2026-04-30

GreenAard: Tak Lapar, Tapi Tetap Nak Makan


Aku dapat feedback dari new customer Maaltyd. Ini produk pertama dia dari GreenAard. 

Dia dah ambil Maaltyd 6 hari. Memang kurang rasa lapar katanya. Bangun pagi dah tak rasa lapar macam dulu. Tapi masalahnya, dia masih rasa nak makan walaupun tak lapar. Camana nak buat dia tanya.

Ini sebenarnya masalah ramai orang. Kebanyakan kita memang ada masalah kawal diri dari makan. Sentiasa nak makan.

Aku suka feedback customer tadi. Sebab dia buktikan yang Maaltyd tak bagi rasa lapar. Itu dia sendiri yang akui. Bila dia kata masih terasa nak makan, itu satu lagi bukti yang menunjukkan selama ni KITA yang problem, bukan produk yang problem.

Kita ingat kita lapar, padahal sebenarnya kita cuma “nak makan”. 

Ada beza antara LAPAR dan NAK MAKAN.

LAPAR is keperluan fisiologi. Datang dari badan. Bila lapar, ini adalah signal bahawa badan perlukan tenaga.

Tapi NAK MAKAN is keinginan. Datang dari otak, datang dari kebiasaan, datang dari dari emosi, datang dari pengaruh persekitaran. Bukan datang dari badan.

The problem is, LAPAR dan NAK MAKAN are two things yang kita payah nak bezakan. Sebab kita dah biasa bangun pagi, ambil breakfast. Pukul 1 karang, lunch pulak padahal tak lapar pun. Petang, cari karipap. Malam, dinner. Jaranglah kita tanya diri sendiri betul ke aku lapar ni?

Sebab apa?

Sebab kita dah terbiasa makan ikut waktu, bukan ikut keperluan.

So bila start ambil Maaltyd dan tiba-tiba perasan yang rasa lapar tu takde macam selalu, it shows that your body is no longer in that constant fake hunger state macam selalu. Rasa kenyang tu lebih stabil. Energy pun tak drop. Cuma tu lah, masih berasa nak makan.

Inilah namanya HABIT. 

Otak manusia sangat kuat dengan pattern. Bertahun-tahun kita breakfast everyday, otak kita akan expect makanan every morning. Bukan sebab badan perlukan makanan, tapi sebab kebiasaan. 

Dalam sains, ini ada kaitan dengan hormon ghrelin (hormon lapar). Hormon ni ada keupayaan untuk ikut kebiasaan waktu makan kita. Kalau kita biasa makan pukul 8 pagi, ghrelin akan naik sekitar waktu ni walaupun badan masih ada enough energy. That's why walaupun tak lapar, masih berasa nak makan. Padahal itu bukan signal dari badan. Itu cuma signal kebiasaan yang dah lama terbentuk melalui rutin yang sama berulang kali. 

So now bila kau start dengan Maaltyd, apa yang berlaku sebenarnya adalah reset. Maaltyd reset badan untuk stabilkan rasa kenyang, lambatkan proses pencernaan, dan bagi tenaga yang lebih konsisten (kurangkan rasa lapar) so that badan tak bergantung kepada kekerapan makan untuk maintain energy. Sebab itu ramai yang ambil Maaltyd dah tak cepat lapar macam dulu.

However, walaupun perut tak rasa lapar, otak masih belum update dengan keadaan baru ni. Otak masih ikut sistem lama. Dia masih expect kau breakfast, lunch and dinner bila sampai waktunya. Walaupun perut masih steady, otak tetap hantar signal “Wei, dah waktu makan. Jom makan”. Aaaa gitu.

Ni samalah macam orang yang dah biasa ambil kopi every morning. Kalau tak minum dia rasa tak function. So one day dia stop kopi. Padahal badan tak perlukan kafein sangat pun. Tapi dia tetap rasa macam ada something tak kena. Itulah namanya habit. 

This is actually a really important thing to understand, especially kalau tengah nak turunkan berat badan atau improve health. Sebab selama ni, ramai orang makan bukan sebab lapar, tapi kebiasaan. Makan sebab dah sampai waktu makan. This is what leads to unintentional overeating.

Bila kita makan walaupun tak lapar, badan akan simpan lebihan tenaga tu. Long term, berat badan bertambah, pastu dapat 3 serangkai. Actually kalau kau bangun pagi tanpa rasa lapar, itu sebenarnya good signal. Cuma cabaran sekarang is to belajar untuk percayakan signal tu. 

Selama ni kita diajar sarapan tu wajib. Tak sarapan nanti gastrik. Takleh fokus belajar. Hakikatnya, badan kita sangat fleksibel. Kalau malam sebelumnya kita makan cukup katakanlah makan pukul 7 malam, badan sangat cukup tenaga sampai esok pagi. Tak perlu nak makan semata-mata sebab dah pukul 8 pagi. 

Aku punya record makan Maaltyd pernah tak makan 32 hours. Yang ini bukan intentional. Masa tu memang nak makan, tapi bertangguh. Bila nak makan, ada kerja urgent nak buat. Pastu dah habis kerja, mengantuk pulak, tido. Tau-tau dah besok. Total 32 jam without food, hanya minum air. Itu bukti badan memang cukup tenaga, kita je yang rosakkan dengan keinginan nak makan. 

Bukan makna kata breakfast tu salah. Bukan. My point is, makan sepatutnya datang dari keperluan badan, bukan asal berasa nak makan kena makan. Kalau always berada dalam situasi di mana tak lapar tapi berasa nak makan, that’s a chance for you to start getting to know your own body better. 

Everytime rasa nak makan tanya dulu "Ni memang betul-betul lapar ke, atau aku cuma rasa nak makan?”

Kalau betul-betul lapar, makan. Itu keperluan. Tapi kalau kau realize yang kau rasa tu cuma keinginan, tangguhkan sekejap. Atau pilih something yang light. Atau tak perlu makan langsung pun boleh. 

Awal-awal ambil Maaltyd, maybe susah nak stopkan habit makan ni, tapi at least kau dah kurangkan lapar. Try buat gini. Lepas ambil Maaltyd (waktu pagi), kalau berasa nak makan, tangguhkan 15 minit. Selepas 15 minit, kalau berasa nak makan, tangguh lagi 15 minit. Tengok boleh pergi tak. Kalau boleh, tangguhkan lagi 15 minit. Setiap kali berasa nak makan, gantikan dengan minum air. Sampailah perut tu berbunyi, baru makan. Lama-lama nanti badan akan terbiasa dengan skip 1 meal.

Badan aku now can hit OMAD (one meal a day) tanpa really buat OMAD. Tak plan nak OMAD, tapi disebabkan Maaltyd dah buatkan aku biasa "berlapar" lebih 20 jam, eventually jadi OMAD.

Sebenarnya dalam proses weight loss, kita perlukan sesuatu untuk halang kita dari rasa lapar. Itu je sebenarnya. Kalau tak rasa lapar, kau takkan ada rasa nak makan. Ambil Maaltyd ni meatih badan vs makanan. Maaltyd tak paksa badan untuk rasa tak lapar. Tak, dia tak paksa. Dia cuma kurangkan gangguan yang selama ni buat kita rasa lapar. Selebihnya, kita sendiri kena ubah habit.

Habit ambil masa untuk berubah. Jangan ingat hari ni ambil Maaltyd terus boleh skip 2 meal sap sap soi. Kalau badan kau obidient, takde masalah. Tapi kalau otak kau lagi dominan, memang ambil masa sebab otak sentiasa hantar signal nak makan nak makan nak makan. Jadi, kena bersabar dengan proses ni. 

Jangan anggap itu masalah. Think of it as a sign that your body is resetting itself. Badan tengah membezakan antara lapar dengan keinginan. Bagi badan masa. Kau konsisten saja dengan Maaltyd.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

  


2026-04-29

Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


Aku tak akan berhenti bercakap pasal ni, ya. Dari zaman aku start berblogging 20 tahun lepas, aku sentiasa bercakap pasal ni. Pasal masalah perempuan stuck dengan boifren yang hauk.

Honestly, everytime baca confession macam ni, letih! Sebab cerita like this bukannya baru sekali dua. BANYAK KALI! Pattern sama je berulang-ulang. Lelaki dah tunjuk perangai hauk dari awal, kena maki hari-hari, always bawak masalah, tapi kau masih bertolak-ansur. Dia cari salah, effort tarak, TAPI kau masih lagi bertahan sebab "Aku sayang dia”

Tak, dik. Tak. Kau sebenarnya dah tak sayang dia. Kau sebenarnya dah ATTACH, bukan sayang.

Kau dah terbiasa ada dia. Kau mikir yang kau dah labur banyak masa, emosi, energy, duit, sampai kau confuse antara sayang dengan kebiasaan. That's why walaupun dia buat hal berkali-kali, kau tetap stay. Sebab otak kau dah wired dengan kebiasaan tu. Kau dah blend dengan sikap dia yang baran yang suka membabikan kau. Kau rasa that's only his character. Hakikatnya "Dia baik". 

Tengkorak kau. 

Eh dengar sini aku cakap. Itu bukan karakter dia. Itu PILIHAN dia. Baran, maki, itu bukan personality trait yang kita kena terima seadanya, ya. Itu behaviour yang dia pilih. Tahu sebab apa dia pilih kekal dengan behavior tu?

Sebab selama ni kau allow.

Setiap kali korang berbaik semula, kau maafkan. Kau yang reinforce benda tu. Kau ajar dia untuk rasa “Tak kisah macamana pun aku buat, dia always ada. Dia takkan tinggal aku”. So buat apa dia nak berubah dia kata. Takde sebab nak berubah. Sebab kau takkan lari. Habis kuat pun kau menangis, pastu kau menempel balik kat dia.

Kau bukan tak nampak salah dia. Kau nampak. Cuma kau berharap dia akan berubah. Dan kau pun sebenarnya takut nak lepaskan. Takut nak start balik. Takut what if kalau tinggalkan dia akan jumpa yang lagi teruk dari ni?

Dulu aku dalam the exact situation. Malas nak break sebab nanti kena start again dengan orang lain. Kena go thru the same process - kenal, dating, tulis surat, tunggu call, dating lagi, gaduh, baik, gaduh, baik. Tapi aku pikir balik, if aku stay dengan toksik relationship ni, kepala emosi perut aku semua jadi serabut. Tak tenang.

Masa tu terlintas juga what if kalau lepas ni dapat yang lagi teruk? Tapi bila aku pikir balik, baru bercouple kot. Baru bercuple. Apa yang payah sangat nak buat keputusan?

Kalau belum kawen pun dah serabut, tak sanggup aku nak stay for another 5-10 years. Maka aku cakap dengan diri sendiri takpelah. Yang future jangan pikir dulu. Yang sekarang ni aku kena settlekan. Apa-apa hal kena keluar dari relationship ni dulu. 

Tu pasal bila En Wan serah diri, aku tak tunggu dah. Padahal jumpa baru satu kali. Selebihnya bersembang dalam surat and chatting. Takpelah, dah dia je yang ada buat masa ni. Sebat dulu yang ni.

Ada gak terpikir, yang depan mata pun macam cilaka perangai, apetah lagi yang jauh di mata. Boleh ke aku percaya En Wan? Tapi tulah, keadaan terlalu serabut masa tu, aku takde masa nak pikir panjang. Tak kisahlah kalau orang kata keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Janji aku keluar dari kandang rimau ni dulu. Kalau esok katakanlah En Wan tu hauk, aku putuskan saja tunang. Apa susah. Gitulah aku berpikir dulu.

Dengarlah cakap aku, jangan tunggu orang berubah. Sebab orang takkan berubah hanya kerana kita tunggu. Dia berubah bila dia sendiri nak. Dan setakat ni, jelas boifren kau tak nak berubah. So kau yang kena MOVE!

Takyahlah cakap "masih sayang". Perasaan sayang tu bukan alasan yang valid untuk stay dalam relationship yang toksik. Tu cuma untuk justify kenapa kau tak berani keluar dari relationship je. Kau dah tak sayang sebenarnya, cuma kau stuck dengan memori lama masa tengah lovey-dovey dulu. Memori tu yang buatkan kau rasa kau masih sayang, padahal tak pun. Kau cuma sayang kat kenangan tu je.

