2023-11-30

Ini semua bukan subjek yang aku minat semenjak darjah 1


Rayyan tengah minggu exam.
Hari ni (Khamis) last day.
Semalam Maths.

"Maths camana, dik?"

"Easy peasy"


Ya Allah, dia ni. Seram aku.
Abang kau yang Maths A all the way pun tak pernah cakap "easy peasy".
Habis kuat pun "Oklah". Selalunya "Tak pasti".
Yang kau bukan main konfiden.

"Sains? Boleh score tak?"

"Boleh"

Tak larat aku nak seram dengar jawapan dia ni.
Baik dengar jawapan Redza, kurang sikit rasa risau aku.

2 hari lepas kat IG, aku tulis aku dengan Nurul paling tak suka Add Maths.
Sempatlah 2-3 kali monteng kelas Add Maths, balik rumah goreng keropok.
Dah habis makan keropok, baru patah balik ke sekolah.
Sejenis ciri-ciri utama budak yang quit boarding school - kaki fly 😁.
Aku harap anak-anak aku tak ngikut perangai ni.
Cukuplah sampai quit SBP saja.

Add Maths. Maths. Fizik.
Ini semua bukan subjek yang aku minat semenjak darjah 1.
Belajar pun sebab kena lulus.
Disebabkan aku aim nak masuk aliran Sains, nak tak nak kena buat sehabis baik juga subjek puaka ni.
UPSR and SRP Maths aku agak power, ya. A.
Masuk SPM, hancus.
Memang betul-betul dah prepare untuk tak mahu belajar Maths dah waktu.
Dapat C3 Maths aku.
C3 tu around 75-79 marksnya.
Tapi takde hal lah.
Maths je. Bukan aku nak jadi engineer pun.
Dah terbayang depan mata bakal jadi ahli saintis. Kahkahkah.

En Wan kata markah 75-79 ni kira bodoh sebab orang lain semua 98-100.
En Wan punya konsep, Maths ada 10 cara penyelesaian, tapi jawapan tetap 1.
So takde reason tak boleh dapat full marks. Apake gila?

Entah mana sumber aku dapat, Maths tu belajar sampai Form 5 je.
Nanti dah masuk U ambil course yang kita nak, dah tak perlu hadap Maths.
Sekali dapat masuk matrik.
Tengok subjek, ada Maths. Binawe.
Hadap je lah. Janji lepas masuk 1st Degree.
Itu je aim aku.
Punyalah menyampahnya dengan Maths.

First year best gila.
Semua subjek yang aku suka.
Biology, Genetic, Animal culture, Plant culture.
Walaupun Kimia ada melibatkan sedikit pengiraan, tapi itu pengiraan yang aku suka.
Bio lansung takyah mengira, memang suka sangatlah!
Sekali second year ada Kalkulus and Algebra! Bladihel.
Rasa nak give up!
Biometrik, Kalkulus and Algebra.
Kalkulus Algebra sekolah menengah pun aku mengah, ni nak hadap taraf universiti punya?
Dah terbayang-bayang drop CGPA aku.

Orang kata ambil course yang ada subjek kita tak minat, maknanya kita sedang memperjudikan nasib.
In my case, aku lansung tak tahu course Biotech ni ada subjek maths.
Subjek maths keluar masa 2nd year kot.
Takkan nak tukar course.
Nak tak nak, kena lalu jugak.
Subjek-subjek ni aku pulun kaw-kaw masa tahun 2.
Maklumlah lembab.
Aku pastikan buku rujukan yang lecturer suggest, aku dapat dulu.
Habis kelas terus pi library untuk dapatkan buku-buku tu.
Lepas tu tak pulangkan that buku sampai habis semester.
Rela bayar denda daripada pulangkan buku.

Unsangkarable, aku dapat A subjek puaka ni.
Barulah sedar, dulu dapat C3 sebab tak blajo, bukan sebab bangang.
Maknanya aku pun berpotensi untuk jadi engineer sebenarnya.
Tapi tu lah, jadi engineer karang camana nak pakai skirt pendek belah depan kat site? Mbahahahaha.

Masa aku ambil Food Technology and Food Safety pun ada Maths!
Hazab betul nak habiskan course.
Dah half way sekali ada topik Toxicology Risk Assessment.
Pastu ada topik Quantitative Food Safety of Chemicals. Masakkkkk.
Tak, kenapa semua course ada kau ni?

Dia kan kalau soalan tu macam "Based on the results, do you consider cyclamate of concern because of genotoxicity?".
Ok yang ni takpe.
Kau nak suruh aku tulis no less than 200 words pun aku sanggup.

Tapi kalau "Based on the ADI value 7 mg/kg bw per day, what is the maximum amount of light drink sweetened with cyclamate at a maximum permitted use level of 350 mg/L that a child of 25 kg can consume on a daily basis?"
Hat ni kalau 2 markah memang aku skip je. Mbahahaha.
Tapi alhamdulillah, settle juga course ni.
Dan tobat lahum taknak blaja dah.

Sekarang aku nak mengajar pulak. Haaaa gitu.
Meh sini korang join Program aku, ya.
Nak menyiapkan course ni dari 2020 sampai awal tahun ni!
Berapa kali rombak module.
Macam nak kena anxiety setiap kali bukak laptop menfadap module ni semua.
Entah manalah aku dapat kegigihan menyiapkan course ni.
Complete dengan soalan exam sekali kena buat.
Alhamdulillah course ni disemak oleh Board Members of OTHM UK. Dan LULUS.
Sebarang pertanyaan tentang course ni, syaratnya, mode of paymentnya, apa future of having this diploma, bagaimana itu atau ini, whatsapp aku terus ya, 013-7557424.






2023-11-29

Betul ke happy bila kawan achieve something better dari kita? Eh, why not?


Post IG semalam aku buat khas untuk kawan aku, Nurul yang grad PhD today (semalam Robing Caremony).
Ada follower tanya boleh ke kita merasa genuinely happy bila kawan achieve something yang better dari kita? Takde rasa jeles ke?

Aku tak pastilah kalau aku ni jenis hati kering ke, atau maybe aku takde bad bones kot. Gitewww.

Tak. Dia macam ni tau.
This has consistently been my guiding principle, iaitu, kalau perkara tu memang aku taknak, atau tidak mahu, buat apa nak jeles?
Kawan dapat PhD kot, mestilah happy.
Kenapa nak jeles kalau kita yang pilih untuk taknak buat, betul tak?
Kalau jeles, pi buatlah.
Aku memang dari awal tak pernah plan untuk buat PhD.
Tapi kawan-kawan aku nak buat, aku support.
Aku encourage dorang untuk ambil because dorang teringin nak buat.
Kalau teringin, go.
Sebab aku pernah belajar.
Aku pernah sambung belajar.
Aku tahu strugglenya macamana.
Kalau takde support dari orang keliling, memang hanyut.

Belajar ni macam pi kerja.
Kalau kau ada sorang kawan baik kat tempat kerja, the feeling nak pergi kerja setiap hari tu, lain.
Kau excited.
Tapi kalau tempat tu tak menyeronokkan, lemau beb!
Especially kalau sambung belajar.
Sentiasa ada alasan untuk taknak pegi kelas.
Melainkan ada sesuatu yang buatkan kau excited nak pergi, contohnya ada pakwe (gituu), atau lecturer hensem (begitu lagiii).

Aku tahu dalam dunia ni wujud kawan yang always nak compete dengan kau. Kan?
Kalau enemy nak compete, takde hal. Itu normal.
Tapi kalau member, especially member yang kau tak pernah terfikir ada rasa dengki towards kau, the feeling tu sangat cilaka sekali.
Especially yang depan kau bukan main baik, but in reality, they constantly trying to compete dengan kau.

Dari sudut psikologi (siapa belajar psikologi boleh sahkan statement ni), kawan yang baik kat depan at the same time menyimpan perasaan tak puas hati dengan setiap achievement kau, dorang ni dari kecil perceive life as a continuous competition.
Sebab tu bila kau achieve sesuatu atau mencapai success, dia melihat hal tu as threat rather than a cause for celebration.

Dan selalunya dorang ni BUKAN dari kalangan yang ada impactful accomplishment dalam hidup.
Sebab itulah dia bitter dengan kelebihan kawan sendiri.
Jenis ni berkawan dengan kau pun bukannya ikhlas.
Dia nak dapat tempias kau je.
Dia berkawan dengan kau sebab kau ada something yang boleh membuatkan dia menonjol bila bersama-sama kau.
Dia hanya boleh accept sekiranya achievement kau tu ada penglibatan dia di dalamnya.
Kalau kau accomplish something sendiri-sendiri, ini yang buat dia bitter.

Berkawan, especially kalau kau baik dengan someone, tak sepatutnya ada perasaan dengki atau cemburu.
Aku dengan Nurul, kitorang punya status sosial sangat jauh beza.
Kalau aku nak jealous dengan apa yang dia ada, aku ada 1000 sebab untuk jealous.

Mak bapak dia belajar tinggi, dua-dua title Dr.
Parents aku pula tak pernah jejak ke menara gading.
Kat situ je dah ada beza yang besar.

Tahun 80-an dah duduk banglo.
Ni level-level En Wan juga dak Nurul ni.
Aku, duduk rumah teres yang dah tentu-tentu tak semewah dia.

Nurul pegi sekolah kasut lain, aktiviti petang kasut lain, pegi tusyen kasut lain.
Kasut tusyen pakai Dr Mart tau.
That was early 90s, ya.
Aku, itulah kasut sekolah, itulah kasut pergi tusyen, itulah kasut nak pi mana-mana pun.
Kasut sukan pun tak pernah ada.

Nurul kecik-kecik dah duduk UK sebab mak bapak belajar sana.
Aku, sampai habis sekolah menengah paling pegi, Singapore.
Itupun sebab mak aku asal sana.
Gi Singapore tumpang tido rumah makcik-makcik, bukannya duduk hotel.

Nurul ramai peminat masa kat sekolah dulu.
Cantik, kaya, pandai, kelako nak mati.
Dia gi mana-mana ada je yang sangkut.
Masa BTN (Biro Tata Negara), kitorang berdua kena gi Kem Sg Udang.
Padahal kat situ kena lenjan dengan askar, muka masing-masing berselipat, tetappppp ada yang sangkut kat dia.
Aku jangan cakaplah.
Balik dari sekolah pun berkerak, lagikan duduk dalam kem askar.

Masa Nurul kawen , grand. Pengantin datang dengan boat, ya.
Pastu berarak masuk dewan.
Aku, kawen tepi jalan je. Hahahah.

Banyak lagi perkara hebat kat Nurul yang aku boleh jealous, kalau nak.
Tapi entahlah, perasaan nak berdengki dengan kawan tu Allah jauhkan agaknya.
Biarlah kekal begitu.
Umur dah banyak dah pun.
Kawan aku pun tak ramai mana.
Mana-mana yang ada ni, kita cuba appreciate.

Kawan tak sepatutnya compete each other.
Sifat kawan yang baik adalah supportive, celebrate each other's successes, share kegembiraan, and provide comfort during hardships.
Tak cukup-cukup ke ada musuh sana sini, sampaikan dengan kawan pun kau nak musuhkan juga? Pelik.
Entah, aku kalau menyampah, terus tak kawan dah.
Tak reti aku nak bermuka-muka ni.
Sebab muka aku ni obvious betul tunjuk menyampah walau mulut aku tak cakap apa-apa.

Kalau ada kawan yang constantly nak compete dengan kau, sah dia sedang struggling dengan self-esteem issue.
Orang macam tu sebenarnya, dia tak happy dengan life dia.
Dia sedang hadapi isu dalaman yang kompleks.
Ada perkara yang berlaku pada diri dia yang buatkan dia tak boleh nak berdamai dengan kelebihan orang lain.

Dari zaman sekolah umur belasan tahun, ke zaman dah kawen umur 20-an, ke zaman dah 40an.
Semoga #tilljannah.

p/s: Gambar masa sekolah tu letak gamba anak-anak nak tunjuk anak-anak sulung kitorang semua ikut muka ammak, ya. 


