2021-02-27

Belum jumpa belum tau rasanya.

Ramai nau yang DM tanya pasal screenshot semalam pasal komen adik aku kena kacau dek hantu henfon.
Aku tak dapat nak cerita lebih sebab apa yang korang baca tu memang itu jugak yang dia cerita kat kitorang, that was 6-7 tahun lepas kot.
Cerita-cerita mistik macam ni memang banyak, tapi selalunya berlaku kat orang tak berlaku kat kita.
Dengar cerita-cerita orang je selalunya.
Macam kes adik aku kena tu, aku boleh jamin sahih berlaku sebab kena kat adik sendiri.
Dua pun pernah cerita kat aku.
Aku pun pernah kena masa skolah, dalam bilik (now jadi bilik Ibal).
Masa tu senja, tengah remang-remang orang kata.
Aku sikat rambut depan cermin.
Sambil sikat tu berangan jadi model rambut.
Libas-libas rambut ke kiri ke kanan.
Sekali masa melibas nampak satu lembaga hitam besar ada kat belakang.
Bak kilat aku berpusing. Seram gila.
Sampai sekarang tak lupa.
Tak reti nak describe macamana tapi besar, hitam berbulu.

Experience kaw-kaw dengan hantu adalah time matrik.
Tahun pertama ada kes. Tahun kedua pun ada.
Yang tahun pertama jiran sebelah rumah kena.
Kitorang kat sebelah tak tau cerita lansung.
Siap boleh bukak lagu Ukays kuat-kuat.
Sampailah terperasankan budak-budak laki berduyun-duyun masuk rumah sebelah.
Rupanya ada budak kena rasuk. Teruk juga.
Katanya ada satu ketika budak tu melaung macam serigala malam-malam, dia punya muncung bibir bukan main panjang lagi.
Ini budak-budak la cerita. Kitorang dengar je.
Nak ziarah rumah sebelah tak berani oii.
Budak-budak lelaki cakap “hantu tak berani nak rasuk rumah korang sebab bunyi Diana gelak lagi ngeri dari mengilai” 😆.

Tahun kedua matrik kes ni terjadi dalam rumah aku sendiri.
Masa ni kitorang berpecah, tak dapat duduk rumah yang sama.
Geng Dusty Pink Tit yang satu rumah dengan aku cuma Rozie. Kitorang sebilik.
Ada satu bilik je kat bawah, 4 bilik lagi atas.
Yang atas junior duduk.
Salah sorang junior dalam rumah aku kena rasuk. Budak Sabahan.

Ada satu petang tu dia kata lapar. Nak makan.
Aku dengan Rozie sebagai kakak senior pi dining hall tapaukan dinner untuk dia.
Waktu ni dah beberapa kali kes dirasuk, jadi budak-budak kat rumah kitorang memang dah dinasihatkan supaya dinner kat rumah, jangan ada sesaper gatal nak dinner ngan boifren.
Karang siapa pulak nak take turn monitor budak ni.
Yang beboifren time tu cuma aku ngan Rozie je.
So aku dengan Rozie la yang dimaksudkan sebagai “gatal” tu kan? Eleh kesah pulak aku 🤣.

Lepas habis sebungkus nasi, dia kata dia lapar lagi, masa tu aku ngan Rozie belum makan lagi.
Kitorang takut dia rasukan ablasa, terussss bagi dia makan nasi kitorang.
Last-last empat bungkus nasi dia mentekedarah sorang-sorang.
Kau bayangkan! Kitorang yang dok mengadap dia makan dah meremang bulu roma.
Manalah tau kan kot tetiba dia bersilat kat situ, tak pasal jam-jam tu jugak aku terkencet.
Time maghrib budak ni muntah-muntah dalam bilir air.
Habis keluar semua yang dia makan petang tu.
Dah tu 4 bungkus kot. Lembu pun boleh muntah makan 2 bungkus tau.
Lepas muntah, cewahhh dia ambik wuduk pulakkkkkk.
Aku dengan budak-budak lain berpandangan sama sendiri.
Dia dah start la ni.
Waktu tu kebetulan ada a few student lelaki dalam rumah kitorang.
Dorang memang dah standby sebab asal malam je penyakit budak ni menjadi-jadi.
Budak laki cakap takpe, biar dia nak solat. Kita perati je.

Seperti yang dijangka, budak tu solat berkiblatkan toilet like ussual.
Kawan aku yang lelaki tu acah-acahkan dia “Kiblat kat mana tu?”.
Terpusing-pusing dia mencari arah kiblat.
Last-last arah toilet jugak.
Masa tahiyat akhir angkat jari kelingking okeh, bukan jari telunjuk.
Ada satu part tu kitorang bergilir-gilir jaga dia waktu malam.
Dia tengah tido atas katil. Tiba-tiba dia bangun terus tegak diri.
Kau penah tengok orang bangun tido terus tegak diri atas katil, takde menggeliat, takde duduk terus diri?
Haaa, aku dah pernah.
Tu belum lagi scene dia berpusing macam hantu cina, tumit tak cecah lantai.
Aku ngan Rozie punyala stress that semester, terasa nak benti blaja.
Takleh nak study kot kalau tetiap malam asik nak mengadap hal dia je.

Yang pengetua kolej pulak kepala batu bangsa tak percaya benda-benda karut dia kata.
Dia tak hadap tiap-tiap malam memang la kata karut.
Kitorang dah kata budak ni kena rasuk.
Mati-mati dia kata budak ni stress sebab nak exam.
Dia arahkan warden angkut budak ni ke hospital.
Tak sampai setengah jam, van patah balik. Sebab?
Sebab driver nampak dari side mirror ada benda putih melayang atas van. Kau rasa?
Hantu memang takde, tapi setan ada kan?
Jadi tolonggggglah percaya benda-benda ni wujud.
Alangkan orang-orang sekitar Muara Tuang (Kota Samarahan) cakap masa MARA nak tolak tanah bina Matriculation Centre kat situ dorang dah risau sebab dorang kenal sangat tempat tu keras.
Jadi bila benda-benda macam ni jadi memang dorang dah jangka akan berlaku.

Banyak benda berlaku kat budak ni dulu.
Lupa dah aku apa lagi perangai dia buat.
25 tahun lepas punya kejadian kan, tak berapa nak ingat, padahal banyak je kejadiannya.
Kes budak ni berat juga sampai dibawa ke Darul Syifa'.
Last sekali berita yang aku tau, benda tu berjaya dipujuk keluar, tapi budak tu hilang ingatan sampai ke sudah.
Kesian. Tak habis matrik pun dia.
Lepas balik dari berubat, family dia datang collect barang-barang kat rumah.
Dia ada sekali.
Kitorang tanya apa-apa pun dia tak ingat.
Last ingatan dia adalah waktu tunggu bas balik dari sekolah menengah. Kesian kan?
Padahal budak ni selalu lepak rumah BFF aku Ina main gitar.
Lepas berubat kitorang semua dia tak kenal dah.

Masa 1st year matrik, aku nampak ada ‘benda’ melintas slow motion masuk bilik Rozie.
Bilik aku depan bilik Rozie.
Aku kan seorang pentakut.
Time study aku mengadap pintu bilik dan pintu tu harus dibuka, ya.
Tak nak membelakangkan pintu nanti ada benda-benda datang aku tak nampak.
Lagipun kalau benda tu ada di belakang kita lagi menyeramkan.
Biar datang depan, boleh nampak senang nak menjerit sebab jauh lagi dari kita.
Kalau tau-tau dah ada kat belakang kan ke suwey namanya.
Nak sangat menghadap pintu, hambik kau.
Betul-betul dia melintas depan aku.
Nasib dia gerak straight je masuk bilik Rozie, kalau dia berenti kejap toleh kat aku sengih, mau kat situ jugak aku berbuih.
Time tu study sambil dengar lagu Realiti and Fantasi (rock kapak).
Bila benda tu melintas aku terasa mulut aku lancar baca ayat Qursi.
Rupanya aku baca lirik lagu yang aku dengar tu. Kahkahkah bodo gila.

Kali kedua masa 2nd year Bachelor.
Aku dapat duduk dalam kolej.
Padahal penakut, tapi duduk bilik sorang.
Bilik aku tu ok takde apa benda masuk. Orang saiko je penah masuk bilik tu 😤.
Tapi blok yang aku duduk tu semacam sikit.
Pernah bertermbung dengan bendalah ni kat phone booth depan block yang aku duduk.
Walau macamanapun tetap tak mematahkan semangat aku guna phone tu untuk call En Wan.
Tengah sedap bergayut dengan En Wan tup tup nampak benda berdiri atas tangga mengadap dinding.
Rambut panjang sampai lantai tangga.
Aku tak jerit walaupun terkejut.
Aku sambung sembang sambil ekor mata pandang benda tu.
Punyalah sayang nak burn kredit phone sebab bukan hari-hari ada duit nak call Jepun oi.
Tapi itu dulu laaaa. Kalau time sekarang dia muncul memang aku lari dulu. Tinggal la ko bang.

Tapi kan aku pernah ada keberanian luar biasa time matrik dulu.
Kisahnya, masa tu ada majlis perpisahan kat Hotel Hilton Kuching.
Farewell dinner untuk kitorang yang senior ni.
Waktu ni aku dah berpindah dari rumah berhantu tu ke rumah BFF aku.
Rumah yang baru ni muat untuk 6 orang je.
Rumah-rumah ni semua dalam Matriculation Centre.
Rumah lama aku sebelah je.
Malam perpisahan tu, ahli rumah aku semua duduk hotel.
Dorang tong-tong duit stay hotel.
Masa tu kan aku ada boifren, taknaklah tido hotel konon.
Nak balik kolej boleh sambung bertenet.
Sekali dah settle bertenet, time balik baru terasa takut sebab takde orang dalam rumah tu melainkan aku.
Ntah mana la kekuatan aku tido sorang-sorang dalam rumah tu dalam keadaan aku dah pernah ada pengalaman nampak segala mistik-mistik ni. 
Berjaya juga aku tido malam tu tanpa gangguan.

Aku ni kalau cerita seram memang takut.
Tapi bak kata pepatah "kita belajar jadi kuat bila kita dah takde pilihan lain melainkan jadi kuat".
Maybe itulah punca kenapa aku pernah berani drive sorang-sorang pukul 3 pagi kat hiway.
Nampak bendalah putih terbang depan windscreen.
Tapi tu pun aku masih blur-blur siap toleh ke belakang mencari-cari apa benda yang melintas depan kereta aku tadi.
Siap bertanya pulak “Apa benda yang lalu tadi eh?”.
Padahal aku sorang je dalam kereta tu, dendiam dah la kan.
Bangsa mulut tak reti diam.
Mujur takde suara menyahut "Ada ni ha kat blakang kau". Mampuih.

Masa aku ourstation dengan ex-bos aku dulu, kitorang tido sebilik.
Aku kan rabun, sebelum tido buka contact lense.
Bos aku tido belah kanan, aku belah kiri dia. Katil queen size.
Masa tido, dia paling belah kanan, arah pintu masuk.
Aku paling ke kiri, almari.
Hotel ni hotel bajet, takde fitted cabinet.
Malam tu lepas tutup lampu, aku nampak macam ada bayang bola atas lemari.
Try gak kecik-kecikkan mata nak fokus apa benda bulat tu.
Tapi malas nak bangkit bukak lampu, lagipun tido berteman, so takde la pikir bukan-bukan sangat.
Aku anggap itu bayang dari cahaya luar.

Esoknya dalam flight bos aku tanya "Semalam u boleh tido?"

"Boleh je. Kenapa?"


Dia cakap "I tak boleh tido. I dok peratikan something kat tepi dinding. I nampak benda putih berdiri kat dinding, takde kepala".

Terperanjat gila.
After a while baru aku teringat, entah-entah yang aku nampak bulat atas lemari tu kepala dia.
Nasib baik tak bangun bukak lampu malam tu.
Kalau tak, demam sampai hari ni.


2021-02-23

Apa jaminan

Hari ni aku nak menjawab 2 soalan.

