2010-06-30

Upah



Sebenarnya aku dah lama peratikan situasi ni.
Lokasi adelah rahsia.
Tapi kalau ada yang rasa apa yang aku ceritakan ni pernah korang alami di tempat korang, silala share pandangan. Sebab aku rasa situasi ni agak pelik lagi janggal untuk aku yang boleh tahan jahil.


1. Tahlil

Kalau kat kampung nenek aku dulu, zaman-zaman orang tua lelaki masih ramai kat kampung, everytime we all buat kenduri nak sambut puasa, nak sambut raya or kenduri arwah memang nenek aku jemput orang masjid. Dan selalunya yang lead the tahlil adelah Imam masjid tu. Benda ni rasanya biasa berlaku kat mana-mana pun kan?
Cuma sejak 15 tahun lepas, orang lelaki kat kampung pun banyak yang dah meninggal (kes stress dapat bini mulut cam puaka), yang tinggal pun orang-orang tua pompuan je, so tahlil akan di-lead oleh Pak Aji.

Tapi, aku pernah tengok kat satu tempat ni, dah la tahlil orang masjid yang jalankan. Anak-beranak tukang anjurkan tahlil ni takde pulak join sekali dalam tahlil. Entah mana meruyup semuanya hilang. Itu yang lelakinya. Yang pompuannya pulak, walaupun kau duduk kat dapur terpisah ruang hall and dapur dengan langsir, tak bermaksud ko boleh memekak kat dapur tu. Time orang tahlil, ko pun join la sekali. Ini takkk. Masing-masing dok cerita hal masing-masing. Masa tu la nak potong agar-agar, nak senduk lauk. Padahal tahlil lom habis lagi. Aku yang nak join berzikir pun tersekat-sekat. Dah la aku ni jarang berzikir. Kejap-kejap dia suruh aku hulur pinggan, kejap kang suruh aku lipat tisu.

Tapi sorang-sorang kalau bercakap hal agama kemain hebat lagi. Time tahlil memekak.

Bagi aku, kalau tahlil bermula je, kau duduk depan ke, dapur ke, ko kena hormat and join the tahlil. Kalau kau takleh baca, ko diam. Nak senduk-senduk lauk ke apa, kendian. Kat kampung aku, asal tahlil start je, yang ada kat luar semua kitorang perambat masuk rumah. Bersempit-sempit la korang kat dalam rumah tu tapi kena join the tahlil. Kalau tak, buat apa ko datang?



2. Baca Yassin

First time dalam hidup aku, aku dengar sistem 'upah orang bacakan Yassin kat kubur'.
Yang tukang bacakan Yassin tu pulak takde sangkut-paut dengan si mati.

Pelik gila. Tapi tu la yang terjadi.

Bukan ke lebih baik kalau ahli keluarga si mati sendiri yang bacakan Yassin.
Yang nak upah-upah tu kenapa?
Macam la tak boleh sedekah Yassin tiap-tiap malam Jumaat kot ye pun kau malas nak duduk lama-lama kat kubur. Bila aku tanya taknak buat kenduri arwah ke?

'Takpe, dah upah orang mengaji kat kubur'.

Whatever lah. Tapi ni first time aku dengar sistem 'upah mengaji'. Kalau upah haji tu memang ustazah aku ada ajar.


3. Solat hajat

Ada satu keluarga yang berhajat nak bukak bisnes.
So, dia nak buat makan-makan.
Aku ingatkan the 'makan-makan' tu adelah kenduri.
Rupanya tak. Memang betul jemput orang datang makan saje.

Then aku nampak satu pakcik tengah sembahyang sorang-sorang kat tengah ruang pejabat.
Aku tanya 'Apesal Pakcik tu sembayang tengah-tengah dunia?'

'Kita upah dia sembahyang hajat'

WTF??????

Kau yang nak berbisnes, orang lain yang tukang doakan untuk kau???
Yang kau pulak, toksah kata nak join the solat sekali but bersembang kat luar.
Yang orang tua takde kena-mengena ni dok tonggang tonggek berdoa untuk kau.

Bila aku soal balik (aku kan memang banyak mulut a.k.a celupar), 'Apesal kita tak buat sendiri?'

'Orang sini memang tak biasa buat. Kita upah orang je'.




Aku yang jahil ke atau ni pesen baru?

Berhenti kejap boleh tak?



Hari ni bibik aku balik.

Malam kang kitorang hantar dia. Maka bermulalah episod segala benda buat sendiri. Dah lama dah aku tak buat keje terkangkang-kangkang sensorang kat dapur. Selalunya kalau aku masak, dia tolong basuhkan kuali periuk, kalau aku goreng-goreng, dia tolong kupaskan bawang. Nowwwwwwww...selamat berkuntau sensorang di dapur Diana!

Selalunya bila bibik nak balik aku takkan stress sebab aku rasa cam bahagia dapat life aku balik hidup bertiga. But this time, aku stress sikit.
Dah la aku ni kejap bleeding kejap ok.
En Wan pulak nak gi Japan Ahad ni.
Bibik pulak takde.
Mak Aji pulak asik la suruh aku bed rest.
Apekejadahnya aku nak rest kalau aku sorang je yang diharapkan nak handle segala benda dalam rumah ni sok? Mau tertangkup jugak aku kat tangga.

Semalam, one whole day memang aku manjakan diri melepak atas katil layan segala tok nenek movie yang ada sambil facebooking. Satu keje opis aku tak sentuh. Konon nak bentikan bleeding. Gila sangap duduk atas katil je keje. Lain la kalau ada En Wan sekali kan, memang cukup suka aku duduk atas katil. Tak cukup kat atas, aku sambung kat bawah katil pulak.

Esok pagi Mak Aji datang rumah, dia cakap nak tolong masak-masakkan untuk aku. Dah macam berpantang pulak, padahal bleeding je (je??)

Tapi dia dah warn aku suruh tido bawah jangan naik turun tangga segala. Siap suruh Ibal ambik half day off Isnin depan, teman aku tido first nite En Wan takde kat rumah. Dah macam kena torture okkkk. Kang aku lari dari rumah kangggg!

Memang la best mak jaga kita kan, boleh gak teman-teman bergossip. Gossip ngan Mak Aji best okkkk. Ko boleh cerita pasal apa je, memang masuk je dia ni. Cuma kesian kat dia, Mak Aji ni bukannya sihat sangat. Buat-buat sihat je. Lagi satu hal pulak, Pak Aji kalau duduk rumah aku konfem aku takleh bangun Subuh 6.30am ni, kul 5.50am dia dah gegar pintu bilik aku. Agak stress di situ okkkk.

Nak duduk Bangi terus selama En Wan takde ni, kesian pulak Redza terpaksa ponteng skolah. Anak aku ni on je kalau aku kata takyah skool. Siap cakap 'Thank you, Ma' lagi kat aku.




Mengada-naga eh aku?
Laki pegi berjuang 5 minggu pun nak gelupur kecoh satu Malaysia tertekan.

Kalau tak kerana bleeding konfem aku leh buat semua bendadengan cool dan tak gelupurnya. Tapi disebabkan bleeding semua benda jadi huru-hara. Terpaksa limitkan pergerakan. Mana aku tak stress??






2010-06-28

Balik-balik aku je yang paling best!



Kenapa lah ada manusia yang suka sangat mempoyokan diri secara terang-terangan?

Ada satu hamba Allah ni, dari dulu lagi aku dok mendengar je orang citer pasal dia suka sangat mengkondem orang. Semua yang ada kat orang lain semua tak best, balik-balik dia je yang best.

Kalau kau cerita pasal kereta Evo, walaupun dia takde keta tu tapi nanti dia kata dia penah naik Pakcik dia punya Evo, takde la best manaaaaa. (memang la tak best sebab ko menumpang je, bukan kau yang bawak)

Kalau kau cerita pasal kau buat macaroni bakar, nanti dia kata dia pun buat jugak tapi pakai cheese yang diterbangkan khas dari Switzerland, tak main la beli kat Giant (ok yang ni aku ekzejeret tapi lebih kurang macam ni la tahap cibai dia bercakap)

Kalau kau cakap ko plan nak gi HK, nanti dia cakap dia kecik-kecik dulu dah pegi dah, now plan nak pegi kali kesembilan. (tapi tak pegi-pegi pun. Tunggu jet peribadi siap kot)

Sampaikan ke satu tahap kalau ko cerita about something yang best like cerita hantu ke kan, nanti lepas kau cerita tu dia sambung 'Eleh, aku punya cerita lagi best..'. Memang dia je la yang best. Orang lain tak. Sukati kau la kalau cerita kau lagi best pun, tapi aku tak nak dengar.

