2016-11-30

Kau tunjuk dulu kau dah ready, nanti DIA bagi kemudian.


Semalam kat FB aku update status ni :

Sebelum Subuh buat tahajud, taubat, hajat. 
Lepas tu baca Yassin sementara solat Subuh. 

Masuk Subuh buat solat sunat Subuh dan solat Subuh. 
Lepas solat Subuh, baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 

Lepas solat Isyraq, baca Al-Mathurat. 
Then sambung Dhuha. 

Lepas solat Zuhur baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Then buat solat hajat. 

Solat Asar. 
Then baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 

Lepas solat Maghrib baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Lepas tu sambung dengan solat hajat. 
Then baca Al-Waqiah. 

Lepas isyak, baca qursi, baca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan istighfar (semuanya 40x). 
Then sambung dengan 3 ayat terakhir Al-Baqarah. 
Sambung dengan solat taubat. 
Witir (paling malas buat 1 je). 
Lepas tu baca Al-Mulk dan Sajadah. 
Sambung dengan Ratib Al-Attas (boleh download kat apps). 

Good nite. 

Note : 
Tasbih = Subhanallah 
Takbir = Allahuakbar 
Tahlil = Laailaahaillallah 
Tahmid = Alhamdulillah 
Istighfar = Astagfirullahaladzim

Then ada yang komen amalan ni semua boleh dilakukan dengan senang semasa ibadat umrah/haji sebab kat sana fokus hanya pada ibadat. Kalau nak buat semua ni boleh cuba ambil cuti beberapa hari untuk fokus pada ibadat ni saja.

Fine.
No problem with the komen.
Aku berterima kasih dengan komen tu kerana setidak-tidaknya bila Tuhan gerakkan dia menulis komen macam tu, maka ada ruang untuk aku explain.

To be honest, itu adalah apa yang aku buat everyday.
Sebab tu aku share. Kalau ada yang nak buat, ikutlah.
Moga bila ada buat, aku pun boleh tumpang pahala sekali.

Aku cerita apa yang pernah aku lalui ya.

Dulu, beberapa tahun yang lepas, aku always rasa macam tu (macam yang pengkomen tu cakap).
Aku always anggap buat yang wajib je dulu, kalau ada masa baru buat yang sunat.
Masalahnya, nak tunggu ada masa tu bila?

Dulu, masa aku bekerja makan gaji, aku always terkejar-kejar nak cari masa bersolat.
Aku always curi masa bersolat masa on the way nak buat sales/appointment dengan customer.
Kalau app kat universiti, aku tumpang surau atau masuk masjid.
Walaupun masa tu ramai mata-mata memandang apehal minah ni masuk masjid takde adab pakai skirt?
Tapi aku tolak ketepi pandangan tu, bagi aku solat dulu pastu nanti aku pikir balik.
Always macam tu.
Sometimes kalau keje kat Bangi, singgah rumah Mak Aji semata-mata nak solat, pastu zassss keluar balik jumpa customer.
Sampaikan aku mengeluh bila la nak boleh solat bertenang-tenang? Jangan kata nak berzikir, nak berdoa pun tak sempat!

Lama keadaan ni berlaku.
Sampailah masa aku kerja kat company terakhir, aku dah mula rasa 'letih' nak kejar waktu solat.
Kebetulan kat opis tu aku sorang je Islam. Ruang solat pun takde. Tapi dia benarkan aku solat dalam stor. But disebabkan jadual aku pack, jadi aku always solat masa keluar buat sales. Ikutlah berhenti mana yang sempat. RnR ke, surau kat pejabat customer ke, masjid universiti ke.
Aku dah jadi letih.
Rasa macam always tak cukup masa nak beribadat. Keje macam nak mati. Gaji terakhir aku waktu tu RM4500 (2008). Boleh tahan la, gaji banyak tu untuk 8 tahun lepas tapi always rasa apesal macam tak cukup je?

One day, weekend. Masa tu year 2009.
En Wan gi keje.
Sekali kat rumah black out.
Mati kutu aku tak tau apa nak buat.
Dah tak tau apa nak buat tu, aku kemas-kemas bilik.
Kemas laci, ternampak Kitab Majmuk Syarif Kamil.
Kitab majmuk Syarif Kamil ni ada surah-surah pilihan antaranya Yassin, Al-Kahf, Waqiah, Mulk, Rahman, Sajadah, and  a few more.
Aku baca dari mula sampai habis.

Lepas tu aku realized something.
Eh, sebenarnya aku ada masa nak baca rupanya.
Tapi aku yang buang masa selama ni!
Aku always cakap kalau nak buat ibadat ke, nak baca Quran ke, kena tunggu dah tua, kena tunggu kalau ada time freedom (keje sendiri) baru boleh buat. Padahal weekend aku tak keje, tapi aku tak buat pun ibadat tambahan tu.

DANGGGG!
Perkara tu betul-betul hit aku.

Dalam tak sedar sebenarnya Tuhan sedang perli aku.
Aku macam terasa Dia cakap "Kau ni cakap je lebih. Nak buat ibadat tunggu ada masa bagai tapi hari cuti kau mengangkang, pergi shopping, tengok movie. Sebenarnya Kau bukan buat pun kalaupun ada masa!"

Ingat tak previous entry aku ada cakap tentang rezeki?
Aku tulis "Kalau kita nak rezeki lebih, kita kena tunjuk kat Allah yang kita dah bersedia untuk terima rezeki lebih".
Caranya macamana?