Soalan [1]
This lady adalah agen untuk satu produk kosmetik. Seorang surirumah.
Stok dah beli tapi HQ tak tolong guide macamana cara menjual.
Stok dibeli guna duit suami.
Dan almost sebulan, stok tak berganjak.
Now almost everyday bergaduh dengan suami disebabkan ni.

Soalan [2]
This lady also surirumah.
Dia nak join Halal Executive Training aku bulan depan.
Memandangkan suami bagi loan pinjam duit bayar fee, dia perlukan jaminan lepas habis training akan dapat kerja (client).

Kedua-dua soalan ni aku suka nak jawab sebab aku boleh jawab berdasarkan ilmu dan pengalaman.
Ok, yang pertama tu.
Actually aku dah pernah buat blog post pasal agen few years back.
Aku pernah jadi agen produk offline and online.
Produk offline adalah produk biotech, produk online adalah produk aku sendiri.

Aku faham bila seseorang keluarkan duit untuk beli stok, dia perlukan jaminan supaya tak rugi.
Mana-mana orang yang nak berniaga, itulah ketakutannya. Takut rugi.
Tapi itulah risiko yang seorang peniaga kena ambil.
Kalau tak nak ada risiko besar, you makanlah gaji.
Cukup bulan, dah tentu-tentu dapat gaji.
Datang kerja atau tak, gaji hujung bulan dah tentu ada.
Dah boleh congak apa yang perlu dibayar dan apa yang boleh dibeli.
Tetapi untuk seorang yang berniaga, TIDAK ADA jaminan ada gaji hujung bulan.
Let alone nak plan beli itu ini. Tak dapat.
Sebab belum tentu ada duitnya.
Tapi itulah kelebihan dan kekurangan yang kita kena hadapi.
Yang makan gaji, kena ikut arahan boss, perlu ada di tempat kerja, ada clock in and clock out tapi ada gaji tetap.
Yang berniaga, segalanya flexible - nak pegi kerja pukul berapa tak kisah, nak bekerja atau bercuti anytime pun boleh tapi takde gaji tetap.
Maksudnya di sini, apa pun kerja yang kita pilih, tak ada jalan senang.

Ramai agen mengharap HQ beri lead.
Kalau ada customer dari Bangi, maka customer tu mesti dipass kepada agen Bangi.
Kalau ada customer dari Alor Gajah, maka customer tu mesti dipass kepada agen Alor Gajah.
Cara ni sebenarnya kurang tepat.
Ini namanya NAK KERJA SENANG.
Menjadi seorang agen atau distributor, kelebihannya mereka boleh create untung.
Masa aku jadi distributor biotech supplies, harga selling instrument RM65K, harga aku beli sekitar RM45K.
RM20K untung kat situ.
Principal dah bagi aku peluang kaut untung sampai RM20K, takkan customer pun nak harap HQ carikan and pass kat aku kan.
Kalau macam tu punya senang, sah-sah semua orang nak jadi distributor.
Untung dapat, customer tak payah cari. Wahh, senang buat duit nampak?

Bila kita jadi agen, kita ada kelebihan dapat harga murah.
Tak payah pikir nak create new produk, jual je produk yang sedia ada.
Dari situ create untung.
Apa yang HQ marketkan, kita sampaikan pada customer.
Contohnya macam GreenAard, SETIAP HARI ada information tentang produk.
Information produk GreenAard tak berkisar tentang perang harga, diskaun atau pencarian agen, ya.
Our marketing information memang solid tentang the science of the product supaya customer tahu why this and why that.
Agen hanya perlu refer FB/IG GreenAard untuk dapatkan semua maklumat ni.
Kemudian share the information pada potential customer.
Marketing material kita dah siapkan, tinggal nak guna je.

Macam tu lah aku jadi distributor dulu.
Aku diberi sales target.
Kalau tak hit the target, hak distributorship akan dilucutkan dah diberi pada company lain.
Jadi nak tak nak aku kena keluar cari sales.
Customer kena cari sendiri.
Kalau tak faham apa-apa tentang produk baru refer kat HQ.
Atau kalau aku ada potential untuk dapat bulk purchase order, aku akan refer HQ untuk dapat special price supaya kita boleh close the deal.
EFFORT kena ada.
Inilah yang dikatakan bukan mudah nak senang.
Kena tebalkan muka ketuk dari satu pintu makmal ke satu pintu makmal nak promote produk.

Ramai malu nak jual barang macam ni.
Konon nampak macam tak berpelajaran tinggi sebab kerja jual barang.
The thing is, kita yang membuatkan diri kita nampak tak terpelajar.
Kalau nak orang pandang kita, mesti equip diri dengan ilmu tentang produk yang kita carry.
Banyakkan membaca, banyakkan ambik tahu new innovation and technology, banyakkan join seminar berkaitan.
Kalau kita tahu apa yang kita buat, konfem orang pandang tinggi.
Kadang kita jual barang health tapi kita sendiri tak faham apa benda yang dijual.
Bila orang tanya, terkebil-kebil nak jawab. Sebab apa?
Sebab dari awal kita aim nak untung semata, tapi lupa nak upgrade diri.
Percayalah cakap aku, bila kita tahu apa yang kita buat, bila kita kenal produk kita, sales lebih mudah dibuat.

Aku kadang sakit hati jugak tengok kebanyakkan iklan produk-produk ni bertumpu pada pencarian agen tapi tak benar-bena menjual the produk.
Dia punya selling point balik-balik "Surirumah pun boleh jana pendapatan RM3000 sebulan", "Surirumah pun boleh miliki kereta sendiri", "Jadi agen kami dengan minimum keuntungan RM5000 sebulan!".

Sebab tu lah ramai yang teruja lalu membeli stok banyak lepas tu semua jadi aset tak bergerak-gerak.
Memanglah boleh jana pendapatan, memang boleh dapat RM3000 sebulan tapi semua tu takkan jatuh depan mata.
Kena bergerak cari sales.
Kalau lepas beli stok kau duduk diam tunggu customer cari, memang taklah jawabnya.
Lepas beli stok, kena start buat sales.
Ambil semua marketing information and flyers dari HQ dan start buat sales dalam media sosial masing-masing.
Tak payah susah-susah pikir nak buat flyer ke apa ke, ambik je dari HQ.
Dan HQ pun mesti mainkan peranan.
Mesti update info dalam page masing-masing supaya agen boleh buat kerja.

Nak jadi agen, kena creative.
Kalau kita belum ada crowd, awal-awal ni jangan pikir untung besar.
Kena create trust and crowd dulu.
Untung sikit takpe, asalkan kita boleh engage dengan customer.
Ini penting sebenarnya untuk kekalkan momentum diri kita sendiri.
Untung sedikit tapi stok jalan adalah lebih menenangkan jiwa berbanding aim for untung besar akhirnya stok tak gerak-gerak.
Kita kena pandai motivate diri sendiri.
Kalau diri kita dah down sebab stok tak jalan, satu hapah tak jadi apa.
Awal-awal ni, untung santai-santai dulu.
Kalau HQ bagi margin RM20, apa kata spend RM8 beli gift.
Setiap pembelian dapat that gift. Masih ada untung RM12.
Yang jadi agen bukan kita sorang, tapi ramai.
Kalau semua agen jual benda sama dengan harga sama tanpa added value, apa peluang nak dapat sales?
Maka kena creative.
Added value tak semestinya diskaun atau free gift, tapi banyak lagi.
Fikirkan. Kalau nak suruh aku senaraikan points, meh training dengan aku. Hahaha.

"Alah, untung setakat RM12".

Jangan dilihat pada jualan sebotol.
Siapa suruh jual sebotol.
Cuba jual 50 botol tengok sedap ke tak makan untung.

Dengar ni pesan aku. Nak untung besar, bukan beli stok banyak.
Tapi cari customer yang banyak (ramai).
Kebanyakkan agen ribut membeli stok banyak awal-awal sampai bercarton-carton.
Lagi banyak beli lagi banyak margin dapat dari HQ katanya. Memang lah.
Tapi soalannya sekarang, stok tu berjalan ke tak nanti?
Patutnya awal-awal ni, beli minimum dulu dan pastikan minimum ni habis terjual.
Buat step yang sama hingga kita dah boleh project sale sendiri.
Masa tu baru tambah stok.
Jangan awal-awal dah beli stok beria, lepas tu stok tak jalan, murung.
Jangan mengharapkan HQ beri customer sebab kau akan compete dengan HQ akhirnya.
Tetapi belajar cari customer sendiri, bina database customer sendiri sebab HQ takkan tahu details customer kau.
Tapi bila kau expect customer tu datang dari HQ, one day HQ akan ambil that customer especially bila kau tak hit-hit target.

Soalan kedua [2] berkenaan jaminan akan dapat client selepas tamat kursus Halal Executive.
Ini pun tak jauh beza dengan explanation aku tadi.
Menjadi Halal Executive umpama kita 'menjual' diri sendiri.
Diri kita adalah produk kerana hanya kita je yang ada kelayakan untuk uruskan segala hal ehwal sesebuah syarikat.
Kelebihan itulah yang kita jual.
Training Halal Executive ni adalah opportunity yang membuka jalan kita 'berbisnes'.
Kita adalah produk.
Dengan produk itulah kita create untung.
Kita sendiri letakkan service charge kita sendiri.

Kalau expect lepas dapat tauliah dari Jakim berbondong-bondong syarikat and kilang datang pada kita untuk dapatkan khidmat consultancy - ini silap.
Sama macam jual barang, lepas dapat stok kita kena start buat sale.
Same goes to Halal Exec, lepas dapat sijil mulalah bergerak cari client.
Tak pun start buat talk santai-santai tentang Halal Awareness.
Just like aku cakap tadi, kalau kita belum ada crowd, jangan aim dapat untung besar dulu.
Kena dapatkan crowd dulu.
Masa aku mula-mula setup own company I did the same.
Nak memperkenalkan new brand, aku buat free demo dulu.
Pegi jumpa lecturer bagitau nak buat free talk pasal Basic Oligo Synthesis (untuk PCR).
Aku bagitau aku ada KPI kena meet.
Setiap sales exec kena buat at least 3 talk atau workshop setahun, requirement dari syarikat.
Lecturer bagi. Yeay, happy.
Budak-budak lab konfem akan buat PCR, jadi inilah peluang aku cari crowd.
Aku bagi free talk.
At the same time aku tanya apa tajuk research dorang.
Dah dapat detail research kira bagus dah ni.
Aku susun tengok apa produk yang sesuai untuk aku promote for their project.
The rest is history.

Jangan tamak.
Bisnes memang perlu untung. Kalau tak untung tak payah buat bisnes.
Tetapi mesti ada value dalam keuntungan.
Bila kita memberi terlebih dahulu, kita akan menerima dengan banyak di kemudian hari.
Ilmu dari Halal Executive ini adalah langkah pertama kita akan dapat client.
Langkah kedua adalah usaha cari client.
 
Samalah macam kita belajar dulu.
Kita ambil loan pendidikan berpuluh ribu untuk belajar di U.
Pernah ke kita tanya lecturer atau pihak university "Apa jaminan saya boleh dapat kerja lepas grad?".
Pernah tanya? Tak, kan.
Kerana kita tahu memiliki ijazah adalah langkah pertama untuk dapat kerja yang lebih baik berbanding takde ijazah.
Tetapi adakah lepas grad kita duduk melepak kat rumah tunggu orang datang offer kerja? Tak, kan.
Kita USAHA apply kerja.
Jadi kenapa dengan Halal Executive Training kita perlukan jaminan pula.
Tak cukup lagi ke Sijil Certified Halal Executive tu nanti as jaminannya?
Sijil itu nanti adalah jaminan bahawa hanya kita saja yang boleh berurusan dengan Jakim.
JAKIM tak terima wakil syarikat berurusan dengan dorang bab-bab halal ni, ya.
JAKIM mewajibkan syarikat melantik Halal Exec.

Be it jadi agen atau Halal Executive, semua menggunakan konsep yang sama.
Jangan takut nak invest pada diri sendiri. Mula-mula kena dapatkan dulu asasnya:

Untuk agen, asas adalah produk.
Untuk HE, asas adalah training menjadi HE.