Kalau cerita bab anak lagi kau tak boleh lawan okkkk.
Sebab anak dia yang paling bijak sekali, anak orang lain konfem takleh lawan punya.


Poyo : Anak u berapa bulan?

Mangsa : 7 bulan

Poyo : Dah pandai jalan?

Mangsa : Belum lagi.

Poyo : Lambatnyeeeeeeeeeeee. Anak I umur 5 bulan dah pandai jalan. Umur 2 bulan dah ada gigi 2 batang.


Lebih kurang camtu la.
Semua dia yang best.

So mangsa kali ni adelah aku.
First time kena ni.


Poyo : Gi mana hujung minggu ni?

Aku : Takde kemana. Lagipun nak gi skolah Redza jap jumpa teacher dia.

Poyo : Ambik report kad ke?

Aku : Takde lah, bayar yuran (sebenarnya mmg ambik report kad tapi aku malas nak layan bersembang ngan pompuan ni)

Poyo : Takde ambik report kad ke?

Aku : Takde.

Poyo : Eiiiiiiiiiiiiiiiii, sekolah apa yang ko hantar anak ko ni, takde report kad????


Walahweiiiiiiiiiiiiiiii, memang menguji keimanan okkkk.
Pakkal aku mengandung. Kalau tak memang biru muka dia aku tarbiahkan.








Bleeding lagi



Apa la nasib aku niiiiiii...Sabtu malam bleeding balik. Dia bagi aku rest 3 hari je, pastu dia start balik. Puncanya, aku berdiri lama sangat kat Toys R Us tunggu Redza pilih mainan. Tetiba je aku rasa nak pitam. Seb baik sempat pegang En Wan. Memula ingatkan aku lapar, tapi pikir balik lapar apekejadahnya, baru je lepas makan Black Canyon. Takkan lapar? Tapi aku dah terasa sakit2 kat bahagian bawah perut. Balik rumah terus gi check spender, konfem! Berbulu je aku. Takkan la nak suruh aku baring doplohpat jam kotttttttttttt. Dah la pasni aku ngan Redza je ada kat rumah, semua benda nak kena buat. Habis kalau dah terbongkang atas katil je keje, apa kes?? Dokter pulak asik suruh aku bed rest. Aku bukan taknak rest la dokterrrrr, aku sangap okkk baring lama-lama. Boleh jadi bangang okk tido banyak.

So, aku decide takkan masuk opis selama En Wan gi Japan ni, dok umah je buat keje. No appointment. Nak meeting kalu, on skype.

Tapi, aku ni pulak satu hal punya tebiat kalau dah duduk rumah memang takleh diam. Kang mula la alu nak pegang penyapu, dah pegang penyapu nak pegang mop pulak, pastu kang dah siram pokok tangan aku gatal nak pi basuh porch sekali. Last-last aku tertonggeng jugak kat rumah ni sensorang. En Wan dah terpisat-pisat memikirkan apa jadik kat aku 5 minggu dia takde ni. Takut jugak ye jadi apa-apa kat aku. Ingatkan tak takutttttttttttt.

Apa-apa pun aku malas nak pikir la. Jangan masuk wad sudah. Tu je.

Tapikan, semalam aku mimpi lagi scary.
Cuak jugak la, cuma Pak Aji kata jangan pikir banyak sangat, banyakkan mengaji je.

Aku mimpi ada hantu dok berlegar-legar kat tepi aku tapi macam dia takleh datang dekat.
Dia macam nak hisap bleeding aku tu tapi tak boleh. Aku pun tak tau apesal tak boleh.
Yang aku ni pulak boleh selamba je tenung muka hantu tu tanpa sebarang efek. Tapi yang pelik, muka hantu tak menakutkan tau, cuma rambut dia panjang serabai and pakai baju putih tapi muka dia macam muka someone yang aku macam penah nampak. Cuma aku tak ingat saper, puas mengingat tapi tak masuk-masuk gak sape dia.

Tetiba teringat pulak satu komen kat entry hantu yang lepas, maybe ada kaitan aku selalu bleeding dengan 'benda-benda' ni. Cuma aku malas sikit nak ambik pot benda-benda macam ni. Bukan la berlagak berani, tapi entah la eh, malas nak pikir.

Tapi pelik eh, selama aku mengandung ni, asal mimpi hantu je aku mesti tak takut dengan hantu tu. Padahalllllll aku ni la manusia yang pertama sekali lari kalau hantu tu ada depan mata.



2010-06-25

Ben 10 Junior



Di suatu malam yang hening, atas katil....


Redza : Ma, semalam Ija mimpi adik (baby) pakai baju Ben 10.

Aku : Oh ye ke?? Maknanya adik tu boy ke girl?

Redza : Boy.

Aku : Ija suka ke kalau boy?

Redza : Suka.

Harmoni je perbualan aku ngan Redza kan?
Sekali masuk pulak bapak dia lam bilik.


Redza : Pa, Ija mimpi adik pakai baju Ben 10.

En Wan : Ye ke? Adik itam ke putih?


Cibai okkk.
Macam dah takde soklan lain.


Rasukan ablasa



Semalam En Wan ajak tengok Karate Kid. Tetiba la pulak baik hati hari Khamis nak ajak aku layan movie. Ni semua kes nak jek-jek aku la kan, nak tinggalkan aku la katakan next week.

So janji lepas Isyak gerak ke Sunway Piramid. Sekali, anak sedara dia kat Puchong call. Bagitau yang bibik dorang macam kena rasuk, meracau-racau. Kebetuan parents dorang outstation so 3 beradik ni tinggal ngan bibik. Disebabkan bibik dorang dah macam tak betul, dorang semua takut nak duduk dalam rumah, semua duduk luar rumah. Tapi kitorang pesan bawak keluar semua pisau gunting segala. Mana nak tau tetiba bibik ni naik minyak habis satu rumah dia rodok.

En Wan tak kasik aku ikut sebab takut aku lemah semangat. Eh, sape kata nak ikut? Aku memang taknak pegi pun. Aku nak tengok bola.

Sampai kat sana, aku call En Wan tanya keadaan kat sana. En Wan cakap masa dia masuk rumah, bibik ni halau dia sebab tak kenal. Tengkorak dia. Padahal bibik tu sebenarnya bibik pertama aku dulu, aku ambik masa Redza umur 40 hari. So, En Wan pun malas nak perkenalkan diri, dia suruh bibik tu masuk dalam bilik, rest. Dia tunggu luar.

Aku suruh En Wan call Pak Aji tanya apa yang patut kot la boleh tolong. Nak carik orang surau kat sana, kitorang pun tak kenal. Budak-budak ni lagi la tak kenal. Duduk kawasan kondo macam tu, masuk rumah tutup pintu, mana nak ada masa sembang ngan jiran-jiran.

Pak Aji dengan baik hatinya datang malam-malam (dengan Mak Aji of cos) untuk tengokkan bibik tu.

En Wan kata the moment bibik ni nampak muka Pak Aji terus dia menangis cakap 'Mbah, saya mau pulang'. Mbah tu tak salah aku dalam bahasa Jawa maksudnya Datuk.

Cemana dia tau bapak aku Jawa eh? Ke bendalah tu orang Jawa jugak?


Pak Aji : Datang dari mana?

Bendalah Jawa : Jauhh.

Pak Aji : Datang dengan apa ni?

Bendalah Jawa : Naik kuda.



Gila kauuuuu, siap naik kuda bagai. Ni bendalah kurun keberapa pun aku tak tau la. Seb baik dia tak tunjuk muka, kalau tak mesti macam pakaian zaman Radin-Radin eh?

Apa ntah jadik lepas tu tapi En Wan cakap bibik tu siap merangkak-rangkak lagi jalan kat dapur. Seb baik aku tak tengok okkkk.

