpaksa, dia akan mengingat dengan cepat. Masa Rayyan join story telling competition, aku surprised dia boleh hafal word by word 8 pages A4 punya story. Surah Mulk 30 ayat dia dapat hafal dalam seminggu. Dah besar-besar ni baru nampak dia minat membaca, tak tu lah buku english saja. Buku melayu tak minat. Tu pasal BM dia manjang ke laut. Tapi alhamdulillah exam baru ni BM dapat B. Rayyan mendapat B dalam BM adalah achievement, ya! Kalau dapat A, aku hantar pisang kat masjid.

Apa yang boleh aku cakap, anak yang normal, kalau kita ajar cara normal, dorang boleh excellent. Tapi anak-anak dyslexia, untuk dorang jadi "normal", kita kena double the effort so that dia boleh at least sama level dengan budak-budak lain. Jadi, caranya latih tubi. Buat reading everyday, menulis everyday. Bagi dia buat apa dia minat, sebab ciri dyslexic is creative. Tu pasal dulu aku biorkan je Rayyan berexperimentasi dengan tudung-tudung aku. Yang penting, parents kena bagi sokongan. Orang luar nak pandang serong ke, pandang lekeh ke, itu hal dorang. Tapi kalau parents sendiri perlekeh anak-anak ni, siapa lagi yang boleh develop self-esteem dorang?

Sebahagian besar kids with dyslexia tak yakin dengan kemampuan akademik mereka. Ini yang buatkan dorang low self-esteem. Ramai anak-anak disleksia sebenarnya ada IQ yang tinggi, tapi tak berpeluang memanfaatkan kelebihan yang ada. As parents, kita ada pengaruh yang besar dalam mengembangkan kekuatan dan minat anak kita. Bina hubungan dengan luangkan masa untuk kenalpasti minat dan kekuatan anak. From here kita dapat tahu not only his kekurangan tapi bidang mana yang dia cemerlang. Bila anak ni diletakkan pada sesuatu yang dia suka, kau akan tengok dia bloom.

Kita semua belajar dengan secara berbeza. Same goes to anak dyslexia, keupayaan dorang berbeza. Tapi itulah kekuatan sebenar dorang. Cuma dikebanyakkan sekolah, pengajaran disesuaikan untuk pelajar auditori/lisan. Sebilangan besar pembelajaran adalah melalui teks, jadi kurang sesuai untuk profil pembelajaran anak-anak dyslexia. Jadi terpulang pada parents, kalau rasa anak boleh follow aliran perdana, teruskan. Kalau rasa heavy, masukkan dalam aliran khas. Toksah nak malu-malulah dengan orang lain hanya kerana anak kita masuk "sekolah pendidikan khas". Pikir besok kalau kita mati, anak-anak ni boleh jaga diri sendiri. Jadi kita kena bagi dia pembelajaran yang sesuai dengan pace dia, because they are SPECIAL.


2025-12-14

Netizen jangan terlampau buat assumption sampai menyusahkan tuan punya badan.


Semalam aku bersembang 1 jam dengan Mun (Cik Epal) kat phone. Saja tanya khabar sebab aku nampak kat Thread orang bercakap pasal naik court. Algorithm Thread aku tak naik pasal influencer jadi aku tak nampak cerita-cerita ni. Jadi aku pun tanyalah kot-kot ada new kes sampai kena naik court lagi. Oh rupanya kes lama yang masih on-going.

Aku tanya ex-husband ada provoke dia ke? Mun kata takde. Tapi story-story si-ex tu netizen nampak macam mem-provoke. Bila jadi macam tu, netizen pun kecam si-ex. Bila kecam-mengecam ni berlaku, tak habislah jawabnya. Impaknya adalah pada Mun. Sebab dia jadi serba-salah samada nak respond atau tak. Kalau ikut dia, dia malasnak layan. Lagipun tak jadi kudis pada dia.

Aku tanya apa contoh story si-ex yang nampak macam memprovoke? Mun kata contohnya si-ex bawa kids pi jalan and tulis kat story "Buat pizza tu buat juga, anak-anak kena entertain" something like thatlah. 

Pastu Mun tanya "Akak rasa itu provoke tak?"

Aku cakap "Tak"

Aku tanya pandangan dia, dia pun cakap tak. Malah dia kata takde rasa apa-apa pun.

See?

Benda-benda ni sebenarnya, kalau boleh, kita as netizen jangan terlampau buat assumption sampai menyusahkan tuan punya badan. Bukan apa, bila kita assume kononnya si-ex provoke Mun, netizen cenderung bertindak lebih dari tuan badan sendiri. Netizen kecam-mengecam. Bila dikecam, dah tentu si dia akan balas balik. Jadi takde kesudahan. Bila saling kecam-mengecam, akan wujud naratif yang salah pula pada Mun. Orang akan anggap Mun lepas tangan, tak nak tenangkan netizen, suka netizen bertekak, etc. Padahal tuan punya badan interpret story si-ex berbeza.

Ok, ini pengalaman aku berboifren si anu dulu.

Orang macam si anu, segala yang dia buat adalah untuk meng-up diri sendiri. Karakternya macam tu. Dia buat apa pun nampak je macam he did everything for me. Maka orang lain pun kagum.

"Untungnya Diana, dia sayang macam tu sekali".

Padahal tak. Dia buat semuanya untuk menampakkan dia bagus.

Contoh, semua barang-barang dia ada initial "CD" (gabungan nama dia and aku). Orang tengok mesti cair. Sayangnya dia kat kau. Gitu. Sebab tu bila aku break dengan dia, aku kena kecam. Orang nampak aku jahat, dia baik. Nampak macam dia saja beria nak selamatkan relation ni, aku tak. Sedangkan aku lebih kenal dia. Aku tahu karakter dia memang macam tu. Apa yang dia buat hanya untuk up diri dia sendiri.

Dia berjalan kaki 20 km untuk pujuk aku kat rumah sewa Dusty Pink T pun orang kagum. Sebab nampak dia sanggup buat apa saja untuk aku. Padahal ikut logik akal orang normal kejadah apa kau nak jalan kaki? Naiklah public transport, tak pun tumpanglah kawan, tak pun pinjam moto member. Janganlah bangang sangat. Tapi tak, ya. Dia perlu buat macam tu sebab dia dah plan persepsi orang ramai.

Dia buat bukan untuk dapatkan aku balik. Dia tahu dah aku takkan balik pada dia, tapi dia buat macam tu sebab nak up diri sendiri. Dia ubah naratif orang sekeliling dengan membuat something yang akan naikkan balik air muka dia. Sebab air muka dia dah jatuh bila aku tinggalkan dia. So dia perlu berbuat sesuatuklah. At least kalau tak dapat aku pun, dia menang dah persepsi dari orang sekeliling. Sebab tu aku malas layan bila dia nak bunuh dirilah, nak terjun jambatanlah. Buatlah kalau kau nak. Kisah apa aku? Tak buat pun tapi. Elok je hidup panjang umur.

So I tell tu, kau janganlah terprovoke dengan apa spesis ni buat. Dorang cuma nak upkan diri sendiri je, bukan nak provoke sesiapa. Dia just nak melayan perasaan sendiri because people like this thrive on perception. Apa yang dibuat is a carefully staged performance. It’s about how other people see them. They want admiration, validation, a narrative where they look like hero.

Kalau orang macam ni texting or posting, jangan kita cepat assume dia provoking someone else. Belum tentu lagi provoke. Most of the time it is just their character yang suka boasting. Itu saja. Memang karakternya begitu. Kita buat dek saja.

Bagi pendapat akulah, kalau kita support someone, halakan support tu pada that someone. Jangan sentuh orang lain. Jangan kisahkan hal orang lain. Contohnya aku kat Weibo, post-post aku semua hanya berkisarkan Johnny. Segala projek dia, aktiviti dia, etc. Aku highlite anything about him. Tak kisahlah kalau actor lain lagi bagus pun, aku tak ambil tahu. Buat apa nak bercakap pasal orang lain, baik aku give my energy to highlite my favourite actor. Melainkan kau start kacau, kau siap. Statistik idol kau aku ada, ya. Jangan sampai aku bentang. Malu kau nanti.

So in Mun case, to her supporters, halakan sajalah support you pada dia. Kalau Mun share gi holiday, you respond solely pada holiday Mun. Janganlah pulak kau komen "Kesian orang belah sana dah tak dapat gi holiday overseas". Kau dah kenapa?? Kan ke nanti impaknya berbalik pada Mun? Cuba jadi supporters yang matang sikit. 

So, siapa sini supporters aku? 
Lahh tibeerrrr.


2025-12-07

Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.


Ya, betul. Itulah namanya beauty and money privillege. Kau berdegar-degarlah cakap duit tak penting, hakikatnya kau sekarang atas dunia. Cantik, ada kelebihan. Banyak duit, laaaaagi banyak kelebihan. Yang perempuan nak lelaki kaya. Yang lelaki nak perempuan cantik. Nak lelaki kaya, kenalah bercantik-cantik. Nak perempuan cantik kenalah berduit. Itu formulanya.

Bunyinya macam kejam dan keji, tapi itulah hakikatnya. Tak boleh kata "Senangnya jadi perempuan. Bercantik-cantik sebab nak cari lelaki kaya"

Masalahnya kalau lelaki kaya tu tak nak, perempuan tu tak jadi apa. The thing is, lelaki kaya MOSTLY memang cari perempuan cantik. Perempuan-perempuan cantik ni semua hanya berusaha to get noticed je. Kalau dapat, dapat. Tak dapat, tak jadi benda pun.

Bagi aku, “Senanglah jadi perempuan cantik, semua benda pun dapat” - ini statement orang jealous.

Dunia kita sangat visual. Otak manusia automatik tertarik dengan apa yang sedap mata memandang. Sains kata manusia cenderung kaitkan rupa cantik dengan sifat-sifat positif, walaupun tanpa bukti. Contoh, tengok K-Drama atau C-Drama. Yang hensem tu kita rasa dia memang baik hati. Padahal kita kenal dia pun tak. Tapi itulah sains. Otak kita buat shortcut. Cantik = positif.

Itulah sebabnya perempuan cantik lebih dapat perhatian, trust, peluang and approachable. Manusia memang bias and our system memang suka pada rupa cantik, gaya menarik, penampilan kebabom. Looks can open doors that are harder for others to get through. Ini bukan salah perempuan cantik. Kita semua hidup dalam sistem yang menilai rupa sebelum isi dalaman.

Yang kita nampak, semua perempuan cantik yang bergaya dan gojes mesti akhirnya dapat lelaki kaya. Hari tu masa awal-awal berita Nora Danish dapat new boifren, ada orang kata "Kalau dia tak kaya, kau ingat Nora nak?" 

Well, kita nampak macam Nora kejar semua yang kaya-kaya but realitinya lelaki kaya tu yang approach dia dulu. Kalau laki tu tak berduit, ingat berani nak approach Nora? Lelaki-lelaki kaya tu yang choose her. Kenapa? Sebab lelaki kaya dah stabil financially. Orang yang berduit ni, dia mampu pilih apa yang dia suka and majoriti memang pilih yang sedap mata memandang. Simple.

Being attractive gives you an advantage early on. Dapat perhatian awal. Tapi advantage datang dengan expectation tinggi. Kalau muka nampak penat, orang tegur. Kalau berat naik sikit, orang judge. Nak maintain cantik tu sebenarnya penat. Kita takkan tahu kepenatan dorang me-maintain cantik sebab kita tak cantik. Kahkahkah. Kita tu aku lah. 

So "senang jadi perempuan cantik" tu sebenarnya tak senang pun. Effort mau lebih. Kalau macam aku ni yang lepas solat nak mekap balik pun dah malas, memang selayaknya aku dapat Wan Mohd Ridzuan saja. Mbahahahaha.

Lelaki lebih tertarik dengan visual. Rupa jadi first filter. Perempuan usually tengok kestabilan, karakter dan rasa selamat. Maknanya, bila lelaki kaya pilih perempuan cantik, si lelaki dah ada semua benda-benda material. Dia pilih pasangan berdasarkan energy dan yang match dengan vibe dia. Itu logik. Takkan dia kaya bergaya tapi pasangan sememeh keladak, ye tak? Perempuan cantik yang pilih lelaki kaya dapat apa yang dia nak. Si lelaki pun dapat apa yang dia nak. Win-win.

