2022-06-30

Bukan semua orang boleh carry nikmat yang besar.


Aku pernah ada sorang kenalan. Dia dulu kerja sepejabat.
Orangnya baik.
Masa awal-awal aku kenal dia, dia biasa-biasa je.
Tak belajar tinggi, takde ijazah, hanya ada SPM.
Right after SPM dia bekerja.
Umur muda setahun dua dari aku.
Disebabkan rajin dan mahu belajar, dari clerical worker, akhirnya dia jadi sales exec.
Tak ada background biotech (dah tentulah sebab dia hanyaada SPM), dan bukan dari science stream.
Tapi kerana kerja dari bawah, kelebihannya adalah dia kenal produk.
Kalau customer nak A, dia tahu A tu apa.
Kalau customer nak B, dia tahu B untuk apa.
Tapi, kalau projek yang lebih advance, dia tak boleh carry.
Tapi takpelah sebab ada ramai lagi sales exec yang background biotech dalam ofis tu, yang boleh handle bigger project.

Aku jadi saksi perkembangan this lady, dari biasa-biasa kepada...pelik.
Yep, dia berubah dari biasa-biasa kepada pelik.

Semuanya berubah sejak dapat jadi manager untuk satu division.
Management boleh je ambil orang luar untuk lead new division, tapi company nak jimat duit agaknya, atau maybe nak bagi peluang, dorang upgrade lady ni jadi Head.
Dari segi pengalaman buat sales, kalau jual barang lab yang tak too technical, this lady layak jadi Head.
Tetapi, bila jadi Head dah tentulah people expect kau ada certain set of skill dalam biotech, kan.
Dia takde skill tu. Nak negotiate dengan key customer untuk project besar pun dia tak boleh buat.
Hantar anak-anak buah je buatkan.

Sejak jadi Head, dia dah jadi a different person.
Senior-senior dalam company dah start pelik dengan perubahan dia.

Korang biasa tak tengok orang yang tak belajar tinggi, gaya pun kekampungan - bila dapat pegang jawatan tinggi dia punya try hard to be someone else adalah sangat obvious like crazy. Pernah?
Inilah yang berlaku pada this lady.
Penampilan berubah, bercakap pun dah hawa-hawa sombong. 

She is actually ok je. Baik pun baik.
Tak tahu apesal macam tak jejak bumi bila dapat jadi Head.
Mula-mula tukar kereta. Bangga gila dengan kereta dia. 
Lepas tukar kereta, mestilah gaya pun berubah, kan.
Rambut dengan warna kulit dah nak sama lebamnya.
Datang ofis lambat, tapi sales tak hit.
Balik dari kerja awal, alasan ada appointment tapi sales untuk division dia tak pernah cecah target.

Tup tup keluar cerita break dengan bf.
Bf dia hensem, ex-school mate, budak pandai dan anak orang kaya.

"Bf I kata I dah berubah. Padahal dia yang statik takde improvement"

Wow! Surprised betul aku dengar.
Aku cakap "Kan bf u sambung belajar. Ada improvement lah tu".

Dia balas "I tak belajar macam dia pun boleh pakai kereta. Boleh jadi Head of Division. Dia takde apa"

Sombong gila statement.
Biasalahkan, orang kalau tak belajar tinggi tiba-tiba dapat pegang jawatan yang dia tak layak, selalunya memang tak cecah tanah sikit.
Aku senyum je dalam hati.
Nak tembak balik tak sampai hati.
Dia lupa ke dia kerja kat situ 7 tahun baru dapat jadi sales exec.
Aku masuk-masuk je terus jadi sales exec satu level dengan dia.
Kat situ je pun boleh nampak kelebihan belajar tinggi.
Sepatutnya bangga bf ada plan nak blaja lebih tinggi for future bersama.
Tapi aku malaslah nak cakap.
Orang macam ni payah sikit kalau kita nak bagi penerangan benda-benda macam ni sebab dia tengah "berada di awang-awangan".

Lepas break dengan bf dia macam tak keruan.
Makin obvious dia punya try hard.
Kadang kita boleh nampak seorang tu boleh carry tak pakaian yang dia pakai.
Some people bila berpakaian, kita boleh nampak dia selesa.
Some other people, kita tengok pun kita tahu dia takleh carry that kind of style.
Kita tengok pun penat.
Dia adalah begitu.
Sampai jadi bahan gossip everyday.
Budak-budak lelaki kat store bawah berYM-YM sesama kitorang setiap kali this lady masuk ofis.
Everyday orang pakat gelak gaya berpakaian dia.

Pernah satu hari tu Jumaat, dia pakai mini dress yang terkuak kat dada.
Very tight, very singkat.
Cara jalan pun boleh tahu dia sendiri tak selesa dengan gaya tu.
Tak faham apesal dia nak pakai baju gitu ke ofis.
Terus kena panggil dek COO kenapa pakai macam tu ke ofis.
Aku bukanlah orang yang tepat untuk tegur sebab aku pun pakai skirt pendek juga tapi aku bagitau dia at least on Friday pakailah baju kurung.
Lagipun pemilihan baju tu macam nak pi club!

Rupanya dia dapat tahu ex-bf dah ada awek baru.
Punyalah nak buktikan kat ex yang dia boleh dapat lagi better, hari-hari dia pi club malam demi nak pancing lelaki hot dan kaya.
Agaknya hari-hari cucuk langit, sampai tak boleh nak beza mana satu baju gi club, mana satu gi ofis.
Dia hanyut. Kerja tak ke mana. End up sambar je sesiapa tak kisah asal kaya.
Aku tahu dia sendiri tidaklah happy sebagaimana yang dia gambarkan.
Sebab kita kenal dia macamana.
Dia bukan membesar dengan gaya dan cara hidup macam tu.
Tak reti nak cakap macamana tapi kita boleh tahu if someone happy atau tak dengan cara hidup yang dia pilih.
Kadang-kadang people pamer lifestyle yang gempak, sebenarnya mereka sendiri tak happy dengan lifestyle tu.
Tapi mereka maintain dengan cara hidup tu because that's the only way to make them stay outstanding.

Kesian aku tengok someone yang dulu ok tiba-tiba jadi macam tu dek kerana tak boleh handle nikmat yang besar.
Bila pikir-pikirkan balik kan, ketika kita berharap sangat dapat sesuatu, dah buat segala usaha dan upaya tetap tak boleh capai tahap yang kita nak, boleh jadi kerana kita sebenarnya belum raedy untuk handle nikmat yang besar.
Kadang-kadang ketika mendapat nikmat yang sikit, bahagianya sangat besar.
Ketika mendapat nikmat yang besar, bahagianya sedikit.
Kerana ketika nikmat kecil, kita memandang segalanya dengan rasa syukur yang tinggi.
Bila nikmat semakin banyak, kita cenderung mencari apa lagi yang kita belum ada.

Bukan sikit-sikit orang yang dari luaran nampak bahagia kerana nikmat yang besar.
Ternyata di sebalik tabir, merekalah orang yang kurang bahagia.
Ketika kita semua santai-santai makan kepok keping dengan family sambil tengok Netflix, dia masih lagi berpikir-pikir content apa nak buat esok untuk tarik attention orang. 
Tak hairanlah orang macam ni kerap pamerkan kelaku yang pelik-pelik.

Nikmat yang besar ni nampak macam seronok kalau ada.
Tapi bukan semua orang boleh carry nikmat sebegitu.
Macam kenalan yang aku cerita tadi.
Pada pandangan aku, apa yang dia dapat tu idok le besar mana.
Biasa-biasa je - naik pangkat jadi Head, tukar kereta, kaler rambut, makan tempat best-best. Belum apa-apa pun lagi.
Tapi itu pun dia tak boleh carry sehingga buatkan dia hanyut.
Kadang-kadang apa yang kita tak dapat itulah yang menyelamatkan kita. Kerana Allah Maha Tahu.


2022-06-28

Menjaga privasi


22 tahun hidup bersama, apa benda yang aku tak share dengan En Wan?
ATM card aku dia pegang. PIN number aku dia tau.
Dia nak keluarkan duit aku bila-bila masa boleh.
Sekarang pergi mana-mana aku QR Pay je sebab ATM kad aku kat dia, malas nak mintak.
Bersyukurlah ada QR Pay 😆.

Card credit aku dia pegang.
Dia nak swipe bila-bila masa pun boleh.
Tapi setakat ni takde lagi la dia buat onar dengan card aku sebab kad tu untuk kegunaan syarikat.
One thing yang best tentang En Wan, dia sangat tegas dengan penggunaan duit.
Dalam erti kata lain = berkira.
Antara dia dengan aku, kad-kad aku lebih selamat di tangan dia.
Kalau kad tu ada kat tangan aku, tak panjang hayat duit aku dalam tu.

FB aku pun dia boleh view sebab aku tak pernah log out FB aku dari laptop dia.
That's why aku selalu tak reply PM, sebab rupanya dia dah baca siap-siap.
Tau-tau je karang aku browse-browse, bersepah PM yang aku sebenarnya tak baca lagi.
Basically most benda aku share.

Nowadays, password media sosial and email agak common kalau share dengan spouse.
PIN number bank pun common dah laki bini share.
Bukan apa, untuk kemudahan.
Aku malas nak beratur kat ATM keluarkan duit, jadi bagi je la PIN number kat En Wan, senang dia keluarkan duit aku.

Ada perbezaan yang besar di antara membiarkan pasangan gunakan milik kita untuk manfaat bersama, dengan membagi pasangan akses kepada sesuatu yang lebih peribadi.
Aku tak berapa suka dengan statement "memberi 100% kepercayaan".
Aku tak rasa aku boleh percaya 100% pada sesiapa.
Dengan diri sendiri pun kadang aku tak percaya.
Pagi-pagi Subuh janji dengan diri sendiri tak nak makan roti canai.
Jap lagi En Wan ajak aku makan, sampai 2 keping aku bedal.
Janji dengan diri sendiri pun terbabas, lagikan nak percaya orang lain.
Nope, aku tak rasa aku boleh bagi sesiapa pun 100% trust.
Mesti simpan untuk diri sendiri.

Contoh, password online banking.
Setakat ni aku tak share lagi dengan En Wan walaupun ATM card aku dia pegang.
Tapi tak bermakna aku hidup dalam insecurity.
Kalau aku sejenis insecure dan tak percaya pada En Wan, konfem kejap-kejap aku check henfon dia, check FB dia, check wallet dia.
Tak tenang pula rasa hidup ni kalau kejap-kejap nak mengecheck segala benda.

Mental health is important.
Like aku tulis semalam, aku akan dahulukan mental health.
Hidup kita hari-hari ada tekanan dari bermacam arah.
Nak cope with normal stress perlukan mental yang boleh membezakan mana perlu dititikberatkan, mana yang perlu dibuang.
Semalam, bila aku tulis tentang macamana dengan cepatnya aku terima suggestion En Wan untuk bertunang sedangkan kitorang belum kenal rapat, itu bukan bermaksud aku memperjudikan nasib.
Sekali pandang memang nampak begitu, tapi bila kau berada dalam situasi aku, timbangan risiko tu lebih berat kepada kalau aku stay single.
Kalau aku single, aku kena berdepan dengan macam-macam karenah yang menyemakkan otak.
Jadi, lebih baiklah aku setuju bertunang daripada aku single.

Memanglah perlu ada sedikit rasa curiga dengan orang lain especially dengan pasangan, tapi perlu guna otak dalam masa yang sama.
Kadang-kadang perasaan curiga tu takde pun, tapi terikut-ikut dengan cakap-cakap orang.
Ujung-ujung stress.
Benda yang tak patut di-overthinking-kan dah jadi beban yang berat pulak.
Benda-benda macam ni, kalau terlampau fikir, terlampau melayan perasaan, memang boleh sakit hati.
Satu kerja tak jadi nanti.
Jadi, kena pandai timbang apa yang lebih berbaloi.
Kalau berkeras lebih berbaloi, pastikan kau menang.
Tapi kalau berkeras menambahkan stress, baik kau kalah. Konsep aku macam tu.

You must make your mental health a priority because if you're not okay, then neither will your relationship.
Sampai sekarang, apa yang aku boleh abaikan, aku abai.
Tak kuasa nak semakkan kepala.
Kalau mengalah lebih baik, mengalahlah.
Memanglah mula-mula tu sakit hati. Bengkek je rasa bila terpaksa mengalah.
Cuba start enjin, gi enjoy food.
Balik nanti clearlah kepala tu.

My mental health is very expensive.
Fikiran kalau tenang, apa buat semua menjadi. Yang susah pun jadi senang.
Nak pulak kalau dapat spouse yang tak banyak persamaan. Senang nak bertekak.
Letih oi nak bertekak hari-hari.
Selagi perkara yang dipertekakkan tu tak too critical untuk disimpan dalam hati, just let it go.

Orang kata bila dah berkahwin, tak perlu lagi simpan rahsia dari pasangan kita.
Kena be transparent.
Tapi, be realistiklah.
Kita hidup di dunia nyata, di mana pasangan yang paling harmoni dan romantik sekalipun tetap sembunyikan sesuatu.

Jangan salah faham pula di antara RAHSIA dan MENJAGA PRIVASI.
Menjaga privasi ada hubungkait dengan keperluan seseorang untuk ruang peribadi.
Bila ada sesuatu yang bersifat peribadi, we do not want to share with others.
Tak semua benda kita boleh share atau mahu share.
If you want a relationship based on trust, ada a few benda yang mesti dibuat secara terbuka.
Especially kalau benda tu ada potensi untuk mempengaruhi masa depan atau kehidupan kita dengan pasangan, dia ada hak untuk tahu.

