2021-05-31

Beban kenduri kawen.


Every year mesti ada yang minta tulis topik ni.
Ini pun semalam ada yang minta aku cakap pasal ni.
I guess ini masalah yang valid sepanjang zaman.  
Siap tanya "Esok kalau Redza kawen Kak Di suruh dia simpan duit atau Kak Di cover semua?"

Eh, dah kenapa pulak aku nak kena cover, dia yang nak kawen?

Tapi dalam plan aku and En Wan, kalau anak kawen esok, belanja kenduri duit kitoranglah, sebab dah tentu-tentu yang ramai jemputan dari kalangan kawan-kawan mak bapak.
Selalunya mana-mana majlis kawen yang ramai memang jemputan mak bapak, secara lojiknya mak bapaklah yang patut keluar duit untuk kenduri.
Dari pemerhatian and pengalaman aku melalui kenduri-kendara dari kalangan orang-orang yang aku kenal, bila mak bapak tak keluar duit tapi jemputan dia paling ramai, selepas majlis akan muncullah keluhan-keluhan macam dalam screen shot tu.

Some parents over bab kenduri kawen.
Seluruh pelusuk kampung nak dijemputnya, tapi duit dia tak keluar pun.
Lepas tu demand macam-macam.
Ini aku cakap sebab aku pernah berdepan dengan pengantin yang alami situasi macam ni, ya.
Bukan reka cerita.
Budak tu bekerja tak sampai berapa tahun, dah dimintaknya buat majlis itu ini.
Siap dia pulak yang mengatur goodies apa nak bagi kat tetamu.
Tapi dia keluar air liur je lah, anak dia yang tertonggeng-tiarap nak sediakan semua demi nak jaga ego parents.

Alhamdulillah, kenduri kawen aku dan adik-beradik lain, duit kenduri semua duit Pak Aji and Mak Aji.
Memang dorang dah cakap "Duit kenduri mama tanggung tapi duit kau nak mekap, duit hantaran, tu semua atas kau".
Memang lega banyak.
Paling lega En Wan lah, duit hantaran pun tak bawak.
Actually dia bawak duit hantaran tu.
Dari majlis bertunang Pak Aji dah bagitau taknak duit hantaran.
Tapi pakcik aku yang jadi wakil keluarga rasa macam tak sedap pula kalau kata tak mahu hantaran, jadi dia kata "Terpulanglah pada Diana and Wan untuk decide".
So we both decide ikut tarikh bersanding 5 May 2001 = RM5520.01 (memang satu sen ni ada dalam hantaran yang dia bawak tu).
Tapi Mak Aji pulangkan balik kat En Wan. Dia tak mau.

Kenduri aku masih style rewang.
Seminggu sebelum majlis dah bersoseh jiran-jiran datang rumah siapkan itu ini.
Anak sulung selalunya jemputan yang datang memang ramai.
Orang kat situ naik takut tengok jemputan yang datang punyalah ramai.
Dah pukul 3pm masih menderu.
Nasi kawah masak sampai 3 kali (termasuk yang pertama kali masa).
Maunya tak ramai, Mak Aji punya nombor pekerja 506 kot.
Maknanya dia orang yang ke-506 bekerja di UKM. Kira otai ni.
Dah tentu jemputan dia ramai.
Pak Aji pulak Pegawai Pendidikan Selangor Bahagian Disiplin dan Kaunseling.
Sekolah mana yang takde unit kaunseling kau bagitau aku?
Cikgu sekolah punyalah ramai yang datang.
Kebanyakkannya cikgu kaunseling sekolah-sekolah Selangor.

Bayangkan kalau aku yang kena keluar duit kenduri?
Berapa banyak aku nak spend untuk kenduri kalau gitu punya ramai?
Jemputan aku ada la 50 orang. Tu pun tak sampai kot.
Geng Dusty Pink berapa kerat je.
Semua masih single waktu tu, aku yang pertama sekali kawen.
Kawan sekolah aku berapa kerat je. Memang tak sampai 50 orang.
Kawan-kawan En Wan (geng study Jepun) semuanya datang ke jemputan belah aku tapi tak ramai mana.
Geng-geng En Wan sporting, dari majlis bertunang lagi dorang datang beramai-ramai bagi support kat En Wan.
Dah macam majlis nikah time bertunang dulu.

Mujurlah mak bapak aku faham dan sedar tak sepatutnya anak dia dibebankan dengan duit kenduri.
Memang tak adil pun kalau aku yang kena keluar duit kenduri sedangkan jemputan aku tak sampai 50 orang.
Baik aku celebrate kat cafe je.
Duit pelamin, duit bilik pengantin, kenduri, goodies, kad kawen --- semuanya free.
Kitorang keluar duit untuk persalinan pengantin, baju nikah, duit tempah baju, duit mak andam, duit urusan nikah, barang-barang hantaran and 100 keping kad kawen.
100 keping kad kawen ni kitorang bagi kat jemputan kitorang je (kawan and ofismate). Itu pun berlebih.
Itu bukti bahawa jemputan pengantin tak ramai mana.
Oh, lagi satu aku ada cover 50 batang bunga pahar yang dibuat sendiri.
Padahal Mak Aji dah tempah 100 bunga telur dah atas pelamin tapi aku nak merasa jugaklah menggentel bunga telur sendiri.

Itu je belanja kawen kitorang dari duit sendiri.
That's why masa kenduri takde kek kawen sebab tak cukup bajet.
Mak aku cakap nak potong kek pakai duit sendiri. Hahahaha.
Alhamdulillah, walaupun Mak Aji tu kadang macam naga jadian bila naik hantu, tapi dia ada common sense.
Dia tau tak patut nak bebankan anak menantu untuk kenduri.
Memang kitorang takde hutang mana-mana lansung demi nak kawen.
Takde buat personal loan, takde apa.
Masa tu kredit kad pun takde.
Konsepnya, takde buat cara takde.

En Wan lagilah, gaji pertama pun tak masuk lagi.
Masing-masing guna duit simpanan sendiri untuk cover apa yang patut kitorang cover.
Nampak macam tak banyak kan, tapi kena ingat, waktu tu gaji aku sebagai Research Asisstant hanya RM1400 je.
Tolak itu ini, RM1200+ je dapat.
Dengan duit tu la bulan-bulan aku kena simpan.

Memang aku duduk dengan mak bapak, tak payah bayar sewa.
Tapi aku sewa kereta (upah orang) untuk hantar and kutip aku dari/ke stesen komuter, RM50/sebulan.
Tiket komuter and LRT pergi balik kerja lagi.
Makan minum di tempat kerja lagi.
Tak masuk lagi keperluan peribadi yang mesti beli tetiap bulan.
Allowance untuk Ibal RM50 every month (yang ni tak perlu pun tapi Mak Aji kata takyah bagi duit kat dia, kalau nak bagi duit sangat bagi kat adik aku yang itam tu).
Masa ni aku rela tak pakai henfon dan jarang (i mean sangatttttt jarang) beli baju.
Nasib baik baju kurung Mak Aji banyak.
Dapatlah bertukar-tukar baju kurung pi kerja, macam-macam pesen. Kahkahkah.

Dengan duit gaji itulah aku menyimpan ikat perut macam nak rak demi nak cover kos-kos kawen.
Kalaulah aku yang kena cover segala urusan kenduri, agaknya tahun lepas baru aku kawen.
Aku bersyukur Mak Aji and Pak Aji sanggup tanggung sebahagian besar kos kawen aku.
Tapi aku taklehlah demand macam-macam - nak dulang girls pakai sedondon, nak khemah scallop, nak chiavari chair, nak pelamin 6 tingkat, nak buat kat dewan, nak ada rombongan penari zapin, yada yada yada.
Apa yang dia sediakan, aku syukur dah.
Takde lah koman sangat pun majlis aku.
Biasa-biasa je tapi meriah sebab semua keluarga dari Singapore and Johor turun Bangi.
Rombongan dari Tganu nak dekat 10 biji kereta.

Aku syukur sangat-sangat Mak Aji and Pak Aji tak membebankan kitorang dengan kos-kos yang tak perlu.
Hasilnya selepas 3 bulan kawen, kitorang dah dapat menyewa rumah sendiri di USJ Subang Jaya.
3 tahun selepas tu dapat pindah masuk rumah sendiri, dapat ambil maid untuk Redza, dapat beli new car.
Tapi masa ni holiday-holiday memang takde.
Our first holiday masa umur Redza 3 tahun.
Maknanya 6 tahun selepas kawen baru merasa nak pi bercuti.
Ini pun aku bersyukur sebab aku and En Wan diberikan kesedaran untuk sama-sama tahu apa yang perlu diprioritizekan.
Vacation can wait. Necessity comes first.

Aku cakap kat Redza, duit hantaran segala itu kau sediakan.
Sendiri nak anak orang, sendiri simpan duit dari sekarang.
Jangan nak tawar-menawar harga anak orang, buat malu. Agak-agak mahal, cari lain. Kalau nak kawen tema itu tema ini, bak sini duit top up.
Kalau tak, apa yang aku buatkan, terima saja.

Redza pulak cakap "Redza taknak naik pelamin, Ma".
Wahhhh ini sudah bagus. Jimat banyak ni. Hahahaha.
Ye sangatlahhh taknak naik pelamin.
Apak kau dulu pun beria taknak naik pelamin.
Aku jegil biji mata sekali terus ai followwwww.

Pasangan yang baru nak berkahwin kat luar tu, janganlah ikutkan hati bila buat majlis kawen.
Jangan terlalu nak follow trend.
Kalau ada budget, why not?
Tapi kalau takde, toksahlah sampai buat personal loan bagai.
Esok anak dah 2-3 orang, loan tak habis lagi.
Tambah pulak dengan hutang kredit kad, bila mau settlelah?
Kalau mak bapak yang beria nak buat majlis besar, cuba bincang kot-kot dorang boleh top up.

Kenduri aku kat Tganu, 100% duit En Wan.
Dari kenduri, persalinan dan kad kawen jemputan di sana segalanya duit En Wan.
Tapi khemah 2 je lah.
Masak pun gotong-royong.
Tetamu tak seramai Bangi.
Goodies biasa-biasa - telur, kerepek, manisan.
Takde bekas kristal atau bekas kaca. Bunga telur saja.
Orang kata "Takkanlah balik blaja overseas kerja engineer kenduri takat 2 khemah?".
Luckily, he doesn't care. Aku pun tak kisah.
Janji lauk pengantin tu mau sedap.

Selalunya gitulah. Bila terbawa-bawa dengan status, akhirnya menjerat diri.
Majlis kawen ni kejap je. Habis kuat 3 hari.
Lepas tu orang tak ingat dah majlis kau.
Yang menanggung beban hutang sampai RM80K ni kita suami isteri saja.
Jangan nanti dah 5-6 tahun kawen masih tak habis-habis mengungkit bab duit kenduri.
Dalam statistik rumah tangga, tempoh 5 tahun pertama paling banyak penceraian berlaku yang disebabkan oleh kewangan.
Tahun-tahun pertama ni banyak pakai duit.
Waktu ni dah ada anak, waktu ni nak beli rumah, waktu ni dah beli kereta, waktu ni anak dah mula nak bersekolah tadika.
Waktu-waktu ni banyak nak pakai duit.
Kalau beban kenduri masih tak settle lagi, boleh imagine tak stressnya besar mana? Ha, jawab.

By the way, majlis kawen time PKP ni jugak yang untung. 
Jimat satu hal.
Satu hal lagi orang pun tak kondem majlis kau simple.
Ini kesempatan yang Allah bagi, sape nak nikah time ni, silakan.
Habis PKP esok terus boleh bayar downpayment rumah baru.




2021-05-30

Upah orang alim.

