2010-08-29

Tau la kampung kau..



Pagi tadi nyarisssss keta aku kena sagat ngan satu keta yang lahabau.

Bawak dah la slow. Pastu tak reti guna side mirror. Main tukar lane je. Bila En Wan honk, bukan tau berenti, dia terus jugak masuk. Aku ni dah menjerit bagai nak rak sampai En Wan terpaksa hempet pulak ke kanan disebabkan keta ni pekak tak dengar honk. Agaknya dia tengok keta aku plat W, so buat kerek la???

Hasilnya...dia telah mendapat middle finger dari aku tepat pada pukul 10.32am. Pahala puasa aku pun menjunam.

Tapi series cilaka keta ni.
Bawak keta macam berhemah sangat, gila slow tapi tetappppp nak terlanggar keta orang. Apakejadah?????


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-28

Ada lagi satu...pastu dah.

Ada lagi satu lagi kamus Redza :


KEMONG SEI GO



Silakan...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-26

Saya mulakan dengan Bismillah..

Seblom aku merepek dengan lebih panjang, terlebih dulu aku nak mintak maaf kalau ada kejahilan dari pihak aku dalam memberi pendapat.

Ceritanya begini...

2 days ago, aku received satu email dari seorang wanita yang bernama Fatimah (sah bukan nama sebenar). Dia bagitau yang dia jumpa gamba aku dalam hp husband dia. Wah, cuak kejap aku.
Dipendekkan cerita, husband dia bagitau yang aku kawan FB. Bila aku tanya nama hubby dia nak check, eh takde la pulakkk. Maybe hubby dia pakai nama lain. Aku tak kenal.

Dia suspek aku ada skandal dengan laki dia disebabkan gamba-gamba aku. So aku bagitau yang mungkin hubby dia reader blog aku and aku pun bagi link blog aku so that dia boleh tengok sendiri betul ke tak.

Tapi aku tau la jawapan aku tu sah la tak memadai sebab ape kaitan kawan FB and reader blog dengan gamba aku kat hp laki dia kan?

Aku tanya mana dia dapat email aku, dia cakap dia search nama aku, just based on nama Diana (gila banyak okkk nama Diana. Gigih betul Fatimah ni carik aku). Laki kau pun satu, bagi la nama penuh aku kan ke senang.

Aku pun tak tau apa kejadah laki dia simpan gamba aku, tapi yang pasti gamba-gamba tu adelah asal dari blog or FB, kalau tak, mana si Fatimah ni leh spot muka aku sama ngan gamba dalam hp laki dia?

Itu aku taknak pikir. Yang aku pikir skang, apa motif laki ni simpan gamba aku?

Nak santau aku kah?
Nak mandrem kah? (Mandrem ngan santau lain kan?)
Nak buat modal kah (ok, yang ni sah tak lojik. Sebab aku takde gamba bogel. Video porn ada tapi belum transfer lagi).

Ok benti takat kat situ.

Bila aku dah explain sebaik mungkin, aku ingat abis kat situ je la. Rupanya tak.

The next day another email masuk from this Fatimah. Tapi kali ni lain pesen pulak.

Dia 'menasihati' aku supaya berubah.

Bukan sebarang nasihat, tapi lengkap dengan cebisan-cebisan ayat Al-Quran tentang seksaan wanita yang tak menutup aurat, yang memperlihatkan keindahan tubuh badan kepada lelaki bukan muhrim, etc.

Ok fine.

Aku dengan rendah dirinya mengaku yang aku memang tak sebaik mana. Aku tak ikut arahan agama untuk menutup aurat, itu jelas, semorang nampak. Aku akui salah aku. Tapi aku tak pernah menidakkannya dengan hati. Aku tak melawan dalam hati. Aku sendiri sentiasa berharap oneday aku berubah.

Yang aku terkilan sangat, motif Fatimah ni. Dia seolah-olah menyalahkan aku. Disebabkan aku tak menutup aurat, posing sana sini gamba letak kat FB, pakai mekap segala sehingga menggoda lelaki lain.

Apekejadahkahhhhhh???

Fatimah, aku letak gamba kat FB sebab itu adelah FB. Semua orang letak gamba kat FB. Aku pun letak. Apa salah ke aku letak gamba muka aku kat FB?

Sekarang yang simpan gamba tu, aku ke, laki kau? Aku kenal laki kau pun tak and kau nak tuduh aku goda laki kau?

Apesal kau nak serang aku padahal aku tak tau apa-apa. Daripada kau perbetulkan aku, apakata kau perbetulkan lelaki yang simpan gamba aku tu?

Ohhhh, tak baik dan tak wajar menegur suami sendiri eh?
Derhaka?

Frankly aku cakap, aku takde rasa bangga sekelumit pun bila tau laki kau simpan gamba aku. Takut lagi ada, like wadefak kau simpan gamba aku?

Salah aku ke kalau laki ko simpan gamba aku?

Oh, disebabkan aku free hair and gaya macam easy, so otomatik aku penggoda laki kau and laki-laki bukan muhrim di luar sana?

What if kalau kau terjumpa laki kau simpan gamba aku yang bertudung?
Cebisan ayat Quran mana pulak kau nak cari untuk hentam aku?
Aku bajet kau akan cakap 'pakai je tudung, tapi gatal merampas laki orang', kannnn???

Disebabkan aku bukan sape-sape so dengan pantas menuduh aku menggoda laki dia. Cuba kalau laki dia simpan gamba Siti Nurhaliza ke, ehhh boleh pulak 'Ala, artis. Biasalah kalau kita minat artis'.

Ye, aku tau aku bukan artis dan kau wajar cuak bila nampak gamba aku kat hp laki kau. Tapi bukanlah lagi baik seblom kau tazkirahkan aku, kau tazkirahkan dulu laki kau?

Betul la kan sebab kenapa wanita disuruh menutup aurat adelah kerana benda-benda yang tak dijangka macam ni. Mengundang fitnah. Tapi wajarke kau letakkan kesalahan tu kat aku sorang???

Segala yang terjadi tu adelah bersebab. So sila cari penyebab dulu bukan terus selesaikan masalah membabi buta sedangkan kau sendiri tak tau penyebab dia apa.

Tapi aku tau, aku cakap macamana pun, aku tetap tak boleh menidakkan hukum Tuhan. Ye, mungkin salah aku la sebab aku berhias (????) sehingga menyebabkan laki tegoda (oh sumpah geli lancau aku nak tulis ni statement ni).