Contohnya, hutang-hutang yang kau dah buat dengan bank atau orang perseorangan, atau penyakit yang kau tanggung selama ni.
Itu jangan rahsiakan. Mati esok, satu hal yang hidup ni nak settlekan.
Tapi kalau berapa banyak duit simpanan kau ada, berapa banyak kau bagi mak bapak kau tetiap bulan - kalau tak sampai mengabaikan hak pasangan dan anak-anak (nafkah), tak payahlah bagitau.
Seingat aku, tak pernah lagi aku tanya berapa En Wan bagi mok duit, berapa banyak dia spend belanja keluarga dia, berapa banyak dia bagi duit raya kat anak-anak saudara. Never.
Selagi hak aku and anak-anak tak terabai, aku takkan question yang lain-lain.
Itu adalah privacy dia.

Honesty isn't always the best policy.
Kita mesti tahu simpan sesuatu hanya untuk diri sendiri, dengan syarat perkara yang disimpan tu tak bahaya dan tak melibatkan sebarang penipuan.
Contoh, dapat bonus beli kasut yang agak mahal tanpa bagitau suami.
Bukannya menipu pun, cuma tak bagitau dia yang kau dah beli barang untuk diri sendiri.

Benda-benda besar like ahli keluarga meninggal, janganlah sampai tak share dengan pasangan, kan.
Atau member baik kawen, mestilah share.
Ataupun, kena marah dengan boss, you certainly need a shoulder to cry on, of course boleh share dengan pasangan.
Tapi kalau less-significant things macam ex-bf like gambar kau kat FB, atau terserempak dengan old crush kat Giant, do you really want to share these things with your partner?
Eh hello, pernah dengar perkataan 'smart-sharing'?

Kalau kita sorok kecurangan, ok that's wrong.
Tapi kalau pilih untuk tak berkongsi sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan or cause some friction, lebih baiklah tak payah share.
Aku pilih untuk tak nak share online banking password, kekalkan single signatory untuk duit company dan company share pun aku tak bagi 50-50.
Bukan tak percaya, tapi itu something yang aku nak jaga, aku anggap hadiah untuk diri sendiri.
At least ada benda yang aku 'ada'.

Nak bahagia (atau nak jadi pasangan yang bahagia), tak perlu "tiada rahsia antara kita" semua benda.
Bagi aku, showing interest in our partner's interests jauh lebih bermakna dari berkongsi segala-galanya.
Contoh, kalau laki kita suka bola, perlu ke kita as isteri pun minat bola? 
Kalau kita suka artis Hong Kong, perlu ke laki kita pun suka artis Hong Kong?
Kalau kita laki bini sama-sama suka bola, layan bola, adakah itu baru dinamakan serasi?

Those things are nice, but not essential.
Apa yang penting ialah tunjukkan minat terhadap apa pasangan suka, walaupun minat kita sebenarnya berbeza.
Macam tu lah juga dengan privacy.
Kalau sama-sama kongsi rahsia, adakah itu baru dinamakan saling mempercayai? NO.
Tak perlu kongsi segalanya dengan pasangan.
Tinggalkan sikit untuk diri sendiri, as long as tak menyebabkan perang besar.
Walaupun berkongsi segalanya menjadikan relationship a little easier, tapi percayalah, what's more important is that we respect privacy masing-masing.

p/s: Aku nampak ya DM berderet masuk semalam. Tapi aku tak baca lagi. Aku scroll list unread DM terlalu panjang. Aku syak ni mesti ada yang respond pada blog post aku semalam. Tapi sekiranya dalam banyak-banyak tu ada pertanyaan tentang GreenAard, minta whatsapp 012-7728976 atau 013-7557424, ya. Aku ada meeting dengan UPSI pukul 11am karang, kejap-kejap lagi aku baca ya.


2022-06-27

The One


"Macamana Kak Di tahu En Wan is the one?"


Tak. Aku tak sempat nak pikir dia the one ke tak.
Yang aku tahu, aku nak selamatkan diri sendiri.
Waktu tu malas nak carry serabut because anything yang melibatkan mental health, aku akan protect.
My mental health is EXPENSIVE.
Not only dulu, but always.
Apa saja yang boleh menganggu my mental health, kalau perlu lupakan, aku lupakan.
Kalau perlu let go, aku let go.
Kalau perlu kalah, aku kalah.
Kalau perlu bagi kau menang, aku bagi.

Aku bukan mengambil kesempatan.
Aku tak paksa pun En Wan kawen dengan aku.
It just so happens that he wants to protect me, so dia ajak aku bertunang.
Aku tak pikir panjang, terus setuju.
Rasanya dia pun tak sempat pikir panjang 😆.
Masing-masing berada dalam keadaan malas pikir panjang.

Aku punya reason adalah nak melarikan diri dari ex.
En Wan pula ada history pergi Jepun meninggalkan ex di Malaysia, tup-tup ex minta putus sebab nak kat orang lain.
Jadi, sama-sama malas pikir panjang dah.
Terus buat decision, apa jadi selepas tu kemudian pikir.

Dia punya kejutan tu, sampaikan masa Mak Aji call makcik-makcik aku bagitau aku nak bertunang, semua ingat aku bertunang dengan ex.

"Dengan yang hari tu ke?"

"Tak, dengan orang lain"


Terperanjat semua.
Sebab semua tak pernah kenal dan jumpa En Wan.
Macamana nak jumpa kalau aku sendiri baru jumpa satu kali 😆.
Begitulah cepatnya perkenalan aku dengan En Wan sampai sedara-mara tak sempat kenal.
Nenek aku lagi terperanjat aku tak kawen dengan ex.
Because, ex aku tu aku dah bawak balik tido Tampin bagai.
Macam dah kira jadilah ni, sekaliii.

Tapi jangan pula korang jadikan aku and En Wan contoh, ya.
Kalau ada ruang untuk berfikir, berfikirlah panjang sebelum buat keputusan tentang jodoh.
Benda-benda macam ni kalau tak perlu gamble, jangan gamble. 
Apa yang berlaku antara aku and En Wan, dah memang jodoh kami jumpa cara begitu.
Kitorang sendiri tak pernah terpikir nak bertunang semasa belajar.
Nampak macam gopoh sangat.
Tapi nak buat macamana, itu jalan ceritanya.

Kalau tanya aku samada En Wan adalah 'the one', jawapanya tak.
Dalam imaginasi aku tak pernah membayangkan lelaki idaman adalah seperti En Wan.
Aku always membayangkan bakal suami aku kulitnya sama warna dengan aku. Ini kriteria pertama.
Walaupun aku minat artis cina, suami aku tak boleh kulit putih. Tak minat.

Yang kedua, dia mesti pandai.
Sebab orang bijak selalunya senang bawak berbincang.

Yang ketiga, lelaki tu mesti biasa-biasa, family-nya biasa-biasa.
Ini penting sebab aku tak nak letakkan mak bapak aku dalam keadaan tak selesa bila besannya orang have-have.

Kalau lelaki tu good looking, bonus.
Kalau dia sportsman, bonus.
Dia kaya, bonus. Dia kelakar, bonus.
Tak kelakar pun takpelah sebab aku dah cukup kelakar. Kahkahkah.

En Wan cuma ada satu je - bijak.
Yang lain takde dalam kriteria yang aku bayangkan.
Tapi yang bonus-bonus tu dia ada.

Nak kata aku gamble dengan keputusan ni, boleh juga dikatakan begitu.
Sebab aku kenal En Wan kat online.
Selepas kali pertama bersemuka, kitorang berhubungan melalui surat, email and sesekali phone calls sahaja.
Dalam tempoh tu dia ajak bertunang dan aku terus setuju.
Masa tu aku dah terasa-rasa this is unfair untuk both of us sebab masing-masing buat keputusan tergesa-gesa.
Keputusan dibuat sebab aku nak selamatkan diri dan dia nak selamatkan aku. 
Macam tak pikir panjang.

Mok merisik melalui phone je.
Tak tahu hujung pangkal tetiba En Wan call minta mok arange untuk bertunang.
Kesian mok aku terpinga-pinga.
Dah kenapa urgent sangat, kan. 
Macam tak sempat-menyempat.
Tapi En Wan tak cerita la reason nak bertunang awal. Complicated sangat kalau nak cerita.

Mak Aji pun tak berkenan sebenarnya bertunang awal tapi memandangkan dia tahu masalah aku, En Wan sendiri yanb suggest idea bertunang, jadi mak aku terima je.
Masa tu aku pikir takpelah, bertunang je dulu.
Kalau tak serasi, putus. Habis cerita.
Kalau putus pun maybe orang takkan cakap apa sebab masing-masing duduk jauh.
Duduk jauh kan banyak dugaannya. Gitu aku merancang.

Tapi dah memang jodoh agaknya, relation kitorang berjalan terus.
Sama-sama jauh, masing-masing sibuk dengan class, aku buat hal aku, dia buat hal dia, sesekali bercakap kat phone, tulis surat.
Kalau ada jodoh, ada. Kalau takde, takde.
Serious dah malas nak expect lebih-lebih.
Dalam otak aku this decision was made supaya ex tak ganggu, cukup. 
Because aku tak suka serabut.
Semak okeh bila kau misi ke lain tapi ada distraction dari arah yang lain. Rimas.

Sekali pandang nampak macam tak ke manalah hubungan aku and En Wan sebab foundationnya tak strong.
Aku pula, bila tak jumpa lelaki 'the one', aku tend to mencari. 
Gigih dalam tempoh bertunang berkenal-kenal dengan few new friends.
Ada yang kenal kat tempat kerja, kenal online, kenal masa jumpa komuter.

Jumpa tak “the one” tu?

Jumpaaaa. Sebijik macam imaginasi dalam novel cinta.
Yang kelakarnya, bila dah jumpa 'the one' aku realized he is not I want.
Lelaki 'the one' wujud, tapi sifatnya predictable.
Too caring, too sweet, too funny - sampai takde spark.
Macam segalanya predictable.
If I do this, he definitely do this. If I say that, he will say this.
Boring.
En Wan tu pakkal je duduk Jepun, tak ramai pilihan orang melayu.
Kalau posisi kitorang terbalik, aku di Jepun dia di Malaysia, confirm dia pun cuba mencari pilihan lain juga.

Memang betullah, apa yang kita rancang belum tentu baik untuk kita.
Di Malaysia, dengan pilihan orang melayu yang ramai, dah kenal-kenal dengan itu ini, rupanya yang kat Jepun tak nampak di mata tu jugalah jodoh aku.
Yang bukan 'the one' tu lah rupanya the one.

Makin dekat nak kawen makin risau.
Risaulah kan, sebab tak yakin dengan keputusan tergesa-gesa ni.
Dibuatnya dah duduk serumah sekali tak serasi, tak ke naya.
Dahlah lepas bertunang En Wan duduk Jepun 1 tahun 8 bulan tak balik-balik Malaysia.
Tak sempat nak spend time macam couple-couple lain.
Tak tahu nak expect apa bila serumah nanti.

Masa dia balik Malaysia for good, Mak Aji and Pak Aji pergi haji.
Dia sampai KLIA malam.
Around 1-2 pagi dah ada depan rumah mak aku.
Taknak balik rumah kakak dia, nak bermalam rumah aku dulu.

1 tahun 8 bulan tak nampak muka, tup-tup depan mata.
Masa nampak dia depan pintu, aku jadi panik.
Masa tu rambut dia panjang, dengan jaket kulit dia, dengan rantai, dengan gelang (oh, En Wan dulu ranggi, ya) - aku semakin tak sure dengan decision aku.

Masa tu nenek ada di rumah teman kitorang adik-beradik.
En Wan tumpang tido rumah satu malam.
Esoknya aku pergi kerja macam biasa, dia masih tido.
Aku turun lunch kat cafe (bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut), nampak lelaki bersandar kat dinding depan cafe.
Menonong je aku masuk cafe, siap makan dulu dangan colleague.
Keluar dari cafe dari ekor mata nampak lelaki yang sama.
Aku toleh, kali ni baru aku kenal itu tunang aku 😆.
Rambut dah potong, misai janggut semua dah shave clean, rantai gelang semua cabut.
Tu lah bahananya bercinta express, bertunang express, jumpa 3 kali lepas tu nak kawen, sampai aku tak kenal tunang sendiri.

Dia datang ofis naik Kancil (kereta aku).
Dia nak pi tukar duit and settlekan segala urusan dia waktu tu. 
Petang tu first time balik kerja naik kereta orang jemput.
Maklumlah selama ni naik komuter.
Dalam kereta kejung kejap 15 minit tak tahu nak sembang apa.
Macam keluar dengan stranger. 
The rest was history.

"So lepas kawen, adakah dia the one?"

Ya, dia THE WAN Mohd Ridzuan.

2022-06-25

Eye cream membantu atau tak?


Ini screenshot aku dengan seorang kenalan zaman blogging dulu.
Aku tak sure dia blogging lagi ke tak.
Anyways, we still keep in touch sesekali.
Kisahnya dia nak produce eye cream dan tanya if aku boleh formulatekan.

Aku sebenarnya tak suka nak menjawab straightforward (I wish!) kalau orang bertanya pasal eye cream, sebab jawapan bergantung kepada what you’re hoping to accomplish.
Ada beberapa masalah yang boleh dibantu oleh krim mata, tetapi KEBANYAKAN masalah undereyes are untouchable.

