2022-04-30

Jangan macam tuan balik kampung.


Lepas aku tulis post tentang mak bapak jadikan anak retirement plan, beberapa orang meluahkan nasib yang sama.
Sesak dada aku baca kisah dorang.
Tak sangka ada mak bapak yang ugut anak-anak yang tak mahu bagi duit dengan 'anak derhaka'.
Ada anak yang dipaksa buat loan untuk parents, ada anak yang berhutang dengan kawan sebab nak bagi duit kat parents, ada yang sengaja mintak job di hari raya supaya tak perlu balik kampung lama-lama.
Semuanya kerana tak selesa dengan mak bapak sendiri.
Diulang ya, MAK BAPAK SENDIRI.

Ada satu luahan hati yang menarik.
This lady duduk di kampung dengan mertua sebab suaminya bekerja di negeri kelahiran.
Mertua tak bagi pindah rumah.
Dah duduk bersama selama 14 tahun.
Lama. Lebih lagi dari aku duduk bersama mok.
Dia kata setiap kali raya, tak seronok.
Kalau boleh tak nak bagi ipar duai balik beraya.
Puncanya, setiap kali adik-adik ipar balik, dia umpama orang gaji dalam rumah.
Sedangkan itu rumah mak bapak dorang.
Dan yang menyakitkan hati bila mak mertua pun sama naik buat dia macam orang gaji setiap kali anak-anak balik.
Sampaikan adik ipar nak minum air pun mertua suruh dia buatkan.

Dia kata karenah mak mertua tu dia tak hiraukan sangat sebab dah masak dengan perangai orang tua.
Yang dia pelik tu dah kenapa adik-adik ipar buat rumah mak sendiri macam rumah orang lain sampaikan nak minum pun tak reti masuk dapur buat sendiri.

Betul juga dia kata, dah kenapa masing-masing macam tuan besar di rumah mak sendiri?
Kalau aku ni lainlah sebab mak mertua tinggal di rumah aku.
Bukan aku tinggal rumah dia. 
Maknanya aku adalah tuan rumah. 
Sesiapa datang tak boleh memandai-mandai buat macam ada share sebab ini rumah aku.
Tapi in her case, dia duduk di rumah mertua. Bukan rumah sendiri.
Rumah dia duduk adalah rumah keluarga suaminya.
Maknanya rumah tu bukan rumah asing bagi adik-beradik suami.
Dah kenapa masing-masing balik buat macam tak biasa pulak dalam rumah tu, kan. 

CT, adik ipar aku duduk dengan Mak Aji.
Everytime aku and Ima balik beraya Bangi, terus bertukar role.
Kalau Mak Aji dah siap masak, aku and Ima akan ambik role hidangkan makanan.
Kalau kebetulan CT dah siap masak, aku and Ima membasuh dan mengemas lepas makan.
Cantek muka dah siap dimasakkan kau nak jadi tuan pulak?
Dah la tak tolong masak, kan.

Selalunya bila aku and Ima balik, CT dah tak ke dapur sangat kecuali nak buatkan makanan anak-anak dia.
Kitorang bagilah dia rileks pulak.
Selama ni yang tinggal and jaga mak bapak aku.
Ni anak-anak sendiri dah balik, kitorang take overlah pulak.
Tapi CT selalu nak turun tolong juga sebab dari bilik dia boleh dengar meriah akak-akak ipar memekak terbahak-bahak masak kat dapur 😆.
Mestilah teruja nak join sekaki, sebab akak-akak ipar beliau sangat menceriakan suasana.

Sebenarnya tak perlu jadi kaya, atau kerja besar, atau belajar tinggi untuk ada common sense.
Patutnya dah tahu ipar tu menjaga mak kita, sesekali balik, biarlah ipar tu bersantai pulak.
Maksudnya kita jadilah orang kuat pula. 
Kasi peluang akak ipar tu buat kerja ringan-ringan pula.  
Sesekali balik nak berlagak macam tuan dah kenapa.
Kalau pantat tu malas nak bangun ke dapur tolong masak, apa salahnya order makanan.
Ni tak, masak tak nak tolong, tapi makan kita dulu yang laju.

Aku selalu hantarkan frozen food untuk Mak Aji.
Bukan apa, kesian CT balik kerja nak bersilat pulak kat dapur tolong mak aku masak.
Jadi sesekali aku hantarkan lauk frozen 5-6 jenis.

Tak pun, apa salahnya sesekali belikan kakak ipar tu tudung sehelai ke, telekung baru ke, sebagai tanda terima kasih tolong jaga mak kita.
Bukan minta dibalas budi, tapi timbang rasalah sama.
Yang dia jaga tu mak kita.
Mak dia sendiri pun dia tak jaga.
Terima kasihlah sikit dia sanggup duduk serumah dengan mak mertua.

Kalaulah sesiapa yang baca ni ada kisah yang sama macam follower aku tadi (duduk dengan mertua di kampung), balik kali ni jangan balik sesaja.
Standbylah kaftan sehelai.
Time nak balik ke KL semula esok hulur kaftan tu kat kakak ipar.
Bukan apa, kita ni yang balik ke KL esok burrrrrr balik gitu je.
Yang kena membasuh segala tok nenek cadar, selimut, towel, menjemur tilam ni esok kakak ipar tu jugak.
Yang nak melipat segala yang menambun tu akak ipar kita juga.
Kalau dihulurkan kaftan sehelai ke, shawl sehelai ke, sejuk hati akak ipar tu.
Common sense tu bawak balik kampung sekali, jangan tinggalkan kat rumah, ok?


2022-04-29

Ketika usia semakin meningkat, diet atau senaman yang kita amalkan semasa muda dah tak relevan.


Mula-mula nak minta maaf, ada banyak DM yang aku belum baca.
Sebab 2 hari ni aku tengah siapkan teaching notes.
Maklumlah kena pulun sebelum raya.
Karang dah raya seminggu terus hilang momentum aku.
Kalaulah pertanyaan tu tentang GreenAard, boleh whatsapp 012-7728976 atau 013-7557424, ok?

Tapi aku terpaksa buat post ni juga sebab staff aku bagitau semalam ramai new customer nak beli GC Plus tapi process pembelian tu jadi lambat sebab banyak soal-jawab yang staff aku kena buat.
Nak beli GC Plus ni memang kena tapis dulu.
Bukan sebab GC Plus ni bahaya, cuma nak pastikan progress GC Plus pada badan pengguna tak mendatangkan masalah.
Kepada sesiapa yang nak cuba GC Plus, please semak dulu soalan di bawah.
Soalan-soalan ni bakal ditanya oleh staff aku.
Jadi, lebih baik aku bagi soalan tu kat sini dulu supaya korang tahu what to expect.
 
1. Berapa tinggi and berat sekarang.
2. Ada guna birth control/implanon?
3. Ada ambil ubat darah tinggi?
4. Ada ambil ubat diabetis?
5. Ada PCOS atau masakah thyroid?
6. Mengandung?
7. Menyusukan anak dibawah umur 6 bulan?

Bila whatsapp nanti bagitau siap-siap jawapannya so that senang nak suggest sama ada boleh ambil atau tidak.
Satu lagi, kalaulah berat badan korang sekarang exceed 5kg sahaja dari ideal weight, tak payahlah beli GC Plus.
Bukan apa, bila berat badan semakin menghampiri ideal weight, semakin kurang kalori yang badan gunakan.
Semakin dekat dengan ideal weight, semakin liat berat nak turun.
Kalau berharap pada GC Plus semata-mata, memang lamberttt progressnya.
Kena combination of GC Plus + kawal portion makan + no sugary food and drink at all - which ramai yang tak mahu buat.

Losing weight is easier bila badan kita berat.
Semakin ringan berat, semakin sikit resistance.
Sometimes ambil masa 3-4 bulan berat stuck di angka yang sama tak berganjak.
Selalunya orang start give up kat sini.
Statement paling popular adalah "Badan saya dah immune dengan GC Plus, tak boleh turun lagi dah".

Wrong. No such thing as "immune".

Semasa overweight, badan kita sedang high metabolic rate.
Those yang obese, once kurangkan sugar intake dari 5 cawan ke 2 cawan sehari, berat turun dengan cepat.
Tetapi orang yang sama ketika dia beratnya semakin berkurangan, berat badan menurun semakin lambat.
Kalau dulu kurangkan 3 cawan kopi sehari berat turun berkilo-kilo.
Now masih kurangkan 3 cawan kopi sehari, berat tak berganjak.
Ini bukan kerana badan dah immune, tetapi nak turunkan berat ketika badan sudah ringan memerlukan method yang lain pula.
Dah tak boleh gunakan method yang sama.

Katakanlah berat sebelum ambil GC Plus adalah 70kg.
Lepas 2-3 bulan ambil GC Plus, berat turun ke 62kg.
Pinggang juga mengecil 5 inci.
Masuk bukan ke-empat, berat tak berganjak.
Ok masa ni dah kena start ubah method.
Dah tak boleh depend pada GC Plus semata-mata.
Mesti combine dengan method lain, contohnya stop all sugary food and drinks atau stop makanan bertepung [mee, kuih, kukis, roti].

Sama ada berdiet atau bersenam, badan become resistant dengan method yang kita guna.
Perlu sedikit adjustment.
Kesan yang sama berlaku bila kita buat senaman, contohnya cycling.
Awal-awal memang berat laju turun.
But it can start to get more and more difficult to lose weight.
That's why aku tak pelik bila ada kata "4 kali seminggu saya berzumba tapi berat statik je. Saya tambah ke 6 kali seminggu. Tapi berat turun sikit sangat".

Yang sebenarnya, bila berat tak berganjak, jangan increase amount of time bersenam.
Nanti lama-lama kau drain.
Bila drain, senang give up.
Sebaliknya, tukarlah cara bersenam.
Maybe try angkat berat pula.
Atau instead of hanya bersenam, try berdiet sama.
Kita tak boleh guna the same method sepanjang hayat.

Masa aku 20an, waktu semester break, aku turunkan berat badan dari 54kg to 41kg dengan hanya makan biskut Hup Seng and teh O.
Kenapa aku pilih makan itu sahaja?
Sebab, 54kg adalah berat ideal.
Susah dah nak turunkan berat.
Dah cuba kurangkan makan tapi tak jalan sangat sebab berat memang dah ideal.
Biasalah kan, umur 20an, kalau boleh nak slim lagi biar pinggang secekak.
Jadi, aku pilih untuk ubah diet.
3 bulan hadap biskut Hup Seng dengan teh O saja.
Istiqomah betul aku duduk rumah hari-hari ambik bau masakan Mak Aji je, sikit tak sentuh nasi, punyalah nak kurus.
 
Hasilnya, 41kg perginya dalam masa 3 bulan.
Naik semester, kawan-kawan aku terperanjat.
Dorang cakap "Tak sangka Diana kurus".
Punyalah gemuknya aku di mata orang.
Padahal 54kg tu ideal weight untuk ketinggian aku.
Tapi bila kau berada di kalangan manusia-manusia bersaiz papan, otomatik kau nampak gemuk padahal kau ideal weight.

Tapi itu dulu, masa umur 20-an, metabolisme sedang tinggi.
Sekarang, kalau aku makan biskut and teh O everyday, mau berkeliaran babat-babat aku.
Because as we aging, metabolisme dah makin slow.
Cara badan bakar kalori dah tak sama macam dulu.
Jangan terperanjat bila dulu kau amalkan nasi 2 kali sehari boleh turun 10kg, now amalkan nasi sekali sehari berat kau baru turun 4kg.
This is normal as we aging.
Ketika usia semakin meningkat, diet atau senaman yang kita amalkan semasa muda dah tak relevan.
Kena ubah.

Samalah bila ambil GC Plus.
2 bulan pertama turun 7-8kg, then dia jadi statik.
The flow macam ni:

1. Bila ambil GC Plus, badan kurang merasa lapar.
Bila seseorang kurang lapar maka dia secara semula jadi kurang berasa nak makan.
Kurang makan bermakna kurang kalori masuk dalam badan.

2. Bila badan kurang kalori, badan 'dipaksa' bekerja menggunakan kalori yang ada saja.

3. Lama-kelamaan badan mula beradaptasi dengan kalori yang sikit tu.
Bila dah terbiasa dengan kalori yang sikit, badan akan terus bekerja macam biasa without losing weight.

4. Pada ketika ini badan berada dalam mode survival.
Badan guna kalori untuk menjalankan fungsi like mengepam darah ke jantung, menjalankan fungsi otak and hadam makanan.
Tapi kerja-kerja bakar lemak badan tak buat dah sebab nak simpan tenaga supaya kita tak kebuluran.

