2010-04-30

Senang keje aku



Kena tag oleh NuiSS.



1. Siapakah kau di rumah?

Di rumah, aku adelah seorang Tarzan dan juga naga jadian kerana aku boleh mengeluarkan api apabila melihat rumah macam nak terbalik dengan sokabar bersepah dan pensil kaler berkeliaran di atas lantai.

Selain dari menjadi naga, aku juga multitasking. Boleh juga menjadik pengutip baju kotor sebab kat rumah ini ada seorang lelaki tua yang suka meninggalkan spendernya merata-rata di atas lantai. Aku pun tak paham kenapa dia suka tinggalkan spender dia merata-rata. Kau ingat seksi ke bila aku masuk bilik nampak spender bergulung atas lantai???? Tolong la okkkk. Mati nafsu aku.

Aku juga adelah tukang urut yang menawarkan khidmat seks secara percuma kepada orang tua yang tak suka pakai spender tu.

Tu kat rumah aku...

Kalau kat rumah Mak Aji, aku akan jadik poenglipur-lara sebab aku macam ada banyakkkkk cerita nak gossip dengan Mak Aji. Mak Aji ni sangat mudah okkk. Kau tak payah tolong dia masak pun takpe, janji kau teman dia kat dapur and layan dia berborak. Sangat sesuai benarlah job specification sebegini untuk orang yang pemalas macam aku. Dah siap masak, nanti dia panggil kau makan. Hanya bermodalkan air liur saje. Mudah bukan?

Kalau kat rumah mak mertua pulak aku masih mengekalkan kerjaya sebagai penglipur lara. Nak lagi dapat mak mertua yang semua benda dia nak buatkan, ohhhhh sesuai benarlah jadi mak mertua aku okkk. Aku nak tolong masak dia tak kasik. Aku nak basuh pinggan makan akusendiri pun dia tak kasik, siap boleh rampas pinggan tu dari tangan aku. Aku nak tolong sapu rumah pun dia simpan penyapu. Alangkan aku nak senduk nasik untuk pinggan sendiri pun dia tak bagi, dia sendukkan. Siap lepas makan tanya aku 'Diana nak teh susu?'.

Mak mertua aku gila baik okkk. Kalau aku kata nak balik Tganu je, toksah kata tukarkan cadar katil, siap ngan langsir dia tukar sekali. Sejadah ngan towel siap berlipat atas katil dia dah readykan. Sabun mandi serta-merta tukarkan yang baru. Siap malam-malam dia naik bilik kitorang dulu spraykan nyamuk, tutupkan tingkap, letak plain water kot-kot la haus lepas beromen kang. Baik kan mak aku? Ada sesaper berminat nak jadikan dia mak mertua? Tunggu aku mati dulu ok?

Kalau Mak Aji jangan harapppp.
'Kau nak tido eh? Bentang cadar sendiri, selimut ambik dalam lemari, spray nyamuk ambik kat dapur, nak bantal extra ambik kat bilik Ibal. Ok, mama nak tido. Gud nite'.

Sebab tu la aku balik Bangi taknak tolong dia masak. Padan muka. Hahahaha.



2. Siapakah kau di samping rakan?

Ini kena tanya kawan-kawan aku la.
Tapi aku yakin ramai yang kata aku pompuan gila.

Maybe sebab aku selamba, betulkan bra depan orang takde hal. Tapi bukan lah depan orang yang tak dikenali, depan member-member jugak cuma sometimes depan member lelaki pun aku selamba betulkan tali bra aku siap seluk-seluk tangan dalam baju. Mula-mula dulu terkebil-kebil gak la mata dorang. Apa ingat aku seluk tangan dalam baju nak tarik keluar tetek tunjuk kat korang? Belum gila lagi okkk. By now dorang pun dah paham sangat, kalau aku tarik-tarik tali bra tu dorang dah tak rasa apa dah, kira dah jadik macam trademark aku.

Aku boleh sembang apa pun cerita as long as orang yang aku bersembang tu adelah orang yang aku kenal baik or at least aku comfortable dengan dia. Takde la sebarang orang aku boleh layan. Kalau perangai agak-gak macam Mat Arib tu kem salam la aku nak dok semeja. Aku angkat meja tu hempok atas dia lagi ada.


3. 5 benda yg kau idamkan tp masih belum tercapai :

a. menjadi putih bak Snow White.
Jangan banyak-banyak gelak okkk. Sekali esok pagi aku betul-betul jadi putih baru cirit-cirit sorang-sorang tengok. Well, siapa yang taknak putih kan. Nak lagi kalau kau dilahirkan berkulit senandung lembayung senja macam aku ni, jangan tipula kau tak penah berangan nak jadik putih. Nak pulak bila membayangkan brader-brader musibat time skolah dulu yang men-cop aku sebagai MILO, semangat nak menjadi putih berkobar-kobar. Habislah segala krim pemutih dalam Malaysia ni aku sapu, punnnnnnn muka aku berkerak jugak sampai skarang. Aku rasa bontot aku pulak yang lagi putih dari muka.

Apakata kita tayang bontot je dari tayang muka? Eh.


b. menjadi salah seorang pelakon Baywatch.
Walaupun pun kriteria tu takde, tapi manalah tau kot-kot Baywatch nak bukak versi Malaysia kan. Tetap tajuk dia Baywatch jugak. Cuma mungkin kau tak pakai bikini, tapi berkemban ngan kain batik. Dan shooting pun bukan kat pantai tapi kat sungai-sungai air terjun di mana pelakon-pelakon Baywatchnya sedang bermandi-manda di sungai sambil menggosokkan badan satu sama lain dan membasuh baju di atas batu. Demmmm.


c. memiliki payudara bersaiz cup D.
Aku dapat bayangkan betapa En Wan bakal terkapai-kapai kelemasan tersepit di tengah-tengah. Yes!!!


d. topless di tepi pantai.
Ini cuma angan-angan. Aku belum gila lagi nak buat. Lagipun nak bogel buat kat mana? Kat Pantai Batu Buruk sambil makan kepok lekor???
Kalau nak buat kat Miami Beach boleh jugak. Cuma tunggu la aku dapat Cup D dulu. Takat Cup 34B ni buat muntah je mat saleh tengok. Apa barang Cup B kan. Lagipun orang berbogelan di tepi pantai ni nak sunbathing. Aku nak sunbathing apakejadahnya kalau dah memang lebam sejak azali.


e. menunaikan haji
Dah siap cerita nak topless segala tetiba ada plan nak pegi haji. Aku tampa kang.


4. Siapakah nama pasangan anda?
Wang Mohd Ridzuang.


5. Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.

a. Ganas di ranjang
b. Ganas di ranjang
c. Ganas di ranjang
d. Agak hensem
d. Memang hensem


6. Bila tarikh anda couple.

23 Disember 1998, di bulan Ramadhan yang mulia.
Orang lain duduk rumah berpuasa, aku bertenet kat The Mines.
Elokkk.
Memang setan.


7. Apakah kenangan pahit kau bersama pasangan kau?

Kedaraanku telah diragut oleh pasangan.




Tapi saya suka.
Haha.

Oh, baru aku teringat malam ni malam Jumaat.






Nak ambik wuduk jap, baca Yassin.

2010-04-29

Muka macam aku pun jadik.



Aku baru perasan mesej ni dalam inbox.

Nak ambik gamba aku buat modal eh? Sila..sila.

Begini la kalau kote tak berapa nak laku, maka terpaksa la diri sendiri bekerja keras.

Gud luck. Semoga game over eh?

2010-04-28

Penat



Actually aku takde kat sini la since yesterday. Entry semalam tu autopublish. Aku merayap ke negeri lain tapi malas nak update kat FB, macamkan ada orang kisah pun kalau aku pi mana-mana pun kan, so tak payahhhh.

At the moment aku rasa ngantuk walaupun dah belasah tido dari kul 5pm tadi. Aku cuba taknak tido lepas Asar tapi badan dah rasa penat sangat sebab travel.

Badan yang fresh selepas mandi dipakejkan dengan baju tido berkain satin ditambah pula dengan aircond dan kipas yang sengaja dibukak laju-laju sambil katil melambai-lambai adelah sesuatu yang tak boleh ditolak dengan akal yang waras. Jika ada objek tambahan yang boleh diramas-diramas adelah bonus, tapi sebab objek itu belum keluar ofis pun lagi sebab masih pukul 5pm, takpelah. Kita gunakan saje imaginasi yang ada.

Bangun pukul 7.30pm.
Bagus.
Melepas Adamaya aku hari ni. Tapi takpe, at least ada Nenek Kebaya.

Ok, sekarang ni aku ada atas katil tengah layan TV yang aku tak dengar apa bijik butir pun sebab bilik aku tengah huru-hara dengan suara dua orang lelaki, sorang masih di bawah umur, sorang lagi bulu dah bersepah-sepah tapi masih lagi nak main sorok-sorok siap tadi sorok belakang katil, dalam almari, dalam bilik air segala and now yang si tua ni tengah berusaha nak menyelitkan badan dia betul-betul kat celah kangkang aku so that anak dia tak expect dia menyorok kat situ. Ni dia tengah seboleh-boleh nak menyondol kepala dia kat celah kangkang aku al ni. Bukan dia nampak aku tengah menaip ni lagi nak sondol-sondol.

Tapi lantak lah. Menyorok la kau kat tengah-tengah ni. Agak-agak Redza tak dapat jumpa and surrender kang, sila la teruskan berada di celah kangkang ini. Buat la apa-apa yang patut.