Aku pakai eye cream. Brand Clinique.
Sampai sekarang aku pakai walaupun in my experience, it is not very helpful.
Nanti aku bagitau kenapa aku masih pakai.

Yang sebenarnya, apa juga krim yang korang sapu kat muka, boleh jadi eye cream.
Moisturiser yang korang pakai kat muka tu pun boleh jadikan eye cream.
Cuma pastikan krim muka benar-benar gentle on skin.
Sebab kulit sekitar mata is more fragile kerana lebih nipis.
That's why kalau kita cuci muka atau buang mekap guna wet wipes, besar harapan kulit sekitar mata akan nampak akibatnya lebih awal dari kulit muka yang lain.
Sebab kulit mata nipis. 
Movements di kulit sekitar mata akan buatkan kedutan muncul lebih awal.
Jadi, sebenarnya eye cream yang kita tepek kat mata tu bukanlah really help puffiness atau remove dark circle, but more to care for the skin around the eyes only.

Sebab itulah aku continue pakai eye cream.
Sebab eye cream is specially designed for the eye.
Formulanya sedikit berbeza dari krim muka.
Eye cream lebih gentle.
Lagipun kulit sekitar mana lebih mudah kering.
Bila kering, kedutan lebih cepat muncul.
Jadi, tujuan apply eye cream tu sekadar untuk menjaga kulit di kawasan itu, bukan untuk merawat apa-apa.
Itu yang aku bagitau kenalan aku ni, kalau nak buat juga eye cream, pastikan educate customer bahawa eye cream fungsinya lebih kepada menjaga kulit mata, not really treat puffiness and dark circle.
Tapi tu lah, tak semua orang faham dan mahu terima fakta sains ini.
Orang mahukan produk yang magic.
Yang pakai hari ni, lusa dah cantik.
Kalau harga murah lagi bagus 🙄.

Selalunya orang pakai eye cream nak treat puffiness.
Tak ramai yang tahu puffiness ni SELALUNYA turun-temurun.
Maksudnya, pakai eye cream banyak mana pun tidak akan me-minimizekan its appearance.
Kalau boleh pun, it is temporary effect.

Ada banyak punca dark circle and puffiness (selain keturunan).
Ada yang sebab triggered by UV, atau banyak sangat exposure kat panas, stress, penat, kurang tidur, allergy, atau banyak makan makanan bergaram.
Garam buatkan water retention.
Kulit bawah mata tu nanti jadi bengkak buatkan dark circle nampak lebih obvious.

Jadi, kalau kita apply eye cream hari-hari tapi tak bantu dengan diet yang betul, takkan jadi apa.
Yang betulnya, kalau mata dah bermasalah, try kurangkan garam dulu and minum banyak air.
See how it goes.
Kalau ada budget lebih, beli vitamin A. Makan.

"Kak, kalau guna retinol?"

Retinol tu sejenis vitamin A, tapi gentler derivative.

Sebab apa vitamin A/retinol can help?

Sebab, they can stimulate kolagen.
Bila kolagen under skin increased, kulit pegang air.
Bila kulit pegang air, bermakna kulit tak kering.
Ingat tak tadi aku cakap kulit bawah mata nipis dan cenderung untuk jadi kering?
Haaa...jadi bila kolagen bertambah, kulit sekitar mata jadi hydrate sekaligus improve dark circles.
Ada kaitan antara vitamin A-kolagen-skin di sini.

So berdasarkan penjelasan aku tadi, sekarang aku nak tanya.
Agak-agak kenapa dalam GLOEI aku tak letak kolagen haiwan?
Kau rasa apa ada dalam tu? 😎


2022-06-23

Holiday bagi aku adalah duduk hotel, rest.


"Bila last Kak Di holiday?"

Aku kan bila dapat soalan macam ni, jadi serba-salah nak jawab.
Tak tahulah kenapa, macam terngiang-ngiang je nanti balasannya "Saya dah lama tak go holiday, kak. Suami saya bla bla bla bla. Perbelanjaan kami tak cukup bla bla bla. Sya stress bla bla bla"

😁

Tak, bukan aku perlekehkan masalah sesiapa.
Aku ok je nak dengar cerita dan luahan hati orang lain.
Orang-orang ni sudi luahkan masalah kat aku, aku dengar. No problem.
Tapi selalunya itulah yang terjadi.
Aku jadi serba-salah pulak nanti.
Lepas tu karang korang bergaduh dengan laki masing-masing.

Kepada yang hantar soalan ni kat aku, aku rasa you are reading this too.
Dan pasti nampak akak bagi "seen" je.
Takpe, akak jawab di sini.

Aku tak reti nak cakap samada aku ni pergi holiday ke tak.
Sebab istilah holiday untuk aku dan untuk En Wan, berbeza.
En Wan kalau holiday, suka merayap.
Suka jalan, shopping, pegi sana sini.
Aku punya istilah holiday, adalah berehat.
Kalau korang perasan percutian aku di dalam negara, balik-balik berkisarkan tentang makan dan lepak dalam hotel. Perasan, tak?
Punca-punca tu semua akulah 😆.

Aku kalau bercuti suka duduk dalam hotel.
Biarlah memerap seharian pun, takde masalah, sebab aku memang suka memerap.
Kat rumah pun aku memerap.
Sampai En Wan cakap "Awak ni tak bosan ke asyik duduk rumah je? Cubalah keluar kejap".
Bini tak suka keluar pun jadi masalah kat dia.
Orang lain kalau bini suka duduk dendiam dalam rumah, tak mintak nak ke mana-mana, kemain seronok lagi.
Dia dapat bini suka memerap, dia yang stress.

Maybe itulah juga penyebab kenapa aku tak berapa kisah kalau tak holiday.
I mean holiday yang keluar dari rumah, pergi ke satu tempat lain, check in hotel, berjalan, etc.
Because kalau dah sampai hotel pun, aku tetap memerap dalam bilik.
Jangankan nak merayap jauh, nak pergi pool pun malas.
To me, dah sampai hotel, kira bercuti la tu.
Sesiapa nak merayap silakan.
Aku tinggal dalam hotel tak ke mana-mana pun boleh. Janji ada makanan. Insyallah gembira aku. Hahaha.

Bak kata En Wan "Gaya awak tak mencerminkan karakter awak lansung".

Percaya tak kalau aku cakap aku pernah bergaduh teruk dengan En Wan hanya kerana aku taknak bercuti overseas.
Sampai dia cakap "Dulu masa belum kawen tak pulak cakap tak suka berjalan!".

En Wan kata dia ingatkan aku jenis yang outgoing.
Melalui gaya, nampak macam aku wild - suka merayap, suka berjalan, suka berhibur, tak suka memerap.
Dia pernah kata "Gaya bukan main sexy, tapi club tak penah masuk pun".

Macam tu rupanya expectation orang, kan?
Dari penampilan orang boleh assume macam-macam.
Aku agree gaya aku dulu boleh buatkan orang pikir aku easy-going, fun and suka enjoy.
Sebenarnya aku tak macam tu sangat.
Dulu aku bergaya macam tu sebab aku suka pakai macam tu. Tu je.
Tak mempengaruhi personaliti aku lansung.

Aku tak nampak kenapa bila kita berpakaian macam tu, kita kena jadi macam ni.
Contohnya, bila pakai sexy, biasa masuk kelab.
Bila berpakaian ala-ala corporate, lepak coffee house.
To me, pakaian adalah sekadar pakaian.
Tak 100% mencerminkan karakter sebenar.

Tu pasal kita ni bila nampak orang tu berjubah berserban, terus assume alim umpama takde dosa.
Secara general, aku setuju penampilan mencerminkan siapa diri seseorang - apa personaliti dia, samada dia pembersih, kemas, bagaimana mood dia, etc.
A person's appearance and style reflect something.
However, it is more to a reflection of your own self-esteem, not so much on karakter sebenar seseorang.
Tapi memandangkan humans tend to make snap judgments of one's personality based on penampilan, maka itulah yang terjadi bila suami aku sendiri boleh 'terpedaya' dengan gaya aku 😆.

En Wan memang mencari wanita-wanita yang sexy bergaya untuk jadi awek dia (dulu lah).
Dia kata perempuan-perempuan macam ni lebih open-minded, lebih berkarakter, boleh bercampur orang, pandai bersembang dan outstanding.
Maybe itulah yang dia nampak ada pada aku.
Tapi yang dia tak nampak rupanya aku home-person, suka duduk rumah baca buku, dan takut naik flight 😁.
Bolehlah dirumuskan aku ni seorang yang boring.
Maybe I'm fun to chat with.
You can talk to me almost about everything, tapi itu je la kot sisi fun seorang Diana.
Yang lain, boring.

Tu pasal En Wan tak suka nak plan percutian dengan aku.
Segalanya dia settlekan sendiri, tau-tau je karang supriseeeee!
Sebab dia tahu kalau dia ajak aku berbincang, jawapan aku "Alah, takyahlah. Baik duduk rumah order pizza".

Because you know what, rumah aku selesa!
Tak, aku bukan berbangga ke apa ke.
Banyak lagi rumah yang lagi cantik dari rumah aku.
Tapi aku suka dengan rumah aku.
Aku rasa rumah aku sangat selesa.
Bilik aku selesa - luas, sejuk beraircond 24 jam, katil king size, bantal aku taraf hotel, toilet ada hose, sabun aku wangi, anak-anak semua dah besar tak mengganggu privacy, ada wifi laju, makanan banyak - ok, kan?
Kau nak apa lagi. Semua ada dah ni.
Kalau aku check in hotel pun, itu jugak yang aku cari.
Baik aku lepak kat rumah je.

Orang lain suka bercuti sebab mereka suka jalan-jalan, see things, buy things.
Aku tak. Aku kalau bercuti, benda pertama yang aku cari is makanan.
That's why kalau jalan bawak aku, En Wan usahakan cari tempat makan yang aku akan suka.
Seingat aku, kalau istilah holiday yang benar-benar holiday adalah ketika ke overseas.
Hat tu takde pilihan sebab aku kena ikut itinerary.
Walaupun terpaksa join, oleh kerana berada di negara orang dengan suasana yang berbeza, enjoy juga.
Tempat bukan selalu kita sampai, kan.
Dah alang-alang sampai tu, create some memorieslah.

Satu-satunya negara yang aku sendiri nak pergi adalah Hong Kong.
Lain negara tak pernah terlintas dalam fikiran.
Dari aku kenal Leslie, kemudian Beyond, kemudian Hacken Lee - memang Hong Kong satu-satunya negara yang aku teringin sangat nak jejak.
Dari sekolah rendah dah berangan tau.
Hari tu aku cakap kat En Wan, kalau boleh aku nak repeat Hong Kong.
Lain negara, dia nak pergi dengan anak-anak saja, pergilah.
Tapi En Wan mana nak berjalan tanpa aku.
Tu pasal setiap kali nak holiday akan bergaduh bagai nak rak dulu.
Setiap kali nak holiday, akulah paling lambat sekali packing.
Last aku ke Korea tahun 2019 sebelum kita semua PKP beberapa bulan selepas tu, esok nak berangkat, malam ni baru aku packing.
Itupun campak-campak je. Punyalah protesnya nak pegi.

Jangankan nak ke seberang negeri, nak pegi Sunway Piramid pun kalau tak diumpan dengan Dolly Dimsum memang tak sampailah aku 😆.
En Wan kalau nak ajak aku pi Sunway, mesti umpan dia Dolly.
Kau nak ajak aku bertawaf satu mall lepas tu pun takpe. Janji dapat makan sedap.
Kadang En Wan paksa-paksa aku shopping.
Nak cari parking kat Sunway Piramid tu hazabedah, kalau setakat pegi makan tak berbaloi.
Bawaklah balik something katanya.
Jangankan tidak nak bagi berbaloi, masuklah Guardian, capai Listerine, capai wet wipes, capai Sensodyne.
Padahal kat Giant Putra Heights pun ada Guardian.

Hah lagi satu shopping. Kau jangan paksa-paksa aku shopping kalau mood aku belum sampai.
Boleh jadi bergaduh dalam mall tu nanti.
Tapi, kalau aku cakap "Bang, barang Clinique saya dah habis. Jom pi beli", memang sepantas kilat En Wan bersiap.
Sebelum bini dia bertukar fikiran, baiklah pergi sekarang.
Sebab lepa stu dia boleh lajak ke tempat jauh sikit dah alang-alang aku ikut sekali.
Kadang tu terussss pi tengok movie.
Ada tak sesiapa sini perangainya seboring aku? 😆


2022-06-22

Hidup tak perlu sentiasa penuhi expectation orang lain.


Takde spesific formula sebagai jawapan.
Boleh jadi aku pun jenis yang malas nak ambik port apa orang kata.
Apa je lah yang boleh dia buat.
Habis kuat pun mengata. Gasaklah kau situ.

Yang benarnya, jangan hidup untuk sentiasa penuhi expectation orang lain.
Lebih-lebih lagi bila kita dah meletakkan diri kita sebagai public figure, atau celebriti, atau influencer.
Crowd yang besar dah tentu datang dengan macam-macam karenah manusia.
Ada yang tak suka, ada yang suka.
Sometimes yang suka kita tulah yang paling banyak menegur tetapi most of the time cara teguran tak kena menyebabkan kita syak itu adalah haters.
Terpulang pada kita nak ambil yang mana.
After all segala cakap-cakap orang takkan menjadi luka yang berbekas sekiranya kita tak respond pada cakap-cakap mereka.
You are not responsible for what others say.
You are responsible for how you respond to them.

