2016-02-29

Manusia yang dimanjakan dengan kesenangan takkan tau bawak diri



Aku naikkan status ni Sabtu lepas sebab kebetulan ada 3 email masuk.
Luahan masalah keluarga.
Disebabkan semua laptop and desktop ada kat opis and aku malas nak update blog pakai henfon, so aku update je dulu kat FB sebagai status.
So that aku tak lupa yang aku kena buat entry panjang sikit tentang ni.

Disebabkan aku banyak terima email-email macam ni menjak dari dulu lagi, aku realized masalah manusia ni sebenarnya berpusing-pusing kat benda yang sama je.
Yang beza cuma persepsi pemahaman kita dan cara mentafsir.

Masalah duit.
Masalah ipar-duai.
Masalah suami curang.
Masalah mertua cerewet.
Tak sebulu ngan member opis.
Balik-balik itu jugak la ceritanya.
Maksudnya, manusia ni semuanya diuji dengan ujian yang tak jauh beza.
Cara susunan cerita je mungkin beza, tapi formulanya sama.

Dan selalunya bila dah start bercerita, mesti ada ayat "Saya tengok orang lain kahwin sampai 10 tahun, saya baru 2 tahun macam-macam hal jadi".

Kat sini lah sebenarnya masalah besar berlaku.
Bila kita start bandingkan nasib kita dengan takdir hidup orang lain.
Kalau pernah buat macam ni, tolonglah rentikan.
Sebab selalunya masalah tu boleh selesai.
Dia akan jadi berat nak selesai bila kita start buat perbandingan.
Ni semua penambah stress je.
Konfem takkan jumpa jalan keluar kalau camni gayanya.

Jangan lupa dengan sejarah penciptaan manusia.
Punca iblis taknak sujud pada Nabi Adam sebab apa?

Perbandingan.

Bila iblis start kata "Aku kan lebih baik ciptaannya".

Ni lah puncanya.
Selesai tak masalah?
Tak selesai.
Sampai sekarang.

Bila kita start buat perbandingan, maka akan hadir sama perasaan dengki, tak puas hati.
Lepas tu meleret kepada fitnah.
Ni semua perangai iblis la.
Dah elok-elok duduk syurga, tak pepasal akhirnya jadi makhluk paling terkutuk dan penyudahnya kat neraka.

Selalunya manusia akan pertikaikan nikmat yang berbentuk keduniaan.
Nak lagi hidup zaman FB ni.
Semua pun boleh tunjuk, semua pun boleh nampak.
Rumah siapa lagi besar
Kereta siapa lagi mahal.
Anak sape lagi success.
Husband siapa yang lagi romantik.
Isteri siapa yang lebih rajin ke dapur.
Badan siapa maintain slim lepas bersalin.
Wahhh, kemain seronok kita kira bahagia orang. Stalk nikmat orang.

Tapi tak ramai yang nak stress-stress membandingkan siapa lebih banyak beribadat.
Siapa lebih istiqomah menutup aurat.
Siapa yang lebih rajin berpuasa sunat.
Siapa yang lebih banyak baca Al-Quran.

Tak kan?

Sebab benda-benda ni semua tak ditunjukkan dalam FB.
Bila kita tak nampak maka otak kita buat kesimpulan benda tu tak ada. Tak berlaku.
Padahal ada.

Sebab tu kena relax bila tengok benda-benda macam ni.
Kena faham manusia memang suka tunjuk perkara yang best-best. Itu fitrah.
Dan manusia suka simpan kekurangannya. Itu pun fitrah.
Semua orang ada waktu bahagia, ada waktu tak bahagia.
Mana ada semua pun bahagia.
Mana ada semua pun nikmat je hidup dari kecik sampai ke tua.
Mesti ada sisi tak bahagia, tinggal lagi dorang taknak cerita.
Nikmat Allah ni takkan datang berterusan.,
Akan sampai waktu-waktunya Allah stopkan nikmat tu.
Supaya kita tak jemu.

Aku duduk hotel Le Meridien kat Mekah hari tu 7 hari.
Hari pertama sampai hari ketiga excited la, Gila seronok makan semua best.
Hotel grand lah katakan. Makan pun grand.
Masuk hari keempat, dah slow. Walaupun semua makanan best-best.
Kalau hari-hari makan mewah, pun akan jemu.
Sesekali dapat makan sardin ngan telur dadar bubuh kicap.
Pehhhh. Bertambah 3 kali okeh.

Macam tu lah hebatnya Allah atur hidup manusia, supaya kita tak rasa jemu.
Sesekali kena rasa sakit, barulah nanti kita hargai nikmat sihat.
Rasulullah yang seluruh penduduk langit dan bumi memujanya pun hari-hari berdoa kat Allah supaya Baginda diberikan nikmat 1 hari lapar, 1 hari kenyang. Dia taknak kenyang hari-hari.
Kita ni amalan tak seberapa, dosa menimbun asik mintak and nak yang best-best je.
Terkehel sikit dah meratap nasib. Banyak cantik???
Ya, aku cakap untuk ingatkan diri sendiri jugak ni.

Memang betul semua orang nak rasa happy and nikmat sentiasa.
Tak ada siapa nak rasa derita.
Tapi jangan lupa, kita ni matang kerana kita pernah lalui saat susah, saat sakit, saat tertekan.
Manusia yang dimanjakan dengan kesenangan takkan tau bawak diri.

Orang yang percaya pada keadilan Allah takkan membandingkan nasibnya dengan takdir orang lain.
Dia percaya yang kelebihan dan kekurangan tu datang seiring.
Setiap orang ada rezeki masing-masing.
Bila lihat orang lain lebih, dalam masa yang sama kena percaya dia pun ada kekurangan.
Bila nampak kekurangan diri, percaya yang kita juga ada kelebihan.
Semua datang dalam pakej.
Bila kita sedar akan formula ni barulah kita boleh jaga hati kita dari terlalu merasa rendah diri, terlalu merasa bangga diri.


Lupa nak bagitau offer ni sehingga 3 Mac 2016.

2016-02-27

Tudung sampai beribu!



Hambik tu tudung sehelai sampai RM5,732,48.
Nampak macam biasa-biasa kan?
Especially kalau kita belum mampu nak beli memang semua benda pun kita akan nampak macam biasa-biasa.
Tapi sebenarnya kalau kita ada duit, spender macam roti kirai pun kita tetap beli.

Rata-rata yang komen kat tudung Bawal Exclusive ni macam tu la.
Semua pertikaikan tudung hape mahal beribu macam ni sekali.

It's ok.
Nak pertikaikan, silakan. Tak salah.
Sebab pertikaian memang akan wujud di kalangan orang yang tak tau. Itu biasa.
Tapi tak perlulah sampai "Tudung ni kalis api neraka ke?"
Kalau kalis, apa salahnya beli kalau setakat RM5K.
Neraka tu bukan suam-suam kuku oi. Kalau boleh ditukar ganti dengan RM5K, alangkah bodohnya tak beli.

No..No.
Tak payah nak sarkastik sampai macam tu sekali.
Akan menampakkan lagi betapa singkat dan sengkeknya akal kita.
Sengkek poket takpe.
Tapi kalau pemikiran pun sengkek, tu kritikal.

Untuk kita-kita yang kurang faham apa istimewanya tudung sampai beribu padahal biasa-biasa je rupanya, macam tu lah jugak orang lain tengok kita bersusah-payah kumpul duit untuk beli designer henbeg yang rupa bentuknya pun biasa-biasa je.

Tapi sebab apa ada orang sanggup berhutang untuk beli?

Sebab ada istimewanya henbeg tu pada mata dia.

Mungkin dari segi kekemasannya.
Mungkin sebab labelnya.
Mungkin sebab lambang kemewahannya.
Mungkin juga sebab minat. Memang minat sangat-sangat.

Memang ada jenis manusia yang kalau dah minat dengan satu-satu brand tu, dia akan kumpul apa jugak keluaran brand tu tak kisahlah walaupun bendalah tu pelik gila rupanya, dia tetap akan beli.

Ini namanya raving fans.

Dan Bawal Exclusive ni keluarkan tudung beribu-ribu ni bukan suruh orang cam kita-kita yang tak minat ni pi beli.
Dia pun tak hadap kita beli.
Dia keluarkan tu untuk raving fans-nya.
Untuk those yang memang pakai Bawal Exclusive, yang memang kumpul koleksi Bawal Exclusive, yang memang follower that brand.

Yang kita-kita ni tak paham perasan si Bawal tu hadap kita ni pi beli.
Takde maknanya!

Aku pernah alami ketaksuban macam ni kat Ariani.
Masa mula-mula bertudung dulu kan aku pakai tudung awning.
Masa tu tak reti nak pakai shawl segala.
Payah gila kot nak cari tudung awning yang cantik terduduk atas kepala.
Masa tu takut gila nak masuk Ariani.
Sebab kedai nampak gah nau dari luar.
Pakai model Wardina (artis).
Dulu mana ada orang jual tudung pakai duta artis. Ariani sorang je.
Lagi lah nampak mewah. Dah kalau nampak mewah, of cos la mahal.

Lama-lama dek kerana fedap keluar masuk kedai tak jumpa gak tudung awning yang cantik terletak, aku beranikan diri masuk Ariani.
Ariani Bangi memang untungla hari tu dapat new customer yang terdesak macam aku.
Aku sarung sekali je tudung awning dia terus cantik terduduk atas kepala.
Terasa cun gila tengok muka sendiri pakai Ariani. Iras-iras Wardina. Kaler je lain sikit.
Terus aku rembat 5 tudung awning and 3 shawl.
Padahal first time beli tu.
Pakai shawl pun tak reti tapi dah beli dulu.

Tengok harga tudung awning plain (yang ni yang paling murah time tu) dah RM89 sehelai.
Pastu shawl RM150/helai.