Oh yes.

Tadi, masa En Wan balik dari keje, aku dengar suara dia kat bawah...

En Wan : Ija, dah mandi?

Redza : Dah, bibik mandikan.

En Wan : Dah makan?

Redza : Dah, bibik suap.

En Wan : Ok, papa nak mandi, Redza tengok TV kat bawah ok?


Redza : Pa, esok ada spelling. Nak study?

En Wan : Ija tengok katun dulu, nanti Papa panggil baru Ija naik atas ok?



Sampai je bilik dia nampak aku bersandar atas katil...

En Wan : Heyyy baby....(sambil kiss pipi aku). Period ke tak?





Motif nak check if aku period ke tak???

2010-04-27

Dia tak bersalah, kami yang bersalah.




Ini adelah bukti bahawa Redza pernah tido dalam bilik dia sendiri selama 3 jam.
Tu je la habis kuat pun. Sebabbbbb bapak dia yang takleh berenggang ngan anak. Padahal aku dah spent time dari siang sampai ke malam duduk dalam bilik Redza semata-mata nak umpan dia tido atas katil tu. Elok je aku baring atas katil, En Wan senyap-senyap bangun and angkat Redza bawak masuk bilik aku. Alasan, tak boleh tido without Redza.

Jadi di sini, saya ingin membangkang sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan anak saya menskodeng ibubapanya beromen.

Tidak!!

Dia tidak skodeng.
Mungkin dia terjaga akibat gegaran yang tidak terkawal.
Wakakkaakaka.
Ok, tak kelakar.

En Wan ni ada masalah tak boleh berpisah dengan anak (mungkin juga dengan bini).
Kalau permulaan nak tido tu, kepala dia ngan kepala Redza mestilah bersatu, baru boleh lena. Agak-agak dah tengah malam sket, barulah tangannya bersatu dengan dadaku pula.

Aku pun tak paham kenapa dia beli rumah yang ada enam bilik tapi last-last semua berkumpul dalam satu bilik??? Seb baik bibik aku pun tak diajaknya sekali berkampung dalam bilik ni.

Aku ni ingatkan beli king size bed dengan harapan bolehlah aku berlari-lari anak bersama suami di atas katil. Sudahnya, suami dengan anak yang berlari-lari di atas katil berdua-duaan meninggalkan aku terpinggir di tepi katil. Kadang-kadang aku jatuh katil. Mana aku tak hangin??
Sampai skarang aku tak sure bila agaknya En Wan nak benarkan Redza tido dalam bilik sendiri. Kang sok jadi macam double decker rumah lama dulu, jadik tempat Redza buat terjun tiruk je. Tidonya tak pernah. Mungkin Ferrari ni sok bakal aku humbankan lam tasik kat depan rumah ni, biar dia jadik tukun.


Gambar tak clear sangat sebab tangan aku menggigil masa snap ni. Lapar.




Ni Redza time tido petang tadi.
Dia sedang tido okkk, bukan sedang berangan jadik tuan besar.
Ini adelah salah satu bukti besar lagi nyata bahawa sememangnya Redza adelah anak aku sebab aku pun tido macam ni. En Wan pun heran camana aku boleh tengah-tengah tido tetiba angkat kaki macam silang panggung. Aku pun tak perasan benda ni jadik kat aku, sampailah Apeng yang noticed. Tapi tak lenguh pun, ok je terletak atas lutut tak jatuh-jatuh.

Mahu cuba?
Silakan.

2010-04-26

Ini bukan entry lucah, tapi berbetuk kekeluargaan



Perbualan antara seorang ibu dan anaknya, di atas katil tak sampai 10 minit tadi..

Me : Redza ada homework tak?

Ija : Ada, tapi Ija nak buat malam dengan Papa.

Me : Ok, kalau taknak buat now, jom tido dengan Mama.

Senyap 3 minit...

Ija : Ma, Papa tak suka tido dengan Ija ke?

Me : Kan Papa tido sebelah Ija everynite?

Ija : Tak, semalam Ija nampak Papa tido atas Mama.


Ku rasakan dunia ini berputar..berputar...berputarrrrr....tolonglah pitam!!

p/s : yes, ini entry perli orang



Aku rasa semalam aku asik jumpa orang yang bodoh sombong la.

Mula-mula pagi. Jiran Mak Aji buat hal memekak drill sana sini.
Pastu petang kat Mont Kiara, ada batak pi park keta belakang keta aku. Park selamba macamkan keta aku tu minggu depan baru aku plan nak alihkan. Dah la block keta aku, pi block pulak laluan orang lain nak jalan. Selalunya yang buat keje bangang macam ni mesti yang pakai keta besar (pada dia dah abis gempak la padahal Camry je, lagak macamkan bawak Porche). Dekat 15 minit aku honk honk tak datang-datang jugak owner keta ni. Kang aku reverse sampai terbalik keta kau kanggg, aku dah la memang tengah mood tak baik ni, maklomla nak period.

Last-last baru la satu pompuan ni keluar dari salon dengan muka terpisat-pisat.
Apa ko ingat ko bawak Camry, masuk salon kat Hartamas aku takut la?
Kalau pakai keta besar, duduk kat tempat gempak tapi BANGANG tak tau undang-undang jalanraya yang paling basic, toksah pakai keta la. Jenis ni elok naik beca je.


Ko nak tunjuk betapa hebatnya pakai Camry boleh park merata-rata kannnnn, meh sini aku paste kat blog so that ko menjadik bertambah glemer dan hebat.


Kenapa ada orang yang bila ada duit, boleh beli barang harga ribu-ribu, maka dia boleh berlagak buat sesuka hati?

Kenapa bila takde duit pandai pulak merendah diri dan senyapkan diri tak bercakap-cakap tapi bila ada duit sikit je mula war-warkan yang dia dah berjaya membeli sesuatu yang agak mahal harganya macamkan orang lain takde benda tu dia sorang je ada dalam dunia ni dan bila tersedar yang kata-kata dia ada bau-bau berlagak lantas mengatakan bahawa nilah rahmat yang Tuhan turunkan kepada aku....wadefakhhhh??

Tapi tu berapa cilaka sangat la, yang lagi baruanya bila ada orang yang over bersungguh-sungguh nak tunjukkan pada semua yang dia semakin berjaya, semakin berduit, semakin di-blessed, semakin bahagia padahal ada orang kisah ke??

Tipula kalau kita tak rasa bangga dengan pencapaian yang kita ada skarang after melalui kepayahan tapi tak payah la too hard nak orang notice yang kau dah sampai ke menara kejayaan (kejayaan pada kau la, pada orang lain takde apa pun) like 'Aku sekarang dah berjaya memiliki kereta idaman yang tak payah la aku namakan jenisnya tapi kalau dah harga RM180K tu mungkin korang boleh agak kereta apa. Terima kasih Tuhan kerana mengabulkan permintaanku'.

Yeah, rite.
Kalau kau rasa kau rajin solat, rajin berdoa, abis aku tak pandai bersolat/berdoa ke?
Cuma aku belum mintak kat Tuhan je lagi supaya kau ingat apa sebenarnya yang patut kau buat terlebih dahulu dengan rezeki yang melimpah-ruah tu (kot ye betul). Sendiri ingat la ye..??

2010-04-25

Bergegar otak aku



Baru sampai from Bangi.
Hajat di hati nak balik malam-malam kang tapi takleh tahan. Bergegar otak aku dengan rumah sebelah Mak Aji yang tak abis-abis men-drill dari semalam. Macam takde common sense. Kot ye pun nak renovate rumah agak-agak la sikit. Hari Ahad semua orang tak keje, lepak kat rumah ngan family, yang kau pegi memekak pecah batu-bata segala sampaikan aku nak bercakap pun tak dengar suara sendiri, apa kes?? Aku sampai nak termuntah sebab drill tu buatkan kepala aku macam bergegar. Last-last aku ajak En Wan balik. Dengan tak mandinya, balik Subang. Breakfast pun tak selera. Kimak betul la. Pak Aji nak call je owner rumah sebelah bagitau kalau boleh suruh stop keje on Sunday, lojik la kan. Ahad okkk, ahad. Orang nak tido, orang nak tengok TV, orang nak lepak-lepak baca paper, kau boleh sedap mendrill macam takde hari lain nak buat keje. Tapi, Mak Aji pulak tak kasik, dengan alasan nanti orang sebelah kecik hati. Timbangrasa tak bertempat macam ni la yang aku tak berkenan. Tapi, En Wan dengan selambanya sound 'Bang, bising la!!'
Pucat lesi muka Mak Aji tengok menantu dia sound orang sebelah depan mata. Jiran rumah sebelah yang lagi satu lagi kesian, terpaksa bawak anak bini keluar sebab bising sangat, baby dia tak boleh tido.

Orang-orang macam ni series aku tak paham. Nak kata bangang, keje semua besar-besar, pangkat bukan calang-calang, tapi tu la, makin tinggi kepandaian makin bangang jadiknya. Selfish. Macam kau sorang je ada duit nak renovate rumah. Aku letupkan rumah kau kasik berkecai baru tau. Kalau dah nama hidup berjiran tu tolonglah consider jiran sebelah-menyebelah. Otak parking kat telor ke apa??

BODOH!!!

