Isnin lepas aku outstation ke utara.
Tapi dengan consent dokter ye, bukan aku suka-suki anak tekak pergi sendiri.
Sebab tu kali ni aku outstation bawak Pak Aji ngan Mak Aji sekali.
No choice, Pak Aji kena drive.
Aku dah takleh nak pospon dah trip aku kali ni.
Bila aku tanya Pak Aji if dia can drive sampai ke Perlis,Mak Aji yang beria-ia jawab
"Bolehhhhh".
Aku dah tau la tu. Mesti ada maknaaaaaaaaaa tu.
Isnin pagi, Pak Aji and Mak Aji sampai rumah aku around 7.30am macam tu then terus gerak. Singgah Tapah dulu sapedek nask lemak paru. Pastu masuk Ipoh jap tapi kat MekDi tepi jalan tu je sebab ada reader order macaroni. Memang rezeki dia la, kebetulan masa dia email aku cakap teringin nak macaroni bakar tu aku masih di rumah, jadi aku suruh dia tunggu kat MekDi Ipoh tepi JJ tu untuk collect macaroni. Rupanya budak tu pregnant, patut la teringin.
Lepas tu terus ke Penang.
Aku memang bajet hari tu appointment start after lunch sebab taknak bagi Pak Aji rush-rush. Lagipun dokter pesan every 2 hours aku kena keluar dari kereta sebab takut lama sangat terhentak-hentak dalam perjalanan. By the time sampai Penang dah pukul 12. Just nice pi check in.
Sampai bilik, terus terbongkang masing-masing.
Gila tak larat aku. Padahal bukan aku yang bawak.
Tapi memang betul, kalau kau drive, takkan jadi sepenat kau jadi penumpang.
Sebab tu aku lagi prefer drive. Sorang-sorang pun takpe.
Kali ni aku gi Penang, dok belakang, masuk-masuk je kereta terus pasang headphone, layan mp3.
Kalau layan radio kegemaran Pak Aji mau muntah belahak aku dalam kereta tu.
Biasa la kan, radio pilihan orang tua-tua ni. Sangap.
Duduk belakang, jadi mem besar.
Kul 2pm gerak ke USM, sampai kul 5.30pm appointment aku hari tu.
Puas hati dapat padatkan jadual.
Tu pun kalau ikutkan ada 2 orang customer aku tak dapat jumpa sebab diorang bercuti. Kalau tak, mau extend lagi sehari kat Penang.
Balik dari keje check FB baru perasan ni kat wall.
Siap nak gi cark tu.
Yesseeeeeeerrr, mari kita larikkan diriiiiiiiiiiii. Haha.
Thank you la pada yang notice aku.
Kalau nak tau, sepanjang aku bekerja dok ulang-alik every month ke USM, tak pernah sekali aku makan dalam USM tu sebab aku tak tau nak makan kat mana. Everytime aku gi USM, kalau aku sampai kul 12, jumpa customer pastu time lunch aku akan lepak masjid sampai kul 2pm baru sambung jumpa customer balik. Memang berlapar la.
Dulu time ada customer (also a reader) blaja kat Pharmacy, ada la gak tempat aku menumpang kasih lepak Kenny Rogers. Pastu ada gak dulu sorang budak Faculty Home kot ajak aku lepak lunch tapi kat luar USM jugak so memang aku tak tau la mana nak lepak kat USM ni.
Trip kali ni, kebetulan dokter yang aku nak jumpa tu ajak aku tea kat Desasiswa Harapan (ntah betul ke tak aku tulis ni). Sekali kan, aku masuk cafe tu nampak Pak Aji ngan Mak Aji rilekkkk je tengah menge-teh berdua. Aku macam pehhhhhhhh, terer orang tua ni. Aku pun tak pernah lepak cafe ni, diorang baru datang hari ni, terus jumpa cafe. Tapi atas dasar profesionalisme, Pak Aji ngan Mak Aji buat tak reti je kat aku bila aku lalu sebelah meja dorang.
Lepas discuss over tea, pi jumpa customer lain pulak, sampaiiiii la 5.30pm.