Takpe. Bayorkan je lah janji sedap pakai.

Aku suka tudung awning dia.
Aku suka shawl-shawl Ariani sebab semua cantik-cantik.

Start dari tu, aku akan sentiasa beli Ariani.
Dan selalunya aku akan beli time tak sale.
Sebab sebenarnya time tak sale lah stok dia cantik-cantik.
Ada beza kualiti jahitan yang dijual time sale.
Tapi kadang-kadang pergi jugak time sale tu.

Aku pernah habiskan beribu in a single resit kat Ariani.
Sebab tu aku kata Ariani ni berpuaka especially untuk raving fansnya.
Konfem tak jumpa pintu keluar.
Ketaksubannya melampau-lampau.
Aku main sauk sauk sauk je shawl yang aku rasa cantik kat mata.
Padahal sampai sekarang ada lagi price tag tak bukak.
Menunjukkan betapa aku tak pakai pun sebenarnya tapi disebabkan aku kategori raving fans Ariani, sebab tu aku beli.

Dulu aku pelik apesal la Ariani ni jual shawl sampai RM800 sehelai, sape nak beli?
Sebenarnya ada pembeli. Bukan aku la.
Tapi kalangan yang minat dan dikalangan yang ada duit.
Dalam banyak situasi orang yang beli baju beribu, kasut beribu, tudung beribu ni semua bukan sebab dia nak pakai sangat pun.
Tapi dia minat dan dia ada duit.

Janganlah kita ingat tudung beribu tu takde pembeli.
Ada.
Tinggal lagi pembelinya mungkin bukan di kalangan yang tak memerlukannya macam kita.
Dan yang beli tudung beribu tu pun dia beli sebab dia mampu.

Dulu Mak Aji selalu bising bila aku beli Ariani banyak gila.
Tu yang kadang-kadang aku angkut dia sekali masuk Ariani mintak dia pilih apa dia nak.
So that dia tak bising kat aku.

Kalau orang lain tengok pun mesti agaknya dia cakap aku gila.
Membazir je beli tudung yang tak kalis api neraka ni.
Tapi itulah bezanya antara BELI KERANA NAK PAKAI dan BELI KERANA MINAT.

Kalau kita beli sebab nak pakai, pasti kita pakai.
Tapi kalau kita beli sebab minat, belum tentu pakai tapi PASTI BELI.

Yang kedua tu yang selalunya kedai-kedai akan jaga lebih.
Dia belai baikkk punya.
Tak caya gi tanya orang yang kumpul satu-satu jenama henbeg.
Dorang tu beli henbeg sebab kedai henbeg tu call dia everytime ada new arrival tau.
Sebab kedai tu tau orang macam tu la raving fan. Dia mesti akan beli punya walaupun henbeg yang beli 17 bulan lepas pun tak pakai lagi.
Yang ni lah Bawal Exclusive buat.
Tudung beribu tu untuk yang BELI KERANA MINAT.

Tapi dah lama dah aku tak masuk Ariani menjak jadi Darth Vader ni.
Baru-baru ni dapat sms sale aku leh wat dek.
Alhamdulillah, jimat duit aku.



2016-02-26

Ayisha


Hari ni entry tak panjang.
Sebab tetiba mood aku menulis ranap.
Aku rasa macam nak balik rumah membuta sebab sakit tekak.

Tapi walaubagaimanapun, aku tinggalkan gambar-gambar di bawah untuk cuci-cuci mata.

Ni jubah the latest Fleur by Mrs Him.

Payah nau nak carik jubah hitam yang tak merelip.
Nak bawak pi masjid pun segan sarat sangat ngan sulam and merelip depan belakang.
Jadi aku buat koleksi Black yang simple tapi sangat wow.
Aku tau jubah ni wow sebab 90% mesej yang diterima kat FB page Fleur komen macam tu.

Harga RM250/pc.

Kali ni aku bukan pakai dull satin, satin silk, moss ceper, poly crepe.
Aku pakai material Jacquard.
Tak banyak butik yang gunakan material ni sebab mahal sikit.
Tapi aku percaya ada kelompok yang sukakan material macam ni.
Material ni sejuk, tak mudah renyuk and jatuh cantik je.
Lagi satu jubah-jubah kat sini semua style Abaya ya, tak ikut potongan badan, so solat-ready.


Jubah ni dah available kat website.
Subscribe website untuk dapatkan diskaun RM20.
Lepas subscribe baru kita activate kod diskaun AYISHA20 (masukkan kod ni masa check-out).

Atau boleh whatsapp 012-7728976


Aku dah launch kat website 3 hari lepas.
So size XL and XXL untuk Brown Root dah habis.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yang ni masih lagi on.


2016-02-25

Niat aku baik


Last week viral jap kat FB pasal buku sekolah kena conteng dek ustazah.
Sape nampak post tu?
Aku nampak banyak kali.
Rajin nau frenlist aku share artikel tu.

99.9% kat ruangan komen mem-bash mak/bapak yang tulis nota warning kat ustazah tu.

Yang bestnya tu bila hanya dengan 1 gambar saja dah boleh tau macam-macam versi cerita.
Ada yang kata kalau tak boleh conteng pi ajar anak sendiri kat rumah.
Ada yang kata biasa la tu cikgu conteng buku sebab nak ajar.
Ada yang bijak sikit pi mintak tengok dulu contengan tu contengan yang macamana.

Yang pasti, hanya dengan 1 gambar orang boleh buat macam-macam andaian.

Menakjubkan.

Honestly, nota tu memang ditulis dengan agak kuang ajaq sikit ayatnya.

TAPI, takde orang yang akan keluarkan kata-kata kesat dengan tiba-tiba melainkan ada perkara yang benar-benar dah sakitkan hatinya.
Macam kita yang baca post tu lah.
Kalau kita tak baca post tu, takkan tetiba kita nak merempan tak tau hujung pangkal, kan?
Lepas kita baca status tu baru tak semena-mena datang angin baran.
Padahal tadi elok je makan jambu cecah sambal kicap sambil terbahak-bahak.

Pernah tak kita ada dalam situasi kita rasa nak perbaiki keadaan tapi orang anggap apa yang kita buat tu menambahkan lagi teruk keadaan?

"Aku ni bukan apa, aku nak tolong je dia. Dia tu hari-hari kena pukul dek laki tau tak. Aku tak sampai hati. Tapi bila aku tolong, semua marah aku. Jangan memandai-mandai sibuk hal rumahtangga orang katanya"

Kitaselalu rasa niat kita sebenarnya nak buat baik.
Kita nak bantu dia.
Kita nak perbaiki kelemahan dia.
Kita nak biar dia faham apa kita ajar.
Kita nak kenen-kenenkan dia ngan member kita.
Kita nak tolong jadi match-maker.
Macam-macam.
Memang niat kita baik.
Tapi kadang-kadang kita memandai-mandai.

Impak berbuat sesuka hati (memandai-mandai) ni silap-silap boleh bagi keruh hubungan sesama manusia.

Pernah dulu salah sorang reader aku bagitau dia rasa mak mertua dia nak marah kat dia tapi lepaskan kemarahan tu kat anak.
Kebetulan sehari sebelum tu dia balik lewat malam, jadi mak mertua dia membebel sikit dia balik lebih lambat dari laki sendiri (alah, ni benda-benda biasa lah kalau mak-mak berleter).
Jadi the next day dia balik dari kerja tengok anak pompuan dia umur 4 tahun dah berambut pendek macam jantan.
Dia cakap rambut anak dia panjang cantik, mak mertua kerat habis.
Dia 'mintak kebenaran' aku boleh tak kalau dia nak lari dari rumah.

Kes ni melibatkan 2 isu.
Isu pertama, prasangka.
Isu kedua memandai-mandai.

Aku tanya dia, dia ada tanya ke kat mak mertua dia apesal potong rambut anak dia sampai pendek macam tu sekali?

Dia kata tak.
Sebab dia rasa dia tau mak mertua dia bengang ngan dia.

Aku suruh tanya dulu.

After 2 hari dia email aku semula dia cakap betul dia salah sangka.
Mak dia potongkan rambut anak dia sebab rimas tengok rambut budak tu berselirat bila disikat, lepas tu panjang sampai tercocok mata.

See?

Kalau ikutkan bersangka-sangka tadi tak pepasal free-free jatuh nusyuz keluar rumah.

Tapi dalam masa yang sama mak mertua dia pun salah juga.
Sebab memandai-mandai.
Ye, betul itu cucu awak.
Tapi bukan ke lebih proper tanya dulu mak bapaknya.
Kadang-kadang niat yang baik pun boleh bagi penyudah yang buruk.
Jangan disebabkan kita rasa niat kita baik maka kita boleh buat sesuka hati.

Macam kes ustazah yang conteng buku tu pun, aku tau, semua pun tau, niat dia baik.
Dia nak mengajar.
Sebab cikgu Rayyan pun 'conteng' buku jugak.
Tapi kita kena faham, tak semua mak-bapak boleh terima kebiasaan tu.
Ada yang boleh terima buku anaknya 'diconteng' cikgu atas alasan pembelajaran.
Tapi dalam masa yang sama kita tak boleh anggap semua pun boleh terima.
Manusia kan berbeza-beza.

Apa salahnya bertanya dulu.
Atau lebih baik, di awal-awal lagi time pendaftaran ataupun pada muka surat depan setiap buku dicop siap-siap pemberitahuan yang buku-buku mungkin akan 'diconteng' oleh cikgu untuk tujuan belajar.
Mintak situ mak bapak turunkan tandatangan.