Kita kena tunjuk yang kita memang layak untuk dapat rezeki lebih.
Banyakkan sedekah
Banyakkan memberi.
Rajin belanja anak buah, belanja family, kawan-kawan.
Rajin buat jamu makan untuk jiran, anak yatim.
Apa salahnya sumbang lebih untuk PIBG skolah.
Belikan harta wakaf untuk surau.
Setiap kali sedekah tu submit doa - Ya Allah, moga permudahkan urusan aku untuk bla bla bla bla..

Bila kita tunjuk kat Allah I am ready to receive more, di waktu itulah DIA akan besarkan 'tangki' kita.

Same goes to ibadat.
Tunjuk kat Tuhan yang kita dah bersedia untuk buat banyak ibadat.

Caranya, hujung minggu, takde kerja, waktu tu buat ibadat lebih dari hari biasa.
Tuhan nak tengok apa yang kita cakap tu selaras tak dengan perbuatan kita.
Kita kata kalau nak ibadat lebih tunggu ada masa lebih, waktu tak kerja kan?
Ok buktikan pada hujung minggu,
Tunjuk kat DIA, nak beribadat lebih, tak semestinya tunggu dah tak bekerja.

Wajar ke buat ibadat lebih hanya time pergi umrah/haji?
Wajar ke tunggu bila dah work from home?

Belum tentu lagi kita akan buat kalau kita asik nak tunggu tunggu dan tunggu.
Belum tentu.
Aku cakap berdasarkan apa yang aku dah lalui.

Dulu aku always rasa manalah ada masa nak baca Waqiah lepas Maghrib, nak solat Hajat pulak bagai.

Tapi lama-lama aku dah semakin nampak apa yang buatkan aku tak sempat dan always takde masa untuk buat ibadat tambahan selama ni.

Memang la tak sempat kalau asik nak berkejar tengok cerita pukul 7.
Lepas tengok cerita pukul 7, aku nak masak pulak.
Lepas masak, aku nak menggosok pulak.
Lepas tu nak melipat-lipat baju lagi.
Banyak gila alasan aku.

Padahal melipat baju tu kerja 30 minit tapi sebab melipat sambil tengok Cerekerama, jadi kerja melipat yang elok-elok boleh settle cepat akhirnya selesai sama macam cerita tu habis - 2 jam.

Keje menggosok elok 1 jam jadi 2 jam, sebab habis gosok satu baju, stop jap tengok henfon. Lepas habis gosok selai tudung stop jap tengok henfon.

Kan dah nampak dah kat mana yang buatkan aku always tak sempat tu?
Banyak buang masa.

Mungkin ada yang kata, Kak Di keje sendiri, boleh lah ada banyak masa nak buat ibadat.

Wrong!

Belum tentu lagi kalau kita ada free time kita buat.
Kalau sekarang satu hari cuti pun kita tak boleh buat, apa jaminannya kita akan buat bila kita ada 7 hari cuti?

Kita semua ada masa yang sama.
Mungkin tak dapat buat hari-hari lagi buat masa ni, tapi Ahad ni?
Contohnya Ahad ni, tak kerja.
Tanya diri, boleh tak kita buat semua tu hari Ahad nanti?

Sometimes kita always macam tu.
Always tunggu peluang tu sampai baru nak buat.
Jarang kita buat dulu untuk dapatkan that peluang.

Dulu masa aku bekerja makan gaji, aku pun ada plan macam tu.
"Tunggulah esok, aku dah keje sendiri, aku buat solat malam"

Pap! Tuhan bagi aku rezeki kerja sendiri.
Aku ada banyak gila masa. Masuk kerja boleh anytime kalau aku nak.
Tapi aku tak bangun solat malam pun. Dhuha pun tak buat.
Isyraq apetah lagi, tak pernah tau pun ada waktu Isyraq.
Solat fardu pun hujung waktu. Dah nak Asar baru buat Zuhur. Senang, sekali jalan ambik wuduk.
Nak baca Quran bila? Oh tunggu bulan puasa nanti. Sebab mood Ramadhan.

Ok takpe.
Tuhan perli aku lagi sekali, tahun 2012 dia bawak aku ke Mekah buat umrah first time.
Umrah pertama, aku buat ibadat lebih sikit lah dari aku buat kat rumah.
Tapi tetap aku tak boleh khatamkan Quran pun kat sana.
Aku iktikaf kat masjid tak lama mana.
Eh kata tadi nak tunggu hari tak kerja baru boleh buat semua ni
Tapi kat Mekah yang sah-sah aku tak bekerja pun, tetap aku tak boleh buat. Apa cerita?

Balik dari umrah pertama, aku slowly upgrade sikit waktu aku untuk DIA.
Buatlah sikit-sikit tapi pastikan konsisten.

Agaknya berkat konsistensi tu membuatkan Tuhan bagi aku reward sikit.
Dia hadiahkan masa aku.
Slowly, aku terasa yang aku dah mula ada banyak masa.
Betullah kata sorang ustaz, kalau kita bagi masa kita kat DIA, DIA akan bagi sebanyak mana masa yang kita nak.

Lama-lama aku rasa makin lama aku makin ada masa untuk DIA.
Masa tu tak bertambah, sama je 24 jam.
Tapi aku perasan aku dah mula rasa malas tengok TV.
Rupanya DIA bagi masa lebih tu dengan menutup sikit minat untuk aku melayan TV.
Bila aku takde rasa nak tengok TV, takde rasa nak membuta banyak sangat macam dulu, dengan otomatiknya masa tu ada untuk DIA.