So Pak Aji pujuk dia, kalau nak balik dia hantarkan balik tapi kena ikut apa dia baca. Seb baik bendalah ni jenis yang baik okk, nak mengikut cakap. Kalau dapat yang bangsa Yahudi mabuk jenis degil takmo keluar, tak ke satu hal! Aku lupa nak tanya En Wan ayat apa yang Pak Aji baca tapi En Wan cakap bila Pak Aji pegang je tangan bibik ni terus bibik ni macam kena renjatan elektrik. Yang ada dalam bilik tu tetiba semua bulu meremang. Walahweiiiiiiiiiii, mujurlahhh aku takde sekali. Kalau aku ada, toksah kata meremang okkk, sumpah bulu boleh tertanggal terus. Aku mana boleh benda-benda macam ni, kang bibik tu tak apa-apa, aku yang pengsan bangun pengsan bangun tujuh kali.

En Wan kata, lepas dia kena renjatan tu, terus tersedar and terpinga-pinga. Aku pun tak tau la camne Pak Aji hantar benda tu balik. Balik Bangi kang aku tanya.

Tak tau pulak aku Pak Aji boleh handle kes-kes macam ni. Patutlah jiran sebelah rumah dia, asal anak kecik melalak sampai mata naik ke atas je, dia panggil Pak Aji.

Bapak boleh tahan. Anak macam syaitonnnnnnnnnnn. Iskkk, bahaya kedudukan aku skang ni. Kang kot aku tersilap cakap mau dia hantar aku kat mana-mana pulak. Celik-celik mata je, aku dah ada kat Sekolah Pondok Kampung Imam Lapar. (Kampung ni memang ada kat Tganu ok. Aku pun tak tau kenapa nama kampung ni Imam Lapar).

Pastu Mak Aji pesan kat En Wan balik rumah nanti ambik wuduk dulu kat luar pastu ambik apa-apa batu ke apa ke baling ke luar rumah and cakap 'Dah, jangan ikut'. (petua orang tua-tua).

Bila En Wan sampai rumah aku jenguk dari tingkap bilik. Nampak la dia tengah ambik wuduk kat luar pastu carik batu and baling. Tapiiiiiii, dia punya baling tu siap ngan jerit 'PERGIIIII!!!'. Eh, kuang ajaqq sungguh la orang tua ni siap tengking-tengking. Kang bendalah tu bengang dia tunggu lam keta pulak kangggggg. Tapi jangan masuk keta aku ok?

2010-06-24

Tebiat



Aku ni berusaha sangatttttlah untuk taknak marah-marah time mengandung tapi balik-balik aku marah jugak. Dari aku simpan dalam hati sampai bengkak-bengkak dada baik aku sembur.


1. Call

Telefon berdering-dering sampai lima nam kali tapi takde sorang pun willing nak angkat. Masing-masing perasan bos. Apesal nak kena suruh orang bawahan angkat? Kau pun makan gaji jugak. Bukannya kompeni kau okkk, so sila jangan perasan bos.

Boleh pulak bila phone bunyik sampai deringan ke-enam, kau menjerit "CALLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!".

Apesal certain manusia susah nak angkat call as if call tu bukan untuk dia? Kalau bukan untuk kau pun, tak boleh ke kau tolong angkat? Kalau untuk orang lain, bukannya kau kena usung phone tu bawak ke meja orang tu. Transfer je sudah la. Ni takkk. Sanggup dia menjerit suruh orang lain angkat. Last-last call tu sebenarnya untuk kau.

Ni semua bangsa belagak bos. Pantang pangkat tinggi sikit je dah tak perlu angkat call, nak fotostat selai kertas pun suruh ofis boy, nak fax dokumen pun suruh kerani, ada yang lagi cilaka banat siap chartered kerani masuk bilik dia everytime before pi lunch untuk ambik order dia nak tapau.

Bagi aku, kau bos ke, kau bukan bos ke, every call yang masuk is a potential business. Call takleh berdering lebih dari 3 kali. Masuk kali ke-empat, dia akan direct masuk ke henfon aku. Masa tu aku tau la kan, punya la ramainya "bos" kat opis tu. Tapi tu la kan, maybe dorang rasa ohhh, aku just makan gaji. Gaji aku tak termasuk angkatkan call orang. Lagipun ni bukan bisnes aku. Kau punya bisnes, kau la yang angkat.


2. Presumption

Lagi satu kepantangan aku (aku ni banyak sangat pantang eh?), especially kalau dalam meeting, ada orang bagitau tentang satu issue penting tapi issue tu tak lengkap. Contohnya :

A : One of our customer said that the sequencing result was 'almost complete'. He wants 'complete result'.

B : What did he mean by complete result?

A : I think he wants full sequencing.


I THINK.

Dah terang-terang kau berurusan dengan customer tu, apesal kau mesti THINK? Apesal suka sangat buat presumption? Apa kau tak boleh tanya terus ke dengan customer tu apa sebenarnya yang dia nak?

Ni semua bukan apa, nak tunjuk kat customer yang ko terer tau semua benda!


Lagi satu kalau angkat call.

A : Tadi Dokter from USM call.

B : Dia nak apa?

A : Saya rasa dia nak tanya pasal result 16S rRNA dia kot.


Saya RASA.

Padahal kau boleh tanya je terus kan?
Yang kau nak rasa-rasa nape lah??

Aku RASA nak bagi pelempang je!


3. Impress

Kalau kau tak dianugerahkan dengan keupayaan untuk mengingat, sila rajinkan tangan untuk menulis. Jadi, takde la aku cop kau sebagai pelupa. Ini takkk. Bila aku bagi arahan, kau angguk macam nak tercabut kepala. Macamkan paham sangat. Bila aku tanya balik, 'Errr...kit yang pertama tu letak kat minus 70C. Eh. Minus 20 ye? Ke minus 70?'

Aku paham.
Aku pernah jadi orang bawahan, so aku tau macamana perasaannya nak meng-impress bos.
Tapi tolonglah impresskan bos dengan secara bijaksana.
Mana-mana bos takkan impress kalau kau hanya boleh mengingat arahan tapi tak menjalankan arahan tu dengan baik. So, kalau kau perlu menulis setiap bijik butir arahan yang aku bagi pun, aku tak kisah. Janji buat keje kau, keje siap dengan cemerlang. Itu yang penting. Kau bukannya keje kat TGIF kena ingat order customer without tulis.


4. Tealady

Kalau ada visitor datang selalunya receptionist akan buatkan air. Tu memang dah ada dalam job scope dia, so kau jangan banyak songeh.
Sometimes, bila receptionist takde, kita terpaksa mintak tolong orang lain.

A : Nanti tolong buatkan air untuk I ngan Paul. Hantar kat bilik I, ye? Thanks.

So 'orang lain' ni boleh pulak mengarah orang lain yang of cos lagi rendah jawatan dari dia untuk buatkan air tu.

Kalau aku boleh buat, memang aku sendiri masuk pantry buatkan air.
Tapi not nice okkk nak tinggalkan visitor melengung sorang-sorang, so that's why aku mintak tolong kau. Dan kau sebagai PEREMPUAN yang sepatutnya takde masalah takat nak buat teh O, apesal kau mesti arahkan orang lain? Kau tak penah masuk dapur ke? Tak reti buat air? Or nak jaga status?


5. Task

Dalam mana-mana private kompeni (kerajaan aku tak tau), mesti ada general email address. Ussually semua incoming emails, especially enquiries, orang akan hantar ke general email ni. Unless kau dah ada customer yang betul-betul kenal kau, dia akan hantar email direct ke email address kau.

Selalunya, email from customer ni akan berbunyi :

Dear Sales,

Or

To Whom It May Concern,



Tapikannnnn, email tu akan bertapa kat folder tu for at least 2 days, takde orang attend pun.
Semua rasa bukan tanggungjawab dia.

Aku pun tak paham apa kena dengan sales zaman sekarang.
Dah terang-terang orang tu request kau sumthing, kau boleh taknak reply????
Kau tak terfikir ke kalau request tu bertukar jadi confirm order satu hari nanti?
Bukan kau ke yang akan dapat komisyen?
Akai ada???

Zaman aku keje ngan orang dulu (skarang keje dengan beruk kah?), aku paling suka check INFO Folder. Asal ada request masuk je (kalau aku takde keje nak buat), aku akan jerit 'Ada sesaper handle request bla bla bla ni tak?' Takde kalu, aku ambik!'.

