Showing posts with label Medical Card. Show all posts
Showing posts with label Medical Card. Show all posts

2026-09-04

Medical Card: Kenapa JANGAN biarkan polisi lapse

Semalam En Wan head ache melayan seorang client.

Kisahnya, client ni ambil polisi tahun 2024. Baru lagi, belum sampai 3 tahun. After a while, dia mula tak bayar caruman. En Wan remind tentang payment. Dia kata nanti bayar. Tapi tak bayar-bayar gak. En Wan remind lagi. Dia bertangguh lagi. Sampailah a few times En Wan follow up, ujung-ujung client tu sidai dia. Oklah, En Wan pun berhenti follow up. Sebab as agent dia hanya boleh remind untuk selamatkan polisi dari terminated, tapi kalau client tak nak bayar, dia takleh paksa.

Last-last, polisi tu pun lapsed.

Tiba-tiba, semalam wife kepada client ni call En Wan. Suaminya accident. Macam teruk jugaklah. Katanya kaki koyak sampai nampak tulang. Tulang rusuk patah 4-5 batang. Aku tak tahu detail penuh accident tu, tapi dengar cerita dah boleh imagine the emergency. 

Agaknya si suami pernah cerita dia ada medical card, so the wife dapat call En Wan. The problem is, medical card dah lama lapsed. Maybe client dalam keadaan tak sedar jadi dia pun lupa polisi dah lapsed. Dalam keadaan macam tu, dia cuma teringat yang dia ada medical card tapi tak teringat yang dia tak bayar lama dah. 

Si wife asyiklah cakap "Tak boleh tolong ke, encik. Tak boleh tolong ke, encik"

*sigh*

Inilah benda yang aku selalu cakapkan. Aku rasa ramai orang still tak faham. Or maybe tak nampak sebab belum mengalami.

Ada medical card tak bermaksud polisi masih active. Kad tu cuma kad. Yang menentukan samada coverage masih ada or not is status polisi. Kalau polisi dah lapsed, takde apa yang agen boleh tolong. Walaupun kau kata, “Aku dah bayar bertahun-tahun,” benda tu tak boleh buatkan kau boleh guna medical card.

For some policy, especially polisi yang ada cash value atau investment value, memang ada savings dalam polisi yang boleh digunakan untuk cover caruman yang lompong. Sebab tu ada orang rasa, “Eh, aku tak bayar lama dah tapi polisi still active”

Sebenarnya polisi tu bertahan sebab ada savings terkumpul dan savings tu yang digunakan untuk tampung caruman yang lompong tu. But if one day polisi sampai tempoh matang, kau akan dapat duit sikit saja sebab savings banyak dah diguna untuk cover caruman yang tak berbayar. 

Tu yang kadang-kadang orang komplen kat media sosial "Bayar polisi 15 tahun, bila surrender, sikit je dapat"

Yang dapat sikit tu dia canang. Yang dia kejap bayar kejap tak bayar tu dia tak cerita pulak. Heh!

Tapi pelan cash value atau investment value ni depends on pelan yang kau sign-up. Check dengan agen masing-masing kau punya pelan ada tak cash value.

Actually kalau polisi tu dah bertahun-tahun, cash value yang terkumpul selalunya lebih banyak. Jadi bila ada caruman tertunggak, some polisi still ada cash yang cukup untuk cover caruman buat SEMENTARA. Tapi kalau polisi baru sangat, contohnya ambil tahun 2024 and now baru 2026, jangan assume ada savings banyak untuk cover caruman yang tak dibuat.

And that’s exactly what happened dengan client En Wan semalam. Polisi dia quite new. Kalau ada cash value sekalipun, belum cukup nak tampung caruman yang dah lama dia tak bayar. Lagi lama kita ada polisi, lagi banyak cash value terkumpul, jadi polisi tu lebih lama bertahan. Tapi untuk new polisi, don’t simply assume, “It’s ok, nanti takaful tolak je daripada savings aku”

Savings tu bukan free money yang takaful akan gunakan sesuka hati to keep your medical card active, ya. There are terms, charges, policy structures and certain time limits that you need to understand. That's why aku selalu pesan, jangan tunggu sampai sakit atau accident baru nak ambil tahu status polisi. Masa sihat, bukak policy. Tengok active ke tak. Tengok ada outstanding ke tak. Tengok ada notice daripada insurer ke tak. Kalau tak faham, tanya agen. Jangan assume.

Everytime agen wasap ingatkan tentang payment, jangan kata agen annoying. Dia sedang bekerja. Remind client tentang payment adalah kerja dia. Kau yang hire dia untuk jaga polisi kau, kan. So dia tengah buat kerja itulah. Patutnya berterima kasih, ada "PA" yang ingatkan kau pasal caruman supaya polisi tak lapse.

One more thing bila polisi dah lapse, tak boleh cakap, “Ok, saya bayar semua tunggakan sekarang, activate balik now”

NOPE.

Proses untuk activate balik polisi depends on produk and syarat insurer. Depending on the policy, there may be a grace period, reinstatement process or certain requirements you need to fulfil. Kalau accident/sakit berlaku masa polisi dah tak aktif, jangan assume reinstatement selepas tu akan automatically menjadikan sakit kau dicover. Belum tentu.

Next time, bila agen follow up payment, jangan sidai. Kalau belum mampu bayar, bagitahu. Kalau ada masalah payment, bincang. Jangan diam sampai berbulan-bulan, bila nak masuk hospital baru cari agen. Lepas tu tuduh agen makan gaji buta. Padahallll.

Selalunya gitulah. Time sihat, kita rasa caruman tu macam satu lagi bil yang kena bayar every month. Tapi bila accident/sakit, baru sedar rupanya yang kita bayar setiap bulan tu bukannya takde function. Kita bayar untuk pastikan protection tu maintain active.

And please, jangan rasa sebab kau dah bayar RM10K, RM20K, maka company takaful berhutang dengan kau. Yang penting bukan berapa banyak yang kau pernah bayar. Tapi apa status polisi bila kau nak guna protection tu.

Kesian pulak bila En Wan cakap wife client asyik cakap "Tak boleh tolong ke, encik.."

Aku boleh rasa apa perasaan wife. Ni sama macam kes hibah. Kita dah tentu-tentu mati. Anak isteri kita akan tanggung beban yang kita tinggalkan. 

Same goes to medical card. Yang nak menjaga, waris. Yang nak menguruskan segalanya, waris. Yang nak berulang-alik meneman kita kat hospital, waris. Boleh tak jangan buat susah waris? At least kalau bab bil hospital dan keselesaan tu terjamin, kuranglah sikit serabutnya.

Ni karang dengan anak kecil lagi. Nak menjaga kau kat hospital kena tinggalkan anak kat rumah. Nak dibawak anak, budak kecil tak boleh masuk wad pulak. Nak berlama-lama dalam wad meneman, tempat pulak tak selesa. Makin serabut waris tu. 

En Wan semalam sampai screenshot balik conversation lama dengan client nak tunjuk bukti yang dia dah remind banyak kali pasal payment. At least wife dia tahu yang agen dah buat his part, tapi his husband ignore.

Suami accident teruk, agaknya hospital pula nak deposit. Treatment dah tentu-tentu bukan sedikit. As a wife of cos dia cuba cari semua jalan yang ada. Call siapa yang dia rasa boleh tolong. Memang sepatutnya dalam keadaan tu agenlah yang boleh tolong. Tapi tu lah, agen pun dah tak dapat tolong. 

En Wan terkilan benaunya sebab client ni bukannya tengah claim sebab penyakit. Ini accident. Kalau polisi still aktif, accident takde masalah untuk lulus GL. Tapi tu lah, polisi lapsed.

Kita ni kan, bila accident atau sakit, kepala kita fikir nak sembuh je. Tapi orang yang menjaga fikir macam-macam. Fikir keadaan hospital. Anak-anak kena fikir. Kerja kena fikir. Transportation kena fikir. Bills kena fikir. Admission kena fikir. Tiba-tiba medical card pulak takleh guna, bertambah masalah dalam kepala dorang.

Memang ramai yang rasa rugi bayar bertahun-tahun tapi tak guna.

Sebenarnya cara fikir tu salah. Kalau kita bayar medical card bertahun-tahun tak pernah claim, itu tak bermaksud kita rugi. Itu maknanya kita bernasib baik sebab tak berlaku perkara besar yang memerlukan kita pakai medical card. Kita bayar caruman bukan sebab berharap nak sakit supaya boleh claim. Kita bayar sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku in future.

And kalau boleh, letak reminder pada diri sendiri untuk bayar caruman. Tak pun buat auto-deduction. Aku punya polisi semua buat auto-deduct sebab malas pikir. Banyak lagi benda lain aku nak pikir. 

Jangan ingat agen pernah remind kita sekali atau dua kali, maka agen akan terus remind kita forever. Agen ada ratusan client. En Wan ada lebih dari 1300 client. At the same time everyday ada new application, ada claim, ada renewal, ada servicing, ada banyak benda lain yang dia kena buat. Your agent can remind you, but they are not your personal reminder service whose job is to make sure you pay every month. The policy is yours, the coverage is for you, and if something happens, you and your family are the ones who will have to deal with the consequences.

Aku tak share cerita ni untuk malukan sesiapa. Aku pun tak tahu apa sebab dia stop bayar. Maybe ada masalah kewangan. Maybe terlupa. Maybe along the way tiba-tiba dia rasa medical card tak penting. I don't know. Aku cuma nak create awareness sebab mungkin ada orang yang baca post ni dalam situasi yang sama. Medical card ada dalam wallet, tapi tak pernah check policy still active ke tak. Jangan tunggu emergency baru nak tahu.

And kalau korang ada suami, isteri, anak-anak atau parents yang ada medical card, make sure at least one other person in your family knows about the policy too. Sebab masa emergency, tak semestinya policy holder yang akan urus semua. Kadang-kadang orang yang pegang phone and call agent is waris. Jangan sampai waris tak tahu you ada medical card. Bagi nombor agen kat waris terdekat so that apa-apa hal dia tahu nak cari siapa.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-08-22

Medical card: Yang paling menakutkan sebenarnya bukan bil hospital, tapi domino effect selepas tu.



Itulah FAKTA PAHIT tentang takaful/insurans yang ramai orang tak suka dengar. 

Tak suka dengar sebab kita takde ilmu dan penerangan yang jelas tentang takaful, betul tak? Dan kita banyak dengar-dengar cerita sebelah pihak, yang selalunya pihak yang takde takaful.

Actually kalaulah aku tak kawen dengan En Wan, aku pun agaknya ZERO knowledge pasal medical card. Sebab sepanjang aku hidup dari lahir sampailah sebelum kawen, aku takde idea lansung tentang kewujudan medical card. Because mak bapak aku orang kerajaan. Kalau sakit, pergi klinik. Kalau kena masuk hospital, maknanya ke Hospital Kajang (kerajaan). Takde idea lansung pasal takaful ni semua.

Untillah kawen dengan En Wan. Kitorang kawen 2001. En Wan seawal 2001 dah ambil medical card. Sebab kat Jepun dia ada medical card juga. 

Di Jepun, medical card adalah benda common untuk rakyatnya ada. Satu rakyat Jepun approximately ada 4 polisi. Kat Malaysia, 4 orang (sefamili) nak share 1 polisi. Camana tu?

Student Malaysia yang belajar di Jepun dulu ada medical card. Jadi, bila balik Malaysia, En Wan yang mencari medical card. Kebetulan ada agen approach, dia terus ambil. Sebab dia dah ada ilmu dan tahu kepentingan medical card.

Aku tahu pasal medical card pun dari En Wan. Later, tahun 2002 aku pula ambil medical card. Tahun yang sama aku bekerja di Prudential as underwriter, semakinlah aku tahu pentingnya medical card. Jadi, aku sangat setuju dengan video tadi.

