2015-08-31

LAST DAY





Lupa pulak nak ingatkan yang today is last day untuk Promo August Ephyra free 10 sachet.

Itu saja update hari ni.

Busy siapkan hantaran anak sedara En Wan.





Tulis


Mengutuk secara berjemaah terang-terangan dah jadi satu keseronokkan.
Rupanya bencana demi bencana yang jadi kat dalam and luar negara tak dapat menginsafkan kita.
Kalau stop pun kejap je lah, time malapetaka sedang menimpa, masing-masing benti kejap dari sesi kutuk-mengutuk ni.
Dah reda bencana esok, boleh lah start balik mengutuk.
Memang patut pun bencana demi bencana kerap kali berlaku, like tak berkesudahan.
Dengan banjir besarnya, dengan kemarau, catuan air, jerebu, puting beliung, ekonomi jatuh teruk.....macam-macam.
Pun, masih tak dapat menyedarkan sesetengah manusia.
Masih seronok berkumpul mengutuk orang beramai-ramai.
Kerana menyangkakan bencana yang datang selama ni adalah akibat kesalahan orang lain.
Sebab tak terkena kat diri sendiri.
Belum terkena sebenarnya.

Tadi ada sorang reader email tentang isu ni.
Dia mintak aku komen tentang satu anonymous yang kerjanya stalk IG and FB orang lain untuk dijadikan bahan kutukan.
Yang pelik tu, this anonymous terima request dari followers untuk 'review' orang lain.
Pastinya bukan good review lah.

Reader tu bagi a few link to that anonymous page.
Ada la 2-3 nama yang aku tak kenal.

Aku tak faham apa keseronokkannya mengutuk orang beramai-ramai?
Yang betulnya, apa sebenarnya masalah korang ni semua?
Semua orang kau nampak salah.
Politician, celebrities, ahli agama, sampaikan ke orang awam yang ntah sape-sape pun kau bahankan.
Printscreen gambar orang awam dan jadikan bahan gelak.
Follow IG artis untuk cari bahan mengumpat.
Banyaknya masa korang ni semua.

Tang mana seronoknya mengutuk orang ni?
Dah la yang dikutuk tu takde kena-mengena dengan hidup kau, kenal pun idak.
Yang kenapa sakit hati sangat?
Atau adekah ni sejenis game?
Apa nama game ni?
'Siapa lagi cepat masuk neraka' nama game ni kot eh?

Kadang tu aku terfikir, apalah troma yang spesis-spesis ni lalui sampaikan dah tak jumpa jalan keseronokkan lain maka mengutuk orang dijadikan satu keseronokkan.
Kalau tengok mana-mana cerita saiko, orang yang mendapatkan keseronokkan dengan cara menyakiti (bunuh, dera, etc) selalunya masa lampaunya dipenuhi dengan troma.
Maybe kemiskinan.
Mangsa bully.
Pernah didera.
Famili kucar-kacir.
Masalah dengan spouse.

Kesian.

Sebenarnya ni penyakit mental.
Tapi kita susah nak realize sebab selalunya orang yang ada masalah mental ni memang tak nampak macam orang sakit pun.
But seriesly, ini memang sakit mental.

Cuba fikir, normal ke seorang manusia tu kalau sanggup habiskan masa everyday bersembang tentang keburukan orang?
Keburukan kot. Mana ada manusia normal nak kisah tentang keburukan.
Something yang tak bagi manfaat kot keburukan ni. Buat apa nak di-discusskan.
Orang normal bincang tentang kebaikkan sebab itu adalah manfaat dan manfaat tu lah yang kita nak follow.

Kau kutuk orang tu muka buruk, adekah kau dengki muka kau tak seburuk muka dia?
Nak jadi buruk jugak?

Kau kutuk dia edit gamba guna kamera 365 untuk nampak lebih cantik.
Kalau kau rasa kau juga boleh jadi secantik dia bila gamba kau diedit, then editlah. Kenapa tak buat?

Tak boleh ke cari aktiviti senggang yang lebih berkualiti other than menyebarkan hatred?
Puas ke dapat mengutuk orang ni ramai-ramai?
Puasnya sampai ke mana?
Esok pagi bangun boleh jadi jutawan?
Ntah esok pagi bangun-bangun kena jawab soal kubur.

Dulu masa aku buat umrah, jemaah di sana panggil aku Ustazah.
Puncanya sebab salah seorang jemaah terperasankan yang aku dok berzikir sepanjang 8 jam atas flight.
Padahal aku berzikir sebab ketakutan. Biasala kan, jahil. Dah takut mati baru teringat nak berzikir.
Tak sangka hanya kerana itu, sepanjang aku ada di Tanah Suci, jemaah panggil aku ustazah.

Mungkin itu titik tolak kesedaran dalam diri betapa Allah tu tak susah nak ubah apa-apa pun.
Aku percaya ini semua sebab doa dari orang lain.
Selalu aku terima email dari reader di hujung email tu nanti dia tulis 'semoga Kak Di dirahmati Allah...'.
Inilah antara doa yang mungkin Allah makbulkan.
Menjadi orang yang dikenali bukan untuk harap dipuji, bukan untuk merasa glemer.
Tapi dengan harapan ramai yang mendoakan.

Tulislah yang baik-baik, cakaplah yang baik-baik walaupun kita belum dapat jadi baik.
Sekurang-kurangnya itu dah menyelamatkan kita dari menulis yang buruk-buruk.
Mengutuk orang ni memang sedap.
Nak pulak kalau ada nasi tambah.
Tapi jangan lupa, apa yang kita tuliskan (kutuk) akan kekal.
Dan kita takkan tau apa tulisan kita yang terakhir.

Apa yang kita cakap, akan jadi doa.
Bayangkan doa kita terhadap orang lain, yang kemudiannya orang itu menerima hidayah Allah, insyallah saham doa kita berterusan dengan setiap amalan yang dia buat.
Tak teringin ke saham macam ni?

Tulislah yang baik-baik.
Kerana kita tak tau tulisan kita yang mana yang menemukan orang lain dengan jalan hidayahnya.




2015-08-30

Dah habis.


Aku tulis entry ni dalam kereta, perjalanan balik dari Johor ke rumah.
Terpaksa naikkan gak entry ni sebab email aveo757 masuk banyak enquiry untul pil Auraherbs.
Sorry, Jumaat pagi aku update blog bagitau ada 60 botol  je yang available (tanpa sticker).
Before 4pm, semua sold out.
Tapi aku tak sempat update untuk bagitau produk dah sold out sebab aku ingatkan bila website tulis SOLD OUT, orang akan faham yang produk dah habis.
Tapi ramai yang email tanya 'Apesal takleh order?'