Tahun lepas aku pasang impian, kalau aku dapat lagi peluang ke Mekah, aku nak cuba khatam Quran kat sana.
Start bulan Oktober 2015 aku dah mula pratikkan khatam sebulan sekali.
Aku tunjuk kat DIA I am doing this right now sebagai satu persediaan untuk khatam di Mekah nanti. Padahal waktu tu belum book apa-apa pun ke umrah. Aku nak tunjuk yang I am ready untuk khatam di Mekah jugak. Please penuhi impian aku.

Dec 2015, DIA bagi satu lagi peluang untuk aku ke umrah.
Kat sana aku tunaikan janji and impian aku untuk khatam.
Alhamdulillah, aku dapat buat.

Dulu kan, aku always rasa kalau tido lambat pukul 1am konfem takde tenaga nak bangun malam ni.
Kalau bangun solat pukul 3.30am, mesti nanti siang kat opis mengantuk.
Rupanya hukum lojik tu tak terpakai pun dalam urusan Allah.
Allah punya konsep - Kalau kau betul nak buat, AKU akan bagi kau buat.

Lama-lama aku dah semakin faham.
Nak buat ibadat dan murah rezeki semuanya gunakan konsep yang sama.
Kau buat dulu, bagi DIA tengok kesungguhan kau, baru nanti kau dapat apa kau nak.
Dengan Tuhan jangan kerek.
"Aku tunggu Kau bagi aku time freedom dulu baru solat mengaji banyak banyak".
"Aku tunggu Kau bagi aku duit banyak dulu baru aku sedekah banyak".

NO.
Dengan Tuhan konsepnya kita buat dulu, DIA bagi kemudian.

Maaf kalau ada yang terasa.
Niat entry ni bukan nak membangga apetah lagi nak merendahkan.
Aku nak sampaikan pengalaman dan apa yang aku belajar dari hikmah yang tersembunyi.
Aku cuma nak mintak kongsi pahala, mana tau ada di antara yang baca ni tergerak nak buat juga, aku harap dapat share pahala korang untuk aku bawa bekal ke sana nanti.



2016-11-29

Pakej Ephyra November 2016



Alhamdulillah, sama macam abang dia, kau kena sunat umur 6 tahun jugak.
Sebab bapak dia dah bukak cerita "All boys sunat umur 6 tahun".
Kesian dia kena tipu padahal bapak dia sunat umur....errrr....*krik..krik..krik..*

Ok, now cerita lain pulak.

Semalam aku up gambar Ephyra Pakej November kat IG and FB.
Jadi pagi ni aku open this offer.
Offer ni tak valid kat website GreenAard (option beli Ephyra ada kat website GreenAard).
Tapi offer ni hanya valid purchase melalui :

1. Whatsapp 012-7728976, atau
2. Melalui form kat bawah ni (bawah sekali).

Silakan tengok pakej yang available. Offer ni kat blog aku je, kat tempat lain takde.
Yang order melalui Whatsapp, just bagitau nak pakej mana satu.
Yang order melalui form, form ni will be manually replied by our staff, jadi bersabar tunggu giliran.


Pakej 1



Pakej 2



Pakej 3



Pakej 4



Nama :
Email :
Order Pakej : 2 x Inteemor + FREE Cleansing Bar
2 x Ephyra kolagen (60s) + FREE 10 sachet + shaker
1 x Ephyra kolagen (30s) + FREE Cleansing Bar
1 x Ephyra kolagen (30s) + 1 x Inteemor
Lokasi Semenanjung
Sabah/Sarawak
My address with postcode
Contact Number
Nota Tambahan :

2016-11-27

Jangan mintak-mintak tips kat aku, karang Dr Azizan takleh cari makan.


Previous entry aku ramai yang email say Thank You. Terima kasih kepada yang bagi email.
Cuma aku tak berapa sure apesal ramai say Thank You. Hahahah.
Aku pressume sebab ada wake up call kot dalam entry tu.
Nevermind. Anyways, thanks sebab baca blog aku.

Ada yang tanya further tips.

Kau jangan mintak-mintak tips kat aku, karang Dr Azizan takleh cari makan aku caras kerja dia ni. Kah Kah Kah.
Lagipun, tips-tips kejayaan ni sebenarnya elok pi mintak kat Neelofa ke, Rozita Che Wan ke, tak pun Robin Sharma ke....itu lagi gempak punya berjaya.

Sebut pasal Che Ta, aku pernah join seminar kebetulan duduk sebelah stokist Che Ta.
Budak tu cakap dia cuma jual krim apa ntah, tapi salah satu produk Che Ta lah.
Dia kata Che Ta ada banyak produk tapi dia jadi stokist untuk satu jenis je, dia taknak ambik produk lain.
Aku tanya berapa harga produk tu. RM39 kalau tak salah.
Harga stokist beli RM20. Tapi kena beli 1000 botol terus.
Aku tanya dia, boleh habis tak?
Dia cakap saingan sesama agen ramai. Tapi dia buat dek je. Dia malas nak pikir hal agen lain. Dia buat keje dia je. Alhamdulillah dia kata setiap 2 bulan setengah dia masih boleh replenish stok. Maknanya setiap hari average dia jual 13 botol.

Ingat tak dalam previous entry aku ada bagitau "Kerja kita cuma mintak je, bagi atau tak bagi itu kerja Tuhan"?