But to maintain a relationship, looks are not the main factor. Ramai perempuan cantik end up stuck in unhealthy relationships sebab lelaki sukakan rupa, bukan personality. Bila cantik mula hilang, privilege tu pun hilang. Dan lelaki pun, kalau kau jatuh miskin, chances are - kena tinggal. 

Kita orang luar ni nampak macam perempuan tu tak ikhlas, nakkan laki tu sebab kaya saja. Tapi kalau kita berada di tempat perempuan tu, maybe kita boleh faham. Dia dah dibiasakan dengan lavish lifestyle. Anak-anak dari kecik hidup mewah, sekolah pun private, jajan dia pun caviar agaknya. Boleh ke dorang survive hidup susah setelah sekian lama terbiasa hidup mewah? Jangan kata dia, kita yang marhaen ni pun tengok bank gaji tinggal RM100 dah gelabah tenuk. So kalau perempuan tinggalkan laki tu bila dah jatuh susah, aku rasa dorang pun tahu consequence tu. Dari awal dia pilih kau pun sebab kau kaya. 

"Kenapa perempuan tak suka lelaki biasa?"

Biasa tu biasa yang macamana? Yang biasa makan telur goreng kicap sebulan 5 kali? Yang kawen 5 tahun tak pernah bawak bini pi fine dining? Yang nafkah RM100 sebulan 10 tahun tak tambah-tambah?

Jangan question. Kau as lelaki pun kalau mampu dapat yang cantik mesti tak pandang perempuan biasa-biasa, kan? So ceritanya, kita akui saja apa kurang kita dan apa lebih dia. Memang zaman sekarang ni hensem saja tak cukup. Puppy love time skolah dulu kita pandang yang hensem je sebab takde komitmen. Kita hanya pikir nak yang hensem macho bergaya. Dah kerja esok, dah belajar hakikat hidup, hensem tak hensem. Kalau semikin, kau dengan kau punya hensem pegi jalannnnn.

Kalau tak hensem, kau kena kaya.
Kalau tak kaya, kau kena pandai.
Kalau tak pandai, kau kena rajin.
Tu je formulanya. Insyallah kau akan dapat pasangan yang serasi dengan apa yang kau ada. 

Cuma kau pun janganlah demand. Kau pun takde semua, so berlebih-kuranglah dengan perempuan yang seadaanya. Ni tak, kau pun takde apa, tapi kemain demand nak taraf Miss World.


2025-12-05

Katanya tanpa sekolah dan ijazah kamu tak akan berjaya, tapi aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini.


Lalu dia pun diri depan sport car dengan muka confident. Gitulah selalunya. Comel budaknya tapi tu lah...
 
Inilah contoh klasik mindset yang merasa success tu bila berduit. Asal berduit je dikira berjayalah. Ramai budak muda sekarang rasa benda ni cool. Belajar tak penting sebab ujung-ujung habis belajar kita kerja untuk dapat duit juga katanya. Better buat duit je terus, buat apa nak belajar. Gitulah mindset paras tumit kaki bila berfikir.

Duit memang penting. Tapi duit tanpa ilmu biasanya tak tahan lama. Ramai yang berduit tapi duit cepat habis sebab banyak spend untuk dapatkan validation orang. You know why? Because kau takde pelajaran tinggi. Takde sijil. Takde kepakaran. Kau sebenarnya tahu tanpa akademik kau kalah beratus langkah kat belakang. Sebab tu kau beria cari validation dengan menayang kereta, tayang duit, tayang lifestyle sebab nak orang percaya kau ada something walaupun tak belajar tinggi. Kan?

Tak nak belajar? Tamat sekolah nak terus kerja? Silakan. It's your call. Tapi jangan tunjuk bodoh tu kat orang. Tak perlu mention "aku belum pernah melihat guru memakai Lamborghini"? 

Nak cakap cikgu yang bijak tu pun tak berjaya sebab tak pakai Lambo? Statement tu sendiri dah menampakkan level of mindset you have. Boleh tahulah belajar takat mana je. Sebab hanya orang yang tak belajar habis je yang rasa duit = kejayaan.

Ilmu yang dapat dari sekolah, dari belajar, dan exposure itulah yang bagi kita kemampuan untuk manage duit dengan bijak dan buat keputusan yang betul. Yang kita nampak Lamborghini depan mata tu cuma SIMBOL CEPAT KAYA saja, bukan ukuran sebenar kejayaan. Kejayaan sebenar takde kena-mengena dengan material, tapi kemampuan untuk maintain hidup stabil jangka panjang dengan selesa walaupun tak kaya mana. Bak kata kawan aku, duit kalau banyak memanglah senang manage. The real success is bila kau boleh manage duit yang sikit.

Itu sebab aku selalu kata mindset “duit lambang kejayaan” ni bahaya sebab dia ajar kita appreciate hasil yang sementara, bukan the real process. 

Duit ni sifatnya datang dan pergi, tapi ilmu dan kemahiran akan kekal. Bila cuma kejar duit, kau mudah lupa proses sebenar. Apa prosesnya? 

Practice, experience, discipline, connections, and mindset. All of this helps people maintain long-term success. Duit boleh habis, orang boleh tipu, market boleh drop. Tapi skill, mindset and knowledge-lah keeps you afloat when everything else falls apart.

Orang yang takde ilmu, bila duit habis otomatik dia rasa gagal. Sebab sandaran dia pada duit, bukan ilmu. Jenis macam ni bila ada duit je dia konfiden. Takde duit, dia down teruk lost tak tahu nak buat apa. Sebab dia takde strong foundation untuk handle hidup tanpa duit. Tapi kalau mindset ada pada proses, ilmu and growth, even bila duit takde, tetap boleh create value dan tetap confident.

Orang yang ada ilmu, bila bisnes jatuh, dia boleh bangkit balik. Dia ada foundation, nak takut apa? Habis kuat pun gagal lagi. Tapi masih boleh bangkit lagi. Dia tahu strategi, cara fikir, problem solving. Orang yang hilang kerja, dia masih berpeluang untuk cari kerja lain sebab now dia ada ilmu + experience. 

Tapi kalau takde ilmu dan hanya ada duit? Habis duit, habislah semua. Takde apa yang boleh selamatkan kau. Takde foundation, takde skill, takde pengalaman. Kau mudah tergolek bila situasi berubah. Rasa dunia kiamat. Masa tu nanti baru terfikir, "kalaulah ada sijil, at least aku boleh..."

Aku tak tahu apa motif budak ni buat caption macam tu. Atau bitter dengan orang yang pandai? Adakah dia mencari downline? Adakah dia agen takaful? Kahkahkah.

Tak, bukan apa. Ada je agen takaful cikai-cikai yang buat caption macam tu juga. Jenis yang tayang kereta tak habis-habis. Dari observation aku, ada beza agen takaful yang educated dengan tak. Tak payah tengok kereta pun tau dah.

Dari perspektif aku, dari caption budak tadi, jelas dia cuba claim “Belajar tak penting, korang boleh berjaya tanpa ijazah” or “Ijazah tu overrated, kerja keras lagi penting”.

Maybe dia ingat yang pulun belajar tu tak perlu kerja keras kot. Dia tak nampak pulun buat 4 assigment seminggu tu kerja keras. Dia tak anggap final year project tu kerja keras. Dia tak rasa pulun study untuk kekalkan good pointer tu kerja keras.

Budak-budak muda zaman sekarang mudah terpesona dengan benda flashy. Especially material. Ramai dak-dak now beli kereta bukan sebab nak pakai tapi nak show off. Alah jangan cakaplah aku menudoh. Aku dah hidup 48 tahun. Dah sampai umur ni aku dah boleh baca perangai orang. Boleh tahulah orang tu beli kereta mahal sebab apa. Nak-nak lagi kalau umur tu muda.

Gaya takde pelajaran pakai kereta sport dengan berpelajaran pakai kereta sport ni orang boleh tahu tau. Orang just malas nak cakap je. Gaya kau, cara bercakap kau, mindset kau orang boleh nampak tak selari dengan kereta kau tu. Nampak murah walaupun kereta kau mahal. 

Perasan tak cikgu-cikgu kita dulu sekali imbas boleh tahu dia cikgu, padahal bawak kereta biasa je. Sebab gaya dia melambangkan mindset dan ilmu yang dia carry. Orang boleh tahu itu gaya cikgu. 

Sekolah dan ijazah/sijil adalah penting. Kalau ambil aliran kemahiran sekalipun tetap ada sijil kat hujungnya, betul tak? Itu bukti bahawa sijil penting sebab itu tanda kemahiran dan kepakaran kau diperakui. Kalau ada experience kerja 20 tahun tapi takde sijil, apa cara kau nak buktikan kat orang yang kau pakar dalam bidang tu? Tu pasal sekarang banyak adult learning course. Ini cara untuk dapatkan sijil.

Ramai budak-budak muda rasa belajar tu tak bawa dorang ke mana. Label orang tak berjaya sebab lifestyle tak flashy. Dorang confuse cause & effect. Masalahnya dorang jadi macam ni sebab mak bapak sendiri pun support. Jenis mak bapak yang takpelah, asalkan anak berduit. Anak tu buat apa pun, ok. Sebab berduit. Nak tengok mak bapak enabler ni tengoklah cara dorang bersembang. Kalau asyik tanya gaji anak orang, pasti anaknya jenis yang bergambar tepi Lambo ni.

Salah satu faktor kenapa dak-dak muda suka kaitkan kereta dengan sucess adalah media sosial yang amplifies lifestyle flashy. Everyday nampak orang update travel sana-sini, shopping sana-sini, makan best-best, otak muda mudah compare. Tapi dia compare material, bukan compare effort dan skill. Tu sebab ramai percaya “Kalau aku ada benda luxury, barulah success”.

Tak belajar dari pengalaman betul dorang ni. Dah banyak dah contoh-contoh kita nampak yang dulunya tayang itu ini ala-ala lifestyle kayangan, tup-tup kena cekup dadah, tup-tup scammer, tup-tup hutang berjuta tak bayar. Maksudnya, tak semua yang kita nampak tu hakikat sebenar. Ada struggle yang dorang tak ceritakan. Yang kau pulak percaya buta-buta sampai sanggup berhabis beli itu ini sebab nak "in". Pastu kau pun tergolek sama. Orang tu tergolek ada backup, yang kau tergolek bodo.

Anak-anak muda, please. Learning and hard work matters! Luxury cars, baju branded, holiday overseas, itu semua bonus, bukan syarat success. Kalau nak tunjuk “aku berjaya tanpa belajar,” itu hak kau. Tapi don't label orang berpendidikan tinggi sebagai gagal. As if belajar sampai ijazah tak menjadikan someone success. 

Some people belajar tinggi-tinggi bukan untuk jadi kaya-raya pun. Dorang nak ilmu, nak explore potensi diri, nak buat impak. Knowledge and skills give them freedom, choice, and power to navigate their life - something duit dan luxury items tak boleh beli.


2025-12-02

Perempuan sukakan duit


Kesian perempuan ni, ramai hentam dia. Semua kecam dia sebab materialistik. Aku tak bacalah semua komen tapi aku syak aku bagi komen yang berbeza sebab dia reply “Thank you for actually understanding the full context…”

Kat situ je aku dah nampak ramai orang sebenarnya salah faham konsep “perempuan sukakan duit”. Laju-laju nak kaitkan dengan gold digger, materialistik, etc. Padahal konteksnya jauh lebih matang daripada tu.

Dalam masyarakat kita, atau maybe culture orang Melayu, ada satu persepsi pelik. Lelaki kumpul duit atau kejar kekayaan, itu normal sebab lelaki ada tanggungjawab besar. Tapi bila perempuan ada impian yang sama, itu namanya mata duitan. Padahal dua-dua cuma nakkan security in life, but the way society judges sangat double-standard. Just like post perempuan tadi. Ramai bash kata tak ikhlas bersuami, nak kejar duit je. Teruk lelaki kena kerja nak meet kau punya demand.

Ada beza antara nak "hidup selesa" dengan "materialistik". 

Materialistik tu bila kau obses pada kemewahan sampai hilang hormat, empati, usaha, akhlak semua tolak tepi, janji lifestyle. Itu memang red flag-lah. Tapi nak stability, security, dan kualiti hidup yang lebih baik, itu normal, logik, dan matang for both men and women. Masalahnya, bila lelaki work hard siang malam sampai takde masa kat rumah, kita panggil “bertanggungjawab.” Bila perempuan letakkan satu standard dalam hidup, kita panggil “demanding.” Tak ke obvious sangat double standard tu?