Dahlah, jangan jadi bangang sangat. Belum kawen pun dah dibabi-babikan. Esok dah kawen, kaki dia atas badan kau. Masa tu lagi serabut nak berpisah. Pisah je lah sekarang sementara belum ada ikatan sah. Biarlah orang nak kata apa, biarlah dia nak memburukkan kau, biar. Selamatkan diri dulu.

Aku dulu pun apa je yang orang tak kata, yang dia tak kata. Orang luar memang akan berkata-kata especially bila kita yang meninggalkan. Orang akan tuduh kitalah yang jahat dan curang sebab kita meninggalkan dia. Pulak tu lepas je break, aku terus couple dengan En Wan. 

Aku couple tak senyap-senyap, ya. Memang sengaja aku bagi orang nampak. Sengaja aku main chat kat library. Bila ada orang singgah meja atau lalu belakang, aku tak cover monitor. Aku biar dorang nak baca. Yang tiba-tiba rajin menempal sebelah aku tu pun budak yang rajin chat juga. Dia nak spy la tu. Macamlah aku tak tahu. Memang aku sengaja nak tunjuk. Biar news tu tersebar.

Dalam bilik, aku letak gambar En Wan terang-terang dalam frame, atas meja study. Yang tak pernah-pernah nak bersembang dengan aku tertiba ketuk pintu bilik nak bersembang. Kau rasa? 

Aku tak bodoh, ya. Aku mark siapa yang sebenarnya spy si hamlau tu. Konon datang nak pinjam notes la apa la. Kau benaunya nak tengok siapa pakwe baru aku, kan? Aku bagiiii. Tengoklah puas-puas gambar tu pastu sebarkan cerita. Silakan.

Bila orang mula mengata aku tak kenang budi, lupa daratan, kejar lelaki kaya, perasan hot. Hahaha. SO?? Kau rasa aku jenis kisah orang nak cakap apa? Lambertttt lagi.

Masa tu aku pikir diri aku je. Dah malas dah aku nak sentimental pikir jasa baik dia, budi baik dia. Apa ingat aku tak pernah berbudi ke kat dia? Kalaupun kau sorang je yang berbudi, once kau buat taik, bye.

Aku tahu ramai perempuan yang stuck dengan lelaki gila sebab taknak dipandang serong. Taknak dicop jahat. Apa-apa pun biarlah aku yang ditinggalkan bukan aku yang meninggalkan. Gitu. Punyalah nak jaga reputasi wanita mithali. 

Eh sudah-sudahlah jadi bangang. Reputasi tu untuk siapa? Untuk orang luar yang tak tanggung hidup kau? Pastu kau yang kena hadap benda ni hari-hari? Sanggup nampak baik kat mata orang, tapi hidup kau hancur?

Orang akan tetap bercakap. Kau stay, orang cakap. Kau tinggalkan, orang tetap cakap. Lebih baik tinggalkan. Kalau kena kutuk pun at least berbaloi. Buat macam aku dulu. Pegi mampos siapa nak pandang slack, siapa nak kutuk, siapa nak keji. Janji aku bebas. Itu misinya. 

Masa tu ramai yang kata aku hancurkan masa depan si anu. Ye lah, sebab dia tunjuk dia punya teruknya "merana". Ada orang, bila "merana", tunjuk kat serata alam betapa merananya dia. Energy dia habis kat pikir camana nak berlakon merana yang real. Ada orang, bila merana dia diam-diam cari jalan keluar. Tau-tau je victory. Itu beza orang bijak dengan orang bangang. Faham?

Lagi satu, kau belum kawen, kejadah apa yang nak tolong masakkan makanan bagai? Ni la yang aku tulis hari tu, some people suka OVERDO. Benda yang tak patut buat, dia buat. Pastu mintak balasan. Mintak dikenang. Belum kahwin, tapi dah behave macam isteri sepenuh masa. Masak untuk dia. Prepare bahan. Nak bagi bekal. 

Halo?? Kau sedang melatih dia jadi raja. Tu pasal dia rasa dia boleh membabi-babikan kau, sebab kau tadah diri macam hamba.

Nak malu apa kalau tak jadi kawen?
Tahu tak apa lagi memalukan?

Kahwin, lepas tu hidup miserable. 
Everyday kena maki tapi depan orang try hard nak tunjuk sweet-sweet.

Ni bukan apa. Banyak sangat tengok cerita cina and korea yang romantik-romantik. Sebab dalam drama, lelaki bossy akan berubah bila cintakan perempuan. Pastu perempuan yang sabar akan menang akhirnya. Haktuihhhhh!

Itu drama, dik. Ini real life kau. Lelaki yang maki sebelum kahwin biasanya akan lagi selesa memaki lepas kahwin. Sebab now dia dah tahu kau takkan pergi. Dan perempuan yang overdo sebelum kahwin biasanya akan burnout lepas kahwin. Tak caya kau tengoklah.

Aku tak kata berpisah tu senang. Memang tak mudah. Tapi tu semua sementara. Yang tak sementara tu bila kau stay dalam relationship yang sama, hadap sakit yang sama, dengan pattern yang sama everyday sampai mampus. Itu pain takde ending, ya. 

Jangan ingat stay tu pilihan yang selamat. Sometimes itu pilihan yang paling memakan diri. Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


2026-04-28

Medical Card: Nampak macam tak logik bila dah bayar medical card tapi tak boleh guna.

Ya, dik. Akak faham kenapa awak rasa geram. Memang nampak macam tak logik bila dah bayar medical card tapi tak boleh guna.

Tapi akak pun nak bagi perspektif akak as ex-medical underwriter. Sebenarnya dalam dunia insurans/takaful, benda ni sangat bergantung pada APA YANG DOKTOR TULIS, bukan semata-mata apa yang client (patient) rasa.

Dalam kes cik adik ni, takaful tak menilai berdasarkan "abang takde keluar setitik darah tapi dia sakit". Dan takaful tak kira samada abang awak bayar tiap-tiap bulan tanpa culas. 

Medical undwerwriter luluskan GL berdasarkan report doktor. Kalau doktor kata takde darah, takde patah, takde koyak, bermakna keadaan abang awak tak cukup serius untuk dimasukkan ke wad. Kalau dalam report doktor kata vital signs stabil, kes akan dianggap sebagai tak perlukan admission. Underwriter boleh approve rawatan outpatient sahaja.

Aku rasa ramai yang ingat asal sakit je boleh pakai medical card. Tak, ya. Bukan macam tu. 

Medical card ni untuk HOSPITALIZATION only. Maksudnya bila ada keperluan untuk masuk hospital, warded, atau rawatan yang memang memerlukan admission, baru boleh guna medical card. Kalau sakit biasa, tak perlu wad, walaupun kau sakit, tetap tak boleh guna medical card. Setakat ambil ubat, itu bukan fungsi medical card. Itu outpatient, dan kebanyakan pelan tak cover bahagian tu.

Jadi kalau report tu tak cukup kuat untuk justify warded case, besar kemungkinan GL direject, walaupun pesakit rasa sakit atau tak selesa. Sebab itu bila GL ditolak, agen selalunya akan tanya underwriter apa yang doktor tulis. Kadang-kadang client takde history darah tinggi, takde kencing manis. Tapi bila doktor buat scan, rupanya blood sugar tinggi sikit. Doktor pun tulis kat findings. Medical underwriter akan take note semua yang doktor tulis. Tu pasal GL kena reject sebab underwriter kena buat investigation.

This cik adik kata bila dia pergi KK kena refer ke GH untuk CT scan. That’s actually the right approach from a medical standpoint. Maksudnya doktor nak pastikan dulu samada ada kecederaan dalaman yang serius sebelum decide perlu admit ke tak. In many cases, CT scan and further tests memang lagi sesuai buat kat hospital kerajaan because it’s based on clinical need, bukan permintaan semata-mata.

It's frustrating actually, bila sakit tapi tak dapat first class treatment kat private hospital. Tapi macam yang aku cakap tadi, medical card is NOT a free pass to get admitted anytime. Dia cuma cover bila ada keperluan yang jelas untuk admission. Kalau reason tak cukup kuat dari segi diagnosis dan justification, GL akan direject. 

Kalau nak try submit GL lagi, kena fokus pada report doktor. If doktor rasa kes tu patut admit, pastikan dia tulis dengan jelas kenapa perlu warded, apa risiko kalau tak admit, dan apa yang dia suspect. From there baru ada chance nak lulus GL.

Bingit juga aku baca Thread ni balik-balik netizen komplen pasal GL kena reject. Nak je aku suruh semua follow blog aku. Meh follow blog acik, baca apa acik tulis. Geram pulak haihh. Masalahnya yang komen macam palatao tu pun takde medical card. Tak faham cara sistem ni bekerja, tapi sibuk nak bagi pendapat.

Ni lagi sorang, mintak yang bukan-bukan. 

Medical card yang betul-betul ok tu apa, dik? Yang bagi first class treatment, yang bagi unlimited coverage tapi harganya RM80/bulan tak naik-naik sampai mati ke? 

Ya, semua orang nak medical card yang perfect. Coverage tip-top, harga murah, tak naik, senang bayar. Tapi benda ni tak wujud dalam mana-mana sistem insurans. Sebab insurans based on risk dan kos perubatan semasa. 

Kos hospital every year naik. Treatment, ubat, teknologi, semua makin mahal. Jadi bila kos rawatan naik, takkanlah caruman kekal tak naik? Of coslah caruman akan ikut naik. Bukan sebab company cekik darah, tapi sebab dorang kena tampung kos claim yang makin tinggi.

Hari tu ada sorang chinese saman Bank Negara sebab kenaikan medical card, kan? Aku tak tahu apa progressnya sekarang. Aku setuju dengan chinese tu. Dia menang maybe payahlah, but at least BNM bukak mata dengan perangai some hospital yang charge tinggi bila orang bayar pakai medical card. Hospital ambil kesempatan sebab medical card coverage tinggi.

Sebenarnya ada je pelan yang murah dan tak naik-naik. Tapi jangan nampak luarannya saja, ya. Pelan yang murah dan tak naik usually ada benda yang dikompromi. Ini bisnes, dik. Mana ada orang bagi free item gitu-gitu je? You nak free item, you must hit certain amount. You nak discount you kena beli banyak. Ini standard.

Same goes to medical card. Awak nak yang murah tapi protection tinggi? Takkan jumpa. 

Nak yang murah, ada. Tapi balasannya, coverage rendah, ada banyak limit, ada syarat tertentu yang korang tak perasan masa sign-up. Masa muda tengah sihat ni ye lah tak kisah ambil pelan murah dan protection rendah. Bila umur dah banyak esok atau bila betul-betul sakit, baru nampak gap dia.

Ramai orang buat BIG MISTAKE bila dia ingat beli medical card ni macam shopping barang kat TikTok. Cancel yang lama, ambik yang baru yang lagi murah. Dia tak tahu bila tukar pelan baru, semua benda reset balik. Waiting period mula balik. Kalau ada condition yang dah wujud sekarang, ada risiko tak dicover atau kena loading. Masa tu baru rasa menyesal.

Konsep paling penting yang orang kena faham bila ambil medical card is, jangan cari yang paling murah atau paling senang bayar. Tapi cari yang boleh cover risiko besar yang kita sendiri tak mampu tanggung. Tengok sustainability jangka panjang. Bukan setakat boleh bayar atau tak. 

Kalau rasa current pelan mahal, jangan cancel polisi sekarang tapi mintak agen REVIEW polisi. Tengok samada boleh adjust coverage, atau tukar ke pelan yang lebih sesuai dengan budget, atau restructure supaya masih ada protection tanpa membebankan. You all ada agen, kan. Pergi tanya agen untuk review.

Kalau takde agen, agen dah meruyup, polisi pun dah lama, boleh contact En Wan untuk mintak tolong reviewkan. Polisi yang dah lebih 3 tahun please review, sebab dalam tempoh 3 tahun kadang-kadang syarikat takaful ada tambah new benefit. Tengok samada benefit tu ada ke tak dalam polisi korang. Kalau takde, maybe boleh add-on. 

