2014-12-31

Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck


Masa aku baca kat paper buku Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck akan difilemkan, aku dah cakap kat En Wan, macamana pun aku nak tengok gak filem ni, aku tak kira! Selama ni aku dok angau je ngan si Zainuddin tu. Sambil berharap yang lakonkan watak Zainuddin ni sepadan dengan apa yang aku imagine.

Aku start baca buku ni lama dah kot, dari zaman sebelum blogging lagi.
Pak Aji kan cikgu Sejarah cum cikgu BM, jadi, buku-buku yang dia baca macam ala-ala sastera sikit like Arenawati and HAMKA. Jenis buku yang banyak berkias and bahasa pun lembut. Takde la macam baca blog aku ni. Tatabahasa ke laut. Siap ada vocab yang kau takkan jumpa dalam kamus DBP pun.

Tahun 2010, aku bersembang dengan sorang reader (now turn good frens).
Sembang kat FB je. Kitorang sembang pasal buku-buku. Pastu aku teringatkan balik buku ni.
Ni antara buku yang aku sayang gila, just like Lagenda Budak Setan and Dan Mimpi Pun Berguguran. Bangsa baca tujuhblas kali pun kau melalak serupa baca first time. Yang best tu, tiga-tiga buku ni takde dalam simpanan aku dah. Ni semua sebab masa awal-awal kawen dulu, time nak pindah rumah aku malas nak angkut banyak benda, jadi aku buang dengan harapan oneday akan beli balik untuk buat simpanan.

Lepas sembang punya sembang, esok lusa terus reader tu hantar package kat aku.
Bukak-bukak, ada buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, cetakan ntah keberapa kali. Gila lama kot buku ni. First published year 1938. Imagine je la betapa lamanya buku ni and gila best sampai skarang pun orang dok cetak lagi. Nak pulak dah keluar filem, aku rasa dorang dah start cetak balik buku ni.


KLIK : Entry angau pertama

KLIK : Entry angau kedua


Tu entry tahun 2010. Aku mengangaukan Zainuddin lepas baca balik buku ni.
Tu sebab En Wan menyampah kalau aku dah start baca novel.
Aku akan mandom seminggu dua, taknak makan (eh makan jugak, tapi tak banyak la), taknak layan dia, diam, termenung....etc. Teruk nau la keadaan aku lepas baca buku ni. Sebab tu aku tak berapa nak melayan drama bersiri. Aku takut aku jadi emo tahap max. Nak-nak pulak kalau sad ending. Cerita tu tak apa-apa, aku ngan En Wan yag bertekak siang malam. Padahal bukan bertekak apa pun, tapi sebab aku takde mood nak buat satu apa pun. Angau punya kes.

Buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni aku dok ulang-ulang baca sampai aku stress and taknak baca dah. Aku punya level stress tu sampai aku sorokkan buku ni kat blakang-blakang buku lain so that aku tak nampak and tak teringat nak baca dah sampai bila-bila. Kelibat buku ni pun aku taknak tengok. Dah terasa penat pulak menangis and emo siang malam dek kerana buku ni. Kadang-kadang aku terfikir kenapa la ada sesetengah penulis buat pembaca menderita baca cerita sedih?
Tapi aku suka.
Tapi aku sedih.
Tapi baca ulang-ulang. Sebab cerita dia memang best.



Ni ada orang baik hati upload full movie siap dengan sarikata yang senang nak paham. Cerita ni pasal adat Minang, jadi payah nak decipher apa dorang cakap. Tengok lah.
Aku nangis-nangis tengok cerita ni tapi personally aku suka jalan cerita dalam buku sebab lebih panjang and halus. Biasala kan, buku tebal nak muatkan dalam filem masa 2 jam, mana nak sempat cerita all. Tapi pengkahiran berbeza dengan buku. Less stress. Kalau kat buku, aku stress sangat sebab sedih gila. Elok la tengok filem je. Kang ada yang hilang bijik mata pulak asik nangis hari-hari.

Hero dia sangatttttttt Zainuddin yan aku imagine!
Dengan sweetnya, dengan lembutnya. Payah nau nak jumpa spesis laki pompuan lemut gemalai macam ni. Mau kencing manis tengok cara Zainuddin bercakap. Sweet sangat ni oii.

Bila peratikan sleng and dialek Hayati ni bercakap, sebijik Lenny, bibik lama.
Baru aku teringat Lenny orang minang. Kalau bercakap, lenggok sebijik macam Hayati.

Tapi karakter yang aku suka adalah Muluk.
Sama macam Muluk yang aku imagine time baca buku.
Bila Muluk bahasakan diri sendiri as 'Awak', terus teringat arwah nenek.
Arwah nenek Tampin aku kalau bersembang ngan orang kampung, dia bahasakan diri dia 'Awak'.
Masa kecik-kecik dulu aku pelik gak apehal nenek aku ni selamba je cakap makcik depan dia tu bodoh??
'Awak ni mana la nak tau. Awak kan bodoh. Tak skolah tinggi'
Pehhh.
Kalau cakap tak kena ngan tempat, mau berbuih kena sepak ni.
Tapi time cakap 'Awak' tu takyah la kau tunjuk orang depan as if memang kau tujukan 'Awak' tu pada dia. Tak pasal kang berlumba-lumba gigi kau masuk dalam perut.

Dah lama-lama sikit baru aku paham rupanya orang minang bahasakan 'Awak' tu 'Saya'.
Now, turn Mak Aji pulak.
Kalau balik Tampin sembang dengan orang kampung, kadang-kadang keluar la bahasa 'Awak-Awak' ni. 