5. Once you have hit this point, berat turun dengan sangat sangat slow.
Kalau waktu ni korang give up, inilah masanya berat badan naik mendadak.

That's why, bila berat start statik macam tak berganjak, jangan giveup.
Sebaliknya teruskan berdiet tetapi buat adjustment pada diet.

Dari dulu aku tak berapa suka guna penimbang berat badan.
Sesekali bolehlah, tapi penimbang berat bukan indicator lemak dalam badan.
That's why aku suka guna benchmark tulang bahu and perut.
Perut adalah indicator terbaik untuk ukur lemak.

Aku masih simpan jeans tahun 2009 yang aku beli di Hong Kong.
Waktu beli, berat aku 45kg, size jeans tu 25.
Itu size paling kecil aku ada dalam simpanan.
Sampai sekarang aku simpan.
Now pinggang aku size 28, berat 53kg.
Tak muat dah jeans size 25 tu tapi aku simpan buat kenangan sebagai bukti aku pernah pakai muat jeans size 25. Hahaha.
Kalau nak suruh aku muat balik dalam seluar tu memang taklah sebab 45kg tu underweight.

Aku faham keinginan untuk jadi skinny sebab aku pernah obses dengan kurus.
It has to do with power and influence. And sexual attractiveness too.
Walaupun ramai kata "Tak kisahlah kalau tak cantik, asalkan hati baik", hakikatnya semua perempuan suka dapat perut flat dan pinggang ramping.
Why? Because these two features indicate better health.

Manusia sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk dapat pasangan yang terbaik.
Yang perempuan bersaing dengan perempuan lain by enhancing their appearance, making themselves more attractive, termasuklah berlawan siapa lebih slim.
This is normal.
Masing-masing nak jadi cantik supaya dapat attention.

Lagi satu tekanan sosial.
Ramai yang dah mula sedar keburukan overweight/obese dan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit.
That's why ramai sangat takut badan naik, walaupun cuma 2kg.
Nak kurus tak salah, tapi jangan sampai underweight.
Ideal weight is just nice.

Bila overweight, banyak benda payah nak buat.
Nak berdiri lama mengah.
Kaki sakit akibat tekanan dari berat badan.
Berjalan banyak pun semput.

Perut kena jaga, jangan sampai berlipat sebab bila perut berlipat, bahagian lipatan bawah perut cepat berpeluh menyebabkan bacteria senang membiak.
Itu yang selalu gatal-gatal kat bawah perut.
Lama-lama nanti bahagian lipatan jadi hitam.

Same goes tu bahagian paha.
Bila paha sama paha berlaga senang nak berpeluh and bacteria berkumpul.
Paha jadi mudah melecet and kulit jadi lebam.

Tisu lemak manusia membakar kira-kira 2 kalori everyday.
Manakala tisu otot membakar 7 kalori everyday.

Maka, cara yang paling bijak bukanlah burn fat tetapi increase muscle mass.
Sebab itu cara GC Plus bertindak adalah dengan increase muscle supaya lebih banyak kalori boleh dibakar everyday.
Sebab itu jugalah aku selalu ingatkan untuk peratikan size pinggang lebih dari angka pada penimbang.
Because size pinggang adalah indicator GC Plus is working.

Kalau badan setakat berisi tetapi tidak overweight, tak payahlah ambik GC Plus.
Lepas raya esok puasa 14 hari straight, insyallah turun 1-2 kg.
Bukan apa, kalau ambil GC Plus pun, korang masih kena diet kaw-kaw untuk buang 1-2kg kerana berat yang dah ideal memang payah nak turun.
That's why aku tak suggest ambil GC Plus kalau berat dah ideal.
Misi lose weight bukan untuk jadi kurus kering, tapi to hit ideal weight.
Kalau dah hit, dah lah. Kau nak apa lagi.

Kalau korang ambil birth control bukan tak boleh ambil GC Plus cuma aku tak galakkan.
Bukan apa, depending on age and individu, birth control boleh bagi kesan pelbagai pada penggunanya.
Ada yang increase appetite, ada yang increase water retention.
Secara semula jadi badan burn fat dengan perlahan.
Rugi ambil GC Plus sebab badan tengah 'kacau'.
Nanti bila takde progress GC Plus juga yang disalahkan.
Padahal badan dia yang tengah chaos.

Staff aku cakap ada yang berat dah ideal tapi perut buncit.
Ok, macam ni ya.
Kalau berat normal tapi ukuran perut/pinggang melebihi 34 inci (untuk wanita), this is obesity.
You may not be obese from a weight perspective, but you are obese from a waist perspective.
Ramai tak tahu kalau badan kurus tapi perut buncit adalah kesan dari STRESS.
Sebab bila stress, hormon kortisol meningkat.
Hormon ni akan kumpulkan lemak sekitar perut.
Jadi, banyakkan bertenang. Jagan stress.

Kalau dah faham ini boleh whatsapp 012-7728976 atau 013-7557424.
Ini ada 2 pakej istimewa.
Pakej ni memang sentiasa ada cuma tak ramai yang tahu kita ada pakej ni di website.
Ni aku highlite bagi korang nampak betapa specialnya pakej ni :)



2022-04-28

Membebankan anak dengan meminta duit.


Hari tu aku baca artikel ini 👆🏻.
Tentang parents di sebuah negara yang demand anak-anak bagi sekian-sekian jumlah duit bila dah kerja.
Kesian juga baca keluhan anak-anak ni.
Ye lah, masing-masing pun ada kehidupan dan impian sendiri.
Bukan tak boleh tolong, tapi kalau sampai mak bapak aturkan siap-siap berapa banyak duit anak-anak kena bagi tiap-tiap bulan, rasanya tak patut.
Ini bukan soal tak kenang budi, atau tak mahu membalas jasa.
Sebagai orang tua yang dah melalui fasa muda, fasa membina kehidupan, fasa membesarkan keluarga, bagilah anak-anak ruang dan peluang pula merasa fasa-fasa ni.
Seharusnya parents lebih tahu betapa banyak yang telah dikorbankan ketika mereka membina kehidupan dulu.
Salah satunya, duit.
Sepatutnya parents faham keadaan ni.

Jangan jadikan anak-anak sebagai retirement and financial plan.
Dulu pernah seorang follower cerita dia kena tanggung duit sewa rumah mak bapak, makan minum, bills mak bapak, etc.
Mak bapak pula malas nak masak sebab katanya hidup berdua lebih senang order.
Bayangkanlah kalau tiap-tiap hari order makanan.
Mak dia beli emas kat jiran ambik gitu je tak bayar sebab nanti anak yang kena bayarkan.

Selalunya anak-anak yang dapat mak bapak macam ni adalah anak yang baik, yang patuh je walau hakikatnya memendam rasa.
Mak bapak macam tu takkan dapat anak-anak yang jenis sound tegak macam aku ni.
Kerana Allah tu Maha Baik, kan.
DIA tahu aku jenis macamana, jadi DIA taknak aku tapau dosa kering maka DIA bagi aku mak bapak yang ada timbang rasa.

Minggu lepas ada luahan hati dari follower.
Korang semua excited nak balik beraya, rupanya wujud orang yang tak mahu sambut raya.
This lady cakap dia kena anxiety attack mikirkan nak balik beraya.
2 tahun tak balik beraya dia cukup tenang.
Puncanya, mak jenis mengatur 'tanggungjawab' anak-anak setiap kali beraya.

Everytime nak beraya, mak akan atur anak ni kena bagi berapa duit, anak tu kena bagi berapa duit.
Duit tu bukan duit raya tau, tapi duit persiapan nak sambut raya.
Kalau mak dia nak tukar langsir, nanti dia bagitau anak yang pertama berapa harga langsir.
Dah tempah dah pun, cuma anak kena bayar.
Kalau mak tempah kuih raya, nanti dia bagitau anak kedua pulak berapa jumlah harga kuih.
Baju raya pun sama, dah tempah baju nanti call anak seterusnya bagitau harga.
Anak tu yang kena bayarkan.

Itu baru persiapan katanya, belum lagi duit raya.
Duit raya untuk mak lain.
Dia cakap setiap kali beraya, belanja dorang adik-beradik sangat besar.
Bukan saja duit raya kena bagi, duit untuk mak bagi budak-budak datang beraya pun kena sediakan sekali.
Aku cakap kat dia, aku pun hulur juga belanja persiapan raya kat mak bapak aku.
Tapi setakat ni mak bapak aku tak menetapkan jumlah yang patut aku bagi.
Malah, dorang tak pernah minta pun.  

Rasanya anak-anak bukan tak mampu belanja mak bapak tukar langsir segala.
Tapi CARA tu yang buatkan anak terbeban.
Tanpa berbincang, tau-tau terus order. Lepas tu arahkan anak bayar.
Entahkan bulan tu kereta anak rosak kena repair ke, entahkan anak ada emergency yang perlu pakai duit banyak ke.

Ni karang ada yang kata "Tak rugi buat baik dengan mak bapak".
No, this is not about tak nak buat baik.
Memang dengan mak bapak kita jangan berkira. 
Mak bapak adalah makam yang tinggi di depan kita.
Cuma, kalau rasa sangat terbeban dengan demand mak bapak, cubalah slow talk dengan sangat berhati-hati.
Bukan apa, kalau tak kena gaya jatuh derhaka pula.
Tapi kalau dah sampai kena anxiety attack disebabkan hal balik raya, rasanya dah boleh pikir nak slow talk dengan mak bapak.

Parents macam ni wujud.
Kalau tak, takkanlah keluar artikel parents demand anak-anak bagi $1800 sebulan.
Dulu aku pernah tulis pasal ni.
Tentang seorang mak demand anak-anak bagi duit bulanan.
Seingat aku mak dia kata "Kalau setakat bagi RM500, baik tak payah bagi".
Dan seingat aku, budak ni cakap adik-beradik dia ramai.

Katakanlah "ramai" tu 5 orang.
Kalau sorang bagi RM500, besar juga nilai mak dapat.
Perbelanjaan RM2500 untuk mak bapak yang duduk kampung dan tak berkerja, takde hutang, aku rasa lebih dari cukup.
Maybe setakat nak hidup bolehlah. Untuk makan sehari-hari dan bil-bil, lepas.
Nak berjoli sakan tu tak dapatlah kot.

As parent, sepatutnya kita adalah ASET, bukan LIABILITI kepada anak-anak.
Kalau anak-anak terbeban sampai dah takde rasa seronok nak balik beraya, this is bad.
A wise parent would never make the children a retirement plan.
Memaksa anak-anak bagi sejumlah wang setiap bulan, macamana anak-anak nak menabung untuk masa depan pula?
Kalau sementara tengah berkerja ni tak dapat menyimpan, bila lagi nak menyimpan.
Itu pun kalau boleh simpan.
Ikut data Bank Negara, ramai yang RM10K pun takde dalam simpanan.
Nak membesarkan anak-anak sekarang dah tak sama macam anak-anak dulu.
Belanja sekarang besar.

Ada parents yang sentiasa menanamkan prinsip bahawa anak-anak kena bayar balik jasa dorang membesarkan mereka.
Salah satu cara adalah dengan bagi duit.
Kalau tak, habis diungkitnya penat lelah hantar kita ke sekolah, bagi makan, belikan baju, etc.

Bukan tak mahu bagi, tapi kalau sampai memaksa, entahlah.
Payah nak cakap isu ni.
Kalau orang silap faham, aku yang dinerakakan nanti.

Bibik aku pun dah start mengeluh-mengeluh je.
Kejap-kejap penat. Kejap-kejap kata nak balik tapi masih lagi kat sini aku tengok.
Dah 10 tahun kat Malaysia.
Sebenarnya dia bukan penat berkerja, tapi penat asyik kena hantar duit belanja.
Yang kat sana sedap tak payah berkerja.
Dia kat sini dari pagi membawa ke malam dok membersihkan rumah orang.
Dapat duit, kumpul, hantar ke sana.
Kerja penat-penat, tak dapat nak reward untuk diri sendiri.
Kalau aku pun penat gini. Dah macam hamba pulak.

Bibik aku dulu pernah bergaduh dengan anak dia sebab sebulan beli henfon 3 kali.
Puncanya, asal bergaduh dengan sesiapa je, campak henfon.
Pastu call mak mintak duit nak beli henfon baru.
Memanglah henfon yang dia belikan untuk anak murah-murah je tapi yang anak pun, kau ingat mak kau kaya ke yang kejap-kejap kau nak hempaskan henfon?
Perangai gini dapat kat mak aku tahulah nasib kau kena hempas pulak.
Kita ni pun kalau buat kerja macam nak rak tapi duit gaji kena perabiskan kat orang lain, sampai nak ganti coli pun tak dapat, lama-lama burnt out juga.