Ok, konsep bisnes sebenarnya sama je macam tu.
Buktinya ada.
Budak yang jadi agen Che Ta tu salah satu buktinya.
Dia adalah agen.
Pesaing dia adalah sesama agen Che Ta sendiri.
Kalau nak ikut hukum manusia, gila ke nak habiskan 1000 botol dalam masa 2 bulan setengah dalam keadaan agen lain pun ramai jual produk yang sama?
Itu baru saingan sesama agen. Belum lagi campur pesaing dari brand lain.

Tapi, berbalik pada statement aku tadi - "Kerja kita cuma mintak je, bagi atau tak bagi itu kerja Tuhan".

Ada persamaan statement tu dalam bisnes.

Sebagai agen/usahawan, kerja kita adalah fokus pada matlamat kita iaitu achieve monthly sales target. Tapi malangnya ramai agen (especially) fokus pada "Apesal agen tu jual lagi murah?" "Apesal dia bagi gift?"

Ini aku share pengalaman aku jadi agen Ephyra dulu (sekarang pun jual lagi tapi dulu lagi aktif).
Masa aku jadi agen Ephyra, bukan aku sorang je agen dia. Ramai gila kot.
Tapi aku buat macam stokis Che Ta tu - buat dek ngan agen lain.
Buat dek tu bukanlah buat menyombong. Cuma aku takde menyekodeng apa yang dorang buat.
Apa yang aku buat, aku bekerja macamkan Ephyra tu produk aku sendiri.
Aku tak pernah ambik tau siapa jual lagi murah.
Kadang-kadang aku tak pernah tau pun rupanya HQ tengah buat harga promosi.

Luckily, customer yang beli dengan aku increasing.
Dari situ aku belajar yang orang beli dengan kita bukan semata-mata harga. Mind you, harga Ephyta kolagen RM197 ya, bukan RM30 tau. Kalau nak kata produk murah lebih senang laku - BELUM TENTU LAGI.
Harga hanyalah nilai yang ditetapkan untuk sesuatu produk.
Tapi untuk buatkan customer beli dengan kita, kita kena tetapkan nilai diri supaya customer keep coming back.

Kalau ada sesiapa yang bergelar re-seller/agen/stokis kata dorang tak boleh jual produk disebabkan saingan sesama sendiri - NONSENSE!
Sebab aku pernah jadi agen produk orang.
Dan aku juga pernah jadi agen produk Biotech (yang obviously crowd tak seramai produk pengguna).
Dua-duanya bukan aku jadi sole agent pun. Ramai lagi agen lain yang sama-sama jual brand yang sama. Tapi alhamdulillah, aku masih boleh jual.

Maybe ada yang akan kata, "Kak Di blogger, ramai kenal, jual apa pun orang beli".

Actually statement tu very very wrong.
Sebab dalam blog aku, aku ada promote brand lain jugak.
Tapi kenapa barang lain tak se-boom masa aku jual Ephyra?
Sedangkan masa aku promote Ephyra, Ephyra belum dikenali.

Bezanya adalah, Ephyra aku promote dengan konsisten.
Produk lain aku promote sekali dua, pastu aku senyap.

Keyword kat sini adalah KONSISTENSI dan SELF-DISCIPLINE.
How you do anything, is how you do everything.
Buat kerja consistently sampai kita jadi pakar.
Apa saja yang kita buat dengan konsisten, matlamat akan tercapai.
Tapi kalau kita konsisten halakan fokus kita pada apa orang lain buat, payahlah sikit nak capai matlamat.

Aku ada lagi satu cerita nak bagitau.
Kalau boleh ambil cerita ni sebagai tips, insyallah takde sebab untuk kita tak dapat capai apa yang kita nak.
Masih cerita tentang pengalaman diri sendiri.
Aku nak bagitau rahsia aku berjaya win sole-distributor Malaysia untuk salah satu produk Biotech.

Aku win that distributorship tahun 2008.
Masa tu baru sebulan dua aku tubuhkan company. Dalam keadaan opis hanya ada pada nama, buat kerja from home. Tapi aku berurusan dengan customer as if company aku tu benar-benar exist sebab kat namecard, kat quotation, kat invoice lengkap dengan nombor phone, fax and email ofis.
Setiap kali customer call tak pernah dorang di-pass ke orang lain.
Sebab memang aku je yang kerja kat opis ni. Hahahaha.
Tapi dorang semua ingat company aku ada berpuluh orang kerja.
Sebab everytime customer mintak diskaun aku akan cakap "Nanti saya discuss dengan bos", kalau tak pun "Saya gunakan komisyen sales saya untuk bagi Dr diskaun".
'Besar' kan company aku sampai boleh bagi komisyen sales? Hahahaha.

Ok berbalik pada distributorship tadi, masa aku apply, aku tau potensi aku nak kalah tu tinggi sebab aku company baru. Website pun takde. Yang apply of course ramai.
Tapi aku taknak kalah. Aku gunakan apa yang aku ada je untuk tunjukkan yang aku calon paling layak untuk dapat sole distributorship tu.

Apa yang aku buat, aku email email email email dan terus email product owner untuk bagitau aku berminat nak jadi distributor.
Dalam setiap email aku pada dia, aku impresskan dia.
Aku tunjukkan list target customer aku.
Aku tunjukkan marketing plan aku.
Aku tunjukkan plan aku nak buat workshop mempromosikan the brand ke seluruh Malaysia.
Yang paling gila sekali, aku siap buat schedule untuk the owner tu datang dari Cape Town ke Malaysia bagi talk tentang product kat beberapa universiti.
Padahal aku tibai je schedule tu.
Customer pun aku tak kenal lagi.
Tapi, takpe, Tu belakang cerita, janji aku nak win sole agent dulu.

