2020-05-30

Terima kasih kerana mengingatkan aku


Hidup akan terasa lebih indah kalau sentiasa bersyukur.
Jangan pernah rasa kita adalah orang yang paling malang di dunia, kerana masih ramai orang kat luar sana yang tengah rasa susah dengan ujian yang jauh lebih berat.
Boleh jadi rasa kecewa yang kita rasakan sekarang adalah kerana kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Semalam, ada a few DM aku di IG bercerita tentang masalah masing-masing.

Ada yang tengah diuji dengan majikan nak downsizing company lepas raya.
Ada yang tengah diuji dengan gaji sejak bulan puasa tak dapat lagi.
Ada yang diuji dengan masalah susah nak tidur.
Ada yang diuji dengan clinical depression sampai ada rasa nak bunuh diri.
Ada yang diuji dengan masalah hutang dengan Ahlong.

Jujur, aku tak boleh nak tolong bagi masalah ni selesai, aku cuma boleh jadi pendengar and try my best untuk bersembang-sembang.
Mudah-mudahan ada yang kita boleh belajar sama-sama.

Apa yang aku realized, semakin aku mendengar luahan dorang ni, sebenarnya Allah sedang menegur aku.
Aku ni kurang bersyukur orangnya.
Kadang-kadang tu aku bersyukur pada benda yang sama berulang-ulang.
Boleh jadi juga ungkapan syukur dari mulut aku ni tak sampai ke dalam hati.
Jadi Allah datangkan mereka ni untuk bercerita dengan aku supaya aku pandang kesyukuran tu dari perspektif yang lebih luas.

Kita jarang bersyukur dapat tidur sekejap. Tak puas.
Dapat tidur lena pun tak bersyukur juga.
Dapat tidur dalam rumah yang selesa, ada aircond, ada kipas, kejiranan yang aman pun tak bersyukur juga.
Kerana semua tu adalah biasa pada pandangan mata kita.
Tidur je kot, semua orang pun tidur, nak bersyukur apanya?
Sedangkan ada orang yang terseksa tak dapat tidur.

Kita jarang bersyukur masih ada pekerjaan.
Malah kita merungut bila majikan kita tak seperti majikan orang lain.
Kita membanding-bandingkan imbuhan orang lain dapat dengan kita.
Tapi bila kita dapat imbuhan lebih, kita kata itu rezeki.
Sedangkan ada orang yang tengah stress gaji 2 bulan sangkut, bisnes kena tutup, sedangkan ada anak isteri yang nak ditanggung.

Kita jarang bersyukur cuma dapat selsema setelah 6 bulan sihat walafiat.
Satu kali jatuh sakit dah mengeluh bila semua kerja terbengkalai.
Sedangkan ada orang sedang bertarung dengan masalah depression, jauh lebih berat masalah kesihatannya.

Bila kita tak diuji, kita rasa kita dalam keadaan yang ok. Blessed.
Padahal dalam keadaan serba selesa itulah ujian terbesar kita kerana ketika itu rasa syukur berkurang.
Mengucap syukur pun sekadar di mulut, tak benar-benar dari hati.
Macam aku lah.
Hari-hari zikir Alhamdulillah bukan main lagi target mesti 1000x.
Hakikatnya, Allah tahu, aku pun tahu, zikir Alhamdulillah tu hanya dari bibir aku je.
Tak sampai pun kat dalam hati.
Jadi Allah datangkan followers-followers yang baik-baik ni berceritakan masalah pada aku.
Cerita-cerita dan masalah-masalah mereka buatkan aku tersentak.
Ya Allah, rupanya terlampau banyak benda yang aku lupa nak syukuri, terlalu banyak.
Aku ingatkan aku dah banyak bersyukur, rupanya tak.
Aku cuma syukur benda-benda surface je, tapi dasarnya aku tak gali.

Terima kasih mereka-mereka ni yang sudi berkongsi cerita.
Dalam ramai-ramai orang, walau kita tak pernah bertemu muka, Allah gerakkan hati korang untuk berkongsi dengan aku.
Rupanya ujian Allah tu untuk korang tapi teguran Allah itu untuk aku.
Aku kurang bersyukur orangnya. Ibadah dan amal soleh pun kurang.

Entah apalah agaknya yang dorang pandang pada aku, ada yang minta berkali-kali aku doakan mereka.

Kau rasa doa kau dekat dengan Allah, Diana?

Jangan perasan.

Allah gerakkan hati mereka supaya minta kau mendoakan, kerana kau kurang berdoa!
Kau berdoa pun hanya untuk diri kau je.
Sebab itu Allah gerakkan dorang untuk minta kau mendoakan, supaya kau banyakkan sujud, banyakkan doa.
Itu cara Allah nak bagitau kau, ibadah kau masih kurang.

Lantas aku teringat masa aku buat umrah dulu, aku open peluang untuk orang hantar doa.
Banyak yang hantarkan doa untuk aku bacakan.

Apa aku buat?

Aku compilekan setiap 10 doa dengan satu solat hajat.

Habis, kenapa sekarang kau tak buat macam tu?
Kenapa kau buat hajat untuk kau sorang je?

Allah..halusnya cara Allah menegur aku, tapi pedihnya sampai ke hati.
Belajar agama bertahun-tahun, ambik kelas private bagai, tapi aku belum mempraktikannya dengan betul.
Malunya aku.

Terima kasih semua kerana bercerita.
Menyedarkan aku, banyak perkara yang aku terlepas pandang.
Banyak perkara yang aku kurang bersyukur.
Ibadah aku rupanya masih kurang.
Amalan kurang, syukur kurang, tapi nak syurga.
Mana connection-nya?
Memang kat sana nanti kau ada cable ke, Diana?


2020-05-29

Influencer di langit


Bulan puasa hari tu aku ada terbaca satu FB status dari seorang dokter yang share screenshot status someone yang mempertikaikan isu Covid-19.
The dokter tulis something like this "Kalau yang menulis tu ramai followers, memang payah sikit nak betulkan pemikiran dorang. Rosak negara".

Ada betulnya.

Influencer ada banyak followers di media sosial.
Mereka ni ada pengaruh yang besar terhadap followers.
Influencer termasuklah artis, model, selebriti, blogger, etc.

Orang yang berpengaruh macam influencer ada kelebihan untuk mempengaruhi orang lain, baik dari segi penampilan, gaya hidup, pemikiran, cita-cita, malah akhlak.
Ini menjadikan influencer seharus selektif dalam memilih content yang nak disiarkan kerana kesannya sangat besar.
Becoming an influencer bukan hanya mesti ada kekuatan untuk mempengaruhi, tetapi mesti ada pengaruh yang signifikan. Maksudnya, influencer mesti bagi impak positif.

Fenomena kehadiran influencer baru kat various platform sometime kita yang tengok ni jadi urut dada.
Yang buat prank ntah hape-hape, yang menonggeng-nonggeng, yang buat lawak takde sensitiviti, sampailah ke influencer yang terang-terang mempersendakan orang lain dan mengajak follower kecam-mengecam berjemaah.
Memanglah content-content macam ni senang dapat highlite.
Lagi banyak content merepek dan kontroversi kau buat, lagi ramai followers and subscribers.
But remember, you can move from having influence to having bad impact.
Jangan hanya nak kejar kemasyhuran sampai tak tahu tujuan.

Menjadi orang yang berpengaruh memang seronok.
Sebab itulah ramai yang bersaing untuk jadi orang yang berpengaruh, bersaing untuk tambah followers.
Sanggup buat macam-macam, asalkan jadi terkenal, followers bertambah, likes bertambah.
Ada yang sanggup beli followers, ada yang lebih tak bermaruah sanggup hack akaun orang lain yang ada banyak followers then use it for personal gain or sell it for profit.

Bak kata seorang ustaz yang aku dengar ceramahnya di You Tube bulan puasa hari tu, kita mungkin boleh terkenal di dunia, tetapi tidak semestinya terkenal di langit.
Di dunia ini sendiri sebenarnya ada banyak pengaruh langit yang keberadaannya kita tak tahu.
Dari situlah kita sepatutnya belajar kerana menjadi influencer penduduk langit itu kekal dibawa mati.

Salah satu contoh influencer langit yang ada di bumi, kita boleh tengok Kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir [cerita ni ada dalam Al-Kahfi].
Ustaz tu kata, Nabi Musa ni sangat cerdik.
Maunya tak cerdik kalau dalam masa pemerintahan Firaun pun dia masih boleh kumpul pengikut.
Padahal Firaun tu punyalah bengis, berkuasa, siap mengaku Tuhan tapi walaupun macam tu, Nabi Musa masih lagi dapat influence orang lain untuk jadi pengikutnya.

Tapi Allah nak tunjuk kat Nabi Musa, sehebat-hebat kau, ada yang lebih hebat dan lebih pandai dari kau.
Maka Allah hantar Nabi Musa untuk belajar dengan Nabi Khidir.
Zaman kita skolah dulu mana ada nama Nabi Khidir dalam senarai 25 Rasul dan Nabi yang wajib diingat? Takde.
Tapi ternyata ketokohan Nabi Khidir ni, even jiran dia pun tak tahu.
Nabi Khidir penampilannya macam orang biasa tetapi dia ada keistimewaan di sisi Allah bahkan ilmunya lebih tinggi dari Nabi Musa.
Boleh refer Al-Kahfi untuk tahu kisah ni.
Secara ringkasnya, Nabi Musa terkesima dengan sikap Nabi Khidir.
Bermula dengan Nabi Khir sengaja tebuk lubang kat perahu nelayan miskin, kemudian Nabo Khidir membunuh sorang budak yang tengah main-main, hinggalah Nabi Khidir membaiki sebuah bangunan yang hampir roboh di sebuah kampung yang terkenal dengan orang-orang yang tak mahu bertaubat.

Bila sebut pasal Nabi Khidir ni, dikatakan baginda adalah di antara 4 Nabi yang maish hidup.
Tak tahulah sejauh mana kebenarannya tapi based on tugas-tugas para Nabi, Nabi Khidir ni diamanahkan oleh Allah untuk mengajar ilmu hikmah kepada wali Allah.
Itu tugasnya.
Boleh jadi atas sebab itulah dipercayai Nabi Khidir masih hidup.

Aku pernah cerita dalam post umrah aku yang lepas-lepas, tak ingat umrah yang ke-berapa, tapi ada satu kali tu tengah bertawaf aku perasan depan aku ada sorang orang tua yang nampak macam tua sangat.
Bongkok satu macam, tapi dia gagahkan diri bertawaf.
Amazingnya, keliling orang tua tu lapang, seolah-olah ada space untuk dia bergerak.
Aku tengah bertawaf, mulut taki henti-hentilah berzikir tapi dalam hati aku terdetik juga "Gigihnya orang tua ni bertawaf walau dah terbongkok-bongkok".
Selalunya kalau tengah bertawaf ni, aku suka mencilok celah-celah orang, malas nak jalan slow-slow.
Tapi hari tu aku follow je orang tua tu. Aku takut dia kena rempuh jadi biar aku berjalan belakang dia.
Tapi aku habis tawaf dulu, lepas tu tak jumpa dah.
Aku cerita kat Mak Aji, pastu Mak Aji kata "Manalah tau itu Nabi Khidir sebab Nabi tu hidup lagi orang kata".
Takkanlah orang macam aku boleh jumpa Nabi kan, tapi takpelah, pengalaman baru di sana.
Semoga niat aku nak hadang dia daripada dirempuh akan jadi hujah aku di akhirat nanti.

Influencer langit yang ada di bumi masih ada di kalangan kita, cuma kita tak perasan sebab mata kita mudah melihat pada yang majoriti.
Kita lebih pandang kuantiti.
Nabi Khidir adalah bukti bahawa mempunyai followers yang ramai tidak memberikan apa-apa makna SEKIRANYA kita sebagai influencer tak membawa followers kepada kebaikan.
I myself see it depends on each individual - apa tujuan kita menjadi influencer.

Contohnya someone yang nak serius ber-blogging atau nak jadi someone yang berpengaruh di platform media sosial yang lain.
Jumlah followers ada makna tersendiri.
But for me, what is far more important is who our followers are, bukan jumlah follower.
Aku tak kata jumlah folowers tak penting lansung, but the value everyone places on these numbers needs to be reconsidered because the numbers don't always tell the full story.