Ingat tak kes claim client Singapore yang tak lepas tu? Yang AIA cover tapi Prudential tak cover? Itulah akibat tak review polisi. Polisi AIA tu dia baru ambik. Polisi Prudential tu dia dah ambil lama. Jadi, ada banyak new benefit yang dia tak tahu sebab tak pernah review. Kalau dia review, mesti claim Prudential tu dia dapat.

Dah dikatanya medical card ni scam pulekkk. However, soalan ni valid sebenarnya, sebab ramai orang selalu dengar cerita kononnya claim tak lepas sampai rasa macam scam. 

Kadang aku pelik juga, apesal cerita-cerita yang negatif ni mudah sangat dapat perhatian. Korang yang claim lepas, yang GL lulus, please riakkan sikit kat media sosial biar orang tahu masalah claim tak lepas dan GL kena reject ni masalah terpencil. Kebanyakannya GC lulus dan claim lepas.

Medical card bukan produk scam. Ini adalah produk yang berada di bawah Bank Negara Malaysia. Segala kenaikan caruman semua di bawah kelulusan Bank Negara. Tak logik bila dikatanya medical card adalah scam. Yang jadi masalah biasanya expectation tak sama dengan cara sistem tu berfungsi.

Medical card ni bukan asal kau bayar je confirm semua cover. Tak. It works based on very specific conditions. Setiap claim akan dinilai berdasarkan laporan doktor dan samada treatment tu betul-betul perlu dari segi perubatan. Kalau tak capai kriteria ni, memang akan kena reject. Bukan syarikat suka-suka reject, tapi itu memang rule dalam polisi.

Contoh paling common, orang ingat bila sakit boleh terus masuk wad, guna card. Tapi kalau doktor tak justify kenapa perlu admission, insurans akan anggap kes tu boleh dirawat sebagai outpatient. Jadi bila kena reject, orang rasa kena scam, padahal insurans buat decision based on diagnosis doktor.

Lagi satu, banyak kes melibatkan benda yang orang tak sedar dari awal macam waiting period, pre-existing condition, atau limit dalam polisi. Masa sign up semua nampak macam dicover, tapi bila claim baru nampak detail tu sebenarnya penting. 

“Detail” maksudnya spesific terms dalam polisi. Apa yang sebenarnya cover vs tak cover. Syarat kelayakan claim. Waiting period. Exclusion (penyakit yang tak dilindungi). Protection limit.

Contoh 1: “Benefits shall only be payable provided that the hospitalization is medically necessary and not for convalescence, custodial, preventive or elective purposes, as determined by the Company upon review of medical reports”
Maksudnya, card tu tak valid untuk semua jenis admission. Dia hanya cover bila hospital admission sekiranya betul-betul perlu untuk rawatan penyakit yang aktif dan serius, bukan admit sebab saja-saja nak pantau.

Contoh 2: "No benefits shall be payable for any illness, disease, or injury arising directly or indirectly from pre-existing conditions, congenital abnormalities, or complications thereof, unless expressly covered under the policy schedule”
Maksudnya, takaful tak akan bayar apa-apa kos rawatan kalau penyakit atau kecederaan berpunca dari penyakit sedia ada (pre-existing condition), atau kecacatan sejak lahir (congenital), atau komplikasi daripada dua benda tu sekali. Kecuali kalau dalam polisi tu memang ada tulis secara jelas (“expressly covered”) yang condition tu dilindungi.

Ayat-ayat macam nilah “detail” yang menentukan sama ada claim lulus atau tak.

Bila expectation semua boleh claim, tapi realitinya ada syarat, kat situlah timbul rasa di-scammed. Hakikatnya, medical card is legit and really helpful, especially for big cases involving high hospital bills. Bukan untuk cover semua situasi atau ikut kehendak kita. Dia hanya cover bila kes tu memenuhi kriteria. That's why penting untuk faham bukan semua claim yang tak lepas tu scam. Selalunya itu mismatch antara apa yang kita expect dengan apa yang sebenarnya polisi cover.

I get what she’s feeling, and aku setuju.

Ramai orang cuma sedar pentingnya medical card bila dah start rasa badan dah tak macam dulu. Aku pernah cakap dulu, masa muda generally kita kuat dan sihat. Kebal dari penyakit. Jarang sakit. Jarang MC. Tapi bila dah masuk mid 30s, kita dah mula rasa perubahan tu. 

Apetah lagi umur macam aku dah nak masuk 50s ni. Boleh terasa perubahannya. Walaupun alhamdulillah masih takde apa-apa sakit atau makan sebarang ubat, tetap rasa perubahan dari segi tenaga.

Dulu threadmill 1 jam pace 5.5, sap sap soi. Lepas threadmill sambung cycling kat sebelah. 

Now, dapat threadmill pace 5.0 30 minit pun dah besar rahmat. Badan dah mula berasa cepat penat. Lasak masih lasak. Balik kerja terus masak. Malam atas threadmill. Menggosok baju, melipat baju, mengemas. Tapi terasalah perbezaan tenaga zaman muda dengan sekarang. Jadi aku faham bila this lady kata sepatutnya dia ambil medical card ni lebih awal.

Sebab part waiting period tu yang real struggle. Sistem insurans memang ada fasa waiting period untuk tapis risiko awal. Tapi dari perspektif client akan asa serba tak kena bila dah ada medical card tapi belum boleh guna. That feeling of “Aku dah bayar, tapi belum fully protected” of cos buat orang anxious. Sebab bila semakin berusia, risiko nak sakit tu lebih tinggi.

Dia bukan apa tau. Bila kita makin tua, kita nak less stress. Jangan cakap pasal medical card. Kita cakap pasal travelling cukuplah. Aku dulu zaman umur 20s-30s, kalau holiday tak kisah duduk hotel ceruk mana pun, tak kisah berjalan naik bas turun bas, atau menapak jalan kaki jauh. Masa gi Hong Kong, semua jenis transportation aku naik. Dari feri, train, bas, taxi, jalan kaki - complete. Sambil pimpin Redza and galas beg susu dia. Takde hal.

Now? Aku nak percutian yang tenang. Hotel kena lebih best dari bilik tido aku. Kalau bilik tido and bilik air aku lebih selesa dari hotel, kau jangan ajak aku pi bercuti. Kalau boleh nak makan pun dalam hotel. Less hassle dan dah tentu-tentu sedap dan banyak pilihan. Transportation biar senonoh dan tak memenatkan.

Even kalau aku drive sendiri ke mall, aku terus pi valet parking je. Tak kuasa nak pusing-pusing cari parking. Tu beza perspektif bila dah berusia. Nak yang tenang-tenang dan tak nak serabut.

Pasal GH vs private hospital, itu valid. Ini bukan nak pandang rendah atau tak, tapi lebih kepada keselesaan. Bila sakit, kita bukan perlukan rawatan semata. Tapi nak rasa tenang, selesa dan ada support system dekat dengan kita. 

Environment main peranan besar dalam proses recovery. Ada orang ok dengan GH, ada orang lebih secure kat private. Dua-dua valid. Yang penting bila sakit, tak nak pikir kos atau bayar apa-apa. Nak fokus kat heal saja. Kos biar medical card settlekan. Maka, sign up medical card awal sebenarnya lebih baik.

Apa yang dia rasa tu sebenarnya highlight satu benda penting iaitu medical card ni bukan sekadar nak ada, tapi timing pun penting. Lagi awal ambik, lagi banyak benda dah clear termasuk waiting period. 

At the same time, it’s a reminder that even with a medical card, we still need to manage our expectations. Medical card bukan instant protection from Day 1, tapi lebih kepada long-term safety net. Sesiapa yang sama macam that lady yang rasa menyesal ambil lambat, at least you all dah start. Itu jauh lebih baik daripada langsung takde.

Tahniah En Wan, masih mengekalkan spot di sini.
Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2026-04-27

15 tahun MERAJAKAN suami. Last-last...?

Sedih ya, baca thread atas ni. 15 tahun MERAJAKAN suami. Last-last...?

Aku tahu topik ni sensitif. Ada yang percaya merajakan suami tu asas perkahwinan. Aku? To be honest, aku tak pernah percaya konsep merajakan suami. Sorry, nope.

Ini bukan tentang melawan suami. Cuma dari awal lagi, aku tak nampak perkahwinan macam kasta. Suami umpama raja. Isteri, orang suruhan. 

Aku nampak marriage as partnership, bukan hierarchy.

Dalam 25 tahun kahwin dengan En Wan, benda-benda macam makan kena berhidang, suami balik kerja kena hulur air, tunggu suami makan dulu baru boleh makan, sendukkan nasi, basuhkan pinggan — semua tu tak wujud dalam culture rumah aku. Sama-sama berkerja, jadi sama-sama ambil tanggungjawab di rumah sorang sikit. Tak payah nak mengangkang sangat, ya. Sama-sama put money on the table, sama-sama penat, maka sama-sama buat kerja di rumah.

Kalau aku tak bekerja pun, aku tetap takkan merajakan suami membuta-tuli. To me, money should not determine your worth or role in a marriage. Hanya kerana seorang perempuan tak bawak masuk duit, tak bermaksud dia kena merajakan suami. Kalau kita start to measure peranan dalam marriage purely berdasarkan siapa contribute duit, itu bukan perkahwinan.

Walaupun aku tak setuju the idea of merajakan suami, that doesn’t make me any less of a wife. Aku tahu ada orang akan kata, “Merajakan suami tanda hormatkan suami”

Look. Hormat datang dari cara kita treat each other everyday. Kalau isteri buat semua tu tapi dia sebenarnya penat, terpaksa, atau rasa macam berhutang pada suami, I think tu lebih kepada compliance, bukan hormat. Aku tak pernah nak hidup dalam marriage yang berasaskan compliance.

Daripada merajakan suami, aku lebih percaya pada konsep REDHA suami. Redha yang datang dari understanding dan mutual agreement. Redha suami yang lebih kepada "suami tahu apa aku buat, dia faham kenapa aku buat and dia ok dengan cara aku". 

Contohnya semalam. En Wan balik kerja lambat, aku dah lapar. Aku makan dulu. Bila dia balik, aku panaskan lauk pastu bagitahu yang aku dah makan. Dia kata "Ok, nanti abang ambik sendiri". Tak perlu hidang, tak perlu tunggu dia makan.

Nampak macam ...whatt?? Dahlah makan tak tunggu suami, pastu biar suami makan sendiri?

Itulah namanya REDHA, dik. Suami I approved.   

Kadang tu bila time makan, tanya "Bang, dah siap masak. Nak makan sekarang tak?"

"Ok abang datang"

Dia datang ke dapur, sementara aku cedok lauk, dia ambil 2 pinggan sendukkan nasi untuk aku and dia, letak atas meja.

Pastu dia ambil 2 mug, isi siap-siap air Coway, letak kat meja.

Check mangkuk lauk ada sudu ke tak. Kalau takde, dia ambil sudu dalam laci letak dalam mangkuk lauk.

Pastu sama-sama duduk, start makan. Tak pernah lagi dia mengarah "Mana sudu lauk ni? Mana nasi ni? Mana air?"

Kalau dia buat gitu, tengoklah meja makan tu aku terbalikkan.

Bunyinya macam biadap kat suami, kan? The thing is, kau jangan mulakan. Itu kuncinya. Sebab once kau normalize semua benda kena disuap, kena disediakan, kena dilayan, kau (isteri) sendiri yang create expectation tu. 

Expectation ni tak datang sekali dua. It builds up over time, day by day, through the small things. Hari ni kau hidangkan. Esok kau sendukkan. Lusa kau letak mangkuk basuh tangan. Pastu hari seterusnya kau dah terpaksa buat walaupun penat.

Lama-lama, benda yang asalnya pilihan dah jadi kewajipan. One day bila kau tak buat, terus nampak macam kurang ajar. Padahal kau cuma stop buat something yang sebenarnya tak wajib pun dari awal. Itu sebab aku kata, jangan mulakan kalau kau tak mampu sustain. Apa yang aku practice dalam marriage aku bukannya biadap. Aku cuma establish boundary dari awal. Dan En Wan REDHA dengan cara ni.