Aku win the distributorship sebab owner tu kata dia impress dengan marketing plan aku and workshop yang aku dah rangka untuk dia.
Aku tunjuk kat dia as if aku dah benar-benar ready nak promote brand dia. Aku dah ada plan tempoh setahun untuk dia.
Padahal opis pun takde.

Masa aku berjaya jadi sole-agent tu, dia kata "We will come to KL and Singapore to meet both u and Eawin (sole Singapore)".
Menggelabah aku.
Lepas tu aku cakap, "No worries, I'll see you in Singapore. I would like to discuss ideas with Eawin".
Lagi la dia impress sebab aku tunjuk kesungguhan untuk jumpa dia kat sana pulak. Hahaha.
Padahal aku gelabah tak tau nak letak dia kat mana nanti. Phewwww selamatttttttt.

So lepas tu macamana aku promote produk dia?

Kan tadi aku kata aku dah bentangkan plan segala kan?
Jadi, bila aku dah memandai-mandai reka plan, nak taknak aku kena buat.
Itu yang aku cakap tentang matlamat tadi. Plan yang aku buat tu adalah matlamat.
Bila kita ada matlamat, kita ada drive untuk buat.
Tapi bila kita buat sesuatu takde matlamat, kita akan senang distract fokus kita.
Maksudnya, kalau kita jual tempe sekalipun, kena letak matlamat.

Ada orang (especially yang jadi re-seller), takde matlamat yang spesifik.
Matlamat dia cuma nak cari duit lebih.
Maybe tak faham tentang macamana nak set matlamat.
Takpe aku ajar.

'Cari duit lebih' bukanlah satu matlamat.
Setakat nak duit lebih, dapat lapan ringgit lebih pun namanya duit lebih.

Tapi 'Cari untung sampai RM1000 sebulan' - ini baru namanya matlamat.

Matlamat adalah satu benda yang spesifik.
Bila matlamat kita spesifik, kita akan cuba kejar.
Bila kita cuba kejar, secara otomatik kita ketepikan soal persaingan dan harga tapi terus fokus pada target. Kita akan terdorong untuk buat sampai jadi.
Sebab tu aku suka tulis apa yang aku nak. Supaya aku nampak. Dan tulis mesti spesifik.

Ada beza bila kita set matlamat 'Aku nak beli kereta untuk keselesaan keluarga' dengan 'Aku nak beli Velfire warna putih model tahun 2014 with leather seat".

Ade beza.
Tak percaya?
Cubalah.

Nak jadikan tindakan kita suatu yang konsisten, one should have self-discipline.

Ok, aku bagi satu contoh mudah.
Kalau kita letakkan tikus dalam satu maze, dan kita letakkan cheese kat salah satu ceruk maze tadi, dalam 3 hari yang pertama tikus tu akan ambil masa untuk cari the cheese (tikus diletakkan dalam maze yang sama dan cheese diletakkan pada ceruk yang sama). Dia akan keluar masuk keluar masuk sampailah dia jumpa cheese tu. Tapi masuk je hari ke-empat, tikus tu dah tau dah kat mana nak cari cheese tadi. Itu membuktikan bila tikus tu dilatih dengan tindakan yang sama hari-hari, lama-kelamaan ia bertukar jadi habit.

Sama macam manusia.
Kalau kita latih diri kita untuk buat perkara yang sama berulang kali secara konsisten, ia akan jadi tabiat (habit).
Contohnya bangun pagi tanpa perlu berfikir kita tau dah bangun pagi kena gosok gigi, kena mandi.
Takde lagi aku jumpa orang yang bangun pagi berfikir-fkir nak gosok gigi ke tak, nak gosok ke tak.
Kalau berfikir nak tido ke nak bangun, nak tido ke nak bangun, ok yang tu pernah. Aku salah sorang. Kah Kah Kah.

Bila tindakan kita didorong oleh habit, kita akan mengurangkan bebanan energy pada otak.
Otak kita dah diprogram untuk takyah fikir panjang. Dia dah tau dah keje dia apa nak buat.
Otak yang tak banyak gunakan tenaga untuk pikir benda yang remeh akan lebih produktif.
Tenaga yang berlebih itu akan membuatkan otak lebih cerdas dan aktif untuk fikirkan perkara yang lebih menguntungkan.

Jadi, latih diri kita untuk disiplin.
It takes 21 days untuk jadikan tindakan menjadi satu tabiat.

21 hari kita latih diri kita untuk duduk diam tunggu customer datang tanpa buat maximum usaha, kita akan kekal dengan habit tu sampai bila-bila. Kita kekal dengan habit suka salahkan orang lain bila kita tak berjaya.

Tapi kalau everyday kita konsisten update customer dengan produk info, luangkan masa untuk baca produk knowledge, latih untuk bercakap depan customer, lama-lama kita akan jadi pakar dalam keadaan kita tak sedar.

Stop merasa susah hati dengan kejayaan orang lain.
Start cari jalan untuk buat diri sama berjaya macam orang lain.

-tips 2 sen-

2016-11-25

Allah beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahukan.