Semalam, aku sampai Bangi around tengahari.
So lepas lunch semua bantai tido, kecuali Redza.
Aku pun tak tido sebenarnya, dok baca buku Nicholas Sparks, gila determine nak kasik habis dalam masa 2 hari. So, bila keadaan senyap sunyi, tetiba aku jadik muskil. Apehal sunyi kat hall tapi Redza tak masuk bilik? Selalunya kalau orang takde kat depan, dia mesti masuk bilik punya. Ni tak.

Aku pun mengintai...

Ohhh, main organ rupanya. Bagus anak aku ni. Kecik-kecik dah tunjuk bakat terpendam. Pandai pulak dia meng-on-kan menatang ni. Aku sendiri tak pandai.

Tunduk pulak. Memula aku pikir gak ada button apa kat bawah tu yang dia nak adjust?

Sekali kauuuu.... Siap goreng ngan kaki!!
Mengucap panjang aku kejap.
Ni kalau Pak Aji nampak ni mampusss. Anak-anak dia nak sentuh bendalah ni pun tak berani, cucu dia siap parkingkan kaki kat atas tu.


Tak paham betul aku dengan si Redza ni punya akal. Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada, tapi selalunya aku bagi penampa je.

Dah la hari tu dia buat homework tak jumpa pencil case, dia pi tulis dengan eyeliner aku!! Lepas tu dengan selamba cakap 'Ija suka la pensil Mama ni, kaler dia terang. Kenapa mama beli black aje? Red takde?'.

Kau nak red ye? Meh aku belasah kau ngan tali pinggang kita tengok red ke tak pastu.

2010-04-23

Semangat yang hilang



Mood hilang.

Taknak masak.

Taknak tengok movie.

Taknak buat keje opis.

Taknak bersenggama.

Aku perlukan sedikit masa untuk mengembalikan semangat yang telah terkubur bersama-sama Zainuddin.


2010-04-22

Lain kali aku taknak over peramah dah



Situasi adelah di UPM. (ye, aku demam today tapi pegi keje jugak). Berborak dengan satu customer bertittle Dr. Perempuan.


Customer : Diana, awak orang Kelantan eh?

Me : Do I look like a Kelantanese?

Customer : Sebab tu saya tanya. Kelantan eh?

Me : Takde la, Dr. Saya local, Selangor. Nape?

Customer : Oh ye ke. Takde la, selalunya yang cantik-cantik ni asal orang Kelantan.

(mind eh, bukan aku nak war-warkan yang aku cantik...baca sampai habis)

Me : Memang orang Kelantan cantik-cantik, Dr. Tapi, orang Kelantan putih-putih, takde yang kelabu macam saya.

Customer : Saya orang Kota Bharu.


Demmmmmmmmmmmmm!!!!

Selamba tapir je aku sound 'orang Kelantan takde yang kelabu-kelabu' padahal Dr tu kulit lagi gelap dari aku, cam anak mamak.

Prof Madya Dokter okkkkkk, Dokter!!!

Mampus gua!

2010-04-21

Aku cintakan lelaki itu



Saya merasakan hati saya sudah mulai mengeluarkan benih-benih kasih sayang terhadap lelaki bernama Zainuddin. Mungkinkah kasih sayang saya terhadap lelaki yang bernama Ridzuan sudah semakin pudar?

Oh, tidak.
Mulut saya tetap mengatakan cinta saya terhadap Ridzuan tidak akan pudar.
Tidak sama sekali!

Tapi, bak kata pepatah Melayu, 'Rambut sama hitam, hati siapa yang tahu'.
Benar, saya masih sayangkan Ridzuan tetapi apakan daya saya hanya makhluk Tuhan yang bersifat lemah.
Saya akui di saat ini hati saya tidak keruan. Lelah dibuatnya memikirkan gelojak perasaan.
Ye, saya cintakan seseorang bernama Zainuddin.
Ah, malunya untuk saya mengakui.








Amacam?
Boleh jadi penulis buku sastera tak aku?

Ni semua penangan buku HAMKA - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Baru cara-cara baca takat muka surat 73, aku dah angau.

Ni la yang En Wan menyampah kalau aku start baca buku.
Tak penah la aku tak jatuh cinta ngan karakter lelaki dalam every buku yang aku baca.
And imaginasi aku terhadap karakter lelaki tu berubah-ubah ikut watak. Ni aku rasa normal la kot, sebab penulis tu yang dah bagi bayangan kat kita. Tapi yang pastinya bayangan yang dia bagi tu semestinya menepati citarasa aku.

Mesti badan tegap.
Berketak-ketak tak main okk.

Hensem tu tak boleh tidak.
Dah tu, kata herooooo. Haruslah hensem. Kalau tak hensem tapi kau jadi hero, mesti watak kau last-last mati sebab kanser di hujung cerita. Takpela kalau mati pun, hidup lama tapi tak hensem buat apa. Hahah.

Tinggi.
Takde saper yang suka laki pendek. Aku je yang terpaksa pasrah dapat lelaki renek.
Ehek ehek.

Bijak.
Ni standard. Kalau bangang toksah jadi hero la.

Romantik.
Romantik = loving + caring.
Bukan lembik dan meleseh-leseh. Ini gay namanya.


Imaginasi aku selalu bayangkan lelaki yang best-best je. Aku tak sure kenapa aku asik bayangkan laki yang best-best time baca novel.

Adekah everybody tend to membayangkan laki/pompuan yang best-best kalau baca novel?
Atau adekah orang yang selalu bayangkan laki/pompuan yang best-best ni adelah orang yang selalu je dapat bf/gf yang tak best so untuk menggembirakan diri sendiri maka berangan je la dapat berkapel ngan laki/pompuan yang best?

...mungkin aku je kot macam ni.

Ah, pegi lah mampos kalau betul pun.

Contoh, dulu aku baca buku Lagenda Budak Setan, aku bayangkan someone yang macam Ahadiat Akashah (sebab muka dia ada kat belakang buku). So aku tengok muka dia bleh tahan hensem jadi aku malas nak imaginekan lelaki lain, ambik dia je sudah. Bila kita membayangkan lelaki yang hensem, cerita yang tak berapa sedih pun jadi sedih sebab laki tu hensem okkkkkkkkkkk tapi awek dia taknak kat dia. Tak fair! Tak fair!
Dan-dan dunia tak adil.

Masa aku baca Perfect by Judith McNaught pun sama.
Zacchary Benedict punya watak tu aku bayangkan muka hensem macam Johny Depp kuasa duoplohpat. Baru boleh dapat feel time baca.

Ni tengah layan novel HAMKA, aku dah start nak jatuh cinta ngan Zainudin, tapi belum dapat bayangkan lelaki yang macamana bentuknya. Of course la aku tak bayangkan En Wan okkkk. Kalau aku bayangkan En Wan konfem nama watak tu dah jadi ZAINUDINGGG.

2010-04-20

Poem untuk Abang



Abang,

Jangan lah tinggalkan saya.
Saya serba kekurangan bila abang tiada.

Kalau saya dah habis duit, sape nak cucukkan ATM saya?
No ATM kad saya pun saya tak pernah tau.

Kalau beras dah habis, saper nak pegi beli?
Abang tak penah ajar saya pegi shopping sendiri.

Kalau nak service keta kat mana?
Apa yang nak diservice pun saya tak tau, saya tau lanyak je.

Bil air, api, telifon, astro semua nak bayar kat mana?
Abang bayarkan online dari Jepun boleh ke?

Kalau saya nak tido, saper nak peluk saya?
Saya tak boleh tido kalau takde abang.

Kalau saya horny, saya nak cucuk dengan apa?
Abang takpela, abang ada kekdah. Saya takde.

Kesian saya bang, nanti saya raya sorang-sorang.
Orang lain pagi raya cium tangan suami, saya cium tangan sendiri.

Tahun depan Redza masuk skolah betul.
Orang lain daftar anak berdua-duaan, saya sorang-sorang.

Siapa nak temankan saya pegi tengok movie every Friday nite?
Bolehkah saya ajak lelaki lain?











...tetiba lain benar bunyiknya baris terakhir tu.

2010-04-19

Maybe



En Wan kata kan, maybe dia kena pi Jepun...


2-3 tahun.


















Rasa nak mencarut.



MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA



Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

2010-04-18

PINK!



Aku telah selamat sampai ke Solaris dengan jayanya.
Thanks to my reader, Azuddin yang dengan rela hatinya stanby tepi henfon untuk bagi direction kot-kot aku sesat. Seb baik tak sesat, kalau tak memang dia jugak la yang kena maki kaw-kaw ngan aku pagi Sabtu tu. Tapi mujur En Wan yang drive so possibility untuk sesat tu adelah 0.5% berbanding kalau aku yang drive, sesat itu adelah PASTI = 500%.

Tapiiiiiiiiiiiii, sampai kat Digi Centre customer service kat sana cakap dorang tak dapat apa-apa notification pun from Digi HQ untuk aku collect new sim card. Pantek lahh.
Aku bukan bengang sebab dorang tak buat keje, tapi aku sebenarnya takut En Wan meroyan ngan aku kat situ jugak. En Wan memang pantang kalau dah drive jauh-jauh tapi tak dapat apa. Puas gak la aku suruh dorang bukak database, email segala, check betul-betul kot diorang terlepas pandang. Tapi konfem takde. Mas ni En Wan kat belakang aku. Aku punya gabra nak toleh belakang tu memang tak boleh bla la. Lepas call Digi HQ and dorang konfemkan yang sim card tak ready lagi, so now misi aku adelah camne nak explain kat En Wan.