2023-11-28

Jangan sampai mengabaikan peranan tarikan fizikal


Dapat pulak email dari blog reader lelaki tanyakan pasal jodoh.
Ceritanya cik abang ni taknak couple-couple. Taknak bercinta.
Nak kenal melalui proses taaruf ala-ala Ayat-Ayat Cinta, lepas kenal, terus kawen. Gitu.
This guy kata tak kisah rupa, yang penting hati.

Heh jangan, dikkk.
Jangan buat-buat berani tak tengok rupa sebelum kawen.
Akak kau idokla pandai bab-bab ni, apetah lagi hukum-hakam.
Tapi akak kau ni bercakap melalui observation dan pengalaman hidup.
Bukan apa, zaman sekarang ni, yang dah tengok rupa pun boleh jadi hal lepas 5-6 tahun, lagikan tak tengok rupa.

Memberi pertimbangan dalam memilih rupa/penampilan is a subjective and personal matter.
Orang kata, hak masing-masing, sebab kecantikan tu subjektif.
Mata kita kata cantik, mata orang lain tak.
Tetapi jangan sampai tak kisah lansung.
Kita nak hidup dengan dia lama, kalau boleh hingga akhir hayat.
Jadi, pilihlah yang akan buat mata kita seronok melihatnya.

"Keserasian lebih penting"

Ya, betul.
Tapi jangan sampai mengabaikan peranan tarikan fizikal.
Tarikan fizikal to some extent, memberi long-term satisfaction.
Rupa/penampilan serves as the first point of contact dalam mana-mana relationship.
It influences the initial interest and connection between individuals.

Kita bercakap ikut lojik je lah, ya.
Sebab kita ni orang awam saja.
Bukan alim ulamak yang menundukkan pandangan bila berdepan dengan lawan jenis.

Aku nak share satu kisah kawan aku. Kawan lelaki.
Dia ni rupa boleh tahan.
Taklah hensem sangat tapi considered a good looking guy.
Kisahnya kawan aku ni pernah bercouple dengan sorang budak mix Malay-Mat Saleh.
Cantiklah juga. Maklumlah kacukan.
Tapi mak bapak si lelaki tak berapa berkenan sebab aweknya tak berapa kemelayuan.
Lagipun free hair, suka pakai sleeveless, dan bebas laku (happy-go-lucky).
Entahlah, aku ok je tengok awek dia.
Maybe sebab aku pun serupa gitu gak dulu jadi aku tak nampak kat mana yang tak oknya kat awek dia ni.
Tak pernah pulak aku tengok awek dia pakai baju tetek terkeluar separuh, atau skirt pendek sampai nampak alur pantat.
To me, kalau kau dah suka, teruskan je lah.

Bila mak pak tak berkenan, cinta pun putus tengah jalan.
Beberapa tahun lepas tu, kawan aku ni kawen.
Cantik juga wife dia.
Kemelayuan, bertudung, bijak.
Tak salah aku wife dia doktor juga macam kawan aku ni.
Aku pun happy lah bila tengok kawan aku happy di hari kawennya.
Walaupun dalam hati aku terdetik "Biar benar kau pilih perempuan sopan ayu dan baik gini?" Mbhahahaha, jahatkan aku?

Tak panjang jodoh kawan aku ni.
Tak sampai 3 tahun, cerai.
Tapi sempatlah ada anak sorang.
Cerai cara baik katanya.
Aku biasalah kepoh, kan.
Try juga tanya dia beberapa kali.
Mula-mula taknak cerita.
Takpelah, he was nt ready agaknya.

Lepas 2-3 tahun, dia kawen kali kedua.
Kali ni wife dia free hair pulekkkk.
Masa bersanding rambut merah mahogany, ya.
Macam rambut aku dulu.
Cantik juga orangnya.
Dalam hati aku, "Ini baru betul kawan aku". Mbhahahaha.

Takdelah, bukan apa.
Aku kenal kawan aku.
Aku tahu type perempuan yang dia suka.
Jadi, bila dia kawen kali kedua tu, aku as a fren boleh buat perbandinganlah.
Kita kenal sangat kawna kita camana, kan.

Beberapa tahun selepas tu aku terserempak dengan dia masa aku jumpa customer di Universiti.
Dia ajak minum.
Masa tu lah aku berpeluang korek cerita cinta lama.
Kisahnya, dia and ex-wife is in good terms.
Dorang berpisah memang betul-betul cara baik.
Takde masalah apa-apa, cuma dia yang tak boleh teruskan.
Rupanya, itulah impak dari memilih pasangan yang bukan seleranya.

Dia akui itulah kesilapan dia, sampai menganiaya perasaan ex-wife.
Kan ex-mat saleh yang dia couple awal-awal dulu, mak bapak tak berkenan.
Tapi dia akur dengan kehendak parents, dia sanggup break dengan ex.
Dia cari isteri seperti yang orang tua nak.
Yang penampilannya baik. Yang bertudung.
Yang ada nilai kemelayuan.
Pendek kata yang wife-materiallah.
Dia cuba untuk pelihara the relationship sebaiknya.
Tapi after kawen, sayang kepada wife tu tak konsisten.
Dia rasa letih surviving the marriage.
Dia kata sayang tu sayang tapi more to mengenang budi.
Sampai satu tahap tu dia cuma ada rasa selesa, tapi bukan cinta.
Selesa bersembang sama, selesa makan sama = macam BFF saja.
The chemical sparks tu takde.

Dorang bercerai tapi co-parent dengan ex-wife.
Takde gaduh takde apa.
Ex pun dah kawen lain but baik-baik je.
Dia kata wife dia yang sekarang (dah bertudung dah), memanglah orang judge macam-macam sebab tak bertudung waktu tu.
Rambut merah pulak tu.
Nampak sosial.
Tapi, itulah ciri-ciri yang dia suka.

Maksudnya, kita ni dalam memilih pasangan, pilihlah ciri-ciri yang kita suka terlebih dahulu.
Bukan pilih sebab apa orang kata, apa mak bapak kata, apa orang kampung kata.
Sometimes disebabkan “terikat” kena pilih yang macam ni, yang macam tu, hujung-hujung after 3-4 years berkahwin, tersangkut dengan orang lain.
Sebab keinginan sebenar tak terpenuhi.

En Wan kan, masa dia kat Preparation Course dulu, ada awek.
Sama-sama preparation course, tapi budak tu batch UM, En Wan batch UTM.
Masa kitorang kenal-kenal dulu, dia pernah tunjuk gambar ex-awek dia (masa kenal dengan aku, dia dah 8 bulan break).
Memang sexy oi!! Hahahaha.
Sexy dan cantik.
Dengan tak bersalahnya dia bagitau "Aku memang suka perempuan sexy".
Masa tu aku macam "Mesti dia ni kat Jepun suka pi club, minum-minum" Kahkahkah.
Desa sungguh mindset aku waktu tu.

Masa aku couple dengan En Wan, BFF dia siap call aku dari Jepun tau tanya aku macam-macam soalan.

Siap warn aku "Kau jangan main-mainkan kawan aku. Dia break teruk hari tu"
Gitu kau BFF beliau.
Kau tak tengok BFF aku kalau sound kau pulak. Yih!

Berbalik pada cerita kawan lelaki aku tu, to me, dia buat decision yang betul.
Walaupun pedih sebenarnya (which dia pun regret sebab menganiaya perasaan ex-wife), at least dia bertindak cepat.
Dia tak macam certain guy yang drag sampai bertahun-tahun, ujung-ujung berpoligami.
Dah tak boleh nak continue hidup bersama, be a gentleman please.
Terus-terang, dan cari jalan keluar dari kesulitan tu dengan baik.
Jangan kau pegang wife tu sampai bertahun-tahun tapi kau treat dia macam tak wujud.
Itu jauh lebih sakit.
Kau akan menganiya isteri yang tak bersalah tu.
Bila nanti kau kejung kat rumah, lepas tu kau tak boleh nak bermesra sebab sparks tu takde, kau nak spend time pun malas, kau asyik lepak ofis sebab nak jauhkan diri — what is the point?
Yang paling teruk, last-last kau meet someone else yang menepati ciri kau nak, pastu kau paksa bini kau terima madu.

Kepada brader yang kata "tak kisah rupa", please.
Proses taaruf tu bukan macam beli barang dalam karung guni, ya.
Sebab itulah taaruf perlukan orang tengah.
Orang tengah ni yang akan selidik perempuan tu camana orangnya, apa kelulusannya, apa kepandaiannya, apa salasilahnya, cantik ke tidak, etc.
Dalam proses taaruf, ada proses nadzor.
Nadzor ni proses melihat.
Apa ingat kalau pilih jodoh guna kekdah taaruf tak payah tengok dulu orangnya?

Jangan buat pasal weiii.
Tergamak ke nak kawen terus tanpa tengok orangnya dulu?
Islam tu tak zalim.
Proses nadzor ni membolehkan kita tengok dulu perempuan tu cantik ke idok.
Kalau dia pakai niqab, boleh dimintak bukak niqabnya.
Jangan jual mahal, "Ah tak payah. Saya tak kisah rupa, yang penting hati".
Ewahhhh.. Memang selamanya iman kita ni naik tak turun-turun ke?

Iman kita ni kadang naik, kadang turun, bang.
That's why Islam bagi green lite untuk tengok dulu rupa bakal isteri kerana dengan melihat rupanya insyallah memudahkan hubungan rumahtangga.
Kerana wajah termasuk dalam perkara yang boleh kita jadikan prioriti dalam memilih teman hidup.
Walaupun yang utama dan pertama sekali adalah agamanya, tapi wajah boleh dijadikan pertimbangan.
Bukanlah nak cantik sangat, asalkan sedap mata kita memandang cukuplah.
Janganlah sampai kata rupa lansung tak penting.
Rupa penting, cuma tak boleh dijadikan prioriti, tapi mesti dimasukkan sekali dalam checklist.
Jangan sampai takde lansung.

Punca hati kita tenteram ada pelbagai.
Ada yang kerana dari percakapan yang lemah lembut.
Ada yang kerana dari kesabaran dan tolak ansur.
Ada yang dari cara layanannya di bilik tidur.
Ada yang kerana dari wajah yang sedap mata memandang.
Jadi, rupa kena ambik kira.
Tapi tak payah la demand sangat nak macam supermodel of the year.
Kau pun hensem sangat ke.

Sebenarnya aku kagum dengan those yang berkahwin tanpa cinta, yang melalui proses takruf.
Bertambah kagum bila dorang boleh bahagia.
It turns out that bukan semua yang kahwin tanpa cinta tu akan menderita.
Some tetap teruskan perkahwinan walaupun bukan dengan orang yang dia suka.
Pada pandangan dorang-dorang ni, cinta akan datang seiring dengan masa.
Bila dah kawen tiap-tiap hari berjumpa dalam rumah, so kekerapan berjumpa ni lambat-laun akan membibitkan rasa cinta [gitu ayat aku].

Perspektif tu tak salah sebab cinta memang boleh datang bila-bila masa.
Those yang kawen dengan kaedah takruf aku boleh kata tahap yakin dia pada Allah sangat tinggi sebab dorang betul-betulkan serahkan Allah tentukan pasangan hidup.
Tapi kalau kau kenal diri kau macamana, lebih baik kau pilih ikut apa yang kau suka.
Dalam masa yang sama minta Allah permudahkan dan bagi petunjuk.


2023-11-23

Menyampah dengan parents yang menyalahkan sistem sekolah


Pagi tadi nampak screenshot-screenshot ni.

Benda tengah hot kan, memang biasalah isu-isu gini.
Esok kalau pengambilan SBP/MRSM bermula, lain pulak isunya.
Biasalah ni.
Cuma aku menyampah. Menyampah tau tak, menyampah.
Menyampah dengan parents yang menyalahkan sistem sekolah, menyalahkan kawan-kawan di sekolah anak, kononnya punca anak-anak tak dengar kata, taknak belajar, suka mencarut - adalah kerana pengaruh bersekolah aliran perdana (bukan sekolah agama/tahfiz).
Entahkan anak dia yang bermasalah, lepas tu nak salahkan sekolah.