Bunyik memang macam tamak.
Tapi sendiri boleh pikir la kan.
Bukan kau potong jalan orang pun. Kau dah tanya, takde saper nak buat. So, ko buat lah.
Susah sangat ke?

Lagi satu, kalau email tu untuk colleague kau, tapi hari tu dia MC.
Every PC staff akan ada semua email folder kawan-kawan yang lain. Just in case kawan kau cuti lama ke, so kau boleh tolong checkkan email folder dia kot-kot ada urgent request.

Aku dulu cukup rajin checkkan email folder member-member kalau dorang cuti.
Siap buatkan quotation atas nama member lagi kalau ada request from their customer.
Memang la macam tak adil bunyiknya.
Kau buatkan keje member, initial quotation kau letak nama member, tak letak nama kau.
Bila deal tu confirm, kawan kau yang dapat komisyen. Kau dapat hampeh.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, ketahuilah, bos anda tidak bodoh okkk.
Dia pasti bagi kau kredit. Percayalah. Kalau dia tak bagi kau kredit pun, 'orang atas' dah ready nak bagi kau kredit, antara cepat ngan lambat je kau rasa.
Jadi, tolong jangan berkira dengan keje.
Cuma siapkan keje kau dulu baru buat keje orang lain.











p/s : aku terlepas show MJ 30th Anniversary. Sape ada DVD ni?

Good



Bibik bagi ikan lam kolam makan.
Ada satu ikan tu taknak makan, nak mampos agaknya jap lagi.

Ija : Ma, nape fish ni taknak makan?

Aku : Dia dah kenyang kot. Kejap lagi dia makan la.


Selang 10 minit, fish tu makan makanan tu.


Ija : Ma! Fish ni dah makan!! (excited gila). Good boy la fish ni.



Aku macam...good boy??????

Pastu baru aku terfikir yang selama ni memang perkataan tu je la aku rajin sebut kat dia kalau dia berjaya buat sumthing. Mana penah dengar perkataan 'Good Girl' dalam rumah ni.

2010-06-22

Tired



Pernah tak korang rasa letih dengan sesuatu tapi rasa malas nak ubah the situasi sebab kau dah jadi terlampau penat and hati pun dah kering nak start all over again?



Pernah tak rasa nak marah sangat-sangat kat someone tapi akhirnya kau hanya diam and telan je apa yang terbuku kat hati sebab kau rasa kalau kau marah pun tak guna, bukannya boleh mengubah keadaan?



Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yang korang buat tapi kau terpaksa accept keputusan tu walapumacamana perit sekalipun semata-mata kau nak jaga airmuka sendiri?



Pernah tak rasa nak menjerit mengamuk sepuas-puas hati tapi akal kau yang masih waras selalu menyebabkan kau tak jadi nak menjerit? Last-last kau menangis je sorang-sorang.



Letih.

Jangan baca. Ini peringatan.



Semalam kan, aku mimpi hantu.
Tapi macam pelik sket.

Situasi dia kat kenduri kawen.
Tetiba pengantin pompuan macam kena histeria terpekik-pekik.
Then tetiba ada sorang kakak ni baling apa benda ntah kat tepi pengantin tu sekali semuaorang boleh nampak the hantu.

Aku pandang ngan ekor mata je.
Boleh nampak la rambut panjang, ngan pakai baju putih.
Standard la kan kalau dah jadi hantu, mana ada hantu pakai tracksuit.

Disebabkan aku hanya nampak dengan ekor mata je, so aku pun buat-buat meneruskan keje mengupas bawang. (ntah apa-apa punya mimpi, pengantin dah nak naik pelamin pun aku sibuk kupas bawang kat tengah-tengah hall).
Tapi kan, the hantu tetiba dok bersila depan aku pastu dia tunduk tundukkan kepala dia so that aku pandang muka dia jugak.
Macam babi eh?
Nak jugak aku pandang muka dia.
Tapi disebabkan aku tengah mengupas bawang so airmata ku berair-air jadi aku tak berapa nampak muka dia walaupun dia macam paksa-paksa aku tengok.

Bila aku sedar-sedar dari tido, mata aku memang berair.
Seriau okkkk.
Apesal hantu tu nak sangat aku tengok muka dia?
Cibai betul la. Sampai skang aku takleh lupa cara dia tunduk nak selitkan kepala dia bawah dagu aku so that aku nampak jugak muka dia. Binawe!

Tetiba aku teringat pasal cerita cousin aku kat Singapore, ni masa aku standard 3. Dulu, asal cuti skolah hujung tahun je aku mesti masuk Singapore. Kira cam balik kampung la, lepak ngan nenek, makcik segala. So there was one time, aku naik MRT ramai-ramai ngan cousin.

So this cousin suka sangat bukak cerita hantu.
Masa dia tengah cerita tu, MRT ni lalu tunnel/subway.
Tengah-tengah dia cerita kan, sekali dia ter-pause.
Aku takde syak apa-apa sebab kebetulan masa tu MRT dah nak stop kat stesen apa ntah lupa.

Esoknya, dia bagitau yang masa MRT tu lalu tunnel, of course la cermin kiri kanan semua gelap kan. Dia kata, dia tak nampak muka Uncle yang duduk sebelah dia kat opposite window. Gila suweyyyyy. Dah la Uncle tu duduk sebelah dia. Dia nampak badan aku ngan dia je, Uncle tu badan ada, kepala takde.

Lagi satu kan, dia cerita time tu dia pi camping ngan kawan-kawan skolah. Ada 5 orang termasuk dia. So, masa member-member tengah busy siapkan tent, dia pi carik kayu api la konon. Masa dia naik bukit, dia berhenti jap tengok pemandangan sekitar tent tu kot-kot la ada potensi rimau beranak ke. Sekali dia terperasan something.

Dia kira semua yang kat tent tu cukup 5, masuk dia 6.
Siapa lagi sorang?

Ok, aku nak tido.
Takut??

Nasib kau la.

2010-06-21

Soklan yang aku belum mampu jawab



Aku rasa makin besar anak kita makin pelik-pelik soklan yang dia tanya.

Semalam Redza tanya :

Ija : Ma, kenapa kita tak boleh fly macam bird?

Aku : Sebab kita takde wings. Bird ada wings.

Ija : Abis tu, kenapa Otromen boleh fly?

Aku : Otromen tu kan robot, so dia boleh buat apa je.

Ija : Bukan la. Otromen bukan robot. Dia human. Kenapa dia boleh fly?

Aku : Errr...sebab dia dah mengalami mutasi. (ambik kau, aku dah bukak kamus sains)

Ija : Mutasi tu apa?

Aku : Tanya Papa.

Lepas Maghrib, Redza tanya bapak dia.

Ija : Pa, MUTASI tu apa?

En Wan : Mutasi? Hmmm...mutasi tu....hmmmm...Mutasi tu najis. Ustazah Ija tak ajar ke?

Aku : Halo Bro! Itu bukan MUTASI okkk. Itu MUTAWASITAH.

En Wan : Oh ye ke? (pastu gelakkan diri sendiri)



Pastu...


Ija : Ma, kenapa human kuarkan baby kat perut tapi animals kuarkan baby kat bontot?

Aku : Siapa cakap macam tu?

Ija : Ija tengok kat TV.

En Wan : Eh, human pun boleh kuarkan baby kat bontot. Tapi baby yang hitam-hitam je yang kuar kot bontot, macam Ija. Ija kuar kat bontot tau.

(Orang tua ni kalau bab bagi ajaran sesat memang nombor satu).

Ija : Ohhhhhhhh, macam tu keeeeeee. (dengan muka berseri-seri sebab dapat jawapan yang dia rasa lojik. Aku rasa macam nak sikukan je bapak dia)

En Wan : Eiiiiii...Ija tak geli ke kuar kat bontot? Eiiiiiiii. (siapalis kan dia ni?)

Ija : Takpelah, Ija ngan mama geng. Kan, Ma?


Dan korang boleh agak la kan macamana kuatnya En Wan gelak dengan penuh kegembiraan bila dengar statement anak dia.

Aku rasa dia ni baik duduk Jepun terus je la, duduk sini pun menyakitkan hati aku je.

Masak time



Bila kita kuat makan, haruslah rajin masak.
Kalau tak, takde saper nak melayan tekak kau yang asik-asik nak mentekedarah.
Jadi, aku telah dengan rajinnya membuat puding kastard and pizza.