So bila tengok filem ni, rasa best je.
Rasa macam zaman aku lepak kampung time kecik-kecik dulu. Cuma kat Tampin tu takde la pekat sangat minangnya. Tapi sikit-sikit bahasa yang dorang guna dalam filem ni aku boleh la tangkap.



Ok, aku nak bercuti jap.
Lusa aku balik.
Semua email aku akan cuba balas slow-slow.
Bye.



2014-12-30

Fleur by Mrs Him : Aqeela : Ni yang official


Sebelum sembang entry hari ni, nak bagitau yang sesape nak beli Ephyra tak kira sekotak mahupun 3 kotak atau berkotak-kotak, jangan risau, aku memang accept installment dulu dan selamanya. Rasanya dah penah aku blog pasal ni dulu. Tapi ada lagi yang email tanya if boleh nak installment ke tak. Takpe, boleh je. Cuma lepas bayar full baru akan release barang. Tu memang standard prosedure.

Khamis lepas (Xmast Day), aku shoot Jubah Aqeela walaupun jubah dah separuh habis time ni.
Tapi kena buat jugak sebab nak simpan record for Lazada.
Alhamdulillah, jubah ni dapat sambutan.
Mungkin sebab aku bagi introductory price. Dah masuk Lazada kang ko tau la berapa harga dia.
Tapi tu la, sebab kali ni jubah aku buat cuma 100pcs je (10 dah bagi dayang-dayang, maka tinggal 90 je), jadi jubah cepat habis. Gamba jubah ni dah pun aku hantar, so maybe dalam minggu ni Lazada akan publish. Once dah naik, otomatically, harga dah bukan lagi RM70. So, kalau nak, grab sekarang ya.


Model pakai size S

Nak memilih kombinasi warna ni sampai berbintang-bintang bijik mata.
Hari ni decide, esok bila tengok balik list, slash.
Esok decide color combination, lusa tengok balik list, slash.
Haihhh, setan ada dimana-mana rupanya.
Last-last, tawakal je.
Rupanya color yang aku paling was-was sekali, itulah yang yang habis dulu.
Color ni, sold out.

Nak decide size satu hal lagi.
Memandangkan aku buat jubah, bukan dress, jadi ikut pemerhatian aku dan juga berdasarkan pengalaman sendiri, those yang bersize kecik selim tak ramai yang nak pakai jubah loose cut macam ni. Selalunya yang badan selim-melim ni nak tunjuk bentuk badan, jadi most of them prefer pakai dress sebab berpinggang. Tapi yang bersize besar macam aku, seronok pakai jubah macam ni sebab tak payah sedut perut. Jadi, aku buat sise S sikit je. Size M sedang-sedang, tapi aku banyakkan size L-XXL. Terbukti formula memang menjadi. Jadi, no worries, lepas ni aku maintain range S-XXL. Ada yang request aku up sehingga XXXL and panjangkan jubah. Insyallah, nanti aku pikirkan. Kena buat opinion poll so that aku tau perlu atau tak untuk di-consider-kan.


Jubah ni menggunakan material satin, breastfeed-friendly and wudu's friendly.
Hari ni aku dah pos semua order.
Insyallah, esok atau lusa sampai, bergantung pada tempat.
Tracking number dah dapat kan?



Ni En Wan rekod aku pakai jubah ni Sabtu lepas.
Aku nak tunjuk macamana jubah ni jadik bila dah dipakai and waktu kau berjalan. Jangan risau, tak melekap kat badan. Of cos aku takkan buat yang jenis melekap punya sebab aku pun nak sorok babat aku gak. Jubah yang aku pakai ni of cos aku punya, apa-apa hal rembat dulu la kan. 
Model tak berapa nak model ni pakai size M.


 Dada and pinggul kena x2 ya.


 SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


L, last piece



Name:
Email Address:
Color Jubah Aqeela Electric Blue : RM70.00
Jubah Aqeela Fading Rose : RM70.00
Jubah Aqeela Pink : RM70.00
Jubah Aqeela Purple : RM70.00
Size S
M
L
XL
XXL
Quantity
Delivery Address
Contact Number
Remarks



2014-12-29

advert[at]xzizbiotech[dot]com : Iklan 29 Disember 2014


Okeh, it's iklan time.
Senang keje aku update blog macam ni.
Next iklan adalah 5 Jan 2015.
Hantarkan iklan korang ke : advert[at]xzizbiotech[dot]com


Mula-mula wajib iklan aku dulu.
Ni sebenarnya iklan yang sama masa aku launch skin bar.
Dulu aku letak kat poster promo tu dari 27 Nov sampai 1 Dis je kan.
Tapi kalau sape perasan, dalam setiap entry, bahagian bawah sekali aku masih letak link promo tu.
Memang sebenarnya promo RM500/3 kotak tu masih berjalan.
Memandangkan aku tak larat nak reply email yang sama bertanyakan if deal RM500 tu masih valid, so ni aku create new poster. Promo skin bar masih berjalan while stock last. 
Promo RM500 also masih on sehingga 4 Jan 2015.
Boleh KLIK SINI untuk place order.
Promo RM500 until 4 Jan only.



Iklan 1


Baju ni memang reader sponsor kat dua pengantin baru ni. Present la kiranya.
Kalau sesape berminat nak tempah baju (customised adult tees), ataupun nak tempah baju T Shirt for kids, even for pregnant mums pun boleh. Dia ada T Shirt sesuai untuk pregnant ladies. Korang just hantar design je. Yang Ibal and Siti pakai ni salah satu design dia.
Boleh ke FB : Gadis Jumaat Art Cetera


Iklan 2

Ada sesape tengah cari keje or can fit into this position?
Boleh PM FB : Nina Faralina Mustaffa


Iklan 3




Iklan 4



Iklan 5



Iklan 6



Iklan 7




Iklan 8



Iklan 9



Iklan 10



Iklan 11



Iklan 12




Iklan 13




2014-12-28

Ibal & Siti : One shot punya story. Done.