Bukan takleh order.
Boleh.
Tapi yang kat tangan dah habis.
Sebab yang tanpa sticker cuma 300 botol je.
Lepas habis deliver pada yang pending hari tu, tinggal 60 botol je.

Tunggu....lepas ni datang siap bersticker and hologram sekali.



2015-08-28

Without sticker



Weight Loss Pill yang dikilangkan kat Malaysia dah sampai Isnin lagi, tapi aku tak shout kat blog sebab ia datang tanpa sticker. Ni kes nak urgent sebab ada yang request tanpa sticker sebab taknak tunggu.

Now kat tangan aku dah tinggal 60 botol je lagi (tanpa sticker).
New batch with sticker and hologram sticker akan sampai in 2 weeks.

Memang kecoh gila nak siapkan bendalah ni sebab nak settlekan pending delivery.
Sticker terpaksa tukar sebab produce kat Malaysia, maka kena ikut undang-undang Malaysia, harus ada KKM, harus letak MAL number. Jadi sticker memang kena tukar.
Pastu nama pun tukar sebab KKM tak accept word SLIM melainkan dah di-trademark.

Now nama pill adalah AURAherbs Garcinia Plus and the brand is GreenAard.
Takde apa yang beza dengan E-Slim Burner, semua sama cuma aku request tambah habatussauda and garlic.
Nanti entry lain aku cerita panjang apa sebab aku tambah bahan-bahan ni,

Last week memang heavy sikit lah untuk aku.
Kalau tak kerana pending delivery ada beratus-ratus, aku mungkin tak segelabah macam ni.
Tapi alhamdulillah, semua dah slowly berada dalam track.

Yang dah setuju untuk jadi guinea pig tapi belum hantar address, please respond to our email sebab aku tengok ada dalam 7-8 trial pack lagi belum deliver so maknanya ada yang tak hantar address lagi. Kalau sampai esok takde respond, aku akan hantar trial pack ni pada nama-nama yang tak terpilih hari tu.

Thank you so much pada those yang insist nak beli jugak walaupun aku kata takde sticker lagi.
Aku rasa ini mesti avid reader, jenis yang percaya sangat kat aku. Thank you for your trust.
Insyallah, takde yang bahaya pil tu, sebab KKM and MAL number ada (gambar ada tunjuk MAL number).

Kalau sesape nak product yang ada kat tangan (tanpa sticker), boleh place order di website www.fleurbymrshim.com. Cuma ada 60 botol je lagi.
Yang with sticker and hologram, tunggu lagi 2 weeks.

Stokist and dealer yang interested hari tu tapi aku hold, boleh email ke health[at]xzizbiotech[dot]com.

Ok petang kang aku tulis entry lain, now nak buat keje.

p/s : ibu menyusu tak boleh ambik pil ni sebab pil ni banyak guna herbs, nanti baby kepanasan.




2015-08-25

Kau ingat nama kau best nak ejek nama orang?




Aku ada up gamba ni kat FB.

Aku terkejut bila tengok gambar Rosmah time muda.
Honestly, pada pandangan mata aku, Rosmah sangat cantik time muda.
Macam Yusanani Yushak pun ada, macam Normala Samsudin pun iye gak.
Memang cantik.

Oh btw, aku bukan kaki kipas Najib and Rosmah.
Not a fan pun.

Tapi terkilan bila aku tengok RAMAI yang make fun of gamba-gamba ni.
Kesian.
Bukan kat Rosmah, tapi kat mereka-mereka yang suka make fun of rupa paras orang and nama orang.
Macam tak puas jadik budak kecik.
Dah berbulu atas bawah pun masih lagi nak name calling nak mengeji muka orang.

Tak suka dia, takpe.
Dia pun tau ramai orang tak suka dia.
Tapi boleh tak jadi dewasa.
Kau keji muka dia, kau ubah nama dia, apa kau dapat?
Adekah menjadikan kau lebih kaya now? Hell no.
Kesian, dah la tak makin kaya, makin banyak dosa lak tu.

Tak payah nak tolong kira dosa dia.
Kira dosa sendiri sudah.

Jangan lupa, satu masa nanti kita juga akan tua.
Raut wajah kita juga akan berubah.
Itu pun kalau sempat tua lah.
Kalau tup tup esok lusa eksiden, muka tebakor sebelah, herot sebelah, kau nak kata apa?
Bila wajah dia berubah, kita kata itu semua sebab banyak makan hasil yang tak pasti.
Esok lusa ditakdirkan muka kita pulak berubah jadi jauh lebih buruk, boleh kita terima kalau orang gunakan alasan yang sama?

Raut wajah seseorang memang boleh berubah disebabkan banyak faktor.
Faktor usia, faktor tekanan hidup, pemakanan - banyak faktor.
Malah, tulang muka kita juga berubah seiring dengan perubahan usia.



Nampak tak beza?

Tak caya pi belek album gamba korang and bandingkan dengan wajah korang sekarang.
Eye socket, tulang hidung, tulang rahang memang akan berubah bila kita semakin senja. Takde yang pelik.
Yang pelik adalah apabila ada manusia yang rasa diri cerdik pandai-pandai tafsirkan perubahan muka seseorang ada sangkut-paut dengan halal-haram harta yang dia makan.

Itu bukan kerja kita. Itu keje Tuhan. Biar Dia yang mengadili.
Kalau tuduhan kita tak betul, itu jadi fitnah.
Kalau tuduhan kita betul, itu jadi mengumpat.
Pusing kot mana pun, dosa dapat kat kita jugak.



Jangan kata Rosmah, Mak Aji pun berubah muka bila dah tua ni.
Kiri sekali time kawen, kanan bawah (pakai baju hijau) masa aku skolah rendah kot. Gamba tudung putih tu time pi Hong Kong 2009 kalau tak salah.
Now lagi berubah.
Makin berisi, pipi pun dah kurang tegang, wrinkle pun dah makin jelas berbanding 4-5 tahun sudah.
It's a normal process.

Tak boleh nak kata muka orang tu nampak bengis sebab makan banyak benda haram, or muka macam witch sebab banyak sangat amalkan perkara khurafat.
Apa ilmu kita sampai kita boleh menilai buruk baik manusia hanya dengan raut wajah?
Berapa banyak kes aku tengok orang dok share kat FB wanita bertudung muka kemain baik cam orang kampung tapi curi baju satu kodi bubuh celah kangkang?
Berapa banyak kes pakcik tua berserban muka cam warak tapi rogol cucu sendiri?
Berapa banyak kes muka sedih mintak derma padahal penagih dadah?