Ini namanya puding kastard.


Ni memang feveret aku sejak dari kecik. Menu ni memang wajib ada bulan puasa. Best je bila puasa sepanjang hari pastu pekena bendalah ni sejuk-sejuk. Kengkadang aku simbah ais kat dalam mangkuk terus. Pudingnya seketul je, tapi fruit cocktail separuh tin aku curah. Ini namanya edisi tamak haloba.


Home-made pizza.


Tak main la beli yang frozen-frozen ni okk.
Cuma dough tu je aku beli yang siap punya. Takde keje aku nak menggentel dough segala.
Daging tu aku beli daging cincang Ramli Burger, tumis ngan bawang putih and halia sampai masak, pastu letak tomato puree and sos spageti Prego. Settle.

Cheese haruslah sebeban. Baru la makan pizza namanya. Kalau versi Mak Aji, sangatlah menjaga kesihatan. Kononnnnnn la. Cheese letak seciput. Padahallllllll kedekut. Ngahahahaha.



Tapi sebenarnya rupa pizza aku camni.


Hangus okkkk. Bukan hangus yang sikit-sikit.

Ni semua sebab aku trial and error. Nama pun home-made kan, segalanya aku main boh je. Bila nak bakar termenung jap depan oven, berapa aku nak letak ni?
Aku letak lah 180C for 20 minutes. Hasilnya beginilah...ni lah namanya pizza sempena FIFA World Cup South Africa!! Gila Pak Itam okkk pizza aku. Seb baik tepi-tepi je yang keras, ala-ala biskut. Tapi inti bestttttttttttttttt. (kalau dah salah masak tu memang susah nak mengaku kalah)

2010-06-19

Random



1. Dua hari lepas aku bleeding. Dr kata threatening miscarriage je. Reason adelah sebab aku lasak sangat. So, Dr cakap kalau boleh avoid long journey drive, jangan angkat barang berat-berat (aku tak angkat barang berat, tampung barang berat memang ada) and kalau boleh baring je.

Kalau dah asik baring je apekejadah la pulakkk. Laki aku ni pantang nampak aku baring okkkk. Bila aku asik baring, nescaya aku akan menampung beban yang agak berat lalu terjadiklah aktiviti lasak. Not a good idea Doc!


2. Semalam tengok baby, alhamdulillah healthy. Jumping around lagi. Dengan coolnya kaki menendang-nendang. Hmmm....naluri aku cakap it's a boy.


3. Kalau kita bunuh ulat bulu time-time mengandung ni boleh ke?


4. Aku terasa nak makan wadeh Uncle Asri kat depan jalan masuk ke Fasa 3/4 Bandar Baru Bangi. Tapi wadeh dia selalu sold out. Asal aku pegi mesti dah habis. Rasa cam nak terbalikkan aje gerai dia.


5. Ni apehal pulak En Wan dok mengkiss-kiss aku time aku menaip nih??? Tebiat kah?? Baru pukul 11.43 pagi ye, bang, Tolong jangan gelojoh.


6. Aku dah semakin malas nak update blog. Rasa macam nak stop blogging tapi time aku nak stop tu la selalu je datang idea-idea pengumpatan yang akhirnya menyebabkan aku update entry maki hamun panjang-panjang.


7. Apesal lately ramai nau yang hantar soklan cibai like 'SIAPA YANG AKAN MENGAHWINI MU?' kat wall FB aku? Ni virus ke apa?


8. Jiran aku ni poyo gila. Aku struggling gila babi nak meng-avoidkan diri dari mengadap muka dia. Kang terkenan kat anak aku tak pasallllllllllllll.


9. Bibik aku dah nak balik hujung bulan ni. Maid baru cuma nak datang lepas raya, so aku and En Wan telah men-decide supaya stop ambik bibik untuk sementara waktu, at least sampai lepas raya. Jawabnya, next month dia pi Japan sebulan lebih, aku ngan Redza je la kat rumah ni. Terkangkang-kangkang la aku men-settle-kan everything sorang-sorang. Tapi itu adelah jauh lebih baik dari kena mengangkang malam-malam.


10. Adik aku si Ima pun sibuk nak beranak jugakkk. Padahal si Jane tu merangkak pun belum. Aku insyallah bersalin 1/1/11, dia 31/1/11. Maka berteraburlah Mak Aji ke sana ke mari nak menjaga cucu. Tapi, kalau aku boleh buat C-sect, aku rasa nak sembelih tahun ni jugak lah.


11. Tadi try cukur bulu, dah tak nampak okkk. Perut sudah besar.

2010-06-17

POYO



Poyo tak kalau kau bagi namecard kau yang berpangkat CEO (when you know that bisnes kau cumalah bisnes barang runcit yang baru nak bernafas) kat sedara-mara di kampung? Sadisnya, sedara-mara yang ‘celik mata’ kat bandar ni takde pulak kau nak hulur namekad kau tu. Apa kes?

Satu brader ni memang dari dulu lagi poyo. Kalau bersembang tu memang menang kat dia aje. Tapi berani bersembang time balik kampong je la, sebab orang kampong sana memang set-set menganga je kalau dia bercakap. Apa dia cakap tu macam besttt je. Cakap memang lebat. Tapi kalau berkumpul ngan sedara-mara di bandar, takde pulakkkkk. Padahal dia bukannya saper-saper pun cuma antara orang-orang kampong yang berjaya masuk U je. Tu pun nak poyo. Tengok transkrip sket?

Pastu memang tak boleh la sedara-mara lebih dari dia. Kalau rumah kau lagi cantik dari rumah dia, konfem dia takkan jejak rumah kau punya. Kalau anak-anak kau lagi berjaya dari anak dia, dia takkan bertanya-tanya lagi dah khabar anak-anak kau pastu. Padahal bukannya orang lain, kira macam daha daging sendiri kan? Ohhh, tak boleh okkkkk. Anak kau is anak kau, anak aku is anak aku.

Punya la terdesak nak canang kat semorang (orang kampong saje) yang anak dia keje hebat, orang tak tanya pun dia sibuk kenalkan ‘Ni anak saya yang tua, Manager dah skarang’.

Fundek apekah??? Padahal anak kau keje kat kedai runcit kau tu jugak. Memang la boleh kau nak letak manager ke, penjaga stor ke kan?

Aku tak paham kenapa ada spesis manusia yang macam ni? Spesis yang rasa kalau kau keje besar, keta kau besar, rumah kau besar maka kau berjaya. Bila dah berjaya jadi kau boleh buat apa saje termasuklah membelakangkan adik-beradik yang lain bila ada majlis-majlis keluarga macamkan kau tu anak sulung. Tolonglah respek sket abang-abang kau. Walaupun dorang tak sebijak kau (bijak sangattttttt lah!), keje kampong, tapi ingat sket eh, abang kau belum mati lagi. Jadi, kalau ada majlis keluarga, sila bagi laluan dulu kat abang sulung. Jangan memandai-mandai nak mengarah orang itu ini, kalau nak bagi pendapat boleh. Tapi kalau buta-buta bagi arahan hanya semata-mata kau rasa kau lebih bijak dari yang lain, kau sangatlah poyo.

Jangan nak memandai bagi ucapan pembukaan kat setiap majlis keluarga as if kau ketua klorga yang sangat dihormati. Ni la yang dikatakan, makin blaja tinggi, makin bangang. Sijil melambak, tapi common sense zero. Kau nak jadi ketua pun biarlah kat pejabat je. Balik kampong, tolong sedar diri eh? Kalau dah pangkat adik tu, sila jadik adik. Hormat sket kat abang-abang yang masih hidup dan boleh berfikir dengan baik ni. Ini tak, asal ada majlis keluarga je, ohhh dia tetiba yang kedepan bagi ucapan pembukaan, ntah saper lantik ntah. Takde adab! Yang abang-abang ni dah jadi macam orang bodoh sangat la pulak.

Kalau bercerita bab agama ni memang cukup power. Orang lain semua tak betul. Yang heran tu semua orang yang dicop tak betul tu adelah orang yang ada lebih dari apa yang dia ada. Bodo gila.

Kalau dulu, zaman aku kecik-kecik age 9-10 macam tu, kemain lagi cebik-cebik bila kitorang balik kampong beraya dengan baju raya berskirt pendek ropol-ropol. Konon takde asuhan agama dari kecik. Yeah rite.

