2016-06-30

Jangan salah faham konsep taat pada ibubapa. Bukan semua benda kita kena taat.





Kisah paling complicated setakat ni.
Sebab melibatkan mak bapak.
Pulak tu yang hadapi masalah ni anak tunggal.
Kalau nak ikut dasar perikemanusiaan, memang tak patut la biarkan mak bapak dalam kesusahan apetah lagi kita je lah satu-satu yang diharapkan.

Aku tak pandai sangat bab-bab ni.
Tapi apa yang aku tulis ni, kalau boleh dijadikan panduan dan input sedikit-sebanyak, boleh lah pertimbangkan. Tapi kena juga cari pandangan dari ustaz-ustaz yang lebih ahli dalam bab-bab ni.

Kedudukan mak bapak dan suami dalam Islam memang sangat sangat tinggi sebab mereka dibekalkan dengan tanggungjawab yang besar.
Mereka bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pemegang amanah terhadap ahli keluarga.
Sebab itu lah, ketaatan pada suami dan ibubapa bukanlah berlaku dengan sengaja tanpa apa-apa tujuan tapi berlaku sebab perintah Allah supaya setiap anak taat pada ibubapa dan setiap isteri taat pada suami masing-masing. Tapi, mesti bersebab dan berhikmah. Bukan taat membabi buta je.

Eh, boleh ke tak taat pada mak bapak?

Boleh.

Tidak ada ketaatan terhadap mak bapak yang tak amanah dan tak bertanggungjawab dalam hal-hal yang bercanggah dengan kepentingan agama.

Contoh, bila ada percanggahan kehendak dari mak bapak tentang hal anak-anak yang melibatkan kepentingan agama macam hal pendidikan, sara hidup, jodoh, maka kehendak ibubapa boleh diabaikan apabila ianya bercanggah dengan suruhan Islam.
Kena pahamkan ayat tu betul-betul ya. Bukan asal kau nak kawen je mak bapak kau kena setuju. Cuma kalau dalam keadaan yang tak bercanggah dengan Islam, maka boleh diteruskan walaupun mak bapak bangkang.
Misalnya, bila mak bapak halang anak kawen tanpa alasan yang dipersetujui oleh syarak, menolak calon pilihan anak tanpa sebab syarak dan sebagainya maka kehendak ibubapa yang menyalahi kepentingan agama boleh diabaikan. Itu cara Islam.

Kalau cara Melayu lain.
Melayu ni banyak nau pantang larang turun-temurunnya.
Suka nau main-main sumpah.
Anak tak setuju sikit, sumpah.
Anak taknak ikut kehendak mak bapak, sumpah.
Segala benda nak disumpahnya.

Ada jugak spesis mak bapak yang suka nau susahkan anak. Contohnya dalam kes ni.
Sorry, tapi aku rasa dalam kes ni, mak bapaknya agak keterlaluan.
Mak bapak yang suruh anak berhenti kerja, atau buat sesuatu semata-mata nak dapatkan manfaat dari hasil gaji anak, atau suka campur tangan dalam hal rumahtangga anak-anak yang tak membawa kepada kepentingan agama dan maslahat agama anak, maka campur tangan seperti ini tak ada kewajipannya untuk anak taat.

Taat hanya wujud pada perkara yang berkaitan dengan agama. Bukan segala benda kita kena taat.
Kalau kita taat pada semua perintah mak bapak sedangkan perintah itu membuatkan anak semakin jauh dari Allah seperti kawen dengan lelaki yang tak tau hujung pangkal agamanya, atau kerja kat tempat yang mungkar hanya semata-mata kat situ gajinya banyak, atau terpaksa bermasam muka dengan suami semata-mata nak gembirakan hati mak bapak - yang ni tak ada pahala dalam mengembirakan hati mak bapak kalau apa yang kita buat tu semakin menjauhkan diri kita dari redha Allah.

