Showing posts with label self-enrichment. Show all posts
Showing posts with label self-enrichment. Show all posts

2026-03-29

Cerita tentang BELAJAR BENDA BARU.



Suka aku dengar video atas ni. Cerita tentang BELAJAR BENDA BARU.

Ada orang suka cerita tentang peluang. Ada orang suka cerita tentang rezeki. Ada orang suka cerita tentang timing yang betul. Tapi jarang orang nak bercerita pasal mindset belajar benda baru. Sebab fitrah manusia tak sukakan benda yang susah. Suka benda yang rutin. Yang selesa. Rare people je suka new challenge.

Kadang kita tengok apesal orang tu cepat naik, cepat maju. Kita jadi pelik. Why her? Why him? Why not me?

Macam kisah Anne Hathaway tadi. Hollywood is no joke, ya. Entertainment industry-nya sangat keras dan kompetitif. Proses casting bukan benda kecik. Dengan lambakan orang yang berbakat, kau bukan siapa-siapa kalau apa yang kau ada, dia pun ada juga. Masing-masing nakkan satu peranan yang sama. Yang membezakan bukan siapa paling berbakat, tapi siapa paling berani kata YES pada sesuatu yang dia belum kuasai sepenuhnya.

Anne Hathaway sanggup cari cikgu untuk belajar kuda. Tapi aku tak nak cakap pasal Anne atau filem tu. Aku nak cakap pasal mentaliti manusia yang bertentangan dengan semangat tu.

Nak berjaya, tapi tak nak belajar.
Nak naik, tapi tak nak ubah apa-apa.
Nak dihargai, tapi masih selesa kat tempat lama.

Ramai sebenarnya bukan takde potensi, bukan tak bijak, bukan takde peluang. Tapi ada penyakit tak nak belajar benda baru. Tak tahulah kenapa. Takut nampak bodoh ke kalau belajar benda baru? Takut buat salah ke? Takut orang nampak dorang “tak tahu” ke? 

Dari zaman aku belajar dulu ada kelompok yang always nak kerja senang, especially kalau kerja grouping. Nak join group hebat-hebat sebab mudah dapat A. Padahal dia punya contribution tak banyak mana. Menumpang je lebih. Habis je kerja group, dia pun meruyup kembali ke geng-geng biasa. Nampak nau join group kita sebab nak tumpang A.

Ingatkan zaman belajar je ada mindset gini, rupanya dah masuk kerja laaaaaaaaaagi ramai perangai yang sama. Jenis nak buat kerja yang dia tahu saja. Apa yang dia dah selesa, itulah yang dia nak buat sampai mati. Hantar ke seminar, tak nak. Hantar training, tak nak. Bagi new job scope, tak nak. Tapi merentan tetiap tahun nak naik gaji. Pastu bila orang baru dapat promotion, terus labelkan boss toksik. Kau ingat zaman sekarang promotion tu ikut senioriti?

Itulah realitinya. Bila masuk kerja, mindset belajar tu makin mengecik. Muda-muda lagi nak pilih-pilih kerja. Nak kerja yang selesa saja. Aku ada pengalaman staff gini. Lansung tak nak terima new task. 

Biasalah, awal-awal kerja kita bagi task yang light-light. Reasonnya taknak bagi kau terkejut. Karang aku bagi terus yang heavy, resign pulak. Jadi bagi yang ringan. Dalam 1-2 bulan kita bagi dia get used dengan task yang not so heavy, supaya dia selesa dan serasi.

Semakin lama task jadi lebih heavy, deadline makin ketat. Kalau dulu 1 task sehari, now 3 task sehari aku bagi. Eh, dia boleh kata "SAYA TAKNAK BUAT KERJA YANG MACAM NI".

Hello??? Kau siapa nak pilih-pilih kerja?

Zaman belajar dulu, kalau tak tahu, baca. Kalau tak faham, tanya. Kalau fail, repeat. Now bila dah kerja, kau dare cakap "SAYA TAK NAK BUAT?" Fine. Warning letter aku bagi.

Ni bukan sekolah, ya. Ni dunia kerja. Kat tempat kerja, kita dibayar untuk solve problem, bukan untuk pilih problem. Bila kau sign contract, maknanya kau setuju untuk grow sekali dengan responsibility. Takde siapa masuk kerja dapat task light-light sampai bila-bila. Semua orang pernah blur. Semua orang pernah start from zero. Semua orang akan belajar benda baru di phase tertentu. 

Kerja memang makin lama makin mencabar. Itu normal. Company grow, expectation naik, output kena naik. Kalau expectation tak pernah berubah, maknanya kau stagnant.

Nak kerja selesa? Boleh. Tapi jangan expect gaji naik, position naik, let alone nak orang pandang kau capable. Because growth tak datang dalam bentuk keselesaan. Growth datang dalam bentuk pressure, confusion, dan kadang-kadang rasa macam kau tak boleh buat, tapi kena ;ah belajar buat. Beza orang yang pergi jauh dengan orang yang kekal kat tempat yang sama adalah MINDSET.

Kalau dari awal lagi dah ada mentaliti “aku tak nak buat”, memang kau kat situ je la tak bergerak. Sebab dunia tak revolve around apa kau nak. Kita semua start dengan zero knowledge. Yang membezakan cuma willingness untuk belajar dan bertahan.

Belajarlah untuk take challenge. Sampai bila nak duduk tempat yang sama. Nak kerja rutin. Nak buat benda yang dah biasa. Kau nak jadi expert pun, janganlah expert dalam kotak kecik. Tak rasa bosan ke buat benda sama everday? Everyday masuk ofis buat benda sama. Klik benda sama. Balas email sama. Proses sama. Mesyuarat sama. 

Lepas lima tahun, masih benda sama. Lepas sepuluh tahun, masih benda sama. Lepas tu marah kenapa tak promote-promote. Heran kenapa orang lain baru masuk 3-4 tahun dah jadi supervisor. Heran kenapa nama kau tak pernah naik untuk handle big projek. Padahal jawapan depan mata.

Orang yang naik selalunya orang yang tak selesa duduk dalam satu skop. Bila nampak benda baru, dia cuba. Walaupun tak faham, dia try. Walaupun kena ulang banyak kali. Walaupun kena tahan malu tanya orang lebih muda.

Masa En Wan baru join takaful, dia join at age 46. Kalau ikut teori, dah lambat dah umur 46 nak start benda baru. Orang kata "Tak dan nak kejar dah". 

Dalam company dia, 90% staff lagi muda dari dia. Yang umur 20-an ramai. Tapi dia tebalkan muka belajar dengan pangkat anak-anak ni semua. Salah sorangnya Akil. Akil ni beza 6 tahun je dari Redza. Boleh dikatakan everyday aku dengar En Wan call Akil tanya macam-macam, how to do this and that.

Padahal sebelum En Wan decide nak join takaful, dia dapat offer post General Manager kat kilang di Port Klang. Sap sap soi dia boleh buat kerja tu sebab memang background dia dari kilang. Gaji pun sedap. Tapi aku pun tak tahu saka apa masuk dalam badan, dia pilih takaful. 

Aku cuak juga tapi aku cakap dalam hati takpelah, kalau dia takleh bawak job ni he can always come back to my company. Aku teman dia gi beli baju kemeja and seluar slack baru. Teman dia cari tie and kasut baru. Saja bagi dia seronok tengok bini support. Padahal bini cuak ni. I can see how dia sangat ready dan bersemangat nak buat benda baru. Jadi, aku merelakan saja. The rest was history.

Ramai orang nak success tapi hungry for success takde. Pelik dengan mindset nak kerja senang dan selesa tapi nak pangkat tinggi and gaji banyak. Can someone explain to them yang formula tu tak menyambung? Kalau dibuat persamaan kimia, kau takkan jumpa jawapan, ya. 

Nak naik pangkat, tapi tak nak handle pressure.
Nak gaji besar, tapi tak nak tambah skill.
Nak jadi leader tapi tak nak ambil responsibility.

Tahu tak CEO big company pressure dia tinggi? Sangat tinggi, sampaikan kadang-kadang kalau CEO lama left, nak mengisi tempat CEO tu makan masa berbulan-bulan? Sebab pressure bukan calang-calang. Tak ramai nak ambil kerusi tu.

Kau tak tahu macamana CEO kena press dengan shareholders everyday. Dalam meeting, F-word semua keluar dari mulut shareholder. Nampak je position CEO best, ke mana-mana dapat VIP treatment, fly 1st class only, allowance besar, gaji RM3 juta setahun. Ingat free-free dia dapat kerusi CEO masuk ofis melenggang main TikTok? Tak, ya.

Nak kerja rutin tapi nak gaji besar, memang tak bersambung formula ni.

Higher position = higher expectation.
Higher income = higher value contribution.

"Aku tak reti buat presentation, tak pandai public speaking"
"Aku memang tak kreatif"
"Aku tak pandai bercakap dengan orang.."


Senang hidup kau, kan. Semua benda kau cakap tak pandai. So that orang lain yang kena buat. Pastu bila orang lain dapat attention top management, kau bitter. Padahal hampir semua kemahiran boleh dipelajari. Bukan semua orang lahir-lahir pandai guna software. Bukan semua orang lahir pandai bercakap depan orang ramai. Bukan semua orang lahir terus tahu strategi bisnes. Belajar benda baru memang buat kita rasa small. But that’s the cost of becoming better.

Sama macam produk. Kalau tak improve quality, tak add value, tak evolve ikut keperluan market, takde reason customer nak bayar lebih. Success pun sama. Success memang tak selesa. It’s about growth. And growth almost always rasa tak selesa. Kalau mental masih cari comfort zone, memang susahlah nak masuk next level. Because you don’t get paid for your comfort. You get paid for the value you can carry.

Aku pernah nampak orang yang kerja bertahun-tahun dalam satu position. Memanglah dia cekap dalam rutin dia. Bila company start guna new technology, dialah paling kuat argue. Susahlah. Tak perlulah. Sistem lama dah ok katanya. Padahal dia yang tak nak improve. Nak jugak buat cara old skool menyusahkan orang.

While she’s busy defending her old comfort zone, someone else is quietly learning that new skill. Bila sampai waktu promotion, siapa yang dapat point lebih? Yang hanya tahu cara lama, atau yang tahu cara lama dan cara baru?

That someone? Yes. That’s me.

Itu kisah tahun 2006. 3 tahun selepas aku join company biotech yang pertama, CEO tubuhkan sister company. Aku dipilih jadi one of the director dalam company tu. Director termuda, age 29. Itu cara CEO nak ikat aku jangan lari gi company lain. Dia letakkan kat aku nak sister company. Kalau adik ipar dia tak main politik dalam company, mesti aku masih kekal kat company tu. Takpelah, takde rezeki nak stay.

Itulah realiti dunia kerja. Bukan siapa paling lama kerja tapi siapa paling relevan. Dan relevan ni datang dari continuous learning. Jangan carry mentaliti tak nak belajar benda baru bila kau bekerja. Just don't.

Mentaliti selesa ni bahaya. It makes you stop growing. Umur tengah muda, banyakkanlah take challenge. Boss bagi task, AMBIL. Cuba dulu. Kalau takleh buat, boss akan cari orang lain yang boleh buat. Tapi you must take the opportunity untuk cuba dulu. Buat dulu sehabis baik. What if rupanya task tu kau boleh carry? Kan tak memasal tahun depan naik pangkat?

Orang yang tak mahu belajar ni sebenarnya banyak masa terluang mengeluh. Dorang boleh habiskan berejam bercakap pasal ketidakadilan, pasal politik pejabat, pasal siapa kipas siapa, tapi cuba tanya “Dalam setahun ni apa benda baru kau buat?" Konfem senyap.

Redza dapat tempat intern, big company. Aku cakap kat dia, tempat yang kau bakal belajar ni kalau kita panggil someone bagi talk, kurang-kurang 2K/hour bayarannya. Bukan murah. So bila start internship nanti, jangan nak pilih-pilih kerja. Ini masanya grab as much knowledge as you can dari dorang. Biar resume cantik.