Kita ni pun yang konon makan harta halal, yakin ke?
Yakin gaji kita tu 100% halal?
Dengan cara kita bekerja kejap mengulor, kejap tido kat surau time keje, kejap gi shopping masuk keje lambat, balik tengahari kejap tengok anak masuk keje balik setengah jam lewat tapi balik on time, plis lah...rentikanlah judge orang.
Kita nampak aje silap orang kat mana, silap kita kemain lagi kita men-defend.
Kot ye benci pun, jangan lah sampai merepek-repek tuduhannya.
Nak fight, biar dengan fakta, bukan dengan sesuatu yang tak sahih, apetah lagi nak mengejek muka and nama.

Aku rasa orang-orang yang mengutuk rupa orang, mengejek nama orang, menggelarkan nama, mungkin korang tak pernah rasa nama mak bapak korang diejek.
Aku penah rasa.
Bukan kejap ya.
Hampir sepanjang aku bersekolah, orang ejek nama bapak aku.
Dulu nama aku DIANA BINTI SAHAK. Bukan Diana Ishak.
Orang ejek nama bapak aku - KAHAK.
Tapi alhamdulillah Tuhan bekalkan aku dengan hati kering.
Apa yang aku perlu masuk campur, aku campur.
Setakat name calling ni, pi mampus lah kau kat sana nak panggil apa pun. Tak heran de aku.

Cuba imagine nama kau, kawan anak-anak kau main-mainkan?
Kau kat rumah memang takkan tau.
Tapi apa perasaan anak-anak tu nanti?
Kalau dorang pun jenis hati kering takpe.
What if kalau dorang jenis yang sensitif, ko tak rasa ke benda-benda macam ni akan membawa kepada masalah yang lebih besar kemudian hari?

Kau ingat nama kau Diana, nama kau Ruzelia, nama kau Zac Efron dah habis gempak??
Sape tau lagi 20 tahun akan datang nama Diana tu dah jadi jenama sebuah jamban.
Pastu anak-anak kau kena ejek.
Kau leh imagine tak apa perasaan anak-anak kau kalau dia dihina hanya kerana nama mak bapak?

Ni apa ntah aku tengok orang tukar nama Najib jadi NAJIS.
Kamon la, tak puas jadi budak-budak ke apa?
Kalau ye pun tak suka dia, tak payah la nak hina nama, nak ejek nama, nak kutuk muka dia segala.
Cubalah matang sikit. Buah kerandut dah besar penumbuk pun nak main ejek-ejek nama orang lagi ke.
Grow up plis!

Kita boleh berbeza pendapat.
Tapi debatlah dengan ilmu.
Bukan mengejek.
Kadang-kadang aku rasa orang yang mengejek ni dah serupa pulak ngan perangai budak-budak yang tak puas hati kalah main bola, pastu tak tau nak fight macamana, tetiba jerit "Mak kau ijau!"

Kau sepesen camtu lah.




2015-08-23

Kot nak test sape lagi perform, meh la.



Ahad dimulakan dengan hantar Redza ke Masjid Shah Alam untuk attend Kem Motivasi Persediaan UPKK.
Excited aku. Macam hantar masuk anak skolah asrama pulak. Hahahaha.
Jadiklah, buat-buat berangan di hujung minggu.

Entah macamana lepas tu aku tergerak nak beli shawl Naelofar.
Aku penah beli 2 helai tapi tak pakai-pakai pun sampai sekarang.
Dua-dua tu jenis kain jersey yang aku beli untuk model aku pakai nak buat match dengan baju.
Lepas tu terus tersimpan dalam kontena sampai sekarang tak bukak-bukak.
Kelmarin aku nampak iklan dia kat You Tube, so tergerak nak tengok camana rupanya shawl tu.

Boleh tahan gak harga dia.
Ada yang RM89, ada RM73, ada RM63.
Yang dulu jenis kain jersey kosong takde embroidery apa-apa, RM55.

Tak sempat balik rumah, dalam kereta lagi aku dah try sarung, tapi tak reti pakai sangat.
Sampai rumah, aku test yang kaler biru tu lagi aku tak tau nak masukkan kepala aku celah mana sebab dia macam berlapis.
Terus aku lipat balik, masukkan dalam plastik and up gambar kat FB.
Tak sampai 10 minit dah sold, alhamdulillah.

Aku ni bukan tak reti pakai instant shawl lansung, cuma aku tak berapa selesa.
Sebab dia dah siap berlilit, jadi macam rimas pulak bila melilit tengkuk aku ni.
Takpelah, makcik-makcik tak gojes macam aku ni pakai shawl biasa je la sudey.



Lepas zohor, kitorang gi 'open house' Kak Ngah En Wan di Puchong.
Selamba je Kak Ngah En Wan buat open house raya hari ni.
Raya bila habis? Last week kan? Ada dia kesah? Hahahaha.
Aku cakap kau, orang-orang kat Malaysia ni kesah apa kau nak buat open house di bulan Jamadil Awal sekalipun.
Kau buat je la bulan apa pun  open house tu, namakannya sebagai Open House Raya, konfem orang semua datang pakai baju raya. Series tak tipu.

Tadi pun dah macam raya je yang datang dengan baju kurung merelip, jubah berlace-lace...tinggal orang lelaki je yang tak pakai baju melayu.
Jadi, kalau ada yang terbabas tak sempat buat open house raya tahun ni macam aku, korang boleh buat minggu depan, takde masalah.
The best part buat open house bulan tak raya ni adelah kebarangkalian semua jemputan hadir tu memang tinggi sebab tak clash dengan jemputan tempat lain.
Melainkan umur kau now baya-baya mak aku.
Sebab kalau baya mak aku, aku jamin kau terpaksa attend kenduri kawen every week jadi akan ada clash nak pi jemputan open house.

Eh, tetiba rasa macam nak buat open house pulak.



Sorry takde gamba makanan sebab aku sekarang takde mood nak ambik gamba.
Kebanyakkan gamba memang En Wan yang snap.
Kalau dia tak ambik, maknanya blog aku takde new gamba.



Aku syak dia suka kot simpan gamba aku dalam henfon dia sebab tu dia suka ambik gamba.
Jadi sesekali biar muka aku macam ni dia simpan.