Ok genap seminggu, baru nak cerita pasal majlis kawen adik lelaki aku, Ibal and Siti.
Sini, one shot aku cerita termasuk dengan iklan-iklannya sekali, senang nak buat reference kalau ada yang berminat.

Preparation Ibal ni tak banyak sangat, sebab semua pun main order je.
Bunga pahar beli.
Hantaran tempah.
Candy booth order.
Food order catering.
.................................................. bla bla bla.
Rumah pun tak guna apa sangat untuk majlis ni.
Bilik pengantin pun tak buat sebab dua-dua pengantin kata takyah banyakkan keje nak bilik pengantin bagai. Cuma kitorang kemas-kemas and belikan new cadar je, settle.

Yang betul-betul menggunakan kederat adalah door gift.
3 bulan sebelum majlis, aku bawak Mak Aji and Pak Aji gi beli tin door gift kat Nilai.
Nak memilih tin dengan bunga nak tepek atas tin tu je dah setengah hari.
Dah dapat kaler tin, sekali tin tak cukup.
Dah dapat bunga yang berkenan, kaler pulak takde.
Merata-rata dari satu kedai ke satu kedai keluar masuk nak bagi cukupkan 1500 tin.
Dalam tin tu pulak isi telur. Pagi Sabtu baru rebus telur. Telur yang pecah time rebus, kitorang replaced dengan cekelat. So, sesape dapat cekelat tu best la kot :)


 Dua warna, ikut warna tema : pastel purple and pastel blue.

Tapi kalau dah nama keje kawen, walaupun semuanya main order, tetap penat.
Sebab ujung-ujung bila dah nak dekat dengan hari lansung, macam-macam benda kecik yang kita nak kena uruskan. Contohnya baju.
Lagi 2 minggu, barulah menggelepar aku gi cari baju untuk family pakai.
Warna tema asal baby blue, tetiba bertukar jadi green sebab size tak cukup.
Pastu nak pakaikan dayang-dayang pembawak dulang dengan baju sedondon, sekali baju tak sampai-sampai. Tapi sebab benda tu kurang penting, jadi, takde la stress mana pun. Lain lah kalau tiba-tiba Dewan roboh. Ha, tu jam baru betul-betul menggelabah.

Acara rehearsal mula Sabtu, 20 Disember.
Sabtu, memang semua pun dah berkumpul kat rumah Mak Aji untuk bungkus-bungkus door gift, nak pacakkan tanda arah, nak gantung bunting, bla bla bla.
Siang memang tak ada masalah.
Yang jadi masalah, bila malam.
Sebab malam baru kitorang nak rehearsal.
Tapi malam tu jugak lah Final AFF! Berat je bontot masing-masing termasuklah bontot En Wan. Tapi aku jegilkan bijik mata, terus mati syahwat dia nak tengok bola.



Ini conversation aku dengan En Azeem, pegawai yang handle Dewan Banquet UPM.
Sesape yang berminat nak sewa Dewan Banquet UPM ni, boleh berhubung terus dengan En Azeem (HP : 019-3610506).

Ingatkan malam tu nak rehearse sekali dengan tenchnician audio and lampu, tapi paham-paham je la kan ada bola. So tak dapat nak test slide nikah. Memang plan kat dewan tu nanti akan tayangkan semula video and slide nikah untuk tetamu tengok. Sedara-mara yang tak dapat join ke Pasir Mas pun dapatlah tengok sekali suasana hari nikah tu. Tapi sebab technician pun takde, audioman pun takde, kitorang rehearsal berarak dengan MP3 kompang pasang kat henfon! Gigih tak gigihnya la nak prektis.



Catering yang Mak Aji pilih adalah Langat Catering.
Masa Ima kawen 5 tahun lepas pun guna catering yang sama.
Aku je tak, sebab aku dulu pakai gotong-royong jiran-jiran.
Boss Langat Catering ni member-member Mak Aji time keje UKM dulu. Jadi senang la nak kawtim.
Awal pagi tu boss dia bagi briefing kat anak-anak buah "Saya tak mau ada yang lagi pandai dari saya. Tak tau, tanya!"

Hmmm....bagus ayat dia.
Aku pun nak simpan untuk guna di kendian hari.





Bila dah pakai uniform, smart-smart pulak aku tengok budak-budak ni jadiknya.


Ni FB dia.


Ni pelamin Ibal.
Alhamdulillah, rezeki Ibal agaknya.
Dia dapat very good price untuk pakej pelamin + photobooth + baju + mekap + hiasan dewan + kompang. Aku tak sangka this wedding planner akan bagi price macam tu. Rezeki kau lah, Ibal.



Zawiah bukan blogger ya. Memang habit aku, semua nombor phone reader dan blogger aku save as BLOGGER. Sebab aku ni blur. Kang tetiba masuk mesej, aku terbangang-bangang pikir ni sape la. Kalau letak pangkal Blogger at least aku tau la ni semua member yang aku kenal thru blog, samada blogger atau reader. In Zawiah's case, dia reader. Dan dia juga adalah boss Sanggul Event Management merangkap wedding planner.

Kalau tak disebabkan Mak Aji nak pakai catering member, dah lama aku paksa Mak Aji ambik full pakej dari Zawiah. Sanggul Event ni provide full pakej pengantin. Siap ada spa okeh. Tak salah aku dulu dorang ada buat pakej berbulan madu untuk pengantin ke Bali untuk sesiapa yang ambik full package dari dorang.