Medical card (takaful) ni ada satu kepelikkan. Masa sihat, kita rasa medical card tak penting. Masa muda, kita rasa tak perlu. Masa belum ada komitmen, kita rasa membazir je beli medical card, lebih baik beli benda lain.

Dan selalunya bila agen tanya, “Dah ada medical card?”, kita terus defensive mode.

“Agent cuma nak commission”

“Insurance company nak untung”

“Tak payahlah. Aku sihat lagi”

“Hospital kerajaan kan ada”

“Company aku dah bagi medical benefit”

“Kalau bayar tapi tak sakit (tak guna), rugilah!”


Tapi cuba tukar situasi. Kali ni bukan agen yang tanya, tapi doktor yang tanya.

Lepas buat blood test, scan and diagnose simptom kita, doktor tanya "Puan ada medical card?”

Konfem masa tu jantung berbunyi lain macam. 
Masa tu lah, on that spot, kita terus terfikir "Aku sakit apa? Teruk sangat ke?"

BETUL TAK?

Aku lalui masa Rayyan patah kaki dulu. Padahal dah ada medical card, tapi tetaplah jantung aku menggelabah bila doktor tanya "Ada medical card?"

Sebab masa tu aku realized mesti ada major benda yang doktor perlu buat. Tapi waktu tu kos hospital bukan benda yang aku fikirkan. Aku cuma fikir keadaan Rayyan. Kos hospital apa semua, aku tak pikir dah. Aku pikir nak masukkan Rayyan ke wad cepat and start treatment now!

Itu beza bila kita ada medical card. Satu beban at least hilang, tak perlu pikir pasal duit. Hanya pikir untuk dapatkan rawatan terbaik.

Dan selalunya bila doktor tanya "Ada medical card?", masa tu lah baru kita sedar yang medical card bukan dibeli bila dah sakit. Medical card patutnya dah ready masa kita sihat sebab kita tak tahu bila kita akan sakit. That’s the hard truth a lot of people don’t like to hear. Kita nak di-protected, tapi tak sanggup keluarkan duit untuk protection tu.

Actually manusia memang macam tu. Kita nak rumah yang selamat, tapi tak nampak nilai insurans rumah until-lah rumah terbakar. Kita nak kereta yang selamat, but only really appreciate having car insurance after you have been in an accident. Kita pasang CCTV sebab takut rumah kena pecah masuk. Kita beli fire extinguisher walaupun kita berharap takkan pernah gunakan. Kita tetap pakai helmet walaupun berharap takkan jatuh motor. Kita tetap pakai seat belt walaupun kita tak merancang nak accident.

Why?

Sebab kita faham konsep risk management. We know something bad might never happen. Tapi kalau berlaku, the consequences might be too much for us to handle on our own.

Macam tu lah juga dengan medical card. Kita bayar bukan berharap untuk claim. Kita bayar supaya if anything happen, kita tak tanggung semuanya sorang-sorang.

"Tapi saya masih muda and sihat"

Bagus. Aku pun harap kita semua sihat dan tak sakit sampai bila-bila. But the question is, sihat kita tu sampai bila?

Ni bukan nak menakut-nakutkan. But ini realiti. Badan kita sekarang fragile tak macam badan orang zaman dulu. Hari ni kita sihat, gi brisk walk, kerja 9-6 pm, makan sedap, main dengan anak. Esok? Kita tak tahu. Sebab bukan semua sakit datang dengan warning. Bukan semua diagnosis bagi kita masa untuk prepare. Dan bukan semua kecelakaan boleh dielak.

Ada orang pagi pergi kerja, petang masuk hospital. Ada orang minggu lepas vacation, minggu ke depannya dah mula start treatment.

Macam Rayyan dulu. Pagi elok je pi sekolah. Tiba-tiba cikgu call bagitau jatuh. Masuk hospital, lahhh ada cyst dalam tulang pulak. Bertimpa-timpa bad news in a day. Imagine kalau kos hospital kena bayar sendiri, makin serabut kepala aku.

Same goes to arwah Aireen. Bulan Ogos kitorang ke Melbourne sama-sama. Elok je happy-happy. Bulan Oct, dia di-diagnosed dengan cancer.

Aku kalau bercakap pasal ni, heartbeat aku serta-merta laju. Sebab aku dah pernah lalui. Kalau boleh memang nak sihat sampai mati. Tapi, takkanlah nak bergantung pada harapan semata. Kenalah juga ada perancangan, betul tak?

Ramai rasa kalau medical card tu tak diguna, rugi bayar setiap bulan. Sebab bagi kita, apa yang kita spend, mestilah ada hasilnya. Sebab kita terbiasa dengan perspektif pulangan. Kita masuk duit dalam ASB, kita harap dividen. Beli saham, kita hope for capital gain. Simpan duit, kita harap jumlahnya bertambah. Jadi bila bayar medical card dan tak dapat balik duit tu, kita rasa rugi.

However, medical card BUKAN investment. Kita tak beli fire extinguisher untuk berasa untung bila rumah tak terbakar. Kita takkan kata, “Alamak, rugilah beli fire extinguisher. Rumah aku tak pernah terbakar”. Pernah ke cakap gini?

That’s the mindset we need to change.

Kalau bayar medical card selama 10 tahun dan tak pernah claim sebab badan sihat, actually, there’s something really valuable we get from those 10 years, iaitu PEACE OF MIND. Aku lebih suka bayar for peace of mind while I’m healthy than depend on other people’s help when I’m already sick.

Tapi, agen yang bagus pun penting. Ada agen terlalu pushy. Ada yang jual dengan menakut-nakutkan. Ada agen hanya fokus pada commission. Ada yang tak explain dengan jelas. Ada yang lepas close case, terus hilang.

All of that can happen, honestly. Tapi, jangan pukul rata semua agen hauk dan semua medical card tak berguna hanya kerana your experience. Sebab experience orang lain berbeza. Hanya kerana agen kau tak bagus, kau conclude company takaful ambil duit orang. That’s like having one bad experience with a doctor and then deciding you can’t trust all doctors. Padahal, satu doktor tak bagus, kita usaha cari doktor lain, betul tak? So kenapa bila sorang agen tak bagus, kau pukul rata semua agen tak bagus?

Bila nak beli medical card, benda pertama kena tahu is, adakah pelan yang diambil sesuai dengan keperluan dan KEMAMPUAN. Kalau jawapannya ya, so apa masalahnya if agen dapat commission?

Kau makan kat kedai, restoran ambil margin.
Kau beli kereta, dealer dapat margin.
Kau beli rumah, ada pihak dapat commission.

Kenapa bila sampai medical card, tiba-tiba commission agen jadi reason untuk tolak the produk?

Yang penting is value yang kita dapat as client. Kalau rasa agen tu approach kau tapi tak bagi good explanation, tak suggest pelan yang sesuai, and just nak commission, jangan beli daripada dia. Cari agen lain. Kat agen baru ni kau tanya soalan. Bandingkan. Jangan reject something just because kau tak suka orang yang jualnya.

And please, jangan jadikan “HOSPITAL KERAJAAN ADA” as jawapan.

Aku tak kata hospital kerajaan tak bagus. Ramai rakyat Malaysia dapat manfaat daripada sistem kesihatan awam kita. Syukur kita ada pilihan tu. Tapi bila kau kata, “Tak payah medical card. Hospital kerajaan ada”, ya, hospital kerajaan memang ada. Tapi medical card bukan dicipta sebab hospital kerajaan tak bagus. Medical card wujud sebab kita mungkin perlukan pilihan lain bila keadaan, masa, keselesaan atau kemampuan kita berubah.

Some people pilih untuk ke hospital kerajaan. Some people pilih private hospital. Some guna both bergantung pada keadaan. Medical card is a financial protection untuk kos rawatan yang mungkin kita tak mampu tanggung sendiri.

Yang paling menakutkan sebenarnya bukan bil hospital, tapi domino effect selepas tu. Jatuh sakit, needs treatment, medical leave yang panjang, pendapatan terganggu, expenses meningkat. Then, masalah kesihatan bertukar jadi masalah kewangan. Then, masalah kewangan bertukar jadi masalah rumah tangga. And eventually, the whole family ends up feeling the impact.

That's why bila bercakap tentang medical card, jangan tengok sekadar berapa kena bayar sebulan, tapi tengok juga if anything happen to you, berapa banyak duit simpanan kau kena keluarkan. That’s the more mature question to ask.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-08-19

Medical Card: 2 tahun tu sebenarnya buat apa?


"Kenapa kalau nak masuk wad kerana penyakit jantung, darah tinggi and diabetis kena tunggu 2 tahun waiting period?"

"Kenapa kalau medical card tu less than 2 years, ada possibility GL decline dan polisi akan di-query oleh medical underwriter?"

Ok, macam ni. 

2 tahun bukan waiting period standard untuk penyakit jantung, darah tinggi and diabetes. Most medical card di Malaysia, waiting period yang biasa is 30 hari untuk illness biasa dan 120 hari untuk specified illnesses, termasuklah hypertension, diabetes dan cardiovascular disease.

Yang 2 tahun tu selalunya berkait dengan pre-existing condition, bukan waiting period biasa.

Jadi, kenapa insurer sangat berhati-hati dengan 2 tahun pertama?

Ok imagine macam ni. Someone hari ni beli medical card. 3 bulan selepas tu masuk hospital sebab chest pain. Buat angiogram, di-diagnosed dengan coronary artery disease.

Insurer of cos akan fikir penyakit ni betul-betul baru dapat lepas medical card activate atau sebenarnya dah ada sebelum dia beli medical card?

Sebab hypertension, diabetes dan cardiovascular disease are penyakit yang boleh wujud lama without simptom yang jelas. A person may never have been formally diagnosed, tapi sebenarnya dah ada risk factors atau perubahan pada kesihatan sebelum beli medical card. That's why claim semasa awal-awal polisi akan ada high scrutiny.

Bank Negara Malaysia sendiri iktiraf pre-existing condition, specified illness and waiting/qualifying period as perkara yang DIKECUALIKAN daripada perlindungan MHIT (Medical and Health Insurance and Takaful).

So, kenapa GL boleh kena decline/query?

Bila hospital request GL, insurer kena decide dengan maklumat yang doktor provide, does this admission appear to be covered under the policy? Kalau diagnosis ada sangkut-paut dengan pre-existing condition, insurer boleh tahan or decline GL sementara nak buat investigation.

Contoh, umur medical card baru 6 bulan. Patient nak masuk wad sebab chest pain, uncontrolled BP, high blood sugar and suspected heart disease (doktor tulis gini). Pastu hospital request GL.

Medical underwriter konfem akan mintak medical records lama, history GP/clinic, blood test yang lepas-lepas, medication history, previous diagnosis, previous hospitalisation, bila hypertension/diabetes mula dikesan, sama ada simptom sebenarnya dah ada sebelum ambil medical card - BANYAK! 

Bukan insurer sengaja decline. Dah kalau doktor tulis diagnosis-nya begitu, of cos underwriter nak kena siasat dulu sebab dalam polisi takde health cdeclaration dibuat pun.

Tu pasal En Wan selalu pesan kat client, sebelum ke hospital, call dia dulu. Dia akan bagitau samada boleh proceed ke hospital atau tak. Samada ada potensi GL decline or not. Benda ni penting untuk client tahu supaya be prepared. Takdelah nanti bila GL decline, manjangggggggggg je salahkan agen. 

Aku masa jadi underwriter dulu, kalau hospital mohon GL, kita baca apa yang doktor tulis. Samada kita luluskan atau decline adalah based on apa yang doktor tulis. Takde kena-mengena dengan agen pun.

GL boleh ditolak bila insurer tak dapat cukup information to determine whether the claim is admissible. Kalau condition tu pre-existing or tak di-declare semasa apply medical card, GL TAK AKAN dikeluarkan. Customer kena bayar dulu sementara reimbursement claim disemak (pay and claim).

"Jadi 2 tahun tu sebenarnya buat apa?"