4.30pm ambik Redza dari masjid.
Baru beberapa jam anak aku gi kem motivasi aku dah risau.
Benda pertama yang aku tanya bila dia masuk kereta "Tadi makan apa?"
Sebab Redza ni payah sikit bab makan nasik putih.
Dia rela makan nasik putih kosong macam tu je kalau lauk tak berkenan dek tekak dia.
Bulan puasa hari tu ada sehari tu aku dah tak tau nak masak apa, so aku masak je la lauk singgang, goreng ayam and sayur.
Itu pun dia tak makan.
Tahan dia bukak puasa dengan makan nasik putih je.

Betul pun sangkaan aku.
Tadi dia makan nasik putih je sebab lauk ayam masak kicap dia tak makan.
Redza ni kalau nak suruh dia makan nasi mesti nasi like nasi tomato, nasi beriani, nasi ayam, nasi goreng....apa-apa je la asal bukan nasik putih.
Dia leh hadap nasik goreng kampung every day.
Sekali hadap sampai 3 pinggan pun jalan.

On the way balik En Wan tanya "Nak cendol?"

Hoih, ada ke tanya-tanya. Mestilah nakkkkkkkkkkk. Gila taknak cendol??
Aku ni kalau bab cendol payah sikit nak tolak.
Walaupun ko saiko aku dengan cerita mamak cendol menggodak mesin ais sampai peluh ketiak menitik jatuh dalam mangkuk pun aku leh wat dekkkkk je. Tak payah saiko aku dengan cerita macam tu ya, tak jalan de. Lagi laju aku hirup cendol tu lagi ada.



See the cendol???
Ni aku blom kacau gula dia lagi ni.

En Wan kata kadang-kadang dia lepak makan cendol kat tempat dia bawak aku ni - Seksyen 24.
Cendol brader ni memang boleh tahan sedap.
Lagi sedap dari cendol mamak van Putra Heights.
Cendol banyak, gula secukupnya, kacang merah pun just nice banyaknya. Cuma kalau letak jagung sikit mesti lagi best.

Pastu brader ni ada jual laksa utara gak.
Kuah dia pekat.
Takde la boleh celen Laksa Kak Su, tapi kat Shah Alam ni payah nak carik laksa utara yang sedap. Selalunya kuah cair-bair. Bening-bening je.
Tapi kuah brader ni memang pekat.
Boleh repeat ni.



Aku excited nak cerita pasal ni.
Ni lutut Rayyan.
Rayyan ni ada eczema, tapi tak heavy.
Selama ni dia minum Ephyra. Tak hari-hari tapi ada la seminggu dalam 3 kali.
Bulan puasa yang lepas dia stop minum sebab takde geng minum sama.
Dia tak nampak aku minum Ephyra waktu siang, jadi dia pun tak teringat nak mintak.

Dah nak raya kitorang perasan lutut ngan siku dia macam ada kurap.
Mak mertua aku dah risau ni menjangkit kurap ngan sape.
Tapi bila aku tengok, aku tau itu eczema sebab adik aku Ima pun ada eczema. Eczema si Ima ni jenis yang tangkap kat sendi like lutut, siku and buku lali.

En Wan tak caya anak dia ada eczema, dia kata kulit kering. Sio dia belikan losyen.
Memang takde la nak baik kau sapu lotion satu kontena pun.
Balik Tganu yang baru ni, kebetulan anak sedara En Wan yang dokter tu pun ada sekali.
Dia check dia konfem yang ni eczema, tapi dia takde ubat kat tangan.
Dia cakap next month balik Tganu dia akan bawak balik cream eczema.

Balik dari Tganu tu aku teringatkan yang Rayyan dah lama tak ambik Ephyra, so aku cakap takpelah biar dia minum Ephyra dulu sementara nak tunggu ubat anak sedara En Wan tu.

Tak lama.
2 minggu je dah baik dah.
See lutut dia?
Aku silap tak ambik gamba before. Kalau tak mesti boom testimoni aku.
Dulu, lutut dia tu meneglupas kulit jadi warna pink besar duit 50 sen dua-dua belah lutut.
Now dah ok.
Aku yang mandikan dia hari-hari pun tak terperasankan lutut dia ni.
Rayyan sendiri yang berlari naik atas cakap "Ma! Ma! Tengok kaki adik!"
Agaknya dia belek-belek kaki time main and terperasankan lutut dia dah ok.

Before ni memang ada testimoni (boleh baca testimoni Ephyra kat www.fleurbymrshim.com) dari reader yang kata anak dia pun eczema tapi dah habis 5 kotak Ephyra baru nampak perubahan.
Aku terima kasih sangat kat pengguna-pengguna Ephyra yang bersabar dalam menggunakan Ephyra sebab respon badan berbeza dari satu badan ke satu badan yang lain. Takkan sama.
Kalau Rayyan respond dalam masa 2 weeks, jangan pulak ada yang expect eczema akan baik dalam masa 2 minggu gak.

Kalau korang ingat iklan Olay, dia cakap "...kajian ke atas 200 orang pengguna menunjukkan sebahagian besar....", itu nak bagitau yang kebanyakkan pengguna Olay memberi respond positif.
Bila dia kata SEBAHAGIAN BESAR, maksudnya ada juga sebahagian yang kecil.
Jadi kalau kata kebanyakkan pengguna Ephyra mendapat tindakbalas positif ke atas kulit seawal 7 hari, itu tak bermaksud semua yang guna Ephyra mesti dapat kulit licin dalam masa 7 hari.
Mungkin korang adelah sebahagian kecil, sape tau.

Atas sebab tu jugak aku tak promote trial pack Ephyra.
Kalau orang tanya "Kak Di tak jual trial pack Ephyra ke?", ok baru aku jawab ye ada jual.
Tapi nak promote kat blog beria-ia memang tak.
Bukan sebab tak berbaloi untuk aku jual, tapi adekah berbaloi untuk korang beli trial pack?

Trial pack Ephyra tu cuma ada 10 sachet.
Untuk penggunaan 10 hari.
Tu pun kalau ko makan sekali sehari.
Macam aku makan sehari 2 kali.
Maksudnya 10 sachet tu cukup untuk 5 hari je.
Disebabkan tak semua orang akan beri respond dalam masa 5-10 hari, maka ada rugi sikit kat situ beli trial pack. Melainkan aku nak bagi free.
Sebab tu kadang-kadang aku buat keje gila bagi free sampai 10-20 sachet.
Aku nak bagi korang puas pakai.
Insyallah mungkin percentage yang dapat respond positif tu akan meningkat kalau penggunaanya berlanjutan hingga ke 40 hari (kalau aku bagi extra 10 sachet).