Sekarang ni ramai-ramai yang follow tu belum tu lagi genuine, some of them are surveilance camera.
Daripada kita concern tentang berapa banyak orang likes, berapa banyak orang share, berapa banyak followers kita ada, lebih baik fokus pada sejauh mana tulisan kita menjadi ibadah di sisi Allah.
Biarlah tak banyak like pun, biarlah tak banyak orang share pun, after all yang membolak-balikkan hati manusia pun Allah saja.
Allah selalu ada cara untuk memanjangkan tulisan kita kepada orang yang tepat, insyallah.


2020-05-27

Cara kita tak sama



Aku dah lama nak cakap pasal ni, tapi asyik terlupa.
Semalam selak-selak LinkedIn terfikir pula nak tulis pasal ni.

Hari tu aku ada tulis post pasal Personal Branding [cubalah selak-selak post bulan puasa lepas].
Aku ada mention yang your brand is not just your logo, color, warna, konsep bisnes dan ikon.
Your brand is so much more - ini termasuk cara kita bercakap [menulis], gambar yang kita post, mesej yang kita sampaikan dalam tulisan-tulisan kita, cara kita tampilkan diri pada khalayak, etc.
Dalam kata lain, your brand is everything you do, baik dari segi siapa kita di online mahupun offline.
Kalau kita jujur dengan diri sendiri, apa yang kita buat pasti consistent.
Tetapi kalau kita fake, someday kita akan go off-brand.
The more off-brand you go, the more confused your audience.
Sebab itulah penting untuk kita consistent dengan apa yang kita tonjolkan. Be yourself.
Consistency adalah part paling kritikal dalam membina kepercayaan customer.

My first business that really took off for me adalah GreenAard [sebab biotech business adalah offline business].
Sebelum aku start GreenAard, aku start Fleur by Mrs Him dulu tetapi dengan Fleur aku tak all out because passion aku sebenarnya bukan di bidang fashion.
Aku setup Fleur by Mrs Him pun asalnya untuk cari tudung yang sesuai untuk aku pakai sendiri.
Dah alang-alang ada kaki di China, aku bawak masuk extra.
Dan segalanya bermula dari situ.
Fleur by Mrs Him pun bukan produk sepanjang tahun.
Aku hanya produce dalam kuantiti banyak setiap kali nak raya je.

Tapi dengan GreenAard aku all out sebab passion aku memang di situ.
Walaupun health and supplement products susah nak tembus market sebab farmasi di Malaysia dah melambak-lambak ditambah lagi medicine people tak berapa "baik" dengan founder but I don't care because my mission is not to win all.
Aku lebih kepada nak menrealisasikan impian aku untuk produce something hasil dari kajian sains dan makmal.
The feeling of melihat actual product terhasil dari formula sendiri is priceless!

However, standard marketing yang ada tak berapa sesuai untuk health product.
Nak pasang-pasang billboard and iklan untuk health product, pada pandangan aku, kurang sesuai.
Orang akan keliru dengan produk kalau aku buat marketing macam tu and aku taknak bertangungjawab dengan misconception tu.
Aku tahu kalau aku nak reach customer, aku kena serve dorang dengan cara yang berbeza.

GreenAard was born out of a vision untuk bawa konsep bioteknologi dan kajian sains kepada orang awam.
Aku nak orang tahu kenapa aku guna teknik ini, kenapa aku guna bahan itu, kenapa mesti cara pengambilannya begini, kenapa tak boleh diambil begitu, etc.
Aku nak potential customer bukan sekadar guna tapi mereka juga tahu how it works.
Bila konsep tu mereka faham, insyallah progress-nya akan jadi lebih cepat.

Once aku faham who I was trying to reach, aku mula nampak keperluan untuk tukar cara marketing, untuk sediakan educational material and provide customer service yang lebih baik.
Memahami siapa audience kita dan apa yang dorang cari made all the difference in my business.

Dulu masa mula-mula release GC Plus [produk pertama], ada yang suggest aku pakai botol kaca supaya produk nampak lebih ekslusif dan 'boleh percaya'.
Ada yang suggest letak dalam packaging berbentuk kotak so that nampak bergaya and tak nampak macam produk timbang kilo.
Macam-macam suggestion aku dapat.
Aku sangat berterima kasih dengan semua feedback tu.
However, maybe jiwa makmal lebih dekat di hati, jadi aku ketepikan dulu keperluan untuk packaging yang gah-gah dan lebih tumpukan pada misi utama iaitu untuk educate people tentang produk.

Ketika orang lain gunakan standard marketing like packaging yang gah, iklan tv, iklan radio, iklan majalah, billboard, guna artis, instafamous, aku pilih untuk reach customer dengan cara yang berbeza.

Was it difficult?

Yes!

Did it take a lot of hours?

Yes!

Did I have to invest my time into it?

Yes!

Terlalu banyak masa, isu, frustrations yang aku dah tempuh dengan cara yang aku pilih ni.
Plus, a lot of my money from my paycheck went back into my business.
Maknanya?
Tak ambik gajilah...hahaha.

But did it work?
Absolutely.

Sorry to say, tapi some peniaga online takde passion dalam berniaga.
The message that they send to customers are "aku nak cari sales sebab aku nak hit sales", bukannya "aku nak share information to help people".

Kita boleh nampak peniaga jenis ni dari segi produk yang dijual. Produk rencam.
Ada yang dalam satu-satu masa sell 2-3 brand berbeza untuk produk yang menjalankan fungsi yang sama.

Contoh, krim muka [contoh je].

Dia jual krim muka brand A, B and C.
Semalam dia promote brand A, hari ni dia promote brand C.
Hakikatnya you are showing your inconsistency dan ini akan mengelirukan your audience.
It looks like you tak fully understand the product.
Your aim hanyalah untuk jual selagi boleh jual.
Those yang dah ada own product, tapi masih lagi mempromote brand lain yang ada fungsi yang sama dengan produk dia sendiri lagilah tak sepatutnya buat ni.
Focus your own product. Be consistent with what you sell, with the brand that you carry.

Lagi satu aku selalu nampak seller tapau semua orang.
Semua orang boleh guna produk dia katanya, tak kira berapa umur, apa medical history, apa current condition - semua boleh.
Deyyy, even teh tarik pun bukan semua orang boleh minum, inikan pulak produk kesihatan.

Lagi satu, penting untuk kita connect directly with our potential customer.
Tak perlu 24/7 menjawab soalan customer tetapi 'connect' dengan cara meletakkan diri kita di media sosial as much as you put your product.
Orang yang misinya untuk mencari sales semata-mata, boleh nampak media sosialnya lagi banyak bercerita pasal produk berbanding diri sendiri.

"Tapi memang saya nak jual barang, lojiklah kalau saya up post pasal barang jualan saya saja".

Guys, I wish it was that simple.
Kalaulah kita boleh sebut je "Eh, aku ada jual ni", "Eh, aku ada jual tu" lepas tu semua orang bergasak-gasak datang beli dari kita, baguslah.
Malangnya, we don't.

Bisnes yang besar, dorang boleh hari-hari sembang pasal bisnes.
Hari-hari boleh up pasal produk, tak payah cerita pasal benda lain.
Tapi untuk small business like me, atau untuk orang yang baru keluarkan produk baru, atau baru berjinak-jinak memulakan bisnes, kita tak boleh guna merketing macam tu.
Aku selalu perasan small business atau orang yang baru memulakan bisnes, terus-terus nak guna marketing gah.
Akhirnya lepas satu, satu, aku hilang dari radar.

Small bisnes ada cara marketing-nya.
Kita kena bagi orang kenal dulu siapa kita, apa produk kita, give them time to like us, time to trust us, time to decide whether our product or service will meet their needs.
Atau dalam bahasa mudahnya, jalan marketing kita berat sikit berbanding Coke atau Starbucks.
Tetapi berat tak semestinya kena give-up. Buat saja, slow and steady.
Nak buat macamana, kita kan baru nak bertatih. Lojiklah kalau gerak pace slow.
Nak laju-laju pun nak ke mana.
Bergerak laju dalam keadaan kita masih bertatih, kalau once terjatuh, payah nak bangun balik.

It's my FIRM BELIEVE sebagai small business owner, kita belum ada luxury to advertise produk/service semudah petik jari.
Jangan kerana orang lain buat, maka kita nak buat benda yang sama.
Yang penting, kenalkan dulu diri kita dengan audience.
Let them know both you and your product - especially you.
Jangan pulun up cerita bisnes and produk hari-hari.
Customers are not stupid.
Dorang tahu how to block content yang takde related dengan dorang.
Bila selalu disumbat dengan cerita produk over and over again, secara otomatik they scroll laju-laju.

Bukan tak boleh nak tulis pasal produk, tapi buatlah dalam nisbah 1:5.
1 kali cerita pasal produk, 5 kali cerita pasal benda lain.
Make them fall in love with you first.
Bila dorang kenal kita, kenal karakter kita, kenal passion kita - kita tak perlu hard sell dah.
That is how you get repeat customers.

Untuk para re-sellers and agents - JANGAN COPY AND PASTE caption dari business owners.
I see it all the time.
Ramai ambil jalan mudah, copy and paste atau repost caption.

Meng-copy and paste memang kerja senang but using other's stuff [even really good stuff] is not going to help you stand out from the competition.
Kau adalah agen.
Ada berapa ramai agen yang jual brand yang sama? Ramai, kan?
So kalau kerja kau hanya copy and paste dari page HQ, your voice is missing.
Your crowd nak dengar suara you, bukan suara HQ.
Please buat kerja sikit. Jangan expect jalan mudah.
Kalau aku adalah salah sorang audience, aku akan straight beli from HQ because your post is not helping me, you just want to get my money je. Baik aku beli dari HQ terus.
Boleh faham tak?

Entrepreneurship and doing business bukan boleh buat semudah cut and paste.
Kena ada passion. Bukan sekadar mahu nak cari sales.
Especially produk health kat Malaysia ni banyak sangat lompongnya kerana most of them lebih focus kepada menjual semata-mata.
I will continue to work my hardest to fill holes in the health product market.

Aku akan terus pilih untuk educate people melalui produk-produk XZIZ Biotech [GreenAard and Pure Effective], at the same time memenuhi keperluan customer so that they can succeed faster and with more ease.
Secara peribadi aku buat setakat ilmu yang aku tahu, selebihnya Allah take over.
Just be oroginal, think outside of the box and go get what you want.
Just do it consistently.

Insyallah, ada masa aku share lagi ilmu setakat yang aku tahu. Good luck all!






Beli GreenAard dapat free Pure Effective.





2020-05-22

Pertahankan prinsip kalau kau rasa itu yang betul



Cerita pasal katak tu ramai dah pernah dengar tapi rasanya ramai yang masih follow cara katak.
Masih tak reti nak keluarkan diri dari masalah.
Sanggup kendong beban masalah sampai bertahun-tahun, memendam rasa sampai mati, atas tiket SABAR.
Padahal "sabar" menuntut usaha, tiak hanya terbatas pada menahan emosi semata-mata.
Sabar tu berusaha untuk keluar dari masalah dengan tenang, bukannya suruh diam dan makan hati.

Mustahil ada manusia selalu dapat tahan emosi.
Even though those who have reached that level pun, emosi marahnya tetap ada.
Cuma dia cepat bertindak supaya rasa marah tu tak berlanjutan.
Orang yang memendam rasa selalunya senang dapat penyakit.
Maksudnya, menahan emosi itu tak baik untuk jangka masa panjang.
Sabar tak semestinya selalu menahan emosi.

Aku always pilih untuk berterus-terang.
Kawan-kawan aku, cousins and adik-beradik aku pun kenal perangai aku.
Apa yang aku tak puas hati, aku cakap terus. Tak kuasa aku nak pendam Hati aku jugak yang sakit.
Lebih baik aku lepaskan, baru lapang.
Tapi taklah semua benda aku nak lepas.
Kalau benda tu tak bersangkut-paut dengan aku dan tak meninggalkan kudis, aku buat dek je.
Melainkan benda tu ada kepentingan untuk aku, memang aku akan bersuara.

Contohnya minggu lepas aku share FB post artikel yang ni :



Then ada yang PM aku tanya "Ada tak sesiapa kecil hati bila akak tulis macam ni?"

Jawapan aku : Entah. I don't know.

Cousin-cousin, makcik-pakcik, kawan-kawan aku ramai je yang follow FB aku.
Elok bersembang dengan aku siap sembang kat zoom lagi beramai-ramai.
Takde pun dorang terasa apa yang aku tulis tu tuju kat dorang.
Maybe circle aku jenis yang berterus-terang juga, tak suka cakap-cakap belakang dan common sense juga tinggi.
Benda ni sebenarnya simple je, kalau kau tak buat kenapa nak terasa?