Memula nak ajak Mak Aji gi Padang Kota. Siap bawak gps ni punya la takut sesat. Tapi sebab keluar time orang balik keje, aku dah leh imagine betapa congestednya laluan nak ke Padang Kota tu. Tak jadik, tak jadik. Gi Queensbay je dah la.
Dinner at Kenny Rogers, Queensbay Mall.
Bawak Mak Aji la katakan, kat Queensbay pun dia leh bantai shopping.
Beli bra ngan panties.
Kalau tak, banyak lagi dia nak beli tapi aku saiko dia supaya jangan beli sebab nanti kita nak pi Padang Besaq.
Aku nak ajak Pak Aji masuk DOME, dia taknak makan spageti pizza ni segala.
Nak ajak masuk TGI, lagi la dia taknak.
Dia nak carik nasik sebenarnya, so aku masukla Keny Rogers.
Tapi hari tu aku tak tau apa kena dengan Kenny Rogers, samada terlampau laku or tak laku, 2-3 kali kitorang tukar order, semuanya takde, habis, takde, habis. Baik kau tutup ke kedai kau ni.
Yang ada pun standard meak dorang tu je la.
Seb baik nasik ada.
Kalau tak kebuloq bapak aku.
Aku cakap, kalau lapar aku senang je, room service.
Memang tu la pun keje aku kalau lapar-lapar selama ni.
Order je la room service sudahhhh.
Malam tu semua tumbang awal, termasuk aku. 10.30pm dah padam.
Konon nak diet la taknak ambik nasi. Padahalllll cheese sebeban.
Esok pagi, gi lagi USM tapi jumpa customer lain pulak.
Aku bajet kul 11am kena keluar dari pulau sebab nak ke Bertam lak.
Tapi kat Bertam aku just spent sejam je.
Lagi sejam tu melepak kat Secret Recipe.
Aku cakap, makan kenyang-kenyang sebab aku tak familiar kat Perlis. Mau tak makan lansung kang.
Ada jugak reader aku kat Bertam rupanya.
Lepas ni korang siap, aku sampai Bertam aku shoot.
Korang kena bawak aku gi makan.
Aku harap lepas ni takde la balik-balik SR je aku serang.
Lepas lunch, gerak ke Perlis.
Tapi singgah Gurun jap saje buat lawatan tapak sebab tak pernah singgah.
Sampai kat Perlis, terusssssssssssssssssssssssssss gi Padang Besaq.
Masa ni tak berapa nak shopping sangat, baru nak warm up je, so beli takat 5-6 plastik je.
Bila sampai hotel, baru terfikir apesal tak belikan untuk Ima? Apesal tak belikan untuk bibik? Apesal tak beli baju ni lebih???
Ok, ni semua manusia-manusia yang bakal jadi mangsa aku next time aku ke Kangar.
Ha, mula la kan.
Perancangan nak ke Padang Besaq lagi sekali dah ada dalam minda dah ni...
Tapi before balik ke hotel hari tu, kitorang gi jeti dulu, pekena laksa and rojak ketam (eh ke pasemboq ketam?)
Amacam?
Terlioq masing-masing????
Gila sedap laksa ni.
Tapi kawan aku cakap ada satu port laksa tu lagiiiii sedap tapi masa kitorang sampai tu, port tu tutup.
Tapi, kalau dah nama sampai ke Perlis tu, laksa mana la yang tak sedap?
Semua konfem sedap!!!
Nak lagi sedap, silalah belanja aku makan. Sure sedap extravaganza punya!
Rojak ketam ni sedap okkkkkk.
Super duper sedappp!!
Ada manusia tu cakap ketam ni boleh kunyah terus, kira macam soft shell crab la, boleh telan dengan kulit-kulit sekali.
Soft shell wakluuuuuuuuuuuuuuuu.
Mau tersengkang kulit kat tekak aku kang.
Walaupun ketam tu macam memanggil-manggil je, tapi aku takde la hongges ketam tu. Sebab kat public kan, very the malu. Kalau bungkus bawak balik hotel memang jahanam aku kejekan ketam ni.