Sama lah konsepnya kalau hantar anak kat nursery.
Selalunya cikgu akan bagitau awal-awal kalau anak demam, jangan dihantar nanti berjangkit dengan anak orang lain.
Atau, mak bapak yang jemput anak lewat 15 minit akan didenda RM5.
Seriesly, sekolah Rayyan buat macam ni tau.
Dia letak peringatan tentang late pick-up ni kat message book which aku rasa less-annoying la.
Ia akan menjadi lebih annoying kalau mak bapak tak tau apa-apa eh tetiba hujung bulan kena bayar tambahan RM30 atas sebab late pick-up. Mak bapak mana yang tak mengamuk kalau macam tu kan, walaupun cuma RM30.

Sebenarnya, yang membuatkan mak bapak mengamuk bukan sebab denda, atau buku diconteng.
Tapi sebab tiada peringatan dibuat terlebih awal.

Macam kes amaran late pickup skolah Rayyan ni, terbukti 'amaran-amaran' awal macam tu sebenarnya mak bapak boleh terima.
Yang membuatkan orang marah bukan soal lorat ke, conteng ke, hape ke.
Tapi semua orang hanya nak hak mereka DIHORMATI.
Tu je.

Kita ni kalau nak merungut pasal orang lain sampai kiamat pun manjang je ada benda yang kita tak puas hati.
Tapi sometimes, kita tak realize ada perkara-perkara yang berbangkit ni kadangkala bermula dengan niat baik (a.k.a memandai-mandai).
Tapi sebab malas bertanya, malas bagi maklumat, malas bagi peringatan, ujung-ujung semua huru-hara.

Dan lepas tu kita mula ungkit jasa dan bakti kita untuk memperbaiki keadaan.
"Niat aku baik sebenarnya..."

Betul.
Takde siapa nafikan.
Memang niat kita baik.
Dan tak salah kalau kita nak rasa frust and sakit hati bila orang salah ertikan niat kita.
Tapi, kita pun kena berlaku adil pada situasi.

Siapa yang mulakan?
Silap kita atau silap orang?
Sebab niat yang baik bukan tiket untuk kita buat sesuka hati.

Memang ada certain situasi niat baik ni ada kebaikkan.
Contohnya kalau kita pi rumah orang.
Niat kita lepas minum kat depan tu nak kemas tolong angkut sekali bawak masuk dapur.
Memang bagus.
Kalau tuan rumah suka.
Kalau tuan rumah bangsa tak berkenan orang masuk dapur dia, camne?
Takkan kau nak kata "Berlagak! Macam lah dapur dia cantik sangat".
Eh? Kau pulak yang bengkek?

Tapi kalau tuan rumah pun ok, tak salah.
Apetah lagi kalau tolong basuhkan sekali pinggan mangkuk tu.
Tapi, dalam banyak situasi, lebih baik jangan memandai-mandai.
Kalau nak jugak tolong angkat, tanya dulu "Aku angkat ni masuk dapur eh?"
TANYA.

Kalau kita tengok dengan penuh hikmah, Rasulullah saw sendiri ajar kita nak buat apa-apa 'tanya Allah' dulu melalui istikharah.
Kalau sesama manusia, kita musyawarah.

Bukan memandai-mandai.
Walaupun niat baik.



Ni pun salah satu NIAT BAIK. Hahahaha.
Aku dah blast kat email to all pengguna Ephyra tegar.
Dah ramai yang start order pakej-pakej ni.
Ni baru aku nak naikkan kat blog.
Sila-silakan lah ya.


2016-02-22

Doalah




Pagi tadi aku up-kan status pasal doa yang aku baca sejak aku ke umrah tahun 2013.
Aku tak pernah tinggalkan doa tu.
Aku tak pernah kaji pun tentang doa tu. Aku buat je sebab aku rasa tak ada yang salah pada doa tu.
After 3 years, baru aku tahu pagi ni yang rupanya doa itu sememangnya wujud.
Alhamdulillah, aku dapat rasakan kekuatan doa tu.

Kekuatan doa.
Kekuatan yang pernah membuatkan bulan terbelah 2.
Kekuatan yang membuatkan lautan terbelah 2.
Kekuatan yang membuatkan api menjadi sejuk.
Ini semua kekuatan luar biasa yang berlaku yang tak pernah terjangkau dek akal manusia.

Jangan pandang remeh dengan kekuatan doa.
Apetah lagi kalau dibuat dengan penuh ikhlas, istiqomah, bersungguh-sungguh serta YAKIN.

Yakin tu bukan bermaksud yakin doa itu makbul kerana kita yang berdoa.
Tetapi yakin Allah akan makbulkan doa itu.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.”

Berdoa jangan pada waktu susah saja.
Waktu senang jangan sekali-kali tinggalkan doa.

Bila pagi ni aku ternampak printscreen Sufyan Ats Tsauri tu rasa sayu je tiba-tiba.
Banyak sangat hikmah yang Allah tunjuk kat aku tentang doa yang aku malas nak kaji.
Tapi pagi ni printscreen ni bukak mata hati aku tentang doa.



Ini salah satu doa dari seorang reader lelaki.
Dia hantar doa yang panjang masa aku kat Mekah, mintak dibacakan.
Aku ingat lagi doa ni aku baca sambil menangis sebab aku sangat faham macamana penantian selama 6-7 tahun.
Demi Allah, aku doakan semua yang berkirim doa dengan sungguh-sungguh sebab dalam hadis ada disebut, kalau kita doakan orang lain, apa yang kita minta untuk diri sendiri malaikat pula yang akan doakan.
Aku nak kejar doa malaikat. 



Menangis aku masa aku dapat whatsapp ni dari dia last week.
Ya Allah, betapa luar biasanya kekuatan doa dan kebesaran Allah.
Good news ni kalau dikaji dengan hikmah, sebenarnya Allah nak kita bersilaturrahim dan kekalkan ikatan tu.
Tak rugi kita kenal ramai orang, tak rugi kita berbaik sangka, tak rugi kita buat baik sebab benda yang baik akan dapat kat kita semula.

Jangan salah faham.
Aku tak maksudkan doa aku makbul.
Cuma aku nak share apa pemahaman aku tentang situasi ni berdasarkan hadis Muslim
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT."

Betapa hadis ini benar!



Tahniah jugak pada reader ni.

Laa haulaa walaa quwwata illaa billaah ertinya "Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan Allah".
Baca doa ni selepas solat.
Banyak kali.
Sehingga benar-benar terasa ke dalam hati.

Doa ini adalah pengakuan kita bahawa kita tak mampu buat apa-apa.
Semuanya Allah yang bagi.
Walaupun nanti kita berjaya dapatkan sesuatu, insyallah kita takkan mudah sombong dan takbur dengan diri sendiri sebab doa ini meyakinkan kita yang segalanya berlaku dengan izin Allah.
Samalah macam doa.
Yang menggerakkan aku untuk sampaikan doa pun adalah Dia. Kalau Dia tak gerakkan agaknya aku pun terlupa sebab kiriman doa terlampau banyak.
Jadi, aku cuma alat saja.
Yang bagi, Dia.

Bacalah doa ni sentiasa.
Ia bersihkan hati dan buatkan tauhid kita semakin lurus.



Banyak sangat kiriman doa yang sampai kat aku masa aku di Mekah hari tu, aku tak dapat nak ingat semua untillah orang tu akan contact aku semula.
Macam reader di atas. Aku lupa dah semua kiriman-kiriman doa ni.
Last week masa perjalanan ke Penang aku dapat mesej ni.
Doa dari seorang ibu yang berusaha nak dapatkan sponsor product untuk penyakit anaknya (celebral palsy kalau tak salah), tapi produk tu beribu harganya.
Alhamdulillah, Allah hantarkan seorang yang tergerak hati nak bagi free product untuk dia.
Amin, amin, semoga ada kesembuhan.

Orang kata doa di Tanah Haram ni makbul.
Ya, betul.
Tapi kalau hanya di Tanah Haram saja doa makbul, betapa Allah itu tak adil untuk hambaNya yang tak berkemampuan ke sana.
Doa itu makbul di mana-mana saja.
Cuma Allah saja yang simpan rahsia bagaimana dan bila dia nak makbulkan.
Semuanya tu kalau dikaji dengan hikmah, sangat menginsafkan.
Macam kes kat atas ni, dia mintak aku sampaikan doa. Aku tolong sampaikan je.
Dan pertolongan tu kemudian datang dari orang lain yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu.
Cantiknya aturan Allah kalau kita benar-benar kaji dengan mata hati.
Betapa dia tunjuk kat kita yang setiap satu ciptaanNya tak diciptakan dengan sia-sia, semua ada role masing-masing.



Bagus budak ni.
Dia dah menyedarkan aku yang kita sebenarnya memang kena berdoa dari sekecik-kecik perkara kepada sebesar-besar perkara.
Kalau nak ikutkan lojik macam kelakar gila kot nak carik rumah sewa sampai kena mintak orang lain doakan sama.
Tapi itulah dia yang kita (aku) selalu salah anggap.
Sedangkan semua benda yang kita nak (dan nak buat) harus tanya Allah dulu melalui istikharah.
Jadi, tak ada yang peliknya kalau kita nak beli baju baru pun kita buat istikharah dulu.

Terima kasih dik.
Awak ucap terima kasih kat akak sebab awak rasa dapat rmah sewa tu kerana doa akak, tapi sebenarnya Allah bagi akak peringatan melalui awak kerana awak sedarkan akak apa jugak kita nak buat, kita kena 'tanya' Dia dulu.



Inilah sebenarnya doa yang aku tunggu.
Mungkin kerana doa dia aku berubah. Terima kasih.

Sebetulnya, kalau kita ikhlas nak orang tu berubah, memang kita kena doakan.
Jangan kutuk. Kutuk takkan mengubah orang tu tapi akan mengurangkan lagi potensi untuk doa kita dimakbulkan sebab hati yang mati doanya takkan dimakbulkan Allah.

Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pun untuk memutuskan tali silaturahim" (Muslim).