Expectation yang merepek yang tak bagi manfaat dan tak membantu hidup kita jadi lebih tenang dan berjaya, tak payah kisah.
Manusia, Tuhan bekalkan dengan mulut.
Kita tak boleh stop dia dari bercakap.
Tapi, Tuhan juga bekalkan kita dengan telinga.
Dengar, analisa, dan decide.
Rasa boleh pakai, pakai. Rasa sampah, buang.
Jangan serabutkan otak dengan perkara remeh-temeh.

Kadang-kadang apa yang dicakap tu bukan nak bagi diri kita jadi bertambah baik.
Hanya setakat meluahkan rasa sakit hati dalam dada dorang je.
Lebih kepada nak bagi diri dia rasa lega dapat lepaskan sesuatu yang terbuku.

Sebut pasal ni ada sorang follower IG bagitau anaknya dapat 6A SPM baru-baru ni.
Ini adalah cucu pertama yang dapat banyak A macam ni katanya.
Datang mak sedara komen "Lagi bagus kalau hafal Quran sekali".

Kisahnya, mak sedara ni anaknya tak berapa excel in academic.
Memanglah anaknya hafal Quran, tapi sekarang ni orang dok bercerita pasal keputusan SPM. Takde kena-mengena kot.

Kita selalu dengar orang cakap macam tu, kan?
Asal budak excellent je, "Kat kubur esok malaikat tak tanya berapa banyak A dapat", atau "Anak saya tak banyak A, takpelah yang penting hafal Quran. Alhamdulillah syukur", atau "Lagi bagus kalau pakai tudung".

Ini adalah contoh cakap-cakap orang yang sebenarnya dia bukan cakap pasal anak kita (atau cucu kita).
Anak kita ok. Yang tak ok tu dia.
Dia sebenarnya nak meluahkan rasa sakit dan kecewa dalam hati.
Yang sebenarnya dia bitter.
Kalau anak dia dapat banyak A dah tentu dia pun happy.
Tapi sebab tak dapat kan, jadi tu yang dia ikhtiar lain supaya orang nampak achievement anak dia juga paling best.

Dia macam ni lah, ya.
You have already chosen the direction for your child.
So, be happy and content with the choices you have made.
Kau pilih untuk masukkan anak kau ke tahfiz kerana dulu kau kata menjadi hafiz adalah main objective.
Kau yang beria-ia kata kau nak anak yang boleh membawa kau ke syurga.
Kau yang kata kau nak anak yang faham agama (macamkan anak orang lain tak 🙄).
Alih-alih bila orang dok happy-happy celebrate achievement SPM anak, kau pulak yang "Lebih baik hafal Quran sekali". Dah kenapa kau.

Tak, sekarang ni kau yang pilih laluan tu untuk anak kau, kan?
Menghafaz Quran adalah misi kau.
Kau celebratelah achievement bila anak kau berjaya hafaz nanti.
Anak-anak orang lain ni misinya SPM.
Biarlah dia celebrate achievement dia sebab misinya dah selesai.
Misi kau belum habis, kan? Hah, tunggu.
 
Masa anak orang dapat masuk boarding school, ye ye je kau "Biarlah anak saya tak cemerlang di dunia, asal cemerlang di akhirat".
Now bila orang celebrate habuan dunia, dia bitter.
Bagilah orang yang "kejar dunia" ni celebrate.
Kau kan tak nak kejar dunia. Dah, diam.
Orang macam ni dia tak tahu, habuan dunia tu kalau Allah bagi, ambik.
Gunakan ke jalan yang betul.
Bukan semua habuan dunia ni membawa kemudaratan.   

Mujurlah orang macam ni takde depan aku, kalau tak, memang itulah ayat yang aku tazkirahkan.
People like this, kononnya macam dialah yang terpaling fikirkan akhirat.
Apa dia ingat anak-anak yang sekolah biasa ni tak solat tak mengaji ke?

Aku bukan nak brag anak sendirilah, tapi sebab anak aku dari MRSM, meh lah aku bagitau apa yang MRSM bentuk anak-anak di sana.
MRSM Redza ni bukan Ulul Albab tapi IGCSE.
Orang nampak MRSM IGCSE ni macam "kebaratan" sebab kat skolah cakap omputih, exam pun UK certified.
Menjurus ke arah kebaratan. Kelihatannya seperti itu.
Tapi tak ramai tahu MRSM IGCSE ada mini Ulul Albab.
Dorang memang tak hafal seluruh Al-Quran, tapi surah utama kena hafal.
Kena hafal Mulk, Waqiah, Sajadah, Yassin dan Al-Kahfi selain juzuk amma.
Redza lead terawikh hari tu dia gi bantai surah Al-Kahfi sampai menyenget Rayyan bersolat 😆.

Janganlah ingat sekolah berasrama yang bukan tahfiz ni buruk sangat modul-nya.
Meh sini masukkan anak sorang kat situ tengok apa modul yang sekolah prepare.
Solat 5 waktu pun semua di surau, ya. Berjemaah.
Tak dibenarkan solat fardhu dalam bilik.
Kau sendiri belum tentu setiap waktu berjemaah.

Kadang aku pelik dengan orang yang merasa dialah paling alim dan paling cintakan akhirat.
Bawak-bawaklah bercampur orang, baru tahu diri kita ni mungkin banyak sangat kurang dari lebihnya.

Aku dah cakap dalam post hari tu kan, aku malas nak layan game-game macam ni.
Yang tak menetek anak cukup 2 tahun katanya anak jadi nakal, tak bijak.
Yang letak anak di bawah jagaan bibik katanya anak kurang rasa sayang pada mak bapak.
Yang bagi anak makanan kantin katanya kurang berkhasiat anak susah fokus kat pelajaran.
Aku nak tengok esok anak kau masuk asrama apa cara kau nak bagi bekal kat anak tu. Aku perati je ni.

Expectation manusia kebanyakkannya adalah dipengaruhi oleh expectation orang lain.
Expectation bukanlah ukuran yang tepat tentang apa yang sesuai untuk kita.
Walaupun niat mereka baik, expectation orang lain pada kita bukan berdasarkan siapa kita, tetapi pada pengalaman dan pendapat orang tu sendiri.
Dalam erti kata lain, dengar boleh.
Kalau nak follow, kena tengok sesuai ke tak pada diri.
Kalau sesuai, ikut. Kalau tak sesuai, tinggalkan.
Bukan bermaksud expectation orang tu tak bagus, cuma mungkin kurang sesuai untuk kita apply.

Yang penting kita suka dengan apa yang kita pilih untuk buat.
Kalau kita suka apa kita buat, dan apa yang kita buat tak menyusahkan sesiapa dan tak menyalahi, biarlah apa orang nak cakap.
Sometimes kita boleh tahulah cakap-cakap tu sincere atau tak, samada berbaur dengki khianat atau tak.

Be content dengan apa yang kita pilih.
Kalau kita tak seronok dengan apa yang kita pilih, lambat-laun akan terbit rasa kesal.
Bila dah kesal, mulalah nak berdengki dengan orang lain.

En Wan pernah tanya aku "Awak tak rasa jeles ke orang lain pi Paris, pi US?"

Aku jawab "Nak jeles apa? Bukannya tak boleh pergi. Cuma saya yang taknak pergi".

Bila aku tahu aku takut naik flight, maka aku tenang-tenang saja layan gambar orang lain holiday sana sini.
Kita like je lah gambar dorang.
Nak dengki apa. 
Kau yang takut naik flight pastu kau nak dengki orang lain holiday overseas? Akai ada? Kahkahkah.

Dah lah, aku nak pakai tudung, 4pm karang ada meeting.


2022-06-20

Mendisiplinkan anak vs Menghukum anak.


Now kita sembang pasal disiplin.
Asyik menyembur je tapi tak bagi solution tak jalan jugak, kan.

Selalunya bila kita tegur perangai anak-anak ni, nanti ada yang kata "Budak-budak lagi tu..."
So agak-agaknya, umur berapa tahun sesuai untuk kita ajar anak-anak supaya kena disiplin.
Umur 1 tahun? 2 tahun?

Kepantangan aku kalau mak-mak cakap "Budak-budak lagi tu..." di rumah orang.
No No No.
Nak bagi 'nasihat' macam kat rumah sendiri takpe.
Kalau kat rumah orang jangan sesekali bertolak-ansur dengan perangai anak yang macam pelesit.
Tapi tu lah, aku rasa mak-mak yang macam ni dia bukan tahu perbuatan anak dia tu 'pelik'.
Sebab hari-hari dia mengadap perangai anak macam tu, jadi dia rasa itu ok.

"Kecik sangat budak-budak tu kalau nak dihukum".

Selalu baca statement ni kat media sosial, kan?
To me, inilah silapnya.
Some people anggap mendisiplinkan anak adalah menghukum anak.
Padahal disiplin tu membimbing anak supaya jadi 'orang'.
Nak anak membesar jadi 'orang', mestilah kena mula dari awal.
Sampai bila nak biar anak terbalikkan mangkuk coco crunch?
Sampai bila asal anak mintak je mesti dapat?
Sampai bila nak biar anak tak kemas permainan lepas main?
Sampai bila nak biar anak bergelimpangkan selipar/kasut depan pintu rumah?

Akan sampai satu tahap we as parents kena setkan limit.
Setting limits is a critical part of parent's responsibility.
Bukan nak hukum tapi nak dia faham yang mana betul, yang mana salah.
Anak-anak mesti belajar patuh peraturan.
Mesti belajar cope dengan frustration kerana tak selamanya semua benda dorang boleh dapat.
Kalau nak sesuatu, mesti usaha lebih, tak selamanya asal minta terus dapat.

"Tapi budak-budak suka explore things..."

Ya, aku tau budak-budak memang suka explore.
Jangankan budak, kita yang dah berbulu atas bawah ni pun suka explore sesuatu yang baru.
Tapi tak semua benda kau boleh explore ikut sedap anak tekak.
Datang rumah orang explore dari depan sampai ke belakang, naik atas, kelebet semua bilik yang ada.
Itu bukan explore, tu namanya kepoh!
Macam kaulah, datang rumah orang habis sampai ke dapur ke bilik nak ditengoknya, kan?

Jangan tak tahu, ada mak-mak yang terlampau suka 'explore', sampai diterbalikkannya pinggan rumah orang sebab nak tengok brand apa.
It happened to me.
Kita ajak dia datang makan, dia capai pinggan tengok belakang - "Oh Corelle".
Entah, aku rasa pelik. Kau tak pelik ke?
Aku kalau orang ajak makan, aku tengok makanan je, tak kuasa nak kelebet belakang pinggan. Ke aku yang pelik? Kahkahkah.

Budak-budak memang suka explore. Itu fitrah mereka.
Dorang kerenyamkan makanan untuk tengok apa hasilnya bila makanan jadi benyek.
Dorang campak mashed potato ke lantai untuk tengok apa jadi bila makanan jatuh.
Tapi, sampai bila nak bagi dorang campak-mencampak?
Sampai tuan rumah boikot kau masuk rumah baru nak start disiplinkan anak?
Kalau kita boleh ajar anak toilet training sampai jadi, kenapa tak boleh ajar anak jangan sentuh barang-barang perhiasan kat rumah orang?

Esok, kalau orang dah tak berkenan nak jemput kau datang, kau yang sentap.
Sebenarnya orang bukan tak suka kita, tapi rimas dengan anak kita.
Padahal budak kecik tu tidaklah bersalah sepenuhnya.
Tapi disebabkan mak bapak tak reti nak marah anak bergelinjang dalam rumah orang, terpaksalah tuan rumah berkira-kira nak menjemput.

In general, takde apa sangat yang kita boleh ajar anak pada awal-awal bulan.
In fact awal-awal tu kalau kita penuhi apa dia nak, itu sebenarnya membantu perkembangan dorang.
Tapi, umur 6-7 bulan dah boleh start slow-slow ajar.
At this stage, dah boleh tunjuk untuk bezakan apa yang dia nak dan perlu. Contoh, berbuai.

Rayyan sejenis ‘anak nenek’ sebab nenek bela dari kecik.
Tau je la kan, orang-orang tua jaga budak, asal tido ditepuk, dibuai.
Yes, they might want to fall asleep dalam buai tapi sebenarnya dia tak perlu pun buai tu.
Boleh je dia tido tanpa buai.
Mak mertua aku dulu asyiklah mintak kitorang belikan buai.
Tapi aku hati kering, aku wat dekkkkk je sebab Redza adalah bukti boleh tido tanpa buai, apesal dengan Rayyan aku nak ajar berbuai pulak, kan.

Itu menunjukkan, manusia boleh dibentuk.
Kita boleh membentuk anak.
Masalahnya, sometime kita tak nak cuba.
Balik-balik kita assume "Dia budak lagi....dia kecik lagi....dia belum faham apa-apa..."

Alahaiiii, kita ni pun kalau tak diajar buat kerja, sumpah tak paham apa pun.
Tapi bila diajar, lama-lama jadi paham.
The thing is, kena start.
Kalau tak start, sampai bila pun tak jadi apa-apa.
Umur 12 bulan dah start boleh 'babab' kalau dia sentuh barang-barang kaca dalam rumah.
Kalau dia mula merangkak ke barang perhiasan, cuba tepuk lantai tu sambil cakap "Jangan!".
1-2 kali memang tak lut tapi dah lama-lama esok dia jadi faham.

Dulu ada kawan datang rumah and tanya "Bersih dinding rumah kau, anak-anak kau memang tak conteng dinding, eh?"

Aku pelik juga.
Seolah-olah wajib mana-mana rumah yang ada anak kecik, dindingnya berconteng.

