2020-03-31

Beban hidup


Setiap orang ada beban hidup masing-masing.
Ada yang diuji dengan harta, jawatan, kedudukan, nama dan sosial.
Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kesenangan.
Ada yang diuji dengan lelaki, ada yang diuji dengan wanita.

Dikelilingi oleh lingkungan yang mewah, ujian sebegini selalu kita terlupa.
Jarang kemewahan dianggap sebagai satu ujian padahal ujian menghadapi kesenangan adalah halangan besar.

"Lah, kan dah hidup senang, apa ujiannya? Bukan ke kita memang suka makan senang, berbelanja senang, belanja orang senang. Kat mana letak ujiannya?"

Untuk memahami betapa beratnya ujian semasa senang, boleh jadi perlu merasa jadi miskin dulu [kurang berkemampuan].
Kalau orang kaya pening memilih menu makan, orang miskin tak perlu pening memilih.
Menu makanan dah tentu-tentu ikut jumlah duit yang ada - tak jauh mana pun larinya - dari garam, kicap, telur, tempe, sardin.

Kebetulan PKP ni musim cuti sekolah.
Anak-anak aku semua ada di rumah.
Kejap-kejap bukak pintu fridge.
Bukak fridge, tarik susu low fat.
Jap lagi bukak fridge, tarik Kit Kat.
Bukak lagi, tarik nugget pulak.
Mengunyah 24 jam.

Teringat masa sekolah dulu.
Aku and Ima pun sama je kejap-kejap bukak pintu fridge.
Cuma bezanya, kitorang bukak pastu menung depan fridge mencari apa yang boleh dimakan.
Takde apa nak makan, tutup balik.
Karang lagi sejam bukak lagi, menung cari apa boleh dimakan.
Takde, tutup balik.
Padahal masing-masing tau dah kalau pagi bukak takde makanan, takkan lah tengahari ada makanan kan.
Tapi kitorang tetap optimis manalah tau kot-kot keajaiban berlaku tiba-tiba, ada Coki-coki ke apa ke. Malangnya, nan hado.
Ujung-ujung ambik tomato, makan.
Pastu Mak Aji balik kerja nak masak, dia kira tomato dah berkurang.
Hah, kauuu. Sebatan satu kali kat betis.

Now, bila kenang-kenangkan balik, ada juga hikmahnya pernah lalui zaman tu - zaman jajan pun takde kat rumah.
Kalau nak kenyang, waktu makan memang kena makan.
Lauk sedap ke tak sedap ke belakang kira sebab kalau tak makan nanti lapar nak kais apa?
Nak ratah milo pun seram, karang milo cepat habis, kena lagi satu das kat betis.

Hari tu Mak Aji selamba bahan kitorang "Ingat tak dulu mama dah prektiskan korang lalu depan KFC ambik bau je. Hah, sekarang guna balik skill tu".

Sungguh.

Dulu masa skolah bila beraya rumah kawan-kawan yang duduk banglo atas bukit, ruang tamu sampai 3 tempat, kereta lebih dari satu, mainan kat rumah banyak.
Makan apa je, tinggal pilih. Kuih raya dorang pun rare-rare. Sedap-sedap.
Baju jangan cakaplah.
Padahal zaman 80-an mall apa aje yang ada kat KL ni, habis kuat pun Metrojaya Sungei Wang, tapi aku tak pernah terserempak pun dengan baju raya dorang dalam mall tu.
Rupanya shopping kat Singapore kau!
Aku ni nama je tetiap tahun masuk Singapore tapi bukan untuk shopping tapi 'balik kampung nenek'.
Memang tak pernah shopping pun.
Pernahlah aku mintak kebenaran kawan-kawan nak join beraya bawak adik aku sekali, Ima, sebab tak sampai hati pulak aku jalan makan sedap-sedap rumah orang tapi adik aku duduk rumah.



Semalam aku nampak ini kat FB status salah seorang frenlist aku.
Dia salah sorang group NGO yang bantu orang-orang susah.

Bayangkan 14 hari sejak PKP duduk terperap dalam bilik kecil macam ni.
Kau pandang aku, aku pandang kau.
Belum lagi dengan karenah anak-anak merengek nak itu ini.
Dengan panas berkuap lagi.
Anak-anak aku yang boleh bergerak atas, bawah, depan, belakang and masih boleh berkuntau kat laman rumah, itupun dah start rasa bosan, inikan pulak yang duduk kat tempat sekangkang kera macam ni. Allah, tak dapat dibayangkan.

Dalam keadaan normal pun dah cukup susah cari makan.
Ada yang bekerja dari subuh gelap sampai ke malam nak menyambung hidup, apetah lagi dalam keadaan wabak macam ni.

Awal-awal PKP hari tu ada sorang blog reader minta bantuan barang dapur dari aku.
Aku faham takde siapa yang nak meminta-minta kalau tak terdesak.
Tapi yang buatkan aku sangat sedih bila dia dah mula nak menyalahkan takdir [sorry, email tu aku taknak siarkan].
Walaupun macam tu, aku tak salahkan dia, dalam keadaan tertekan, memang tak mudah untuk kita bersangka baik dengan takdir Allah.

Salah satu ayat dia "Saya tak pernah pergi luar negara. Langkawi pun tak pernah sampai. Lainlah orang kaya, duit banyak holiday ke mana-mana je. Balik Malaysia bawa virus. Kami yang tak berduit ni menderita menanggung akibatnya".

Speechless.

Betul juga.
Walaupun orang senang pun sama-sama terkesan dek Covid-19 tapi mungkin tak seteruk dorang.
Tengok je lah masing-masing memborong groceries kat mall hari tu.
Habis memborong, duduk rumah layan Astro and Netflix atau main game seharian pun tak apa.
Siap boleh main tik tok. Takkan kelaparan.
Sementara yang benar-benar memerlukan kalau tak keluar cari duit, boleh jadi takde apa yang nak dimakan hari tu.
[bukan salahkan orang tengok tv main tik tok, aku pun tengok tv juga. Sekadar contoh].

Bila fikir-fikir balik, kita kadang-kadang mudah anggap dorang tak peduli wabak Covid-19.
Tak pakai mask, kena kecam.
Tapi bagi orang-orang ni, dari beli mask baik beli sardin.
Bila nampak orang share gambar si miskin masih lagi berjualan sana-sini, aku realized some of them miskin bukan kerana malas.
Kalau malas, dah tentu dorang akur duduk rumah waktu PKP.
Tapi they don't have choice.
Jadi, kita kena bantu dorang ni supaya dorang betah duduk di rumah.
Orang-orang macam ni permintaan tak tinggi, asal jangan berlapar, cukuplah.
Insyallah, dorang akan stay at home.

Rumah Mak Aji tu 2 tingkat, tak sempit pun.
Tapi masih boleh terasa bosan especially bila takde benda nak dimakan [dulu].
Perut lapar tapi takde benda nak kunyah sementara nak tunggu waktu makan. Memang stress.
Menangis jugaklah kadang-kadang pikir apesal rumah kitorang always takde benda nak kunyah-kunyah.
Nak makan sedap kena tunggu hujung bulan.
Barulah dapat makan jajan-jajan and biskut-biskut.
Jadi aku boleh rasa keperitan orang yang duduk di rumah sempit macam ni.
Dah la tak boleh kerja, tak boleh keluar rumah pulak tu, takde makanan lagi. Beratnya dugaan.

Bila dah merasa senang sikit, rupanya lebih banyak ujian.
Memang tak perlu kerja keras mengerah tenaga di tengah-tengah panas.
Memang tak kais pagi makan pagi, tetapi ujiannya tetap ada, cuma tak perasan.

Ustaz aku cakap baru-baru ni dalam whatsapp group, dia bagi contoh yang simple.
Dia kata, orang miskin takde masa nak tengok TV, masanya banyak dihabis untuk cari rezeki.
Bukan kerana tak mahu tengok tv, tapi tak ada masa untuk bersenang-senang.
Entah-entah TV pun tak ada.
Berbeza dengan orang senang [bukan kaya, tapi senang], ada banyak masa senggang.
Tak kerja, gaji masih jalan.
Jadi duduk di rumah ada banyak masa untuk tengok TV.
Bila mata banyak tengok TV, risiko nak tengok perkara yang tak patut dilihat juga tinggi.
Bila mata banyak melihat sesuatu yang tak patut dilihat [dosa] jangan heranlah kalau berat nak baca Quran walau Quran ada depan mata.
Kerana dosa mata itu telah menghalang diri untuk buat amal.

Itulah antara ujian orang senang. Belum kaya lagi tu, baru merasa selesa sikit je tapi ujiannya dah besar.
Apetah lagi hidup berlimpah duit, harta dan nama.

Ternyata miskin dan kaya sama-sama dibebani dengan ujian.
Bukanlah maksudnya lebih baik jadi miskin, tetapi semua orang ada ujian masing-masing.
Secara zahir nampak orang berduit ni macam tak diuji.
Ya, memang tapi boleh jadi dia diuji dengan gaya hidup yang jauh dari redha Allah.

Kaya, ada ujiannya.
Miskin, ada ujiannya.
Terkenal, ada ujiannya.

Kalau orang miskin mampu menghadapi ujiannya, dia telah memiliki kelebihan akhirat di dalam keterbatasan dunia.
Di akhirat nanti semua keinginannya akan menjadi nyata.
Itu janji Allah. Allah tak akan mungkir janji.

Kalau orang kaya mampu menghadapi ujiannya, dia akan tetap menjadi orang kaya di dunia yang kekal dan terhindar dari azab yang pedih.
Dan semua keinginannya akan menjadi nyata.

Tetapi percayalah ramai yang tergelincir, baik kaya atau pun miskin.

Bantuan kerajaan [tak kisah lah duit kerajaan ke, duit rakyat ke], memang sangat melegakan.
Jangankan kata dorang yang betul-betul susah tu lega, dengan aku-aku sekali lega tak pakai bayar duit kereta.
Then aku terfikir, Allah bagi aku tak payah bayar duit rumah and kereta ni agak-agaknya sebab apa, ya?
Untuk aku simpan sorang atau untuk menguji aku?

Boleh jadi ujian round 1 untuk aku sedang bermula.

It hit me hard.


2020-03-30

Some people have their own issues



Too much negativity dalam media sosial, lately - baik di FB, IG and Twitter [aku takde twitter tapi taulah kecoh juga di sana].
Bila keadaan di luar tak berada baik, sedikit sebanyak akan effect emosi.
Itu normal, kerana manusia sifatnya mudah dipengaruhi dan mempengaruhi.
Mudah-mudahan bulan Ramadhan nanti semua tenang-tenang saja dan semoga kita semua ditunjukkan jalan keluar dari kesulitan dengan cara yang paling baik.

Sikap kita terhadap masalah menentukan samada kita mampu keluar dari masalah tersebut atau tak.
Ada beza antara orang yang mempunyai masalah besar dengan orang yang suka buat masalah besar.

Kalau kita check balik biografi orang-orang hebat sebelum kita, especially those yang jadi tokoh masyarakat, dorang ni bukannya dilahirkan dengan segala kesempurnaan baik dari lingkungan keluarga, pendidikan mahupun potensi.
Ada yang lahir cacat, buta, tempang, lumpuh, miskin, ibu bapa bercerai, anak yatim, etc.
Senang cakap, latar belakang dorang ni very stressful and disturbed situation, but they are people who are able to treat every problem that comes, well.

We all have things happened in life that we don't understand.
Kerja macam nak mati tapi tak naik-naik pangkat.
Buat 3-4 kerja tapi masih tak mewah.
Wabak penyakit yang melumpuhkan ekonomi negara.
Bakal hilang kerja, bakal dapat separuh gaji, dan boleh jadi bisnes bakal gulung tikar. Nauzubillah.

It's easy to live frustrated but apa yang kita tak nampak, everything serves His plan.
That door that closed, that contract that didn't go through, if that wouldn't have happened, we couldn't reach our destiny.
We want it so badly, tapi apa yang kita tak nampak was Allah has something better.
We may not like it, it doesn't seem fair, but it serves His plan.
Perhaps ini masanya kita membina kekuatan emosi to prepare what is coming.
When we understand that everything serves His plan, we won't live frustrated when something unfair happened.