Za'ba yang dimaksudkan dalam screenshot di atas adalah Pendeta Za'ba.
Aku tertarik dengan ayat "memohon doa dari golongan alim".
Dulu, aku tak pernah terfikir bidaah ini wujud.
Dalam keluarga aku, tak ada istilah minta orang alim doakan bagi pihak kita.
Sendiri nak, sendiri doa.
Sendiri nak, sendiri buat solat hajat.
Kalau buat kenduri, sesekali je imam surau/masjid lead bacaan doa kalau kebetulan jemput orang surau.
Kalau tak, ahli keluarga sendiri lead, selalunya Pak Aji.

Sehinggalah aku berkahwin, baru aku nampak memang ada orang yang mengamalkan "minta orang alim doakan".
Mok aku cakap "Kat Tganu biasa buat gini".
Aku tak sure la "Tganu" tu seluruh Tganu atau kampung dia je yang buat gitu.

Kejadian pertama, that was lama dulu di zaman aku masih free hair.
Kak Long nak bukak cafe dalam UMT.
So there's one night kitorang semua ke cafe tu sebab nak buat solat hajat and jamu sekali student.
Kira macam free tasting la.
Sesiapa yang datang cafe tu akan dapat sepinggan nasi beriyani.
Aku remember bawa telekung untuk join the solat hajat.
Lama tunggu, tapi tak start-start pun solat hajatnya.
Masing-masing masih sibuk menyusun pinggan and makanan.
Tiba-tiba aku terperasankan sorang pakcik tengah solat dalam kawasan cafe.

Aku tanya mok "Mok, sape tu?".

Mok kata itu orang yang buat solat hajat.
Aku macam, "Huh? Kenapa dia solat sorang-sorang tak panggil kita semua?".

Mok cakap "Eh tak payah. Dia je solatkan. Sini biasa gitu. Upah orang solat hajat".

Terus berderau darah aku.
Dek kerana terkejut, sampai sekarang aku masih ingat clearly every single word yang keluar dari mulut mok tu.
Dan sepanjang majlis tu aku macam terpempan. Don't know what to react.

Look, aku ni memang tak macam orang yang tahu sembahyang ketika tu.
Dengan free hair kaler mahogany, memang sajak sangat kalau dituduh jahil.
But, tak pernah lagi aku tengok orang lain buat solat hajat untuk kita.
Kalau mintak ustaz sama-sama buatkan solat hajat, yes. Pernah dengar.
Tapi kalau upah orang buat solat hajat tatkala kita bersoseh-soseh di luar, sedangkan kita berhajat untuk diri kita tapi kita tak sama-sama jemaah solat hajat - this is weird.

Aku sampaikan kekeliruan aku pada En Wan.
En Wan pada waktu tu dah berpengalaman tengok cara keluarga aku berurusan bab-bab kenduri and solat, jadi his reply was "Biarlah Di, kita buat cara kita".
Aku syak En Wan segan bila aku nampak situasi tu.
Entah, I don't know.

Yang kedua, upah orang mengaji kat kubur.
Masa arwah ayah meninggal, mok upah orang mengaji kat kubur arwah selama 3 hari.
Aku tanya "Kenapa kena upah, mok? Kita kan boleh mengaji dari rumah ramai-ramai?".
Yang ni pun mok cakap "Orang Tganu biasa buat gini".
Again, aku rasa orang area-area tu je kot.
Not sure if seluruh Tganu practice benda yang sama.
Dan selepas tu setiap kali bulan Ramadhan, akan ada orang diupah mengaji kat kubur arwah ayah.

Mengaji kat kubur is not the issue.
Siapa yang mengaji juga, not an issue to me.
But upah orang mengaji bagi pihak keluarga is something yang aku rasa not right.
That's why bila aku terbaca artikel tentang ni (gambar screenshot) aku lega rupanya apa yang aku andaikan, benar.
Bergantung pada orang alim untuk mendoakan, adalah satu yang tak patut diteruskan.
Ini samalah ceritanya dengan upah berdoa depan Kaabah.
Dulu ada company buat servis ni, kan?
Patutlah servis macam ni wujud.
Sebab ada orang yang percaya benda-benda macam ni.

Apa yang "biasa berlaku di Tganu", akan habis di sana.
Aku tak mahu kebiasaan tu turun kepada anak-anak aku pula.
Biarlah ia ditamatkan oleh En Wan.
Biar kebiasaan tu stop sampai En Wan.
Tak akan diperturunkan ke generasi yang seterusnya. Biar lenyap.

Kebiasaan keluarga aku pula, segalanya kita sendiri yang buat.
Berdoa, kita sendiri minta untuk diri kita.
Kita sendiri solat hajat ramai-ramai untuk kita.
Mohon orang lain sama-sama mendoakan, sama-sama buatkan solat hajat ketika kita juga melaksanakannya, boleh. Tapi upah, never.
Yang terbaik, kita sama-sama buat, bukan orang luar buat untuk kita.

“Jika anak Adam meninggal dunia maka amalnya terputus, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”(Muslim).

Bukan bermaksud doa dari orang alim tak sampai kepada si mati.
Rasulullah saw pun pernah berdoa untuk orang yang bukan dari keluarganya.
Cuma bila UPAH orang mengaji, UPAH orang buat solat hajat, UPAH orang berdoa - entahlah, aku rasa macam pelik.
This is not right.
Kalau dibiasakan tidak ada penglibatan ahli keluarga bila terbiasa mengupah sana sini, entah-entah satu hari nanti puasa pun boleh diupah.
Nauzubillah!

Sejak mok duduk dengan kitorang, dah takde aku dengar benda-benda macam ni jadi.
Habis kuat pun, upah orang bersihkan kubur.
Maybe orang-orang yang biasa diupah untuk mengaji ni pun dah takde.
11 tahun mok duduk sini, dia pun dah tak berapa kenal orang-orang di kampung.
Eloklah juga begitu.
Terbukti bahawa lingkungan kita sangat memainkan peranan.
Bila kita berpindah ke lingkungan yang baru, kebiasaan kita juga turut berubah.
  
Don't worry mok, menantu hantu mok ni every Subuh baca Yassin untuk arwah ayah.
Semoga sedekah menantu ni sampai.
Tak wajib mengaji di kubur pun, apetah lagi upah orang luar mengaji.
Kita boleh buat dari rumah.
Kubur tu untuk kita yang masih hidup ambil tauladan dan mengingati mati.
Yang dalam kubur tu tak perlukan kita datang ziarah, hanya perlukan doa dan sedekah anak-anak.

Setakat ni, apa-apa Pak Aji yang lead.
Dari zaman dia muda sampai ke tua, bab-bab doa, and solat jemaah, Pak Aji lead.
One day bila dia dah takde, akan ada orang dalam keluarga yang menggantikan Pak Aji.
Ibal is the man of the house, of course dialah lead the family.
Tapi aku always membayangkan En Wan boleh menggantikan tempat tu.
To see someone dari kebiasaan yang 'berbeza' mengubah kebiasaan keturunannya.


2021-05-29

Harga member tu yang macamana?

Teringin sangat nak makan roti jala.
Nak buat, tak reti. Kalau reti pun, malas.
Lagipun alang-alang ada member duduk dekat, masak pun sedap.
Nikmat mana lagi yang kau dustakan? Ahgitewww.
Order je kat Aisyah. Settle.

Talking about food, tak kisahlah apa pun pandangan orang lain, aku tetap dengan pendirian aku bahawa mintak resepi pada orang yang berniaga adalah biadap.
Kalau dia memang share, takpe.
Tapi kalau kita dah tau orang tu berniaga makanan, dan kita minta resepi, aku rasa itu sangat biadap.
Dah la kawan kau berniaga kau tak support, mintak pulak resepi.
Bukan nak kata lah ya, time aku kerja makan gaji dulu, budak-budak ofis (chinese) pakat-pakat makan kat cafe salah seorang ex-colleague.
Dah makan, siap tapau lagi.
Bukan tapau sikit-sikit, jenis yang sorang tapau sampai 4-5 set.
Siapa nak makan?
Dia kata, member bukak bisnes, kalau kita bagi duit dah tentu dia taknak ambil, jadi kita support beli banyak.

Orang kita?
Tak semualah, tapi ramai perangai gini.
Jenis yang dengan member lah dia mintak free.
Dengan memberlah dia minta diskaun.
Dengan member lah dia berhutang.
Dengan member lah dia dengan muka tak malu minta resepi.
Alasannya - MEMBER.
Patutnya kau bangga ada kawan yang bukak bisnes.
Lebih senang urusan kau bila berurus-niaga dengan member.
Bukannya ambil kesempatan!

Aku tak pernah lagi minta diskaun kat member-member, let alone nak minta free gift.
Rasa tak sampai hati.
Walau aku tahu member aku ada kerja tetap tapi at the same time buat part time. 
Ada yang jadi agen Young n Living, jadi agen Norwex, jadi personal shopper.
Walaupun aku tahu dorang dengan gaji tetap tu pun dah senang, tapi aku beli dengan dorang.
Contoh, macam Norwex, aku tak pakai.
Tapi aku beli untuk adik aku.
Young n Living aku beli 3 set, bukan aku pakai semua.
Aku bagi adik aku satu.
Beli EO bagi mak aku. Tapi EO yang aku bagi tu aku sendiri takde.
Objektifnya, nak support member.
Selain support member, aku juga nak memudahkan urusan.
Beli dengan member atau orang yang kita kenal lebih senang nak tanya pasal produk, senang nak track parcel, senang nak dapat refund kalau barang defect.
Ini tak, some people (ramai ya), bila kawan jadi agen produk X, tahan dia beli dari orang lain.
Saja dengki taknak kawan dapat komisyen.

Macamana sedap pun Aisyah masak (semua makanan dia sedap), aku tak pernah minta free. Taknak.
Dia tak perlu buat part time jual makanan pun, sebab dia Chemist.
Ntah dah jadi Senior Chemist ke Manager ntah now.
Gaji dah besar (ye lah, umur 44 dah kot, of cos pangkat dah tinggi).
Still, aku tak terfikir “Alah Aisyah tak hadap bisnes makanan ni, dia ada kerja tetap. Tak herannya dia kalau aku minta resepi”.
No.
Walaupun dia geng Dusty Pink Tits, konfem dia bagi resepi kalau aku mintak, but pendirian aku - jangan jadi biadap.

Kalau aku teringin sangat nak belajar salah satu makanan yang dia buat, aku gugel resepi.
Kita kalau beli kek kat Secret Recipe atau Gula Cakery, pernah ke tanya dia resepi? Tak, kan?
Tapi dengan member kenapa mintak?
Ni tengah-tengah PKP ni lagilah jangan biadap mintak resepi kat orang berniaga.
Supportlah. Jangan pikir kita je nak untung.
Dia pun ada bill nak kena settle, ada anak nak disuap, ada loan nak dibayar.
Kemon, you are better than this.

Patutnya “harga member” kena jauh lebih tinggi dari selling price, bukannya makin rendah.
Bila ramai expect “harga member” lebih murah, itulah yang buatkan persahabatan berpuluh tahun lebur macam tu je.
Kawan kita tu entah berapa banyak diskaun dia terpaksa bagi kat customer lain.
Kita as kawan jangan bebankan dia dengan minta diskaun juga.
Bagilah dia merasa untung yang selesa from our purchase.
Bila dia happy, doa dia akan bersama kita. Percayalah.
Aku orang berniaga so aku can relate how panjangnya doa aku untuk customer-customer aku.