Fatimah, saya minta maaf atas apa yang terjadi kat keluarga awak. Doakan saya supaya saya bertudung seperti yang awak sarankan. (Orang yang bertudung ni semuanya dilihat tak cantik ke?? Datin Nurjuma tu gila gojes bertudung okkk).

Cuma saya mintak satu lah. Sekiranya satu hari nanti, laki awak terpikat dengan wanita lain yang bertudung, tak menggunakan mekap, jalan menunduk, dan sewaktu dengannya, awak jangan lah cuba mencari kesalahan pompuan muslimah itu ye? Awak terima je la qada' dan qadar Tuhan.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-08-25

Food



Mula-mula sekali aku nak bagitau yang menu berbuka hari ni adelah :

1. air soya homemade
2. udang masak lemak cili api with sayur kacang
3. ikan goreng sweet sour
4. ikan masin (ni khas untuk En Wan je)
5. sotong goreng tepung.
6. macaroni bakar satu tray besar khas buat anakanda terchenta.

Antara masakan-masakan di atas, takde satu pun yang aku buat.

Sekian.




Kelmarin bird Redza tersepit kat zip. Dia punya melolong tu boleh la sampai ke blok rumah belakang. Mungkin ni je la pengajaran untuk dia pakai spender. Asal aku suruh pakai spender je dia taknak, sekali tersepit terus tobat nasuha. Siang malam pakai spender.

Puncanya sebab dia main-main zip seluar time main UNO. Ntah apa kaitan main UNO pun nak naik turunkan zip?? Adekah betting siapa kalah tunjuk kote?

Mungkin juga.

Sebab aku dulu pun main camtu gak.
Kalau kalah, kena bukak pakaian selai demi selai.
Asal main UNO je semua gelabah pakai baju berlapis-lapis siap pakai tudung segala biar lambat sikit turn nak kena tanggal baju. Kira time tu kalau ko nampak dalam group tu ada pompuan pakai suar trek ngan T Shirt, pakai selendang siap pakai spek itam tu memang sah aku la. Selagi ada semua aku pakai. Punyalah takut kalah kena bogel. Macam ada orang sangat lah yang hadap nak tengok aku bogel.


Ini adelah Redza yang telah pandai memakai spender doplohpat jam. Bontot aku lebih kurang cenggini la kiutnya. Tapi kaler cerah sikit la. Takde la keladak sangat rupa ini.



Ni kurma feveret Mak Aji. Aku memang tak makan kurma. Series takleh masuk. So orang lain makam kurma, aku togok teh o je la.
Mak Aji ni suka beli kurma yang pelik-pelik. Yang spesies ni, sekotak ada 30 bijik je. Dalam dia isi badam siap ngan kismis. Aku tengok En Wan makan dah macam kunyah cokelat.
Aku try gak makan, tapi memang takleh masuk. Ntah apa punya level jahil la aku ni, kurma pun tak tau makan.



Aku panggil kurma ni KURMA BADAM. Tau Mak Aji panggil apa?

Mama : Eh, kau tengok ni. Mama bawakkan korang kurma apa.

Aku : Kurma apa ni, Ma? (sambil belek-belek plastik)

Mama : Kurma bijik tersentil.


Korang boleh terfikir tak nama tu?
Aku sendiri tak gamak nak sebut okk.



TADAAAAAAAAAAAAAA!!


Thank you to those yang telah meng-order baked macaroni with cheese ni dengan aku.
Memandangkan aku takleh masak, jadi semuanya Mak Aji yang buat.

Tempting?????

Kalau nak order contact gua.
RM15/sekotak.
Datang rumah aku ambik sendiri.

2010-08-24

Ikan jaws ada kat negara orang putih and orang hitam

Tadi time berbuka Redza tetiba lari ke dapur.

Redza : Ma, Australia ada shark kan?

Aku : Ha'ah. Why?

Redza : South Africa also got shark. Ija tengok kat tv.

(Ni kes layan National Geographic).

Aku : Oh ye keeee?? Abis, Malaysia ada shark ke tak?

Redza : Takde.

Aku : Why?

Redza : Now Ija dah tau. Australia got shark. South Africa also got shark. Shark ni ada kat tempat orang putih dengan orang itam je.

Aku : La, ye ke? Dia suka kat orang putih and orang itam je ke?

Redza : Tak. Dia tak suka. Sebab tu dia ada kat situ. Tadi kan dia tunjuk pompuang (dia mmg ada sleng Ganu) orang putih tu kena attach dengan shark. Mati.

Aku : Ala, takutnya Mama. Abis kalau Mama, dia attack tak? Mama kaler itam kan?

Redza : Jap, Ija check.

(Lalu dia pegang-pegang muka aku, tengok kulit tangan aku..)

Redza : Tak, Ma. Mama dah brown now. Ija pun dah brown.

Aku : Ohhh, so kita selamat la kan? Papa mesti kena attack kan, sebab papa orang putih.

Redza :Eh, tak!!! Papa pun tak kena attack. Sebab papa dia mula-mula putih pastu kat sini kan (tunjuk kat area kote) dia itam, pastu kat bawah putih balik.


Sekali lagi aku silap tanya soklan depan Pak Aji and Mak Aji yang tengah enak menjilat jari makan sambal ketam. Terbantut selera orang tua tu kejap.

2010-08-21

Pinjaman



Perhatian kepada

KAKITANGAN KERAJAAN/ BADAN BERKANUN/ GLC/ GURU SISWAZAH TERLATIH / GURU SISWAZAH TIDAK TERLATIH/ TUTOR/ KONTRAK

yang cuba membuat PINJAMAN PEMBIAYAAN PERIBADI tetapi GAGAL DAN TIDAK LAYAK kerana SENARAIHITAM/ SUDAH LEBIH 60%/ OVERLAPP DLL.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, bolehlah menghubungi atau sms saya di talian

019-6336130/ 013-3545343

untuk pertanyaan lanjut. Pinjaman ini hanya diuruskan di BANK-BANK TEMPATAN SAHAJA dan TIADA KOPERASI. Sekiranya berada di luar Selangor/ Kuala Lumpur, juga kami boleh menguruskan pinjaman tersebut.







p/s : Entry pasal tuan punya blog kendian-kendian.

2010-08-18

Kamus Pak Aji

Ni kalau korang dapat teka, aku bagi hadiah keta Honda En Wan punya, tak pun Pak Aji punya. Gila pecah kepala aku pikir apebenda bapak aku tanya ni tadi. Hampir-hampir terbatal pose aku sebab gelak banyak sangat sampai terkencing.