Sorry lah ya, kalau ada yang terasa.
Tapi, dari observation aku dengan perangai parents macam ni, ni adalah mak bapak yang segalanya salahkan pihak lain.
Jenis yang melenting kena bayar duit PIBG pun mungkin dari stok-stok ni juga.
Yang asal cikgu minta beli baju ini baju itu, dia gak yang bising-bising.
Stok-stok ini aku agak.

Sedangkan tingkah-laku anak-anak dipengaruhi oleh banyak faktor. Kompleks.
Sangat tak wajar menyalahkan kelakuan anak-anak disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan atau didikan sekolah aliran perdana yang tak fokus pada akhlak murid.
Dey, semua benda kau nak serah at sekolah.
Abis kau kat rumah buat apa?
Dahlah duit PIBG naik RM10 pun bising.
Tapi nak semua benda sekolah buat untuk anak kau.
Eh, mohon berhenti membiak.
Risau pulak bodoh tu nanti menurun kat anak.

Tak tepat lansung nak kaitkan perangai anak-anak yang tak semenggah tu semata-mata kepada jenis sekolah yang mereka attend, whether it's a mainstream school or a religious one.
Blaming the entire education system, atau menyalahkan kawan-kawan sekolah anak, atau mengaitkan disiplin anak solely to the mainstream education system oversimplifies the issue, at the same time mengabaikan faktor-faktor lain.

Punca paling atas sekali sebenarnya bukanlah sekolah, tapi PARENTING STYLE.
Cara parents membesar dan berinteraksi dengan anak-anak memainkan peranan in shaping their behavior.
Kalau perkataan "bodoh" tu kerap sangat disebut kat rumah, mustahil anak-anak tak terikut.
Jangan tuduh orang luar sangatlah.
Anak-anak ni kalau biasa sebut "bodoh", "babi", "cilaka" kat rumah, bermakna parents dah biasa bercakap perkataan tu sebab tu anak rasa perkataan tu mak bapak can tolerate.

Contohnya masa sekolah dulu, walaupun kat sekolah budak-budak biasa cakap "Apa benda dohhhh", "Kau kat mana setan?", aku TAK PERNAH sebut kat rumah.
Sebab?
Sebab kat rumah perkataan tu tak biasa diguna.
Kalau sebut, memang Mak Aji lempar selipar bak melempar cakra kat aku.
Dari jauhhhh tapi tepat ke sasaran.
Aku hanya berani sebut depan kawan-kawan saja sebab kawan-kawan saja can tolerate gaya bahasa gitu.
So kalau anak biasa mencarut atau memaki-maki kat rumah, PASTI dalam rumah tu dah biasa guna perkataan tu.
Sebab tu anak berani guna.

Selain dari pengaruh tempat tinggal, FAMILY ENVIRONMENT juga adalah salah satu faktor.
Malah, family environment beri pengaruh yang kuat terhadap behavior anak-anak.
Yang ni merangkumi keseluruhan suasana di rumah - cara mak bapak berinteraksi, hubungan antara ahli keluarga dan concern mak bapak terhadap anak-anak semasa di luar rumah.
Contoh, family yang luangkan masa semak homework anak, luangkan masa bersembang dengan anak-anak tentang aktiviti kat sekolah, etc.
Persekitaran rumah yang menyokong adalah asas kepada perkembangan emosi dan behavioral development.

Kita boleh tengok anak-anak yang dibesarkan di pertempatan tertentu, MOSTLY ada attitude yang sinonim dengan persekitaran tu.
Same goes to dalam rumah sendiri.
Kalau dalam rumah pun tak harmoni, takde support system yang kuat, jangan salahkan sistem pendidikanlah.
Sistem pendidikan aliran perdana ni dah lahirkan ramai leaders, and successful people.
Even ilmuwan Islam pun ada yang bersekolah di sekolah biasa.
Jangan salahkan sekolah atau kawan-kawan semata-mata.

Kadang-kadang mak bapak tak mahu akui yang keluarga dia ada masalah.
Masalah tak semestinya bergaduh memekak hari-hari.
Suami isteri yang takde participation dalam urusan rumah tangga pun namanya bermasalah juga.
Suami isteri yang jarang mesra di rumah pun, namanya bermasalah juga.
Dalam rumah tangga bila mana konflik tak diurus dengan baik, anak-anak struggle to navigate disagreements.
Contoh, kalau anak nampak mak bapak berbincang selesaikan perselisihan dengan tenang, it sets a positive example untuk handle konflik dengan cara yang terhormat.
Kalau family environment tak stabil and unsupportive, ini semua contribute to behavioral challenges pada anak-anak.
Di luar nanti, anak-anak ni susah nak form healthy relationship dengan kawan-kawan, jadi kasar, suka bawa masalah.

Yang ketiga, PERSEKITARAN TEMPAT TINGGAL.
Aku rasa banyak kali dah aku mention pasal ni dalam blog post yang lepas-lepas.
Persekitaran tempat tinggal bagi pengaruh pada emosi dan perubahan diri kita.
Kerana manusia cenderung untuk berubah mengikut persekitaran.
Tengok je lah dalam mana-mana isu berbangkit.
Bila ada kisah isteri solehah, berbondong-bondong bersemangat nak jadi isteri mithali solehah.
Bila ada kisah orang tak sekolah tinggi boleh berjaya, berbondong-bondong nak follow the same step.
Hot-hot ciken shit.
Lepas 2-3 bulan benda dah sejuk, kau pun kembali ke asal.
Sebab?
Sebab niat dari awal tak ikhlas, sekadar ikut-ikut orang. Ikut trend.
Bukannya paham pun apa yang dia buat tu.
Tu pasal after 2-3 bulan lemau semula.

Persekitaran tempat tinggal bagi pengaruh yang agak kuat.
Kita duduk situ, lama-lama kita akan terikut dengan gaya hidup orang di situ.
Aku bukan nak kata apa lah.
Kat kampung bapak aku dulu, budak Darjah 5 dan bawak motor merempit dalam kampung.
Orang kampung akan kata "Biasalah di sini. Bawak dalam kampung je".
Samalah juga budak umur 12 tahun dah pandai isap rokok daun.
Bagi dorang "Biasalah. Rokok daun je".
Sebab apa biasa?
Sebab persekitaran tempat dia tinggal dah jadikan itu satu kebiasaaan.

Pak Aji kata masa dia takde duit nak sekolah dulu, mak bapak (arwah atok and nenek) tak halang dia nak menoreh getah.
Alasannya, "Ada juga yang menguruskan ladang. Dapat hasil".
Sebab dah jadi kebiasaan dalam kampung tu kalau tak mampu ke sekolah, boleh uruskan ladang.
Kalau tak belajar pandai, kerja ladang.
Mujur pakcik kepada Pak Aji, seorang cikgu, datang ziarah.
Dia tanya kenapa Pak Aji tak sekolah.
Pak Aji kata takde duit.
No no no. Kena sekolah, pakcik tu kata.
Sebab apa pakcik kata gitu?
Sebab dia seorang guru.
Persekitaran dia tinggal tak biasa dengan budak yang tak sekolah.
Seorang guru dah biasa dengan persekitaran budak MESTI PERGI SEKOLAH.
Pandai tak pandai lain cerita.
Janji sekolah kena habiskan!

Dah settle 3 points tadi kan?
Ok now masuk point ke-ompek, iatu PENGARUH RAKAN SEBAYA.
Point ke-4, baru masuk pengaruh peers. Bukan point pertama tau.
Jadi, janganlah kita main tuduh sistem pendidikan kita punca anak-anak tak berakhlak. Padahallll.

Makna kata, di mana kita tinggal, di situlah juga anak-anak kita akan bersekolah bersama-sama.
So, kalau rasa tempat tinggal kita tu boleh menyumbang kepada pengaruh yang buruk, dan besar kemungkinan "pempengaruh-pempengaruh" ni akan bersekolah di sekolah yang sama, pandai-pandailah pikir sendiri.
Sama ada pindah rumah atau pindah sekolah.

However, perlu diingat!
Walaupun schoolmates can influence anak kita, peer relationships are just one aspect of their social environment.
Still, parents kena bimbing and terapkan nilai untuk bantu anak-anak ni buat pilihan yang bijak dalam memilih kawan.

Dulu masa sekolah rendah ada streaming class, aku encourage Redza maintain dalam kelas pertama.
No need to dapat naik pentas every year.
Cukup sekadar maintain di kelas pertama, kerana aim aku adalah persekitaran yang boleh buatkan dia terdorong untuk belajar.
Jadi dia perlu kekal berada di kelas terbaik sebab environment dalam tu berbeza.
Itu adalah pilihan kami (aku and En Wan).
Mungkin orang lain, pilihannya berbeza. Terpulang.

Apa-apa pun aku tetap merasa pengaruh dalam rumah lebih kuat berbanding luar rumah.
Kekuatannya signifikan.
Sebab lingkungan keluarga adalah tempat di mana anak-anak develop values, norms, and attitudes towards life.
Rumah adalah tempat pertama anak-anak belajar, bukan sekadar pendidikan formal (belajar kenal ABC 123), tetapi belajar nilai-nilai budaya, sosial, dan etika.

Pengaruh kat luar memang ada.
Tapi tak tepat nak menyalahkan kawan-kawan and sistem pendidikan yang kononnya tak menerapkan nilai-nilai kemanusiaan yang lebih.
Kononnya sistem pendidikan terlalu fokus pada akademik.
Abis tu, kalau semuanya sekolah nak buat, kau kat rumah buat apa?
Takkan tanggungjawab kita habis nak beranak dan bagi anak makan pakai je.

Dia macam ni lah, ya.
Ini pandangan dan cara akulah.
Kalau tak bersetuju, takpe.

Kita nak hantar anak ke sekolah agama sebab nak pentingkan akhlak.
Tapi kat rumah kita sendiri takde akhlak, rasa-rasa tak beri pengaruh ke kat anak-anak?
Hantar anak ke sekolah biasa, tapi kalau kat rumah ada pengaruh buruk, jangan salahkan sekolah.
Same goes to hantar anak gi belajar kat sekolah, kat tusyen, tapi kat rumah kita tak follow up homework anak-anak.
Hantar anak mengaji bayar kat ustazah, tapi kat rumah kita tak test pun anak mengaji.
Jenis lepas tangan.
Hantar anak kat sekolah agama, semoga anak jadi baik. Katanya.
Buta-buta harap kat sekolah.
Bila anak tak menjadi, salahkan pulak sekolah agama tu.
Penyudahnya semua salah, kau je betul.

Rayyan setakat ni hanya tusyen BM sahaja.
Sebab BM dia paling hazabedah.
Kat sekolah belajar. Tusyen BM ambil.
At the same time aku tetap ajar dia juga.
Memang drill habis-habisan bab BM ni.

Aku share screen shot ni bukan nak juga aku terpaling perihatin, ya.
Aku nak share supaya kita sama-sama involve.
Bila kita sama-sama involve, cikgu rasa bersemangat nak ajar anak kita sebab dia kita put effort juga. Bukan dia sorang.
Bila kita highlite pada cikgu bahagian mana yang anak kita belum boleh kuasai, lebih mudah cikgu nak perbaiki.
Cikgu hanya ada dengan anak kita paling-paling pun 1-2 jam je seminggu untuk ajar that subjek.
Tapi kita di rumah boleh tengok anak buat hari-hari, jadi kita boleh spot kat mana anak lemah.

Ini memang daily basis. Terpaksa buat.
Sebab kau taknak duduk asrama, kan?
Jadi aku bawa konsep di SBP ke rumah.
Jadual belajar tetap sama.
Bezanya, bukan katil bunk bed, bilik air ada heater, bilik tido ada aircond, nak makan sambil tengok TV boleh 😁.
Tapi kalau makanan tumpah kat karpet aku, kau siap!

Aku buat semua ni bukan sebab nak anak aku terpaling pandai.
Tapi sebab aku tahu anak-anak aku banyak main.
Baik Redza, baik Rayyan. iPad sentiasa kat tangan.
Redza tu masa sekolah rendah hanya tak pegang iPad masa minggu UPSR je.
Esok nak UPSR, hari ni masih lagi layan game.
Tapi of couse selepas tusyen dengan bapak dia lah.