When we have decided to have children, kena terima tanggungjawab membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan.
Ini ingatan untuk aku sendiri juga.
Apa yang Mak Aji pernah cakap kat aku dulu, aku ulang balik pada Redza "Kalau dah kerja esok, taknak bantu mama tak apa, tapi jangan menyusahkan. Cukup-cukuplah apa aku dah bagi tu".

Tak sangka aku guna balik ayat mak aku ni.
Mak Aji dulu itulah yang diulang-ulangnya kat kitorang adik-beradik.
Maksudnya, taknak bagi dorang duit pun tak apa, tapi jangan duit dorang pulak yang aku mintak.

Anak-anak semua ada impian nak membahagiakan mak bapak.
Bagilah mereka ruang dulu.
Yang baru dapat kerja tu, janganlah dibebankan dengan tanggungjawab kewangan yang bukan-bukan.
Aku bersyukur mak bapak aku tak pernah lansung bercakap pasal "duit bulan".
Aku bermula dengan bagi RM100, kemudian RM250, kemudian RM ....dan seterusnya.
Masa awal-awal bagi RM100 rasa macam tak patutnya aku bagi sikit macam ni.
Tapi masa tu gaji aku RM1500 tak sampai. Nak buat macamana.
Kalau boleh semua aku nak cover masa tu. 
Nak bagi duit, nak belikan barang dapur, nak bayarkan itu ini.
Tapi tu lah, impian ada tapi perlaksanaan kena slow-slow.

Aku yakin semua orang nak bagi mak bapak segala-galanya.
Tapi kalau mak bapak demand hingga anak rasa terbeban, trust me, nak bagi RM50 pun akan rasa berat.
Some parents design their lives around their children.
Anak-anak menjadi ATM bergerak.
Mak bapak macam ni normally end up becoming miserable in life.
 
Anak-anak seronok berada di sisi parents ketika meniti hari tua, tapi parents tak bolehlah menjadikan anak sebagai source of wealth.
Balas jasa tu balas jasa juga, tapi kenalah ada timbang rasa.
Semoga anak-ana seronok ada dengan kita walaupun ketika dah tua nanti.


2022-04-27

Sampai bila nak hidup cara orang miskin?


Semalam aku dengar satu video tentang nafkah.
Penceramah kata nafkah hak isteri.
Macamana tinggi pun gaji seorang isteri, dia berhak mendapat nafkah dari suaminya, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Maksudnya lelaki tanggung semua.
Ok, fine. Hat ni settle.

Dia tambah, nafkah itu bergantung kepada kemampuan suami.
Kalau suami setakat mampu bagi makan dan tempat tinggal cara orang miskin, maka isteri kena terima hidup cara orang miskin.
Hat ni aku setuju juga, cuma persoalannya, sampai bila nak hidup cara orang miskin?
Adakah selama-lamanya?
Adakah berserah saja pada ketentuan?
Adakah tak perlu berusaha lebih, apa yang ada tu bersyukur saja?

Bukan apa, some people bila isterinya boleh hidup dengan cara miskin, dia jadi malas nak usaha lebih.
Kita sebagai khalifah di bumi disuruh Allah memakmurkan dan meramaikan bumi dan bekerja.
Bukan hanya berserah dan bersyukur tanpa berusaha.
Usaha kena maksimum.
Dapat tak dapat belakang kira, janji usaha kena max.
Bila penceramah semacam bagi "green light" supaya bersyukur saja apa yang ada, takut jadi misleading.
Manusia yang suka mengambil kesempatan ni ramai.
Puak-puak ni memang tunggu je statement-statement yang memenangkan sifat malas dorang.
Yang jadi mangsa anak bini.

Kat syurga je kita cuma berdoa dan dapat semua yang kita nak tanpa kerja keras.
Kalau kat dunia ni, tak maunya setakat doa dan syukur apa yang ada tanpa usaha.

Bila bercakap tentang rezeki, Allah dah sediakan banyak pintu rezeki.
Statement like "Tak payah susah-susah sangat cari duit, sebab rezeki tu Allah dah atur", I always feel there is something lacking in this statement.
Bukan menafikan rezeki sudah diatur, but the statement tu seolah-olah macam tak payahlah berusaha sangat, apa yang ada tu syukur saja.
This statement is quite disturbing to me. Macam ada yang tak kena.

Luckily, dulu masa kelas agama, topik ni ada dibincangkan.
Apa-apa pun, statement tu betul, cuma perlu penjelasan dengan lebih panjang lebar.
Kerana, rezeki itu bukan satu jenis, malah ada banyak jenis rezeki termasuk yang PERLU DIKEJAR dan yang tidak.
Potensi rezeki seseorang itu sangat besar kalau diusahakan dan disalurkan dengan baik.

Rezeki terbahagi kepada 9 peringkat (ke 8? Aku dah lupa).
Ada rezeki yang datang sebab bersyukur, sedekah, istighfar, dari anak.
Dan salah satu dari 9 ini adalah rezeki yang datang dari usaha.
Maknanya, usaha itu perlu.
Dalam erti kata lain, kalau 10 tahun lepas kita bagi anak bini makan "cara orang miskin", takkan selepas 10 tahun masih nak bagi hidup dengan cara yang sama?
Takkan boleh duduk berdoa saja nak rezeki lebih tapi tak berusaha?
Kerana boleh jadi rezeki yang kita mahu tu hanya boleh didapatkan dengan cara usaha.

Kan ada ayat Quran Allah kata "Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri".
It is on this basis we as humans must fight for our condition selagi hidup, termasuklah dalam urusan rezeki.
Tak ada salahnya berjuang mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik.
Siapa tahu rezeki itu nanti dapat membina kehidupan yang baik di akhirat.

Tapi tu lah.
Bila cakap macam ni karang ada pula yang ingat kita kena bermati-matian mencari rezeki.
Bukan macam tu, ya.
Tengok burung.
Pernah tak kita tengok sarang burung menimbun dengan makanan? Takde, kan?
Tapi tak pernah sekali pun burung kelaparan seumur hidupnya.
Malah mak burung hari-hari dapat bawak balik makanan untuk anak-anaknya.

Bukan untuk meniru burung dalam mencari rezeki, tetapi tirulah SEMANGAT burung dalam mencari rezeki.
Setiap hari burung keluar berusaha menjemput rezeki pada hari itu.
Dia tak risau tentang rezeki hari esok.
Itulah konsep burung mencari makanan.
Dia serahkan sepenuhnya urusan rezeki dengan bertawakal kepada Allah tetapi masih berusaha.

Yang dimaksudkan dengan "rezeki sudah dijamin" adalah Allah PASTI turunkan rezeki untuk mereka yang berusaha.
Dan rezeki itu diturunkan sesuai dengan kadar usaha setiap orang.
Sebab, akan ada tahap rezeki yang berbeza antara orang yang berusaha dengan yang malas.
Kat sinilah letaknya keadilan Allah.
Allah akan mengubah nasib suatu kaum jika kaum itu sendiri mahu berubah.

Jadi, tak ada excuse untuk kita tak berusaha hanya kerana Allah dah menjamin rezeki.
Kena faham yang rezeki bukan hanya duit.
Sihat, silaturrahim, nikmat iman - ini semua rezeki.
Cuma kita perlu pilih sama ada mahu bermalas-malas, terima apa yang ada saja, atau menjemput rezeki.
Allah memang sayang pada hambaNya yang banyak bersyukur.
Tapi Allah juga sayang pada hambaNya yang berusaha dan mahu mengubah hidup dalam masa yang sama tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima.


2022-04-26

Mana-mana shape wear termasuk korset TAK BOLEH buang lemak.


Penangan tahun ni orang boleh beraya, bukan setakat beli baju raya, GreenAard punya shapewear ni pun terpaksa restok 3 kali dalam masa sebulan.
Of cos la kena beli shape wear ni, banyak rumah nak pergi, kan.
Haruslah perut kekal sedap nak makan banyak.
Aku cakap kat En Wan, ini kalau kita join Starvendor, hari pertama je lah kita kat sana, lepas tu tutup kedai sebab stok habis.

Kebanyakan yang beli tanya "Middellyf ni boleh kuruskan badan, tak?"

Sejak aku launch shape wear ni awal tahun lepas, konsisten aku bagitau Middellyf Shaping Brief TAK BOLEH kuruskan badan, apetah lagi buangkan lemak.
Malah, mana-mana shape wear termasuk korset pun TAK BOLEH buang lemak.
Kalau ada yang claim shape wear dia boleh buatkan si pemakai kurus, itu semua membongak.

Ok let me explain what I mean.
Kita talk science lah, ya.

Badan kita terbina daripada makanan yang kita makan.
Lemak yang ada dalam badan depends entirely on what food you give to the body.
Shape wear hanyalah cosmetic temporary fixes.
Dia tak bagi effect on actual body toning whatsoever.
Sebab, shape wear tak ada contact dengan abs muscles, dia cuma compress-kan the area saja.
Maka, shape wear WON'T do anything to your figure permanently.
Takde maknanya a piece of fabric boleh buang lemak badan.

Middellyf Shaping Brief tak terkecuali.
Apa yang Middellyf boleh buat adalah memberi ilusi badan yang lebih rata dan lebih ramping.
Dan ini adalah temporary effect.
Maksudnya, semasa pakai Middellyf saja perut kau merata.
Bila kau tanggalkan, perut kembali ke bentuk asal.

Mekanisme tindakannya bagaimana?

The science behind Middellyf Shaping Brief adalah, bila kau pakai, ia memindahkan lemak ke ruang di mana otot dimampatkan.
Lemak diratakan ke kawasan yang lebih dikehendaki dan bukan hanya duduk di bahagian tengah badan je.

"Baik tak payah pakai kalau bagi temporary effect saja".

Dude, let’s face it.
Maybe sekarang kau tinggal 5 kg saja lagi nak capai ideal weight tapi kau nak pakai jeans.
Malangnya jeans tu muat-muat ke bila dipakai.
Tak bernafas pusat kau.
Kalau terbersin, mau tercampak butang jeans.
So nak buat macamana?
Nak turunkan 1 kg berat dalam masa yang singkat macam tak sempat.

Waktu ni lah kau sarungkan Middellyf.
Dia memang takkan buatkan berat badan kau turun 1 kg serta-merta, but it helps you slip into your favourite jeans.
Caranya, Middellyf "mengecilkan" bahagian-bahagian badan dengan cara meratakan lemak.
Barulah bernafas sikit pusat kau bila pakai jeans tu nanti.

Another scenario adalah, minggu depan dah nak raya.
Masing-masing nak nampak cantik bila berjumpa orang.
Makan dari satu rumah ke satu rumah boleh buatkan perut bloat.
Kalau pakai Middellyf, legalah sikit perut tu.
Takdelah bengkak sangat lepas mentekedarah.

Perasan tak lepas kita bersalin dulu, kita pakai girdle. Kenapa?
Untuk bagi sedap perut supaya perut tu tak terbuai-buai bila berjalan.
Itulah juga fungsi Middellyf, untuk meratakan lemak.
Bezanya, Middellyf Shaping Brief ni dibuat dengan Spandex/Cotton.
Material ni lebih kukuh and kuat berbanding girdle biasa.
Dan yang paling penting, getah pinggang pada Middellyf ni tak melorot bila membongkok (rukuk time solat).
Nak pakai time solat pun selesa.

Ok, why GreenAard pilih material spandex, dan bukannya material macam korset?
Kerana, metarial spandex bagi excellent shaping untuk waistline. 
Bukan saja dia boleh kecilkan lekuk pinggang tapi melicinkan lekuk pinggul dan angkat punggung sikit.
 
Middellyf ni bukan korset, ya.
Dia takkan bagi kau berasa sengkak sampai tak boleh membongkok atau tak boleh nak bernafas dengan betul.
Fungsi Middellyf ni cuma nak menonjolkan garis badan, bukan nak ubah dimensi badan.
That's why aku cakap tadi Middellyf bagi temporary effect saja.

Korset, on the other hand, mengubah bentuk badan secara kekal (eventually).
Cara pemakaian korset tu sendiri kena pakai dengan ketat.
Tu pasal orang-orang dulu pakai korset dia tarik tali tu sekuat-kuat ada nak bagi bentuk pinggang ramping.
Eventually, dimensi badan berubah disebabkan pressure dari korset.

