2007-01-28

Welcome back Honey!


Jeng jeng jeng!!!!!!!!!
This is the day!
Hahahaha..macam tak penah jauh dari laki!
Tapi tu la hakikatnya. Aku tersangatla excited dan menggelupurnya bila bangun pagi Sabtu semalam. Luckily parents aku datang rumah temankan aku tido. No la, actually saje je nak tengok cucu, sekali harung teman aku la. Jumaat malam tu aku marathon ngan mak aku tengok movie. Sampai kol 1pg je, takleh tido lambat-lambat kalau melibatkan warga tua ni..hihi. Malam tu pun lagi sekali aku mimpi hubby aku balik siap tido sebelah lagi.

Lepas Maghrib je aku terus drive keta hubby aku ngan Redza to the airport. Since flight sampai 8.30mlm, saje je la aku malas nak race. Slow motion je drive kat lane lembab tu. Tensen agaknya saper yang follow bontot keta aku semalam. Gila slow aku bawak. 70-80 je. Sampai lori sampah ngan lori balak pun boleh potong Honda. Takpe, kasik chance. Semalam mood baik.

Sampai kat airport around 8.10mlm camtu, flight delayed la pulak. Kena tunggu sampai kol 9mlm. Dah la bawak hero. Tak duduk diam aku. Jeans aku lak longgar. Kejap-kejap tarik seluar, kejap-kejap tarik seluar. Sunggoh fail sekali aku semalam. Dengan asik kena kejar anak, sambil tarik seluar, sambil bawak beg susu, sambil pegang belon Mickey Mouse.

Pukul 9mlm, hubby aku called. Hohohohoho...best giler bila nampak incoming call from 'Abang' kat screen hp aku. Dah lama tak nampak word tu. Yela, hubby aku bukannya reti nak roaming, takut aku asik call dia je. So, lepas 45 minit bepeluh tunggu........

(slide dah hilang)

Lihatlah kegembiraan kami. Tapi gambar aku takde, sebab aku bz snap gambar. Lagipun aku bukanlah objek yang nak difokuskan malam semalam. Aku dah agak, benda pertama yang hubby aku capai is Redza.

Hoih!! Tak nampak aku ke? Aku tertonggok kat depan kau ni ha. Hoih!!

'Ye..abang rindu Di jugak'. --- ayat common lepas aku tarik muka 14.
Ala, tak kisah sebenarnya, saje je dah lama tak buat perangai mengada-ngada.

Then kat rumah, tibalah waktu memunggah beg. Aku takde la expect apa-apa from him sebab aku tau next week kitorang dah nak pi Bali pulak. So kat Bali tu boleh la shopping sakan. Dia gi Japan pun sebab keje, so aku malas nak memesan apa-apa. Tapi dek kerana kasih seorang suami yang begitu menebal disamping atas dasar memahami akan sifat seorang isteri yang kuat mengikis duit laki, hubby aku pun telah mempresent T shirt Hard Rock Tokyo selai kat aku. Walaupun dia tau T shirt Hard Rock Seoul yang dia belikan 6 tahun lepas pun aku baru pakai 2 kali, dia still gigih nak belikan jugak T shirt HR Tokyo ni. Gasaakkk. Tengkiu la.

Aku bukan taknak pakai, tapi macam segan je nak pakai sebab aku tak penah sampai lagi kat tempat-tempat tu. Macam tak best je bila pakai. Time aku gi Jepun dulu HR belom wujud. Takpe, aku berazam next week nak rembat satu HR Bali, boleh aku lanyak baju tu hari-hari. ----> very the jakun.

Anddddddd, dia juga telah membelikan aku purse!!! Masa dia hulurkan kotak kaler pink siap ada riben tulis FOR YOU tu aku tak expect yang isinya purse. But, the moment aku unwrap, kotak tu macam aku kenal.

Aku : Junko Koshino?
Hubby : Hmm..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Akhirnyaaaaaaaa. Best! Best!
Tak sangka hubby aku ingat lagi purse ni. Aku tak tau la berapa harga dia, itu blakang kira. Yang penting aku memang suka design Junko Koshino ni. Simple design and leather dia lembut.

Dulu masa aku 2nd year, first time aku jumpa dia masa balik cuti, dia presentkan aku purse JK ni. Kaler black. Cunnnnnnnnnnnn sangat2. Aku baru je pakai seminggu, purse tu hilang. Selidik punya selidik, adelah satu mangkuk ni gi curik purse aku. Sebagai pengganti diri, letakkan nama dia F. Like I saif before, F is ofr FUCK. Sama-sama blaja. Tension agaknya tengok aku ada purse baru and dalam purse tu aku letak gambar aku ngan Wan, ntah bila masa dia rembat pastu buat-buat nak tolong carikkan bila aku tanya dia ada nampak tak purse aku. Babi.

After a year, hubby aku lagi sekali balik cuti, dia belikan another JK kaler grey pulak. Tapi design dia tak selawa yang first. Takpe, aku tak kisah sgt.
Yang ni bertahan lama sebab masa ni si FUCK tu pun dah berambos kena tendang dari U. Padan muka. Padan muka. Bodoh!!

Memandangkan purse CR aku dah koyak sikit kat tepi sebab banyak sangat benda aku sumbat lam purse tu, so dengan ini saya merasmikan purse kaler pink ni. Terasa diri sunggoh remaja sekali dengan pink.

2007-01-26

Saya juga boleh!


Today aku gi opis pakai jeans. First time dalam sejarah hari Jumaat aku pakai sempoi nak mampos tapi menawan sebegini. Since aku pun takde appointment mana2 today, so biarle aku bersempoian sahaja. Alih2 customer call nak hantar sample DNA. So tepaksa la aku merayap lagi today. Baru isi full tank semalam, dahhhh bakal menjadik half jap lagi.

Banyak keje sebenarnya ni. Tapi tak tau la. Mood blom mari lagi. Kepala aku ni dah berangan nak jumpa hubby esok. Rindu serindu rindunya. Rindu padanya. Bila rindu. Aku cinta aku rindu. Hargghhhhhhh!!! Bosann!