ARROYO



Footloose : bukan bahasa Jawa.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kamus Redza .... rasa-rasa ni yang last kot



Aku rasa Redza dah semakin tak pelat. Sebab lately ni semua orang boleh jawab kamus dia. Syabas inspekter sahab!

Ok, kalau anda betul-betul bijok, sila teka apa sebenarnya yang dia mintak ni :



NASISHUP


Akhirnya....



Alhamdulillah, Tuhan tunjuk jugak kat aku siapa sebenarnya (or maybe, antaranya) yang selama ni meng'anonymous'kan diri. Rupanya memang ada spesies yang macam ni, sanggup bermuka-muka jadi 'kawan' semata-mata nak stalk life orang.

So, how?
Puas hati dapat tengok life aku?

Aku pun suka dapat tengok siapa dia yang selama ni nak sangatttttt jadik halimunan. But don't worry la, aku takkan reveal blog and FB kau. Sebab aku tak rasa ada orang berminat nak ambik tau pasal kau pun. And kalau pun ada yang 'berminat', aku taknak kau rasa macamana 'happening'nya jadi life aku yang selalu kena maki tanpa sebab. Sebab aku tau orang macam kau yang suka maki-maki orang ni sebenarnya tak strong mana pun kalau diri kau kena maki pulak.






Aku pun kepohci jugak, tapi aku belum mental lagi nak jaga tepi kain orang tanpa sebab.

Yang kau tak puas hati aku bergamba pakai tudung ni, aku ada pinjam tudung kau ke?

Point saje



Aku berhibernasi semalam.

Selain dari sebab aku ada appointment kat luar, aku juga adelah malas nak update blog sebab bermuhasabah diri (ambik kauuu).


Point 1


Aku bukan taknak accept.
Cuma dah tak boleh nak accept. Yang pending ni pun aku tunggu masa je kot la ada orang nak rejek aku dari list dorang, baru aku leh add mana yang dalam pending list ni ok?

Mintak maaf banyak-banyak.


Point 2


Dalam banyak-banyak isu lately, aku paling bengang dengan kes ni.
Aku taknak tau apa masalah rumahtangga korang, semua pun ada masalah rumahtangga tapi yang ko nak simbah asid segala ni apekejadah? Mental ke apa?
Budak ni dah la pompuan okkkkk. Sok besar apa nak jadik kat dia kalau muka dah cacat-cacat macam ni???
Aku yang muka tak cacat pun pernah kena ejek teruk time skolah, apetah lagi kalau muka kau dah herot-berot macam ni. Siapalis betul la.
Kalau aku jadi hakim, aku perintahkan simbah asid kat telor ngan bontot dia. Baru dia rasa nak meniarap tak boleh, nak terlentang pun tak boleh. Berdiri la kau sampai mati. Nampak cam simple kan?

Try la. Takyah tungu lama-lama, ko cuba berdiri sehari suntuk, kalau tak pengsan jangan panggil aku Diana! (apa kaitan??)


Point 3

Aku baca berkali-kali komen 'anonymous' (biasa la kan, kalau yang suka bagi "nasihat" ni selalunya memang merendah diri orangnya, taknak kita kenal diri dia siapa).

Aku letak profile pic FB yang sama macam profile pic kat blog ni, dia dah tentu-tentu lah perli yang aku pun tak tau apa masalahnya dengan gambar tu. Dah kira baik aku tak letak gamba aku terkangkang pakai swimming suit. Bila aku letak gamba bertudung still ada komen 'Pakai tudung biar ikhlas. Bukan sebab nak suruh orang puji'.

Wadefakhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh?

Sampai sekarang aku tak jumpa jawapan apa masalah dengan gambar-gambar aku?
Sebenarnya kau ad masalah apa ni.
Ada masalah dengan gamba-gambar aku kah?
Ada masalah dengan aku kah?
Or kau ada masalah bipolar kah?

Agak-agak kalau aku pakai macam ni mesti semua bajet aku budak baik kan?

2010-08-17

Apesal la En Wan ni jaki sangat kat aku?



Jawapan untuk LOTI DEKAT TELOR MASAK SAMA-SAMA = FRENCH TOAST.

Tepukan untuk diri sendiri mana yang berjaya meneka dengan tepat.
Kepada yang gagal, sila cuba kamus ini :



AYE MINA



Di situasi yang berlainan...

Ija : Ma, tadi masa mandi kan, Papa cakap Mama cantik.


Teruja okk. Macam best je kan bila terbayangkan how sweet En Wan cerita kat anak dia how dia tekel mama dia, how cute mama dia, ohhhh...



Aku : Iye ke? Papa cakap kat Ija macamana?

Ija : Papa kata Mama cantik tapi itam.




Besar sungguh pahala yang aku dapat bulan-bulan puasa ni eh?

2010-08-16

33rd Besday


Sabtu lepas adelah hari jadi saya. Tapi hari itu kita juga berpuasa. Disebabkan makan pun tak boleh, maka pada hari jadi saya, saya telah membantai membuta dari pukul 11am sampai 3pm.

Mudah bukan?

Elok je lepas zuhur (pukul 3.30pm baru nak zuhur), Mak Aji pun sampai.
Oh, ya. Mak Aji ngan Pak Aji ada kat rumah aku skang sampai la raya. Best la kan mak pak duduk dengan kita. Nak pulak kalau kau jenis pemalas, maka sangatlah berbesar hati ada orang tolong kau kemas rumah, masak and bergossip tanpa had.

Petang Sabtu tu, Mak Aji sampai dengan membawa segala ikan-ikan yang dia dah beli siap-siap kat pasar Kajang (alasan : Pasar kat Putra Heights ikan semua tak senonoh. Padahal ikan tu jugak la yang aku belikan untuk dia buat laksa. Makan sampai tambah 3 kali lak tu).
Sampai-sampai je, terus dia bersilat kat dapur get ready untuk masak berbuka. Menu of the day adelah nasik merah. Tima kasihlah kat aku kan sebab hari tu besday aku, kalau tak, En Wan merasa lagi la makan nasik kerabu benyek kat Pasar Ramadhan.