Dalam rumah ni, kita dua-dua adalah orang dewasa yang boleh urus diri sendiri. Aku tak treat En Wan aku macam raja. Tapi aku juga tak treat dia macam budak. Dia tahu ambil makanan, dia tahu ambil air, dia tahu cari sudu. Itu basic life skill, bukan privilege. Aku tak nak start buat something yang tak perlu pun. Hormat dan menghambakan diri tu benda yang berbeza, ya.

Aku bukan kata tak boleh layan suami langsung. Ada hari nak masak beria-ia, aku masak special. Ada hari rajin, lemari dia aku kemaskan. Time saka menggosok aku sampai, T Shirt bodo dia pun aku gosok. Itu namanya choice. Aku buat bila nak, bukan sebab terpaksa. En Wan pun tak expect benda tu sebagai standard. Bila aku buat, dia appreciate. Bila aku tak buat, dia faham.

Logiknya gini. Kalau dua-dua boleh urus diri sendiri, kenapa nak create situasi di mana sorang jadi dependent, sorang lagi terbeban? 

Marriage sepatutnya memudahkan hidup, bukan menambah beban yang tak perlu. Yang paling penting, bila kau tak train your partner untuk expect dilayan, kau sebenarnya train dia untuk respect kau as partner, bukan sebagai orang yang tugasnya melayan. You don’t need to lose yourself to show respect. It’s about treating each other with maturity and logic.

Maaf cakap, ya. Ramai perempuan nak perform role yang nampak baik di mata orang. Nak buat segala-galanya sampai dia tak sedar dia yang menghambakan diri. Bila suami cari lain, the cerita tu twist kepada suami merajakan diri. 

Ye ke suami yang merajakan diri? 
Atau sebenarnya dari awal lagi, isteri yang letakkan dia di tempat tu?

Bila terlalu sibuk nak jadi isteri perfect, you tend to overgive. Buat lebih dari yang perlu. Tak diminta pun kau sediakan semua. Lama-lama, itu jadi baseline. 

Manusia akan adapt dengan apa yang dia dapat. Kalau dari awal semua benda dah tersedia, semua benda dah disuap, kenapa dia nak question? Lepas tu bila relationship ada masalah, kita kata suami dah berubah. Maybe yes, ada kes macam tu. But in a lot of situations, right from the start, what expectations did we actually set? Did we teach them to respect us, or did we teach them to expect things from us?

Tak, aku tak kata kau tak boleh buat melayan suami. Cuma kau faham tak my point?

It’s about awareness.

Because overgiving doesn’t always come from a bad place. Selalunya overgiving datang dari rasa caring, nak ambil berat and the intention to make things easier for him. Last-last dia jadi seronok dan rasa itu kewajiban kau. Bila jadi hal, dia can always cakap "Aku tak suruh kau buat pun? Kau yang nak buat. Kenapa nak ungkit?" Sakit hati dengar, kan? But maybe he was right.

Kefahaman aku tentang marriage bukan siapa serve siapa. Tapi macam mana dua orang manusia berlainan upbringing manage untuk hidup bersama. Takde “ini kerja perempuan, itu kerja lelaki”. Takde. Not in my marriage. Semuanya kita adjust ikut keadaan, ikut kemampuan. Tak perlu expectation yang tak realistik.

25 tahun aku and En Wan operate guna sistem ni, tak menjadikan dia kurang “lelaki” dan tak menjadikan aku kurang “isteri”. In fact, I think that’s more mature. Sebab kita operate based on reality, bukan budaya lama yang tak lagi sesuai dengan kehidupan sekarang. 

Merajakan suami ni budaya zaman dulu, zaman Pak Malau. Dulu struktur hidup berbeza. Role lelaki dan perempuan lebih rigid, pilihan pun tak banyak and survival pun bergantung pada sistem yang sangat hierarchical. Jadi cara orang dulu bina rumahtangga pun ikut konteks zaman tu.

Now konteks hidup dah berubah. Perempuan dah educated, ada kerjaya. Tapi kita masih nak follow skrip lama yang tak relevan dengan zaman sekarang. Itu yang jadi masalah. Sebab bila culture dah tak align dengan realiti, ia akan jadi beban. 

Aku tahu ada orang rasa cara aku ni too modern atau tak ikut kebiasaan orang melayu. Tapi bagi aku, kebiasaan yang baik adalah kebiasaan yang masih relevan dan tak membebankan mana-mana pihak. Kalau kebiasaan tu buatkan satu pihak asyik kena sacrifice, we need to start questioning things. Sebab bukan semua yang lama tu salah. Tapi bukan semua yang lama tu betul untuk semua orang.

Aku bukan menolak hormatkan suami, tapi menolak IMBALANCE. Kalau anyone tetap pilih untuk merajakan suami dan bahagia dengan cara tu, silakan. Hak masing-masing.


2026-04-26

Cepat atau lambat, anak akan berdepan dengan penilaian orang lain. Bezanya timing.



Sedih tengok video atas ni. Boleh rasa apa yang anak tu rasa dan ayahnya rasa. Hanya yang pernah lalui dua-dua keadaan ni saja tahu camana rasanya.

Kadang-kadang kita as parents dah bersedia macam-macam untuk membesarkan anak. Dengan sakit peningnya, dengan tantrumnya, dengan picky eaternya, dengan pelajaran, dengan kawan-kawan, etc. Kita rasa kita dah cuba protect dia, bagi yang terbaik. Nak bagi dia rasa semua yang selesa. Tapi bila anak cakap "Kawan saya cakap saya buruk", masa tu baru kita sedar, sebenarnya kita tak pernah betul-betul bersedia.

Benda ni aku tak pernah faham. Kenapa ada orang suka perlekehkan rupa paras orang lain. Dari zaman aku kecik, membawak ke zaman anak aku pulak. 

Aku dulu apa je yang orang tak kata. Complete dengan kulit hitam, muka berkerak, kereta bapak aku buruk, basikal buruk, baju buruk - EVERYTHING. Tapi satu je yang aku tak pernah dihina - takde orang pernah ejek aku "bodoh". Sebab itulah agaknya satu-satunya hal yang orang-orang kuat mengejek ni kalah dengan aku. 

Sebab orang yang suka ejek ni, dia tak cari truth. Dia cari kelemahan yang paling mudah nampak, dan paling mudah dia nak menang. Looks, pakaian, latar belakang - semua ni low-hanging fruit. Senang target, senang nak buat orang kecik hati. Tak penting pun benda-benda ni, tapi tu je yang dia mampu serang.

Orang macam ni selalunya takde apa yang real untuk dibanggakan. Jadi dia perlukan orang lain nampak lebih rendah so that dia rasa lebih tinggi. Itu je cara dia regulate ego. That's why dia tak berani sentuh things like kepandaian, pemikiran and keupayaan. Sebab kat situ dia tak boleh lawan. Dia tahu kalau masuk bab tu, awal-awal dia out. So they went for the easy option. Going after what’s obvious, not what’s valuable.

Zaman sekarang pun sama, bezanya platform je. Ramai orang DEWASA masih guna cara yang sama, cuma sekarang buatnya kat online. Nampak Hamba Allah tu ada influence sikit, dia akan cuba cari salah. Dia akan always pick apart. Rupa, gaya, cara bercakap, apa je yang boleh dijadikan bahan nak mengutuk.

Kenapa?

Sebab influence orang tu trigger something dalam diri dia. Dia rasa threatened. Rasa “Kenapa dia boleh, aku tak?” But instead of improve diri sendiri, dia pilih untuk cuba jatuhkan orang tu. 

The thing is, orang yang betul-betul ada value takkan sibuk attack orang lain yang berjaya. Dia akan belajar, observe, atau diam. Yang bising-bising ni biasanya argument sangat weak. Tapi tetap nak bercakap juga sebab itu je cara untuk dia rasa relevan.

Macam dalam video tadi. Si anak kena ejek. Being dark is seen as a bad thing. Dark equals to ugly (the way people think). 

Aku besar-besar ni dah tak jadi apa kau nak mengutuk penampilan aku. Aku hitam? I don't care. Aku buruk? I don't care. Gasak kau sebab yang merentan tu kau, bukan aku. But when it comes to a child, especially yang masih dalam fasa membina identiti diri, that statement akan melekat lama dalam kepala dia. Sebab that statement datang pada waktu yang sangat fragile.

Ini pengalaman aku sendiri.

Dari kecil, zaman sekolah rendah, orang dah ejek aku. Hitam. Muka buruk. Hitam. Muka buruk. Hitam. Muka buruk. 

That statement terpasak dalam kepala sampai aku takde rasa ada keperluan nak bercantik-cantik because aku percaya aku takkan jadi cantik dan takkan jadi putih. Dah masuk matrik, aku masih takde bedak muka, krim muka, deodoran. Takde. 

Aku nampak kawan-kawan kat sana bersiap pakai toner, pakai moisturiser, pakai cologne. Lama-lama aku terikut nak membeli. Masa tu ada duit MARA, dapatlah beli. Itu pun rasa segan-segan masa nak bayar. Berasa macam orang kaunter tu akan gelakkan aku bila aku beli skincare. That’s how deep this “dark means ugly” mindset runs.

Budak-budak tak lahir dengan konsep “aku tak cukup cantik”. Everything is picked up along the way through words people say or through what people keeps repeating. Jadi bila someone boleh dengan selamba cakap “Kau hitam, buruk”, it’s not just about a kid’s behavior. It points to something bigger. Apa yang dia dengar, apa yang dia nampak, apa yang diajar. Samada secara langsung atau tak.

Budak tak bangun pagi terus decide nak hina orang. Dia pick up dari environment. Dari cara mak bapak bercakap tentang orang lain. Dari lawak-lawak yang normalize ejek rupa orang. Dari orang dewasa yang casually comment pasal kulit, berat badan, muka orang as if itu benda biasa. Kalau dalam rumah sendiri dah biasa dengar, “Jangan main panas, nanti hitam!” atau “Putih baru cantik”,  jangan terkejut bila anak kau ulang benda yang sama kat luar.

One thing yang aku suka dengan budak dalam video tu, bila dia bagitahu her father apa yang dia lalui. Itu menunjukkan, rumah dia, parents dia adalah tempat paling selamat. 

Bila seorang anak mengadu kat parents orang ejek dia hitam, bermakna itu something yang dia tak familiar because didikannya kat rumah tak macam tu. Dia tak normalize benda tu. Dia tahu apa yang orang cakap tu salah, sebab di rumah dia tak pernah diajar menilai manusia based on rupa. A well-raised child will still get insulted but they will know it’s not true.

Redza masa sekolah pernah gemuk. Masuk Langkawi, one day dia call bagitahu orang tak nak kawan sebab dia gemuk. Memang gemuk pun masa tu cuma aku pun tak expectlah sampai dia dipinggirkan. Tapi aku tak rasalah dia dipinggirkan. Pada aku masing-masing masih dalam proses nak kenal-kenal. Dia pulak pendiam, jadi orang pun maybe tak notice kewujudan dia.

Just macam bapak dalam video tu comfortkan anak, macam tu lah aku buat. Aku comfortkan Redza. Aku bagitahu dia tidaklah gemuk mana, maybe besar sikit je dari kawan-kawan lain. Plus, dia belum tinggi, jadi mudah nampak gemuk.

Pastu aku cakap "Sekolah Redza tu tempat budak pandai-pandai. Orang pandai-pandai ni suka berkawan dengan orang pandai juga, regardless gemuk atau tak. So, be pandai".

As parents, kita tersepit tengah-tengah. Kita nak protect anak kita, but at the same time we know the world will never stop testing them. Kita nak marah, tapi kita tahu budak yang bercakap tu pun mungkin hanya ulang apa yang dia dengar. Kita nak bagi jawapan yang perfect, tak reti. Jadi kita improvise. Kita wing it. Kita jawab ikut logik yang ada masa tu. 

Just like bapak budak tu tak dismiss perasaan anak, dia acknowledge dulu, “That’s not nice”

Itulah yang aku buat dengan Redza. It matters a lot sebab validation comes first in psychology. Once anak feels their feelings are valid, they will be more open to what you say next. Kalau kita terus cakap “Alah benda kecik je”, mesej yang sampai pada si anak is, "Your feelings are not important". Anak akan pendam, which is worse.