Anak-anak aku bukan macam anak-anak orang lain, reti nak belajar sendiri.
Anak-anak aku kena dibuatkan jadual bila belajar, bila main.
Tu pasal dorang mesti masuk boarding school supaya berada di kelompok yang mahu belajar.
Tapi yang sorang tu berjaya meloloskan diri seperti ammaknya juga.
Jadi aku kena buat gini, supaya dia tak ketinggalan di kelas.
Kesian nanti kalau orang lain dah laju tapi dia merangkak nak catch-up.
Anak-anak kita ni tahap penguasaan dorang lebih kurang sama je, yang membezakan cuma pendedahan.
Insyallah sis cuba.


2023-11-22

Tulis panjang-panjang tapi tutup komen. Apa masalah?


Aku nampak satu FB post seseorang.
Dia share satu post lain ke wall dia.
Tapi dia bengang dia takleh komen kat post asal.
Jadi dia share the post kat wall dia dengan caption "Tulis panjang-panjang tapi tutup komen".

Alahai..dah kenapalah orang tu tak bukak komen pun jadi masalah?
Share je la post orang tu kat FB kau, kemudian write you repond.
Apalah yang susahnya?

Inilah yang aku cakap hari tu.
Manusia suka hencap orang lain kat public bukan kerana nak bagi pandangan yang membina tapi nak lempiaskan sesuatu yang terbuku dalam hati.
Untuk itu dia perlukan perhatian ramai.
Speaking of which, kalau sekadar nak memberi pandangan, boleh je PM the author, kan? Kan?
Eh, taknakkkk.
Sebab tak thrill bila tak dapat malukan Hamba Allah tu.
Tak thrill bila tak dapat tunjuk terer depan orang. Kan?

Sorry to say, orang-orang macam nilah yang sebenarnya desperate for attention.
Dia hanya berani dalam suasana ramai.
Jenis ni kalau kau tak percaya, gi masuk FB atau media sosial dia.
SENDU! Why?
Sebab dia adalah sejenis yang menulis hanya untuk membangkang, bukan menulis untuk memahami.
Kalau takde benda nak dibangkang, otak dia jem.
Orang macam ni sebenarnya low self-esteem.
Dia tak konfiden dengan diri dia untuk keluarkan pendapat.
Maka dia pilih untuk tulis dia dapat disorokkan.
Hanya dengan keluarkan komen kasar saja dorang dapat merasa berkuasa atau relevan dalam lingkungan sosial.
Kritik orang lain buatkan dorang rasa yakin diri.

Alah, dia serupa macam orang yang ejek-ejek aku dulu.
Ejek aku hitam padahal dia berkerak juga.
Sebab tu dia terpaksa ejek aku dulu supaya perhatian orang beralih ke aku dan lupa bahawasanya dia pun berkerak.
One thing yang aku perasan, set-set yang mengejek aku ni kalau berjalan sorang, takde pun nak ejek aku.
Sebab? Sebab dorang akan nampak bodoh.
Dorang hanya berani ejek bila ramai-ramai je so that bodoh tu dikongsi bersama. Kahkahkah.

Orang-orang jenis ni, SELALUNYA, dorang takde apa untuk 'dijual' pada orang.
Achievement takde. Success story takde.
A good family background takde. Good personaliti takde.
Sebab tu dia perlukan validation dari orang ramai.

Oklah let's be fair.
Semua manusia pada dasarnya suka connection, aknowledgement dan pengiktirafan daripada orang lain.
Kita semua sukakan perhatian. That's normal.
However, orang yang lonely dan kurang dapat perhatian, selalunya cenderung untuk guna cara yang tak konvensional untuk attract attention.
Salah satu caranya - mengejek, mengutuk, mengkondem - yang semuanya dibuat secara beramai-ramai.
Sebab dengan cara kondem beramai-ramai je baru orang nampak mereka wujud.

Cuba tengok contoh manusia narsistic.
Dorang ni sebenarnya takde apa pun.
Takde apa yang boleh dibanggakan.
Tapi dorang pandai memanipulasikan orang yang paling ramai (selalunya pasangan), supaya dorang nampak berkuasa dan relevan.
Hanya dengan cara tu je dorang cipta keyakinan diri.
Sedih kan orang-orang macam ni? 
Kita cari bahagia dengan cara yang happy-happy, gelak-gelak, santai-santai.
But them?
Terpaksa berhempas-pulas memikir cara nak jatuhkan orang supaya yakin diri tu datang. Seksa, kan?

Aku kalau boleh taknak dah pikir kisah lama.
Tapi bila sesekali terbaca ciri-ciri orang yang ada masalah jiwa ni, memang takleh lari dari terkenang hal dulu.
Ciri-ciri tu dah jelas sebenarnya, tapi aku yang membutakan mata sendiri.
Baru-baru ni client En Wan datang KL, dan dia nak berjumpa aku.
Kebetulan aku memang free, so gi la kejap teman En Wan.
Rupanya she wanted to thank me some post aku di blog buat dia bangkit dari depression ditinggalkan suami.
From her story, aku can easily cakap ex-suami dia seorang narcisistik.
Aku kenal ciri tu.
Then aku tanya "Betul tak kalau saya kata, you were not really happy selama ni. You were just surviving the marriage?".
Dia angguk.

Tu pasal aku cakap, orang yang ada masalah jiwa ni perangai dia sepesen je.
Yang suka bagi komen-komen harsh tak tentu hala kat ruangan komen orang, yang tak puas hati orang tak buka ruangan komen, yang bengang orang yang dikomen tak balas komen dia -- ini semua ciri narcisistik.
Antara dia nak mengaku dengan tak je.

Yang ada pasangan hidup macam ni, macam aku pernah cakap dulu, kita ni kadang tak tahu beza good and nice.
We thought memberikan peluang kedua, ketiga dan keompek tu adalah being nice.
Sebenarnya itu adalah tanda bodoh yang obvious.
Jangan jadi nice. Be good, cukup.
Bila being nice, kita tend to membuka pintu kepada thousand of bullshits.
Be good to others, but be nice only to ourselves.
Dalam erti kata lain, practice kindness towards others, and also prioritize self-care.
Jangan terlampau nice sampai ujung-ujung kau drain dan dry.

Just like ruangan komen.
Kalau rasa-rasa kau tak mampu nak melayan bermacam jenis ragam komen yang masuk, tutup saja.
Teruskan menulis macam biasa tanpa mengharap sesiapa komen.
Yang suka, pasti akan terus membaca.
Yang datang semata-mata nak komen, dia akan blah. Jangan risau.
That's how you attract your people.
Yang tak suka, denga sendirinya akan menjauh tanpa kau buat apa-apa effort.



2023-11-21

Diana masuk hospital


Ada juga yang bertanya gambar aku kat feed pagi tadi.

"Kak Di buat apa pegi hospital?"

"Kak Di sakit apa?"


Tadi tu follow up appointment saja.
Sakitnya alhamdulillah dah sembuh.

Kisahnya, aku kena UTI baru-baru ni.
Bulan November ni lah kenanya.
Tak lama mana pun duduk hospital, 3 hari 2 malam.
Hanya drip antibiotic dan ubat tahan sakit sepanjang 2 malam tu.
Alhamdulillah, after 2 hari, lega.
Hari yang aku discharged tu, urine dah tak detect bacteria (culture).



Tapiii kau tengok berapa dia caj?
Grand total RM7,440.69.
Takde operation apa bagai, ya.
Hanya duduk berehat saja sambil masukkan antibiotic.

Punyalah dari tahun 2003 aku buat medical card (masa ni masih conventional), tak pernah-pernah sakit sampai kena masuk hospital (kecuali bersalin).
Umur 46 ni Allah bagi check in kejap kat hospital.
Tapi aku tak guna medical card conventional.
Yang ni aku guna takaful medical card yang baruuuuu saja aku sign up dengan En Wan bulan April hari tu.
Medical card yang baru ni aku saja je tambah sebab En Wan suggest ambil plan yang lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah, syukur.
Semua bil ditanggung Prudential.

Inilah yang dikatakan kalau nak sakit tu selalunya takde warning.
Tau-tau je dapat sakit.
Aku hari tu kena UTI, takde rasa sakit apa pun masa kencing.
Tiba-tiba aku tengok toilet bowl aku merah.
Eh, dah kenapa? Sakit tak apa tak.
Disebabkan kencing tu warna merah, agak seramlah juga kan.
Terus gi jumpa doktor. Rupanya UTI.
Serah je lah diri sebab doktor kata kalau makan ubat, mungkin ambil masa.
Lebih naik drip antibiotik terus.
Oklah, medical card pun ada.
Agent pulak laki sendiri.
Jadi segala benda dia yang uruskan.
Alhamdulillah, mudah.

Tapi tak dapat bilik single. Bilik penuh.
Ambik je lah bilik berdua.
En Wan tak dapatlah teman aku.
Takpelah sebab ada member sebelah, idok la aku takut.
Kalau takde member aku rasa mau aku tido depan kaunter nurse.

Kesian En Wan, masa aku warded tu lah dia ada ramai client untuk dijumpa dan at the same time dia menerima award.
Serba-salah dia.
Aku cakap takpe, aku ok je sini.
Aku siap angkut laptop buat kerja dalam bilik.
Dan seperti biasalah aku merayap ke sana sini tengok keadaan wad-wad lain. Kahkahkah.
Seret tiang drip ke hulu-hilir.

Makanan cenggini ha 👍🏻👍🏻.
Ada grilled salmon siap.
Bubur nasi ni macam-macam jenis lauk ada.
Scramble egg kemain sedap lagi.
Tapi, masa Rayyan duduk Avisena dia dapat Executive Suite.
Makanan jauh lebih sedap.
Aku syak bilik executive Sunway pun makanan sedap juga.
Alangkan bilik marhaen pun ada grilled salmon, kau rasa?

Itulah yang aku nak cerita ni.
Punyalah bertahun-tahun ada medical card, dari menjak belum ada Redza, sampai anak aku dah 19 tahun, baru inilah aku guna medical card.
Betapa tak sangkanya aku di usia 46 tahun baru aku perlu medical card ni.
Sungguh! Ambil medical card ni tak rugi.
Sebab benda-benda emergency ni datang takde warning.

Ada yang kata rugi bayar bulan-bulan, bukannya guna setiap bulan.
Eh, yang kau meminta-minta nak guna medical card every month tu dah kenapa?
Aku yang pegang medical card 20 tahun pun tak pernah meminta nak guna. Selisih!
Biarlah sihat.
Tapi, kalau dah sampai masanya kena guna, bendanya dah ada. Lega banyak.

Bak kata En Wan, RM7K ni tak banyak mana pun.
Rasanya ramai yang mampu nak bayar cash.
Tapi, kalau takaful boleh tanggung, buat apa kita nak bayar ye tak?
Save duit aku.
Treatment ni dibayar oleh medical card takaful yang aku baru sign up in April.
Sebulan aku bayar RM350.
Kau kira berapa je aku dah bayar hingga hari ni?
Baru RM2800 aku bayar.
Tapi bil aku dibayar penuh RM7K+.

Tadi aku buat follow up.
Alhamdulillah, urine clear.
Dah tak perlu datang untuk follow up lagi.
Dr minta aku beli probiotic untuk pundi kencing.
Itupun kalau nak lah. Kalau taknak, takyah.
Hari ni bil consultation RM115. Bayar sendiri.
Tapi boleh pay and claim.
Sebab 3 bulan selepas kau discharged, rawatan outpatient masih ditanggung Prudential.
Jadi, aku serahkan je invoice tadi kat En Wan.
Bior dia uruskan pay and claim aku.

Hari tu masa Rayyan patah kaki, semua bil rawatan selepas discharged, termasuk fisio 3 bulan, semua kitorang dapat claim balik.
En Wan uruskan semua.
Elok je habis 3 bulan, Rayyan pun dah boleh berjalan balik.
Alhamdulillah, tak perlu keluar duit sendiri untuk rawatan susulan.

Aku tak tahulah orang lain pikir macamana.
Bagi aku, having medical card adalah salah satu ikhtiar.
Sediakan payung sebelum hujan konsepnya.
Hari tu masa aku ditolak masuk ke emergency, alhamdulillah segalanya cepat.
Dari ambil urine, full blood test, masukkan ubat drip, kemudian ditolak ke ward - semuanya cepat.
In fact, sebelum GL approved, aku dah ada dalam ward dah.