Some underwriting approach gunakan moratorium period 2 tahun. Maksudnya, kalau the condition (penyakit) already existed before the policy started but was not excluded, insurer nak tengok samada the penyakit continues or comes back within a certain period before considering it eligible.

Under moratorium underwriting, pre-existing condition usually tak di-cover untuk tempoh 2 tahun pertama. Selepas 2 tahun, penyakit tu akan dicover KALAU penyakit tu tak berulang dalam tempoh 2 tahun tadi. Senang cakap, policy kurang dari 2 tahun DAN admission berkaitan penyakit kronik ada kemungkinan lebih tinggi untuk direject.

Apa-apa pun, diagnosis doktor yang akan menentukan samada GL approve atau decline. Ni penting untuk client faham. Jangan salahkan agen bila GL decline. Kena tanya doktor apa yang dia tulis.

Siapa pernah tengok movie John Q?

Dalam filem tu, anak John Q kena buat heart transplant. John Q ada insurans keluarga under majikan tempat dia kerja. John Q ingatkan dia boleh proceed dengan transplant tu. Rupanya, polisi yang majikan ambil tu dah berubah. Company downgrade polisi, jadi rawatan anaknya tak dicover. Company tukar ke pelan yang lebih murah. Dalam pelan yang baru, benefit untuk heart transplant tak dicover.

Company aku applykan personal medical card untuk staff. Staff sendiri decide nak pelan macamana. Company akan bayar caruman selagi dorang masih bekerja di sini. Kalau resign, medical card tu dorang boleh ambil dan sambung bayar sendiri. Jadi, tak rugilah untuk dorang. Antara nak dengan taknaklah sambung bayar. Tapi selagi bekerja di GreenAard, company bayarkan.

Sesiapa yang run bisnes, boleh offer this benefit kepada employee. Buatkan employee personal medical card. 

Sesiapa yang bergantung pada medical card company, make sure for time to time check dengan company samada pelan ada perubahan ke tak. Dibuatnya dia ubah, jadi macam John Q.

Paling mudah, korang apply juga personal medical card. Jangan bergantung sepenuhnya pada medical card company sebab company cover selama mana korang berkerja di situ saja. Dibuatnya tetiba kau nak resign atau kena terminate, susah kalau takde protection. Masa tu pulak umur dah 40, dah ada simptom darah tinggi, lagilah payah nak apply medical card. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-08-05

Kalau dah tahu insurans konvensional tak patuh syariah, kenapa masih ada agen jual kepada orang Islam?



Aku pernah tulis pasal insurans vs takaful, dulu. Semalam jumpa video ustaz ni explain beza insurans (conventional) dengan takaful. Lega bila ustaz ni jelaskan kenapa orang Islam WAJIB pilih takaful berbanding insurans.

Hari tu aku jumpa post bawah ni kat Thread:

Aku pelik juga dengan some agen yang dah ambil exam takaful, tapi masih belum faham keperluan dia untuk jual pelan takaful kepada client beragama Islam. 

Apa yang kau pikir masa promote pelan conventional eh? Pikir pasal sales saja ke camana?

En Wan pernah lepaskan beberapa prospek yang request nak conventional plan. Client yang mintak sebab lebih murah bayar bulan-bulan. En Wan kata maaf dia tak jual conventional plan. Aku sendiri dah warning En Wan lepaskan je deal tu.

Ini bukan pasal takaful mahal or murah semata-mata, tapi untuk seorang Islam, the question goes a little deeper. Sebelum kau jual atau beli pelan conventional, cubalah cari tahu serba-sikit.

Apa sebenarnya akad yang kita buat masa beli takaful/insurans?
Ke mana duit caruman kita pergi?
Macamana risiko tu diuruskan?
Adakah keseluruhan mekanisme sistem tu selari dengan syariah?

A lower price is no longer the main argument bila masuk bab patuh syariah. Sebab dalam Islam, tak semua benda dinilai based on berapa banyak kita jimat. Ada benda yang kita kena tinggalkan walaupun harganya lagi murah. Ada benda yang kita pilih walaupun lebih mahal. 

Why?

Sebab halal dan haram tak ditentukan oleh harga.

Kita kena faham kenapa insurans konvensional dipersoalkan dalam Islam. 

Kat Malaysia, insurans konvensional dah lama majlis fatwa bincangkan. Dulu zaman aku pakai conventional insurans, takaful belum wujud. Jadi kita belum ada pilihan. Now, dah ada pilihan. Bila ada pilihan yang lebih baik, maka conventional insurans kita kena tinggalkan. Mana-mana client yang masih dengan conventional plan, usahakan untuk tukar ke takaful.

Hari tu aku dengar En Wan sembang dengan prospek. Dia kata prospek tu blog reader aku. Orangnya dah ada conventional plan (beli lama dulu). Now nak tukar ke takaful. 

En Wan tanya "Dah pernah buat claim ke tak?"

Dah.

En Wan suggest jangan stop dulu. Teruskan, tapi at the same time apply takaful. Tengok dulu lulus ke tak. Sebab insurance (conventional) dah ada rekod claim. Kalau proposal takaful diluluskan tanpa exclusion, baru stop conventional insurance. Kalau takaful letakkan restriction, stay saja lah dengan conventional. Nak buat macamana, sebab dah pernah buat claim. 

Bukan apa. Someone yang dah ada claim dalam insurans (conventional), maknanya ada kebarangkalian polisi keduanya tak akan cover lagi penyakit yang dah diclaim dalam polisi pertama. 

Contoh, kau ada polisi conventional. Tup-tup selepas 5 tahun kau di-diagnose dengan diabetis. Polisi pertama boleh cover diabetis sebab semasa apply belum ada history of diabetis lagi. Now nak apply polisi kedua dalam keadaan dah ada penyakit dan dah pernah buat claim, dah tentu polisi kedua ni takkan cover diabetis sebab penyakit dah wujud.

Jadi untuk kes sebegini, lebih baik polisi pertama tu teruskan saja. Sekiranya ada budget, buatlah new polisi (takaful). Kalau belum pernah claim apa-apa, cepat-cepat tukar ke takaful.

JAKIM dah putuskan conventional insurans is haram sebab ada gharar, judi dan riba.
Bank Negara pun dah cakap pelan takaful bebas riba dan gharar.

Jadi bila kita bercakap pasal insurans konvensional, kita bukan cakap pasal benda yang baru. Isu ni dah lama dibahaskan ulama.

“Takpe, polisi saya investment-linked”

“Saya pilih fund Islamic”

“Agent saya kata fund saya patuh syariah”

“Saya dah check fund tu tak melabur dalam arak”


Fine. Tapi kena faham satu benda. 

Tukar fund pelaburan kepada fund patuh syariah TAK semestinya automatik insurans konvensional menjadi takaful. Sebab ada beza antara pelaburan patuh syariah dengan AKAD perlindungan patuh syariah. Dua benda ni jangan dicampur.

Kalau kita beli insurans konvensional, then kita pilih dana yang hanya melabur dalam aset patuh syariah, still ada benda yang boleh diquestionkan, iaitu how is the protection contract actually structured? Gunakan konsep tabarru’ ke tak? Macamana cara risiko tu dikongsi? Apa cara company make profit? What’s the relationship between the participants’ fund dengan company's fund?

In other words, term “Islamic fund” dalam insurans konvensional TAK bermaksud produk tu adalah takaful. Tak semudah tu nak anggap "Islamic fund" is halal. Sebab kalau nak cakap pasal halal dan haram, kena tengok keseluruhan akad, bukan satu bahagian je.

Katakanlah kita dapat duit dari sumber yang bermasalah. Then duit tu kita guna buat beli aset yang halal. The fact that the asset itself is halal doesn’t necessarily settle the question of where the money originally came from.

Samalah macam insurans. Kita takleh ambil one komponen yang patuh syariah and assume the whole sistem jadi patuh syariah.

“Tapi syarikat insurans saya tak invest dalam arak”

Kalau ada bukti, tunjukkan. Taklau takde bukti, jangan suka-suka sebut. Tak payah nak kuatkan hujah agama kau dengan something yang kau tak boleh buktikan. Sebab isunya bukan samada company melabur kat saham arak or not, but insurans konvensional tu sendiri tak patuh kehendak syariah.

Takaful lain. Konsep takaful dibina atas prinsip saling membantu dan share risiko. 

Dalam takaful, kita bukan setakat bayar caruman bulanan supaya company tanggung risiko kita. Tapi kita menyumbang ke dalam satu dana untuk tolong peserta lain yang ditimpa musibah. Syarikat takaful manage dana (caruman) berdasarkan akad yang kita dah buat masa sign up. That’s the key thing that sets takaful apart from conventional insurance.

Ada je orang buat lawak tak kelakar. Dikatanya takaful ni sama je macam insurans. Cuma takaful insurance conventional versi Arab.

NOPE. Tak sama.

The whole sistem takaful adalah patuh syariah. Bukan sekadar tak melabur dalam judi dan arak, tapi sistem muamalatnya sendiri follow syariah.

Yang aku tertanya-tanya sekarang, dah tahu konvensional insurans tu tak patuh syariah, kenapa ada client still pilih?

Memanglah premium insurancenya lebih murah. Tapi macam aku cakap tadi, adakalanya kita kena pilih yang mahal sebab yang murah tak patuh syariah. Itu sebab utamanya.

Arak RM5 and orange jus RM15. Kau sanggup ke cakap “Ambil araklah, sebab murah"?

Bab makan minum faham pulak konsep meninggalkan sesuatu kerana Allah. Apesal bab kewangan, boleh kona lipat?

Kita bukan takde pilihan. Kita ada pilihan iaitu, takaful.

Ni aku nak cakap kat agen-agen Islam. Kalau kau tahu insurans konvensional tak patuh syariah, apa sebab nak offer kat orang Islam?

Jangan jawab “Customer yang nak”

Kau as sales person patut tahu apa yang lebih baik. Educate customer. Kalau customer datang mintak something yang kita tahu bermasalah dari sudut agama, does your responsibility end just because the customer asks for it?

"Saya nak ada sales, sebab itu income saya”

I understand that you need an income. Ada keluarga. Ada commitment. Aku faham. Tapi keperluan mencari rezeki tak bermaksud semua sumber pendapatan menjadi halal. If we genuinely believe something is haram, we should make an effort to find another way.

Ni karang ada yang spin "Abis tu yang kerja kat McD and Starbucks tu kena cari kerja lainlah? Sebab bisnes tu pun invest pada benda yang haram"

Nope. 

Ada beza antara someone yang bekerja untuk cari rezeki dengan someone yang secara langsung terlibat dalam mempromosikan atau menjual transaksi yang dia sendiri tahu ada unsur yang dilarang.

Pasal McD dan Starbucks, kita kena bezakan isu dengan betul.

Staff McD dan Starbucks bekerja dalam operasi harian syarikat. Dorang dibayar untuk buat tugas tertentu. Beza dengan agen takaful yang tugas utamanya cari client, explain produk, convince prospek, urus application and dapat komisyen hasil daripada transaction tu. Degree of involvement tak sama.

Fiqh bukan macam tu. When it comes to an issue, ulama tengok dari pelbagai sudut. Jenis transaksi, apa bentuk penglibatan dan apa role seseorang dengan aktiviti tu. 

My question now, kau adalah agen takaful. Kenapa tak fokus kepada produk takaful saja? Kenapa nak kena jual conventional?

Maybe agen akan counter cakap “Abis tu kalau kerja aku cikgu, aku kena fokus mengajar je ke? Aku tak boleh buat side bisnes jual tudung?"

Dey, dengar sini aku cakap.

Isu kat sini bukan sekadar kenapa jual benda lain, tapi adakah benda yang dijual tu halal and how is the transaction carried out. Ada faham?

Menjual adalah satu bentuk penglibatan. Kalau produk tu bermasalah dari sudut syariah, we should have the integrity to say "Maaf, saya tak jual produk tu, dan saya tak selesa nak jual pada orang Islam".