Selepas dapat benda asas ni, be creative and start jual.

Details tentang Kursus Halal Executive DI SINI


2021-02-20

Bersyukurlah bini nak duduk sekali


Senyum je aku baca artikel luahan seorang mak mertua.
Antaranya dia mengadu "Sangat-sangat menyakitkan hati bila anak lelaki saya lepas makan menantu suruh anak lelaki saya angkat sendiri pinggan basuh, saya cuma diam ja malas nak bergaduh".

Dari pengalaman aku, ini adalah mak mertua yang tidak berkerja.
Dia biasa melayan suami tip top.
Wajarlah dia layan suami macam raja sebab suami dah berpenat mencari rezeki seharian, takkan balik rumah nak uruskan hal rumah juga kan.
Kira fairlah tu - suami kerja di luar rumah, isteri kerja di dalam rumah.
Tapi tak wajar kalau isteri (menantu) sama-sama berkerja, sama-sama keluar pagi balik petang, tapi masih nak melayan suami macamkan cuami tu cacat tak boleh senduk nasi sendiri, tak boleh angkat pinggan sendiri ke sinki, tak boleh basuh pinggan makan sendiri.
Siap pulak nak menantu sediakan air basuh tangan bagai. No way.

Mak mertua aku layan arwah ayah aku macam ni dulu - siap sedia air basuh tangan padahal makannya kat dapur, sinki ada je ha 3-4 langkah dari meja makan.
Tapi bak aku cakap tadi, wajarlah dilayan begitu sebab arwah ayah seharian menguruskan ladang kelapa sawit.
Balik rumah of course penat.
Aku rasa pernah cerita dulu mak mertua aku hanya akan hidang air untuk En Wan setiap kali makan.
Air aku, tak.
Bukan aku harap pun, tapi nak tunjuk itulah kebiasaan bagi mak mertua aku.
Bagi dia, seorang lelaki tak patut bersusah payah ambik air minum sendiri (padahal makan kat dapur) dan memang perlu dilayan begitu.
Sebab apa?
Sebab itu yang dia tahu.
Itu yang dia biasa buat.
Itu yang dah dipraktikkan bertahun-tahun.

Pada pendapat seorang menantu hantu yang berkerja macam aku, bukannya aku tak boleh buat semua tu.
Alah, setakat nak ambikkan air sejuk kat mesin Cuckoo tu, apalah sangat.
Masalahnya, kau cacat ke tak boleh ambik sendiri?
Kalau kau boleh turun ke dapur untuk makan, takkan dari meja makan nak ambil air minum sendiri tak boleh. Akai ada?
Dah alang-alang makan kat dapur, basuh je lah tangan tu kat sinki.
Yang siap nak berhidang air basuh tangan dah kenapa.
Lainlah kalau kita makan kat laman, lojiklah nak aku angkut air basuh tangan ke depan.
Itupun aku tetap rasa tak lojik.
Laman aku ada paip 2 biji, silakan basuh tangan kat paip.
Nak aku tembak getah paip tu kat kau pun boleh.

Pagi kalau aku buat breakfast, aku takkan buat air minum.
Aku hanya prepare makanan je.
Mok yang akan buatkan air, tapi dia buat untuk anak dia je.
Tak, aku tak kecik hati, malah gembira sebab tak payah aku buatkan air.
Same goes to makan lunch or dinner, mok akan siapkan air untuk anak dia je.
Aku bangun ambil air sendiri.
Untungnya aku, mok tak kata apa-apa, tak macam mak mertua yang buat confession tu.
Maybe sebab mok tahu menantu dia siapkan makanan, menantu dia yang masak.

Ada masanya aku tak masak.
Contoh hari ni sepanjang hari aku tak masak.
Pagi aku order Grab Food kat mamak.
Lunch aku order KFC.
Maybe sebab dah 10 tahun mok tinggal bersama, jadi dia tahu ada hari-harinya aku masak, ada masanya aku malas masak.
Jadi, dia tak cakap apa.
Yang penting, anak cucu dia tak berlapar.
Memang annoying dapat mertua yang nak anak lelaki dia dilayan macam raja padahal anak lelaki tu tak kisah pun sebenarnya.
Percayalah cakap aku, suami-suami kita kebanyakkannya tak kisah pun kita tak layan dia macam raja.
Cuma ada suami yang biarkan bini dia dikutuk mertua and ipar duai - hat ni aku pelik.

To me, benda ni simple.
Kalau suami tak kisah, suami please explain kat mak "Takpe, mak. Aniston sama-sama penat balik kerja, biarlah order makanan je".
Kalau suami kisah isteri tak melayan dengan baik, cakaplah dengan bini kau. Nasihatkan bini.
Yang nak menyorok di sebalik suara mak mertua dah kenapa. Pelir tersumbat?

Aku tak berapa annoyed sangat dengan mak mertua yang confess ni tapi menyampah dengan anak lelaki dia.
Bulu je lebat atas bawah tapi otak takde.
Sometimes, isteri makan hati bukan kerana mertua tapi perangai suami sendiri.
Kau ambik anak orang bawak masuk dalam keluarga kau, duduk sekali dengan mak bapak kau, tapi kau macam budak kecik yang melekat kat kopek mak.
Bini kau terkontang-kanting membela diri.
Seriously man, kalau kau berjaya pujuk dia untuk jadi isteri kau, berjaya pujuk dia untuk tinggal dengan keluarga kau, takkan bila dah jadi isteri dia tiba-tiba jadi DEGIL tak boleh dinasihati?
No, isteri kau tak degil bro tetapi memberontak dek perangai kau yang macam budak-budak.
Jenis yang nak berbini tapi at the same time nak terus menempek kat mak.
Apa-apa hal ngadu kat mak.
Kau ingat kau sorang je ada mak, bini kau takde mak?

Bersyukurlah bini nak duduk sekali.
Bukan suruh kau derhaka kat mak pun, cuma sebagai suami jagalah sama hati isteri.
Isteri ni kalau kena dengan caranya, dia boleh jaga mak kau lebih dari mak dia sendiri tau tak.
Dah, aku nak mandi.


2021-02-18


Gambar di atas adalah gambar orang 'berani'.
Berani warnakan rambut kaler mahogany, purple, orange.
Berani pakai short keluar makan.
Berani pakai skirt pendek paras peha walau tengah mengandung. 
Berani pakai swimming suit, tepek pulak kat blog!
Itulah dia keberanian menayang kejahilan.

Antara soalan yang boleh dikatakan 'soalan sepanjang hayat', yang selalu aku dapat adalah "Macamana Kak Di istiqomah bertudung?".
Aku rasa faktor terbesar soalan ni selalu diajukan pada aku adalah maybe orang tak jangka aku akan kekal bertudung.
Melihatkan aku dulu yang 'berani', aku tahu ada yang betting mengira hari berapa lama aku boleh bertahan.
Aku tahu ya, jangan ingat aku tak tahu.
Tapi itu biasalah.
Bila orang 'berani' nak buat benda baik, mesti ada yang tak konfiden.
So, I am writing this article for those of you who have doubts about wearing tudung.

On the day aku decided untuk bertudung, that was year 2011, alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku istiqomah.
Aku bertudung dengan mendadak. Takde planning yang khusus.
Niat ada, tapi usaha ke arah tu takde yang sungguh-sungguh.
Pada hari aku bertudung sebenarnya aku tidak ada plan pun untuk bertudung hari tu.
Ia datang dengan tiba-tiba.
Pagi tu aku masih free hair.
Tengahari tu aku pi jemputan akikah ofismate En Wan, bertudung.
Dan terus aku bertudung sampai sekarang.
Disebabkan perubahan tu mendadak, tak dinafikan ada terbit kekesalan sikit bila terpandangkan blouse-blouse see-thru dan skirt pendek dalam almari. Ini kekangan pertama.

Boleh dikatakan aku tak ada baju yang sesuai nak dipakai dengan imej baru.
Masa tu dah terasa berbelah bagi - nak teruskan bertudung ke tak.
Sebab esok nak gi kerja tapi takde baju yang sesuai nak pakai, melainkan baju kurung.
Dalam masa yang sama terasa malu pulak nak keluar bertudung jumpa customer.
Customer aku jarang nampak aku berseluar, let alone berbaju kurung.
Dulu aku berbaju kurung hari Jumaat je, itupun duduk ofis.
Jarang sangat aku keluar jumpa customer berbaju kurung.
Customer and ofis mate aku tahu aku synonim dengan skirt pendek.
Pendek I mean PENDEK, ya. Atas lutut.
Tak cukup atas lutut, ada belah pulak sampai pangkal paha.
Tak cukup dengan tu, pairkan pulak dengan blouse see-thru [tapi aku pakai tube kat dalam].

Diana dan skirt pendek dan blouse see-thru adalah SEPAKEJ.
Jadi bila aku bertudung, terasa canggung.
Like kau semalam jumpa customer dengan skirt pendek, tiba-tiba hari bertudung.
Tak ke pelik?
Lainlah kalau a few weeks sebelum bertudung aku dah start dengan pakai seluar panjang atau maxi dress.

Aku nekad buang semua skirt and baju-baju see-thru.
Lagi lama baju-baju ni ada dalam almari, takut aku tak kuat. Nanti terpakai balik.
Tinggalkan mana yang boleh pakai kat rumah je.
Selama beberapa hari selepas bertudung, aku masih belum pakai stokin setiap kali keluar rumah.
Masih sayang dengan high heels aku yang bertali-tali tu.
Kalau pakai dengan stokin tak cantik.
Tapi rasa pelik pulak tengok diri kat cermin, bertudung dan pass, berseluar and blouse lengan panjang dah pass, tup tup nampak kulit kaki.
Takde siapa yang pengaruh aku untuk berstokin, aku yang nak pakai.
Lalu aku beli, dan sampai sekarang aku takde selipar.
Walau ke mamak Anwar Maju aku tetap berkasut sebab nak pakai stokin.
Pakai stokin dengan selipar nampak buruk kat aku [no offense].

Tapi ada yang jauh lebih penting dari bertudung, berstokin dan berhand-socks, iaitu ilmu.
Ini kekangan kedua.
Nak join kelas mencari ilmu - berat.
Rasa malu, rasa rendah diri, nampak macam salah masuk tempat pun ada gak.
Bila dah join kelas barulah nampak ternyata hijrah penampilan bukanlah satu pengakhiran hijrah seorang manusia tetapi permulaan.
Takkan jadi apa kalau setakat berubah penampilan.
Salah satu sebab susah nak istiqomah adalah kurangnya ilmu.
Ilmu yang benar akan membantu istiqomah dalam hijrah.
Aku join kelas agama selain untuk belajar, aku nak letakkan diri di persekitaran yang boleh membantu istiqomah.
Sebab istiqomah ni sangat berat especially untuk orang yang pernah 'berani'.
Kalau tak betul-betul kuat, boleh patah balik ke zaman jahiliah.

Hari pertama aku join, ayat yang aku ingat sampai sekarang "Jangan tinggal solat. Sejahat mana pun kita, kalau solat terjaga, solat itulah yang akan bawa kita kepada kebaikan".
Itu formulanya.
Jadi, peganglah itu.
Solat ni asas disiplin.
Dia ajar kita berdisplin dengan masa [solat tepat waktu].
Dia ajar kita displin dengan pemimpin [jangan mendahului imam].
Dia ajar kita displin dengan tertib.
Jadi tak hairanlah bila ustaz kata kalau solat betul, maka betullah kehidupan keseluruhannya.