Sejak Ann dah takde ni, aku makin mandom kat opis. Kalau tak, now mesti aku tengah lunch sesama kat Zara. Ni tak, sumer orang pi lunch, aku dok lagi mengadap laptop kengkonon buat keje.

Semalam buat pertama kali dalam sejarah hidup aku kawen nak masuk 7 tahun, aku gi shopping sendirian. Mula-mula gi draw duit. Ni pun satu masalah gak. Walaupun itu kad ATM aku, tapi aku dah 6 tahun tak guna. Hubby aku memang simpan ATM aku ni. Dia takkan bagi aku pegang melainkan kalau dia pi outstation. kalau gaji aku masuk pun aku tak tau berapa yang ada sebab semua dia uruskan. Dari kad kredit, keta, phone bill dan segala hutang-hutang aku tak ambik tau. Yang aku tau every Isnin dia akan bagi aku duit for the whole week. Dan keje aku pulak, perabiskan duit tu. Tak cukup mintak lagi. Oh! Bahagia. Ni baru bersuamikan engineer dah mengada-ngada. Bayangkan kalau aku kawen ngan tukang cop duit. Konfem aku belagak bongkak menyombong tak tentu arah.

So, selama ni kalau dia pi mana-mana, dia kan tinggalkan cash money and also ATM card aku. Tapi aku tak penah la guna pulak. Selalunya cash dia bagi mmg cukup. Ataupun cukup-cukup..:).

So, entah macamana, bibik aku tetiba cakap barang tu dah habis, barang ni dah habis. Ni la namanya gatal. Time aku nak pi beli barang dapur last week, dia kata semua ada lagi. Time laki aku takde baru la sibuk nak memesan macam-macam.

So, semalam, dengan menggelabahnya aku gi draw duit kat pump station. Gabra ni. Dah lupa camne aku nak cucuk kad. Ahh belasah. First try, sekali boleh. So aku pun tekan-tekan la apa yang patut. Orang yang queue blakang aku hangin je. Saje je buat dengus-dengus. Protes la tu aku lambat sangat. Abis tu aku dah 6 tahun tak guna ATM machine, semua perkataan-perkataan ni aku kena la baca dulu. Kang tersilap tekan kang, mampos tak kuar duit camne? Pinjam duit ko boleh? So, shut up you. Dok dendiam kat blakang. Aku tendang kote ko kang.

Ok, now duit dah ada. Next, gi beli barang-barang dapur pulak. Aku beli kat HERO je sebab Giant jauh sgt. Malas.

Ok...memula, ambik troli. Dah la troli tu besar dan berat. Gohead gostan aku nak menarik. Dengan baju kebarung kembang-kembang ni, handbag lagi, high heels lagi. Bodoh betul makhluk-makhluk durjana yang dok perati aku tarik troli. Tak reti nak tolong? Ko ingat aku buat lawak jenaka kat tepi troli tu? Bodoh.

Memula carik mainan Redza..:). Ni la yang laki aku malas nak kasik aku pegang ATM. Mau hari2 aku draw duit belikan Redza mainan.

OK, pastu beli sayur.
Done.

Then, beli ayam.
Done.

Sotong and udang.
Done.

Pastu tawaf pi carik beras pulak.
Ok, jumpa.
Nak mengangkat satu hal. Tapi takpe, ia memejalkan otot-otot tulang skapula.

Huh!! Berjaya rupanya aku beli barang2 ni semua.
Kenapa? Takde apa-apa yang pelik kan?
Tapi bagi aku memang pelik.
Dan kalau laki aku tengok dia pun akan merasa tersangat la pelik. Ripley's believe it or not??
Believe it. Aku tak penah beli barang-barang ni sendiri. And aku tak penah pi beli ayam, ikan, sayur, udang semua sendiri.
Sebab? Semua Encik Wan Mohd Ridzuan yang beli.

Ye...memang laki aku yang pi pasar selama ni. Dia lagi tau harga market sekarang untuk sekor ayam, ikan cencaru sekor berapa, ikan tenggiri berapa, kat mana kedai yang jual sotong cantik-cantik, daging mana yang elok. Siap laki aku pandai beza daging lembut mana, daging batang pinang mana. Hahhahahah. Terror ooooo. Kalau jadik pompuan konfem hantaran 20K!

Bukan aku queen control ok?? Tapi memang aku dah selayaknya diiktiraf sebagai seorang QUEEN. ngahngahngah. Queen mana leh gi pasar2 ni semua. Dok umah tolong masak je. Itupun kalau tak penat. Selalunya penat. Laki aku kalau pi pasar siap suruh org tu siang ikan-ikan ni. Kalau ayam tu sampai togel dia suruh buang kulit-kulit semua. Kolestrol, ok? And aku tak dibenarkan gi shopping sorang2. Ala-ala puteri lilin gitu. Sebab tu macam blur semalam aku masuk HERO. Nak tarik keluar troli pun terkial-kial. Tu pasal la agaknya semalam dorang taknak tolong aku. Tengok aku macam babun terlepas je kot.

Bagus jugak kena tinggal sekali-sekala. Baru la jadik perempuan kebanyakkan sket. Kalau tak, sampai mati aku jadik Queen. Queen yang malas. Hanya tau melipat perut. Esok tak sabar nak cerita kat laki aku tentang betapa adventurousnya bini dia semalam, kembaraku dari pump station ke HERO.

Oh! Aku amat bangga dengan pencapaian ini.
Malaysia Boleh!!

2007-01-25

Aku tau kenapa aku stress this week...aku rendhoo hubby aku la!! Balik laaaaaaaaaaa.


Aku ni asik nak mengamuk je this week.

Cibai betul la competitor bangsat kat company aku ni.
Aku yang drive jauh-jauh, bagi presentation sampai melecet anak tekak, penetrate the market, approach customer, lock the deal, alih2 dia pulak yang pi cilake hantar the goods directly to MY customer. MY deal. Dan dengan bangganya letak DO dari kompeni sendiri.

Babi.