Aku tak kata agen Islam yang jual conventional insurance tu jahat. Dia cari rezeki and tolong client dapatkan protection. Good. Tapi niat baik tak semestinya mengubah hukum sesuatu akad. Ini bukan personal attack. Ini soal prinsip.

Kalau really takde alternatif, contohnya kau duduk kat overseas and takde plan takaful, lain cerita. Ini kat Malaysia, tak darurat pun. Takaful ada. Pilihlah takaful.

As client, memilih plan takaful berbanding conventional adalah satu bentuk amanah kepada keluarga. Kita nak rumah yang selesa. Makanan yang halal. Kesihatan terjaga. Cara kita manage kewangan pun sebahagian daripada amanah. Maka ambillah yang selari dengan agama.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-07-20

Medical Card: Sepatutnya kau tak layak lansung dapat medical card.


En Wan ada satu new kes yang mana client dah ada high blood pressure (HBP), tapi medical-nya lulus!

Cerita dia gini. This client dah ambil medication HBP. Tak tahulah macamana dia tergerak nak apply medical card. Kalau ikut kebiasaan, yang ada HBP memang payah nak lulus. Tapi En Wan kata takpe kita cuba, tengok underwriter cakap apa. Kalau boleh appeal, kita appeal.

Bila submit proposal, underwriter tak terus reject, tapi dia bagi requirement. Minta client buat medical check up and some questionnaires untuk doktor fill up.

Her medical report tunjuk BP under control dan pengambilan ubat pun tak heavy, seminggu 2 kali saja. Maknanya tak high risk. Jadi underwriter terus luluskan with some loading.

Ok ini aku nak cakap pasal LOADING.

Loading bermaksud kenaikan caruman dari harga standard. Semasa agen bagi quotation, itu adalah harga standard. Contoh, kalau umur 40, female, sihat carumannya RM200. Selepas underwriter buat underwriting, dia dapati kau agak berisiko, jadi caruman kau RM280. Kenaikan RM80.

Selalunya orang tak nak ambil. Mati-mati nak yang harga standard.

DENGAR SINI AKU CAKAP.

Kau kena sedar diri, ya. Kau tak sihat macam orang lain. Kau ada penyakit. Kau dah start makan ubat. Kau dah ada rekod doktor. Kau dah ada risiko. Sepatutnya kau tak layak lansung dapat medical card. 

Some underwriter lebih strict. Dia bagi kau medical card tapi exclude segala yang berkaitan dengan HBP. Maksudnya if on day kau dapat heart attack, treatment tu tak ditanggung oleh medical card sebab ada sangkut-paut dengan HBP.

Tetapi kalau kau dapat medical card with loading, tolong jangan reject!!

Loading without exclusion bermaksud, medical card kau akan tanggung semua sakit walaupun yang ada kaitan dengan HBP. This is a very rare case. Selalunya underwriter yang berani bagi loading without exclusion adalah undewriter senior. Dia undewrite berdasarkan pengalamannya bertahun-tahun. Dia dah tahu nak buat risk calculation.

Jangan hanya kerana kena bayar extra RM80 kau tolak that medical card. RUGI!

Tanyalah orang yang berpenyakit. Kalau boleh dorang nak ada medical card. Ini kau dah dapat, tapi berkira-kira nak ambik ke tak, nak ambil ke tak. Hello..?? Kau dah ada penyakit tau. Kena ingat tu. Payah nak lulus medical card kalau dah ada penyakit.

Underwriter dah tengok keseluruhan risiko. Dia dah tengok umur, keadaan kesihatan, sejarah penyakit, result medical check-up, jenis ubat yang kau makan, and dah buat kira-kira kemungkinan future claim. Maybe from there dia buat decision "Ok, risiko dia lagi tinggi daripada orang yang sihat. Kita terima, tapi dengan loading"

Maksudnya?

Kau masih diberi peluang untuk ada medical card.

Yes, kau bayar lebih. Tapi kau masih ada protection. Itu yang kita nak.

Loading bukan bermaksud kau kena denda. Itu cara untuk sesuaikan harga caruman dengan risiko kau sekarang. Umpama beli kereta baru tak pernah accident VS kereta second hand yang dah ada rekod claim. Logik ke harga insurans-nya sama?

Macam tu lah dengan medical card. Insurans menilai RISIKO.

Kalau dah dapat medical card tapi tak nak accept semata-mata tak nak tambah RM80, aku nak tanya apa sebenarnya yang kau tengah protect? Protect RM80 sebulan and abaikan risiko medical treatment ratusan ribu ringgit in future?

Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada harga yang kita kena bayar hari ni, tapi lupa kos yang mungkin kita perlu tanggung kalau berlaku hospitalization nanti.

Kalau underwriter bagi peluang walaupun dengan loading, jangan tengok loading as beban. Tengok dia sebagai your second chance.

Now Prudential tengah buat offer untuk orang-orang yang ada polisi lama yang nilainya sikit (less than 100K). Orang-orang ini boleh ambil new polisi TANPA PERLU CHECK KESIHATAN. Dengan syarat, polisi lama belum pernah claim.

Salah sorang yang lulus, is anak sedara aku, Mirza.

Mirza ni sebelum dia di-detect dengan autisme, mak bapak dia dah buat medical card. Autism boleh detect seawal 5-6 tahun. Jadi, dia dah sempat buat medical card dan tak pernah claim apa-apa lagi setakat ni. Mirza bagus, tak pernah masuk hospital, kecuali bersunat. 

Maka, laju-laju Palong dia call, mintak Azrul tambah polisi baru. Sebab Mirza sebenarnya tak layak untuk buat new polisi because dia dah ada rekod autism. Tapi disebabkan offer Prudential yang baru ni, sesiapa yang belum pernah buat claim boleh buat new polisi tanpa tengok rekod kesihatan. Terus bapaknya beli new polisi. Polisi lama cuma RM50K je. Yang baru ni RM200K terus.

Korang kalau ada polisi lama yang protecion less than RM100K, dan polisi Prudential, dan tak pernah claim, walaupun sekarang dah ada sakit, silakan laju-laju call En Wan. Buat new polisi. Undewriter terus luluskan tanpa ada sebarang checkup. Jangan lambat-lambat. Karang dia tutup offer ni, nangis lagi.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   



2026-07-07

Medical Card: Dalam memilih agen, achievement agen tu penting.


Ini satu lesson untuk semua yang nak ambil medical card. Jangan pilih agen semata-mata sebab dia kawan atau kita rasa kesian nak support bisnes dia.

Takaful bukan purchase yang kita buat sekali saja. This is a komitmen yang kita nak pakai maybe 20-30 tahun lagi. Dalam tempoh tu, akan ada macam-macam urusan. Nak review polisi, nak ubah penama, nak tambah protection, nak buat claim, nak tanya tentang hibah, nak confirmkan polisi masih aktif atau tak, etc.

Kalau agen yang kita pilih susah nak di-contact, follow up lambat atau tak lama dalam industri, payahlah. Memanglah kalau agen hilang, polisi kita tak hilang. Polisi kita akan diletakkan bawah leader/manager si agen tadi. Tapi kita kenal ke managernya? Manager tu pun faham ke health condition kita? Entah-entah dia tak study pun polisi kita, dia park bawah dia je.

As client, dah tentulah kita lagi selesa berurusan dengan agen yang kenal polisi kita and boleh respond dengan cepat. Itu yang membezakan between “sekadar ada polisi” dengan “good service”.

Dalam memilih agen, achievement agen tu penting. Kalau tengok key person mencari polisi, dorang memilih agen. Dorang hanya nak MDRT agen saja. Bukan dorang nak flex “Ohh agen aku MDRT”. Bukan. Tapj achievement agen menunjukkan agen tu aktif, konsisten and serius dalam industri ini. Agen ni betul-betul nak kekal lama, bukan sekadar menyinggah nak cari extra money.

Key client sejenis yang tak kisah bajet, asalkan agen can give good service and take care of their policy. Lagipun dorang tahu kes-kes under MDRT agen akan di-treated as priority oleh company because MDRT agen ada customer service sendiri. Segala urusan lebih cepat.

Kalau sesiapa nak cari extra income, toksahlah pilih untuk jadi agen takaful. Because kerjaya as agen takaful ni bukan boleh santai-santai buat kerja. Kau kena fokus betul-betul, rajin cari new client. Because kalau appointment kau terlalu sikit, kau punya presentation takkan sharp. Sebab kau jarang buat. Macamana nak convincekan client?

Kalau sekadar nak cari side income, carilah job yang boleh buat santai-santai. Not with takaful. Dengan takaful kena serious. Orang yang serious jadi agen takaful usually lebih jaga reputasi, lebih banyak knowledge, lebih banyak experience buat claims, dan lebih banyak handle kes pelik-pelik.

Kalau agen konsisten dapat reward and award setiap tahun, itulah agen yang kita kena hire sebenarnya. Tapi biasalah, orang kita ni pelik sikit. Kalau agen tu perform, hat tu yang dia jaki. Jaki amende tak tahulah. Bukannya company yang bayar gaji agen. Nak bodek company untuk naik gaji pun tak dapat. 

Agen yang banyak recognition tu agen yang perform. Tak perform kalu, memang kena terminate. Idoklah maksudnya kalau agen tu masih baru, jangan ambil. Semua agen yang hebat hari ni pernah jadi agen baru. Cuma, kalau dia baru, pastikan kita memang kenal perangai dan etika kerjanya.

Jenis bertanggungjawab ke tak?
Jenis teliti ke tak?
Jenis fokus ke tak?
Whatsapp reply ke tak?
Mudah dihubungi?
Jujur ke tak?

Ini semua lagi penting daripada sekadar boleh jual polisi.

Kalau sebelum sign pun whatsapp lambat reply, soalan dijawab ala kadar, muncul hanya bila nak close sale — jangan harap after sales servis lebih baik. Selalunya pattern service before and after tu kekal.

Salah sorang key client En Wan, sebelum dia hire En Wan as agen, banyak soalan dia tanya. Berapa lama dalam industri, buat full time ke part time, apa recognition yang pernah dapat….berpeluh nak menjawab kalau tak konfiden.

Ini biasa. Mana-mana key client sangat pentingkan servis. Duit takde masalah to them. Dorang nak servis tip-top. Key client En Wan kebanyakkan owner company. Bila dorang puas hati, dorang promote staff-staff ambil dengan En Wan jugak.

Nak pilih company takaful mana?

Bagi aku, company mana-mana pun takpe. Polisi plan tak jauh beza. Asalkan agen trusted. Kalau agen bagus, hilang satu serabut.

Tolonglah jangan ambil polisi yang takde agen. Ada company jual takaful tanpa agen. Murah memang murah, tapi hazabedahnya Allah je yang tahu bila nak buat claim. Banyak dah aku tengok orang mengeluh kat Thread salahkan company. Susah nak respond, lambat, GL tak approve. Macam-macam.

Itulah fungsinya agen. Agen ni perantara antara client dengan company. Agen tahu flow untuk approve GL, approve claim, appeal. Company lebih senang nak berurusan dengan agen berbanding client sebab agen lebih faham dengan polisi client. Ni kau dahlah takde agen, polisi pun kau tak berapa faham. Pastu bila berurusan dengan company macam ayam dengan itik bercakap. Company tanya kau tak tahu nak explain apa. Berbaloi ke ambil polisi tanpa agen sebab nak murah, ujung-ujung hassle?

Tips nak buat medical card:

(1) Pilih pelan yang sesuai bajet
(2) Pilih agen yang profesional, responsif dan ada good service record.

En Wan kata selalunya dia akan tanya client berapa bajet. Daripada bajet tu baru dia propose pelan. Selalunya dia akan bagi 2 jenis pelan. Satu yang sesuai bajet client. Satu lagi yang up sikit tapi dengan benefit yang lebih. Selalunya client end up pilih yang benefit lebih.