Belajar ni sebenarnya paling murah dalam zaman sekarang. Ilmu ada kat mana-mana. Aku buat Advance Masters kat WUR Netherland secara online je. Tinggal nak dengan tak nak. Masalahnya bukan pada akses, tapi sikap. Ada orang rasa belajar benda baru tu menyusahkan. Tapi bila orang lain maju, dia sakit hati.

Kadang-kadang kita kena tanya diri sendiri "Do I really not have opportunities? Or was I just not ready when the opportunity showed up?”


2022-05-28

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat. Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.


Sekarang Subuh kat tempat aku dah 5.49am.

Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila Subuh.
Lebih-lebih lagi waktu hari berkerja.
Subuh 5.49am, around 6.10am dah ramai jiran-jiran aku keluar pi kerja.
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat.
Rasanya orang masjid pun tak habis solat lagi ni.

Bukan apa, teringat kat diri sendiri.
Tahun 2003, aku kerja di KL, di Prudential Jalan Sultan Ismail.
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil, Mak Aji belikan.
Aku takde pilihan melainkan naik komuter.
Ofis start 8.30am. Kalau dari Subang Jaya, aku kena catch train 6.30am.
Ini train paling lewat aku kena ambil.
Lewat dari 6.30am, maknanya punch kad aku merah.

Waktu ni aku duduk di USJ21.
Dari USJ 21 nak ke stesen komuter Subang Jaya tak dekat, ya.
Dengan berapa banyak traffic lite kena tempuh.
Traffic lite semuanya simpang 4 pulak tu.
Paling lewat aku keluar rumah pukul 6am.
Itupun seram sejuk takut sangkut kat mana-mana.
Cara-cara keluar 6am pun masih kena berlari nak beli tiket, nak melintas jejambat (sebab train ke KL adalah di seberang sana).
Dibuatnya train buat gila sampai awal 5 minit, mahu tersungkur aku berlari nak kejar.
Usain Bolt pun kalah kalau berlari dengan aku time ni.
By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.

Apa yang aku nak cerita ni, sepanjang kerja di kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Dulu aku siap ada buku untuk log solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang aku tulis macam ni:

Isnin: Subuh
Selasa: Maghrib
Rabu: Subuh
Khamis : Subuh

...and the list goes on.

Kerja aku asyik lah mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas ke minggu depan baru sempat qada' Subuh minggu ni.
Lepas 9 bulan, aku resign.
Aku tak rasa ini life yang aku nak.
Terkejar-kejar, balik kepenatan, balik hanya untuk tidur, esok bangkit awal ulang rutin yang sama, etc.
Lagipun aku tak pernah imagine diri aku ada sangkut-paut dengan KL.
Aku tak rasa sanggup nak berulang dari Subang Jaya ke KL bertahun-tahun. Jadi aku quit.

Berhenti dari Prudential, aku dapat kerja di USJ7, company Biotech.
Inilah company Biotech pertama aku kerja.
Dekat dengan rumah, 10 minit je. Masuk 8.30am.
Aku keluar dari rumah rilek je tenang-tenang pukul 8.10am siap boleh berhenti tepi jalan tapau mee goreng.
Ofis dekat, tak payah lalu tol, pakai Kancil minyak save.
Syurga betul rasanya dapat kerja dekat dengan rumah. Kerja Sales and Marketing.

Tetapi, company ni chinese punya.
Surau tak disediakan.
Nak solat, kena solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa di luar ofis, solat tak menjadi masalah sebab aku boleh singgah mana-mana surau time jumpa customer.
Selalunya, aku tumpang surau universiti.
Tak pun kalau ada kerja kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji untuk solat.
Masa ni Mak Aji masih berkerja, tapi dia selalu tinggalkan kunci dalam kasut.

Kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, aku masih terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa.
Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku.
Lepas habis customer A, rush pi customer jumpa B pula.
Kadang-kadang ada gap setengah jam je.
Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak kereta berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya tak payah qada'.
Solat laju-laju. Doa dan zikir takde. Khusyuk jauh sekali.
Buat sekadar cukupkan syarat dah bersolat.

Tahun 2005 aku naik jadi Sales Manager.
Masa ni anak-anak buah pula yang lebih banyak buat sales.
Aku hanya pegang key account. Legalah sikit.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and disediakan surau. Alhamdulillah.

Tahun 2007, aku jump ke company lain.
Dalam company ni aku sorang je Islam.
Bilik solat tak ada. Kena solat dalam store.
Tapi store bersih siap ada aircond sebab kebanyakkan kit perlukan suhu sejuk.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat.
Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu sekaligus!

Di company ni aku Head of department.
Key account company ni jauh lebih banyak.
Kerja aku dah tak tentu masa.
Balik pukul 11pm tu biasa.
Dah lah balik lambat, sambung buat kerja kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Gaji lebat, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang.
Macam incomplete. Aku mudah rasa lost.

One day, ex-bos aku email selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri, which is XZIZ Biotech sekarang.
However, setahun selepas company ni wujud, partner aku resign sebab nak ikut suami ke UK.
Terkontang-kanting aku.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga sekarang, I am still here.

Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda.
Tahun kedua dah selesa banyak.
Tahun 2010 aku pindah ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak. Dari tingkap ofis dah boleh nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.
Happy.

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Allah bagi aku bisnes sendiri, ada company sendiri, ada staff yang boleh assisyt aku, ofis dekat dengan rumah - Dia sebenarnya sedang menguji.

Seolah-olah DIA kata "Now aku bagi kau ofis dekat, bisnes sendiri tak peru terima arahan majikan, sekarang kau tak ada masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".

Tak ada alasan untuk tak solat awal waktu.
Tak ada alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.

Sungguh, memang tak ada alasan dah.
Nak pulak sekarang aku lebih banyak work from home. Lagilah takde alasan.

Bila nampak jiran keluar kerja pagi-pagi Subuh, buatkan aku rasa segan kalau aku sama-sama terkejar sedangkan aku tak ada alasan untuk terkejar-kejar.
Jiran tu terkejar-kejarnya mungkin berpahala kerana dia ada amanah lain untuk dipikul.
Aku kalau sama naik terkejar-kejar juga for no reason, mungkin aku dapat terkejar-kejar yang sia-sia.

Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4 pagi solat sunat.
Mereka penat, perlu rehat sebab kejap lagi lepas Subuh dah nak keluar berkerja.
Bukan tak boleh. Boleh.
Tapi aku pernah kerja makan gaji.
Memang berkira-kira nak bangun awal sebab takut mengantuk di ofis.

Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar ke tempat kerja masih lagi susah nak bangun awal, apa alasannya?
Orang yang berharta akan disoal kelak apa yang dibuat dengan hartanya.
Orang yang berilmu akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Orang yang ada kelapangan masa juga disoal apa yang dibuat dengan kelapangan masanya.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader sebelum ni yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.

Mungkin nilah yang dikatakan ujian Allah tak sama.
Nampak macam nikmat, padahal satu ujian.
Ujian kelapangan waktu ni nampak best di mata, tapi berat bahu yang memikul.
Nampak macam "Kau takpelah, kerja sendiri. Boleh masuk kerja pukul 10am".
Tapi kalau kelebihan itu buatkan kita bangkit tido pun lambat, Subuh pun gajah, makin takde masa nak mengaji - ini bukan nikmat, tetapi musibah.

Jangan menilai rezeki itu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Orang yang kita nampak pagi-pagi gelap dah tersekat dalam jem, kesian kita kata.
Tapi dari sudut pandang yang lain, setidak-tidaknya Subuhnya pasti di awal waktu sebab dia kena bangun awal untuk ke ofis.
Itu rezeki yang besar tu.

Kadang kita tengok life orang tu macam best, macam boleh bersantai-santai, kita mahukan life seperti tu. 
Tapi boleh jadi kita sebenarnya belum bersedia untuk lalui bebanan ujian itu.
Allah lebih tahu, kan.
Boleh jadi kalau kita dapat life seperti dia, kita jauh lebih hanyut. 

Aku tak tahu if apa yang aku ada sekarang satu kelebihan atau kekurangan.
Aku cuma harap aku gunakan peluang ini sebaiknya supaya menjadi hujah kuat aku di depan Allah esok.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang sedang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan melakukan ketaatan.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain.


2022-05-24

Kalau beli everything on credit, that’s not success.


Bilalah agaknya trend "tunjuk kita kaya" ni akan habis.
Mula-mula aku perati je lepas sorang, sorang.
Yang bergambar depan private plane, padahal fotoshop.
Yang tayang beli sport car, padahal sewa.
Yang katanya berjaya beli rumah di usia muda padahal menyewa.
Yang katanya jutawan sangat, rupanya scam duit orang.
Yang tabur duit. Yang campak duit. Yang pijak duit.
Bila nak habis laaa?

Kenapalah menggelabah sangat nak tunjuk diri outstanding padahal tidaklah segah yang diportray.
Why? Whyyyyyy?

Aku tengok pun penat.
Yang menipu ni tak penat ke?
Tak rasa terbeban ke everyday pikir jalan cerita semata-mata nak tunjuk yang diri masih relevan untuk diidolakan oleh BBNU?
Aku tak sure if ini salah satu cabang 'business'.
Berlakon jadi kaya supaya dapat perhatian, dan maybe dapat duit dari situ (hasil dari views video yang tinggi).
Maybe ini satu cabang 'kerjaya' zaman baru kot. Entah, I don't know.

Sejak aku join internet sebagai blogger since 16 tahun lepas, aku menyaksikan ramai yang jatuh setelah memportray diri ada segala-galanya.
Ujung-ujung ketahuan segalanya fake.
Yang pernah jadi founder dengan billboards yang banyak sepanjang hiway pun boleh jatuh.
Yang start bisnes dengan launch di hotel mewah.
Yang pakai duta. Yang buat giveway hadiah grand beribu-ribu.
Lepas sorang, sorang hilang dari market.
Some of them aku kenal.
Some of them bercerita dengan aku how they spend luar dari kemampuan sebab nak kekal relevan.


Kadang-kadang kita jatuh bukan sebab orang lain lebih hebat tetapi kerana kita tak kenal diri kita.
Penting sangat ke orang tahu kita berduit?
Perlu ke bayar puluh-puluh ribu untuk dapat award baru boleh dikatakan berjaya?
Perlu ke ada kereta mewah baru boleh dikatakan success?
Perlu ke campak duit kepuk-kepuk baru boleh dikatakan kaya?
Entahlah, maybe aku dah terlalu tua untuk layan karenah gini.

Tapi bila orang-orang seusia aku spend so much on things yang tak perlu untuk kekal relevan, this is sad.
To me umur 40-an dah umur untuk be realistik dalam tindakan.
Dah boleh pikir patut tak patut. Tak payahlah buat perangai budak.
Inilah natijahnya bila kita pancing perhatian dengan sesuatu yang kita tak punya.
Kita tidaklah sekaya yang kita tunjuk, tapi dek kerana kita dah start memancing dengan gaya mewah, nak tak nak terpaksalah continue the lifestyle walaupun sendiri seksa.
Nak bayar duit tempah baju designer nilai 4 angka, pinjam duit member.
Dare pulak tu pakai alasan "Baju ni kalau aku bawa solat nanti, kau jugak dapat pahala".
Ya sangatlah kau bersolat dengan baju macam nak lalu red carpet Oscar tu.
Dah la menipu lifestyle, menunggang agama pulak tu.

Tak, memang ada orang kisah ke apa kau ada dan takde?
I mean those people ambil tahu about what you have and don't have, are they really ambil tahu because ter-inspired dengan 'kejayaan' kau atau sekadar menunggu masa kau jatuh?
Aku ni whatsapp group member pun tak terbaca, lagikan nak ambik tahu apa dorang ada.
Kawan-kawan aku pakai kereta apa pun aku tak tahu.
Tak kuasa aku nak bertanya.