Status aku pagi ni memang betul-betul mengundang haywire kat PM and email aku.
Bila baca some of it, aku rasa moved and relieved bila katanya status aku tu bagi inspirasi. Alhamdulillah, kalau benar terinspirasi, alhamdulillah.
Aku happy dapat tolong bagi inspirasi. Tu je la kot aku boleh tolong.
Tapi honestly aku bagitau aku tak dapat nak reply email yang berjujuk-jujuk masuk ni. Time tengah type ni pun aku nampak kejap-kejap notification email naik kat tepi. Aku cuma boleh jawab sikit-sikit pertanyaan melalui entry ni.

Ada yang tanya dia tak tau apa yang nak diimpikan sebab dia dah dibiasakan bersyukur dengan apa yang ada.

Good, bersyukur dengan apa yang ada itu MESTI.
Tapi Tuhan pun ada cakap jugak Dia takkan ubah sesuatu melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya. Maksudnya, keje Dia memberi. Kerja kita usaha dan mintak. Nak bagi taknak bagi takleh question.

Bila kita ada impian, kita terdorong untuk berdoa. Bukan ke Tuhan suka hambaNYA meminta-minta?
Tak semestinya impian tu dalam bentuk material.
Nak diberikan kekuatan untuk berpuasa sunat namanya impian.
Nak diberikan kekuatan untuk bangun tahajud namanya impian.
Nak diberikan hidayah pun impian jugak namanya.

Aku memang membiasakan diri aku tulis apa yang aku impikan.
Kalau sesiapa baca status aku kat FB tentang ni, boleh nampak gambar screenshot apa yang aku tulis (impikan). Aku malas nak tepek gamba kat sini.

Orang tengok impian aku pun mesti pelik apa kejadah nak beli set periuk and kuali pun masuk dalam impian?
Eh, itu baru kuali tau.
Aku nak beli mixer Kenwood yang harga RM1700 tu pun aku tulis dalam impian aku. Sekali dapat okeh! Tapi tu lah, beli nak masuk 2 tahun tapi gunanya baru sekali je. Sebab aku lupa nak mintak supaya aku pandai buat cake. Jadi aku dapat mixer je la, pandai buat kek tak. Hahaha.

Eh tapi ini betul.
Apa yang kita mintak kita kena be spesifik. Dan masa mintak yakin Allah bagi.
Sebab Allah mengikut sangkaan hambaNYA.
Kau yakin DIA bagi, DIA memang bagi.
Kalau kau ada rasa "Tapi boleh ke...?" jawabnya lambatlah DIA nak bagi sebab kau tak yakin dengan DIA.

Ok ni nak cerita pengalaman sendiri. Aku saksikan sendiri bagaimana kekuatan doa, usaha dan yakin. Aku rasa aku ada cerita masa aku pergi umrah first time tahun 2012, aku period.
Aku ciuma dapat solat kat Nabawi 1 waktu je.
Sedihnya tak dapat masuk Raudhah dan tak dapat solat kat Nabawi.

Satu benda yang sangat sangat sangat mustahil untuk aku yang tempoh period biasanya 10 hari.
Masa aku kat Nabawi tu period masih heavy flow.
Kalau ikut lojik memang takkan stopnya punya period pada waktu-waktu tu.
Aku doa sepanjang masa, bagilah aku merasa bersolat dalam Nabawi, stau kali pun jadiklah.

Aku buat tawasul.
Aku ambik air zam-zam, aku mengadap kiblat, aku tawasul dengan amalan aku.
Masa nak tawasul ni pun puas aku pikir apa amalan aku yang aku dah buat yang aku boleh gunakan untuk tawasul ni. Sebab aku jenis buat dan forget.
Pikir punya pikir, aku teringat aku pernah bagi sumbangan yang quite besar amaunnya untuk sorang reader blog aku yang dalam kesusahan, dia tak tau tentang ni sampai sekarang. Dan itu adalah sumbangan yang berat untuk aku buat sebab reader ni sebenarnya kategori haters. Hahaha. Tapi sebab dia tengah susah masa tu, aku cuba bertindaklah atas dasar kemanusiaan.

Aku tawasul dengan amalan aku tu.
Aku niat kalau apa yang aku buat tu diterima dan betul, tolonglah hentikan period aku sekejap.
Pap! Period aku kering serta-merta.
Aku panik.
Sebab period memang stop.

Aku sengaja lepaskan satu waktu untuk make sure memang period tu benar-benar stop.
Memang betul dia stop.
Terus aku mandi, and dapat solat dalam masjid.
Lepas je aku solat, the next waktu, period aku datang balik berlambak-lambak.

Kat situ aku belajar untuk bertambah yakin dengan kuasa DIA dan yakin dengan doa.
Peristiwa tu jugak buatkan aku faham kenapa sedekah kita, bantuan kita, amalan kita, kalau boleh dirahsiakan, kita rahsiakan. Sangat berguna untuk tawasul di saat kita terdesak macam ni.

Sebab tu, kita jangan hanya mintak je. Tapi mesti disertai dengan usaha.
Mintak dan usaha kena buat seiring.
Kalau kau hanya listkan je impian kau dan berdoa tapi takde usaha ke arah nak merealisasikan, ia tak jadi juga.

Yang paling penting, pastikan kita 'ambil hati' DIA.
Apa yang DIA tak suka tu jangan buat.
Apa yang DIA suka buatlah walaupun hati kita terasa macam taknak buat.
Contohnya kes aku tolong haters tu la. Hahahah.
Kalau ikut hati setan, memang aku buat dek je.
Tapi sebab pikir Tuhan suka, aku latih untuk buat jugak. Rupanya itu yang membantu aku dapat bersolat dalam Nabawi.
See? Tuhan lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Yang tanya "..saya nak tapi boleh ke? Dapat ke?"