Berada dalam lingkungan yang betul memudahkan istoqomah.
Tengok orang kiri kanan lebih menjaga aurat, secara tak lansung terasa nak ikut sama menjaga aurat.
Tengok orang lain duduk saja-saja pun berzikir, kita pun terfollow.
Tengok orang kiri kanan mengaji, takkan kita nak duduk saja. Follow mengaji sama.
Lama-lama jadi kebiasaan.
Ada satu lagi statement ustaz yang aku ingat "Bila berhijrah, yang mesti ditambah adalah ilmunya, bukan tutorial tudungnya".
Pedih gila. Tapi benar.
One of the reason kenapa style lilitan tudung aku sama je dari awal bertudung hingga sekarang adalah sebab statement ustaz tadi.
Aku tak nak pakai tudung bulat, atau tudung labuh.
Apa yang aku boleh usahakan, melabuhkan tudung tutup dada.
Harapnya boleh terus istiqomah.
Kalau dapat buat lebih baik, lebih bagus.

Kekangan seterusnya, pergaulan.
Bila dah berhijrah, kita akan hilang lingkungan yang lama, dan datang lingkungan baru.
Perubahan aku tak besar mana pun, cuma bertudung.
Tapi disebabkan dulu aku 'berani', the moment aku bertudung orang nampak perubahan tu sangat extreme.
Ramai yang menjauhkan diri.
Maybe dorang tak selesa aku berada dalam kelompok tu.
Tapi takpe, sebab aku dapat kelompok yang baru, yang lebih aku perlukan dalam perjalanan hijrah.
Bila perubahan kita 'extreme', cakap-cakap belakang tu biasalah.
Tapi, buat dek je.
Kalau kita nekad berubah, cakap-cakap belakang tu semua umpama anjing menyalak.
Anjing menyalak pada sesuatu yang ia belum biasa.
Once dah biasa nanti senyaplah.

Nak buat benda baik memang ada kekangan.
Syaitan kalau tak dapat jadikan kita jahat, dia akan buatkan kita malas nak buat benda baik.
Terjemahan ayat terakhir surah An-Nas "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Maksudnya, dari kalangan manusia pun ada yang syaitan.
Di-judge oleh orang adalah perkara biasa.
Siapa je lah yang suka kita jadi baik, atau jadi lebih baik dari dia.
Bila seseorang yang selama ni jahat di matanya nak berubah jadi lebih baik, dah tentu ada yang tak suka.
Dia mahu kita kekal jahat supaya dia sentiasa ada modal untuk bercakap tentang kita.
Masa jadi jahat pun dia bercakap tentang jahat kita, dan berubah menjadi lebih baik pun dia tetap mencari-cari buruk dalam diri kita.
Tak payahlah kisah sangat dengan cakap-cakap orang.
Fokus pada membaiki diri sendiri je sudah.
Niat nak berubah kerana Allah, insyallah Allah akan kuatkan kita untuk istiqomah dan cekalkan hati.

For those who still have doubts untuk bertudung kerana malu dengan masa lalu, Allah tak pernah tidur.
Setiap orang ada sejarah lalu yang harus berlalu.
You have the right to be anything for your future.
Tak perlu nak tunggu "hijabkan hati" terlebih dulu.
Once dah berhijab, otomatik hati terhijab sama.
Dan kepada yang dah istiqomah bertudung dan menjaga aurat, jadilah inspirasi kepada yang belum.


2021-02-16

Free time buat apa?


Mungkin sekarang kita dah tahu dan dah memahami bahawa ujian Allah itu berbeza, malah keseronokan boleh menjadi ujian bagi kita.
Hanya secara praktikal kita selalu lupa yang keseronokan adalah satu ujian sangat berat.
Termasuk aku, selalu lupa.

'Masa' adalah ujian.
Seorang ustaz berkata di akhirat esok, jangankan harta, waktu yang kita guna pun akan disoal - apa yang dah digunakan dengan waktu yang Allah beri.
Rupanya, 'free time' juga adalah ujian.
Kita ni dok lah ingat free time adalah petanda 'blessed'.
Dulu aku begitulah.
Tengok orang lain ada free time, aku pun nak free time juga.
Tapi bila aku ada free time, tak banyak perkara manfaat pun yang dibuat melainkan gi jalan-jalan mall, tengok TV, makan, tak pun membuta.
Sekarang waktu Subuh 6.19am. Lambat.
Mujurlah sekarang ramai yang work from home.
Kalau tak, konfem tergopoh-gapah nak urus anak ke sekolah, nak pegi kerja.
Solat Subuh pun terpaksa skip zikir and doa.
Silap-silap sunat sebelum Sunuh pun skip sekali.
Hanya buat mana yang wajib je.
Nak buat macamana, karang lambat pulak keluar rumah.

Bila sesekali dengar ustaz/ustazah tazkirah kepentingan berjemaah di masjid waktu Subuh, kita bitter.
"Mana sempat, ustaz takde anak bolehlah cakap. Kami nak uruskan anak pi sekolah".

Ustaz kata lepas Subuh sebaik-baiknya duduk dulu atas sejadah bermuhasabah diri, kita bitter.
"Ustaz tak kerja bolehlah. Kami kena pi kerja. Lambat karang, jem".

Sentiasa ada justifikasi untuk kita menangkan diri sendiri.
Penyudahnya kita begitu je tak berubah.
Hanya "teringin nak buat'. tapi tiada usaha ke arah tu.
Tiba hujung minggu atau public holiday, kita masih tak berkesempatan. Malah, kita tambah waktu tidur (aku la tu).
Dalam hati berkata "Kalaulah hari-hari macam ni, flexible working hours, mesti best".

Ramai yang nak dapat peluang macam tu.
Boleh bangun lambat, lepas Subuh tido balik, tak huru-hara keluar awal tempuh jem bagai, tak kelam-kabut nak bersolat, nak bersiap segala.
Best boleh berilek-rilek pagi-pagi ketika orang lain huru-hara bersiap nak ke ofis.
Bak kata kawan aku bila aku tanya samada dia dah hafal Al-Mulk ke belum sebab dia selalu bagitau teringin nak hafal Al-Mulk.
Apa dia jawab?

"PKP hari tu (PKP 1.0), punyalah banyak masa, aku tak hafal-hafal surah tu. Entah apa aku buat".

Hakikatnya ramai tak nampak bahawa susah atau senang masih lagi sebuah ujian.
Orang susah ujiannya lain, orang yang senang ujiannya lain.
Bak kata ustaz, ujian kesenangan lebih mudah membawa kita jauh dari Allah.
Jarang orang ingat Allah bila tengah senang.
Kita mudah ingat benda lain, especially kalau ada banyak sangat free time.
Belum tentu lagi kelapangan waktu adalah satu anugerah.
Dalam kebanyakkan waktu, ia adalah sebuah ujian yang kalau tak digunakan dengan baik akan membawa lebih banyak keburukan.
Sejauh mana kita manfaatkan masa yang terluang itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Aku tak terkecuali, pernah diuji dengan kesibukan dunia.
Sibuk yang teramat sibuk.
3/4 masa aku hanya untuk dunia.
Solat sekadar yang fardu.
Mengaji kalau sempat.
Zikir jarang.
Puasa sekadar bulan Ramadhan.
Terawikh kalau tak penat.
Sesekali terbukak ceramah agama di TV terdetik kat hati nak jadi macam orang lain - Subuh sempat mengaji, lepas solat sempat berzikir, sempat boleh buat dhuha.
Tapi tu lah, habis kat terdetik je.
Hakikatnya, bila hujung minggu aku tak buat pun semua tu.
Helok je merewang ke mall cuci mata.

Kemudian Allah uji aku dengan kelapangan waktu.
Rumah dekat dengan ofis.
Nak pegi boleh, taknak pegi pun boleh.
Nak bercuti bila-bila masa pun boleh sebabh kat ofis sentiasa ada orang buatkan kerja.
Bulan Ramadhan, orang lain balik 4.30pm, aku pukul 3pm kadang-kadang dah balik.
Padahal bukan aku yang masak, semua bibik buatkan.
Siap boleh tido kejap 2 jam kat rumah sebelum bangkit berbuka.
Itupun sementara nak tunggu waktu berbuka boleh pulak melayan drama kat TV.
Tercapai impian aku nak banyak masa untuk diri sendiri.

Tanpa aku sedar, itulah ujian untuk aku.
Ujian kelapangan waktu.
Dulu sibuk sangat nak free time, nak mengaji, nak zikir, nak itu nak ini.
Bila dapat free time, ada aku buat semua tu? Tak.
Solat gitu jugak, tak tambah.
Mengaji gitu jugak, tak tambah.
Zikir jangan harap.
Ada je alasan aku.



2-3 hari ni aku share gambar dari bullet journal, di IG.
Aku suka buat bullet journal untuk track task seharian - dari minum air 2L sehari, ke membaca, ke study - segalanya ada tracker.
Niatnya cuma untuk mendisiplinkan diri.
Hidup berjadual ni seronok, terhindar dari procrastination.
Bila ada tracker, masa lebih terisi dan susah nak buang masa.

Ini adalah ikhtiar aku untuk menjaga masa.
Orang lain maybe tak perlu buat gini sebab segalanya dah jadi habit.
Aku suka segalanya di-dokumentasikan.
Lega bila hidup 'diatur' dengan tracker yang aku buat sendiri.
Ini juga adalah sebahagian dari usaha untuk menggunakan kelapangan waktu dengan lebih baik.
Kalau tak, entah apa yang aku buat. Maybe tido.

Bila ada tracker macam ni, diri lebih termotivasi.
Contohnya gambar nombor 1 (atas kiri), sengaja aku buat corak begitu supaya ada taburan warna yang sekata.
Jadi untuk jadikan warnanya tak hanya bertumpu pada 1 jenis saja, nak tak nak, aku kena follow tracker supaya design tu lebih berwarna-warni hasilnya.
Tapi of cos kita kena be realistik, especially ladies.
Setiap bulan akan ada hari kita tak boleh solat, dah tentu warna solat berkurangan dari warna-warna yang lain.
Tak kisahlah kalau orang kata "Baca Quran sebab nak penuhkan tracker".
I don't mind because akhirnya aku tetap buat sesuatu yang bermanfaat untuk aku.


p/s : Bullet Journal ni aku lukis sendiri. Jangan pulak kau tanya mana aku beli planner ni. Apa ingat tangan aku tak berseni? 

2021-02-13

Pancing vs Bot Pukat Tunda


Semalam viral kisah budak perempuan yang tak dapat belajar ke overseas, hingga Ustaz Ebit Liew datang bagi bantuan.
Hari ni viral pulak kes rupanya budak tu fail IELTS test and due to this, MARA bagi option untuk sambung belajar dalam negara tetapi budak tu taknak (katanyalah).
Anyways, aku tak nak sembang pasal budak ni sebab aku pun tak tahu hujung pangkal cerita.
Yang aku nak cakap ni pasal komen-komen berkaitan.
Kebanyakkannya bercakap pasal overseas grad senang dapat kerja and gaji tinggi.

Semalam aku ada up IGS tentang salah satu komen regarding company d Malaysia prefer hire JPA scholar sebab budak-budak ni selalunya cream - belajar pandai, mostly boarding school students, result cun, dan overseas grad.
Salah sorang JPA scholar ada seketul kat rumah aku ni.
Aku MARA scholar, bezanya aku local grad.
From my own experience, overseas grad memang always mendapat perhatian lebih dari local grad, walaupun kau local grad with good grades.
Tapi tak bermakna kau susah nak dapat kerja.
Yang penting dapatkan kerja dulu.
Once you are in, you are in.
Kat dalam tu nanti gain as much knowledge and experience.
Kita sendiri berkeupayaan meletakkan harga perkhidmatan kita berdasarkan tahap kecekapan dan nilai-nilai yang ada pada diri sendiri.

En Wan grad overseas, balik-balik, terus lapor diri. Gaji pun dah besar.
Alhamdulillah, aku dapat tumpang rezeki dia.
Aku, local grad, with good grades tapi nak cari kerja yang aku berkenan, punyalah payah.
Tapi peluang kerja tu ada, banyak.
Berpeluanglah juga merasa lompat 2-3 company.
Aku ambil peluang belajar and naikkan 'harga' skill aku sehinggalah di company yang terakhir, basic salary aku lebih dari En Wan yang overseas grad tu.

