Good news to customer-customer Ephyra di Brunei.
Pasni takyah beli dari aku dah ya. Kesian korang kena bayar pos mahal-mahal.
Beli je dari FB : Ephyra Brunei (under ZZ Enterprise)
Contact details +6738772778 +6737115726
Contact details +6738772778 +6737115726
Tadi kan, aku buat keje yang bertahun aku tak buat - blog hopping.
Hahahaha.
Kajian kesnya sebenar nak buat reading pasal jellyfish, entah camana melencong baca blog-blog orang. Ramai gila bloggers baru. Tak tau la samada baru, atau aku je yang baru tau.
Ada satu entry tu sangat menarik.
Sorang budak ni buat entry pasal "blogger otai hanya letakkan blogger-blogger otai jugak dalam bloglist mereka".
Tak tau pulak aku sampai ke tahap situ orang akan pandang.
Maksud aku, gila bapak teliti dan mendalamnya kajian reader terhadap blogger sampaikan bloglist pun dorang leh boleh buat andaian whether blogger tu sombong atau tak. Haih...
Benornya gini dik.
Blogger-blogger lama ni bukannya memilih nak letak link blog-blog otai je dalam list dorang.
Blogger otai ni, 10 tahun dulu pun adelah kategori blogger baru nak naik jugak. Kategori suam-suam kuku gitu. Entry pun merepek meraban je.
MC pun nak cerita.
Beli roti kat Shell pun cerita.
Aku pun penah buat entry meraban macam tu. Tak caya ce check balik entry lama-lama aku dulu. Aku kalau baca balik entry lama rasa cam nak kelar leher sendiri.
Selepas 10 tahun, blogger-blogger otai ni dah ada geng-geng dia sendiri.
Geng-geng dorang tu pun asalnya suam-suam kuku jugak.
Tapi sebab dorang dah lama berblogging, selama 10 tahun tu dorang 'membesar' bersama-sama, ada yang dah penah melepak sama-sama pun, of cos dalam bloglist otai tu akan ada nama-nama blogger otai-otai jugak. Macam blogger-blogger baru. Sekarang dalam list korang ada nama blogger-blogger seangkatan. Tunggu la esok lagi 10 tahun, mesti korang pulak kena kondem sebab dalam list korang hanya ada blogger otai. Tak caya tunggu lagi 10 tahun eh.
Yes, dorang memang otai.
Tapi dorang bukannya memilih.
Nama-nama otai tu ada dalam list sebab dorang dah kenal 10 tahun lepas. Tu je.
No such thing pasal pilih kasih, or memilih. Toksah pikir yang pelik-pelik lah.
Jangan create sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri boleh. Tak pasal je mengundang kontroversi.
Manusia ni, kalau dah tak suka tu, memang ada je la point-point yang pelik-pelik muncul.
Benda yang kita tak pernah terfikir like bloglist pun akan jadi issue pada some people.
Padahal kalau nak ikutkan lojik akal, terpulanglah pada blogger tu nak letak link sape pun dalam list dia. Kalau letak sampai 100 link pun tapi dia singgah blog kau dua tahun sekali, ujung-ujung kau pertikaikan jugak blogger tu kerek taknak singgah blog kau.
Kadang-kadang aku pelik.
Bila tak letak link dia kat list, dia kata kita memlih kawan.
Bila kita letak link, dia expect kita masuk blog dia hari-hari.
Bila kita masuk blog dia, dia mintak tinggalkan jejak (komen) pulak.
Eh macam-macam pulak permintaan kau ni.
Ingat orang lain takde keje nak buat ke.
Janganlah cepat nau buat assumption yang merepek-repek.
Kalau tak kenal, buat cara tak kenal.
Jangan nak memandai-mandai assume orang tu gini, orang tu gitu, hanya kerana kau RASA dia seperti yang ko sangkakan. Not good. Not good.
Yes, aku tau perasaannya sangat best bila orang yang glemer tu notice kewujudan kita.
Sape tak suka tetiba blog chedet ada link comatosewithbraindamage.blogspot.com kan.
Gila hape Tun M nak baca blog aku. Baik dia tido.
Jangan kata orang lain, aku pun seronok kalau somebody yang well known tetiba baca blog aku.
Tapi takyah la menggagau sangat. Sebab bila kau menggagau sangat, pastu kewujudan kau dia tak nampak pulak, yang sakit jiwa pun kau jugak akhirnya.
Maka bermulalah episod mengada-adakan cerita - blogger tu kerek, blogger tu poyo, blogger tu macam bagus. Tak puas buat cerita, try pulak pinpoint kekurangan yang ada pada blogger tu untuk dijadikan bahan penyedap entry. Padahal orang lain yang baca tak rasa apa-apa pun, tapi sebab dalam kepala tu dah set nak carik kesalahan, memang kesalahan je la yang kau jumpa.
You just have to give up blaming la der.
Blame is just a waste of time. Tak kisah la banyak mana kau kutuk orang tu, it will never change you. Remember that! IT WILL NEVER CHANGE YOU.
Because you are the one who thought the thoughts, you created the feelings, you said the words, and that's the reason why you are where you are now.