Kadang-kadang seseorang tu hadir dalam hidup kita bukan sebagai nikmat tapi sebagai ujian.
Allah tu didik kita melalui pelbagai cara.
Kita ada pilihan untuk lalui ujian tu dengan cara yang kita mahu.
Zaman IT sekarang ni lagi lah senang ujian itu datang.
Bak kata pepatah 'segalanya di hujung jari'.
Nak buat pahala pun di hujung jari.
Nak buat dosa pun di hujung jari juga.
Pilih lah.

Printscreen aku semua ni sangat menambahkan keyakinan aku kekuatan doa.
Doalah apa saja walaupun nampak macam mustahil.
Just yakinkan hati ketika berdoa bahawa Allah Yang Maha Memungkinkan Kemustahilan.

2016-02-18

Tembak testimoni time


Dah lama dah aku nak tulis pasal ni kat sini tapi asik lupa.
Sebab GreenAard ada blog sendiri - www.greenaard.com. Bila agen tanya aku soalan, aku akan jawab dalam bentuk entry kat blog GreenAard.
Ada tab BLOG kat dalam website tu untuk agen-agen buat rujukan tentang weight loss.
Aku tau customer takdenya nak baca, so kalau orang tanya senang just bagi link je sebab artikel semua dah ditulis.

Tapi bila salah seorang reader PM aku untuk share weight loss journey dia, aku rasa aku nak kena explain gak kat sini sebab boleh tahan ramai juga pengidap HYPOTHYROID yang nak guna GreenAard tapi selalunya sebelum pembelian lagi kitorang dah bagitau awal-awal what should they expect.




Customer kat atas ni ada hypothyroid.

Hypothyroid memang ada kesukaran sikit nak turunkan berat sebab ini melibatkan hormon imbalance (hormon T3 dia sangat tak aktif).
Ada sesetengah orang dia tak sedar yang dia sebenarnya ada hypothyroid.

Antara signal terawal yang korang boleh dapat adalah bila korang sentiasa nak makan.
Macam tak kenyang-kenyang.
Ini adalah salah satu petanda awal.
Sebab hormon leptin dalam badan dah mula tak efektif.
Hormon leptin ni yang berkait rapat dengan kelenjar thyroid.
Bila leptin dah stop membagi signal waktu yang seharusnya korang makan, maknanya leptin juga dah stop bagi signal kat thyroid.
That is when and why you people asik terasa nak mengunyah.

Bila ada customer yang bagitau dia ada hypothyroid, aku always pesan nak tak nak, pengidap hypothyroid kena dibantu oleh banyak perkara.

Antaranya pemakanan.

TAK PERLU BERLAPAR.
Tapi kurangkan makan makanan yang akan menambahkan berat badan macam high sugar food (air bergas, kek, candy, ais-krim...).
Sebab orang hypothyroid, metabolisme dia sangat sangat sangat rendah.
Kalau dia bersenam kaw-kaw pun progress dia still slower dari senaman orang yang tak hypothyroid.
Jadi, bantulah weight loss journey tu dengan elakkan makanan high sugar.
Memang sedap semua tu.
Tapi kalau tak makan semua tu pun, korang masih tak perlu berlapar.
Masih boleh makan makanan lain.

Kalau pun korang tak ada hypothyroid, TAHAN LAPAR BUKANLAH OPTION.

Tahan lapar and tahan makan adalah 2 benda berbeza ya.
Tahan makan kek, korang masih boleh makan nasik.
Tapi kalau tahan lapar maknanya kek ngan nasik pun korang taknak makan.

Selalunya bila sebut kena kuruskan badan je, ramai yang tahan lapar.
Sehari makan sekali je, tu pun kunyah salad.
Ni namanya diet kronik.
Dengan harapan 3 hari tak makan nasik, kunyah salad je, hari keempat boleh turun 5kg.

SALAH.

Diet kronik menyebabkan badan mengalami stress tanpa korang sedar.
Gabungan diet kronik dan stress ni menyebabkan leptin resistance.
Dan akhirnya leptin kurang berfungsi.
Bila leptin kurang berfungsi, isyarat pada otak tidak dihantar dan mengakibatkan metabolisme badan jatuh.

Sebab tu ada yang alami "Aku tak makan nasik 3 hari tapi berat aku maintain je tak turun".

Itu lah sebabnya.
Badan terus shut down.
Bila metabolisme shut down, macamana nak bakar lemak?

Kepala otak kita ni lebih prefer karbohidrat berbanding zat lain.
Bila perut dah biasa makan nasik, tetiba esok tu kau terus buat diet tanpa karbo, badan akan alami stress yang aku sebut kat atas tu.

Nak cut karbo boleh, tapi jangan drastik.
Do it slowly.
Kalau dah biasa makan 2 senduk nasik, kurangkan kepada 1 senduk.
Slowly after -2-3 weeks, kurangkan kepada setengah senduk pulak.
Itu kalau yang taknak ambik karbo la.
Aku takleh.
Aku Jawa. Jawa carik nasik.

Pengidap hypothyroid please banyakkan makan sayuran berdaun, olive oil (ambik 1 sudu setiap hari) and tomato.
Sebab sayur-sayur tu ada nutrient yang kurang dalam pengidap hypothyroid.
Dan nutrient dalam sayur-sayur tu boleh bantu weight loss.

Those yang ambik GreenAard tau setengah jam lepas ambik GreenAard TAK BOLEH MAKAN APA-APA.
After 30 minit baru boleh breakfast.
Ini adalah sebab dalam masa 30 minit baru serotonin dibebaskan.
Dan serotonin ni yang bagi korang rasa kurang lapar.

Tapi, kalau masih tak rasa kurang lapar, malah asikkkk nak mengunyah, please jumpa dokter.
Itu boleh jadi tanda-tanda awal nak dapat hypothyroid.
Sebab orang yang hypothyroid kurang membebaskan serotonin.

Another kemestian untuk orang yang ada hypothyroid, mesti banyak bergerak.
GreenAard laju bertindakbalas pada orang yang tak ada hypothyroid.
Untuk yang ada hypothyroid please help yourself to bergerak sebab kalau korang tak banyak lakukan pergerakan, metabolisme akan jadi lebih slow.

So nanti orang tanya, dah tu kalau GreenAard tak bertindakbalas dengan orang hypothyroid maknanya tak payah ambik la kan?

GreenAard trigger serotonin.

Macam yang aku cakap tadi, orang hypothyroid kandungan serotonin yang dirembeskan adalah rendah.
GreenAard can help you by meransang penghasilan serotonin.
Dalam tempoh 30 minit selepas ambil GreenAard tak boleh makan apa-apa.
Gunakan waktu tu untuk do some exercise yang ringan-ringan (sebab orang hypothyroid selalunya berbadan besar jadi memang kita tak expect dia buat exercise yang melampau-lampaui kang short breath pulak).
Just buat aktiviti renganga, or berlari setempat dah memadai TETAPI MESTI RUTIN.



Tak semua orang bernasib baik macam customer ni.
Dalam masa sebulan tuurn 4.8kg.
Aku sendiri ambik masa 4 bulan nak turun 7kg.

Tapi macam yang aku pernah bagitau, turun berat ni banyak faktor.
Antaranya berat badan semasa (current weight).
Kalau berat badan korang sekarang 58kg dan berat badan ideal pulak 54kg, please expect penurunan tu slow sebab badan dah menghampiri berat badan sihat.

Someone yang berbadan 100kg, excess maybe 40 kilo dari ideal weight - badannya membawa beban lemak yang banyak.
Lebih besar badan, lebih banyak jalori yang dibakar.
Konsepnya macam ni..

Orang yang beratnya 50kg, akan bakar lebih kurang 160 kalori dalam masa 60 minit berjalan kaki.
Tapi orang yan beratnya 110kg akan bakar kalori sebanyak hampir 400 dalam tempoh waktu yang sama.
Kenapa yang berat 50kg tu bakar kalori 160 je?

Sebab badan dia tak banyak lemak.
Kalau dia exercise kaw-kaw pun kalori yang boleh dibakar untuk tempoh 60 minit tu hanya range tu je. Sebab badan dia dah hampir stabil.



Ni salah seorang pengguna GreenAard yang aku update testimoninya kat FB GreenAard.
Dia datang opis aku sendiri beli 6 botol GreenAard terus (2nd purchase).
Dia cerita sendiri weight loss journey dia. Aku suruh dia tulis testimoni hantar kat aku.
Amazing sangat 1 bulan turun 19kg.
Berat asal 100kg.

Progress turun berat takkan sama antar satu manusia dengan manusia lain.
Banyak faktor yang kena ambil kira.
Prosesnya sama, tapi progressnya mungkin berbeza.

Usia pun salah satu faktor.
Semakin kita berumur, apa pun dah 'longgar'.
Kulit muka longgar.
Kepala lutut longgar.
Deria pendengaran pun longgar.
Sebab tu wujudnya supplement.
Supplement adala alat bantu untuk kita dapatkan kembali apa yang dah semakin hilang.
Walaupun takkan dapat semua, tapi sekurang-kurangnya ada backup.

Customer bawah ni beli GreenAard kali pertama January lepas.
Bila dia nak repeat order, admin aku tanya how's the progress.
Rupanya dia beli untuk bapak dia.
Ayah dah berumur 59 tahun, masih boleh turun 4kg sebulan.
Aku tak tau berapa berat badan ayah dia, maybe overweight.
Sebab kalau dalam usia 59 tahun masih boleh turun berat badan 4kg, itu dikira cepat.




Yang atas ni fresh testimoni.
2 hari lepas.
Reader blog juga.
Aku pun tak tau bila masa reader aku beli, tup tup dapat testimoni je.

Ramai orang excited dengan nombor pada scale.

Scale tu menunjukkan berat badan overall - berat tulang, berat otot, berat lemak.