Tapi tu lah.
Sebab kita ni melayu.
Melayu dan Islam lain.
Melayu ni banyak pantang-larangnya sampaikan kita tak tau mana satu sebenarnya yang lebih patut diikut.
Dalam hal ni, sepatutnya mak bapak kena lebih bijaksana.
Memanglah anak tu tempat kita menumpang kasih bila dah tua, tapi janganlah sampai jadikan anak tu tempat bergantung 100%.
Kadang-kadang punca suami isteri bercerai bukan sebab masalah dorang tapi masalah orang luar, termasuklah mak bapak yang suka sangat mengarah itu ini tak kena gaya.
Lebih-lebih lagi kalau anak tu anak perempuan.
Tersepit si anak ni tadi. Yang suami nak kena taat, yang mak bapak nak kena dijaga hati. Berbelah bagi hamba Allah tu.
Orang kiri kanan pulak tunggu masa je nak mengutuk.
Tak kenang budi mak bapak lah. Anak derhaka lah. Tak cium syurga lah.
Main hembus je tanpa ilmu.

Mak bapak ni Allah perintahkan anak-anak taat hanyalah kerana amanah dan tanggungjawab yang dipikul ke atas bahu mereka. Kalau mak bapak tak jalankan amanah dan tanggungjawab kat anak-anak dengan baik, sebaliknya menggugat pulak hak-hak anak kerana terpengaruh dengan suasana semasa, adat budaya, pemikiran jahiliyyah, maka ketaatan anak-anak tercabut secara syarak pada diri mereka.

Ini Islam ya. Bukan Melayu.
Budaya “Biar mati anak, jangan mati adat” takde dalam Islam.
Banyak sangat tengok Batu Belah Bertangkup dorang ni semua.
Bukan maksudnya cerita-cerita tu semua mengarut. Tak. Tapi, kebanyakkan kisah-kisah macam ni mendidik anak supaya mempertuhankan mak bapak, which is sangat salah faham konsep.

Dalam An-Nisa ada sebut, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.” 

Buat baik kat mak bapak, cakap sopan, jaga hati dorang, jangan derhaka - itu semua berjalan seiring dengan kepentingan agama dan hak terhadap diri sendiri. Bukan semata-mata nak jaga hati mak bapak saja sampaikan tanggungjawan pada diri dan keluarga sendiri pun terabai.

Bila kehendak suami dan mak bapak bercanggah, maka kehendak suami mesti didahulukan. Ini dalam fatwa, bukan aku reka sendiri. Ini kerana, pemegang amanah isteri pada ketika itu adalah suami, bukan makbapaknya lagi. Tapi suami pun kena ada timbangrasa, jangan sebab kau pemegang amanah maka semua kau balun sorang. Berhikmahlah.

Isteri yang baik akan cuba memujuk suami supaya berdamai dengan mak bapak. Pujuk dulu, kalau tak boleh, then ikutlah cakap suami selagi tak menyalahi syarak.

Kita memang tak boleh pilih siapa yang jadi mak bapak kita.
Tapi kita boleh pilih untuk jadi mak bapak yang baik untuk anak-anak kita.
Dan oleh sebab itulah kita kena usaha pertahankan rumahtangga supaya generasi seterusnya akan jadi lebih baik. Itu jihad kecil kita. Nak jihad besar-besar belum mampu. Jihadlah dengan pelihara rumahtangga sebaik mungkin semata-mata untuk lahirkan keturunan yang tahu agama.

Aku doakan reader ni temu jalan keluar dari kesulitan ni dengan baik.

Tolong doakan rumahtangga dia, dan rumahtangga kita semua agar semuanya baik-baik saja.


2016-06-29

Berniaga secara pre-order tak patuh syariah?


Gitu kau tajuk.
Merempan usahawan-usahawan baca tajuk.
Tapi kalau nak merempan pun biar baca isi sekali ya, jangan baca tajuk je.

Lately ni kecoh sana sini kes baju raya pre-order menjak 3-4 bulan lepas tak siap-siap.
Rupanya banyak kes.
Aku ingatkan 1-2 je.
Dan semuanya melibatkan brand-brand yang popular.
Yang tu memang tak disangkal lagi lah, dah kalau nama brand popular mestilah crowd pun ramai, kan?
Nak pulak kalau brand popular tu buat sale. Material kain cam harem pun tetap berjujuk orang beli.