Penting ke untuk orang tahu apa kita ada?
Penting ke untuk nampak outstanding sentiasa?
Kalau kita outstanding dengan tak perlu berhempas-pulas lain cerita.
Ini jenis yang beria-ia nak buktikan dia terpaling segalanya sampai menjerut leher sendiri, what is your point?
Habis kuat pun tepek gambar pakai baju mahal kat IG. Lepas tu? Lepas tu apa?

Kalau sampai pinjam duit member untuk penuhi kehendak yang bukan-bukan, ini namanya sakit.
Dah 40-an dah pun, jadilah matang sikit
Zaman bersaing-saing pada material ni passlah kat budak-budak.
Takde siapa pun nak peratikan kita bila dah tua-tua ni, kita je yang rasa orang dok perati kelebet atas bawah.
Orang pandang pun sekali limpas je. Done.

Bila mencari perhatian dengan mengada-adakan sesuatu yang kita tak ada, akhirnya penat sebab try too hard untuk meyakinkan orang kita adalah seperti apa yang kita tonjolkan.
Berjaya ni tak semestinya kena tunjuk dengan material.
Kalau beli everything on credit, that’s not success.
Tapi ye lah, nak buat macamana kan, dah zaman sekarang orang ukur kejayaan dengan material.
Tu yang agaknya ramai yang terpaksa tunjuk.
Kalau tak tunjuk karang orang pandang lekeh pulak.
Hmm...sukati. Buatlah kalau itu satu-satunya cara untuk bagi orang yakin kita juga success.
At the end hanya kita saja yang tahu apa kita rasa.
Entah ye ntah tak.


2022-04-24

If you don't have it right now, you don't need it right now.


Aku nampak ini tadi lalu kat newsfeed.
Memang betul apa yang Puan ni tulis.

Berkerja sendiri adalah self-employed.
Jika perniagaan tu tidak boleh berjalan sekiranya bukan kita yang buat, bermakna you are a self-employed, bukan bisnes.
Walaupun ada perkerja 4 orang tetapi jika produk yang diusahakan tidak dapat dihasilkan tanpa kau yang buat, itu juga masih self-employed.
Contohnya, home cooked business.
Walaupun ada tukang ambil order dan runner, tapi jika makanan itu takkan terhasil tanpa kau sendiri yang masak, you are a self-employed.

Apa yang Puan tadi cakap boleh diringkaskan dalam gambar di atas ☝🏻.
Bisnes adalah apabila kerja kau tetap bergerak walaupun kau sedang bercuti 40 hari buat haji.
Kau takde di ofis, masih ada yang respond pada whatsapp customer, marketing masih berjalan, delivery masih berjalan.
This is a business.
Maksudnya business adalah satu sistem yang menggerakkan perniagaan. Kau takde pun takpe.

Yang sedang self-employed jangan triggered dengan tulisan Puan tadi.
Dia bukan memperlekehkan sesiapa, tetapi dia menjelaskan fakta.
Ramai yang triggered nampaknya (di ruangan komen beliau).
Maybe perkataan “kaya” tu yang orang triggered.
Yelah, namanya pun manusia.
Mesti tak suka bila orang kata kita belum kaya kalau masih self-employed.
Jangankan self-employed, yang makan gaji pun rasa sakit hati bila dikatakan makan gaji tak boleh kaya, betul tak?

Kalau dari segi konsep, aku bersetuju dengan Puan tadi.
Tapi kalau dari sudt kekayaan, walaupun dia juga mungkin betul, aku tetap ada pandangan, nak kaya hanya perlu dua perkara iaitu:

1. Kurang spend
2. Banyakkan savings

Itu je formula yang nampaknya menjadi untuk semua orang tak kita bisnes, self-employed atau makan gaji.
Maybe apa yang Puan tu maksudkan adalah keperluan untuk GROW sekiranya mahu lebih selesa.

Aku berpengalaman jadi self-employed.
Memang duit dapat kat kita sorang, tapi PENAT.
Sebab kita sorang berkerja.
Umur muda masih belum terasa.
Kalau umur dah 35 and above nak buat semuanya sendiri hari-hari, eventually kau akan rasa exhausted, burnt out dan mudah nak give up.

Tapi tak apa.
Jangan rushing hanya kerana orang melabelkan kita belum kaya sebab self-employed.
Buat kerana kita mahu buat, bukan untuk dapatkan approval orang.

Years ago I used to think "Kalaulah ada bangunan ofis sendiri..", "Kalaulah ada lebih ramai pekerja...", "Kalaulah aku boleh dapat lebih lagi...", "Kalaulah aku ada kedudukan..”

Selalu ada something yang aku rasa tak cukup, tak ada dan tak boleh buat.
Ada je benda yang aku tak puas hati dengan diri aku, especially bab achievement.
One day aku terbaca “pada hari seseorang itu mati, bermakna semua rezekinya telah habis diberi”.
Dari sejak tu aku belajar appreciate apa yang aku ada SEKARANG.
Because, walaupun ada masanya aku rasa apa yang aku ada now tak cukup, aku percaya apa yang ada sekarang adalah apa yang aku perlukan SEKARANG.
Strength yang aku ada hari ni adalah strength yang aku perlukan SEKARANG.
Mungkin apa yang aku ada sekarang tak cukup untuk esok lusa, but that's ok.
Esok cerita lain. When tomorrow comes, insyallah Allah datangkan kecukupan untuk esok pula.

Bukan maksudnya aku aim untuk hidup untuk hari ni saja. Tak, bukan macam tu.
Dulu aku selalu mengeluh "Kalaulah aku ada tu...", "Kalaulah aku boleh buat macam tu..."
Bukan tak bersyukur, tapi sometimes kita ada rasa "Dah lama aku ada di takuk ni, kalau boleh nak gerak ke level yang lebih ok".
You get me?

Selepas beberapa kejadian, aku mula belajar that, sebenarnya aku dah ada talent, ada qualifications, ada experience yang aku perlu SEKARANG.
It may not be as much as somebody else tapi takpelah sebab segala yang aku ada SEKARANG adalah semua yang aku perlukan sekarang.
Contoh, masa aku pakai kereta aveo green apple, terdetik hati aku nak pakai CRV.
Menggeletis tak hengat nak pakai CRV, for no reason.
That was year 2004.
Stress je rasa everytime CRV potong kereta aveo aku.
Sampai macam tu sekali aku punya teringin.

Lama juga aku pakai aveo, sampai dah run own company baru bertukar kereta.
Sampai dah hilanglah minat kat CRV baru tukar kereta baru 😆.
Bila sampai masanya aku bertukar kereta, aku beli bukan sebab berlebih duit tetapi sebab keperluan untuk dapatkan kereta yang lebih 'tegap'.

Tahun 2010 aku banyak buat demo instrument ke sana sini.
Aku cakap kat En Wan, kalau bawak SUV nampak 'besar' sikit atas jalan, takde la takut kena road bully ke apa ke, sebab aku banyak bergerak sorang.
Lagipun SUV tegap sikit nak mengangkut instrument.
Akhirnya aku beli new car.
Bila dah beli new car aku realized aveo yang aku beli dulu was all I need.
Masa aku tergedik-gedik nak tukar CRV dulu sebenarnya aku tak perlukan lebih dari itu pada ketika tu, takde keperluan pun.
Bila masanya tiba when I need more, Allah gave me new car yang lebih praktikal.

Samalah juga dengan kerjaya.
Masa aku terpaksa berpuas hati dengan kerjaya sebagai seorang sales (sedangkan berangan nak jadi saintist), aku rasa being a sales person was a low-level job.
Setakat nak jual barang tak payah blaja tinggi-tinggi score good pointer.
Terasa rendah diri sangat bila orang tanya, “Kerja apa?"

Allah...malunya nak cakap "Sales and Marketing".
Rasa low class sangat.
Now, baru aku nampak hikmahnya.
Being a sales and marketing exec was all I need back then.
Bila sampai masanya to be promoted, nothing can stand against Allah.

Banyak betul hikmah bersyukur.
Padahal dah tau dah benda ni.
Berbuih dengar cikgu cakap, ustaz cakap, baca buku pun dia cakap benda yang sama.
Banyakkan bersyukur.
Banyakkan bersyukur.
Kurangkan mengeluh.
Kurangkan membanding-bandingkan.
Tapi lumrah manusia kan, always nak lebih dan nak perkara tu berlaku dengan cepat tanpa kaji apa keperluannya.

"Kalaulah ada banyak duit...."

Kalaulah sekarang kita memang perlukan banyak duit dan Allah menahan duit tu dari sampai ke kita, itu maknanya Allah tak adil.
Hakikatnya, Allah sedang atur jalan paling sweet untuk duit tu sampai kepada kita.
Dia tengah line up the right people.
Dia plan masa yang betul supaya duit itu sampai pada kita pada waktu yang tepat di saat kita cukup bijaksana untuk mengatur duit yang banyak.
That means, if you don't have it right now, you don't need it right now. Trust HIM.

Macam kisah Nabi Daud bunuh Jalut dengan lestik.
Kalau Allah nak bagi Nabi Daud machine gun, dah lama Dia bagi.
Tapi Dia tahu dengan lestik tu dah memadai nak bunuh Jalut.
Kisah Nabi Daud bagi pengajaran bahawa apa yang kita ada sekarang adalah apa yang kita perlukan to fulfill our destiny.
Akan sampai masanya bila apa yang kita ada tu tak cukup atau tak sesuai, Allah will give more.

Ketika ada sesuatu mula menghalang perjalanan kita ke next level, pada waktu tu nanti pertolongan Allah yang seterusnya sampai.
So kalau apa yang kita nak tu tak tercapai lagi, jangan pernah terfikir ia takkan terjadi.
Kalau takkan terjadi as we planned, pasti sesuai sangat dengan keperluan kita pada waktu tu.

Pernah tak kita nak menulis sesuatu tapi idea takde.
Puas kita selak buku sana, buku sini, google itu ini, tetap ilham takde.
Segalanya macam tak kena.
Tapi bila waktunya sampai, hah kau, berlumba-lumba ilham keluar sampai otak kau bergerak lebih laju dari tangan.
Apa yang kau tulis pun kadang kau tak boleh baca sebab mencatat terlampau laju.
Orang kata, kalau tulisan tangan kita macam tulisan trengkas, itu maknanya otak lebih laju bergerak dari tangan.

Sometimes bila aku bercakap sorang-sorang, aku bukannya aku berangan.
Kebanyakkan masa aku bercakap untuk diri sendiri, as if sedang memotivasikan diri sendiri.

"Aku kerja sorang..."
--> No! Buat masa sekarang, kerja seorang memadai.

"Staff aku 5 orang. Tak tambah-tambah pun. Orang lain dah bertambah”.
--> No! These 5 people are all I need.

"Bilalah agaknya dapat keluarkan new produk. Takde idea”.
--> No! What I already have in store are all I need.

Itu antara kata-kata yang pernah aku pikirkan bila lepak sorang diri.
So boleh nampak tak kecelaruan orang yang suka bercakap sorang-sorang ni?

Allah lebih tahu apa yang kita perlu dan bila kita perlu.
That's why tak perlu compete dengan orang lain.
Buat menambah stress je bila kita always nak lebih dari orang lain.
Bendanya belum tentu dapat, tapi sakit hati dah dapat dulu.
Kita tak ada keupayaan untuk menang kalau kemenangan tu belum kita perlukan.
Jangan underestimate apa yang kita ada now.
It may look small and insignificant.
Tapi apa yang kita ada now cukup untuk SEKARANG.

Kadang-kadang, tak cukup sekadar kata "Aku percaya Allah ada".
You have to have faith in what Allah has given you too.
Apa yang kita nampak kecil dan tak cukup, tak susah kalau Dia nak pusingkan jadi banyak.
Jangan pandang rendah dengan permulaan yang kecil.