Kadang-kadang tu dia heran apesal berat dia tak turun tapi baju dah longgar sikit?

Sebab tu aku always pesan pegi timbang kat penimbang yang ada body fat tracker.
Kat Giant and Tesco ada yang masuk RM1 tu.
Timbang sebelum and selepas ambil GreenAard.
You will be surprised.



2016-02-16

Kena fitnah dan orang percaya kau perangai buruk



Tadi aku nampak ni lalu kat newsfeed aku.

Waktu aku terkena benda macam ni, aku rasa nak explain kat semua orang yang perkara tu tak benar.
Tapi akhirnya aku diamkan aje.
Sebab aku tau kalau aku start explain, explanation tu akan jadi panjangggggggggggggg lebar sampaikan orang yang dengar akan cakap aku reka-reka cerita.

Nak tau apesal explanation tu akan jadi panjang lebar?

Sebab apa yang kau dengar sebelum ni banyak yang tak betul.
Jadi bila nak dibetulkan balik akan jadi terlalu panjang.
Bila memikirkan explanation tu akan jadi terlampau panjang, aku ambik keputusan tak payah cerita je lah sudah.
Sukati kau lah nak dengar apa pun.
Sebab bagi aku, kalau kau nak dengar kebenaran, kau akan dengar dua-dua belah pihak, bukan sebelah pihak aje.
Jadi bila kau hanya percaya pada kata-kata sebelah pihak aku beranggap kau memang taknak dengar penjelasan aku pulak.

Setakat ni, perkara paling teruk yang pernah aku lalui was bila semua orang ingat aku punca kepada apa yang terjadi kat exbf aku dulu.
That was perkara yang paling teruk aku pernah lalui.
Sebab bukan saja ramai orang cakap aku teruk.
Tapi makbapak aku sendiri tak percaya yang aku tak salah.

Waktu tu, mana aku pergi aku rasa orang pandang aku buruk.
Apa aku buat orang akan kaitkan dengan kes aku and exbf.
Maybe sebab selama ni mana pergi memang berdua ngan exbf, alih-alih bergerak alone pulak.
Memang akan mengundang orang berkata-kata.
Ditambah lagi dengan exbf yang so unprofesional tak pandai membezakan hal study and hal peribadi.
Dia tak datang study group, tak buat project group, kawan-kawan dia start salahkan akulah punca dia jadi macam tu.
Macamlah aku ni kat sana mengangkang takde project group.
Kalau dia gagal, orang salahkan aku.
Tapi kalau dia berjaya, takde lah pulak orang nak cari aku cakap thank you.
Walaupun aku tak hadap orang nak iktiraf, tapi senarionya memang selalu macam tu lah.
Kat mana-mana pun.
Bila tak berhasil, start tuding jari kat orang.
Bila berjaya, pulun sendiri-sendiri.

Pernah ada sorang kawan dia datang jumpa aku cakap "Aku tak kisahlah apa jadi kat korang pun, tapi suruhlah dia responsible sikit dengan project group. Ni 3 kredit tau".

Masa tu aku pelik.
Kenapa libatkan aku?
Yang tak datang project group kawan kau, apa kena-mengena ngan aku?
So kalau korang hancus 3 kredit ni, kena repeat paper, aku ke yang kena tanggung yuran korang repeat?
Kenapa tak report kat dekan? Report kat aku apa aku boleh buat?

Lagi satu selalunya bila situasi tegang macam ni terjadi, akan berlaku satu keadaan di mana semua benda yang baik untuk kau datang pada waktu yang salah.
Dan semua perkara baik tu tadi akan dijadikan modal untuk orang lain salah anggap.

Contohnya, lepas aku break dengan exbf, aku terjumpa balik En Wan yang aku pernah kenal dalam chatroom.
Padahal aku dah pernah bersembang ngan En Wan lama dah dulu masa balik semester break tapi bila bukak semester aku dah tak chatting.
Kebetulan lepas break ngan exbf aku terjumpa balik En Wan dalam chatroom dan kebetulan hari tu kitorang dapat peluang bersembang panjang.
Dan besoknya kawan aku masuk lecture hall jerit nama aku "Woi, Diana! Kimutaku kem salam. Dia tanya apesal kau tak masuk chat?"
Dalam banyak-banyak manusia dalam chatroom tu, kebetulanlah pulak hari tu si Kimutaku ni mencarik aku kat chatroom.

Semua kebetulan.
Memang kebetulan pun.
Tapi tak ke semua tu mengundang persepsi kat orang lain?

"Ohhh...rupanya Diana clash ngan dia tu sebab dah kenal ngan budak chat!"

Dan cakap-cakap tu pun tersebar.
Senang je kot nak buat fitnah.

Kenal dengan budak chat tu betul.
Tapi break dengan exbf sebab berkenan ngan budak chat tu salah.

But masa tu aku macam malas nak explain beria sebab aku tak rasa benda tu menuntut explanation.
Chatting je kot.

Balik bercuti kali kedua barulah spent time extra sikit kat chatroom.
Barulah aku and En Wan start rapat.
Tapi cerita desas-desus aku tinggalkan exbf disebabkan En Wan dah membusuk kat kolej as if perkara tu dah terjadi.
Padahal aku balik semester tu la baru aku kenal rapat ngan En Wan.
Takde kena-mengena lansung En Wan punca aku broke up.

Another kebetulan pulak bila segala apa yang ada pada En Wan tu menyaingi apa yang ada pada exbf.

Exbf study local.
En Wan study overseas.

Exbf anak orang biasa-biasa.
En Wan anak orang well-known.

Exbf bawak moto kapcai.
En Wan ada kereta sport.

Semua tu adalah kebetulan-kebetulan yang menambahkan lagi peluang orang untuk memburukkan aku.

So aku nak buat apa?
Kalau aku nak explain pun, aku nak explain apa?
Takde orang akan percaya yang semua tu kebetulan.
Sebab cerita melayu pun kan selalu menggambarkan hero yang dikejar-kejar adelah someone yang bijak, berjaya dan kaya.
So bila kebetulan benda tu jadi in realiti, ada ke sesiapa yang nak percaya kalau aku kata tak?

Again, situasi tu buatkan aku pilih untuk diam and biarkan je la apa orang nak kata.
Sebab kalau aku explain, ia akan menyebabkan aku explain dari awal.
Aku akan terpaksa explain dari mula kenapa and apa punca aku break dengan exbf.
Benda-benda yang sepatutnya dah reda tetiba nak diungkit balik semata-mata nak clearkan nama aku.
Memikirkan balik kalaulah cara nak clearkan nama aku tu aku terpaksa bukak balik kes-kes lama, tak payah lah.
Tak matinya aku setakat dikata-kata orang.
Lama-lama orang akan tau.

Memang lama pun kebenaran tu nak muncul.
Dah kenyang aku kena kutuk.
Sampai aku dah beranak baru ramai yang tau cerita sebenar.
Itupun setelah dorang mula tanya sendiri kat aku apa sebenarnya yang dah jadi dulu.
Alhamdulillah, walaupun ambil masa yang lama untuk kebenaran tu muncul, tapi kebenaran tu muncul dalam keadaan aku tak perlu bersusah-payah untuk bersihkan nama aku.
Ia datang dengan sendiri pada waktu yang tepat.

Allah's plan is always the best.

Diam tak bermakna kita salah.
Kadang tu kita diam bukan kerana kita taknak explain, tapi kita tak tau nak explain apa sebab sometimes apa yang orang cakap pasal kita banyaknya direka-reka sampaikan bila kita dengar cerita tu tertanya-tanya "mana la dia ni dapat idea cerita benda-benda macam ni?".

Orang cakap hidup ini kejam, tapi hanya orang yang tahu cara menghadapi kekejaman saja yang akan bertahan hidup.



2016-02-15

Yang kurus takyah la ambik.


Kelemauan lagi hari ni.
Walaupun aku tak sehari suntuk sampai ke malam kat booth di MVEC, tapi lemau jugak la sebab balik rumah bukan boleh tido pun.
Nasib baik jugak la budak-budak ni jaga booth. Lega sikit.

Hari Sabtu aku cuma lepak 3 jam je kat sana.
Hari Ahad check in awal sikit dari pagi sampai 3.30pm.
Kalau booth yang berair-cond ni tahan lah sikit.
Kalau outdoor tu mau migrain aku.

Tak berkesempatan aku nak merayap pi booth-booth lain.
Orang kata ada artis-artis pun aku tak nampak mana artisnya. Dapat dengar je dorang menyanyi.

Yang datang masa aku takde, sorry kita tak dapat jumpa.
Yang datang masa aku ada, thank you.

Yang datang bukan sebagai reader pun ramai juga.
Ada 2 orang budak tu masa melintas booth "Eh! Baju ni la yang kita nampak kat FB tu!"

Good.
Maknanya FB memang berfungsi sebagai medium pengiklanan.

Tapi yang best untuk aku bila aku dapat bagi explanation tentang GreenAard untuk first time user.
Ada jugak 2-3 orang yang aku tengok badan dah kurus tapi nak jugak try GreenAard. Aku tak kasik.
Aku kira BMI dorang and tunjukkan BMI chart badan dorang slightly overweight je, maybe dalam 3-4kg.
Buat apa nak ambik GreenAard kalau takat berat excess 3-4kg.
Setakat 3-4kg tu korang buat je la exercise.

Ada yang insist nak guna jugak sebab dia bagitau dulu berat 47kg, now 57kg.
Bila aku kira BMI memang betul ideal dia tak boleh lebih dari 53kg.
Tapi, setakat 4kg je terlebih, baik buat sit ups 10 minit sehari, dalam sebulan rasa turun kot berat tu. Takyah la beli GreenAard.