Aku rasa apa yang aku tulis tu masuk akal dan termaktub dalam SOP kerajaan.
Lagipun sebagai tuan rumah, kita ada hak untuk pertahankan hak kita kot.
Rumah kita, dah kenapa orang luar nak pertikaikan peraturan yang kita buat.
Sejak bila orang luar boleh paksa tuan rumah terima tetamu?
Kau nak datang rumah orang, ikutlah peraturan tuan rumah, bukan ikut kepala sendiri.
Nak buat kepala kau sendiri, buat kat rumah kau sudahlah.

Aku tak kisah sesiapa pun nak berbondong-bondong beraya. Itu pilihan korang.
Nak berlonggok 30 orang je, nak berpelukan ke, nak berciuman ke, nak bersenggayut ke - that's your call.
Cuma, jangan buat kat rumah aku. Clear kan?

Jadi aku tak faham kenapa mesti ada orang nak kecil hati [if any].
To me, orang yang sentap tak tentu hala ni sebenarnya insecure dengan tindakan dia sendiri.
Dia sebenarnya nak berlonggok-longgok di hari raya, tapi takut kena kecam jadi dia mencari sokongan untuk menjustifikasikan tindakan sendiri.
Bila kurang dapat sokongan, nampak kita up status-status macam ni mulalah sentap and rasa kita tuju kat dia.
Hello?? Ingat aku takde life ke nak perati hal orang 24 jam.

Selalunya yang bersuara lantang macam aku ni orang tak berapa suka.
Mulut aku pedas katanya, tak jaga hati orang, takde sensitiviti.
The thing is, kalau kau sejenis yang paham bahasa takpe. Ini tak.
Orang yang tak paham bahasa ni ubatnya cakap direct je.

Just like arahan kerajaan, bukan main lembut berlapik pada mulanya.

Mula-mula dibaginya PKPB.
Tujuannya untuk lebih banyak perniagaan dan agensi dibuka semula.
Tapi orang kita faham bahasa tak? Tak.
Dia pakat berbondong-bondong keluar, berhimpit-himpit.
Angkut segala anak kecik hayak ke hulu-hilir.

Kerajaan bagi peluang merentas negeri dengan syarat.
Tapi lepas sorang, sorang merentas negeri sebab nak balik raya. Bengap.

Kerajaan bagi kebenaran beraya dengan keluarga dalam satu negeri, tak lebih 20 orang.
Mula dah masing-masing buat plan nak berlonggok kumpul raya.
Rumah siapa dulu, rumah siapa kemudian.

Then kerajaan tengok macam tak boleh kawal, kerajaan cuba bagi hint tentang keluasan rumah memainkan peranan.
Bukan semua rumah boleh kumpul 20 orang serentak.
Kerajaan pesan kena jaga jarak, kena pakai sanitizer, kena pakai mask.
Itu semua kerajaan bagi HINT dalam erti kata lain - lebih baiklah duduk rumah masing-masing je.
Mana meriahnya raya kalau kena berjarak, tak boleh salam, tak boleh peluk, tak boleh berkumpul.
Tapiiii ramai juga yang tak faham-faham.

Last-last semalam, rentas negeri pun dah ditarik balik.
Akhirnya kerajaan terpaksa juga be upfront, kan?

Yang sebenarnya, tak semua perkara kita kena cakap berlapik.
Kalau ada kepentingan yang lebih besar, tak perlu berlapik, kau sembur je terus.
Itu pun belum tentu ada yang faham.
Nak lagi isu pandemic ni, patutnya kalau dah payah sangat itu kena jaga, ini kena jaga, bagi je statement TAK BOLEH BERAYA. DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.
Sebab rakyat Malaysia ni jenis dah dibagi betis nak peha.
Eloknya jangan dibagi terus.

Aku tak nak jadi macam katak, asyik cuba nak bertolak-ansur je dengan keadaan sekeliling.
Asyik nak kena memahami.
Asyik nak kena pejam mata.
Asyik nak kena pendam dan pujuk hati sendiri untuk terima sesuatu yang aku tak boleh terima.
Aku spesis tak kacau orang, aku suka buat hal sendiri.
Apa yang aku boleh tolerate, aku tolerate.
Tapi ada waktunya, aku perlu firm dengan prinsip aku.
Cuma tu lah, manusia ni, hanya kerana satu prinsip yang kita tak nak ubah, kita terus dicop jahat.

Dik, sabar tu ada guidelines-nya.
Mesti ada eleman - menahan, mengekspresikan, dan melepaskan - barulah seimbang.
Tiga-tiga tu mesti ada untuk saling menyempurnakan.

Dalam sabar kita perlu tahan, at the same time kita perlu ekspresikan, dan last kali barulah lepaskan.
Dengan kata lain, kalau kita rasa cukup hanya dengan menahan dan mampu terima sesuatu dengan ikhlas, maka tak perlulah sampai mengekspresikan.
Tapi bila menahan saja tak cukup, bermakna dah sampai masanya kita kena ekspresikan apa yang terpendam, luahkan semuanya sampai habis biar semua energi negatif yang terkumpul dalam dada keluar.
Barulah akhirnya kita belajar melepaskan jangan sampai masih ada hawa-hawa negatif yang berbaki.
Semua perasaan dendam, benci, marah, kecewa, mesti hilang selepas kita luahkan.
Ini barulah namanya sabar yang ideal.
Ni tak, simpan simpan simpan padahal dalam hati bengkek.
Bila hati dah bengkek, kerjanya asyik buruk sangka dengan orang.
Apa orang tulis kat FB semua dia rasa tuju kat dia. Dah kenapa kau?

Emosi yang Allah ciptakan boleh jadi bermanfaat kalau kita bijak mengendalikannya.
Marah itu sihat tapi kalau berlebihan boleh jadi masalah dalam kehidupan sosial.
Menangis pun sihat cuma tak boleh berlebih-lebihan nanti datang penyakit lain.
Bukan semua benda orang buat kita kena berdiam.
Pertahankan apa yang kita rasa betul. Kalau tak, nanti kau mati macam katak!


2020-05-21

From a majikan point of view



Aduilah, masih ada lagi pekerja yang demand macam ni rupanya.
Kau pegi mana-mana pun, kau takkan jumpa empat-empat point ni sekaligus, jadi toksah lah berangan sampai ke langit ke tujuh.
Kau dengan adik-beradik yang keluar dari perut yang sama pun masih perlu mengalah antara satu sama lain, inikan pulak situasi di tempat kerja.
From my experience, selalunya yang demand macam ni, dia belum ada banyak pengalaman dalam kerjaya. Angan-angan je yang banyak. Budak muda lah senang cakap.

Pengalaman menjadi employee, apa yang aku boleh cakap, sebenarnya empat-empat point tu kita boleh dapat kalau attitude kita betul.
Bos aku yang lempar sales report kat muka aku tu, bukannya kat semua pekerja dia buat macam tu.
Yang tak meet her expectation memang kena lah.
Cuba kalau kau buat kerja ok, takde gila dia nak mengamuk tak tentu pasal.

Lepas dia lempar sales report kat aku, since that, every week report aku tip top.
Bila kerja ok, dia pun ok.
Budak-budak muda now, sebahagiannya lembik.
Baru kena marah dah mengumpat bos kat FB.
Belum kena lempar report kat muka lagi.
Pastu resign. Itulah kejenya.
Bukan reti nak perbaiki kerja, manjang je dia rasa dia betul.

Samalah dengan budak-budak sales yang sama-sama kerja dengan aku dulu.
Merungut company letak sales target tinggi sangat.
Merungut komisyen hanya dapat 0.8% kalau hit RM80K.
Merungut bonus raya sikit tak macam company lama.
Merungut increment naik tak banyak.

Yang peliknya, orang lain boleh je hit sales target.

Nak komisyen tinggi, buatlah sales tinggi. Common sense.
Sales banyak, barulah boleh merasa komisyen 1.5%.
RM80K tu selling price je nok, bukan untung.
Company ada yang ambik margin 30% je, maknanya RM24K.
Dari RM24K tu belum tolak gaji kau, komisyen kau, claim kau - ewahhh banyak songeh.
Gaji basic dah tentu-tentu dapat, nak komisyen tinggi usaha mau lebih lah.

Bonus tu namanya pun bonus, tak wajib bagi pun.
Ikut budi bicara majikan, dia nak bagi dah besar rahmat.
Nak demand lelebih, patahlah balik company lama, tengok company lama tu nak pandang muka kau ke tak.

Increment ikut performance and income syarikat, dah kalau income tak banyak, nak bagi banyak celah mana.
Dia tak potong gaji kau dah cukup bagus.

As a majikan, jujur aku cakap, aku akan jadi bos yang ok, kalau pekerja aku ok.
Aku tak boleh jadi OK all the time kalau staff tak bekerjasama.
Aku bukannya bos yang mental nak haruk orang tak tentu pasal.
The thing is aku ada banyak benda nak pikir di atas baju jemala patik ni.
Mana nak create marketing plan, nak cari sales, nak produce new product, nak masuk lab, nak baca jurnal - so kalau kau nak aku ok, kau kena pastikan deliver task dengan betul.
Task yang aku mintak 10am, submit at 10am.
Jangan sampai aku kena mintak, ini boleh buatkan aku angin.



Ni aku share task and schedule seorang majikan bernama Diana Ishak.

Segala task staff yang aku bagi aku akan simpan sini supaya aku boleh check balik dah submit ke belum.
Meetings, labs, readings, semua aku letak dalam jadual ni.
Ni belum dengan kerja-kerja lain sepanjang PKP ni nak kena ajor Rayyan mengaji, semak hafazan dia, tulis blog segala.
Jadi, percayalah cakap aku, bos yang tak masuk opis tu bukan membongkang kat rumah.
Dan bos yang nampak muka macam takde masalah tu sebenarnya sedang menanggung beban yang besar.
Semua benda nak kena fikir - especially bila ada staff yang menanggung ibu bapa, yang nak bersalin, yang dah ada loan kereta, rumah - bukan semua bos pentingkan diri sendiri.
Janganlah bersangka buruk sangat.
Dan yang paling utama jangan merasa diri kita je yang buat banyak kerja, kalau bos tu bagi kau ambik task dia belum tentu kau larat nak buat.

Ini baru jadual aku, belum jadual En Wan lagi - penuh dengan list bayar gaji staff, utilities, meeting dengan kilang, inventory list, etc.
Mostly En Wan handle bahagian operations.

Percayalah cakap aku, kau akan dapat bos yang ok, kalau kau ok.
Pastikan kerja ok, kerja semak dulu sebelum hantar, jangan buat silap yang sama berkali-kali, apa-apa tak faham bincang dengan bos, jangan sampai bos cari mana task yang dia suruh buat.
Nak gaji, bonus, benefit yang bagus - kita juga kena jadi bagus.
Company akan bagi benefit yang besar kalau sales banyak.
Nak sales yang banyak tak boleh dengan kerja sikit atau kerja mudah.
Hidup kalau semua benda nak senang, memang payahlah nak senang.

Bos suka kalau pekerja bukan sahaja bijak tapi ada motivasi, intergriti dan cekap.
Tak tahu cakap tak tahu. Bos boleh ajar.
Jangan buat bodoh sombong kau macamkan kau tahu semua benda.

Mesti ada motivasi untuk jadi better.
Bos suka kalau staff boleh bagi idea yang lebih baik untuk kemajuan company.
Kalau company maju, benefit tu dapat kat kau juga.
Cekap is another thing yang semua staff mesti ada.
Janganlah buat kerja meleseh-leseh ni especially yang melibatkan customer service.
Prepare packing list kena cepat, packing kena siap on time, inventory stok kena tahu bila barang perlu diproduce lagi.

Bila kerja kita tip top, bos pun seronok, maka dengan sendirinya environment akan jadi lebih baik.
Bos pun takkan berkira nak belanja makan, nak topup barang-barang pantry, nak celebrate birthday staff, etc.
XZIZ Biotech punya monthly routine [sebelum PKP] mesti ada company lunch setiap bulan.
Every month, staff aku akan listkan apa benda yang dah habis kat pantry, then aku bagi duit untuk dorang belikan barang ofis and barang makanan.
Sometimes aku bagitau dorang in advance aku ada order breakfast atau lunch the next day, supaya dorang tak perlu bawak bekal.
Bos kuat makan katakan, selalunya benda makanlah yang beli.
Yang paling best kalau orang suruh aku review makanan, aku makan sikit, then the rest dorang ambil.