Orang yang berjaya bukan hanya bijak tapi skill emotional intelligence tinggi.
90% of those at the peak of success were found to have high emotional intelligence.
Walaupun emotional intelligence susah nak diukur, those who have it are generally well-liked.
Selalunya gitulah, manusia lebih tertarik dengan orang yang bijak mengendali emosi berbanding dengan orang yang bijak pandai.

Maka bolehlah kita anggap masalah sebenar manusia adalah salah menyingkapi masalah.
Bila manusia salah mengambil hikmah sesuatu masalah, that masalah will eventually stop them from moving forward.

Salah satu masalah besar manusia adalah - tak mahu belajar tapi nak jadi pandai.



Khamis lepas ramai share pasal hand sanitizer tanpa alkohol ber-ruqyah.
Lantas aku up status ni kat FB.
Esoknya ada satu PM masuk.

"Awak siapa nak kata sanitizer takde alkohol tak boleh bunuh virus? Awak Tuhan ke tahu semua benda?"

😭😭😭😭😭😭

Nak je aku balas "Dah tu, kalau memang yakin kesembuhan tu Allah bagi, kenapa kau susah payah nak buat produk, apa tak tenyeh dengan taik kambing je. Siapa tau taik kambing boleh bunuh virus, kan?"

Tapi malas la aku nak sound.
Dia dah masuk bab Tuhan ni, aku back off je lah,
Makam dia tinggi sangat, bukan level aku nak berdebat, jadi aku biarkan.
Seriously, ada benda yang berbaloi untuk kita fight.
Tapi kalau perdebatan tu bukan untuk cari kebenaran tetapi lebih pada menaikkan ego, I rest my case.
Sukati kau lah. Janji kau bahagia.
Aku cuma share ilmu yang aku tahu. Rasa nak pakai, pakai.
Kalau tak nak pakai, tak perlu hentam aku.
Lebih baik kau share ilmu yang kau tahu.
Itu baru perdebatan yang bijaksana.

Oh by the way, rupanya bukan setakat hand sanitizer 95%, now dah ada yang claim sanitizer dia 160.5%!
Tak mau kalah masing-masing.
Dia ingat lagi tinggi percentage alkohol lagi power agaknya
Tersiat kulit tu baru tahu.

That day ada yang tanya kalau buat hand sanitizer pakai clorox dengan air, boleh tak?

Kalau tanya aku, jawapan aku, clorox tu as surface disinfectant bolehlah.
Untuk kulit, better don't sebab active ingredient dalam clorox ni sangat powerful [sodium hypochlorite].
Bila guna dengan kerap, boleh irritate membran mukus kita.
Membran mukus manusia ada kat tekak, hidung, mulut and kulit.
That's why kalau kita terdedah dengan bau clorox lama-lama jadi pening and nak muntah.
Walaupun to some people simptom pening and muntah ni takde, but still sodium hypochlorite ni akan bagi kesan pada membran mukus in the long run - especially kat peparu.

Tapi point paling penting nak bagitau, sodium hypochlorite ni walaupun powerful disinfectant, tapi effectiveness dia tak stay lama.
Katakan kau nak buat jugak hand sanitizer dari clorox, kau kena prepare fresh every 24 hours.
Habis atau tak habis, after 24 hours, kena buang because no point kau guna untuk besok lusa sebab effectiveness dia dah berkurangan.
That's why sodium hypochlorite ni murah because effectiveness dia tak lama.

Benda-benda macam ni aku lebih suka share kat blog sebenarnya, berbanding FB.
Some people bila guna media sosial like FB, IG and twitter, dorang lebih suka respond to reply, bukan respond to understand.
Tu pasal media sosial senang nak create negativity.
Dalam mana-mana perdebatan online, tak ada pihak yang nak mengalah.
Kau explain lah macamana pun, kalau dorang nak faham dorang faham.
Kalau tak, sampai ke sudah pung pang pung pang.
Masing-masing merasa betul.
I feel right with my arguments, you feel right with your arguments.
Jadi, salah sorang kena back off.
Dalam kes hand sanitizer ber-ruqyah tu, aku back off. Aman.

Bak kata Dalai Lama the 14th - Don't let the behavior of others destroy your inner peace.
Ini syarat hidup tenang.
Macam yang aku tulis dalam post LinkedIn aku kat atas tu - some people have their own issues.
Orang macam ni, kau cakap A, dia spin jadi B.
Kalau kau layan, lama-lama kau akan confuse because this type of people dia akan spin selagi boleh.
Just cut them out of your life entirely and move on.



Note : Yang nak book Pure Effective Hand Sanitizer, KLIK SINI.


2020-03-28

Hidup sederhana tanda bijaksana


Kerajaan sedang cuba buat sehabis baik.
Bab individu rasanya selesai dah, baik B40, M40 dan T20 semuanya ada bahagian masing-masing, alhamdulillah.

Tapi dah mula dengar keluhan majikan, especially small business.
Aku faham bukan semua yang bergelar majikan tu kaya.
Ada yang income syarikat tak banyak mana pun.
Bukan semua bisnes menjual produk, ada yang training-based company.
Kawan aku buat training halal business.
Kalau classroom training dah tak boleh buat, business dah tentu tak jalan.
Nak buat audit halal pun tak boleh sebab premis restoran pun tak buka.

Yang jual produk pula, customer ada.
Tapi kalau supply chain bermasalah, sales tetap terganggu.
Contoh paling mudah, hand sanitizer aku tu lah.
Customer yang nak beli ada, reagent semua dah siap, tapi supplier botol pulak takleh hantar.
Seminggu aku menunggu botol.
Chain supply ni bahaya, sebab semuanya saling berkait.
Kalau satu tak jalan, semua hancus.

Geng-geng lab supplier biotech yang aku kenal, masing-masing mengeluh.
Kalau universiti tak bukak, maknanya lab pun tak jalan.
Some of their cold stock expiry date bukannya lama.
Tu semua kos yang bakal burn macam tu je.
Aku faham sangatlah reagent and consumables lab.
Mastermix PCR tu besar 1 jari je tapi harga sampai RM278.
Selalunya kita takkan bawak masuk satu tube.
Dulu, kalau sekali bawak masuk stok aku bawak at least 50 tube.
Benda ni sangat laju jual sebab sesiapa yang buat biotech memang akan guna.
Tapi now, lab tak bukak.
New sales dah tentu takde sebab customer pun tak pergi kerja. Acaner?

Jadi, aku boleh faham bila SME start persoalkan kenapa tak dibenarkan potong gaji atau buang pekerja.
Kerana secara lojiknya kalau sales takde, syarikat akan melingkup juga akhirnya.
Endingnya tetap sama, semua jobless.

Selain dari tu ada keluhan-keluhan dari celebrities and orang-orang famous se-Malaysia yang minta pembelaan juga.
Aku pun tak pasti pembelaan yang macamana yang dimaksudkan sebab kalau ikutkan plan rangsangan ekonomi Mak Kiah, rasanya dah jelas B40 hingga T20 semua ada bahagian.
Cuma T20 ni takdelah dalam bentuk cash, tapi dalam bentuk pengurangan bil letrik, internet and loan. Ada lah jugak something daripada takde.

Bila jadi musibah macam ni, semakin jelas bahawa hidup sederhana itulah yang paling bagus.

Jangan salah faham maksud sederhana dengan miskin.
Miskin adalah keadaan hidup.
Sederhana pula adalah cara hidup.
Jadi, maksud miskin dan sederhana tak sama.

Ramai orang kaya sometimes prefer to live simply berbanding menggunakan kekayaan mereka untuk tujuan yang tak jelas.
Tapi ada juga yang anggap berpenampilan sederhana bermakna keadaan hidup juga sederhana.
Pulak tu di zaman sekarang gaya hidup seringkali disamakan sebagai success dan hebat.
Jadi tak heranlah kalau ramai yang jump on the bandwagon.

But sadly, kebanyakkan yang berlumba tayang itu ini, bukanlah dari kalangan yang benar-benar mampu. Sekadar ikut-ikutan saja.
Bila terjadi musibah macam ni, boleh nampak ramai yang hilang punca sampaikan kita mula terfikir dorang ni memang takde simpanan langsung ke?
Yang benar-benar mampu nampak lebih rileks.
Tak surelah samada dorang memang rileks atau buat-buat rileks.
But those yang selama ni kita nampak sangat mewah, macam tak lojik pula bila mengeluh itu ini.
Because I know some of my friends yang tidaklah semewah orang-orang ni but masing-masing ada simpanan at least 4-5 bulan.
Bila bank bagi kelonggaran tak payah bayar loan 6 bulan, letrik and internet pun ada diskaun, insyallah yang ada simpanan 4-5 bulan ni boleh bertahan lebih panjang.

Selalunya gitulah, yang tak berapa kaya yang selalu berbelanja over the top.
Nak buktikan apa pun tak tahulah.
Bila terlalu nak hidup bergaya, tak mahu kalah dengan orang lain, jealous dengan orang lebih mewah, akhirnya terjerut diri sendiri.
Bila dah jadi macam ni kau ingat yang mewah-mewah tu nak tolong ke? Tak pun. Dia bukan kenal kita.
Kita je yang dulu terhegeh-hegeh nak ikut cara hidup dia, dia tak suruh pun kita ikut.
Dah jadi macam ni, pandai-pandai sendirilah nak hidup.

Zaman media sosial, makan pun nak kat tempat high class je.
Barulah gempak upload kat IG.
Upload gambar makan kat restoran tomyam Mak Kiah karang ada yang kata kita miskin pulak.
Hakikatnya makan tempat biasa-biasa hanyalah indicator hidup sederhana, bukan miskin.

Menerapkan kehidupan yang sederhana tak bermakna kena beli yang murah-murah, pakai yang murah-murah, makan pun yang murah-murah.
Bukan macam tu.
Hidup sederhana ada ciri-ciri bijak berbelanja ikut kemampuan.
Faham mana satu keperluan primer, keperluan sekunder and tertier.
Orang yang tahu susun keperluan ni, walaupun hanya kuli-kuli, nescaya payah nak miskin.

Miskin adalah satu keadaan hidup yang boleh diubah.
Semua orang boleh dapat mata pencarian yang lebih baik kalau mahu berusaha dan berdoa.
Tapi yang paling penting adalah kesediaan kita bila dah jadi terkenal dan berjaya nanti.
Kerana ramai yang bila dah famous, bila dah berjaya, tak bersedia dengan keadaan tu.
Tu pasal kadang boleh nampak perbezaan orang semasa belum kaya dengan sesudah kaya.
Karakternya dan gaya hidup mendadak-dadak berubah. Culture shock orang kata.
Inilah orang yang ada matlamat tetapi tak bersedia bila dia mencapai matlamatnya.

Orang yang sederhana, hidupnya tak berlebihan dan tidak menonjol.
Dia mampu hidup lebih mewah tetapi memilih hidup sederhana.

The key is : sederhana.
Sederhana itu bukan miskin.
Sederhana itu hidup yang tak berlebih-lebihan dan sesuai dengan kemampuan.
Orang yang sederhana tak semestinya berjalan dengan orang miskin.
Tak semestinya juga berjalan dengan orang-orang kaya dan berjaya.
Tetapi orang yang sederhana pasti 'berjalan' dengan orang bijaksana.
So, be simple, so that we can be wise.
Life is a choice, so we have to decide from now on, or that choice will eventually determine our lives.



Note : Yang nak book Pure Effective Hand Sanitizer, KLIK SINI.