Skarang apa kes? Anak perempuan kau pergi kenduri tahlil pakai sluar mekanik poket-poket kat tepi ngan kemeja kotak-kotak, jalan cam gengster? Ohhhh, takpela...janji tutup aurat eh?

Aku yang jahil ni pun tau adap pergi kenduri bai.

2010-06-14

Lelaki itu hebat



Rupanya masih ada orang yang beranggapan bila dah berumahtangga, SUAMI lah yang sepatutnya lagi bergaji tinggi dari isteri.

Ok, ni kes yang bukan melibatkan klorga aku or klorga En Wan, tapi situasi yang berlaku depan mata aku sendiri.

Ada la satu makcik ni, dok la mejaja cerita anak laki dia tak bagi pun dia duit tiap-tiap bulan semenjak kawen.

‘Ni bukan apa ni, bini dia tu la control duit dia. Habis dia kikis duit anak aku’.

Itu cerita 5-6 tahun dulu la.

Baru-baru ni, anak laki dia kawen lain sebab dah bercerai dengan bini yang dulu. So nak dijadikan cerita, rezeki pun bertambah agaknya, maka dapatlah anak jantan dia ni hantar duit kat mak tetiap bulan. Wahhh, kemain lagi si makcik ni. Jaja cerita anak dia mampu bagi duit kat dia.

‘Boleh punnn anak aku bagi duit kat aku rupanya. Dengan bini dulu haram nak merasa duit dia. Bini sekarang bagus, takde control-kontrol duit anak aku’.

Yang tukang dengar cerita pun sengih je, takde la reti nak membalas. Maka, bila takde orang nak balas, tanduk setan aku pun keluar. Nak dijadikan cerita bini baru anak laki dia tu aku agak kenal jugak la. So dia takleh kat aku buat-buat cerita la kan.

Aku : Makcik, bini dulu tu bukannya control duit anak makcik.

Makcik : Mana kau tau? (dengan muka tak puas hati)

Aku : Bini dulu tu tak bekerja. Bila tak bekerja, belanja rumah tak cukup, sebab anak makcik yang kena tanggung sorang. Sebab tu dia tak mampu bagi duit kat makcik. Bini skarang ni, bekerja. Lagi tinggi gaji dia dari anak makcik tau. Jadi, bila dia sama-sama keje, belanja rumah kongsi-kongsi. Tu yang anak makcik boleh bagi duit kat makcik.

Terus makcik ni sentap. Aku nak salam time dia nak balik pun dia tak bagi tangan dia.
Kelakar pulak aku rasa.

Well, mungkin cara aku tegur tu agak biadap la. Tapi aku cukup menyampah dengan set-set macam ni yang kepala dia takde pikir lain melainkan anak dia sorang yang bagus. Nak pulak kalau anak dia tu lelaki. Ohhh, segala-galanya hebat. Kalau anak dia beli kereta besar, ohhh anak aku gaji besar. Kalau bini anak dia pakai keta besar, ohhhh pompuan ni kaki cukur. Pada dia, kalau namanya LELAKI tu mesti gaji lagi tinggi dari pompuan (wife).

Just like another case kawan aku yang sampai skarang mak mertua benci hanya kerana mak mertua dia datang rumah and nampak anak laki dia sidaikan baju kat ampaian. Habis dia canang kat ipar-duai yang anak laki dia kena nasik kangkang.

Yang kawan aku ni pulak satu bodoh, pi diam je bila mak mertua dia sound macam tu. Laki dia pun baghal, takde la nak explain kat mak sendiri kenapa dia sidaikan baju ke apa. Mujurlah tak kena kat aku, kalau kena kat aku memang aku keluarkan bazooka.

‘Makkkkkkk, saya ni bekerja, anak mak pun bekerja. Sama-sama carik duit, sama-sama penat. Jadi, keje rumah pun kenalah sama-sama buat. Kalau anak mak kaya, dah tentu dia carikkan maid untuk tolong saya kat rumah. Sebab dia tak kaya la maka dia kena sama-sama tolong saya buat keje rumah’.

Settle.

Sometimes, orang macam ni kau kena explain kasik teghanggggggggggggg kat dia bagi dia sedar. Jangan ingat zaman skarang ni sama macam zaman dia dulu. Zaman dulu lain, memang kebanyakkan isteri tak bekerja, duduk rumah jaga rumahtangga. Hanya suami yang bekerja. Memang patutla kau uruskan segala benda keje kat rumah tu.
Zaman skarang, kebanyakkan pompuan dah keje. Aku keje pun sebab nak tolong kau jugak. Jadi sama-sama la tolong ringankan keje kat rumah. Agak-agak kau memang jenis pemalas, tau nak membuta je keje, sila la carikkan maid.

p/s : Ni bukan entry nak menidakkan keupayaan SUAMI, tapi aku menyampah ngan makcik tu.

2010-06-09

Tak boleh tahan, mesti kuarkan jugak.



Time-time mengandung ni la, aku tetiba banyak benda nak diumpatkan, tapi coverrrrr.

Tapi takleh cover sangatlah, mana yang tak berapa hot tu aku terpaksa luahkan jugak. Kalau tak kepala aku berangin, migraine kang.

Camana eh, kita nak bagitau seseorang yang agak rapat dengan kita about tebiat dia yang kita takleh terima, tapi kita tak sampai hati nak bagitau. Actually bukan tak sampai hati, kalau ikut hati aku memang aku cakap je. Tapi sesetangah orang, bila kita sound, dia kata kita berkira bila dia mintak tolong. Aku pun tak tau tang mananya kita ni dituduh sebagai berkira.

1. Berkirakah aku kalau asik-asik aku je yang call kau? And kau pulak asik bagi mis-called. Dengan alasan takde kredit. Tapi ada hati nak pakai henfon. Henfon taknak kalah, manjang je bertukar ganti. Tapi bajet beli prepaid adelah RM10 sebulan. Apekelancau la misi kau ni?

2. Orang dok rumah sewa, kau pun sibuk nak duduk rumah sewa. Tapi duit kau hanya cukup-cukup nak buat bayar duit sewa rumah ngan duit kereta. Abis makan? Oh takpe, boleh makan rumah aku. Nak makan tu makan je la, ini takkkkk. Siap boleh tanya dulu hari ni apa menu. Kalau aku masak ikan, taknak. Boleh pulak tanya ‘Sotong takde?’. Aku bagi kau makan tapak kaki nak?


3. Keluar dari rumah dengan alasan nak berdikari. Konon la. Tapiiiiii, hujung minggu hantar sebeban baju kotor suruh aku basuhkan. Siap bagi arahan ‘Baju ni takyah gosok, baju ni gosokkan tapi jangan panas-panas sangat.’ Eh, cibainya kau. Boleh pulak tanya, baju apa yang aku hantar pegi dobi. Siap pesan tolong dry cleankan sekali baju dia. Bila aku tanya ‘Boleh. Mana duit?’. Terus sentap.

4. Kalau nak pinjam duit, cakap je la nak pinjam. Takyah la susah-payah create cerita kalau kau sendiri tak mampu nak menghabiskan jalan cerita kau dengan baik yang akhirnya terkantoi secara terang-terangan. Disebabkan aku pun dah malas nak dengar bagi perabis jalan cerita kau yang sangat tak menyedihkan tu, maka aku bagi la pinjam. Memula dia kata nak pinjam, bila aku cakap ‘Ok, aku kasik pinjam’. Tetiba dia reply ‘Nak kena bayar balik ke tak?’. Ada sesape boleh bagi aku tafsiran perkataan PINJAM?

5. Dah nama pun pinjam, of cos la kau kena bayar balik. Takkan tu pun aku nak kena ingatkan. Tapi jenis ni kira ok lagi la dari jenis yang bila kita kasik pinjam, dia reply ‘Ok, kalau aku ada duit nanti, aku bayar balik’. Kes macam ni, jawabnya sampai ke-sudah kau takkan dapat balik. Bila kau mintak, dia kata kau berkira ngan member. Kau ingat aku ni Baitulmal?? Agak-agak la weh kalau nak bermember pun.

6. Orang ajak makan sekali, kau taknak. Bila aku angkat bontot nak pi lunch je, ko pun hulurkan list untuk tapau dengan alasan hari ni migrain, tak larat nak keluar. Kirim?