Aku pernah jadi pekerja and now aku sebagai majikan, aku tahu apa yang majikan mahu dari pekerja.
Dan sebenarnya dalam banyak-banyak bos aku, aku paling suka bos aku yang terakhir, yang macam Miranda Priestly tu.
Walaupun dia macam naga, tapi dia tahu apa dia buat.
Memang takutlah nak bermesra dengan dia sebab dia sangat serious kalau bab kerja.
Takde sorang pun staff kat situ yang terlepas dari kena marah dengan dia kalau buat silap, hatta PA dia yang kerja dari awal dulu.

Bulan-bulan puasa ni aku mesti teringat dulu dia bantai meeting dari 2pm santak 10pm.
Aku stop untuk solat saja, tu pun dia bagi 10 minit je.
Break hanya grab makan apa yang ada di pantry.
Hari tu memang dia berangin gila sebab staff banyak buat hal, satu ofis balik 10pm.
Sampaikan aku berbuka air je lah, nak grab biskut kat pantry pun seram.
Tapi sebelum balik dia minta aku pilih sendiri nak berbuka kat mana, for company dinner.
Selalunya ada company lunch, tapi sebab bulan puasa and kebetulan aku sorang pekerja melayu, jadi tahun tu first time budak-budak ni merasa Ramadhan Buffet.
Aku pilih Sunway Piramid Hotel.

Bos-bos sebenarnya baik kalau kita buat kerja dengan betul. Tu je syarat nak seronok di tempat kerja.
Tapi now disebabkan PKP, ramai juga majikan yang takde pilihan terpaksa buang staff, terpaksa bagi half pay, terpaksa tutup bisnes, etc.
Yang ni bos pun taknak berlaku.
Kalau bos kejam, dari awal lagi dia terminate kita.
Nak buat macamana, keadaan sekarang tak berapa bagus.
Sama-sama kita doa supaya kita semua boleh kerja dengan baik, supaya bisnes syarikat sentiasa ada income so that kita boleh terus berkerja.
Jangan demand tinggi sangatlah musim-musim PKP ni. Sama-sama tengah sakit.
Banyakkan muhasabah.


2020-05-20

Masalah rumahtangga diam-diam sudah.



Terpandangkan quote ni semalam, ada orang share.

Bagi aku ini biasa, mana-mana mak bapak pun akan favor pada anak sendiri, tetapi tidak bagi Mak Aji! Haaaa gitew.
Mak Aji kan, apa-apa yang orang luar cakap pasal anak dia, dia ambil serious.
Dari aku kecik sampai ke besar, ada je orang yang inform Mak Aji pasal aku.
Aku balik sekolah berjalan sambil makan aiskrim pun dia report kat mak aku.
Tu bukan apa, saja je la nak semua orang tahu mak aku tak pandai ajar anak - anak makan sambil berjalan.
Mak aku apa lagi, balik kerja memang aku dululah yang dia tuju.
Tu pasal aku mati-mati taknak kerja kat Bangi, especially kat UKM.
Mak Aji memang berharap sangatlah aku kerja kat UKM, jadi pensyarah.
Aku tak benci UKM cuma aku rimas bila ada ramai 'spy' tak bergaji.

Masa aku dengan exbf dulu pun, Mak Aji lebih percaya pada ex aku dari aku sendiri.
Aku dah lama hidup dengan mak aku, jadi aku tahu kalau aku explain pun, buang masa.
That's why aku pilih untuk diam. Let time tell.
Maybe sebab aku dah terbiasa 'kasik chan' orang lain menang, jadi perangai mendiamkan diri ni dah jadi sebati.
Masa aku teruk kena dengan exbf, aku masih lagi simpan and pendam sorang-sorang.
By the time time tell, situasi dah kronik.
Masa ni kawan-kawan aku pun dah tahu hal sebenar, disebabkan dorang sendiri bagitau mak aku, barulah mak aku percaya.

Memang ada mak bapak yang lebih favor kat anak, ramai.
Bab ni aku takleh lupa aku sound sorang makcik bila dia mengumpat bekas menantu dia.
Sound dengan berhemahlah, tapi tak tau lah kalau dia rasa pedih.

Ceritanya makcik ni ada anak lelaki.
Dulu anak lelaki dia berkahwin, bercerai then kawen baru.
Alhamdulillah, nampaknya isteri baru ni baik, bertimbangrasa.
Jadi makcik ni menjaja cerita buruk pasal bekas menantu.

"Amat [bukan nama sebenar] sejak kawen dengan Nora [pun bukan nama sebenar], bagus sangat! Tiap-tiap bulan hantar duit belanja. Rajin balik kampung. Kalau dulu dengan si Senah, asik tak cukup duit je. Kena queen control. Sejak kawen dengan Nora, tak pernah-pernah aku dapat hadiah Hari Ibu, tahun ni dapat! Murah rezeki betul dia sejak kawen dengan Nora. Tengok busuk hatinya si Senah dengan aku".

Aku kenal bekas menantu dia tu, tak rapat tapi kenallah.
Bekas menantu tu tak bekerja, suri rumah. Baik orangnya.
Panaslah hati aku kan dapat pesen mak mertua yang anak dia je bagus.
Lalu aku men-sound "Bini dulu tak bekerja, tak boleh bantu suami. Jadi suami kena tanggung semua benda. Bini sekarang bekerja, boleh sama-sama tanggung. Kalau bini sekarang tak hulur-hulur, si Amat tu takkan mampu. Belanja sekarang besar".

Diam makcik tu. Sentap jugaklah aku rasa.
Sampai sekarang aku tak nampak dah kelibat dia. Gasak.
Mulut hansuang betul. Sedap anak tekak dia je mengutuk bekas menantu, padahal anak kau yang sengkek.
Mujurlah dapat menantu baru yang jenis tak berkira.
Itupun agaknya menantu yang nasihatkan suami celebrate Hari Ibu.
Nampak sangat memang dari sebelum kawen pun anak-beranak tak pernah sambut hari Ibu tu.
Kalau tak, kenapa baru sekarang nak merasa dapat hadiah?
Ada hati nak kondem bekas menantu, entah-entah kau pun tak pernah celerate hari ibu dengan mak mertua kau, lagiiiii mau demand macam-macam dengan menantu. Ceh!

Aku bukan apa, kadang-kadang some people kita kena bagi pencerahan biar pikiran dia tu berkembang sikit, boleh pikir di luar kotak.
Kalau tak, asyik nak mengkondem orang je keje.
Yang buruk semua anak orang, anak sendiri baik manjang, padahallll.

Memang ada mak bapak yang kalau hal buruk anak orang, bukan main cepat dia jaja.
Tapi anak sendiri punya buruk perangai dia justify kaw-kaw.
Padahal dia sakit hati juga dengan perangai anak dia, tapi sebab tak nak kalah punya pasal, sanggup dia menangkan anak dia.

That's why kalau hal rumah tangga ni sebaik-baiknya jangan libatkan sesiapa pun.
Nak cerita kat keluarga pasangan, belum tahu lagi dia nak dengar cerita kau.
Hal rumahtangga kita, jangan share kat keluarga sebab potensi bias tu ada.
Dapat kat family yang semangat 'kekeluargaan' luar biasa hebat, memang mencungaplah kau sorang-sorang.
Dah banyak dah cerita aku dengar, bila share kat keluarga, chances are masalah akan jadi lebih besar sebab ada batu api dari pelbagai arah.
Elok-elok boleh sette, dah jadi bercerai-berai.
Padahal benda boleh settle dalam bilik tidur je.

Adik-beradik, walau membesar bersama-sama, takkan sama dengan suami isteri yang tido sebantal.
Perangai sebenar kita hanya pasangan kita saja tahu, even mak bapak kita pun tak tahu sepenuhnya, let alone adik-beradik.
Tak ada rumahtanga yang tak ada masalah walau se-sweet mana pun gambar-gambar dorang up kat media sosial.
Masalah boleh menimpa sesiapa je.
Alangkan orang bujang hidup sorang pun ada banyak masalah, inikan hidup berdua.
Yang membezakan sesebuah rumahtangga dengan rumahtangga yang lain adalah bagaimana dorang menyingkapi masalah.
Kadang-kadang ujian rumahtangga ni buatkan hubungan suami isteri tu makin rapat.
Dorang jadi lebih intim selepas ditimpa masalah dan berjaya menghadapi masalah dengan sabar.
Tapi ada juga yang terpaksa bercerai. Punca, pelbagai.

Masalah rumahtangga ni berlaku hari-hari.
Yang nampak happy-happy kat FB tu entah-entah dah 2 hari tak bertegur dengan suami.
Tapi dia simpan sorang.
Selalunya bila ada masalah rumahtangga, kita anggap bila bercerita dengan orang, ringan sikit beban.
Belum tentu lagi derrr. Lebih banyak yang setelah bercerita, akhirnya menimbulkan masalah baru.
Biasalah, bila emosi tak stabil, kita tak boleh fikir dengan rasional, jadi tindakan kita selalunya tak konsisten.
Bila ada masalah dengan pasangan, jangan suka jual masalah kepada orang lain.
Orang luar tu tak duduk kat tempat kita pun.
Kalau cerita kau dapat kan orang yang rasional, insyallah dapatlah pencerhan.
Kalau dapat kat jenis yang lebih sudu dari kuah, memang tertonggeng la jadinya.

Elakkan melampiaskan masalah rumahtangga kat media sosial.
Aku kadang ngeri tengok some people terang-terang berbalas-balas status dengan ipar duai, dengan bekas suami, bekas isteri, dengan mak mertua.
FB ni media awam, urusan keluarga jangan siarkan secara terbuka, especially bila kau meroyan dengan ex-es.
Ada potensi timbulkan masalah baru.
Walaupun FB ada setting untuk privatekan status tapi selalunya bila nak merempan, jarang yang set ke private sebab masing-masing nak orang semua tahu.
Selalunya dalam kes-kes merempan macam ni, bila dah meleret-leret, orang luar dah boleh menilai letak duduk perkara sebenar.
Cuba tengok kebanyakkan masalah-masalah yang pernah viral.
A hencap B. B balas balik kat A. A tembak lagi. B pun taknak kalah kutuk lagi.
Lama-lama daripada orang simpati dah jadi menyampah.
Ujung-ujung orang meluat sebab dah takde beza, dua-dua pun nampak bingai.

Kalau boleh, tanggunglah beban masalah rumahtangga hanya dengan pasangan.
Jangan mengadu kat mak bapak [kalau boleh], especially mak bapak yang dah lanjut usia.
Bagilah mak bapak tu peluang menikmati usia tua dengan tenang.
Just mintak dorang doakan kita dengan pasangan.
Dorang dah cukup serabut menjaga kita dari kecil sampai besar.
Banyak dah dorang korbankan untuk besarkan kita.
Jangan bebankan dorang dengan masalah kita laki bini pula.

Bak pesan Mak Aji "Korang esok kalau dah kawen, tak tolong mama takpe. Jangan menyusahkan aku, cukup".

Tapi aku suka menyusahkan dia.
Nanti aku nak mintak dia buatkan lagi sambal bilis sekilo.

2020-05-19

Attitude


Tadi aku terbaca artikel tentang 23 orang sekeluarga duduk dalam satu rumah yang sangat-sangat daif, buat dari tampalan-tampalan kayu and zink.
Keadaan rumah memang daif sangat-sangatlah.
Luar dalam bersepah.
What to expect kan kalau sampai 23 orang cramp dalam satu rumah kecik.




Untuk rumah sekecil ni, dengan 23 orang sekeluarga, aku boleh anggap ni boleh tahan bersih.
At least ada ruang nak berjalan.

Simpati.

Tapi membayangkan 23 orang dalam rumah sekecil ni - dengan mak, bapak, anak, menantu and cucu - aku tak boleh brain.
Aku tak nampak keperluannya untuk yang dah berkahwin tu duduk serumah ramai-ramai gini.

Memang ada anak-anak yang boleh hidup berasing dari keluarga tapi MALAS.
Sebab nak hidup mudah.
Jadi, caranya duduklah berlonggok dalam satu rumah, biarlah bersempit-sempit pun janji tak menyusahkan dia. Menyusahkan orang lain takpe.
Ada orang masakkan. Ada orang basuhkan baju. Ada orang lipatkan kain.
Tak perlu berkemas-kemas sangat sebab boleh dijadikan alasan - ruang memang dah sempit, nak kemas macamana?
Yang betulnya, kau tu yang kemas barang-barang kau keluar cari rumah lain.