Pastu aku jawab "Cubalah dorang conteng kalau nak rasa tido luar satu malam".

Kawan aku cakap "Ei kau ni, dengan budak-budak pun nak berkira".

Bukan berkira.
Tapi anak mesti tahu pen and pensil lukisnya atas kertas, bukan atas dinding!
Aku ni bukan sejenis mak yang rajin nak mengelap mengemop rumah hari-hari, ya.
Lagipun aku hire bibik untuk tolong jaga anak and kemas-kemas rumah.
Bukan untuk jadi babu anak hari-hari kena bersihkan dinding berconteng.

Masa sekolah dulu aku rajin tertinggal bekal kat skolah.
Tau apa Mak Aji buat?

"Kau pergi skolah sekarang, bawak balik bekal kau. Selagi tak jumpa kau jangan balik!"

Masa tu dah petang oiii. Dah pukul 5pm.
Berlari aku sorang-sorang pi skolah, tunggu sampai sesi petang habis sambil berdoa janganlah bekas tupperware aku orang rembat.
Tapi selalunya takde sape rembat sebab mak aku bekalkan aku tupperware yang buruk-buruk je.
Tupperware yang memang cantik mati hidup balik dia takkan bagi aku bawak.

Ada satu kali tu, Darjah 4 (ya, aku ingat sampai sekarang sebab ini kejadian tragis).
Aku bawak bekal mee hari Jumaat.
Sekali lupa nak bawak keluar dari beg.
Hari Ahad, mak aku spot check beg skolah.
Terpekik dia dari bilik panggil aku.

"Kau nak buat apa peram bekal dalam beg?"

Aku cuba untuk mengelentong beliau.
Aku cakap, "Diana ingatkan nak makan lagi mee tu nanti".

Pastu mak aku jawab "Dah basi kau nak makan lagi? Hah meh sini aku nak tengok kau makan".

Dia sumbat mee basi tu dalam mulut aku, boleh?
Juling mata aku kejap.  
Terus aku tak lupa-lupa dah keluarkan bekal dari beg pastu.
So, jangan kata aku kejam berkira dengan anak-anak aku sekarang sebab kau tak kenal lagi apa istilah kejam. Hahaha.

Masa Darjah 2, aku terlampau seronok sangat main sampai dah azan Maghrib baru teringat nak balik.
Sekali nak masuk rumah tak boleh.
Rupanya aku telah dikurung duduk luar rumah sampai habis Isyak.
Bila dah boleh masuk rumah, tak dibenarkan makan malam pulak tu.
Berlapar aku sampai esok pagi.
Sejak dari hari tu, sebelum pukul 7 ptg aku dah terpacul depan rumah tak kisahlah tengah best main, aku tetap stop.
Even dah remaja, melepak ceruk mana sekalipun, sebelum 7pm kena ada depan rumah, kalau tak, jenuh nak menjawab.

Masa mula-mula kawen, En Wan ajak jalan-jalan.
Masa kat mall, aku cakap "Dah pukul 6 dah ni, tak sempat sampai rumah sebelum pukul 7 karang".
Punyalah troma kena kurung kat luar 😆.
En Wan pelik je pandang muka aku "Biarlah balik malam pun, kenapa?"
Eh, lupa pulak aku dah kawen. Kahkahkah.
Wah, seronok gila waktu tu bila realize dah boleh balik malam dan mak aji tak boleh kurung aku luar rumah lagi.
Terasa bebas betul dah berlaki. Gitu.

Masa Redza skolah agama (skolah rendah), dia pernah main kejar-kejar kat kawasan sekolah sementara tunggu aku ambik.
Nak dijadikan cerita rupanya jiran sebelah sekolah tu adalah blog reader.
Dia bagitau aku "Tadi I marah Redza sikit, bukan marah apa tau Di, sebab I nampak dia dah start nak panjat pagar, I takut dia jatuh".

Aku appreciate orang 'marah' anak aku macam tu.
Aku percaya yang tegur-tegur ni pun taraf mak-mak juga so aku boleh faham style mak-mak tegur, mesti untuk kebaikan.

Some people (parents) are just sensitive.
Dia tak tau beza TEGUR dengan MARAH.
Padahal mana ada orang nak marah anak orang lain tanpa sebab.
Kebanyakkannya akan tegur "Ehh, jangan panjat, nanti jatuh".
Melainkan kalau dah banyak kali tegur still tak lut, maybe akan naik sikit pitching tu.
Especially kalau anak kau dah macam pelesit keluar masuk rumah aku macamkan mak bapak dia ada share, I'm going to say something.
If you don't like it, keep your kid away from me. Simple.

Hal sekolah pun aku tak campur.
Kalau anak aku lupa bawak buku teks, cikgu nak hukum berdiri sampai habis kelas, silakan.
Tak potong kuku, kena detention class, silakan.
Rambut panjang kena tobek, silakan.
Apa yang berlaku dalam sekolah, biar sekolah settlekan. 
Sebab kalau benda tu berlaku dalam rumah, lagi teruk aku kerjakan.

Bab-bab parenting ni aku tak berapa pandai sangat.
Lagipun anak masing-masing kan, jadi masing-masing lagi faham dan tau apa nak buat.
Kalau cakap lebih-lebih karang kata kita tak faham keadaan dia. Jadi, terpulanglah.
Anak-anak nak terkinja-kinja ke, nak berkubang ke, nak berpencak ke, silakan buat dalam rumah masing-masing.
Yang penting, kalau terlepas masuk dalam rumah aku dengan perangai gitu, jangan terperanjat kalau pitching aku tetiba naik.
Bukan apa, your kid, your rules. But this is my house, my rules.


2022-06-19

Redza officially tamat sekolah.


16 Jun 2022, Khamis. Keputusan SPM Redza keluar.
Aku tak dapat ikut sekali Redza ke Langkawi, hanya En Wan saja sebab aku ada meeting pagi tu.
Lagipun, siapa pula nak ambil and hantar Rayyan ke sekolah kalau semua pergi.

Plan nak ke Langkawi untuk collect result SPM ni pada awalnya tak plan pun.
Tapi bila pikir balik, nanti nak kena ambil sijil berhenti sekolah juga.
Lagipun, apa salahnya ke sekolah, ambil result.
Jumpa balik cikgu-cikgu and maybe for the last time jejakkan kaki ke MRSM Langkawi.
Aku cakap kat Redza takyah nak takut sangat ambil result tu.
Ok ke tak keputusannya, itulah yang kau dah buat dulu.
Hadap je lah apa pun resultnya.

Pagi Khamis, lepas hantar Rayyan, aku terus buat kerja sementara tunggu meeting 9.30am.
Result keluar 10am.
Dah leka dengan kerja, terlupa nak tengok jam.
Tahu-tahu dalam 10.15am whatsapp En Wan masuk dalam group family.
Tengok ada video.
Gatal pulak tangan aku nak pi tengok video tu - terus bersepah-sepah speech aku jadinya - antara nak bercakap dengan nak menangis.
 


Ini video yang En Wan hantar.
2-3 kali aku ulang betul ke Redza straight As?
Betul rupanya.
Disebabkan video tu hantar kat group Family, maka satu family merembes berjemaah termasuk atok, nenek, makcik dan pakcik.
Si Ima punyalah happy sampai dia istihar tak memasaklah hari tu. Tiberrr.

En Wan dah tentulah orang yang paling happy.
Aku bagi full kredit kepada En Wan.
Dia orang yang paling berusaha hal sekolah anak-anak dari tadika sampai habis sekolah.
Segala jenis seminar dan webinar hal pelajaran anak-anak dia ambil tahu.

Sebenarnya kitorang berdebar juga dengan Redza sebab tahun lepas dia lansung taknak join sebarang talk dah tak mahu tusyen.
Itu perjanjian antara dia dengan En Wan.
En Wan kan pantang cuti sekolah je mesti enroll Redza dengan program itu ini.
Fedap agaknya Redza, dia buat perjanjian kalau dia score straight As dalam IGCSE, dia taknak ada sebarang program atau tusyen atau belikan dia sebarang buku latihan untuk SPM.
Bukan apa, dia cakap latihan dari cikgu pun dah banyak.
Oklah, agreed.
Bila dia buktikan dia straight As dalam IGCSE, bapak dia takleh cakap apa lah, terpaksa patuhi perjanjian.

Memang cuak juga tengok tahun nak ambil SPM lansung kitorang tak belikan sebarang buku tambahan.
Memang buta-buta biarkan dia study sendiri dengan bantuan cikgu sekolah.
Alhamdulillah, dia buktikan dia boleh buat.
Baguslah, kalau tak, menjawablah dengan bapak kau hari tu.
Maybe sampai sekarang tak habis-habis lagi menjawab dengan bapaknya 😆.

Beruntung En Wan kebetulan dia ada di sana hari tu.
Dalam another video yang one of the mother kirimkan, nampak masa nama Redza diumumkan, En Wan dengan tenang bangun ambik video anak.
Takde riak muka terkejut atau apa.
Aku tanya dia, kenapa macam cool je?
Dah tahu ke result sebelum kena panggil atas pentas?
En Wan kata, result cikgu simpan dulu.
Dorang akan umumkan yang straight As dulu untuk naik stage.
Yang tak disebut nanti boleh sama-sama kemudian collect result slip dengan cikgu.
Maknanya budak-budak yang datang hari tu semua suspen dengan result masing-masing.

En Wan kata dia yakin Redza straight As sebab Redza pernah bagitau kat dia yang "Redza boleh buat".
Redza ni kalau dia kata boleh, maknanya subjek tu boleh dapat A.
Kalau dia kata tak boleh, maknanya takkan dapat A.
Berbeza dengan Rayyan, kalau dia kata "boleh" bermakna "boleh lulus". Belum tentu A. Tapi muka konfiden. Hahahaha.

Redza sebenarnya target 9A+, tapi takde rezeki.
Aku cakap takpelah, itulah bagusnya bila target tinggi, walau tak capai, sekurang-kurangnya tak jatuh jauh. Dia faham, dan redha.
Syukur dia datang sekolah untuk collect result hari tu.
Rezeki dapat naik stage.
Kalau tak datang, takde kenangan dia naik stage.
Bukan apa, experience tu takkan berulang.
Inilah nanti bukti yang dia boleh tunjuk kat anak-anak dia pula.

Teringat masa UPSR dulu.
Batch 2004 kan batch guinea pig.
Dari UPSR lagi dorang asyiklah berdepan dengan format baru.
Batch 2004 adalah batch pertama KBAT.
Masa tu Redza dapat 3A3B, walaupun trial 5A1B.
Kitorang tahu dia frust masa tu, tapi kitorang buat rilek-rilek je.
Tetap wish him tahniah and kiss him depan-depan kawan.
Nama dia tak kena umum atas stage and we are ok.
Biar dia tengok kawan-kawan yang naik stage (tahun tu 2 orang je dari sekolah dia dapat 6A).
Masa tu yang 5A dan 6A je dapat naik stage.
It's ok, biar dia belajar meraikan kejayaan orang lain.
Jangan nak sentap tak tentu arah macam some mak bapak.
Anak dia tak score, dia sentap pulak anak orang lain dapat naik stage.
Pastu buat teori yang bukan-bukan konon emosi anak-anak yang tak berjaya tu kacau bila tak dihargai.
Yang benarnya mak bapak yang koyak lebih.
Bangsa takleh orang lain anaknya lebih bijak dari anak dia.

Masa Redza dulu, kitorang sama-sama clap bila anak-anak lain dapat naik stage.
Apa yang nak bitter sangat.
Clap for other people dululah sebelum turn kau sampai.
Nanti turn anak kau dapat naik stage, orang lain pulak clap.
Aku tak rasa anak-anak perlu dibiasakan dengan meraikan kejayaan kawan-kawan lain sebab aku rasa anak-anak ok je.
Dorang saling bersorak and tepuk tangan untuk kawan.
Yang rabak mak bapak je.
Mak bapak yang patutnya kena didedahkan dengan program anugerah macam ni, biar belajar meraikan kejayaan orang lain.



Ini masa nama-nama straight As diumumkan.
Tengok how happy bersoraknya kawan-kawan lain bila nama kawan-kawan dorang kena umum.
Ini bukti budak-budak ok.
Aku rasa most mak bapak yang sentap ni adalah mak bapak yang anak-anaknya bukan di sekolah berasrama.
Kalau mak bapak tu dalam kelompok ini pasti dia tahu meraikan anugerah kecermelangan adalah perkara biasa yang dah jadi culture di sekolah-sekolah macam ni.
Malah dlam group parents, kami saling mengucapkan tahniah.
Takde nak bitter-bitter kerana kita tahu ini adalah kejayaan anak-anak.
This is their moment, kita celebratekan saja.
Sorry to say lah, parents yang bitter dengan program kecemerlangan selalunya parents yang dia tak content dengan life sendiri.
Ada perkara dalam hidupnya yang tak settle.
Dia berharap anak dapat penuhi impian yang tak settle tu agaknya. Tu yang butthurt sangat.

Masa Form 2 Redza ada exam Checkpoint.
Exam ni untuk program MRSM IGCSE.
Checkpount exam ni paper dari Cambridge. Examiner pun dari sana.
Hanya 3 subject je kena ambil - English, Maths, Sains (Fizik-Kimia-Bio).
Kementerian Pendidikan letakkan point lulus adalah 4.0 over 6.0.
Redza score 6.0 untuk English and Sains, manakala Maths dia score 5.8.
Which to us, dah cukup bagus dah ni.
Ada je kawan-kawan lain daoat straight 6.0.
We all ok je. Janji Redza punya result juga excellent.