Perempuan yang ada taste, ada goal, dan ada expectation sebenarnya tak menyusahkan lelaki. Selalunya dialah yang push lelaki untuk grow yang menjadi reason kenapa lelaki nak upgrade diri. Perempuan jenis ni dia tak spend duit laki dia sebarang-sebarang. Dia lebih kepada nak grow sama-sama. Dia bagi support supaya laki dia berusaha jadi lebih baik. Dia tak settle for bare minimum tak bermakna dia materialistik. Dia ambition with purpose.

Dalam healthy relationship, dua-dua sepatutnya saling menaikkan, bukan sorang struggle, sorang lagi selesa hidup seadanya. Konon tak nak menyusahkan suami. Itu kurang tepat. Truth is, perempuan yang ada standard tak perah laki. Dia cuma tak nak hidup susah dengan mindset “cukuplah apa yang ada” sampai 30 tahun pun masih duduk tang tu.

Perempuan macam ni sebenarnya jadi catalyst untuk growth dalam relationship. Dia bukan demanding, tapi dia tahu apa yang dia nak, and she believes both of them should grow together. Kalau lelaki rasa pressure dengan perempuan yang ada standard, that’s not because the woman is materialistic or insincere. Itu cuma reflect mindset lelaki tu sendiri samada dia nak struggle terus atau nak upgrade diri so that hidup dorang sama-sama lebih baik.

A woman with taste and standards won’t make demands without a reason. Dia akan invest dalam relationship tu, not only money, tapi dari segi masa, tenaga, dan emosi. Dia akan jadi supporter kuat suami. Percayalah, lelaki yang matang akan appreciate perempuan macam ni. Sebab bila ada partner yang push dia untuk grow, dia tak anggap diri dia sekadar jadi provider, tapi his best version. Relationship tu sendiri sebenarnya adalah teamwork, partnership, dan growth together.

Wanting financial security is not greed. It’s planning for a better future. Aku tak tahu pandangan orang lain macamana, tapi aku sendiri mencari "team mate" dalam marriage. Aku suka pasangan tu jenis yang boleh duduk berdua deep talk, bertukar-tukar fikiran and pandangan and learn together. Bukan jenis yang mentang-mentang aku isteri jadi aku takleh bagi pendapat and semua idea aku dianggap bodoh. 

Aku benci lelaki yang anggap isteri tak boleh lebih pandai dari suami. Walaupun isteri cakap benda yang betul, tapi sebab yang bercakap tu bini dia, dia tak nak terima. Tapi kalau member lelaki dia cakap benda yang sama, nak pulak dia ikut. Macam sial.

Bagi aku as perempuan, my partner is someone yang made me hustle harder. Walaupun dia push aku dengan cara mengkondem, takpe. Sebab aku adalah someone yang makin kau kondem, makin aku push my limit. Jadi walaupun beliau adalah annoying, he doesn’t drain me. Lelaki juga perlu ada partner gini. Yang grow you. Kalau lelaki pilih perempuan yang “tak kisah duit”, tak kisah hidup seadaanya sampai bila-bila, you will never grow sebab kau tak jumpa reason untuk grow. Kau akan kekal low maintenance.

Suami kita mesti ada peningkatan. Ni bukan cerita banyak atau sikit, tapi growth. Tak kisah banyak atau sikit yang penting ada growth. Sebab bila ada isu dengan financial, yang paling menderita nanti adalah orang perempuan. 

Sebab yang kena urus anak, orang perempuan. Yang nak urus rumah, orang perempuan. Yang nak adjust lifestyle family, orang perempuan. Yang paling terkesan bila pendapatan tak cukup, orang perempuan. Dan orang perempuanlah yang paling dihentam bila rumah tak cukup duit. So bila perempuan kata "Aku tak nak hidup susah”, itu bukan materialistik.

Perempuan materialistik hanya nak duit lelaki, dia takkan mahu spend duit dia. Semua benda dia nilai ikut harga. Nak barang branded tapi tak contribute apa-apa. Bila suami jatuh miskin, dia cabut. Tapi perempuan yang "suka duit" with purpose, dia ada vision. Dia tahu kehidupan yang selesa perlukan sumber yang banyak. Perempuan macam ni tak suka lelaki pemalas. Dia nak partner yang sama-sama nak naik. Bila lelaki tu down atau jatuh, dia support because dia tak nak lelaki tu kekal jatuh. Perempuan nombor 2 ni lah yang post tadi maksudkan. Jenis ni bukan gold digger tapi push lelaki untuk jadi better.

Lelaki-lelaki yang bash kat post tu sebenarnya takut dengan perempuan yang letakkan standard. Sebab lelaki yang tak ada standard untuk diri sendiri akan rasa terancam. Padahal bukannya mintak kau jadi jutawan, cuma minta ada usaha, ada fokus, ada vision, konsistensi and disiplin. Tu je. Lelaki yang takde semua ciri ni selalunya memang suka hidup “asal cukup”, “janji ada kerja”, “tak kaya pun tak apa”, "bersyukurlah apa yang ada". Macamlah orang yang kaya-raya tu tak reti bersyukur.

Tak kiralah lelaki or perempuan, kalau kau adalah someone yang letakkan high standard untuk diri sendiri, secara natural kau memang akan cari partner yang ada drive. Sebab orang yang ada standard tahu relationship without growth is a trap. Kalau kau sendiri push diri jadi lebih baik setiap tahun, upgrade knowledge, upgrade mindset, upgrade income, upgrade lifestyle konfem kau nak partner yang bergerak seiring, kan? Takkan kau nak partner yang buat kau slow down sampai semua cita-cita kena pause sebab nak jaga ego dia.

Bila dua orang ada drive, relationship tu jadi powerhouse. So that bila ujian datang, dua-dua tak goyang sebab dua-dua tahu apa mission masing-masing. In short, high standard attracts high effort. Kalau kau nak fly, tak boleh couple dengan orang yang selesa merangkak.

Perempuan yang "suka duit" usually ada kerjaya, ada income, ada savings and ada future plan. Dia bukan tak perlukan lelaki. Dia cuma menunggu lelaki yang boleh match her energy saja. Jadi kalau lelaki jumpa perempuan macam ni and you don't like her, tak payahlah kecam kata dia demanding atau berlagak atau besar kepala. Dia cuma tak se-frekuensi dengan kau je.

Perempuan macam owner post tadi jangan rasa bersalah bila ada standard. And lelaki pun jangan salah faham dan tak patut risau dengan perempuan high standard. If a woman wants a better life, that’s actually the perfect opportunity for a man to level up himself. Jangan anggap perempuan yang wants you to be better tu menekan hidup kau. Ada beza perempuan yang menekan and memaksa dengan perempuan yang push you to grow. Dia push you sebab dia nampak your potential. Lelaki yang matang je akan faham benda ni.

Perempuan yang cakap “saya tak berapa kisah duit”, bunyinya macam sweet, tapi realiti hidup tak sweet. Cinta tanpa duit hidup dalam drama bolehlah. Jangan dibawak ke dunia nyata. Jadi sumber derita yang tak berkesudahan nanti.


2025-11-23

Education fund


Hari tu ada komen pada Thread someone. Ramai rupanya dari kalangan followers di IG yang nampak reply aku tu and kemudian DM tanya education fund plan apa yang aku ambil.

Bagus bila ramai yang berminat nak buat education savings untuk anak-anak. Bukan apa, kalau bukan kita start, anak-anak kita akan ulang pattern sama. Zaman sekarang belanja belajar tak macam zaman aku dulu. Dulu apply loan semua orang pun dapat. Janji bayar balik. Now, jangankan kata nak dapat, apply pun dah difilter-filter. Bukan semua orang layak apply. 

Bersyukurlah zaman aku belajar dulu semua bumi layak apply tak kira pendapatan keluarga. Yang kaya, yang tak kaya semua dapat bantuan pelajaran yang sama. Bezanya nanti di hujung. Siapa score good result boleh convert ke scholarship. Itu je bezanya. Now, tinggal harapan sajalah nak memohon kalau parents berduit. 

Kawan-kawan setetek pink, anak-anak dorang semua tak layak apply PTPTN. Sebab mak bapaknya semua T20. Masalahnya, umur-umur kitorang ni memang logik sangatlah dah T20. Bukan sebab kaya tapi sebab dah lama kerja. Umur 48 tahun memang patut sangatlah T20. Tapi tu lah, nak buat macamana. Sekarang pesennya kalau kau T20, walaupun anak kau 7, be ready dengan education savings untuk anak-anak ya. Sebab anak kau takkan layak apply bantuan pelajaran. Now katanya mohon scholarship pun tengok pendapatan mak bapak. 

Betul kata tuan punya Thread tu. Bila kita sebut tentang comparison antara kaum, chinese memang awal-awal dah prepare duit untuk anak belajar. Jangankan kata education plan, medical card pun dorang apply awal-awal sekali. Colleague En Wan chinese. Dia kata kebanyakan clientnya adalah dari client yang sama. Asal beranak je, terus apply. Nanti anak dorang kawen dan beranak, cucu pulak apply. 

Orang kita mintak maaf cakap, masih lagi kuat berpegang pada konsep setiap anak datang dengan rezeki. Maka tak payah persediaan, tunggu je nanti rezeki anak adalah tu. Aaa gitu dia punya konsep.

Hari tu aku sembang dengan En Wan. En Wan tanya nak gi tengok Redza ke? Aku cakap bagi dia duit untuk balik sini jelah. Apa yang kita nak cari kat sana pun, dah pergi sekali cukuplah tu. En Wan kata, sementara anak ada kata sanalah ada reason nak pergi, esok dia dah balik takde reason nak pergi dah.

Hmm..betul juga. Bila pikir-pikir balik, dulu masa Redza kat Langkawi, setahun 2 kali aku jejak Langkawi. Padahal takde apa nak dicari pun kat sana. Tapi disebabkan anak ada kat sana, sampai juga rezeki aku ke Langkawi every year. 

Elok je Redza habis belajar, terus sampai sekarang aku tak jejak Langkawi. Tu menunjukkan aku ke Langkawi setiap tahun dulu bukan sebab berduit tapi sebab menumpang rezeki anak. Anak punya rezeki dapat belajar sana, maka aku dapat ke sana juga. Kalau tak, haram aku nak pi sana tetiap tahun. Apa yang nak dicari, betul tak?

That's why, setiap anak memang datang dengan rezekinya TETAPI rezeki tu kena diusahakan, tak jatuh berdebab depan muka. Rezeki memang masing-masing. Tapi planning tu tetap tanggungjawab kita. Kalau kita tak sediakan apa-apa, macam mana rezeki tu nak sampai dengan cara yang betul,ye tak? 

Sama juga dengan pendidikan anak-anak. Education fund bukan benda boleh start bila anak dah masuk uni, itu kena mula dari sekarang. Sebab kos pendidikan makin naik. Kalau kita takde simpanan, anak yang kena tanggung beban tu nanti. Jangan tunggu ada lebih baru simpan. Reality check, takkan pernah ada lebih kalau kita tak buat ruang untuk lebih tu. Rezeki anak memang dah tertulis, tapi cara kita merancang tu menentukan samada rezeki tu cukup atau tersekat tengah jalan. So yes, doa penting, tapi planning is part of the doa too.

Bila anak bangsa lain cukup umur 18 tahun, ramai parents dah ada education fund, investment account, atau at least simpanan yang cukup untuk cover university atau modal awal. Ada yang puluh ribu, ada yang ratus ribu. Bukan sebab parents dorang kaya tapi sebab dorang start awal dan consistent. Sementara some of us, jangankan kata preparation, waktu isi borang apply UPU tu pun masih takde planning menyimpan lagi.

This topic always triggers people. The moment you talk about planning, savings, or being financially smart, someone will say, "kasut kita tak sama". Aku malas nak argue kalau dorang dah masuk bab kasut kasut kasut ni. Padahal takde siapa pun cakap orang miskin salah, atau orang kaya betul. Isunya bukan kaya atau miskin, tapi mindset. Kalau mindset masih nak guna alasan tak mampu untuk justify tak nak berubah, sampai bila pun takkan mampu. 