Kalau kita tengok dari sudut logik pun, mengejek rupa orang is something yang tak masuk akal. Sebab color kulit is hasil genetik. Takde siapa pilih nak jadi hitam atau putih. Sama macam tinggi, rupa, rambut. Benda yang tak boleh diubah. 

Budak kecil maybe tak faham semua tu, tapi dia absorb. Dia dengar orang besar puji “Cantiknya baby ni, kulit putih”. Pastu dia tengok iklan yang promote kulit putih as ideal. Pastu dia dengar gurauan-gurauan yang normalise ejek color kulit. Semua tu dia absorb and eventually spills out as things that hurt others.

You don’t build self-esteem once and it stays forever. Itu kena build dengan konsisten thru pengalaman and thru how the people around us treat and respond to us. Kalau everytime anak mengadu pastu kita mintak dia jangan dengar sangat apa orang kata, lama-lama dia akan percaya apa orang luar cakap lebih daripada apa kita cakap. 

Maybe kita rasa kita tak bagi jawapan yang perfect. Kita rasa kita hanya improvise, tak pasti jawapan kita tu betul atau tak. But actually, anak tak perlukan jawapan yang perfect. Dia perlu mak bapak present. Cukup.

Memang sedih bila benda macam ni datang awal. Tapi cepat atau lambat, anak akan berdepan dengan penilaian orang lain. Bezanya timing. Ada yang kena masa sekolah rendah, ada yang masa menengah, ada yang masa dah besar. 

Aku kena sangat awal. Tapi mak-mak Asia gen boomers pantang anak-anak mengadu benda-benda macam ni. Kalau mengadu benda-benda macam ni jawabnya "Alah, jauh dari perut. Tak mati pun!"

Kalau mak aku pulak "Dah tahu muka tak cantik, belajar kena pandai!"

Which statement Mak Aji tu valid in the sense that it pushes resilience and self-improvement. Tapi at the same time, it doesn’t really address what I actually feel in that moment. Because anak yang kena ejek tak perlukan solution. Dia perlukan validation dulu that apa yang dia rasa tu it’s ok to feel hurt.

Tapi idoklah bermakna asal anak kau mengadu je kau kena bersabar dan bertenang. Balance tu penting. Healthy parenting bukan kena cool sampai semua benda dibiar. Tapi dalam masa yang sama, jangan menrentan and overreact. Sebab kalau setiap kali anak mengadu kita nak merentan, anak takkn belajar regulate diri dia sendiri. 

The most important thing is finding that middle ground. Kau acknowledge, kau validate, tapi kau ajar dia "Your feelings are valid, but you can also handle this".

2026-04-25

Medical Card: Agen makan gaji buta?


Semalam aku baca satu komen kat Thread. Seorang client cakap "Agen makan komisyen buta-buta. Dah la tak pernah tanya khabar. Planner pun tak pernah dapat"

Then sorang agen balas post dia. Tak surelah agen company mana. Dia reply "Agen tak wajib pun bagi gift. Tanya khabar pun tak wajib. Yang wajib is buat servis bila client nak guna medical card"

Aku tanya En Wan, betul ke apa orang tu cakap.

Surprisingly En Wan kata, ya betul. 

Memang betul agen tak wajib pun bagi payung, bagi planner, bagi tabung, bagi mug. Hantar hamper and gift kat hospital waktu client sakit pun tak wajib. Tapi bak kata En Wan, apa salahnya buat servicing. Tanyalah khabar, wish birthday, wish selamat hari raya, bagi planner, kalau client sakit pi ziarah. Tak dapat ziarah, hantar buah tangan.

Baru-baru ni aku dengar En Wan punya talk kat Kuantan. Dalam talk tu dia kata agen is a businessman. Sebagai businessman, kena allocate budget untuk marketing/servicing. 20% dari pendapatan mesti asingkan untuk marketing/servicing, jangan masuk poket semua. 

20% inilah buat beli planner, buat beli gift, buat beli hamper untuk bagi kat customer. Macam En Wan, 20% tu jugaklah dia buat Client Appreciation Day (Open House) setiap tahun untuk client.

En Wan pernah bagitahu aku, sebenarnya ramai agen tak nak jual medical card. Ramai agen nak jual hibah je. Sebab menjual medical card ni banyak kerjanya. 

Setiap kali client sakit, agen kena uruskan. Itu baru sakit. Belum lagi bab nak uruskan claim. Kalau claim tu ada dispute, banyak lagi kerja kena buat. Kena collect report dari hospital, kena mintak doktor jawab form, kena bawak client buat test, etc. Dan semua tu pakai duit, pakai masa dan tenaga.

Tanyalah En Wan, sometimes menunggu kat hospital setengah hari. Memang buang masa. Lebih baik jual hibah, takyah servicing. Tunggu client mati je baru buat kerja. Tapi tu lah, sebenarnya medical card-lah produk sebenar takaful. Kita ambil takaful main reasonnya adalah untuk medical card. Walaupun prosesnya rumit, some agen masih mahu jual medical card. Puas dapat servicing client.

En Wan salah sorang yang suka buat medical card. Dia kata jual medical card ni buatkan dia belajar banyak benda. Dari perangai client, sakit client, berurusan dengan customer service, medical underwriter, sampai ke staff medical report department pun boleh cam muka En Wan.

Kadang-kadang prospek nak buat medical card, tapi dah banyak medical history. Agen kena dapatkan medical report dari semua hospital yang prospek pernah buat rawatan. Satu medical report sometimes RM150. Prospek tak nak keluarkan duit, tapi nak apply medical card. Medical underwriter perlukan medical report untuk luluskan medical card application. Bila prospek tak nak keluar duit, abis camno? Kalau agen tu nak close deal, terpaksalah agen keluarkan duit. Padahal belum tentu lagi jadi client.

Kalau aku sorry. Kau nak protection, kau kenalah keluar duit untuk underwriter investigate sejarah kesihatan kau. Aku awal-awal dah pesan kat En Wan, jenis prospek gini, jangan jadikan client. Ini early sign culas bayar caruman. Serabut kepala kau nak handle esok.

Ni aku cakap based on facts, ya. Mana-mana bisnes, kalau kau dapat customer yang berkira dari awal, tak nak invest walaupun untuk diri sendiri, banyak alasan and expect everything free, usually akan jadi payment lambat, banyak komplen, susah cooperate dan menambahkan stress. Ini bukan judgement. Ini pattern.

Dalam bisnes, kita belajar kenal cara seseorang buat small decision mencerminkan cara dia handle benda besar. Kalau benda kecil pun dia buat teruk, suka bertangguh, buat ala kadar, maka jangan terkejut bila benda besar pun dia buat dengan mindset yang sama. Sebab habit tak pernah berubah. 

Orang yang jaga small detail, biasanya bila pegang tanggungjawab besar dia lebih teliti, lebih accountable, dan lebih boleh diharap. Tapi orang yang selalu bagi alasan untuk benda kecik, sebenarnya dia tengah training diri dia untuk gagal bila pegang benda besar.

Dalam berurusan dengan manusia, kita bukan tengok siapa paling pandai bercakap. Kita tengok siapa yang konsisten buat benda kecil dengan betul. Jenis yang hari ni bagi alasan lewat 5 minit, esok alasan tak siap kerja, lusa alasan salah faham arahan, tak payahlah kau berharap apa-apa. Larikan diri awal-awal lagi bagus. Sebab jenis macam tu dia dah biasa justify benda silap/salah. Mindset dia dah set untuk membagi alasan sokmo.

Kerjaya agen takaful ni ramai orang nampak surface je, tapi tak nampak belakang tabir. Ramai ingat kerja agen senang. Jumpa client, sign, lepas tu duduk goyang kaki, tunggu komisyen masuk. Realitinya? Jauh beza. 

Aku tak tahulah agen lain camana cara kerjanya, tapi En Wan aku nampak macamana dia kerja, macamana dia jaga client. Jadi aku tahu jadi agen takaful sangat sibuk.

Industri takaful memang tapis orang. Bukan semua orang boleh survive lama. Ramai masuk, tapi ramai juga keluar. Kenapa? Sebab agen takaful bukan sekadar jual produk. Ini sebenarnya bisnes relationship jangka panjang.

Ramai suka guna ayat “agen makan komisyen buta-buta”. Tapi cuba fikir logik. Komisyen tu datang daripada apa?

Dari servis.
Dari tanggungjawab.
Dari risiko yang agen ambil.

Bila seorang agen close deal, dia bukan sekadar jual satu polisi. Dia sebenarnya sign up untuk jadi first contact bila client sakit. Dia jadi orang tengah dengan hospital dan syarikat insurans. Dia jadi tempat client mengadu bila claim reject. Dia jadi orang yang kena explain benda yang client tak baca. Itu semua bukan kerja sekali. Itu kerja bertahun-tahun.

Dan dalam banyak keadaan agenlah tempat client hamburkan segala marah bila client sendiri buat silap. Nak mengaku salah sendiri malu, jadi salahkan agen. 

En Wan pernah beberapa kali dapat client gini. Jenis client yang bila jatuh sakit tak contact agen, main pandai-pandai buat sendiri. Tak discuss dulu dengan agen apa yang do's and dont's bila jumpa doktor.

Bila GL kena reject, merentan. Padahal GL kena reject berpunca dari diagnosis doktor. Bukan salah agen dan bukan salah company. Kau kena tengok apa doktor tulis kat permohonan untuk dapatkan GL. Sebab itu penting untuk contact agen terlebih dahulu sebelum ke hospital. Agen akan advise.

Tak payah takut kacau agen tido ke apa ke. Call je. Client-client En Wan kalau sakit pukul 2 pagi, pukul 2 pagilah dia call. En Wan akan angkat punya. Sebab tu penting ambil takaful yang ada agen. Kalau agen kau dah meruyup, pastikan tahu siapa take over polisi kau.

Bukan apa, sesetengah client tak realised yang sakit dia tu under waiting period lagi. Ini pun boleh menyebabkan GL tak lulus. Jangan merentan salahkan agen. Kau yang tak consult agen siapa suruh? Kat Thread ramai jumpa client merentan gini. Balik-balik argument dia "Bayar tiap-tiap bulan tapi GL tak lulus". 

Tapi dia tak cerita tak lulus sebab apa. Kau tanyalah doktor kau tulis apa. Medical underwriter buat decision based on apa doktor tulis. Bukannya medical underwriter and agen ada sebelah kau masa doktor diagnose. Pastu ugut-ugut nak terminate polisi. Kalau aku jadi agen, aku sound tegak je "SILAKAN TERMINATE. IT'S YOUR LOSS, NOT MINE!"

Tu pasal aku takleh jadi agen. Agen hanya orang-orang yang sabar je. Yang darah Laksaman Bentan cam aku ni jangan.

Handle difficult client adalah salah satu servicing yang orang tak nampak. Handle client yang suka marah-marah. Yang tak nak bayar medical report sendiri. Yang setiap bulan nak diingatkan bayar caruman. Ini semua servicing, ya. Bukan agen tak buat kerja.

Yang orang nampak agen ni kerjanya sign form and ambil komisyen. Yang orang tak nampak, agen call hospital tanya status GL (Guarantee Letter). Agen call customer service company mintak expedite approval GL. Agen follow up claim yang sangkut. Agen explain benefit berulang kali. Agen handle client panic tengah malam. Agen tunggu berjam-jam kat hospital.

Dan yang paling penting, mental load. Bila client sakit, dorang bukan dalam keadaan rasional. Takut, stress, confuse, penat, marah. Waktu ni agen kena jadi problem solver. Ini semua orang tak nampak.

Takaful sebenarnya is a business relationship. Trust business. Bukan produk semata. Produk semua company lebih kurang je. Yang membezakan cuma siapa handle kau.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)   


2026-04-24

Ya, boleh nak stay dengan syarat laki kau KAYA.


Baru-baru ni viral video isteri mengandung kantoikan suami yang tengah berdating dengan sorang perempuan. 2 kali kantoi on the same day katanya. Mula-mula kat mall. Pastu malam tu pulak si suami tengah makan dengan girlfren, kantoi again. Habis direntapnya tudung perempuan tu, diterbalikkan makanan sekali.