Aku toleh belakang dengan buat muka yang habis kesian dengan harapan dia tak marah.

Aku : Banggggg...dorang kata next week.

En Wan : Jom, shopping.

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Laki sayakah ini????
Check telor sket.
Ok, konfem. Memang laki saya.

So Sabtu tu takde sebarang masalah besar untuk aku.
Kami hanya menghabiskan masa di rumah menonton pirate DVD.
Atau dalam ertikata yang lain = SABTU YANG BOSAN.


Hari ni aku teman Redza main LEGO.
Kreatif jugak anak aku ni. Ada je idea ni nak design rumah-rumah, siap ada garaj segala. Siap leh ambik rumah Mr Bean and kereta untuk tambah-tambah. Kalau aku takde la. Apa yang ada lam kotak LEGO tu je la aku guna. Tak terpikir de aku nak ambik keta ke, nak tambah jiran tetangga ke.

Tak caya tengok ni...


Ni je la tahap kreativiti aku. Walaupun aku asik dapat C5 je time subjek Pendidikan Seni, tapi aku rasa tu bukan sebab aku tak kreatif. Tapi sebab cikgu PS adelah tak sekreatif aku! Orang yang tahap artistik level Adlin Aman Ramli je yang boleh decipher apekah objek yang aku cuba tonjolkan. Jadi, kalau korang tak dapat teka apabenda yang aku buat tu, jangan risau. Bukan bermakna korang tak kreatif, cuma aku nilai artistik aku sangat tinggi tahap Michaelangelo (belasahhhhhhh).


Selain dari baju-bajan yang digrab di Sunway Piramid petang tadi, aku akhirnya telah menamatkan riwayat casing BB aku yang lama (yang nama je leather tapi nampak lubang skodeng) dengan casing yang baru, of cos lah kaler PINK. *wink* (motif nak wink???)

Jap je tadi, En Wan tengah makan tauhu lembik (tauhu yang makan dengan kuah gula dalam tupperware bulat tu). Tapi tawar, so dia taknak.

En Wan : Di, nak tak? Tak sedap la, tawar. (sebab dia tau aku tak kuat makan manis)

Aku : Taknak la, kenyang.

En Wan : Makan laaaaa. Sayang la Di kalau nak buang.

Aku : Taknakkkkk. Di kenyang.

En Wan : Ija, makan ni.

Redza : Taknak la, dah pecah-pecah. Ija geli.

(Anak aku ni satu tebiat dia penggeli tak bertempat. Tauhu lembik yang pecah-pecah tu pun dia taknak. Dia nak makan pun kena yang cantik-cantik. Padahal ko dalam perut aku dulu puas sedut taik aku okkkkkk).

En Wan : Eh, kena makan ni. Baru jadi macam Papa. Kalau tak, jadik macam mama.

Pandai kan dia saiko anak dia?????



Korang-korang mana yang belum kawen tu meh aku nak bagi nasihat.
Kalau ko hitam, ko cariklah pasangan yang hitam jugak.
Kalau ko hitam tapi ada hati nak carik pasangan yang putih, hati mesti mau cekal okkkkkk.

Sekian. Aku nak goreng cekodok pisang. Goreng sampai hitam lebam!

2010-04-17

Buku itu sudah mari



Movie nite, macam selalu.
Today layan kat Sunway Piramid - Clash of the Titans.

Cerita dia ok lah untuk orang macam aku yang tak gemar movie-movie tahyul ni.
Tapi sebab last week dah tengok movie pilihan aku - Semerah Cinta Stiletto (YANG TAK SEDAP mujur ada Farid Kamil), so tonite tengok movie En Wan pulak.

Dan minggu ni adelah kali kedua berturut-turut aku layan movie dengan tak pakai bra.
Ni semua En Wan punya pasal, suka sangat buat plan mengejut.
Aku nak sarung bra pun tak sempat.
'Tak payah pakai bra. Lambat!'

Ohhhhhhhhhhh, time pakai bra takbleh tunggu??
Cuba kalau time aku bukak bra. Laju je kau suruh.

Esok-esok kalau dia buat lagi tebiat mengejut macam ni, aku berikrar keluar rumah pakai spender je. Ko nak cepat sangat kan?



Esok will be a busy day.

Agenda dalam kepala adelah shopping.

Tapi kalau agenda ni tak jadi, kita aktifkan agenda kedua iaitu sentap.

Tak jadi shopping pun takpela, sebab aku ada tugasan baru iaituuuuuuuu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Buku yang aku cari, by HAMKA.
Ni semua Mak Aji punya pasal la dok cerita kat aku sampai aku angau takleh tido dok pikir mana nak cari buku yang dah berdekad ni.

Thank you so much to my 'guardian angel' (hak tuihhhhhhhhhh) for the gift.

Last Song tak start lagi, Rescuer baru half way, The Kingdom of Dreams and Sanctuary plastik pun belum bukak, and now HAMKA pulak.

Tiba-tiba terdengar suara Mak Aji 'Quran baca tak??????'

Adehh.

2010-04-16

Thank you





Thanks to all yang respond ke FB status aku this morning on how to go to Solaris Mont Kiara. Yang siap bagi google map tu tima kasih la banyak-banyak.
Aku nak pi collect SIM Card utk BB aku sebenarnya. Tak paham apesal kena ambik kat Solaris. Padahal HQ Digi dekat sangat dengan rumah aku. Series menyusahkan. Kalau tempat tu tepi hiway takpe gak. Bila Nuffnang explain direction nak pi sana siap ada keluar masuk tunnel 2 kali, lalu tol, naik ram, naik bukit, U-Turn segala, aku dah blank. Aku ni bangsa yang ko suruh jalan straight tak belok mana-mana pun boleh sesat. Halfway dia bagi direction tu aku dah 'Hmm....uh....ok...ok....uh...'.

Last-last aku check Digi website and tengok operating hours kat Digi Centre Soho adelah Monday - Sunday.

Ok, esok ajak En Wan.

Settle.




Pagi tadi Redza buat lawak derhaka kat aku.
Dia nampak aku guna scrub. Selama ni dia memang tak penah tengok sebab dia mandi ngan En Wan. So this morning, dia peratikan aku basuh muka.

Ija : Ma, jangan guna tu!!

Aku : Apesal? (aku pun dah cuak tetiba, mana la tau kot-kot dia nampak ada anak lipas masuk lam scrub aku ke. Tapi macam tak lojik pulak. Ok, abaikan)

Ija : Tak bolehhhh.

Aku : Ye la, apesal tak boleh? (masa ni aku dah gabra, cepat-cepat basuh muka)

Ija : Mama ni tak baca keeeeeee. Ija 6 tahun boleh baca dah. Mama lagi dah banyak tahun. (kuang ajaq)

Aku : Yelaaaaaa, apesalllllll?? (masa ni siren aku dah tinggi sket)

Ija : Ini..ini...(sambil tunjuk kat botol scrub). W.H.I.T.E. White. Ini white.

Aku : So? Kenapa dengan white?

Ija : Ini tak boleh sapu kat muka. Ini sapu kat bontot mama.

Kuang ajaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq.
Ni konfem bapak dia yang ajar ni!!
Konfem!
Konfem!!!!!


Aku boleh bayangkan mesti lam bilik air Redza tanya..

'Pa, ni sape punya?'

'Mama'

'Dia cakap apa?'

'Sabun kasik putih'

'Sabun kat muka ke?'

'Tak, kat bontot'


Konfem!!
Konfemmmm!!!

2010-04-15

Formspring pulakkkk




Banyak sangat la pulak menatang-menatang baru muncul.
Twitter pun aku lom sempat pahamkan lagi apa fungsinya, ni dah keluar pulak bendaklah baru.

FORMSPRING???
...errrrr.

Lepas google-google baru lah aku tau apadia.

So, ni kira macam medium untuk bertanya-tanya soklan ala-ala ruangan Bersama Kak Sri Siantan la kot.

Okla, kalau anda ada sebarang soklan silalah hantarkan ke aveo757@yahoo.com.
Aku malas nak bukak segala macam account FORMSPRING ni.

Agak-agak soklan boleh tahan, aku buat entry khas pasal untuk jawab soklan korang. Ok?
Soklan tiada limit.
Yang ada limitation adelah jawapan saje.

Ngahahahahhahahaha.


















Motif letak gamba Ameng Spring?

******* tired



Semalam En Wan ada training futsal.
Dah lama dia tak main bola. Balik-balik aku je yang main bola. Eh.

So, malam tadi around 10pm geng-geng dia ajak join futsal.
Seperti yang dijangka, dia adelah pancit.

En Wan : Adoiiiiiiiiiiiiiii. Malu gila abang ngan member-member.

Aku : Apesal? Kalah?

En Wan : Bukan kalah. Pancit! Orang lain main sampai 4-5 game, abang se-game je. Tu pun rasa nak muntah.

Aku : Abang dah lama tak training, tau-tau terus masuk. Mana tak pancit.

Lepas mandi-mandi semua then tido.
Atas katil sambil sembang-sembang....

En Wan : Boleh ke tak masuk opis esok ni. Fucking tired!

Aku : Ok la, dah toksah borak. Tido.

Seploh minit senyap...

En Wan : Di, boring la.

Aku : Abis kalau dah boring nak buat apa?? (ton aku dah tinggi sket dah ni, dah paham sangat dah pick up line dia ni)

En Wan : (start-raba-raba)

Aku : Halooo! Kata fucking tired.