Lagi satu beza antara korset dan Middellyf adalah, korset dipakai secara rutin, dan lebih ketat dari masa ke masa.
That's why korset ada cangkuk (hook), supaya semakin lama semakin cangkuk yang lebih dalam.
Middellyf ni korang tak payah pakai dengan rutin.
Nak pakai masa keluar rumah saja pun takpe.
Sebab tujuannya cuma nak bagi perut, pinggang and paha nampak lebih solid and rata. Takdelah nampak "muffin top" tu.

Macam ni ha 👆🏻.
Bila pakai Middellyf, muffin top tu meleper sikit.
Nampaklah cantik sikit curve pinggang.

Kalau perut berlipat, Middellyf akan buatkan lipatan perut tu 'hilang'.
Untuk yang perut tak buncit maybe rasa "Takde function lah kalau macam tu".
Tapi yang berperut buncit saja tahu betapa berfungsinya Middellyf bila perut tu dah tak terbuai-buai lagi.


2022-04-25

Amber Heard - manipulative and selfish.

Semalam aku up ini.
Mesti ada yang berbisik-bisik "Kes Bella taknak follow, tapi kes Johnny Depp follow pulak".

Kes Bella tu, aku rasa siapa yang follow aku sejak dari zaman tok kaduk dah faham aku memang tak suka nak share atau ulas apa-apa isu yang ada kaitan dengan kanak-kanak. Fullstop.
Kes Johnny and Amber 'Bitch' Heard ni aku follow sebab pattern Amber seperti pernah aku kenal dulu.
Pattern SAIKO.
Ok, yang tak tahu kes ni, meh aku ringkaskan.

Kes ni bermula hangat dari statement Heard kat newspaper yang dia adalah contoh seorang public figure yang didera oleh pasangan.
Walaupun Depp was not explicitly mentioned dalam statement tu, tapi tahun 2018 dia dah kawen dengan Depp kot.
Kau nak cakap apa sebenarnya, kan.

Awal-awal dulu nampak macam Depp ada potensi untuk mendera Heard seperti yang dia claim sebab semua tahu Depp ada history of alcohol and drug use tapi penderaan masih belum dapat dibuktikan lagi.
Actually sebelum kawen lagi couple ni dah ada macam-macam cerita yang tak best.
Heard claim before kawen Depp pernah pukul dia.
Reason? Heard kata Depp pukul sebab dia make fun of tatoo Depp.
Depp ada tattoo "Wino Forever" (Winona). Tapi Depp denied.
Dia kata kenapa sampai nak memukul pulak just because someone made fun of tattoo dia.

Which aku rasa statement Depp tu masuk akal.
Like, kamon lah. Heard tu bukannya bini pertama.
Depp dah pernah bercinta dengan beberapa orang sebelum tu.
Ex-gfs dia mesti notice tattoo nama Winona tu.
Dan aku yakin semua ex-es dia pernah jeles dengan tattoo tu dan maybe pernah make fun of that too.
Jadi, bila Heard kata dia dipukul hanya kerana that tattoo, that is so absurd.
To Depp, new gf jeles and make fun of that tattoo is normal.
Takde de sampai memukul segala.

The next accusation by Heard was bila dia kata Depp assaulted dia dalam private plane.
That also happened sebelum kawen.
Tapi yang peliknya tu, walaupun tuduh Depp macam-macam, tetap gakkkk berkahwin.
Kalau ikut lojik akal, kau dah kena pukul dengan bf SEBELUM berkahwin, kenapa kau masih consider that laki untuk jadi husband kau?
Yang tak betul siapa skarang?

Depp kata jarinya pernah ter-cut during an argument.
Kisahnya, lawyer Depp mintak Heard sign prenup.
Heard bengang, dia baling botol vodka kat Depp, jari tengah tercut dari serpihan botol tu.
Masa awal-awal dulu, netizen dah pernah bergosip pasal Heard cederakan Depp tapi Depp lied about this incident sebab nak protect Heard.
Tapi trial yang baru-baru ni Depp memang all out.
Semua dia cerita termasuklah kes baling botol ni.

Ok, look.
Ciri-ciri saiko antaranya adalah membuatkan orang lain rasa bersalah.
Macam Amber Bitch ni lah.
Padahal punca jari Depp terhiris adalah disebabkan dia baling botol tu.
Tapi somehow dia buatkan Depp rasa bersalah.
In this case Depp develop rasa bersalah sebab minta Heard sign prenup.
Sedangkan prenup tu a contract created by them BEFORE they are married.
Kalau kau tak setuju, janganlah kawen. Simple.
Yang sampai nak marah baling-baling botol dah kenapa.

Tahun 2015, dorang berdua kawen.

Aku yang bukan fans Depp ni pun boleh notice "perubahan" Depp lepas kawen dengan perempuan saiko ni.
Depp bukan baru pertama kali bercinta.
Dia pun bukannya artis suam-suam kuku.
Punyalah selama ni dia bercinta sana sini takde pun news kata dia kaki pukul.
Bila dengan Heard ni je macam-macam perangai buruk Depp keluar (katanyalah) dari sebelum kawen sampai lepas kawen.

Dalam trial baru ni juga, Depp bagitau Heard pernah berak atas katil dorang, ketika Depp tengah tido kat sebelah.
Aku tak sure najis siapa yang dia lumur kat katil tu, kalau tak salah aku taik dialah.
Tapi Heard cakap itu taik anjing belaan dorang.
Ok ni kelakar. Taik orang dengan taik anjing takkan tak boleh beza, sundal.
Aku yang tak bela anjing pun tahu beza taik anjing macamana.
Logically, kau bela anjing sekian lama takkanlah anjing tu tak reti-reti berak di tempat yang betul?
Nak jugak berak atas katil tuannya?

Saiko tak saikonya di Heard ni, dia boleh call kawan-kawan Depp nangis-nangis bagitau dia kena pukul.
THIS! Ini satu lagi perangai saiko yang cukup aku kenal!
Seorang saiko tegar hanya akan mengadu pada kawan-kawan dan keluarga kita.
Dia takkan mengadu kat kawan-kawan dia atau mak bapak dia.
Si Heard ni gitulah.
Dia kata dia kena pukul dek Depp kan, tapi pelik kan dia pegi call kawan-kawan Depp untuk mengadu.
Apesal dia tak mengadu kat kawan-kawan dia sendiri?
Maybe kawan-kawan dia pun tahu dia saiko.

Orang-orang macam ni dia takkan mengadu kat kawan and keluarga sendiri sebab tektik ni dia dah guna untuk relationship dia yang terdahulu.
Kalau dia mengadu hal relationship sekarang kat kawan-kawan sendiri, mesti orang boleh syak "Apesal kau asik kena pukul ni? Mesti kau yang something wrong".
Tu pasal orang saiko dia menagih simpati kat kawan-kawan and keluarga kita.
Alah, aku dah masak sangatlah pattern saiko ni.
Kau takyah kencing akulah, Heard.

Dalam trial baru ni, Depp cakap masa Heard buat call kat kawan-kawan mengadu Depp pukul, Heard cakap "Stop hitting me Johnny!" even though he was standing nowhere near her.
Saiko, kan?
 
Seriously aku percaya lakonan Heard tu berlaku.
Bab lakonan ni sumpah kau takkan terfikir seorang saiko tergamak nak berlakon macam tu sekali.
But trust me, it happened.
To them, setakat menipu ni takde hal.
Kena tumbuk dengan orang sampai hidung berdarah tapi cakap kat orang lain dia ada penyakit kronik tu pasal hidung berdarah.
Lalu, masyarakat merasa kasihan.
Bila si saiko ditinggalkan, masyarakat mula menghencap kata kita takde timbang rasa, takde belas kasihan, tak kenang budi meninggalkan orang yang sedang tak berdaya. Khinzirnya la hai.

Tahun 2015 kawen, tahun 2016 Heard dah filekan divorce.
Puncanya, dia kata Depp baling phone kat muka sampai lebam.
Tapi kes tu was investigated by police and dorang kata tiada jenayah berlaku.
Depp kata tuduhan Heard tu maybe percubaan untuk dapatkan duit.
Halah, memang nanpak sangatlah.
Kawen 2015, tahun 2016 kau file divorce.
Dalam setahun tu kejap-kejap kau cakap kena pukul.
Nampak sangat dia dah plan modus operandi nak cekau harta Depp.

Tapi Heard menang trial tu, dapatlah $7M.
Dia menang pun aku rasa sebab Depp banyak tak ceritakan hal sebenar sebab takut perempuan ni bunuh diri.
Tapi Heard kata duit tu dia tak ambik pun malah sedekah kat charity.
Nak tercirit aku dengar.
Orang saiko ni dari 10 perkataan dia cakap, 11 takleh percaya.
Tu nak tunjuk betapa takleh percayanya cakap dorang ni.

Tahun 2019, Depp file saman $50M against Heard bila Heard buat statement dia adalah public figure representing domestic abuse.
Halah halahhhh feeling nau nak jadi duta.
Nak jadi duta Dior tak dapat, maka angkatlah diri sendiri jadi duta representing domestic abuse.
Jiwa kacau betul nampaknya.

The suit yang Depp filekan adalah Heard sebagai pelaku domestic abuse.
Depp dah panas hati sangat gamaknya ni.
Tapi kau tau Heard buat apa?
Dia buat counterclaim.
Demi nak batalkan saman Depp, dia cakap parut kat tangan dan kaki dia adalah kerana Depp pernah seret dia lalu atas serpihan kaca.
Drama, kan? Dan-dan kau pun ada parut.
Dah cerai baru nak bangkit hal parut?
Dulu masa awal-awal trial apesal tak timbul isu kena lalu serpihan kaca ni semua?

Trial yang baru ni Depp releasekan recorded conversation antara dia dengan Heard sebelum bercerai dulu.
Dalam rekod tu Heard cakap "I'm sorry. I didn't hit you across the face in a proper slap, but I was hitting you. I don't know what the motion of my actual hand was, but you're fine, I was hitting you."

Pastu Depp cakap "I left last night because I just couldn't take the idea of more physicality, more physical abuse on each other. Because had we continued it, it would have gotten fucking bad. I'm scared to death we are a fucking crime scene right now."

Kau nampak tak ayat Depp tu menunjukkan pompuan gila tu boleh menggila babi kalau angin anjing gila dia sampai?
This is another trait of seorang saiko.
Dia boleh mengamuk macam nak gila sampai menyusahkan semua orang.
Jangan tanya aku lagi macamana aku boleh tahu ciri-ciri saiko ni.
Aku penat dan menyampah dah nak cerita ulang-ulang benda lama.
Tapi trust me, Heard adalah saiko!
Apa yang Heard cakap tu adalah ciri wajib seorang saiko.
Dia boleh mengamuk meroyan macam nak kiamat, lepas tu dia pujuk kita dengan nada yang sweet-sweet macamkan perkara yang berlaku tadi takde apa-apa.

Dan situasi Depp tu aku faham sangat.
Depp beralah, bukan kerana dia sayang tetapi dia kesian. Dan takut.
Depp cakap dia tak tinggalkan Heard dan selalu mengalah sebab setiap kali bergaduh Heard ugut nak bunuh diri.

Pehh! The moment dengar perkataan "nak bunuh diri", serta-merta darah aku mendidih.
Orang saiko kalau tak cakap nak bunuh diri, tak sah.
Perkataan bunuh diri tu tepi bibir dia je.
Manjang je nak bunuh diri.
Nak kelar tanganlah, nak terjun jambatanlah, nak telan panadol sepapan lah.
Tapi, kau tengok mati tak si Heard tu lepas kena cerai?
Tak, kan? Elok je hidupnya.
Tu pasal aku cakap orang saiko ni kalau dia ugut nak bunuh diri, kau hulurkan je pisau.
Takde maknanya dia nak cederakan diri dia.
Orang macam ni acah-acah je berani mati padahal dia la paling takut mati.

Padan muka kena dumped dengan Elon Musk. 
Nampak sangat betina ni nak cekau lelaki kaya je.
Dia file cerai 2016, settle bercerai year 2017.
Tapi on the same 2017, dia broken up dengan Elon Musk.
Kau rasa? Siapa yang gatal pepek sekarang?
Reason kena dumped adalah sebab Elon Musk heard certain things about her behaviour that didn’t sit well with him. Adan uke.
 