"Kerja dari rumah tak style. Ada ofis sendiri barulah gempak".

"Dapat offer semuanya kerja gaji kecil. Aku nak kerja gaji besar”.


Look. What Allah has given you right now may seem small, tapi jangan sampai membutakan mata hati.
Use what you have, nanti Allah akan tambah.


2022-04-03

Hinaan menjadikan kita hidup, itupun kalau kita mahu berfikir.

Atas nama maruah diri, manusia boleh melakukan perkara gila tanpa kawalan.
Demi menjaga maruah diri, manusia sanggup mempertaruhkan jiwa mereka sendiri. 
Harga diri adalah harga yang tetap, harga diri mesti dijunjung, jadi, "jangan main maruah diri...!" katanya. 
Setiap orang ada harga diri. 
Statement "Saya masih ada maruah diri!", cukup untuk membuktikan bahawa harga diri memang wujud (to varying degrees, of course). 
In general, harga diri meningkat apabila hati/perasaan disakiti, diganggu atau dihina. 
Kata-kata hinaan is powerful enough to be a trigger menaikkan harga diri. 

Umur 12 tahun ke bawah adalah phase terkuat aku.
Zaman kanak-kanak aku dibentuk menjadi sangat-sangat kuat. 
Ini cerita bukan nak perlekehkan sesiapa. 
Bukan juga nak tunjuk bahawa aku sangat cekal. 
Jauh sekali nak membudayakan toxic positivity. 
Cuma aku nak kongsi pengalaman seorang Diana Ishak. 
Terpulanglah bagaimana cerita aku nak dinilai. 

Aku jadi mangsa bully sejak dari kecil. 
Kalau dihina tu, dah biasa. 
Bukan nak bangga tapi itulah hakikatnya. 
Aku dibuli dari usia awal, usia 5 tahun, bukan belasan tahun. 
Kalau ada yang anggap "alah, kau tak rasa apa dia rasa", maaf, kau salah. 
Yang tak berada 'di tempat itu' mungkin kau, bukan aku. 

Seawal umur 5-6 tahun dah merasa kena bully dan kena double standard sebab mak bapak aku bukan orang senang. 
Sampai sekarang aku tak lupa aku dibagi makan atas lantai, pinggan plastik oren dengan alas surat khabar. 
Sedangkan anak orang lain makan kat meja makan. 
Meja makan tu bukan jauh pun. Betul-betul depan pintu dapur. 
Aku makan kat tepi pintu dapur. 
Boleh imagine apa aku rasa? 

Orang kata budak-budak tak faham apa. 
Takkkk. Budak-budak umur 5-6 tahun dah faham. 
Dia tau beza siapa dapat layanan first class, siapa tak. 
Dia tahu orang beza-bezakan dia, cuma dia tak bercakap. 

Anak orang lain makan buah-buah, aku tengok je. 
Tak berani mintak sebab aku sedar diri aku bukan orang senang nak makan anggur macam orang lain. 
Orang susah mesti tau bawak diri. 
Jangan meminta-minta nanti orang makin menyampah. 
Apa orang bagi, ambik. Tak bagi, jangan mintak. 

Anak orang lain tido dalam bilik atas katil, aku tido kat hall alas kain batik. 
Kedengaran macam menipu sangat bunyinya, kan? 
Takkanlah teruk sangat macam tu, betul tak? 
Hakikatnya itulah. 
Gi tanya adik aku, Ima. Dia hidup lagi tu. 
Tanya dia betul tak kitorang lalui semua ni. 

Everytime di skolah tadika aku always pikirkan adik aku yang tengah duduk kat rumah orang [asuhan].
Aku risau boleh ke dia bawak diri? Kena marah tak dia? Boleh tahan tak kalau kena bully? 
Walaupun kalau aku ada pun bukannya aku boleh apa, but at least kalau aku ada bolehlah pujuk-pujuk. 

Kat skolah, seolah-olah kat dahi aku ni ada cop "Please make fun of me". 
Orang panggil aku hitam, keling, muka macam wak doyok [bukan wak doyok fashion designer tu, tapi karakter sorang pelakon indonesia], ejek nama bapak aku, ejek beg skolah aku, ejek camisole aku. 
Itu semua happened masa skolah rendah, masih budak. 

Aku masuk Darjah 1 tanpa beg baru, hanya beg lama bapak aku. 
 Rupanya macam bag bawah ni.
Lebih kurang macam ni beg dia tapi buckle ada dua kira dah kanan. 
Warna dah buruk sikit sebab beg lama. 
1984 budak-budak dah pakai back pack. 
Aku je bawak beg macam ni. 
Itu pun jadi bahan ejek. 

Balik mengadu? Hah beranilah mengadu. Mendapat aku karang. 
Tapi entahlah, maybe dah biasa hidup ala kadar, jadi aku punya expectation tak tinggi. 
Asal ada beg skolah, dah bangga. At least aku tak bawak beg plastik. 

Pergi skolah bawak bekal roti, tak beli makanan kantin pun kena ejek. 
Ejek apa? 
Kena ejek miskin lah. 
Orang lain beli kat kantin, aku bawak bekal. Miskin la tu katanya. 
Roti selet butter je pulak tu. 
Masuk Darjah 2 baru dapat duit belanja, 30 sen. 
Itupun dah bangga gila. 20 sen beli nasi lemak kejung lauk sambal and timun sehelai. 
Lagi 10 sen beli air sirap. 

Sepanjang di sekolah rendah, konsisten diejek hitam. 
Dari umur 7 sampai 12. 
Bukan sorang yang ejek aku. Ramai. 
Pernah aku cuba buat bodoh bila dipanggil hitam. 
Makin lantang suara dia panggil “Kau lah. Siapa lagi yang paling hitam kat sini!”
Berderai orang gelak. 
Aku, senyum. Itu je cara nak elakkan dari beremosi. 
Abis tu aku nak buat apa, kan. 
Warna kulit is something yang aku dapat tanpa aku minta. 
Kalau orang make fun of kulit aku, aku takleh buat apa. 

Aku tak nak argue, apetah lagi nak marah sebab aku taknak bila aku argue, makin banyak penghinaan aku dengar. 

“Oi, hitam!” 

“Nama aku Diana lah”. 

“Eleh, nama je cantik. Muka buruk!” 

You see? Something like that. 
Aku taknak dengar penghinaan yang bertimpa-timpa. 
Jadi, aku ambil jalan untuk senyap sebab aku tak nak trigger more insults. 

Masa skolah dulu aku pakai pinnafore dari Darjah 1 sampai Darjah 6. 
Hari Jumaat pakai baju kurung. 
Darjah 4 aku start pakai camisole setiap kali pakai baju kurung. 
Walaupun tetek belum tumbuh tapi seganlah sebab baju kurung skolah warna putih. Boleh nampak. 

The thing is, aku hanya ada SATU camisole dari darjah 4 sampailah darjah 6. 
Dan camisole tu bukan aku beli tapi aku jumpa kat longgok-longgok baju arwah nenek bawak balik dari Singapore. 
Makcik-makcik aku kat sana suka buat spring clean. 
Setiap kali dorang buang barang, arwah nenek akan simpankan mana-mana yang dia rasa aku boleh pakai, untuk dibawa balik Malaysia. 
Salah satu yang aku jumpa dalam timbunan tu adalah camisole. 
Kebetulan pulak warnanya putih, tapi ada lubang-lubang corak bunga. 
Itulah camisole yang aku guna selama 3 tahun! 
Luckily badan aku tak membesar sangat selama 3 tahun tu maka aku boleh pakai camisole yang sama. 

Darjah 4 and darjah 5 aku hanya pakai baju kurung hari Jumaat, camisole pakai seminggu sekali saja.
Tapi masa darjah 6, aku pakai baju kurung sepanjang tahun. 
Maknanya aku pakai camisole yang sama setiap hari! 
Setiap kali balik dari sekolah, aku cuci camisole dengan tangan. 
Kalau cuci mesin memang tak sempat sebab Mak Aji basuh baju 2 hari sekali. 
Nak taknak, aku kena basuh camisole sendiri. 

Bayangkanlah kalau pakai camisole yang sama hari-hari, hari-hari cuci, apa jadi? 
Lunyai camisole tu! 
Pakai dah 3 tahun, maunya tak lunyai? 
Dia punya tali kat bahu tu dah banyak kali putus. 
Tiap kali putus, aku jahit sambungkan tali tu. 
Dah la camisole tu memang coraknya ada lubang-lubang. 
Sampai membesar jadinya lubang-lubang tu. 
Semua aku jahitkan balik. 

Setiap kali nak salin baju lepas PJ, aku sorok-sorok salin baju sebab camisole aku buruk sangat.
Kadang-kadang toilet penuh, tak cukup masa nak tunggu turn, maka ramai-ramai salin kat luar. 
Pandai-pandailah cover badan masing-masing. 
Aku seboleh mungkin cover dari orang nampak camisole yang aku pakai. 
Nak dijadikan cerita satu hari tu aku tak sedar camisole aku tercicir atas lantai bilik air. 
Masa nak pakai aku tercari-cari mana pi camisole aku. 
Lepas tu aku dengar kawan cakap "Oiii, apa benda ni oiii?" Pastu ramai-ramai gelak. 

Dia cakap "Apa benda ni?", bukan dia cakap "Siapa punya ni?". 
Menunjukkan camisole tu memang buruk sangat. 
Masa tu aku malu nak mengaku itu aku punya. 
Rasa macam tak nak tanggung another ejekan lagi after all ejekan yang aku terima selama ni. 
Aku senyap sampai ke sudah, tak mengaku itu aku punya. 

Sepanjang hari kat skolah aku pakai baju kurung tanpa camisole. 
Masuk je kelas, terus duduk tak bangun-bangun sebab tak nak orang perasan aku tak pakai camisole.
Waktu rehat pun tak keluar. 
Tapi sebab baju kurung kan putih, memang orang perasan aku tak pakai camisole. 
Ada sorang kawan datang kat kerusi and tepuk-tepuk belakang badan aku. 
Aku syak dia sengaja nak pegang untuk rasa samada aku pakai camisole ke tak. 
Tak lama lepas tu semua tau camisole buruk tu aku punya sebab dorang can relate hari yang dorang jumpa camisole tu adalah hari yang sama aku tak pakai camisole. 
Sedih betul aku masa tu. 
Masa tu aku rasa "Kenapalah takde duit nak beli camisole baru”. 
Aku tak pernah mintak kat Mak Aji nak camisole sebab aku tau jawapan Mak Aji "Tak payah nak mengada-ngada lah. Tetek bukan ada pun!". 

Sejak hari tu, bahan ejekan untuk aku bertambah. 
Tahun tu nak UPSR pulak. Mental torture betul rasanya. 
Aku just cakap kat diri sendiri, takpelah, skolah dah tak lama lagi dah pun. 
Kalau dapat result bagus, mesti yang ejek-ejek ni tak berani nak ejek aku lagi. 

Eh betul rupanya. 
Lepas tu jangankan nak ejek, yang tak pernah bersembang dengan aku pun boleh berkawan dengan aku lepas tu. 
Dari umur 5 hingga 12 tahun aku merasa orang buli, orang hina, orang ejek aku beramai-ramai, orang jadikan aku bahan gelak. 
Aku tamatkan zaman kanak-kanak aku dengan penuh bergaya bila dapat offer ke Kolej Tunku Kurshiah. 
Bila news aku dapat masuk TKC tersebar, terus senyap kisah camisole aku. 

Dah ke? 

Ada lagiiiii. 
Yang ni aku pernah cerita berkali-kali. 
Aku kena hina bila pakai baju buruk nak beraya ke rumah kawan yang kaya. 
Dia hina aku depan semua orang, ya. 

“Apa ni? Pakai baju buruk?” 