The key is here : kita kena recognise keperluan untuk mempersiapkan diri untuk terlibat dalam life-long learning sebab dunia ni bergerak pantas.
Apa yang relevan hari ni, belum tentu relevan tahun depan.
Masa makan gaji dulu, aku kerap join seminar, talk, and short course.
Ada yang majikan hantar (untuk kepentingan syarikat juga), ada yang free courses, ada yang aku keluarkan duit sendiri.
Bidang aku bukanlah bidang profesional.
Sales & Marketing bukan bidang profesional, semua orang boleh buat.
Yang membezakan adalah skill.
Nak dapatkan skill tu kena banyak belajar.
Jadi, ada peluang short course yang boleh benefit aku, aku ambik.

Education system memang tak ajar semua benda.
Apa yang kita belajar di U hanyalah “pancing” bagi melepaskan graduan ke lokasi untuk mendapatkan ikan masing-masing.
Some graduan pegang satu pancing after 10 years grad, some dah bawak BOT PUKAT TUNDA. You get me?
Pada yang mencari, akan nampak ada banyakkkkk peluang.
Tapi yang pilih untuk tunggu dan lihat, akan kekal sebagai pemerhati sampai bila-bila.
Knowledge ni umpama software. Software kena update sentiasa.
Nampak macam tak penting, tapi untuk orang yang ada vision, dia akan nampak keperluan ni.
Kalau henfon boleh berganti setiap 3-4 tahun, kenapa knowledge kekal ditakuk sama?

Aku bercakap berdasarkan pengalaman, dan aku rasa berbaloi invest pada knowledge.
Invest pada knowledge, hasilnya lebih tahan lama.
Siapa yang sangka (aku sendiri pun tak), bidang biotech rupanya tak hanya bertumpu dalam lab.
Dulu aku ingat itulah kerjaya aku lepas grad - duduk dalam lab buat research everyday.
Tak pernah terfikir akan ada kerjaya lain.
Habis kuat pun, jadi pensyarah atau cikgu sains.
Bila join sales baru aku nampak bidang biotech ni sangat luas.
Antara nak dengan tak nak je.
Tapi kena rajin upgrade diri.
Rajin membaca jurnal, rajin join talk, rajin enroll dalam course/program.
Semakin aku libatkan diri dengan knowledge upgrade, semakin aku nampak peluang.
Atau boleh dikatakan peluang tu yang datang bila ilmu dan skill bertambah.
Percayalah cakap aku, peluang tu datang bersilih ganti.
Dengan knowledge and skill yang ada, rupanya biotech ni boleh dijadikan produk untuk kegunaan orang awam, tak hanya habis kat lab je.

Sepanjang tempoh 5-6 tahun menguruskan GreenAard, aku banyak dapat peluang bagi short course and coaching dalam bidang food science.
Rupanya, ada peluang lain.
Mega Jati Academy (MJA) offer aku jadi Program Consultant untuk course Halal and Food Safety collaborate dengan universiti.
Walaupun CEO MJA kata aku tak perlu ada sijil Certified Trainer sebab aku dah dikira qualified untuk teaching, aku tetap cabar diri ambil course ni.
MJA maybe tak perlukan sijil ini dari aku but who knows one day ada peluang jadi tenaga pengajar di tempat lain, sijil Certified Trainer might come in handy.
Alhamdulillah, in 2 weeks time, settle presentation dan lulus.

Aku sedang belajar lagi.
Now taking 1-year micro-master course in Nutrition dengan Wageningen Uni, Netherland.
Insyallah habis 4 May ni. Final exam lagi 2 weeks, lepas tu aku akan concentrate dengan Profesional Case write up.
Course ni inisiatif sendiri untuk tambahan ilmu for myself and for my students.
Lagipun knowledge ni bagus untuk GreenAard business.

Menjadi Tenaga Pengajar di MJA contohnya, membuka ruang pendapatan antara RM 1,000 ke RM 2,000 SEHARI. I repeat, sehari.
Tapi tulah, nanti bila ditanya tentang sijil Certified Trainer, ada yang kata tak ada.
Bila ada course TTT (Train the Trainer Certificate) tak nak pergi pulak. Katanya course mahal.
Akhirnya macam yang aku cakap tadi, dia kekal jadi pemerhati, mengelak untuk upgrade diri.
Jangan macam tu. Kalau kita nak majukan diri, it comes with blood, sweat and tears orang kata.
Kena invest pada benda-benda ni, you reap the fruits later.
Peluang banyak, tapi bila kita ada limitation, peluang tu berlalu begitu saja.

2-3 hari lepas aku up course Halal Executive Certified by JAKIM.
This is the best time sebab kali ni dibuat secara online.
Selalunya course Halal Exec ni secara bersemuka.
Pandemik punya pasal, kita buat online.
Bagi aku, ini adalah satu kemudahan and blessing in disguise.
Kalau secara bersemuka (classroom) tak semua boleh luangkan masa sebab 8 hari from 9-5.
Tapi now secara online, duduk kat rumah, santai-santai dengar talk, buat assessment sikit.
Cukup 12 hari, lulus terus dapat Halal Executive.

Salah satu syarat prosedur pensijilan Halal adalah keperluan melantik Eksekutif Halal.
Keperluan untuk Eksekutif Halal dah jadi ciri MANDATORI dalam prosedur pensijilan Halal.
Orang yada premis makanan, atau nak buat produk, tak boleh dapatkan sijil halal sendiri-sendiri.
Kau tak boleh settlekan kalau bukan Halal Executive yang buat.
Hanya Halal Executive yang boleh uruskan segala hal ehwal halal dari application, manage, maintain and audit.
So boleh nampak tak betapa besar peluang Halal Executive ni pada individu and pada syarikat yang ada staff Halal Executive?

Menjadi Halal Executive tak memerlukan korang attach dengan mana-mana company pun.
You are your own boss.
Business owners akan hire korang untuk uruskan from A to Z urusan halal syarikat dorang.
Dan urusan halal ni tak bertumpu pada makanan je.
Sekarang kosmetik pun kalau boleh orang nak halal, faramaseutikal nak halal, logistik pun orang nak halal.
Ye lah, warehouse tu semua nak kena ada SOP halal kalau tak, apa jaminan barang-barang kau tak bercampur dengan najis mughallazah?
Even hotel yang nak buat e-perolehan pun syarat wajibnya kena dapatkan sijil halal walaupun hotel tu takde cafe atau coffee house.
Sebab bilik and perabot masih nak dipastikan follow SOP halal.
So kau boleh nampak tak peluang besar Halal Executive?

Course Halal Executive ni tak perlu pre-requisite.
Tak wajib ada ijazah pun sebab ini adalah pensijilan khas.
Students especially yang ambil course Food Science, Food Tech, Food Safety, Syariah, Pharmacy, aku encourage ambiklah course ni.
Sebab peluang kau untuk diterima bekerja sangat tinggi kalau ada sijil Halal Executive.
Company lebih suka ada staff yang ada kelebihan ini, sebab boleh buatkan internal audit halal syarikat, boleh uruskan hal ehwal berkaitan halal dalam syarikat.
Syarikat save money.
Sesiapa yang terlibat dengan perniagaan makanan/kedai makan/produk makanan tambahan/kosmetik/hotel/kilang/rumah penyembelihan/logistik sangat dialu-alukan untuk sertai kursus ini.
Atau hantar staff korang join this program.
Aku ada buat INSTALLMENT PLAN, jangan risau. Meh contact aku.

Klik here untuk register : KLIK SINI.
Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp NOMBOR NI.


2021-02-12

Trauma sampai ke tua.


Tadi masuk bilik entah macamana aku terperanjat nampak sesuatu atas katil.
Katil aku letaknya berdepan almari. Almari aku bercermin.
Kalau aku masuk bilik, bukak je pintu akan nampak almari dulu.
Disebabkan almari tu bercermin, boleh nampak reflection katil.
Ok boleh faham kan sampai situ?
Sebab aku tak ambik gamba so payah juga nak menggambarkan ni.

Atas katil entah agaknya En Wan balik tadi dia baring kejap.
Dia sandarkan bolster pada bantal kepala.
Jadi kedudukan bolster tu macam separuh menegak, separuh lagi baring atas katil.
Bila aku tolak daun pintu, ekor mata aku ternampak macam ada orang lelaki duduk bersandar atas katil.
Menjerit kejap tadi. Lepas tu terduduk sebab baru tersedar itu bantal.

“Apesal teruk sangat imaginasi kau?”

Troma tak hilang namanya.
Aku sebenarnya ternampak macam exbf aku atas katil tu tadi.
Dulu pernah jadi satu kes hampir-hampir aku nak dikenakan tindakan tatatertib.
Kisahnya, masa second year.
Second year aku dapat duduk dalam kampus. Duduk bilik sorang.
Geng-geng Dusty Pink semua duduk luar, menyewa.

That day, aku tak sure apa puncanya, saka exbf aku tetiba mengganas.
Maybe petang tu dia macam dah givap pujuk aku untuk datang balik kat dia (masa ni dah break).
Stress kot nampak aku macam ok je life goes on lepas breakup, tak puas hati lettewwww.
Petang tu hujan. Aku balik dari kelas.
Hostel aku dulu macam rumah panjang style.
Naik tangga, nampak ramai orang bersidai kat depan. Kakak-kakak senior pun ada.
Bila aku sampai, semua diam. Berpandangan each other.
Aku buat tak tahu je, sebab aku anggap dorang tengah bersembang ramai-ramai sambil menikmati view hujan.
Aku melintas dorang, terus ke arah bilik.
Bukak-bukak pintu bilik hah kauuuu exbf aku dengan basah kuyup, pakai cap, tengah baring atas katil aku, macam bersandar kat kepala katil, sebijik macam bolster aku bersandar tadi.

Allahhhh. Terus berdebar jantung aku.
Tak tau macamana dia boleh terlepas masuk blok perempuan, siap boleh pecah masuk bilik aku padahal bilik aku berkunci.
Dia boleh tau pulak tu mana satu bilik aku.
Seama ni rajin gak la aku melambai-lambai dari tingkap bilik everytime dia hantar aku balik, so dari situ maybe dia boleh agak mana satu bilik aku.

Patutlah akak-akak tu semua bersidai kat depan.
Rupanya dorang tengah berbincang camne nak cekup aku kat dalam.
Dorang ingatkan aku tengah berdua dengan exbf.
Tu pasal bila aku muncul depan tangga semua terdiam.
Tapi dorang tahu exbf aku ada kat dalam sebab moto dia park selamba kat depan hostel. Pailang la konon.

Dah berdua dalam bilik tu aku naik seram.
Almari aku berselerak. Baju aku semua bertabur atas lantai.
Entah apa si babi ni cari ntah.
Aku syak dia nak cari bukti kenapa aku taknak terima dia.
Saitan sungguh perangai.
Masa tu aku belum couple lagi dengan En Wan.
Baru kenal-kenal kat chat je.
Dah habis modal nak dapat aku balik gamaknya, dia guna kekdah saiko pulak.

Aku pun terpaksa la bermain kata-kata dengan dia.
Kau gila aku nak tengking dia kat dalam tu?
Dah la masa bersandar kat katil tu dia main-main pisau lipat.
Saiko lah katakan. Nak bagi aku takutlah tu.
Tapi memang aku takut pun.
Tu pasal aku terpaksa bermain kata-kata.
Lama aku kat dalam bilik tu pujuk-pujuk dia.
Tiba-tiba pintu bilik berketuk.
Kawan sehostel nama dia Asha budak Perlis, aku ingat lagi dia cakap “Diana, sorrylah aku tak tahu apa jadi antara kau dengan **** tapi kalau dia tak keluar lagi 5 minit kitorang panggil warden”.

Aduiiii letih aku gini. Nak layan si gila satu hal.
Nak mengharapkan pengertian kawan-kawan satu hal.
Now nak mengadap warden.
Aduiii benda yang paling aku menyampah adalah kena buang U atau kena tindakan tatatertib kerana CINTA.
Gila bodoh la kalau kena buang U sebab cinta oiii. Tak berbaloi.
Aku cakap ok sat lagi dia balik.
Aku terpaksa terima si hamlau ni petang tu semata-mata nak suruh dia keluar dari bilik.
Aku takde pilihan masa tu. Aku nak selamatkan keadaan.