Esok ada urgent call from customer so takleh keluar. Kirim?

Lusa ada report nak kena submit kat boss, so kalau keluar lunch takut tak sempat siap. Kirim?

Cuba kalau aku kata 'Jom lunch. Aku belanja'.

Kerat jari aku kalau dia tak ikut. Sumpah aku rasa nak lempang!

2010-06-03

Revenge



Malam kelmarin aku telah melakukan rejekulasi (DBP, sila masukkan perkataan baru ni ke dalam kamus) ke atas En Wan dengan mengatakan 'NO! Ngantuk. Nak tido' apabila dia mencuba memeluk dan meng-kiss aku malam-malam buta pukul 2-3 pagi.

Dan malam semalam balik dari opis beliau telah membalas dendam.


En Wan : Abang nak bagitau ni..

Aku : Hmm..?

En Wan : Abang konfem kena pi Jepun hujung bulan ni atau awal bulan depan, 5 minggu.


Aku macam......................wadefakhhhhhhhhhhhhhhhhhh?????

Tau tak aku tengah dalam kondisi yang memerlukan perhatian berganda sekarang ni? Masa ni jugaklah kau kena pegi Jepun segala. Tapi aku macam takde mood nak mengamuk semalam sebab baru lepas makan. Nanti kalau mengamuk, aku termuntah. Rugi okkk, penat aku masak.

Ok malam ni aku nak mula mentelaah cara-cara :

1. nak buat deposit cheque
2. nak cucuk kad ATM
3. nak bayar tok nenek bil.
4. nak pi Giant beli barang dapur sorang-sorang.
5. nak mandikan Redza sambil tutup mata sebab aku tak boleh tengok kote dia.
6. ...tido sorang (oh, ni paling sedih. Tak sanggup nak bayangkan)


Apa dia ingat dia sorang je boleh balas dendam?
Aku pun pandai balas dendam la okkkk.

Nak sangat tinggalkan aku kan?
Bawak balik Noritake 2 set!!!
Atau hantarkan saya balik rumah makbapak saya!


2010-06-02

Mimpi ular



Saper dengar Hot FM pagi tadi? Topik 'mimpi yang memberi petanda'.

Ada sorang pendengar tu sms, dia kata dia selalu mimpi nampak ular. Tapi ular tu asik pandang je dia tapi tak patuk-patuk. Disebabkan orang tua-tua kata mimpi dipatuk ular petanda ada orang nak meminang, sampai skang la pompuan tu single lagi.

Then, ada pemanggil lelaki call and komen pasal mimpi ular tadi. Laki tu kata mengikut kata Ustaz, mimpi dipatuk ular bukan bermakna ada orang nak masuk meminang tapi ada benda jahat dah masuk dalam badan kita. Adoiiiiiii, mati aku gelak dalam keta sorang-sorang. Gelupur gila nak ular patuk dia. Kena patuk betul-betul kang, bentan.

Ustaz tu kata, kalau mimpi dibelit ular barulah petanda ada orang nak meminang tapi jangan percaya sangat ngan mimpi-mimpi ni semua.

Dulu masa aku single tapi dah gatal nak berlaki, aku ada mimpi pasal ular. Aku penah cerita kat Mak Aji pasal ni. Aku mimpi ada satu ular halus, hitam dan panjang dok lilit-lilit manja kat hujung kaki aku. Tapi dia tak belit kuat-kuat, dok la pusing-pusing melilit kat pergelangan kaki. Sampai skang aku boleh tersa-rasa geli dia. Aku pun heran apesal ko taknak patuk-patuk. At the same time, ada 2 ekor lagi ular, satu tu aku tak ingat ular apa. Tapi yang satu lagi tu ular kaler silver. Silver kauuuu.

Yang aku ingat, dua-dua ular ni tak sempat buat apa-apa, dia dok kat hujung katil pandang aku je. Tapi aku pi balun dia cukup-cukup sampai mampos. Lepas tu aku angkat guna kayu and campak kat longkang. Gila keji.

Tapi yang satu ekor ular halus ni dok la main-main kat kaki aku. Aku pulak takde la reti nak tepis-tepis ke apa.

The next day, aku cerita kat Mak Aji pasal ni.

Mak Aji : Ular yang kau bunuh tu apa rupa dia?

Aku : Rupa Barry Manilow. (ok ni aku tipu je)
Satu tu tak ingat, tapi satu tu silver. Tapi dua-dua agak besar gak la.

Mak Aji : Yang dok main kaki kau tu?

Aku : Ular kecik, halus, hitam tapi panjang. Nape?


Mak Aji tak reply, tapi muka dia macam dok pikir sesuatu, sama yang aku pikir.
Masa tu aku dah kenal ngan En Wan, tapi lom jumpa lagi.
At the same time si tungau tu dok kacau aku lagi.
And at the same time member skolah aku dok masuk line. Tapi hati aku memang kat En Wan la, yang lain tu stok geli-geli je. Ngahahha.

Sampai skang aku tak dapat apa jawapan untuk ular-ular tu.

Tapi buat conclusion :

1. Ular halus, kecik, hitam dan panjang tu adelah En Wan.
Sebab En Wan adelah halus, kurus kering dan boleh tahan 'panjang'.
Tapi dia tak hitam? Ohh, mungkin yang hitam tu kat tempat lain.
Wakakakkaka. Lempang sedas.

2. Ular besar yang aku lupa tu adelah kawan skolah aku.
Sebab aku memang takde hati sangat pun kat dia, jadi sebab tu dia memang patut pun dilupakan. Sebab tu aku tak teringat lansung apa kaler ular tu. Cuma yang buatkan aku rasa ular besar tu adelah dia sebab budak ni boleh tahan tegap badan dia. Lojik? Belasahhh.

3. Ular kaler silver ni aku rasa tungau.
Sebab dia orang Perak. Boleh?


Sajak : Saya



Ini saya.
Kaki sudah lebar.
Perut sudah besar.
Bontot boleh tahan.
Buah dada apetah lagi.
Muka jangan tanya ok?

Muntah sudah kurang.
Tapi loya ada lagi.
Tapi saya belasah jugak makan selagi apa yang ada.
Kalau muntah pun saya pedulik apa, bukan saya yang masak.

Bila saya pening-pening, orang itu takmo picitkan.
Lagipun saya taknak dia picit.
Dia picit macam nak bunuh orang.











2010-06-01

Gold Coast Part 6




Scooby Ghost House (rasanya la..).
Aku ni semua main rasa-rasa je sebab aku tak masuk. Terang-terang dia tulis situ coaster ride. Jawabnya..kem salam. Jadi, En Wan ngan Redza je yang naik. Kalau Ibal iut sekai konfem jdik fun sebab budak itam tu memang taktau takut, semua dia belasah. Since Ibal tak ikut this time, En Wan terpaksa berpuas hati naik ngan budak kecik aje.

Dia kata memang patut pun aku tak join sekali, sebab dalam tu quite scary jugak. Mau tak scary, aku tengok Redza kuar dari house tu dah macam orang tongong je....diam je. Sian anak aku.



Entah kubur lagenda katun mana la yang aku bergamba ni. Tapi dun werry, ni kubur replika je.


Feeling-feeling koboi.Ni bukan sebarang koboi okkk, keturunan pendekar Abdul Rahman Limbong lagi.




Redza dapat Shrek sebab dapat pecahkan tiga-tiga belon.
 


Masa ni show koboi apa ntah. Aku tak nampak apa pun show tu, dengar bunyik bising je.



Tiada klorga Haji Ishak yang terlibat dalam acara ini sebab masing-masing tak berani. Gila okkkk, tak nampak sikit punya menjunam tu? Sorry la aku nak naik. Lagipun masing-msing tak bawak baju spare. Masuk sini konfem lencun!

Ada satu mamat omputih tu menghempas-hempas bengang baju dia kuyup. Dah tu yang ko pegi naik apesal kan, pastu nak komplen ngan management. Bukan apa tu, saje nak mintak baju Batman free. Aku tau sangat lah trick kau.



Lagi sekali Redza menjuarai Guessing Game. Ntah betul ke tak dia guess, tau-tau dapat topi sebijik. Anak aku ni kalau dibagi habuan hadiah memang laju je dia participate. Cuba kalau aku suruh buat spelling kat rumah, sampai nak rabak mulut aku menjerit ajar dia, punnnnnnn tak paham-paham jugak.