Tadi aku nampak sorang follower FB naikkan status beli jubah kat salah sebuah jenama pakaian muslimah terkenal. Beli secara pre-order. Bila dapat, material kain tak seperti yang dibayangkan. Nak kecewa pun dah takde selera sebab minggu depan nak raya. Nak taknak pakai lah jugak jubah tu nanti, sebab beli pun dah nak cecah RM300.

Haihh, macam-macam hal dah nak raya.
Macam kes baju raya aku tahun lepas lah.
hantar kain dah 3 bulan, alih-alih lagi seminggu nak raya pi ambil pun still tak siap-siap lagi.
Boleh pulak dia tanya aku "Kenapa nak balik raya awal sangat?"
Eh, kau ni. Ingat kampung aku belakang rumah, lagi sejam nak raya baru nak balik? Chantekkk muka.

Cerita pasal pre-order ni, aku pun pernah alami.
Selalunya, yang buat pre-order ni adalah kerana taknak rugi terpaksa keluarkan modal banyak untuk buat stok. Takut nanti tak terjual, stok jadi aset. Disebabkan itu, ramai pengusaha pilih untuk buat pre-order.

Kes pertama aku berdepan dengan malapetaka pre-order ni adalah masa aku bawak masuk tudung silk dari China. Ini tahun-tahun awal aku mula bertudung. Memang cun tudung tu. Silk pulak tu. Banyak pulak warna-warna menarik. Silk kan, of cos la warna dia cantik-cantik. Bila aku berurusan dengan seller, dia bagitau harga dia sekian-sekian. Kalau beli lebih dari 200 helai, boleh dapat harga jauh lebih murah. Itu biasa lah. So aku pun mintak gambar-gambar shawl untuk aku up-kan kat blog. Tanya ada sape nak beli tak, supaya harganya jadi lebih murah. Sekali ramai gila, nak dekat 400 helai!

Dan reader-reader aku semua memang best-best. Jenis percaya kat aku.
Dorang pun bayar.
Ok dah settle kumpul payment, aku pun place order.
Tracking number dapat.
Tracking system pun memang tunjuk shipment bergerak dari satu port ke satu port.
Akhirnya sampai depan pintu rumah.
Besar gabak parcel yang sampai, berbalut dengan guni lagi.
Siap kena tax sampai RM600.

Excited gila aku nak pos semua kat customer.
Bila bukak je parcel, macam nak pitam aku tengok semua yang sampai bukan shawl yang aku order.
Material out.
Warna out.
Yang betul cuma design dia ombre. Tapi bukan warna-warna yang aku nak.

Aku call China, cakap dengan seller tu.
Dia kata dia orang perantara saja (dropshipper).
Yang pack semua order is factory.
Tak tau la dia kencing aku ke tak kan, tapi kisahnya memang aku takkan dapat balik la duit aku tu. Apetah lagi nak dapat shawl yang benar-benar aku order.

Apa yang aku buat?

Aku contact partner aku kat sana (partner Biotech), mintak dia outsource shawl yang aku nak tu. Tak kira lah berapa harganya, mintak dia carikkan dulu. Aku nak tau shawl tu sebenarnya wujud ke tak.
Partner aku dapat jumpa shawl silk tu. Dia kata memang wujud, pure silk. Tapi harga mahal gila. Walaupun aku beli sampai 500 helai sekalipun, harganya paling bangsat pun RM99 (kos). Sedangkan harga yang aku bagitau kat blog tak sampai RM50 pun sehelai (ni harga selling).

So, nak buat camana?

Aku email balik sorang-sorang, and bagi option samada nak shawl tu tapi kena tambah harga, ataupun refund. Aku tak ambik untung, aku jual harga kos saja. Kira macam aku tolong belikan.
Sebab aku tak sampai hati nak jual harga shawl beratus. Nasib aku baik sebab yang beli semua reader. Jadi, dorang pun respond baik-baik kat aku, ada yang mintak refund, ada yang nak proceed dengan tambah duit. Dalam 100 helai lebih jugak yang proceed. Masa ni kos tax semua aku absorb. Betul-betul tolong belikan je ni. Takpelah rugi sikit bayar tax and kena keluarkan duit sendiri untuk beli new shawl (sebab duit asal dah bayar shawl cilaka tu). Masa tu aku tak kisah rugi dah. Aku cuma taknak orang hilang kepercayaan kat aku satu, yang keduanya aku taknak la berhutang dengan orang tanpa aku sedar. Baik aku terlebih bayar dari aku terkurang bayar.