Maksudnya kat sini, bajet bukanlah isu. Bila client tengok agen explain why Pelan A begini, why Pelan B begitu, client nampak VALUE di sebalik harga yang dibayar. Bila client faham beza benefit antara dua pelan tadi, dorang sendiri akan menilai samada bayar extra tu berbaloi atau tak.

Support kawan tu bagus, tapi pastikan kawan tu serious. Kalau dia buat part time, elakkanlah. Takaful sebenarnya bukan kerjaya yang boleh buat part time sebab kerjanya banyak. Pilihlah agen sebab kita yakin dengan integriti, knowledge, komitmen and kemampuan dia untuk jaga polisi kita. Anything happen esok, kita perlukan someone yang profesional yang really boleh menolong.

Aku rasa ramai yang salah faham konsep takaful.

Kita mencarum bukan untuk kumpul point. Kita mencarum sebab nak pindahkan risiko kewangan kepada company takaful.

Bila kita tak pernah buat claim selama 7 tahun, itu sebenarnya good news. Maksudnya kita sihat, tak ditimpa musibah besar yang buatkan kita perlu guna that protection. Dah lama bayar dan tak pernah claim, ini company takde keperluan untuk bagi reward. Sebab caruman takaful bukan savings atau customer loyalty program.

Caruman kita bagi every month tu dikumpul dalam tabung dana risiko yang bila sesiapa ditimpa musibah, dana tu lah yang akan digunakan. Hari ini maybe we don't need that dana. But who knows esok lusa? Takde siapa nak sakit. Tapi kita perlu ada back-up plan. Samada dengan savings sendiri atau medical card.

“Tak pernah claim tapi caruman naik. Patutnya bagilah diskaun macam insurans kereta”

Hello? Nilai kereta makin lama makin susut. Kalau beli kereta RM100K, lagi 10 tahun nilainya maybe tinggal RM40K. Kalau tak buat claim, memang dapat diskaun.

Medical card takde konsep aset yang susut nilai. In fact, risikonya makin tinggi sebab makin umur bertambah, makin tinggi risiko dapat sakit. Kos rawatan dan ubat makin mahal. Teknologi rawatan makin lama makin canggih. 

Tu pasal setiap 3 tahun please review polisi dengan agen. Sebab sometimes company tambah benefit untuk cover rawatan guna new technology. Kalau kau tak review polisi, one day jatuh sakit, penyakit tu pulak treatmentnya dah guna new technology, tapi polisi tak cover that technology. Dahhhhh kena bayar sendiri. Padahal kalau review polisi, boleh masukkan that benefit, takyah bayar sendiri.

Isunya bukan kita pernah claim atau tak, tapi how much cost yang perlu untuk bayar segala kos-kos perubatan hari ni berbanding kos perubatan 10 tahun lepas. Kalau company nak bagi hadiah atau token of appreciation, itu adalah inisiatif saja. Ada, bagus. Takde, bukan kewajipan pun.

That’s why some agen ambil inisiatif untuk provide client dengan gifts. Planner, payung, calendar, tabung. Ini semua tak wajib, inisiatif saja. 

Nilai sebenar medical card bukan pada berapa banyak kita dapat balik, tapi pada financial protection. Bila kita tak payah risau bil hospital ratusan ribu because company takaful cover, itu sebenarnya benefit yang paling besar.

Ini kes client En Wan. Claim approved RM30K. Ini client yang aku teman En Wan visit Ahad lepas. Alhamdulillah, cepat urusan claim. Dia accident masa En Wan outstation ke Penang. Semalam En Wan ada di Surabaya. Today approved dah.

Tak sangka main-main bola pun boleh accident. Hari tu aku pernah buat post, kalau ada anak yang join sports macam bola atau rugby, buatlah medical card untuk anak tu. Sebab risiko nak cedera tu tinggi.

En Wan masih di Surabaya, tapi dia bawak iPad ke mana-mana. Kalau nak send request boleh je whatsapp dia 012-4407757. Dia masih boleh bekerja.


2026-06-18

Medical Card: Patut ke saya terminate medical card?


Izinkanlah aku buat appreciation post to manusia paling annoying dalam hidup aku selama 25 tahun ni, Wan Mohd Ridzuan.

Semalam dia achieved one more recognition, iaitu Executive Wealth Planner.

Sepanjang dia jadi agen, dia achieved KESEMUA 4 stage ni setiap tahun:

Wealth Planner
Executive Wealth Planner
Senior Executive Wealth Planner
Premier Wealth Planner

So now dia ada lagi 2 more level to go. MDRT dia dah dapat last month. MDRT pun setiap tahun achieved, alhamdulillah.

Aku tanya dia antara reward and award, mana dia lagi suka. Dia cakap award. Sebab tu dia lebih suka share award (recognition) yang dia dapat berbanding reward. Reward ni dia kata tak perform pun, asal ada duit boleh je dapat apa yang reward tu offer.

Hari tu En Wan dapat random new client yang signup RM600K Critical Ilness and RM2M hibah (kalau tak silap aku ini figurenya). Aku tanya mana dia jumpa client ni? Dia cakap client ni yang approach dia lepas nampak FB. This client specifically nak cari agen MDRT untuk jaga polisi-polisi dia.

Dulu aku ingatkan MDRT ni just another recognition. Rupanya tak, ya. MDRT ni world recognition. Only 2% financial planner achieves MDRT every year. No wonder client En Wan tadi specifically cari agen MDRT. Sebab MDRT ni petunjuk that agen konsisten. Bila konsisten maknanya that agen memang nak kerja lama dalam bidang ni. Aku rasa orang yang serious nak dapatkan medical card atau hibah kena consider this point dalam memilih agen.

Memandangkan MDRT tu payah nak capai, maybe susah juga kalau nak cari agen MDRT saja. Tapi, janganlah rembat sebarang-sebarang orang as agen. Especially yang hire agen sebab itu kawan atau saudara.

Aku faham benda ni. Even dalam business apa-apa pun, yang support kita awal-awal adalah stranger. Sebab stranger nampak value yang kita carry. Tapi family and friends nampak kita dari old lense. Dia tak nampak kita as experts atau entrepreneur yang ada value. Bila dah berjaya, baru dorang support sebab masa tu dorang nak nampak sisi kita yang lain.

Masa En Wan jadi agen takaful, client-client pertama dia bukan dari orang yang dia kenal. Semuanya dari blog reader aku yang kenal En Wan melalui apa yang aku share selama 20 tahun berblogging. Orang-orang ni kenal En Wan as engineer, manager, business owner. Maknanya dorang kenal En Wan dan nampak value-nya di mana.

Tapi family and friends masih nampak En Wan as member, ex-schoolmate, member lepak, geng main bola, cousins, anak sedara…etc. Takde yang gah kat situ. Jadi logiklah kalau awal-awal dorang tak support. Later, bila En Wan dah buktikan dia berada dalam level yang serious dengan banyak recognition dapat, barulah family and friends sign-up. This is normal, takde apa yang nak di-bitter-kan.

En Wan punya game dah berbeza now. Dulu dia agen. Kalau ada sebarang competition pun dari kalangan agen-agen saja. Now dah dalam group leader. Game berbeza. Now competition dia dari kalangan leaders. Apa-apa pencapaian dikira dalam bentuk group. Memang tak tercompete dia kata sebab manager-manager lain dah ada ramai agen di bawahnya. En Wan baru ada 4 orang 😄.

Aku cakap kat dia takyah compete dengan orang. Buat stress je. Dah tua-tua ni takyah stress. Just hit recognition yang important macam Wealth Planner and MDRT sebab recognition ini semua dinilai based on personal performance, bukan by group. Tahun ni nampaknya dia masih capai MDRT and semalam Exec Wealth Planner. Another 2 more stage to go untuk completekan cycle ni.

En Wan nak cuba pertahankan MDRT tahun depan sebab MDRT ni banyak bantu client-client dia. MDRT ada line khas. Any claims and proposal laju berdesup customer service buat. Aku rasa ramai big clients especially key clients yang nak signup polisi berjuta memang cari MDRT agen only. Jadi, sangat worth kerja keras untuk maintain that recognition.

JANGAN TERMINATE!!

Dengar cakap aku, jangan terminate. Pergi mintak agen review and kurangkan benefit supaya caruman rendah sikit.

Yang baru nak signup polisi, aku sarankan, sebelum buat komitmen besar, signup medical card dulu. Ini pengalaman sendiri.

Aku and En Wan sebelum beli rumah sendiri, kitorang signup medical card dulu. Sebab apa? Sebab bila komitmen lain dah banyak, dah ada anak, ada kereta, ada rumah, duit kau akan spend ke semua ni. Dah takde left untuk savings pun. Jadi, better buat komitmen dengan medical card dulu. Inilah investment untuk hospitalization nanti.

Selalunya, yang decided nak stop medical card adalah bila medical card bukan komitmen dia yang utama. Dia ambil medicl card setelah ada komitmen besar yang lain. Jadi bila keadaan financial teruk, dia mudah nak buang medical card sebab rasa itu bukan komitmen penting.

Katakan medical card RM360 sebulan. Dia merasa lega bila bulan-bulan dah jimat RM360. Tapi dia tak sedar dia dah hilang protection RM360 tu sekiranya dia jatuh sakit.

In realiti, berapa ramai yang buang medical card dan gantikan caruman bulanan tu ke dalam savings di ASB? Aku boleh jamin tak ramai. Yang ramainya, buang medical card, dan terus tak replace that dalam bentuk savings. Sebab tu jangan terminate, tetapi kurangkan benefit supaya boleh murahkan caruman. Pergi jumpa agen dan mintak dia review balik.

Selalunya orang yang buat post macam ni dia sebenarnya dah pun buat decision nak terminate. Sebab tu dia dah ada macam-macam reason ready. Orang macam ni selalunya taknak cari information tapi validation.

Selalunya hoping ada komen yang cakap:

“Saya dah terminate lama dah”
“Government hospital dah cukup”
“Saya tak ada pun ok je”


… so that dia rasa lebih yakin dengan keputusan yang dia dah pun buat. Bila ada orang cakap “Pertimbangkan downgrade”, sometimes jawapan tu tak dapat respond yang sama sebab that jawapan tak mengesahkan keputusan yang dah pun dia decide.

But as someone yang kerjanya agen, your tugas bukan bagi jawapan yang orang nak dengar. Your tugas is bagi maklumat yang dorang PERLU DENGAR.

Next time kalau dengar orang tanya “Patut ke saya terminate medical card?” ATAU “Patut ke saya ada medical card?”

Cakap je “Saya tak tahu. Awak kena check apa status kesihatan awak sekarang, apa tanggungan awak sekarang (keluarga), berapa banyak emergency fund ada (atau savings) and apa sebenarnya protection yang GL bagi”

Pandai-pandailah dia pikir sendiri.

Yang rasa terbeban dengan caruman, please jumpa balik agen mintak kurangkan benefit. Tapi please jangan terminate.


Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   

2026-06-07

Medical Card: Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect.


Aku tak tahulah nak kesian ke, nak sengih ke bila baca post ni kat Thread:

Ceritanya dia bengang bila agen tak uruskan her Pay & Claim. Maybe dia ingat collect dokumen and segala resit-resit ni kerja agen. Aku rasa ramai salah faham tugas agen takaful, especially melibatkan proses claim.

Setiap kali nak buat claim, syarikat takaful akan mintak dokumen yang berkenaan macam medical report, questionnaire dari doktor yang merawat atau resit tertentu. Medical report and resit ni CLIENT YANG KENA MINTAK DARI HOSPITAL, BUKAN AGEN.

BUKAN AGEN
BUKAN AGEN
BUKAN AGEN

Mesti terkejut tahu ni, kan?

Ya, dik. Collect medical report tu semua bukan kerja agen. Itu client yang kena collect. Masalahnya sekarang tahu tak kenapa client tak nak collect and suruh agen?