Oh by the way, hari yang aku share post En Wan pasal dia jadi MDRT.
Ada orang tanya apa maksudnya "client di bawah agen MDRT akan mendapat servis khas dari PREMIER SERVICE DEPARTMENT".

En Wan kata selama ni, kalau agen nak bercakap dengan person incharge bahagian claims, atau GL, atau medical underwriter atau customer service, kena call general line.
And they will pass you from one to another.
Agen MDRT, ada satu line khas.
Dorang tak perlu lalui orang itu orang ini.
Premier Service Department akan handle request dari MDRT.
Jadi, mudah-mudahan segala urusan client-client En Wan lebih cepat selepas ni.

So, begitulah ceritanya.
Selama ni aku cerita kelebihan medical card berdasarkan kes client itu client ini.
Hari ni fresh from oven.
Kisah diri sendiri menggunakan medical card.

By the way, dari 1-30 Nov ni, siapa apply medical card (Plan Medic Total Care), akan dapat cash reward.
Tinggal 9 hari je lagi. Jangan bertangguh lama sangat.
Makin lama menunggu, chances nak terlepas peluang tu tinggi.
Sekali lagi aku ingatkan, kalau takaful luluskan application korang dengan sedikit loading, PLEASE JANGAN REJECT!
Jangan reject, ya. AMBIL.
Sebab belum tentu selepas ni application korang diluluskan.
Apa-apa, whatsapp En Wan - 012-4407757


2023-11-20

Kita dah semakin tua


Begitu comel sekali aku and Ima, kan? Hahaha.
Yang ini aku pasti tahun 1986.
Sebab tahun 1984 and 1985 Ima belum sekolah rendah.
Tahun 1986 Ima dah sekolah rendah.
Dan gamba ni diambil di rumah lama.
Tahun 1987 kitorang dah pindah ruma baru.
Jadi, sohih gambar ni masa aku Darjah 3, dan Ima Darjah 1.
Gambar waktu pagi sebelum pegi sekolah.
Entah kamera siapa bapak aku pinjam ni.

Aku dengan Ima almost unseparable, sebab umur kitorang tak jauh beza jadi main sama, bersembang sama, buat apa-apa pun sama.
Orang kata 2 beradik je, mesti boring.
Tak, tak boring pun sebab kitorang tahu kalau bergaduh lama-lama pun buat rugi je sebab masing-masing takde geng.
Lainlah orang yang ada anak sampai 12 orang.
Kalau gaduh dengan kakak, kau ada 10 orang lagi nak diajak bersembang.
Aku dengan Ima kalau bergaduh, rumah jadi sunyi sepi.

Bila tengok gamba ni, tak sangka now masing-masing dah 40-an.
Lagi 10 tahun? Lagi 20 tahun?
Macam Mak Aji and Pak Aji sekarang, masing-masing dah 70-an.
Adik-beradik ada je lagi.
Kat Singapore ada, kat Johor ada.
Tapi masing-masing dah tua. Nak jalan jauh pun harap kat anak-anak tolong bawakan kereta.
Mujur mada henfon, dapatlah video call.
Kalau tak? Habis gitu je lah.

Kita ni pun gitu jugalah soon.
Tak tahu sampai bila boleh berjumpa.
Kalau anak-anak tak busy bolehlah harap tolong bawakan jumpa adik-beradik yang tinggal jauh.
Kalau tak, sekadar kat phone je lah.
Sedih, kan?

Sedih bila kenangkan, kita dah semakin tua.
No wonder orang kata orang tua-tua ni sensitif mudah menangis.
Tak payah tunggu tua sangatlah, aku yang belum 50 ni pun sensitif.
Bila kenangkan umur dah makin banyak, masa pun dah tak banyak mana, one day badan tak kuat nak bergerak jumpa adik-beradik.
Teringat arwah nenek aku.
Masa adik dia meninggal di Kelantan, nenek aku dah uzur tapi masih boleh berjalan cuma lebih banyak atas wheel chair saja.
Bila makcik aku bagitau "Mak, Mak Ngah meninggal. Mak ingat ke siapa?"

Slow je nenek angguk, "Adik aku"

Sedihnya aku rasa masa tu.
Entah apa kenangan dorang masa kecil dengan adik-beradik, bila dah tua terpisah.
Nenek pun tak dapat ziarah atas faktor uzur.

Macam mok pun kadang aku sedih bila tengok mok.
Mok 3 beradik, tapi adik-adik dah meninggal. Tinggal mok sorang.
Mujur anak-anak mok ni masih mahu ambil tahu hal mok.
Kiranya mok ni beruntung sangat.
Walau sebatang kara takde adik-beradik, tapi anak-anak semua masih kuat dan peduli. Alhamdulillah.

Tahun lepas, kawan baik Pak Aji yang mengaji sama, jemaah sama, free time lepak coffee-coffee sampai ke Pavillion meninggal.
Prof apa ntah namanya.
Mak Aji cakap, bapak aku sepanjang hari senyap je.
Itu baru kawan, ya.

Looking back 20-30 tahun lepas, zaman muda, zaman kegemilangan orang kata, life is a colorful journey.
Kita went thru pelbagai fasa, experienced success and failure.
Tapi satu hakikat yang pasti - at some point, kita semua akan merasa proses aging tu.
Masa umur 30-an dulu, bila sebut tua je, fokus aku pada kulit, pada rambut, pada badan.
Now, bila sebut tua je, benda pertama yang aku pikir adalah perspektif hidup.
Renung balik apa je lah yang aku dah buat sepanjang 46 tahun ni.

Hari tu aku nampak satu quote.
Dia kata, "If you're lucky enough to live until you're 80, you'll only get about 4,000 weeks to live".

4,000 minggu je. Tak banyak mana.
Aku dah guna sekitar 2,392 minggu. Half way dah.
Entah lucky ke tak nak sampai ke umur 80 tu.
Kalau sampai ke umur 80 tu, aku harap badan masih sihat, tak menyusahkan anak-anak dan pasangan, En Wan pun ada lagi, dan kawan-kawan aku pun masih sihat.
Because, kalau umur panjang tapi ramai orang yang kita kenal dah takde, itu sangat menyedihkan.
Adik-beradik takde, kawan-kawan dah takde. Pasangan pun dah takde.
Allah, sedihnya rasa.

Aku doakan semua yang membaca ni diberi kebahagian, kegembiraan, hati dan fikiran yang tenang dan sihat-sihat belaka.
Teman aku menulis sampai tua, ok?


2023-11-19

Belum tahu


Ok, aku dapat 2-3 link yang sama, ke video seorang founder yang selalu ada kontroversi.
Pastu pagi tadi lalu 2 post kat FB dari penulis yang berbeza yang ulas tentang video yang sama.
Pakat-pakat boikot produk founder tu katanya.

Aku dah tengok video yang korang bagi.
Entahlah, tak reti nak respond apa.
Nak cakap takut salah.
Aku beranggapaan gini je lah.
Dia mungkin belum tahu.
Jangan pulak kata dia tak solat.
Dia mungkin solat Subuh, tapi tak terdedah dengan solat Rawatib.
Sebab itu dia tak pernah dengar tentang solat sunat sebelum Subuh yang lebih baik dari dunia dan isinya.

Boleh jadi yang menegur juga silap dalam menyampaikan teguran.
Bila kita kata "Solat 2 rakaat sebelum Subuh tu adalah lebih kaya dari segalanya", bagi pemahaman orang yang BELUM TAHU, dia akan refer word KAYA tu as duit dan harta.
Mungkin sebab tu dia kata dia tak percaya solat sunat sebelum Subuh boleh jadikan kita kaya.
Sebab dia membayangkan kaya tu as duit.
Tapi kalau kita jelaskan yang "solat sunat sebelum Subuh lebih baik dari dunia dan isinya", boleh jadi respond-nya berbeza.
Itu pandangan akulah.

Tapi satu yang paling buatkan orang cepat melenting bila ditegur adalah ketika ditegur in public.
Teguran ni, walau sopan dah lembut macamana pun, tapi kalau ditegur in public, tetap rasa sakit.
Tak percaya, cuba kalau kau kena tegur dengan random people. Apa rasa?
Walau sopan, sakitnya tetap ada.
Takde orang suka ditegur depan-depan.
Apetah lagi dengan entah siapa-siapa yang kau tak kenal.
Masalahnya manusia ni suka tegur depan-depan dengan alasan "Tanggungjawab aku menegur dah selesai. At least kalau Allah tanya esok, aku dah tegur kau".
Kau pasti Allah tak tanya balik kenapa kau tegur dia dengan cara memalukan depan public?
That is another question yang kau kena pikir jugak.

Manusia memang suka tegur orang depan-depan tak tentu pasal.
Kalau orang tu cari pasal dengan kau, personally, lain cerita.
Tapi ni lain.
Orang tu buat jahat sendiri-sendiri.
Kita tegur, bagus. Tapi ada caranya.
Private mesej. Dia nak baca atau tak, terpulang.
Dia nak bersetuju dengan teguran kita atau tak, terpulang.
Yang penting kita dah tegur dengan ikhlas.

Masalahnya, kita ni taknak tegur in private.
Sebab kita nak dia respond pada komen kita.
Kita nak semua nampak kita hencap dia.
Dan kita juga nak dia bersetuju dengan teguran kita.
Kalau one day dia berubah, kita rasa seronok sebab kononnya kerana teguran kita tu lah dia berubah.
Padahal boleh je kan kau send mesej kat dia, cakap baik-baik.
Aku pernah PM dia. Lama dah dulu.
Lupa dah pasal apa.
Itu je lah sekali, lepas tu kalau ada apa-apa video dia lalu, sama ada aku skip atau tengok sekali lalu.
Taknak komen apa-apa dah sebab aku dah settlekan bagi pihak aku dulu.

Dia nak berubah ke, taknak ke, itu di luar kawalan kita.
Kita sendiri takleh nak ubah diri sendiri dalam banyak perkara, lagikan nak ubah orang.
Jadi, we just do our part secara berhemah, cukup.
Then, move on.
Yang peliknya, yang menegur tu tak move-move on.
Hari-hari dok follow dah tertunggu-tunggu update orang yang kita tak suka, lepas tu membahan.
Kau dapat apa? Dapat sakit hati.
Tak ke kau yang mental namanya.

Aku bukan backing dia.
Aku bercakap kerana aku yang pernah berada dalam situasi BELUM TAHU a.k.a Jahil.
Punya teruknya aku dipandangan mata orang ketika tu sampai orang hukum aku masuk neraka awal-awal dah.
Padahal aku tak buat jahat dengan orang pun.
Aku buat jahat-jahat sendiri-sendiri.
Buat jahat sendiri tu macam pakai sexy, pakai baju mandi kat pool, jalan kat beach pakai swimming suit.
Padahal aku tak clubbing, aku tak minum.
Bukanlah kata jahat aku tu tak besar mana.
Besar jahat aku.
Terang-terangan pakai sexy tu kira jahatlah.
Masa tu, aku BELUM TAHU.

BELUM TAHU tu adalah, waktu tu kepala otak aku lebih berpikir pada lojik.
Contohnya, mandi pool dah tentulah pakai swimming suit.
Takkan palai seluat track.
Pergi kerja, apa salahnya pakai skirt sebab itu pakaian ofis.
Gitulah aku pikir dulu.
Jadi, aku rasa founder tu adalah dalam phase yang sama.
Kalau benar-benarlah kita ikhlas nak dia berubah, just private mesej, tulis baik-baik and doa. Done.
Lepas tu kau move on.

Aku bukan apa, sebab aku dah terkena.
Masa aku free hair dulu, macam-macam orang kutuk aku, beralaskan hadis-hadis.
Nampaklah islamiknya, kan.
Bila aku dah slowly perbaiki penampilan, yang dicari tetap salah aku.
Pakai tudung singkatlah.
Pakai tudung tapi gaya menulis kat blog tak berubahlah.
Nampak sangat yang sebenarnya dorang bukan berharap sangat aku berubah, tapi lebih kepada tak puas hati je.
Ujung-ujung yang bitter diri dorang juga.