Berat ideal manusia range dia quite besar.
Macam aku, ideal weight range from 48-53kg. 5kg range dia.
Bila suatu masa dulu aku pernah berat 45kg, tetiba dah jadi berat 52kg, orang akan nampak kita "Eh dah gemuk!". Padahal kita masih di range berat ideal.
Dulu tu kita sebenarnya underweight tapi biasa la kan, semua rasa cun bila badan kerempeng.
That's why kat booth hari tu those yang aku kira BMI dia slightly overweight, aku tak bagi beli.
Sebab semakin kita menghampiri berat badan ideal, proses penurunan tu semakin slow.
Bukan aku tak kasik guna, tapi orang-orang yang beratnya tak berapa nak berat ni berpotensi untuk bagi bad testimoni kalau dia kurang faham kaitan current body weight dengan proses penurunan berat.
Nanti dia pelik apesal berat badan dia tak turun-turun bila makan weight loss pill.
Padahal berat badan dia dah menghampiri ideal weight jadi proses tu memang slow.
Contohnya, kalau perut je buncit tapi peha lengan semua kecik, baik korang buat sit ups je.

Tapi ada jugak la insist nak ambik jugak sebab kawan dia kurus bila makan GreenAard dia kata.
Ok fine.
Nak try jugak, try lah.

Ada live testimoni hari tu tapi malas la cerita ulang kat sini.
Pi FB GreenAard cekidaut sendiri.










Antara yang mahu bergambar.
Ada yang malu-malu.
Ada yang tak sempat nak ambik gambar.

Seronoknya bila exhibit ni adalah sebab networking sesama exhibitors.
Sama-sama kongsi ideas untuk marketing.
Sama-sama bagitau organizer mana yang ok organizer mana yang tak.

Again, aku nak kasitau, kalau nak dapatkan berat badan ideal, please aim untuk dapat body weight yang sihat.
Bukan aim untuk pakai baju size S semata-mata.

Orang yang berat badannya 70kg dan ketinggian 150cm, ini dikatakan obese.
Tapi untuk dapatkan berat badan yang sihat dan ideal, perlu kurangkan berat antara 14-25kg.
Jangan aim untuk turun 25kg.
Aim untuk turun 14kg dulu.

Ok?

Insyallah Jumaat-Ahad ni aku di Penang.
Atas urusan kerja plus berehat sekali.
Kalau ada agen di utara atau sesiapa saja nak melepak jumpa aku nak discuss apa-apa boleh whatsapp admin (Intan) at 012-7728976 ya.
Not to say buat appointment la, tapi sebab aku pun dah alang-alang kat sana, kalau sesiapa nak jumpa ke especially yang nak discuss pasal GreenAard, boleh la bgtau admin, boleh nanti aku arrange time.

Sorry takleh tulis panjang.
Aku migrain.


2016-02-12

BLACK


Punyalah aku dari pagi tadi lagi plan nak update harga jubah yang baru tapi tak sempat-sempat.

Jubah yang baru ni temanya BLACK.

Sebab susahnya aku nak cari jubah hitam yang tak merelip.
Kebanyakkannya merelip satu badan.
Kalau sekali-sekala pakai takpe. Kalau dah sebulan 6-7 kali lenjan jubah yang sama mau luruh habis kristal-kristal tu semua.

Jadi, lepas balik je dari umrah hari tu terus aku produce 2 design jubah yang bertemakan black.
Tapi takde la semua hitam sebadan.
Ada la warna-warna sikit.

Design yang pertama menggunakan Jacquard material.
Siapa biasa beli Jacquard tau material ni cantik dan mahal sikitlah dari material jubah lain.



Ini material Jacquard.

Kain memang sedap, tak mudah renyuk of course.
Very minimalis printed. Very modest.

Disebabkan corak kain ni berkaki, jadi aku pecahkan jubah ni kepada 2 piece yang boleh dibukak jahitannya kalau korang nak pendekkan sikit jubah. Jadi, jangan risau. Bahagian berkaki tu takkan hilang.

Kalau sesape rajin, beli la diamond yang hitam tu tabur sikit kat certain part baju ni. Tapi kalau taknak pun takpe sebab kain dia sendiri dah cantik.


Jacquard jubah ni ada 2 corak, satu corak dedaun, satu lagi corak akar.
Yang corak akar ada 2 warna - grey and brown.
Corak dedaun ni ada 4 warna - kuning, hijau, merah and purple.



Lagi satu design ni jubah tenun Makassar.
Ada zip tebal di depan dari atas sampai ke bawah.
Zip tu sebenarnya not reall sampai ke bawah, ada gap sikit. Sengaja aku buat camtu supaya pemakai boleh pakai dengan seluar. Bila melangkah tu nampak la seluarnya.
Dan ada poket di depan.

Design tenun Makassar ni ada 3 corak.
Sesape yang datang booth esok boleh tengok apa corak-corak dia.

Kalau nak beli online, tunggu aku shooting next week.

Harga Jubah Jacquard is RM250/pc.
Tapi untuk di booth esok and Ahad kita buka at RM220/pc.
Hanya kat booth saja.

Jubah tenun Makassar with zipper ni RM159/pc (sama je harga dia dengan jubah-jubah sebelum ni).
Untuk booth esok kita bagi RM130.
Pun price ni hanya kat booth je.

Kat website and kedai harga adalah harga normal.

Ni senarai sale items kat booth esok :







Sape pandai, pi suruh member beli 3 ketul GreenAard, pastu ambik discount RM20 tu utk redeem beli Jubah Jacquard. So kau dapat lagi RM20 potongan.

Sesape nak meronggeng cik kiah ngan aku kat booth esok, aku ada from 1pm - 3pm.
Selebihnya, En Wan and the team jaga.
Don't worry, ada sales perempuan. So kalau nak beli baju takyah segan-segan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

INSYALLAH, IN MARCH...



2016-02-11

Buat kalau kita mampu.



Sebenarnya kan, cara paling bagus nak belajar cara buat marketing is belajar dulu caranya, baru prektikkan.

Kalau nak praktik dulu baru belajar pun boleh.
Tapi akan ada risiko.
Dan semua orang tau bila berniaga, mesti keluar modal.
Kalau tak kena gaya, belum sempat kau belajar, modal pun dah berkecai. Untung tak dapat.

Jadi sebaik-baiknya belajar dulu, baru praktik.

Kebanyakkan yang berminat nak berniaga, especially yang nak berjinak-jinak dengan re-sell produk orang lain, akan jumpa masalah besar kendian hari bila dia tak tau how to market the produk.
Jual memang semua orang boleh jual.
But marketing is another story.
Especially bila kita re-sell product orang, kita akan jumpa dengan 10 orang yang jual produk yang sama.
Bila dah ramai-ramai jual produk yang sama (dari brand yang sama), susah untuk kita compete sesama agen sebab benda yang dijual tu sama. Kau takkan boleh fight dari segi teknikal. Kalau nak fight pun dari segi harga. Tapi sampai bila asik nak bagi diskaun je keje semata-mata nak menjual barang.
Itu bukan je akan menjahanamkan reputasi barang tapi juga mendemotivatedkan diri penjual tu sendiri sebab ujung-ujung dia akan rasa penat tak setimpal dengan hasil yang dia dapat.

Nowadays, ramai orang berniaga berlumba-lumba untuk menampakkan bisnes mereka hebat.

Zaman orang dulu-dulu berniaga, bermula dengan kecil-kecilan.
Duit ada RM10K, berniaga dan beroperasi cara RM10K.
Buat apa yang perlu.
Pastikan RM10K ni beranak at least 35%.

Zaman sekarang ada jenis orang berniaga serupa macam pi bershopping.
Tak tau mana yang keperluan mana yang kehendak.
Ada yang bisnes belum pun run tapi dah ambik loan dulu.
Bila sebut nak berniaga je mesti nak kena ada ofis lengkap segala tok nenek kelengkapan.
Mesti nak buat grand opening.
Mesti nak pakai duta produk.
Mesti nak kena ada packaging yang gempak.
Mesti nak kena spend ratus ribuan untuk blog/IG review.
Mesti nak kena buat billboard.

Sebenarnya bagus,
Sebab zaman sekarang cara marketing dah berubah.
Kecenderungan marketing tu memang ke arah itu.

Tapi, tak semua kita boleh ikut.
Apetah lagi kalau modal pun paras-paras hidung.

Apa orang lain buat, belum tentu kalau kita buat kita akan berjaya.
Apa yang kita buat yang tak sama dengan ramai orang buat, belum tentu kita tak berjaya.

Contoh macam Dato Vida.
Dia dengan konfidennya pakai diri sendiri untuk semua produk dia.
Tak pakai duta.
Tapi dia masih berjaya.

Aku ada kenal sorang usahawan pakaian muslimah masa sama-sama shooting kat studio.
2 tahun lepas kalau tak salah.
Masa tu aku rasa kerdil sangat sebab dia pakai model sape ntah, famous gak muka tu tapi aku tak kenal nama.
Dengan packaging boxnya, dengan sekali 3 orang model dia pakai serentak, dengan outdoor shooting segala sampaikan aku terasa kecik hati jugak dengan photografer yang pandang produk aku sebelah mata je. Selamba je dia kata model-model aku semua tak pandai bergaya.
Of cos la, model-model aku semua amatur kot.
Bukan profesional model masa tu.
Tapi takpelah, bukan aku nak buat catwalk pun, aku nak ambik gamba baju je.

Baru-baru ni aku gi seminar, terjumpa dia.
Aku macam kagum la, bagus dia ni dah berjaya masih lagi menuntut ilmu.
Rupanya dia dah bungkus dah bisnes muslimah tu.
Dia now buat baking bisnes.
Aku tanya kenapa tak continue dengan fashion?
Dia kata too many competitors. Cannot survive.
Tapi kalau tak salah aku food business pun ramai competitors.