2020-03-27

Pure Effective Hand Sanitizer






1. Nama :
2. Email
Product : Pure Effective Hand sanitizer 100ml, RM18
Pure Effective Hand sanitizer 250ml, RM27
Pure Effective Hand sanitizer 500ml, RM45
Pure Effective Hand sanitizer 1L, RM80
Pure Effective Surface Disinfectant 500ml, RM40
3. Quantity :
4. No Tel :
5. Delivery address :
6. Note :

2020-03-26

Sebaik-baik Pelindung


Tempoh kawalan pergerakan ditambah lagi hingga 14 April.
Ramai yang dah start mengeluh.
Bukan je terpaksa terperap dalam rumah tapi banyak hal lain yang tergendala.
Banyak program yang dah disusun semuanya ter-stop.
Tu belum lagi memikir macamana nak bayar itu ini kalau majikan byar gaji half atau cuti tanpa gaji.
Elok-elok sihat duduk rumah, badan dah mula rasa nak demam dek kerana stress dan banyak memikir.

Pagi tadi sementara menunggu Subuh, masuk whatsapp dalam group Quran aku.

"Ladies, dah bangun? Jom hasbunallah wa nikmal wakil 300x?"

Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.

Maka berjurai-jurailah airmata berzikir.
Kali ini betul-betul mengakuinya hingga ke hati yang paling dalam.
Selama ni banyak zikir hanya di bibir dan jari je.
Kerana selama ni lagi banyak memikir hal dunia melebihi Dia.
Zikir hanya cukup syarat supaya boleh strike off dalam list Things To Do Today.
Dan sekarang Dia sedang tunjukkan siapa lagi besar, dunia atau Aku?
Bila Dia tahan seketika, huru-hara dunia jadinya, belum lagi ditahan semua.
Airmata pun sangat mudah mengalir.
Menangis sampai migrain!

Maka bertanyalah pada diri sendiri secara jujur, kenapa spirit ibadah kita selama ini kendur dan mudah lemah.
Boleh jadi, kerana kita [aku] lupa tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah hanya kepadaNya.
Seronok sangat mejunjung dunia sampaikan ibadah menjadi hal untuk mencukupkan syarat buat.

Wabak yang sedang melanda cukup untuk digunakan sebagai isyarat bahawa kita mesti kembali mengingat tujuan utama penciptaan manusia.
Kalau tak, semua kebimbangan dan kesulitan yang sedang berlaku ni semakin susah nak diatasi.

"Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku" [Al-Anbiya' : 92]. 

Ayat ini dalam kata lain membawa makna bahawa perintah beribadah kepada Allah tak boleh dipandang sebelah mata, tak boleh asal buat, tak boleh hanya untuk cukupkan syarat.
Ibadah tak boleh dibuat hanya dengan berbekalkan semangat atau ikut-ikut orang.
Seorang Muslim hanya mampu beribadah dengan sungguh-sungguh bila ada kekuatan ilmu.
Itulah sebab kenapa perintah pertama kepada umat Islam melalui Rasulullah saw adalah membaca Iqra'.

Aku paling suka ingat pesan ustaz aku "Orang Islam WAJIB faham zat Allah. Tak ada seorang Muslim dapat memohon ampun kepada Allah dengan kesungguhan dan konsisten selagi dia tak kenal sifat Allah".

True.

Kalau kita faham Allah itu Al-Malik [Maha Memerintah].

Kalau kita faham Allah itu As-Salaam [Maha Menyelematkan].

Kalau kita faham Allah itu Al-Muhaimin [Maha Melindungi].

Kalau kita faham Allah itu Al-Aziiz [Maha Membuat Apa Saja]

Kalau kita faham Allah itu Al=Jabbar [Maha Menundukkan Segalanya]

....insyallah Allah akan campakkan ketenangan dalam diri kita.


Semalam, boleh dikatakan member-member group Quran down lepas pengumuman PM tambah 'cuti' hingga 14 April.
Kalau masing-masing boleh jumpa aku boleh imagine we cry and hug each other untuk pulihkan semangat.
Sehinggalah pesanan ustaz masuk, ringkas je "Fahamkan semula sifat Allah".

Tersentak masing-masing.

Sungguh, dalam keadaan sekarang kami masih lagi memikirkan urusan dunia.
Pelik kan manusia?
Patut dah dalam keadaan macam ni masing-masing lebih ingat mati kerana wabak ni boleh menjangkiti sesiapa saja.
Kalaulah dijangkiti, boleh jadi itulah kali terakhir kita di rumah.
Takde siapa boleh menjamin kita kembali sihat.
Maksudnya, dalam keadaan sekarang, Allah tunjuk bahawa mati itu sangat dekat.
Tapi kami masih lagi menangis sebab tak boleh kerja?!
Lemahnya iman kami.

Sangat mudah bagi Allah untuk memisahkan manusia.
Masjid, mall, pasar malam, pejabat, sekolah - semua jadi sepi.
Takde lagi 2 tangan berjabat.
Takde lagi 2 sahabat berpelukan.
Minggu ni, solat Jumaat 2 minggu berturut-turut ditiadakan.
Solat jemaah di surau apetah lagi, memang dah tak nampak kelibat orang ke surau.
Yang sedih, kelas agama pun terpaksa ditangguhkan.
Semakin jelas nampak sekarang bahawa Allah memang tak perlukan ibadah kita.
Kita sebenarnya yang sangat perlu beribadah pada Allah.

2020-03-24

Activate button delete



Semalam nampaknya ada kes hencap-menghencap di newsfeed FB.
Aku perasan ramai yang respond to issue :

[1] keluarkan duit KWSP
[2] jangan post gambar makanan sedap
[3] jangan ghairah buat kek

Not sure if I highlighted that correctly, tapi apa yang aku nampak malam tadi newsfeed aku ramai yang bercakap pasal ni.
Lalu aku pun merespon isu ni di LinkedIn [hahaha].
Sebab kalau aku respond di FB, aku akan tulis in BM.
Isu tengah panas, kalau sound in melayu, bunyiknya memang kasar.
Jadi, untuk nampak lebih berhemah, aku pun tulis kat LinkedIn.

Ok hari ni dah lega sikit, baru lepas makan nasi goreng, aku rasa dah boleh menulis dengan sopan.

Cerita dia camnilah.
Dalam keadaan situasi negara yang tak berapa positive ni, kita faham masing-masing pun tak berapa seronok.
Jadi, masing-masing cuba melegakan ketegangan.
Caranya, ada yang buat video lawak, ada yang share artikel jenaka, ada yang share gambar makanan, ada yang share promo bisnes - macam-macam.
Itu tak menjadikan mereka orang yang tak berhati perut.
They are sharing their routine at home.
Macam aku dulu ber-blog cerita pasal apa aku buat, apa aku beli, apa aku masak, semua pun aku tayang.
Kalau kau tak suka, tak payah baca. Itu ceritanya.
Jadi dalam keadaan sekarang, kalau tak suka, unfollow. Simple.

Orang yang tak suka tengok benda lawak, anggap bahan lawak adalah negative.
Orang yang tak suka tengok gambar makanan sedap-sedap, anggap itu adalah negative.
Orang yang enjoy tengok post-post makanan, anggap those yang mengkondem adalah negative.
Orang yang enjoy video lawak, anggap those yang mengkritik adalah negative.
To other people, you can be a negative person tak kira kau di pihak mana.
No one can control you. Only you can control your mind.
You can dwell on every negative thought OR you can choose to delete.
Tak suka tengok gambar makanan, unfollow them.
Tak suka tengok orang kritik kita post gambar makanan, unfollow them.
Sama-sama unfollow each other. Settle.

Bukan apa, kita takkan boleh buat suara-suara negatif berhenti bercakap, tetapi kita boleh pilih samada nak dwell in what they say atau buat dek.
Orang boleh cakap macam-macam, we can easily feel bad tetapi jangan sampai apa yang orang kata atau apa yang orang buat menjadikan kita tak kenal diri sendiri.
Lumrah manusia tak semuanya suka dengan apa yang kita buat. Itu normal lah.
Sebab tu jangan expect apa kita buat semua mesti setuju.
Sometimes pada kita "Ini pun kau nak bitter ke?", but to them that's huge.

I know a man yang membesar dalam situasi negative.
Ayahnya tentera, sangat tegas sampaikan mak dia pun menikus je.
Dia adik-beradik membesar dalam rumah yang seakan-akan suasana dalam kem tentera.
Bapak dia always marah-marah.
Kalau "Bodoh! Lembab!" ini memang dah biasa.
To him, life was always a struggle.
Dapat masuk U, tapi bila grad, susah dapat kerja sebab dia always rasa diri tak qualified.
Pergaulan dengan kawan-kawan tak mesra.
Bercinta toksah cakaplah, hanyut.
Dia seolah-olah tak reti nak handle banyak benda sebab dari kecik ke besar dia berada di persekitaran yang stressful.
Dia jadi terlalu berhati-hati dalam segala perkara sampaikan orang tak enjoy bila dengan dia.
Boring gila bila dengan dia.
Aku rasa orang-orang yang easily get sour pada simple-simple things on social media maybe membesar dalam persekitaran yang stressful juga.

Dari pengalaman aku, bila kita buat sesuatu, sentiasa ada orang yang cuba untuk 'men-contaminate' our software. Memang ada.
They may not be doing it on purpose, tapi dorang akan bagitau apa yang kita tak boleh buat dan kenapa kita tak boleh buat.

"Cousin aku dah pernah try, tak jadi"

Pernah dengar macam tu, kan?

Tapi bila kita buat dah menjadi, nanti dia cakap "Benda ni ramai dah orang buat".

So the real battle sebenarnya adalah dalam kepala kita.
Kalau kita easily get distracted, we have already lost.
Bukan saja virus kat luar tu kita kena elak, virus kat media sosial ni pun kena pandai-pandai elak.

Kalau nak hencap pun, golongan yang bawah ni patut dihencap sebab terang-terang takde integriti.



Tiba-tiba semua jadi saintist, kan?
Ada yang lagi teruk perangai, dan-dan tukar nama company jadi "...Biotech".
Padahal masuk lab pegang pipettor pun tak pernah.
Kalau aku suruh guna vortex pun tak reti agaknya.

Dey, hanya kerana kau start jual hand sanitizer, tak menjadikan company kau company biotech ya.
Hand sanitizer itself bukan produk biotech pun.
Itu general reagent saja.
Proses membuat hand sanitizer tu tak melibatkan sebijik DNA pun, tak melibatkan proses extraction apetah lagi cell and tissue culture so tak payah acah-acah claim company biotech walhal satu teknik biotech pun kau tak tau.
Benda-benda macam ni lah yang buatkan medical doctors and researchers tak leh ngam sebab ada yang claim over melangit.
Don't be someone that you are not.

Lagi satu, pagi tadi nampak ada orang claim produk dia boleh sembuhkan Covid-19.
This is too much!
Cukup-cukuplah overclaim.
Jangan kerana produk kau ada halia, bawang putih, madu yang bersifat antiviral maka kau claim itu ubat untuk Covid-19.

Dik, even bacteria yang senang mati tu pun kalau terdedah dengan antibiotik berulang kali pun boleh immune dan terus hidup, apetah lagi virus! Jangan dibuat main-main.
Kau ingat virus tu macam semut api, boleh mati gitu je?
Ya Allah, kenapalah founder-founder macam ni main bedal je keluarkan statement macam tak sekolah.
Dulu, suruh blaja time sains kau bersembang, sekarang sibuk pulak nak jadi saintis mengalahkan orang yang ada ilmu.
Reti malu tak, malu?
Aku yang baca pun malu.


2020-03-23

Kenal diri kita



Bila kita mula bersaing dengan orang lain, fokus kita akan terganggu.
Seterusnya kita hilang tumpuan, dan tanpa sedar kita dah buang masa pada perkara-perkara yang tak push kita to our purpose.
Someone said, "Orang yang berjaya hanya fokus kepada matlamat mereka sendiri. Mereka tak ada masa nak perhati apa orang lain buat". 

Aku pernah tengok satu motivational video tentang peserta Olimpik.
Tak kenal siapa orangnya, tapi dalam satu perlumbaan, yang buatkan dia kalah sebab dia banyak menoleh tengok competitor sebelah.
Bila dia sibuk perhatikan orang lain, fokusnya terganggu.