En Wan : Eh, silap. Fucking tak penah tired.


Statement neraka apekah???



2010-04-13

Chan Ho Nam singgah blog gua okkk



Siap lukis darah-darah. Habis ganas dah ni.


Agak terkujat diri ini apabila terpandangkan live activity feed today.

CAUSEWAY BAY, HONG KONG okkkkkkk.

Eddie Dewanaga, sila sujud sket ngan aku.
Ni konfem sepupu-sepapat Hung Hing boys dah terjebak ngan blog gua (wah, dan-dan bahasa jadi ganas lu gua)
Ko ada Eddie??????
Ada???



Orang yang bertanggungjawab menjebakkan aku dalam kancah Young N Dangerous ni adelah ex-boifren aku, C (nama sebenar). Dia suruh aku tengok semua 6 VCD yang setiap VCD tu bertanda "CD" sempena nama dia + Diana (bapak punya loving time ni). Sampai cut satu klas sebab aku taknak tangguh-tangguh tengok, sekali harung habiskan. Lepas tengok cerita ni baru aku sedar betapa pentingnya kita sepatutnya carik boifren yang brutal kerana agak banyak faedahnya.

Yang pertama sekali, konfem kau DILINDUNGI. Habis kata ganasssssssssss. Kalau kau kena belasah depan mata dia boleh buat dek sambil hisap rokok, baik ko bercouple ngan pak guard je. Dah tentu-tentu ada senapang.

Boifren brutal tahap suka hentak-hentak orang ni selalunya bila dengan awek dia transform jadi mat jiwang kangkang. Maksud di sini, LOVING.
Boifren aku dulu pun spesies hentak-hentak orang gak sampai ngan aku sekali dia hentak. Tapi bila orang nak hentak dia balik pandai pulak larikan diri. Larikan diri ngan moto bapak aku pulak tu.

Bangsa lelaki yang brutal-brutal ni punya tahap loving pun bukan calang-calang. Takat bagi bunga ros 98 kuntum ni memang takde la dalam plan. Paling bangsat pun dia bagi kau kasut Manolo Blahnik sempena menyambut ulangtahun bercouple mingguan (bukan tahunan). Maksud di sini, KAYA.
Ehhhhh, boifren aku dulu pun kahyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Asal dia belikan aku hadiah je mesti on the same day purse aku hilang.
Lalalalala.

Ciri-ciri lelaki brutal ala-ala Chan Ho Nam adelah mudah di-spot.

1. Dia mestilah hensem satu macam.
Tak caya gi tengok Evolusi KL Drift.
Sikit punya hensem apa Aaron Aziz ngan Shaheizy Sam. Macam tu punya hensem pun tak dapat jadik hero. Layak jadik penyangak je. Tu kira contoh bahawa penjahat-penjahat sekarang semuanya hensem-hensem. Takde de ko nak jumpa penjahat muka pecah lapanblas zaman skarang ni.

2. Body mesti kental.
Standard kalau dah jadi penyamun tu mestilah badan kena muscular sket, baru orang takut kalau ko gertak. Badan kau kalau takat cam laki aku toksah berangan la nak gertak-gertak gua. Silap-silap ko yang kena rogol ngan aku balik.

3. Pakai keta sport.
Ini memang aset penting, kalau tak, modus operandi adelah gagal.
Tak semua penjahat pakai keta sport, penjahat yang ada wawasan je suka keta gempak-gempak macam ni.

4. Bawak awek gorjes tahap jula juli bintang tujuh
Tunjuk kat aku penyangak mana yang ada kesemua ciri-ciri di atas tapi awek dia muka macam tandas awam?

Mungkin sesiapa yang ada experience ngan laki jenis ni kalau nak bagi pendapat, sila la. Sebab aku tak layak nak berdamping ngan laki brutal tapi baik hati (huh??).

Sebab :

a. aku tak suka laki hensem satu macam (padahal kau tak dapattttt). Bila terlampau hensem, dia tend untuk menjaja kotenya ke sana ke mari. Maklomlah, saham tinggi.

b. aku tak suka lelaki yang badan berketak-ketak. Asal badan berketak je, aku terbayang Malek Nor. Oh No! Lemas I, bang.

c. aku fobia dengan kelajuan so balak berkereta sport adelah pilihan terakhir (cara cakap macamkan kau banyak sgt pilihan Diana!). Takkan bawak keta sport tapi lari 50km/h kotttt. Kot ye pun bawak awek takkan sampai bas kilang pun boleh potong FTO. Apa citerrrrr. Kang orang kata ko bawak slow sebab busy meraba pulak.

d. balak keta sport tak layan takat muka libasan Jawa cam aku ni. Nak harap kat aset-aset lain tak berapa nak mantap. Bontot pun leper je.

Apa-apa pun tima kasih la to reader from Causeway Bay tu.
Walaupun aku rasa takde reader pun sebenarnya, maybe dia search word 'BIG COCK' lantas termasuk lam page aku.
Oh, sedih.


p/s: Korang semua salah. Redza maksudkan PLAY PAD.





2010-04-12

Entry tambahan untuk hari ini bukan sebab rajin, tapi sebab aku baru bangun tido dan mata takleh lelap dah



Pagi tadi aku terjaga pukul 5am dah terus takleh tido dah. Try gak golek-golek atas katil tapi tak dapat. So, bangun and mengadap laptop.

Redza pun bangun sekali.
Tahun ni Redza ada kelainan sikit.
Kalau terjaga dari tido tengah-tengah malam, especially time dia nak kencing, dia akan terus ambik buku and baca.
Sangat bukan baka aku okkk. Ni sah baka bapak dia.
Aku memang takkan buat keje gila bangun pagi-pagi mentelaah. Takde de. Time tido, kita mesti menumpukan sepenuh perhatian terhadap tido. Nak study-study esok siang. Kalau study pagi-pagi buta ni bukan lagi cepat masuk kepala, lagi jadi ubat tido ada.


Ini aku snap around 5.30am tadi.
Lepas gi toilet dia cakap 'Ija nak study sikit lah'.
Cara bercakap tu macamkan nak ambik final exam. Padahal nak hafal untuk spelling test je.
Every other day dia akan ada spelling test, so paper yang dia pegang yang dah macam belacan tu is words yang teacher dia suruh hafal. Kalau esok takde spelling test pun dia tetap akan bangun, sometimes baca reading book, kadang-kadang buat maths exercise.

Mathsssssssssss?????

Oh demmmm.
So not me!

Walaupun orang kata kalau nak hilangkan ngantuk buat maths, itu semua bagi aku bidaah belaka. Takde de mata aku nak segar kalau buat Maths, Add Maths, Fizik. Ni 3 subjek memang full of kepuakaan. Everytime aku buat latihan 3 subjek ni mesti macam ada setan tujuh keturunan senggayut kat mata.

Tapi good la kalau Redza ambik baka bapak dia untuk kes-kes macam ni.
Kalau bab rajin blaja silalah ikut bapak kau ye.
Aku rasa Redza ni tang kulit je ikut aku, yang lain memang habis-habisan perangai bapak dia. Termasuklah bab ni....



Orang tua ni kalau dapat tido tu kan, selimut tu dia punyakan sorang, bolster pun dia ambik, pastu space aku pun dia belasah. Aku ni dapatlah hujung-hujung sikit lagi nak menjunam ke lantai. Pastu kalau tido suka menyondol-nyondol aku. Apa penyakit ntah. Padahal bantal sendiri ada, tapi dia suka sondol-sondol kepala dia kat aku tau-tau kepala dia landing atas bantal aku dah. Kepala aku terjuntai je luar katil. Bantal yang dia letak kepala tu bantal aku okkk. Tapi takpela, sayang punya pasal, ambik la bang. Bungkuslah badan tu ngan selimut, biarlah adinda menahan kesejukan.

Alamak En Wan niiiiiiii, suruh aku bagi khidmat urutan pulakkkkkk.
Aku baru nak sambung buat keje.

Dah la ye.








Ok, ni lagi satu aku dapat...

Aku nak accept pun pikir tujuhblas kali.

Dear NEED TO MAKE LOVE,

Sorry I can't approve your request.

From,
NEED A BIG COCK

Kikis sampai lichennnnnnnnnn




Macamana eh nak ubah mentaliti orang macam ni?

Ini kategori jujur dalam berkata-kata, pendengki or cakap tak pakai otak?

Apa-apa pun, tima kaseyyyyyyyyyyyyy (style Alleycats plis) sebab rajin baca archive aku. Aku sendiri lupa aku ada tulis entry ni.

Kalau orang ni sangat jujur dalam berkata-kata, aku ucapkan tima kasih sebab secara tak lansung dia mendoakan laki aku menjadi kaya walaupun laki aku tu kayap je lebih.

Kalau dia kategori pendengki, aku malas nak komen lebih-lebih sebab manusia memang tak penah puas dengan apa yang dia ada. Apa yang kat orang lain tu jugakla yang dia nak. Jadi, sukati kau la kalau nak dengki ngan aku. Yang sakit hati pun kau, aku tetap teruskan life dengan happynya.

Kalau dia kategori yang cakap tak pakai otak, ini adelah amat kesian.
Kesian sebab otak dia kategori shallow lagi penuh kebengapan.