Nota pengumpatan :
Aku rasa Pasar Ramadhan tahun ni makin ramai amatur-amatur yang melampau bodoh tak boleh masak tapi still nak meniaga. Jumaat lepas kitorang berbuka, ada ke nasik ayam aku dia pi bagi kuah kicap sos tiram?? Sos tiram buta-buta je. Aku ingat kot la dia masak kuah kicap tu. Takde okkk. Sebijik rasa sos tiram fresh dari dalam botol. Binawe.
En Wan pulak cume boleh masuk 4 suap je nasi tomato dia. Dia punya nasik tomato kan, nasik ngan tomato sama banyak. Dah macam sampah kat dalam kotak polisterine tu. Bersepah-sepah tomato yang dia dadu-dadu. Konon kreatif la? Pastu popiah dia lagi cam siapalis. Dah la kulit serapuh-rapuhnya pastu isi kat dalam semua hangus! Tak ke cilaka banat tu?

Haaaaaaaaaaaa...kan puas aku dapat maki!!




Sebelum terlupa, Thank you to Wan Sania sebab poskan serunding ni.
Tima kasih ye, dik. Sangatlah teruja dapat hadiah serunding (aku ni apa aje la yang tak teruja kannnn. Nak lagi kalau makanan).



Kalau dah nama kek besday aku tu, memang tak boleh lain dari blueberry cheese. Alangkan besday orang lain pun aku belikan kek yang selera tekak aku, inikan besday sendiri. Kalau kek ni takde hari tu, memang aku takkan beli kek lain punya. Biar la besday takde kek pun. Tapi kan, aku heran. Apesal mamat ni tulis '33rd DIANA ZIN'???? Apa yang Zin???

Diana Zin?
Tak 'in' okkkk.
Diana Aniston, maybe.


Ini special dari Mak Aji. Awal-awal pagi dia dah buatkan kek ni untuk aku. Macam yang dijangka, tetap blueberry. Cuma bukan cheese cake, tapi butter cake. Gua tak kisah. Kau bagi jem blueberry je pun takpe. Janji blueberry.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, kalau dah nama besday sesape pun dalam rumah ni, konfem la kek tu berpindah tempat, regardless apa nama sekalipun kau letak atas kek tu, tetap lagu besday menjadi 'Pei Pei Pe Yu Yu Ijaaaaaa'.



Saya celebrate besday 8 kali setahun, Korang ada???


Memang gamba dia yang paling banyak sempena besday aku kali ni.

Kitorang start celebrate besday 10 minits before berbuka. Elok je Pak Aji habis baca doa, orang pun azan. Takde de aku nak tiup-tiup lilin kalau Pak Aji ada. Kang dengan aku-aku sekali dia hembus keluar. Aku potong kek buat syarat je, sebab nasik merah adelah sangat tempting. Apa barang berbuka makan kek???


The food


Acu dia pulak berkenan ngan helmet tranformers ni.

Oh, yes. Ada sorang reader aku email bertanyakan tentang helmet yang sama. Laki dia nak beli kalau En Wan pi sana lagi. Rupanya En Wan tidaklah pelik. Ramai jugak yang berminat ngan helmet robot ni. Tapi, En Wan kata setakat ni lom ada lagi member dia yang nak dihantar kat sana. Dia kata lain kali dia pergi nanti dia akan carikkan.

Apa????
Nak pergi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??????


En Wan gigih pasang lilin menggunakan lilin besday cake, sebab carik lilin lain tak jumpa. Dah la nak menyalakan lilin pun satu hal. Baru perasan rumah ni takde mancis. Mintak lighter kat Ibal 'Weh, mana aku bawak lighter, bulan puasa la!'. Oh, lupa pulak.



Lepas terawikh, masa untuk bermain bunga api. Ntah dengan saper bapak dia beli bunga api, tapi dapatlah segenggam, Tapi, bunga api 4 tahun lepas kot. Lemau semacam je aku tengok. Bakar tak sampai separuh jalan dah habis. Ye ye je nak menjual bungapi tapi jual bung api lemau. Orang-orang macam ni yang patut polis tangkap humban lam lokap 6 kaki bawah tanah. Menipu je keje.

Aku : Ija buat apa tu?

Ija : Ija bakar semut.

Eh, sebijik cam perangai aku time kecik dulu. Aku pun dulu sambil main bungapi sambil bakar siput babi.



Acu terpaksa meyerah diri main bungapi jugak. Tu pun sebab risau tengok anak sedara main bungapi dekat tayar kereta dia.


Yeahhhhhh, tu diaaaa. Tukang pasang lampu sudah mari.

En Wan gigih pasang lampu lip lap.


Ok, yang ni aku malas nak komen. Dia ni memang terencat sikit.


Ohh, engineer tidak puas hati apabila lampu kaler biru tak menyala. Mak Aji di tepi adelah kakitangan sokongan (tukang pass hammer kat menantu)


Maka, dia godek wire-wire kat situ.


Dan taraaaaaaaaaaaaaaaa!! Semua lampu dah menyala. (tapi tak nampak sangat sebab kamera BB ni bodoh)


Dan, beberapa jam selepas itu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku malas nak susun balik kedudukan dorang, tak larat nak tarik kaki sorang-sorang. Janji tempat aku takde orang masuk.

2010-08-13

Kamus Redza

Aku tengah baring ni, lemah sangat rasanya today sebab demam. Tapi gila determine nak habiskan puasa. Mintak-mintak la aku dapat habiskan puasa today. Jangan tetiba aku yang habis sudahhhhh.

Ok, kali ni kamu Redza panjang sikit. Cuba teka apa yang dia nak sebenarnya :



LOTI DEKAT TELOR MASAK SAMA-SAMA.


Sekian.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Masak sampai bleeding. Korang ada?


Semalam aku gatal nak masak.
Ni semua sebab puasa day 1 tu hari tekak sangat teringin nak makan nasi kerabu sekali nasi kerabu yang amat hampeh aku dapat. Tapi habis jugak la. Disebabkan aku paham tukang jual pun puasa gak, so malas nak mengkondem lelebih maka semalam aku telah melakukan kerahan tenaga di dapur. Tengah-tengah masak, kantoi pulak dengan Mak Aji. Dia call.

Mak Aji : Makan apa hari ni?

Aku : Daging masak steak, udang cili api, and sayur.

Mak Aji : Ok.

Aku : Ma, mama simpan asam keping Diana kat mana?

Mak Aji : Kau nak buat apa ngan asam keping?

Aku : La, nak taruk lam lemak cili api ni la.

Mak Aji : KAU MASAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK????


Gila berdengung telinga aku dengar dia terpekik.