Sebabbbbbbb nak collect medical report kena bayar! Hat ni yang client taknak. Dia rasa agen tu yang kena keluarkan duit agen sendiri sebab agen makan komisyen dia. Hahahahha. Lawak apekah ini???

Dear all, agen bukan pekerja hospital. Dan agen BUKAN staff syarikat takaful. Agen ni kerja sendiri. Tugas agen lebih kepada perantara yang membantu client memahami proses. Agen tolong semak dokumen, pastikan submission lengkap. Pastu agen hantar dokumen ke syarikat. Then agen follow up status. Agen tolong explain mana-mana perkara yang perlu explanation.

Agen BUKAN pihak yang kerjanya ambil medical report client, atau collect any official dokumen bagi pihak client. Collect medical report, collect resit — ini semua client kena buat. Cuma memang ada some agen yang willing to buatkan. Nama agen ni Wan Mohd Ridzuan 😆.

Kadang aku marah gak bila some client yang banyak cengkadak nak appeal kes, tapi medical report tak nak collect. Dahlah tak nak collect, tak nak bayar pulak tu! Konon macam “Kalau kau nak polisi aku lulus, kaulah kena buat semua”.

Aku memang mengamuk dengan En Wan kalau kena client jenis bangang macam ni. Aku cakap kat dia macam ni punya client pun nak jaga ke? Dia yang berpenyakit, dia yang nak medical card, tapi taknak bagi kerjasama. Kau sakit sebelum ada medical card kot, patutnya kaulah collect semua sendiri. Jenis client ginilah yang paling susah nak handle besok.

Aku pernah mengamuk sampai En Wan drop satu prospek. Ceritanya client ni nak medical card tapi dah ada history masuk hospital. Proposal dia declined. Aku buatkan appeal letter. Dari proposal tu decline, aku appeal 2 kali sampai lulus. Tapi ada exclusion. Dah kau berpenyakit, mana boleh dapat clean case. Wahh merentan cakap taknak proceed. Dia ingat dia sorang je prospek En Wan kot nak acah-acah ugut gitu.

Pastu medical report dia kena kutip dari 3 tempat, tapi dia taknak bayar. Laki aku ni pun satu tebiat, baik tak bertempat. En Wan kata takpelah nak tolong sebab orang ni dah sakit. Dia bayarkan medical report. Aku melayankan permintaan En Wan buatkan appeal. Bukan sekali, tapi DUA kali! Memang betul-betul nak tolong dia dapat medical card.

Bila dia dah start ugut-ugut gitu, aku keluarkan kata dua dengan En Wan.

“Kalau awak proceed dengan customer ni, saya calarkan kereta awak. I don’t care!”

Memandangkan En Wan tahu aku pernah buat kerja gila, dia drop that case. Aku cakap kat En Wan dengarlah cakap aku, client tu takkan jumpa agen yang boleh handle kes dia. Aku faham sangat tebiat bangang macam ni. Sekali betul TAKDE, GAIS! TAKDE. After beberapa bulan, En Wan kata client tu contact balik sebab nak re-appeal. Aku bagi side-eyes kat En Wan.

“Siapa yang nak appealkan? Buatlah sendiri kalau nak”

Pastu En Wan ceritalah kat aku why client tu cari dia balik. Sorry the morry. Malas aku layan bangsa mengkulikan orang ni. Aku cakap kat En Wan “Kalau berani ambiklah that client, I tell you awak takkan dapat new case dah pasni sebab menyakitkan hati bini”

Wahhh drama aku gaisssss 😆. En Wan declined her request dengan berhemah. Dapat kat laki aku memanglah berhemah. Dapat aku as agen, taulah nasib kau. Tu pasal aku takleh jadi agen. Terbakor semua kang.

Analogi agen takaful ni kalau nak senang faham umpama kau buat loan bank. Pegawai bank bagitau dokumen apa yang bank perlukan. Pegawai bank boleh tolong semak dokumen kau. Dorang tolong submit proses permohonan.
 
Kau takkan nampak pegawai bank datang ofis untuk collect slip gaji kau. Ada?

Pegawai bank takkan pergi LHDN untuk print penyata cukai kau. Ada?

Dorang takkan keluarkan duit sendiri untuk dapatkan dokumen-dokumen kau tu semua. Ada?

Macam tu lah dengan claim insurans. Medical report BUKAN dokumen percuma, ya. Hospital caj. Ada hospital caj puluh ringgit. Ada yang ratus! Pernah En Wan collect medical report dari 4 hospital, totalnya RM500! Setiap report lain caj depends on jenis report yang syarikat takaful request.

Bila syarikat mintak medical report, itu bukan suka-suka nak susahkan client. Medical report tu penting untuk sahkan diagnosis, tengok balik apa bentuk treatment yang dah dibuat, date of diagnosed, date of treatment, health history, etc. Ramai client ingat nak claim ni cuma tunjuk resit je. NOPE. Dari sudut claim, tak semua maklumat yang diperlukan ada pada resit. That’s why syarikat takaful request dokumen tambahan.

En Wan cakap, ramai sebenarnya agen yang taknak jual medical card. Dorang lebih suka jual hibah and investment sebab tak payah buat servicing. Sebab malas nak layan perangai manusia. Jual hibah and investment takde hassle nak uruskan GL, admission ke ward, claims, etc. Most agen yang dah lama-lama taknak pegang client medical card. Leceh. Nak pulak kalau dapat client yang mindset hauk. Banyak cengkadak. Jenuh nak melayan.

Lagi satu jangan terkejut kalau agen korang taknak buat appeal. Itu memang bukan tugas agen.

Agen TAK WAJIB tulis appeal letter dan berjuang sampai claim diluluskan. Proses appeal sebenarnya adalah hak pemegang polisi. Yang kena appeal ialah client sendiri. Agen hanya tolong bagi guideline apa nak tulis dan apa dokumen yang mungkin diperlukan. Tapi agen BUKAN tukang buat semua tu.

Selama aku buatkan appeal client En Wan, itu adalah bagi pihak client. En Wan mintak aku appealkan bagi pihak client. Aku willing “buang masa” kelebet medical report berhelai-helai and baca questionnaire doktor untuk tulis appeal letter kau. Yang kau perangai macam siapalis. Kau rasa aku nak proceed? Memang taklah. Kita nak tolong dia, dia banyak cengkadak pulak. Sebab tu kalau client tu menyusahkan, aku paksa En Wan drop the case. Kau ingat kau je ada perangai? Kau tak tengok aku punya perangai pulak.

Pelik aku client yang rasa agen tu orang suruhan dia. Suruh itu ini. Padahal kerja tu dia kena buat.

En Wan pernah masuk wad minor surgery kat perut. That was tahun Covid, 2020. Masa tu dia belum jadi agen. GL approved, claim OK. Semua takde masalah. Tapi agen takde datang visit, cuma notify masa nak bagitau pasal GL and claim saja. Cara-cara tak nampak agen buat kerja pun En Wan tetap hantar coklat kat agen say thank you. Sebab tahu agen ada buat kerja di balik tabir.

I tell you. Bukan nak puji laki sendiri. Tapi effort En Wan as agen memang A+. Dia punya effort untuk tolong client memang tinggi, walaupun terpaksa menyusahkan bininya sendiri 🙄. Eh tapi pengeras aku tak murah, ya. Aku tekan kaw-kaw.

That’s why kalau beli medical card ke, beli hibah ke, kau boleh beli dari mana-mana company tapi yang penting adalah AGENnya. Kau kena pilih agen yang MAHU BUAT KERJA. Aku rasa maybe inilah punca kenapa En Wan manjang busy. Manjang melekat je iPad kat tangan. Sebab dia suka buat benda-benda yang dia tak payah buat sebenarnya.

Maybe orang akan tanya “Dah tu apa kerja agen kalau dokumen semua client uruskan?”

Kerja sebenar agen adalah di belakang tabir yang client tak nampak. Client maybe nampak diri dia kena beratur menunggu lama kat hospital nak collect medical report dan kena bayar kos dokumen. Tapi client tak nampak agen semak SETIAP muka surat dokumen untuk make sure takde maklumat tertinggal. Kalau ada missing dokumen, agen akan call hospital untuk readykan that dokumen supaya client boleh collect. Kau tak tahu betapa hasslenya nak semak dokumen-dokumen ni. Aku dulu medical underwriter, aku tahu macamana dokumen ni nanti appear dalam sistem in order. Tak lengkap kalu, medical underwriter tak layan appeal kau.

Sebelum client collect report, agenlah yang akan call hospital berkali-kali follow up. Nak follow up dengan doktor paling susah sebab doktor always busy, sedangkan dokumen tu banyak. Memang selalunya doktorlah yang menyebabkan dokumen submisson delay, bukan agen tak buat kerja.

Aku pernah beberapa kali teman En Wan collect medical report kat hospital kerajaan. Dia bawa aku untuk jaga kereta sebab parking payah. Dah la parking takde, menunggu lama, duit parking sendiri, nak berurusan dengan pegawai-pegawai kat dalam tu pernah masa menunggu sampai 1 jam. Itu semua makan masa dan modal. Tu belum kira duit tol, duit minyak.

Medical card antara produk yang paling banyak kerja lepas close case. Ramai orang ingat kerja agen habis lepas polisi lulus. Sebenarnya lepas luluslah kerja sebenar bermula. Everytime client nak masuk hospital, agen dah start kerja dia, tapi belakang tabir. Client tak nampak. Aku wife agen aku tahulah busynya En Wan everytime client sakit. Dia akan sentiasa follow up dengan customer service nak tahu status GL. Client sakit tak tunggu siang, ya. Pukul 2 pagi pun client call. Weekend. Public holiday. Agen berkerja waktu-waktu ni. Semua ini TAK MASUK dalam komisyen. Elaun khas pun takde. Overtime apetah lagi.

“Takkan agen tak boleh buat semua sekali?”

Boleh, tapi bukan semua perkara dalam kuasa agen. And tak munasabah agen kena keluarkan duit sendiri bagi pihak client. Kita punya medical report, kitalah kena bayar. Kita collect. Nanti agen compile and submit serta follow up. Tak pun, kalau takde masa nak collect, hulurlah duit bayar collect dokumen tu kat agen. Cubalah ada budi bahasa sikit. Hulurlah sekotak coklat Beryl’s ke, buah epak 4 biji ke. Nak mintak tolong orang, kan. Agen kau akan jadi seronok nak tolong. Silap-silap dia tolong lebih dari tu.

Client bukan kena buat semua sendiri. Tapi agen pun bukan buat semua kerja sendiri. Tak dinafikan ada bad agents, jenis lepas tangan. Tapi tengok apa yang dia lepas tangan tu.

Kalau agen yang tak monitor payment sampai polisi kau lapse tanpa sedar — ok ini lepas tangan.

Kalau dia tak follow up claims dengan syarikat — ok ni lepas tangan.

Tapi kalau agen tak collect dokumen kat hospital, ini kau as client yang lepas tangan!

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)  

2026-06-05

Medical Card: JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA.


Kat Thread orang dok membandingkan harga-harga hibah and medical card antara syarikat takaful. Pastu tanya "Apesal saya umur 35, tapi coverage company A dengan company B tak sama? Kenapa harga caruman tak sama?"

Dik, dia umpama kau book hotel room. Sama-sama hotel 5 star, tapi adakah semua bilik harganya sama?

Tak.

Ada bilik standard, ada deluxe, ada suite.
Ada yang inclusive of breakfast, lounge access, airport transfer, etc.
Kau tak boleh tengok harga semata-mata without tengok apa yang kau dapat.

Takaful pun gitulah. Your caruman depends on the benefits you choose. Berapa jumlah coverage, coverage period, syarat claim, rider (benefit tambahan), annual limit, lifetime limit, manfaat hibah, etc. That's why dua orang yang sama umur belum tentu bayar caruman yang sama untuk coverage yang sama. JANGAN SEMATA-MATA COMPARE HARGA. Tengok dulu apa yang kau dapat dengan harga yang kau bayar.