Tapi semalam aku baca si isteri buat post yang dia dah berbaik dengan suami demi anak yang baru lahir. Kahkahkah. Bukan gelakkan perempuan tu, tapi gelakkan kita semua sebab macam kena kencing.

Benda ni sebenarnya expected. Selalunya gitulah. Banyak kisah-kisah perempuan, tak kisahlah status isteri, tunang atau girlfren. Yang namanya kalau perempuan macam ni, dah disakiti berkali-kali, masih lagi kembali atau stay dengan lelaki yang sama. Sumpah aku tak faham macamana kau boleh stay sedangkan dah tahu si lelaki pernah buat hal.

Masih sama ke cara kau melayan dia selepas kejadian tu?
Masih sama ke rasa cinta dan sayang?

Like, demi anak-anak2?

Ya, boleh nak stay dengan syarat laki kau KAYA. Ada gak strong reason untuk stay walau emosi dah rabak. Itu barulah betul stay demi anak-anak sebab bapaknya kaya. Masalahnya yang stay ni kebanyakannya bersuamikan lelaki sengkek. What the..?

Kita yang kat luar tengok macam tak masuk akal dah berjaya kantoikan suami berdating, tup-tup kembali bersama. Kantoi bukan sekali pulak tu, tapi dua kali. Logik kita akan terfikir, kenapa masih stay?

Aku jawabkan.

Yang pertama, sebab bodoh.

Yang kedua, the situation sebenarnya jauh lebih kompleks. Because ini bukan lagi tentang cinta tapi psikologi and survival.

Aku cuba explain dari perspektif yang lebih realistik.

Mula-mula sekali, kena faham yang takde perempuan yang akan stay dengan lelaki tu kalau dia masuk-masuk relationship terus kena curang atau terus kena tipu. Kalau dari awal dah kena gini usually dia angkat kaki, jalan. No turning back.

Otak manusia simpan pengalaman pertama as baseline. Jadi bila relationship start bermasalah, that perempuan start to compare dengan versi lelaki yang dulunya baik, yang sayang dia, yang sweet, yang pernah buat dia rasa special. And that’s where the problem starts.

Perempuan tu sebenarnya tak sedar dia sebenarnya bukan sayangkan lagi that lelaki tetapi dia sayangkan KENANGAN dorang bersama. Kenangan tu yang trap perempuan ni untuk stay. Otak dia replay memori lama untuk justify realiti sekarang. 

That's why dalam kes isteri yang berbaik dengan suami tu, her memory buatkan dia nampak si suami bukanlah lelaki yang jahat sepenuhnya. Dia nampak si suami sebagai “lelaki baik yang tersilap langkah”. Otak dia somehow akan cari justification.

Macam aku dululah. Bodoh. Dah kena hentak pun masih lagi justify.

"Dia tak perfect, aku pun tak"
"Dia stress kot”
“Dia tak maksudkan pun”
“Maybe itu tanda dia sangat sayangkan aku”


Alahai benaknya si Diana boleh justify sampai macam tu. 

Nasib baiklah aku punya benak tak lama. Berjaya juga aku sedarkan diri aku dari terus berhalusinasi.

Like I said, aku dulu pun memikirkan kenangan. Kenangan awal-awal bercintalah tu yang buat aku trap lama. Padahal selepas 6 bulan bercouple dah tak rasa best. Dah tak nak continue. Dah rimas dengan perangai dia. Tapi aku masih menjustify dek kerana kenangan tu.

Aku cakap well, maybe aku yang tak biasa dengan semua ni. Sebab aku dah biasa bebas, tak pernah bercinta, jadi mungkin aku yang overreact. Maka aku pujuk diri untuk stay. Bagi peluang pada diri sendiri untuk adapt dengan perubahan ni. Inilah sebenarnya kesilapan aku yang buat aku ter-trap hampir 2 tahun.

Itu sebenarnya cara otak protect emosi kita sendiri. Sebab kalau kita terima hakikat sepenuhnya lelaki yang kita sayang tu curang, that will end up breaking the whole identity of the relationship. And manusia naturally akan mengelak rasa sakit. Cara kita mengelak sakit hati tu adalah dengan justify berdasarkan kenangan lama.

Yang dah berkahwin pulak, imagine dia dah invest bertahun-tahun. Invest masa, tenaga, emosi. Dah ada anak. Dah bina hidup bersama bertahun-tahun. When something has been built over a long time, otak kita finds it hard to just cut losses. Kita akan terfikir "Aku dah bagi banyak. Takkan nak buang macam tu je?”

“Aku dah sampai tahap ni, sayanglah kalau lepaskan”

“Mungkin dia boleh berubah”

"Malas nak start all over again dengan orang lain. Stay je lah"


Walaupun secara logik, the past should not decide the future tapi secara emosi, manusia memang susah nak detach dari apa yang dia dah invest. Couple yang dalam lama bersama, especially yang dah kawen, otak dorang akan develop emotional dependency. Dah bukan lagi “I love him/her,” it’s more like “I need them to feel stable”

Ni macam addiction. Bila relationship tu ada cycle, kejap ok, kejap gaduh, kejap ok balik, otak jadi terbiasa dengan that rollercoaster tu. Setiap kali si lelaki buat salah, kemudian mintak maaf, pastu baik balik, perempuan often feel a strong sense of relief. 

Dan ironically, relief tu buat dia lagi attached. Lama-lama jadi trauma bonding. Lagi rabak emosi, lebih kuat ikatan. Lagi teruk dramanya, lebih susah nak lepas.

Kita yang tengok rasa “Kenapa tak tinggalkan je?”

Tapi dari perspektif dia, dia bukannya takleh hidup tanpa si suami, cuma otak dia dah wired untuk rasa begitu. Dia perlukan satu BIG WHY untuk dia betul-betul berani keluar.

Aku dulu gitulah. Padahal hati ni dah menyampah, tapi otak aku masihlah nak cuba jadi rasional lah konon. Cuba untuk memahami. Bila datang rasa nekad nak keluar dari relationship, mulalah otak aku cakap “Are you sure? Maybe he is not that bad. Maybe you should just try a bit longer…” Terussss tak jadi nak break.

The cycle tu continue again and again sampailah aku jumpa "mangsa" untuk aku jadikan reason keluar dari relationship ni. Mangsa itulah yang jadi roommate aku selama 25 tahun ni.

Tapi ada satu lagi pendorong yang buatkan aku always rasa ada keberanian untuk keluar dari relationship tu. Sebab tu dulu aku kejap-kejap ada rasa nak tinggalkan dia. Some women takde perasaan ni tau. Dia lansung tak terpikir nak keluar dari relationship tu, dia hanya pikir cara nak stay. Aku tak. Rasa nak lari tu sentiasa cuma konflik dengan otak aku yang always nak menjustify.

Tau tak apa pendorongnya?

PAK AJI.

Some women look strong on the outside, tapi kat dalam ada trauma yang mempengaruhi cara dia berfikir, cara bertindak dan cara adapt dengan masalah. Dan trauma ini selalunya dari family dan pengalaman lepas.

Pak Aji adalah father figure yang baik. Dengan penyabarnya yang aku tak tahulah tahap apa punya sabar. Beristerikan Mak Aji yang....haihhhh. I kenot explain. Ceritanya sabar yang bukan calang-calanglah kawen dengan mak aku ni. Tak pernah aku dengar dia marah atau tinggi suara. 

Dan Pak Aji suka bergurau. Everyday buat kelakar. Dengan anak-anak rapat. Aku sampai sekarang boleh tido baring sebelah bapak aku. Ada orang kata anak bila dah jadi anak dara janganlah tido sebelah bapak lagi.

Aku adik-beradik tak macam tu. Sebab kitorang membesar dengan kehadiran satu sosok lelaki yang bagi kitorang love, care and protection. So bila aku dah terbiasa dengan treatment macam tu, aku cepat sense something is not right bila dengan si anu. 6 bulan pertama aku dah rasa I don't think we can make it. Ada benda yang buat aku tak selesa. 

Cuma aku ni pulak empati tinggi. Maybe sebab aku anak sulung. Dah biasa mengalah, dah biasa memberi, dah biasa selesa dengan apa yang ada. Jadi ada konflik sikit kat situ. Hati aku meronta nak run from him, tapi otak aku cuba untuk rasional.

That's why pentingnya father figure bagi anak-anak perempuan. If you are used to a certain standard of living, values and mindset, that becomes your baseline. Kalau bapak kau tak pernah meninggi suara kat isterinya, caring and loving, kau tak boleh accept lelaki yang tak bagi the same treatment. Apetah lagi lelaki yang bagi bad treatment. Somehow kau akan cari jalan untuk keluar dari relationship. Staying is not really an option for you.

Ada some perempuan bila pasangan buat hal, instead of marah lelaki tu sepenuhnya, dia akan internalize “Maybe aku tak cukup cantik” or “Maybe aku kurang bagi dia perhatian"

Macam si isteri tadilah. Kau dah kantoikan laki kau, kau dah mengamuk siap tarik-tarik tudung, pastu kau terima balik suami. Kejadahnya?

Maybe itulah. Dia internalize “maybe aku kurang bagi perhatian" agaknya. Dia merasa dialah punca suami buat perangai. 

Entahlah. Aku pulak jenis tak boleh accept benda-benda macam ni. Sebab aku tak rasa aku boleh perform as isteri kalau aku terima dia balik. Rasa tu dah lain. Rasa hormat pun dah hilang. Dan maybe aku akan ungkit benda ni sampai bila-bila everytime ada salah faham nanti. Lebih baik aku tinggalkan terus.

Aku bukan nak ajar isteri jadi biadap, tapi kena tahu limitnya di mana. Kau kena tahu sampai mana kau boleh accept. Sebab kalau kau tak tahu limit, kau akan tolerate lebih banyak daripada yang sepatutnya. Ini yang buat ramai perempuan stay walaupun dah berkali-kali disakiti. Not because they don’t see salah lelaki, but because they don’t see their own worth.

Yang guna alasan “demi masa depan anak-anak” pun aku letih. Masalahnya laki dia tak kaya pun aku tengok. Nak stay buat apa? Kau rasa lelaki kalau tak berduit ni boleh bagi persekitaran yang bagus untuk anak-anak ke? Tambah complicated lagi ada.

Bukanlah kata lelaki tu kena kaya, tapi biarlah berduit. Berbaloilah stay demi anak-anak sebab bapaknya boleh menanggung. Kalau kau kena 50-50, ditambah dengan perangai laki kau hauk, blah je lah.

Ada perempuan takut untuk start semula. Aku faham jadi single mother tak mudah. Dengan stigma masyarakat lagi. Takut kewangan tak stabil. Takut alone and lonely. But staying in something that keeps breaking you is not safety either. Itu cuma rasa sakit yang dah jadi biasa.

Jadi ibu tunggal memang tak mudah. Stigma masyarakat, masalah duit, rasa sunyi - semua ni perasaan yang valid. But so is waking up every day feeling emotionally drained. Takut akan sentiasa ada walau kau pilih mana-mana sekalipun. 

The question is, which struggle is temporary, and which one is destroying you long-term? Sebab sometimes, apa yang kita panggil “bertahan demi anak” is actually just delaying the life you deserve.

I tell you, perempuan. Kalau dalam keadaan tu kau pilih untuk stay, sebenarnya kau bukan nak lelaki tu sangat. Tapi kau tak nak rasa sunyi. Sebab bila dah biasa ada pasangan, the idea of living alone feels scary. Especially kalau hidup kau selama ni banyak revolve around that relationship. Jadi walaupun relationship tu menyakitkan, it still feels more familiar than the unknown. Manusia tend to pilih apa yang dia familiar, walaupun menyakitkan, daripada sesuatu yang tak pasti. Begitulah.

Cuma aku masih lagi berpandangan, kalau pilih untuk stay, biarlah berbaloi. Biarlah ada something yang boleh di-gain dari situ. Janganlah berkorban perasaan, jiwa raga dan masa depan sekaligus. Toksahlah banyak tengok drama melayu. Asyik nak berkorban je kerjanya. Tak payah!