Firstly aku nak cakap yang aku bukan pisau cukur. Aku atas sikit dari pisau cukur.
Aku kategori shaver with turbo trimmer with powerful suction power. Tak main la takat gillete yang sebulan sekali tukar blade ni.

By the way, kat siapa lagi laki aku nak berhabis kalau bukan kat isteri yang dichentai?
Nak abiskan kat kau?
Sorry la ye, laki aku tak pandang pompuan takde otak.

Sumpah aku tak faham mentaliti sesetangah orang yang asal perempuan beli barang branded,

'Oh, duit laki dia niiii'.
'Boleh la nak beli baju ratus-ratus ringgit, laki dia bayarkan'
'Asik habiskan duit laki je'
'Alah, guna kredit kad ni'

Kenapa tak penah ada tanggapan like,

'Mesti dia ni keje besar'
'Biar lah dia nak beli beg mahal sikit, dia keje kuat. Apa salahnya nak splurge sekali-sekala'

Aku penah tanya En Wan, salah ke kalau isteri mintak suami belikan hadiah. En Wan kata tak salah. Yang salah if isteri mintak belikan something di luar kemampuan suami. So..???

Kategori apekah orang-orang yang hantar komen macam ni?

Kategori bacul?
Itu dah pasti la. Kalau tak, dia tak guna anonymous.

Bodoh?
Tu satu hal jugak sebab kepala dia tak boleh fikirkan kemungkinan lain kenapa orang tu mampu beli barang branded.

Yang pasti orang-orang sebegini memang menyedihkan.

Menjadi satu dosa ke kalau kita meminta-minta kat suami sendiri?
Pernah tak terfikir mungkin suami dia yang tanya 'Awak nak apa? Ambiklah'.
Dah laki aku suruh ambik, konfem la aku ambik yang mahal. Apa kes aku nak tawar-menawar 'Takpela bang, abang dah banyak berhabis untuk keluarga kita'.
Eh sorry okkkkk. Bukan selalu dapat offer macam ni. Takde de aku nak tolak-tolak.
Penat aku kangkang tiap-tiap malam. Masa ni la nak collect upah.

Kot ye pun orang tu beli dengan kad kredit, itu masih menunjukkan dia mampu. Bank pun bukan bodoh nak bagi kredit limit tinggi kat orang yang tak mampu nak bayar balik. By the way, tak semua orang berani nak bawak cash sampai RM5K dalam purse. Itu lah gunanya kad kredit okkkkk.

But satu benda yang aku terfikir, apesal kes-kes bangang macam ni selalu berlaku kat kalangan pompuan?

Sorang blogger lelaki pernah bagitau aku 'Blog kau ramai readers perempuan kan? Sebab tu la kau selalu kena maki. Pompuan ni banyak mulut'.

Possible?

Yup, possible. (takpe, aku jawabkan)

2010-04-11

Banjir



Tadi aku ngan En Wan gi Subang Parade.
En Wan ni ntah apa mimpi tetiba paksa aku beli baju untuk pi Gold Coast.
Siap tanya apa tema aku kat Gold Coast nanti.
Tema menatangharam apekah????

Dia nak tau if aku nak go funky or go ge-girl kat sana sebab nak matchkan dengan baju dia pulak.
Hak alaaaaa orang tua ni, siap nak bertema-tema bagai. Apa ingat nak pegi fotoshoot ke?

So, aku telah decided nak go for tema "singkat lagi mendedahkan". Walaupun Pak Aji ada sekali, tapi aku rasa redho suami lagi penting. Hahaha.
Tapi belum carik baju lagi. Tadi just beli baju Redza dulu. Aku ni kalau nak beli baju takleh dipaksa-paksa. Dia mesti ada baca-baca baru mood shopping mari. Tadi, mood aku cuma nak shopping barang Clinique and cari buku. Actually aku tengah cari satu buku ni. Buku ni by HAMKA. Tajuknya takleh bagitau kat sini sebab aku skarang dah ada guardian angel. Guardian angel aku ni punya tebiat pulak pantang tengok wishlist aku, konfem esok lusa buku tu ada depan mata. Sooooooo, biar aku carik dulu buku tu, agak-agak dah blank sok, aku bagitau sini, korang tolong carikkan eh?

Masa nak pi MPH...oh yes.
Sebut pasal MPH, aku nak say thanks to SUE sebab bagi MPH member club for kids.
Terima kasih ye. Tak sangka aku dapat hadiah dari reader/blogger. Tapi hadiah tu untuk Redza la.

So, on the way nak pi MPH, aku nampak ni...
Program menderma darah.

Aku tak penah menderma darah. Sebab darah aku sendiri tak cukup. Kejap-kejap pitam. Kalau time period memang sengsara. Aku akan jadik macam lemah gila punya lemah.
Jadi tak payah la aku sibuk-sibuk nak derma darah. Walaupun nurse tu cakap lepas derma darah dorang akan bagi nasik lemak free, tak payahhhh. Kang orang yang didermakan tu sihat walafiat, aku yang menderma ni putus nyawa.


Nampak ni???
Darah boleh tumpah kat tengah-tengah dunia orang nak berjalan.
Geli tak?



Aku tak paham macamana darah orang ni boleh tertumpah.
Kotor tu satu hal la. Yang regret sangat tu sebab membazir. Ingat senang ke nak mintak darah orang? Orang dah derma, sekali tumpah.

Memang kecoh la kejap kat situ tadi. Kira on time la paparazzi pun sampai. Nama aku nak tolong lapkan darah tu takde la, aku pegi dekat-dekat nak snap gamba lagi ada. Seb baik takde mic, kalau tak aku siap buat lintas lansung dari tapak kejadian. Aku kan memang suka bab-bab buat kecoh ni.

Tapi takleh lama-lama kat sini, sebab aku nak muntah pulak tengok darah bersepah.

Then, nak masuk MPH nampak la pulak satu couple pengkid ngan awek.
Macam biasa laaa, awek cun tak boleh blah.
Boifren dia pun kalau aku pakaikan tudung Ariani, rasa boleh tahan gak cun.
Tapi apekan daya, dia pilih untuk jadi lelaki.
Tapi fail miserably.

Rambut stylo. Siap ada kaler kat jambul.
Badan boleh tahan, takde la nampak curve perempuan, agak tegap jugak la.
Gaya memang romantik.
Tapi tetek berkeliaran.
Lupa pakai bengkung kot.

Gagal okkkkk, gagal!!
Sukati kau la dik.

Then, aku lalu depan ni....

Game Arena

It reminds me of a good of friend of mine.
Aku penah buat gila masuk sini main tembak-tembak. Seronok rupanya main game ni. Patut la ada yang ketagih. Aku ingatkan aku akan nangis bila nampak ni but suprisingly not. Aku boleh gelak ingat memori main tembak-tembak sambil masing-masing pakai baju keje. Aku dengan high heels, short skirt segala tapi pegang pistol. Well, I am finally moving on rupanya. Thanks to my Mr Engineer *wink*

Ok, DVD time.
Nite all.

Tak boleh jadik! Kena join yoga jugak.



Ija : Ma, kalau kita makan vegetables, fruits and exercise kita boleh jadi tinggi and kurus tau.

Me : Really? Mana Ija tau?

Ija : Ija tau la. Ija tengok kat TV.

Me : That's why mama suruh Ija banyak makan vegetable, nanti Ija boleh kurus and tinggi.

Ija : Mama makan vegetable and fruits ke?

Me : Makan la, kan mama masak hari-hari.

Ija : Tapi mama tinggi aje?


Dan kedengaran En Wan gelak dalam bilik air.

FINE!

2010-04-10

I am pregnant



Gelupur sorang-sorang masuk blog aku tengok tajuk entry.
Kan??????
Hahaha.

Hari ni En Wan keje.
So hari ni adelah boring sebab aku dok rumah takde nak buat apa. Nak buat keje opis sangatlah malas. Nak tengok DVD tak reti pasang sebab theatre set yang En Wan beli ni aku rasa pelik sangat. Nak bukak manual pun aku tak paham bahasa Jepun. Nak makan malas nak kunyah. Nak masak lagi la malas sebab chenta hati tak balik makan.
So habiskan masa layan blog orang.

Bukak blog orang hati menjadi tension.
Semua pakat cerita pasal baby. Tak pun pasal preggy.
Sangat dukacita hati ini semorang ada baby busyuk-busyuk nak cerita.
Aku?
Nak cerita pasal baby mana?
Baby aku yang umur 6 tahun ni dah bukan level busyuk-busyuk lagi dah.
Ini dah memamg BUSUK betul! Masam je kalau aku cium.

Di sini aku nak bagitau secara terang-terangan yang bukan aku taknak baby lagi TETAPIIIIIIIIIIII, En Wan yang tak berminat dah. Dia dah biasa jadi anak bongsu (yang satu mak). Gap dia dengan Kak Long dia is 19 tahun, so boleh bayangkan lah betapa manjanya dia dalam family. Sampai aku pun terbabit-babit nak kena manjakan dia.

Jadi, rentikanlah soklan 'Bila Kak Di nak ada baby lagi?'
Sangat sedih aku nak menjawab soklan tu.
Atau bolehkah aku jawab 'Pinjam laki kau boleh?'