Payah kalau two companies which are totally direct competitor yang share the same market are also sharing the same CEO! Apakah konsep cilake yang nak diketengahkan oleh CEO aku? Konsep bertanding secara sihat? Bertanding secara sihat tapi the cilake babun di sana dapat view database aku yang secara lansung dapatlah juga korek customer mana aku jumpa, apa aku quote, apa on going deal, manakala aku dapat HAMPEH. Toksah kata nak view database diorang, apa kejadah haram basakhi barang yang diorang quote pun aku tak kosser nak ambik tau.

Orang bijaksana macam aku ni tak perlu mengisi masa-masa terluang dengan menskodeng database orang lain untuk tengok apekah bendalah yang si anu ni quote, ape projek mega yang dia tengah prepare and all that. Kalau nak kutip juta juta hujung tahun pun tolooooong la melaksanakannnya dengan ur own blood and sweat! Apa terdesak sgt ke nak makan komisyen?

Benda ni terjadi this morning. Budak delivery datang jumpa aku tanya 'Diana, Dr Ain tanya apesal dia work out the deal dengan u tapi delivery order atas nama Fukeymarkharamjadah Sdn Bhd? (bukan nama sebenar)'.

Otomatik terloncat bontot aku dari seat.
WHAATTTTTTTTTTTT???????????????????

Aku call lab, pi sembur ntah saper saper aku tak kenal tapi yang pasti budak lab la.
Budak tu sure mencarut-carut dalam hati. Mamposss ahh.
Saper suruh bodoh sangat?
Saje je nak tengok aku mengamuk so that biar satu kompeni perati aku 24/7 sebagai satu makhluk yang rebel nak mampos dan mulut cam longkang kan? So? Like I care lah? Aku bukan melongkang tak tentu hala. Kalau dah benda sahih tak betul, takkan aku nak senyum simpul kat korang?

Kalau dah tau diri tak reti nak approach customer macamana, nak promote sendiri punya product pun terkial-kual, how to turn akaun ko jadik big fat? Ada hati nak dapat best employee tapi kalau ko datang opis hari-hari dengan matlamat nak parking bontot ko sepanjang hari atas kerusi sambil tekan-tekan keyboard tengok sales lead orang, maka haruslah ko dapat BIG FAT ASS instead of BIG FAT ACCOUNT.

Apehal la CEO aku tubuhkan 2 syarikat yang dua-duanya public listed siap dapat Bio-Nexus status bagai tapi takde arah tujuan. Dua-dua ditubuhkan atas objective yang sama - TO SELL. Run for the same area and target for the same project. Nama je competitor tapi boleh view database orang, duduk pulak dalam bangunan yang sama, dan yang paling best AGM bersama-sama. Kat AGM tu of coursela masing2 present sales figure, and discuss future target. Future target dah tentulah involve discuss tentang potential area and customer, apa plan nak attack area tu semua lah. Lojik ke nak discuss semua benda tu depan competitor? Baik-baik dorang tak tau dah jadik tau.

Ohh..lupa pulak aku. Bukan ke persaingan sihatttttt. Jadik haruslah kita bersikap kasihan-mengasihani antara satu sama lain. Apa salahnya kita bagitau diorang sama yang tempat di sinun ada grant juta-juta. Tempat di sana pulak plan nak bukak biotech centre. Boleh la kita pegi buat sales sama-sama, car pool. Bak kata Mr Singh dlm pilem Seniman Bujang lapok, 'Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu makan sama-sama?'
Makan penampar nak??

Jinjang la ok??

Tak kuasa aku nak melayan karenah birokrasi and benda yang involve personal interest ni. Kalau aku tak puas hati aku cakap. Janji aku pertahankan hak aku.
Ko nak turunkan pangkat aku ke, nak demerit aku ke, nak suruh aku parking keta kat luar ke, itu sukati ko la. Aku sket tak berkudis. Tapi kalau increment aku sangkut hanya disebabkan mulut aku yang laksana Kak Nam ni, SIAP!! Aku akan pass all the leads to kompeni bapak aku, biar aku run the company buat one man show. Tak pun aku ajak Ann ngan Azie join aku buat part time. So, let's fight in the market. Meh aku ajar apa itu persaingan sihat.

Kepala aku ni sebenarnya dah sesak dan bengkak ngan problem ofis. nasib tak dapat hidrocephalus disease je. Sepanjang 6 tahun aku keje, lom penah aku ada problem yang agak jinjang sebegini. Nak citer kat orang pun orang kata aku yang bodo sebab stay sini lagi. Tapi aku dah terciter dah pun kan?

Well, aku stay sebab aku sayang bos aku, KM. Ni la bos yang paling memahami, tak berkira, low profile tapi semangat tinggi. Aku banyak ikut cara dia. Sebab mulut dia pun boleh tahan gak. Tapi satu opis respect dia sebab macamana dia melongkang pun sales figure superb. Takyah kipas-kipas ni semua. Aku tau KM sayang aku, dia tau cara keje aku. Sure dia tak penah terfikir pun yang aku pernah gi interbiu tempat lain dulu and almost tender resignation letter. Sebab KM la aku stay kat sini, membodohkan diri. Apa-apa je la.

Well, since aku dah berazam no more whining, so aku akan berenti merungut.
Tapi aku akan tetap maki hamun dorang dalam blog ni, boleh?

2007-01-23

Hangin


Bibik aku baru lepas kena marah. Dia nak sangat tengok aku menyinga kan? Hambik!!

Aku dah lah penat today satu hari suntuk from morning aku merayap dari satu hujung ke satu hujung sampai 200km lebih aku drive. Sampai je rumah aku tengok filter fish pond aku air dah surut. Rupanya bibik ni dah terlanggar plug. Seb baik tak mampos semua ikan aku dok dalam pond bekeladak. Kalau mampos sekor, aku sumbatkan ko dalam pond tu. Biar jadik dugong.

Itu dah satu perkara aku hangin.

Aku naik bilik, tengok kat work bench aku Pringles Redza bersemut.
Dia ni mengemas ke tak?
Aku pun mulalah check merata tempat.

Sah!

Aku tengok kertas yang sengaja aku selitkan bawah tv cabinet ada lagi walau dah 2 hari.