Run your own race!
Kalau ada yang berjaya melepasi kita, don't get intimidated but get inspired.
Nasihat ni bunyinya macam senang, tapi lumrah manusia mudah rasa sakit hati bila orang lain lebih berjaya especially bila dia belum terbiasa melihat ada orang lebih success dari dia.
Perasaan jealous tu meruap-ruap.
The good news is, jealous is good kerana ia meng-activate-kan semangat juang kita.
Cemburu yang diletakkan pada tempat yang betul, akan buat diri rasa ter-inspired nak usaha lagi dan lagi.

Masa aku mula-mula join hafazan, aku rasa tercabar bila ada yang boleh hafal 3-4 ayat dalam sehari.
Aku nak hafal sebaris pun jenuh!
Aku masuk ayat ke-3, dorang dah ayat ke-6-7.
Stress gila.
Bila stress, lagi susah aku nak mengingat.
Lama-lama aku givap and belajar terima kelemahan diri.
Aku belajar mengaku aku lembab.
Aku start fokus pada hafazan aku saja, dah tak nak ambik tau pasal orang lain.
Bila aku start fokus pada bacaan aku, lebih cepat aku mengingat.
Rupanya itulah kesilapan aku.
Aku dah lari dari tujuan.
Tujuan asalnya untuk habiskan hafazan, hujung-hujung dah jadi perlumbaan siapa habis dulu.
Yang lawaknya, aku sorang je pulak tu nak berlumba dengan orang lain, padahal orang yang aku lumba tu tak tau pun yang sebenarnya dia tengah dalam race dengan aku. Hahaha.

Itulah antara hikmah yang aku dapat dari kelas tu - run your own race.
Jangan sibuk nak kaji performance orang lain.
Kalau Allah boleh jadikan dia berjaya, maknanya Allah boleh jadikan kita berjaya juga.
The thing is, if we can't celebrate their success, we will never get to where they are.
Kita kena pass dulu test ni. Be happy for them.
Kalau kita tak blaja tumpang gembira kejayaan orang, akhirnya kita ada tendency rasa jealous, nak mencari buruk orang, nak mengkritik dan mengkondem.

It's normal bila nampak orang yang lebih bertuah, mulalah dengar suara-suara "Nasib dia baik. Anak orang kaya."

"Muka cantik, dapatlah laki kaya. Kalau laki dia tak kaya, tak dapat dia hidup macam tu".

Tak kisahlah dia bermodalkan muka cantik atau apa, yang pastinya, it didn't come without struggles.
Modal tinggi oi nak jadi cantik, tak dapat dengan skin care 7 barang RM130.
Berapa banyak dia dah spend nak maintain muka and body.

Sometime kita tengok life orang macam kita tengok movie.
We come in at the end, sebab tu nampak semua cantik je.
Hidup happy, blessed, success.
Apa yang kita tak nampak was the middle - airmata, tak cukup rest, bersengkang mata, work long hours, duit dah banyak lebur, etc.
So don't be sour.
Allah tak habiskan semua rahmatNya kat orang tu. Allah ada simpan banyak lagi.
Insyallah bahagian kita tetap ada.

Sometimes, Allah tak bagi kita jadi macam orang yang kita nak tu sebab Allah tahu kita belum bersedia.
Kebanyakkan orang yang success ni lonely.
Orang-orang yang top ni tak ramai kawan.
Kawan-kawan dorang kebanyakkannya kalau kita boleh tengok, terdiri dari orang yang top-top juga, di bidang yang sama.
Seolah-olah dorang ni tak ada kawan masa skolah, masa kolej, masa kat U. Why?

Because ketika kau berjaya, kawan-kawan banyak lari sebab jealous.
Yang tinggal cuma kawan-kawan yang bahagia tengok kau berjaya.
That's why kita always nampak orang yang berjaya, kawan-kawannya semua berjaya.
Orang yang seronok lihat kawan berjaya, percayalah, one day dia akan jadi sebahagian dari kejayaan tu.
That's why sebelum kita capai ke peringkat ni, belajarlah terima kejayaan orang dulu.
Aku dah rasakannya dalam kelas hafazan. Big lesson untuk aku.
Lessonnya, bila orang berjaya habis hafazan lagi awal, clap but keep running your race.
Allah ada His own way untuk expedite our success.

Sekarang ni boleh nampak ramai yang nak menjadi orang lain.
Orang ni jadi A, dia pun nak jadi A.
Orang tu jadi B, dia pun nak jadi B.
Bukan tak boleh, but it's important untuk kita tahu who we are and who we are not.
Kalau kita tak tahu who we are not, kita akan spend sepanjang hidup trying to be someone that we are not.
Menjadi orang lain atau seperti orang lain, sangat susah. You will be frustrated.
Kita akan lalui struggle yang berpanjangan.

Most of the time we are happy until we start comparing.

"Pandailah kau, dapat 3.8"

"Si anu tu lagi power, dapat 4.0!"

Mula-mula dengar rasa seronok bila orang puji kita pandai.
Tapi the moment dengar ada yang lebih pandai, dan-dan datang jealous.
It's ok, ini lumrah. Tersentap sikit tu biasa tapi jangan terbawak-bawak.
Cepat-cepat fahamkan cara Allah berkerja.
God's ways are not our ways.
Allah bagi setiap kita keupayaan berbeza, talent berbeza.
Semua takkan dapat benda yang sama sebab Allah bagi ikut keperluan.
Ada yang dapat 2 kelebihan, ada yang dapat 5 kelebihan.
Sometimes kita wonder apesal orang tu dah lah cantik, kaya, bijak pulak tu.
Macam sepakej penuh dia ada. Kita satu pun takde.
It seems like Allah unfair, apesal Dia tak bagi kita talent yang sama?

Kena ingat, kita ni hidup pun atas ihsan Dia.
I can complaint about the 2 talent I have and trying to compete with the 5 talent you have.
Aku boleh nak compete kau kalau aku nak, but that doesn't change the fact that I still have 2 and you have 5, betul tak?
Aku akan end up compete dengan bersusah-payah dan ini sangat membuang masa, tenaga dan emosi juga drained.
A better approach is "Ya Allah, aku datang ke dunia ni kosong. Tapi sekarang kau bagi aku 2 kelebihan. Aku akan gunakan 2 kelebihan ini and be the the best I can be".


2020-03-22

Hikmah - susah nak cari tapi ada.


Setiap musibah dan ujian yang datang ada hikmah yang tersembunyi.
Walaupun ramai yang tak faham dan tak nampak apa hikmah di sebalik Covid-19.
Sejujurnya dalam keadaan genting macam ni, memang susah kita nak mencari hikmah, itu lumrah.
Manusia serba lemah untuk memahami setiap perkara apetah lagi untuk mencari seekcil-kecil positif ditengah-tengah negativiti.

Hakikatnya semua yang berlaku adalah dengan izinNya, tetapi tak bermakna kita mesti pasrah.
Kita orang beragama.
Orang beragama mesti tahu formula hidup adalah : usaha, kemudian doa dan tawakal.
Apa yang kita sedang usahakan sekarang adalah usaha untuk duduk diam-diam dalam rumah, hanya keluar untuk urusan penting, bukan untuk beriadah dan bersantai.
Social distancing adalah usaha kita.
Menjadi atau tidak usaha itu, bukan urusan kita. Itu urusan Allah.
Kalau pun kita dapat penyakit itu, setidak-tidaknya kita dah berusaha dan semoga usaha itu Allah nilaikan sebagai ibadah.
Bukankah Rasulullah saw dah berpesan supaya jauhi wabak?
Rasulullah saw tak janji pun jauhi wabak syarat untuk terus hidup tetapi baginda pesan agar jauhi wabak, jadi kita usahakan itu.

Bencana adalah sunatullah yang berlaku kepada hamba-hambaNya, tak ada yang terkecuali.
Sunatullah ini bukan saja terpakai untuk orang yang leka, cuai dan jauh dari norma agama, tetapi juga kepada orang beriman.
Begitulah juga dengan Covid-19.
Its spread is so extraordinary, macam-macam usaha dah dibuat untuk putuskan rangkaian penyakit ni.

Kaedah preventive yang kita usahakan sekarang tak jauh beza dengan apa yang diajarkan dalam Islam.
Tidak hanya membasuh tangan, tapi dianjurkan bersuci 5 kali sehari [wuduk].
Masa awal-awal Covid-19 tersebar di China, orang di sana katanya belajar untuk berwuduk.
Ustaz aku pernah kata, anggota badan kita yang terdedah dengan dosa adalah anggota wuduk'.
Mata, melihat yang tak patut dlihat.
Telinga, mendengar yang tak patut didengar.
Tangan dan jari, menyentuh dan melakukan sesuatu yang tak patut dibuat.
Mulut, bercakap sesuatu yang tak patut.
Kaki, melangkah ke tempat yang tak sepatutnya kita pergi.

Dari sudut sains, penyakit berpunca dari anggota wuduk juga.
Takde penyakit yang berpunca dari betis, bahu atau lutut, perasan tak?
Jadi, itulah hikmah besar bila Covid-19 tersebar melalui sentuhan.
Selain kena rajin basuh tangan, seelok-eloknya rajin berwuduk.
Itu rupanya cara Allah memaksa kita buat pahala.
Makin banyak berwuduk, makin banyak pahala kita.

Lagi satu, social distancing - maksudnya melindungi diri dari bersentuhan.
Dalam Islam kita dipesan untuk selalu menjaga diri dari bersentuhan dengan yang bukan muhrim.
Hikmahnya, pergaulan bebas semakin berkurangan.
Wajar jika teguran Allah ini untuk menghentikan pelbagai perilaku yang menyimpang dari norma agama.
Dalam masa yang sama mengurangkan pelbagai aktiviti rutin manusia di luar yang sebahagiannya hanya aktiviti yang sia-sia.
Duduk rumah diam-diam, buat kerja di rumah, spend time bersama keluarga, melahirkan kembali bibit sayang dan cinta.

Hikmah yang seterusnya, betapa musibah ini mengajar dan menyedarkan manusia untuk tak bersikap sombong.
Selama ni berapa ramai yang terlepas pandang pentingnya kerja orang-orang di hospital tu, bukan saja doktor tapi nurse-nya, pembantu hospital, hingga ke janitor cleaner.
Semua dah jadi orang paling penting sekarang.
Lagi satu, food supply people - dari farmers, peraih, peruncit, hingga je food delivery team.
Selama ni kita buat pandang tak pandang je dorang ni.
Oh jangan lupa - lori sampah!
Ya Allah, aku punyalah risau lori sampai tak lalu 4 hari that day.
Bila dia lalu, aku berlari turun ke bawah nak tengok dorang ambik sampah aku.
Emosi betul aku that day. Tengok lori sampah datang pun sebak.
Haa, baru kau tau kan pentingnya dorang ni.
Sebab kau nak keluar pi buang sampah pun takut.

Lagi satu, now aku tengok ramai interested nak jadi "saintist".
Baguslah, bila ramai yang dah mula berminat nak berlajar and ambil tahu pasal sains.
Tapi tulah, masing-masing nak buat hand sanitizer sendiri.
Tuang itu tuang ini, oastu pakai.
Ya Allah, orang lab sendiri tak berani nak suka-suki gitu main dengan reagents.
Ada sebab kenapa bahan-bahan tu duduknya dalam lab.
Ia bukan sekadar tuang itu tuang ini, siap!
Ada handling technique yang kena di-follow.

Ada juga yang dan-dan tukar nama company jadi "biotech" sebab nak jual hand sanitizer punya pasal.
Hat ni memang takde integriti punya orang.
Bila customer tanya pasal produk, gelabah.
Janganlah menangguk di air yang keruh.
Orang semua tengah dalam keadaan susah hati, kau sesedap anak tekak declare produk kau biotech padahal pegang pipettor pun tak pernah.