Ephyra ni tak murah.
Bukan semua orang willing to spend RM197 untuk sebulan.
Hari aku aku buat promo RUNTUH 4.0, kemain ramai nama-nama baru dalam database aku.
Semuanya cakap first time user.
Alhamdullillah, promo August aku bagi free 10 sachet, pengguna yang sama beli time RUNTUH 4.0 repeat order. Ada yang bagi nampak kesan psoitif cuma belum major lagi macam orang lain.
Takpe, time promo macam tu, grab!
I want to help you because this is a very good product.
And doakan rezeki aku bertambah so that aku boleh buat RUNTUH 5.0 pulak.

Now, ada alternatif untuk korang yang merasakan RM197 tu terlalu mahal.

Ephyra ada new product nama dia INTEEMOR.



Aku naikkan pasal INTEEMOR ni lambat sikit sebab aku taknak kalut sangat dengan promo August Ephyra and weight loss pill.
Ni pun sebab ada readet tanya aku tak jual ke.

Jual.
Apa-apa under Ephyra setakat ni aku jual, cuma aku ada preference aku sendiri.
Macam skin bar Ephyra aku tak pakai, tapi Mak Aji, mak mertua and Rayyan pakai so aku tau ia bagus.
Ephyra memang aku balun dari dulu sampai sekarang, jadi apa yang aku makan and aku rasa sendiri, of cos itu yang aku cerita lebih dari yang lain.

INTEEMOR ni aku try April lepas.
2 botol, tapi tak habis.



Ni bukti kenapa aku tak abis telan INTEEMOR.

Jangan risau.
Aku ni memang ada sikit payah makan ubat air.
Pil pun kena tolak ngan air manis baru jalan.

Inteemor ni dirumus untuk keintiman, ala-ala jamu sari rapat gitu lah.
Tapi 80% kesan dia adalah sama dengan Ephyra.
Ini based on teori, berdasarkan ingerdients dia (bukan berdasarkan pengalaman aku sebab aku tak habis pun minum Inteemor ni).

Dari segi teori ingredient, Inteemor boleh :

1. Hilangkan keputihan (Ephyra collagen also can).

2. Faraj berbau/gatal (Ephyra collagen also can).

3. Haid tak teratur (Ephyra collagen also can).

4. Senggugut (Ephyra collagen pun boleh).

5. Sakit kepala (Ephyra pun boleh sebab melibatkan pembebasan neurotransmitter yang boleh melegakan sakit kepala).

6. Angin dalam badan (Ephyra pun boleh).

7. Berat badan naik (Ephyra sah-sah boleh sebab ada kolagen yang meningkatkan metabolisme).

8. Payudara kendur (ini lagi Ephyra boleh buat sebab sah-sah kolagen).

9. Tak aktif di ranjang - ini mungkin ada kelebihan pada Inteemor sebab dia ada herba-herba untuk tujuan ini.

Dari segi teori bahan, aku boleh katakan Ephyra collagen pun boleh bagi tindakbalas yang sama macam Inteemor. Cuma Inteemor ni ada kelebihan dari segi ramuan kesihatan wanita like manjakani, kacip fatimah, ginseng yang menyerlah kewanitaan (dada/bontot) dan a few more herbs untuk tujuan keintiman. Dan juga ada habatussauda.

Disebabkan banyak rencah herbs, jadi rasa dia tidaklah sesedap Ephyra, tapi bukan tak boleh telan.
Cuma tekak aku ni memang jenis tak makan saman sikit nak telan.
Personally, Inteemor ni macam ada rasa anggur tapi tak kuat.
Sebenarnya ikut kata founder they already tambah flavour tapi rasa herbs tu lebih menyengat menjadikan rasa anggur tu tak terasa sangat. But at least takde la perit kau nak telan bau herbs tu kan.

Selain dari tu, Inteemor ada kelebihan lain iaitu ia lebih affordable berbanding Ephyra.
So this is just the right time untuk sesiapa yang rasa Ephyra collagen quite mahal, aku suggest try Inteemor.

Harga Inteemor ni cuma RM49 (tak masuk postage) untuk penggunaan 2 minggu.
Kalau sebulan, RM98 (tak masuk postage).

Tapi ada jugak yang tanya kalau semuanya macam Ephyra, kenapa harga Inteemor jauh lebih murah?

Bahan Ephyra kebanyakkannya imported and premium.
Bila aku cakap premium, bukan makna kata Inteemor guna barang cikai. No.
Premium bermaksud melibatkan ekstrak.
Kebanyakkan bahan-bahan dalam Ephyra adelah hasil ekstrak, bukan raw.

Hasil ekstrak kalau dalam bahasa kampungnya adelah bahan aktif/pati.
Contohnya macam kalau kau nak makan nasik, lebih murah kalau kau masak sendiri.
Tapi kalau kau beli kat kedai akan jadi mahal sebab kau tak payah masak, kau order je nasik tu sampai kat depan kau.
Lebih kurang macam tu la beza ekstrak and raw.

So this is your opportunity, kepada yang selesa dengan Ephyra collagen, teruskan.
Melainkan nak test if ada kelainan dari segi performance (hahahahh), silakan.

Aku dah masukkan Inteemor dalam website.
Boleh buat pilihan anda.
Klik link bergambari bawah.
By the way Promo August valid sehingga 31 August. GRAB!




Formula One Car for sale!







Insyallah, trial pack and actual product of new weight loss tablet pengganti E Slim Burner yang menyusahkan idup aku nak bawak masuk dari luar tu, akan sampai esok.
Tadi, colleague aku dah bagitau yang kilang akan pos semua today.

Trial aku siapkan 100 botol je.
Kat FB, aku ada bagitau yang email aku sehingga pukul 1pm (Khamis) sahaja masuk dalam list 100 orang tu.
Dan aku dah pun prepare ID Number.
Aku rasa admin dah pun email to semua 100 orang ni sebab aku nampak kat dalam sistem dah ada address-address mereka semua (ada yang belum respond address).
Kalau rasa email-email korang termasuk dalam printscreen aku kat atas tu, insyallah, Selasa kita cuba pos.

Yang tak terpilih, sorry.
Bukan aku sengaja tak pilih, tapi aku ikut urutan email yang masuk.
Insyallah actual product juga akan sampai esok tapi yang ni aku hold dulu sebab perlu settlekan a few more things, dan aku perlu deliver kepada senarai pending dulu.