Contohnya yang kata Takaful A, B dan C murah. Takaful D, E, F mahal. Berbondong-bondonglah orang percaya, padahal tak tengok lagi apa sebab mahal, apa sebab murah.

Contoh, PruBSN ada pilihan RM0 deductible. Ada juga pilihan bayar RM300 atau RM500 (deposit untuk masuk hospital). Yang pilihan berbayar ni caruman bulan-bulannya lebih murah. Tapi, bila kau masuk hospital, kenalah bayar RM300 atau RM500 duit sendiri as deposit. Kalau nak zero deductible pun ada, cuma caruman bulanannya tinggi sikit. Sikit je.

Tak payah zero deductible pun takpe sebab bila nak masuk hospital nanti bayar je lah deposit tu. Kau orang yang bayar medical card setiap bulan kot, takkan time nak masuk hospital RM500 pun takde.

Pelan yang zero deductible tu dia sebenarnya serap kos tu siap-siap. Bukannya kos tu hilang or company tanggung. Dalam insurans dan takaful, every risk covered under the plan has to be funded by participants' contributions. Kalau client tak perlu bayar deductible, kos tu usually dah diambil kira lebih awal dalam caruman.

Memanglah RM0 deductible bunyinya sedap. Tak payah keluarkan duit sendiri bila masuk hospital. But that doesn't automatically mean the plan offers better value. Sebab setiap manfaat ada kosnya. Kalau client pilih pelan tak bayar deductible, kos tu tetap kena ditanggung oleh someone else. In insurance or takaful, the risk fund is basically built from participants’ contributions. Maksudnya, RM0 deductible usually usually means higher contributions.

Soalan yang lagi sesuai ditanya bukan "Ada deductible or not", tapi "Berapa jumlah caruman yang saya bayar berbanding benefit yang saya dapat?"

Sometimes, plans with RM300 or RM500 deductible offer lower premiums for many years. Bila kau kira-kira balik, penjimatan caruman tu lagi banyak dari deductible yang kau kena bayar bila masuk hospital sekali-sekala. That's why bila menilai medical card, jangan tengok surface je, especially yang rage bait kat Thread. Tu semua bangsa takde etika buat kerja.

Kenapa untuk coverage yang sama, umur yang sama dan tempoh protection yang hampir sama, carumannya berbeza? Why?

Aku bagi contoh hibah.

Company A offer hibah RM500K, caruman RM140 sebulan.
Company B offer hibah RM500K, caruman RM300 sebulan.

These differences are often misunderstood by ramai orang. Nanti ramailah yang kata company B nak untung lebih sebab nak bayar komisyen agen-agen dorang. Ha’ah kau pegilah jadi agen kalau macam tu. Tengok berapa sen komisyennya.

Ramai ingat kalau ambil hibah RM500K, harga caruman bulanan tak kira dari mana-mana company akan jadi sama.

TAK. Nilai hibah is just a small part of the overall contract value. Yang kau beli sebenarnya is satu pakej protection WITH...

+ syarat
+ benefit tambahan
+ kaedah claim
+ tempoh perlindungan
+ financial structure

Semua ni berbeza antara satu company dengan company yang lain.

Serupa kau beli kereta 2.0 cc, mana ada semua brand keluar spec yang sama, safety sistem yang sama, warranty period yang sama, apetah lagi harga yang sama. Walaupun orang kata beli je mana-mana kereta, janji sampai. Yes, sampai memang sampai, tapi keselesaan dan manfaat tak sama.

Caruman berbeza because the way each company evaluates and prices risk berbeza. Every syarikat ada team aktuari sendiri yang responsible for calculating risiko kematian, risiko penyakit and kebarangkalian claim dibuat. Semua ni dorang calculate berdasarkan DATA yang dorang ada.

Aku bagi contoh gini.

Syarikat X
- ada 1 juta polisi aktif
- 10,000 claim setahun

Syarikat Y
- ada 100,000 polisi aktif
- 2,000 claim setahun

Walaupun dari segi percentage Syarikat X dapat banyak claim, yang lebih penting is dorang ada lebih ramai client. Lebih ramai client means lebih banyak data kesihatan, lebih banyak data kematian, lebih banyak data lapse/cancellation, lebih banyak data ikut umur, jantina, pekerjaan, etc. Disebabkan client ramai, team aktuari dapat buat polisi yang lebih stabil.

Apa maksud lebih ramai client, lebih stabil?

Bila syarikat ada lebih ramai client, team aktuari boleh nampak pattern siapa yang berisiko tinggi/rendah, boleh buat estimation kematian & penyakit dengan lebih tepat, boleh kurangkan error dalam pricing dan dapat stabilkan caruman untuk jangka panjang.

Perasan tak lately ni ramai komplen pasal takaful plan from one company tu. Ramai kata company tu payah nak claim, pastu caruman naik sampai lebih 50%. Itulah impak daripada caruman yang terlampau murah. Bila murah, pastu claim masuk, tabung dorang tak mampu tanggung. Tu pasal caruman naik sampai 50% and claim makin payah.

Ingat senang-senang ke takaful nak murahkan caruman kalau risiko tinggi?

Katakanlah kau sekarang 35 tahun, ambil hibah until 70 tahun. Takaful kena kira possibility berlaku claim dalam tempoh 35 tahun tu. Dorang kena kira maybe akan berlaku perubahan jangka hayat, inflasi, ekonomi berubah, etc.

Industri takaful ni bawah BNM. Dikawal selia oleh BNM. Dorang tak boleh sesuka hati letak harga without aktuari yang kukuh. Every argument kena ada proven data. That’s why differences in pricing usually have their own technical and financial justification, based on their data collection. Selalunya company yang solid dalam industri, caruman dia tak murah sebab client dia dah ramai, jadi dorang punya data banyak, dorang dapat buat penilaian risiko dengan lebih tepat.

Some plan bagi basic coverage. Ada plan comes with benefit tambahan. Benda-benda ni kau kena tengok. Jangan tengok harga je. Walaupun orang kata “Alah lebih kurang je”...nope. TAK SAMA. Aktuari team dari Syarikat X takkan bodoh-bodoh nak kalah harga dengan Syarikat Y kalau takde reason kuat. Ada beza benefit dan penilaian risiko yang kau tak nampak walau kau cakap “Alah lebih kurang je”.

Jangan buat price comparison kat media sosial. Data kat media sosial ni selalunya too surface. Selalunya argument dorang “Umur sama, nilai hibah sama tapi caruman berbeza”. Tu jelah tahap argument dorang.

Yes, price matters. But it shouldn’t be the only factor when making a decision. When it comes to personal finance, VALUE is always more important than price. Harga is jumlah yang dibayar. Value is apa yang diterima sebagai balasan. The two are not always the same thing.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  



2026-05-23

Medical Card: Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.


Ramai still belum aware yang Prudential BSN Takaful dah announce yang Medic TotalCare (MTC) dengan Step-up Contribution akan DIHENTIKAN bermula 1 Jun 2026.

Agen-agen dah tahu since 7 May lagi. Semua proposal untuk pelan ni dorang kena submit sebelum 31 May. First payment pun kena buat SEBELUM 31 May to avoid sebarang gangguan dalam proses application. Tu pasal pak incik aku iPad berjahit kat tangan orang nak raya ni. Dia sibuk mengadap quotation.

This announcement maybe nampak biasa-biasa je to some people, but it actually carries significant implications, especially for those yang tengah pikir-pikir nak ambik ke tak, nak ambik ke tak.

Bila sesuatu pelan distopkan, bukan bermakna produk tu dah takde. Selalunya bermaksud benefit, harga, contribution ataupun konsep protection dalam pelan tu takkan ditawarkan lagi dalam bentuk yang sama in the future. Ada possibility pelan baru akan menggantikannya, tapi belum tentu benefitnya sama, contributionnya masih mampu milik, atau syarat applicationnya semudah sekarang.

Hari tu ada satu podcast cakap inflation kat Malaysia sekarang makin agresif. Kos private hospital naik berkali-kali ganda berbanding kenaikan gaji. Dulu masuk wad maybe beberapa ribu ringgit je. Now satu prosedur kecik pun dah cecah puluh ribu. Kalau melibatkan ICU, surgery, treatment by specialist, MRI, CT scan, atau treatment penyakit kritikal macam cancer and jantung, jumlahnya boleh pergi lagi tinggi.

That’s why sekarang medical card bukan optional luxury lagi dah. Dah jadi keperluan asas especially yang ada tanggungan. Tak salah ak, pernah terbaca Ustaz Kazem kata medical card ni dah boleh jadi sebahagian dari nafkah suami kepada tanggungannya sebab dah jadi keperluan di masa akan datang.

Tadi aku pergi Batik Exclusive kat Chendering. Tempat aku beli baju kurung batik memang kat sini. Dia ada kilang di Taman Perindustrian Cendering tapi showroom dia adalah di rumah sendiri. Sejak lebih 10 tahun lepas memang kat situlah aku shopping baju batik.

Tadi anak sulung dia yang layan kitorang. Dah ambil alih role mak dia. Sembang-sembang lebih kurang, dia tanya kitorang kerja kat mana apa semua. En Wan introducelah diri as agen takaful. Pastu anak dia cakap dia punya medical card pun PruBSN. Dia sebut nama agen sekali. Tapi En Wan tak kenal. Dia kata dari kecil lagi parent dah buatkan medical card untuk anak-anak semua.

En Wan kata orang kaya-kaya ni selalunya ada medical card, sebab dorang taknak guna duit sendiri for hospitalization padahal sah-sah banyak duit. Tokey kedai batik tadi siap ada kilang sendiri and doranglah tailor and supplier untuk batik staff Exxon Mobil.

Orang-orang macam ni lebih tahu bil hospital and treatment boleh ranapkan bisnes yang dah dibangunkan bertahun-tahun. Orang-orang macam ni lebih menjaga income. Selalunya dorang ada medical card, hibah and critical illness sekaligus supaya kalau jadi apa-apa, business masih selamat. Income masih diprotect.

Ramai orang yang berkira-kira nak ambil medical card actually bukan takde duit, tapi dorang rasa takde keperluan sebab masih sihat. Kebanyakannya merasa rugi kalau ambil tapi tak guna. Tapi orang yang faham apa yang sebenarnya perlu diprotect akan nampak kenapa medical card itu sebab yang diprotect bukan sekadar penyakit. Kita protect our savings, kewangan keluarga kita, masa depan anak-anak kita dan peace of mind bila emergency happens.

Takaful bukan diambil waktu dah sakit. Takde sape nak terima kita bila dah sakit. Takaful diambil waktu kita masih sihat dan masih layak untuk diprotect. Bila dah ada diabetes, darah tinggi, slip disc, masalah buah pinggang atau apa saja medical condition, application akan jadi sangat susah. That’s why timing is important.

Yang nak distopkan ni is Pelan Step-up Contribution. This plan actually sesuai diambil untuk orang yang baru mula kerja, nak ada medical card but may not yet be able to afford high contributions at the early stage. This plan allows caruman bermula dengan rendah dan slowly meningkat berperingkat ikut tempoh tertentu. For some people, this is really helpful sebab dorang boleh ada medical card tanpa terbeban nak bayar mahal awal-awal.

One of the biggest mistakes people make is being OVERLY CONFIDENT dengan duit savings. Kebanyakan ingat duit savings cukup nak bayar cash kalau berlaku emergency. Aku tahu ramai yang umur-umur macam aku ni at least dah ada RM200K dalam ASB. But just imagine kalau hospitalization kena bayar RM80K. Memanglah ada duit, tapi kau tak rasa terduduk ke after bertahun menyimpan, alih-alih sekejap gone RM80K? Tu belum campur treatment selepas sakit, kos ulang-alik hospital, unpaid leave, ubat after discharge, and komitmen bulanan yang masih berjalan.