Aku tak tahu samada orang-orang yang begini memang betul-betul tak mampu atau ada attitude 'Tak Kisah'.

Some people ada attitude tak kisah.

"Tak kisahlah sempit-sempit pun, janji serumah"

"Tak kisahlah rumah bersepah, bukan kita nak pelawa orang masuk pun"

"Tak kisahlah sampah tak buang, esok lusa pun boleh buang".

Bila hidup terlampau tak kisah, segala benda dia ambil mudah.

Aku pernah ada pengalaman masuk rumah orang yang ada attitude 'tak kisah'.
Dia punya level tak kisah tu, aku melangkah masuk ruang dapur dia je dah bau masam.
Serious nak muntah.
Nak tumpang toilet ceritanya, tu pasal aku lalu dapur.
Bila kuak pintu toilet, ya Allah macam nak terkeluar isi perut aku tahan muntah.
Rupanya kat dalam toilet dia ada satu plastik besar berisi pampers anak dia.
Selagi tak penuh, tak buang konsepnya.
Maka satu toilet tu berbau masam taik.
Yang aku pelik, dia masak kat dapur tak terasa nak termuntah dengan bau taik memenuhi ruang?
Bila anak dia terlupa nak tutup pintu dapur, dia jerit "Tutup balik pintu tu, nanti bau satu rumah!"

Seriously?
As simple as that?

The thing is, dia tahu rumah dia berbau tapi masih nak simpan pampers busuk kepam .
Tahan dia anak-beranak makan tido dengan bau busuk asalkan jimat plastik beg [??]
Menengokkkan pampers yang penuh tu, aku rasa 2 hari punya pampers tak berbuang.

Dulu masa aku kecik, kalau beraya Muar [kampung Pak Aji], setiap kali balik sana adik aku Ima takkan makan.
Tahan dia berlapar [makan sikit-sikit je] sebab nak elakkan diri dari berak.
Jamban nenek aku kat luar, dan tak berapa selesa, tu pasal elakkan diri dari berak. Boleh?

Kalau esok nak beraya ke baruh, kitorang akan makan banyak-banyak sebab salah satu rumah yang akan disinggah adalah rumah makcik Pak Aji, namanya Nek Mi.
Rumah Nek Mi ni rumah kayu kampung je, tapi punyalah bersih!
Yang best tu toilet dia pun bersih!
Selalunya kalau beraya rumah Nek Mi memang nenek tu tahan kitorang tak bagi balik selagi tak makan nasi.
Jadi sempatlah kitorang berak siap-siap kat rumah Nek Mi.
Selagi tak datang hawa-hawa nak berak tu, kitorang takkan gerak.
Dapat berak kat rumah Nek Mi, pehhhh lega!

Pak Aji tu Jawa.
Jawa ni punya style beraya, sepanjang kampung tu rumah sedara dorang. Semua rumah nak naik beraya.
Tu pasal kalau beraya kat Muar, kitorang tak pakai kasut raya. Sarung selipar je.
Sebab lepas keluar rumah yang ni, naik kereta tak sempat nak bersandar dah sampai rumah yang nun.
Bila satu kampung tu sedara-mara, maka setiap rumah kau kena minum air.
Jadi, kejap-kejap nak terkencing.

Ada rumah yang toilet bersih, ada yang berlerak berlendir.
Aku ni tahan lagilah, boleh juga cover-cover.
Kalau Ima, memang kat situ jugak dia terjeluak, tu belum lagi depan-depan tuan rumah dia terjengket-jengket. Lantai melekit u ollsss.
Punca Ima selalu kena bantai dengan Mak Aji sebab perangai ni lah. Hahahaha.
Nak buat macamana, dah memang geli.
Tapi sebab Mak Aji membeliakkan mata beliau, terpaksa aku tadah je ber-catwalk atas lantai berlendir tu.

Kalau orang tengok mesti cakap "Eleh mengadanya nak loya-loya pi rumah orang. Padahal kau tu miskin!"

Miskin is one story. Pengotor is another story. Makam dia tak sama, ya.
Miskin tak wajib pengotor.
Walaupun kitorang tak kaya, tapi rumah and toilet bersih.
Bukan macam kau, sabun shampoo bukan main branded tapi dinding bilik air kuning berlendir.
Dari kecik sampai ke tua ni, aku tak boleh terima bila orang anggap "miskin mesti kotor". Atau" susah mesti kotor". Takde kaitan.

Kenapa kau hari-hari masuk toilet and bilik air yang sama untuk berak and mandi, tapi tangan kau tak boleh sental dinding and lantai tu sekali?
Tahan pulak kau mandi dengan lantai berlendir macam takde apa.
Yang sebenarnya kau tu pengotor!
Orang kalau bersih, tak payah tunggu kaya. Miskin pun boleh bersih.
Patutnya rumah kecik lagi senang nak bersihkan.
Ini tak, makin kecik rumah, makin bersepah. Makin banyak sampah.

Tu belum lagi dengan kain baju yang berlonggok dalam 3-4 bakul, yang berlonggok atas sofa.
Alasannya, takde tempat nak simpan.
Eh helo?? Kalau takde tempat nak simpan pun, kau tak reti lipat ke kain baju tu.
Memang wajib berlonggok sampai 3-4 bakul? Tak cukup bakul, lambakkan pulak atas sofa.
Lepas tu anak kau pijak-pijak buat main baju-baju yang dah berbasuh tu.

Oh sebut pasal anak ni, aku pernah datang beraya rumah someone.
Memang bukan orang senang, rumah dia very basic dengan kerusi kayu zaman 80s yang ada kusyen tu.
Lantai pun bentang tikar je. Ok I'm fine with that sebab rumah Mak Aji pun dulu gitu jugak pesennya.

Yang aku sakit hati tu, dah tahu tetamu datang, maknya boleh biarkan anak-anak terus main kusyen dan lambak-lambakkan atas lantai, terlompat-lompat panjat kerusi pastu terjun tiruk akan kusyen yang bersusun atas lantai.
Sikit dia tak marah atau mintak anak-anak dia kemas balik untuk bagi tetamu duduk.
Boleh mak dia cakap "Duduk bawah je lah ya, budak-budak tu tengah main".

Aku macam "Huh?"

Kalau Mak Aji, dah berbirat aku kena kat depan-depan orang tu jugak dia bagi.

No, bukan aku nak sangat duduk atas kerusi tu, cuma aku tak faham kenapa kau biarkan anak kau terkinja-kinja dalam pada masa yang sama ada tetamu datang menziarah.
Memang tak payah ajar anak duduk diam elok-elok ke?
At least bila orang luar datang, cuba ajar dia beradap sikit.
Dah la anak dia terpekik-pekik, kita nak bersembang pun tak tenteram.
Belum lagi dengan lempar-lempar kusyen. Sikit mak dia tak tegur.

Ok tu satu hal aku dah panas hati.
Aku memang tak boleh tengok budak-budak yang macam pelesit ni.
Kalau anak aku, dah lama aku libas dengan kusyen tu.

Satu hal lagi, dia ada anak kecik, umur 3-4 tahun kot, masih pakai pampers.
Anak dia seronok main dengan abang-abang, tiba-tiba bukak pampers, then sambung main.
Mak dia angkat anak dia pi bilik air untuk basuh.
Lepas keluar dari toilet, rilek je dia biar anak dia tak berpampers, tak berseluar, sambung main.

"Susah betul nak pakaikan pampers. Sibuk dia nak main. Biarlah".

Aku terus tanya "Takpe ke kalau dia terkencing nanti".

Mak dia cakap "Takpelah, baru lepas kencing tadi".

OMG boleh tahan tinggi tawakkal kau ni.
Kalau anak tu terkencing, habis kusyen-kusyen.
Patutlah bau rumah semacam.

Attitude someone banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan.
Tengoklah nanti, anak-anak tu membesar dengan attitude yang sama.
Kecuali anak-anak berpindah ke persekiatan yang lebih baik atau dapat pasangan hidup yang lebih senonoh dan lebih dominan, ada kemungkinan attitude lama tu akan hilang.
Kalau tak, memang turun-temurunlah mewarisi.

Orang macam ni, kau bagilah rumah besar sekalipun, chances are, rumah tu tetap akan berselerak dan menambun-nambun dengan barang yang entahkan guna entahkan tak.
Jenis ni kalau pi rumah orang, dia akan menyepahkan rumah orang sama.
Kalau rumah sendiri pun beselerak, kau rasa dia reti nak berkemas kalau duduk rumah orang? Nan ado!

Ada satu lagi rumah aku pernah pergi time raya.
Dia buat makan-makan sikit katanya.
Ok, aku pun datang dengan En Wan je berdua.
Masa ni Redza kecik lagi, aku tak berapa suka datang open house bawak Redza sebab dia bukan makan pun.
Rumah ni takde pasang khemah-khemah, maka semua pun makan kat dalam rumah.

Aku masuk rumah dia, tak reti nak duduk mana.
Padahal takde orang pun lagi, hanya ada family and maybe adik-beradik dia je.
Tapi rumah macam nak terbalik!
Sofa panjang dia penuh dengan budak-budak main terlompat-lompat.
Yang tuan rumah nampak aku masuk terus pelawa aku ambik makanan atas meja makan [buffet style].
Lepas ambik makan, aku macam lost kejap. Nak duduk mana ni?
Sofa dia ada satu sofa panjang and 2 sofa kecik.
Yang sofa panjang tu budak-budak tengah terkinja-kinja.
Yang lagi satu sofa, ada orang duduk [maybe keluarga, tengah melayan tv].
Then kerusi-kerusi meja makan tu dia ada susun kat tepi tapi 2 darinya diletakkan periuk lauk.
Ada 4 lagi kerusi adik-beradik dia duduk.

Dia pulak cakap "Duduklah".

Aku tak terluah nak tanya "Nak duduk mana?"
Last-last aku ajak En Wan bersila atas lantai yang tak bertikar bercarpet tu.
Dengan permainan yang bersepah-sepah. Dinding berconteng. Lantai pun berconteng.
Memang idok le aku nak stay lama, makan pun tak lalu. Cepat-cepat aku balik.

Aku memang terperanjat sangat because orang ni adalah one of customer aku, ada PhD lagi!
Bila aku pikir-pikir balik, patutlah dia macam tu, anak-anaknya macam tu, rumahnya macam tu.
Sebab tengokkan perangai adik-beradik and mak bapak dia yang helok je terus melepak kat sofa walaupun tetamu datang, hmm...patutlah.
Dibesarkan dengan gaya "Tak kisah".

Raya tahun 1993, masa tu aku Form 4.
Tahun tu kitorang sambut raya pertama kat Muar.
Kitorang jarang malam raya tido Muar, selalunya malam raya tido Tampin [belah Mak Aji].
Because adik-beradik Mak Aji dari Singapore akan balik semula ke Singapore on first day of raya [Singapore bagi 1 day public holiday je].
Jadi, malam raya memang akan tido Tampin.
Kiranya, raya pertama always kat Tampin, dan selalunya lepas salam-salam raya, terus shoot ke Muar.
Maknanya di Muar pun raya pertama juga tapi selalunya dah petang baru sampai sana.

Year 1993, kebetulan adik-beradik Pak Aji tak dapat balik beraya di Muar for raya pertama, jadi tahun tu malam raya kitorang sekeluarga dah ada di Muar.
Nenek Muar aku punya style kalau sambut raya, malam pukul 12 baru nak start merebus ketupat, mengemas, pasang langir, nak tukar sarung kusyen segala.
Aku pun tak tahu pesen apa gini semua benda nak buat malam raya.
Jadi, bila tahun tu kitorang balik, memang rules bertukarlah kan.
Berani kau nak lawan rules Mak Aji? [kahkahkah].

Mak Aji kerah kitorang pagi terakhir puasa tu cabut semua langsir and ganti baru.
Jemur semua karpet.
Lap semua meja, sapu sawang, sapu lantai, mop lantai, siap basuh bilik air and jamban luar sekali.
Aku punya saka merasuk badan, habis semua surat khabar, tin kosong, botol plastik semua aku humban ke tempat sampah - bakor!
Pasu-pasu nenek aku semua kitorang pindah and susunkan balik.
Gubahan bunga yang lama-lama tu, mana yang elok, kitorang rendam and gubah balik.
Yang tak elok, bakor. Memang tak kasi chan.