Ada sorang customer GreenAard yang juga pembaca blog. Namanya Adi.
Setiap kali ada promotion, staff aku akan blasting kat relevant customer.
Adi ni pengguna tegar Nutrijuice.
Sebab dia and kawan dia sama-sama dapat turunkan kolesterol dari 6 to 4 something.
Sampai sekarang dia masih ambik Nutrijuice.
Setiap kali dia dapat whatsapp promo Nutrijuice, dia marah staff aku 😆.
“Jangan malukan I beli harga diskaun. Macamana Diana nak spend untuk buat RnD kalau u bagi i diskaun?”
Aku macam...wow! Camni punya customer pun ada rupanya.

The point aku nak cakap sini bukan tentang diskaun.
Diskaun tu boleh, asal tak rugi.
Aku pun selalu bagi diskaun contohnya untuk bulk purchase, ok boleh.
Atau pakej deal, ada diskaun.
Diskaun hanya mengurangkan untung, tapi tak rugi.
Kalau bagi diskaun sampai rugi baik toksah berniaga.
Cuma the point is, kita as pembeli yang bergelar kawan ni biar ada common sense sikit.
Kawan berniaga, janganlah minta diskaun.
Time hulur duit tu, minta dia doakan kau. Itu lebih baik.
Tau kenapa?
Kerana orang yang berniaga ni kebergantungan pada Allah sangat tinggi.
Dia takde gaji tetap untuk disandarkan maka Allah yang jadi sandaran.
Especially menuju lock down ni, please jangan buat perangai Tel Aviv ok?

By the way, kalau sesiapa nak pakej GreenAard with diskaun, whatsapp 012-7728976.
Aku rasa ada a few pakej deal dorang create. Tanyalah.


2021-05-28

Taik terapung.


Jumpa gamba ni.
Awal-awal run own company back in year 2008, ke hulu-hilir aku bawak sample DNA Extraction kit.
Ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal untuk pass this sample and ajar cara nak guna.
Dah macam direct selling 😆.
Dalam tube tu ada solution untuk extract DNA.
Tak kisahlah sample haiwan, darah, mucus (kahak) - semua boleh ekstrak tapi ada teknik tertentu.

Dulu aku pernah cerita kat blog how kat mall beratur panjang dalam toilet.
Pelik apesal semua tumpu pada 1-2 toilet sedangkan ada a few lagi.
Rupanya, ada yang rosak and ada yang taik terapung.
Aku masuk dalam toilet taik terapung tu, flush dan guna.
Bila keluar, terkebil-lebil umat dalam tu tengok aku boleh lalu nak kencing dalam toilet tu.
Masalahnya, taik terapung je kot, bukan dia menjejes atas lantai.
Flush je la sudeyyy.
Sanggup korang berkepit menahan kencing beratur panjang dari masuk bilik air tu? Alahaii...

Inilah impaknya, bila dalam lab kau kena ekstrak sample kahak, hingus, feces (taik) - setakat nak flush taik terapung dalam toilet awam tu aku dah boleh pejam-pejam mata je 😆😆.
Tapi kalau aku jumpa ada taik terapung dalam toilet rumah aku, memang aku cari pemiliknya sampai dapat, pastu aku bagi dia jinjit taik dia dengan tangan, lari keliling taman 2 round.
Kau beranilah berak tak flush.
Aku siat-siat kulit pantat sorang-sorang.

Aku sebenarnya seorang penggeli tapi Mak Aji train aku jadi ‘hati kering’.
Rumah kitorang dulu kecik je tapi bersih.
Memang wajib bersih, kalau tak bersedialah kena libasan Mak Aji.
Kitorang adik-beradik dah terbiasa dengan lantai yang bersih, lantai dapur yang tak berminyak and lantai toilet yang tak berlendir.
Tapi biasalah rumah orang tak selalunya macam rumah kita.
Nak pulak bila balik beraya kat Muar, umat punyalah ramai, bangsa yang makan non-stop.
Lepas group orang tua makan, group perempuan pulak makan, lepas tu group budak-budak makan.
By the time group budak habis makan, dah start nak masak untuk next meal pulak.
Biasalah, ramai.

Tu belum lagi bilik air and toilet.
Silih berganti orang keluar masuk dah macam bau apa dah dalam bilik air tu.
Dapat pulak bangsa yang merendam baju-baju sampai sehari semalam, dengan pampers anak berlonggok....Allah, mintak nyawa!
Jamban jangan cakaplah, berkuap!
Mana tak, jambannya 2 je.
Yang nak pakai bukan main ramai.
Kalau pagi-pagi, bersusun lepas kau aku, lepas aku dia, etc.
Macamana tak berkepam?
Dah tak larat nak geli.
Kadang sebelum turn aku masuk jamban, ambik air sebaldi curah sabun.
Sebelum aku memerut, simbah dulu lantai sampai ke dinding.
Then baru masuk toilet. Saja nak bagi wangi.

Dulu aku terjenjet jugak kaki pinjak lantai dapur rumah nenek kat Muar tu. Melekit.
Mak Aji jegilkan bijik mata kat aku, terus rapat tumit aku ke lantai.
Mak aku cakap, jangan buat gitu kat rumah orang. Takde adab.
Abis tu, kalau dah melekit. Takkan nak expect aku catwalk atas lantai melekit kot.
Bertabah je la pijak lantai melekit.
Masa tu baru aku paham kenapa lantai dapur nenek aku ada selipar.
Asal masuk dapur mesti sarung selipar.
Aku macam kejadahnya kat dapur pakai selipar sebab kat kampung Tampin tak pakai pun.
Rupanya sebab lantai melekit.

Itulah satu kekurangannya bila masuk bilik air pakai selipar, masuk jamban pakai selipar, masuk dapur pakai selipar.
Kita jadi ambil mudah kebersihan lantai sebab tak rasa berlendir atau melekit.
Hat ni sama macam dapur and toilet rumah mok kat Tganu.
Aku macam..kenapa pakai selipar masuk dapur?
Rupanya lantai melekit.
Kadang aku cakap kat mok lantai ni kalau dimop tak jalan ke? Memang melekit jugak?
Mok cakap malas nak mop rakyat tengah ramai.
Kejap-kejap tumpah sana, kejap tumpah sini.
Jalan paling senang, pakai selipar.
Bila rakyat semua dah balik baru mop.

"Saya bangkang Yang Arif!"

Bukan apa, ini masalah disiplin.
Benda macam ni tak boleh biar nanti jadi kebiasaan.
Biasa lantai berminyak.
Biasa lantai berlendir.
Biasa lantai berdekir.
Biasa lantai berkerak.
Oh kenot. I kenot this.

Cara orang guna bilik air atau toilet dah boleh membayangkan orang tu jenis macamana.
Pengalaman buat open house berkali-kali dah boleh nampak perangai some people.
Jenis yang keluar-keluar je lantai aku basah berkecah.
Ada yang hose main sangkut juntai gitu je tak sangkut betul-betul kat hook.
Yang buang tisu dalam toilet bowl.
Yang paling siapalis sekali, flush sumbat seluar dalam anak.
Agaknya anak dia berak dalam seluar, dia taknak bawak seluar dalam bertaik tu balik, dia pi flush dalam jamban aku.
Selang beberapa hari tersumbat.
Panggil plumber check, hah kau. Spender budak kecik bunga-bunga ada kat dalam.
Aku takde anak pompuan, ya.
Ni aku syak ada umat yang datang open house buat perangai hutan masuk bandar.

Kalau dalam family aku, manusia yang tak boleh bertolak-ansur dengan sebarang objek yang meloyakan adalah Ima.
Dia can go to an extend tak makan 2 hari sebab tak nak berak.
Punyalah geli nak masuk jamban sampai sanggup kebulur. Kau mampu?
Nenek aku tertanya-tanya kenapa Ima tak makan-makan.
Mak Aji sampai tak larat nak jegil bijik mata kat Ima nak paksa dia makan. Tak dilayannya.
Dia sanggup kena marah dari masuk jamban. Sejenis hati kering ni 😆.
Tapi aku lebih rela tengok dia tak makan dari tengok dia muntah.
Ima kalau muntah sebab geli memang takde ampun.
Sehendak hati dia muntah. Boleh kecik atilah tuan rumah. Kahkahkah.
That’s why antara aku and Ima, Ima lebih pandai mengemas dan lebih detail kalau membersih.
Cara-cara aku mengemas pun mok mertua aku dah seram, kalau Ima mengemas mau migrain mok aku nanti.

Begitulah ceritanya asal-usul kenapa aku boleh selamba tolong flush taik terapung kat mall.
Panjang kan history-nya? Padahal kisah taik terapung je.
Aku ni pasal taik pun boleh exceed 1000 patah perkataan.


2021-05-27

Dah tua tapi rezeki lancar walau tak berkerja.

Semalam letak gambar menu mihun sup kat post IG, ramai betul yang acah-acah aku dengan soklan “Wow! Merah tu cantik!”.
Tak cukup kat post, sambung kat DM.
Yang follow IG aku memang mudah perasan kalau aku beli pinggan mangkuk baru sebab aku kerap post gamba makanan.
Tetapi, kalau nak tahu, periuk Le Creuset tu aku tak beli.
Kawan aku hadiahkan sempena wedding anniversary.
Aku takde de rajin nak beli periuk belanga bagai. Jarang aku beli.
Mostly aku pakai adalah free - dapat dari hadiah kawen 20 tahun lepas.
Ada juga yang cousin aku hadiahkan dari Qatar.
Pyrex aku mostly dari mok mertua aku punya.
Aku punya set Pyrex 6 biji je beli kat Langkawi beberapa tahun lepas.
Yang lain semua PREE.

REZEKI.

Rezeki ni datang dalam macam-macam bentuk, dari segenap arah.
Rezeki tak selalu bermaksud duit.
Dapat kawan yang baik pun rezeki.
Kawan sanggup keluarkan RM2k belikan aku periuk Le Creuset, bermakna aku telah jimat RM2k.
Rezeki tak selalu bermaksud kita dapat duit.
Duit kita tak keluar juga namanya rezeki.

Samalah juga dengan sihat.
Sihat adalah rezeki.
Kalau sakit, duit kita keluar untuk bayar kos perubatan.
Jadi, bila sihat bermakna duit kita tak keluar untuk ke hospital/klinik.
Duit yang tak keluar ini juga dinamakan rezeki.

Aku suka rezeki mak bapak aku.
Rezeki mak bapak aku ni dari segi duit harta tak mewah mana. Tapi cukup.
Memang banyak benda yang dia tak dapat beli dan tak dapat bagi pada anak-anak.
Tapi at the same time takde siapa dalam rumah tu kemurungan tak dapat apa yang dihajatkan.
Semua pun macam terima je keadaan seadanya.

Contohnya, mak bapak aku tak dapat bagi anak-anak ber-holiday.
Tapi at the same time anak-anak tak pernah mintak nak pi holiday pun.
Tak berangan lansung.
Jangankan kata berangan ke Disneyland, berangan nak pi expo konvo UKM pun tak pernah.
Kalau dibawak, happy. Kalau tak, takpe.
Dapat family yang tak meminta-minta adalah rezeki.

Asal dapat gaji, kalau tak balik kampung, pi KL.
Pi KL pun meronda je, bukan shopping.
Direzekikan anak-anak yang tak minta nak beli itu ini, hanya seronok dapat pi meronda.
Jalan dari petang ke malam hanya dapat makan burger kat Jalan TAR pun seronok dah.
Memiliki family yang always berasa content dengan rezeki yang sedikit, itu pun namanya rezeki.
Duit yang masuk memang tak banyak, tetapi duit yang tak banyak tu juga tak keluar untuk perkara yang tak perlu.

Setiap kali dapat keputusan bagus exam, anak-anak tak pernah minta hadiah.
Setiap kali birthday, anak-anak no party, no hadiah.
Happy sekadar dapat makan kek.
Kadang, hadiah exam dapat makan satey pun dah seronok yakmat.
Tu pun rezeki namanya.