Ada lah sorang Hamba Allah ni (bukan parents Langkawi) yang anaknya sama-sama program IGCSE.
Dia yang sibuk bertanya aku result Redza, bila aku tanya result anak dia, dia jawab "Alah, takpe. Bukan boleh bawa ke mana pun result Checkpoint ni".
Kau rasa? Nampak tak bitter-nya beliau?
Macamana seorang parents yang enroll anaknya dalam program IGCSE boleh kondem exam ni?
Sama ada tak tahu apa exam ni boleh buat atau sebenarnya plain bitter.

Masa Redza PT3, dia dapat 7A2B. Tak straight As pun.
Tapi kitorang happy dan tetap celebrate kerana menepati ramalan 😆.
Right after exam Redza bagitau "Redza rasa dapat 7A je kot sebab yang lagi 2 tak yakin".
Masa tu dia tak yakin dengan Geografi and RBT.
But it turned out Geografi dia A tapi Sejarah yang B.
Tapi menepati ramalan dia lah, 7A jadi kitorang awal-awal tak expect straight As.
Alhamdulillah, kawan-kawan yang lain dapat straight As, we are still happy with Redza's result. Tak kuasa nak bitter-bitter.

Form 4 exam besar untuk program MRSM IGCSE iaitu exam IGCSE.
6 subjek - Kimia, Fizik, Bio, Maths, Add Maths and English.
Masa ni agak cuak sebab tahun ni kita dah ada Covid.
Setengah tahun lepak kat rumah belajar online sedangkan tahun tu exam IGCSE.
Dan disebabkan kekangan ini Cambridge UK buat option boleh sit exam atau postpone.
MARA bagi option untuk ambil atau drop, takde masalah.
Redza pilih untuk teruskan ambil. Maybe dia bersedia.
Alhamdulillah dia score straight As.

Tak salah aku tahun ni dari sekolah dia ada 17 orang straight As.
Ada majlis penganugerahan dibuat tapi secara tertutup di sekolah.
Kitorang tengok melalui gambar yang cikgu hantarkan je.
Takpelah dapat tengok gambar je.

Di sekolah berasrama, majlis anugerah kecemerlangan dapat diteruskan tanpa ada masalah dan 'cakap-cakap manusia bitter' di belakang.
Kerana culturenya begitu.
Takde lansung parents yang bitter bila anaknya tak dapat anugerah apa-apa.
Because we know anak-anak ni saling sokong-menyokong.
Time belajar, belajar. Time main, main.
Dorang bukan stress mana pun.
Macam kita zaman belajar dulu, ada ke kita stress kawan lain naik pentas?
Siap bersorak lagi ada.
Because we don't care pun.
Habis acara, life back to normal.
Sama-sama keluar makan, sama-sama keluar outing.
Tak faham why bila dah ada anak-anak masing-masing nak jadi too competitive.
Zaman kau belajar dulu taknak compete, sekarang sibuk nak anak compete dengan orang lain.

One thing bestnya di MRSM, dorang pakai sistem pointer.
Tiada competition nak berlawan siapa dapat nombor 1, siapa nombor last.
You do your best untuk dapatkan pointer terbaik supaya boleh grad masa Form 5 nanti.
4.0 pun dapat Anugerah Pengetua, 3.9 pun dapat Anugerah Pengetua, 3.8 pun masih dapat Anugerah Pengetua.
Rilek-rilek sudah.
Sepanjang Redza kat sama, 2 semester dia tak berjaya dapat Anugerah Pengetua, the rest semua dapat.
Semester yang tak dapat tu, tengok je lah kawan-kawan naik pentas.
Biar jadi pembakar semangat untuk semester yang seterusnya.
Itu je caranya. Biar dia tengok orang lain berjaya.
Kenapa nak nafikan kejayaan orang lain demi nak jaga hati sendiri?
Bila nak sedar kalau macam tu.
Lama sangat duduk dalam comfort zone pun bahaya juga.
Sesekali kena pressure baru terangkat bontot tu.

Terkenang terkilannya En Wan tak dapat tengok Redza konvo naik pentas.
Dah book tiket, dapat tengok dari luar pagar pun takpelah katanya.
Tapi takde rezeki, sekolah tukar tarikh konvo sedangkan tiket dah beli.
Rupanya Allah simpan ruang tu pada hari ambil result SPM.
Punyalah cekal En Wan tahan airmata kegembiraan dalam dewan pagi tu, dah sampai ke rumah masa solat Maghrib baru aku nampak air mata dia.
Mujurlah aku takde sekali dalam dewan, kalau tak akulah perosak majlis.
Cara-cara tak datang pun time meeting dapat video Redza terus bersepah-sepah jadinya speech aku.



Menangis aku tengok video ni.
Aku cakap kat En Wan "Are we being too hard on Redza?".
Sedari kecil, seawal dia pandai bercakap dah ada jadual belajar.
Setiap kali waktu Maghrib, dia naik ke bilik dengan bawa flash card sambil panggil bapak dia "Pa, stadi Pa. Cepat, stadi".
Dengan suara pelat, dengan pakai pampers, dekat terkedek-kedek bawak perut.
I miss Redza yang masa kecil dulu.
Biasalah anak sulung kan, dia membesar dalam keadaan mak bapak struggle membina hidup, jadi anak sulung selalunya kuat.

Alhamdulillah, Redza dah officially tamat sessi sekolah 2011-2022.
11 tahun lamanya. Sekarang bermula chapter baru, insyallah.
Terima kasih tak terhingga kepada cikgu-cikgu MRSM Langkawi yang mendidik Redza dan melayan karenah dia.
Hampir-hampir nak quit dari MRSM dulu ni, sebab kejutan budaya tiba-tiba segalanya kena buat sendiri.
Tapi cikgu-cikgu banyak nasihatkan kitorag supaya bersabar, jangan keluarkan Redza.
Ternyata pilihan untuk ke MRSM Langkawi adalah tepat.
Aku tak berpeluang nak kenal semua guru-gurunya tapi some of them ada yang baca blog ni and follow aku di IG.
TERIMA KASIH, CIKGU. Mohon doakan kejayaan Redza ke peringkat seterusnya.

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan Redza especially mak-pak angkat alam maya yang melihat Redza membesar melalui blog ni. Thank you.

2022-06-17

Berbisnes ni tak wajib diri kita famous, yang penting produk, bukan kita.


Kelmarin post aku pasal game dak-dak BBNU tayang harta bila berbisnes, ada follower share satu video gathering founder-founder kosmetik bergamba dengan kereta mewah masing-masing.
Sejujurnya, aku tak berapa perasan nama brand-brand kosmetik di Malaysia sebab aku masih setia dengan Clinique sejak lebih 10 tahun.
Maka, aku juga tak kenal founder-foundernya.
Mungkin aku je yang tak kenal dorang. Ramai yang kenal.

Tertarik dengan komen-komen di bawah:

Hampir kesemuanya bagi komen yang tak menyokong produk-produk kosmetik ni.
Dan mostly yang komen kata never heard of the brand pun.
Aku tak ingat apa nama brandnya. Banyaklah tapi.

Ramai yang syak ini produk timbang kilo.
Actually aku tak pasti wujud ke produk timbang kilo?
Memang ada ke kosmetik yang bancuh sendiri kat rumah, tak lalu KKM?
Memang ada jual krim secara bulk purchase pakai timbang kati?
Bukan apa, selama ni dok baca orang sebut timbang kilo timbang kilo tapi aku musykil takkanlah founder-founder ni seberani tu perjudikan reputasi sendiri dengan menjual produk timbang kilo?
Takkanlah founder-founder ni tergamak tarnish resputasi masing-masing dengan menjual produk timbang kilo?
Eh ke mereka tak kisah asal boleh jadi kaya?

Kalau korang ada info pasal industri timbang kilo ni tolong share kat aku.
Aku nak baca macamana barang-barang ni berfungsi.

Dalam komen ni juga ada yang cakap mostly founder-founder yang ni sebenarnya bukan kaya sebab jual produk tapi kaya sebab ada bisnes lain, atau main forex. Wallahualam.

Aku pernah tengok satu video.
Dalam tu video tu seorang founder kata "Agen kena treat founder seperti celebriti".
Maksudnya kena support founder dan jadikan founder idola sebagaimana orang ramai mengidolakan artis.
Untuk apa aku tak tahu. Maybe untuk kekal relevan.
Kalau ada supporters, lamalah sikit nama tu bertahan, kan.

Bila dia cakap macam tu aku rasa seolah-olah, tujuan berbisnes tu dah lari.
Dah bukan lagi tertumpu pada produk tapi pada diri sendiri.
Nak diri famous dan diangkat sebagai celebriti.
Ya, aku faham dia mungkin memaksudkan "Support me", tapi perlu ke sampai kena mention "Mesti treat founder seperti celebriti?".
You really crave for limelight, is it?
Maybe inilah agaknya kenapa trend sesetengah founder begini. Trend "buatlah apa saja asalkan boleh famous". 

Berbisnes ni tak wajib diri kita famous, yang penting produk, bukan kita. 
Tapi sekarang trend orang berbisnes yang dicanang-canangkan balik-balik kereta mewah, lambak duit. Lepas tu balik-balik tanya "Bila nak jadi jutawan?".
Benda ni simple maths sebenarnya.
Kalau produk kita bagus, akan ada csutomer.
Kalau kita sendiri bagus, akan ada followers.
Tak perlu minta orang angkat-angkat kita.

Dua hari lepas ada orang share seorang consultant perniagaan buat seminar kata Coke berjaya di pasaran kerana Coke menggunakan khidmat business consultant.
Hanya selepas business consultant Coke mencadangkan Coke dijual dalam botol, barulah business itu boom.
Wowwww! Pertama kali aku dengar cerita ni.
Setahu aku, dalam banyak artikel business yang selalu menggunakan Coke sebagai reference, Coke memang jual produk dalam botol pun.
Dia tak jual dalam plastik ikat tepi boh straw.
Even jual dalam botol pun Coke hanya berjaya jual beberapa botol saja di awalnya.
Yang membuatkan Coke berjaya adalah konsistensi, bukan kerana dia hire business consultant.
Toksahlah buat cerita merepek demi nak pancing orang ambik kita untuk jadi business consultant.
Kalau kita bagus, orang akan hire.

Ada consultant yang ajar participant dalam kelasnya kata "Kalau nak produk laku, jangan jual fakta produk, tapi jual emosi. Contohnya "Akak tak takut ke suami akak cari lain?"
Wadehell?? Consultant apa jenis macam ni.
Patutnya melalui produk kita educate customer, bukan menakut-nakutkan.

Bisnes bukan semata-mata nak tunjuk kat orang berapa banyak kita dah jual, tapi berapa banyak kita dapat in return (ROI).
Aku tak faham ada orang jual barang yang sama (ni selalunya kes competition di antara agen), sanggup untung setakat RM10, janji barang habis terjual.
Sedangkan dia boleh untung RM50 sama banyak dengan agen-agen lain, tapi sebab  nak ramai orang beli kat dia, dia sanggup untung setakat RM10.

Look. That is not how you sell.
Itu maknanya kau jual harga, bukan jual barang.
Dengan harga RM10, kau kena kerja lebih keras untuk jual 100 kotak demi nak dapat RM1000 profit.
Kira balik berbaloi ke RM1000 tu dengan penat kau hantar barang, bungkus barang, masa kau lagi?
Baik kau jual jual 20 kotak je. Walaupun 20 kotak, tapi untung sama banyak dengan jual 100 kotak.

Selalunya yang sanggup untung RM10 ciput tak masuk akal ni adalah peniaga yang malas.
Ini bukan aku cakap, tapi bos lama aku pernah cakap.
Sebab peniaga jenis ni dia punya konsep "Janji stok aku jalan. Bos suka aku kerap ambik stok. Boleh dapat anugerah agen terbaik". Gitu.
Kalau peniaga yang bagus, dia jual produk, bukan jual harga.
Dia yakinkan customer dengan produk dia.
Customer beli dari dia sebab servis, sebab produk,bukan beli semata-mata sebab produk tu murah.

Aku pernah terbaca artikel salah seorang peniaga fashion.
Dia kata heran dengan peniaga yang dah tahu produk gunakan kualiti premium, tapi masih tak yakin boleh jual. Makanya, semua jual murah.
Bila jual murah, nilai produk akan jatuh.
Kau takkan jumpa dengan customer yang Gred A.
Customer kau akan sentiasa dalam lingkungan Gred D.

Tau apa customer Gred A?

No, bukan Mak Datin, tetapi customer yang less hassle. Tak banyak karenah.
Customer Gred A ni tak kisah harga, yang penting bagus.
Bila kau rendahkan harga produk kau sedangkan kau tau produk kau premium, kau akan invite Gred D customer.
Dan Gred D customer ni, dia bukan jenis yang terus beli.
Banyakkkkkk sangat karenah dia buat.
Dah bagi murah, dia mintak murah lagi.
Pastu dia mintak free gift.
Pastu mintak nak kotak packaging lebih. Eh, macam-macam!

Hari tu ada orang tanya bila aku mention kat blog aku jadi product specialist untuk company orang lain.
Dia tanya brand apa.