Yang peliknya, bila orang ajak belajar cara simpan, cara plan, cara manage duit, dikatanya “senanglah cakap, kau banyak duit.” Tapi dia lupa, orang yang banyak duit tu pun bermula dari kosong. Cuma bezanya, dorang buat keputusan untuk ubah nasib, bukan ulang alasan yang sama. So when people with money get bashed for talking about financial responsibility…nak buat camana. Diam je lah. Sebab selalunya yang marah tu bukan sebab tak faham, tapi sebab dia tahu dia dah salah planning.

Kebanyakan kita-kita bila dapat baby, lebih excited beli baju baby, stroller mahal, set feeding yang ergonomic, atau photoshoot newborn. Sangat sikit yang terfikir nak bukak akaun education saving untuk anak. Padahal waktu ni lah paling crucial. Kalau dari baby umur setahun kita dah start simpan RM100 sebulan, dalam 18 tahun, insyallah lebih kurang RM20K+ (belum campur dividen kalau simpan dalam ASB). Kalau RM200 sebulan, dah jadi lebih RM40K. Kalau letak dalam fund yang bagi pulangan 4-5%, the figure boleh naik lagi.

Seronok bila ada orang lain buat the same thing macam aku. Aku mencarum untuk Redza and Rayyan bersekali dengan medical card. Kalau korang dah ada medical card company, berasa macam tak perlu ambil medical card untuk anak lagi sebab company tanggung, boleh je apply polisi education fund saja. 

Redza punya edu plan bersekali dengan medical card. Selepas tempoh matang dapat RM20K+. Kalau hanya edu plan aku rasa lebih banyak lagi boleh dapat. Memandangkan dia dapat scholar jadi edu fund ni tak berusik. Terus masukkan dalam ASB. 

Ramai akan kata, “duit tak cukuplah,” “banyak komitmen lain,” “baru nak stabil”. Yes, I understand. Sebab aku pun beranak umur 20-an macam orang lain. Zaman tu kita baru nak hidup. Baru nak kumpul harta. Disebabkan tak berharta sangatlah maka aku and En Wan decided untuk apply education fund untuk anak (masa tu ada Redza only). Nak kata berduit sangat tu taklah sebab masing-masing masih new parents dan baru nak membina keluarga. Tapi kalau tunggu “stabil” tu datang, kadang takkan datang pun. Sebab setiap kali income bertambah, lifestyle pun berubah sama. Jadi nak tak nak kena start je terus.

Dulu aku ingatkan edu plan ni plan mengada-ngada. Sebab takde orang bersembang pasal ni dengan aku. Bila dengar chinese colleague sembang pasal medical card and education fund, aku pun bagitahulah anak aku pun ada education fund. Terkejut dorang. Sebab zaman tu chinese je buat education plan. 

Dulu orang melayu yang buat education fund ni nampak macam mengada-ngada sebab kita boleh apply MARA katanya. Seiring zaman berubah, ada PTPTN pulak. Now semua pun dah tak valid nak apply. Nasib baik ada ambil polisi "mengada-ngada" tu. At least adalah standby sikit fund.

Bangsa lain especially chinese, dorang treat saving tu macam bil wajib. Sama penting macam bayar sewa rumah atau loan kereta. Bila anak dah besar, anak tu bukan membebankan sebab dorang dah ready fund untuk anak move on dengan hidup sendiri. Ada simpanan, ada medical protection, ada option nak pilih jalan sendiri. Kita pula terlalu ikut konsep “rezeki anak ada” tapi lupa bahawa kitalah tools untuk rezeki anak tu sampai. Rezeki takkan jatuh dari langit kalau kita tak create salurannya.

Tak semua mampu simpan banyak, betul. Tapi semua orang mampu untuk start. RM50 pun cukup as long as consistent. Masalahnya, ramai yang tak nak start sebab nampak value RM50 tu kecik. Bila tengok dalam akaun baru ada RM300, rasa macam tak berbaloi. Lepas tu berhenti. Nak menyimpan terus nilai besar. Tu pasal berasa berat nak start. 

Padahal benda ni compound. Jangan tengok now. Tengok balik 10 tahun kendian. Nescaya kau akan bersyukur sebab dulu kau tak stop. Samalah macam apa aku rasa masa dapat withdraw duit Redza dari edu fund. Bulan-bulan bayar medical card berapa je. After 18 years, nampak nilai savings puluh ribu rasa ohhh banyak juga. That’s what I mean by planning pays off.

The real reason, gap ekonomi makin besar. Kadang kita suka blame sistem, blame peluang, blame nasib. Tapi realitinya banyak benda datang dari mindset. Bila kaum lain nampak saving dan investment as tanggungjawab jangka panjang, kita pulak treat saving as duit lebihan. Bila ada extra baru simpan. Bila tak cukup, cut saving. Hari tu siapa ntah tanya aku macamana nak start saving. Aku cakap jangan start besar. Start small. Sebab tak nak rasa terbeban. Jangan terlampau nak menyimpan sampaikan tak boleh enjoy your hard earn money pulak. Enjoy tu enjoy juga.

Education sekarang tak murah. IPTA dah penuh. IPTS banyak, tapi mahal. But ignorance is more expensive.

Sekarang masuk universiti bukan murah. Yuran, laptop, makan minum, semua naik. Kalau anak dapat loan atau biasiswa pun tetap modal awalnya kena keluar duit sendiri. Redza hari tu visa saja RM20K. Keluar duit sendiri, kendian baru MARA bayar balik. Makna kata, pusing kot mana pun, dapat scholar ke tak dapat je, modal kena standby. Itu tanggungjawab kita as parents. 

Kalau dari kecil dah ada edu fund, insyallah takdelah kalut sangat. At least modal awal tu dah boleh cover. Boleh guna untuk yuran, atau preparation sebelum masuk uni. Atau kalau anak tak nak sambung belajar, boleh jadikan modal untuk dia mula kerja. The point is, the money will always find its purpose. Tapi kalau takde langsung simpanan, masa tu baru nak fikir, memang konfem terasa berat and terbeban.

Jangan compare siapa punya savings lagi banyak. Tu tak penting. Yang penting konsisten. Kalau simpan RM50 every month tanpa miss, itu lebih hebat daripada simpan RM500 sekali, lepas tu senyap setahun. Consistency tu yang akan build habit. Bila kau dah biasa tengok akaun anak bertambah sikit demi sikit, rasa puas. Lama-lama, saving tu jadi macam addiction. Bila kita ada disiplin menyimpan, walaupun income naik, insyallah kita tak terjebak dengan lifestyle tak tentu hala.

It’s not too late. Kalau sekarang anak dah umur 10 tahun, 12 tahun, takpe. Start hari ni. Simpan ASB konsisten, atau SSPN, atau education fund (takaful). Ikutlah kemampuan dan knowledge korang. Yang penting, start. Jangan tunggu perfect time, sebab perfect time tu takkan datang. Kalau anak now umur 15 tahun tapi baru nak start, that’s still 3 years of saving. RM100 sebulan pun dah boleh melegakan masa daftar uni nanti. 

Kita orang Melayu ni bukan tak pandai. Kita cuma terlalu biasa hidup “cukup-cukup”. Kita jarang fikir long term sebab hidup kita banyak kali diajar survive, bukan sustain. Tapi kita boleh ubah pattern tu sekarang.

Kalau korang nak apply education fund dari takaful pun boleh. Takyah ambil bersekali medical card. Contoh katakan company korang cover medical anak-anak, kau ambil education plan saja pun dah cukup. Sebab company kau takkan tanggung education anak. Tak salah aku edu fund takaful ni dalam RM100-120 je sebulan. Tanyalah En Wan berapa rate now (ikut umur anak).


2025-11-21

Aku percaya pada prinsip kalau niat orang tu tak salah, jangan cari salah.


Semalam aku belajar satu benda yang agak kelakar. Actually bermula dengan satu post Thread yang santai-santai je. This lelaki buat post negara-negara yang dia dah pergi. Typical list orang yang suka travel. Then dia tanya public “Korang pulak dah pernah pergi negara mana?”

Simple je post tu. Soalan harmless. Aku pun balas la dengan list negara yang aku pernah pergi. Aku rasa that’s the whole point of his post pun, sharing pengalaman travel, nothing more. Rupanya tak, ya. Lupa pulak kita sedang berada dalam dunia media sosial tahun 2025, yang mana sekecil-kecil dan se-simple-simple post boleh jadi issue besar kalau orang rasa “terpanggil” nak betulkan dunia.

Ada satu komen reply kepada komen aku to that post. This man tulis “Mamat ni takde ke Mekah pun, sangat mengecewakan”

Ingatkan dia silap reply sebab dia mention "mamat", padahal profile aku terang-terang gambar aku bertudung kot. Tapi bila aku tengok balik semua komen kepada post orang tu, rupanya dia sengaja reply kat komen aku sebab nak sindir si lelaki yang buat post asal tu. Sebab lelaki tu dalam senarai negara dia, takde Mekah and Madinah. Aku punya list ada. Apparently ramai juga kat bawah thread tu yang triggered dengan issue sama. Kecewalah konon mamat tu dah pergi banyak negara, tapi Mekah tak pergi lagi? Duniawi katanya.

"Negara lain dah sampai, Mekah tak sampai lagi. Dah jatuh hukum haram!"

Honestly…letih! Penat tengok manusia suka mencari ruang untuk judge benda yang langsung tak perlukan judgement. Like, come on. Dia cuma tanya negara mana korang dah pergi. Dia tak tanya, “Siapa dah buat umrah?” Dia cuma nak sembang pasal travel. Apa yang triggered sangat? 

Entahlah, bak kata kawan setetek aku, "Diana ni dari dulu sampai sekarang bodoh, percaya je kat orang"

Maybe aku memang by default macam tu. Apa yang orang tunjuk, aku percaya. Apa yang orang tulis, aku fokus pada isi yang dituliskan. Bila orang tulis pasal negara yang dia dah pergi, aku fokus kat apa yang dia maksudkan saja. Lansung tak terpikir pasal "Kau ni pergi merata, tapi Mekah tak sampai lagi". Macamana ada orang boleh terpikir nak mengkaji sampai ke tahap tu? Memang semua post orang kau cari salah ke camana? So that you feel good?

Zaman sekarang aku nampak ramai yang lapar nak tunjuk dia lebih baik dari orang lain. Everything has to be measured by someone else’s iman. Padahal yang bercakap tu pun belum tentu dah sampai. Acah-acah je. Sebab orang yang dah sampai Mekah takkan judge siapa yang belum sampai. Orang yang dah sampai dia encourage people untuk pergi, tapi NEVER judge sebab dia tahu journey di sana berbeza.

Can we not just let people be happy about something as simple as travelling? Tak semua benda kena dikaitkan dengan agama, dosa, pahala segala. Some people just want to share experiences, memories, or maybe escape sekejap dari rutin. Tapi tu lah. Mesti ada yang nak judge, nak rasa dia lebih baik. Pelik kenapa orang senang sangat triggered dengan benda yang tak kacau hidup dia?

Aku tak since when kita jadi terlampau sensitif sampai setiap benda orang buat kena diukur dengan nilai “kerohanian” as if nak tunjuk walaupun kita kaya, berjaya, kita masih dekat dengan Tuhan. Tu pasal nowadays ramai kena scam dengan ustaz/ustazah wannabe. Sebab kita always anggap yang nampak macam baik tu memang baik.

Banyak komen-komen macam ni kat media sosial. Like, kau tak penat ke setiap benda nak cari makna tersembunyi pasal agama? Orang post makan sedap-sedap, kau komen "lebih baik simpan je gambar ni, kesian yang tak mampu kalau tengok terliur dia". Orang post perfume bersusun dalam lemari, kau komen "Jangan berlebihan, nanti semua ni akan dihisab". Orang tu beli sebab dia pakai. Bukannya beli untuk jadikan perhiasan. Ngok!

Semua benda nak tazkirah. Aku kadang terfikir, some people memang ada difficulties nak faham context ke camana? Orang tulis pasal makanan, kau sembanglah pasal makanan. Orang tengah cerita travel, kau sembanglah pasal travel. Bengap nau tak paham konteks dah kenapa?

Benda ni bukan apa tau, dah jadi semacam culture. Culture “aku lagi baik dari kau”. Inilah masalah utama zaman sekarang. It’s like no one can just appreciate something anymore without making it a moral issue. Kalau someone pergi 10 negara, kita tak boleh sekadar cakap “Wow, seronoknya dah sampai banyak tempat.” Kita mesti nak tambah “tapi dah pergi umrah belum?” As if kalau belum pergi, semua tempat yang dia pergi tu takde makna.