Now dah pencen masing-masing.
Mak bapak aku bukan lulusan Uni.
Boleh agak berapa je pencen dorang dapat.
Tapi rezeki dorang lancar.
Di usia pencen, anak-anak berlumba-lumba bagi duit, hantar makanan, belikan itu ini, etc.
Kadang aku tertanya-tanya, apa amalan mak bapak aku sampaikan hari-hari tua dia smooth.
Kalau tengok pada pencen, memang boleh susah hati.
Tapi macam aman-aman je dorang.
Aku sendiri risau dengan hari tua aku apa bakal jadi.
Smooth tak agaknya hari-hari tua aku nanti. Ke merempat?
Maka, menyimpan macam nak rak.
Invest sana sini supaya hidup senang hari tua.

Mok mertua aku lagilah.
Suami dah meninggal. Adik-beradik dah meninggal.
Dia takde pendapatan.
Secara lojiknya dia perlu risau apa jadi dengan hari tua dia.
Tapi direzekikan anak-anak yang nak menjaga dia.
Hari-hari anak cucu call tanya khabar.
Baju raya, berebut anak belikan.
Aku yang berkerja ni pun takde baju raya tahun ni, pakai tahun lepas punya.
Sampai mok mintak “Toksoh la beli mok baju tudung. Banyok takde tempat nak simpang!”
Ahgitewww.
Dan mok aku mesti tak sangka dia akan habiskan bertahun duduk dengan menantu hantu dia ni.
Rezeki juga tu kan bila menantu and mertua boleh duduk sebumbung.

Besar rezeki orang tua kita.
Tak mewah, tapi cukup.
Ini sebenarnya yang kita kena fikirkan - kelancaran rezeki tanpa bermati-matian untuk urusan dunia.
Imagine mak bapak kita dah tua, dah tak berkerja, tapi masih cukup makan pakai, tempat tinggal ada, siap pulak boleh pergi bercuti.
Mana taknya, ada anak tu masukkan duit, anak ni masukkan duit, anak tu balik bawak buah tangan, anak ni balik belikan itu ini, anak-anak sentiasa bertanya khabar, etc.
Bila dah tua, apa lagi yang kita harapkan selain menumpang kasih anak-anak, kan?

Mak bapak aku zaman muda tak pernah celebrate wedding anniversary.
Mesti dorang tak sangka semakin tua semakin kerap pula celebrate macam-macam.
Anak-anak buatkan celebration untuk dorang.

Rezeki kita ni pelik kalau difikirkan.
Yang kita kejar belum tentu dapat, yang kita tak jangka itulah yang muncul.
Yang bermatian-matian usaha, dapatnya ciput.
Yang santai-santai pulak yang datang berlipat-ganda.

Dalam keadaan Covid-19, banyak benda tergendala.
Contohnya program training aku.
Dah susun cantik dah date nak buat retort training, nak buat food safety training, etc.
Tup-tup PKP tak berkesudahan. Segalanya on hold.
Sales projection yang sepatutnya boleh achieve, punah.
Stress? Tak.
Kecewa? Yes.
Itulah jadinya bila memandang rezeki hanya pada duit yang masuk, sales, figure, numbers - memang mudah berasa kecewa dan tak cukup.
Rasa takde achievement.
Rasa gagal. Rasa sia-sia.

Patutnya bulan Okt lepas run satu training Sertu, then Nov nak ke Sg Petani untuk run retort untuk orang-orang utara, pastu aku plan nak buat GreenAard gathering kat Kedah.
Hancusssss.
Tapi bila fikir-fikir balik (ambil masa juga nak terima hakikat), banyak sebenarnya hikmah yang tersimpan.
Kena cari sekecil-kecil nikmat untuk disyukuri.

Yang pertama staff aku.
Masing-masing taknak WFH.
Dorang yang minta nak datang ofis.
Bila staff enjoy masuk ofis untuk buat kerja, itu juga namanya rezeki.
Kerja tak pending, semua boleh buat on time.

Yang kedua, WFH.
Aku yang terpaksa WFH.
Sejak PKP 1.0, tak sampai 10 kali aku masuk opis.
Kena duduk rumah untuk monitor class and homework Rayyan.
Mula-mula terkejar-kejar, mana nak siapkan kerja, mana nak tengokkan Rayyan, mana nak memasak lagi (abis tu dah duduk rumah kenalah masak).
Lama-lama dah boleh manage.
Tapi kena bangun 4am lah, itu pengorbanannya.
Bangkit awal untuk siapkan kerja opis sikit supaya tak kalut waktu siang.
Penat, tapi tak stress sebab semuanya in control.

Covid secara tak lansung mendisiplinkan diri.
Jadual aku berubah sekelip mata.
Tak memasal jadi WAHM (work at home mother), sesuatu yang aku tak rasa aku boleh buat dulu.
Ye lah, kalau dah duduk rumah macamana nak fokus dengan kerja kalau kejap-kejap kena stop anak panggil, anak mintak ajar buat homework, anak mintak tolong sama-sama buat pendidikan seni, kena rekodkan video anak buat speech nak submit kat cikgu, etc.
Baru nak sambung mengadap laptop, dah kena masak pulak.
Tapi rupanya ini rezeki.
Aku dapat rombak jadual and susun priority.
Rupanya bila kita push limit, kita boleh.
Bila dah takde banyak pilihan, maka apa yang ada nak tak nak, terpaksa maximizekan potential.
Dah tu nak buat apa lagi kan.
Setahun dengan Covid, banyak benda yang dah jadi rutin.
Benda yang tak pernah terlintas boleh buat, akhirnya jadi habit.
Ni namanya rezeki.

Rupanya rezeki kita ni besar.
Kita je yang kecilkan scope rezeki pada duit dan benda.
Bila scope hanya pada dua benda ni saja, lantas kita berpenat-lelah mencarinya hingga terlepas rezeki-rezeki yang lain.

Ada pekerja yang mahu berkerja di ofis, rezeki.
Ada pekerja yang willing stay back siapkan task, rezeki.
Ada suami yang sanggup ke sana sini penuhi keperluan anak isteri, rezeki.
Ada mak mertua yang tolong-tolong house chores, rezeki.
Ada team yang sentiasa beri semangat and motivasi, rezeki.
Internet tak buat hal, aircond tak buat hal, letrik and air ada, rezeki.
Ada adik-beradik yang tak berkira dan sama-sama boleh tengok-tengokkan mak bapak, rezeki.
Adik-beradik sihat and happy dengan life masing-masing tak menyusahkan sesiapa, rezeki.

Lingkungan sosial yang baik - tempat tinggal dan tempat kerja juga rezeki.
Ada orang kata WFH best, kurang risiko dapat penyakit.
But to some people, WFH mengundang stress.
Bagi yang terpaksa ke ofis, risaunya pada risiko terdedah pada penyakit.
Yang terpaksa WFH, muncul beban masalah lain yang tak dapat ditanggung.

Sebut pasal lingkungan, ini pun sejenis rezeki.
Tak dapat dibayangkan bila berada dalam lingkungan sosial yang ego, yang sentiasa mempamer-pamer, yang merendah-rendahkan, yang penuh dengan sakit hati dan iri, yang takde tolak-ansur - tenang ke jiwa ada lingkungan sosial macam ni?
Maka ini juga satu bentuk rezeki yang selalu terlepas pandang, iaitu kawan yang baik.
Kawan yang baik, yang ada dengan kita thru thick and thin, yang memotivasikan - sangat penting.
Walau tak kaya harta, tapi kalau kaya dengan lingkungan yang bagi support, yang happy-happy, yang boleh mendengar bila diperlukan, yang memotivasikan - sangat menenangkan jiwa.
Bila jiwa tenang, segala urusan jadi mudah.
Maka kalau dapat kawan yang baik, jagalah mereka ni.
Tak semua orang dapat rezeki kawan yang baik.

Orang kata wujudnya rezeki selain material sangat tergantung pada sikap, akhlak, tindakan dan kata-kata kita.
Menceritakan sesuatu dan mendengarkan kisah orang lain, itu juga rezeki.
Kerana tak ramai yang nak dengar cerita kita, apetah lagi bercerita pada kita.
Jadi kalau kita dapat ini, ini namanya rezeki.
Rezeki yang macamana tu?
Rezeki dapat melegakan si pencerita bila dia meluahkan.
Dan rezeki menambahkan pengalaman hidup apabila diri menjadi tempat orang meluahkan rasa.

Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan hanya mengejar benda.
Kaya itu boleh, malah kaya lebih baik dari meminta-minta, tetapi bermati-matian untuk kaya itu salah.
Apetah lagi kalau sampai dunia diletak dalam hati.


2021-05-25

#throwback saja yang boleh.

Ada sesiapa terbaca anywhere tentang pelancongan time-time PKP ni?
Adakah hotel-hotel kembali tutup buat sementara, like PKP1.0 atau ada pengecualian?
Bukan apa, tiba-tiba rasa lega sempat celebrate 20th anniversary hari tu, walaupun hanya kat KL.
Last year celebrate kat rumah je sebab tengah PKP1.0.
Tahun ni kebetulan masa tu boleh keluar rumah cuma tak boleh rentas negeri (tapi boleh masuk KL).
Puasa pun puasalah, janji keluar kejap celebrate.
Masa tu terasa best jugak staycation KL.
Bukannya nak merayap kat mana pun kat KL ni, cuma nak keluar kejap dari 'gua'.
Lapang je rasa fikiran bila esoknya balik rumah. Macam baru lepas kena charge.

Actually buat kerja lepak hotel kat KL bukan something new untuk aku.
Lepak hotel dalam kawasan Subang Jaya, 10 minit dari rumah pun pernah.
Awal tahun kahwin tahun 2001, our first staycation adalah di Puteri Pacific Hotel (depan The Mall).
Masa tu aku berkerja, bukan bercuti.
MOSTI bagi satu bilik.
Aku kan pentakut tido sorang, ajaklah En Wan teman. Tido 2 malam.
En Wan masa tu kerja kat Shin Etsu Shah Alam, jadi 2 hari tu dia berulang KL-Shah Alam dari hotel.

Rasanya yang follow blog ni tahu kisah-kisah staycation aku di KL yang 'rare', kan?
Pernah sekali dia buat surprise bawak aku ke Maison Hotel (boutique hotel).
Hotel ni kena redah masuk lorong-lorong kedai segala.

Hotel Maison ni sempena celebration anniversary yang ke 15.
Hotel ceruk-ceruk je, tapi kelebihannya setiap bilik ada tema tersendiri.
Bilik aku tema Marilyn Monroe (gambar atas).
Nama pun Monroe, haruslah adalah elemen seksi di situ, ya.
Bilik air and katil sebelah-menyebelah je u olls, takde dinding.
Konsepnya - tidak ada rahsia antara kita.
Kau mandi aku nampak, aku mandi kau nampak. Ahgitewww.

Walaupun hotel boutique saja, tapi complete dengan buffet and small celebration like this.
Kelopak rose dia susun dari pintu lift sampai ke meja makan, boleh?
Kalau sesat jugak tak jumpa meja tak taulah aku.
Terasa diri ini benar-benar Monroe ketika tu, walaupun berat masa ni 59kg. Monroe tembun.

Then tahun lepas ingat lagi tak En Wan bawa aku staycation kat hotel Hilton area Chowkit?
Yang ni berangin gila aku.
Maunya tak, fedap aku dengan surprise dia tu.
Dah tua pun masih lagi seronok membahan aku ke hotel-hotel ceruk.
Ada a few more, tapi tobat lahum dah dia takkan ulang lagi.
Tu pasal anniversary tahun ni dia bawa stay kat Grand Hyatt.
Berani dia nak ulang perangai sama? Aku terbalikkan kereta dia karang.