Bergamba dengan stuntman Stunt Driver Show tadi.



See..?? Kejap-kejap aku lapar.



Makan time. Since tak banyak choice, so kitorang makan Blueberi muffin and egg sandwich aje. Orang semua dapat sorang satu, aku je tiga.



The Batman show.




Siapa masuk sini akan mengalami situasi sukar untuk keluar tanpa membeli apa-apa. Sebab semuanya kiut2.

Mak Aji : Apa benda la yang bestnya mainan dalam ni? Takde yang senonoh aku tengok.

Aku : Ni Shrek la, Ma. Comel okkk.

Mak Aji : Tengok la banyak-banyak. Kenan baru tau.

Oh, tetiba scary. Cepat-cepat aku keluar.



Ni bukan sebarang-sebarang jalan belakang okkk. Ini namanya China Town. Rasa cam lalu kat town zaman Jackie Chan dalam movie Project A.


Game orang nak cepat mati.


Carik Batman merchandise. Aku lupa orang tua ni beli apa, tapi yang pasti memang dia la yang paling banyak shopping.



Masa untuk tengok 4D Shrek movie. Disebabkan aku tergolong dalam 'expecting mother', jadi aku duduk kerusi khas - RESERVED. So, kurang sikit gegaran kat dalam tu. Biasa la kan kalau tengok 4D ni, ko akan dilambung-lambung dalam tu. Tapi aku jugakkk yang paling kuat menjerit nak lagi masa Pinochio unya hidung jadik panjang, OMG macam nak terjotos bijik mata aku okkkk. Masa dia lepas spider, ko leh rasa macam spider tu merayap kat celah kangkag kau. Aku ngan Mak Aji terkangkang-kangkang tekorek-korek seluar nak keluarkan 'spider'.
 
 

Over kan orang tua ni??





Macam nak termasuk terus dalam kotak tu kan?
Mak Aji la ni, dia nak baca tak nampak, dia suruh aku bacakan ingredients halal ke tak nak beli coklat kat situ. Aku belasah halal ajeeeeeee.
 

Gold Coast Part 5



Lepas settle kat Q-Deck, kita gi settle perut pulak. Makan lagi. Padahal kat Q-Deck dah makan kek. Apa nak buat kan, bawak mak buyung saper suruh, terpaksa la makan je keje. Masa ni aku leh sumbat apa pun. Selera masa ni still ok lagi. Seb baik eh?
 


Tandoori chicken with cheese nan!! Marvelles!!

Tapi aku tak pasti kenapa muka aku jadi macam tu. Adekah kerana En Wan tak kasik aku makan banyak-banyak? Apa-apa pun memang cam lahanat je aku buat mukan camtu depan makanan. Seb baik Mak Aji dok jauh dari aku. Kalau tak konfem penampa dia dah melekat kat pipi gua.
 


Inilah satu-satu binatang yang aku tak sempat naik. Sempat ambik gamba je. Kalau korang pi GC, tolongggla naik AquaDuck ni. Ni adelah bas bercirikan amfibia. Dia leh jalan kat darat and masuk terus lam laut, transform jadi feri. Tapi mahal, rasanya beratus gak per head.
 


Walaupun sejuk, tapi selera tehadap eskrim tetap ada. Nak lagi kalau vanilla choc chip tu terdiri dari cho chip yang besar-besar penumbuk. Oh! Heaven!!
 


The next morning, En Wan breakfast nasik goreng. Siap tanya chef lagi halal ke tak. Chef dengan konfidennya reply halal, only vegetables.
 
'Abis, abang tak tanya dia goreng guna minyak apa?'
 
'Takyah tanya'
 
Sangat mudah okkk laki aku ni. Bedal je.
 



Ni pemandangan dari bilik aku. Agak dekat jugak dengan laut. Kalau tsunami jadi time tu, memang aku pasrah je la pandang tingkap tunggu kena simbah.
Bontot aku dah lebar sket kan?
 


Tunggu van ambik untuk pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........
 


MOVIE WORLD!!!!
 


Ada berani naik roller coaster tu? Aku sorry la ok. Kalau tak pregnant pun takde keje aku nak carik penyakit naik menatang ni. Elok-elok aku sihat, terus kena kancing gigi kat atas tu. Ramai yang beratur naik ni minah-minah saleh. Yang aku tak paham tu, ko yang gatal bijik nak naik pastu bila benda tu terloncat-loncat kat atas, ko terpekik-pekik suruh stop. Akai ada?
 


Akhirnya Redza dapat gak tengok keta BatMan. Tapi masa ni Batman tengah breakfast kot, sebab we all sampai awal setengah jam. Masa ni dorang still test permainan, sorang pun takleh naik apa pun lagi. Semua melopong je tunggu masa nak main.
 


Sekali lagi tebiat makbapak yang syok sendiri sampaikan baju anak terangkat pun takde sape nak betulkan. Masing-masing gelupur nampak Daffy Duck (betul kan?) ngan Tweety Bird.
Masa aku nampak Tweety ni, aku lupa terus tengah pregnant. Dari jauh aku lari nak ambik gamba ngan Tweety. Ada sorang kawan aku kat U dulu panggil aku tweety, sebab ia kata aku tak benti bercakap just like Tweety Bird.
Bukan sebab kepala aku besar okkk.
  Kalau besar kepala, mungkin.
 
 

Menatang ni aku tak tau apa nama dia, Tapi sebab dia sangat kiut berkaler merah dan berskirt ijo, jadi kita ambik je la.



Memang macam Austin Power kan?

Mat Saleh ni segan ok nak pegang aku, sekali dia yang terperanjat tengok aku dengan gediknya landing atas dia. Ni cara-cara En Wan yang ambikkan gamba. Kalau laki aku takde depan mata, mungkin aku duduk terus atas dia.


Tempat yang Redza tunggu-tunggu...



Tapi gamba aku jugak yang paling banyak...tak kira di mana juga.


Nampak tak kepala yang bertudung tu. Itu adelah Mak Aji dan menantunya (blakang dia) sama-sama naik roller coaster. Memang diorang je yang berani. Pak Aji jangan harap okkk, sebab tu aku pun penakut. Banyak genetik Pak Aji melekat kat aku kot. So, En Wan takde pilihan melainkan memaksa mak mertuanya naik sekali. Seb baik mak mertua sporting.


Mak Mertua En Wan penuh bergaya depan roller coaster entrance...siap posing menyenget.



Redza mati-mati taknak naik benda ni sampai En Wan mengamuk-mengamuk suruh naik jugak. Ye la, dah bayar mahal-mahal sekali nak naik ferris wheel je, apa barangggg. Last-last dapat duduk sebelah awek mat saleh terus jadik macho kauuuuu. Memang sebijik bapak dia!!


Nenek yang menjadi mangsa keadaaan. Takkan atuk kot nak naik benadalah ni. Tak macho okkk. Nak suruh aku lagi la tak boleh. Muntah kang.



Takat ketapi bodo ni bole la aku naik. Itupun nak muntah dah sebab bergegar-gegar. Aku ni semua game aku naik nak muntah. Ko bawak aku kat kedai makan je konfem aku tak muntah.


Macam real je Pak Aji nak tahan bus kat BUGSTOP kan?


Bergamba je lebih anak aku ni, pastu orang lain dah sibuk bawak keta, dia sorang terkial-kial nak start enjin. Penyudahnya, asik kena langgar je la.


Kan aku dah cakap, dua-dua ni kalau suruh ikut berjalan punya la liat. Tapi kan, kejap-kejap aku kena ambik gamba dorang.



Antara show yang best kitorang tengok kat Movie World. Ni dorang tunjuk how they produce Stunt Film. Takde la semuanya guna khidmat stunt, ada certain angle tu guna khidmat Kasim Patalon...menipu je lebih, Tapi kita jugak yang kagum lebih-lebih time tengok. Sebab, dorang menipu ada gaya okkk. Tak nampak macam ditipu. Aku rasa Z. Lokman elok tengok ni.



Muka kagum sambil kontrol cun sebab kamera sedang dihalakan ke arah saya.



Terel tak? Terrel okkkkkkkkkkk


Disebabkan show dia best, baru ada mood nak ambik gamba kat entrance. Time memula masuk tadi taknak ambik gamba.