Ohh, sangat best time pregnant okk.
Apa ko nak konfem dapat tanpa sebarang delay. Be it tengah-tengah malam sekalipun En Wan tetap willing untuk bangun semata-mata bini dia nak makan roti telur. Tapi sebenarnya aku bukanlah jenis yang kisah sangat, tak dapat makan malam tu pun takpela, janji ko offer la benda lain like 'Roti telur? Alahai, ngantuk la Di. Di makan je la telor abang ni dulu. Esok pagi kita carik roti telur'.
Konfem!!! Tanpa sebarang delay aku sambar.

Kalau treatment ni jangan cakap la kan, memang gred A.
Sampai kuku kaki pun dia sanggup potongkan.
Maklom la perut dah menghalang pandangan ke kuku kaki, so terpaksa la gunakan khidmat dia. Siap sapukan lotion lagi kat tapak kaki aku. Cuba skarang aku suruh sapukan lotion? 'Takyah la Di. Takde saper nak tengok kaki awak'.
Memang la takde saper nak tengok. Tapi aku nak bagi cantik biar ko selera tengok time aku mengangkang nanti. Faham??

Before pregnant, seminggu sekali aku wajib mandi sama-sama ngan En Wan.
Bukan apa, bak kata pakar saikologi, mandi bersama ni boleh menghilangkan stress.
Tapi kalau hari-hari kau bantai mandi bersama, tu bukan stress lagi dah. Tu namanya gelojoh, bodohhhhhhhhhh (sila tiru style Ahmad Nisfu cakap).

Tapi time pregnant, kitorang wajib mandi sama hari-hari.
Dan bila dah mandi bersama tu maka secara otomatiknya mandi itu pun menjadi wajib. Uhuk uhuk uhuk...ok tak kelakar.

Bukan apa. Perut aku dah besar time tu aku nak sabun celah kangkang pun dah tak nampak kena halang ngan perut. main raba je. Mana boleh jadikkk. Jadi En Wan offerkan diri untuk sabunkan, shavekan, bla bla bla.
Kalau masuk part shave ni, En Wan memang pakar. Macam-macam corak dia trimkan. Sometimes sambil shave sambil bagi khidmat tambahan. Ngahahahahha.

Dush! Dush! Dush!
Cuba behave sket Diana!

Ok, sambung.

Time ni jugak la kalau berjalan tu pegang tangan tak lepas.
Kalau boleh nak pikul aku terus. Kalau aku benti rehat sebab banyak berjalan, otomatik En Wan melutut depan aku sebab nak picit-picit kan kaki. Gila penyayang okkkk.
Tapi time tu je la pun aku nak nampak dia picitkan kaki aku. Sekarang ni takde de. Dia cuma akan picit kalau aku tadahkan tetek. Lain-lain anggota badan adelah direjek.

Tapi yang paling best time pregnant adelah tetek menjadi besar-besar kuali.
Time tu aku rasa cam apa kelas wehhhh coli kau saiz 36B??
Tak main la pi seksyen B ni okkkk.

Oh bila la aku nak merasa pakai balik bra cup D?





p/s : aku tak pregnant la.

2010-04-09

Malapetaka



Eh penat la okkk hari ni. Sebab tu aku tak update blog. Kalau boleh memang nak update tapi tak sompek. Dah la semalam aku tido lambat dalam kul 1 lebih, tapi at least dapatlah tido sampai 5.30am. Kalau dah nama penakut tu dapat tido empat jam pun dah kira bagus. Daripada aku terbeliak macam hari tu sepanjang malam kannnnnn. Oh kali ni bilik aku sangat beradap. Takde dah air keluar dari paip pukul 2 pagi. Samada air memang tak keluar or aku yang tak dengar sebab kali ni bukan setakat TV je aku biarkan terbukak, telinga ni pun aku sumbatkan dengan earphone layan mp3 sampai esok pagi. Biar dia tak dengar apa-apa. Dah la dapat 2 single-bed room. Malam first tu tak berapa nyenyak sangat sebab aku dok pandang je katil sebelah. Mana la tau kan tetiba dia nak tumpang katil sebelah pulak.

So, pagi tadi ada appointment. Lepas tu rush balik hotel, salin baju and check out.
Rush pi Ipoh pulak untk appointment yang tak sempat Selasa lepas.
Tapi seblom tu lepak JJ dulu bayar cukai untuk Redza.
Then gerak balik rumah.
By the time sampai rumah dah 5.30pm.
Dari Sungai Buloh lagi aku dah call bibik, silalah masak bik. Sebab aku dah macam zombi ni. Penat gila macam nak mati tahap senduk ngan kuali pun dah takleh beza.

Baru je nak landingggggg, En Wan call.

'Kat mana dah?'.

'Atas katil'

'Oraittttt'


 GAMBAR TELAH DIBUANG


Ini adelah situasi biasa kalau tak balik rumah 1-2 hari. Belum apa-apa lagi tangan dah parking atas tetek aku. Siap buat statement 'Pandai Di pilih hari balik rumah kan?'

Apa kau ingat aku balik hari ni semata-mata nak dapat pahala beromen lebih??? Kosser.

Oh, memandangkan aku tau imaginasi korang bukan calang-calang, jadi rasanya tak perlulah aku elaborate adegan seterusnya. Pandai-pandailah pikir.


Ok, skang aku nak bukak cerita pasal FB status aku.

Status tu actually bukan datang dari mulut aku.
Aku belum bodoh lagi nak jatuhkan hukum kat diri sendiri. Walaupun aku tau aku tak perfect mana tapi takde la sampai nak jatuhkan diri sendiri.

Aku sebenarnya terkilan dengan someone yang tergamak menyalahkan aku bila diri sendiri ditimpa musibah. Disebabkan kau dapat ujian dari Tuhan, maka kau tuding jari kat orang lain dengan alasan 'Oh, sebab aku kawan dengan kau la aku dapat malapetaka'. When you yourself tau atas sebab apa musibah tu terjadi.

Semua benda yang kita buat mesti ada sebab dan akibat. Takyah pikir reason jauh-jauh la, pikir yang dekat-dekat je.

Contoh :

Kau fail exam adelah sebab kau tak belajar, jadi akibatnya ko kena extend.
Bukan sebab lecturer tak bagi nota sebab nota tu ko boleh buat sendiri kalau kau nak. Library bukak siang malam, pergi je la. Saper suruh tak pergi. Kalau dah pemalas sangat kau pinjam je la nota member. Nak seribu daya taknak seribu dalih.

Kau sakit perut sebab kau mentekedarah macam babi jadi akibatnya kau berak-berak.
Asal berak-berak je salahkan makanan basi. Padahal kau sendiri tau ko mencekik macam bela jin.

Kau dicabul sebab kau pakai skirt pendek pastu menonggeng pulak tengah-tengah dunia, akibatnya kau kena raba dengan laki telor tak laku.
Ni kes kat Tapah hari tu la ni.
Memang la sesetengah lelaki jenis kote takleh duduk diam. Kau berdiri depan dia pakai purdah pun dia leh buat modal melancap. Tapi bila kau dah pakai skirt tu lagi la mintak kena raba. So tak payah la nak menyalahkan lelaki. Sape suruh kau pakai mini skirt.
(Eh, aku cakap pasal sape ni?)

Kau dikejar dengan ahlong sebab kau tak bayar hutang, jadi akibatnya telor kau nak dikerat lapanblas.
Lojik ke bila kau nak dibunuh, tetiba kau terfikir 'Ohhh mungkin aku dikejar ahlong kerana dosa aku beromen dengan jiran sebelah'.
Halo! Kau buat lawak mister bean ke apa ni?
Kau yang pandai buat hutang, dah takleh bayar kau nak salahkan awek beromen dengan kau? Kalau awek tu pregnant ke, or tetiba kote kau jammed ke, itu baru la namanya malapetaka. Ini kau yang berhutang pastu takleh bayar nak salahkan orang lain? Pegi main bontot dengan ahlong la!

Maksudnya kat sini aku nak cakap, kalau kau ditimpa bencana, cuba duduk dendiam and isolate.
Extract satu-satu masalah kau tu.
Ape puncanya.
Apa akibatnya.
Apa penyelesaiannya.

Ok susah nak faham kan?
Meh sini aku bagi story panjang punya.

Pagi kau bangun drive pergi keje.
Tengah-tengah drive sekali baru perasan fuel warning.
Nak catch urgent meeting ngan client kul 8.30am ni.
Now dah pukul 8.00am.
Nak teruskan perjalanan takut keta tersadai.
Nak singgah Shell isi minyak konfem tak sempat nak kejar meeting pulak.
Takde choice, dari tersadai, baik kau isi minyak.
Sekali kad kredit pulak tak leh pakai.
Cash pulak tak cukup.
Maka kau call laki kau suruh datang bawak cash.
Laki kau lambat sampai sebab traffic jam.
By the time laki kau sampai jam dah pun pukul 8.20am.
Sampai ofis meeting dah pun mula dan bos buat mukaa-see-me-after-this.
Lepas tu kau kena bambu kaw-kaw ngan bos.

So, sebab kau rasa hari kau macam cilaka, jadi kau salahkan laki kau sebab lambat datang bawak cash.

Lojik ke nak salahkan laki kau when you know that sepatutnya sebelum kuar rumah kau kena check dulu benda asas like duit ada ke tak. Bukan check kad kredit ada ke tak, okkk?