Another hotel di KL yang aku pernah stay – Majestic Hotel (gambar atas).
Ini pun sempena anniversary.
Yang ke berapa, aku dah lost count.
Tapi semua staycation area KL satu malam je.
Memang pergi untuk tido.
Dan setiap kali pergi mesti bawak laptop untuk sambung buat kerja.
Aku berharap orang yang run own business semuanya macam ni so that aku tak rasa diri ini weird.

Aku jarang pi hotel yang sama berkali-kali, melainkan urusan kerja.
Tapi hotel yang pernah aku stay 2 kali tanpa urusan kerja adalah Thistle Hotel, JB.
Kalau ada peluang nak stay kali ketiga pun takde hal sebab kat belakang dia ada Sedap Corner and tepi dia seberang jalan ada mamak yang best.
First time pegi memang nak bercuti.
Rayyan baru belajar berjalan time ni.
Kali kedua pergi sebab cousin aku kawen.

Johor Bahru hotel memang banyak dan best-best.
Selain Thistle, aku pernah duduk kat Pan Pac JB.
Kalau tak salah, 3 malam, masa tu join Mood Republik.
Pernah juga duduk Grand Paragon JB.
Grand Paragon ni aku suka dengan pilihan makanan dia - banyak dan sedap-sedap.
Tapi umat punyalah ramai.
Adik ipar aku cakap Grand Paragon memang terkenal dengan buffet dia.
Ramai local datang sana untuk makan.
Ada a few more hotel di JB aku pernah duduk, tapi tak larat pula nak kelebet gambar satu-satu cari balik.

Mujurlah December lepas sempat ke JB kejap 3 hari, takde lah rasa terperuk sangat dalam gua tak bergerak.
Lama juga kan waktu tu kita 'bebas' seketika?
Sempat ke JB, sempat balik Tganu kejap. Aman-aman je waktu tu.
Lepas tu start terkurung balik.
Ni tak taulah sampai bila nak memerap.

Aku perasan masa kita boleh rentas negeri last year, ramai pi Grand Lexis and Lexis Hibiscus Port Dickson.
Aku pegi dah dua-dua ni, that was tahun 2011-2013.
Grand Lexis dua kali. Lexis Hibiscus, sekali.
Dua-dua memang sesuai sangat nak bawak family.
The design of the hotel (villa) memang dibuat untuk family (group yang ramai), dan kawasan tu dilengkapi dengan macam-macam aktiviti.
Kalau kau nak honeymoon, please check in hotel lain because sini memang riuh.
Duduk Sky Pool Villa pun masih boleh dengar hiruk-pikuk kat bawah.
Bukan maksudnya tak best, tapi kalau kau expect nak bercengkerama berdua dangan partner, this might not the place for you.
Sini tempat beriang-ria, untuk family gathering.

Ini first time ke sana, tahun 2011.
Rayyan belum setahun pun lagi. Masa ni dengan bibik Jamilah.

Ini kali kedua pergi, tahun 2013.
Masa ni dengan bibik Lenny.
Masa ni mok berisi lagi badannya, now dah kurus dah, dah 81 tahun.

Ni antara aktiviti di sana.
Tak banyak aktiviti aku join sebab panas, padahal aktivitinya banyak.
Ada pool untuk budak-budak, various outdoor games, ada horseback riding, memancing pun ada.
Kalau tak silap, rock climbing pun ada, jadi kalau buat team building memang fun, provided yang join tu orangnya fun juga. Kalau jenis macam aku yang suka memerap dalam bilik, no pointlah.

Tahun 2015 pegi Lexis Hibiscus pula.
Yang ni dia punya pool masih dalam setiap villa tapi open.
Kau boleh nampak jiran tetangga sekali.
Makanya, tak sesuailah aku nak berendam kat luar sebab aku sejenis kalau mandi pool tak suka bertutup litup. So masa ni aku tukang hulur towel je.
Kat Hibiscus kitorang banyak spend time dalam bilik je, sebab motif ke sana nak bawa budak-budak mandi kolam, jadi silakan berendam dalam kolam 24 jam.

Lexis Penang pun dah sampai, tahun 2016.
Lexis Penang ni agak berbeza sikit sebab design dia lebih moden.
Tapi konsep sama je - ada indoor pool.
Hotel ni jauh dari town, macam terasing sikit.
So kalau korang nak honeymoon, ok sini boleh. Sepi je.
Pulak tu mengadap laut, boleh layan sunset.
Depan hotel ada kedai nasi kandaq yang famous, pagi-pagi beratur panjang.

Itulah dia kan, apa nak buat, zaman pandemik ni kita throwback je lah gambar-gambar percutian lama-lama.
Semoga virus ni cepat-cepat lenyap dan kita semua boleh bercuti semula macam dulu-dulu.
Penat dah aku balik-balik upload gambar makanan je kat IG.


2021-05-22

Pilihlah untuk jadi kaya

Mana yang lebih baik - miskin dan sabar ATAU kaya dan bersyukur?

Hidup umpama roda.
Sengaja Allah jadikan sebahagian dari kita boleh berdikari, tak meminta-minta, mampu bahkan kaya.
Sebahagian lagi miskin, serba tak cukup.
Ada yang sabar, ada yang tidak.
Orang kaya ada yang bersyukur, ada yang kufur.
Ada yang sombong, ada yang rendah hati. Itu kenyataannya.
Tapi, kalau disuruh memilih, kita nak yang mana?

Kalau aku, of course lah nak kaya.
Walaupun duit bukan segalanya tapi dalam keadaan ekonomi tak menentu waktu pandemik ni, rasanya lebih baiklah jadi kaya.
Masing-masing pun nampak kan kelebihan orang berduit ni macamana?
Bila tak berduit, seolah-olah hilang hak untuk bersuara.
Apa kau buat semacam tak valid.

Dia macam ni lah, kalau kau tak pandai, kau kena jadi kuat.
Kalau kau tak kuat, kau kena ada pengaruh.
Kalau kau takde pengaruh, kau kena kaya.
Tapi kalau kau ada kesemuanya, kau lebih menang daripada yang ada kaya sahaja. Kau faham tak?
This is the world that we are living in.
Cakaplah apa pun - duit tak bawak ke mati - hakikatnya selagi kau belum mati, duit juga yang orang pandang.

Aku tak nak cakap siapalah yang buat, tapi aku pernah rasa bila kau tak berduit (tak kaya), kau mudah jadi bahan lawak orang sekeliling.
Orang anggap kau layak dijadikan modal untuk buat lawak.
Dan kau juga always jadi budak suruhan.
Jangan feelinglah kau jadi orang harapan, takde maknanya.
Kau hanya jadi orang suruhan.
Apa-apa, kau yang disuruh, kau yang diminta buat itu ini.
Tapi bila part peluang, orang lain yang dapat.

Sebab tu masa kecik dulu Mak Aji selalu cakap “Kau tu bukannya cantik, jadi kena pandai!”.
True sangat.
Bila kau pandai (I mean bila orang nampak kau ada achievement), layanan orang pada kau berubah sikit.
Walau kau takde rupa, walau kau bukan kaya, rasa hormat orang pada kau dah mula ada.
Malas nak cakap panjang pasal ni sebab mungkin orang-orang yang terlibat ada baca tulisan aku ni.

Ok berbalik pada isu kaya-miskin ni, kalaulah statement aku tak disalahfahami, aku nak katakan jangan pernah pilih untuk jadi miskin walaupun dalam kesabaran.

“Kenapa? Bukan ke sabar tu baik?”

Ya, betul. Rasulullah saw pernah bersabda “Betapa luar biasa seorang Muslim kalau diberi kurnia dia bersyukur, kalau diberi cubaan dan kekurangan, dia sabar”.
Cuma dalam perspective ekonomi, mana yang lebih baik?
Si miskin yang bersabar memang baik tetapi baiknya untuk dirinya sendiri.
Tak merungut, tak mengeluh, sabar, redha, qanaah - insyallah baik.
Tapi, baiknya tu untuk dirinya saja.
Kalau seseorang itu kaya, dengan cara yang halal, rendah hati, tinggi pula syukurnya - itu bukan saja baik untuk dirinya malah baik untuk keluarganya, baik untuk orang bawahannya (pekerja), baik untuk lingkungannya, dan baik untuk bangsanya.
Bukan tu saja, tapi baik untuk masjidnya, kerana selalu berwakaf.
Baik untuk anak yatim kerana infaqnya.
Baik untuk orang susah kerana membantu meringankan bebannya.
Dan baik untuk kehormatan Islam kerana ada Muslim yang kaya. Subhanallah.

Jadi jangan pernah bercita-cita nak jadi sederhana apetah lagi miskin.
Selalu orang salah faham tentang “yang ramai disyurga adalah orang miskin”, lantas masing-masing prefer untuk jadi miskin supaya boleh menang syurga.
Actually jadi kaya pun boleh menang syurga kalau dengan kaya banyak manfaat yang kita buat, insyallah ada syurga untuk kita.
Orang Islam mesti kaya.
Bukan maksudnya kena duit harta bertumpuk-tumpuk.
Asal jangan sampai hidup meminta-minta.

Kaya tak salah, duit banyak tak salah, berharta pun tak salah.
Bak kata someone, hidup tak boleh sederhana, yang mesti sederhana tu GAYA HIDUP.
Bukan makna kata bila kaya maka gaya hidup harus mencerminkan kekayaan. No.
Gaya hidup boleh maintain low, takde masalah.
Tapi dengan kaya, zakat kita bertambah.
Itu yang seronok bila kita dapat berzakat and berinfaq dengan lebih banyak dari semalam.
Bak kata ustaz, umur dah 40, tapi hafazan balik-balik 4 Qul tak tambah-tambah.
Begitu jugalah dengan infaq.
Setiap tahun pendapatan bertambah tapi infaq kita sama stagnant sepanjang 10 tahun. Tak tambah-tambah.

Sekali lagi, JANGAN PILIH UNTUK MISKIN TETAPI SABAR, PILIHLAH KAYA TETAPI BERSYUKUR.
Itu lebih baik.
Kalaupun kita dalam keadaan kurang, harus berdoa, ikhtiar, dan belajar untuk keluar dari kemiskinan, kerana kemiskinan adalah PENYAKIT.
Penyakit hati, penyakit hutang, penyakit diri, bahkan boleh menghadirkan rasa suudzon kepada Allah dan mengaggap Allah tak adil.

Before raya hari tu ada terbaca post sorang lelaki kecewa tak dapat teman bapaknya warded.
Nak hantar ke private hospital lagi tak mampu katanya.
Dia kata dia kecewa sebab tak kaya.
Kat sini boleh nampak kan betapa nipisnya sempadan yang membezakan antara sabar dan kecewa.
Silap-silap boleh tergelincir - menyalahkan takdir. Nauzubillah.
Sedih aku baca post budak tu.
That’s why kalaupun kita dalam kesulitan, mesti usaha keluar dari kesulitan supaya paling minimum pun kita boleh berdikari (tak meminta-minta) dan tak sampai menyalahkan takdir.

2021-05-19

Pandangan aku tentang Covid 19, semasa.

Berdebar je rasanya menunggu pengumuman kerajaan kot-kot la nak buat total lock down (which is very unlikely), atau setidak-tidaknya macam PKP1.0.
Ready or not, itulah yang terpaksa kita buat.
Yang sebenarnya, kalau dah nama PKP tu, patut buat macam 1.0 je.
Itu je yang nampak menjadi so far.
Tapi tu lah kan, kalau buat PKP1.0 karang, ekonomi jatuh pulak.
Yang makan gaji agak selamat. Yang berkerja sendiri, boleh tersungkur tertiarap.
Tapi bila PKP diberi kelonggaran, jadi macam ni lah.
Ujung-ujung nak tak nak, nampak macam terpaksa consider buat PKP macam 1.0 juga.