Bawah carpet aku dia boleh selitkan plastic Cheezel!! Ko nak main cari benda tersembunyi ke hape?

Gumpal rambut yang sengaja aku letak bawah meja study pun dok betepek kat situ lagi since yesterday.

Yang aku heran tu, pagi-pagi lagi before aku gi keje, dia dah sibuk bawak segala penyapu, bulu ayam, glass cleaner bagai naik atas.
Apa kejadahnya yang ko buat ngan bendalah tu semua kalau kertas rambut semua still ada tak berganjak?
Main makcik-makcik ngan anak aku?

So, setelah aku padukan segala kemarahan sampai tepu, aku panggil dia mengadap.

Aku : Bibik, bibik duduk rumah kemas ke tak?

Sengal : Eh, kemasla kak. Hari-hari sapu. (Sambil buat muka konfiden)

Aku : Apa benda yang ko sapu cuba citer sket.

Sengal : Ini semua disapu atas, bawah. Karpet diangkat. (masa ni dia siap selak carpet nak proof kat aku yang dia sapu semua. The moment dia selak carpet, terus aku nampak plastic Cheezel ngan plastic cover mainan anak aku). Hambik kau! Kantoi.

Ada hati nak menipu aku. .

Aku : Semalam, akak mandi, apesal dalam bilik air akak ada nasik bertabur atas lantai?

Sengal : Semalam, Redza makan dia luahkan balik. Jadi jatuh atas lantai.

Aku : Abis tu kalau dah jatuh atas lantai, biarkan je la? Tak reti nak jirus? Biar besemut? Saya pulak nak kena habiskan keje awak?

Aku penat tau mengamuk dengan dia ni hari-hari.
Kalau Redza tu lain la, budak umur 2 tahun. Memang nak kena dimarah hari-hari.
Yang ko ni dah ada anak dua pun aku nak kena marah hari-hari jugak ke?
Nak kena ketuk sekali, baru jalan sekali.

Kalau aku kata sapu koridor tu, dia sapu betul-betul kat koridor tu je.
Pastu dia kumpulkan sampah kat porch.
Kiranya dia SAPU je. Sampau tak buang. Sebab aku suruh sapu je kan. Aku tak suruh sampah tu dibuang. Pitam.
Benda simple macam tu pun nak kena ajar. Takde common sense.
Nak kata salah parking otak, pandai pulak guna remote. Tau pulak mana satu remote astro, remote vcd player, remote speaker. Picit sana, picit sini. Aku yang mengadap Astro punya bertahun pun tak tau Channel Aruna tu nombor 9. Dia baru dua bulan dok sini pulak yang lagi tau dari aku.

Bila aku lock channel tu, boleh pulak berani tanya, 'Kak, bila nak dibukak kunci Channel 9 ni?'

Cantek muka kau? Kalau dah nama aku lock tu, maknanya lagi 2 tahun baru aku unlock, ok? Ko hadap la Channel Tamil tu. Rajin sangat tukar Channel Tamil kan?

Asal celik je mata pagi, yang dia tau, nak jemur karpet.
Orang tak jemur karpet hari-hari la dol.
Dah la jemur karpet kol 7.30 pagi. Hari-hari pulak tu.
Sure jiran kata aku belagak nak tunjuk aku banyak karpet. Sidai hari-hari. Macam la rumah dorang pakai tikar.

Mengemop pun aku tengok lantai aku belengas semacam.
Kalau membasuh, asal ada baju kotor je terus basuh. Takde nak otak. Kalau baju tu 5 helai pun dia sumbatkan jugak lam mesin basuh.

Itu baru bab mengemas. Belum part masak lagi. Kalau aku kata sayur sawi tu basuh dulu, maka sayur tu je la yang akan dia basuh. Next day kalau aku nak masak buncis, aku kena pesan lagi sekali sayur tu basuh jugak. Kalau termiss pesan, siapla. Konfem jumpa ulat sayur dalam kuali. Lagi sekali aku dapat tau dia masak sayur tak basuh, siap kau. Malam tu wajbulghunnah kau dinner ngan tapak kaki aku. Fresh punya aku bagi. Paatu next day, sure muka aku kuar Buletin Utama.



2007-01-22

Hari ini kau datang riang, tersenyum buat ku senang, kau hias...


Hari ni :

1. Ada orang yang tak berapa nak center kepala hangguk dia telah mengYM aku dah slumber badak sound 'Boleh tukar gambar profile ko tak? Macam langsuyar ok?'.
Jawapan YM aku : Sukati aku la langsuir ke tak. Nak aku letak gambar ko?
Jawapan iklas dari lubuk sanubari aku : Kimekkk!!!
Ngahngahngahngahngah.

2. Budak 'beauty with brain' itu dengan berlagaknya telah membuat satu lagi statement hilang akal dimana dia berkata 'I rasa I nak sambung Masters la'.
Aku pun terpaksa la belakon berkongsi rasa gembira. 'Ooo ye ke? Masters in what? Nak ambik kat ner?'.
Amboiii, banyak ko punya cita-cita langit ke tujuh nak buat Masters.
Ko tu keje pun macam hampeh tebu. Ko sedar tak yang ko tu hanya ada Se Pi Em?. Berapa tahun pengalaman ko agaknya yang gatal p### nak amik Masters ni?
Ko ingat nak apply Masters ni ko boleh menyengih depan interviewer sambil tekan-tekan O2 ko?
Halamak budak niii...sekali aku hayun lutut ni kang.

3. 'Lepak aaa...lepak aaaaa'.
Aku paling benci ngan pepatah pujangga yang satu ni. Terbayang mat paipon sedut air liur sambil kesat hingus kat lengan dengan muka bekerak dan bau badan hancing. Hambik kau! Hihihi..kejinya aku. Tapi sori la, aku memang allergik ngan word lepak ni. Apa lepak lepak? Sekali aku terajang, begitu jugak ko terlepak kat bucu dinding tak bangun-bangun. Nak?