Betullah, semuanya adalah ujian.
Senang, ujian. Susah, pun ujian.
Kaya, ujian. Miskin, juga ujian.
Ujian bagi yang susah dah tentulah diuji dengan susahnya.
Ujian untuk yang senang, diuji dengan senangnya.
Asal boleh bawak income masuk, bedal semua.
Integriti campak tepi, janji dapat jadi "orang biotech".
Inilah yang dikata to some people, musibah Covid-19 membawa dia mendekat kepada perintah Allah.
But to some, Covid-19 membuat dia makin dekat dengan larangan Allah.

Nauzubillah.
Ampunkan kami Ya Allah.


2020-03-19

Kenapa fatwa larang solat Jumaat


Semalam bermulalah semi-lockdown di Malaysia.
Agak huru-haralah juga keadaan bila masing-masing berebut 'melarikan' diri ke sana sini.
Terbayang 20 tahun dulu masa negara kena jerebu yang sangat teruk sampai Sarawak umum darurat.
Elok pulak pengumuman darurat tu lagi beberapa hari nak cuti semester.
Tiket dah beli, emosi pun dah menggelinjang nak balik Semenanjung, tau-tau darurat.
Memang down habis.
Tapi kalau tak boleh balik pun, masih boleh stay kat hostel.
Cuma biasalah kan, benda boleh balik buat apa nak stay. Haha.

Aku rasa Movement Restriction Order [MRO] semalam, agak gagal.
Kalau tak gagal, mustahil PM sampai kena buat pengumuman live.
Kesian aku tengok PM, sampai merayu-rayu "Tolonglah, 2 minggu ni je".
Dah macam nasihat abah-abah pada anak. Lembut and senang faham.
Kalau tak faham-faham gak, memang benaklah tu.
Aku imagine kalaulah Mak Aji yang buat pengumuman tu, "Apa yang bengap sangat korang ni? Aku ni macam nak MATI menguruskan segala. Dia boleh merayap ke sana sini. Pantat sorang-sorang ada duri ke yang tak boleh duduk diam-diam dalam rumah?"

Jem krengg!

Aku yang kat Subang ni pun dia dah sound "Tak payah balik!".
Lagikan Ima yang kat Johor tu, memang sah-sah tak dapat balik.
Takpelah, kita duduklah rumah layan Tamil.
Kalau balik Bangi tetap kena duduk dalam rumah jugak, tak boleh merayap.
Karang kena sound "Ni yang balik ramai-ramai ni pun membuta je dari pagi sampai petang!".
Pehh! Pedih.

Semalam newsfeed aku penuh dengan cerita pasal MRO.
Kebanyakkannya tak puas hati bila masih ada orang yang ke sana-sini tanpa tujuan penting.
Siap pulak melepak anak-beranak kat warung, beriadah jogging bersama-sama. Astaghfirullah.
Aku pun pening tengok camana dia boleh terfikir nak berjogging?
Aku ni ofis tak sampai 5 minit drive dari rumah, pun dah rasa bersalah kena masuk ofis siapkan kerja.
Habis tu, kalau tak masuk hantu mana pulak nak uruskan delivery barang-barang GreenAard?
Terpaksa gak masuk tapi masuk lambat.

Salah satu post FB yang menangkap mata aku adalah post yang katanya "Pelik manusia ni, sanggup tutup masjid kerana takutkan virus. Patutnya lagi takutkan Allah".

Hmm...macam warak tapi macam tak faham agama.

Fatwa larangan solat Jumaat ni bukan Malaysia je yang buat.
Negara Islam lain macam Turki, Iran, Kuwait, Palestine - mereka pun buat sama.
Menidakkan solat Jumaat dan solat jemaah di masjid bukan bermakna manusia lebih takutkan Coronavirus dari Allah.

"Larilah dari orang yang terkena kusta sebagaimana engkau lari dari singa" [HR Bukhari]. 

"Janganlah kamu mencampurkan antara yang sakit dengan yang sihat" [HR Bukhari]. 

Coronavirus ni jauh lebih bahaya dari kusta sebab penyebarannya lebih cepat, vaksin pun tak jumpa lagi.
Jadi, salah satu ikhtiarnya adalah 'menvaksinkan' diri kita dengan cara self-quarantine.

Penyakit kusta yang kita boleh kenalpasti dari luar pun, Rasulullah saw suruh kita jauhkan diri.
Ini pulak Covid-19 yang hanya boleh dikenalpasti dengan ujian makmal.

Secara amnya, orang yang terkena virus ni hanya masuk hospital pada hari ketujuh.
Dari hari pertama sampai hari keempat, yang terkena virus ni masih boleh bergerak sebagai orang yang sihat.
Maknanya, kita semua adalah corona virus carrier sehinggalah dipastikan melalui ujian makmal.
That's why susah nak tentukan siapa di antara orang-orang yang kita jumpa, seperti jemaah solat Jumaat, yang sebenarnya dah ada virus tu.
Dia sendiri pun tak tahu agaknya dia ada that virus.
Kebanyakkan kita orang awam saja, bukanlah orang yang ada kecekapan dalam bidang kesihatan boleh detect penyakit ni awal-awal.
Jadi, apa yang kita boleh elak, kita elak.

Maybe ramai yang tak tahu virus corona ni berjangkit dengan sentuhan.
Virus ni terbang kat udara kejap je and tak tinggi mana, 6 kaki je dari atas tanah and tak boleh pegi jauh.
Lepas tu dia akan jatuh ke ground atau mana-mana surface.
Dia akan hidup atas surface tu at least 9 jam.
Kalau kau bergesel dengan orang kat tempat sesak-sesak tu, risiko lebih tinggi.
Tergesel tangan, pastu kau pun pegang hidung.

So boleh imagine tak the consequences kalau kita pergi tempat yang sesak, apatah lagi solat Jumaat tu melibatkan jemaah yang ramai, duduk dekat-dekat pulak tu.
Atas sebab itulah ulama' di negara-negara Islam termasuk Malaysia, mengambil kebijaksanaan untuk larang solat Jumaat dan digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.
Inilah baru namanya ulama', kerana dorang faham bahawa sebagai ulama' mereka ada kewajipan menghomati dan melindungi hak asasi manusia di antara umat, iaitu hak atas keselamatan jiwa/nyawa.

"Dan janganlah membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya. Yang demikian lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman." [Al-A'raaf, 85]. 

Allah tu Maha Baik.
Dia hidupkan manusia dan bagi manusia kesihatan supaya manusia dapat melaksanakan ibadah dengan baik.
Jadi, membiarkan nyawa manusia terancam oleh corona virus dengan membiarkan mereka berkumpul dalam jumlah besar, dalam ruang dan waktu yang sama, adalah tindakan yang boleh menambahkan kerosakan [refer ayat atas].

Kewajiban solat Jumat tak diabaikan, hanya diganti dengan solat Zuhur.
Jadi dalam hal ini tak ada perintah Allah yang dilanggar pun.
Dengan kata lain, fatwa larangan solat Jumaat tu dibuat kerana rasa takut ulama'-ulama' ini kepada Allah kerana mereka tahu besarnya tanggung jawab depan Allah nanti bila disoal tentang kemaslahatan umat.

Apa-apa pun kita jangan berlebih-lebihan.
Jangan too panik dan jangan pula santai sangat sampai membahayakan orang lain.
Dari segi akidah, memang tak ada yang lebih berkuasa dari Allah.
Tapi akidah bukanlah satu-satunya hal yang kita kena pegang, masih ada urusan fiqih yang kita kena consider.
Dalam urusan fiqih, kita perlu kenalpasti usaha yang bersifat positif dan negatif.
Yang positif ni kita kena dulukan.


2020-03-18

Barrier breaker



Manusia mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan orang-orang disekelilingnya.
Manusia mudah mengikut apa orang kata, apa orang buat, dan apa orang lain harapkan.
Kadang tu kita nak buat A, tapi disebabkan majoriti di sekeliling kita buat B, maka kita pun buat B.
Memang susah jadi minoriti.
Mudah kita hilang yakin dan hilang semangat. Senang pula putus asa.
Jalan paling senang, kita pilih untuk follow the majoriti dan sesuaikan diri dengan persekitaran walaupun deep down kita tahu itu bukan persekitaran yang kita mahu.

Ambil contoh pokok.
Certain pokok kalau ditanam dalam pasu, dia tak boleh berkembang dengan cara yang sepatutnya.
Not because there's something wrong with the seed, tapi environment pasu tu tak membenarkan it become what it was created to be.

Samalah macam kita.
Setakat  nak fit in, nak ikut-ikut orang - memang senang.
Tapi Allah tak ciptakan kita sekadar nak jadi average.
Allah jadikan kita untuk kita go beyond average.
Bak kata Bill Gates "If you born poor it is not your mistake. But if you die poor it's your mistake".

Bukan maknanya kita kena jadi kaya-raya macam dia, tapi nak kata yang we are supposed to go further than the people who raised us.
Itu benchmarknya.
Paling tidak kita mesti jadi lebih baik dari dulu.
Janganlah sampai zaman kecil kita jauh lebih selesa dari sekarang.
This is sad bila some parents masih membantu meringakan beban financial anak-anak.
Bak kata Mak Aji "Esok dah besar, tak dapat tolong Mama, takpe. Jangan menyusahkan aku, cukup".

Kita sepatutnya live better, lebih berjaya.
Kalau dapat set new standard, alhamdulillah.
Sometimes kita tersepit dengan orang-orang terdekat yang pemalas, pengotor, tak faham bahasa, pemarah.
Tersepit dengan kemiskinan, beban hutang yang ditinggalkan oleh orang lain, kena menjaga orang sakit, etc.
Kena akui, memang ada perkara yang kita tak boleh elak, but here's the key : Jangan sampai kiat dipengaruhi oleh pemikiran kita sendiri bahawa situasi itu akan kekal selamanya dan tak boleh diubah.
Don't let that become normal in your thinking.
Kalau kita pasrah, maka itulah yang kita tanggung selamanya.
That thought will keep you from your destiny.

Kena faham bahawa berada di DALAM persekitaran itu, bukan bermakna kita mesti jadi SEBAHAGIAN dari that persekitaran.
You may be in a limited environment - serba-serbi toksik - but you don't have to be of it.
Maksudnya, kalau membayangkan yang susah, yang payah, yang takkan berubah, yang stuck - lama-lama kita jadi percaya bahawa "Takde apa yang boleh berubah. Ini dah memang takdir aku".
Padahal persekitaran toksik tu cuma indicator di mana kita berada, bukan siapa diri kita.

Orang-orang yang menarik kita ke bawah ni ramai.
"Benda ni susah, kau tak boleh buat"
"Takde orang pernah buat!"
"Ramai dah buat, semua rugi!"
"Toksah beranganlah nak duduk rumah besar!"
"Kau ni memilih sangat, terima je lah dia tu. Janji kawen".

Orang-orang macam ni, their thinking is limited.
Disebabkan itu, dia cuba pindahkan pemikiran sempit tu ke dalam diri kita pulak so they are not alone.
Orang macam ni, kalau kita berjaya, dia buat bodoh.
Tapi kalau kita gagal, dialah orang pertama sekali bagi "kata-kata peransang".

The thing is, we have so much potential.
Keupayaan kita semua tak sama. Minat kita juga tak sama.
Jadi kenapa nak ikut-ikut orang?
Belum tentu lagi bila dia berjaya buat A maka kita pun berjaya kalau buat A.
Try something new. Break out of that limitation.
Toxic people memang suka jauhkan kita dari potensi sebenar diri.
Dia akan guna macam-macam cara untuk buatkan kita hesitate.

Pak Aji is a barrier breaker.
Walaupun zaman aku kecik dulu, I considered myself bukan orang senang, tapi untuk Pak Aji, pada waktu itu dia dah dikira sangat senang.
Pak Aji pernah berhenti sekolah and pi menoreh sebab miskin.
Until arwah pakcik dia waktu tu seorang guru, balik kampung and ambil dia duduk sekali di town, sekolahkan dia semula.
Pak Aji dapat sambung blaja ke Institut Perguruan.
Makcik dia kemas-kemas bilik nampak surat tawaran sambung blaja ke USM, yang dia buang.
Pak Aji tak sampai hati nak susahkan pakcik and makcik dia keluar belanja besar ke universiti, jadi dia decide ambil offer perguruan je.