Stay kalau kau boleh gain something demi anak-anak, demi masa depan. Contohnya laki kau kaya. Kalau dia boleh provide segalanya, why not. Kau kata nak stay demi anak-anak, kan? Ok stay. Biarlah emosi rabak janji masa depan anak terjamin. At least berbaloilah stay. Ini tak. Stay padahal kena 50-50. Please jangan buat decision yang tak logik, ya.

Jangan stay sebab HARAPAN.

Harapan ni bahaya. Selagi ada harapan “dia akan berubah”, selagi tu kau akan terus stay. Walaupun bukti depan mata dah berkali-kali tunjuk perangai si suami.


2026-04-23

The Dark Side of Chinese Entertainment Industry.


The Dark Side of Chinese Entertainment Industry.

Gitu tajuknya aku bagi. Stok-stok entertainment blogger.

Mula-mula nak cakap pasal geng-geng ALICE (fans Dilreba) yang tak memasal merentan lepas video Johnny and Wang Yuwen "dating" berdua went viral hari tu. 

Tak sampai 24 jam video tu viral, dua-dua agency, dari pihak Huang Jingyu Studio and Yuwen punya agency keluarkan statement dorang berdua tak bercinta, hanya keluar makan-makan selepas makan dengan kawan-kawan yang lain. It so happened, hanya dorang berdua kelihatan masuk hotel sama-sama, itu pun sebenarnya dorang sambung melepas kat bar, bukan check in.

Right after official statement tu, Weibo reda. Dah takde dah orang bercakap pasal tu. Tup-tup fans Dilreba merentan. Dorang cakap apesal masa Johnny digossipkan dengan Dilreba, Johnny lansung tak keluarkan sebarang statement? Lima tahun gossip berkeliaran, takde satu statement pun yang mengatakan dorang berdua tak bercouple.

Tu namanya nak cari pasal tapi IQ tahap masing-masing, 78. Memang kena tembak teruslah jawabnya.

Dia konon nak kecam Johnny. Konon Johnny sengaja tak nak keluarkan statement pasal gossip dengan Dilreba sebab nak menumpang populariti Dilreba. 

Masalahnya, Johnny and Yuwen SAMA-SAMA keluarkan statement. Dilreba kau ada keluarkan statement ke? 

Sebelum nak hencap Johny, apesal tak tanya kau punya Queen apesal dia tak pernah menidakkan gossip tu. Apesal gossip dengan Yang Yang cepat je dia sangkal? Apesal gossip dengan Gong Jun cepat je dia deny? Kenapa gossip dengan Johnny dia senyap 5 tahun? Sendiri pikirlah!

Dia ingat Johnny hadap sangat nak tumpang populariti Dilreba. Kalau Johnny tak popular ketika tu, takkanlah production pairkan dia dengan Dilreba sedangkan Johnny bukan traffic actor, Dilreba traffic actor. Baik pairkan Dilreba dengan traffic actor juga.

Baru-baru ni drama Dilreba Love Beyond the Grave kena hentam teruk dengan audience China. Opening bukan main gempak, marketing kaw-kaw. Belum tayang dah pecah rekod booking. Bila dah tayang, hampeh.

High index tak lepas.
Kuyun tak masuk chart.
Maoyan tak masuk chart.
Yunhe terus takde dalam radar.

BIG FLOP di China.
Tapi kat international bukan main lagi hype-nya. Maklumlah, traffic actor.

Gitu punya gagal pun ada hati nak mengungkit konon Johnny nak menumpang nama Queen kau. Ketika drama Queen kau menyembah bumi, drama Johnny mendonia kat carta. Pegasus 3 break box office rekod 3 KALI! Tu cara-cara tak masuk cinema Malaysia. Kalau masuk sini, konfem 30 kali aku gi tengok.

Yang benaunya fans Dilreba ni nak bukak topik lain supaya drama Love Beyond the Grave yang kena kecam tu orang lupa. Tu yang beria dia mintak penjelasan dari HJY Studio kenapa takde buat statement masa kena gossip dengan Dilreba. Eh, tak kuasa HJY Studio nak melayan kau punya request. Semua tengah sibuk seronok update story Johnny tengah shooting sekarang.

Aku kan semenjak terjebak dengan entertainment industri China, dah nampak jelas the dark side industri ni. Kat luar nampak everything perfect. Production besar, pelakon ramai hensem and cantik, visual cerita gempak, pelakon kaya-raya, storyline boleh buat kita melekat berjam-jam.

Dari historical drama sampai modern romance, semuanya nampak polished and profesional. But in reality, semua tu surface je. Under the surface penuh dark side, pressure and unfairness. Entertainment industry dorang ni bukan “entertainment” benaunya, tapi a very tightly controlled ecosystem.

Kat sana, dorang punya entertainment is not just about production atau agencies, tapi berkait dengan undang-undang negara. Imej pelakon and private life pun dalam pengawasan kerajaan. Tu pasal artis kat sana walau bercouple susah nak capture gambar berdua. Ada la terlepas 3-4 orang, tapi selalunya tutup rapat. Agensi pun tak bagi artis dorang bercinta sebab kalau artis bercinta susahlah nak buat CP atau fake relationship marketing bila drama tayang nanti. 

Tu pasal kat sana semak dengan gossip, tapi bukti takde. Tup-tup dah break. Tup-tup kawen. 

Contohnya Ren Jialun. Tahun 2023 gempar orang nampak dia berjalan dengan budak. Rupanya itu anak dia. Dah kawen tahun 2017 lagi. Kadang aku tabik gak dorang ni pandai simpan rahsia. Pihak pendaftaran kawen dorang memang jaga betul privacy pasangan yang dah berkahwin. Kalau kita, hari ni nikah, esok dah tersebar bukti. 

Kat sana actors terpaksa sorok relationship sebab kalau salah sikit je, mampus kena panggil dek kerajaan. Maksudnya kat sana, actor is not just there to be an artist, tapi kena jadi someone yang have to constantly stay within certain boundaries. 

Yang jadi payah tu sebab kat sana dorang semua duduk bawah agensi. Apa-apa hal, agensi yang keluarkan statement. Artis kat sana tak boleh suka-suka buat statemenet sebab setiap tindakan can potentially affect their career. In other words, artis kat sana tak bebas. Entertainment industry dorang takde kebebasan. 

Contohnya isu kontrak. Kontrak artis kat sana sangat sangat sangat ketat. Ada kontrak yang cecah bertahun-tahun. And dalam tempoh tu, agensi ada kawalan SEPENUHNYA ke atas artis. 

Contoh, kes Zhao Lusi. Sampai lumpuh orang tu dek kerana stress. Agensi bagi jadual kerja yang padat. Terpaksa berlakon non-stop. Buat endorsement non-stop. Tapi half of pendapatan agensi ambil.

Bab duit tu memang takleh dakwa sebab itu memang perjanjian antara artis dengan agensi yang dah dipersetujui. Agensi berhak ambil separuh pendapatan sebab agensi yang buatkan marketing, agensi yang melobi production house untuk job, agensi yang carikan brand untuk di-endorsed. 

Zhou Lusi hanyalah "pekerja". Nama je artis padahal kau makan gaji. Kontrak dorang pelbagai. Ada yang dibayar gaji tetap walaupun gaji yang production bayar and endorsement dapat tinggi. Ada yang kena split 50-50 dengan agensi. Ada yang split 70-30 dengan agensi. 

Kes Zhou Lusi tu, dia makan gaji. Pendapatan yang dia dapat dari berlakon and endorsement tak dapat kat dia, tapi agensi. Agensi berhak gunakan duit tu untuk tujuan lain. Tu pasal walau dia fight, susah nak menang sebab kontrak dia adalah makan gaji.  

Tu pasal traffic actor macam Zhou Lusi, Bailu, Dilreba kerja non-stop. Endorsement melambak-lambak. Sebab dorang ni semua kategori cantik. Orang cantik, lama mana sangat bertahan dengan kecantikan tu. Selagi masih cantik nilah agensi pulun kaw-kaw job. Lubuk duit. Esok dah tua, dah tak sesuai nak bawak watak romentik lagi. Masa tu bye-bye lah. 

Zhou Lusi pilih untuk keluar dari agensi dan bayar penalti. Berjuta-juta dia kena bayar. Bila dah keluar ramai tanya kenapa Zhou Lusi tak berlakon lagi dan apesal asyik buat endorsement produk.

Benaunya, bukan dia tak nak berlakon tapi job berlakon dah sangat limited untuk dia. Bila dia pilih untuk keluar dari agensi, dia dah hilang “shield” dari agensi. Dah takde agensi yang nak buat marketing untuk dia, nak carikan job untuk dia, nak lobi endorsement untuk dia, nak hire escort ke mana-mana. Semua dia kena buat sendiri. Dia kena hire staff sendiri.

Now Lusi dalam phase rebuild power and rebuild trust dalam industri. Kat sana, walaupun kau pernah popular, tapi kalau takde backup agensi, payahlah sikit production nak ambil sebab production and agensi work hand-in-hand untuk marketing. Melainkan kau sendiri dah ada trust dari production sampai production yang pergi kat kau serahkan skrip. Hat tu dah next level-lah.

Kes Lusi ni kesian jugaklah aku tengok. Sebab impak yang dia dapat now kesan dari gabungan masalah kesihatan + reputasi + timing + konflik dengan agensi. Lusi keluar dari agensi bukan dalam keadaan smooth. Dia publicly expose isu kewangan and how agensi treat her selama ni. Dia persoalkan pasal dispute dalam kontrak yang involves exploitation and control. Ini bukan exit biasa. Ini exit yang high risk dalam entertainment industry kat China.

Kat sana, benda paling penting is stability and low risk. Tu pasal kes Yu Menlong yang kena bunuh (konon bunuh diri) sampai sekarang senyap. Artis yang pernah berlakon dengan and rapat dengan dia pun tak berani nak ulas lebih-lebih sebab nak jaga stability. Silap-silap dengan kau-kau terbenam. Kira Yu Menlong macam mati kataklah kat sana. That's why artis di sana lebih baik duduk bawah agensi sebab agensi akan jaga dan sediakan protection.

Bagi aku Lusi ni boleh naik balik cuma struggle sikitlah. Sebab agensi lama boleh control peluang dia. In fact agensi lama pernah reject projek- projek yang dah dijanjikan untuk dia. Padahal production boleh je renew offer tu lagi sekali kepada Lusi. Tapi tak berlaku macam tu. Career dia dah semacam disekat internally.

Aku nak tanya berapa ramai fans Xiao Zhan tahu isu “227 incident”?

This is one of the clearest examples macamana fandom and internet boleh bagi impak yang sangat besar. Kau dapat salah fandom, kau boleh terkubur.

It all started on Feb 2020. Masa tu, Xiao Zhan tengah gila-gila punya famous internationally sebab drama The Untamed. Fanbase dia sangat besar, sangat aktif and sangat protective. 

At the same time ada satu karya fanfiction namanya Archive of Our Own (AO3). Fanfiction tu guna fiksyen Xiao Zhan as watak. This is actually biasa dalam fandom culture especially CP fans (character pairing).

Isunya bermula bila some of his fans yang over protective tak bagi AO3 guna fiksyen Xiao Zhan. Dorang buat report.

27 Februari 2020 (sebab tu dipanggil “227”), akses ke AO3 platform disekat terus oleh kerajaan China. Ramai internet user kaitkan sekatan tu dengan report dari fandom Xiao Zhan. Kiamat terus kat China. Perang habis-habisan. Satu China perang kat Xiao Zhan and fans. 

Semua creative community, writers, bloggers, internet users serang Xiao Zhan and fans sebab report dorang dikira macam merosakkan ruang kreatif. From there, backlash besar-besaran bermula.

Tahun tu start kempen boikot Xiao Zhan. International fans maybe tak terasa sangat impak tu. Tapi China audience rasa. Masa tu banyak brand tarik balik offer. A few endorsement stopkan kontrak serta-merta. Rating produk yang Xiao Zhan endorse semua netizen jatuhkan. Rating drama dia semua flop. 

Masa ni Xiao Zhan jarang muncul kat public sebab takut attack dari netizen. Untuk satu tempoh, Xiao Zhan basically disappeared from the industry. Dia kena soft ban. Secara faktanya Xiao Zhan tak terlibat secara langsung dalam insiden 227, tapi disebabkan fans dia gila, dorang yang mulakan semua ni, maka Xiao Zhan kena tempiasnya. 