Jadi, sudah kantoi di situ.
Lama gak la dia bagi kuliah asar kat aku lam phone, boleh merekah tulang osikel kau.

Aku rasa takde la renyah mana pun kalau takat nak masak untuk 3 orang, tapi lepas habis masak tu aku rasa kaki aku krem. Maybe sebab berdiri lama sangat. Aku ni kalau memasak, memang tak sempat nak duduk, sebab ada je benda aku nak buat. Siap mengemop lantai lagi pastu. Lagi setengah jam nak pukul 7pm, aku mandi jap.
Masa ni dah rasa lain macam je kat perut, rasa sakit macam nak period. Tapi tak terfikir apa-apa lagi.

Sekali bukak panties, ha kauuuuuuu, ada stain kat pantyliner.
Agak menggelupur jugak la dalam bilik air tu sorang-sorang. Sempat gak termenung 5-6 minit pikir apa nak buat. Lepas mandi, landing jap atas katil sambil letak kaki atas bantal. Konon dah habis efektif la ni.

Alhamdulillah, pagi ni sakt dah hilang, bleeding pun takde, cuma kaki je krem. And kepala pun berdengung sikit maybe sebab efek ubat. Semalam lepas berbuka kebetulan demam. Bentan kot.


Bahan-bahannya....


Hasilnya...

Udang masak lemak cili api yang sendiri masak, sendiri takleh makan sebab aku bubuh sampai 30 ketul cili api. Bila aku nampak En Wan terbeliak-beliak bijik mata hirup kuah ni aku dah boleh bajet aku takkan boleh makan punya.
Betul pun.
Aku siap basuh balik udang tu before makan sebab pedas sangat.

Yang kaler hitam tu is daging masak steak.
Aku dapat makan 2 ketul je daging, yang lain En Wan perabiskan
.

  Tapi gambaran sebenar atas meja adelah begini....

Macam makan 7 orang, padahal 2 orang je.
Apa yang pentingggggggg, semalam dapat makan roti jala!!!!
Dan roti jala dia sangatlah best! Agaknya hari ni dah masuk hari kedua, so tukang msak dah boleh bajet berapa banyak nak letak garam segala.

And kerang bakar....yang aku perabiskan hingga ke titisan sambal yang terakhir.


Ini adelah pinggan saya.



2010-08-10

Parcel



Tadi dapat parcel from Syaharani.

Memula aku blur kejap ni apehal ada parcel untuk Redza lak ni?? Ni sape pulak Syaharani nih? Tetiba nak buat baik ngan anak aku pulak? Ni gf En Wan ke apa ni?? (macamlah laki kau tu hot sangat ramai yang nak tekel kannn)

Then bila baca the mesej dalam tu, baru teringat. This girl yang jual telekung that day, yang aku buat satu entry pasal telekung then the next day dia sms say thank you sebab telekung dia dah ada orang beli.

Alhamdulillah.

Terima kasih ye, dik. (wahhhh, dapat hadiah je terus aku mengaku adik beradik)

Yang tukang buat entry telekung ni bilanya nak beli telekung?????? (<----- ingatan untuk diri sendiri!!)


Wah wah wahhhhh. Takat dapat 88/100 pun dapat present. Aku dulu dapat 98/100 pun kena menjawab ngan Mak Aji 'Apesal boleh salah dua soklan ni????'.
Baik aku tak jawab semua soklan terus. Dah tentu-tentu kena marah kan?

Masa tu aku pun terfikir gak, apesal orang lain dapat 100, aku tak dapat eh?
Disebabkab aku percaya yang aku dah study tapi tetap tak dapat-dapat 100 markah gak, jadi aku telah membuat kesimpulan bahawa ini adelah faktor genetik.
Bila mak bapak tak berapa bijak, maka anak pun takde lah bijak sangat.

Tapi, nak mampos kahhh kau menjawab macam tu depan Mak Aji?
Begitu jugak report kad tu dia sumbatkan dalam mulut kau.





Dan-dan time tu jugak dia suruh aku pasangkan DVD la, bacakan buku la.


Aku : Ija, bacalah sendiri. Ija kan dah pandai baca.

Ija : Ye la, Ija tau baca. Tapi banyak sangat binatang dalam buku ni. Ija tak tau nak buat suara anjing. Mama kan tau.


Tercekik kejap aku nak makan nasik.

Tapi memang betul pun.
Sebab asal dia taknak tido je, aku kuar bilik aku buat bunyik anjing menyalak.
Terus menggelupur naik atas katil.

Settle masalah.


Oh yes, pasal Redza. Hari tu masa otw nak pi KLIA. Dalam kereta tu cuma ada dia, aku and Pak Aji je. So, aku pun bual-bual la :

Aku : Lepas ni Ija nak mama mandikan Ija ke, Papa mandikan Ija? (saje je la, tau dah dia mmg nak bapak dia mandikan)

Ija : Papa!!

Aku : Alaaaa....abis mama nak mandi siapa pasni? (buat-buat sedih)

Ija : Mama kan mandi ngan Papa.

Aku : Eh, mana ada mama mandi ngan papa. Kan Papa mandi dengan Ija? (agak cuak dah masa ni sebab Pak Aji kat sebelah).

Ija : Ye, mama mandi dengan papa. Duluuuu, Ija masuk bilik tengok mama dengan papa takde. Pastu Ija dengan suara mama tetawa-tetawa dalam teilet (toilet) dengan Papa.


Boleh bayangkan tak betapa kejungnya aku dalam keta tu??

Ok, the cerita..



Baru lah hari ni dapat mengupdate secara senonoh sket.
Sejak En Wan balik hari Sabtu lepas, aku macam pegang tak pegang je laptop. Tu yang kejap-kejap update blog and FB dari BB je.

Sabtu malam lepas fetch dia terus balik rumah sebab Pak Aji nak balik Bangi malam tu jugak sebab nak temankan Mak Aji kat booth. Lepas lepak-lepak, kuar makan. Pastu balik rumah, masing-masing bantai membuta. Takde masa la nak layan gentel-menggentel ni. Aku sendiri penat mengemas rumah siang tu, mana nak bawak perut lagi, nak main galah panjang ngan Redza dalam bilik air lagi. En Wan lagi la, dah tentu-tentu la penat kan. Penat tido dalam flight. Pastuuuuuuuuuuuuuuu, dia dah nampak anak dia, aku ni memang konfem la tak laku. Nak pulak dalam waktu sekarang ni, aku hanyalah manusia lemah yang tak berupaya melakukan apa-apa semenjak uri kat bawah ni, lagiiiiiiiiiiiiiiiiilah dia pandang tak pandang je diri ini. Tapi, ada aku kesah?????