Ok ni lagi satu.
Aku rasa dah bertahun aku cakap nak let go katil Redza ni tapi asik bertangguh-tangguh.
Hari ni En Wan dah siapkan gamba, baru la sedap sikit nak naikkan kat blog.

Sejarah katil ni dibeli time kitorang pindah rumah, ada la kot 6 tahun lepas.
Maknanya dah 6 tahun katil ni tapi, tempoh penggunaan tak sampai 100 jam.
Sebab Redza memang tak pernah tido kat bilik sendiri.
Just tempat En Wan rilek-rilek je kalau monitor dia buat keje skolah dalam bilik.
Jadi, aku plan nak renovate bilik Redza, segala apa yang aku tak perlu, aku kena keluarkan.

Katil ni kitorang beli kat Harvey Norman around RM1xxx.
'Kereta' ni ada lampu depan sebagai lampu tido.
Tilam memang tak termasuk ya sebab tilam memang kitorang pun beli asing.
Cuma tayar ada 2 bijik yang defect. Bentuk memang elok lagi cuma dia dah tak berapa nak lekat.
Aku tak tau la puncanya apa. Ada la tu terlanggar kot.
So sesape berminat boleh email En Wan kat wuw757[at]yahoo[dot]com.

Thank you.

Selamat berhujung minggu.




2015-08-20

Man sues wife over make up



Cewahhhh, tak agak-agak siap sue berbelas ribu.
Ce tengok sikit muka laki dia pulak apa hensem sangat ke?
Ekzejeret gila sampai nak terperanjat sangat bila bangun besok pagi tengok muka bini kat sebelah tak sama macam selalu.
Psychological suffering kononn.
Kau yang saiko padahal.
Ngengada. Terajang baru tau.

Nampak sangat laki dia ni suka pompuan ni sebab cantik semata-mata.
Esok lusa kalau jumpa yang lagi cantik, bini yang selama ni dia kata cantik dan-dan dah tak jadi cantik.

Make up wonders.

Kebanyakkan wanita bila dimekap memang akan nampak lebih berseri dari sebelum make over.
Yang ni at least selepas makeover nampak la jugak cantiknya.
Ada some, wajah lepas make over lagi horror dari before.
Tapi yang tu kes kes terpencil la. Selalunya spesis overdo.

Kenapa kebanyakkan perempuan suka pakai mekap/berhias ada kaitannya dengan perkara kat bawah ni :



Bunyiknya macam tak lojik, tapi kita kena akui, kita sedang hidup di zaman di mana manusia lebih tertarik kepada penampilan luaran.
Segala benda dari kecantikan, pilihan pakaian, gaya, penampilan, semuanya jadi faktor untuk menjadi lebih outstanding dari yang lain.
Dan selalunya dalam mana-mana interview, penampilan saja dah buat kau menang 20% sebelum sesi temuduga bermula.

Tak caya, tengok pertandingan ratu cantik.
Sebelum interview, kita rasa macam tak tau nak pilih sape jadi juara sebab semua pun cantik.
Until they start talking....

Dulu kalau tak salah aku Dewi Remaja pemilihan dia melalui gambar kan?
Pastu readers akan vote siapa yang layak.
Not sure if Dewi Remaja sekarang guna kaedah yang sama.
Dulu aku layan gak majalah Dewi Remaja ni, tapi tak beli la, rembat Apeng punya.
Aku suka tengok pompuan cantik-cantik, so kalau time pemilihan finalist tu suka la aku berdebat ngan Apeng sape paling cun.
Bila diumumkan siapa juara, selalu kitorang terperanjat, eh apesal dia menang? Padahal yang tu lagi cantik.

Itu je pun dah menunjukkan penampilan memang bagi markah extra.
Toksah cakap la "saya tak memandang luaran, saya memandang hatinya".

Puiiii!

Semua orang akan start pilih/nilai hati bila dah berkenalan dengan orangnya.
Abis, sementara nak kenal hati tu, apa faktor yang menyebabkan kau approach dia?
Bukan sebab penampilan?
Kalau bukan sebab penampilan, meh gi approach makcik janda belakang rumah mak aku.

Nak taknak, memang itulah hakikat yang kita kena terima.
Bukan makna kata kau kena berhabis-habisan berbelanja untuk dipandang tinggi atau dilayan special.
Cukuplah sekadar mampu.
Tapi janganlah sampai selebet maut. Dengan muka berdekir, ketiak hapak, rambut berselipat.
Aku kalau nak ambik pekerja pun nak gak tengok penampilan.
Kalau penampilan diri sendiri pun selekeh, apa jaminannya dia boleh tampil sebagai wakil syarikat?

Lepas muka lulus, gaya lulus, barulah kita scan IQ dia pulak.
Sape kata kalau time interview, candidate yang pointer 3.85 ada higher chances?
Tengok jugak la keje apa kau mintak.
Kalau keje sales & marketing, aku lebih berminat nak ambik budak yang pandai bercakap dan dia tahu apa yang dia cakapkan.
Jangan ko nak cakap asal bercakap je pastu merepek bek bek bek bek bek kang makan pelempang aku kang.
Penampilan memang penting.
Sebab tu kalau tengok mana-mana budak sales and marketing mesti sedap je mata memandang.
Masa aku keje ngan satu company ni, suka aku tengok penampilan dorang hari-hari.
Bergaya gila.
Selalunya yang dah jadi bos-bos je yang rilek je masuk opis tanggal kasut, sarung selipar.
Bila nak jumpa key customer baru pakai mekap, kalau tak muka sorang-sorang dah macam makcik cleaner. Makcik cleaner sendiri pun konfius tengok bos-bos aku apesal makcik-makcik ni semua duduk dalam bilik besar dia kata. Kah Kah Kah.

Berbalik pada isu wife yang kena saman tadi, aku tak rasa la muka dia huduh nau.
Cuma laki tu tak pernah tengok je muka dia tanpa mekap.
Sama la macam kita semua yang pompuan-pompuan ni.
Semua bajet letak gambar selfie time masing-masing rasa diri tengah cun. Ce snap muka betul-betul lepas bangun tido. Mau lepas sorang, sorang, unfren kau. Tak pun dorang yang deactivate FB terus. Mbahahahaha.



Kau tengok muka dia sebelum mekap, dah macam rupa maid Filipina aku tengok.
Sekali dah mekap, haaaa tak tentu arah semua carik bilik air.



Sekali pandang muka dia before make over macam Mark Zuckerbeg pakai rambut panjang.
Lepas mekap, ambik kauuuu.