Masa dah settle semua delivery, shawl-shawl yang salah tu aku bagi orang.
Aku lupa sape ntah orangnya, dia nak pinjam duit aku kalau tak salah.
Aku bagi dia shawl tu, aku suruh dia jual. Takyah bayar kos kat aku. Ambiklah. Buat sakit mata aku je pandang shawl 400 helai dalam bilik. Kau pandai-pandailah jual, jangan meminjam.

Masa tu aku down jugak lah.
Aku bagitau kes ni kat Sang Nila Utama.
Dia kata sebenarnya perniagaan secara pre-order ni tak patuh konsep muamalat.
Sebab kita menjual sesuatu yang tak ada di tangan. Konsepnya berjual-beli tu KURANG tepat kerana lebih berisiko timbul masalah. Semua perniagaan berisiko, itu dah tentu tetapi kalau ada cara yang lebih baik dari pre-order, lebih bagus.

Tetapi, ada hadis yang mengatakan "Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia meminta agar aku menjual kepadanya barang yang belum aku miliki, dengan terlebih dahulu aku membelinya untuk mereka dari pasar"

Rasulullah saw menjawab, "Janganlah engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu" (HR Abu Daud (3503), At-Tirmidzi (1232) dan Ibn Majah (2187).

Maknanya kalau barang yang nak dijual tak ada di tangan kita, antara kita dengan supplier pun tak bayar apa-apa lagi, janganlah jual.
Inilah yang terjadi kat aku dulu.
Aku tak bayar apa-apa pun lagi kat supplier, bermakna aku belum beli pun, aku tunggu duit orang masuk baru aku place order - so ini elakkan.
Melainkan kita memang dah ada transaksi dengan supplier cuma barang tu dalam proses, ini different story.

Sejak hari tu aku bawak masuk stok dulu.
Taknak terima dah pre-order.
Kalau stok habis, walaupun demand banyak, aku tak ambik order.
Nampak macam bodoh kat situ, dah tau demand tinggi kenapa kau tak ambik order kan.
Tapi biarlah macam tu. Kadang-kadang benda ni sebenarnya nak menguji kita.
Kita tamak dalam tak sedar. Kita rasa itu rezeki. Tapi mungkin juga itu adalah tanda-tanda tamak. Kumpul kumpul kumpul order, duit ambik, tapi barang takde kat tangan.

Kali kedua aku terkena dengan pre-order ni masa aku mula-mula launch GreenAard.
Dulu kan sebelum GreenAard, aku promote E-Burner.
Masa dulu projek E-Burner ni usahasama dengan seorang dokter kat UK.
Mula-mula takde masalah nak bawak masuk Malaysia.
Every week masuk 200 botol, 200 botol.
Memang sengaja aku pecahkan kepada volume kecik supaya kalau sangkut kat kastam takde lah sangkut sampai 5000 botol terus, Masak aku kalau sekaligus kena tahan.
Sampailah satu tahap, shipment sangkut kat kastam. 2 weeks and still no news. Cam haremmmm.
Masa tu order yang masuk dan dah berbayar 1000 botol lebih!

Silapnya satu je.
Aku tak reti nak tukar setting coding AVAILABLE kat website tu kepada OUT OF STOCK.
Jadi semua masuk website terus klik and bayar sebab semua ingat ada stok.
Dulu semua order pakai website Fleur by Mrs Him.

Masa tu aku cuak gila sebab ramai gila beli. Sampai aku pun pening mana datang dorang ni semua?
Harga sebotol RM90 okeh. Kalau dah sampai 1000 botol pending, berapa duit orang yang aku pegang? Again, aku rasa nak pitam.

Tapi, nasib baik jugaklah dalam masa aku carry E-Burner tu, aku dah outsource factory untuk produce the pills just in case perkara-perkara macam ni berlaku.
Cumanya, aku tak dibenarkan guna fomula yang sama.
Fine, aku pakai formula sendiri, hasil ubahsuaian dari E-Burner.
E-Burner ni produk omputih, jadi bahan-bahannya banyak chemical.
Aku tukarkan formula kepada raw herbs.