Tapi aku respect keberanian Depp rekod conversation dia dengan Heard sampai semua boleh dengar confession Heard mengaku pukul Depp.
Selalunya gitulah, bila dah tak tahan sangat, keberanian tu akan datang juga.
Dan si bodoh Heard mesti tak sangka Depp rekod conversation tu. Padan muka.
Dia ingat Depp tu bodoh sangat ke sampai nak biar diri dibuli selamanya?
Tak, ya. Yang bodoh tu kau sebab tak pernah terlintas kau akan dikenakan balik.

Jangan underestimate apa orang yang di-abused oleh pasangan boleh buat.
Mula-mula Depp layankan je perangai gila kau nak pukul, nak menipu, nak buat cerita, nak berlakon.
Ujung-ujung confession kau kena rekod.
Ujung-ujung perangai sebenar kau terserlah.
Ujung-ujung awek senyap-senyap balik bertunang dengan orang lain. Eh.



 


2022-04-24

If you don't have it right now, you don't need it right now.


Aku nampak ini tadi lalu kat newsfeed.
Memang betul apa yang Puan ni tulis.

Berkerja sendiri adalah self-employed.
Jika perniagaan tu tidak boleh berjalan sekiranya bukan kita yang buat, bermakna you are a self-employed, bukan bisnes.
Walaupun ada perkerja 4 orang tetapi jika produk yang diusahakan tidak dapat dihasilkan tanpa kau yang buat, itu juga masih self-employed.
Contohnya, home cooked business.
Walaupun ada tukang ambil order dan runner, tapi jika makanan itu takkan terhasil tanpa kau sendiri yang masak, you are a self-employed.

Apa yang Puan tadi cakap boleh diringkaskan dalam gambar di atas ☝🏻.
Bisnes adalah apabila kerja kau tetap bergerak walaupun kau sedang bercuti 40 hari buat haji.
Kau takde di ofis, masih ada yang respond pada whatsapp customer, marketing masih berjalan, delivery masih berjalan.
This is a business.
Maksudnya business adalah satu sistem yang menggerakkan perniagaan. Kau takde pun takpe.

Yang sedang self-employed jangan triggered dengan tulisan Puan tadi.
Dia bukan memperlekehkan sesiapa, tetapi dia menjelaskan fakta.
Ramai yang triggered nampaknya (di ruangan komen beliau).
Maybe perkataan “kaya” tu yang orang triggered.
Yelah, namanya pun manusia.
Mesti tak suka bila orang kata kita belum kaya kalau masih self-employed.
Jangankan self-employed, yang makan gaji pun rasa sakit hati bila dikatakan makan gaji tak boleh kaya, betul tak?

Kalau dari segi konsep, aku bersetuju dengan Puan tadi.
Tapi kalau dari sudt kekayaan, walaupun dia juga mungkin betul, aku tetap ada pandangan, nak kaya hanya perlu dua perkara iaitu:

1. Kurang spend
2. Banyakkan savings

Itu je formula yang nampaknya menjadi untuk semua orang tak kita bisnes, self-employed atau makan gaji.
Maybe apa yang Puan tu maksudkan adalah keperluan untuk GROW sekiranya mahu lebih selesa.

Aku berpengalaman jadi self-employed.
Memang duit dapat kat kita sorang, tapi PENAT.
Sebab kita sorang berkerja.
Umur muda masih belum terasa.
Kalau umur dah 35 and above nak buat semuanya sendiri hari-hari, eventually kau akan rasa exhausted, burnt out dan mudah nak give up.

Tapi tak apa.
Jangan rushing hanya kerana orang melabelkan kita belum kaya sebab self-employed.
Buat kerana kita mahu buat, bukan untuk dapatkan approval orang.

Years ago I used to think "Kalaulah ada bangunan ofis sendiri..", "Kalaulah ada lebih ramai pekerja...", "Kalaulah aku boleh dapat lebih lagi...", "Kalaulah aku ada kedudukan..”

Selalu ada something yang aku rasa tak cukup, tak ada dan tak boleh buat.
Ada je benda yang aku tak puas hati dengan diri aku, especially bab achievement.
One day aku terbaca “pada hari seseorang itu mati, bermakna semua rezekinya telah habis diberi”.
Dari sejak tu aku belajar appreciate apa yang aku ada SEKARANG.
Because, walaupun ada masanya aku rasa apa yang aku ada now tak cukup, aku percaya apa yang ada sekarang adalah apa yang aku perlukan SEKARANG.
Strength yang aku ada hari ni adalah strength yang aku perlukan SEKARANG.
Mungkin apa yang aku ada sekarang tak cukup untuk esok lusa, but that's ok.
Esok cerita lain. When tomorrow comes, insyallah Allah datangkan kecukupan untuk esok pula.

Bukan maksudnya aku aim untuk hidup untuk hari ni saja. Tak, bukan macam tu.
Dulu aku selalu mengeluh "Kalaulah aku ada tu...", "Kalaulah aku boleh buat macam tu..."
Bukan tak bersyukur, tapi sometimes kita ada rasa "Dah lama aku ada di takuk ni, kalau boleh nak gerak ke level yang lebih ok".
You get me?

Selepas beberapa kejadian, aku mula belajar that, sebenarnya aku dah ada talent, ada qualifications, ada experience yang aku perlu SEKARANG.
It may not be as much as somebody else tapi takpelah sebab segala yang aku ada SEKARANG adalah semua yang aku perlukan sekarang.
Contoh, masa aku pakai kereta aveo green apple, terdetik hati aku nak pakai CRV.
Menggeletis tak hengat nak pakai CRV, for no reason.
That was year 2004.
Stress je rasa everytime CRV potong kereta aveo aku.
Sampai macam tu sekali aku punya teringin.

Lama juga aku pakai aveo, sampai dah run own company baru bertukar kereta.
Sampai dah hilanglah minat kat CRV baru tukar kereta baru 😆.
Bila sampai masanya aku bertukar kereta, aku beli bukan sebab berlebih duit tetapi sebab keperluan untuk dapatkan kereta yang lebih 'tegap'.

Tahun 2010 aku banyak buat demo instrument ke sana sini.
Aku cakap kat En Wan, kalau bawak SUV nampak 'besar' sikit atas jalan, takde la takut kena road bully ke apa ke, sebab aku banyak bergerak sorang.
Lagipun SUV tegap sikit nak mengangkut instrument.
Akhirnya aku beli new car.
Bila dah beli new car aku realized aveo yang aku beli dulu was all I need.
Masa aku tergedik-gedik nak tukar CRV dulu sebenarnya aku tak perlukan lebih dari itu pada ketika tu, takde keperluan pun.
Bila masanya tiba when I need more, Allah gave me new car yang lebih praktikal.

Samalah juga dengan kerjaya.
Masa aku terpaksa berpuas hati dengan kerjaya sebagai seorang sales (sedangkan berangan nak jadi saintist), aku rasa being a sales person was a low-level job.
Setakat nak jual barang tak payah blaja tinggi-tinggi score good pointer.
Terasa rendah diri sangat bila orang tanya, “Kerja apa?"

Allah...malunya nak cakap "Sales and Marketing".
Rasa low class sangat.
Now, baru aku nampak hikmahnya.
Being a sales and marketing exec was all I need back then.
Bila sampai masanya to be promoted, nothing can stand against Allah.

Banyak betul hikmah bersyukur.
Padahal dah tau dah benda ni.
Berbuih dengar cikgu cakap, ustaz cakap, baca buku pun dia cakap benda yang sama.
Banyakkan bersyukur.
Banyakkan bersyukur.
Kurangkan mengeluh.
Kurangkan membanding-bandingkan.
Tapi lumrah manusia kan, always nak lebih dan nak perkara tu berlaku dengan cepat tanpa kaji apa keperluannya.

"Kalaulah ada banyak duit...."

Kalaulah sekarang kita memang perlukan banyak duit dan Allah menahan duit tu dari sampai ke kita, itu maknanya Allah tak adil.
Hakikatnya, Allah sedang atur jalan paling sweet untuk duit tu sampai kepada kita.
Dia tengah line up the right people.
Dia plan masa yang betul supaya duit itu sampai pada kita pada waktu yang tepat di saat kita cukup bijaksana untuk mengatur duit yang banyak.
That means, if you don't have it right now, you don't need it right now. Trust HIM.

Macam kisah Nabi Daud bunuh Jalut dengan lestik.
Kalau Allah nak bagi Nabi Daud machine gun, dah lama Dia bagi.
Tapi Dia tahu dengan lestik tu dah memadai nak bunuh Jalut.
Kisah Nabi Daud bagi pengajaran bahawa apa yang kita ada sekarang adalah apa yang kita perlukan to fulfill our destiny.
Akan sampai masanya bila apa yang kita ada tu tak cukup atau tak sesuai, Allah will give more.

Ketika ada sesuatu mula menghalang perjalanan kita ke next level, pada waktu tu nanti pertolongan Allah yang seterusnya sampai.
So kalau apa yang kita nak tu tak tercapai lagi, jangan pernah terfikir ia takkan terjadi.
Kalau takkan terjadi as we planned, pasti sesuai sangat dengan keperluan kita pada waktu tu.

Pernah tak kita nak menulis sesuatu tapi idea takde.
Puas kita selak buku sana, buku sini, google itu ini, tetap ilham takde.
Segalanya macam tak kena.
Tapi bila waktunya sampai, hah kau, berlumba-lumba ilham keluar sampai otak kau bergerak lebih laju dari tangan.
Apa yang kau tulis pun kadang kau tak boleh baca sebab mencatat terlampau laju.
Orang kata, kalau tulisan tangan kita macam tulisan trengkas, itu maknanya otak lebih laju bergerak dari tangan.

Sometimes bila aku bercakap sorang-sorang, aku bukannya aku berangan.
Kebanyakkan masa aku bercakap untuk diri sendiri, as if sedang memotivasikan diri sendiri.

"Aku kerja sorang..."
--> No! Buat masa sekarang, kerja seorang memadai.

"Staff aku 5 orang. Tak tambah-tambah pun. Orang lain dah bertambah”.
--> No! These 5 people are all I need.

"Bilalah agaknya dapat keluarkan new produk. Takde idea”.
--> No! What I already have in store are all I need.

Itu antara kata-kata yang pernah aku pikirkan bila lepak sorang diri.
So boleh nampak tak kecelaruan orang yang suka bercakap sorang-sorang ni?

Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan bila kita perlu.
That's why tak perlu compete dengan orang lain.
Buat menambah stress je bila kita always nak lebih dari orang lain.
Bendanya belum tentu dapat, tapi sakit hati dah dapat dulu.
Kita tak ada keupayaan untuk menang kalau kemenangan tu belum kita perlukan.
Jangan underestimate apa yang kita ada now.
It may look small and insignificant.
Tapi apa yang kita ada now cukup untuk SEKARANG.

Kadang-kadang, tak cukup sekadar kata "Aku percaya Allah ada".
You have to have faith in what Allah has given you too.
Apa yang kita nampak kecil dan tak cukup, tak susah kalau Dia nak pusingkan jadi banyak.
Jangan pandang rendah dengan permulaan yang kecil.

"Kerja dari rumah tak style. Ada ofis sendiri barulah gempak".

"Dapat offer semuanya kerja gaji kecil. Aku nak kerja gaji besar”.


Look. What Allah has given you right now may seem small, tapi jangan sampai membutakan mata hati.
Use what you have, nanti Allah akan tambah.


2022-04-23

Duduk rumah dengan anak, anak akan jadi lebih baik?


Good Morning Tganu!

Semalam dah sampai Tganu.
Balik untuk hantar mok saja.
Tahun ni giliran beraya di Bangi.
Kejap je ni, malam ni lepas berbuka balik semula ke PH.
Legalah dapat berbuka nasi minyok, pulut lepa, nasi dagang, bubur lambuk Tganu.
Hari ni aku nak pekena air buah Apit Buke Pintu.
Gitu dia planningnya. Baru pukul 10 pagi 😁.

Ok. Ada pertanyaan di IG.
This mother tersepit di antara 2 pilihan.
Yang pertama, kerjaya. Yang kedua, anak-anak.

Dia kata kalau tolak bebanan kerja [yang bos bagi], reputasinya akan terjejas.
Tapi kalau dia terima bebanan kerja, masa dengan anak-anak pula berkurang.
Dia takut nanti di akhirat akan disoal kenapa kurang bagi perhatian pada anak-anak.