Mak Aji and nenek handle bahagian dapur untuk masak-memasak.
Dari tengahari lagi Mak Aji dah rebus ketupat, masak rendang, masak sambal goreng, masak nasi segala.
By the time berbuka, semua settle.
Kitorang berbuka dengan lauk raya terus.

Later masa di Bangi makcik aku [adik Pak Aji] datang beraya, dia kata "Mak bagitau tahun ni dia rehat sangat. Tak penat sebab semua lauk raya dah siap awal"

Hah, barulah kitorang tahu selama ni nenek tu penat setiap kali raya sebab tak cukup rest.
Nak rest apanya kalau malam raya pukul 12 malam baru nak start buat semua benda.

Benda boleh ubah, kenapa nak stay pada rules yang sama, betul tak?
Yang best tu makcik aku cakap "Mak cakap rumah dia bersih betul. Lapang almari-almari".
Memanglah lapang, kalau semua benda cucu dia bakorkan 😂😂.
Barang-barang takde fungsi, dah kenapa nak simpan buat memenuhkan rumah.

Perangai buang barang ni kekal sampai ke hari ni.
Sebab tu mak mertua aku risau je everytime dia balik Tganu, bila dia patah balik ke sini mesti ada benda yang dah hilang.
Selalunya left over food.
Mak mertua aku suka simpan left over food, nak simpan untuk siapa aku tak tahu.
Padahal dia tahu dah anak and cucu dia tak berapa makan lauk perangat, kecuali menantu hantu dia ni.
Nasi goreng 3 hari lepas dalam fridge pun aku boleh telan lagi.
Sampai penuh freezer aku dengan left over food.
Kalau mok balik Tganu, siaplah aku "berkemas".
Bukan food-nya saja aku buang, dengan bekas-bekas-nya sekali aku buang so that takde bekas kosong dalam rumah ni.
Kalau ada bekas kosong berlebih, nanti mok tend to simpan banyak left over food.
Jadi biar dengan bekas-bekasnya sekali aku campak ke tong.

Dulu masa Redza kecik, pernah ada orang cakap kat aku "Bersihnya dinding rumah kau, Di. Macam takde anak kecik".

Aku cakap "Beranilah dia conteng dinding, memang kena dengan aku".

Orang kata tak bagus halang-halang anak-anak ni berkreativiti, nanti dorang jadi terbantut dan tak berani sebab asyik-asyik kena marah.
Bab ni pilihan masing-masinglah. Terpulang.
Kalau kau rasa rumah yang bersepah tu petanda anak sihat dan bijak, silakan. Itu rumah kau.
Aku tak boleh tolerate dengan rumah yang berselerak.
Rumah kecik takpe, tapi rumah yang bersepah, aku boleh migrain.


2020-05-18

Covid-19 tak akan hilang


A few days ago, WHO keluarkan statement bahawa Covid-19 tak akan hilang dari dunia.
Risau juga dengar, seolah-olah itu hint bahawa vaksin macam tak nampak bayang nak ada.
Tapi, insyallah akan ada penawarnya.
Cuma bila WHO cakap macam tu, aku rasa strain Corona dah mula berevolusi.
Virus yang semakin lama hidup, dia akan develop satu resistancy pada treatment.

Dulu aku buat research menguji kerintangan strain bacteria pada racun.
Bacteria yang sama aku letak pada racun rumpai pada concentration yang berbeza-beza.
Mula-mula aku letak 1ppm racun. Ada bacteria yang mati, ada yang hidup.
Bacteria yang hidup ni aku ambil dan increasekan racun ke 5ppm.
Ada yang mati, ada yang masih hidup.
Bacteria yang hidup ni aku dedahkan pada concentration racun 10ppm pula....dan seterusnya.

Ternyata, sampai ke 50,000ppm pun masih ada bacteria yang hidup, tapi koloni dah tak besar sangat.
Maknanya dah tak banyak bacteria yang boleh hidup sampai concentration racun yang tinggi, tapi ada yang survived.
Bacteria yang survived ni aku extract DNA dia, ternyata dia dah develop satu strain yang membuatkan dia resistant pada racun.

So bila WHO keluarkan statement tu, aku syak the researchers dah found out strain Corona dah mula berubah.
Maksudnya the virus dah berevolusi menghasilkan strain yang lebih strong.
Sebab itulah penting kita duduk rumah diam-diam kalau takde keperluan penting untuk keluar.
Sejak kerajaan bagi PKPB, dah meriah sangat kat jalan tu.
Siap berlonggok-longgok dalam mall anak-beranak bershopping.
Kita ni patutnya ikhtiar selagi boleh supaya virus ni mati cepat, ini tak.
Kita pulak yang memangkin dia makin merebak, lama-lama dia semakin rintang dengan treatment.
Aku takut one day, hand sanitizer 70% pun dah tak lut, kena mandi alkohol terus, nak ke?

Walau macamanapun, sejak 2 bulan kita terkurung ni, banyak sebenarnya hikmah.
Itupun kalau kita nak renungkan.
Tidaklah maksudnya lebih baik corona ni stay, cuma boleh jadi ini tempoh manusia berubah.

Contohnya kehidupan sosial manusia benar-benar terlucut akibat coronavirus.
You like it or not, kita terpaksa jadi makhluk individualistik yang nampak seperti mementingkan diri sendiri dan tak ambil berat orang lain.
Bayangkan kalau pakai mask, senyuman kita pun tak dapat 'dinikmati' oleh orang di depan kita.

Is this insanity sane for now?
Yes, like it or not we have to admit that, and start getting used to it.

Until when?

Entah.

Masih terlalu awal nak bertanya soalan tu.
Anggaplah ini sebagai satu teguran dan nasihat berharga untuk kita-kita yang selama ni too concern dengan penampilan wajah, kecantikan, sampai kita lupa ada perkara-perkara lain yang lebih baik dan lebih penting untuk kita tonjolkan.
Penampilan fizikal, wajah cantik, wajah hensem, wajah comel, wajah popular, wajah menggoda, wajah-wajah kekayaan yang dulunya tak jemu dipandang, now dah jadi sederhana sebab tertutup dengan mask.
Berbahagialah bagi sebahagian manusia lain yang tidak terlalu mementingkan 'wajah' kerana kebaikan dan senyuman ikhlas di wajahnya akan tetap manis walaupun separuh dari wajahnya tertutup dengan mask.

Memang powerful coronavirus ni.
Maunya tak, kalau sampai kiblat kita pun ditutup, disterile.
Jemaah umrah dipulangkan, jemaah haji dilarang masuk.
Ekonomi dunia jadi slow.
Urusan jual beli tak serancak dulu.
Penyakit ini tak kenal siapa - lelaki, perempuan, tua, muda, kaya, miskin, pegawai, orang bawahan - semua orang infected.
Penularannya menembusi antara negara.

Tapi macam yang aku cakap tadi, di sebalik setiap kejadian, ada hikmah.
Dari sisi buruk kita dapat tengok perangai buruk dan busuk hati manusia.

Yang macamana?

Yang melawan pihak berkuasa.
Yang pandang rendah ilmu para saintis dan dokter.
Yang sakit hati orang lain dapat lebih.
Yang claim produk dia boleh ubati Covid-19.
Yang memandai-mandai jadi saintist buat hand sanitizer sendiri.
Yang jual mask harga Tel Aviv.
Yang menayangkan kebodohan di internet bila 'berjaya' lepasi halangan.

Benda buruk ni kalau kita nak hujahkan, memang sampai 2 kali raya puasa pun tak habis.
Jadi, lebih baik kita perbesarkan hikmah.
Banyak sebenarnya hal positif yang dapat diambil dari kejadian ni.
Kemerosotan ekonomi, urusan jual beli yang slow - memang ini tempoh yang sukar, tapi boleh jadi inilah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah.

Selama ini kita selalu ambil mudah dengan perkara-perkara kecil, bahkan lawan yang kecil.
Kita mudah pandang rendah pada orang yang lebih rendah dari kita.
Nah! Allah hantarkan lawan yang betul-betul kecil sampai tak nampak dek mata kasar.
Dan kekuatan virus ni masih belum mampu kita lawan. Ubatnya takde lagi.
Bahayanya juga lebih dahsyat daripada tsunami, gempa bumi, atau banjir besar.

Melihat 'matinya' banyak aktiviti dalam negara membuatkan kita mesti sedar yang kemewahan dan kemegahan yang kita tatang rupanya tak kekal.
Even teknologi, ekonomi dan kekuatan military yang menjadikan sebuah negara kelihatan hebat, pun dah jadi bergoyang.
Allah sedang menunjukkan kuasaNya kepada kita.
Kita yang dulu merasa kejayaan yang kita capai adalah kerana usaha, kebijaksanaan dan teori kejayaan kita.
Now Allah tunjuk tak ada kehebatan di bumi yang dapat menandingi kehebatanNya.
Sesiapa saja ada peluang yang sama untuk dijangkiti Covid-19.
Inilah masanya kita renungkan apa yang telah kita lakukan selama ni.
Gaya hidup yang berlebihan mungkin harus dinilai semula.
Boleh jadi ketika kita sibuk dan fokus mengejar dunia, kita dengan tak sedar memandang ringan aspek ibadah.

Ramadhan kali ni sangat berbeza.
Boleh jadi ada yang merasa inilah Ramadhan yang paling menenangkan, ada juga yang rasa Ramadhan kali ni paling menyesakkan.
Yang pastinya Ramadhan kali ni kita diajak untuk mendekatkan diri kepada Allah, menyendiri, dan menarik diri dari hiruk-pikuk kebiasaan dunia.
Mudah-mudahan dalam tempoh ni, kita banyak mengintrospeksi diri.
Seorang hamba yang banyak bermuhasabah akan lebih mengenal dirinya sendiri.
Insyallah bila musibah ini selesai, kita muncul dengan target dan peribadi yang baru.


2020-05-14

Boleh tak kalau perigi cari timba?


Dalam zaman yang serba moden, rupanya masih ramai perempuan yang merasa terpaksa [maybe dipaksa?] untuk berkahwin dengan pasangan yang mereka tak suka, atas dasar tradisi, budaya, kehormatan keluarga atau keturunan.
Memang jodoh itu sebahagian daripada misteri, hanya Allah saja yang tahu misteri jodoh.
Parents, especially mothers, will be very happy when their daughters get a suitable match (sekufu). Therefore, ramai parents berusaha untuk cari calon untuk anak perempuan mereka.
Harapannya, anak perempuan tu akan bahagia fizikal dan mental bila berumahtangga nanti kerana "orang tua lebih makan garam. Jadi orang tua lebih tahu siapa yang sesuai untuk dijadikan pasangan".

But in practice, bukan sikit perempuan yang tak bahagia dengan perkahwinan yang diatur oleh parents.
Termasuklah salah sorang blog reader aku ni ha.
Tu pasal aku tergerak nak blog about this.
Tapi maaf, email dia tak izinkan untuk share.

Islam adalah agama yang dipercayai sempurna dalam menguruskan isu jodoh ni.
Dalam Islam, menghormati ibubapa, especially ibu sangat dihargai.
Rasa hormat kepada ibu lebih tinggi daripada ayah kerana banyak pengorbanan ibu dalam membesarkan anak, dari dalam rahim sampailah ke besar.

Islam juga menjunjung tinggi martabat perempuan.
Hak perempuan diletakkan dalam kedudukan tinggi dalam Islam, termasuk isu memilih pasangan.
Perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangannya.
Macamana sekalipun mak ibubapak nak memadankan anaknya dengan calon suami, mesti dapat persetujuan anak perempuan tu sendiri.

Mana hadisnya?

"Tidak boleh menikahkan seorang janda sebelum dimusyawarahkan dengannya dan tidak boleh menikahkan anak gadis sebelum meminta izin darinya." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana nak tahu jika dia [gadis] mengizinkan?" Baginda menjawab, "Dengan ia diam". [Bukhari,  5136 dan Muslim, 1419].

So ladies, kau janganlah diam bila mak bapak kau tanya setuju ke tak?
Kalau taknak, kena cakap. Bak kata Ahmad Nisfu "Cakapppp".
Tak salah pun kalau kita nak kata tak setuju because Rasulullah saw dah ajar.
Bila kau diam, itu tanda setuju. Jadi, tak boleh nak salahkan mak bapak kalau sesuatu terjadi pada rumahtangga.
Tak boleh nak salahkan mak bapak "Ini semua sebab mak yang suruh saya kawen dengan dia!".
No. Tak boleh salahkan mak bapak je, kita pun salah sekali sebab this is our future.
Kenapa bulat-bulat serahkan pada orang lain untuk tentukan hala tuju masa depan kita?