2023-11-17

Kalau Kak Di tak tolong promote En Wan, rasa-rasa En Wan sampai tak ke tahap ni?


Tadi kat IG ada satu komen yang menarik.
Aku pernah buat beberapa kali blog post pasal ni.
Kali ni dah alang-alang ada komen yang lebih kurang sama, takpe, aku UP lagi post yang similar.

"Kalau Kak Di tak tolong promote En Wan, rasa-rasa En Wan sampai tak ke tahap ni?"

Good komen. Meh sini aku cerita.

Dulu aku selalu buat marketing tentang produk di blog.
Dulu kan zaman Nuffnang.
Kejap-kejap kena buat iklan promote itu ini.
Then, aku bukak ruang FREE untuk sesiapa yang nak aku iklankan produk mereka.
Tapi aku tak review, just tepek je information and gambar produk.
Umpama ruang iklanlah.
Then, ada orang (dari kalangan readers) bayar aku untuk buat review produk/services.

Makna kata, kerja-kerja mempromotekan produk/services ni dah biasa aku buat menggunakan medium blog, FB dan IG.
Tapiiii, adakah semua dapat sambutan?

Jawapannya, TAK.

Sebab apa?
Sebab produk/servis yang aku review tu bukan semuanya ada keperluan untuk dibeli ketika itu.
In other words, pembaca mungkin tak merasa ada keperluan untuk dapatkan that produk/service.
Tapi boleh jadi di masa lain, di crowd yang lain, produk/service tu dapat sambutan.

Jadi, kalau nak kata kerana aku En Wan berjaya, it is a YES and NO.

YES, sebab produk yang dia carry tu aku dapat explain in detail.
Boleh jadi aku adalah bekas medical underwriter.
Mungkin kat situ ada kelebihan sikit.
Aku dapat ceritakan senario bagaimana sesuatu polisi tu diluluskan, apa syaratnya, kenapa ditolak, apa cara untuk lulus, etc.

NO, sebab aku hanya buat marketing.
Marketing and Sales adalah 2 bidang yang berbeza.
Marketing adalah pembuka jalan.
Nak close tu yang tak senang.
Close adalah kerja orang sales.
Sebab sales melibatkan budget.
Macamana power pun marketing, contoh kau market tudung harga RM300/helai.
Beria kau pakai model terpaling cun untuk gayakan tudung tu, at the end adalah bagaimana kau turn it into sales.
Kalau client/customer takde budget, sampai tahap marketing jelah boleh pergi.

So macamana nak tukar marketing jadi sales?
It's the sales person punya kerja.
Dalam kes ni, En Wan lah sales-nya. Bukan aku.
Dialah yang convert marketing to sales.
Prudential boleh keluarkan 1000 tawaran menarik, tapi kalau agen tak buat sales, habis gitu je lah.

Oh hari tu ada sorang follower bagi aku baca link someone tulis.
Katanya takaful ni hanyalah satu bisnes nak cekau duit orang.
Padahal ada pilihan yang lebih mudah dan murah. Katanyaaaaa.

Dey, of course la takaful is a business.
Bisnes apa?
Bisnes memberikan perlindungan kewangan dalam situasi yang tidak dijangka.
Bila ada kejadian yang tak disangka contohnya jatuh sakit, at least aset kau dilindungi.
Maksudnya, tak perlu keluar duit simpanan untuk bayor kos rawatan.
Secara tak lansung kebajikan keluarga terjaga dari beban kewangan yang berat.

Memanglah ada option yang lebih murah, tetapi belum tentu mudah, ya.
Klien En Wan ada yang nurse, ada yang doktor. Kerajaan.
Dorang yang kerja dengan kerajaan yang dah tentu dapat benefit medical tetap pilih untuk ada medical card.
Sebab dorang sangat faham macamana sesak dan letihnya menunggu giliran nak dapatkan rawatan, let alone nak masuk wad.
Jadi, toksah katalah pilihan yang lain tu mudah.
Kalau murah, ya aku setuju.

Berbalik pada bab marketing tadi, GreenAard pun ada dalam Shopee (search XZIZ BIOTECH).
Walaupun aku tahu crowd pembeli dari kalangan followers and readers jauh lebih tinggi dari di Shopee, tapi aku letak juga di sana untuk mempelbagaikan pilihan customer.
Kalau nak ikutkan, Shopee tu medium dia besar, kan?
Tapi percaya tak, sales GreenAard lebih ramai dari crowd aku sendiri?
Itu pun satu bukti, marketing dari medium yang besar belum tentu boleh turn jadi sales.

Masa aku join Lazada pun sama gak.
Dulu barang-barang Fleur aku letak kat Lazada.
Tapi sendu yakmat. Lagi laju crowd dari followers.
Dahlah sendu, kejap-kejap minta aku buat sale turunkan harga.
Aku sound balik "I punya margin you rendahkan, you punya margin apesal maintain?".
Last-last aku withdraw dari Lazada.

Bila nak pilih medium marketing, jangan pilih asal boleh.
Asal orang tu famous, kau minta dia iklankan.
Kadang tu cara dia iklankan pun asal boleh.
Kalau nak produk dikenali, YES, sila pilih influencer yang followersnya ramai.
Ini untuk create awareness tentang brand kita.
Tapi, kalau nak sales masuk, pilih influencer yang tahu apa dia buat.
Pilih yang ada kena-mengena dengan produk kita.
Kau nak jual tudung tapi bagi kat influencer yang tak pakai tudung.
Walaupun crowd-nya besar, tapi tak ada connection kat situ.
Produk yang nak dipromote dengan orang yang mempromote tak selari.

Nak promote kosmetik, carilah influencer yang kita memang tahu pandai mekap, dan pandai bergaya.
Nak promote produk kesihatan, cari influencer yang boleh explain produk dari sudut saintifik.
Nak promote produk baby, cari influencer yang terkenal dengan parenting blog.
Bila dia tahu apa dia cakapkan, review tu akan jadi sangat bagus, insyallah.


2023-11-16

Kau tak make time, memang takkan jumpalah TIME tu.



NI! THIS!!!! 👆🏻👆🏻👆🏻
Aku kan, dari dari zaman En Wan engineer kilang lagi aku akan persoalan tentang MASA dia dengan aku.
Dan selalunya jawapan dia "Kan abang balik tido kat rumah everyday?"

Takkkk. Ini bukan masalah tido.
Kalau lelaki/suami ada kat rumah sepanjang hari tapi dok kelebet kerja tak sudah-sudah, lebih baik kau tido opis jangan balik-balik.
Kurang-kurang hati aku tak sakit.
Most lelaki ingat kalau dorang balik tido kat rumah, itu kira oklah.

Serious tak faham lelaki yang masanya terhabis dengan kerja.
Balik rumah pun sebab nak tido.
Kalau tido tu takde dalam hukum biologi manusia, agaknya kerja non-stop.
Itu pun kadang bukak laptop mengadap zoom meeting tak sudah-sudah.
Mungkin ada perempuan tak kisah suami takde participation in marriage, asalkan suami bayar nafkah and expenses rumah clear.
Aku kenal 2-3 orang kawan perempuan yang macam ni.
Hujung minggu call ajak lepak sama-sama.
Aku tanya apesal tak lepak dengan husband? Weekend kot.
Dia kata husband kerja.
Masalahnya kalau the wife call every week ajak kawan teman melepak, tak ke something is not right kat situ?

Maksud aku, hubungan dorang maybe OK, cuma the participation in marriage tu seolah-olah takde.
Kau dengan hal kerja kau tak habis-habis.
Aku kat rumah dengan hal kat rumah.
Kau takde masa nak teman aku outing, aku keluar sendiri.
Kita berjumpa lagi 2-3 hari atas katil 🙄.

Bila aku dengar video ni, ok that make sense.
Bila kita mahukan MASA dan ATTENTION dari partner/spouse, itu TIDAK pelik.
It signifies a healthy and secure relationship.
Dalam konteks marriage, TIME becomes a precious commodity.
Duduk serumah selama bertahun-tahun tapi takde connection, takde attention, takde participation, baik stay single.

Kat depan meja kerja aku di rumah, aku tampal besar-besar ayat "MAKE TIME".
Semua benda kalau tak berikan masa, takkan jadi apa.
Toksah kata busy sangatlah.
Takde maknanya kau busy 24 jam.
Yang ada hanyalah PRIORITY.
Contohnya, kalau kau bagi priority kat siapkan kerja, dah tentu kau letakkan solat kat hujung waktu. Betul tak?
Kalau priority nak habiskan marathon drama, konfem kau korbankan waktu tido, kan?
Samalah juga dengan relationship.
Kalau kau tak water dengan MASA, lama-lama perasaan tu hilang.
Sekuat mana pun cinta pada awalnya, kalau take make time to water the relationship, soon kau akan hilang orangnya.

Orang lelaki selalunya tak nampak kepentingan ni.
Dia rasa bini balik-balik ungkit benda yang sama.
Yang dia tak tahu, bila arguments tentang MASA timbul, it usually involves discussions about how it is spent.
Mau bini tu taki bising kalau dari pagi sampai petang kat opis, balik rumah sambung lagi kerja opis kat rumah?
Weekend pun kau bantai ada meeting dari pagi santak ke petang.
Anak-anak punya homework semua takde nak ditengok-tengok.
Dah takde kualiti time.
Sedangkan bini pun kerja juga.
Balik kerja clock-in dapur uruskan itu ini.
At least kalau suami participate, lembut hati isteri.

Masa En Wan busy kat kilang dulu, geram je aku.
Pagi sampai Maghrib kat kilang.
Malam-malam pun kena masuk kilang lagi.
Apa tak duduk terus depan pintu kilang tu?

Kadang-kadang, makin tinggi pendapatan, makin takde masa dengan famili.
Disebabkan nak maintain pendapatan yang tinggi tu, kita letakkan priority kat kerja, dan abaikan yang lain tanpa sedar.
Nak justify punya pasal, kita kata "Saya kerja untuk bagi awak dan anak-anak selesa". Taik.

MAKE TIME.
Benda ni crucial dalam personal relationships.
Kau tak make time, memang takkan jumpalah TIME tu.
Bila spouse bawak diri, kau spin balik "Dia sebenarnya yang dah ada orang lain".
Kalau aku, aku jawab "Memang, sebab kau useless. Time nak megote je baru reti make time. Kau dengan kote kau pegi mati!"


2023-11-15

Kalau clearly apa yang orang buat tak betul, salah, apetah lagi menyakitkan hati, kau siap.


Post semalam.

Ada yang tanya "Macamana nak buat kalau yang menyakitkan hati tu mak mertua?"

"Macamana nak buat kalau yang menyakitkan hati tu ipar?"

"Macamana nak buat kalau yang menyakitkan hati tu boss?"


Soalan macam ni sepatutnya jangan tanya aku.
Sebab aku ni hati kering.
Alangkan adik-beradik aku, even Mak Aji sendiri tahu aku ni kalau tak puas hati, memang aku sound tegak.
Kalau clearly apa yang orang buat tak betul, salah, apetah lagi menyakitkan hati, kau siap.
Dia antara dua - sama ada aku sound secara sinis, atau jelas dan pedih.

Teringat 15 tahun dulu, aku gegar pintu rumah kontraktor yang renovate rumah.
Kalau aku dah naik hantu memang gitulah jadinya.
Sanggup ni meredah sampai ke Klang, cari dia sampai ke rumah (apartment).
Tekan loceng rumah sampai nak terbenam dia taknak bukak-bukak pintu.
Lepas tu aku gendang pintu sampai jiran tepi depan semua mengintai dari tingkap.
Masa tu tak terpikir pulak kot-kot nanti aku kena bunuh.
Alhamdulillah selamat juga aku.

Ada satu lagi kisah masa kat Giant Putra Heights. Zaman free hair.
Tengah beratur nak bayar, sekali ada satu pakcik (aku rasa umur pakcik tu adalah umur aku sekarang) tengah bawak telur sepapan.
Bini dia tolak troli.
Rilekkkk je laki bini otak kat lutut, cut queue terus berdiri depan aku.
Dah lah potong barisan dari tepi, dia pi blok aku dengan troli dia nak halang aku ke depan sebab dia nak masuk.
Mentang-mentang rambut aku merah, dia ingat aku sporting sangat nak potong line gini?