Zawiah ni dah aku anggap macam fren, bukan semata-mata reader je.
Ikutkan nak senang, aku nak Zawiah ni je jadi wedding planner adik aku, biar dia settle semua dari A to Z. Tapi memang dari dulu lagi aku berangan nak uruskan majlis kawen Ibal. Masa majlis kawen Ima dulu aku masih bekerja makan gaji. Tak dapat nak tolong sangat pun. Nak sumbang duit banyak-banyak kat Mak Aji pun tak dapat. Esok Ima nikah, hari ni aku masih di Tawau outstation. Sedara-mara yang kat Singapore pun dah sampai Bangi, aku yang kakak tak sampai-sampai lagi.

Alhamdulillah, kali ni aku dibagi kesempatan untuk arrange wedding Ibal.



Disebabkan Zawiah bagi good price, aku taknak demand lebih-lebih.
Pelamin, aku bagi je dia design apa-apa pun, kau buat la apa pesen pun takde hal.
Mak Aji la orang paling happy sekali bila tengok pelamin. Jumaat 19th, staff Zawiah dah datang pasang. Tenghah-tengah hujan ribut pun mak bapak aku gigih keluar drive pi UPM sebab excited nak tengok pelamin. Kemain masing-masing. Aku dulu kawen takde pun nak excited camni.

Tak tau macamana nak say thank you kat Zawiah.
Pelamin sangat cantik. Just like apa yang aku imagine. White and fresh. Dulu aku berangan nak pelamin macam ni, tapi dulu takde duit. Apa yang Mak Aji buat, aku redha je. Janji kawen. Eh, gatal.

Masa hari lansung tu pun pegawai UPM tu kata belum pernah lagi orang buat pelamin sebesar ni dalam dewan dorang. Memang dewan dorang besar gila. Zawiah pun ada kata, panel belakang pelamin tu 30 kaki. Sangat besar. Aku cakap kat Mak Aji "Ni kalau tak muat jugak nak bergamba aku tak tau la nak cakap apa".



Boleh follow IG Zawiah from Sanggul Management. Untuk tempahan or discuss-discuss, boleh contact nombor ni 019-3212827@012-6515946. Paling mudah, kau follow je IG dia. Lagi banyak gambar ada. Zawiah ni dah taraf-taraf wedding plannet untuk artis dah ni. Hari tu Sharifah Sakinah punya majlis bertunang pun guna khidmat dia. Not only wedding, kalau korang nak buat company event pun, dia boleh siapkan hiasan dewan and makanan.



Patutnya kitorang akan pakai semula bunting yang guna time nikah kat Pasir Mas tu hari.
Memang Ibal & Siti plan nak guna bunting yang sama, walaupun bunting dorang buat tu color merah. Tapi nak dijadikan cerita, lepas je habis majlis bersanding kat sana, malam tu dah start hujan selebat-lebatnya sampai la jadi banjir. Jadi, esok pagi tu bunting semua dah rabak dek ribut.


Again, rezeki Ibal & Siti.
Benar, Tuhan turunkan rezeki macam-macam cara. Ni salah satunya.
Aku pun tak ingat bila masa aku promote biznes reader ni.



Bila orang yang sponsor pulak tanya kita nak berapa pieces, jadik segan aku.
Nama pun sponsor kan, cantekkkkkk muka aku nak demand-demand???
Tima kasih banyak-banyak sebab bagi 4 keping. Warna sangat menepati tema :).
Design pun aku mintak dia je yang buatkan. Segan nak hantar-hantar design sendiri.
Masa dia nak pos, aku ingatkan nak collect sendiri, boleh jugak jumpa orangnya.
Rupanya dia kat Terengganu. Tapi boleh je dia pos sampai ke Bangi.


Ni Fb dia.
Apa-apa pun, tima kasih banyak-banyak kat Nini from YN Creative.


Malam lepas rehearsal, aku ngan En Wan sampai rumah kul 11 malam. Terus pi Giant beli glitter pen untuk guest book. Haihhhh, sampai pen pun last minit baru teringat nak beli. Mujur teringat. Kalau tak, semua sign guest book dengan air liur. Mengalahkan mak pengantin je aku punya busy.
Malam tu sampai rumah tengok Kak Long ngan Mak Ndong (mak nombor 2) dah sampai from Tganu. Dorang datang semata-mata nak attend majlis Ibal je. Esok lepas makan terus balik. Mujur dorang balik awal, tu pun gerak pukul 3pm, sampai KT pukul 1pagi. Hujan selebat-lebatnya sepanjang jalan dorang kata.

Esok pagi, pukul 10am, kitorang gerak dari rumah terus ke dewan.
Kat sana family semua dah sampai, pengantin pun tengah busy mengangkut-ngangkut kotak door gift. Bagus. Kau yang kawen kan, majlis kau. Maka sila angkut. Mbahahahahha.



Cerah je pandangan mata aku bila masuk dewan tengok dayang-dayang aku semua dah sampai siap pakai Jubah Aqeela from Fleur by Mrs Him (matilaaa, sendiri punya brand pun nak highlite merah). Terus aku brief dorang lagi sekali, ingatkan dorang bila time kena gerak masuk dala dewan, bila kena stop, bila kena pusing....phewwwww! Letih jadi wedding planner ni sebenarnya. *mode berangan*

Tanya Ibal, "Apesal kau tak siap lagi ni?"

"Kak, mekap belum sampai lagi. Dia sesat"

Hah, amekkaww. Nak sangat jadik wedding planner kan. Terus menggagau aku ajar MUA cara nak datang dewan. Aku rasa macam peta dah betul. Tapi maybe dalam peta tak highlite 'Lebuhraya Silikon', sedangkan dalam Waze and GPS keluar 'Lebuhraya Silikon', jadi ada yang huru-hara nak datang dewan. Tambah lagi kat area nak masuk dewan tu ada construction and ada lencongan, menambahkan lagi huru-hara. Tapi aku yang tunggu dalam dewan lagi huru-hara perasaan dia, dah 1130am MUA tak sampai lagi. Mau tak cuak. Pengantin rilek, aku yang gabra.

