3 hari tak sompek nak update blog.
Gatai bukak form kat blog kan, pastu mengah nak reply sorang-sorang.
Hari tu masa kat booth ada customer cakap nanti nak sembang panjang-panjang ngan aku kat phone sebab ada sesi luahan hati. Interesting juga masalah dia.
Dia kata dia give up menjaga aurat sebab semakin dia berpakaian syari'i semakin takde siapa berani dekat. Umur dah nak cecah 30 tapi bayang boifren pun tak nampak. Mak bapak pulak sibuk nak kawenkan je dia dengan sepupu sendiri.
Pastu aku tanya, since when pakai tudung ni?
Dia kata memang dari skolah rendah lagi. Kiranya dari kecik dah bertudung.
Ini sebenarnya anggapan biasa oleh orang-orang yang belum berkahwin atau jodoh sampai lambat.
Bila jodoh sampai lambat je, mulalah persoalkan penampilan.
Salahkan tudung punca lambat jodoh. Terasa diri lebih menarik kalau tak bertudung.
Aku ni dari skolah rendah sampai ke matrik tak bertudung.
Masa kat U, on-off. Kat kolej bertudung, balik cuti tanggal. Ok tapi itu bukan point yang aku nak cerita.
Ceritanya, aku ni dari zaman skolah lagi tak bertudung. Siap pakai skirt lagi. Tapi takde pun orang nak ber-couple dengan aku. Jadi, buka aurat bukan jaminan ada lelaki nak kat kita. Kalau tak cun tu kan, bogel pun orang taknak datang dekat. Eh tapi bukanlah maksudnya kita kena jadi cun baru ada lelaki nak mengorat. Cun tu subjektif. Tapi memang dalam kebanyakkan waktu lelaki sukakan pompuan yang cantik. Tak salah pun nak pilih yang cantik sebab kita yang pompuan ni pun suka tengok hero-hero hensem. Jadi, menjadi cantik dan hensem itu satu bonus.
Tapi, akal jangan pendek sangat buat keputusan yang merepek-repek.
Cantik itu memang ada kelebihan. Tapi belum tentu menjadi cantik tu akan bawa kita pada jodoh,
Tak kurang juga yang cantik dan hensem tapi masih juga bujang sampai ke hari ni.
Couple silih berganti tapi penyudahnya kekal sendiri.
Jadi, aurat bukan jaminan kita boleh dapat jodoh. Kalau dilihat lebih cantik, yes mungkin.
Tapi sometimes kalau too gorjes dan menggiurkan pun orang lelaki buat stok cuci mata je.
Kita ni sebenarnya terlalu dihidangkan dengan false expectations tentang jodoh.
Kalau cantik, kawen cepat.
Kalau sexy, dapat laki kaya.
Tu pasal kita always kaitkan 'cantik dan gorgeous = kawen awal'.
Aku punya kepercayaan tentang jodoh of cos jodoh ni rahsia Allah.
Tapi kita sebagai manusia tak salah nak berusaha.
Buka aurat bukan pilihan yang baik, tapi kalau kau dah pilih cara macam tu, aku tak dapat nak kata apa-apa. Itu pilihan masing-masing.
Kalau aku, aku akan ''berhijrah'. Maksud hijrah kat sini tukar lokasi.
Kita nak jodoh yang macamana, di situlah kita cari.
Matlamat kena ada. Jodoh memang Allah tetapkan, tapi kita boleh berusaha.
Jadi orang perempuan ni bukan setakat tunggu orang datang meminang.
Kalau pun terpaksa menunggu, kita masih boleh pilih untuk menolak kalau rasa tak berkenan.
Kita always ada pilihan. Malangnya kita pilih untuk menunggu. Kenapa nak tunggu? Kenapa tak cari?
Design our destiny.
Usahakan cari pasangan yang macamana kita nak.
Nak cari lelaki yang baik, selalunya spesis ni ada di tempat yang baik.