Sampai sekarang aku ingat lagi ayat tu. 
Depan-depan orang dia hina aku. 
Tapi apa aku boleh buat? 
Aku memang takde baju yang lagi cantik dari tu. 
Itulah baju raya aku tahun tu. 
Itu dah paling cantik yang aku jumpa dalam bakul longgok-longgok. 

Kan kat mall ada area baju gantung. 
Kalau baju longgok-longgok tu selalunya yang sale. 
Baju raya aku hingga Form 5 TAK PERNAH beli yang gantung, semuanya yang longgok-longgok. 
Aku pilih je lah yang terbaik dalam longgokkan tu. 
Perasan aku dah paling cantik dah. 
Rupanya buruk baju tu di mata orang. 

Basikal. 
Ini pun pernah kena ejek. 
Form 1, selepas quit dari TKC aku bersekolah biasa. 
Arwah nenek offer ambik basikal dari kampung. 
Basikal kampung, memang tak gojeslah. Bakul kat depan. Handle terkangkang. Warna pun lusuh. 
Tapi aku ambikkk. Janji tak payah menapak ke skolah. 

Padahal aku yang bawak basikal buruk ni sikit tak rasa apa. 
Yang tak bawak pulak beria malu. 
Ada sorang kawan perempuan, hari-hari jalan ke sekolah dengan aku. 
Dia duduk Fasa 2. Aku Fasa 3. 
Dia takde basikal. 
Hari-hari aku kayuh dari rumah sampai depan rumah dia. 
Dari rumah dia kitorang berjalan kaki ke sekolah di Fasa 1. 
Jalan, ya. Padahal aku ada basikal. 
Tapi takpelah, member punya pasal. 
Aku jalan sambil heret basikal.
Sepanjang jalan bersama, dia letak buku teks dalam bakul basikal aku. 
Aku punya beg skolah kat belakang. 

Ada satu hari tu, dah nak sampai pintu masuk sekolah, dia terperasankan crush dia seorang pengawas tengah jaga pintu masuk. 
Dia boleh tinggalkan aku macam tu je. 
Menonong-nonong jalan laju ke depan. 
Aku macam, apehal kau ni. Tapi aku biar je la. 
Balik dari sekolah dia cakap “Sorilah tadi aku tinggalkan kau. **** ada kat situ. Aku malu basikal kau buruk”. 

Ape kaitannya basikal aku yang buruk tapi kau yang malu? 
Terang-terang aku yang sorong basikal. 
Dah tentu orang tau itu aku punya. 
Rupanya ada orang jaga imej sampai macam tu sekali, ya. 
Berjalan dengan kawan yang ada basikal buruk pun taknak! 

Di sekolah menengah, kulit aku masih menjadi kutukan. 
Yang panggil aku Milo. 
Yang asal dalam buku teks BM ada perkataan ‘manggis’, refer kat aku.
Asal dalam buku teks BM ada artikel berdialog antara Siti, Ah Mei dan Kumari, dorang suruh aku baca part Kumari. 
Tapi aku diam je. Tak balas pun. 
Nak aku jadi Kumari? Boleh je. 

Sorang budak lelaki dalam kelas hina aku, “Siapa nak kalau perempuan hitam?” 

Dari kecil sampai habis sekolah aku hidup dengan buli, hinaan, ejekan. 
Satu-satu aku lalu. 
Bukan sekejap ya. Bertahun-tahun. 

Aku pakai kasut sport Pak Aji (sebab takde sport shoe), kena ejek Ronald Mc Donald Afrika. 

Pakai T Shirt Milo, orang gelar aku Milo bergerak. 

Pakai topi pun orang kutuk “Tak payahlah pakai topi, kau memang dah hitam”. 

Bukan taknak balas jam-jam tu jugak. Tapi aku nak deny apa? 
Nak cakap “Mana ada aku hitam”? Nak argue macam tu? 
Kena bantai gelak lagi ada. 
Jadi aku balas dengan cara lain, iaitu be someone yang membanggakan sekolah. And I did. 
Bila sekolah iktiraf aku, yang mengejek tu senyaplah. Itu je caranya. 

Masa aku matrik, aku pernah dimalukan depan orang. 
Ingat tak aku pernah cerita aku kerja jaga exam di UKM semasa semester break? 
Lecturer di situ tanya aku belajar mana. 
Aku bagitau aku student UNIMAS. 
Rilek je dia cakap “Saya pernah mengajar student UNIMAS. Semua slow, tak macam budak UKM”. Padahal aku tertonggok berdiri depan dia. Tapi aku senyum je. 

Application aku sambung Masters di UKM lulus. 
Dan pointer paling tinggi antara candidate tahun tu, termasuk candidate UKM. 
Walaupun aku tak dapat buktikan pada lecturer tu, takpe. 
Dapat buktikan kat diri sendiri, that’s more than satisfied. 

Alam kerja, aku pernah dibuli oleh sorang pegawai kerajaan. 
Dia transfer ke unit lain sebab dia kata aku rebel. 
Sedangkan di unit baru aku excellent. 
Salah seorang ex-bos aku adalah bekas Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Khairul Adib (baru pencen). 
Dia antara yang fight untuk aku stay di unit tu. 
Tapi pegawai unit lama tak bagi aku stay dengan alasan aku hanya dipinjamkan sahaja. 
Aku macam eh?? Bukan kau ke yang tiba-tiba surun aku pindah atas? 
Takde notice takde apa tau-tau aku kena pindah. 
Bila unit baru memuji-muji performance aku, barulah nak tarik aku balik. 
Tarik aku ke unit lama balik dengan alasan kat bawah tak cukup RA. 
Tapi bila aku sampai ke unit lama, meja and komputer pun tak disediakan lagi. 
Orang bawah pun tak tahu aku ditransfer balik ke situ. 
Bila meja aku dah siap, aku diletakkan dalam kelompok akak-akak kerani, bukannya kelompok RA.
Saja je nak buli aku terang-terangan. 
Tapi, aku kan hati kering. 
Aku buat kerja macam biasa, hinggalah aku resign sebab nak sambung belajar. 

Tahun 2009 company aku jadi panel lab analisis untuk detection of DNA. 
Ada satu hari tu aku kena attend meeting bersama JAKIM dan Kementerian Sains berkaitan dengan outbreak ladang tercemar dengan makanan babi.

Gambar ni aku retrieve semua dari post lama di blog sebab aku tak jumpa dokumen asal. 
Ntah mana aku letak. 
Waktu tu aku masih berahsia nama company aku, tu yang aku cover dengan line putih. 

Masa aku meeting ni, walaupun wakil Kementerian Sains bukanlah pegawai yang ‘buang’ aku dulu, tapi aku proud aku duduk semeja dengan Kementerian, bekas majikan. 
Aku 'diiktiraf' oleh mereka.

Sometimes people tak tahu dengan siapa dia mess with. 
Dia ingat bila dibuli, dihina, diejek, semua orang akan jadi lemah. 
Aku tahu tak semua orang ada ketahanan tinggi, tetapi tak semua orang lembik. 
Kalau kau silap target orang, kau yang akan stress balik bila orang yang kau hina semakin grow bila dihina. 

Setiap orang pernah dihina. 
Nabi-Nabi pernah dihina, dijatuhkan maruahnya di depan khalayak, apetah lagi kita manusia yang biasa-biasa ni. 
Bahkan junjungan kita Rasulullah saw banyak kali dihina sampai ke tahap memudaratkan. 
Diludah Yahudi, dilempar najis, dibalik batu sampai berdarah oleh Bangsa Taif. 
Kehinaan akan sentiasa wujud selagi hayat dikandung badan. 
Ada yang hingga mati dah hancur dalam tanah pun penghinaan itu tidak hilang. 
The essence of the insult ada pada diri kita. 

Sedar tak, dihina menjadikan kita wujud? 
Sebelum kita wujud lagi, mak bapak kita dah lalu semua ni. 
Lambat kawen, dikata anak dara tua. 
Dah kawen lambat dapat anak, dikata mandul. 
Kawen 3 tahun belum dapat beli rumah, dikata-kata lagi. 
Tu semua hinaan. 

Penghinaan ada di mana-mana. 
Belakang, depan, kiri, kanan, depan mata atau sekeliling kita. 
Insults come, face it gracefully. 
Terlalu banyak pujian pun boleh menyebabkan kita leka dan lembik. 

Aku bukan nak membudayakan kutukan, hinaan atau buli. 
Cuma kita perlu sedar benda-benda macam ni ada di mana-mana. 
Kalau orang ni tak buat, orang tu yang akan buat. 
Kalau bukan secara lantang, dia akan buat senyap-senyap. 
Buat group mengumpat, hina kita itu dan ini dalam group mengumpat tu. 

Kita didiklah diri kita supaya jangan menghina.
Tapi kalau kita expect orang takkan hina kita, orang always buat baik, always berlembut, jangan berkasar - kita silap. 
Bukan senang kita nak suruh orang lain berubah sikap. 
Yang paling mudah, ubah sikap kita. 
Bila kita ubah diri, persekitaran akan berubah.



2022-02-10

Konfiden




Kebetulan pulak aku baru lepas membrain-wash En Wan pasal konfiden.
Kisahnya, hari ni dia kena bagi ucapan kat skolah Rayyan sempena Hari Kanak-Kanak.
Dia punya gelabah kena baca teks, dah 2 hari aku tengok dia bercakap sorang-sorang 😆.
Tak, masalahnya bukan suruh kau berpidato atau berdebat kat depan tu.
Suruh baca teks je kot.
Baca je lah, yang nak prektis beria-ia dah kenapa.

Ini sebenarnya ada kaitan dengan percaya diri.
En Wan ni kalau tengokkan academic achievement dia, memang boleh pergi jauh.
Tapi dia banyak menolak peluang sebenarnya.
Salah satu penyebab terbesar adalah kerana dia segan dengan bunyi Tganu yang pekat takleh ubah tu.
Aku pun pelik apesal dia kalau bercakap bunyi Tganu pekat betul.
Ameng Spring tu helok je aku tengok bercakap takde bunyi Tganu.
En Wan ni kalau takde nama WAN kat pangkal tu pun orang boleh tahu dia orang Tganu.
Pekat gila tak campur air. Hahahaha.

Disebabkan 'kekurangan' tu, dia banyak tolak peluang.
Ini pun ntah macamana dia boleh terpilih jadi NYDP.
Sesi 2022/23 depan ni, dah ada ura-ura nak pilih dia sebagai YDP pulak (sebab anak YDP sekarang akan tamat Darjah 6 tak lama lagi).
Dia dah risau. Siang-siang nak tolak offer.
Aku cakap kat dia, dia perlu yakin diri.
Kalau orang yakin dengan dia, kenapa dia tak yakin dengan diri dia sendiri?

Dalam banyak keadaan, kita jadi kurang konfiden kerana kurang menguasai sesuatu.
Contoh, kalau sesekali bercakap depan orang ramai, mesti gelabah. 
Padahal ada point nak cakap, tapi dek kerana benda jarang buat, terus jadi tak konfiden.
Jadi, nak datang konfiden kena kuasai apa yang patut kita kuasai terlebih dulu.
Masa aku Form 1 dulu, ada sorang cikgu melayu mengajar bahasa inggeris.
Cikgu tu bila masuk kelas, muka cuak. Bercakap pun gugup.
Memang ketara sangat.
Rupanya cikgu tu pun baru jadi cikgu.
Walaupun dia ada ilmu, ada ijazah, tetapi kerana belum biasa menguasai position sebagai cikgu, dia agak kurang konfiden.
Alhamdulillah cikgu tu kekal di skolah aku sampai aku Form 5. 
Helok je aku tengok konfiden je dia mengajar lepas tu.