4. Petang tadi on the way back from ofis aku singgah kedai stationary nak binding proposal. So, aku simpan laptop kat boot. Sampai umah, bibik aku yang kepoci ni offer diri nak ambik barang-barang. Ok la. Aku kata kat dia, ambik la beg aku kat belakang. Aku pun masuk rumah. Tak sampai seploh minit aku turun bawah, toksah kata beg laptop, segala kotak isi kasut2 aku, catalog2, payung, dashboard cover pun dia angkut masuk rumah. Hanginnya akuuu. Apa la bendul sangat kau ni? Seb baik la tayar spare tu tersorok. Kalau tak mau bersusah-payah dia angkut tayar tu bawak masuk. Apa ko tak tarik keluar speaker aku terus?

5. Since hubby aku takde, so bibik aku berani la sket nak join aku tengok Buletin Utama. So, malam tadi ada la berita pasal gempa bumi somewhere in Indonesia. Dia ni dah cuak la kot terbabit famili dia. Aku buat rilek je sebab aku tau tempat dia tak kena. So, lepas habis berita gempa tu aku masuk bilik on laptop nak check emails. Tetiba aku terdengar channel sudah tukar ke channel Tamil. Tapi aku tau itu berita Tamil, bukan movie. So lepas check email, aku kuar balik nak sambung tengok tv. Selamba landdd je bibik aku ngan muka blur dia tanya aku, 'kak, apa dia cakap ni kak? Ada gambar2 gempa bumi ni.'

Jap...ambik napas. PUKIMAAAAAAAAAAAAKKKK KAU!!!

Aku tau la aku ni itam TAPI aku bukan KEL...!!
Tadi masa tengok Buletin Utama sah2 bahasa melayu, bahasa yang ko paham, ko taknak pulak tanya aku. Time berita Tamil, ko suruh aku translate???

Aku tau negara ni berbilang kaum, tapi ko ingat mak aku banyak sangat duit nak hantar aku blaja sampai lepan blas bahasa dunia?
Aku tau la ko tu blur. Tapi boleh tak kau jangan blur sangat? IQ aku lama-lama corrupt disebabkan ko tau tak?

p/s : tajuk entry takde kena-mengena ngan cerita. Time aku type sekali kuar lagu tu laa. Macam gila goyang la pulak.

I am lonely..tapi gumbira.


OK, minggu ni aku berazam nak masuk opis awal-awal pagi, so that after lunch aku bley terus kuar for sales and straight balik umah. Samada aku betul-betul nak kuar jumpa customer atau purak-purak itu aku punya pasal. Sebab lecturer aku dulu dah bagi mandat kat aku, 'makan biar banyak, keje sikit takpe'. Kata-kata perangsang ini juga adelah evolusi dari quote budak-budak sekolah dulu-dulu 'study biar lepak, result biar gempak'. Series aku bengang ngan quote ni. Quote ni la yang telah menjahanamkan reputasi aku masa SPM dulu. Baghal! Siapa yang cipta quote ni? Biar aku sepak kepala otak dia. Tengok gempak ke tak.

Sebenarnya this whole week, hubby aku takde. Dia gi Japan malam tadi sampai la Sabtu ni. Seminggu je. Tapi sebab aku tak penah kena tinggal, aku je yang selalu tinggalkan dia dulu, amik la kau rasa camne kena tinggal pulak. Selama ni kalau dia gi outstation pun either balik hari atau at the same time aku pun outstation sama. So the feeling of kena tinggal tu tak penah rasa sangat.

Dulu ye la, masa dia kat Japan 5 tahun, aku kat Mesia (aku pun study overseas okkkk...over the sea!!). Kena tinggal macam nak rabak mulut aku meraung malam-malam bila rindu datang lagi. Bila rindu datang lagi ni lagu Nassier Wahab kan?

Tobat aku taknak dah rasa kena tinggal macam tu. Asal time dinner je, housemate aku semua tunggu balak datang ambik kat umah naik moto gi makan sesama. Kalau weekend mana yang berkapel gi outing sama-sama kat Kuching malam kang baru balik. Dah balik malam pun, kol 11 kang kuar balik gi supper. Dah balik supper, boleh pulak dok betenggek kat tangga depan rumah lepak-lepak sampai kena halau ngan pak guard..ngahngahngah. UNIMAS punya hostel ala-ala resort sket so rumah we all macam hut. Ada sorang member aku siap pasang ubat nyamuk yang coil tu letak tepi sebab nak halau nyamuk masa tenet. Aku je yang tinggal rumah dok tolong bukak ngan tutup pintu. Brengsett. Ayat paling common diorang 'Diana, nak kirim?' Macam syiaallll semua kerek okk?? Ada boifren boleh lepak sesama.

So, lepas malam nikah tu aku dah berikrar yang hubby aku takkan tinggalkan aku dah pasni.
Aku berikrar?
Apesal aku pulak yang buat ikrar ha?
Tak kisah la. Yang pasti objektifnya dia takleh dok jauh ngan aku dah. Aku je pulak asik tinggalkan dia.

Tapi malam tadi, masa dia nak berangkat, nampak la jugak dia cam sedih je. Kiss aku bertalu-talu. Seronotttt. Dalam hati aku bangga gila 'HAA..tau sedih dok jauh ngan wife'.

Flight dia kol 11.30mlm. Kol 11.10, dia call.
Uisshhhhhhh..belum fly dah rindu bini ke? Hahahah..best..best.

Abang : Hello Di.
Aku : Ye, abang dah nak boarding ke?
Abang : Jap lagi.
Aku : Miss me?
Abang : Belum lagi. Nak tanya ni. Juara Lagu siapa menang?

Ok. Shut up. Pegi la Jepun tu!!

2007-01-16

Nak stresskan aku? Sorry..aku dah IMMUNE


Semalam aku di-appraisalkan sampai kol 8pm.
Itupun nasib baik hubby bos aku call, kalau tak, mau lajak ke 8 malam esoknya.

Hisshh...aku baru berkira-kira nak benti keje.
Dah dia offer yang bukan-bukan sampai hatiku amat berbunga-bunga.
Macam tau-tau je aku dah karang surat resign.
Dia baca blog aku ke? Sukati la.