Lepas pekena laksa, balik hotel, rest.
Malam tu around 9pm, keluar g jeti lagi sekali, makan seafood kat gerai Lynda.
Walahweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii mahbelessssssss!!!!!
Ini namanya sotong goreng tepung okkkkkk.
Yang selama ni aku mentekdarah sotong goreng tepung kat Putra Heights, kat Bangi, kat bla bla bla adelah bukan sotong goreng tepung tapi CEKODOK SOTONG!
Aku konfem kebanyakkan orang yang order sotong goreng tepung mesti dapat jenis yang sotong celup kat tepung gandum tu kan?
Tak banyak tempat yang offer sotong goreng tepung bawak keluar sotong goreng tepung macam kat atas ni.
Tapi kat Perlis hari tu aku puas hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!
Aku ratah lauk sampai berlipat-lipat perut.
Masa tu lantak kau la perut nak berlipat ke, nak bergulung ke, bukan selalu sampai Perlis kan?
Sesekali dapat makan sedap macam ni memang jangan bercita-cita nak diet.
Malam tu aku order sotong goreng tepung untuk 3 orang makan (banyak gila!!!!), pastu tomyam kong, ikan siakap bapak besar, pastu kailan goreng ikan masin just RM85 je. Puas hati!!! Rasa macam nak pegi lagi.
Tapi kali ni kalau aku naik Perlis, memang aku allocate satu hari just untuk shopping and makan je.
Anjung Keli...hmmm. Aku pernah dengar orang kata Anjung Keli kat Perlis ni among the best restaurant. Tapi aku takde masa nak carik. Maybe next time. Bersedialah korang. Hehe...
Esoknya pagi-pagi aku dah ke UniMAP.
Aku kena keluar awal sebabbbbbbbbbbbbb.......????
Bukan sebab nak balik ke Subang semula.
Tapi sebab nak serang Padang Besaq balik.
Yeah!!!
Kenangan masuk Padang Besaq.
Kali ni masuk arcade satu kedai tu kitorang beli baju je sampai RM200.
Tau je la kan, baju-baju kat sana murah gila.
Dah kalau sampai RM200 spent kat satu kedai, memang memborong la namanya.
Tapi baju takat buat basahan boleh la.
Aku call En Wan nak jersi ke tak?
Memula tu masa kat rumah aku tanya nak kirim apa-apa tak, macam taknak je bunyiknya.
'Takpelah...'
Jual mahal konon.
Sekali aku call dari kedai jersi tu melompat order 2 helai terus.
Quality-wise oklah, takyah la nak compare dengan original kan. Nama pun barang seludup.
Janji boleh pakai sudah la.
Lepas shopping, around 12noon macam tu gerak balik.
Singgah RnR Gurun, RnR Juru and RnR Tapah.
Kat Tapah, biasa la kan, port aku.......
Slurppppppppppppppppppp!!
Banana Royale @ Baskin.
Sebenarnya dari kat hotel Kangar lagi aku teringin nak makan banana split. Tapi hotel tu takde eskrim banana split. Boleh la kalau teringin sangat beli je eskrim conetto. Sebelah tangan pegang conetto, selah lagi pegang pisang.
Sampai kat Tapah memang aku suruh Pak Aji stop demi nak makan Baskin.
Takkan makan sorang kan.
Haruslah jemaah.
Si Redza dari awal lagi pesan suruh beli gasing.
Mana la aku nak carik gasing????
Macam la kat Subang takde jual gasing.
Apa la budak-budak zaman skarang ni.
Gasing pun nak main ke??
Tu la kan, banyak sangat main PSP, bila tengok gasing terus gelupur.
Padahal gasing tu apa aje la kan.
Puas mencarik gasing tak jumpa, last-last Pak Aji jumpa kat Tapah.
Tapi jenis yang moden punya la, yang bangsa kau tembak nanti gasing tu terkeluar and pusing.
Tapi Redza taknak, dia nak yang macam Ben-10 la, apa la.
Kitorang sampai Subang kul 8.30pm macam tu.
Terus flatttttttt.
Sudahnya hari ni aku demam sebab penat sangat.