Salah satu punca orang hilang konfiden adalah kerana terlalu memperbesarkan kekurangan diri sendiri.
Memang kita kena sedar diri, kena tahu di mana kekurangan kita.
Tetapi at the same time, kita kena tahu di mana kelebihan kita.
Kalau kelebihan yang kita ada lebih besar dari kekurangan, fokuslah pada kelebihan.
Macam En Wan ni, dia segan bila bercakap ada bunyi Tganu.
Tak, sekarang ni berapa kali setahun kau kena berucap depan orang? Hari-hari ke? Tak, kan?
Habis kuat setahun 2 kali je.
Selebihnya, orang nak melihat idea kita dan cara kita berkerja.
Itu strength yang kita ada.
Ada orang cakap je lebih, bila buat kerja terkibai-kibai.
Orang macam ni nak lead PIBG? Tak function lah jawabnya.

Minta maaf kalau aku tulis ni.
Selalunya, orang yang kurang konfiden ni, dia ada unhappy childhood memories.
Sebahagian besarnya kerana parents yang bersifat kritikal.

Parents yang selalu membandingkan anaknya dengan anak orang lain.
"Cuba tengok anak Cik Yah tu, rajin tolong mak, belajar pun pandai".

Parents yang nak dia jadi someone yang dia tak mahu.
"Esok besar mummy nak Kak Long jadi doktor macam anak kawan mummy. Besar gajinya".

Parents yang tak beri anak membuat pilihan.
"Kasut apa yang kau pilih ni? Tak mau, ibu dah pilih yang ni. Beli ni je".

Jenis parents yang extremely critical boleh mempengaruhi confidence level anak-anak.
Walaupun anak tu nanti dah berjaya achieve banyak achievements, si anak tetap merasa tak cukup kerana dia hanya mahu be THE BEST, bukan second best.
Dah dapat 1st class pun tak puas lagi sebab tak dapat jadi graduan terbaik. Faham tak cakap aku?

Mak bapak jenis ni adalah mak bapak yang impian semasa kecilnya tak terpenuhi, and now dia pengaruh anak supaya memenuhi impian dia.
This is sick.

Tak salah aku, aku pernah tulis hal-hal ni dulu di blog.
Dan banyak dapat respond dari pembaca yang alami childhood trauma macam ni.
Kesannya sampai ke tua.
Semua benda jadi tak berani nak buat sebab terlalu takut terbuat silap.
Lepas tu jadi tak tahu nak buat keputusan.
Akhirnya membontot sampai ke sudah, walaupun terpaksa buat sesuatu yang dia tak suka.
Kena abuse dengan suami pun redha.
Sebab tak reti nak decide apa untuk diri sendiri.
Dan segala-galanya dia menyalahkan diri sendiri.
Suami ada skandal dengan perempuan lain pun, dia salahkan diri sendiri.
Suami jadi biawak kat rumah pun, dia salahkan diri sendiri.
Ipar duai pijak kepala pun dia diam je.
Sebab dia dah jadi tak tahu nak buat decision untuk diri sendiri sebab dah terbiasa hidupnya diatur orang dengan extreme.

Untuk kes sebegini, mangsa kena jadi berani.
Berani buat keputusan untuk ubah diri.
Kalau rasa tak boleh dan pasrah hidup begitu, maka hadap sajalah. Tak payah nak mengeluh.
Tapi kalau tak tahan, takde siapa boleh ubah kita melainkan kita sendiri.

Ada juga penyebabnya akibat dari poor academic performance.
Akibat cikgu buat tak pandang kat dia sebab exam tak excellent, akhirnya dia jadi tersangat rendah diri dan menjauhi semua kawan-kawan yang lain.
Padahal sekarang dah ada PhD.
Walau dah ada PhD, tetap mengelakkan diri dari jumpa kawan-kawan lain.
Dia masih lagi rasa "Ala, aku segan. Korang semua geng pandai-pandai".
Aku macam...kau ni dah kenapa?
Kita semua dah 40an, ada lagi ke yang nak bertanya "Kau SPM dulu dapat berapa?".
That shows how severe impak dikritik dan dikondem.
Bukan semua orang ada semangat yang kuat.
Bukan semua orang ada ketabahan yang tinggi.
Silap kondem orang, merana Hamba Allah tu seumur hidup.

Ingat tak dulu zaman sebelum Covid, kalau hujung tahun je ada Kluster Butthurt Parents yang kondem majlis anugerah kecemerlangan.
Katanya tak perlu raikan mereka yang cemerlang.
Tak patut announce those yang dapat straight As.
Kerana kecik hati mereka yang tak berjaya.
Aku macam...kau ni dulu skolah kat mana?
Dulu masa budak-budak semua enjoy je tengok raptai akhir tahun.
Budak-budak tak pernah bitter pun kawan dapat hadiah.
Sebab dorang pun tahu kawan mana satu yang pandai, mana satu yang tak.
Jadi, kalau ada kawan yang dapat naik pentas, dia tak kisah sebab dia tahu kawan dia tu memang pandai.

Itu adalah salah satu contoh mak bapak yang kurang konfiden.
Mak bapak ni rendah diri kalau anaknya tak berjaya macam anak orang lain.
Bukan apa, takut orang kata dia tak ambik port urusan belajar anak di rumah.
Takut orang kata dia tak pandai sebab tu bakanya tak bijak.
Tu pasal dia pakat bitter sekolah buat anugerah kecemerlangan.
Sekarang bila semua PDPR, masing-masing nampak anak sendiri blaja ke tak blaja, baru senyap.
Helok je pun sekarang skolah buat majlis anugerah kecemerlangan dah takde bunyi dah.
Ada jugalah kebaikan Covid ni.

Anak orang dapat straight As, bitter.
Bila anak orang lain dapat masuk boarding school, bitter.

"Tak dapat masuk asrama takpe, asalkan solat tak tinggal".

Halah halahhh. Ingat yang masuk boarding school tu solat sehari sekali je ke?
Dorang kat asrama tu tiap waktu kena jemaah kat surau.
Tak dibenarkan lansung solat dalam bilik.

Baru-baru ni Redza punya graduation day.
Pagi-pagi maktab dah share buku graduation list pelajar dengan kelas graduation masing-masing.
Ada yang dapat 1st class, 2nd class upper, 2nd class lower.
Siap tulis situ berapa pointer anak masing-masing.
Standardlah kan, zaman kita U pun ada pengkelasan macam ni.
Alhamdulillah, aman-aman je mak bapak congratulate each other.
Takde pun nak bitter bitter, let alone too competitive.
Ni zaman anak-anak. Kita celebrate dorang.
Kalau nak competitive bab academic ni buat time kau sekolah dulu, bukan sekarang baru kau nak compete.
Nak sangat compete, meh sambung blaja dengan course aku kat UPSI tu *tiberrrr*

Lagi satu penyebab hilang rasa yakin pada diri adalah percaya opinion orang lain terhadap diri sendiri.
Jenis yang ambik berat sangat apa orang kata tentang dia.
Samada dia terlalu memikirkan kata-kata orang, atau dia jenis yang tak boleh dikritik lansung.
Look, what do they know about you that you don't know?
Nak pulak dari orang-orang yang kita tak kenal, yang nombor henfon kita pun dia takde.
Orang-orang macam ni dia tak kenal kaulah.
Dia bercakap berdasarkan apa yang dia nampak dari apa yang kau tunjuk saja.

Zaman media sosial ramai orang jadi hilang konfiden sebab inilah.
Terlampau ambil pusing apa orang lain kata.
Jenis yang lagi banyak habiskan masa kat dunia maya berbanding dunia realiti ginilah.
Hidupnya banyak berkisarkan tentang media sosial.
Berkawan pun lagi banyak kat media sosial.
Bersembang pun lagi banyak dengan 'friends' kat media sosial.
Padahal tak pernah berjumpa in realiti.
Bila dorang cakap buruk pasal kau, kau nak depress.
Dah kenapa? Bukan kau kenal dorang pun.

Look, be it online or offline, those people tak hidup dengan kita 24/7.
Dia hanya tahu apa yang kita allow them to know saja.
Kalau kita tak bagitau apa-apa, they don't know what to attack pun.
So whatever you hear about yourself from others, tak perlulah sampai sakit-sakit kepala memikirkan.
Apa yang dorang cakap tentang kita belum tentu lagi fakta.
Maybe they're just expressing their opinions.
Kita lebih kenal diri sendiri.
Apa juga orang kata tentang kita, nilaikan.
Kalau betul, ubah. Kalau tak betul, abaikan. Simple.

Kadang-kadang, kita kena tengok sama ada kita berada di lingkungan yang betul atau tak.
Berada dalam lingkungan yang salah pun boleh buatkan kita hilang konfiden.
Because some people, hanya kerana dia tak boleh buat, dia akan buat kita percaya yang kita juga tak boleh buat.
Hanya kerana dia gagal, dia tanamkan satu kepercayaan yang semua orang juga pasti gagal.
Check your lingkungan.
Kalau lingkungan kita tak mendorong kita jadi lebih baik, tinggalkan.
Bukan suruh putuskan silaturrahim, tapi carilah lingkungan yang baru.

"Kalau keluarga sendiri yang toksik?"

Carilah jalan untuk duduk asing jika itu lebih baik.
MOVE, YOU ARE NOT A TREE.


2022-02-09

Never stop learning because life never stops teaching.


Banyak rupanya benda yang aku nak tulis tapi tak berkesempatan.
Tidaklah busy sangat, cuma kena bagi priority kat perkara lain.
Bak kata omputih, no one is too busy, it's just a matter of priority.
  
Ramai yang minta aku blog pasal trip sehari semalam ke Langkawi baru-baru ni.
Ya, boleh insyallah.
Tapi aku nak tunaikan dulu hutang post yang lebih awal, permintaan orang juga.
Tentang Professional Certificate aku baru-baru ni.

Journey 1 tahun 8 bulan akhirnya tamat minggu lepas. Alhamdulillah.
En Wan paling lega kot.
Selama ni bertahan mengadap karenah aku yang lagi banyak mengadap laptop dari mengadap muka dia.
Kebetulan pulak dalam tempoh setahun lapan bulan tu juga aku menyusun syllabus Program Diploma UPSI.
Dan dalam masa yang sama start RnD 2 produk - one is Delicate Fine Wash (dah released) dan another produk usahasama dengan seorang pengusaha makanan yang join program retort aku tahun 2020 lepas.
Hat ni insyallah minggu depan aku release.
Nanti aku cerita kendian.

Boleh dikatakan setahun lapan bulan yang lepas agak hectic.
Aku tak jangka akan berlaku banyak perkara serentak.
Masa mendaftar course dengan WUR bulan May 2020, ingatkan dapat belajar dengan tenang-tenang.
Maklumlah masa kita baru start PKP1.0.
Aku membayangkan just nice lah waktu-waktu 'senyap' macam ni untuk belajar.
Sekali, proposal diploma UPSI lulus senat.
Maknanya aku dah kena start susun syllabus dan prepare modul.

Imagine, aku perlu study, buat case study dan hadap exam, at the same time aku kena prepare notes dan soalan exam untuk program di UPSI.
Mengah juga nak mendapatkan rentak tu.
Mujur jugalah program di UPSI tu Food Biotech, memang background aku.
Takdelah menggagau sangat.
Cuma, tak bolehlah buat cincai sebab semua modul and exam questions kena capai standard diploma.

But Allah is Great.
Tak sangka journey dengan WUR sangat membantu aku menyusun syllabus UPSI dengan lebih baik.
Course yang aku ambil di Wageningen University and Research (WUR) tajuknya Food and Nutrition.
Course yang aku buat dengan UPSI pula Food Biotech.
Tak jauh beza, malah, apa yang aku belajar di WUR, aku dapat share terus dalam program diploma. Fresh knowledge!