Actually aku tak le berharap sangat dia offer yang bukan-bukan tu.
Tapi cikgu Darjah 2 Putih aku cakap 'rezki jangan ditolak'. So aku redhaaaa...:D

Cuma aku macam tak sangka pulak aku bleh selamba je bagitau apa aku tak puas hati kat kompeni ni, dari segi management, internal sales, outdoor sales, sales area, product, staff, si HR sengal tu semua aku balun. Kiranya segala apa yang selama ni aku humbankan kat blog, semua aku luah semalam. Hilang kejap stress.

Overall appraisal ni ok. Amat ok.
Tapi kesenakkan pundi-pundi aku bermula bila COO aku bagitau satu benda.

CEO aku pi cadangkan this year, aku akan lead trading. Satu tugas baru dan B.E.R.A.T. Maknanya bos aku secara otomatik akan terima arahan dari aku. Untuk sales je la. Tapi kenapa?

COO berkata, "Sebab Mr Law rasa u dah pun sampai ke satu tahap sama level dengan I. So just in case new company to be set-up, or kalau apa-apa jadik kat I, u take over the company."

ngahngahngahngah...macam wasiat la pulak.
Brengsetttttt!
Ko kalau tak suka aku cakap je la. Jangan la kasik aku tanggungjawab yang bukan-bukan. Jangan main cabar-cabar beb. Aku buat sampai jadik gila success kang.
Nak tengok aku leh buat ke tak konon. Apa ko ingat aku mengangkang je ke selama ni kat opis? Aku sagat keta ko kang!

Aku tau la aku suka pasang mp3 and nyanyi kuat-kuat.

Aku suka parking keta tengah-tengah dunia block keta orang.

Aku lepak surau lama-lama.

Aku lunch sampai sejam setengah. Yang ni salahkan restoran Zara tu apesal jauh sangat.

Aku masuk opis kol 11 kuar kol 3. Abis tu? Apa kejadahnya sales duduk kat opis???

Aku pakai selipar lam opis. Wehhh selipar pun bukannya Tat Seng la ngong. Selipar kepala Blue Hippo lagi!

Aku tak pakai tag.

Bla..bla..bla..
Aku je la yang rebel.

TAPI

Aku nyanyi kuat-kuat pun sebab aku tau suara aku sedap. Benci dengar? Rasa nak seligi kerongkong aku kan?

Aku blog keta orang pun sebab aku tau aku singgah opis takkan lama, kejap kang aku kuar balik. Elehh...kalau aku block tu panggil je la, aku alihkan la keta. Itupun susah ke? Nak aku sodok bontot keta ko pulak?

Tuan-tuan, aku bukan sengaja nak lepak surau lama-lama. Dah la surau panas. Cuci makeup dan cuci segala yang lain dah 15 minit, semayang 10 minit, nak makeup balik 15 minit. Dah alang-lang semayang jemaah tu, aku pun jemaah la tido. Tido itu suatu ibadat bukan? Takkan fardu kifayah semata-mata?

Aku lunch sejam setengah sebab hmmmm..hmmmm sukati aku la! Aku ikut sunah ok, kunyah 40 kali baru telan. Baru la perut tak senak macam korang. Menambahkan kepam toilet je keje.

Aku manjang takde kat opis sebab aku carik ketenangan jiwa buat keje kat umah. Ketenangan itu tiba setelah aku menonton bawang putih bawang merah.

Aku tak pakai kasut sebab kasut aku semua murah-murah. Kalau pakai selalu nanti tapak haus ok?

Aku tak pakai tag sebab aku tak mau dikenali dan tak hingin nak mengenali. Aku kan rebel, bongkak dan sombong. Baru tau?

Apa-apa pun the figure that matters.
At least aku hit target! 70% of the company profit datang dari aku!
Jangan banyak songeh.

OK..aku nak tido.
Esok aku nak plan berapa ratus juta aku nak buat tahun 2007 ni.
Ceh, belagak cam sial.


NITE NITE..:)

2007-01-12

Bibik oh Bibik..kenapa ngko blur?


Kes 1


Tuan Tanah : Bik, hari ni masak sup daging sama sambal udang ok?
Bibik Blur : Daging tu mau direbus dulu ke tak?

ko nak rebus apa kejadahnya lagi? Masak sup tu dah memang guna kaedah merebus dan juga mereneh. Meh sini aku rebus daging ko sket test apa rasa.


Kes 2

Tuan Tanah : Bik, siapa yang ajar bibik sidai baju macam ni?
Bibik Blur : Kenapa Kak? Tak boleh ke? (sambil buat muka blur)

memula dia sidai comforter, atas comforter dia hempapkan pulak ngan seluar laki aku, atas seluar tu dia sidai lak kain buruk.
Apa aku nak buat ngan minah blur nih? Perlu ke aku sidai dia pulak atas kain buruk tu?



Kes 3

Tuan Tanah sedang terlentang depan TV channel 40, sambil kaki bersilang, mulut kunyah Cheezel.

Bibik Blur : Kak, bukak filem Indon kak. Cerita sedap.

Oo..nak tengok cerita Indon ye sayang. Bukak la. Buatla macam umah sendiri. Memang aku gajikan ko suruh tolong perabiskan filem Indon ni semua.


Kes 4

Setelah 2 minggu diajar cara-cara menggoreng ikan dan ayam..

Tuan Tanah : Bik, nanti tolong goreng ayam ye, 6 ketul.
Bibik Blur : Digoreng tu dengan garam sama kunyit ke?

Tak, ko lumurkan ayam tu ngan air milo.


Kes 5

Tuan Tanah : Bik, tolong ambikkan bayam dalam fridge. (sambil potong2 cili)
Bibik Blur : Nak dimasak apa ni kak?
Tuan Tanah : Hmm..macam biasa la, tumis, rebus.

Bibik Blur pun dengan konfidennya terus patah2kan bayam tu and terus masukkan dalam periuk.

Tuan Tanah : Eh! Tak basuh dulu ke?
Bibik Blur : Apa mesti dibasuh?