Kerjaya cikgu dulu-dulu tak mewah mana, tapi everytime balik ke kampung, orang kampung proud sangat dengan Pak Aji.
Pak Aji pulak orang Jawa, jenis kalau balik beraya tu, sepanjang-sepanjang jalan kampung tu sedara dia, semua rumah nak dinaiknya beraya.
Dan semua rumah tu sangat proud Sahak datang beraya!
Aku sampai lembik turun naik rumah orang.
Sepanjang-panjang kampung tu kuih rayanya sepesen je pulak tu.

Pak Aji broke the poverty in his family.
Pernah berada dalam keadaan sangat miskin sampai kena berhenti sekolah.
Sambung blaja sambil-sambil jadi tukang jaga parking.
Sampai sekarang aku takleh imagine bapak aku kerja jaga parking??
Kenapalah takde kamera waktu tu, nak sangat aku tengok camana gayanya.

Aku proud dengan Pak Aji.
Dia memang barrier breaker.
Dia terima hidup dia miskin, tapi dia tak pasrah dengan kemiskinan tu.
If he had accepted that poverty and the limited education, maybe aku pun takde berada di sini.

2020-03-16

Buatlah apa je asalkan hati tenang


Tadi ada follower PM. Dia respond pada blogpost aku Jumaat lepas.
Dia berada dalam relationship yang toksik [dah berkahwin].
Hidup macam kena buli dengan semua orang - dari zaman skolah diejek, now jadi mangsa buli ipar duai pula.
Suami tak membantu emosinya. Mertua suka cakap-cakap perli.
Dia minta aku guide untuk REDHA dengan semua ni kerana dia dah penat nak ubah situasi.

Ok guys, kena faham, REDHA itu bukan pasrah, ok?
Redha bukan makna kita terima buta-buta apa je yang menimpa tanpa ada usaha sedikit pun untuk ubah.

Contoh, kena buli dengan member - kena buatkan assignment, kena tapaukan makanan, kena sidaikan baju, buat itu ini.
Dek kerana malas nak gaduh-gaduh masam muka, maka kau pun redha.
Buat semua benda padahal kau terseksa jiwa raga.
Lalu cuba redha tapi ujung-ujung makin tertekan.
Kau mula questioned, kenapa dah redha tapi tak datang tenang?

The thing is, itu bukan redha sayang, itu stupid.

Memang ketika sesuatu yang kita tak suka berlaku, kita dituntut untuk redha dan yakin apa yang berlaku adalah takdir yang telah Allah tetapkan, TETAPI kita dituntut untuk berusaha.
Usaha apa?
Usaha perbaiki keadaan.

Contoh, sakit gigi.
Kau redha-redha-redha tahan sakit gigi sampai demam.

Bukan gitu caranya redha.

Redha tu adalah terima sakit dengan berlapang dada sambil berjalan ke klinik gigi cari ubat.
Bukan terbongkang atas katil mengongoi pegang gigi sambil berzikir semata-mata.
Jangan salah faham maksud redha.

Begitu juga dalam hal dibuli.
Jangan tadah diri untuk dibuli atas tiket redha.
Kalau tak sampai hati nak say NO, buat perjanjian, aku sidai baju kau, kau lipatkan baju aku.
See if dia setuju. Kalau dia taknak, kau pun tak payahlah buat.

Berbalik pada kes isteri tadi, REDHA dan PENAT MELAYAN SITUASI - dua benda ni tak connect antara satu sama lain.
Redha mesti disertakan dengan usaha, while ‘penat melayan situasi’ adalah tanda PASRAH/PUTUS ASA.
Orang yang ‘penat melayan situasi’ adalah tanda-tanda orang yang putus asa.
Walaupun dalam redha ada makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu terima dengan lapang dada, tapi redha menuntut usaha untuk capai suatu target atau ubah keadaan sekiranya situasi sangat teruk.

Dalam hidup aku ada 3 jenis bully aku pernah lalui :

[1] buli zaman skolah
[2] buli zaman bercinta
[3] buli zaman internet

Yang [1] and [3] tak se-pressure [2].
Kerana zaman skolah, aku masih balik ke rumah, masih ada family, masih ada life lain di luar compound skolah.
Walaupun down a bit kena ejek bertubi-tubi tapi fighting spirit aku boleh tahan kuat juga.
Alhamdulillah tak sampai depress dan tak sampai ke tahap takde mood nak pi skolah.
Skolah tetap pergi, maklumlah ada crush sebagai motivasi. Kahkahkah.

Bully zaman internet adalah zaman aku start berblogging dulu.
Biasalah, bila orang mula kenal kau, tak semua orang suka.
Dibuli di internet dengan macam-macam kutukan and name-calling, itu biasa.
Again, yang ni pun aku boleh pejamkan mata je sebab life aku bukannya bertumpu kat dunia cyber all the time.
Apa yang aku cerita di media sosial around 20% je dari kehidupan sebenar aku.
Some people memang dunia realitinya pahit that’s why dia lebih suka jadi keyboard warrior so that orang tak nampak their actual life yang suram tu.

However, yang [2] paling mencabar.
Dibuli oleh exbf.
Tak senang nak loloskan diri sebab zaman ni aku dan dia duduk satu tempat, satu uni, pusing-pusing konfem jumpa punya.

Nak jumpa kawan?
Kawan aku pun kawan dia gak, jadi pusing ikut mana pun tak lolos.

Pulak tu famili aku dah kenal dia, susah nak tendang dia macam tu je.
Banyak hati kena jaga.
Sekali imbas nampak macam aku redha kena buli kena pukul sebab 2 tahun lebih juga aku bertahan.
Tapi yang orang tak tahu sebenarnya aku tak duduk diam.
Kalau aku duduk diam rasanya aku dah sakit jiwa now.

Dalam tempoh tu sebenarnya aku giat mencari jalan keluar dengan cara paling baik.
Banyak perkara aku dah start kurangkan - kurangkan makan sama, kurangkan minta tolong dia, kurangkan outing together, kurangkan meminjam dan meminjamkan barang kat dia.
Tu pasal dia makin bengang kat aku sebab dia noticed aku dah lain.
Bila dia makin bengang, lama-lama dia makin berani buat macam-macam benda gila kat aku.
Malas dah aku nak sembang pasal ni.
Tapi ceritanya aku nak cakap aku tak tadah diri.
Aku sedang memproseskan sesuatu.
Tup-tup BOOMMMM!! Diana dah bertunang!
Hah, gempar kejap masyarakat setempat.
Bak kata Azwan Ali, "See my level?".
I buat kerja senyap-senyap je tau. Tau-tau ada balak lain. Hambik kau. Puas hati aku.
Ceritanya kau jangan main-main dengan aku, selagi aku boleh sabar, aku layan.
Sampai satu tahap aku hilang sabar, datang aku punya gila, sampai terduduk kau aku buat.

Dalam apa juga keadaan, fighting spirit kena strong.
Tak semestinya perlu lawan dengan kekerasan, yang penting kena cari ketenangan.
Buatlah apa yang mendatangkan rasa tenang.
Kalau nak terus stay dalam marriage yang toksik, silakan, tetapi kena make sure hati tenang.
Buat sesuatu yang datangkan ketenangan and kebahagian.
Pi blaja buat kek ke, menjahit ke, mengait ke. Kill the time orang putih kata.

Apa je benda menyakitkan hati yang ipar-duai and mertua cakap, biarlah berlalu nacam angin semput.
Kalau perlu luahkan, create a private blog and VENT!
Bunyinya macam senang kan, tapi aku tahu tak semua orang ada fighting spirit yang sama.
Some people kata dia 'redha' tapi hujung-hujung stress. Lama-lama depress.
Bila dah depress dah payah nak kawal banyak benda.

Orang kata payah bila berada dalam kelompok toxic especially bila berkahwin dengan keluarga yang toxic kerana lama-lama dengan kita kita sekali jadi toxic.
Betullah tu.
That's why penting untuk check diri sendiri dulu.
Mampu tak kita tanggung? Hati kita tenang tak?
Ada orang walau hidup dalam keadaan susah serba serbi, hatinya tenang.
Tapi kalau hati dah tak tenang, duduk dalam rumah besar pun terasa macam duduk dalam neraka.

The thing is, you may be going THROUGH hell but don't stay IN hell.
Jangan tadah diri, do something.
Pasrah will lead to depression, sedangkan redha makes you optimistic.
So when you say you redha, pastikan hati lapang.
Ff not...then, sendiri boleh pikir.


2020-03-13

Sampah!




Sedihnya aku tengok video ni.
Budak ni mesti dah disogok dengan statement "You are dark. And dark is ugly".

Ya Allah, aku faham sangat rasanya.
Cuma aku tak sangka benda yang aku alami tahun 80an, hingga ke tahun 2020 masih 'valid'.

Mengejek orang yang berkulit hitam ni jadi satu kepuasan to some people.
Tapi ikut pengalaman aku lah, yang kuat mengejek physical look orang ni, dia sendiri idok le cantik mana pun.
Kulit pun tak putih mana, cuma cerah sikit je dari aku.
Tapi dia punya perasan tu takleh bawak bincang, terasa diri dia dah cerah sangat!

Dari dulu lagi aku dah perasan those yang ejek-ejek aku hitam ni, kulit dorang kelabu asap gak, cuma aku gelap lagi.
Kalau aku takde kat skolah tu, konfem murung dia kena cop hitam.
Tu pasal orang-orang gini kuat mengejek, sebab dia nak highlite kat semua orang dia bukanlah paling hitam [padahal sejenis hitam juga], ada lagi yang jauh lebih hitam dari dia.
Lega lah konon ada yang lebih hitam.

Kau takkan boleh menang nak debat dengan dorang bab mengejek ni sebab level-level dorang ni kepakaran dia memang tahap tu je.
Jangan cuba-cuba nak handle dorang, kau buat dek je.
Kalau kau join dorang, dengan kau-kau sekali jadi taik.

Hari tu Rayyan tanya "Ma, kenapa kulit adik hitam?"

Aku tanya "Kenapa pun kalau hitam?"

Dia kata "Kawan adik kata adik hitam".

Aku tunjuk gambar dia time baby.
Rayyan memang kulit cerah, kalau Redza tu memang dari awal kulit gelap macam aku.
Then aku explain kenapa dulu dia cerah now gelap.
Pastu aku explain kenapa abang dia dari baby pun dah gelap.

Budak dah Darjah 4, dah blaja sains, just about time nak explain pasal melanin, what can melanine can do to our skin, etc.
Explain kat dia color of skin bukan indicator cantik atau tak.
Kulit hitam dan banyak pimples, itu baru namanya kulit sakit and need to be treated.
Kalau kulit hitam saja but clean and flawless, tak perlu treat, tak perlu malu, tak perlu risau pun.
Itu adalah warna semula jadi.
They need to know that.

Itu budak-budak. Budaya budak-budak memang suka ejek-mengejek.
Kita as parent nak pi tampar budak yang mengejek tu pun macam tak patut pulak sebab nama pun budak-budak.
Habis kuat pun kita pujuk [just like video atas], and tell positive things about it.

Dulu every time kena ejek, aku simpan sorang-sorang.
Tak pernah nak bagitau mak bapak, karang kena tambah lagi.
Jadi aku simpan sendiri.
Aku survived semua ejekan tu tapi impak dia sampai ke tua.
Aku jadi rendah diri.
Nak bergaya, segan.
Nak bersolek, segan.
Terasa tak layak nak bercantik-cantik sebab kulit hitam.
Dari dulu orang kaitkan hitam = buruk, jadi every time aku nak bersolek rasa macam buang masa because the 'fundamental' tak berubah.
Kulit masih hitam, buat apa pun tak cantik.