Manusia ni, kalau dibagi peluang dan ruang memang sehabis boleh dia gunakan peluang tu.
Dibagi merentas daerah bersyarat, akan ada yang create alasan demi nak merentas.
Dibagi kelonggaran merentas negeri, akan ada puak-puak bodoh tak boleh diajar mencipta alasan demi nak rentas negeri.
Macamkan dia sorang ada mak bapak, orang lain takde.
Macamkan dia sorang ada kampung, orang lain tak.
Bangga pulak tu dapat merentas.
Orang-orang macam ni takleh ditegur. Diamkan aje.
Jauhkan diri lebih bagus.

Penat dah sebenarnya dengan situasi macam ni.
Bukan penat dengan Covid-19.
Covid boleh dikalahkan.
Kita dah pernah membuktikan kita berjaya melawan Covid.
Now, kita bukan kalah dengan Covid, tapi kalah dengan perangai manusia.
Jenis manusia yang nampak macam pandai, tapi bodoh.
Nampak macam boleh diajar, tapi degil.
Dari feedback yang aku dapat dari followers di IG and blog readers, ada di antaranya kata kawan-kawan frontliners pun sama naik tak patuh SOP.
Siap kena perli those yang patuh SOP sebagai "rakyat paling patuh".

Betul cakap orang, persekitaran kita, dengan siapa kita berkawan, dan dengan siapa kita duduk, sangat memainkan peranan.
Ni lah namanya harapkan pegar, pegar makan padi.
Kita ingatkan dia boleh jadi contoh, rupanya dia melingkup sekali.
Yang si bijak pun boleh jadi bodoh kalau berlonggok dengan si bodoh.
Bukan bodoh sebarangan tau. Ni bangsa bodoh sombong.
Dah dikata PKP tak boleh merentas, tak boleh beraya dari rumah ke rumah, duduk diam-diam.
Oh takkk. Bangga dapat boleh merentas.
Dikatanya rezeki.
Payah nak cakap kat puak-puak gini.

Beraya dia dari rumah ke rumah tak dibenarkan, tapi mall boleh masuk.
Eh, memang peluang sangatlah untuk puak-puak ni berlonggok kat mall.
Aku tak terfikir ada orang boleh buat plan beraya sekeluarga dalam mall.
Aku dok ingat kerajaan tak nak rakyat tepu di hari raya, at least kalau tak boleh berziarah, rakyat can jalan-jalan di mall release tension.
Rupanya, ada yang lebih advance - berkumpul raya sama-sama dalam mall!

That's why aku cakap manusia ni kalau diberi peluang, ada yang salah gunakan peluang.
Tapi kalau peluang tu ditarik, dikatanya kerajaan kejam.
Abis kalau tak kejam, kau tu bukannya paham bahasa!
Kerajaan bagi kelonggaran satu kereta boleh masuk 2 orang (or was it 3?), bukan untuk kau berpeleseran sana sini takde tujuan.
Itu supaya kalau ada keperluan yang terdesak, contoh anak sakit.
Dua-dua parents boleh join sekali ke klinik.
Harammmmm. Rupanya ada yang bijak.
Mak bawak satu kereta, angkut anak-anak.
Bapak bawak satu lagi kereta bawak anak yang lain.
Jumpa ramai-ramai di mall.
Speechless aku akan kebijaksanaan luar biasa rakyat Malaysia.

Yang SOP ni pun satu hal jugak.
Banyak sangat version sampai maklumat tak dapat dilaksanakan dengan tepat.
Yang balai ni strict. Balai sana tak strict.
Polis ni tak check. Polis tu check.
Terlampau banyak sangat version PKP/B/D, ujung-ujung sendiri konfius.
Bila terlampau banyak version, macam-macam hal boleh terjadi.
Orang tu lepas, orang ni tak lepas.
Orang tu boleh ke sana, orang ni tak boleh.
Enforcement pun macam low sangat.
Dengan tunjuk IC, tunjuk surat majikan, dah boleh lepas.
Patutnya yang balik raya merentas negeri atas urusan kerja (katanya), check balik MySejahtera tengok mana tempat dia pegi.
Kata kerja kan, tapi MySejahtera takde tanda-tanda ke tempat kerja.
Masa tu baru terkencet masing-masing nak menjawab. Baru datang akai!

Ingat lagi masa awal-awal wabak ni, kita semua sangat berhati-hati.
Masing-masing patuh dengan SOP, jalan raya lengang, semua lebih willing duduk di rumah, kejap-kejap membasuh itu ini.
Sampai ada yang suruh suami mandi kat luar sebelum masuk rumah.
Hand sanitizer tak lekang.
Sampai tertonggeng-tonggeng aku and staff menyiapkan solution and delivery.
Mask jangan cakaplah, every 4 hours ganti baru katanya.
Padahal masa tu kes kita tak sampai 300 orang.
Bersatu hatinya kita semua nak landaikan curve.
Pernah 2 hari negara tak ada new kes.
Orang putih tu buat video bagai proud dengan rakyat Malaysia yang bersatu hati menangani Covid-19.

Dulu laa....

Tapi bila pandemik berlanjutan sampai ke hari ni, setahun lebih dah, basic guidelines macam pakai mask, wash/sanitize hands dan social distancing terasa semakin susah untuk dibuat.
Dah macam satu challenge.
Keletihan berdepan Covid-19 is not unusual for someone to experience.
Kalau teori psikologi dalam weight lost pun, bila kau dah 6 bulan berdiet, berpuasa, dan bersenam tapi berat badan tak turun banyak, itu pun boleh buatkan seseorang demotivated.
50% akan kembali ke kebiasaan lama mereka.
Samalah keadaan sekarang ni.
Dah setahun nampak macam takde bayang nak habis Covid ni, rakyat dah mula santai.
Kau tunjuk banyak katil ICU penuh, MAEPS penuh, ramai mati - ada yang dah takde rasa apa.
But looking at our numbers now, bilangan yang mati sehari pun dan mencapai 40 orang, rasanya belum masanya kita slack off and stop fighting.

At this moment, aku tak tau apa nak predict future kita.
Patutnya awal bulan depan ada satu caremony yang aku tunggu-tunggu.
Caremony tu sangat bermakna untuk aku.
Tapi nampaknya kena buat secara online.
Selangor ni pun entah apa nasibnya.
Selangor antara pusat ekonomi negara.
Banyak kilang di sini.
Banyak orang keluar masuk ke sini.
Nak total lock down payah.
Tapi kalau tak buat, lebih parah.
Penularan wabak masih berlaku sampai sekarang.
Now berharap pada vaccination and implementing health protocols.


2021-05-16

Raya 2021

Raya 2021, stay at home lagi.
Tapi kali ni lagi teruk, takleh berziarah lansung.
Raya sesama sendiri je dengan ahli keluarga dalam rumah yang sama.
Tapi tu lah kan, berbuih SOP kata takleh ziarah, jangan ziarah, tak boleh beraya, tetappppp ada malaun yang tak paham bahasa.
Bangsa pantat berduri takleh duduk setempat.
Tak merayap pi rumah orang tak sah.
Lepas tu ada hati nak sembang pasal Covid-19.
Ada hati nak share artikel-artikel bahaya Covid-19. Ya Allah, serius meluat!

Dah di kata TAK BOLEH ZIARAH, tetappp nak ziarah.
Bangga pulak tu bagitau kat orang.
Konon tak sampai 15 orang katanya.
Oi, bengap! Kau faham tak dah dikata NO ZIARAH?
Apa yang susah nak faham.
Kalau aku cakap bengap karang, marah. Tapi memang ye pun.
Sometimes memang payah nak cakap benda-benda macam ni.
Kalau mak bapak pun tak makan dek ajar, jangan merungutlah kalau anak perangai tak semenggah macam anak orang lain.
Sebab mak bapaknya pun pelik dari orang lain.

Ofis aku dah start cuti penuh dari Rabu.
Saja bagi cuti terus sehari sebelum raya sebab semua pun dah mood beraya.
Walaupun tak ke mana-mana, kalau dah nama raya, roh raya tetap ada.
Rabu, aku dah plan nak overhaul rumah. Tapi tak berapa puas.
Sebab mak mertua aku ada sekali.
Kalau dia balik Tganu memang selesai aku overhaul kaw-kaw rumah ni.
Tapi walau macamanapun dapat gak buang mana yang patut.
Tu yang mak mertua aku seram kalau aku dah start mengemas, dia tau memang aku akan buang barang punya.
Mak mertua aku ni suka simpan barang. Jenis sayang nak buang.
Tapi dia tak guna pun.
Kalau aku duduk lama sikit kat dapur, memang gelisah je dia.
Takut aku naik syeh membuang barang.

Pukul 10am aku start kemas hall, membawak ke ruang tv bawah, then ruang tengah, ruang dining and dapur. 10am hingga 2pm.
Padahal ruang bawah tak sepah mana pun sebab most of the time masing-masing lepak dalam bilik.
Tapi bila aku dah start mengemas memang panjanglah ceritanya.
Habis segala benda aku korek.
Lantai pun aku lap guna tangan dah macam Cinderella.
Dalam pada ada mak mertua yang membontoti, aku dapat juga buang 2 beg plastik hitam.
Itu pun aku tahan-tahan diri je.
Kalau ikut hati, mau lagi 3 plastik hitam dapat buang. Takpe, sabarrrr.
Kalau mak balik Tganu walau 2 hari je, insyallah settle overhaul besar-besaran.

Lepas mengemas, En Wan ajak keluar cari barang kat Sunway Piramid.
Sangatlah lapang Sunway Piramid.
Petang raya, sape je lah nak pegi, kan.
Pi beli makanan berbuka and barang-barang lain sikit.
Memang last day puasa aku dah kata taknak masak sebab nanti berlepek-lepek left over.
Esok dah tentu-tentu lauk raya. Tak sape dah nak makan lauk leftover berbuka.

Masuk Kaison jap cari rug.
Mengemas punya pasal, habis rug dapur 3 helai aku campak dalam tong.
Kain lap tangan, kain buruk, semua aku buang.
Abis tu, kalau dah macam roti kirai nak dipakai lagi, guane?
Kalau hari-hari biasa nak buang, payah. Nanti mak aku kecik ati pulak.
Ni kebetulan nak raya, maka boleh guna alasan “nak tukar baru sebab raya”.

Singgah Dolly Dimsum kejap.
Ini takde dalam planning sebab plan nak berbuka Chicken Rice Shop.
Tapi En Wan baik hati lah pulak hari tu pelawa aku tapau dimsum 😍.
Jangan ditolak, ya. Terussss!
Dolly Dimsum ni boleh katakan every month wajib masuk.
Sejak puasa tak singgah lagi, just nice la penutup puasa dapat makan dimsum feveret.
Tapi sebenarnya kan, kalau compare dimsum dengan Gyoza, aku prefer Gyoza lagi.
Dia species dimsum juga tapi Japanese style. Lebih sedap.

Pukul 6.30pm, macam kebiasaan setiap tahun, akan ada tahlil penutup Ramadhan.
Ini kali kedua program dibuat melalui zoom.
Tapi tahun ni lebih meriah sebab lebih ramai yang join.
Elok jugalah PKP ni, kalau tak, selama ni kitorang anak-beranak je buat.
Keluarga lain buat dengan keluarga masing-masing.
Hikmah Covid-19, dapat buat e-tahlil.
Yang Malaysia, Singapore and Qatar join sekali. Pak Aji lead.

Alhamdulillah, walau jauh di mata, tapi keriuhan tetap sama.
Suara aku je dah macam 5 orang. Belum yang lain-lain lagi.
Tu belum lagi nak meng-guide warga-warga emas ber-zoom, ya.
Segala arahan perlu precise kalau tak, ntah punat apa yang dia tekan 😆.