Redza with kepala transformer yang aku pun tak tau apa nama dia. Kepala ni best jugak, dia macam helmet. Dia leh transform suara ko jadik suara robot.

Jadi, bila kau bercakap, suara ko jadi cenggini....



Aku risau je bendalah ni bertahan sejam. Tapi alhamdulillah, setakat hari ni masih bernyawa lagi. Dah jadik satu hal pulak mana pegi nak kena bawak kepala ni sama. Dalam kereta pun pakai, main basikal pun pakai, hari tu time sembayang pun nak pakai jugak. Hangin je aku.

Skang ni asal aku panggil je, dah takde suara lain dah keluar. Memang suara robot ni je la. Sama naik ngan bapak dia pun memakai kepala ni. Aku rasa En Wan beli menatang ni sebagai men-cover line. Sebenarnya dia yang nak pakai kot.




Ok, yang ni adinda punya.
Before aku bukak kotak Coach ni lagi aku dah bajet, mesti dia akan beli kaler pink.
Dan apabila dibuka......konfem seploh markah untuk aku!

Tapi frankly, Bonia aku lagi cantik kan?
Hahahahaha.

Sampai skang aku tak pakai-pakai lagi beg ni. Ada je dalam kotak lam lemari.
Inilah dia kalau belikan barang untuk orang jakun. Konfem takkan pakai punya.
Yang aku pakai hanyalah perfume Beautiful tu.
Ni la perfume yang paling banyak aku beli.
Takde la banyak mana pun, masuk ni baru 5 botol. Tapi kira ok la, bertahan aku guna bau yang sama. Yang lain-lain tu habis sebotol, memang aku tak ulang beli dah. Tapi Beautiful, memang aku ulang guna.

Those yang men-follow novel Lagenda Budak Setan mesti tau perfume ni kan? *wink*



Kalau dah anak mak tu kannnn, memang la akan carik mak dia malam-malam tu jugak.
Siap dah plan dah ni nak balik Tganu this week. Sila la balik sorang, adinda tak boleh lama-lama lam kereta, dokter tak kasik gegar-gegar, kang uri dengan pundi kencing aku sekali terkeluar.


Respon plisssss.




HOIH!

AKU NAK ADDRESS LAAAAAA.
APA KORANG TAKNAK KE JEANS KORANG NI?

AKU AMBIK KANGGGGGGGG.



2010-08-09

Kamus En WanG



Selama ni hanya ada kamus Redza. Hari ni aku nak bagi korang pecah kepala pikir kamus En Wan pulok. Orang ganu mungkin ada kelebihan..hehe.

TELOM


Hint : bahasa inggeris yang diterengganukan.


Masak la korang pikir. Aku baru je dia sebut jap tadi.



Sent from my BlackBerry® smartphone

Bak sini address



Barang siapa yang merasakan jeans-jeans yang bersusun ni adelah kepunyaannya, sila email aku address masing-masing.

Sekian, trimas.


Sent from my BlackBerry® smartphone

Fetch





Ni je la yang aku boleh letak...


2010-08-06

Checklist

So today pagi-pagi lagi Mak Aji and Pak Aji dah balik Bangi sebab hari ni omak den dah masuk booth tunggu bunga-bunga konvo dia sampai. Pak Aji telah kuarahkan untuk masuk ofis jap and tolong ambikkan surat-surat penting. Dan aku tersadai kat rumah sorang-sorang.

Adekah aku sunyi?
Ye, terasa sunyi sikit sebab macam hilang je suara-suara yang selalu sound aku pagi-pagi macam ni.

Adekah aku duduk diam macam selalu?
HELL NO!!!!!!!

The moment Mak Aji keluar je, benda pertama yang aku carik adelah vacuum. Tapi tak jumpa pulak. Mana aje orang tua ni sumbatkan vacuum. Sengaja taknak bagi aku jumpa. Tapi takpe, aku nampak penyapu. Zassssssss!! Penyapuan bilik tido bermula (Kemas bilik sendiri aje sebab tempat lain dah dikemaskan). Pastu mengemop pulak. Habis la kerusi aku panjat sebab nak lap cermin lemari yang tinggi ni.

Tiba-tiba terasa sakit pulak bawah perut. Check, takde bleeding. Ok, sambung mengelap balik. Kali ni yang bawah-bawah aje. The moment aku menaip sambil baring atas katil ni, aku terpandangkan kipas. Seb baik aku tak larat nak usung tangga naik atas, kalau tak, dengan kipas-kipas ni sekali aku langsaikan.

Ok now, dah settle major chores, now kita duduk dendiam dan buat checklist sempena En Wan nak balik esok :


1. Kemas bilik - DONE.

2. Tukar cadar - esok pagi lah. Biar fresh and tegang-tegang cadar untuk esok.

3. Gosok semua baju En Wan - DONE.

4. Basuh bilik air - DONE.

5. Basuh, lipat dan susun kembali spender-spender dia yang aku pakai sepeninggalan dia. Baikkkk punya susun, macam tak terusik lansung - DONE.

5. Simpan balik semua DVD blue yang aku punggah ke tempat asal. Susunan pun jangan berubah. Ini penting bagi mengekalkan imej isteri yang solehah - DONE.
(Ada satu lagi DVD hilang, tinggal sarung je. Mana pulak aku letak. Kang tetiba termasuk dalam sarung DVD spongebob Redza, jawabnya mampos!!)

6. Beli aromateraphy candle perisa 'arousing and steamy' - DONE.

7. Mengetest kembali nighty kot la boleh muat lagi. Takkan nak pakai kaftan kotttt. First nite nih!! - TAK MUAT!!!

Masih memikirkan apekah baju yang sesuai. Susah-susah kalu...BOGEL!

8. Potong kuku - DONE.
(Ini penting supaya cakaran manja dapat diprektikkan dengan baik. Kalau tak, ilangkan kau nak bercakar manja, sekali tergores kulit dia, terus kau dapat pelempang)

9. Cukur bulu - DONE.
Walaupun aku tak nampak sebab perut dah besar, aku tenyeh je. Agak-agak rasa licin dan memuaskan, kira halal lah.

Ok.
Segalanya sudah dicheck.
Macam dah takde apa yang tinggal.