Alhamdulillah, settle masalah.
Menangis-nangis jugak lah aku stress nak handle order customer.
Dengan label yang tunggang terbalik bahasanya, kejap bahasa melayu, kejap bahasa omputih.
Masa tu aku cakap produk kena keluar dulu. Bahasa-bahasa tu semua kendian aku adjust.
Lepas tu aku terpikir, mungkin ini cara Tuhan tegur aku. Jangan buat pre-order.
At the same time mungkin juga ini jalan Dia tunjuk kat aku supaya aku produce sendiri saje lah, takyah partner-partner ngan orang.

Jangan salah faham entry aku ni.
Kang ada yang buat bisnes pre-order sentap lak.
Entry ni cuma sharing pengalaman aku berdepan dengan bisnes cara pre-order.
Ia memang menyesakkan. Tidur pun tak lena mengenangkan duit orang dah bayar tapi barang tak sampai kat tangan lagi.
Bila berdepan dengan masalah pre-order yang sangkut macam ni, sebagai pengusaha, kita kena muhasabah and banyak-banyak sabar.
Sometimes benda-benda pentunjuk Allah bahawa kita sebenarnya mampu buat lebih dari pre-order bisnes.
Dulu pun aku tak pernah sangka aku mampu buat stok baju yang banyak untuk dijual.
Aku takut-takut nak produce baju, takut tak laku.
Tapi sebenarnya bila stok ada kat tangan, itu yang akan membuatkan kita bergerak sehabis daya untuk pasarkan produk kita. Kalau tak, kita hanya tunggu orang request saja.
At the same time, mengajar kita supaya jangan tamak.
Apa yang ada jual dulu. Insyallah, ada masa buat re-stock. Kalau tak sempat re-stock, dah. Jangan nak kaut semua.

Ni aku nak share sikit lah, antara testimoni-testimoni GreenAard, buat cuci-cuci mata petang-petang Ramadhon ni.

Petang apa?

Petang Ramadhoooonnn.











Testimoni bertulis kendian-kendian aku share.

2016-06-28

Apa sebab aku dapat tukar booth kat Mood Republik JB yang lepas.


Alhamdulillah, lepas satu, satu event selesai.
Tinggal satu lagi event penghabisan sebelum raya, hari Sabtu and Ahad ni (2-3 July) kat Karnival Mega Raya Stadium Melawati Shah Alam (stadium tertutup).

Ok, entry dimulakan dengan company's berbuka puasa.
Ada la kot 2 minggu lepas punya cerita ni, tapi tak teringat nak cerita sebab aku tak ambik gamba. Yang ambik gambar En Wan, jadi dia pun baru je bagi gamba-gamba ni kat aku.


Tiba-tiba jadi CIK.


 Big bos malam tu pakai kurta rekaan sendiri.

Kitorang makan kat hotel paling dekat dengan Putra Heights, new business hotel kat Seksyen 26. Senang sikit sebab anak-anak dara ni kang kena drive gelap-gelap pulak nak balik rumah, jadi pilih hotel yang tak jauh sangat. Mula-mula masa En Wan kata nak book majlis berbuka puasa untuk company, aku ingatkan kat Kota Kemuning Golf Club tu sebab tu memang tempat feveret dia. Bila dia kata "restoran biasa-biasa je kali ni", aku macam laaaa..kalau setakat nak makan kat restoran biasa-biasa baik makan kat rumah aku je. Entah-entah aku masak lagi sedap.

Rupanya dia ajak pi new hotel ni.
Not bad jugak, ramai gak yang datang makan buffet kat situ. Aku pun tak tau menahu situ ada hotel.
Nama hotel tu Hotel Nexus Business Suite.
Food selection untuk buffet buka puasa boleh tahan sedap.


Banyak-banyak stall, yang ni yang En Wan dok ulang-alik.
Keropok lekor, keledek and pisang goreng panas-panas. Memang layan lah minum ngan teh O panas.