Brand aku takleh reveal sebab aku hanya product specialist saja. Kerja belakang tabir.
Biar sales and marketing dorang promotekan brand tu.
This brand adalah follower aku di IG. Foundernya lah.
Asalnya dia nak aku endorse her produk tapi aku menolak.
Dia nak bekerja bersama aku and suggest untuk JV produce product.
Sekali lagi aku menolak sebab aku tak bersedia nak berkerjasama dengan orang lain buat masa ni, takut tak terkejar.
Nampaknya dia bersungguh, jadi aku suggest untuk jadi product specialist dia, dengan syarat aku hanya jadi product specialist untuk produk yang baru.
Produk yang dah sedia ada aku taknak handle sebab aku tak involve dari awal.
Role aku adalah sebagai memberikan cadangan dari segi formula, monitor all aspects of a product lifecycle, termasuk development and marketing.
Tapi mempromote aku tak terlibat.
Aku tak kata aku bagus. Ramai lagi yang lebih bagus.
Tapi alhamdulillah bila ada orang sudi hire aku, bayar gaji aku untuk bekerja dengan dia, I guess I have done something good.
Kerja belakang tabir pun takpe, aku lebih suka.

Lain orang mungkin lain caranya.
Maybe ada orang suka limelight.
Ada orang suka duduk kerja dendiam.
Tak kisah, dua-dua pun ok.
Cuma tak perlulah sampai meminta-minta untuk dihighlitekan.
Meminta-minta untuk disanjung dan dilayan seperti celebriti.
Celebriti pun tak pernah minta-minta disanjung. Orang yang sukarela nak support dia.

Rasanya aku pernah blog about this.
Tentang kenapa billboard kat Malaysia ni penuh dengan iklan produk dan mostly tepek gambar founder.
Kadang tu muka founder lagi besar dari produk sampai konfius nak promote apa sebenarnya ni.
Ternyata apa yang aku blog-kan tu juga orang lain terpikirkan benda yang sama.


2022-06-14

Kalau hati jenis tisu, elakkanlah dari pakai baju sendat bila dah slim.


"Kenapa bila dah slim mula pakai baju ketat dan nampak lekuk pinggang?"

Jawapan aku simple.
Sebab, baju untuk orang yang slim cantik-cantik dan pelbagai.
Bila badan dah kurus baru boleh merasa pakai baju macam tu.
Time gemuk tak dapat pakai baju gini sebab baju untuk size besar selalunya basic cutting sahaja. Selalunyalah.

Orang kata antara dugaan gemuk dan kurus, dugaan kurus lebih kuat.
Masa gemuk dulu habis kuat pun kena body shaming.
Tapi bila dah kurus, dugaan paling kuat adalah melawan nafsu sendiri.
Tak dilupa juga orang keliling dah start menjaki.
Dulu apa yang dipakai takde siapa nak memandang walaupun kita sebesar-besar objek.
Tapi bila dah slim, sekecil-kecil kita pasti mencuri perhatian.

Hat melawan nafsu sendiri tu memang sangat benar.
Sebenarnya tak slim mana pun, tapi bila dah berjaya turunkan berat badan sikit, hati tu terasa tak puas je selagi orang tak nampak perubahan ketara pada kita.
Haruslah pakai baju yang nampak pinggang barulah orang perasan kita dah susut badan.
Dan bila kita start mencari kekaguman manusia dengan penampilan, nak tak nak kena maintain bentuk badan tu supaya kekal relevan.
Akhirnya terseksa nak kawal makan itu, kawal makan ini demi nak maintain lekuk pinggang.
Masa awal-awal berdiet dulu tidaklah seseksa mana pun, bila dah kurus nak maintain tu seksa sungguh rasanya.
Pernah rasa macam ni tak?

Yang sebenarnya nak turunkan badan tu tidaklah sesusah mana.
Yang jadi susah tu bila bersekali dengan stress.
Bila orang dah mula notice badan kita dah menyusut, akan ada keinginan dalam diri untuk membuktikan sesuatu yang lebih baik.
Dalam diam kita mahu kurangkan lagi berat badan ni biar kekaguman orang semakin bertambah.
Tanpa sedar kita dah wujudkan satu tekanan pada diri sendiri.
Bila badan stress, berat jadi stuck (kerana ada kaitan dengan hormon yang menghentikan pembakaran lemak).

Bila berbaju longgar masih tak ada yang notice kita dah kurus, hati tu menggeletis nak cari baju yang ketat sendat padat biar perubahan tu nampak jelas.
Hakikatnya, manusia tak mudah untuk dipuaskan, baik diri sendiri atau orang lain.
Kita sangka bila dah pakai sendat-mendat, orang kagum "Wahhhh, kurusnya kau!"
Tapi mostly seakan-akan kagum saja.
Tak kurang juga yang menegur "Kau pakai macam ni nampak jelas peha kau besar".
Sakit hati dengar, kan?

Kadang kita rasa orang tu semacam dengki kita dah kurus.
Tapi dalam kebanyakan senario, badan tu belumlah slim sangat tapi dah disumbatkan dalam jeans yang sendat mendat.
Paha tu dah masih macam kentaki fried ciken dari jauh.
Tuck in pulak tu. Tersentil-sentil muffin top.
Dalam keadaan ini badan tak nampak cantik, dik.

Selalunya gitulah jadinya bila mengharap pada manusia.
Kita harap orang puji tapi rupanya yang datang caci maki.
Kalau meletakkan harapan pada dunia dan isinya, bersiap-sedialah untuk kecewa.
Kalau hati jenis tisu, elakkanlah dari pakai baju sendat bila dah slim esok.
Maintain je pakai baju longgar-longgar.
Bukan apa, tak semua orang suka bila kita dah slim.
Karang kena hencap dek makcik bawang terus benyek.
Yang suka kita slim cuma laki kita je, jadi pakailah sendat mendat depan dia saja.

Tapi bagi aku, bila kita kembali jadi kurus setelah bertahun hidup dalam kegemukan, itu ujian paling kuat.
Hati tu menggelitik nak tayang kat orang yang kita dah kurus.
Nak tunjuk kita juga cantik, kita juga dah boleh bergaya!
Kalau boleh nak pakai baju terbalik biar semua orang nampak baju kita label XS!
Itupun kalau boleh nak turunkan lagi biar sampai XXXS.

Ujian menjadi kurus setelah bertahun-tahun gemuk adalah ujian yang bukan calang-calang sebenarnya.
Itupun kalau kita nak merenungnya.
Mula-mula gemuk, nak kurus.
Dah kurus, nak tayang badan pulak.
Dah tayang badan, nak compete pulak siapa lagi slim.
Berhempas-pulas bergaya just to be judged well by others.
Kita nak improve our self image in THEIR minds.
Dalam susah-payah menarik perhatian orang, kita lupa yang dorang pun sama macam kita - tak pernah puas dengan apa yang ada.
So, trying to improve our self-image by creating a better impression on others takkan membawa kita kepada kepuasaan pun.

Maka tak perlulah nak pakai sesendat-sendat ada sampai tersentil perut buncit semata-mata nak tunjuk kita dah kurus 4kg.
Pakai sajalah baju blouse longgar-longgar.
Tak payahlah longgar sangat, just patut padan dengan size kita.
Especially kalau dah berusia.
Orang yang berusia ni, walaupun kurus, ketika pakai baju yang too tight, tetap nampak kurang cantiknya.
Sebab badan kita dah 'jatuh', tak sesolid zaman muda dulu.
Kalau kurus, pakai baju longgar pun orang perasan kita dah susut badan.

Oh by the way ada yang risau kalau berat badan menurun, takut nanti breast pun mengecut sekali ke.
Ok dia macam ni.
Kadang berat dah turun 10kg tapi bontot and paha macam tu gak lebarnya, tak kecut-kecut pun.
Tapi tang tetek kemain cepat mengecut. Kenapa eh?

Sebenarnya, kecut tak kecut bergantung pada berapa banyak tisu lemak yang ada kat area tu.
Badan kita ni bila dah menginjak ke remaja, tisu-tisu lemak lebih banyak kat certain parts untuk membentuk bontot, paha dan breast.
Kalau breast kita banyak tisu lemak, bila berat badan menurun, breast akan berubah dengan ketara sebab banyak tisu lemak kat situ.
Tapi idok le mengecik sampai tinggal sejemput bak rambutan.

Ada certain ladies tak banyak tisu lemak kat breast.
Breast dia jenis padat sejak azali.
Jadi, bila berat badan menurun, breast takde perubahan sangat.
Sama juga dengan bontot dan paha.
Ada yang kata berat dah turun tapi bontot masih besar lagi.
Itu maknanya bontot jenis padat dari azali, bukan faktor tisu lemak.

Jumlah tisu lemak kat breast ada kaitan juga dengan genetik.
Kalau keturunan kau memang tetek jenis besar-besar kuali, insyallah kau dapat besar tu juga.
Kalau keturunan jenis tetek sejemput, besar harapan sejemput juga kau dapat.
Bersyukurlah walau sejemput, ada gak bendanya.

Lagi satu ni nak pesan, jangan excited sangat turunkan berat mendadak-dadak sampai 7-8kg seminggu.
Bukan apa, bila berat badan turun cepat sangat, kolagen yang support tisu breast tu akan stress dan pecah dengan cepat (bukan breast kau pecah tapi kolagen tu yang pecah).
Bila pecah, kulit dah tak elastik lagi dan tak boleh nak pegang breast. Tetek kau jadi layut.
Jadi janganlah berangan nak turun berat mendadak-dadak.
Hilang 400-900g seminggu dah ok. Ini memang jumlah weight loss yang sihat untuk badan.

Ada 3 sebab kenapa breast berubah-ubah size.
Yang pertama, berat badan.
Bila berat badan menurun, sel-sel lemak dalam breat mengecut.
Breast size akan jadi lebih kecil secara keseluruhan.
Kulit yang support breast ni dah disesuaikan dengan saiz breast yang membesar.
Kulit breast tu meregang cukup untuk support yang breast kita perlukan.
So bila berat badan menyusut, our breasts follow suit.
Kulit yang dah mengecut tu takkan kembali ke keadaan asal tau.
Dia macam gelang getah yang dah regang terlalu lama, bila kita lepaskan, dia takkan kembali ke bentuk asal.
Akan jadi kendur sikit. Macam tu la juga dengan kulit breast.

Yang kedua, pregnant.
Hat ni temporary effect je.
Breast membesar bila mengandung dan menyusukan anak.
Dah settle bab ni nanti breast kembali ke bentuk asal.

Yang ketiga riskonya tinggi dan mahal, iaitu surgery.

Apa-apa pun, yang paling penting sekali, kalau dah kurus esok, cubalah berpatut gayanya.
Dugaan orang dah slim ni banyak.
Semua benda terasa nak tunjuk bila dah slim.
Nak tunjuk pinggang dah secekak, nak tunjuk paha dah kecik, nak tunjuk bontot dah kecut.
Macam-macam nak ditunjuknya.
Semoga niat kita nak kurus tu tak membawa kita pada sesuatu yang Dia tak redha.

By the way, aku lupa nak naikkan Customer Loyal Reward semalam.
Tinggal hari ni je untuk korang grab offer ni.
Yang ada baki point 400, silakan.
Yang tak tahu baki ada berapa, please whatsapp 013-7557424 sekarang.


2022-06-13

Jangan main game ni dengan aku.


Aku ada satu pertanyaan best dari follower kat IG.
Ceritanya agak panjang, tapi aku summarized kan.
Kisahnya dia berpindah di satu taman perumahan.
Disebabkan dia potray herself biasa-biasa saja, takde renovate rumah, takde kejap-kejap lori hantar barang perabot, so jiran-jiran takdelah nampak berminat sangat nak ambil tahu life follower aku ni.
Dia pun happy je macam tu.
Takdelah menyombong, setakat hai-hai tu biasalah.
Until one day she bought a new car, BMW.
Dia kata jiran yang tak pernah-pernah bertegur sapa tiba-tiba datang bertanya kerja apa, gaji berapa.
Jauh lebih pelik bila jiran tu sibuknya bercerita hal position dia kat ofis, gaji, jenis-jenis kereta that he used to have, etc.
So follower aku dah rasa tak sedap ada jiran macam tu.

Aku suruh dia buat dek je.
People like jiran dia tu memang wujud. Antara kau jumpa dengan tak je.
Selalunya jumpa perangai gini kat media sosial.
Kalau dapat jumpa in real life, memang bonuslah.
Orang macam ni dia always anggap orang lain tak semampu dia.
Bila dia nampak kau setanding dia, dia jadi curious.
Nak pulak kalau usia kau lebih muda, lagilah dia curious nak tahu kau kerja apa, kau gaji berapa.
Orang macam ni sebenarnya tak content dengan apa yang dia ada.
Life dia dah best tapi dia tak tenang selagi ada orang lain lebih best dari dia.
Kadang tu orang lain belum best mana pun lagi. Itupun dia tak suka.
Kalau boleh biar dalam komuniti tu dia sorang yang best.

Kitorang pun ada pengalaman dengan orang macam ni.
Di kawasan perumahan juga.
Yang pertama di perumahan lama.
Yang kedua di kawasan perumahan sekarang.
Tapi yang kat perumahan kedua ni best.

It happened tahun 2008 masa kitorang renovate rumah yang duduk sekarang ni.
Masa tu quite young jugalah umur baru 31.
Kitorang buat major renovation masa tu nilainya more than 100K.
Memang besarlah projek ni kat kawasan ni awal-awal dulu.