Huru-hara hidup aku lepas tu.
Ye lah, semata-mata tak nak bagi dia menggila menyusahkan semua orang, aku kena terima dia balik, kena layan makan dengan dia, sembang dengan dia - as if aku jadi awek dia balik.
At the same time aku tinggal sorang, takde henfon nak mengadu kat geng-geng tetek.
Sentiasa dalam ketakutan.
That semester was the worst semester aku kat sana.
Semester tu pointer aku menjunam ke 2.98. Memang stress gila. Bukan stress belajar tapi stress memikirkan masa depan aku dengan dia.
Asyik dok memikir jalan macamana aku nak lepaskan diri dari dia tanpa membuatkan keadaan huru-hara.
Masa tu aku terasa bodohnya pointer drop sebab CINTA.
Padahal aku tidaklah bercinta, aku stress!

Tadi masa aku terkejut tu masuk bilik, nangis la jugak.
Nangis sebab takut satu gak, nangis sebab aku masih terbayangkan dia satu hal lagi.
Memang disaster hidup aku kenal dia. Troma sampai tua.
Aku tahu mesti ada yang cakap "Yang kau tak menjerit masa nampak dia dalam bilik tu apesal?"
Ya, aku tahu kalau aku baca cerita orang pun mesti itu jugak yang aku tanya.
Just like kita tengok sinetron, tertanya-tanya apesal la heroin ni lembik sangat rela diri dibuli, betul tak?
Kalaulah semudah tu, memang aku menjerit dah.
Tapi entahlah, maybe masa tu aku masih ada perasaan kesian kat dia.
Kalaulah aku men jerit, keaadaan akan jadi kecoh.
Konfem naik court Uni, sia-sia je dah second year kena gantung pengajian, atau kena buang U. Tak ke naya.
Dah la mak bapak dia bukan orang senang.
Kalau dengan aku-aku sekali kena tindakan, lagi haru.
Tapi tu lah kan, mesti orang cakap "Yang kau kisah dengan mak bapak dia kenapa".
Entahlah, maybe aku belum kejam lagi kot masa tu.
Kalau sekarang, dah kejam.

Yang pasti, relationship yang tak healthy macam ni can cause its own trauma.
Jadi psychopath tak semestinya kena jadi pembunuh, ya.
Appearance dorang pun generally tak berbeza dari orang lain, jadi aku tak boleh dipersalahkan sepenuhnya kenapa boleh berada dalam relationship ni.
Kawan-kawan aku sendiri pun tak sangka dia macam tu.
Kawan sebilik dia sendiri pun tak sangka, lagikan aku.
Payah nak jangka orang macam ni.
Cuma dari pengalaman aku, hint paling besar adalah POSESIF.
Orang psiko sangat sangat sangat posesif.
Kalau dia jenis yang terlalu ambil tahu pasal kau, mana kau pergi dia kena tahu, siapa kau berkawan, apa kau beli, everything kena let him/her know - pesan aku, LARI!
Jangan stay lama, nanti kau jadi macam aku, tak boleh nak lari akhirnya merana diri.
Sampai ke tua diselubungi ketakutan.


2021-02-11

Makanan apa ada kat rumah?


Pantang aku up post pasal makanan kat IG, akan ada yang minta resepi atau ada luahan hati.
Hat luahan hati ni yang aku jadi serba salah nak makan.

“Bestnya makanan akak. Tak pernah saya tengok akak makan yang tak sedap. Hari-hari makan sedap”.

Dik, akak rasa kau tengah lapar sebenarnya ni tu pasal semua gambar makanan akak, kau kata sedap.
Padahal ada je akak up lauk sambal sardin je, dik.
Tak dinafikan lauk sedap memang best, tapi kalau tak lapar, kau hadapkan lobster pun tak jadi apa.
Jadi, perkara paling penting adalah LAPAR.
Bila lapar, apa jenis lauk pun jalannnnn.

Kat rumah aku ni, alhamdulillah barang nak makan tu sentiasa ada.
Takde la semuanya sedap, tapi semuanya harus kena dengan tekak kitorang sekeluarga.
Barang-barang jajan yang wajib restock sentiasa :

✅ Twisties semua jenis flavour.
✅ Super Ring and Cheezel.
✅ Kuaci.
✅ Papadom and keropok (tak boleh putus. Asal habis, goreng. Asal habis, goreng).
✅ Mamee 2 flavour - BBQ and Ayam.
✅ Biskut Oreo
✅ Coklat Kit Kat

Tak jemu-jemu makan jajan yang sama bertahun-tahun.
Twisties tu aku hadap dari zaman skolah rendah kot, sampai ke tua itu jugak yang aku kudap-kudap.
Kuaci is my feveretttt.
Balang kuaci ni ada standby satu kat side table katil.
Sejenis yang tengok tv malam-malam kunyah kuaci laki bini.
Kalau air pulak, sentiasa berstok :

✅ Susu low fat Dutch Lady a.k.a Susu Di.
✅ Milo

Dua benda ni beli pakai carton terus. Tapi seminggu, settle.
Bangun Subuh, sekotak. Around 10am karang sekotak lagi.
Lepas lunch, sekotak lagi. Malam karang lagi sekali.
Itu baru aku, ni sekarang ada Redza kat rumah.
Sekali turun dia bawak naik 2 kotak. Kalau 3 kali turun?

Milo tu ada cop mohor Rayyan.
Milo milo milo.
Tapi kadang-kadang abang dia tumpang sekali.
Tak cukup milo kotak, standby milo bancuh.
Aku dah tak boleh terima Milo.
Since umur remaja aku tak boleh minum dan bau Milo. Konfem loya.
Padahal masa kecik dulu siap ratah Milo.
Dulu takde jajan nak kunyah, dapat kunyah Milo dah heaven, umpama kunyah Ferero Rocher.

Budak-budak ni kalau turun bawah kerjanya bukak fridge, bawak keluar makanan.
Asal bukak fridge je, mesti jumpa makanan. Senyum je aku tengok.
Aku dulu kecik-kecik, 10 kali bukak katup pintu frigde tu tetap takde makanan 🤣.
Masalahnya, walau dah tahu takde makanan, tetapppp bukak katup.
Dengan harapan ada keajaiban berlaku.
Manalah tahu pukul 10am bukak takde apa, tiba-tiba pukul 2pm bukak TADAAAAAA ada kek coklat dengan stoberi bertaburan di atasnya.
Walaupun Masing-masing dah tahu memang takkan ada benda yang nak dikunyah-kunyah dalam fridge tu, tetapp kitorang adi-beradik istiqomah jalankan rutin yang sama.
Bukak-katup dan menung depan fridge.
Bukak-katup pastu menung lagi depan fridge.
Macamkan banyak nau pilihan dalam tu sampai nak menung memilih. Padahallllll.

Bukannya takde makanan. Makanan utama ada.
Nak kudap-kudap ni yang takde.
Kalau nak makan jajan, selalunya kena tunggu mak bapak aku gaji.
Dapatlah jajan tapi yang jenis berkhasiat like Double Decker Chips Perasa Tomato. Alahaiiii. Lemah aku. Tapi habis jugaklah.
Kadang kan dah takde apa sangat nak kunyah, aku makan je timun.
Lepas tu kena bantai dengan Mak Aji sebab bila dia nak pakai timun dah takde 😆.

Tapi takleh celen Ima.
Ima sampai kunyah ikan bilis mentah, okeh?
Kau boleh brain tak ikan bilis mentah buat kudap?
Kadang-kadang dia kunyah tomato.
Menjerittttt lagi Mak Aji ikan bilis and tomato dia susut dikerjakan anak-anak.
Aduilahhh aku tak tahu la kenapa payah sangat nak jumpa makanan dalam rumah kitorang dulu.
Serious, aku tak tipu.
Makanan kat rumah kitorang dulu memang nasi and lauk.
Jangan haraplah kau nak jumpa biskut, keropok, eskrim, coklat — ni semua ada, tapi tak kerap.
Tu pasal everytime balik Tampin, macam berada di dalam sorga.
Fridge nenek penuh dengan coklat, susu coklat, eskrim, and cheese.
Makan macam dunia ini aku yang punyaaaa.

Aku pernah cakap kat Mak Aji “Apesal rumah kita ni susah sangat nak ada makanan?”

Mak Aji cakap “Rumah kau besok aku nak tengok ada makanan ke tak. Jangan nanti aku datang, hidang makanan pun tak”.

Pedihhh. Tapi aku sahut cabaran itu.
Tu pasal aku sentiasa nak penuhkan dapur dengan makanan.
Biar time nak makan, bendanya ada.
Atau bila orang datang, benda nak hidang ada.
Cuma sebaiknya nak datang tu bagitau dulu, boleh aku order makanan.
Sebab aku malas masak. Setakat nak goreng-goreng keropok, goreng karipap tu bolehlah.

Stok karipap, popia and keropok lekor bersusun kat belakang tu.
Habis, buat lagi. Habis, buat lagi.
By the way bekas eskrim tu isinya memang eskrim, bukan cili blend 😆.
Aku tak gamak nak menipu anak-anak aku bab dengan begitu kejam sekali.
Biarlah kita je yang tahu betapa peritnya ditipu oleh belas eskrim.
Tak faham aku macamana mak-mak zaman dulu boleh sepakat guna bekas eskrim buat isi ikan? Demmmmm!

Tapi one thing yang aku proud dengan kitorang adik-adik, walaupun macam ‘tak cukup makan’, kitorang tak pernah menggelupur bila makan kat rumah orang.
Berani kau nak menggelupur kalau Mak Aji ada kat depan?
Kau makan bertambah kat rumah orang, siaplah dalam kereta dia pulassssss betis kau.

Cerita pasal makan ni kan aku takleh lupa insiden kat AnW area Jalan Masjid India.
Ada satu restoran AnW kat situ dulu.
First time dapat masuk sana tak tahu pun nak order apa sebab tak pernah masuk, kan.
So, Mak Aji orderkan ayam.
Meja sebelah aku makan waffle 🧇 tapi masa tu aku tak tau menatang apa dia makan.
Aku punya tanya Mak Aji “Orang tu makan apa?”.
Terus kena jerkah kat situ dek Mak Aji “Hep! Macam tak pernah makan!”
Terkebil-kebil kejap aku.
Aku macam...la salah ke aku tanya. Dah memang aku tak pernah makan kot.
Serius tak faham apa yang salah dengan soalan aku.
Tapi aku faham, maybe mak aku malu kot.
Waffle tu bukannya mahal sangat pun, tapi dulu she can’t afford untuk belikan, mungkin itu buatkan dia marah. Maybe kecewa.
Yang si anak pulak tengah explore masuk tempat baru, semua benda dia nak tanya. Mendapatla kan 😆.

Mak-mak sekarang aku rasa lebih open dengan anak-anak.
Contohnya kalau Rayyan tanya “Ma, orang tu makan lobster ke?”
Aku dengan happy jawab “Ya, lobster. Tapi sekarang kita makan benda lain. Next time kita try lobster”.
Walaupun sampai sekarang aku tak pernah ajak anak aku makan lobster, tapi jawab cara tu lebih mudah, kan.
I mean lebih 'polite'.
Kenapalah mak aku tak jawab gini dulu “Orang tu makan waffle. Nanti lepas ni kalau kita datang lagi kita makan tu pulak”.
Whyyyyyyyyy oh whyyyyyyy.


2021-02-05

Pandangan tentang "ramai anak banyak rezeki"


Ada satu filem Indonesia tajuk KELUARGA CEMARA kat Netflix.
Filem tahun 2018, rating IMDB 7.8/10.
Not bad, walaupun pelakon dia aku tak kenal except Nirina Zubir.
Cerita kekeluargaan tentang seorang ayah yang jatuh bankrup angkara business partner.
Hidupnya dah senang di Jakarta, ada rumah besar, anak-anak sekolah bagus.
Lepas bankrup, dorang balik ke kampung, duduk rumah peninggalan orang tua.
Bermulalah kisah hidup yang susah, rumah buruk, tinggal di kawasan kampung, sekolah di kalangan budak-budak yang takde daya saing nak belajar, dan peluang kerja yang terhad.
Untungnya orang-orang kampung baik-baik.
Tetiba isteri mengandung pulak.
Isteri dah sedih-sedih sebab dalam keadaan yang serba kalut dan segalanya kena bercatu, macamana nak sara sorang lagi anak baru.