Sebab tu orang yang komen “Mamat ni takde tulis ke Mekah pun, sangat mengecewakan”, it’s lowkey funny to me. Like, apa yang mengecewakan kau sebenarnya? Kecewa sebab dalam kepala kau, Mekah tu wajib dalam checklist travel semua orang Islam? Gitu?

Not everyone’s life path looks the same. Some people travel for work, some for healing, some for curiosity. Mekah is not a travel goal, it’s a spiritual calling, and that happens when the situation align, not when someone else thinks it should. Faham? 

Aku bukan nak sebelahkan orang yang travel banyak negara tapi Mekah belum sampai. Aku cuma nak cakap yang rezeki, masa, dan journey masing-masing berbeza. Ada orang mampu dari segi duit, tapi belum dijentik hatinya.

Some people memang dah sampai ke banyak negara tapi budget tak besar mana. Duduk hotel biasa-biasa, makan biasa-biasa, pergi tourist attraction yang tak berbayar. Dia bukan spend kat luxury hotel, dia tak spend duit kat tempat mahal-mahal, dia makan yang simple-simple, kadang makan pek Kembara je sepanjang bercuti. Kalau pi Mekah, kita stay di tempat tu tempoh yang lama. Maka tempat tinggal nak kena selesa sebab duduk lama. Berulang-alik 5 waktu di masjid. Mesti nak duduk hotel dekat, tapi yang dekat tu mahal. Nak yang murah, jauh pulak. Mungkin ini yang buatkan dia belum ready.

Manusia memang pandai cari kelemahan orang lain untuk bagi diri sendiri rasa lebih baik. Tapi bila kita judge orang kerana hal-hal macam ni, truth is, we are just projecting our own ego. Kita bukan risau dia tak pergi Mekah benaunya. Kita cuma nak tunjuk kita terpaling ingat Mekah, kononnya kita lebih sedar soal akhirat. Padahal, kalau betul niat nak ajak orang buat baik, cara bercakap tu takkan bunyi macam judge. Cara kita akan lebih lembut, bukan “sangat mengecewakan”. Ayat tu sendiri dah bunyi sombong.

Aku pernah baca satu quote.

“Religious arrogance is still arrogance”

Aku rasa that really fits the way some netizens act these days. Dah tak boleh beza antara nak berdakwah dengan nak feel superior. Actually ramai je yang matang, yang tahu bila masa nak bercakap and bila masa nak diam. Tapi jenis yang suka cari salah ni la yang selalu memekak tak tentu arah.

Sekarang makin ramai guna agama as weapon untuk tunjuk pandai. Aku sumpah menyampah dengan komen yang "Cantiknya awak, kalau bertudung lagi cantik". Aku yang bertudung pun menyampah baca lagikan yang tak bertudung. Tak, bukan apa. Bagi aku, tak kena masa dan gayalah kau nak komen macam tu. Tahu, niat baik tapi cara tak kena. Perlu ke everytime nampak orang happy-happy kau nak cucuk dengan tazkirah?

Kalau kau rasa kalau kau komen "Cantiknya awak" akan buatkan dia terus-terusan begitu, then jangan komen! Komen pasal lain. Aku kalau komen kat gambar-gambar perempuan yang free hair, walaupun aku tahu dia memang cantik begitu, aku risau juga kalau dia carried away dengan komen-komen yang memuji, karang aku pulak yang macam menggalakkan dia terus free hair. Jadi, aku komen hal lain like "You look good in that red blouse!" Kan boleh kau komen gitu? Tapi tak, kan? Kau nak jugak bitter.

Just because someone’s happy doesn’t mean they are doing something bad. Tak semua benda kena ditafsir secara rohani. Ada masa, benda tu cuma simple joy. Kau nampak orang share pasal makanan, dia mungkin cuma nak kongsi rasa puas. Kau nampak orang list negara-negara yang dia dah sampai, dia mungkin cuma nak celebrate his small achievements. Sebab tu aku kata aku penat. Letih dengan budaya always offended ni. Everything offends someone. Korang ni dah lupa macam mana nak chill ke?

Some people can’t function without conflict, kan? Ketenangan will always feels foreign to them. Ramai netizen kita macam tu. Kalau takde isu nak kecoh, rasa tak lengkap. Sebab tu walaupun benda tu harmless, dia always cari angle untuk jadikan moral debate. Padahal benda tu boleh jadi perbualan yang positif. 

Kita boleh tanya, “Best ke pergi sana?” atau “Kalau travel ke Jepun, tempat mana paling best?” Tapi sebab kita dah dibesarkan dengan budaya nak menang and orang lain takleh lebih dari kita, tu pasal post simple pun boleh jadi viral tak tentu arah.

Aku percaya pada prinsip kalau niat orang tu tak salah, jangan cari salah. Kalau kau nak sangat orang lain ingat Tuhan, tunjukkan dengan akhlak. Takyah tunjuk dengan komen yang menjatuhkan maruah orang lain.


2025-11-20

Bila dipikir-pikir balik, bukan 100% salah perempuan, tapi PUNCA kepada ketoksikan tu belum diselesaikan lagi.

Lately ni kat Thread banyak sangat vibe negatif. Aku tak sure lah ini memang penyakit orang perempuan atau sememangnya ramai perempuan ada masalah dalam rumahtangga.

Bermula dengan isu suami provider, pastu ke isu mak mertua toksik, then ipar-duai toksik, pastu expenses 50-50. Dengan isu hantaran tinggi tak sudah-sudah. Pastu semalam naik pulak isu nak guna aircond kena minta izin suami. Berlambak-lambak betul masalah rumahtangga kat Thread. Sampaikan aku terpaksa komen kat Thread omputih sebab nak lari dari algorithm netizen Malaysia. Macam dah takde topik lain masing-masing. 

Bila dipikir-pikir balik, bukan 100% salah perempuan, tapi PUNCA kepada ketoksikan tu belum diselesaikan lagi. Bukan kerana aku perempuan maka aku sebelahkan perempuan. Sebab aku punya logik simple. Takde orang yang akan merentan tanpa sebab. Kalau isteri tu bitter dengan mertua, ipar duai, atau suami, mesti ada sebab. Selagi roots tak settle, selagi tu la isu ni akan selalu ada.

Aku pernah sembang dengan En Wan pasal ni. Aku tanya dia "Perasan tak Di tak pernah ambil tahu berapa gaji abang, berapa bonus, apa abang beli, siapa apa bagi? Walaupun gaji abang bertambah every year sejak dulu sampai sekarang, expenses abang tak bertambah sebab makanan dan barang dapur tetap aku handle".

Dia angguk setuju. 

Apa yang aku cuba explain here is, when household needs are not taken care of, stress starts to build up. 

Isteri marah bila keperluan kat rumah tak settle tapi suami hulur duit kat mak and adik-beradik. Isteri stress bila tak dapat apa-apa reward tapi suami belikan orang lain hadiah. Bagi aku this is not the wife’s fault, and not the husband’s fault either. The real issue is, household responsibilities are not balanced yet.

Bukan suami tak boleh bantu mak and adik-beradik, tapi bila urusan dalam rumah tak settle, itu yang jadi punca isteri bengkak. Aku jamin, kalau apa yang suami kena provide telah dilunaskan, mana-mana isteri takkan question suami spend duit kat siapa dan kat mana. 

Tengok je la mak-mak datin yang tak kisah lakinya kawen lagi satu. Gasak kau dia kata. Why? Sebab dia dah dapat lebih dari cukup. Suami dah provide segalanya. The datins can go shopping bila-bila masa. Tak perlu kerja. Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan. Expenses suami settlekan. Takde yang kurang.

Umpama kita di ofis. Buat kerja macam nak mati pulun sales. Dapat komisyen gedabak. Puas hati. Dalam meeting kena lempar report kat muka dek boss pun kau takkan resign sebab tahu di situ kau dapat reward seperti yang kau nak (kisah benar). 

Samalah macam isteri. Kerja penat-penat cari duit nak bantu suami, boleh pulak suami hulur duit gaji ke mak bapak dan adik-beradik sedangkan tanggungjawab dia di rumah isteri yang support. 

Bagi duit kat family tak salah, tapi dalam keadaan suami belum mampu provide segala yang basic, yang sepatutnya suami beri maka sangat tak tepat duit tu dibagi pada orang lain. Sangat tak tepat. Maybe inilah punca kenapa isteri-isteri merentan kat Thread. Isteri merasa macam dia pulak yang kena berkorban bantu keluarga suami. Keutamaan tu dah salah tempat.

Perempuan tak merentan tanpa sebab. Bila perempuan merentan, itu adalah signal sistem rumah tangga belum seimbang.

“Rumah kita belum balance, bang. I need your attention and a solution!” Aa gitu dalam bahasa lembutnya. 

Maybe ada yang kata isteri kena sama-sama memahami situasi suami. Ya, betul. Hidup berumahtangga memang kena saling memahami. Suami pun kena faham apa yang isteri rasa. Bila keperluan rumah settle, gasaklah nak buat apa dengan duit kau tu. Takkan jadi isu kalau nak hulur pada ahli keluarga lain. Tapi kalau rumah sendiri pun bercatu, percayalah cakap aku, setiap sen yang keluar dari tangan suami akan jadi trigger.

Berumah tangga ni bukan tentang siapa betul siapa salah, but about balancing the load and each other’s emotions. Kalau satu pihak penat, tapi pihak lain tak sedar atau tak ambil port, tension will build up. Understanding each other is not just about words. Memerlukan action. Tindakan yang konsisten.

Masalah mak mertua and ipar-duai toksik ni bukan perkara baru. Dari observation aku, this problem RARELY starts with the wife herself. Isteri yang nampak macam red flag sebab melabel mertau toksik tu sebenarnya dah SUFFOCATED dengan perangai suami. 

Si suami nak tunjuk kononnya dia anak yang baik padahal isteri terpaksa berkorban. Kebanyakan orang tak nampak hakikat ni. Setiap kali suami tolong keluarganya, ada pengorbanan isteri yang orang luar tak nampak. Trust me.

Dulu pun aku macam tu. Zaman-zaman kitorang share expenses. Setiap kali balik kampung, aku bayar tol, En Wan bayar minyak. Padahal balik kampung dia. Tapi aku tong-tong bayar supaya dia tak stress. Ingat tak pakai banyak duit ke balik Tganu?

Setiap kali balik, bawak buah tangan. Kau rasa orang lelaki terpikir ke nak bawak buah tangan? Harammmm. Maka isteri yang keluarkan duit beli kek, beli kuih untuk jadikan buah tangan supaya apa? Ya, supaya tak nampak macam menantu melenggang balik kampung nak perabiskan beras semata. 

Dulu masa mok masih di Tganu, kerusi makan and sofa mok dah teruk sangat. Mok pesan kalau nak beli meja makan, nak kerusi 8. En Wan dah serabut. Balik kampung bukan sikit-sikit duit, ni tiba-tiba nak kena belikan sofa and meja makan pulak. Tambah serabut laki aku. Boleh je aku nak biarkan dia serabut sorang-sorang, tapi kalau dia perabiskan duit untuk beli unplanned purchase like this, maknanya ada expenses yang aku kena tanggung next month. 

Jadi, aku share. Takpelah sofa aku sponsor. Meja makan dia bayar sebab lagi mahal. Hahaha. Itu yang aku kata tadi. Di sebalik kebaikan suami pada keluarganya, ada isteri yang berkorban. Tak kisahlah berkorban duit atau perasaan. Namanya tetap berkorban. Dan ini kebanyakan orang tak tahu, kan?

Orang perempuan ni PALING MUDAH NAK DITIPU. Kena ayat sikit dah cair. Jadi, kalau kau dah tahu nak isteri bayarkan sikit expenses rumah tu, apa salahnya ayat sikit bini tu. 

"Takpelah awak dah tolong bayarkan bil letrik bulan ni, biar 2 minggu ni abang masak dinner". 

Konfem tak mengungkit bini kau. 

Kitorang punya RFID semua register kat Touch N Go apps aku. Maknanya duit TnGO aku isikan. Dia drive kereta free tol, ya. Dia langgar je RFID tu dengan senyuman sebab TnGO apps sentiasa ada duit. Padahal dia yang banyak gerak sana sini jumpa client dari hujung je hujung. Tapi disebabkan dia basuh baju, sidai baju, sapu laman, isi minyak kereta and handle semua expenses, aku pejamkan mata je lah bab tol TnGo tu. Sebulan RM400 tak lari tol dia sorang. Bahagia hidup dia, kan?