Macam aku cakap tadi, dapat tak dapat bukan keje kita.
Keje kita mintak. Jangan fokus kat dapat, tapi fokuslah kat mintak.
Contohnya dalam bisnes, kalau kau target bulan tu kau nak buat at least RM300K, maka fokus kat cara nak dapatkan RM300K. Jangan fokus kat "tapi orang tu pun buat produk yang sama dengan kita, macamana?".
Eh hello?? Yang kau nak fokus kat orang tu dah kenapa? Itu dah menjadikan distarction kat kau punya goal.
Bila kau sibuk fokus kat orang lain, dah saper pulak nak fokuskan sales goal RM300K tadi?
Dalam berdoa pun konsepnya macam tu.
Fokus pada mintak. Tak payah fokus pada dapat ke tak dapat.

Lagi satu kena faham konsep "Allah beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahukan".
Pernah dengar statement ni?
Pernah dengar, tapi tak faham kan?
Ok ni aku bagi faham.

Konsep dia macam tangki air.
Tangki air rumah, ofis, sekolah, hotel, semuanya berbeza kapasiti.
Tangki air kat rumah hanya cukup untuk tampung kegunaan orang-orang dalam rumah tu je.
Tangki kat hotel lebih besar sebab penggunaanya lebih banyak.
Boleh ke kau mintak developer rumah buatkan tangki air kapasiti hotel untuk rumah keluasan 20-60 sq ft?
Dan boleh ke tuan hotel mintak arkitek buatkan empangan untuk hotel dia?
Memang dapat maki lah jawabnya.

Maksudnya kat sini, kalau tak ada keperluan, kau takkan dapat.
Ingat balik statement "Allah beri kita berdasarkan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahukan".

Konsep rezeki itu sama macam tangki air.
Kalau kau takde keperluan untuk dapat rezeki (dalam kes ni duit) yang banyak, Allah takkan beri.
Buat apa nak beri? Sebab kau takde keperluan untuk gunakan duit yang lebih.
Tapi kalau apa yang kau ada kau gunakan untuk beri manfaat pada orang lain, kau banyak bersedekah, kau banyak tolong orang, Tuhan akan upgrade 'tangki' kau menjadi lebih besar.
Sebab DIA tau oh this guy memang ada keperluan untuk dapat lebih sebab dia menggunakan kelebihan itu untuk memanfaatkan orang disekelilingnya.

Aku bagi tips.
Nak percaya taknak percaya terpulang. Tapi ini apa yang aku amalkan. Dan aku nampak keajaibannya.

Bila kita tunjuk kat Tuhan yang kita dah bersedia untuk terima lebih, kat situlah nanti DIA besarkan 'tangki' kita.
Kau ada ilmu, kongsi. DIA akan tambah ilmu kau lagi.
Kau ada duit, rajinkan sedekah, DIA akan tambah lagi.
Jangan cari musuh. Jangan cari masalah dengan orang. Jangan buat salah kat orang.
Kau jauhkan diri dari perdebatan, Tuhan akan hadirkan orang baik-baik dalam hidup kau.
Kadangkala yang buatkan rezeki payah atau rezeki kita tertahan adalah bila kita ada dosa dengan orang.

Lagi satu, kalau apa yang kita impikan tak membuatkan kita bangun solat malam, maknanya impian kita tu tak cukup kuat.

Semoga ada manfaat.

2016-11-23

Ini bukan kelas



Aku nak bagi nasihat.
Kalau kau ada benda nak tulis, jangan tangguh. Teruskan je tulis.
Sebab bila kau tangguh, yang pertama, momentum kau nak menulis sesuatu topik tu akan layu, sebab topik tu pun dah jadi suam,
Second, kau akan lupa terus apa kau nak tulis.

Macam aku sekarang ni la.
Last blog post aku 15 Nov, now 23 Nov.
Apa yang aku nak tulis sebelum ni, ada antaranya aku ingat, tapi momentum dan slow, jadi aku malas.
Selebihnya aku dah lupa apa aku nak tulis.

Ni aku nak explain sikit pasal status FB aku kelmarin pasal business circle.
Ya ampunnn ramainya yang salah faham apa yang aku maksudnya.
Tetiba je email aku "Kak, saya nak join boleh? Tapi saya taknak mengajar, saya nak jadi student je".
La haaaai. Mengajar apa bendanya dikk.
Ni bukan kelas, ni macam group saja. Ala-ala whatsapp group kelas anak aku. Di mana kat group tu kita discuss perkara berkaitan dengan bisnes yang kita run. Anything, from strategi, masalah, tips - lebih kepada discussion. Takde sape yang mengajar sape pun. Bezanya, ini bukan group Whatsapp, sebab kalau setakat nak sembang kat Whatsapp, baik kita sembang kat PM je.

Aku plan kita create this group untuk kita jumpa and bincang tentang progress, hala tuju, share ideas on business. Objektif aku simple - to create an environment yang positif sesama bisnes people. Sebab, orang yang berbisnes paling senang nak down and attract negative energy kalau tak dijaga dengan betul. Bila energy kau negatif, kau buat apa pun tak jadi, atau slow, atau ada kebocoran duit (kos).