Tapi aku suka karakter ayah (the husband).
Dia tahu keadaan keluarga tengah susah, dia berusaha cari apa je kerja - jadi tukang bancuh simen pun boleh, jadi grab (Gojek) pun takpe.
Asalkan kerja.
Dan dia sangat perhatikan perkembangan anak-anak, dari urusan sekolah hingga pergaulan.
Jenis orang macam ni, beranak ramai pun tak apa sebab walaupun dia tahu setiap anak hadir dengan rezeki, dia tak tadah nasib dia buta-buta.
Terus berusaha selagi boleh.

Ada sesetengah manusia, bila ditegur "udah-udahlah beranak, tumpukan pada yang ada ni dulu", wahhh bukan main melompat dia.
Katanya anak-anak ada rezeki masing-masing, tapi aku tengok keadaan dia gitu jugak susah.
Ya, memang betul anak-anak ada rezeki.
Habis hidup kau nak menumpang rezeki anak je ke?
Taknak usaha pegang amanah Allah ni baik-baik?
Ambil mudah urusan anak isteri - makan apa yang ada, pakai apa yang ada, duduk rumah apa yang ada.
Segalanya bedal apa yang ada.
Kalau berkerja lain cerita, ni jenis yang bini pulak yang beria mencari rezeki sampai bengkok badan.

"Ramai anak, banyak rezeki".

Betul ke? Aku rasa macam ada yang salah dengan statement tu.
Patutnya "banyak rezeki bila ramai anak".
Bermaksud, anak-anak adalah rezeki bagi ibubapa, bukannya rezeki anak itu yang menjadi milik ibubapa.

Setiap anak datang dengan rezekinya masing-masing.
Tetapi, rezeki anak tu tak 100% datang jatuh depan mata kalau tak disertakan dengan usaha dari mak bapak.
Dulu mak bapak takde duit nak beli komputer.
Sekarang dah mampu belikan anak-anak komputer.
Bukannya mak bapak pakai pun, tapi beli untuk anak-anak.
Maknanya, anak-anak ada rezeki dapat komputer.
Komputer tu milik dia, bukan mak bapak.
Mak bapak hanya ada rezeki membeli, bukan rezeki memakai.
Tapi komputer tu Allah tak jatuh sebijik depan mata dia, ia datang dengan usaha mak bapak untuk menyimpan duit dan kemudian beli that komputer.

Aku tak perli siapa-siapa bab komputer ni.
Itu hanya nak bagi contoh biar faham konsep rezeki anak.

Mungkin ada yang setuju dengan anggapan ramai anak maka banyak rezeki.
Atas dasar, ramai pasangan yang tak dikurniakan anak.
Jadi, menjadi satu keberuntungan kalau dapat ramai anak.
That's true. Bila mak bapak mampu memenuhi KEPERLUAN semua anaknya, of course tak salah memiliki ramai anak.
Lain ceritanya bila mak bapak tak dapat menafkahi anak tapi terus-menerus beranak demi nak mencapai target, dengan harapan ada anak yang datang bersama rezeki yang banyak.
Inilah sebabnya kenapa keluarga yang kurang mampu, semakin anak-anaknya bertambah, hidupnya bukan semakin baik but getting worse.

Aku bukan nak cakap apa ya, tapi memang ada mak bapak yang aim untuk beranak beranak beranak dengan imaginasi akan hadir seorang anak yang datang bersama duit dan harta yang banyak.
Dia tak tau rezeki tu datang dalam bermacam cara - ada yang datang tanpa usaha, ada yang datang kerana berusaha.
Boleh jadi kesemua anak-anak dia datang dengan rezeki yang besar tetapi perlu DICARI.
Bukannya duduk tunggu emas jatuh kat celah kangkang.

Aku kenal beberapa orang yang anak ramai tapi takde perancangan nak membesarkan anak.
Bila ditanya apa plan untuk budak-budak ni, sekolah kat mana - jawapannya mudah nau "Tak pikir lagi".
Seriuslah tak pikir?
Orang lain lagi setahun nak masuk Darjah 1 dah kelam-kelibut urus hal anak, yang kau pikir pun tak.
Bagi dia, sampai masanya Allah akan tunjukkan jalan.
Tepuk dahi!

Zaman sekarang, mak bapak sampai bingung-bingung pikir nak melengkapkan keperluan anak-anak, uniform sekolah, buku-buku, belum lagi susu and nursery anak-anak lain, pampers anak kecik - semua benda nak dipikir.
Tak faham jenis mak bapak yang lepas tangan tadah nasib bodo-bodo gitu.
Memang urusan dunia ini urusan Allah.
Hidup-mati-rezeki urusan Allah tetapi usaha adalah urusan kita.
Usaha adalah ibadah.
Janganlah terjebak dengan falsafah "banyak anak banyak rezeki" sebab tak ada yang boleh menjamin setiap anak keluar berserta rezeki selepuk depan mata.
Yang pasti, semakin ramai anak, semakin banyak belanja. Hat ni memang konfem.

Again, aku bercakap tentang mak bapak yang beranak je kejenya tapi planning untuk anak-anak takde.
Kalau korang mak bapak yang sentiasa mencari jalan untuk keperluan anak-anak, jangan terasa hati.

Zaman dulu, pandangan tentang "ramai anak banyak rezeki" memang relevan sebab mata pencarian utama masyarakat dulu berkebun.
Tenaga anak diperlukan untuk berkebun.
Pasangan yang ramai anak dipandang lebih baik kerana semakin ramai yang membantu orang tuanya mengusahakan kebun.
Semakin ramai anak maka semakin besar tanah yang boleh diusahakan kemudian dialihkan menjadi milik peribadi.
Lagipun masyarakat dulu kurang memahami pentingnya pendidikan.
Ditambah lagi ramai yang belum kenal istilah family planning jadi wajarlah anggapan "ramai anak banyak rezeki" menjadi pegangan.

Memikirkan keperluan masa kini, kesejahteraan anak-anak patut jadi keutamaan dalam urusan mak bapak.
Nak mikirkan makanan yang seimbang untuk anak, pendidikan, perubatan, insuran, harga susu - tak ada yang makin murah, semuanya makin melambung.
Manusia tak sama dengan binatang.
Manusia dianugerahkan kebijaksanaan mengatur populasi supaya kita dapat mewariskan keseimbangan ekosistem yang baik.
Sebaiknya jumlah anak disesuaikan dengan kemampuan mak bapak supaya tak ada anak-anak yang kurang perhatian.
Bila anak-anak dibiarkan pandai-pandai-kaulah, they will become a burden to the parents, eventually.
Bila dah jadi macam ni, bukan lagi "ramai anak banyak rezeki" tapi musibah yang menghabiskan rezeki.

Ada yang berpendapat kalau ramai anak somehow menjadikan the parents termotivasi berkerja kuat.
Yes, aku setuju juga. Itu memang boleh berlaku.
But my pount is, ramai banyak anak tidak otomatik membuatkan rezeki semakin banyak kerana rezeki tidak ditentukan dari ramai atau sikitnya anak.
Sebaliknya, rezeki itu datang dari usaha + doa + tawakkal.
Rezeki itu dicari, bukan ditunggu.


2021-02-03

Kau lepaskan tak puas hati kat budak-budak, masalah kau takkan settle.


Dah 2-3 hari TV and media sosial bercerita tentang arwah adik Amir.
Sejujurnya aku tak tahu-menahu lansung rupanya budak ni dah famous sejak tahun lepas.
Rupanya rakyat Malaysia dah kenal budak ni tahun lepas lagi since video perpisahan dengan keluarga angkat.
Tak pasti gua mana aku pegi tahun lepas yang sampai boleh tak tahu cerita ni.
Alih-alih viral kes dia dibunuh/didera (masih dalam siasatan, belum pasti lagi).
Itupun, masih tak tahu hujung pangkal cerita sampailah masuk berita.

Sebenarnya, aku tak berapa minat layan cerita-cerita macam ni.
Sesiapa yang follow blog ni dari dulu mesti tahu aku pernah bagitau, kalau ada kes melibatkan budak kena dera, dibunuh, terbunuh, mati terbakar - aku elakkan untuk ambil tahu.
Benda tu trigger aku punya chilhood trauma.
Trauma bukan senang nak hilang.
Dah umur 40 series ni pun masih jelas terbayang-bayang lagi semua tu.
That's why payahlah orang nak nampak aku update di FB atau share isu-isu macam ni.

Masa tengah kecoh-kecoh kes tahfiz terbakar dulu, aku tak berapa nak bercakap pasal ni.
Ada sorang follower PM mintak aku blog about the case. Aku tak mahu.
Then dia tanya, kenapa, rumah aku pernah terbakar ke?
Tak. Tak pernah terbakar. Selisih.
Aku just tak berapa suka nak bincang any kekejaman atau tragedi yang menimpa budak-budak especially kes dera, kes buang anak, kes anak kena seksa tak bagi makan sampai kurus kering (pernah ada kes ni dulu kan, dah arwah dah pun budaknya).
Selalunya kes-kes macam ni jarang aku nak baca isi cerita. Baca tajuk je. Itupun dah ngeri.

Orang dewasa yang lampiaskan marah pada budak-budak, adalah manusia yang patutnya mati dalam perut mak dia lagi.
Tolonglah! Budak-budak jangan dibiarkan hidup dalam troma.
You have no idea apa kesannya. Membawak sampai ke tua, ok!
Aku ni living proof.
Memang aku sejenis singa jadian kat rumah, tapi membantai anak sampai lebam, sampai terkoyak kulit - tak pernah terjadi.
Suara aku je high pitch, tapi tangan tak laju mana.
Tak boleh imagine ada mak bapak yang tergamak nak dera anak umur 5-6 tahun.
5-6 tahun kot. Akal kau tersumbat dalam lubang jubo ke, setan!

Lagi satu, aku amat-amat alergik orang tua yang membeza-bezakan budak-budak hanya kerana taraf hidup mak bapak. Sakit hati wei!
Sebab aku dah lalui dah dulu.
Tak faham apesal kau nak bezakan anak-anak jagaan kau hanya kerana anak si A kaya, anak si B miskin.
Budak-budak kot, apalah yang dorang tau tentang kaya-miskin.
Kalau kau tak puas hati mak bapak lambat bayar duit nursery ke, mak bapak ambik anak lambat ke, mak bapak bayar duit nuresery sikit ke, mak bapak tak bagi kau buah tangan ke, kau settlelah dengan mak bapaknya.
Yang kau haruk kat anak dah kenapa.

Aku pernah duduk rumah jagaan.
Mak Aji hantar aku dengan Ima duduk situ.
Umur baru 5-6 tahun, tapi dah aku boleh rasa kami dibeza-bezakan dengan anak-anak orang kaya yang sama-sama dijaga kat situ.
Tapi aku sejenis cool.
Walaupun aku sedar ada double standard tapi memikirkan aku ada adik yang perlu dijaga, aku buat-buat cool je. Tapi hati sedih.
Sampai sekarang terbayang-bayang kitorang dua beradik makan nasik atas lantai beralas suratkhabar, pakai pinggan plastik.
Bibik aku pun makan kat meja, pakai pinggan yang sama aku pakai, makan lauk yang sama aku makan tau.
Tak tergamak aku nak beza-bezakan orang.
Ismail Bangla yang potong rumput secotet kat rumah aku ni pun kitorang hidang air oren, dari gelas yang sama kitorang pakai.
Takde de aku hidang dengan cawan plastik.
Lagipun rumah aku takde cawan pinggan plastik.
Pelik aku bila ada orang yang tergamak nak membeza-bezakan budak-budak.