Jadi kalau isteri sampai merentan kat Thread, itu maknanya isteri dah exhausted dengan sikap suami. Kalau seorang isteri already exhausted managing the house, the kids, the kitchen, the finances, tapi suami masih takde perubahan, entahlah ya. I mean, I’m not in that situation myself, but as a wife, I feel like it’s just not fair to her. Isteri dah carry workload dan beban so much, and if her efforts at home are not recognized or supported, it just adds unnecessary stress. Dari stress, mudah timbul perasaan bitter, marah, dan akhirnya nampak toksik.

Hari tu aku buat post kat Thread. Aku cerita dulu masa mula-mula kawen, aku willingly contribute duit gaji. Siapa baca blog aku dari awal memang tahu aku bagi SEMUA duit gaji termasuk komisyen cheque pada En Wan. Dan En Wan akan bagi aku RM50 seminggu untuk belanja makan gi kerja. 

Biggest reason kenapa aku trust him will all my gaji and komisyen adalah sebab aku nak kehidupan yang selesa. Kalau nak harap pada dia sorang, maybe keselesaan tu datang lambat sebab semua dia kena tanggung. Jadi, untuk aku rasa selesa yang cepat, aku berkongsi gaji. 

Another reason, aku nak kita sama-sama tenang. Segalanya pakai duit. Apa yang bestnya kalau duit aku adalah duit aku, dan duit suami semua habis pada keperluan rumah sampai tak dapat spend untuk diri dia sendiri. Nak ajak jalan-jalan pun dia takde duit dah. Nak ajak makan luar pun dia takde duit juga. Ujung-ujung kau jugak keluarkan duit sendiri untuk berjalan. Lebih baiklah aku kongsi sikit gaji so that hari-hari kita tenang berjemaah. 

Nasib aku maybe baik. Setiap tahun En Wan naik gaji, dia akan ambil satu per satu tanggungjawab expenses rumah dari aku. Sampailah semuanya dia pegang, except barang dapur. 

Pastu ada sorang ni komen kat post aku tu. Dia kata bukan semua beruntung macam aku suami berusaha untuk ambil balik expenses yang aku pegang selama ni. Kebanyakannya selesa bila isteri ambil tanggungjawab membayar itu ini sampai ke sudah takde usaha nak ambil balik tanggungjawab tu. Siap spend duit kat orang yang tak sepatutnya.

Ok, that komen is valid too. Betapa senangnya isteri terbeban sorang-sorang, especially kalau suami takde effort nak pegang balik tanggungjawab yang sepatutnya suami pegang. Maybe inilah yang isteri-isteri kat Thread harapkan. Dorang harapkan suami ambil balik the tanggungjawab. 

Bila gaji naik tahun ni, ambik balik 1 expenses dari isteri. Tahun depan, gaji naik lagi, ambil balik 1 expenses lagi. Maybe tahun lepas isteri bayar bil internet, tahun ni suami naik gaji, ambil tanggungjawab ni. Tahun depan gaji naik lagi, ambil pulak tanggungjawab bayar bil van anak. Percayalah, isteri akan merasa beban dia berkurang. Kalau suami tak naikkan nafkah pun, insyallah isteri tak merungut sebab duit isteri sekarang ada lebihan. Bila tanggungjawab masing-masing jelas dan diselesaikan, rasanya isu 50-50 takkan jadi trigger lagi.


2025-11-19

Fresh grad now pakai Longchamp, Coach, Polene?


Seram aku baca komen everytime someone bercakap pasal dak-dak intern datang interview bawak henbeg Coach, henbeg Polene, pakai latest iPhone.

“Fresh grad now pakai Longchamp, Coach, Polene?"

Tu tak tengok lagi dak-dak yang tengah belajar kat uni pakai branded stuff. Pitam karang.

Yang benaunya, inilah realiti zaman dah berubah. Dak-dak muda sekarang ada headstart yang berbeza. Tak ramai yang macam kita dulu, sememeh gi interview dengan kasut Bata, baju kurung and henbeg RM25 beli kat kiosk depan Giant. Aku lepas grad, lapor diri kat Kementerian Sains dengan kasut Bata tak sampat RM30 and henbeg beli kat Giant, RM25. Baju kurung and tudung bawal rembat Mak Aji punya. Oh masa tu pakai tudung u olsss. Sebab mak aku cakap kerja kerajaan kena pakai tudung. Kena tipu hidup-hidup.

Zaman tu (tahun 2000) Kementerian Sains ambil Research Assistant (RA) melalui uni. Batch aku dulu, ada 5 orang RA dari UPM, 2 dari UKM, and 2 UM. Aku under UKM. Kitorang semua gaya sederhana, kecuali sorang RA from UM bergaya. Masa tu akak-akak and pegawai pun pandang dia dengan pandangan berbeza. Nak bagi task pun berkira-kira. Sebab apa? GAYA.

Tak, aku bukan nka cerita buruk pasal that RA. Dia baik je dengan aku, makan sama-sama semua. Cuma nak cakap pasal GAYA. Akak-akak kerani suka tengok kawan aku ni sebab baju kurung dia cantik-cantik, gaya pun tahulah anak orang kaya, pergi kerja pun bawak kereta sendiri. Masa tu kitorang semua belum grad. Kitorang semua dapat offer sebelum grad. Maksudnya habis je belajar 2 minggu terus dapat panggilan kerja. Gradnya bulan 8 nanti. Kawan aku tu kira outstandinglah sebab belum start kerja dah pakai kereta.

Belum time gaji lagi. Aku dapat gaji masih lagi kedekut nak spend duit sebab masa tu aku tengah persiapan nak kawen. Dapat je gaji simpan sikit, tak dapatlah nak enjoy sangat. Kawan-kawan yang lain habis kuat pun beli kasut baru, atau baju kurung baru. Masa tu Kementerian Sains masih kat Jalan Raya Laut. Habis kuat shopping kat Sogo and Jalan TAR untuk beli baju. Murah-murah. Yang kawan aku sorang ni, dapat gaji beli emas, ya! Pernah satu bulan tu dia kata sampai takleh tido terbayangkan gelang yang dia nampak kat kedai. Dapat je gaji terus ajak kitorang teman dia beli gelang.

Hakikatnya, ada orang keluarganya kaya. Duit gaji boleh buat main-main. Sebab mak bapak tanggung hat lain. Silap-silap mak bapak hulur allowance lagi. But some people like aku, duit gaji tu kemut-kemut buat transport, makan, keperluan and savings nak kawen. Tu pun mujur duduk rumah mak bapak, jimat sewa. 

Tu cara-cara tahun 2000. Now dah 2025. Mak bapak yang grad tahun 2000 tu anaknya dah masuk uni now. Secara logiknya, anaknya berada dalam keluarga yang mampu. Kalau tak mewah sangat pun, paling tak pun, setakat motor and kereta tu rasanya mak bapak dah siapkan. Maka, takde yang pelik kalau budak-budak intern datang interview bawak Polene.

Kita ni kadang suka bercakap tentang “takyah banding hidup dengan orang lain”, tapi kitalah orang pertama yang suka compare. Kita lupa setiap orang lahir dalam konteks berbeza. Ada yang dari kecik dah biasa travel overseas every year naik business class. Ada yang tak pernah naik kapal terbang pun. So kalau student uni pakai beg Polene atau pakai iPhone, belum tentu dia beli dengan duit biasiswa/loan. Maybe itu mak bapak dia bagi, sebab dari kecik family dia memang guna branded items.

Aku peratikan ada kelompok manusia yang suka mengkaji benda yang takde kena-mengena dengan konteks. Contoh, video kitorang send off Redza kat airport awal-awal dia fly dulu. Aku pakai henbeg LV masa tu. Video aku peluk Redza tu aku letak kat Tik Tok. Ada je yang komen "Cantik beg maknya. Patut tak layak anak dapat biasiswa". Kau rasa?? Apa kena-mengena henbeg dengan anak aku dapat MARA?

Maknya dah kerja berpuluh tahun, takkan tak boleh beli satu beg mahal? Sebab pakai beg branded, automatik anak patut dapat tajaan? Tajaan tu bukan charity, ya tapi reward. Anak dapat sebab layak. Punyalah panjang video aku, henbeg aku juga yang dia pertikaikan. Gila. Agaknya kalau aku share video Redza beli gitar baru kat sana, mau anak aku kena keca, "Ni lah budak-budak overseas, menghabiskan duit rakyat!". Padahal budak tu beli pakai duit allowance mak bapak bagi.

Jangan ingat semua orang macam kau dulu buta-buta harap duit loan/scholar je untuk survive. Zaman sekarang, ramai dah mak bapak hulur duit poket kat anak-anak untuk tambah-tambah. Duit belanja sekolah sekarang pun ada yang bagi sampai RM10/hari. Dah takde yang pelik dah now. Belanja makin mahal. Setakat henbeg Longchamp tu sap sap soi mak bapak dia boleh belikan.

Aku dulu pun rembat baju kurung Mak Aji gi kerja. Kemain lawo tudung bawal aku silih berganti macam-macam kaler. Merelip siap. Padahal mak aku punya. So maybe anak-anak tu pun pakai maknya punya beg. Rilekslah. Jangan gelabah jubo.

Some kids nowadays, pakai iPhone, pakai Apple Watch, bawak kereta pi kolej, itu cuma normal dalam hidup dia. Kita je yang rasa pelik sebab dalam hidup kita, benda tu dianggap mewah. Tapi dalam hidup orang lain, benda tu mungkin biasa-biasa je. Sama macam kita beli henbeg kat Shopee. Mungkin bagi family dia, Longchamp tu beg ke Village Grocer.

Hari tu aku nampak satu video, family from Indonesia. Dia ambik video anak-anak perempuan dia age 6-8 tengah landing sambil layan iPad kat business class seat (flight). Caption maknya "My daughters started life flying business class. Good luck to the future in-law".

Entahlah, aku baca macam takde nada-nada riak lansung, tapi tak tahu kenapa ramai merentan kat komen. Betullah apa dia cakap. Anak-anak dia dah biasa fly business. Nak buat camana. Kalau kau rasa tak sekufu nak berbesan dengan dia, scroll je lah. Halah halahhh.

You know why? Sebab ramai orang masih ingat MEWAH tu satu definisi universal. Padahal konsep mewah tu relatif, depend pada background and persepsi masing-masing. Contohnya, aku dari family B40. Beg Longchamp bagi aku mahal. Tapi kawan aku yang tahun 80-an dah duduk banglo, mak bapak Profesor, zaman sekolah pun dah pakai Dr Mart, Longchamp tu mungkin kategori casual everyday bag je.

Sama macam T20 and B40 tengok harga rumah. B40 dengar T20 beli rumah harga RM1.8 juta, geleng kepala. Buat apa membazir katanya. Baik beli tanah, buat rumah sendiri, baru 600K. Katanyaaaaa. Tapi orang T20 tu maybe kata 1.8M kira murah dah untuk landed house dengan segala facilities and access yang berhampiran. Tak semua orang pikir cost, ada yang pikir worth. Sebab “mahal” tu relatif. To some people, mahal tu bila harga tak sepadan dengan nilai yang dia dapat. Tapi bagi orang lain, kalau sesuatu benda tu menjimatkan masa, selesa, dan peace of mind, itu dah dikira worth it.

Dulu, budak uni register datang dengan fail, baju kurung, beg kain sangkut kat bahu. Desa sangat. Kahkahkah. Tapi itulah norma waktu tu. But now, dunia dah berubah. Even majikan sekarang pun tengok presentation dari cara berpakaian masa interview. Kendian baru tengok benda lain. Jadi tak heranlah kalau dak-dak now sangat bergaya. 

Lagipun, dak-dak now dibesarkan by being exposed to aesthetics and aspirations from a much younger age. Dari kecik dah tengok YouTube, TikTok, Pinterest. Semua ni developed gaya. Si Rayyan tu gitulah. Pinterest je kerjanya. Apa-apa hal tengok Pinterest. Geram aku.

So kalau today nampak interns atau fresh grad pakai beg Coach, belum tentu dia pakai duit loan/scholar beli. Yang tu kebanyakannya lifestyle dari rumah dah begitu. Memang dari kecil dorang dah biasa pakai macam tu. Entah-entah henbeg tu maknya punya. Tak semua student mesti nampak “susah”. 