Kepala %$*&T*& kau!!!! Selama ni aku pesan masak sayur ko tak penah basuh ke? Kimek! Bayam tuuuuuuuuuuuuu. (sambil terbayang aku telan telur cacing).


Kes 6

Tuan Tanah bergegas keluar dari keta, masuk balik lam umah.

Bibik Blur : Kenapa kak?
Tuan Tanah : Nak ambik barang tertinggal kat atas.
Bibik Blur : Takpe..takpe...biar bibik ambikkan. (sambil menonong naik. Hoih! Apa yang ko bersemangat sangat ni? Ko tau ke apa benda yang aku nak ambik?)
Tuan Tanah : (Dengan penuh intonasi sarcastic). Jumpa ke Bik?
Bibik Blur : (turun bawah balik) Tak jumpa kak.
Tuan Tanah : Apa benda yang ko carik kat atas tu?
Bibik Blur : Eh, apa ya? (sambil buat2 pikir)


Demikian lah adanya bibik baru saya.
Blur kuasa doploh lapan.
Sekarang saya harus ke klinik untuk ambik ubat penenang.
Atau saya akan bertukar menjadik Mambra secara tidak sengaja.

2007-01-10

What do you think of your own work?


I used to say words like 'that's terrible','this sucks' and 'i want to quit'.
I've been saying those almost everyday, tapi ajaibnya aku dok terpacak kat kompeni ni lagi. Is this normal for anyone else to always put themselves down over their work?

Tiap-tiap hari bangun rasa cam nak benti keje. Asal bangun nak MC. Bangun je pikir nak EL. Ni semua sebab management yang sucks cam babi. Ha, kan aku dah cakap lagi.

But come to think of it, I dun have any problemo with my boss and collegues but management. Memang la sometimes I feel so demotivated. Management tends to berat sebelah, macam syialll. But, do I have to quit? And kalau aku blah, aku bleh ke dapat better offer or at least good pay macam skang?
How about my new boss?
The collegues?
Will the new environment meet my expectations?

Sooooooo....
Tonite, I've made up my mind.
I've to train myself to stop just saying "This sucks" and to start saying "This sucks, but how can I make it better?" -----> sungguh berwawasan sekali.
If I just go on saying "This sucks" then I'll slowly get discouraged. And I'll get very frustrated just hearing the word "frustrated".
Hmm...ok?? Bolehla kot.

Finally I've found my new year resolutions -----> STOP WHINING. No more 'i'm demotivated', 'nak carik keje lain' and all.

I also just realized that it helps to let another person or two take a look at my different stages of development. Not only could they find problems early, but they can also give me awesome ideas and advice that I might never think of. I need somebody to boost my inner spirits.
Hmm...siapa ye? Do I see volunteers over there?

2007-01-06

Zana, my best friend of many years is finally married





















I know you could find someone better, but don't look for him. The day he found you will be the end of the line for you.

Zana and I met when we started work at Ministry of Science (MOSTI), formerly known as MOSTE, back in year 2000. There were 5 of us actually, but Zana was the one who did the break thorugh. Nampak je diam and ayu...ko tunggu je la kalau dia dah start gelak. I still remember that day, I was accompanied by my dad to work for I've never been to KL alone (dok Bangi je tapi tak penah gi KL sensorang..POYO kan?). And Zana was accompanied by her kid bro, Pet I think. I don't really remember how we started but we became good friends at instant. Very gud frens. She can describe me from head to toe about my problems, my conditions and the things I'm going through or was going through. She even knows my character, my mood etc. without me telling her a single thing! She knows me in and out. We always have good, I mean 'nice' stories to share everyday. We went to office together, had bfast and lunch together, pray together, tidur berjemaah dalam store hari Jumaat, lepakking at our fav hangout, Four Leaves SOGO. She just got married, after a long years of whining on why she hasn't found her true love yet. Ni dah jumpa, hambik kau. So, Zana, as promised, a dedication entry just for you. Sebagai balasan yang setimpal dengan entry ini, belanja aku kat Dome gak.

p/s : Zana, ingat lagi tak minah yang stare aku lam komuter sampai terlajak kat Tasik Selatan tu? Kawen ke tak ngan brader tu ha? Macam la aku nak sgt ngan brader tu. Tolong la.

2007-01-05

One upon a time....a dedication to the Rempits of Nagaoka



On the day kitorang balik from Tganu, kat Karak ada le konvoi 3-4 bijik keta sport. 2 bijik MR2, satu Honda cap apa ntah, satu lagi pun aku tak sure, yang pasti bukan Japanese car. Hubby aku bawak keta turun bukit pun aku dah seriau semacam, selamba badak je si konvoi ni pecut kat fast lane. Seb baik la keta sport, rendah, kalau keta aku buat camtu, sah puuuuuuuurrrr ke gaung.

Ceh...hubby aku pun takmo kalah ni, nak gak memecut. Dia lupa agaknya dia dah jual Prelude dia. Laju memang laju la..tapi kot nak race pun jangan la ngan keta sport. Konfem makan asap. Pulak tu aku tengah riba Reza. Mau ngan aku sekali tercampak luar tingkap kang.

Takpe bang...abang dah puas dah merempit ngan keta tu dulu. Asal balik Tganu je mesti sepanjang perjalanan aku betekak ngan dia. Apa taknya, selama 3 tahun dia pakai keta Prelude tu lepas balik Mesia, asal balik Tganu je tak pernah ada keta yang dapat potong dia. Bayangkan betapa lajunya dia bawak. Before ada highway Kuantan tu, dia penah bawak keta from Subang to KT, 5 jam! Memang laki aku ni pantang sket ada keta potong keta dia. Tu yang aku hangin tu. Apa besar sangat ke darjat keta dia tu? Keta aku yang tak sport tu pun kalau dah nama RIDZUAN yang bawak, habislaaaaaa....habis lenjan keta aku. Boleh mendak absorber.

Seb baik dia dah puas merempit ngan Prelude tu sejak umur 19 tahun (makpak dia tak tau dia pi perabis duit bank dia buat downpayment. Dorang ingat anak dia pi kuar duit buat beli buku..ngehngehngeh). So, lps 10 tahun, dah insaf la agaknya...maka keta rempit itu dijual kat Nilai. Ada orang area Subang nak beli dia takmo jual. Dia kata nanti dia sedih kalau nampak keta dia kat jalan.