Imagine, dalam kad cakap jemputan makan start kul 12 tghri. Tapi kul 11am dah ada 5-6 family sampai. En Wan cuak gila sebab masing-masing masih lagi susun-susun doorgift, buat sound test, test slide and video. Takpelah, elok jugak ada yang sampai awal, so that takde la semua bertumpu kat peak hour. Agaknya dorang ada jemputan tempat lain yang lebih jauh.



Rombongan keluarga Siti dari Kelantan dah sampai dewan pukul 12 tghri.
Kalau ikut program, hidangan untuk meja VIP (klorga Siti) hanya akan dibukak bila pengantin makan. Tapi kitorang suruh klorga Siti ambik je makanan kat meja buffet. Nanti time pengantin makan, apa salahnya makan lagi second round. Aku dah biasa dah bab-baba makan second round ni. Perut guwa compartment memang besar. Thirs round pun boleh lagi ni. Tapi klorga Siti taknak. Agaknya dorang baru lepas breakfast kot. So dorang just jamah-jamah kuih je.

Nampak tak kat slide dinding tu muka aku empat beranak?
Masa ni tengah tayangkan video nikah and slide. Slide tu aku ngan cousin aku prepare malam before majlis ni. Kelam-kabut aku pilih gamba. Nasib baik album Ibal masa kecik-kecik memang ada dalam simpanan aku.


Charlie's Angel.
Angel semua kembang-kembang.
Charlie itam pulak tu.
Memang padan sangat dah ni.

Dill adelah cousin aku. Mak dia adalah adik Mak Aji.
Tapi Dill kawen dengan Aiman. Aiman adalah anak angkat Pak Aji.
Secara otomatiknya Dill adelah immediate famili member.


Ni la besan Pak Aji and Mak Aji.
Ni mak bapak Aiman.
Aiman duduk Seremban, tapi Dill kat Qatar.
Walaupun duduk Qatar tapi aku tengok kejap-kejap si Dill ni balik. 
Macamkan Qatar tu belakang rumah dia je.



Kat bahagian belakang dewan aku letak Candy Booth.
Masa aku up status kat FB nak dapatkan quotation Candy Booth, aku dapat banyak quotation, tapi aku pilih dari Aben - also reader blog ni. Dia punya proposal buatkan aku rasa, ok this is the one. Alhamdulillah la, setakat ni dari button badges, pelamin, candy booth, bunting....semuanya menepati selera tanpa perlu aku mintak dorang buat macam-macam sangat. Maybe sebab dorang ni rajin kelebet blog aku, jadi dorang macam dah tau je apa yang aku nak, macamana taste aku. Hahahaha.

Macam Candy booth ni pun, aku just mintak dia jenis makanan yang aku nak.
Harga kau suggest, design kau suggest. Aku malas nak serabutkan kepala.
Tapi alhamdulillah, apa yang dorang hasilkan, aku suka.


Aben from Neasara Creative bukan hanya supply for party, tapi company ni buat event planner dan wedding planner as well. So far dalam FB dorang, aku tengok banyak jugak Candy Booth dia buat kat majlis-majlis kawen.


Triffle


Masa aku order tiramisu ni kat Aben, aku dah sound Ima awal-awal.
"Oii, nanti lepak candy booth je. Aku order semua dessert sedap-sedap. Tiramisu ada"
Ima ngan aku dah bajet nanti kita lepak belakang je la. Boleh mentekedarah dessert.
Sekali, tray tiramisu pun tak jumpa. Memang lichennnnnnnn.
Aku ni tahan gak lagi dapat rasa pavlova 2 ketul. Ima, dapat makan angin je. 
Nah Ima, aku bagi kau gamba tiramisu je. Jadiklahhh.


Masa aku datang kat Aben second time, dia tengah susun-susun cokelat ni atas pinggan.
Dalam hati aku cakap 'Nak ambik la satu dua jap lagi'
Pastu lagi sekali aku datang, dapat senyuman mesra je dari Aben.
Alhamdulillah, macam ni la aku suka.
Suka tengok makanan habis. Enjoy bila orang seronok datang majlis kita.


Kesian Aben and the team. Dorang terpaksa catu-catu. Sebab ramai yang nak tapau cotton candy ni.


Cuppies, mini pavlova and candy.

Candy booth ni tutup paling awal sekali.
Dorang pun dah gelabah bila pukul 1pm half of the food dah habis. Pengantin pun belum sampai lagi. Majlis tutup pukul 4pm. Memang tetamu terlalu ramai. Fotografer Ibal pun hari tu cakap ramai gila tetamu kat majlis. Nasib baik kitorang ambik 2 fotografer. Kalau sorang, konfem tak dapat cover banyak gamba.





Bunga-bunga fresh ni boleh ambik balik. Dorang tanya aku if aku nak, aku tak larat tengok bunga dah. Sebab bunga atas meja makan pengantin selambak. Satu hal keta aku penuh bunga je kang. Dah la ada satu mahkluk Allah dalam rumah aku ni pantang nampak kaler-kaler ala Frozen ni. Kang dia nampak bunga-bunga biru ni terus feeling-feeling.


Ni FB dia.