Hadis Rasulullah saw ni sangat powerful.
Nak tunjuk kat kita betapa besarnya penilaian Islam terhadap hak seorang perempuan, sampaikan kedudukan mak ayah yang sangat besar sehingga rahmat Allah terletak pada keberkatan mereka, itupun tak menjadikan mereka boleh paksa anak perempuan berkahwin tanpa persetujuan anak itu sendiri.
Power tak powernya hadis ni.

Dalam isu jodoh ni, women are seen as more risky sebab "due date" perempuan singkat berbanding lelaki.
That's why lelaki lebih relax, 40 tahun pun boleh lagi.
Tapi kalau perempuan, umur 40 dah macam-macam risiko kesihatan - risiko bersalin, menopause, penyakit.
Berbeza dengan lelaki, dorang ni subur sepanjang masa.
Kalau bukan jenis perokok atau tak main dadah, maka takyah risau pasal anak, insyallah sperm sihat.

Kebanyakkan perempuan malu nak start dulu.
Masing-masing nak tunggu lelaki start tapi yang lelaki tak start-start.
Hakikatnya tak semua lelaki berani nak approach. Ada yang pemalu.

Jadi soalannya boleh ke kalau perigi cari timba?

Boleh. Apa pulak tak boleh.
Yang tak boleh tu kalau kau cari laki aku.
Hat tu nanti aku hempuk dengan timba.

Kalau tengok sejarah kisah cinta agung zaman Rasulullah saw, Fatimah, anak Rasulullah mencintai Ali dalam diam.
Tapi cuba tengok Khadijah, dia tak tunggu Rasulullah saw.
Dia sendiri confess.
Cara percintaan kedua-dua orang ni berbeza tetapi yang pasti kedua-duanya tetap libatkan Allah dalam urusan jodoh.

So, nak jadi macam Khadijah atau Fatimah, terpulang.
Cuma kalau nak jadi macam Khadijah, janganlah kau menggeletis sangat sampai lelaki tu rimas and meluat.
Lelaki menyampah dengan perempuan yang tergedik-gedik, macam kemaruk sangat nak berlaki.

Allah ciptakan semua makhlukNya berpasangan dan semua manusia ada jodohnya, bergantung pada ikhtiar manusia itu sendiri atau takdir.
Oleh kerana jodoh adalah mutlak [dah jadi ketentuan Allah], kita cuma dapat menerimanya.
However kita boleh usaha untuk menjemput jodoh dengan sungguh-sungguh, contohnya solat Hajat.

Ustaz aku ada cakap, berjodoh atau tak, tetap sebuah ujian.
Yang tak berjodoh, ujiannya hidup tanpa pasangan.
Yang berjodoh, ujiannya dengan masalah rumahtangga.
At the end yang Allah tengok tetap pada bagaimana kita berdepan dengan ujian.
Ada orang semakin lambat jodoh, semakin banyak dia berikhtiar, bersedekah dan berdoa untuk dapat jodoh.
Ada orang lain pula semakin banyak masalah rumahtangga semakin kerap mengadu pada manusia berbanding Allah.

Rasulullah saw bersabda "Tidak ada yang dapat menolak takdir [ketentuan Allah] kecuali doa dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali berbuat kebaikan" [Tirmidzi].

Berdasarkan hadis ni [ada banyak lagi hadis lain], tugas kita hanyalah ikhtiar sungguh-sungguh, be it mencari jodoh atau mempertahankan jodoh.
Doa banyak-banyak dan serahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.



p/s : Special price untuk Combo Deal Pure Effective KLIK SINI.
Promo 14 & 15 May only.

2020-05-13

Ada had dan sempadannya




Mula-mula nak say thank you yang hantar survey form.
Aku tutup dah form tu sebab lama-lama dia dah jadi seram.
Respond yang masuk menderu-deru, ingatkan bagi one word je.
Rupanya ramai reader aku berpotensi jadi novelis, suka menulis panjang-panjang juga.
Terlampau banyak puji-pujian sampai aku seram.
Benda puji ni takleh banyak, nanti niat lari. Jadi, aku tutup suvey. Cukuplah tu.
Nanti kendian aku cerita kenapa aku buat survey tu.

Ok now aku nak cakap pasal setting boundaries.

Ramai orang tak pasti kat mana dia punya had.
Bila kita tak dapat identify kat mana had diri sendiri, risiko untuk dipengaruhi oleh apa orang kata tentang kita, adalah tinggi.
Ketika kita constantly risau tentang cakap-cakap orang tentang kita, maknanya, kita ada masalah menentukan had atau boundaries.

Tak dinafikan, semua orang suka kalau dirinya disukai, dihargai.
Kita suka kalau talent kita dipandang, dipuji.
Kita seronok bila orang bercakap yang bagus-bagus tentang kita.
However bila kita mula bergantung pada apa yang orang lain fikirkan tentang kita, dan kita jadikan pendapat positif mereka sebagai satu tanda aras, dan kita menyesuaikan diri untuk hidup sesuai dengan harapan orang lain - we are in trouble.
Bila kita serahkan kuasa kita kepada orang lain untuk menentukan apa kita patut buat, apa kita patut jadi - kita akan hilang jati diri.

I made a mistake of not understanding this fully before making a name of myself on social media, and I paid the price.
Dulu, aku adalah someone yang ambil kisah apa orang cakap pasal aku.
Kalau ada hate comments, aku akan usaha untuk bagi penjelasan why this, why that.
Because aku faham some people slow learner [eh!], maybe dia tak dapat tangkap apa maksud aku.
Takpe, I am happy to explain things.

Until at one point aku rasa letih la nak meng-explain 24 jam when other people helok je faham apa yang aku sampaikan tapi there were couple of people yang seakan-akan benak.
Balik-balik dia je yang tak faham.
So, I stop explain things. Lantak kau situ.
Because pendapat orang lain selalunya bukan tentang apa yang kita percaya, tetapi apa yang dorang percaya.
Apa yang dorang percaya may be tak boleh pakai untuk kita, dan sebaliknya.
Dorang mungkin ada pendapat sendiri but I'm the only person who knows what is best for me.
So I decided to be who I want to be from my own perspective.

Nak keluar dari kebiasaan tu memang tak senang sebab kita dah terlampau blend dengan cara hidup "nanti apa orang lain kata".
Tapi percayalah, kalau kita nak grow, bukan semua cakap-cakap orang kita kena ambil peduli.
Now aku dah semakin faham betapa pentingnya set boundaries yang jelas samada untuk diri sendiri ataupun bisnes.
Kena tahu apa prioriti kita, apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tak boleh [tak nak] buat.

Again, I learned this the hard way.
Dulu masa aku rajin merepek-repek kat blog, nothing was off limits.
Aku banyak buat free iklan and free promosi untuk business orang lain.
Niat aku ada 2 :

- nak tolong orang yang berbisnes sebab aku tahu bisnes is not easy.
- nak kurangkan masa aku mikir apa benda nak update kat blog.

Tapi rupanya ada orang yang jenis tak patut ditolong.
Dah la kita bagi medium blog kita untuk iklankan business dia, free pulak tu, tapi dia buat kita macam macai dia.

"Boleh tak tambahkan caption ni...."
"Gambar tu tak berapa cantik, boleh tak tukar ke gambar ni.."
"Boleh tak gambar yang nombor 2 tu highlitekan tentang....."
"Boleh tak tukar sekarang, cepat sikit ya"

Dah macam dependant terus kat aku pulak gayanya.
Tu belum lagi bila business dia krik krik krik, tiba-tiba nak salahkan aku.

"Patutnya awak naikkan post saya tu waktu siang, bukan malam. Malam tak ramai orang baca blog. Orang tengok tv".

Dear, this is my blog so I blog whenever I want to.
Bila aku bolayan, dia kata aku tak ikhlas tolong.
Ah, sukati kau.

So I had to set limits on what I was willing to do.

Ok yang ni part yang best.

When people were used to get things from me for free at any hour of the day, now when aku kata I don't do free advert anymore - sentap.

Bila aku bagitau rate aku - senyap.

Ada juga yang reply "Mahalnya! Biasa kalau blogger buat iklan cuma......."

Lah, dah tu awat tak pi kat blogger tu je.
Ini bukan beli roti Gardenia dik, semua kedai letak harga sama. Adehh.

Mesti ada yang tanya kenapa aku tak set boundaries ni awal-awal lagi?

Ok, sejujurnya aku ingatkan mengiklankan bisnes orang secara free is a way of me saying thank you sebab sudi baca blog aku.
Lagipun aku faham the struggle membina bisnes ni.
Orang minta aku iklankan business, aku anggap it's a compliment.
Maknanya blog aku adalah platform yang besar to them untuk iklankan business, so why not?
Lagi senang kerja aku, tak payah aku pikir apa nak blog on that day.
Waktu ni aku tak tahu keperluan untuk set boundaries, sebab belum terkena kan.
But I know now, and I'm doing my very best to be firm about my limits.

Now, aku dah tak buat free advert lagi, apetah lagi free review.

[free advert and free review berbeza, ya. Advert tu aku tepek je kat blog. Kalau review, aku akan go thru the business details atau try their product]

Walaupun aku dah tak buat semua tu secara percuma, I'm still all about servant leadership.
But that doesn't mean aku tak boleh say no pada perkara yang aku tak nak.
Ada perkara yang aku kena cakap 'no', ada yang aku boleh consider.
Nak say 'no' ni pun quite challenging juga sebenarnya.
Somehow akan patah balik pada "apa orang lain kata".
Bila kita memikir apa orang lain kata, maka kita tak sampai hati nak say 'no', dan the cycle berpusing-pusing kat situ, tak stop.

The thing is, kita tak boleh please everyone.
Manusia kalau nak bercakap, dia akan bercakap.
Dan kebanyakkan pendapat orang tentang what you should do selalunya berdasarkan what they want from you, not what is best for you.
So now aku dah set boundaries, supaya aku hidup tenang.

Ini list non-negotiable aku :

Yang pertama, aku takkan guna platform aku, be it blog, FB atau IG untuk influence people beli apa-apa sebelum aku sendiri try, atau aku sendiri suka the product/service.
I will be honest in my reviews of products I love.
Yang aku dah cuba tetapi kurang berkenan, aku takkan review.
Masa aku buat Nuffnang dulu, post Dutch Lady kot, aku terang-terang bagitau "Aku tak minum coklat, aku suruh Redza try. Redza kata sedap".
Artikel tu aku kena ubah berkali-kali atas permintaan client.
Ya Allah berat betul rasanya nak ubah sebab aku memang tak minum coklat kot, nak buat macamana.
Then aku delete terus Nuffnang dari blog supaya aku tak perlu review something yang aku tak berkenan.

Yang kedua, aku takkan guna platform media sosial aku untuk share program charity unless aku sendiri dah support with my personal giving budget, atau aku kenal team NGO-nya.

Yang ketiga, aku hargai kerja orang, jadi aku akan bayar mereka.
Jadi, aku juga tak nak work for free.
I have my rate for speaking, writing, influencing and coaching.
Satu-satunya yang free adalah apa yang aku tulis kat blog, IG and FB.

Yang keompek, I will share the imperfect version of myself online and offline.
So tak perlu susah-susah nak cari kat mana flaws aku. Memang ada.

Yang kelima, aku baca semua komen and emails [mana yang aku terima lah, yang masuk spam box aku tak check].
However, nak mereply semua agak mustahil.

Yang keenam, aku akan delete [without response] komen, PM, DM atau email yang hurtful and direspectful.
Why? Because this is my non-negotiable rules 😉.

Aku noticed bila aku ada list non-negotiable ni, aku jadi lebih senang buat keputusan.

Bila someone minta aku coach dorang for free, non-negotiable list ni mengingatkan aku yang aku tak boleh buat benda tu.

Bila someone minta aku share kawan dia punya cousin punya adik GoFundMe link, list non-negotiable ni akan ingatkan aku I don't do this walaupun the cause is a good one.

Bila someone ada PMS pastu tetiba bantai aku kat media social just because dia rasa dia perlu kondem aku terang-terangan, list non-negotiable akan remind aku to just delete the comment without worry.

My feed, my choice, my boundary.