Malam tu ada fish fillet masak cheese, ayam tandori, rendang daging, sayur campoq, tauhu Jepun, nasi putih, nasi beriyani, ayam rempah, udang goreng kunyit, bubur lambuk, mushroom sup, 10 macam jenis ulam, rojak, eh banyak!


Petai jering pun ada!
Yang best tu macam-macam keropok ada. Keropok lekor, keropok keping, keropok belinjau, keropok emping, keropok sayur.


Macam-macam jenis kerabu and salad.
Kuih-kuih melayu like seri muka, kaswi, cara berlauk, sagu gula melaka, bingak ubi, and kek-kek pun ada.


Tapi memang ini yang orang tuju.
Kambing golek.

Yang penting, sekepala cuma RM48 saja!
Surau kat level yang sama dengan cafe, so takde masalah.
Telekung pun ada kat surau tu kalau terlupa nak bawak.



Sepatutnya semalam (Isnin) sampai esok (Rabu) kitorang ada booth kat Menara TM Bangsar.
Tapi malam lepas wrap Mood Republik JB, En Wan jual booth Menara TM tu kat orang lain sebab dah tak banyak baju yang tinggal sedangkan kitorang ada satu lagi big event yang terakhir kat Stadium Shah Alam. Nasib baik ada yang nak beli booth tu, lagipun tak mahal, cuma RM880 je. Kalau booth MR tu maybe berkira-kira jugak orang nak beli kalau dah sampai RM5K.  Jadi, event Menara TM terpaksa kensel. Nanti kita jumpa kat Stadium Shah Alam je lah ok?

Mood Republik JB.
Kenapa JB?
Sebab saje je. Malas nak berhiruk pikuk sangat kat PWTC. Lagipun hujung tahun karang kitorang join MR YES PWTC, so biar raya ni ke JB je lah.
Aku dah cakap siang-siang kat En Wan, aku pegi ni sebab nak teman dia drive je, bukan nak teman dia kat booth. Aku memang tak boleh tempat sesak, rimas. Sebab tu aku malas pi Pasar Ramadhan. Aku nak muntah tempat ramai orang, tak kisahlah beraircond ataupun tak, rasa rimas gila.


 Jumaat pagi, gerak ke JB. Duduk kat Pan Pac, sebab sebelah je dengan Persada, senang nak ulang-alik. Sepanjang jalan cuaca best, mendung and renyai. Sedap je aku membuta dalam kereta. Terlupa pulak aku sebenarnya patut teman En Wan drive. Tapi takpelah, dia ok. Hehe..
Memang terpaksa angkut Rayyan sekali sebab kalau bagi dia duduk kat rumah konfem bertekak je keje ngan abang dia, kang satu hal mak mertua aku nak melayan karenah dorang. Jadi, kena pisahkan. Aku angkut Rayyan sekali. Lagipun dah janji dengan dia kat JB nanti boleh main dengan anak Ima, Jannah. Tu yang excited nak join tu. Sepanjang perjalanan asik tanya pukul berapa nak sampai hotel. Tak sabar nak jumpa Jannah.


 Antara order pertama malam tu kat hotel.
Boring tak tau nak buat apa kan, sebab En Wan dari pukul 3pm dah duduk dalam hall setup booth dengan anak-anak dara dia. So aku kejenya mentekedarah je lah kat hotel.



Ini semua gambar yang En Wan snap hantar kat aku.
Aku tak snap gambar pun sebab aku tak gi booth.
Ni masa pagi-pagi sebelum hall dibuka.
Memang setiap exhibitor WAJIB sediakan at least 80 goodie bags untuk tetamu.
Ada la jugak yang bengkek dengan rules ni. Aku sempat gak baca kat IG Mood Republik ada yang tak puas hati bila diwajibkan sediakan goodie bags, Ye lah, aku paham, tak semua yang join tu benar-benar berduit. Ada yang nak bayar sewa tapak pun semput. Tapi dah syarat dia macam tu kan, kena lah ikut.