Oh ya! Ada lagi satu...


10. Beli ubat tido untuk Redza yang mampu memengsankannya lebih kurang patblas jam???

Cukup tak agak-agak?

Walaubagaimanapun, checklist tak mendatangkan makna sekiranya hanya sebelah pihak saje beria-ia.

Apa yang penting 'kerjasama'!

Sekian.



Sent from my BlackBerry® smartphone

2010-08-05

KON**



Redza nyaris kena pelempang aku tengahari tadi.
Balik je skolah terus nak buat homework. Apa kena ntah. Selalunya dia layan kartun dulu.
Aku pulak tengah sibuk nak print-print documents. So agak menggelapu sikit la (aku ni apa benda la yang tak menggelabah kan??).


Ija : Ma, tolong draw konek.

Aku : Apa?

Ija : Draw konek.

Aku : Apaaaaaaaaaaa?? (masa ni aku dah jegilkan mata kat dia)

Ija : Mama ni tak dengar keeeeeeee. Ija nak mama tolong drawkan konek. Ija tak tau. Nanti teacher marah.

Aku : Apesal yang cikgu kau suruh draw konek pulak? Dah takde benda lain lagi nak ajar?

Ija : Mama tau ke tak tauuuuuuu?

Aku : Mama tak tau konek-konek ni. Ija draw sendiri. (hangin dah aku ni)

Ija : (start nangis)

Aku : Ija, ni kenapa?

Ija : Semorang tau draw konek, Ija draw tak cantik. Fren Ija funnykan (gelakkan) Ija.

Aku : Bak sini kertas.

(dan aku pun lukiskah gamba konek. Takyah la letak contoh lukisan tu kat sini eh?)

Ija : Apa ni??? Ini macam stick aje.

Aku : Eh, kau nak apa sebenarnya niiiiiiiiii???

Ija : Konek! Konek tu pompuan pakai.

Aku : Hah???? Pompuan pakai konek? (time ni aku dah terbayang dildo kah???)


Aku : Cuba Ija eja sikit camne spell konek.

Ija : K.O.R.N.E.T. Konek.


Pikir punya pikir shitttttttttttttt CORONET rupanya.
Patutlah dia kata perempuan yang pakai.

Yang mak dia ni pun satuuuuu, pekak. Budak tu cakap KORNET, aku pi dengar konek lah. Dildo lah.
Tau la laki takde 5 minggu, sampai kepala dah tak boleh ingat benda lainnnnnnn.

Mujur dia suruh aku yang tulis.
Kalau dia tanya 'Atukkk, drawkan Ija gamba konek?'.


Tak ke aku yang makan penampar pastu???

2010-08-04

Boleh jawab?



Astagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku mati kata-kata.

Petang tadi Redza dimandikan oleh atuknya.
Dari luar bilik air aku leh dengar betapa hebatnya penderitaan Pak Aji nak menjawab soklan Redza...


Ija : Atuk, naper bird Ija takde lambut, bird Papa ada lambut?




Hambikk kau En Wannnnn!!!

Kamus Redza utk kesekian kalinya



MELAKA



Hint : Tempat



heheheh...

2010-08-03

Dia tak bapok



Rilekkk je adik aku bila aku cakap 'Ko tengok tak aku tepek gamba bapok kau kat blog?'

Ibal : Sukati kau laaaaaaa...


See?
Adik aku memang tak kuasa nak melayan tebiat aku. Sebab dia tau apa yang aku buat tu taklah sekejam apa yang dia buat kat aku dulu. Eh silap. Rephrase - 'Apa yang dia dan Ima dah buat kat aku time kecik dulu'.

Contoh yang paling diingati adelah 23 tahun dulu, apabila Ibal panggil dari dalam bilik air 'Kakkkk, dah!'.

Walaupun dia ada 2 orang kakak, tapi kalau dalam situasi sebegini, 'KAK' itu hanyalah ditujukan untuk aku. Sebab KAK yang ni je yang sanggup hadap bontot dia. Nak harap KAK yang lagi satu tu pun boleh jugak. Tapi dia akan basuh bontot adik dia dengan memancutkan hose dengan kelajuan air yang mampu melecetkan lubang bontot sambil basuh guna hujung jari kaki. Boleh??? (Ima, tang ni ko jangan nak deny okkkk). Nama dia nak guna tangan basih bontot adik dia memang takde la. Gila bapak punya pembersih. Tapi memang Ima la yang paling pembersih antara kitorang 3 orang.

Dan KAK ini jugaklah yang akan mandikan dia pagi-pagi time skolah tadika dulu. Sementara aku gosok baju skolah dia, dia akan mengadap aku tengah gosok baju tu sambil mencangkung dengan towel berbungkus kat badan. Towel tu dia buat bungkus badan je, tapi kote terkeluar.

Adik aku ni jugak la satu-satunya manusia dalam dunia ni yang tak pernah basuh kasut skolah. Sebab dia adelah anak kesayangan. Anak kesayangan mana boleh buat keje berat. Keje berat tahap kasta paria ni haruslah dibagi kepada KAK yang sulung. Aku la basuh kasut dia, aku lah mengkapur, kalau hari tu kebetulan hujan and kasut tak sempat kering aku jugaklah yang kena balun ngan Mak Aji. Dan dia sangat bersenang-lenang bermain LEGO. Kalau nak tengok dia basuh kasut kan, memang gila kreatif. Dia akan masukkan dalam washing machine. Done.

Yang paling aku ingat, Ibal tak boleh tido tanpa menggentel jari kelingking aku. Dulu kitorang tido sama 3 beradik. So Ibal akan tido tengah-tengah. Tebiat dia ni pulak sebelum tido kena gentel jari orang. Gentel lah jari kau hendaknya kan? Oh, tak best okkk. Mesti nak kena gentel jari orang. Kalau dia tarik jari Ima, konfem makan pelempang la. So, dia akan gentel jari aku. Selalunya aku akan kepit jari kelingking aku biar dia tercarik-carik. Tapi pandai pulak tu dalam gelap-gelap teraba-raba rasa mana satu jari kelingking padahal masa tu dia kecik lagi. Agaknya stim kot gentel jari kelingking ni. Boleh la aku try malam kang sementara laki belum balik ni.


Dah tua kedarah pun nak kena cium ngan Mak before gi keje. Ni gamba this morning, semalam dia tido rumah aku.


Menggelupur nak gi keje. Masuk kol 8am, kul 7.15am belum keluar lagi. Kau dari Subang Jaya okkk, bukan dari Bangi!