Aku tegur "Pakcik, potong queue ni".
Dia pusing badan mengadap aku and buat muka marah besar-besarkan mata.
Ohhh aku tak bagi chan.
Aku sorong troli aku ke depan, langgar paha dia, pastu langgar troli bini kat depan.
Telur yang dia pegang tu jatuh masuk dalam troli dia.
Pecahlah kot 2-3 biji.
Sorry ya, aku bukan jenis hormat orang tua membabi buta.
Aku hormat kepada semua yang beradab tak kira tua atau muda.
Kalau kau tua tapi kurang ajar, memang mendapat kau dengan aku.

Ada satu kali lagi, kat kampung.
Tengah sibuk mendengar makcik-makcik bersembang hal menantu.
Si makcik ni anaknya lelaki, kawen baru.
Bini yang dulu tak bekerja. Dah bercerai.
Bini baru ni bekerja.
Si makcik ni kemain lagi mengutuk bekas menantu.
Dia kata kawen dengan bini dulu, anak lelaki dia jarang balik kampung, duit bulan pun jarang bagi.
Mulalah dia cakap bekas menantu pegang duit and tak kasi anaknya bantu keluarga.
Berasap aku dengar.
Aku pun masukkkkkk.

"Bukan macam tu, cik. Menantu dulu tu tak bekerja. Anak makcik kena tanggung semua. Menantu sekarang bekerja. Dia tolong anak makcik bayar situ sikit, sini sikit. Kalau dia tak tolong, anak makcik tak cukup duit nak hulur duit bulan".

Dengan sopan dan berlembut suara aku, ya.
Tapi senyap terus makcik tu sambil senyum-senyum kelat.
Nyampah aku jenis mak-mak yang asal anak laki tak hulur duit je salahkan menantu.
Padahal anak kau yang gaji kecik.
Eiii aku memang tak boleh tau benda-benda macam ni.
Lajuuuu je mulut aku nak membalas.

Kalau dengan bos, setakat ni aku belum ada kes yang macam ni.
Tapi management, ada.
Yang tu pun aku sound setepek.
Bukanlah sound, tapi being upfront depan CEO terus.
Disebabkan aku dah kerja 4 tahun kat situ dan ada good sales record, berani sikitlah nak bersuara.
Kalau sales ke laut tapi memekak lebih, takde siapa nak dengar suara kau 😁.

Mula-mula join company tu, semuanya cantik.
Bos cantik, management cantik, financial cantik.
Tahun terakhir aku kat situ, CEO start involve-kan isteri dia.

Masa ni semua orang dah rasa pelik.
Apesal tiba-tiba bini kau ada bilik dalam ofis?
Apesal bini kau jadi orang yang double check kerja-kerja akaun?
Apesal bini kau ada parking khas depan pintu ofis?
Come on lah. COO ada, CFO ada.
Apa role dorang kalau bini kau sibuk nak couble check kerja-kerja akaun.
Yang best tu kan, tiba-tiba bini dia yang pass slip gaji.

Lepas tu bini dia hasut CEO masukkan adik lelaki dia dalam company sebagai Operation Manager.
Konon si adik ipar ni pernah kerja kat Astro, pernah kerja kat HP, pernah kerja kat Seagate.
Kiranya pernah kerja kat semua company yang besar-besar.
Lebih dari 10 company katanya.

Umur 30, dah kerja 10 company.
Katakanlah dia grad umur 23, maknanya 7 tahun kerja dengan 10 company??
Setiap company tak sampai setahun kerja.
Ceh! Sama ada tak pernah lepas probation, atau attitude problem.
Tu yang last-last terpaksa masuk company abang ipar.
Abang ipar kau je yang nak terima kau. Company lain semua taknak.

Damage terus company bos aku.
Masuk je adik ipar, LINGKUP. Sumpah, lingkup.
Tahun yang aku quit, 20 orang sekali resign.
Termasuklah COO dan bos aku.
Masa last day, CEO tanya if aku ada apa-apa nak cakap.
Memang aku aturrrrr cukup-cukup.
Sebab I got nothing to lose. Dah last day, kan.
Aku just cakap kesilapan dia adalah bawa adik ipar dia yang useless masuk company ni.
Dia diam and angguk-angguk.
Aku rasa dia pun tahu, cuma dia nak dapatkan input.
Tahun yang aku buat Halal Kit tu, that was hyear 2019, aku datang jumpa CEO ni di opis dia.
Dia ajak JV buat halal analysis.
Tak berani dah aku nak kerja dengan dia.
Silap-silap karang every meeting, bini dia duduk sebelah aku.

Sebut pasal bos, tadi dapat notification ni:

Ex-bos aku telah mengambil masa baca post-post aku kat Linked you alls!
Post ni dia like oiiiii.
Seram kejap. Seb baik aku tak kutuk beliau.

Berbalik pada pertanyaan cara nak respond pada orang yang menyakitkan hati korang, terpulang pada situasi dan how intense situasi tu.
Kalau menyembur lebih mudah, aku sembur je.
Tapi kalau menyembur akan memburukkan keadaan, aku pilih untuk sabar.
Tapi cara aku bersabar idoklah duduk diam memendam rasa.
Selalunya aku start enjin, jalan.
Balik rumah Mak Aji ke. Gi mall ke.
Atau tau-tau je aku dah sampai Penang menikmati pasemboq lone ranger.


2023-11-14

Once aku dapat tahu perangai kau gini, memang bye-bye lah jawabnya


Aku pernah menulis pasal topik ni.
Tapi memandangkan semalam quote yang sama lalu kat IG feed aku, jadi aku nak tulis lagi.
Tentang "forgive and forget".
Aku tak save quote tu.
Maksudnya gini - being forgiving is good, but whether or not you forget is your decision.
Apetah lagi untuk terima kembali someone yang pernah menyakitkan hati kita, tak wajib.

Kalau aku, sorry, no second chance.
Especially kalau that someone adalah orang yang selama ni aku sangkakan baik dengan aku, tapi rupanya dalam diam ada sifat hasad dengki.
Once aku dapat tahu perangai kau gini, memang bye-bye lah jawabnya.
My rationale is straightforward - dia tahu apa dia dah buat.
Aku tak boleh bagi second chance kat orang yang backstabbed aku, tapi depan muka manis.
It won't be the same anymore.
Jadi, daripada aku bagi second chance kat orang yang tak pekdah diterima kembali, lebih baik kau duduk sana dendiam.
Kau tahu apa yang kau dah buat kat aku.
So tak payah nak buat baik sangatlah.

Orang kata memaafkan akan buatkan kita melepaskan bebanan yang berat.
Ya, betul. Tapi tengok jugalah pada situasi.
Tak semua perkara yang tak dimaafkan tu menjadi beban.
Kalau orang backstab aku, aku lebih suka tak bertegur-sapa sampai bila-bila.
Hilang dari pandangan aku terus pun bagus.
Sebab aku kalau dah benci kat orang, muka aku sangat obvious tunjuk yang aku tak suka. Takleh cover.
Tu belum kalau aku dah start bercakap.
So daripada kau sakit hati nanti tengok aku melaser, lebih baik aku buat bodo terus seolah-olah kau tak pernah wujud.

Orang-orang macam ni, masa dia buat kita dia tak pikir the consequnces.
Bila dia dah perasan yang kita buat kejung dengan dia, masa tu lah dia start tak tentu arah.
Lepas tu purak-purak buat macam takde apa.
Padahal dia tahu apa dia dah buat.
Cuma dia nak test line, nak try luck.
Sorry ya, dengan aku kau memang takde luck.
Kau dah buat taik sekali, sampai habis we are done!

Meminta maaf adalah WAJIB.
Tetapi forgiveness is a CHOICE.
Masalahnya, orang-orang yang buat taik ni, dia bukannya reti minta maaf pun.
Dia test line je.
Dia try nak berbaik, nak rapat-rapat, nak sembang just like nothing happen.
Patutnya kita yang sembang dengan dia like nothing happen, sebagai tanda bahawa kita dah memafkan.
Ini tak. Dia pulak yang buat cool-cool macam takde apa.

On the other hand, forgetting is a complex aspect sebab melupakan bukanlah di bawah kuasa kita.
Kerja taik yang kau dah buat kat orang, shape their perspectives and influence their decisions sama ada nak lupakan apa yang kau dah buat atau tak.
Yang ini kau takleh paksa.
Tak semestinya bila seseorang dah memaafkan kau, korang berdua boleh berkawan semula.
Kau dimaafkan pun dah besar rahmat, don't expect more than that.
Masa kau buat taik kau tak pikir semua ni, kan?
Bila tak diterima kembali, gi buat teruk.

Nak melupakan sesuatu/seseorang bukan kerja sehari dua. Ambil masa lama.
Sedangkan time never heals, sekadar mengajar kita untuk adapt dengan hidden pain sahaja.
It's not so much about sengaja tak mahu melupakan, tetapi nak prioritizing new, constructive memories.

Aku adalah someone yang selalu compromise dengan kekurangan.
1 kali buat taik, ok. 2 kali, ok. 3 kali pun kadang-kadang aku masih ok.
Tapi once aku dah tak boleh terima, aku tinggalkan terus no turning back.
Dari pengalaman aku, orang-orang gini, dengan sendirinya dia akan menjauh bila beberapa attempt untuk berbaik dengan aku, tak dilayan.
Slowly akan habis gitu je.
To me, itu lebih senang dan tenang.
Sebab kita pun bukan budak-budak nak bergaduh mulut, kejap-kejap nak stalk orang tu buat apa, pegi mana, etc.
Eh tak kuasa. Lebih baik silent treatment je.
Lama-lama senyap terus.
Bila dah senyap tu sebenarnya dia tahu silap dia kat mana.
Jarang orang buat salah tak tahu salah dia.
Dia cuma buat bodoh as if kita tak tahu.
Kau ingat aku bodoh macam kau?


2023-11-10

Amanah orang ni kena jaga, sebab abang bukan jual produk fizikal, abang jual TRUST.


Terima kasih yang tak putus-putus DM aku sampai ke pagi ni ucapkan tahniah untuk En Wan (refer post feed semalam).
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Aku selalu tolong-tolong peringat, "Amanah orang ni kena jaga, sebab abang bukan jual produk fizikal, abang jual TRUST".

Kadang-kadang aku terfikir.
Cara Allah nak beri sesuatu tak ikut hukum lojik manusia.
Kita ingat kalau kita menonjolkan diri kita, market diri kita kaw-kaw, barulah dikenali. Barulah datang trust.
Tapi En Wan ni, FB pun boring. IG pun boring. Blog takde.
Tak terkenal lansung (kahkahkah).
Dah lah kat blog and FB aku konsisten mengutuk dia.
Tapi tulah, ramai percaya pada kerja dia.
Alhamdulillah. Allah is GREAT.
Semoga tidak menjadi ujian buat En Wan.

Dia menutup cycle tahun pertama di Prudential dengan cemerlang.
Malah pecahkan rekod. Setahun 300 client.
2 minggu lepas Mr Victor dari Prudential HQ call En Wan tanya macamana En Wan punya performance outstanding sangat.
Bukan saja tu, persistency En Wan pun 90% ke atas.
Persistency tu bermakna client-client dia semua BERKUALITI.
Jenis yang bayar premium tak culas punya.
Aku cakap kat En Wan "Kamonlah, tengok la dorang baca blog siapa. Blog berkualiti, of cos la readers semua jenis berkualiti".
Gituuuu. Jadiklah, nak menyelit jugak.

Aku ni dah macam jadi duta hibah dan takaful.
Everyday memang ada je yang tanya pasal ni.
Kalau ada kelapangan aku jawab.
Kalau tak, aku printscreen pass kat En Wan biar dia DM yang bertanya tu directly.
Potential client dia juga tu, bukan orang lain.
Dah lah sekarang Starbuck takleh minum.
Dah takde pengeras lagi untuk aku.
Pandai-pandai la ya. Mbhahahahah.

"Antara medical card dengan hibah, mana satu yang saya kena ambil?"