Ok look.
Kebanyakkan kita always anggap luangkan masa yang banyak dengan anak-anak boleh buatkan anak membesar dengan lebih baik.
Dan selalunya "lebih baik" bermaksud anak cukup makan, makan makanan berkhasiat, anak berakhlak, beradab, berdisiplin, dan segala yang positif.
Selalunya orang "menjual" situasi ini untuk wujudkan perasaan bersalah pada ibu-ibu yang berkerja.
Macam buat salah pulak berkerjaya ni.
Ramai mak bapak kita yang dulunya berkerja.
Aku asal dari Bandar Baru Bangi, kebanyakan kawan-kawan mak bapaknya berkerja.
Alhamdulillah ok nampaknya kawan-kawan aku.

Sebenarnya, just "being there" isn't enough.
Ada mak bapak always ada dengan anak-anak tetapi tak membantu banyak perkembangan anak.
Orang kata absent parenting.
Ada, tapi tak bagi impak. Secara emosi, tak ada impaknya.

Meluangkan masa dengan anak-anak bukan bermakna perlu duduk dengan mereka lebih lama.
If you are not able to express love, affection dan attention yang sepatutnya kepada anak-anak, you are being present but absent.
Walaupun work from home, kalau masing-masing busy mengadap kerja, anak-anak tetap rasa sunyi and disisihkan, even in a house full of people.

Apa guna sehari suntuk ada kat rumah dengan anak but you are not approachable sebab busy buat kerja sendiri?

Apa guna banyak masa dengan anak-anak kalau kita busy tengok tv, layan internet, anak buat hal dia, kita buat hal kita?

Apa guna ada dengan anak dari pagi sampai petang kalau anak tetap pandai-pandai kaulah study sendiri, pandai-pandai kaulah buat ke tak homework.

Can you understand what I mean?

Kalau kita ukur perhatian pada anak melalui berapa banyak waktu kita spend di rumah berbanding di tempat kerja, maknanya mak bapak yang anak-anaknya duduk boarding school adalah mak bapak paling teruk di dunia.
Why? Sebab mak bapak ini (seperti aku) "spend" time dengan anak-anak time cuti skolah je.
Itupun bukan sepanjang cuti skolah duduk dengan anak sebab kami terpaksa pergi kerja.
5 tahun anak aku di sekolah asrama, adakah tanggungjawab aku as mak terlepas?

Kadang aku pelik bila some people kata "mak bapak yang hantar anak ke skolah asrama nak lepas tangan dari tanggungjawab menguruskan anak".
Padahal bukan kami lepas buta-buta je anak tu kat sana tanpa pemantauan.
Yang anaknya duduk jauh ni saja tahu betapa aktifnya mak bapak memantau perkembangan anak-anak.
Sentiasa ambil tahu apa aktiviti, keperluan dan masalah anak-anak.
Dia umpama kau ada long distance relationshiplah.
Walaupun jauh, kenapa relation masih utuh?
Because ada communication. Ada attention.
Communication is the most important aspect of ANY relationships, even more so when it’s the long-distance type.
Tak kiralah kita jauh atau dekat dengan anak-anak, yang penting adalah komunikasi.
Duduk rumah bersama dari pagi sampai petang tapi kalau tak ada emotional attachment, no point juga.

We are talking about konsistensi dan kelakuan mak bapak ketika bersama anak-anak.
Kebanyakan mak bapak tak sedar akan ini tetapi anak-anak ada great intuition.
Dorang boleh rasa our mood and feelings.
Sama ada kita seharian mengadap laptop atau kita cakap "Mama tengah busy ni, jangan kacau", the effects on the child will be similar.

You don't have to be perfect.
You don't have to always be paying close attention to them.
Apa yang kita perlu buat is, bila berada dengan dorang, give your heart and body.
Kalau kita hanya ada 1 jam, maka satu jam tu betul-betul give them your attention.
Anak-anak ni manusia macam kita.
Kita yang dah besar ni pun, kalau masing-masing suami isteri ada kat rumah tapi yang sorang asyik mengadap henfon, mesti yang sorang lagi rasa tersisih dan bosan walaupun pasangan ada depan mata, betul tak?
So, being there tetapi absent pun tak guna.

Aku pun seorang anak. Pernah jadi kanak-kanak.
Mak bapak aku bekerja.
Bapak aku sebulan kadang-kadang 1-2 minggu je ada kat rumah, selebihnya outstation.
Mak aku balik kerja sampai rumah 4.30pm, atau 5pm.
Balik kerja rest.
Pukul 6pm atau lepas Maghrib baru kitorang lepak sama-sama, makan sama-sama, tengok TV.
Itupun sampai 9.30pm je, lepas tu kena perambat naik tido.
3 jam setengah saja setiap hari masa yang diperuntukkan untuk kitorang adik-beradik.
Rasanya semua mak bapak pun macam tu [kalau both parents bekerja]. But kita ok, kan?
Walaupun hanya 3 jam setengah, waktu tu kita gunakan betul-betul dengan mak bapak.

Masa makan, masing-masing makan bersama and gunakan waktu tu untuk tanya "Kat skolah buat apa hari ni?"
Nanti lepas makan, lepak jap sama-sama depan TV tengok Airwolf, The A-Team, McGyver, Knight Rider and Magnum P.I.
Sama-sama excited, sama-sama menjerit, sama-sama enjoy.
Padahal cerita tu semua 30 minit je tapi 30 minit yang menyeronokkan sebab semua 'participate'.
Itu akulah dulu dengan parents aku.

Jangan ingat bila kita terpaksa bekerja lebih masa, bermakna perhatian pada anak-anak kurang.
Maybe anggapan macam ni lah yang buatkan ada mak bapak takut betul nak bersosial, takut nak terima tugasan kerja tambahan on weekends dan takut bercuti tanpa anak-anak.
Takut benau anak kurang perhatian.
Rasa bersalah menebal bila suami isteri keluar berjalan tapi anak-anak tak bawak, tinggal kat rumah.
Alahai...sometimes parents need to zone out.
Mak bapak pun manusia juga, perlu time alone to recharge and refresh.
That's normal and that's okay.

Anak-anak tak perlukan masa yang banyak dari mak bapak untuk dorang rasa disayangi.
Yang diperlukan adalah small daily moments dari kita tapi penuh dengan kasih sayang.
They need to know we care.
They need to know they belong.
They need to know we're available. Cukup.


2022-04-21

Mana ada lemak hilang 5 kilo dalam masa 2 minggu?


Salam Ramadan Day 19, malam ke 20.
Bermulalah 10 malam terakhir Ramadan.
Kejap je pulak rasanya.

By the way, ni baru nak lepak-lepak check email.
Hari ni busy yakmat. Masak pun tak. Beli je hari ni.
Kejap tadi aku baca history live chat kat website GreenAard.
Kisahnya this lady nak beli GC Plus and Middellyf (shape wear).
Dia nak urgent sebab raya kelima nak kawen.
Nak turunkan lagi 5-6kg.
Dia nak jaminan GC Plus boleh kurangkan 5kg dalam masa 2 minggu ni.

Aku baca staff aku reply “Maaf cik, rasanya tak boleh sebab dalam 2 minggu ni cik masih makan, kalau cik tak makan maybe boleh”.

Ya ampunnnn. Lurusnya staff aku respond.
Nak tergelak aku baca.

Sesungguhnya manusia bila terdesak, agak susah bila kita berikan jawapan yang berbeza dengan kemahuan dia.
Nak turun 5kg in 2 weeks boleh. Bukan tak boleh.
Tetapi 5kg yang hilang tu mostly air, bukan lemak.
Lemak TAK AKAN hilang 5kg dalam masa 2 minggu. TAK AKAN.

Kadang aku tengok those yang beratnya dah ideal masih nak turunkan berat lagi.
Padahal berat dan sedap dah tu.
Tapi maybe dorang kejarkan kurus yang kerempeng.
Atau maybe their target is XS size.

Susah nak orang faham konsep 'badan kurus'.
Masing-masing ingat kalau badan tu sekeping, barulah boleh dikatakan kurus.
Ok, this might sound a bit cliche.
Of cos berat badan mainkan peranan untuk look good.
Tapi 'look good' doesn't mean you look presentable.
Kim Kardashian, J.Lo, Beyonce, adalah antara orang yang kalau duduk sebelah Cameron Diaz confirm dicop sebagai gemuk.
Tapi, gemukkah diorang ni? Ok je kan?
Why they still look good?
Sebab dorang presentable.

The question now is, how gemuk is gemuk? And how kurus is kurus?

Yang kita cari adalah ideal BMI DAN IDEAL BODY FAT, bukan kurus skinny sampai bijik mata cengkung terjojol keluar.
But to be fair zaman aku 20s dulu, aku pun macam those kids yang memandang kurus as skinny.
Aku punya piawai kurus dulu ada 2.
Yang pertama tulang bahu kena keluar.
Lagi obvious tulang tu lagi bagus.
Kalau boleh biar tulang tu terlalu obvious sampai boleh takung air kat tengah.

Yang kedua, bila aku baring, perut aku kena lagi flat dari pepek.
Kalau perut lagi tinggi, maknanya belum cukup kurus.
Daring tak daringnya aku dulu (read: bodoh), aku pernah snap gambar pakai nighty baring atas katil semata-mata nak tunjuk piawai yang ni.
Konon nak bagi blog readers faham macamana yang dimaksudkan dengan pepek kena lagi tinggi dari perut.
Luckily dulu FB belum cukup power dalam men-viral, jadi gambar tu tak pergi jauh mana.
Kalau sekarang aku buat macam tu, mampus 25 juta shares gamaknya 😆.

Dia macam ni.
Kalau BMI slightly overweight, then baru do something.
Kalau BMI dah standard, jangan gelabah. Maintain je sudey.
Tak payah ambil GC PLUS segala.
Aku yang formulasikan GC tu pun dah tak ambil dengan rutin sebab berat aku dah ideal.
Sesekali je aku ambil kalau mentekedarah lebih.

Memanglah kalau letak gambar aku now dengan gambar aku masa 20s, sekarang nampak gemuk sebab dulu aku underweight.
Umur 31 masih 47kg.
Dululahhhh. Now ideal weight, 53kg.
Tapi takpe, jangan gelabah.
Kurus tak semestinya kena kerempeng tulang-belulang keluar.
Melainkan kau model kena fit size UK2, maka silakan sebab kau ada tanggungjawab profesion.
Kalau kau bukan model, aim for UK8-UK10 je dah lah.

Actually kita yang menggelabah nak kurus sangat-sangat ni sebenarnya bukan nak kurus beria.
Tetapi lebih kepada nak orang puji kita kurus. Betul tak?
Selagi tak ada orang tegur "Eh, kuruslah kau!", selagi tu kita tak puas hati.
Ni pulak nak beraya tak lama lagi.
2 tahun orang kampung tak jumpa kita, haruslah nak bagi impression yang menarik.
Aku faham tu sebab aku pun perempuan.
Aku pernah ada perasaan itu juga.
Berat dah 47 kg, jaw dah terkeluar masih lagi nak kuruskan lagi.

Yang tak bolehnya adalah aim untuk kurus dalam masa yang singkat.
Turun 5kg dalam 2 minggu is achievable.
Tetapi, dari sudut sains, 5kg itu bukan semuanya lemak. Mostly adalah air.
Lemak tak akan turun secepat itu.
Scientifically, belly fat boleh nampak penurunan as little as 2 weeks time tetapi tak banyak.
Paling-paling pun 2-3 inch loss. Itupun kena extreme diet.

Kalau berat badan sekarang obese, insyallah 5kg tu 1 minggu boleh turun but still bukan semuanya lemak. Mostly air.
Tapi bolehlah capai 5 kg loss tu.
Tapi kalau berat now tak berapa gemuk, to lose 5 kg in 2 weeks agak susah.
Sebab, semakin menghampiri berat ideal, badan dah gunakan banyak tenaga untuk bergerak.
Kalau dulu jogging 1 km seminggu boleh turun 5kg, now jogging 1 km seminggu turun 1.5 kg je.

Aku selalu cakap kat those yang nak cuba GC PLUS, kalau setakat nak turunkan 3-4 kg tu, puasa je lah.
Tak payah nak ambil GC PLUS. Buang duit je (hahahah, founder apekah ini?).
Lagi satu, jangan senang sangat nak terpedaya dengan cakap-cakap "Aku makan produk ni sebulan turun 5 kilo!".
Bukan tak boleh percaya. Boleh.
Tapi tengok dulu situasi dia macamana.
Boleh jadi dia memang kategori overweight/obese.
Kalau dia obese, very easy to lose 5 kg in a month.
Tapi, cuba suruh dia check body fat.
Percayalah, tak turun banyak mana pun lagi.
Yang turun banyak tu air.
Because this is science.
Nantilah free-free nanti aku cerita detail bab ni.