Case study yang aku buat dengan peers di WUR juga sangat membantu aku perbaiki modul and soalan exam program UPSI.
Aku rasa memang Allah nak bagi program diploma UPSI ni jadi.
Sebab setiap kali prepare notes, setiap kali itulah ada saja topik-topik yang kebetulan dibincangkan oleh lecturer WUR.
Sambil belajar, sambil aku mencatat nota untuk tambah dalam modul UPSI.
Berdesup-desup idea masuk.
Macam Allah nak bagi program UPSI tu jadi jugak.
Boleh jadi juga Allah nak aku kekal termotivasi untuk siapkan modul.
Yelah, kalau takde idea memang jem aku.
Silap-silap stress terus tarik diri 😭.
Alhamdulillah program diploma UPSI dah nak mula intake bulan depan.
Registration pun dah dibuka.

Staff grafik aku pula bantu menterjemahkan semua assignment aku dalam persentation slide yang menarik.
Rasanya kalau semua benda aku nak buat sendiri, lembik.
Sebab course WUR ni full time. XZIZ Biotech pula aku takleh tinggal.
Program UPSI pun nak kena disiapkan.
Kalau semua benda aku nak cover, jadi Kak Limah aku.

Everytime buat presentation case study (dalam bentuk video atau slide), aku siapkan notes kemudian pass kat staff. Nanti dia siapkan slides.
Begitu juga dengan program UPSI.
Setiap modul ada chart, grafik dan videos.
Semua tu aku prepare notes and pass kat staff.
Nanti dah ready dia pass kat aku.
Eloklah pass kat budak grafik, dorang lebih pakar bab-bab ni.
Buat presentation slide tak sampai sehari siap dah.  
Kalau aku buat karang, jangankan masak, silap-silap mandi pun aku postpone.

Kalau aku perlukan more input untuk topic yang aku nak masukkan dalam program UPSI tapi takde masa yang banyak untuk baca jurnal, aku buat satu discussion group dengan peers.
Aku create topic yang relevan, nanti peers akan provide input dalam bentuk essay, siap dengan scientific studies.
Aku scan and extract mana yang penting, masukkan dalam modul diploma.
Fuh, terasa macam bijak betul aku menyusun strategi 😆.

Tak, yang sebenarnya Allah dah susun cantik dah.
Dia bagi semua ni berjalan serentak sebab nak memudahkan kerja.
Mula-mula tu nampak macam "Mampus aku kena buat semua serentak".
Bila dah laluinya, rupanya semua ni saling berkait.
Aku boleh tarik sini masuk situ, tarik situ masuk sini.

"Apa sebabnya awak nak sambung study ni?"

En Wan tanya masa aku nak enroll course ni.

Reason utama adalah kerana aku produce own product yang melibatkan benda makan.
Maka aku perlu update knowledge tentang nutrition studies.
Tak cukup kalau setakat nak membaca je. Mesti nak kena ada cikgunya.
Dan aku nak diuji dengan knowledge assessment (KA) dan performance assessment (PA) oleh pakar.

Reason kedua, aku nak GreenArd produce more product in future.
Oleh sebab itu, aku must learn more about genetic and epigenetic practices in relation to nutrition and cardiometabolic diseases including diet-gene interactions.

Oh sebut pasal diet-gene interaction studies ni, again aku nampak jalan yang Allah atur.
Tak sangka pula dalam course yang aku ambil ni, akan ada topic tentang weight management and penyakit yang melibatkan berat badan.
Banyak pulak case study yang kitorang kena buat untuk topic ni.
Kebetulan aku dah ada produk melibatkan weight, at the same time dah banyak buat notes tentang produk (yang aku selalu tepek kat IGS).
Aku juga ada banyakkkkk testimoni pengguna GC Plus and Nutrijuice.
Agak lancar juga la bab ni, especially buat case study dengan semua information yang sedia ada.
Tinggal nak edit sikit-sikit je.
Alhamdulillah, alhamdulillah.

Personally, kat sini aku nak THANK YOU kepada korang yang sudi share testimoni.
Tak sangka testimoni tu membantu aku dalam course ni.

Reason ketiga, sebab aku nak gain more knowledge supaya aku boleh topup dalam program diploma UPSI.
Ya lah, kita nak produce program untuk budak belajar, tak boleh nak cincai-cincai.
Sekali harung kita nak ajar student, kita belajarlah sekali.
Nak buat program diploma, kena buat betul-betul.
Biar puas student belajar.   
Ini pun CEO MJA kata modil aku buat agak tinggi untuk diploma standard.
'Tinggi' bukan bermaksud susah, tapi banyak knowledge dalam tu.
Takpelah, biar student faham yang faham betul.

Ini screenshot dari Learning Management System untuk program diploma. 
Nota dan assessment semua akan dijalankan di sini.
Yang gambar ni contoh soalan yang aku prepare.
You will not only learn tentang what is food, what is bacteria, what is food diseases, what is food safety, tetapi juga menganalisa kes yang melibatkan makanan.
[Memandangkan soalan ini aku dah bocorkan, kejap lagi aku tukar ke soalan lain].

Dalam program diploma ni aku tak touch banyak dalam food processing.
Hat tu nanti masa Bachelor program, insyallah.
Diploma ni kita bagi topik yang ringan-ringan dulu, tapi padat.

Bagi aku, belajar ni jangan berhentilah.
Ambiklah course apa-apa pun, jangan sampai stop belajar.
Especially founder-founder produk.
Ilmu tentang produk yang kita jual tu kena ambil tahu.
Bila kita tahu apa yang kita jual, lebih banyak manfaat kita boleh bagi dan semakin luas cabang kita boleh pergi.
Aku sendiri tak sangka aku akan jump ke bidang education pula.
Tak rugi invest kat diri sendiri.
 


Boleh register sini: Program Diploma


2022-01-18

Peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.


Pernah ada yang bagitau aku, melalui penceritaan aku tentang kisah aku dari kecik sampai besar, hidup aku penuh dengan peluang.
Peluang dapat wakil Malaysia ke Jepun.
Peluang ke sekolah berasrama penuh premier.
Peluang wakil sekolah, daerah dan negeri dalam pelbagai competition.
Peluang wakil Universiti berjumpa Perdana Menteri.
Peluang dapat course yang benar-benar aku boleh kuasai.
Peluang dapat kerja yang sama dengan bidang aku belajar.
Peluang kenal orang-orang berpengaruh yang akhirnya membawa aku jump ke dunia bisnes.
Peluang this and that...

*melepaskan lelahan yang panjanggggg*

Tadi aku extract email lama sebab aku nak buat case study pasal kolagen.
Selain menggunakan produk sendiri [Gloei] sebagai input case study, aku nak guna projek aku dengan customer dulu sebagai bahan men-defend case study.
Aku pernah ada projek dengan customer pasal kolagen.
Jenuh aku malam-malam scroll sampailah ke email tahun 2014, akhirnya jumpa!

Jellyfish collagen project.
Salah satu projek tentang kolagen I worked on, with customer.

Ini another collab dengan customer pada tahun 2012 (lebih awal dari projek jellyfish), also berkaitan kolagen.
Tapi masa ni aku nak buat analisis DNA untuk pastikan DNA collagen tu bukan dari sumber babi.
Aku akhirnya come out with protokol untuk extract DNA dari minuman berkolagen.
Dr Jong ni senior aku masa kat UNIMAS, we share the same lab and supervisor.
Tapi masa aku bersoseh buat final year, dia tengah buat PhD dalam lab tu.
Bia dah kerja, eh jumpa balilk. Jadi customer aku pulak tu.

Masa aku buat projek ni lansung tak terlintas dalam fikiran untuk keluarkan produk berkolagen.
Padahal ilmu dah ada sikit.
Pengalaman pun dah ada sikit.
Kenal beberapa pakar yang boleh collab untuk keluarkan produk berkolagen sendiri, tapi masa tu tak pernah terfikir.
Waktu tu aku seronok buat biotech work.
Lansung tak terfikir rupanya kerja-kerja ni adalah persiapan and latihan yang Allah nak aku jalani sebelum DIA pass GreenAard kat aku.

Bila teringat orang pernah kata hidup aku penuh dengan peluang, hmm...
Selalunya bila orang nampak kita dah berjaya, segala apa yang kita capai kelihatan seperti satu peluang dan luck.
Nampak macam apa yang kita buat jatuh tepat pada waktunya.
Macam path kita smooth gitu.

Sebagai contoh, sedang aku dalam mood nak buat case study tentang kolagen, aku dah ada actual produk iaitu Gloei, yang dah pun dipasarkan, dan ada banyak testimoni.
Gloei bukan produk berkolagen tapi the konsep adalah untu stimulate kolagen.
Dalam masa yang sama aku pernah berkerjasama dengan customer buat another kolagen project (haiwan).
Semua ni material yang membantu aku menyiapkan case study.
Kelihatan macam aku ada segala yang aku perlukan untuk siapkan kerja aku.
At the same time, aku ada staff grafik yang boleh preparekan presentation slide yang menarik.
Aku tak perlu susah-payah macam orang lain semua nak buat sendiri.
Aku hanya perlu prepare apa yang aku nak tulis dan sampaikan, nanti staff aku terjemahkan dalam bentuk persentation slide.
Nak konsep animation? Konsep profesional? Cakap je, nanti dia buatkan.

Nampak macam "Beruntungnya dia. She is so LUCKY!"

Sedangkan behind the scene, pada tahun 2014, masa aku turun naik lab dengan customer bersengkang-mata siapkan paper work dan segala tok nenek RnD untuk projek kolagen ni, satu orang tak tau.
Satu orang tak nampak aku ke sana sini dengan sample, dengan reagent, dengan kits, balik rumah buat paper work sampai malam, sambung ke besok.
Pada ketika tu, semua aku buat sendiri.
Presentation slide buat sendiri.
Present sana sini untuk cari dana for commercialization, pun buat sendiri.

Sebenarnya no such thing as LUCK semata-mata.
We need luck but we should not only leave things in our luck because - "99% hard work and only 1% luck can achieve success”.
Apa yang kelihatan seperti "peluang dan luck" sebenarnya banyak dibantu oleh pengalaman.
Pengalaman dulu banyak membantu memudahkan apa yang diusahakan sekarang.
Sekarang pun tak mudah sangat, cuma pengalaman yang lepas-lepas tu membantu bagi clear sikit jalan sekarang.

Dulu masa aku join customer buat projek kolagen, buat projek saffron, aku tak tahu pun what I will get in return.
Aku cuma rasa aku tengah berkerja.
Walaupun orang kata aku buat kerja bodoh suka-suka nak tolong customer buat projek padahal nama aku tak tertulis pun dalam jurnal dia.
Yes, maybe aku memang suka menyibuk-nyibuk nak terlibat dalam projek orang lain.
Tak dapat apa-apa pun takpelah, aku cuma suka bernetwork.
Dapat sama-sama memahamkan projek customer and help apa yang aku boleh.
Sama naik aku mengkelebet jurnal pastu highlite point-point penting and pass kat customer.
Dah kenapa aku menyibuk sangat ntah.

Little that I know rupanya aku akan produce produk sendiri yang melibatkan kolagen, melibatkan penggunaan saffron, melibatkan penggunaan Garcinia and pegaga, etc.
Masa nak buat nampak macam wow semua resources aku dah ada.
Dah pernah ada pengalaman buat itu.
Dah kenal orang ini.
Dah ada resources itu, resources ini.  
Ketika tu nampak macam semuanya jatuh tepat pada waktunya, padahal dia punya 'training' dah start beberapa tahun sebelum tu tanpa aku sedar.

Setahun yang lepas, masa aku buat case study tentang overnutrition, penilai projek cakap aku punya case study agak solid inputnya.
Agaknya sebab ketika ni dah ada produk weight loss sendiri, ada supporting testimonials pulak tu, dan pernah buat projek dengan customer.
Semua tu serba sedikit membantu aku menulis case study aku dengan agak baik.