Ok, kita dahulukan mana yang lebih penting.
Kalau belum ada medical card, ambillah medical card dulu.
Kerana semakin berusia, kita berisiko untuk dapat sakit.
Bukanlah makna kata wajib sakit bila tua, tetapi risikonya ada.
Jadi, ambillah satu. Jangan bertangguh.
Lagi lambat ambil, lagi tinggi caruman bulanannya.
Dah semakin berusia, macam-macam benda sangkut kat badan.
Kadang bukan penyakit kritikal sangat pun.
Infection. Fibroid. Sakit urat. Demam denggi.
Ini semua orang kata bukan crirical illness, tapi tetap perlukan rawatan.
Sekali masuk wad dah berapa.
Belum lagi treatmentnya.
Kalau dah ada history warded, chances are very low diluluskan.
Kalau lulus pun, carumannya tinggi sikit.

Tapi, TAK APA!
Kalau caruman tinggi, masih acceptable. JANGAN REJECT!
Sebab, belum tentu lagi next round kau apply, permohonan tu diluluskan sebab mereka akan mengira risiko lain pula.
So, bila apply medical card, targetnya adalah LULUS.
Bila lulus, ambil.

"Kalau company dah ada insurans, perlu tak saya ambil medical card lagi?"

Kalau boleh, ambillah satu medical card untuk diri sendiri.
Yang dibayar sendiri. Bukan dari syarikat.
Sebab, company takkan tanggung medical sampai bila-bila.
Habis kuat pun sampai pencen je.
Kalau lepas pencen baru nak ambil medical card, caruman dah tinggi sebab umur dah banyak.
Waktu tu pula kita dah takde income tetap.
Terbeban pula nak bayar caruman yang tinggi.

Dibuatnya company tak boleh teruskan bisnes lagi, dan kita antara yang terpaksa dibuang kerja, macamana?
Dah tentu benefit medical card yang syarikat sediakan takkan disambung bayar lagi.
Medical card under company ni lain.
En Wan ada client dari kalangan company-company.
Kalau nak tahu, tanyalah pada dia.

"Saya pernah accident. Dorang accept tak kalau mohon medical card?"

Depends pada jenis acident and treatment yang awak terima.
Kalau pernah patah dan dimasukkan besi, anggota yang dimasukkan besi takaful tak cover.
Mana-mana takaful pun takkan cover.
Tetapi sakit-sakit lain, dia akan cover.
Selalunya kalau pernah ada history of hospitalization, takaful minta hospital keluarkan report.
Based on doktor’s report, medical underwriter akan decide sama ada policy you lulus atau lulus bersyarat.
Tak kiralah lulus penuh atau lulus bersyarat, JANGAN REJECT.

Maybe ada yang tanya "Dah kenapa nak luluskan bersyarat?"

Ye lah, sebab kau accident masuk besi tu SEBELUM apply medical card.
In future kalau bahagian yang cedera tu kena operate lagi untuk masuk besi lain ke, atau ada complication ke, takkan takaful nak cover.
Sebab itu ada yang diluluskan bersyarat.
Jangan takutlah, mohon je dulu. Tak rugi apa-apa pun.

"Kalau one day tak mampu nak bayar caruman, macamana?"

Don’t worry. Takaful ada sistem WAIVER.
Maksudnya, katakan korang sakit tak mampu bekerja, bayaran akan tetap diteruskan tanpa perlu dibayar oleh korang (pesakit).
Konsep ni berbeza dengan loan kereta atau rumah.
Tetap kena bayar walau sakit tak boleh kerja, betul tak?
Dalam manfaat WAIVER takaful, korang tak payah bayar monthly caruman selama tempoh sakit.
Polisi korang kekal aktif.
Tapi syaratnya kena sakitlah. Tak sakit camana nak waive.
Dan sakit tu sakit yang diperakui oleh doktor sememangnya korang tak boleh bekerja lagi.
However, lain syarikat, lain tempoh WAIVER.
Ada yang kekal sampai akhir hayat. Ada yang sampai umur 70 tahun saja.
Bergantung kepada jenis polisi.

"Premium saya tinggi sedangkan saya tak ada sakit. Macamana underwriter kira premium?"

Sihat tak menjanjikan caruman bulanan rendah.
Calculation dibuat berdasarkan your RISK - How likely you are to make a claim.
Contoh, kalau history keluarga (mak bapak) ada HPT atau jantung atau diabetis, ini pun ada calculation juga sebab secara genetik, you ada peluang untuk dapat penyakit ini.
Tapi taklah setinggi kalau dah ada penyakit.

Lagi satu, pekerjaan.
Ada 4 kategori - Class 1, Class 2, Class 3, and 4.
Class 1 and 2 kerja-kerja yang kurang risiko. Mostly yang duduk kat ofis.
Class 3 and 4 high risk contoh mcm En Wan dulu Class 3 sebab handle big machines.

Ada pertanyaan lain? Whatsapp terus En Wan - 012-4407757.



2023-11-09

Kalau rasa dengan sharing tu lebih mendatangkan prasangka yang bukan-bukan, jangan share.


Bila last aku update blog eh? 1 Nov, kan?
Khamis lepas aku ada di Penang.
Lepas tu terus senyap FB, IG and Blog.
Patutlah orang DM tanya "Kak Di sihat ke?"

Alhamdulillah, now back in the office.
Hari ni baru masuk ofis.
3 hari di luar kawasan, terputus terus hubungan dengan kerja-kerja ofis.
Mujurlah, Allah datangkan staff yang competent boleh take over semua urusan ofis.
Mok pula ada kat rumah take over Rayyan.
En Wan pula boleh bantu kejap urusan office and rumah.
Allah...terasa macam terpaksa menyusahkan ramai orang.
Tapi Allah tu Maha Menolong. BantuanNYA sampai pada waktu yang tepat.

Bila jadi keadaan macam ni, baru aku tersedar satu perkara.
Dulu, dalam setiap doa, aku doa supaya umur panjang supaya anak-anak tak merasa kehilangan aku.
Rupanya, diri aku sendiri pun aku takleh jaga, kena harap Allah jaga.
Bila aku terpaksa berada di luar kawasan beberapa hari, barulah nampak, kudrat aku tak banyak mana.
Akhirnya aku nampak yang suami, anak-anak, mak bapak, dan urusan kerja aku semua Allah jagakan.
Kau tak payahlah nak sibuk menjaga semorang, agaknya gitu.
Diri kau sendiri tak terjaga, Diana.

Banyak betul DM, email and PM di FB yang tanya macam-macam soalan.
Maaflah ya, hari ni aku nak cover balik urusan ofis yang tertinggal.
Slowly, aku jawab satu-satu pertanyaan.
Oh, tapi aku ada mood nak cakap pasal satu benda ni.
This lady berniaga.
Dia tanya ada tak orang bersok-sek-sok-sek bila aku update keluar makan-makan.
Sebab katanya aku rajin update kat FB tempat-tempat aku makan.
Dia kata, jadi orang berniaga ni susah.
Update makan sedap, kena kecam.
Update holiday, kena kecam.
Update shopping, kena kecam.

Teringat aku kes Hanis Zalikha kena kecam sebab holiday naik heli dulu, kan?
Ada yang komen "Korang-korang ni la yang mengkayakan dia. Dia holiday best-best, korang holiday kat mana?"
As if, Hamba Allah tu kaya sebab duit customer.
Kalau takde customer beli, dia tak kaya.

Ya, aku tak nafikan orang yang berniaga, pendapatannya datang dari hasil berniaga.
Especially dati kalangan celebriti dan public figure.
Dah tentu crowd besar, hasil berniaga pun besar, ye tak?
Tapi, berapa ramai celebriti yang kaya-raya dengan berniaga?
Ramai je artis yang cuba keluarkan produk itu ini, tapi akhirnya hilang meruyup gitu je produknya.

Artis-artis ni, nama dah besar.
Dia takkan kaya hanya dengan jual produk semata.
Banyak lagi job dia dapat.
Job-job lain - jadi pengacara, jadi duta, buat review - ini yang menjadikan dia mewah.
Bisnes online tu sampingan dia nak mengisi masa lapang saja.
Kebanyakan artis tak celebriti tak hadap sangat business online because dia dah ada nama.
Dia buat business tu supaya kekal relevan saja.
Contoh maca Alif Syukri and Dato Vida.
Ingat bisnes tudung and produk dia tu ke yang jadikan dia kaya? Tak.
Dia ada bisnes hartanah.
Online business ni untuk buatkan mereka kekal relevan dan maintain dikenali.
Marketing medium gitu.
Bolehlah buat cabang bisnes lain untuk isi masa.
Jadi, janganlah ingat retis-retis ni kaya sebab duit customer. Tak.

Itu retis.
Kalau orang biasa macam aku ni macamana pulak?
Kalau orang berbisnes macam follower aku yang bertanya tu macamana pulak?
Dah jadi macam satu dosa bila update pergi makan kat sini sinun.
Itu baru share bab makan, belum share pi holiday, atau beli barang-barang tertentu.
Sebab tu aku always up kat IGS, takde orang yang benar-benar suka tengok kita ada apa yang dia takde.
Orang yang suka kita berjaya tu ada. Ramai.
Tapi kalau kita start share apa yang dia tak ada, di sinilah datang masalah.
Bak kata kawan aku, orang bisnes ni elok cerita hal bisnes je lah.
Bila dah start berkongsi bab apa kita beli, apa kita ada -- masa tu lah kita kumpul haters.

Ingat lagi beberapa tahun lepas, aku share skin care Clinique.
Itu pun jadi hal.
Konon asbab aku jual GreenArd maka aku mampu pakai Clinique.
Aku syak itu follower baru.
Hakikatnya, aku dah pakai Clinique sejak aku kerja sales exec tahun 2004 lagi.
Masa aku makan gaji.
Bukannya beli sekali harung semua pun.
Bulan ni beli 2, bulan depan beli 1 lagi.
Tapi di pandangan mata orang yang sakit hati, small matter macam tu pun dijadikan isu.
Macam dah takde benda lain nak dijadikan isu, maka hal macam tu pun dia nak besarkan.
Apa brand Clinique tu kena jadi businessman dulu baru boleh beli ke camana?

Tu yang kadang-kadang berat sikit aku nak share bila orang tanya "Seluar beli mana, kak?", "Baju beli mana, kak?".
Padahal brand yang aku beli bukannya luxury brand.
Setakat ELLE. ELLE tu dalam Parkson ada.
Tapi to some people, hanya kerana dia tak mampu beli, dia katalah kita kaya sebab duit dia.

Aku tak masuk ofis 3 hari ni pun sebab ada kerja lain, yang bukan di bawah GreenAard.
Tapi tak perlulah nak bagitau semua sebab kerja-kerja yang tak melibatkan GreenAard ni selalunya aku berurusan dengan grup tertentu yang tak memerlukan perhatian awam.
Contohnya, aku buat halal analysis talk, apa perlunya aku bagitau kat blog.
Tapi kalau GreenAard, target crowd adalah orang awam, jadi wajarlah aku bercerita di sini.

Percayalah cakap aku, kebanyakkan orang yang mewah-mewah yang kita nampak kat media sosial tu, mereka tak fokus pada 1 kerja.
Dan selalunya kerja yang dia buat secara online bukanlah pendapatan utama.
Tidaklah semuanya begitu, tetapi kebanyakkannya begitulah.
Masa buat biotech business dulu, at the same time aku jual Ephyra dan jual tudung.
Orang nampak aku mewah konon sebab business online ni.
Orang lupa aku ada kerja hakiki yang lain.
Tapi disebabkan kerjaya tu takde kena-mengena dengan dunia online, jadi aku jarang bercerita.
Kalau ada pun, sekadar bercerita ada outstation sana sini, tapi intipatinya orang tak tau.

So bila aku cakap, bukan semua orang boleh carry business, antaranya inilah.
Menangkis kata-kata haters adalah satu lagi perkara yang orang berniaga kena hadap.
Orang memerhatikan je bila masa kita buat salah, bila masa kita nak melingkup.
Jalan je lah terus.
Kalau rasa kita share sesuatu kerana nak suka-suka, share saja.
Kalau rasa dengan sharing tu lebih mendatangkan prasangka yang bukan-bukan, jangan share.