Anak orang kaya makan atas meja.
Oklah maybe meja tak cukup besar.
Tapi sepanjang duduk sana, tak pernah sekali pun kitorang dua beradik dipelawa makan kat meja.
Dan budak-budak kaya tu tak pernah sekalipun duduk bersila makan dengan kitorang.
Oh by the way, kitorang makan kat dapur, atas lantai.
Yang budak-budak kaya makan kat meja depan tapi meja makan tu depan kitorang je.
Sedih rasanya, sambil makan sambil tengok budak-budak kaya makan kat meja.
Apa dia ingat rumah anak orang kaya je ada meja makan, rumah aku takde meja makan?

Tapi masa tu diam je, janji dapat makan. Asal tak lapar.
Cuma hati tu terasa jugak la, apesal dorang makan atas meja.
Aku tak rasa pun kitorang makan bersepah sebab Mak Aji jenis naga juga.
Kalau kitorang makan bersepah memang dia melaharkan apinya kat kitorang.
Jadi dari kecik kami dah tau adab makan jangan bersepah.
Time tido (nap) pun macam sama.
Anak orang kaya tido atas katil dalam bilik.
Aku ngan adik aku tido kat hall beralas kain batik.
Tapi masa tu seronok berlari-lari lepas makan nak cop kain batik.
Seronok sangat kalau dapat tido alas kain batik yang cantik.
Esok tukar pilih kain batik lain pulak.
Budak-budak memang tak tau apa.
Kau beza-bezakan dia pun dia ok je, tapi dia tak lupa, ya.
Sampai ke tua dia ingat.

Aku letih dah hadap benda-benda macam ni.
Cukup menyampah orang yang suka beza-bezakan orang lain (especially budak-budak), based on material.
Kau pernah tak tumpang kereta orang, tapi sepanjang jalan orang tu bawak kereta macam pelesit sengaja langgar bumper sana, langgar lubang sini sebab nak tunjuk betapa dia bengang kau menumpang kereta dia. Pernah?
Sedangkan masa tu aku kecik lagi.
Walaupun masih kecik, aku tak bodoh.
Aku tahu mak bapak aku tak boleh offer apa-apa in return.
Setakat ucap tima kasih sebab sudi tumpangkan anak dia.
Lain la kalau mak bapak aku hulurkan duit, kan.
Tapi mak bapak aku pun tak bodoh.
Alangkan aku yang kecik pun boleh rasa, apetah lagi dorang.
Dorang pun tahu orang tak suka kita menumpang harta dia.
Jadi, itu je la sekali aku naik.
Itupun Mak Aji dah pesan "Jangan makan minum dalam kereta. Jangan minta apa-apa".
Walaupun tekak aku kering, aku tahan je sampailah ke destinasi.

Pernah tak rasa kau takde baju cantik untuk attend satu majlis.
Disebabkan baju kau tak cantik di mata dorang, dia suruh kau salin pakai baju dia.
Tapi sepanjang majlis dia dok highlite, yang tu baju anak dia. Baju anak dia. Baju anak dia.
Majlis belum sempat dia berkali-kali ingatkan jaga baik-baik sebab baju tu kain mahal, kain mahal, kain mahal.
Dah tahu mahal, yang kau bagi aku pakai kenapa.
Macam aku hadap sangat nak pakai.

Tapi semua yang terjadi ni memberi wake up call.
Kalau kita takde anything to offer, at least improve diri kita.
Learn to make ourself a better person.
Become a better version of ourself.
Tak payah buktikan pada sesiapa.
Once kau jadi better, kau tengoklah, yang pandang kau sebelah mata dulu eh tau-tau je mengaku "Saya kenal mak budak ni, dulu berjiran".
Eh? Padahal sepanjang aku duduk dengan mak aku, takde pulak nampak kau datang rumah ke apa.

Dendam? Tak.
Kalau dendam, lama dah aku buat taik kat orang-orang ni.
Cuma tak boleh lupa, dan juga menyampah dengan orang-orang macam ni.
Kesan dari apa yang aku terima tu lama untuk aku buang.
Berpuluh tahun aku hidup dengan 'merendahkan diri sendiri'.
Dapat nombor 1 pun aku malu nak mengaku.
Rasa macam tak layak.
Bagi aku, muka macam aku ni layak tempat ketiga je, barulah lojik.
Dapat pegang watak utama dalam stage drama "Ms Muffet", pun nangis.
Orang lain kalau dapat watak utama nangis kegembiraan, yang aku nangis stress dapat watak utama.
Terasa tak layak duduk atas pentas, nak duduk belakang pentas tolong tarik langsir je.

Kesan troma ni kadang-kadang membuatkan orang salah faham kat aku.
Contoh, aku tak minat nak berjalan-jalan tido rumah sedara-mara.
Aku nak tido hotel.
Bukan berlagak, tapi nak elakkan apa yang boleh aku elak.
Pedih rasanya pegang title 'menumpang' ni.
Pleaselah orang-orang tua, jangan jadikan budak-budak mangsa tak puas hati kau.
Tolong jadi dewasa.
Kalau tak puas hati dengan mak, settelkan dengan mak.
Tak puas hati ngan bapak, setelkan dengan bapak.
Tak puas hati dengan laki kau, settle dengan laki kau.
Tak puas hati dengan boifren, settle dengan boifren.
Kau lepaskan tak puas hati kat budak-budak, masalah kau takkan settle.
Budak-budak teraniaya.
Jangan ingat budak-budak tak faham.
Dorang cuma act as if dorang tak faham, tapi sebenarnya hati dorang terluka.
Ada yang jadi pendendam, ada yang jadi rendah diri, ada yang jadi too sensitif.
Kesannya berpanjangan.


2021-02-02

Siapa pun diri kita, be happy with who you are.


Hari tu ada followers IG tanya aku, ada tak satu perkara pada diri yang aku nak ubah, kalau boleh ubah.

Ok, dia macam ni tau.
Kalau kita rasa ada perkara yang kita nak ubah, dah tentu kita ubah, betul tak?
I don't mean to sound arrogant, but I couldn't think of anything untuk diubah.
Boleh jadi, apa yang aku nak ubah, dah pun aku ubah.
Maybe juga aku sedang berubah tanpa terlalu memikirkan proses perubahan tu.
Tak dinafikan ada banyak perkara yang aku perlu dan nak ubah, but here's my point - I don't sit around memikirkan apa yang kurang pada diri aku.
Kalau aku rasa aku perlu ubah, aku start ubah.
Tak drastik, tapi slowly but surely.
Maksudnya, aku tak berhari-hari memikir kenapa aku macam ni, kenapa aku macam tu, apesal aku susah nak berubah, apesal aku tak start-start berubah - NO.
I don't go through the day reliving my failures dan menyalahkan diri untuk semua benda bodoh yang aku pernah buat.
I like myself, I am happy with who I am.
Again, I am not bragging on me, tapi aku brag tentang kebesaran Allah.
Banyak benda buruk dalam diri aku, tapi aku percaya ada banyak benda baik yang Dia jadikan pada aku, yang aku tak explore lagi.
Segala benda bodoh yang aku buat sebenarnya adalah benda yang baik kalau aku buat pada jalan yang betul, tapi ia telah menjadi bodoh bila aku buat pada jalan yang salah.

Tak dinafikan aku ada banyak kekurangan, but I'm on the wheel.
Wheel ni sentiasa bergerak, bermakna I am a work in progress.
Dalam progress memperbaiki diri ni, I'm going to feel good about who I am.
I am who I am, not who I was.
Most people merasa "I would feel good about myself kalau aku lebih bijak, kalau mak bapak aku lebih kaya, kalau kerja aku lebih bagus", etc.
Akan selalu ada sebab kenapa kita tak merasa diri kita dah cukup bagus.
Somehow ada je perkara yang buatkan kita rasa diri kita tak bagus.

"Kenapalah aku tak kawen dengan si A? Kalau tak, aku dah jadi isteri CEO sekarang".

"Kenapalah aku tak stay kat company tu, kalau tak, aku dah jadi manager sekarang".

"Kenapalah aku tak rapat dengan dia, kalau tak mesti aku jadi share partner dia now".


Benda-benda macam ni la buatkan kita jadi bitter bila nampak orang lain ada apa yang kita takde.
Cara paling senang, berhentilah dari cari pasal dengan diri sendiri.
Your destiny is too important dari memikirkan benda-benda macam ni.
Apa yang kita ada ni dah bagus dah.

Bukan nak suruh jadi hipokrit.
Aku tahu mesti ada yang kata "Dah memang kita tahu diri kita tak bagus, takkan nak cakap bagus".
Bukannya nak ajar menipu diri sendiri.
Memang kita belum bagus tapi kita mesti ada some kind of boldness to say "Memang aku belum bagus, ada banyak yang aku kena ubah, but I am growing and I am changing".

Perubahan tak ambik masa satu malam.
It's going to happen little by little.
Kalau kau terus-terusan mengutuk diri sendiri, kau akan hidup dalam kekecewaan selamanya.
Apa yang kau buat takkan pernah memuaskan hati.
It's so freeing tau bila kita selesa and berpuas hati dengan siapa diri kita walaupun ada some areas yang perlu di-improve.
Kalau nak tunggu perfect, nak tunggu sampai semua kelemahan hilang, nak tunggu sampai boleh perform perfectly baru boleh rasa happy dengan diri sendiri, alamatnya forever kau hidup dalam dissapointment.

Perlu faham, manusia ni memang Allah bekalkan dengan ketidaksempurnaan.
Memang sengaja Allah tinggalkan weakness dalam diri so that kita bergantung kepada-Nya.
Kalau kita perfect segala serbi, maka apa role Dia sebagai Maha Berkuasa?
That's the whole purpose kekurangan tu ada dalam diri.
Bukan untuk menjadikan kita rendah diri, tetapi rendah hati.
Agar kebergantungan pada Allah tu semakin besar.
Bukan semua kekurangan diri tu kita kena buang.
Some kekurangan tu akan jadi kelebihan kalau diapply pada tempat yang betul.

Hubungan yang paling penting adalah hubungan dengan diri sendiri.
Kalau dengan diri sendiri pun kita can't get along, jangan harap kita boleh get along dengan orang lain.
Hubungan dengan diri sendiri yang tak settle, akan mempengaruhi hubungan dengan segalanya, termasuk hubungan dengan Allah.
Orang yang selalu mengutuk diri sendiri "Aku ni tak best. Aku ni tak pandai. Aku ni tak cantik. Aku ni bodoh" - hubungannya dengan Allah berantakan.
Dia rasa tak layak nak mintak apa-apa dari Allah, makam dengan sendirinya hubungan dengan Allah pun kurang.

The main reason why people can't get along with others is because they don't like themselves.
Ada yang belum settle tentang diri dia, membuatkan pandangan dia pada orang lain sentiasa buruk.
Kadang-kadang kita habiskan lebih banyak masa mencari-cari apa yang tak bagus pada diri, daripada apa yang bagus. 
It should be the opposite.
Tak perlu cerita kat orang lain pun, cukup cakap pada diri sendiri, "Aku makin tua. Kedut pun dah ada tepi mata, tapi aku dah pernah lalu zaman muda, zaman kulit tegang. Now I am changing but I still like who I am".
Bila kita terima diri kita seadanya, bermakna kita in agreement with Allah too.

Some people tak pernah kata "I like myself. I like my personality. I like my looks".
Ya, bunyinya memang geli, tapi bukan aku suruh kau cakap depan orang.
Nak cakap dengan cermin pun tak berani, apehal?.
I know it's weird but if you don't like yourself, other people are not going to like you even more.
You project what you believe.
Kalau kau sendiri menyampah dengan apa yang kau ada, orang lain apetah lagi.
Mungkin kau belum berada di fasa yang kau nak, tapi kau on the way.
Hidup kita ni berpindah dari satu takdir ke satu takdir yang lain.
So start enjoying where you are in right now.
You may have some weaknessess. Kita semua ada weakness.
Tapi jangan go againts diri sendiri.