Merasa la dulu beli Pond's and Oil of Olay Whitening Effect, tetap tak white white sampai sekarang.
Tapi takpelah, janji kurang sikit berdekir kulit ni.
Masa bercinta dengan En Wan, bila dia ajak jumpa, beria aku explain jangan expect aku macam dalam gambar sebab gambar tu pakai flash. Kahkahkah.
Kena la bagitau siap-siap kan, supaya dia nak menaruh harapan yang tinggi.
Nasib baik aura aku masyallah, walau tak berapa cerah, tetap dia nak juga.

Sampai sekarang aku ingat lagi ada sorang kawan skolah cakap depan-depan aku "Kulit hitam! Orang perempuan kulit putih baru orang nak. Kulit hitam sape nak?"

Nak je aku tayang En Wan depan muka dia.
Ni ha, ada je orang nak kat aku. Tak payah jadi putih pun.

Walau macamanapun, statement mamat tu ter-doktrin dalam kepala aku agak lama juga.
Aku jadi percaya yang aku tak akan cantik selagi kulit aku masih hitam.
Every time habis subjek PJ, masa salin baju kat toilet, nak betulkan rambut atau adjust muka pun segan depan-depan orang.
Dalam hati aku "Tak payah nak la tengok cermin sangat, bukan aku cantik pun".

Dia punya impak tu sampaikan sharpener pun aku purposely beli yang takde cermin kat belakang.
Orang lain semua nak beli sharpener ada cermin, aku tak.
Sebab aku malu kalau orang nampak aku belek muka kat cermin, as if "muka macam kau ni tak payah tengok cerminlah, takkan jadi apa pun".

Yang tak pernah rasa kena ejek bab kulit, mungkin tak faham apa budak tu rasa [video].
Tapi aku tahu sangat rasanya.

Perasan tak budak dalam video tu mula-mula suara dia steady je masa kata diri dia ugly?
That is how aku dulu.
Aku punya steady tu sampaikan 2-3 orang 'berjenaka' pasal kulit aku depan-depan muka aku, aku boleh senyum and act macam takde apa.
Tapi sebenarnya aku menangis dalam hati.

Some people mengejek as a way to feel closer. To show friendship kononnya.
Still, aku rasa itu kurang ajar.
Tapi orang-orang macam ni insist kata dia hanya gurau.
Nanti dia kata kita serius sangat, tak cool and tak pandai accept joke.
The thing is, kalau nak berjenaka tu biar yang kelakar sikit. Joke pasal warna kulit lansung tak kelakar.
Tapi tak tahulah pulak aku kalau stok-stok bodoh ni memang mudah terhibur dengan joke macam tu.

Aku tak berdendam dengan orang yang ejek aku, cuma aku buat tak peduli.
Kau berzikirlah hitam hitam hitam kat tepi telinga aku, lantak kau situ.
Aku memang tak pernah confront dengan orang-orang ni.
Saje aku nak ajar dia 'siapa buli siapa'.
Kau rasa kau boleh buli aku dengan mengejek?
Meh aku buli kau dengan buat dek pulak.
Tengok sape lagi kental.
Lama-lama nanti dia terasa bosan sendiri, ujung-ujung senyap.

Mengejek ni seronok hanya bila lawan kau balas balik.
Bila lawan kau tak membalas, yang nampak macam orang tak betul tu adalah kau.
Just like kutu prahak bersidai tepi tembok acah-acah nak tekel awek yang lalu-lalang, tapi awek berlalu sambil buat dek. Malu okeh!
Like "Kau siapa aku nak bagi perhatian?"
Gitulah keadaannya bila kau beria ejek aku, ujung-ujung orang nampak aku kental dan dan orang boleh nampak kau bodoh.



Tak kiralah kau diejek, dikutuk, dikeji, dihina, dikondem - kalau apa yang dikata tak berbaloi untuk kau layan, maka jangan layan.
Some people memang bitter sebab ada banyak perkara dalam hidup dia yang tak settle.
Dan dia pulak tak nak accept life is not fair.
Tak nak accept that shit happens to everyone.
Orang-orang yang bitter macam ni, they will keep on facing bitterness sepanjang hidup.
Akan ada je benda-benda yang menyakitkan hati dorang.
Until at one point, dorang hanya boleh menikmati hidup jika dapat sakitkan hati orang.
That's how power-nya law of attraction.
Sebab Allah kan sebagaimana sangkaan HambaNya.
Kalau kau sentiasa buruk sangka, memang yang buruk-buruk je lah kau jumpa.

2020-03-12

Covid-19 dan hikmahnya


Semalam kat Buletin Utama katanya KKM tengah cari 5000 orang participants program tabligh masjid Sri Petaling.
Salah sorang perserta program positif Covid-19 adalah orang Brunei.
Balik ke sana dah ada tanda-tanda positif, so they suspect dia dapat virus tu semasa join the program.

Look.
Tak boleh kita stop semua jenis mass gathering macam ni?
Seminars, talk, program bazar, dan segala tok nenek program yang melibatkan perkumpulan ramai orang.
Ini semua meningkatkan risiko.
Kalau tak kena, alhamdulillah. What if kalau kena?
5000 orang bukan sikit.
Masing-masing dulu skolah blaja tajuk 'Kebarangkalian' kan, so boleh bajet berapa kebarangkalian untuk virus ni tersebar dan infect lebih ramai orang.
Tak pasal-pasal yang tak join the program pun dapat sama tempiasnya.

Negara India yang penduduk punyalah ramai, yang dikata kotor dan pengotor tu pun tak sampai 60 kes, Malaysia dah menjangkau 100+.
Orang Malaysia ni kadang-kadang aku tengok rileks sangat pun ye gak.
Contohnya program seminar keusahawanan masih lagi nak diteruskan macamkan takde apa.

Time inilah ujian untuk orang yang berdegar-degar laungkan tips-tips kejayaan.
Dalam keadaan sekarang, tips apa pun tak jalan bila wabak melanda. Segalanya terbantut.
Ketika inilah kita diuji boleh jalan ke tak tips-tips kejayaan dan kekayaan yang kita laung-laungkan tu.
Silap-silap bisnes sendiri pun rebah.

Betul cakap ustaz, besar hikmahnya bila wabak melanda.
Tinggal lagi manusia nak muhasabah ke tak.
Allah nak tunjuk apa yang kita ada sekarang semua Dia bagi, takde satu pun kerana usaha kita.
Dulu kita rasa kita berjaya kerana kita berdisiplin, kita usaha banyak lebih dari orang, kita ber-networking sana-sini, kerana kita buat tips itu, buat tips ini.
Now, walau buat usaha yang sama, sales gitu juga.

Hakikatnya Allah nak tarik kita supaya jangan melayang jauh sangat.
Dia nak tarik kita kembali berpijak ke bumi nyata.
Jangan merasa diri hebat bila berjaya itu ini, semua itu adalah satu ujian.
Nah! Dia hantarkan kuman yang tak nampak dek mata, semuanya teruji sekarang.
Bukan sorang dua yang merasa tempiasnya, malah seluruh dunia.
Yang infected dah tentu-tentulah dapat sakitnya.
Yang tak kena infected pun dapat sama iaitu melalui supply chain yang sangkut.

Bulan lepas ada sorang follower tanya tahun ni aku tak buat baju raya ke untuk Fleur by Mrs Him?
Aku cakap, since tahun lepas aku tak buat baju, hanya fokus kat tudung saja sebab aku busy dengan GreenAard.
Dia cakap tahun ni dia rugi teruk.
Bulan Okt tahun lepas lagi dah ke China beli kain and tempah, tapi production sangkut dek kerana Covid-19.
Nasib baik ada tempah dari tempat-tempat lain, tapi itupun masih buatkan dia rugi [maybe tak untung banyak].

Takde sorang pun menduga impak corona virus akan jadi sejauh ni.
Tak susah rupanya Allah nak runtuhnya ekonomi sebuah negara, nak jatuhkan ego manusia yang merasa dirinya superior.
Tak perlu hantar bala tentera yang besar, Dia hanya hantar kuman je dah huru-hara satu dunia.
Wuhan tu rupanya antara pusat industri terbesar di China.
Ia salah satu tempat yang hasilkan 2/3 dari output ekonomi Cina selain Shanghai.
Bayangkan betapa drop-nya ekonomi China ketika ni bila kawasan Wuhan tu ditutup.
Nothing in and out dari situ.

Dia tak stop sampai situ je.
Impaknya sampai ke Saudi nun.
Kerajaan Saudi terpaksa stop visa umrah dari beberapa negara untuk kurangkan risiko penyebaran virus di sana.

Sebagai orang yang beragama, tentunya kita mesti sentiasa mengaitkan suatu peristiwa dengan betapa besarnya kuasa Allah.
Bukan hanya peristiwa Covid-19 ni, malah semua aspek kehidupan kita.
Baik dari kejayaan kecil mahupun kejayaan besar, mesti kaitkan kembali dengan kebesaran Allah.

Yang pernah merasa dia bijak kerana ilmunya banyak, sekarang ilmu kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Waasi' [Maha Luas Pemberian Ilmu].

Yang merasa dirinya hebat mentadbir sesuatu negara/syarikat, sekarang kehebatan kita diuji. Mampu tak kita mentadbir dalam keadaan sekarang. Allah tunjuk bahawa Dia Al-Malik [Maha Memerintah].

Yang merasa dirinya hebat kerana dia boleh menyelamatkan, sekarang keupayaan kita diuji. Allah tunjuk bahawa Dia As-Salam [Maha Menyelamatkan].

Yang pernah merasa bahawa kerana dialah maka orang-orang bawahannya dapat rezeki, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Ar-Razzaaq [Maha Pemberi Rezeki].

Yang pernah merasa bahawa dia hidup mewah kerana usahanya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Baasith [Maha Melimpahkan Nikmat].

Yang pernah merasa bahawa dia influencer hebat, buat apa pun berjaya, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Wahhaab [Maha Pemberi].

Yang pernah merasa bahawa dia betul semua, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Khaafidh [Maha Menjatuhkan].

Yang selama ini merasa kerana harta dan kedudukannya dia takkan pernah jatuh, sekarang Allah tunjuk bahawa Dia Al-Qaabidh [Maha Menyempitkan Hidup].

Sungguh, Allah itu Al-Malik, yang Maha Menguasai, yang Maha Memerintah.
Dia mengatur segalanya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
Kita ni KOSONG.
Datang ke dunia kosong, balik pun nanti kosong.

Bak kata ustaz, kita hidup di dunia sebenarnya menunggu mati.
Tapi Maha Baiknya Allah, Dia tak nak kita boring beribadat terus-menerus maka Dia bagi kita 'permainan', iaitu harta, duit, kerjaya, pasangan, anak-anak, etc.
Dengan harapan semua itu jadi ladang amal.
Malangnya manusia bodoh.
Kita merasa Allah bagi nikmat kerana kita baik, kita berusaha, kita berilmu tinggi.

"Allah turunkan wabak sebab Dia murka?"

Wallahualam.

Jangan suudzon dengan Allah.
Boleh jadi ini semua kerana Allah sayangkan hambaNya.
Dia tak mahu kita terus-menerus leka dengan sesuatu yang tidak kita miliki.
Taknak kita terleka dengan nikmat, dengan duit, dengan harta, dengan puji-pujian, dengan jawatan, etc.

Lumrah manusia semasa sihat jarang nak bersungguh ingat Allah.
Lupa nikmat ini semua Allah yang bagi.
Mati-mati kita kata ini usaha kita.
Berdoa pun buat syarat saja.
Tetapi ketika sakit, ketika susah, barulah kita ingat betapa besar nikmat yang Allah berikan, betapa pentingnya nikmat sihat, dan betapa mahal biaya ubat dan rawatan yang dikeluarkan lansung tak setanding dengan penat lelah banting tulang yang kita korbankan setiap hari.

Elakkanlah terbabit dalam mana-mana mass gathering buat masa ni.
Even menteri pun dah circulate solat Jumaat kena pendekkan khutbah.
Open house tahun ni aku declare awal-awal memang tak buat.
Benda kalau dah menjangkit kat kita, nak buat macamana kan.
Tapi ikhtiar untuk mengurangkan risiko mesti ada.
Sama macam bawak kereta tak pakai seat belt.
Orang kata kalau dah sampai masa mati, mati jugak.
Betul, tapi ikhtiar kita pakai seat belt tu insyallah dinilai sebagai ibadah.