Thank you so much kat Aben and Neasara Creative.
Yang best kan, semua tetamu kata dessert dorang sedap especially Pavlova.
Eh ni bukan sebab aku dapat makan pavlova je tau, tapi ni feedback dari sedara-mara aku yang dapat rasa makanan candy booth ni. Kalau nak rasa, pegi order terus. Masuk FB dorang.
Lepas habis majlis, baru aku teringat budak-budak Neasara Creative ni dah makan ke belom. Aku takut dorang duduk je kat belakang tak ambik nasik. pastu Mak Aji cakap dia dah suruh dorang makan dulu. Pastu aku konfemkan balik dengan dorang, lega bila tau dorang dah makan. Tapi dorang makan pun dah pukul 2.30pm. Agaknya ramai nau orang serbu booth sampai nak tinggalkan booth pun tak sempat.


Yang baju biru tu Aben. Masa ni dorang dah nak balik dah. Shawl aku pun dah bersememeh.


Yang ni pun reader gak, satu team ngan Aben.
Nama dia Mizzy.


Kau nampak ni, orang kuat majlis.
Dengan henbeg tak lepas, henfon kat tangan sebelah, lagi sebelah heret bodyguard. Sampai senget benget shawl aku. Masa ni aku dah tak kesah dah kau nak senget ke, kau nak rebeh ke, aku kena uruskan pengantin nak masuk dewan biar teratur dulu. Sebab Mak Aji memang lepaskan semua hal-hal urusan pengantin ni kat aku. Masa ni pengantin dah dalam kereta, aku tengah bagi arahan kat pasukan kompang rasanya. Time-time sememeh ni la si forografer ni nak ambik gamba aku. Time aku tengah bersimpuh ayu tu taknak pulak kau ambik.


Oh yes, ni satu-satunya cookies yang aku tumpang kat Candy Booth.

Ni namanya Butter Cookies with Rainsin, sponsor dari reader - Tetty Noraskhilah (FB).
Budak ni hantar sampai 4 balang kat rumah Mak Aji. Dulu aku penah iklankan cookies and blurberry tart dia, pastu dia hantar sample sampai sebalang untuk aku rasa. Aku bagitau dia aku paling suka butter cookies with raisins ni. Rupanya Ibal kawen ni, dia sponsor butter cookies yang sama. Mesti dia berharap aku dapat rasa jugak kan? Tak dapekkkk....hahaha. Tetty ni ada terima tempahan kek jugak. Kek kawen adik dia cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia buat. Wedding adik dia last year dia jemput aku datang so dapat la aku intai kek dia.


Cantik kan kek adik dia?
*cilok kat FB Tetty*


Pasukan kompang dari Zawiah and Sanggul Event Management.


10 orang pengiring yang masuk dewan iring pengantin.
Ni semua adalah penrasmi Jubah Aqeela dari Fleur by Mrs Him.
Shawl Hawa also dari Fleur by Mrs Him.
 Puas rasanya bila dapat tengok pengiring ni semua pakai baju label aku.
Nak pulak time dorang catwalk kat 'runway' dewan tu kan. Semua mata tertumpu dan terpaku. Kah Kah Kah. Poyo sangat statement ni.


Ni FB dia.
*kah kah kah*


1.40pm, pengantin sampai.
Tapi jangan terpedaya. Pengantin ni bukannya bergerak dari rumah pun.
Dorang ada je kat bilik belakang dewan tu bersiap-siap kat dalam tu. Tapi sebab pintu masuk kat tepi, jadi dorang kena berjalan sikit. Takkan tetiba je pengantin muncul berjalan kaki dari tepi dewan kan. Darat nau. Jadi, aku suggest kereta ambik pengantin dari bilik and pusing ke depan pintu masuk.
Kereta dan minyak kereta disponsor oleh Pak Aji. Driver adelah cousin sendiri.


Pengapit adalah cousin-cousin sendiri.



Atas kepala pun bunga. Kat tangan pun ada bunga.
Baru lah betul namanya flower girl.
Tapi 2 orang dalam group ni adalah Flower Mummy. Tapi Flower Mummy yang gojes, bukan tahap-tahap mummy macam aku ni. Aku kalau ada dalam group ni mesti tetamu pelik 'Ni flower girl ke, flower monster?'

Nampak tak baju hijau belah kanan? nampak sipi je baju aku. Masa ni aku standby kat tepi sambil men-sound flower girl "Slow...slow...korang laju-laju nak gi manaaaaaaa". Gila laju budak-budak ni jalan masuk dewan.



Sempat pulak kau bersalam.


Masa ni pengantin and pengiring semua stop halfway sebab Ustaz akan baca selawat.
Tak lama, dalam 5-6 minit je.



Alhamdulillah, tercapai jugak impian Acu dia nak anak-anak sedara sendiri yang iring dia masuk dewan. Kecuali anak Ima, si Mirza takde dalam gamba. Masa ni Laksamana Mirza tu dah berkuntau. Mak dia bawak lari pi masuk bilik audio sebab bapak dia ada dalam tu jaga slide. Duduk lah kau kat dalam tu dendiam. Jadi tinggal 3 orang je la kat bawah. Mula-mula Ibal nak anak-anak sedara dia yang bawak dia naik pelamin. Aku cakap kau kalau nak tengok pelamin ko herot, kau bawak la semua ni. Nak-nak lagi yang belah kanan tu. Pakai coat tu hanya mengaburi mata tetamu je. Semua kata "Comelnyaaaaaa". Jangan terpedaya makcik, dia hanya berselindung di sebalik coat. Bila coat tu tertanggal, beliau akan bertukar menjadi Hang Jebat.

Baju tiga-tiga ni kitorang beli kat IOI Mall. Kedai ni nama apa ntah aku dah lupa tapi kat old wing. Tingkat 1, sebelah Home's Harmony. Situ ada banyakkkkkk sangat pilihan baju budak-budak untuk attend event.