Sebab tu Mood Republik advertise "10,000 goodie bags percuma untuk 10,000 terawal!". Tu semua goodie bags dari exhibitors la tu. Nasib-nasib kau lah dapat goodie bags yang mana satu.
Inilah namanya marketing. Bila kita semua sediakan goodie bags, ramai lah yang akan datang berjujuk beratur. Memang ada yang datang untuk beli barang tapi kebanyakkannya balik berlenggang dengan 1 beg. Dan sah-sah la itu bag percuma, bukan yang dibeli.


 Macam biasa, Didie Alias MC tetap Mood Republik.









Makhluk yang datang memang ramai.
Aku sebenarnya datang kejap pagi tu, sebelum pintu hall dibuka.
Lepas 1 jam pintu buka, aku cabut sebab Rayyan merengek nak balik hotel mandi kolam.
Masa aku balik tu, walaupun dah sejam pintu hall bukak, queue masih panjang sampai ke main road!
Gila tak gilanya manusia nak bershopping. Dari bilik aku boleh nampak tak ada tanda-tanda orang nak surut. Memang ada je orang masuk ke Persada.


 Aku balik melayankan budak ni nak main kolam.
Sorang-sorang pulak tu main, takde sape pun mandi. Tapi sejam jugaklah aku layan dia berendam.




Apa yang aku boleh cakap, kat mana-mana booth, termasuklah kat MR, crowd terbahagi kepada 2.
Satu yang datang tak tau nak beli apa.
Lagi satu, datang dan tahu dah nak tuju kat mana.

Yang dah tau nak tuju kat mana ni selalunya memang followers kepada brand-brand tertentu.
Yang tak tau nak tuju kat mana ni selalunya datang untuk beli barang bawah dari harga RM100.

Yang datang booth Fleur by Mrs Him kebanyakkannya tuju terus nak beli kurung Ivy and kurta.
Yang ni aku tau memang followers FB Fleur, (bukan reader blog aku sebab dia tak kenal pun aku).
Yang takde hala tuju tu bila masuk booth aku, akan capai jubah bawah harga RM100 ke bawah.


 Dari tingkap bilik aku.




 Pukul 3pm, Jannah sampai.
So, turun kolam balik semula untuk second round.


Ima buat aksi terjun tiruk kat kolam petang tu sampai lencun terpaksa beli baju kat Persada.
Sebab anak dia tergelincir dalam kolam, takde pulak life guard kat kolam tu, maka emaknya terjun tiruk. Aku macam nak terkencing gelakkan Ima. Gila stunt betul!


Tiba-tiba En Wan whatsapp gambar dia ngan Kimi (CEO Mood Republik).
Aku macam "Eh?? Ni mesti ada hal ni".



Sejam pastu aku dapat whatsapp ni pulak.
Booth dah bertukar betul-betul kat pintu masuk. Hahahahah.
Ni namanya rezeki.

Ok kisahnya macam ni.

Malam sebelum berangkat ke JB tu, Mood Republik baru release-kan layout booth.
Pastu kitorang perasan booth kitorang bukan dalam main hall tapi DI LUAR HALL.
Bukan luar building. Masih dalam building tapi kat luar main hall.
Aku pelik lah, eh apesal dorang letak booth aku kat luar?
Nak kata lambat bayar, aku bayar cash on the spot kot tahun lepas masa registration. Sedangkan ada yang join MRJB hari tu on pagi tu baru nak buat settlement, tapi dapat booth kat dalam.
Masa aku suarakan pertanyaan kat dalam group Whatsapp, ada yang respond "Jangan risau, Mood Republik pengunjung memang ramai, booth luar ke, dalam ke, tetap orang akan singgah".

I tell you, bukan macam tu caranya kalau nak optimis.
Jangan pasrah sebelum berusaha,

Betul, kita kena percaya pada rezeki.
Rezeki Allah ada kat mana-mana.
Ulat dalam batu pun lagikan hidup.
Tapi, kita diberikan akal dan kudrat untuk berusaha.
And usaha aku adalah untuk dapatkan tempat DI DALAM HALL. Sebab aku yakin, kedudukan di dalam hall lebih berbaloi. Orang akan mudah habiskan duit dalam hall, bila dia keluar, dia akan spend sikit saja, ataupun tak spend lansung sebab duit semua dah habis kat dalam.