"Kerana sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan. Sesungguhnya setelah datang kesulitan pasti datang kemudahan." [Insyirah, 5-6].

Ayat ni sangat memotivasikan dan petunjuk, insyallah, kita masih ada harapan.
Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia.
Cuma kita kena kembali kepadaNya.

Allah sayangkan kita.
Dia sentiasa bagi teguran supaya kita kembali jejak kaki ke tanah.
Semoga kita semua ambil hikmah dari apa yang terjadi.
Banyak lagi perkara yang tak nampak yang kita tak tahu dan semua ni menjadi tanda-tanda betapa besarnya kuasa Allah di muka Bumi.


2020-03-11

Memang tak mudah



AMARAN : BACA DENGAN LEMAH LEMBUT

Ini gambar masa celebration Hari Wanita di Malaysia baru-baru ni.
Bagi aku, tak sepatutnya isu tudung di angkat.
Sebagai orang Islam, tak sepatutnya isu hukum kau bangkitkan sebab nampak jelas bodohnya.

Aku pernah free hair, malah agaknya jauh lebih teruk.
Bukan setakat hair je free, malah segala bukit dan lurah pun aku tunjuk 'free' dulu.
Tapi, seingat aku, aku tak pernah persoalkan kenapa kena pakai tudung sebab aku tahu memang WAJIB cover rambut, cuma dulu aku tak buat.
Tak sepatutnya kita perjuangkan hak yang kita tak boleh ubah sampai bila-bila kerana ini soal hukum.
Kalau nak perjuangkan hak wanita dalam kerjaya, dalam jabatan kerajaan, dalam memegang jawatan tinggi - ini lain cerita.
When kau perjuangkan hak berkenaan hukum, sampai mati perjuangan kau sia-sia.

Gambar ni ada 2 kemungkinan :

[1] Dia perjuangkan hak untuk tak mahu bertudung.

ATAU

[2] Dia tak suka adab seseorang menegur orang lain yang tak bertudung.


Tapi kalau ikutkan penampilan dia ni, rasa-rasanya point [1].

"Hendaklah mereka melabuhkan kain [tudungnya] menutupi dada mereka" [Al-Ahzab, 59].

Nak cover rambut pun tak mudah, apetah lagi nak labuhkan tudung sampai menutup dada, memang susah.
Nak-nak lagi zaman sekarang, penampilan jadi first impression.

Bak kata ustaz aku, apa saja yang kita buat tidak bersandarkan kerana Allah, akan jadi susah.

Buat kerja pulun habis-habisan tapi tak naik pangkat, pasti frust.

Kerja dari pagi sampai ke pagi esok tapi sales tak juga betambah, pasti frust.

Buat baik dengan orang tapi masih ada yang mengutuk, pasti frust.

Buat baik dengan orang tua tapi orang tua masih suka anak yang lagi satu, pasti frust.

Macam tu lah juga dengan aurat.
Ramai yang taknak tutup aurat sebab mahukan perhatian, nak nampak trendy, nak nampak cantik, taknak rimas, taknak panas, etc.
Bila apa yang kita buat bukan kerana Allah, memang payah nak buat.

Bertudung memang tak mudah.
Ada sorang follower IG aku cerita, dia pernah pikir beratus kali sebelum bertudung.
The first time dia terdetik nak bertudung bila Neelofa keluarkan satu design tudung yang pada dia cantik sangat kalau dipakai, lalu dia pun bertudung.

Dia bertudung hampir 2 tahun, lepas tu dia tanggal balik, free hair sampai sekarang.
Aku tanya 2 tahun tu tempoh yang lama, patutnya dah serasi, kenapa bukak?
Dia jawab selama 2 tahun tu dia tak tenang, dia rasa gelisah everytime pakai tudung.
Pergerakan dia terbatas, setiap kali nak bertudung dia rasa penat.

Aku dan dia berbalas-balas DM, panjang conversation ni. Berhari-hari.
Akhirnya aku bagi pandangan aku dari kesimpulan yang aku dapat selama berhari-hari kitorang berbincang.

Sebenarnya, itulah akibatnya bila kita buat sesuatu dengan niat bukan kerana Allah, segalanya akan jadi susah.
Kerana Allah itu Maha Pencemburu.
Dia tak suka kita buat sesuatu yang baik tapi bukan keranaNya.
That's why setiap kali kita berhijrah buat perkara yang baik [contohnya bertudung], Allah akan uji.
Dia akan uji kita dengan macam-macam cara untuk test kita hijrah kerana Dia atau kerana manusia.

Sama macam aku dulu, gitu juga ujiannya.
Elok je aku bertudung, masa tu la bersusun promosi and sale depan mata. Cantik-cantik pulak tu!
Masa tu lah timbul macam-macam trend yang cantik.
Time tu lah skirt yang dulu aku mencari macam nak rak, elok je muncul depan mata.
Kejap-kejap nampak skirt itu, kejap-kejap nampak skirt tu.
Kurang hajor betul. Time aku cari kau tak muncul, now aku dah bertudung bersepah-sepah pulak.

Tapi itulah namanya ujian.
Kalau kita buat apa saja kerana Allah, hati kita insyallah teguh.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" [Al-Ankabut, 2-3].

Allah dah sound awal-awal dalam ayat di atas.
Kalau kita beriman, kita akan diuji.
Maknanya setiap kali kita dalam proses meningkatkan iman dan takwa padaNya, setiap kali itulah kita akan diuji.
Jadi, bila kita bertudung dan perlahan-lahan mula merasa diri diuji, bertahanlah.
Itu tandanya Allah sedang memberi perhatianNya pada kita.
Selama ni kita berhabis duit, berhabis masa semata-mata nak tarik perhatian manusia, itupun belum tentu ada yang kisah.
Tapi sekarang, Allah sedang perhatikan kita, nak tengok kita bertahan ke tak.

Hati gelisah setelah pakai tudung, itu wajar.
Bertahun-tahun kita hidup free hair, tiba-tiba bertudung.
Memang wajar sangat nak rasa gelisah, tak selesa, panas.
Tapi jangan give up.
Badan tengah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
Kita makan ubat perancang pun, period go haywire. Badan 'terkejut' orang kata.
Same goes to bertudung, awal-awal tu memang segalanya payah.
Muncung awning tak tajam, tudung mudah senget, tak center, panas - macam-macam.
Ini adalah 'gangguan-gangguan' biasa.
Syurga Allah tu mahal, takkan boleh masuk dengan jalan mudah, jadi bersusah-payahlah sikit di sini, insyallah ada kemudahan untuk kita di sana nanti.

"Saya tak menjadi diri saya sendiri"

Diri kita yang macamana tu agak-agaknya?

Dah tak boleh nak bertepuk-tampar dengan kawan lelaki?

Dah tak boleh nak mencarut sana-sini?

Dah tak boleh nak bergaya baju ketat seluar sendat?

Itulah the beauty of bertudung.
Bertudung, jika disertai dengan niat yang baik, akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Bila selepas bertudung terasa bersalah nak buat perangai macam dulu - itu petanda baik.
Perasaan bersalah atau tak sedap hati yang timbul dalam diri, that's hidayah Allah.
Itu cara Allah bawa kita sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.

Jangan pula kita fikir sebaliknya.
Macam this lady, dia kata hati dia rasa tak tenang and gelisah sejak bertudung, so she thought itu adalah hint bahawa keputusannya untuk bertudung adalah salah.

No.
Bukan macam tu.
Perasaan gelisah dan tak tenang tu adalah cara Allah uji.
Dari situ Dia nak tengok bila hati tak tenang apa kita buat?
Kita cari Dia atau kita pandai-pandai cari jalan keluar sendiri?

Mustahil Allah bagi impak negative untuk sesuatu yang baik.
Hakikatnya, bila hati rasa tak tenteram dan berbolak-balik, carilah Dia cepat-cepat.
Mengadu banyak-banyak.
Come to think of it, itulah juga cara Allah nak tarik kita mendekat padaNya,
Bila kita banyak mencariNya, banyak berdoa, banyak bersujud, banyak meletakkan pergantungan pada Dia, bukan ke itu hidayah?

Semua itu berlaku dengan satu je asbabnya - tudung.

This lady bagitau lepas tanggal tudung, dia lebih tenang, dia lebih dapat beribadah dan mengaji dengan lebih baik.

"Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di Akhirat dia termasuk orang-orang yang merugi." [Al-Maidah, ayat 5].

"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, juga mendustakan akhirat, hapuslah seluruh pahala amal kebaikan. Bukankah mereka tidak akan diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan?" [Al-A'raaf, 147].

Aku tak pandai, tapi maybe ayat-ayat atas tu kita boleh jadikan panduan.

Kewajiban cover rambut bagi perempuan muslimah adalah sesuatu yang tidak patut diperdebatkan lagi, apetah lagi nak diperjuangkan.
Same goes to solat, puasa, haji, etc.
Kerana semua tu ada dalil yang kuat, baik dari Quran dan Sunnah.

Cuma ustaz aku ada pesan.
Dia kata iblis and syaitan ni sangat pakar dalam menyesatkan manusia.
Kalau dia tak boleh jadikan kita jahat, dia akan jadikan kita berkira-kira nak buat baik.
Bertudung adalah salah satunya.
Dia akan membisikkan bahawa - masuk syurga bukan sebab bertudung, masuk syurga bukan sebab solat, tak pakai tudung asalkan solat tak tinggal pun takpe, etc.

Kewajiban yang Allah dah aturkan not to be mutually exclusive.
Maksudnya orang yang rajin solat tak menjadikan dia boleh tinggal puasa wajib.
Orang yang rajin puasa tak menjadikan dia boleh tinggalkan solat kononnya pahala puasa dah boleh cover.
No. Pahala ibadah kedua-kedua ni tak boleh saling menggantikan di antara satu sama lain.

Begitu juga dengan aurat.
Perempuan yang rajin solat, rajin puasa, rajin mengaji tetapi tak pakai tudung [tak tutup rambut], nilai solatnya tak dapat menutup atau menghapus dosa tidak menutup aurat.
In other words, dia tetap berdosa. Ibadahnya tak menjadikan dia lebih baik.

Kalau boleh aku buat analogi umpama di U ambil 40 credit untuk syarat lulus.
Tapi kita ambil 35 je.
Penghujungnya tetap dikira tak lulus walaupun semua subjek 35 credit ni dapat A+.
Markah A+ tu takkan boleh cover 5 credit yang tak ambil tadi.

Ya, aku tahu mesti ada yang kata "Yang tutup aurat tu macamlah ibadah dia diterima Allah".

Betul.
Tentang ibadahnya diterima atau tak, itu hak Allah.
Mutlak hak prerogatif Allah.
Tapi just like analogi credit hours tadi, pihak U mesti marah bila credit tak cukup seolah-olah kita meremehkan syarat yang dah ditetapkan.
Begitu jugalah di sana nanti, bila ada syarat yang tak dipenuhi, pasti akan ditanya.

Aku tak mahu judge sesiapa kerana aku pernah berada di tempat tu.
Itulah juga yang aku fikir dulu, jadi aku faham.
Memang tak mudah nak bertudung apetah lagi bertahan sesuai syariat.
Yang dah bertudung pun masih diuji, takde siapa yang terlepas.
Cuma, I am encouraging saja.

Terpulang pilihan masing-masing, cuma kalau ada rasa terdetik nak bertudung, cepat-cepatlah buat.
Bukan semua orang Allah hantarkan rasa terdetik sesaat macam tu.
Bila ada rasa nak bertudung, itu tandanya hidayah itu sampai, tinggal lagi kita nak grab ke tak.
Biarlah kalau nak pakai tudung lilit tengkuk ke, seluar ketat baju ketat, buatlah.
Janji rambut cover dulu, insyallah, pelan-pelan Allah tunjuk jalan untuk the rest.