Button badges yang kitorang pakai masa majlis tu pun reader-reader sponsor. Tima kasih banyak-banyak. Aku pilih 2 orang :


 Yang ni sponsor dari ApeCase. Tokey dia nama Hazwan. 
Dulu aku iklan pasal custom phone casing. Rupanya dia buat button badges jugak.




  Ni FB dia.


Yang ni pulak Sponsor dari Gadis Jumaat Art Cetera.
Tokey dia nama Sha.
Aku rasa dia ni antara reader yang terawal blog ni. Dari zaman tuk kaduk lagi dia dok follow blog aku. Sticker kukis Mak Aji, sticker Fleur by Mrs Him semua aku order kat dia.



Ni FB dia.
Dah penah masuk Wanita Hari Ini okeh.


Nak join fashion show kat New York tak tau la kesampaian ke tak.
Meh kita buat fashion show catwalk atas 'runway' ni dulu.
Aku sengaja bagi dorang pakai macam-macam warna, tak payah sedondon.
Nanti kesian dorang sampai 10 orang bawak balik jubah sama kaler. dah la semua ni sedara-mara. Kang in future ada event keluarga kang tetiba ada 3 -4 orang bertembung pakai baju yang sama. At least kaler bior lah lain kan. Eh kata fashion show kan. Time ni la nak tayang semua kaler.
Pastu ada 3-4 orang tanya kat mana budak-budak ni beli jubah. Hahaha. Mission accomplished gitu.


Aku kat bawah time ni pandang Ibal kecik besor kecik besor je.
Maunya tak. Dah rehearsal bagai, tapi on the big day dia tetapppppppppp letak kaki dia kat atas sekali. Dah berbuih mulut aku pesan kaki letak kat bawah. Dia letak kat atas gak.  Kaki dah la panjang. Terus nampak macam kaki dia tergantung. Sorang kaki kat atas, sorang kaki kat bawah. Memang cun sangat lah ni.


Kita mintak 4 orang dari family Siti untuk bersalam dengan pengantin atas pelamin - Ayah, Mak, Kakak and Abang.
Kakak Siti cantik sangat. Suka aku tengok. Muda lagi, dalam 32 kalau tak salah aku.
Kakak Ibal pun muda gak. Baru nak masuk 38.
Mbhahahhhaaha.



Dari pihak kitorang sebenarnya aku plan 3 orang - Pak Aji, Mak Aji and Nenek (mak Pak Aji).
Tapi pagi tu makcik aku cakap nenek cuma datang kejap je sebab tak sihat, lepas makan nak bawak nenek balik. Aku pun takde la follow up dengan makcik aku dah sebab aku busy handle pengantin. Elok je lepas pengantin makan aku nampak eh?? Nenek aku ada lagi dalam dewan. Rupanya nenek aku seronok agaknya nampak semua sedara mara dari Kota Tinggi and Muar datang, terus sihat. Biasa la kan orang tua. Sesekali dapat kumpul-kumpul macam ni mesti la dia happy. Frust jugak aku tak perasankan nenek still ada dalam dewan. Kalau ikut plan, lepas semua habis bersalam dengan pengantin atas pelamin, pengantin pulak akan turun ke bawah bersalam dengan nenek.

Aku tak naik pelamin pun. Aku saje datang duduk sebelah Mak Aji. Letih oiii berdiri dari pagi. Duduk jap.


Bacaan doa oleh Ustaz Tarmizi.
Pernah nampak ustaz ni tak?
Kalau pernah, kat mana agak-agak?


 Mak Aji dah mula la tu nak jadi Neng Yatimah kat blakang. Tetiba nak syahdu.



 Sakit ati betul aku tengok kaki Ibal ni. Nak je aku jentik.




Takde renjis-merenjis kat atas pelamin ni.
Mak bapak and abang akak hanya dijemput naik atas pelamin untuk bersalaman dan ucapkan tahniah je. Lepas dapat bunga telur terus bergamba sementara mekap pengantin masih ada. Kang dah lepas makan dah hilang sikit kaler lipstik.


Lepas bergamba, pengantin turun untuk potong kek dan makan.


Kek ini sangat special.
Sebab kek ini adelah mengikut selera tekak aku. Hahahahaha. Keji gila perangai kan, sampai kek pengantin pun ikut cakap aku. Abis tu dah pengantin pun balun tak kisah tak kisah tak kisah, aku pun apa lagi. Tambah lak Mak Aji tanya "Ko nak kek kita pakai kek apa, Diana?".
Memang aku susun cukup-cukup jenis kek yang aku nak.
Kek ni dibuat oleh Puan Afiza (019-2790043).


Banana Toffee
Tak sempat rasa.


Chcolate indulgence with mixed berries.
Yang ni super duper mahvelles!!
Masa celebrate wedding anniversary aunty aku pun kitorang order kek ni.


Red velvet.
Yang ni memang konfem sedap punya la sebab dah banyak kali aku makan red velvet cupcakes dia.

The best part, pengantin tak rasa pun kek dia.
Itu pun kan dah pukul 345pm, baru kitorang perasan kek still ada lagi kat atas meja tak gerak-gerak. Tetamu dah nak balik. Terus kitorang ambik letak atas meja masing-masing, potong dan kita kendurikan kek pengantin. Pengantin time ni sibuk photoshoot. Gasak kau lah. Kek kau kitorang kejekan.



Meja makan pengantin memang takde sorang pun wakil dari pihak kitorang. Kitorang memang bagi lapan-lapan kerusi kat pihak perempuan untuk join makan dengan pengantin sebab kitorang semua nak sambung tugas yang lain-lain. Tapi aku berdoa je udang janganlah habis. Hehehe.