Sebelum terpercaya yang "produk tu" boleh turunkan 5 kg in a month, kau tanya orang tu, dulu berat badan dia berapa.
Takde de kau jumpa orang yang tinggi 150 cm with berat badan 55kg turun 5 kg dalam masa sebulan. Nope.
Sebab dia tak gemuk mana. Dia hanya berisi sikit je.

Kebanyakkan orang konfius dengan "kurangkan berat" and "kurangkan lemak".
Pernah tak korang rasa "Eh, makin aku exercise, makin gemuk pulak".
Atau "Makin aku tak makan nasi, makin gemuk".

Apa yang terjadi sebenarnya?

Ok macam ni.
Katakanlah kau jogging. Hari-hari jogging.
Ada ketikanya hari ni jogging 2 km. Esok 5 km. Lusa 8 km.
Tapi kau tak sedar bila berjogging terlalu banyak (melebihi kemampuan sebenar atau dalam erti kata lain kau dah tak larat tapi kau paksa sebab nak kurus cepat), kau sebenarnya dah mencapai tahap pembakaran lemak yang sepatutnya.
Bila dah mencapai puncak pembakaran lemak, tapi kau paksa lagi badan kau berjogging, akhirnya bukan lemak yang dibakar, tetapi otot kau yang 'terbakar'.
Akhirnya badan kau start burn muscle instead of burning fat.
Otot akan mula mengecil, tapi lemak sikit tak berusik.

Lagi satu kes nak berdiet, sampai sekat makan beria-ia.
Sedangkan badan kita ni perlukan banyak benda untuk kurus, bukan setakat kurangkan makan semata-mata.
Bila badan terlampau kurang fuel (makanan), dia dengan sendirinya stop bakar lemak sebab dia ingat kau sedang dalam zon kebuluran.
Jadi, lemak kau tak dibakar. Yang menyusut adalah otot.
Kalau tak percaya, pergi check body fat.

That's why ada kes skinny fat.
Kurus tapi perut buncit.
Kurus, tapi tepi pinggang flabby.
Kurus, tapi bawah lengan isi lembik berjuntai. Why?
Sebab, dia kurus kerana otot mengecut, bukan lemak yang hilang.

Aku jual produk untuk weight loss tapi aku takkan suggest semua orang ambil kalau takde keperluan.
Sesiapa yang excess hanya 5 kg dari ideal weight, puasa je lah.
Nanti lama-lama turun juga weight tu.
Tak perlu beli GC PLUS aku.
Tapi, aku suggest beli Middellyf Shaping Brief.
Supaya boleh bagi temporary slim effect.

Middellyf Shaping Brief ni TAK AKAN buatkan kau kurus sebab dia bukan fat burner tetapi boleh flatkan sikit perut dan meratakan bahagian yang terbonjol-bonjol tu supaya cantiklah sikit bila pakai baju raya nanti.
Badan pun sedap sikit nak berjalan dari rumah ke rumah, takdelah perut tu terbuai-buai.
Meh cepat beli, sempat lagi nak pos untuk sampai sebelum raya.
Tengok size ni and whatsapp 012-7728976.
Middellyf Shaping Brief ni konfem tak bergulung and tak berlipat bila dipakai. Confirm!



2022-04-20

Bullet journaling.


2 hari lepas aku ada mention tentang bullet journaling aku bulan Ramadhan.
Aku dah syak ini karang mesti ada orang bertanya pasal bullet journal.
Sekali betul. Tapi bukan tanya pasal bullet journal aku.
Dia tanya macamana nak konsisten follow bullet journal.
Dia guna bullet journal yang aku jual hari tu.

Dia macam ni.
Bullet journal tu kita buat dia.
Maknanya kita adjust dia ikut kemampuan kita.
Template yang aku sediakan tu as guideline.
Contohnya bulan April ada 30 hari, kan?
Boleh je kalau korang nak adjust 1 hari buat, 1 hari tak buat.
Nak adjust 1 hari buat, 2 hari tak buat pun boleh.
Takde masalah. Kita buat dia.

Perkara yang melibatkan konsisten memang payah nak buat kalau belum biasa.
Jadi, wajar kalau susah nak konsisten.
Maka, kalau belum biasa, takpe buat yang ringan-ringan dulu.
Kalau boleh buat hari-hari alhamdulillah.
Tapi kalau buat sikit-sikit dulu pun takpe. Kita baru nak mula, kan.

Setiap reaction perlukan certain amount of energy.
Makin banyak reaction yang kita perlukan, makin kecil kebarangkalian untuk reaction tu dilakukan.
Contohnya, kalau kat bullet journal tu korang letak goal to do 100 sit-ups a day, that's a lot of energy.
Especially kalau baru nak berjinak-jinak dengan sit-ups.

Awal-awal selalunya kita bersemangat.
Masa korang beli bullet journal hari tu masing-masing motivated and excited nak buat macam-macam, kan?
Tapi after a while, aku jamin slowly ramai rasa penat dan terbeban.
Dah jadi malas nak track your own habit. Betul tak?

Maybe ramai yang belum faham sepenuhnya kenapa buat bullet journal.
Bullet journal tu bukannya untuk bagi kita achieve goal dalam masa yang singkat.
Contohnya, sehari buat push-ups 100 kali.
Atau sehari, jogging 30 minit. NO.
Bukan itu tujuannya aku produce bullet journal tu.
Aku produce to help you to create a habit.

Benda paling susah nak buat adalah to create a habit.
Buat 100 sit-ups sehari susah.
Tapi kalau buat 5 sit-ups sehari, easy. Almost no energy to get started.
Semakin sikit energy yang diperlukan untuk buat sit-ups, semakin konsisten kita buat sit-ups everyday.

That's why, bullet journal tu bukan untuk kita buat terus-terus laju. Terus-terus heavy. Tak.
Kita kena biasakan diri dengan HABIT.
Sebab tu tajuknya HABIT TRACKER.
Aku nak tolong korang create habit.
Once habit tu dah sebati, dia akan konsisten.

Mula-mula memang nampak macam takde function.
Kejadah apa sehari buat 5 sit-ups, kan?
Tapi itu kata kita. Jangan underestimate small habit.
Once dah terbiasa buat 5 sit-ups, slowly korang dengan sendirinya increase kepada 10 sit-ups.
Kemudian 15, kemudian 20.
Hello? 5 sit-ups sehari, kalau sebulan dah 150 situps tau? Tanpa sedar tau.
Daripada beria buat 100 sit-ups sehari, masuk hari ke-5 dah give up.

Sebab apa kita mudah give up?
Sebab, fitrah manusia suka nak tengok perubahan berlaku dengan cepat.
5 hari buat 100 push-ups tak naik-naik muscle lengan.
Mulalah demotivated.
Cuba kau buat sehari 5 push-ups je, mesti expectation tak tinggi.
Tapi, tau-tau dah 2 bulan konsisten buat 5 push-ups.
Apa saja yang kita buat dengan konsisten walaupun sikit, akan nampak hasilnya.

Tengok je lah mana-mana habit yang biasa kita buat sehari-hari, yang tak perlu effort yang besar.
Contohnya, scrolling henfon, check email, layan Netflix.
Semua habit ni steal so much of our time sebab effortless.
Capai henfon scroll IG.
Capai henfon scroll FB.
Mula-mula kata kejap je.
Tau-tau 20 minit stuck kat IG.
Dan tanpa sedar ramai create habit bangun pagi capai henfon dulu check FB. Why?
Because it is effortless.

Pada awalnya scroll henfon bukanlah satu habit.
Tapi bila reaction tu hampir tak memerlukan tenaga, jadi senang nak buat.
Bila senang, kira kerap buat sampai jadi habit.

Kurangkan makan adalah habit yang mesti dibuat untuk turunkan berat badan.

Baca Quran atau bermeditasi adalah habit untuk develop rasa tenang.

Blogging adalah habit untuk stimulate otak sentiasa berfikir.

Kita bukan nak buat habit-habit ni sebenarnya.
Apa yang kita nak dari habit-habit ni adalah the outcome.
So boleh nampak tak kaitan antara habit and energy?
Lagi besar kepayahan untuk buat sesuatu reaction, lagi susah nak jadikan kebiasaan.

That's why dalam weight loss, orang mudah give up.
Sebab kita selalu nak result yang cepat.
Bila nak perubahan yang cepat, kita tekan kaw-kaw - tak nak breakfast, tengahari minum sup only, malam makan buah only.
Boleh buat, tapi 'sengsara', kan?

Inilah yang aku maksudkan dengan EFFORT tadi.
Tu pasal yang buat extreme diet selalunya separuh jalan.
Lebih mudah buat dengan santai.

Aku selalu nasihatkan yang ambil GC PLUS, jangan skip makan!
Tapi, tidaklah bermaksud boleh makan selagi ada.
Nasi, nak makan 2 kali sehari pun boleh, cuma kurangkan portion.
Nak minum kopi, boleh tapi kurangkan cup atau kurangkan gula.
Because kita nak create habit dulu, maka tak perlu tekan sampai gear 5 terus. Pancit awal nanti.
Sebab itu penting to make your habits so easy supaya kita dapat terus buat even ketika kita tak rasa nak buat.
If we can make our habits more convenient, we will be more likely to follow through on them. Godit?

The idea behind bullet journalling is to make things easy.
Bukan hanya to do easy things.
Tujuannya nak jadikan habit kita semudah mungkin tapi dapat bagi hasil dalam jangka masa panjang.

Lagi satu aku tak sure aku pernah tulis pasal ni ke tak.
Bullet journal yang korang beli tu tak semestinya kena buat good habit tracker.
Korang boleh gunakan column Habit Tracker tu untuk buang habit buruk.

Contohnya, JANGAN TENGOK TV DARI 7-8 MALAM.
Kalau berjaya follow, tick ✅.

Atau, BANGUN TIDO JANGAN CHECK HENFON, TERUS MANDI DULU.
Kalau berjaya follow, tick ✅.

Atau, TAK MINUM KOPI.
Nak buat sepanjang bulan maybe berat, cuba selang-selikan.
Date 1 April kosongkan supaya boleh letak ✅ bila berjaya buat.
Date 2 April warnakan siap-siap kotak tu, umpama cheating day. U can drink coffee hari tu.
Date 3 April kembali kosongkan kotak supaya boleh letak ✅ bila berjaya buat.
Dan seterusnya...

The idea is to create new habit tanpa merasa tertekan.
Slowly jadi kebiasaan dan senang untuk konsisten.
Faham, kan?
Ok now boleh repair bullet journal masing-masing.
Create new habit yang effortless.


2022-04-19

Zaman dah berubah.


Kan hari tu aku tulis pasal kenangan raya masa kecik buat kuih raya and mengecat rumah, kan?
Then ada sorang blog reader tanya relevan lagi tak kalau nak suruh anak-anak buat benda yang sama nak bagi dorang merasa 'susah'.

To me, yes, masih relevan.
TETAPI, kena tengoklah praktikal ke tak untuk implement benda yang sama.

Contohnya dulu aku ada maid yang kemaskan rumah, yang cucikan porch, yang mengelap itu ini, yang basuh bilik air.
Boleh dikatakan semua kerja-kerja rumah dia buat.
Kalau aku dah spend duit bayar dia setiap bulan, tak lojik rasanya nak anak-anak aku buat kerja-kerja yang aku pernah buat masa kecil dulu.
Bolehlah, kalau setakat nak bagi dorang 'pengalaman' basuh toilet.
Tapi aku takkan bagi dorang basuh toilet as tugasan tetap.
Reasonnya mudah, sebab aku dah bayar bibik.
Itu tujuan aku hire bibik at the first place, untuk membantu settlekan kerja-kerja di rumah.

Dulu, aku kena buat semua tu sebab kitorang takde pembantu.
Masa aku umur 8 tahun, kitorang ada pembantu.
Kak Kiah (arwah) namanya.
Dia orang kampung Mak Aji, jiran.
Masa tu anak-anak (kitorang) kecik lagi.
Mak Aji perlukan orang untuk bantu dia uruskan hal rumah, jadi dia offer Kak Kiah kerja dengan dia.
Umur aku 8-9 tahun, aku tak pernah basuh toilet, tak pernah mengemop, tak pernah menyapi rumah, tak pernah basuh longkang.
Sidai baju pun tak pernah. Semua Kak Kiah buatkan.
Kerja mengecat rumah and gate tu pun Pak Aji suruh buat masa bulan puasa.
Maybe dia tahu Kak Kiah takkan sempat nak buat sebab dah busy kemaskan rumah seharian.