Ini official naik esok di FB XZIZ Biotech tapi untuk blog readers, aku umumkan awal. Nak beli today pun boleh. Tapi whatsapp SINI.
Untuk makluman, Pos Laju last pickup 18 May. So kalau nak sampai cepat, order cepat.
Letak siap-siap sebotol depan pintu rumah untuk raya nanti. Ni bukan aku pesan, PM yang pesan.


2020-05-12

Branding Diana Ishak


Sebenarnya hari tu ada orang mintak feedback aku pasal kes tudung Duck yang katanya copy idea and konsep dari brand lain.
Lama sangat terperap email tu terus terlupa. Ni baru teringat.
Aku tak sure apa kesudahannya cerita ni. Settle dah kot sebab takde bunyi apa-apa dah.
Ok aku tak berminat nak bagi feedback pasal the kes - samada ciplak, copy atau whatever you call it.

Nope, bukan aku favor pada Vivy atau Duck.
Aku takde Duck pun dalam tangan - aku pernah beli shawl tapi lepas tu semua aku jual balik sebab aku beli bukan nak pakai, just nak tengok material je [sejenis malas nak pi store].
Aku ada satu planner/diary Duck - yang aku tak guna juga sebab main reason aku beli dulu because nak tengok dalamnya macamana.
Post kali ni aku lebih berminat nak cerita pasal branding - but I promise, post ni ada kaitan dengan kes yang berlaku.

One thing we might not have considered is siapa yang akan kita letak as 'wajah' jenama kita.
Ini sebenarnya antara perkara paling awal yang perlu dipertimbangkan sebelum launch bisnes.
The obvious answer is us. Lagipun, itu brand kita.
Tapi tak bermakna kalau produk kau nama DIANA ISHAK maka kau kena letak muka kau kat seluruh packaging tu.
You can still name your product whatever you want and package them in whatever way yang kau rasakan patut.
Cuma, sebagai cadangan, kalau kita nak kita dan product blend in together, maybe boleh consider letak nama atau muka kita pada packaging.
Trick ni bagus untuk those yang belum dikenali ramai tetapi nak berbisnes.
Because membangunkan bisnes dengan semata-mata produk sahaja, susah.
Kalau blend diri kau and product, lebih senang.

Dalam kes tudung Duck baru-baru ni, that is why shawl Duck lebih boom berbanding the other shawl walau katanya dah release 2 tahun lebih awal.
Walaupun katanya Duck copy design and konsep yang sama dengan the actual owner, tapi orang tak perasan sangat the same design and konsep pernah released earlier, until-lah the pemilik asal bukak mulut.
Itulah kelebihan bila kita blend diri kita dalam brand yang kita carry.
Orang akan ingat brand kita lebih kerana orang kenal the person behind the brand.

Jangan salah faham tau maksud aku ni.
Ini tak bermakna aku membenarkan plagiat/copy/ciplak berlaku. That is another story.
Hat aku cerita ni pasal how personal branding boleh buatkan produk kau lebih mendapat tempat.

Masa baju peplum aku kena ciplak dulu, ramai blog readers inform aku.

"Baju Kak Di kena copy".

"Ini baju Kak Di lah, pemilik asal!"

"Nak tiru pun agak-agak lah, ini baju Kak Di kot".

Tu belum lagi yang plagiat blog post aku.
Yang ni lagi dasyat, memang cepat betul sampai kat aku.
Asal ada kes plagiat je mesti ada yang bagitau aku.
Gambar-gambar rumah aku kena plagiat pun ada yang inform aku.

Kat sini dah jelas nampak brand KAK DI atau DIANA ISHAK tu lebih menyerlah dari brand-brand yang aku carry.
Orang lebih ingat brand DIANA ISHAK berbanding Fleur by Mrs Him.
Sampaikan dulu ada orang tak tahu GreenAard tu aku punya, dorang ingatkan aku endorser je.

Ini adalah antara kesalahan yang aku buat.
I built my business that took off without my name attached.
I created the brand.
I developed the brand.
Aku siang malam usahakan the entire process.
I am the voice of my own brand.
And yet I didn't think enough of myself as the owner to attach my name to it.

I thought I was being humble - letak nama and muka sendiri kat produk macam poyo sangat rasanya.
Atau sebenarnya aku memang tak nak letakkan diri aku di depan brand yang aku carry. Aku lebih suka bergerak di belakang.
So dalam bahasa mudahnya it was 100% my fault bila orang confused "Eh? GreenAard ni akak punya ke?"

Luckily, aku membina nama DIANA ISHAK lebih awal.
Since 2006 aku bina nama ni [Green Apple], so when my online business took off in 2015, orang beli sebab DIANA ISHAK, bukan sebab GreenAard.
Jadi, ada sikit kelebihan kat situ walaupun GreenAard tu takde nama aku.
Same goes to Fleur by Mrs Him, takde nama aku tapi sebab orang kenal aku, jadi ada sambutan.

Last week, aku buat Personal Branding talk kat zoom atas invitation sorang IG follower yang minta aku share stories and ideas.
Ini memang terkejutlah, sebab aku ingatkan aku share dengan dia je, rupanya ada 7 orang standby nak dengar sekali.
Dah la aku tak prepare apa-apa pun, ingatkan nak sembang-sembang gitu je, sekali jadi speaker rupanya.
Alhamdulillah, aku happy dapat share sedikit sebanyak experience kepada 7 orang startups.

This is what aku bagitau dorang - kalau belum dikenali, maknanya kena usaha lebih sikit untuk membangunkan brand - which bagi aku agak susah.
Tetapi susah tak bermakna tak boleh, kena kerja keras sikit.
Aku dah lalui phase ni masa membangunkan XZIZ Biotech.
Waktu tu, customers yang biasa berurusan dengan aku, takde masalah sebab dorang kenal aku, tahu cara kerja aku, jadi urusan jual beli smooth.
Tapi untuk new customer, dorang tak kenal aku.
Dah lah tak kenal aku, bila tanya company you apa? XZIZ Biotech.
Apa tu? Tak pernah dengar pun?
Then bila dia tanya brand company apa aku carry?
Aku sebut 10 jenis brand, satu pun dorang tak pernah dengar.
Yang ni lojiklah sebab company aku new so brand-brand yang aku carry pun mestilah baru juga.

Memang tough gila masa ni.
Dengan tak cukup rest-nya, dengan penat ke sana-sini, dengan duit habis banyak, dengan menangis almost every other day sebab stress gila - lengkap se-pakej.
Tapi tough-tough pun, blog tetap berupdate guyssss. Hahaha.

Nak membangunkan bisnes dengan diri kita takde orang kenal, perlukan kerja yang banyak.
Almost 2 years jugalah aku nak pacakkan nama XZIZ Biotech ni di lab-lab universiti.
Kena banyak bergerak, tu pasal kejap-kejap aku outstation, kadang tu takde projek penting pun tapi aku outstation juga sebab nak tunjukkan muka.
Lama-lama, customer terus ingat aku.
Kalau sebut DNA analysis - Diana.
Sebut Halal analysis - Diana.
Memang dua benda ni aku tekankan lebih so that nampak berbeza dari competitor lain.
Sampailah ke tahap dorang ingat aku lebih dari nama company.
Bila aku dah tak buat Biotech business, sesekali terserempak dengan customer lama, dorang masih ingat aku yang buat projek Halal, aku yang buat DNA analysis.

The truth is, meletakkan diri kita bersama-sama dengan our product is one of the smartest things we can do for our business.
Because people tend to trust a person more than they do a brand name.
Cuba kita fikir.
Kenapa kebanyakkan company hire celebrities jadi spokesperson instad of product specialist/advocates?
Padahal product specialist lebih faham produk, lebih mudah untuk explain things. Why?
Because it's human nature to trust people we "know" more than we do strangers.

Cuba tengok Oprah.
Apa je product dia recommend, semua selling fast.
Sebab people percaya apa yang dia suggest is going to be good.
Tapi semua ini akan jadi smooth provided kau seorang yang meyakinkanlah.
Meyakinkan tu maksudnya kau really faham the product, kau menggunakannya and kau boleh explain things in and out.
Bukan setakat selfie, calit-calit and done. Esok selfie and calit-calit product lain pulak.
Ini nak menjahamkan bisnes lagi ada.

Recognizable faces and names sell stuff - ini cara paling senang.
That's why bisnes yang kedua-dua ini berjalan seiring, walau dalam tempoh PKP, bisnes masih lagi jalan, contohnya Duck ni lah.
Neelofa pun jalan juga tapi Neelofa ni busines model dia berbeza, dia ada agen, dia ada shopee, dia ada Lazada [kalau tak salah].
Tapi Duck ni medium dia satu je, no agents pulak tu dan this brand sells sebab Vivy.
Kalau Duck tu dicarry oleh orang lain, impak dia mesti berbeza.

Even kalau company takde spokesperson, sebagai pengguna we naturally seek out someone yang kita boleh associate dengan the brand.
We tend to purchase from people rather than companies, especially online sales.
Contoh paling mudah GreenAard and Diana Ishak.
Kalau aku open order di blog atau IG, memang kurang sikit lah kerja admin-admin aku menjawab whatsapp.
Dorang akan dapat request semua dari customer dari FB and website GreenAard sahaja.
Yang kenal aku lebih suka berurusan dengan aku sebab they can tanya macam-macam soalan.

Lagi satu contoh - Apple.
Ada sebab kenapa orang obses dengan Steve Jobs.
Because connecting excellent product to a person buatkan kita lebih rasa connected dengan apa yang dijual, berbanding connecting product to a company.
Orang suka Apple sebab Steve Jobs. Dia dah jadi integral part of Apple's story.

Walaupun kita letakkan nama yang strong pada product, please consider letakkan your personal identity as part of your brand.
Muka kita, nama kita, karakter kita, personality kita, suara kita dan cerita kita can do a lot to convert your efforts into sales.
That day masa aku buat online training tu, ada sorang tanya penting tak create logo and konsep business.
Yes, itu penting. Tetapi, logo, color, konsep - ini semua brand identity, bukan the brand itself.
Your brand is not your logo.
Your brand is what people say about your business [and you] when you are not around.

Sebab itulah bila orang kata entrepreneurship is easy, boleh dapat duit banyak - aku nak gelak sambil memuntahkan kahak ke muka beliau je rasanya.
Aku tak berapa berkenan orang yang treat business as jalan mudah nak jadi kaya.
Especially yang umpan downline dengan sekian-sekian income bulanan. Please lah!
Hakikatnya tak semudah itu.
Yes, jual product orang lain yang ada nama memang easier but that does not mean it's easy.
You have to make the business/product a part of your brand.
Hat ni tak ramai nak buat. Dia cuma nak jual je. Dia takde rasa nak letakkan diri dia sebahagian dari brand tu.

To small business, dengarlah cakap aku ni.
You are the secret recipe.

Toksah bandinglah dengan company-company besar and big players yang dah buat multi million money.
Dorang dah besar, dorang boleh buat kaw-kaw punya marketing untuk letakkan brand lebih kedepan dari people.
I am talking about small business like me.
Now ni zaman internet.
You are going to have to put yourself into your brand and let people choose if they like it or not.
Your brand needs personality.
Kalau kita tak selesa nak tepek muka kita hari-hari kat media social, atau buat video hari-hari kat IG - tak payah buat. Aku pun menyampah nak buat gini.
But kita boleh share tulisan kita sebagai ganti. Make sure impactful.

Sekarang pun aku tengok dah banyak big companies start toward personal.
Pos Laju, Dominos, Pizza Hut, Nike, Adidas - kalau kat twitter atau FB bukan main lagi dia punya melayan bersembang dengan followers.
Dorang pun now dah mula nak create persona.

Zaman sekarang ni kita takde choice, kena letakkan diri kita sebahagian dari brand.
That's why aku enjoy buat bagi informative IG Story di IG aku.
Seronok sangat bila aku dapat educate followers and customers the science behind my product.
Kebanyakkan dorang appreciate effort aku.
Sepanjang tempoh PKP ni aku dah buat 3 online training [atas invitation] tentang topik biotech, food science and business.
At the same time dari situ aku nampak siapa crowd Diana Ishak and it helps me to develop new business, insyallah.



Semalam aku naikkan survey ni kat IG. Belum sempat view lagi.
Ini aku buat ada reason, insyallah reason dia nanti-nantilah aku cerita.
Cuma nak minta luang masa to complete this survey.
Refresh blog and isi form kat pop-up window.
Terima kasih.