Tempat yang baik tu bukanlah surau masjid semata-mata. Maksudnya, dia tak ke tempat yang penuh maksiat dan mengundang fitnah.
Nak cari yang 100% baik tu konfem tak jumpa.
Every relationship will have problems. Right spouse takde. Tapi kalau good spouse, ada. Tapi kena carilah. Jangan tunggu je. Lelaki pun ada yang malu nak mencari. Bukan apa, dia rasa segan nak mengorat yang baik-baik ni, takut tak sepadan dengan diri.
Tak salah pun kalau kita orang perempuan nak mulakan langkah.
Apa salahnya kita yang bertegur sapa dulu. Alah, setakat nak berkenal-kenal je dulu apa nak malunya. The more you meet, the better your chances of finding a good one.
Aku rasa pepatah "perigi cari timba" ni kadang-kadang buatkan orang serba-salah juga.
Orang melayu kan kaya dengan adat gitu. Jadi orang perempuan takleh membirah sangat katanya.
Jangan jual murah, mesti jual mahal.
Apa-apa je lah.
Bagi aku, kalau sampai orang nak berkenal-kenal pun kau kena tunduk diamkan diri, itu bukan jual mahal. Itu namanya menyombong!
Konsepnya macam cari makanan.
Nak cari sushi yang sedap, haruslah pi restoran Jepun baru jumpa sushi yang sedap.
Kalau cari sushi kat pasar malam, dapat sushi gred pasar malam la jawabnya.
Maybe ada 1-2 sushi pasar malam yangsangat sedap mengalahkan Sushi King, tapi berapa tinggi peluang nak jumpa tu? 1 out of 100? Kan bagus cari je at the right place.
First sekali, kena tau apa yang kita nak. Set-kan matlamat. Nak jodoh yang macamana.
Bila kita tau apa kualiti pada pasangan yang kita nak, barulah senang kita nak ubah lokasi dan cari di tempat yang betul.
Dapat tak dapat belakang cerita, janji usaha kena maksimum.
Yang kedua, kenali pasangan.
Dah jumpa lekaki yang ada karakter kita nak, kenal dulu. Mesti kena kenal-kenal.
Sebab belum tentu karakter yang kita nak tu serasi dengan diri kita.
Sebab karakter ni hanya mainan imaginasi.
Kita kan banyak tengok drama, baca novel, jadi kita membayangkan karakter bagaimana kita nak. Belum tentu karakter macam tu kita boleh get along.
Aku pernah kan cerita macamana aku berskandal dengan mamat from Kuching tu yang ada karakter aku nak tapi rupanya tak serasi pun.
Jadi, kenal-kenal lah dulu.
Yang ketiga, good communication.
Ni pun aku pernah tulis dulu. Mana-mana hubungan, walau kau hensem dan bijak sekalipun tapi kalau kau sejenis kayu tak reti nak berkomunikasi, takde maknanya sesuatu hubungan.
Being cantik dan gojes bukan segalanya.
Lelaki pun bukan bodoh sangat. Dia nak cari isteri pun dia akan scan dulu.
Yang pertama maybe dia pilih yang cantik dulu, tapi dia tetap akan scan scan scan sampai dia puas hati dengan kualiti yang ada, baru dia accept.
Jangan risau, tak semua lelaki suka yang cantik extravaganza. Dia pun takut lelaki lain dok usha bini dia.
Ini contoh kod diskaun :
Ni antara yang dapat kod diskaun untuk pembelian semalam MELALUI BLOG.
Siapa yang beli kat blog saja dapat kod diskaun.
Maknanya reader aku je la yang dapat kod ni :)
Caranya, boleh guna kod tu sekarang sebab kat website memang tak ada harga YES pun.
Pilih produk berdasarkan summary kod yang aku dah email.
Kalau summary tu cakap beli option 1 x GC Plus, maknanya kau pilih option yang tu only.
Tapi boleh beli sampai 10 botol kalau nak. Nanti setiap botol dapat diskaun RM7.
Untung, kan?
Ok, nak untung KLIK FORM NI BELI SINI.