Reason start tahlil awal sebab Singapore berbuka awal so that tahlil kena at leat tamat 5 minit sebelum Singapore berbuka.
Di Putra Heights, itulah makanan berbuka last day Ramadhan - nasi hayam chicken rice shop.
Dah takde hidang-hidang dah. Makan terus dalam kotak.
Kasi clear dapur, jangan banyakkan pinggan mangkuk sebab semuanya aku simpan.
Raya pakai pinggan khas yang keluar setahun sekali 😆.

Kuih raya aku memang dah rasmi awal.
Beli memang untuk kudap-kudap anak-beranak.
Ni pun kerepek ubi pedas aku ada tersadai kat Bangi tak dapat ambik.
Kalau tak, malam raya dah settle.
Banyak juga kuih raya aku tahun ni.
Banyak yang orang kasi, alhamdulillah.

Rupanya malam tu Rayyan kena submit video main lagu raya ke cikgu keyboard dia.
Bapak dia setup main kat luar. Bukan main beria lagi apaknya pun.
Malam raya hari tu bukan main bingit lagi orang main mercun.
Macam lepaskan geram je gayanya. Non-stop meletup-letup.
Tahun lepas tak macam ni.
Tu pasal aku cakap, takde maknanya orang nak sedih sangat tak dapat balik kampung.
Bila dah sampai waktu raya, otomatik mood raya tetap ada.
Beria masing-masing main mercun sampai 12 malam. Meriah.

Malam raya takde buat apa, lepak-lepak dalam bilik dengan En Wan tengok Netflix.
Esok pagi, bangkit around 5am.
Tapi tak buat apa pun sebab aku takleh solat.
Tapi mata tu dah terbukak awal, teruslah golek-golek atas katil scroll IG sampai cerah.
Nak masak, memang taklah.
Raya tahun lepas memang ada masak-masak sebab tahun lepas boleh beraya.
Tahun ni bila kata takleh beraya je, aku kensel soto aku.
Patutnya ada soto untuk 10 orang makan. Mujur boleh kensel.
Kalau tak sape nak perabiskan.
Aku order nasi dagang, rendang paru and kuah kacang.
Tugas aku cuma rebus nasi impit je.
Jadi, tak perlilah kita bangkit awal sangat. Lek lek sudah.

One thing yang aku suka menjak beraya di rumah sendiri ni bila tak perlu kecoh-kecoh di pagi raya.
Biasanya kalau beraya di kampung (tak kiralah Tganu atau Bangi), pagi raya adalah kecoh.
Nak mengejutkan si bapak, si anak.
Nak aturkan dorang ni semua mandi.
Nak pastikan semua bersiap cantik.
Belum lagi kita sejak Subuh dah bersilat kat dapur.
Kalau balik Tganu jauh lebih kecoh sebab bilik air 2 je. Nak pakainya ramai.
Belum lagi dengan nak jerang air panas (sebab takde heater).
Sekeluarga bersiap dalam satu bilik yang sama, memang kecoh la.
Ujung-ujung bapak and anak dah siap, aku mandi pun belum.

Kali ni bangun siap menggeliat 3-4 kali, capai henfon dulu check mesej.
Pastu bertenang-tenang catwalk ke bilik air.
Mandi sambil bernyanyi-nyanyi.
Dah siap mandi, ketuk pintu bilik anak-anak check dah mandi ke belum.
Bilik tido masing-masing ada shower jadi takyah rebut-rebut.
Bapaknya pun bangun rilek-rilek bersiap tak kalut.
Sementara dorang bersiap, aku turun bawah setting meja. Hidangkan lauk.
Then naik atas baru pakai tudung.

Juadah raya. Semuanya beli, takde yang aku buat sendiri.
Eh kata nak raya rilek-rilek, kan.
Kek tu beli masa aku merayap kat Sunway Piramid. Kek buah. Sedap.
Ketupat palas memang dah ready sejak awal puasa, bawak dari Tganu.
Rendang paru tip-top. Cuma aku order 500g, sikit sangat.
Patut aku order 1kg terus boleh makan ulang-ulang.

Kelebihan beraya di rumah sendiri, boleh setting meja ikut kehendak sendiri.
Kalau kat kampung tak dapat sesuka hati bawak keluar pinggan mangkuk orang.
Kalau rumah Mak Aji, pinggan mangkuk dia banyak tapi aku tak reti nak pakai yang mana. 
Sampai tak reti.
Kalau Tganu pulak mak suruh pakai apa yang ada je.
Takyah bawak keluar yang dalam almari nanti payah nak kemas balik.
Penyudahnya jadi display je la 😆.

Tahun kedua beraya di rumah, aku masih tak dapat join solat raya.
Tapi takpelah, aku dapat ambik gamba dorang bersolat.
Tahun lepas solat kat hall. Tahun ni aku cakap takyah.
Aku dah kemas cantik, jangan nak alih-alihkan kerusi meja.
Solat je kat ruang tengah ni.

Gambar raya tahun ni ambik kat luar. Ini En Wan punya idea.
Tau-tau je aku tengok dia and Redza tengah mengusung sofa.
Laki aku tu kan sejenis kegigihan.
Baju raya recycle je.
Kebetulan Okt tahun lepas anak sedara En Wan nikah.
Cadangnya semua akan pakai warna dusty green ni (ke mint?).
Sekali, tak boleh buat majlis.
Abis tu bila nak pakainya? Maka, pakailah raya tahun ni. Jimat.

Ada yang tanya baju aku tu plain ke. Tak, tak plain.
Baju ni ada corak batik tapi very pale warnanya.
Dari jauh nampak plain.
Bahagian depan baju ada batu-batu tapi sebab gamba raya family tu aku duduk, tak nampak.
Yang penting kasut hitam aku tu nampak, kan? 😆

Gamba raya tahun ni banyak tapi balik-balik muka yang sama je kan, malas pulak aku nak tepek kat sini. Cukuplah tu.
Lepas bergamba baru makan.
Aku tak tunggu lama, terus salin baju kelawar, basuh mekap, then turun makan.
En Wan and anak-anak ambik feel raya makan dengan baju melayu lengkap bersampin.
Alhamdulillah aku takde masalah makan lauk raya yang kureng tepat.
Biasanya raya makan ketupat with lontong, rendang and sambal goreng.
Tahun ni makanan utama adalah nasi dagang, takpe. Aku on je.
Lainlah macam En Wan. Everytime beraya turn Bangi, aku kena gorengkan ketupat palas untuk dia.
Sejenis tak reti makan lontong walau dah 20 tahun kawen dengan orang luar Tganu.
Masalahnya, dia duduk KL ni lagi lama dari dia duduk Tganu tapi still raya nak makan nasi dagang jugak, padahal tiap-tiap minggu makan nasi dagang.
Memang facepalm sungguh.

Sekianlah aktiviti raya pertama. Takde apa sangat.
Makan-tengok Netflix-tido.
Tapi happy sebab boleh video call dengan Pak Aji and Mak Aji.
Masing-masing telefon beli yang canggih, masa ni la nak gunakan teknologi di tempat yang betul.
Ada telefon berkamera, berinternet tapi time raya masing-masing jadi old-skool, ya?
Nak jugakkkkk beraya dengan niat bersilaturrahim. Niatlah sangattttt.
ZOOM kenal, ZOOM?
Kalau tak reti Zoom pun, whatsapp call kan ada.
Kemain lagi masing-masing buat whatsapp group.
Orang lain main whatsapp kau pun sibuk nak berwhatsapp tapi tak reti guna button video call.
Banyak nau alasan.
Yang betulnya bangsa tak reti duduk senyap dalam rumah sendiri.
Selagi tak dapat merayap rumah orang macam ada api kat jubo tu.
Dah dikata, ziarah rumah ke rumah tak boleh.
Dia dah bagi kelonggaran ziarah mall, kau pegi la mall tu.
Sibuk nak masuk rumah orang.

Raya kedua, sambung mengemas lagi.
Tapi kali ni ada bantuan bibik sebab bibik datang kemas every Friday.
Satu benda yang aku susah nak buang adalah buku-buku aku.
Sebab aku tahu akan ada waktunya aku selak balik buku-buku ni untuk dijadikan rujukan dalam menulis.
Benda lain buang takpe, buku ❌.
Dalam rumah ni yang membaca aku sorang je.
Aku cuma tak baca newspaper.
Kalau En Wan, buku tak baca tapi newspaper sehari sampai 2 jenis.
Setiap helai dari sebesar-besar tajuk sampai ke sekecil-kecil tajuk habis dia baca.

Ini menu raya kedua - nasi minyok.
Masih bertemakan Trengganu.
Untung dapat isteri macam Diana.
Mengutuk-ngutuk pun tetap masakkan laki beliau makanan Tganu.
Maklumlah, laki dia kalau tak jumpa juadah raya Tganu hidupnya tak bererti.
Memang dia sorang je nak feel raya, aku tak payah 🙄.

Raya ketiga aku buat menu ikut tekak aku la pulak.
Buat sambal goreng and lodeh.
Nasi impit ada lagi 20 ketul belum berebus, kita settelkan semua.
Bagi jiran sebelah sekali.
Gigih juga aku ni rupanya demi semangkuk lontong.
Memang aku tak masak apa-apa semalam melainkan lontong saja.
Konsepnya, sape nak, makan. Sape tak reti makan, mamak buka. Silakan.

Itu tadi namanya sambal goreng Singapore, bukan sambal goreng Jawa.
Walaupun ada tempe tak bermakna itu sambal goreng Jawa sebab mana-mana sambal goreng pun ada tempe. Yang membezakan adalah suhun and fucuk. 
Kalau Jawa dua-dua ni dia pakai.

Puas hati buat kuah lodeh dengan banyak isi.
Kadang pi makan lontong yang orang jual-jual tu nasib-nasib je kau dapat tauhu and tempe.
Udang lagilah harammmm nak jumpa. Yang banyaknya sayur kobis.
Bila buat sendiri, pueh hati.
Makan berulang-ulang tanpa rasa bersalah.

Sekianlah cerita raya 2021. Seadanya.
Raya cara kita. Yang penting patuhi SOP.
Jangan bengap, plis.


2021-05-10

Mengimbau kenangan raya, beliau baik orangnya.


10 May 2021. Lagi 3 hari nak raya puasa.
Kalau ikut giliran, tahun ni giliran Tganu.
Sebelum Covid-19 melanda, everytime giliran balik Tganu, 3 hari sebelum raya aku dah sampai sana.
Saja gerak awal sebab taknak bersesak dalam jem.
So far belum pernah melekat dalam jem sepanjang 20 tahun kawen dengan orang Tganu.
Satu-satunya time kitorang melekat was awal-awal tahun kawen, masa tu Redza pun blom wujud lagi.
Hiway pun takde. Masih ikut jalan lama nak balik Tganu.
Masa tu cuti merdeka bersambung dengan cuti weekend.
Hazabedah melekat dalam kereta. Tapi masa tu pakai Prelude.
Seat sedap, sound system macam dalam stadium tengok konsert rock, anak pulak belum ada - takpelah nak melekat 4 jam pun.
Now dah ada anak-anak, aku tak bersedia nak tersekat dalam jem berjam-jem.
Jadi, marilah balik Tganu awal.
Dan selalunya kitorang tak pernah stay Tganu melebihi raya kedua.
Raya kedua tengahari (sebelum Asar) dah gerak balik PH semula.