Apa tak jual kat Uganda terus??

Di tau Abang sayang sangat ngan keta tu. Tapi macam tak sesuai je nak merempit sambil pangku anak kat depan kan? Tak REMP-IT la. Buat malu Castello je. Lagipun dah tak larat nak bertekak ngan abang everytime abang merempit. Buat tambah dosa aku je. Mulut aku kalau dah bising tu segala carutan lapisan bumi ke-tujuh semua aku kuarkan. Jahat aku ni jangan tak tau.

Untuk mengembalikan ingatan abang pada zaman otai di Nagaoka, ni dia....




::ni la chenta hati beta di zaman mudanya bersama gundik kesayangan, Prelude. Hmmm tak la muda pun. Rasanya masa ni lagi berapa bulan je dia nak balik Mesia. Balik Mesia sebulan terus kawen. Keje pun under probation lagi. Berani kawen anak orang. Cehhhh. Try la redah Nilai kot-kot jumpa keta ni plate number ***757::



::Finalist yang tersingkir dari audition Tokyo Drift, from left : Syukur with his Honda Integra Type R, Nazri with his Honda Accord (USA model), Abang saya with his Honda Prelude, Aji with his Honda (?), Pecal with his Honda (?) and Madek with his Toyota Celica. Nampak tanda silang pada plate keta masing2? Tu sebenarnya ambik gambar terakhir before keta masing2 masuk kontena nak pos ke sini. And rasanya semua dah tukar ke family car skang cuma Pecal je yang tak tukar sebab keta dia memang 4 pintu..:D. And....semua dah bertittle 'Daddy'::

Raya yang tak berapa nak happening


Raya Haji tahun ni turn balik Tganu.
Elok la pun kalau balik sini, selalunya kalau balik Bangi pun bukan celebrate pun. Macam hari-hari biasa jugak.

Tapi this year aku rasa cam happening gila-gila celebration belah family aku. This year dorang celebrate raya cum new year kat A Famosa Resort!!!! Bengang aku!! Kol 11.30 malam, mak aku siap bley call cakap 'aik? Dah tido ke? Kitorang tengah tunggu nak countdown'. BLAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Camno la tak tido. Tganu hujan laaaaaaa. Kat tepon tu aku leh siap dengar dorang karaoke bagai. Seb baik receiver tu takleh tangkap bau-bauan, kalau tak sah aku leh bau udang bakar, sotong bakar, steak dan bla bla bla.

Kat Tganu pun buat BBQ gak. Tapi buat tengahari, bakar kat dapur. Boleh? Punyala aku plan siap bakar daging (beli kat pasar punya, nak tunggu dapat free lambat sangat), marinate ayam sikit punya cun (resepi Chef Ridzuan), goreng fries, prepare salad, bakar sosej, sate...tak sempat hidang. Asal masak je ada je orang ambik. Siap beratur lagi. Payah tol kalau anak sedara ada 18 orang nih. Hancusss plan aku.

Lupa jap aku tengah berdiet. Day before raya tu berat 47kg. Aku rasa on the raya itself tu aku leh naik 3kg. Makan daging banyak tak hengat, sampai migrain.

Kesimpulannya raya tahun ni best sebab ada daging bakar mak metua aku. Kalau tak, konfem tak happening sebab Tagnu hujan. Itu pun dah kira bagus la kitorang tak stuck kat sana takleh balik. Heavy downpour beb. Sehari suntuk sampai ke pagi. Kalau the next day tu hujan tak benti aku dah nekad ajak laki aku balik time tu gak.


::sherashi bersama (slang Ajai)::


::ceria lepas makan daging::


::rumah mak metua aku ni macam ala-ala romantik-spooky gitu. Malap je...hihihi. Maka aku pun menjadi semakin malap dalam gambar ni::


::apesal aku tembam lagi nih??? Berapa lagi berat aku kena turunkan laaaaaaaaaa!!!::



2007-01-04

Budak hitam yang belagak



Ada la satu budak hitam ni.
Bukan aku.
Tapi laki.
Sangat perasan.
Macam la kau hensem.
Kalau hensem takpela jugak.
Seb baik ko ni dijadikan sebagai lelaki.
Kalau jadik pompuan konfem sangat tak laku.

Tergamak ko nak belagak.
Yang ko tu banyaaaaaaaaaaaaaaaak awek.
Ko tengok muka ko kat cermin sket.
Apakah ko layak dikatakan hensem?
Banyaaaaaaaaaaaaaaaaak la.
Ko paham ke apa makna 'hensem' itu?

Tiap-tiap hari tunjuk gambar awek baru.
Claim awek tu minat kat ko.
Ko payah la pulak nak pilih mana satu nak dijadikan bini.
Apa ko nak buktikan sebenarnya nih?
Yang ko tu paling hensem begaya mutu keunggulan kat kompeni ni?
Yang ko tu bahan rebutan?
Yang ko sedang dilema tak tau nak pilih sape sebab semua yang minat ko tahap Miss World?

Ko sedar tak awek-awek yang konon macam kejar ko sangat tu semuanya jenis yang dah sampai due date?
Sebab tu la diorang nak kat ko sebab ko pun dah overdue.
Tu pun kalau betul la dorang nak kat ko which aku rasa tidak benar sama sekali.

Boleh benti jadik perasan tak?
Orang yang hensem takkan pukul canang dia hensem.
Kalau orang cam ko dikategorikan sebagai hensem gila, mau menangis Dr Muzaffar okkkk?

Pi audition Mencari Cinta la.
Kalau ko bejaya lepas intebiu 1st stage pun dah besar rahmat!
huahhuahahuahauuahhauahauuahauuahauah


::kalau hensem cam ni takpela gak. Errr...hensem ke si Zaf ni? Ayah sapaaaaa la nih???::

p/s : pinjam gambaq hang jap Zaf, nak jadikan role model. Nak letak gambar laki aku, teramat hensem la pulak. Eh.