Alhamdulillah semua ni bukti kebesaran Allah.
Hanya DIA tahu kenapa dia meletakkan kita di kedudukan itu dahulu.
Kerana DIA dah susun takdir kita akan lalui ini dan itu selepasnya.
Sekarang, kalau toleh belakang and tengok perjalanan kita, mesti kita nampak kenapa kita berada di situ pada ketika tu.
Kerana kalau kita tak lalui perkara tu, kita takkan jumpa kedudukan sekarang.
 
Kedudukan sekarang pun satu hari nanti bila toleh belakang barulah faham "Oh, patutlah dulu DIA bagi aku buat tu, kerana aku boleh buat ni hari ini".

Perjalanan kita ni berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain.
Kita je yang mengaku-ngaku dah berjaya. Padahal belum apa-apa pun lagi. 
Hanya berpindah takdir saja.
Maka, ketika kita berada di titik ni, buat sehabis baik.
Itu saja formulanya.

Ini lagi satu takdir. Tahun 2014 juga ni.
Email pertama dari Ayda.
Alahhh, Ayda kawan aku yang buat Halal tu.
Yang sekarang menyetan bersama-sama aku tu. Hahahah.

Suami Ayda adalah pembaca blog aku. Ayda bukan pembaca blog.
Ayda got to know aku dari husbandnya bila Ayda mencari company yang boleh buat DNA analysis, dan she got to know me.

Dulu aku panggil dia Salma, gitu.
Sekarang "Wei setan, jom lepak Gula Cakery" 😆.
Bukan main lagi sopan aku punya reply kepada Ayda.
Ini kalau Ayda baca balik email ni konfem dia bladihel-kan aku. 

Aku buat DNA analysis (halal), manakala Ayda buat pengurusan Halal.
Bila CEO Mega Jati Academy minta aku buat program Food Biotek and Halal, aku tarik Ayda sekali.
Sekali imbas nampak macam peluang tu datang begitu je, kan?
Hakikatnya benda dah mula awal.
Aku je tak sedar semua yang aku buat dulu membawa kepada satu takdir yang baru.
Allah dah susun aku akan buat apa, kemudian berkenalan dengan siapa.

Dulu takdirnya buat Halal DNA analysis dan kerja-kerja lab.
Kemudian berpindah ke takdir mengeluarkan satu program akademik yang ada kaitan dengan kerja-kerja terdahulu.
Benda yang tak pernah terpikir dan tak pernah dirancang, tapi Allah susun perjalanannya supaya akhirnya aku boleh buat satu benda yang baru.
Tak tau apa lagi selepas ni. Buat jelah dulu apa yang ada.

Begitulah jalan takdir.
Hanya bila kita dah dikedudukan yang agak selesa, orang assume segala yang kita capai adalah mudah.
Jarang orang nak acknowledge our hardwork, kerana menganggap kerja kita senang dan siapa-siapa pun boleh buat.

Sebenarnya kita semua memiliki peluang yang sama cuma peluang tu datang dalam bentuk yang berbeza.
Peluang tak datang dalam bentuk yang obvious.
Selalunya ia datang dalam bentuk yang kita tak sangka bahawa itu sebenarnya adalah peluang.
That's why Richard Brandson cakap "If someone offers you an amazing opportunity, and you are not sure you can't do it, say YES and learn how to do it later".

Kalau terasa-rasa macam nak join Program Diploma Food Biotek kat UPSI tu, join saja.
Siapa tahu, ini adalah titik tolak satu takdir baru in future. 


2021-08-29

It’s not only minat, but disiplin.


Hari ni Redza start exam.
Tak sure exam apa, maybe exam akhir tahun, sebelum trial SPM.
Hari ni first day, paper Add Maths!

Zaman aku dulu, tahun 1994, asal first day je mesti BM.
Pastu esoknya, BI.
2 hari ni memang kau tak jumpa paper lain melainkan 2 subjek ni.
Selalunya day 3 baru Math.
Maknanya aku ada extra 2 hari untuk belajar subjek lain (masa tak exam tak nak blaja, dah minggu exam baru nak blaja 😆).
Kalaulah cikgu aku letak Day 1 Add Maths, konfem the whole week aku murung.

Add Maths.
Maths.
Fizik.

Ni semua bukan subjek yang aku minat semenjak darjah 1.
Walaupun masa UPSR Maths dapat A, tetap itu bukan subjek yang aku suka.
Aku pulun sebab nak kejarkan A je.
Tapi disebabkan Maths tu subje wajib, nak tak nak sampai Form 5 aku kena hadap.

Bila aku aim nak masuk aliran sains, maka subjek puaka ni tak boleh lari.
Dia tambah pulak lagi satu - Add Maths.
Dah lah text book Add Maths tebal gila!
Aku tengok buku teks tu pun macam “apa benda yang banyak sangat kau nak aku blaja ni..?”
Masa tu aku bajet, takpe, kena hadap Maths and Add Maths sementara nak habiskan SPM je.
Esok, dah dapat masuk U, ambik course yang aku suka kat, takyah dah hadap Maths Fizik ni semua.

Selalunya, kalau esok tu exam BM, BI and Maths, malam tu aku study subjek lain.
Tak kuasa aku nak hadap Maths.
Fizik, Maths and Add Maths, aku aim lulus je cukuplah. Tak kuasa nak beria.

Lainlah En Wan.
En Wan memang aku kena akui dia punya maths power gila.
Even sampai sekarang pun dia boleh jawab soalan Fizik dan ajar Fizik kat anak dia.
Maths and Add Maths jangan cakaplah, aku syak dia telan buku teks dulu.
Add Maths A, Maths A, lepas tu ambik cpurse engineering entah berapa banyak maths lagi dia kena hadap.

Dulu aku kesian dengan Redza, dari Darjah 1 sampai Form 3, walaupun maths dia always A, still tak dapat impress bapak dia.
Sebab A yang dia dapat bukan 100%.
En Wan punya konsep, Maths ada 10 cara penyelesaian, tapi jawapan tetap 1, jadi takde reason tak boleh dapat full marks.
Eh apa kegila?

Tapi bila exam IGCSE tahun lepas Redza dapat straight As yang mana Maths dapat A* (A+) dan Add Maths dapat A, barulah En Wan senyap sikit sebab dia tak ambik paper IGCSE jadi dia tak boleh compare pencapaian Redza dengan dia.

Masa SPM Maths aku C3 je (kalau gred SPM sekarang, A-).
Add Maths banyak sikit nombornya, C6.

Tahun 1994, gred markah macam ni:


Maknanya markah Add Maths aku sekitar 60-64 je.
Zaman dulu, Add Maths dalam 45 pun dah boleh berlagak sebab yang fail selalunya 3/4 dari kelas 😆.
Itu skolah aku lah, skolah orang lain aku tak tau.
Tapi skolah berasrama, result A1 and A2 untuk Add Maths ni benda biasa.
Kawan-kawan aku yang masuk asrama, bersepah-sepah Add Maths A1, termasuklah En Wan.

Tapi masa tu aku macam, alah takde hal lah.
Maths je pun. Bukannya aku nak jadi engineer.
Dah terbayang depan mata aku bakal jadi ahli saintis, goncang-goncang tabung uji. Wahh gitewww.

Tahun 1995 masuk matrikulasi, tengok-tengok ada subjek Maths.
Eh binawe betul ada maths jugak kat sini?
Hmmm…nak taknak terpaksa hadap.

First year, masuk faculty Sains and Teknologi.
Good. Aku memang aim nak masuk sini pun.

First year best gila.
Semua subjek aku suka.
Walaupun Kimia ada melibatkan kira-kira tapi itu kira-kira yang aku suka.
Biologi lansung takde mengira, memang suka sangatlah!

Sekali time second year ada Kalkulus and Algebra! Hanat betul.
Kalkulus Algebra sekolah menengah pun aku terkial-kial, now nak hadap taraf universiti punya?
Masa tu aku dah bajet CGPA mesti jatuh ni. Konfem!

Tapi sebenarnya kalau ambik course yang ada subjek kau tak minat, maknanya kau sedang memperjudikan nasib.
Dalam kes aku, aku lansung tak tahu yang course aku akan ada subjek maths.
Waktu aku realized, dah second year dah pun. Takkan nak tukar course.
Nak tak nak, kena lalu jugak.

Seriously, sepanjang aku blaja di U, subjek Kalkulus and Algebra nilah lah aku paling pulun sekali sebab aku tak mahu transcript aku ada sebarang C.
Aku aim nak kekalkan 3.0 ke atas sebab misi aku cuma satu - aku taknak bayar balik loan.
Dalam kelas Maths aku memang tumpukan perhatian kaw-kaw walaupun lecturer tak hensem *tiberr*.
Aku pastikan buku rujukan yang lecturer suggest, aku dapat dulu.
Habis je kelas, zassssss terus pi library (CAIS) untuk dapatkan buku tu.
Lepas tu aku kepam tak pulangkan that buku sampai habis semester.

Pentingkan diri sendiri?

Yes, memang.
Memang aku pentingkan diri sendiri simpan buku tak pulangkan.
The thing is, CAIS tak cari aku pun.
Kalau buku tu ada orang queue, dah tentu nama aku terpampang kat notice board tak memulangkan buku.
Nampak sangat takde orang pun nak buku tu.
Toksah la mengata aku selfish.

Ada orang, di sekolah bangang maths, tapi kat U improved.
Mungkin aku antara orang yang lulus dalam perjudian ni.
Aku dapat A for that subjek.

Dah 26 tahun aku tinggalkan UNIMAS, masih terngiang-ngiang lagi lecturer tu cakap ada 13 orang saja dapat A.
12 orang Chinese, dan sorang Malay mix Latino 😆.
Sampai sekarang mikir apesal aku macam bangang sangat Maths kat skolah dulu?
Adakah aku benar-benar bangang, atau aku simply tak berminat?

Mungkin betul, jangan perjudikan nasib ambil sesuatu - be it study atau kerjaya - kalau takde minat.
Tetapi kalau misi yang kau nak capai memerlukan kau hadap perkara yang kau tak minat, maka bertabahlah dan teruskan.
Itu lebih baik dari buat sesuatu yang kau minat tapi kau tak nampak hala tuju dan future.

Bila aku dah habis blaja, dah kerja, dah melompat dari satu kerjaya ke satu kerjaya, aku realized yang tak semua benda perlukan minat.
Kadang-kadang ada minat tapi takde disiplin pun kelaut juga akhirnya.

Kebanyakkan yang kerja jual credit card, jual insurans, MLM - asal-asalnya bukan minat sangat pun kerjaya tu.
Tapi disebabkan ada misi, maka hadap juga dan buat.
Yang membezakan kita success atau tak, bukanlah ‘minat’ tetapi ‘kesungguhan’.
Kalau combo ‘minat & kesungguhan’ lebih bagus.

Dulu aku minat nak buat kerja lab. Nak jadi saintist katakan.
Lepas aku tersangkut 15 jam dalam lab dan research aku tak menjadi, terus terkubur cita-cita nak jadi saintist 😆.
Tapi masa tu dah final year dah pun.
Nak patah balik pun tak dan, teruskan je lah dan tawakkal aje esok dah grad nak jadi apa.

Bila dah kerja, slowly aku nampak yang aku minat adalah sains, bukannya nak jadi saintist.
Passion aku kat sains masih strong sampai sekarang.
Walaupun ada kerja lab, itu hanyalah sebahagian dari kerjaya.
Tapi minat sebenar adalah anything to do with sains - be it teaching, lab work, buat food RnD.
Bila kita minat dan faham tentang konsep sesuatu, kita boleh diversify ke banyak perkara, insyallah.

Ramai yang buat sesuatu sebab minat.
Contohnya, minat menjahit.
Tapi macam tu jugak la mesin jahit bersawang.

Minat melukis.
Tapi pegang pensil warna sebulan tak sekali.

Minat membaca.
Tapi satu buku sebulan pun tak habis.

Minat memasak.
Tapi masak seminggu sekali.

It’s not only minat, but disiplin.