Aku ok, takde hal dengan sistem giliran raya.
Tak pernah bergaduh pun bab raya sebab dari awal dah set macamanapun mesti ikut sistem ni.
Walaupun ada kalanya tak adil sebab beberapa kali time raya Bangi, raya dipendekkan sebab anak sedara bertunang, anak sedara kawen, etc.
Lagi satu tahun lepas, turn raya Tganu tapi sebab semua tak boleh balik kampung jadi rumah aku dikira "Tganu".
Semua kumpul sini, menu pagi pun lauk Tganu.
Then tahun ni nampaknya lagi sekali rumah aku jadi "Tganu".
Dah tak adil kiranya ni kan?
Tahun depan kalau ada rezeki merentas negeri, aku mintak dua tahun berturut-turut raya Bangi. Qada' raya!

En Wan ramai adik-beradik. Anak-anak sedara pun ramai.
Kalau berkumpul raya memang riuh.
Anak-anak aku suka kalau balik beraya kat Tganu sebab ramai cousin.
Nak main bungapi and mercun pun sedap sikit sebab laman luas, nak pulak suasana kampung, orang kiri-kanan main mercun.
Kemeriahan tu memang terasa.
Family En Wan jenis suka berjalan raya.
Berbaloi lah kau pakai baju raya satu hari tu sebab dari pagi membawak ke petang beraya.

Kalau kat Bangi, rumah Mak Aji jadi tumpuan sebab dia kakak sulung untuk adik-adik yang ada kat Malaysia ni.
Adik-adik and cousins memang dah tahu raya berkumpul rumah Mak Aji.
Everytime beraya kat Bangi, be it raya pertama atau raya ketiga, berkumpul time raya memang dah pasti.
Kalau giliran beraya Bangi, semua cousins akan berkumpul rumah Mak Aji on raya pertama.
Kalau giliran balik Tganu, cousins akan kumpul on raya ketiga.
Setiap kali aku beraya Tganu, Ima and Ibal also beraya rumah mertua tahun tu.
Tahun yang kitorang semua beraya rumah mertua, Pak Aji and Mak Aji akan pandai-pandai bawak diri balik Tampin, beraya.
Elok juga arrangement macam ni, dapat juga mak bapak aku balik kampung beraya jumpa dengan sedara-mara dia kat sana.
Saja kitorang setting macam tu so that bila turn beraya di Bangi, cukup korum nak bergambar.

Pada pandangan aku (always aku suarakan kat En Wan), everytime turn beraya di Tganu tak sepatutnya kitorang pi beraya on raya pertama tu.
Mak orang yang paling tua antara sedara-mara dia.
Patutnya raya pertama, rumah mak jadi tumpuan.
Anak-anak sedara and cucu yang patut datang beraya dengan mak.
Nak pulak dah 10 tahun mak duduk PH, raya pertama orang kampung nak jumpa mak.
Tapi terbalik pulak. Mak pulak pagi-pagi yang pi beraya cari anak-anak sedara.
Masa arwah ayah ada, arwah akan tunggu raya pertama di rumah, dia takkan ke mana-mana.
Aku kan tak boleh berpanas-terik, konfem sakit kepala.
Selalunya, aku join dorang beraya sampai tengahari je, lepas Zohor aku tak keluar dah.
Jadi aku tinggal berdua dengan arwah ayah at home.
Ramai orang datang rupanya rumah tu.
Akulah yang tolong buat air, panaskan lauk-pauk raya and replenish kuih dalam balang.
Ayah orang terkenal di Tganu.
Kebanyakkan orang dalam kampung tu pernah jadi pekerja ayah.
Kalau raya, memang orang datang jumpa ayah.
Kesian pulak kalau orang datang beraya tapi takde siapa di rumah melayan tetamu.
Aku ok je duduk rumah buat semua tu asalkan takyah berpanas-terik beraya kat luar.

Macam arwah nenek Tampin, dia paling tua dalam keluarganya, raya pertama memang tak ke mana-mana.
Dia duduk rumah tunggu sanak sedara nak datang beraya.
Lauk-pauk raya pertama memang selalunya tak jumpa malam 1 Syawal pun.
Siang tu habis dah jamu kat orang datang.
Nenek pulak jenis apa yang ada kat dapur keluarkan, jamu.
Jangan simpan-simpan.
Kalau ada ketupat, keluar ketupat.
Ada kek, keluar kek. Nama pun raya, kan.

Sedara-mara belah Mak Aji pun jenis faham yang muda kena cari yang tua.
Pagi raya tu, lepas balik dari kubur kitorang semua dan senseng lengan sebab orang kampung dah start datang beraya.
Penat, tapi seronok sebab tengok nenek kita masih dihargai, masih ada yang ingat.
Dan lepas semua settle, kitorang pulak sebagai anak and cucu akan beraya at least ke 2 buah rumah - rumah pakcik-pakcik kepada Mak Aji.
Satu di town Melaka, satu lagi kat Gadek.
Lepas settle dua buah rumah ni sukatilah nak pi beraya mana pun.

Samalah juga halnya kalau balik Muar (kampung Pak Aji).
Nenek orang paling tua antara sedara-maranya.
Pagi raya, janganlah kau ke mana-mana.
Rumah tu jadi port beraya satu kampung.
Kau taulah orang Jawa macamana, kan.
Orang Jawa ni paling hormat orang tua.
Kau tengok cara dia bersalam raya pun tau dah.
Macam nak cium lantai dia punya tunduk hormat tu.
Sometimes kalau pagi raya dorang ada hal lain, malam raya tu dorang dah singgah rumah untuk beraya dengan nenek aku.
Walau dah lambat, 11 malam pun tetap datang, janji dapat jumpa orang tua.
Malam raya dah melambak-lambak lauk-pauk raya dengan ketupat kat dapur orang datang munjung (hantar lauk).
Sesape datang beraya dengan nenek aku malam raya tu, dapat terus makan ketupat munjung.

That's why aku agak pelik bila di rumah mok, pagi-pagi semua dah keluar beraya.
Sampai sekarang aku masih suarakan soalan yang sama kat En Wan "Apesal mak yang kena cari anak-anak sedara pagi raya?"
Rasa macam tak patut.
Dahlah rumah mak jarang balik sana, apalah salahnya time raya kita 'open' rumah mak.
To me, inilah masanya kita meriahkan rumah mak, jamu orang makan.
Aku selalu cakap kat En Wan buatlah makan-makan ajak kawan-kawan sekolah dia beraya rumah mak.
Aku on je kalau nak contribute duit beli makanan. Aku bab makan memang ke depan sokmo.

Dulu, waktu mak masih duduk di Tganu, pagi raya agak meriah dengan makanan.
Paling tak pun, nasi dagang mesti ada. Kuih-muih pun penuh je atas meja.
Sejak mak duduk dengan kitorang, segalanya order je.
Mujur la kat sana pagi raya orang willing nak hantar lauk-pauk raya.
Kalau tak, menung berjemaah.
Aku pulak jenis tak kisah kalau kena order makanan pun, asalkan rumah tu meriah dengan tetamu datang makan sama-sama.
Tapi tu lah, masing-masing macam lebih selesa pagi-pagi raya keluar beraya rumah orang.
Rumah sendiri kosong dari pagi sampai petang.

Kalau kat Tampin, even selepas arwah atok meninggal, rumah tu kekal orang datang pagi raya cari nenek.
Jadi, anak-anak arwah nenek (adik-beradik Mak Aji) macamanapun memang masak raya.
Meriah lauk-pauk. Dah boleh tahu siapa masak lauk apa.
Kalau buat ketupat orang ni.
Buat rendang orang ni.
Buat sambal goreng orang ni.
Buat sambal udang orang ni.
Buat lodeh orang ni.
Yang cucu-cucu (aku and cousins) dah tau tugas masing-masing basuh balang kuih and susun kuih.
Tukar kusyen nenek, tukar langsir nenek, lap tingkap.
Tukang gosok baju raya pun ada orangnya - aku.
Padahal masing-masing bukan setiap bulan balik kampun, tapi bila balik raya semua kekal dengan tugas masing-masing.

Now nenek and atok pun dah takde.
Dah takde istilah balik beraya di Tampin lagi.
Mak bapak sendiri pun dah jadi atok and nenek. Bangi dah jadi kampung.
Setiap kali balik beraya di Bangi, walaupun kitorang 3 beradik je tapi tahu dah role masing-masing untuk sambut raya.
Tapi selalunya kat dapur tu aku and Ima je.
CT takyah lah, dia ada anak kecik. Biar dia bersilat dengan anak dia.
Aku dengan Ima berdua kat dapur pun macam nak merekah dinding dapur tu dia punya riuh.
Orang belakang boleh tahulah kitorang tengah masak apa sebab dia punya riuh tu macam kau sorang je masak raya orang lain tak.
CT kata dia kat atas pun tahu apa kitorang berdua tengah buat kat bawah sebab suara nyaring sampai ke atas dengar.
Menantu-menantu lelaki tak banyak tugas.
Mak Aji memang tak bagi dorang tugas apa-apa, melainkan cari lemang.

Tahun ni, memang dari awal puasa dah boleh jangka kita semua akan kekal di rumah masing-masing.
Actually aku lebih suka di sini, tak perlu balik Tganu.
Because balik beraya di Tganu dah konfem tak macam dulu lagi.
Aku dah tentu akan duduk homestay atau hotel, bukan duduk rumah mok.
Lauk-pauk pagi raya dah tentu order, silap-silap makan kat rumah Mok Ndong je pagi raya tu.
Dah pergi bercuti ke Tganu. Roh raya tu takde.
Jadi, bila lagi sekali kita kena tersadai dalam rumah masing-masing, aku ok.
En Wan lagilah ok, mok dah tentu-tentu kat sini.
Yang tak ok maybe yang di Tganu sebab tak dapat beraya dengan mok.

Awal Ramadhan lagi aku dah plan nak order apa untuk makan raya.
Malas nak kecahkan dapur.
Jadi tahun ni semua makanan aku dah order.
Cumanya, tak jangka yang tahun ni tak dapat balik Bangi.
Kalau tak dapat balik Tganu tu lojiklah, sebab kena rentas negeri.
Bangi ni satu negeri kot. 30 minit dah sampai.
Ni lah namanya dekat tapi jauh.
Tapi legalah juga sebab Ibal ada di sana. At least ada anak di rumah.
Lagipun makcik aku ada di Bangi, dorang boleh beraya sama-sama.

Aku tahu ramai yang kecewa tak dapat beraya.
Aku pun kecewa juga.
Adik aku Ima pun kecewa juga tak dapat rentas negeri.
Tapi cadangan aku, apa yang kita ada ni kita gunakan sebaiknya.
Orang-orang yang ada dekat dengan kita ni, kita create memories sebanyak-banyaknya.
Sebab belum tahu lagi tahun depan orang yang sama masih ada.
Kita dok imagine tak dapat balik jumpa mak ayah, takut-takut tahun depan mak bapak dah takde.
Entah-entah pasangan kita yang pergi dulu.

Kenalan aku di FB (blog reader) cerita, hari terakhir dia beraya dengan suami, tahun tu suami tak dapat cuti panjang.
Raya ketiga kena start kerja. Malam raya baru nak gerak balik.
Tahun tu kebetulan adik yang duduk overseas balik beraya.
Dia merajuk sebab tak dapat lepak kampung lama-lama dengan family.
Tahun tu merajuk tak ambil gambar raya dengan suami pun.
Hujung tahun suami meninggal accident.
Dah 4-5 tahun kisahnya.
Adik yang duduk overseas pun dah balik for good, mak bapak masih ada sampai sekarang, tapi suami dah takde.
Terkesan aku dengan cerita dia.

So guys, apa yang ada depan mata kita ni, kita create memories.
Apa yang kita tak boleh kawal, let go.
Apa yang masih kita boleh pegang ni, jaga.
Celebrate lah raya dengan happy walaupun kita hanya ada kita saja.
Pasang lagu raya, guys. Raya mode ON.