Ni kalau lalu kat sebelah, potong jari la kalau ada orang yang mengorat.
Sape sangka dia akan bertukar jadi sexy sebegitu lepas dimekap??
Padan muka kau. Menyesal kau tak ngorat dia tadi.



Kesian awek ni ada acne problem.
Kulit dia memang sangat teruk. Too sensitif.
Tapi bila dimake over dah macam retis.


Kalau bangun tido lepas kawen tetiba nampak wife tak secantik yang kau biasa tengok, jangan dan-dan tu nak cerai. 
Kau beristighfar seketika, pastu jalan masuk bilik air. Pastu tengok muka kau pulak semenggah ke tak.
Jangan sedap cakap muka bini tak cantik.
Abis muka kau dengan t shirt pagoda with kain pelikat tu cantek nau??

Nak wife cantik, belikan mekap, pi hantar dia buat facial, belikan supplement, carikkan dia pembantu rumah so that dia ada masa nak belai diri. Consider la sikit, mana dia nak jaga penampilan, mana dia nak mengemop rumah, mana dia nak sental lubang jamban, mana nak suap anak makan, mana nak menggentel telo kau lagi, ewahhhhh cantek muka kau nak demand wife jelita doplohpat jam?
Biarkan dia sesekali muka macam puaka.
Kerana ada waktu-waktunya, dia akan kelihatan jelita.






2015-08-19

Cara makan yang bagi kesan optimum



Perlu faham.
Mana-mana supplement pun, termasuk Ephyra sekalipun, ada penggunaan yang betul pada waktu yang betul untuk dia 'bertindak' dengan optimum.
Tak rumit mana pun proses dia, kau just makan pill tu, nanti dia larut dalam badan dan seterusnya dia akan 'buat kerja' dalam badan kau.
Cuma untuk pill tu bertindak perlukan dos dan masa yang betul.

Ada yang tanya kenapa certain GC pills (Garcinia Cambogia) ambik 1 biji, ada yang ambil 4 biji?

Berapa kapsul kau kena ambik tu bergantung kepada komposisi kapsul.
Kalau sebiji kapsul tu 1000mg, kau boleh ambil 2 kapsul sehari.
Kalau 500mg, sampai 4 kapsul pun boleh.

Bukan tak boleh makan after meal, makanlah kalau nak.
Cuma dia takkan bertindak seoptimum kalau kau makan kapsul tu 30-60 minit BEFORE meal.

Reason kenapa kita suruh makan before meal adelah sebab dalam keadaan perut kosong, tindakbalas berlaku dengan lebih cepat.
Ingat tak aku pesan lepas ambik pill tu, terus minum segelas lagi air suam?
Sebenarnya taknak minum pun boleh tapi kalau minum segelas air lepas tu akan mengurangkan rasa lapar.
Sebab sebenarnya kau kena tunggu at least another 30-60 minit lagi selepas makan pill untuk bagi serotonin level meningkat. Jadi untuk mengelakkan korang terus makan nasik lemak lepas makan pill, aku suggest minum air.
Kalau boleh, jangan makan apa-apa lagi at least 30 minit selepas ambik pil. Kita nak serotonin level cukup high supaya kesan lebih baik.

Aku malas nak cerita detail pasal saintifik, kang dah macam buku eksaiklopedia sains lak blog aku ni.
Tapi secara ringkasnya :

1. Bila kau makan GC, it will stimulates serotonin.

2. Serotonin ni adalah agen yang akan menyebabkan kau merasa tenang. Bila kau rasa tenang and lapang, body secara otomatik akan kurang lapar. Sebab tu serotonin ni banyak digunakan dalam medication. Aku ingat lagi dulu cikgu biologi aku cakap orang yang suka marah-marah kurang serotonin. Terus time time tu gak aku teringat muka Mak aku. Sampai sekarang aku ingat fungsi serotonin. Asal pandang muka mak aku je teringat serotonin. Betapa efektifnya cikgu Biologi aku mengajar.

3. Bila serotonin dirembeskan, badan kurang berasa lapar. Bila badan kurang rasa lapar, otomatically kita akan kurang makan. Bila kurang makan, badan pun mula start bakar lemak yang tersimpan. Cantik kan flow dia?

4. Serotonin ni jugak agen pelawas. Kalau nak tahu if you are taking the pill denagn cara yang betul pada waktu yang betul, kau akan rasa kerap ke tandas. Bila badan menghasilkan high serotonin, secara lansung, melajukan bowel movements. Jadi ada yang bagitau aku dia dah makan tapi tak berak-berak macam orang lain, there must be something not right dalam cara pengambilan yang menyebabkan penghasilan serotonin rendah.


Lagi satu, sesiapa yang migrain, mesti akan lega bila ambik GC pills.
Aku sejak ambik GC belum pernah migrain lagi walaupun terpaksa berjemur dalam kereta di tengah-tengah jalan yang jem.
Sebab memang scientifically, serotonin ni agen penenang yang juga bertindak melegakan headache.



Aku sebenarnya tunggu je kalau ada orang bagi feedback mengantuk.
Ingatkan takde, rupanya ada gak.

Ok jangan risau.
Ini normal.
Cuma tak banyak badan yang sensitif kepada kemengantukkan bila ambil pill ni.

Pill ni kan ada green tea.
Green tea stimulates brain supaya badan jadi bertenaga.
Bila badan banyak tenaga, kita lebih cenderung untuk buat banyak pergerakan.
Pergerakan akan menyebabkan metabolisme meningkat dan seterusnya helps bakar lemak.

Patutnya badan lebih bertenaga kan? So why jadi sleepy pulak?

Nanti, tunggu dulu kasik aku habiskan explain.

Selain dari energy booster, green tea jugak mengurangkan selera makan dan bantu buang lebihan air dalam badan.
Sebab tu orang kata green tea agen detox.
Ce try hari-hari minum green tea, mesti lawas kau ke jamban.
Macam En Wan kalau minum green tea, dalam sejam macam tu konfem carik jamban.
Tapi aku minum green tea pagi, malam kang baru masuk jamban.
Respon badan manusia tak sama, cuma hala tujunya sama. Bezanya cepat atau lambat.

Tindakbalas pelbagai dari green tea ni menyebabkan badan keletihan. Sebab tu ada yang rasa letih and mengantuk. Tapi tak semua akan dapat effect yang sama.
But effect ni tak lama, slowly akan berkurangan.

Ada apa-apa pertanyaan sila email health[at]xzizbiotech[dot]com.
Kalau admin takleh jawab, dorang akan forward kat aku, insyallah aku respond mana yang patut.