Masa start enjin lagi dah kena check minyak takat mana. Eh, ni benda basic la. Apa kau masuk je keta main redah bawak tak check minyak dulu? (tapi aku selalu gak kena part ni)

So to this sumone, jangan hanya pandai nak salahkan aku kalau kau ditimpa musibah.
Secara lojiknya aku takde kena-mengena dengan malapetaka yang kau dapat.
Bukan aku nak kata aku baik so jangan tuduh aku. No! Kau sendiri tau aku bukan baik sangat (walaupun dulu kau cakap aku gila babi punya baik. Taik lah)
Even kat blog pun readers boleh bajet aku bukanlah baik sangat pun.
Tengok dressing, cara blogging pun tau dah. Macam bitch la jugak kan.
Tapi janganlah sampai terkeluar dari mulut kau yang aku penyebab segala bala yang menimpa kau.

Aku tak regret kalau tuduhan tu datang dari mulut orang lain.
Tapi bukan dari mulut orang yang aku panggil kawan.
But since kau dah bagi tuduhan tu kat aku, I'll take it.
Aku ambik bahagian aku, kau ambik bahagian kau.
Semoga kita sama-sama dijauhkan dari malapetaka bila tak berkawan lagi.

2010-04-07

Again....here



Kan semalam aku cakap tayar keta aku pecah masa on the way balik from Tganu kan? So, semalam pagi-pagi lagi dah pi hantar kedai tukar empat-empat tayar sekali terus. Senang sikit kepala aku takyah pikir-pikr dah pasal tayar. Mujur benda ni jadik time ada En Wan, kalau time aku sorang? Konfem la aku menangis dulu apa-apa hal. Kendian baru pikir apa nak buat.

Tunggu tukar tayar dah satu hal, pastu pi car wash lagi satu hal nak menunggu.
Sudahnya aku kuar for appointment kat KL sangatlah lambat.
Dah la appointment tu kat Off Jalan Kuching, tempat yang aku tak familiar lansung.
Setle meeting at 2pm, aku kena straight pi Ipoh nak catch appointment before 4.30pm. Aku bajet memang sempat sampai. Tapiiiiii, dari Off Jalan Kuching tu, aku tak jumpa jalan masuk hiway ke Ipoh. Yang aku nampak sebesar-besar signboard IPOH tapi kaler biru, not hijau. Tapi takpe, aku ikut je jalan tu. Dah half an hour drice toksah kata signboard hiway, signboard Ipoh pun terus hilang. Yang ada cuma Sg Choh, Serendah, Rawang, ntah apa lagi yang aku tak penah dengar. This is the worst area yang aku jumpa yang signboardnya tunggang-langgang. Oi wakil rakyat, tolong buat keje sket eh?

Last-last aku patah balik. Time ni kalau ada saper call aku konfem dapat maki. Aku dah la nak rush catch appointment, masa ni la nak sesat segala. Memang mendidih-didih darah okk. Time tu jugak la traffic lite rosak, pastu jem bagai, keta binawe mana ntah bawak lembab macam nak mati, yang si moto pulak bawak tengah-tengah dunia menyusahkan aku nak memotong. Nak je aku sodok.

Last-last kul 3.15pm jumpa gak hiway itu pun, tembus Sg Buloh. Cam kimak.
Lepas Smart TAG je, aku macam orang jakun tak penah jumpa hiway, terus speed sampai 150. Sampai Ipoh kul 4.30pm. Macam tak caya je aku boleh sampai Ipoh sejam lebih. Selalunya nak jejak Tanjong Malim pun dah sejam. Tapi, still tak sempat nak gi appointment. Perasaan di hati ini sangatlah rasa macam cilaka tak dapat kejar appointment. Tak pasal-pasal Khamis ni aku kena singgah balik Ipoh untuk jumpa that customer.

Since dah tak sempat for Ipoh, lepas Sungai Siput aku slow down. Bawak secara berhemah la pulak kan, dah la aku penat baru balik dari Tganu, sambung pulak ke Penang. Sengaja aku taknak pakai sunglass, biar cerah sket pandangan. Kang kalau gelap-gelap mau terlelap.

Sampai kat Juru, isi minyak jap.
Cewahhh, mamat bangla tu buat ramah pulak tanya nama aku segala.
No henfon taknak?

Tapi aku rasa pickup line bangla ni lagi power.
At least sumthing new to me, yang aku tak penah dengar seblom ni.
Cara dia tanya tu secara tak lansung macam bagi compliment at the same time TAPIII tak kena gaya and susunan ayat fail. Bangla kan, what do you expect.

Bangla : Card? Cash?

Aku : Card.

Bangla : You Chinese? Melayu?

Aku Chinese????????
Buta warna ke apa kau ni?

Aku : Melayu.

Bangla : You keje apa?

Aku : Apesal? Sini ada keje kosong ka?

Bangla : Tada. You keje itu kapalterbang punya angkat air ka?

Aku : Huh? Apa tu?

Bangla : Itu kapalterbang punya perempuan angkat air. Coffee? Tea?

Kang ajaq sunggoh la kauuuuu.
Sikit punya lawa, gaji ribu-ribu ko panggil tukang angkat air. Macamkan keje kau tu bijaksana sangat. Kau pun sama je macam diorang, cuma kau bukan Coffee, Tea?
Kau Hijau, Kuning?

Eh, no offense.



p/s : Hari ni besday Tungau. Apesal aku susah nak lupa besday dia? Sial la.


2010-04-06

Ye lahhhhhhhhhhhhh, aku tak pandaiii



Ada satu hamba Allah telah memarahi aku sebab dia kata aku tak hantar-hantar lagi barang yang dia order.

So aku reply that barang dia dah sampai dari minggu lepas lagi tapi aku purposely hold sebab aku nak dia hantar dulu original Purchase Order. Yang dia bagi aku aku hari tu cuma written confirmation dalam bentuk SMS. Dah cukup baik dowhh aku nak proceed order just berdasarkan SMS. Kat orang lain tak dapat okkkk. Ni pun sebab aku dah lama kenal supervisor dia. Kalau tak kerana supervisor dia yang aku dah jaga sejak enam tahun lepas, sumpah aku tak layan muka minah Arab ni. Dah la berlagak macam nak mati. pHD student la katakannnnnnnnn, sebab tu aku tak boleh bangkang kata-kata dia. Sebab aku takde pHD. Kalau aku takde pHD maka secara otomatiknya aku lagi bodoh dari dia la kan.

This pHD student is from Egypt kalau tak salah, so boleh bajet la betapa eksyennya set-set dari Egypt ni.

She : I need this very urgent!! You don't understand. You just supplier!!

Me : Like I said, the goods are already here. I need the original document first. Once the original documents are here, then I'll release the goods.

SHe : I think you don't understand english. Did you saw this?? Did you saw??? (sambil tunjuk-tunjuk henfon dia kat aku sebab nak buktikan yang dia dah hantar sms 2 weeks earlier)


Yeah, rite.
I don't understand English.
But my grammar is not that bad.

Did you saw???????

What a broken.

Tapi takpelah, kau ada pHD.

Travel



Hari ni aku bukak blog setelah dari Jumaat tak bukak-bukak, oh rupanya dah ada komen yang dia publishkan. Mana yang takde tu, jangan ingat aku tak publish ye, aku sendiri tak tau mana dia sorok. Mungkin dia ada agenda tersendiri which pegi mamposlah, aku malas dah nak kelebet mana hilangnya komen-komen korang semua.

Ok, dengar sini ye.

Semalam aku baru balik dari East Coast.
Percutian a.k.a business trip yang paling memenatkan so far.
Dah la semalam tayar keta tetiba pecah kat tepi MRSM Bentong.
Michale Schu pulak tengah drive time tu, seb baik aku tak tercampak lam gaung. Kalau tak mesti sekarang aku anak beranak dah jadi hantu kat hiway Bentong. En Wan la punya keje kan, saper lagi. Tengah-tengah drive boleh la pulak bukak cerita 'Abang jual keta awak eh? Beli keta lain, nak?'

Terus pftzppppppppppppp.
Tayar pecah.
Hambikkkkkkk.

Maka hari ni segala program aku adelah hancos.
Sepatutnya kul 11am kang aku kena gerak ke KL untuk satu appointment, then to Ipoh for another appointment, then to Penang.
Tapi now, aku ada kat rumah lagi sebab tunggu orang tukarkan tayar.
There goes my appointments...

Memandangkan malam ni aku tido sorang kat hotel, hotel yang sama air shower terbukak pukul 2 pagi, makaaaaaaaaaaaa aku telah membeli ubat selsema dengan harapan bolehlah memengsankan diri. Dah la aku sekarang follow cerita Nenek Kebaya. Memang binawe betulla time-time outstation macam ni layan Nenek Kebaya sorang-sorang. Kang, toksah kata mandi bukak pintu bilik air, dengan pintu-pintu bilik sekali aku bukak.

Ditakdirkan ubat selsema tak memberi efek, maka tolonglah online ye. Layanlah aku sampai aku tertido. Sebab esok appointment aku starts at 9am. Bayangkanlah kalau aku takleh tido pastu nak bercakap dengan customer, kang ntah apa yang aku merepek kat depan.

Lagi satu, to those yang nak beli BB aku ni, minta maaf banyak-banyak sebab aku dah beli pun from Digi :) Tetiba decided nak guna sebab aku rasa sangat-sangat selesa guna BB, balik Tganu baru-baru ni laptop tu aku bawak balik saje-saje je. Tak bukak lansung sebab everything aku settlekan dengan BB. Sangat best dan agak batak jugaklah baik-balik ngadap HP macamkan orang lain takde, aku sorang je ada. Tapi, mamposlahkan? Hehe.