Aku rasa dia spent too much on marketing materials tapi tak fokus on how to market the product.
Marketing materials memang tools tapi kita kena pilih jugak tools mana yang kita kena guna dulu.
Make sure berbaloi.

Bila kita bisnes, produk adalah benda yang tak boleh jadi aset.
Ini kena jalan dulu.

But ada sesetengah orang dia buat aset dulu, kendian baru dia pikir camne nak jual produk.
Sebab dia dok membayangkan bila ada aset (kedai besar dan cantik, staff yang ramai, ofis yang gah, kelengkapan company yang serba ada), akan menambahkan keyakinan orang untuk beli produk dia.

Betul.
Bagus.
Memang ada certain pembeli yang memandang semua tu.
Dia lebih seronok berbelanja kat kedai yang bagi kotak baju yang cantik.
Dia yakin berbelanja kat kedai yang gah.

Tapi itu dari sudut pembeli.

Ni cerita pasal sudut penjual.

Sebelum penjual nak buat semua tu, nak adakan semua marketing tools tu, dia kena fikir berapa lama dia boleh dapatkan balik kos yang dia dah keluarkan.
Sebab kalau nak berniaga, hanya round 1 je kita keluarkan modal.
Round seterusnya patut tak payah keluar duit lagi.
Sebab tu pastikan keuntungan at least 35%.

Kalau seorang sale boleh capai sales bulanan RM100K, maknanya keuntungan kasar sebulan kat sini RM35,000.
Itu seorang punya sale.
Tak cukup?
Jangan tamak.

What if kalau kau ada 4 orang sales?
Maknanya sales bulanan kau mesti RM400K.
Dan keuntungan kasar dah RM140K.
Takkan operation cost kau menjangkau RM140K sebulan tak cukup.

Sebab tu bila dulu aku run alone, aku punya monthly target RM100K (contoh).
Bila En Wan dah masuk, sales bulanan mesti double. Sebab director bukan mengangkang.
Dia lagi kena gila-gila carik sales.
Mana boleh company ada 2 director tapi sales tetap RM100K.
Sakit la weii kalau macam tu.

Ok berbalik pada tadi.
Sales bulanan RM100K. Keuntungan kasar RM35K.
Katakanlah operation cost cuma RM15K, maknanya kau ada lebihan RM20K.
Ok, now baru boleh start round 2 punya marketing tools.

Ambik sikit RM10K dari 20K tu untuk bayar review IG contohnya.
Pastikan nilai yang kau spend RM10K untuk review ni akan beranak 35% untuk kau.
Kalau tak, rentikanlah keje IG review ni.

Kenapa aku kata IG review pun kena memberanakkan at least 35%?

Sebab kalau aku, aku anggap penreview tu adalah pekerja aku.
Aku gunakan khidmat dia untuk bawak balik sales untuk aku, bukan semata-mata buat brand awareness.
So that RM10K, harus kembali pada aku dengan tambahan 35%.

Kenapa aku suka 35%?

Sebab 25% Kassim Patalon dah guna.

Eh.

Takde lah.
35% tu mentor aku (bos) aku dulu ajar.
Dia cakap, kita berniaga ni bukan nak untung banyak, kita cuma nak financial freedom je.
So kalau dia quote mana-mana customer 35% je increase.

Orang kata 35% ni sikit nau.
Kalau jual barang harga RM50, baru untung RM17.50.

Memanglah.
Itu kalau jual satu.
Masalahnya sekarang, sape suruh kau jual satu?
Juallah 100.
Sebab tu bila kita ambik untung sikit, kita akan ada drive untuk kerja lebih kuat supaya kita dapat rasa keuntungan tu.
Bukan jual sikit tapi nak untung besar.

Mungkin sebab tu jugak bila En Wan suruh aku ambik duta untuk GreenAard aku hesitate.
Bukan apa, aku takut duta tu menyampah melayan karenah aku.
Sebab kalau aku dah spend katakanlah RM15K sebulan kat duta, aku nak pastikan duta tu alone boleh generate at least RM20K sebulan untuk aku.
Kalau duta tu digunakan just nak endorse produk suka-suka, tak payah la kot.
Duta mesti buat kerja!

Aku berkira?

Yes, kalau dalam bisnes aku memang berkira. Sebab ni bukan charity.
Nak suruh aku belanja makan takde hal.
Tapi bab bisnes mesti berkira.
Sebab aku kena bayar gaji orang.
Ada yang dah ambik loan kereta, tahun ni anak dah masuk sekolah.
So tak dapat tak, aku kena fikirkan kelansungan hidup orang lain.
Sebab tu aku kena ambik kira semua benda.

Tapi sikit je sales target 20K tu untuk seorang duta yang berstatus public figure. Kalau budak-budak sales punya target lagi tinggi.
Sap sap soi je patut dia boleh buat.
Cuma persoalannya dia setuju ke tak dengan terma dan syarat tu.

Kalau korang dah ready nak pakai duta produk, go.
Buat syarat macam aku cakap tadi.

Sama juga macam buat kad raya, sampul raya, hadiah tahun baru, etc.
Memang kalau boleh semua benda kita nak bagi kat customer sebab nak yakinkan customer our bisnes is a big bisnes that's why kita mampu bagi semua tu.
Tapi jangan sampai duit kita habis kat marketing tanpa ada pulangan.
Gah memang gah.
Tapi pernah tak terfikir yang customer keluar duit bukan untuk dapat free gift atau sampul raya atau paper bag yang cantik.
Customer keluar duit untuk beli produk.
So produk tu yang kau kena usahakan dulu untuk benar-benar boleh dijual.
Bila ada keuntungan, baru buat upgrade sikit sikit sikit.
Mana-mana bisnes pun kalau tengok history dia semua bermula dengan basic things je.
Jangan hanya tengok dan nak follow bagaimana mereka sekarang.
Tapi belajar bagaimana mereka bermula dan bertahan.

Aku pun masih belajar lagi.
Buat apa yang perlu, yang penting, untuk kelansungan syarikat.

Dulu aku pernah nak pakai blogger untuk review.
Ada sorang blogger tu tanya aku balik "Akak nak suruh saya review produk akak? Orang lain nak pakai akak, tapi akak nak pakai orang".

Eh apa salahnya.
Sape je pun yang tau kewujudan blog aku.
Takkan aku nak tenyeh blog aku hari-hari dengan promosi produk aku kot.
Lama-lama aku yang menulis ni pun muntah.

But aku suka dengan FB Ads.
Aku selalu encourage agen aku buat FB Ads.
Tapi aku faham tak semua ada modal untuk run advert.
Sebab tu FB GreenAard hari-hari blasting ads supaya agen aku boleh gunakan medium tu untuk 'kenalkan diri'.
GreenAard buat blasting RM1000/daily.
Aku tumpang seronok bila ada agen yang bagitau 90% sales dia datang dari FB GreenAard sendiri.
Takpelah, rezeki kongsi sama-sama.
Aku buat ads, korang pandai-pandai la kenalkan diri kat ruangan komen tu. Kenalkan diri korang adalah agen GreenAard.

Fleur by Mrs Him aku buat lebih rendah. Macam now ni aku buat RM200/day sebab barang dah banyak habis kang buat sampai RM1000/day orang nak beli barang takde pun buat rugi aku je blasting banyak-banyak.

En Wan kata RM1000/day tu banyak gila.

Sebenarnya tak.

Produk aku bernilai RM90/botol.
Kalau aku blast RM1000, aku kena jual at least 12 botol untuk dapatkan kembali modal RM1000 tu tadi.
I tell you, RM1000/day untuk blasting adalah sangat tinggi respon dia.
Panas tau tablet mereply whatsapp. 12 botol tu insyallah. Dengan izin Allah akan dapat cover semula. Dan dengan izinNya juga kau akan dapat more than that.

Admin aku dulu kejenya respon to email and update IG and FB.
Now, dia hanya boleh respond email and FB mesej saja.
Update FB and IG dah tak sempat.
Even yang jaga Whatsapp pun orang lain.

So, apa juga medium yang korang gunakan, pastikan ianya berbaloi.
Jangan buat sesuatu hanya kerana orang lain pun buat.
Walaupun teknik yang digunakan oleh orang lain tu bagus, kena kaji samada dia sesuai tak dengan kita.
Dari segi modal yang paling utama.
Jangan sampai buat sesuatu untuk dapatkan perhatian dan kekaguman tapi diri sendiri merana dalam diam.

Aku doakan semua agen-agen aku sukses, berjaya dunia and akhirat.

Aku doakan semua yang sedang berniaga dilimpahi rezeki yang barokah.

Jangan lupa datang booth GreenAard and Fleur by Mrs Him Sabtu and Ahad ni.
Insyallah aku ada every day sehingga 3pm.
Lepas tu shift En Wan and the geng.







2016-02-10

Mengeja


Lama betul blog aku cuti raya Cina.
Orang Cina pun baru start raya 3 hari lepas.
Blog aku dah start raya dari minggu lepas lagi.
Sampai aku pun dah lupa apa aku buat last week, sampai dah tak reti nak update apa.

Semalam aku upload kat FB video Rayyan baca buku.
Excited gila aku Rayyan dah pandai baca walaupun ada some parts tu dia ter-pause pause kejap.

Kisahnya gini.

Rayyan ni dari umur 4 tahun lagi dah masuk tadika.
Tapi sampai tahun ni, dah nak masuk umur 6 tahun November depan, still lagi tak pandai membaca.
Jangankan membaca, nak sebut MI MO MU pun payah.
Dia macam was-was nak keluarkan sebutan.
Kat situ dah boleh nampak fundamental dia tak strong.
Dia tak faham M+I sebutannya MI.
M+O sebutnya MO.