Sebab tu takaful bukan sekadar claim hospital, tapi protection sewaktu hidup sedang diuji. It helps prevent your savings from hilang sekelip mata.

Announcement tentang Step-up Contribution yang nak distopkan ni dah nampak yang produk hari ini belum tentu still available esok. Sama macam Hibah Orang Sakit dulu. Dah takde dah sekarang. Aku cakap kau memang untung siapa yang ambil masa dorang offer dulu. Kau ingat siapa nak bagi kau ambil hibah dengan keadaan kau dah berpenyakit? Takde. Now produk tu dah takde dah. Ramai client En Wan tanya hibah orang sakit. Tapi memang dah takde. Tak dapat nak offer dah.

Step-Up contribution lepas ni dah takde dah. Maksudnya? Maksudnya kalau caruman Step-Up contribution ni RM150/bulan, maybe pelan baru yang menggantikannya akan start dengan RM200/bulan. Apa yang masih affordable sekarang maybe akan jadi lebih mahal akan datang.

So sesiapa yang memang dah lama considering nak ambil medical card, this is the right time untuk ambil. Dapatkan penerangan yang betul from agen. Jangan tunggu sampai pilihan tu dah takde.

Ni bukan nak takutkan sesiapa. Tapi sebab aku dah nampak ramai orang menyesal tak ambil Hibah Orang Sakit dulu. Janganlab repeat the same mistake. Sometimes kita terlampau selesa delaykan something sampailah peluang tu terlepas.

Ni sama je dengan everytime buat promo GreenAard. Dah tamat, barulah tanya “Offer ni valid lagi tak?”. Padahal panjang masa kita bagi offer tu.

Boleh terus wasap En Wan pasal pelan yang nak stop ni. 5 hari je lagi tinggal.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan
(MDRT 2024, 2025, 2026)


2026-05-10

Medical Card: Orang yang paling senang dapat medical card ialah orang sihat. Tapi orang sihat selalu rasa dorang tak perlukan medical card.


Ramai orang ada satu mindset yang nampak macam logik, tapi sebenarnya sangat berisiko. Aku nampak orang bersembang kat satu post di Thread pasal insurans company. Macam-macamlah yang dorang cakap.

“Company dah provide medical benefit”
“HR cakap coverage dah bagus”
“Tak payah ambil medical card sendiri sebab company punya unlimited”


Aku sekadar baca je, malas nak menyampuk. Saja baca ambik input so that aku boleh explain panjang kat sini.

Ok macam ni. Aku faham kenapa ramai fikir macam tu. Takyah ambil medical card sendiri sebab company punya dah ada. Ini mindset yang sama macam those yang kata tak perlu medical card sebab bukannya sakit, masih kuat, masih sihat, masih bekerja, every month gaji masuk. Kita rasa semuanya stabil. Rasa benda buruk tu jauh lagi. Cerita-cerita like masuk hospital, penyakit kronik, duduk ICU — tu semua cerita orang lain. Bukan cerita kita.

Aku rasa kat sini the issue bukan takde protection, tapi bila kita rasa kita dah cukup protected, padahal protection tu bersifat sementara.

Itulah beza paling besar antara company insurance dengan personal medical card.

Ramai orang tak realise sebenarnya company insurance tak protect sepenuhnya. Company insurance tu untuk protect liability company terhadap pekerja semasa kita masih bekerja kat situ.

Maksudnya apa?

Maksudnya protection tu DIPINJAMKAN kepada kita. BUKAN milik kita.

Hari kita resign, hari kita kena buang kerja, hari di mana company downsizing, retrenchment, bisnes tutup, performance drop, ekonomi meleset, atau kita sendiri decide nak berehat daripada berkerja, HARI ITU JUGA PROTECTION ITU HILANG.

And life is just so weird sometimes. Time kita tak perlukan, benda tu lalu-lalang depan mata. Tapi time kita nak, time itulah takde. Protection pun sama. Banyak dah kejadian berlaku. Waktu paling memerlukan medical card selalunya ketika kita takde benda tu. Atau ketika kita dah tak berkerja. Itulah realiti yang ramai tak terfikir.

“Nanti dah takde kerja kat sini baru ambil medical card sendiri.”

NOOOO.
Ini kesilapan paling besar.

Insurance/takaful bukan macam beli phone. Bukan macam beli kereta. Bukan macam beli barang rumah. Tu semua tak bergantung pada keadaan kesihatan kau. Tapi medical card bergantung pada keadaan kesihatan waktu kau apply.

Kalau kau sihat, underwriting takde masalah. Takde exclusion. Takde loading. Caruman bulanan lebih murah. Coverage lebih besar. Chance lulus lebih tinggi.

Tapi kalau sepanjang kau bergantung pada company insurance, tiba-tiba kau develop diabetes, hypertension, gout, slip disc, asthma, fatty liver, thyroid, kidney issue atau apa-apa chronic condition baru nak beli personal medical card, hmmm… welcome to reality.

Ada kemungkinan penyakit tertentu kena exclude, loading 50%-200%, waiting period lebih ketat atau terus reject.

And honestly, the most painful part is not even getting rejected. Yang paling sakit ialah bila kau realised kalaulah kau apply lebih awal, masa tengah sihat dulu.

Lagi satu kan, orang bila sebut medical card orang lebih ingat ni pasal “claim”, padahal medical card lebih kepada insurability. Iaitu kebolehan untuk masih layak di-protect. Ini sebenarnya ASET yang orang muda selalu sia-siakan sebab dorang rasa sihat tu kekal selamanya.

Dengarlah cakap acik yang dah 49 tahun ni. Badan kita berubah ikut umur. Kawan-kawan aku and En Wan nampak je kuat sihat. Tapi ada yang dah develop diabetis, dah start makan ubat darah tinggi, yang gout, yang heart problem, yang sakit lutut. Rabun dekat tu jangan cakaplah. Ramai.

Ceritanya, badan kita berubah. Penyakit lebih mudah dapat. Kalau tak dapat penyakit pun, tenaga kita dah tak sama macam zaman muda dulu. Sebagaimana kita bersedia dengan simpanan, KWSP dan pencen, bersedialah sama dengan health protection.

Company insurance SELALUNYA ada limit dan syarat yang ramai pekerja tak tahu. Cubalah tanya random kat pekerja.

“Berapa annual limit company kau?”
“Room & board berapa?”
“Ada cover cancer drugs?”
“Ada cover outpatient?”
“Ada lifetime limit?”
“Panel hospital mana?”
“Ada co-payment?”
“Ada exclusion tertentu?”


MAJORITI TAK TAHU.

Sebab kebanyakan orang hanya tahu “Company cover medical”
Finished.

Ada company yang coverage-nya memang bagus. Itu tak dinafikan. Tapi KEBANYAKANNYA basic. Ada yang annual limit RM30K. Ada yang RM50k. Ada yang hanya panel tertentu. Ada yang cover pekerja sahaja, family tak termasuk. Ada yang tak cover penyakit tertentu. Ada yang tak cover treatment dengan technology baru.

Zaman sekarang pulak kos perubatan naik macam nak gila. Satu admission boleh cecah ribu-riban.

Denggi saja can easily hit RM5-15K depending pada komplikasi dan berapa hari warded.

Appendix?
Tak belas ribu tak appendix lah.

Minor surgery?
Nama je minor, harga tetap riban.

Cancer treatment?
Hat ni paling tak RM300K.

ICU?
Kadang sehari pun dah ribu.

Hospital inflation lagi laju daripada increment gaji. That’s why medical card bukan semata produk. It’s actually a tool to transfer financial risk. Kalau takde protection, SATU medical emergency boleh makan kita punya savings. Dah la simpan ASB pun RM1K je sebulan. Nak cecah RM50K makan 4 tahun. Sekali dapat accident. Buat surgery kena caj RM40K. Habis gitu je ASB. Kau rasa??

Middle class M40 sebenarnya paling vulnerable. Sebab kelompok ni ada komitmen tinggi. Ada lifestyle commitment, ada anak, ada parents nak ditanggung. Tapi cash reserve belum kuat. One major emergency can mess up cash flow for years.

Sebab itu orang kaya sangat obses dengan medical card. Kadang sampai 3-4 medical card untuk diri sendiri.

Ni bukan cerita takut mati. Dorang takut wealth leakage. Tak nak aset cair sebab kena bayar bil hospital.

Tapi orang biasa-biasa punya style “Kalau sakit pergi government hospital je.”

Well, your point is valid. Malaysia memang masih ada sistem healthcare kerajaan yang membantu rakyat. Itu kita patut syukur.

But the reality, waiting time panjang for certain treatment. Specialist appointment lambat. Elective surgery kena queue. Hospital sesak ya ampun. Kes emergency sekarang makin bertambah.

Tapi kau tengoklah, bila family sendiri sakit, emosi tiba-tiba berubah. Tiba-tiba semua nak cepat. Tiba-tiba nak selesa. Nak privacy. Nak specialist cepat. Nak treatment yang the best. Masa tu baru ramai start faham kenapa orang sanggup bayar medical card bertahun-tahun.

Medical card ni pelik. Waktu kita bayar tetiap bulan, rasa macam rugi. Tapi bila diuji dengan sakit, baru nampak value dia.

Masalahnya ramai judge medical card based on berapa kali claim.

“Aku bayar 10 tahun tak pernah guna pun”

Tak pernah gunalah bagus, dik. Sebab tujuan utama ambik medical card bukan untuk memastikan kita untung daripada claim. Tujuannya is to make sure one disaster doesn’t destroy your finances. Itu fungsi sebenar.

Satu lagi benda yang aku rasa ramai terfikir.

Dunia pekerjaan sekarang tak se-stabil it used to be. Dulu orang kerja satu company sampai pencen. Sekarang? Layoff sana sini. Ekonomi tak menentu. Company banyak restructuring. Contract basis makin banyak. Freelance culture meningkat.

Maksudnya the chances of someone losing their company coverage before old age are getting higher. Dan kadang-kadang kita sendiri yang pilih untuk quit. Nak berniaga. Nak freelance. Nak jadi content creator. Nak berehat. Nak jaga family. Nak tukar career.

Bila dah keluar daripada sistem employment tu, baru panik nak pikir pasal medical protection. Sedangkan the easiest time to apply is when your income is still stable.

Sebenarnya aku buat post ni salah satunya sebab En Wan cakap ada sorang ni pernah approach En Wan mintak quotation. Lama dah tahun 2024 lagi. Tapi dia senyap takde respond apa-apa lepas En Wan bagi quotation.

Tup-tup today nak proceed. Disebabkan dah lama, jadi En Wan kena bagi new price sebab umur dah berubah.

Rupanya awal tahun hari tu kena mild stroke. Payahlah jawabnya. En Wan dah bagitau susah nak lulus. Tapi En Wan kata takpe submit je dulu kalau nak bagi puas hati, nanti tengok underwriter cakap apa.

Aku cakap kat En Wan - KONFEM REJECT.

Seriously. Akan direject. Sebab baru sangat kena stroke. Paling tak kena tunggu 2 tahun lagi untuk di-review. Itupun PASTI ada loading. 2 tahun tu macam-macam boleh jadi. Jadi kena bertahan sajalah dulu.

Insurance company assess risk. Kalau risiko tinggi, caruman tinggi. Kalau risiko terlalu tinggi, mungkin reject. Stroke adalah risiko yang terlalu tinggi. Sebab tu orang yang dah ada diabetes, obesity, hypertension, sleep apnea atau heart issue selalu struggle nak dapat coverage. Kadang dapat, tapi mahal. Kadang kena exclude condition tertentu.

Protection kena buat SEBELUM risiko berlaku. That’s why orang yang paling senang dapat medical card ialah orang sihat. Tapi orang sihat selalu rasa dorang tak perlukan medical card. Nampak irony dia?

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)