Hanya apabila Kak Kiah left (around aku umur 9 tahun), barulah Mak Aji train aku untuk tolong-tolong.
Umur 9 tahun aku kena gosok baju.
Gosok baju-baju sekolah and semua baju kerja mak bapak aku.
Masa tu sekali gosok wajib habis sebakul. SEBAKUL.
Seminggu punya baju kerja.
Clearly kat situ dah nampak memang mak bapak aku takde masa nak gosok baju hari-hari.
Weekdays memang dah kepenatan kerja and buat kerja rumah yang simple-simple like memasak, menyapu and membasuh baju.
Hari minggulah nak mengemop, nak basuh toilet, nak ke pasar segala.
Menggosok takkan sempat nak buat, maka takde pilihan lain terpaksalah train anak sulong yang gojes ini gosok baju walaupun baru umur 9 tahun.

Redza, pertama kali menggosok baju adalah masa kat MRSM.
Terkial-kial dia menggosok baju katanya.
Sepanjang dia di rumah, jangankan gosok baju, basuh kasut, lipat baju, even kemaskan buku dalam beg setiap hari pun dia tak buat.
En Wan yang kemaskan beg sekolah anak-anak dia.
Anak dia hanya bersekolah, belajar and main game.
Masak memang taklah.
Ada la sesekali kalau aku buat kuih, ajak Redza tolong.
Tapi kalau nak suruh memasak secara rutin macam adik Haziq tu, taklah.
Bukan memanjakan, tapi dalam situasi aku, ia tak begitu praktikal sebab ketika tu ada bibik.

Budak-budak ni continuously ada bibik dari sejak lahir.
Dari tahun 2004 sampai tahun 2015. 11 tahun ada bibik.
Selepas tu, aku ambil pula weekly bibik.
Jadi, rumah ni sentiasa ada orang yang bantu kemaskan.
Tak praktikal rasanya aku hire orang kemas rumah tapi aku tak kasi dia kemas bilik Redza, tak kasi dia basuh toilet Redza, tak kasi dia gosok baju-baju sekolah, dan lain-lain hanya kerana aku nak train anak-anak.
Setakat bagi dia rasa macamana basuh toilet, macamana menyapu, macamana nak guna mesin basuh - bolehlah.
Tapi nak jadikan itu kerja tetap dorang, tak kot.

Tak semua perkara kita boleh apply sekarang hanya kerana kita pernah buat dulu.
Kadang-kadang kita ni over juga bila membandingkan zaman dulu dengan zaman anak-anak sekarang.
Dulu aku kalau boleh nak juga suruh anak-anak mengecat rumah, bagi dorang rasa apa aku rasa.
Just for the sake nak dorang rasa saja, bukan nak mendera.
Tapi bila pikir-pikir balik, dulu nak upah orang mengecat payah.
Nak mencari orangnya pun tak tau lubang mana nak cari.
Duit pun tak berapa nak ada.
Sekarang, sana-sini boleh cari orang upah cat rumah.
Google je internet, mesti jumpa.
Duit pun ada lah sikit.
Baik aku upah je yang pakar.
Kerja siap cepat, rumah aku pun tak berdeneh dengan cat tumpah.
Bukan tak boleh suruh anak buat, tapi kalau kita boleh cari jalan lain, apa salahnya. Itu maksud aku.

Masa Redza seklah rendah dulu, aku cuak juga mikir.
Anak aku ni esok jadi orang ke tak.
Sebab segalanya bibik uruskan.
Bapaknya pulak memanjakan anak sampai beg sekolah jadual hari-hari pun bapaknya yang siapkan.
Buta-buta Redza tu hanya belajar je tugasnya.
Beberapa kali aku sound En Wan jangan manjakan sampai macam tu sekali.
Pastu En Wan marah aku balik, "Manjakan apanya? Bukan abang buatkan homework dia. Abang tolong prepare beg sekolah ikut jadual dia je. Dulu arwah ayah pun buat untuk abang".

DANGGGG! Terkesima kejap aku.
Rupanya, arwah ayah buat benda yang sama masa dia sekolah dulu.
Maksudnya kat sini, apa yang En Wan praktikkan bukanlah memanjakan anak, tapi it's semacam tradisi.
Kemaskan beg sekolah anak adalah kebiasaan keluarganya.
Now dia meneruskan 'tradisi' tu.
Aku, on the other hand segalanya buat sendiri.
Jadi bila benda simple like kemaskan beg pun nak dibantu, aku jadi marahlah.
Bagi aku, things like that akan spoilkan anak.
But pada En Wan, itu bukan memanjakan. Itu adalah tanggungjawab dia.

Kawen dengan anak orang have-have ginilah.
Memang takde overlap lansung dalam hal-hal parenting sebab cara dia dan aku membesar lansung tak sama 😂.
Tapi bagus juga sebab anak-anak aku dapat sentuhan parenting yang berbeza.
Cara aku agak kejam sikit, tu yang En Wan kata cara aku dibesarkan agak kejam. Hahah.
Yang En Wan pulak pendekatan dia untuk anak-anak terlampau soft, sampaikan aku rasa anak aku esok ada potensi tak jadi orang.
Tapi bila tengok En Wan membesar elok je jadi orang, aku mengalah jugalah sekali sekali.
Sebab dia adalah living proof bahawa cara didikan sebegitu menjadi.

Bezanya, En Wan bila dah besar jadi terkibai-kibai buat kerja rumah.
Masa baru-baru kawen dulu, rimas aku tengok dia menolong kerja-kerja rumah.
Gosok baju terkial-kial, basuh pinggan terkial-kial, basuh toilet terkial-kial.
Sakit mata aku.
Tapi yang sebenarnya dia boleh buat.
Duduk Jepun 7 tahun takkan dia hire bibik kat sana, kan.
Dah tentu semua benda kena buat sendiri.
Cuma aku lagi pakar.
Jadi segala benda yang dia buat tak menepati standard aku.

En Wan dibesarkan dengan tak perlu buat kerja rumah.
Kerjanya hanya belajar. Dan dia excel dalam akademik.
Balik dari Jepun terus dapat kerja tak perlu menganggur.
Gaji starting pun dah besar.
Kawen-kawen dah dapat sewa apartment yang sangat selesa, dah ada kereta.
Aku boleh sambung belajar sebab gaji dia alone ketika tu boleh support basic necessities.
Aku dapat tumpang keselesaan dia.

Aku pula semasa kecik lebih banyak habiskan masa tolong mak bapak berbanding belajar.
Aku tak dapat the luxury of duduk rumah fokus pada pelajaran sahaja.
Jangan berani-berani nak memerap dalam bilik 24 jam baca buku.
Karang ada orang meratib kat dapur "Aku macam nak mati buat semua dalam rumah ni".
Tapi, hasilnya aku jadi pakar dalam house hold chores.
Kelebihan ini mem-balancekan kekurangan En Wan.
Oklah kan jodoh ni. Walaupun dia annoying gila.

Ni nak hari raya.
Ada yang kata hari raya dah tak semeriah dulu.
Dulu, balik kampung tido ramai-ramai berlambak kat hall.
Petang raya dah sibuk semua buat itu ini kat dapur.
Now katanya anak cucu balik tido hotel, tido homestay.
Bila berkumpul, masing-masing pandang henfon.

Betullah tu.
Tapi, situasi sekarang dah lain.
Arwah nenek aku dulu pun selalu cerita "Zaman nenek kecik dulu, meriah kalau raya. Orang pukul canang kat masjid bila pagi raya".
Aku macam...canang? What is canang?

So boleh nampak tak, dari zaman duluuuuu lagi perubahan ni dah berlaku.
Setiap generasi akan bercerita zaman dorang lebih best dan lebih meriah.
Toksahlah nak pelik sangat kalau sekarang anak cucu balik beraya tido hotel tido homestay.
Zaman berubah, keperluan berubah, kesedaran juga berubah.

Dulu kesedaran kurang. Tak tahu lagi tentang hukum-hakam.
Maka tido berlambak dah jadi satu trend ketika tu.
Tambahan pula, duit tak berapa nak ada.
Hotel pun tak banyak lagi zaman kita dulu.
Homestay tak pernah wujud.
Maka rumah nenek dan tido lambak adalah pilihan yang terbaik.

Sekarang, keperluan dan berubah.
Kesedaran meningkat.
Hotel and homestay dah banyak.
Duit pun ada sikit.
Maksudnya, pilihan tu dah ada.
Kenapa nak kekal pada kebiasaan lama kalau ada pilihan yang lebih baik?

Bukan tak boleh kekalkan, tapi patut padanlah.
Dulu, kita kecik-kecik lagi.
Time mandi, boleh masuk sekali 5 orang mandi ramai-ramai. Jimat masa.
Sekarang, semua yang kecik tu dah berbulu atas bawah.
Nak tunggu 5 orang mandi, pukul berapa pulak nak bersiap?
Tu pasal aku kalau balik beraya kat Tganu dulu sebelum Subuh dah bangkit mandi.
Takut berebut bilik air.

Jangan diisukan balik beraya tido hotel.
Tak payah nak mengkontroversikan isu-isu macam ni.
Takde yang pelik. Zaman dah berubah.
Yang kita nak kekalkan adalah berkumpul di hari raya.
Balik kampung. Juadah raya.
Berziarah di hari raya.
Hat ni kita kekalkan.
Kalau setakat balik raya tido hotel, tak payahlah nak gaduhkan.
Tido hotel ke, tido homestay ke, yang penting pagi raya semua kumpul.

Lagi satu bab internet.
Kalau balik Tganu, ada masalah sikit dengan line internet.
Line henfon pun hazab.
Nak clear sikit, kena jalan ke depan.
Tak pun, kau berdirilah kat depan gate tu everytime nak berinternet.
To me, ini tak best kerana internet bukan satu kehendak lagi.
Ini bukan zaman 90s.
Now internet dah jadi satu keperluan.
Dah bukan satu benda pelik kalau budak-budak datang rumah tanya wifi password.

Dulu benda ni tak berlaku sebab internet pun takde.
Tak boleh nak kata "Zaman papa kecik dulu takde internet pun. Ok je balik kampung takde teknologi. Tengok je lah TV".

Dia umpama kau orang kampung yang kawen dengan orang bandar.
Lepas tu kau kata kat bini kau "Saya dulu nak berak, angkut air dalam baldi sebab jamban kat luar. Ok je, takde masalah pun. Awak tu yang manja".

Kalau baru-baru kawen bolehlah isteri tu terima.
Tapi kalau dah 15 tahun kawen, anak dah 7 orang, masih lagi balik kampung kena berak kat jamban luar yang seketul tu, something wrong la dengan mindset tu nampaknya.

15 tahun kawen masih lagi nak kekalkan benda yang sepatutnya boleh diubah?
Kau sendiri beli rumah jamban kat dalam.
Takkan dalam masa 15 tahun ni tak boleh buatkan bilik air sempurna kat kampung?
Untuk keselesaan anak bini juga.
Esok, kalau anak-anak liat nak balik kampung sebab keadaan rumah kampung tak selesa, dikatanya budak-budak tu manja.
Sedangkan kita sendiri besarkan anak-anak di rumah yang selesa, jamban kat dalam, ada aircond, ada internet.
Bila anak-anak tak betah duduk di kampung yang serba tak ada, kita marah. Akai ada?

Letaklah sesuatu adil pada tempatnya.
Zaman dah berubah. Situasi kita juga dah berubah.
Kebanyakan dari kita dah lebih senang dari zaman kecil dulu.
Maka apa salahnya kalau anak-anak hidup selesa sikit.
Takkanlah kerana dulu kita jalan kaki 1km pi skolah, anak-anak kena rasa yang sama.
Sedangkan dulu van sekolah dan bas sekolah tak banyak.
Duit tak berapa nak ada.
Kalau dulu pilihan ni ada, dah tentu kita pun tak jalan kaki.

Tak semua benda kita boleh bandingkan dengan zaman kita dulu.
Zaman dulu tu hanya kenangan saja.
Sedangkan kalau kita disuruh jalan kaki 1km ke tempat kerja sekarang pun kita taknak.
Buat apa jalan kaki kalau boleh naik grab.
Buat apa penat-penat buat kuih sampai 6 jenis kalau boleh order.
Buat apa berhimpit tido lambak sampai takde privacy kalau boleh tido dengan selesa di hotel.

Bukan berlagak.
Tapi, kalau ada pilihan yang lebih baik, why not.
Jangan sentimental sangat.