Dapat je kunci rumah terus renovate.
Biasalah, petang-petang nak tengok progress rumah, di kawasan yang masih baru dan bersepah dengan pasir and batu, takkan nak bawa kereta besar.
Bawalah kereta kecil. Masa tu pakai Aveo.
Bawak kereta kecik, muka pun budak-budak lagi, pakai seluar bermuda berselipar je pulak tu, takde siapa anggap kitorang owner rumah yang sedang dibuat major renovation ni.
Yang tahu hanya bos cina yang renovate rumah kitorang.
Rumah kitorang dijadikan modal testimoni bos cina tu, jadi ramailah yang datang jenguk-jenguk rumah kitorang yang sedang dalam renovation.
Kitorang tak kisah. Lagi suka sebenarnya.
Bila rumah kitorang dia jadikan contoh, maknanya dia mesti kena buat betul-betul, takleh lekeh-lekeh.

One day waktu petang, kitorang roundlah nak tengok progress rumah.
Park kereta jauh sikit dari rumah sebab depan rumah penuh dengan pasir and batu.
Tokey cina tu datang kat kereta kitorang and sembang pasal progress.
Dari tempat kitorang bersembang nampak satu brader dia stopkan kereta dia dekat dengan rumah kitorang, keluar dari kereta terus menonong masuk dalam rumah kitorang.
Siap angkat tangan dari jauh dengan tokey tu cakap "Macamana rumah, dah siap ke?"
Jangankan kata aku and En Wan, si tokey depan kitorang tu pun terkesima 4 saat.
Dia pun agaknya pelik apesal brader ni menonong masuk rumah kitorang sedangkan tuan rumahnya ada kat sini.

Aku macam...dia ni nak buktikan apa?
Dia nak tunjuk kat kitorang as if rumah tu rumah dia ke?
Dia nak tunjuk yang dia banyak duit boleh buat major renovation ke?
Aku bingung kejap mikir.
Kitorang malas nak masuk ke dalam rumah hari tu.
Lepas bincang dengan tokey, terus balik.
Dalam kereta, aku dengan En Wan bantai gelak macam nak gila.
Rupanya wujud orang macam ni.
Mesti dia tak sangka rumah tu rumah kitorang, lalu dia pun berlakon as if itu rumah dia. Seriously??

Orang-orang yang macam ni selalunya kelompoknya terdiri dari orang-orang yang lebih bawah dari dia.
Dia tak biasa berkawan dengan orang yang lebih hebat, tu pasal dia mudah menyangka takde siapa dapat tandingi dia.
Tu yang ringan dia bercerita jawatan dia apa, gaji dia berapa, dia pakai kereta apa.
Sebab dia dah biasa bergaul dengan orang yang lebih bawah jadi dia pukul rata semua orang pun kat bawah.
Yang kita ni dengar kita yang malu.
Malu sebab apa yang dia canang bangga tu kita dah capai 6 tahun lepas lagi.

Sebab tu aku cakap, manusia ni mudah sangat bersangka-sangka hanya dengan apa yang dia nampak.
Nampak orang tu pakai kereta mahal - kaya.
Nampak orang tu pakai banyak barang kemas - kaya.
Nampak orang tu kejap jalan sana kejap jalan sini - kaya.
Nampak orang tu pakai brand itu ini - kaya.

Nampak si anu pakai kereta kecik - takkanlah mampu renovate rumah.
Nampak si anu takde barang kemas - mesti tak mampu beli.
Nampak si anu hidup biasa-biasa - mesti gaji tak besar.

Tu pasal berpusu-pusu orang dok tayang harta and duit sebab nanti orang ingat dia tak kaya.

Deyy, kau pernah dengar BANK?
Pernah dengar ASB? 
Pernah dengar PUBLIC GOLD?
Pernah dengar PUBLIC MUTUAL?  
Tak semua orang letak duit kat tempat yang orang ramai boleh nampak.
Ramai yang letak duit dan harta dia di tempat yang orang tak nampak.
Jadi, janganlah pandang lekeh kat orang.
Sebab tu aku letih bila tengok orang dok main game tayang harta benda baru boleh dikatakan kaya.

Dik, zaman akak umur 26 tahun lagi game ni dah ada.
That was 18 years ago. 
Orang ambik gambar-gambar rumah akak dalam blog mengaku itu rumah dia, dik.
Tak cukup dengan tu, gambar vacation akak pun dia ngaku vacation dia. 
Bladihel punya perangai.

Apa bendalah penyakit sibuk nak approval dari masyarakat?
Kalau kau takde semua benda tu ada siapa kisah ke?
Takde siapa kisah pun. 
Yang sebenarnya kau insecure dengan diri sendiri.
Kau yang want to be seen. 
Kau nak orang pandang kau tinggi.
Jenis yang merasa hanya dengan duit and harta saja boleh dipandang tinggi adalah orang paling shallow sekali.
Bercampurlah dengan orang sikit, biar terbukak sikit minda tu.
Balik-balik bercampur dengan orang yang asyik sembang pasal harta and duit, tu pasal otak kau makin cetek.

Lagi satu pengalaman dengan orang macam ni was masa aku berpindah opis.
Rasanya cerita ni paling famous di kalangan pembaca blog aku.
Kisah Dato' poyo yang nak beli ofis lama aku.
Ini memang typical manusia yang memandang rendah pada orang lain hanya kerana dia ada title.

Kisahnya aku nak berpindah ofis (ke ofis sekarang).
Ofis lama aku tu dah siap renovate. 
Ada bilik boss, bilik meeting, ada workstation untuk employee, ada ruang pantry, ada store, etc.
Bila nak pindah, aku kena dimantle semuanya balik pada asal.
Rasa sayang pulak nak dismantle fixed installation dalam tu.
Dengan berabuknya lagi, dengan nak monitor orang kerja lagi.
Tak kuasa aku nak buang masa aku dengan kerja-kerja macam ni.
Jadi aku offer kot ada sesiapa nak sewa this ofis, dalam keadaan ada fixed installation.

Tak mahal mana pun, aku nak jual RM10k je.
Kalau ikut invoice asal, aku renovate almost RM40k.
Niat aku cuma nak offer this opportunity kepada tenant baru supaya dia dapat cut cost renovatation.
Nak buat renovation bukan pakai duit sikit-sikit. Paling bangsat RM25k (untuk keluasan property tu).
Memang rugi aku nak let go hanya RM10K, tapi aku bukan nak buat untung.
Aku cuma malas nak dismantle je. Malas nak kemas.

Ada sorang Dato ni berminat. Ofis Dato ni sebelah ofis aku.
Bila staff dia datang ofis aku untuk tengok-tengok, dorang interested nak beli.
RM10K je kot dah ready siap semua.
Aku cakap, kau bagi aku cheque, aku angkat barang, dan keluar. Settle.

Tapiiii, dia nak issue cheque RM10K tu macam sembelit 17 hari.
Masuk ofis aku 3-4 kali dah, ukur itu ukur ini, sembang nak renovate sampai RM500K.
Halah halahhhh berlagak kemain. 
Aku ni nampak je masih muda (waktu tu), tapi pengalaman aku tak muda.
Kau nak renovate apa sampai RM500K? 
Nak pasang partition emas 96 karat ke camne.
Bukan apa ni, sebenarnya nak tunjuk duit banyak.

Dipendekkan cerita, this Dato drag the payment process sampai nak dekat 2 bulan.
Dia nak ofis aku, tapi main tarik tali.
Aku ni dah nak keluar dari ofis.
One day aku cakap kat staff Dato hujung minggu aku nak dismantle fixed installation sebab nak hand over kunci.
Malas dah nak tunggu cheque dari dia, anggap dia tak jadi sewa.
Asyik-asyik suruh aku tunggu tunggu tunggu.
Kejap-kejap suruh aku ulang-alik jumpa dia untuk discuss.
Dia ingat aku budak suruhan kot sukati nak suruh aku datang jumpa tak kira masa.
Dah la call susah nak angkat. Mesej hantar 30 kali baru reply sekali.
Busy katanya. Busy mengalahkan orang yang ada 24 kompeni.

Dengar je aku nak dismantle hujung minggu, cepat-cepat dia minta aku datang ofis untuk collect cheque.
Masa dia call tu aku ada kerja kat Bangi.
Laju-laju aku drive untuk jumpa dia at 3pm.
Ingatkan 3pm cheque dah ready. 
Sekali dia kata Dato tengah siapkan cheque.
Sejam setengah kau si Dato nak siapkan cheque.
Terpikir gak aku apa lama nau nak sign cheque, baru belajar pegang pen ke apa.

Lepas tu staff kata Dato panggil aku masuk bilik nak jumpa.
Aku naiklah bilik dia.
Dia ajak sembang pulak.
Kau tahu sembang apa? Sembang nak mintak kurang harga.
Nak mintak kurang jadi 8K!

Well, you want to talk bisnes with me? Ok, let's talk business.

Aku mintak Dato tengok breakdown yang aku dah sediakan dalam quotation.
Aku cakap 10K tu reasonable sebab with 10K kau boleh dapat ofis yang siap carpet, siap lampu 30nos, air-conditioned, tingkap tinted, siap ada blind bagai, pastu dengan cat baru, frosted glass door, carpet yang harga RM8.50sq feet.
Hello? Jamban rumah Mak Aji renovate pun 7K, ya.
Agak-agak la kalau nak bargain pun.

Dia berkeras nak 8K juga.
Wohooo. You mess with the wrong person.
Aku pun berkeras la jugak.
Apa dia ingat dia tittle Dato aku takut.

Berlagak dengan aku "Kita bukan tak boleh buat renovation baru. Cuma bila kita tengok you punya dah ada, lebih baik ambik you punya je. Lagi senang kerja kita. Kita boleh je kalau nak sewa ofis kosong. Cuma kalau boleh nak mintak kurang. Kalau tak dapat kurang takpelah, kita tak jadi ambiklah. Kalau ikut saya, saya nak beli harga 5K je. Kuta cuma nak tolong you je ni".

Aku macam...apa maksud dia dengan "Kita cuma nak tolong u dengan harga beli RM8K"?
Dia ingat aku tengah sengkek ke?
Dia ingat aku nak jual barang-barang tu sebab bisnes aku melingkup ke?

Inilah yang aku cakap tadi.
Some people merasa apa yang dia ada tu dah best sangat sampai pandang rendah kat orang lain.
Dia ingat dia ada title, aku takde, maka dia lagi best.
Dia ingat dia pakai sport car dan kereta kecil aku park sebelah sport car dia, maka dia rasa bisnes aku not doing good.

Aku malas nak bertekak ngan orang tua so aku cakap "Ok Dato, I have no problem with that. I datang cuma nak discuss if you are interested. If you tak interested, I'm fine".

Terkebil-kebil Datin tengok aku berkeras dengan laki dia.
Apa ingat laki ko Dato, aku nak menyembah?
Kau je yang rasa orang akan takut dengan title laki kau.
Sorry Tin, aku tak mandang.

Sebelum keluar, Dato suruh aku jumpa dengan staff dia.
Rupanya staff dia ajak discuss.
Kali ni his arkitek duduk sekali dengan aku.
Halah halah...nak keluar cheque RM10K pun suruh arkitek sit dengan aku ke.
Mula-mula aku heran gak ko nak discuss apa lagi.
Rupanya staff merayu untuk aku setuju nilai 8K.
Arkitek pun sama sengal cakap kat aku "Kitorang memang konfem nak, tapi harap u boleh kurangkan. At least you dapat duit".

AT LEAST??

Kau tengok betapa dia punya lekeh kat aku.
Dia ingat aku hadap sangat RM8K tu.
Silap-silap aku boleh bayar gaji kau 2 kali ganda dari Dato tu bayar.
Aku gelak je. 
Aku cakap "Dato tu sebenarnya takde duit kan?"
Berubah muka dorang. 

Aku sambung cakap "You and your Dato' didnt get my point. I am offering you 10K not because of I desperately need money. I boleh dismantle semua kalau I nak. Tapi I nak offer kot-kot ada tenant yang nak accept. Sebab kalau nak renovate property kosong perlukan duit yang banyak. That's why I bukak offer at only 10K. I tak buat untung pun".

Pastu staff dia cakap "Macam ni la, apa kata kita pecahkan invoice. Buat 2 invoice. 5K-5K. Cheque 5K yang pertama saya akan mintak Dato sign sekarang. Lagi 5K tu kita settle kemudian".

Kau nak game aku cara ni?
Kau ingat aku budak baru lepas UPSR ke nak main game bodoh gini.

Aku sarkastik balik.
Aku tanya "Eh, bukan ke semalam kata cheque 10K dah ready? Bukan Dato dah siap sign siap turun bawah nak jumpa bagi kat I katanya?"

Senyap.
Nampak nau menipunya kan.

Pastu buat-buat kalut "Kesian saya tengok akak, tunggu lama. At least ada la jugak dapat duit".

Aku cakap "Eh takpe. Jangan kalut-kalut. Benda ni simple je sebenarnya. If you mampu, you bayar seperti harga quotation I. Kalau tak mampu, then no business. I tak kisah pun kalau tak nak. I cuma tak nak buang masa menunggu".

Pastu aku blah.

Tak lama lepas tu, around 2016 masuk newspaper Dato ni kena tangkap sebab scam projek perumahan.
Rupanya dia yang sengkek. 
Patutlah nak beli ofis aku harga RM5K. Ceh!
Gasak kau situ.

Now at age 44, aku tak kuasa nak melayan dak-dak BBNU lambak duit, tayang harta, posing depan kereta. 
Aku dah hadap manusia yang perangai macam ni dari dulu lagi.
Yang nampak macam best, padahal hauk.
Yang merasa diri dia paling best, pandang orang lekeh. 
Ni game lama, ya. Bukan baru.