Lagi satu nak cakap pasal Promo Ephyra.

HQ ada lancarkan MERDEKA PROMO.
Beli sekotak dengan harga RM180 saja. Sekotak 30 sachets.
MERDEKA PROMO sehingga 4 September 2015.

Tapi memandangkan August Promo aku macam lagi best, so aku tak promote sangatlah MERDEKA PROMO ni. Boleh?

Sebab August Promo, kau beli sekotak at RM197, korang dapat free 10 sachet.
Total dapat 40 sachets.

Jadi, sila buat kiraan matematik.
Jika anda berpuas hati dengan kiraan anda, boleh order Ephyra August Promo :)

August Promo ni sampai 31 August je.
So 1 September nanti kau belilah pulak MERDEKA Promo tu. Sempat.




2015-08-18

Weekend


Raya dah habis rupanya, baru aku sedar.
Dan baru jugak tersedar yang raya tahun ni, aku tak gi beraya rumah sesape pun kecuali rumah makcik-makcik.
Jemputan open house semuanya time aku balik Tganu and gi Jakarta, jadi semuanya aku tak dapat attend.
Tahun ni pulak takde rezeki nak buat open house, tak jumpa tarikh mana nak selit, jadi kira gone la tahun ni punya raya.

Sabtu lepas, gi beraya rumah makcik En Wan di Ampang.
Ni memang port tetiap tahun mesti datang.
Dan memandangkan aku tak jumpa open house lagi setakat ni, jadi aku makan kaw-kaw kat rumah mak cik En Wan ni. Seb baik rumah sedara.
Dah la hidang nasik minyak lak tu. Memang kem salam la aku nak segan silu.


Round 1 - nasik minyok


Lama gila tak jumpa char juey tiaw sedap macam ni.
Dulu kat pasar malam Bangi (Shell) ada satu abang ni punya kuey tiaw memang sedap gila.
Kuey Tiaw Pulau Mutiara kalau tak salah aku.
Gila sedap! Jenis yang selak kerang baru nampak kuey tiaw okeh.


Round 2 - Char Kuey Tiaw


Round 3 - Puding kastard sumi jelly.
Aku ingatkan aku je yang suka ambik jalan short cut everytime buat puding kastard.
Aku malas nak buat puding, selalunya aku tuang sumi jelly je.
Rupanya makcik En Wan pun sepesen macam aku gak.


Nampak cam sikit je aku makan kan.
Padahal kuey tiaw yang aku makan tadi tu Redza punya.
Pastu aku bedal En Wan punya kuey tiaw lak.
Sebab time dia tengah makan sekali dia terpandangkan sesuaitu atas meja buffet...


...Rojak buah.
Aku tak reti makan rojak buah, so aku ambik timun je, tanpa sos rojak.


Memang sedap abang ni punya char kuey tiaw.
Katanya area Taman Kosas punya kuey tiaw ni.
Maybe glemer kot abang ni area sana, aku je yang tak kenal.



Ahad lepas, bermula misi carik barang nak buat hantaran untuk 2 orang anak sedara En Wan, kat Nilai.
Tapi baru carik barang je, buatnya belum lagi.
Aku tengah serabut dengan keje, so biarkan dulu.
Lagipun mood belum mari.
Kena pasang lagu selamat pengantin baru baru boleh start buat.

Lepas aku naikkan entry semalam, ada reader yang cakap tak sabar nak baca entry aku celebrate besday.
Eh, aku ada cakap aku nak cerita pasal celebrate besday ke? Hahahah.
Ko ingat ahkak umur 18 tahun dik? Dah 38 dah pun. Takde maknanya nak celebrate besday segala.

Tahun ni aku just keluar makan berdua je ngan En Wan kat Serai Paradigma Mall.
Itupun sebenarnya tak plan pun nak kekyar berdua.
Kebetulan Rayyan and Redza taknak ikut, so dapatlah dinner berdua.
Dah alang-alang keluar berdua tu, aku terus la shopping.
Beli hadiah untuk diri sendiri, rembat 5-6 heai blouse, pastu balik.
Macam boring je besday celebration kan?
Tapi tunggu lah sok kau dah umur cam akak ni, dah ada anak segala, kau akan rasa sendiri betapa kau tak perlukan hadiah di hari jadi, cukuplah sekadar dapat makan dengan tenang. Gitu.



Ahad, aku teringin nak makan chicken wings Nandos.
Tekak ni dah teringin lama sangat nak makan tapi asik tertangguh-tangguh.
Malam tu pegi la jugak kat Main Place USJ tu, kebetulan memang nak pi beli sayur kat Jaya Grocer.
Sekali chicken wings dah habis!!

Actually aku tak sure if chicken wings ni dah habis, atau dah memang obsolete.
Sebab budak yang ambik order tu macam blur blur je.
Bila aku cakap nak chicken wings dia kata chincken wings dah takde.
Aku tanya "Dah takde? Abis kenapa ada dalam menu ni?"

Dia jawab "Sebab yang ni hot item, jadi dah takde"

Pastu aku pulak yang blur.
Dah apabenda yang kau cakap ni dik?

Aku tanya balik "Dah habis ke, dah takde?"

Dia cakap "Dah takde, sebab hot item"

Balik-balik dia ulang benda yang sama.
Aku syak budak ni ada bateri kat belakang dia.

Pastu setiap order yang datang mesti tak cukup.
Konfem lah ni, memang tukang ambik order ni yang blur.
Minggu ni aku nak gi carik lagi Nandos, selagi tak dapat makan chicken wings ni selagi tu aku merepek tak tentu arah.



Ada reader tanya kat IG tablet aku ni Samsung yang baru ke.
Ye, yang baru.
Aku beli sebab tablet aku yang besar tu Rayyan punyakan terus.
Pastu S Pen dia tenggelam takleh keluar-keluar dah.
Payah gila aku nak buat keje kalau berkongsi dengan Rayyan, so terpaksa angkat lagi satu.
Lebih ringan, lebih slim, lebih best.
Pastu sampai sekarang aku asiklah buat keje non-stop.
Dah jadi masalah la pulak bila tablet ada kat tangan sentiasa.





Terpaksa makan 1/4 chicken.
Sedap, tapi macam tak jatuh ke perut sebab kepala nak makan wings jugak.


Aku jamin akulah manusia paling pendek dalam rumah ni sok.
Sebab Redza pun dah nak sama level ngan bahu aku.
Nak buat camne kan, mak kiut sangat. Lalalalalalaaalallalaallaa.