Busy menghapdet MySpace

2010-08-02

The family gathering


Aku cakap aku kena torture kat rumah korang tak caya kannnnnn.
Sangap okkkk. S.A.N.G.A.P.

Ini adelah kerana, selain saya tak dibenarkan keluar rumah saya juga tak dibenarkan :

1. membawak kereta

2. menaiki kereta (kalau naik pun kena letak dua alas kusyen kat bontot, tetiba je aku lagi tinggi dari driver)

3. Takleh turun naik tangga. Pagi turun untuk breakfast pastu naik atas buat keje jangan turun-turun dah selagi Mak Aji tak panggil makan. Lepas makan naik atas jangan turun-turun dah sampai petang.

4. Tak boleh mandi berdiri. Orang tua ni siap belikan aku bangku kecik untuk duduk. Punyala takut aku tergelincir (sebab dia kata aku bangsa menggelupur, semua benda aku nak langgar)

5. mengemas rumah, basuh toilet pun tak boleh.

6. masak jangan harap lahhhhhh. Basuh pinggan sendiri pun dia tak kasik. Macam tenat sangat bunyiknya kan?

Haishhh!! Lagi sebulan macam ni, aku mati kejang.
Memang la aku dijaga dengan sangat baik. Kalau En Wan nak sambung keje kat Jepun lagi seblas tahun pun orait lagi ni, sebab konfem bini dia dijaga. Tapiii, aku merasakan diri ini semakin bengap la pulak lama-lama terperap. Orang kata dok dalam rumah tak kuar-kuar makin berseri, aku rasa aku makin berkepam lagi ada.


Errr...bawah-bawah meja tu sekali ye, Pak?


Dr House
(over kan bapak aku mengemas bilik anakanda, macamkan berabuk sangatlahhhhhh)


Khamis lepas, Pak Aji buat rawatan sket kat perut aku, nak kasi uri ni balik ke tempat asal. Tak tau la dah ok ke belum, aku lom scan. Tapi malam tu memang perut aku keras satu macam, siap termuntah belahak bagai. Harap-harap itu petanda ok.
Bapak ye ye je tengah baca doa, anak siap bersekongkol ngan mak men-snap gamba....


Pak Aji yang khusyuk membaca doa sambil pejam-pejam mata and tangan pusing-pusing kat perut. Risau je teraba tetek aku pulak. Maka aku pun men-cover tetek dengan tangan.



Agak double chin di situ. Jadi sila jangan tenung lama-lama atau anda bakal mengalami mimpi ngeri malam ini.
Pakai baju kaftan okkkk semenjak makbapak dok rumah ni. Kalau takkkk, jangan harap!! Kalau boleh telanjang lama aku telanjang dah.
Sabtu lepas Ima and Ibal berkumpul kat rumah aku. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Agenda utama : GOSSIPPING.
Padahal masing-masing mengandung ni, tapi mengumpat tak agak-agak. Lepas mengumpat boleh la pulak cakap 'Janganlah kena kat anak aku. Nauzubillah!'. Tau pulak takuttt.
Dah la takyah tolong Mak Aji buat satu keje pun kan, (dia yang tak kasik), kitorang tolong tengok dia masak je and jadi tukang rasa sambil bergossip. Gila best dapat jumpa partner mengumpat. Apa aku cerita semua dia sokong hundred persen. Yeah!


Baby Jane yang dah semakin laju ber-racing.


Padahal kat hall tu luas kan, laki bini ni nak jugak bersila kat dapur semata-mata nak dengar aku tengah up satu cerita best.


Tiada istilah pembaziran makanan kalau dia ni ada kat rumah.





Gambar yang tiada penjelasan...




Bila dah ramai-ramai ni, towel pun kena la kuarkan banyak-banyak. Masa Ibal mintak towel, baru la aku perasan ada satu lagi khazanah pemberian tungau masih aku simpan?????????? Like WTF benda ni ada lagi kat sini??? (ewahh, padahal kau yang susun baju kannn)
Pabila terpandangkan towel ini maka terimbaulah kenangan......

Dia bagi aku towel ni masa jemput aku balik ke Kuching kat aiport. Padahal masa tu aku dah official break ngan dia and dia tau aku balik KL sebab nak jumpa En Wan tapi bak kata pepatah 'belum try belum tau'. Jadi atas sebab pepatah itulah maka dia terus-menerus menekel aku. Jangan harap la kan, aku nak kat ko balik. Tapi ko bagi towel tu aku ambik la jugak sebab gamba Tweety itu sangatlah cute.

Memula memang aku taknak ambik. Tapi gila berani kau nak tolak hadiah dia kat airport??? Sekali aku rejek, tak pasal dia bukak tarian naga dia kat situ jugak aku makan pelempang. So, aku pun ambiklah. Dah kau beria-ia bagi kan.

Boleh la pulak petang tu siap jemput aku dinner, supper as if macam aku ni dah jadi gf dia balik. Bila aku cakap En Wan pesan supaya tak kuar dengan dia lagi, wahhhhh, bersilat lah member kan. Kat situ jugak dia tuduh aku materialistik. Hoih! Setakat towel yang kau beli kat Parkson 2 helai RM15 tu apa ingat aku hadap sangat? Bila aku nak pulangkan balik, dia taknak terima. Mati-mati dia suruh aku simpan dengan alasan dia sedih bila tengok barang-barang tu kat bilik dia nanti. Padahal aku tau sangatttt. Dia taknak ambik balik barang-barang tu so that dia boleh terus menerus pukul canang yang aku memang mengikis duit dia. Haloooo. Duit apa sangat yang kau ada nihh???
Kan dah terbabas.
Elok-elok aku nak cerita happy-happy terus kuar cerita stress.
Disebabkan Ibal takde towel nak pakai Sabtu lepas and dia dengan takde segan silunya 'Towel **** bagi pun kau simpan lagi ke? Bagi aku la!'. Maka, towel kini bertukar tangan.


Kepada awek Ibal (kot ye ada la..) tolonglah pikir dua kali sebelum nak jadikan dia ni laki kau. Pikir duablas kali pun takpe. Macam ni punya tebiat, aku nak pi pinangkan anak orang pun segan okkk.


Gamba ni memang sengaja di'stretch'kan tang muka tu.



Aku hilang kata-kata bila tengokkan aksi ni. Sian Pak Aji. Dapat menantu pun yang pelik-pelik.