Kat buku ejaan sekolah dia cuma lancar bab BA CA DA TA SA ...
Masuk MI NI TI GU MU SU JO KO RO - gagal.
Semua dia bantal hujung A jugak.
Mi pun dia sebut MA. TI pun dia sebut TA.

Berbulu je aku mengajar dia.

Pelik aku, dia ni kat sekolah blaja apa sampai umur 6 tahun tak pandai-pandai mengeja lagi ni?
Cuak gila aku.

Aku pulak selama ni dok latih tubi dia Maths and multiple learning.
Kalau reading tu aku guna buku ejaan yang dia guna kat skolah je sebab aku rasa mesti ada reason kenapa buku tu yang skolah pilih untuk guna (walaupun aku tau buku tu tak dijual kat mana-mana sebab sekolah dia je yang publish untuk kegunaan students dia).
Tapi pada fikiran aku dah tentu lah buku tu lalui 'lembaga penapisan' sekolah untuk diluluskan sebagai bahan belajar.
Jadi aku dok la ulang-ulang ajar dia mengeja guna buku tu.
Aku perasan gak kat buku tu cikgu dia mark tarikh Rayyan diajar baca.
Satu page kadang tu aku tengok banyak gila tarikh.
Bermakna banyak kali mengulang page yang sama.
Tapi ada la jugak cikgu update tarikh kat page-page lain but bila aku suruh Rayyan mengeja kat page tu, dia tak tau. Aik?? Pelik aku.

Yang buat aku naik hantu bila mana-mana pegi kalau dia nampak huruf besar-besar kat signboard mesti dia tanya "Ma, dia cakap apa?"

Padahal senang kot, ko boleh eja sendiri.
Simple je.
Kadang tu nampak sign PEMADAM API.
The word API tu pun dia teragak-agak nak sebut.
Aku tak tau la dia memang was-was atau dia takut kena tengking ngan aku kalau salah sebut.

Nak dijadikan cerita, kawan aku tukarkan anak dia ke sekolah lain atas alasan yang sama - anak dia belum pandai membaca.
Puncanya, anak dia yang sulung sebaya Redza.
Dulu dorang berdua ni sekolah kat CEC.
CEC ni pada anggapan aku bagus jugak sekolahnya walaupun 7 tahun lepas dia belum dikenali pun.
Masing-masing berpengalaman anak masuk sekolah seminggu dah pandai membaca.
Jadi bila masing-masing ada pengalaman yang sama, masing-masing expect hantar di mana-mana sekolah pun hasilnya paling tak pun sama lah. Kalaupun tak dalam tempoh seminggu, maybe dalam tempoh 3-4 bulan.

Tapi Rayyan and anak kawan aku tu sama-sama dah 2 tahun sekolah masih tak pandai baca.
Eja pun merangkak lagi.

Takut.
Tapi aku cuba untuk wat lek wat pis.
Sambil-sambil ajar jugak Rayyan kat rumah guna buku sekolah dia. Sampai tersiat lah kulit buku tu aku buat dek kerana hari-hari mentelaah. Pandainya tak jugak.
Aku cakap kat En Wan, mesti ada teknik mengajar yang aku tak tau.
Tapi mustahil cikgu pun tak tahu teknik mengajar kan?

Ok takpe, aku anggap Rayyan ni slow learner tak macam abang dia.

Kebetulan masa konsert Rayyan last year, kawan aku cakap "Kau perasan tak konsert tahun ni cepat habis?"

Baru aku perasan.
Ha'ah cepat.

Kawan aku cakap ramai budak pindah sekolah lain.

Eh ye ke?

Pastu dia pun cakap dia nak tukarkan anak dia ke sekolah lain sebab anak dia masih tak berapa lancar baca.
Kebetulan ada 2 orang mak yang duduk sebelah dia pun bagitau anak dorang dah 2 tahun tak pandai baca lagi.

Terus menyala alarm aku.

Cuak oii.
Mau tak cuak.
Tahun depan nak masuk Darjah 1 tapi mengeja merangkak-rangkak lagi.

Aku terus daftar kelas tambahan untuk Rayyan start Februari.
Waktu sekolah habis 1130pagi, dia tambah another 1 hour untuk reading class.
Tapi aku request kalau boleh reading class tu jangan ajar menghafal buku cerita English.
Aku tak rasa itu penting buat masa ni.
Yang penting dia kena pandai mengeja dulu.
Kalau eja pun tak pandai, satu benda dia tak boleh buat.
Camne nak buat maths kalau baca soalan pun tak pandai?
So dia kena pandai membaca dulu.

Tapi nampak cam aku lak menggelabah lebih.
Macamkan aku lak lagi pandai dari cikgu.
Tau lah cikgu tu nak buat camana kan.
Tapi I cannot deny lah aku punya menggelabah tu.
Lebih-lebih lagi bila Rayyan selalu nangis cakap "Ma, adik tak pandai baca.."

2 minggu lepas, aku mesej kawan aku tanya dia buku apa dia guna untuk ajar anak dia menbaca sebab dia kata anak dia dah pandai baca dah.
Dia suggest beli buku PANTAS MEMBACA beli kat MPH (maybe kat tempat lain pun ada).
Aku terus order.

Alhamdulillah, Rayyan dah start baca buku tu 1 minggu, dah halfway dia baca buku tu.
Aku sebagai pengajar pun rasa mudah nak mengajar guna buku tu sebab buku tu ajar cara sebut satu-satu.




Honest cakap, aku spent less time mengajar Rayyan guna buku ni berbanding buku skolah.
Buku ni Rayyan cepat faham konsep sebutan.
Maybe buku ni mudah.
Maybe buku ni kalerful jadi budak-budak minat nak belajar.
Maybe Rayyan tetiba dah sampai ke tahap dia senang nak terima pelajaran.

Maybe.

Tapi apa-apa pun, aku takleh deny kegabrahan aku bila awal tahun hari tu Rayyan masih tak tau mengeja.

Memang kebolehan anak-anak takkan sama.
Tapi aku tak expect la dia punya beza dengan abang dia camni punya jauh.
Redza dulu masa celebrate besday dia umur 4 tahun, aku tipu dia belikan kek tapi atas kek bubuh nama aku.
Tapi aku cakap itu kek besday dia.
Sekali dia eja nama kat atas kek tu bukan nama dia.
Dia kata nama dia R.E.D.Z.A! Kenapa atas tu D.I.A.N.A?
Nangis-nangis dia kena tipu idup-idup. Aku ingatkan boleh la tipu dia. Lupa pulak dia dah pandai baca.

Bila Rayyan macam ni memang tak salah la aku sokong sangat kerajaan buat penempatan kelas.
Walaupun ada mak bapak yang kurang setuju, tapi aku nampak ada kebaikannya.
Macam Rayyan.
Katakanlah hari tu dia memang tak pandai baca sampai Darjah 1 tetiba masuk kelas yang sama dengan budak bijak pandai, aku tak rasa cikgu ada masa nak mengulang-ulang benda yang sama kat dia sedangkan orang lain patut dah boleh laju belajar ke depan.
Jadi memang ada baiknya juga bila budak-budak ni ditempatkan dalam kelas sesuai dengan potensi semasa supaya pembelajaran tu seiring dengan kemampuan murid.

Aku cakap kat En Wan "Rasanya Rayyan ni mau masuk kelas last Darjah 1 ni".

Sampai macam tu sekali aku dah bajet.
Sebab jauh beza nau dengan Redza.
Redza dari tadika lagi dah nampak bright cuma dia tu banyak berkhayal.

Sebenarnya mak bapak memang kena main peranan dalam pembelajaran anak-anak.
Bukan letakkan pada cikgu semata-mata.
Tapi bahan belajar pun sama penting.
Sebab aku dah nampak perbezaannya bila guna 2 bahan yang berbeza.
Buku skolah Rayyan tu sampai dan berselotape aku kejekan dek kerana banyak kali guna untuk belajar.
Tapi buku yang baru ni alhamdulillah seminggu je Rayyan dah nampak konsep sebutan.
Dah boleh sebut sebutan 3 huruf terus - SAM, PAH, POS, KEK, KAD.

Aku rasa antara Redza and Rayyan, Rayyan lebih banyak dapat perhatian aku dari segi belajar.
Redza tu maybe terang hati sikit walaupun kadang-kadang blur.
Kadang-kadang kesian pulak aku tengok Redza.
Aku selalu macam tak letakkan harapan sangat la kat dia.
Every year dia masuk sekolah dia akan balik bagitau "Ma, Redza masih kat kelas pertama".
Aku akan jawab "Hmm. Ok".
Dia macam seronok sangat nak bagitau pasal pencapaian dia tapi aku memang hati kering sikit.
Sebab masa aku kecik dulu pun aku rimas bila mak bapak aku expect lelebih.
Kena masuk asrama, kena dapat sekian sekian banyak A, kena ambik course ni kalau nak berjaya, kena jadi dokter.....oi rimas weh.
Sebab tu sampai sekarang aku malas nak ambik tau. Yang aku tau kau kena belajar jangan bodoh sangat. Tu je.

Last month, aku balik keje sampai rumah pukul 7.10 malam.
Aku belum keluar dari kereta lagi Redza dah berdiri tepi pintu kereta aku.
Aku keluar kereta, "Ma, ni result UPKK Redza".

Dia dapat 8A untuk UPKK.

Itulah first time airmata aku keluar untuk Redza sepanjang dia sekolah dari umur dia 4 tahun.
Aku jarang nak excited atau nak ambik port walaupun dia naik pentas hujung tahun ambik hadiah.
Aku tak pernah datang tengok pun.
En Wan je yang akan hadir kat sekolah.
Tak tau la aku ni busy nau ke or memang spesis mak yang hati kering.


Bila baca reply ustazah dia ni lagi la aku yakin aku tak salah dalam bersangka-sangka.
Alangkan ustazah dia sendiri tak sangka.
Nampak nau bukan student pilihan.