Time pengantin makan, band Ibal (Poisonous Remedy) buat persembahan 10 lagu. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa suara penyanyi dia. No wonder band ni dapat wakil Asia ke Canada hari tu.


 Noh Hujan.

Anak Ima ni sikit punya cun dah pakai siap berspek itam bagai. Tapi bila pengantin sampai dia takde. Dah kena kurung ngan mak dia dalam bilik audio sebab berkuntau sangat. Mak dia risau kang habis terbalik meja buffet dia kejekan. Takpelah, janji ada bukti bergambar bahawa kau hadir di majlis Acu kau ni.


Noh Hujan ni kerek gila tau.
Semorang tegur, dia buat dekkkkk je.
Aku tegur "Adik taknak salam Mak Long ke?"
Sardin je dia buat tak reti. Tapi melintas depan aku.
Kesian si Keisha dok mengikut je Noh Hujan ni, nak berkenalan agaknya.


Cewah, kemain eksyen kau ya. Mentang-mentang pakai bow. Kau buat dek je ngan Keisha.


"Meh la Keisha, abang kan ada", kata Rayhan.



Ni sebahagian dari family belah Pak Aji.
Sebetulnya ramai yang datang tapi ni je gamba yang sempat dorang ambik sebab yang ambik ni pun forografer, jadi dia snap je la apa yang ada. Mana dia nak tau sape keluarga sape tak, melainkan yang bergamba kat pelamin.

Yang depan sekali tu nenek. Ni je la nenek yang ada. Dua-dua atuk dah takde. Nenek Tampin pun dah meninggal tahun lepas. Jadi, nenek ni je la yang aku ada. Nenek pun dah tak duduk Muar, now duduk dengan adik Pak Aji kat Bangi jugak. Yang sebelah nenek pakai baju putih tu sepupu Pak Aji datang dengan famili dia dari Bengkalis (Indonesia). Ntah bila la aku nak pi Bengkalis pulak nak kenal sedara-mara aku kat sana.


Mak Aji dan ompek orang adik-adiknya.
Sporting aunty-aunty aku, support shawl anak sedara.
Sorang pakai shawl Thea (dua dari kiri), sorang pakai shawl Arana (dua dari kanan).
I like 1000x.


Lagi sorang belah kanan sekali, ntah kenapa boleh tercicir kat gamba atas.


Ntah bila masa budak-budak ni sempat terjah candy booth.
Tak ajak aku lak tu.


Family Siti
Siti kata, lepas majlis ni dorang balik Kelantan terus. Sampai-sampai je sana ada yang terus kena pegi pusat pemindahan banjir. Rumah dah naik air. Rumah bapak Siti lagi la, bumbung pun tenggelam. Kalau kitorang tau nak jadi macam ni, memang aku tahan dorang tak kasik balik. Kesian.


The cousins.
 Tapi cousins belah Mak Aji je.
Cousins belah Pak Aji semua sopan-sopan. Aku rasa dorang tengok kitorang dari jauh pun takut. Memekak gila budak-budak ni. Kesian Ima, dia takde dalam ni sebab main 'kejar-kejar' ngan anak dia. Hahahaha.


Poisonous Remedy with Siti.



Lepas tu majlis dah jadi santai dah.
Majlis habis pukul 4pm. Pukul 4pm tu dah ada beberapa meja je masih ada tetamu. Lebih relax time ni. Kitorang pun apa lagi, karaoke la. Makcik-makcik belah Mak Aji semua jenis pantang jumpa mic, memang laju ke depan peginya. So jangan pelik sangat la kalau tengok perangai aku. Ni sebenarnya 'penyakit' keturunan.


Pastu paksa pengantin turun dari pelamin. Kau kena nyanyi jugak. Nak dengar dorang nyanyi, gi tengok FB or IG aku.


Lepas nyanyi, aku panggil Ibal and Siti bergamba dengan nenek.



Gamba ni hampir-hampir tak ada dalam koleksi.
Dah nak pukul 5pm, dah habis menyanyi menari semua, baru aku teringat, eh mana gamba famili???
Terus aku tarik Mak Aji and Pak Aji naik pelamin. Masa ni Ibal and Siti tengah fotoshoot kat bawah. Aku panggil dia naik pelamin jap bergamba satu famili. Si Aiman (kiri sekali) pun dah tanggal songket get ready nak angkut kotak masuk dalam kereta dah pun. Anak-anak aku coat pun dah tanggal, dah pakai baju biasa je. Noh Hujan masa ni tengah tido sebab tu mak bapak dia ada dalam gamba ni. Kalau dia bangun, konfem gamba mak bapak dia takde kat sini. Hahahahah.

Alhamdulillah, majlis berlansung dengan baik.
Tetamu sangat ramai.
Makanan sedap.
Banyak yang tolong menjayakan majlis ni. Terima kasih frens, readers, family, dan semua sekali yang terlibat secara lansung mahupun tak lansung.
Majlis nikah and resepsi di Pasir Mas pun alhamdulillah, ok. Elok je habis majlis, baru hujan turun. Kalau tak, agaknya tunda dah majlis ni.

Secara keseluruhannya, aku happy majlis ni berlansung macam yang aku imaginekan.
En Wan sangat tahu yang aku always cerita kat dia "Kalau Ibal kawen nanti Di nak buat macam ni.....Di nak buat macam tu....nak tempah ni...nak pelamin macam ni....". Kalau berangan memang nombor satu. Tapi maybe berangan tu pun satu doa kot. Walaupun sebenarnya aku yang nak sangat wedding aku macam ni, tapi bukan rezeki aku. Rezeki kat Ibal. Takpe, sama je. Janji aku dapat nampak majlis macam ni.


Tahniah Itam.
Semoga kekal hingga ke Jannah.



EPHYRA PROMO