Budak-budak sekarang dah makin pandai jaga penampilan dan tahu apa yang dorang suka. Dari kecik dah pakai Guess, OshKosh B'Gosh segala. Dak Korea tu pun jenis yang minat fashion dari kecik. Seluar pendek bodo duduk kat rumah pun dia bantai High Cultured. Aku cakap kau yang nak beli, kan. Pakai allowance sendiri. Kalau habis aku memang tak tambah dah.

Itulah realiti zaman sekarang. Taraf hidup, cara dibesarkan and exposure setiap orang tak sama. Apa yang nampak mewah bagi kita, maybe biasa bagi orang lain. Masing-masing ada konteks dan cerita sendiri. Cuma tu lah, orang kita masih tak settle-settle lagi dengan status symbol. 

Kita ada satu penyakit yang pelik iaitu cepat triggered dengan kemewahan. Orang bawak henbeg mahal, kita kata dia riak. Orang beli kereta baru, kita kata dia menunjuk. Tapi kalau orang tu hidup susah, kita kesian pulak. Maknanya, kita hanya tenang bila orang lain hidup kat tahap “cukup-cukup” atau bawah dari kita.

Insecure namanya. Actually zaman aku kerja dengan gomen dulu ada dah penyakit ni. Di kalangan officer selalunya. Masa aku kerja gomen dulu, masih belum kawen.Tapi orang tahu aku dah bertunang. En Wan hantar bunga ke ofis, 44 kuntum. Bouquet tu sangat besar. Itu punnnn jadi bahan menjaki dorang kat aku.

Lepas tu En Wan hantar lagi. Bouquet besar juga. Terussss aku kena panggil dengan officer. Jangan obvious sangat katanya. Padahal aku tak pernah bawak tunang aku ke opis pun, hanya bunga je je yang muncul. Itu pun jadi bahan gossip.

Yang panggil aku tu officer lelaki. Yang panggil aku tu boss aku. Dia ok je. Cuma dia kata "Ada orang start bercakap pasal awak ni..". Aku macam...hmmphh. Bukannya aku ada skandal dengan orang dalam ofis tu pun. 

Then masa dah kawen, En Wan hantar aku pi kerja dengan kereta sport dia. Lagilahhhh jadi bahan mengumpat orang. Sumpah aku tak faham. As if aku RA je. Tak logik aku ada life yang lebih "mewah" dari officer. Gitulah agaknya logik dorang.

Tak sangka penyakit ni masih ada sekarang. Bila orang lain kelihatan lebih baik, kita rasa tercabar. Bukan sebab dia buat salah, tapi kita rasa kurang. We forgot that other people’s finances are none of our business. Kalau mak ayah dia mampu, biarlah. Kalau laki dia kaya, biarlah. Kalau dia pandai urus duit sendiri, biarlah. Janji kalau dia student, dia belajar. Assignment berhantar. Belajar bagus. Exam excellent. Kalau dia intern, asalkan hari-hari datang, task siap, tak bodoh sombong dan tak buat ofis aku macam mak bapak dia ada share, I'm good. Yang lain aku tak ambil peduli.

Satu lagi point yang kita kena always remember, budaya mewah pada budak-budak muda ni bukan dorang create. Most of them datang dari cara didikan keluarga. Kalau dari kecik dah biasa makan kat good restaurant, pakai branded clothes, holiday setahun 3 kali, itu adalah lifestyle yang diwariskan. Takde yang salah. Asalkan kerja siap, attitude bagus. Kalau berlagak, kerja hauk, belajar out, ini yang orang menyampah benaunya.

Dulu pernah viral satu budak TKC ambil result SPM dengan cantik bermekap. Teruk budak tu kena bash dengan netizen bangang se-Malaysia. Kecik-kecik dah pakai mekap katanya. Yang benaunya jeles sebab budak tu pandai, cantik, result SPM bagus and keluarganya mewah. Orang macam tak puas hati budak tu ada segalanya. Takde benda nak dihaukkan, dia hentam budak tu ambil result pakai mekap. Gila.

Aku sebenarnya lagi menyampah dengan orang yang menggalakkan untuk "nampak susah". Penyakit orang Malaysia. Kalau orang tu susah, makin ditatang-tatang. Especially those "influencer" yang buat video memasak dengan kuali dah haus, rumah tonggang-langgang. Yang ini orang kita suka. Sebab apa? Sebab orang tu nampak lebih susah dari dia. Jadi dia suka tatang. Konon inilah real life. Padahal kau suka sebab kau rasa tenang dia tak buat kau insecure. Tu je.

Sebenarnya budak uni, budak intern atau fresh grad pakai Longchamp, Polene, Coach bukan isunya. Isu sebenar netizen cepat sangat triggered bila nampak orang lain lebih senang.

Oh by the way, nak mintak aunty and uncle di sini doakan Redza dapat kerja. Budazah tu apply jadi cleaner kat uni kauuuu. Nak mohon jadi cleaner kena result exam bagus. Kalau exam bagus baru dibenarkan kerja. Exam dia hari ok, takde repeat paper. So dia dapat apply kerja. Cuma persaingan ramai. Dia boleh kerja 15 jam seminggu. 1 jam dapat 12 pound. Kemain lagi Birmingham nak apply kerja cleaner kena score exam, ya. Yang anak aku pun beria nau nak jadi cleaner. Doakanlah ya dia dapat jawatan tu. 


2025-11-17

Panty kena tukar setiap kali lepas mandi.


Kadang aku rasa, benda paling susah nak ajar manusia bukan subjek biologi, bukan sains, bukan matematik, tapi common sense. Benda yang kau ingat semorang tahu, rupanya ada yang langsung tak tahu. 

Baru-baru ni kat Thread, this lady cerita dia pernah ada sorang kawan yang everytime duduk bersila, keluar bau busuk. Lepas ditanya-tanya barulah tahu bau tu datang dari celah kelengkang kawan dia tadi. Rupanya kawan tu tak tahu yang seluar dalam kena tukar setiap kali mandi. Kau rasa??

Imagine dia tak tahu benda basic macam tu? Bila ditanya, katanya mak tak pernah ajar. Aku baca pun macam...ok jangan cerita pasal pantyliner la, memang konfem dia tak tahu.

Aku baca post tu pun dah terbau-bau hamis. Keputihan katanya keluar warna hijau! Just imagine keputihan sampai keluar warna hijau? Tak gatal ke camana? Ke dah terbiasa sampai boleh tolerate dengan bau busuk and gatal? OMG.

Ini bukan cerita pasal busuk, ini pasal mindset dan didikan asas.

Selalunya bila cerita-cerita macam ni keluar, ramai ingat orang tu mesti datang dari keluarga miskin, yang duduk jauh peruk kat hujung dunia, yang takde access to proper education or basic hygiene.

Toksah pikir sampai teruk macam tu lah, ya. Kot ye nak husnuzon pun pakailah logik sama. Kita dah tahun 2025. Maklumat semua di hujung jari. Harga seluar dalam RM15 pun dah boleh dapat 3 helai. So, ni bukan pasal miskin. Ini pasal mindset.

Teringat Prof UiTM dulu cakap "aku memang takleh duduk dengan B40". Dulu kita ingatkan dia bercakap pasal pendapatan, pasal budak miskin. Rupanya MINDSET B40. Sebab mindset determines everything. Bukan background, bukan position, tapi cara fikir. Kalau mindset tu betul, orang tu akan ambil tahu. Akan cari tahu. Akan belajar, walau benda tu nampak kecik. Like, takkan tak terfikir nak bertanya kenapa bawah tu berbau, kenapa berlendir..?

Kalau kita boleh tanya kawan pasal skincare, pasal serum, pasal jerawat, pasal jeragat, macamana nak bagi muka glowing, kenapa tak boleh tanya pasal benda yang jauh lagi penting like private part? Seriously, it’s the same body. Kau jaga muka sebab nak nampak cantik depan orang, tapi lupa nak jaga bahagian lain that actually determines your overall health.

Bila mindset tu betul, kita takkan malu nak belajar. Malah kita akan curious, nak faham kenapa benda tu jadi. Orang yang ada mindset betul tahu beza antara menutup bau dan mencegah punca bau. Badan kita ni bukan benda yang kena malu. It’s part of you. Kalau kau sendiri tak ambik tahu, siapa lagi?

Budak tu kata maknya tak pernah ajar. Aku tak sure bab ni. Yang aku tahu anak-anak patut dah diajar basic kebersihan diri. Macamana cara nak cebok. Lepas cuci bontot kena sabun tangan. Mandi at least 2 kali sehari. Mandi kena pakai sabun. Aku malas nak pikir bab period dia. Kalau seluar pun tak ganti 3 hari, please jangan mintak aku imagine pad dia, ya. Entah-entah sekali pakai 1 pad je dari siang sampai ke malam. 

Kebanyakan kita masih anggap ini topik yang memalukan. Aku bercerita pasal period pun ada yang kagum. Kagum katanya aku berani bercakap pasal period terang-terangan.

Why nak malu? Nak malu dengan siapa? Dengan lelaki? Kat sekolah dulu kita semua belajar sains kot. Subjek sains tingkatan 3 bab pertama sekali pasal pembiakan. Terang-terang dalam buku teks gambar struktur penis and ovari. Siap label mana satu clitoris, testis, segala. Nak malu apanya? Tapi tu lah, ramai anggap ini topik malu. Konon nanti anak terlebih tahu, nanti terpengaruh. Padahal inilah ilmu yang boleh selamatkan anak daripada malu in future.

Kat sekolah cikgu terang-terang cakap pasal ovum, uterus, sperma, tapi bila nak cakap atau bertanya pasal penjagaan alat sulit sendiri, malu? Come on, anak lelaki ke perempuan ke, esok dorang ada pasangan sendiri, ada keluarga sendiri, semua tu akan jadi knowledge.

Parentslah orang pertama yang patut ajar anak (perempuan) pasal haid, keputihan, dan private part. Bila anak perempuan faham cara jaga diri, she won’t feel ashamed of her body. She will know when something is not normal, and she will know bila perlu jumpa doktor. Tapi kalau dari kecik dah dibiasakan dengan malu bertanya, or “takpelah nanti tahu sendiri”, jadiklah macam si kawan yang celah kangkang bau hanyir tu.

Tak tukar panty bukan small matter, ya. Aku ni kalau melipat baju, siap kira berapa banyak spender En Wan and anak-anak. Biar banyak, jangan sikit. Kalau sikit, memang aku tanya "Apesal sikit sangat spender kat bakul ni? Tak tukar spender ke?"

Tapi selalunya dorang akan reply "malam takyah pakai spender". Kalau weekend pun tak pakai spender. Ni si Rayyan seminggu tak sekolah sebab sekolah dah start SPM, konfem seminggu ni aku basuh 2 helai spender dia. Konfem punya.

Perempuan please, ya. PANTY KENA TUKAR SETIAP KALI LEPAS MANDI. Panty liner kena tukar setiap kali lepas ke tandas. Kalau sehari tu kencing 14 kali, 14 kali lah kau tukar pantyliner. Aku takde keputihan tapi sebab bawah tu berkepap takde udara, jadi setiap kali ke tandas aku tukar pantyliner. Tu cara-cara takde keputihan. Kalau kau ada keputihan pleaselah tukar dengan lebih kerap. Especially bila start ada bau, atau discaj yang banyak daripada biasa, atau gatal. That's your body tells you something’s not right down there. Cepat treat. Jangan buat donno.

Lagi satu, aku tak tahu siapa yang ajar konsep spray perfume kat bawah. Please stop. Bau wangi takkan hilangkan bakteria. Busuk tu datang dari dalam, bukan kat seluar dalam kau. 

Keputihan sebenarnya perkara normal. Itu cara badan kita self-cleaning. Dia keluarkan sel mati dan bakteria yang jaga faraj. Tapi yang normal hanya bila keputihan tu jernih, tak berbau, dan tak gatal. Kalau dah warna kuning, hijau, lendir pekat berketul, bau hanyir, itu namanya infection. Samada bakteria atau fungus. Antara puncanya, seluar dalam.

Bila panty lembap, especially kalau tak tukar lepas mandi atau lepas berpeluh, area tu jadi tempat bakteria membiak. Tambah kalau jenis suka pakai seluar ketat, fabrik tebal. Bawah tu tak bernafas. Mula-mula memang tak rasa apa. Nanti slowly start gatal. Lama-lama keluar lendir. Lepas tu warna keputihan berubah. Tau-tau je keluar macam bau bangkai tikus tersepit bawah kerusi.