Kat sana 3 fandom besar - Dilreba, Xiao Zhan and Wang Yibo. Tiga-tiga artis ni dapat fans yang gila. Jenis super protective nak mateyyy padahal tiga-tiga artis tu bukan power sangat berlakon. Tak pernah menang prestige award pun. Hanya menang voting award. Hebat sebab peminat je, belum pernah menang juri lagi. Tak paham apa yang berianya fans dorang ni.

Masa drama Ace Troops keluar, poster drama kena hentam dek fans Xiao Zhan. Puncanya? Nama Huang Jingyu (Johnny) keluar dulu dari nama Xiao Zhan. iQIYI terpaksa edit poster keluarkan macam ni:

Aku highlite kotak merah tu tulis "LEAD ACTORS: HUANG JINGYU AND XIAO ZHAN (in alphabetical order by last name)"

Asal poster namanya turutan namanya gini: Huang Jingyu, Xiao Zhan.

Fans Xiao Zhan tak puas hati apesal nama Huang Jingyu disebut dulu. Kau rasa???

Last-last iQIYI terpaksa tambah "in alphabetical order by last name".

Sampai macam tu sekali oiiii kena ubah poster. Yang pelik tu, apesal lead actress tak ikut turutan alphabet jugak? Turutan lead actress dia kekal: Zhong Chuxi, Li Youbin, Mao Linlin. Kenapa tak Li Youbin, Mao Linlin and Zhong Chuxi?

Tu nak tunjuk gila tak gilanya fans Xiao Zhan. Sorrylah iQIYI nak letak nama Xiao Zhan yang pertama sebab dalam drama ni memang heronya Johnny. Kau dah kenapa. 

Samalah macam kes poster filem Formed Police Unit. Tapi disebabkan ini filem, peduli apa production house kau nak merentan suruh letak nama Yibo yang pertama. Maintain nama Johnny pertama.

Aku tak faham apesal traffic actors punya fans gila. Apesal dorang perasan actor dorang terpaling bagus? Contohnya Johnny. Terang-terang kot Johnny tu prestige award winners. Kau nak question apa?

Fans Dilreba lagi macam beruk. Poster Love Designer dorang edit sendiri ubah nama Dilreba jadi yang pertama, nama Johnny jadi kedua. DORANG EDIT SENDIRI. Boleh? Saiko punya perangai.

Filem Pegasus 3 yang released tahun ni, kat official poster, nama pertama keluar adalah Shen Teng. Kedua nama Yin Zheng. Ketiga baru nama Johnny. Sikit tak kisah fans Johnny. Poster yang sama tu lah fans naikkan merata-rata. Takde kisahnya nak telek nama siapa keluar dulu, gambar siapa paling besar, let alone nak edit. Yang kitorang hype-kan adalah scene-scene Johnny dalam tu. Itu baru namanya fans. Tu beza fans otak kat kepala dengan fans otak terkepit celah bontot. 

Fans sepatutnya hype-kan career idol masing-masing. Tak kisahlah watak apa pun dalam tu, lead ke, support ke, nama keluar dulu or kendian, as long as dia berlakon dalam drama/filem tu, itu yang patut diraikan. Ini tak. Gambar poster yang dia kisahkan. Alahai benak. 

Johnny pun pernah kena impak macam Xiao Zhan. Bezanya, Xiao Zhan kena impak daripada fandom culture dia sendiri, Johnny pulak kena attack dengan isu peribadi and fitnah.

Tahun 2018-2019, nama Johnny tengah naik. Lepas drama Addicted meletup, pastu Operation Red Sea box office, pastu dia menang Best Newcomer kat Asia Film Award, then high index drama My Dear Guardian, Johnny start masuk dengan imej maskulin, tough and banyak watak uniform macam polis dan army. 

Tiba-tiba muncul dakwaan domestic abuse daripada "ex-wife". Isu ni cepat viral sebab melibatkan moral dan imej polis/tentera. Waktu ni dia dah jadi poster boy untuk pasukan beruniform. In a very short time, start naratif negatif. 

Kat China, bila tuduhan macam ni muncul, walaupun belum terbukti, impak dah besar. At one phase, Johnny “dibekukan” secara tak rasmi. Exposure berkurang, kurang muncul kat media, projek slows down, endorsement kurang. 

Johnny "bernasib baik" dari Xiao Zhan. Xiao Zhan takleh buat apa-apa sebab takde apa yang dia boleh buat melainkan tunggu keadaan reda. Sebab punca his issue datang dari fans dia sendiri. 

Macam Johnny, dia didakwa dengan fitnah. Jadi dia failkan kes mahkamah. Senang cerita. Kasi mahkamah buat kerja. Lepas bicara, semua fitnah tak dapat dibuktikan. Johnny menang.

Bezanya, sampai sekarang "ex-wife" tak habis-habis nak jatuhkan imej Johnny. Nak jatuhkan career tak dapat sebab memang Johnny dah solid dalam career. So cubaan nak menjatuhkan reputasi pulak. Tapi tulah, sampai sekarang gagal.

Aku kalau boleh nak je jumpa "ex-wife" dia ni nak cakap kau tu pernah jadi someone yang Johnny sayang. Patutnya kau tunjuk kat dunia the good side of you. Tunjuk kat dunia apa yang ada pada kau yang buatkan Johnny pernah jatuh cinta kat kau. Biar semua orang tahu ooooo no wonder Johnny suka kat kau sebab kau gini gitu gini gitu. 

Tapi sebab kau bangang, nak tunjuk gak kau punya perangai witch tu, tadahlah kena maki berjemaah. Makin kau meroyan, makin orang nampak kau punya gila. 



2026-04-22

Client Appreciation Day a.k.a. Open House 2026


Alhamdulillah settle dah Client Appreciation Day 2026, majlis En Wan untuk client-clientnya. Ini tahun ke-4 En Wan celebrate client. Tapi tahun ni pertama kali buat kat event space. Dah tak larat nak host kat rumah.

Bukan apa, every year ada pertambahan khemah. Tahun lepas 5 khemah. Tahun ni kalau buat konfem 6 khemah. Dah macam kawenkan anak pulak. Lama-lama esok jiran bising. Tetiap tahun balik-balik kau je block jalan buat open house. Jadi sebelum majlis beliau diviralkan oleh netizen, tahun ni dia decided buat kat event space pulak. 

Tahun ni lebih ramai client En Wan yang respond pada form kedatangan. 500 orang! Kau imagine kalau aku pacak khemah depan rumah? Takkan satu jalan tu aku nak block. Ni pun cara-cara client outstation ramai takleh datang. Ada jugalah yang datang dari Kuantan, Melaka, Johor, Ipoh. Terima kasih banyak-banyak. Kalau semua 1000+ client hadir, aku sewa PICC-lah. Kahkahkah.

Event space ni ada bahagian indoor and outdoor. Yang indoor can fit 20 tables. Outdoor lagi banyak. Disebabkan majlis En Wan ramai, dorang bukak space sampai ke belakang.

LEGA! Ya Allah, tak tahu nak kata aku punya lega tahun ni tak buat kat rumah. Bukan apa gais, kalau buat kat rumah, kurang-kurang 3-4 hari persiapannya. 2 hari sebelum, dapur aku tu dah penuh dengan segala air mineral bercarton-carton. Pastu dengan bahan-bahan masak sebab paling tak 2-3 menu aku masak sendiri. Tu belum lagi dengan sehari sebelum majlis dah pasang khemah. Porch dah berderet meja and kerusi bersusun.

On the majlis day itself aku lagilah macam penanggah majlis. Kejap-kejap ke depan ke belakang nak check apa lauk nak ditambah, apa yang kurang, apa yang kena ganti. Berlendir ketiak. By the time 3pm selalunya aku dengan En Wan dah start migrain. Sebab berpanas kat luar.

Tahun ni alhamdulillah. Dengan tak penatnya, dengan tak messy-nya, dengan tak payah berpikir-pikir. Selalunya, everytime nak buat open house, pak incik aku tu siap basuh porch, siap cat pagar bagai! Ntah siapa nak kelebet pagar rumah dia tak tahulah. This year, on hari majlis boleh santai-santai bangun pagi gi breakfast kat kedai dulu. Kalau tak, celik je mata dah kena susun kerusi meja and start menggoreng aglio olio, buat mashed potato, goreng ketupat palas, etc.

Kitorang buat kat Nurul Sate Batang Pinang. Ini port breakfast kitorang. Famous tempat ni sebab laksa Johor and satey batang pinang dia sedap. Kawan-kawan aku yang duduk kat KL sanggup datang sini untuk breakfast. Semalam pagi kitorang gi breakfast kat sini juga. Sambil-sambil tengok persiapan majlis. Dia ada dewan untuk buat majlis. Semalam ada majlis bertunang, so pagi semalam masa kitorang tengok-tengok, dorang tengah bukak pelamin. Staff yang lain tengah susun-susun pinggan mangkuk kat meja catering untuk majlis aku.

Staff dia function. Sentiasa standby kat tepi untuk replenish lauk and kemaskan meja. Dorang tahu apa nak dibuat. Ada sorang staff tu kata ramai betul ya orang yang datang. Maybe sebab dorang sentiasa ke depan ke belakang tambah lauk. Hehe. Begitilah hakak dulu dik zaman buat kat rumah. Kali ni tidak lagi. Hakak nak bercantik-cantik saja bergambar dengan guest.

Lepas breakfast kitorang balik rumah kejap, around 11 pagi ke dewan. Client pertama yang sampai adalah adik aku sendiri, Ima and Azrul. Ni client hibah En Wan. Kebetulan Ima saja balik Bangi. Kena pulak dengan tarikh majlis. Semalam dorang nak balik Johor semula jadi kena keluar awal takut jalan jem. Nasib baik dorang sampai tu makanan memang dah ready. Dapatlah dorang makan sebelum gerak balik.

Syukur ramai yang bagi respond makanan top-notch. Alhamdulillah. Kitorang berani ambil Nurul Sate Batang Pinang catering ni sebab dia memang berniada kedai makan bertahun-tahun. Dan makanan dia sedap. Orang yang dah biasa berniaga makanan ni kita tak risau sangat nak ambil catering sebab konfem-konfem masakan dia sedap. Ini lauk-pauk catering yang kita ambil dari dia:

Kuih 3 jenis tu kuih melayu. Tapi aku tengok semalam dia bagi 4 jenis. Terima kasih.

Yang kitorang tambah - kiosk apam balik kering, kiosk aiskrim and dessert spread dari kawan se-DPT, Aisyah. Tahun ni sebab buat kat event space, En Wan hire busking untuk bagi vibe meriah sikit. Sedap suara dia. Goreng pulak lagu-lagu 90-an, memang kena je la kat telinga aku. Lagi 5 tahun aku pakai ahli klorga sendiri je lah. Gabungan Acu + Redza + Rayyan. Murah sikit. Mbhahahaha.

Dessert spread dak Aisyah tak pernah mengecewakan. Aku regular customer, bukan sebab dia kawan tapi sebab dia masak memang sedap. Kek-kek dia semua sedap. Biskut raya laaaaaaaaagi sedap.

Aku tambah 200 pcs roti jala on top of pakej yang aku ambil from Aisyah. Kek aku tambah 1 lagi jenis. Ya, aku memang tamak. Kahkahkah.

Table Aisyah yang selesai dulu dari table lain. Sebab dah lah cantik-cantik kuihnya, sedap pulak tu. Alhamdulillah, Aisyah bawak balik meja je. Makanan dia semua settle. Insyallah ada rezeki tahun depan kita order lagi.

Satu benda yang aku request kat En Wan, tolonglah next year consider hire fotographer pulak. Kesian semalam nak bergambar terpaksa mintak orang lain ambilkan. Pastu dengan halfway henfon pulak low battery sebab asyik bergambar. Yang best tu kan, yang datang nak bergambar dengan "Kak Di". Padahal majlis En Wan. Baru dia tahu siapa aku. MBAHAHAHAHAHAHAHA.

Gambar majlis KLIK SINI.