Tapi, aku tak sangka pulak En Wan pi sound management MR terus siang tu.
Memang kedudukan booth kitorang masa tu tak strategik lansung.
Terceruk ke dalam. Booth aku sorang pulak tu terceruk.

Bila En Wan dah bising, tak sangka CEO sendiri pi jengah booth kitorang and dia pun macam agree kedudukan booth tu tak sesuai, pastu dia offer kitorang masuk dalam hall and ambik pulak booth dorang.
Aku macam tak percaya kitorang dapat booth Mood Republik sendiri. Depan-depan pintu lak tu.
Sebab tu aku cukup takut nak libatkan En Wan dalam bisnes aku ni dulu.
Sebab aku sangat faham style Jepun dia ni. Jepun ni kejam sikit cara bekerja dia. Tapi setakat ni aku boleh follow lagi.


 Ni masa tengah setup booth kat new location.


 New location, dalam hall. Nampak tak booth sebelah tu?
Sebenarnya dua-dua booth ni MR punya, tapi CEO bagi satu kat kitorang, so dorang pun satu je kat sebelah.


 Ranggi pakcik ni.
En Wan tak sempat nak ambik banyak gambar kat MR sebab booth sentiasa ada orang jadi dia pun sama busy walaupun dah ada 3 anak dara tolong. Tapi pakcik ni memang belanja habis-habisan. Dia borong kurta, anak-beranak pakai kurta pagi raya.


 Ni dah pukul 10 malam tau, tapi queue panjang lagi padahal hall tutup 12 malam.


 Aku memang sejam je pagi tu kat booth dan tak masuk-masuk dah.
Jadi keje aku gini lah, asik order eskrim je.


 Malam tu aku dah tetido, penat oii melayan panglima.
Tiba-tiba En Wan balik bawak makanan untuk sahur.
Sebenarnya hotel sediakan sahur buffet kat bawah dari 2.30am sampai 5am, tapi En Wan nak makan beradap-adap dengan aku jugak. Tak dapat lah kan, sebab Rayyan dah tido, so menapau lah warung kat depan tu, makan dalam bilik. Nak sangat makan beradap-adap.


 Ini the next day, (Ahad).
Kebetulan dapat buat pitching, so En Wan memang tak kasik channnnn.
Dia tapau mic tu terus kehulu-hilir sampai MC pulak yang terpaksa mengekor dia. Malu ai.




 Hari Ahad tu aku lepak lama sikit, 2 jam setengah.
Sebab ada yang dah bagitau nak datang jumpa aku, so aku datang.
Thank you pada yang sempat jumpa. Yang tak sempat jumpa, insyallah ada rezeki kita jumpa lagi kat JB ya?



 Ahad tu, Singapore banyak turun.
So paham-paham la kan Singapore berbelanja. Memang dia borong kaw-kaw.
Ada sorang aunty tu borong 8 helai jubah terus, nak pakai sekeluarga untuk wedding katanya.


 Ni lah keje mak-mak.
Laki masing-masing sibuk bekerja, kita bawaklah anak-anak main kat park sambil bergossip.
Tapi banyak gossip tak sempat habis ni. Takpe, Isnin depan balik Bangi sambung lagi.






Nanti esok aku senaraikan apa aje yang akan aku bawak ke Stadium Shah Alam ok?
Yang pastinya GreenAard memang ada kat stadium.



Harga GreenAard kat booth macam biasa :

♥ RM78/botol untuk GC Plus. (harga online RM90/botol)
♥ Beli 3 botol dapat free 1 botol Nutrijuice. (ni valid kat booth saja)

♥ RM50/botol untuk Nutrijuice. (harga online pun sama sebab ini introductory price)
♥ RM90/2 botol (offer yang sama ada kat obline jugak).

TAPI SPECIAL UNTUK RAYA NI :

Sesiapa yang tak dapat ke booth untuk beli GreenAard, boleh beli secara online dengan harga RM78/botol TAPI KENA BAYAR DUIT POS*.

Please whatsapp "GREENAARD 78" ke 012-7728976.

Thank you.


*tak jamin dapat before raya sebab pos laju cakap pick up sehingga 29th saja yang dijamin dapat sebelum raya.