Orang perempuan kena tahu apa bau yang "biasa". Kita punya bawah ni ada baunya. Bukan tak berbau lansung. Ada. Bau yang "biasa" sepatutnya natural dan tak menusuk. Macam bau badan yang normal. Ada, tapi tak sampai buat orang lain tanya “bau apa tu?”. 

Benda ni penting sebab ramai perempuan ingat bawah tak boleh ada bau langsung, jadi ada yang sembur perfume, sapu lotion, letak bedak nak bagi wangi. Please jangan nak memandai-mandai letak wangi-wangian kat bawah tu, ya. Kita ada normal flora yang boleh bersihkan bawah tu. Makin kau sapu macam-macam, makin rosak normal flora, makin banyak rengsa nanti.

Yang jadi masalah now, ramai perempuan tak pernah diajar kenal apa yang normal dan apa yang tak. Kebanyakan yang nak beli Herba Rahsia Rimba bila ditanya ada masalah apa, dia cakap ada keputihan, Aku always tanya keputihan tu macamana. Kalau tak gatal, tak bau, tak banyak, THAT'S NORMAL. Sebab badan kita ni ada phase tertentu yang memang akan keluarkan discaj.

Fasa subur (ovulation phase) contohnya. Selalunya pertengahan cycle period (hari ke 12-16 kalau period kau regular 28 hari). Waktu ni estrogen tengah tinggi dan badan keluarkan lendir. Warnanya jernih-jernih, licin, dan quite banyak. Macam putih telur mentah. Discaj jenis ni tujuannya nak mudahkan sperma hidup lebih lama dalam rahim kalau kau tengah TTC. Ini discaj yang NORMAL. Jangan gelabah.

Fasa before and after period pun sama. Ada discaj. Masa ni progesteron tengah tinggi. Kau akan nampak warna discaj lebih pekat, macam putih susu, sometimes ada yellowish sikit tapi selalunya tak berbau. Ini pun NORMAL sebab badan tengah bersedia untuk self-cleaning.

Kalau cuaca panas atau lepas bersenam pun ada discaj. Kadang sebab peluh, stress, atau perubahan hormon. Keputihan keluar lebih banyak. Tapi selagi tak berbau busuk dan tak gatal, this is NORMAL.

Herba Rahsia Rimba (HRR) memang untuk hilangkan keputihan tapi tak bermakna faraj kau kering terus. Tak. HRR akan treat keputihan jenis penyakit. Yang gatal, yang berbau, yang berwarna, yang banyak sampai basah panty kau. Kalau keputihan keluar sesekali and tak gatal, itu discaj yang biasa.

Tukar panty every time lepas mandi tu bukan gaya orang bandar, ya. Itu basic hygiene. Kalau hari tu kau mandi dua kali, tukarlah dua kali. Kalau tiga kali, tiga kali lah. Jangan kedekut. Bukannya spender kau pakai benang emas pun. Pantyliner pun sama. Kalau ada, pakai. Aku takde keputihan tapi aku sentiasa pakai pantyliner sebab just in case ada discaj keluar, sayang kat panty.

Apa-apa pun, kalau pepek kau gatal-gatal and keluar discaj, PLEASE RAWAT. Jangan buat biasa. Kadang kita ni terlalu bertahan dalam keadaan tak normal, sampai lupa apa itu normal. Semua benda bermula dari cara fikir. Kalau kau masih assume “alah, spender bertahi lalat je, bukan orang nampak pun”, jangan peliklah one day celah kangkang kau berkerak, hitam, menggerutu and berbau.

Kalau ada yang rasa, “Ala, benda ni simple je. Takyahlah explain panjang lebar”

Trust me, banyak masalah kesihatan perempuan today berpunca daripada benda “simple” yang diambik mudah. Dari panty yang tak disalin, dari sabun yang tak sesuai, dari mindset yang malas. Kalau benda semudah tukar panty pun dikata susah, aku tak tahu nak cakap apa dah. Mindset determines everything.


2025-11-16

Five years is not that long. But it’s long enough to change your whole life.


Kadang bila aku baca orang mengadu:

"Dah 5 tahun menanggung suami biawak. Semua atas aku. Kalau aku tak keluar duit, anak-anak tak makan!"

"Dah 3 tahun kerja kat sini, tapi takde increment"

"Dah masuk tahun ke 4 bercinta, takde tanda-tanda nak ajak kawen"

5 tahun dah. Same job complaints. Same relationship issues. Same money problems. Same weight. Kau bukan stuck tau tak? Kau yang choose to stay di keadaan yang sama.

Ini kenyataan untuk orang yang masih hidup dalam cycle yang sama, tapi every year mengeluh. Setiap masa mengeluh dan komplen, but kau masih bekerja in the same job you hate, still complaining about your partner, still broke, still tired, still hoping magik berlaku. Masalahnya, benda tu takkan berubah, sebab honestly, kau yang tak buat apa-apa untuk ubah.

Aku pun pernah berada di fasa hidup yang stagnant macam tu. Bangun pagi, pergi kerja, balik, mengeluh, tidur. Ni masa bila? Masa aku kerja kat satu biotech company. 2nd day kerja dah takde rasa nak pegi kerja. Vibe dia sangat dark. Every Isnin aku menunggu next weekend datang. 3 minggu je kat situ pastu aku quit. Aku ni jenis apa-apa hal mental health kena jaga dulu. So kalau dari awal dah rasa tak best, memang aku tak tunggu lama.

Dia ada beza tau bila kita "tak suka pergi kerja" dengan "tak suka kerja tu". Ramai orang tak perasan benda ni. Kadang bukan kerja tu yang kita tak suka tapi rutin nak pergi kerja tu yang buat letih. Kena bangun awal, traffic jam, deadline banyak. Tapi bila dah start buat kerja, sebenarnya ok je. Kerja susah macamana pun, kalau vibe ok, kau akan stay. Itu maknanya bukan kerja tu yang jadi masalah.

Tapi kalau environment kerja tu sendiri yang dark, colleague toksik, bos kaki menghamun, itu lain cerita. Nak buat task pun malas, bosan, lost. Itu tanda minat dah takde. You are not growing, you are just surviving. So penting untuk tahu bezanya. Kalau cuma tak suka pergi kerja, maybe you need change of environment. Tapi kalau dah tak suka kerja tu, you need change of direction. 

Kita sebenarnya tahu apa yang patut dibuat. Kita tahu kerja tu toxic, tapi kita takut nak move on. Kita tahu relationship tu tak healthy, tapi kita tak berani nak lepaskan. Kita tahu badan gemuk sebab lifestyle, tapi kita cari macam-macam alasan untuk tak berubah. Kita kata "nantilah". Tapi dah 5 tahun dok meratib “nantilah”.

Changing life ni memang sakit. Especially bila kita dah selesa dengan kesusahan tu. Kita dah comfortable with your own struggles. Sounds weird, kan? Tapi itulah realiti. Sebab struggle yang kita dah biasa tu memberi rasa familiar. Kita dah tahu pattern dia, kita dah tahu ending dia. Bila nak berubah, kita kena face uncertainty and fight our own fears. Kat sini ramai orang sangkut. Bukan sebab tak mampu, tapi takut. Takut benda baru. Takut fail. Takut hilang apa yang kita rasa “selamat” walaupun benda tu sebenarnya buat life stuck selama ni.

Hakikatnya, change is uncomfortable because it forces you to let go of control. You don’t know what’s coming next, and that’s scary. Tapi the thing is, kalau tak lepaskan benda lama, macam mana nak bagi space untuk benda baru masuk? 

Growth always starts with discomfort. Kena sanggup rasa janggal dulu sebelum jadi biasa. Kena sanggup rasa bodoh dulu sebelum pandai. Kena sanggup rasa susah dulu sebelum senang. That’s how transformation works. Most people want the results, but not the process. But the truth is, the process is the point!

Yang katanya dah 5 tahun takde perubahan, cuba tengok balik life kau lima tahun lepas. Kalau masalah 5 tahun lepas masih sama sampai hari ni, masih tak suka kerja kau, masih berat badan yang sama, masih stuck dengan hutang yang tak berganjak amount-nya, masih dalam relationship yang takde kepastian, masih dalam marriage yang membebankan, so the real problem is not the situation. It’s you.

"Aku terpaksa stay sebab takde pilihan"

No. You ALWAYS have a choice. Cuma sometimes pilihan tu mahal. Kadang pilihan tu perlukan keberanian. Making a choice means losing something. Tapi namanya tetap pilihan. 

Contoh, kau menyampah dengan kerja sekarang, tapi takut nak resign sebab banyak komitmen. That's fair. But at the same time, kau tak cari peluang lain pun. Kau tak improve skill, kau tak cari side income. So, kau bukan terpaksa stay. Kau pilih untuk tak ubah apa-apa.

Or dalam relationship. Kau tahu partner tu toksik, tapi kau stay sebab malas nak start all over again. Tak nak try kenal-kenal orang lain takut dikata betray relationship. Masalahnya, kalau 7 tahun bercinta tak nampak bayang ke arah nak kawen, kau nak hint apa lagi untuk kepastian? 

So again, bukan takde pilihan. You choose to stay in the kind of pain you have already gotten used to. Because familiarity feels safer than uncertainty, kan?

Maka kalau dah pilih untuk stay kat situasi yang sama, tak payah la buat post "Dah 5 tahun tanggung suami biawak..." SENYAP!

We often get the whole idea of change wrong. Kita dok pikirkan yang kalau nak mengubah hidup tu kena buat benda besar like berhenti kerja, migrate, start bisnes. Pastu hidup makin terbeban. Padahal, perubahan tu starts with the smallest things. Like bangun 1 jam awal. Atau stop follow orang yang buat kau insecure. Atau baca satu page buku every day. Atau simpan RM100 sebulan. Start small-small je.

Dulu masa aku nak mulakan habit baca 2 helai (4 muka surat) Quran everyday, rasa macam tak sempat. Mula-mula aku allocate lepas Maghrib. Tapi lepas Maghrib tu la En Wan ajak makan. Mulalah aku nak merentan mengacau aku nak mengaji. Lama-lama aku tukar jadual. Sart bangun awal 1 jam sebelum Subuh. Kalau Subuh 5.45 am maknanya next morning aku bangun 4.45 am. Barulah sempat. Barulah ber-tick habit tracker aku. Barulah laki aku tak kena lahar. 

The problem is, we underestimate small steps and overestimate motivation. Kita tunggu mood datang, tunggu masa sesuai, tunggu kalau ada duit lebih. Seriously, nak tunggu semua perfect, tau-tau je dah tua. Sebab hidup ni tak pernah bagi moment yang betul-betul ready. Kau kena jalan dulu, baru rasa ready.

Aku pernah jumpa ex-colleague yang dari aku kerja dengan dia dok meratib nak resign nak resign nak resign, tapi 10 tahun tak gerak-gerak. Bila ditanya kenapa tak resign-resign, "Ofis ni dekat dengan rumah".

Dah tu? Yang kau merentan 24/7 dah kenapa? Kau yang pilih untuk stay sebab ofis dekat dengan rumah. Maknanya kau lebih priorotizekan itu, so hadap je lah. The issue now here, kalau komplen, then berubah. Kalau tak nak ubah, jangan komplen!

Takut nak ubah sebab takut bila berubah keadaan makin teruk? Ok, itu valid. Tapi sebenarnya, staying stuck tu pun satu bentuk kegagalan cuma slower and quieter version. At least kalau kita cuba, kita tahu apa rasanya gagal. Tapi kalau tak buat apa-apa, kita akan gagal slowly tanpa sedar. Between the two, mana lagi sakit?

Lima tahun boleh ubah banyak benda kalau kita betul-betul serius. Dalam lima tahun, kita boleh dapat kerja baru, kita boleh kurus, kita boleh lebih sihat, kita boleh keluar dari relationship yang toksik, kita boleh ada savings, or at least kita dapat ubah mindset. Nak dengan tak nak je.

Aku punya konsep, kalau aku kekal dengan benda sama more than 6 months, itu petanda aku boleh carry the burden jadi tak payah nak merungut. Jalan je terus. 

Tak perlu tunggu Januari baru nak “new year, new me”. Start now pun boleh. Because if five years have already passed, the next five will pass even faster. Percayalah cakap aku. Five years is not that long. But it’s long enough to change your whole life, itupun kalau nak lah.