Aku selalu dapat email dari readers yang mengadu susah nak bisnes, kawan tak support, family tak support, payah nak tu, payah nak ni. Sebenarnya tak susah. Yang susahnya sebab kita highlite bisnes kita pada orang yang tak sama matlamat. Bila kita highlite kat orang yang matlamatnya berbeza, of cos dia tak bagi respond atau respondnya berbeza dengan apa yang kita harapkan. Jadi, kita akan rasa yang kita tak cukup bagus, sedangkan bukan kita tak bagus, tapi kita salah sasaran.

Sebab tu aku plan nak create group of positive circle yang mana kat dalam tu semuanya orang yang terlibat dalam bisnes atau baru nak berjinak dalam bisnes. At least untuk level start-up, potensi kau nak rugi tu kurang bila kau ada guidance dari those yang bisnesnya dah grow. Kita perlu berada pada circle yang sama so that momentum kita always berada pada best level.

Pastu ada yang tanya "Sales bulanan saya RM5K je, boleh ke join?"

Tak kisah.
Kau takde sale pun takpe, janji objektif kita sama.
Reason aku invite bisnes owner yang total sales tahunannya lebih dari RM500K (kalau more than 1M lagi bagus) untuk join the group adalah sebab those yang sales tahunan more than RM500K dikira growing bisnes. Kita perlukan ramai growing bisnes untuk join the group. Sebab kita nak share ideas, kita nak ada orang boleh tunjukkan jalan, share semangat - bukan untuk compare aku buat RM5K, kau buat 900K. No. That negative energy kita tak mau ada dalam group.
Apa ko ingat yang buat jutaan setahun tak pernah rasa down? Sesekali down derrrr.
Sebab tu kita perlukan group yang share the same objective supaya kita sama kita boleh support and grow together.

Jangan takut part rezeki. Jangan takut nak share tips. Jangan takut share ideas. It won't get stolen.
Aku percaya pada "the more you give, the more you get".
Berapa ramai yang sama-sama meniaga nasik lemak tapi nasik lemak tetap laku?
Berapa banyak gerai air tebu kat satu pasar malam tapi the same gerai tebu masih wujud bertahun-tahun?
Itu maknanya rezeki tak pernah salah alamat.
Tak kisah kalau kita adalah competitor kat luar tapi dalam group ni kita try to form a family.

Aku tau maybe aku nampak pelik sikit kat sini.
Ramai usahawan yang takut nak share idea and get very protective with those ideas. Aku faham situasi tu sebab aku pernah laluinya. Tapi, along the way, aku belajar yang rupanya lebih baik berkongsi idea dan bekerja secara kolaboratif daripada buat sorang-sorang. Kau tau tak sebab apa idea kau mungkin takkan dicuri?
Sebab it is just an idea. Nak merealisasikan idea itu bukan senang. Jadi, jangan takut share idea.
Plus, secara hakikatnya ramai yang malas nak curi idea kau pun. Curi idea pun malas tau. Hahahaha.

Group ni takde tarikh tutup permohonan pun, so takyah la tanya "Masih dibuka lagi?". Aku nak respond pun tak reti dapat soklan macam ni. Ni bukan group formal, kita cuma nak ada sesi chatting sebulan 1-2 kali untuk share ideas, progress, and create network. Siapa tahu ada antara kawan-kawan dalam group ni nanti ada sumber-sumber atau contact yang kebetulan kita tengah cari, betul tak?

2016-11-15

Love, Papa.



Kalau lelaki (suami) always cakap nak isteri yang boleh jaga dia macam mak dia jaga dia, sebenarnya perempuan pun nak suami yang boleh jaga dia macam bapak dia jaga. Sebab bagi mana-mana perempuan, satu-satunya lelaki yang tak akan sakitkan hati dia adalah bapak dia sendiri. Tapi, sebab kita manusia, jadi sifat kemanusiaan tu wajib ada. Takkan boleh kita jumpa orang yang lebih best dari mak bapak, jadi, berlebih kuranglah.

Macam Pak Aji, setakat ni dia sorang je lah lelaki yang aku jumpa yang kalau kopekkan tembikai, dia kopek dengan kulit-kulitnya sekali. Dulu, before kawen, kalau aku nak makan tembikai, aku takkan makan tembikai yang tak kopek kulit sampai habis. Biar la orang kata manis pun, aku takkan ambik. Mak Aji paham sangat tebiat aku yang satu ni. Nanti dia akan mintak Pak Aji kopekkan bersih-bersih, baru aku makan. Padahal aku tak suruh pun, tapi dorang dah paham tebiat mengada aku ni. Sekarang, mak mertua aku yang kopekkan. Kalau En Wan bawak balik tembikai (dia tau bini dia suka tembikai), dia akan mintak mak dia kopekkan. Sebab dia takut kalau dia kopekkan, tak sama macam Pak Aji, nanti aku compare, dia tak suka. Hahaha.

Kalau aku ada keje kat Bangi, selalunya petang aku akan singgah rumah, tak payah bagi hint pun, Pak Aji akan tanya "Ko nak pisang goreng, Diana? Nak Papa carikan". Walaupun hati aku rasa malas nak susahkan bapak aku, tapi aku always angguk je. Sebab selagi ada peluang, aku nak kumpul moment-moment bapak aku belikan aku pisang goreng. Sebab aku tau one day aku takkan dengar suara tu offer nak belikan pisang goreng lagi. Entah-entah tengok gerai pisang goreng pun aku nangis masa tu. The perasaan seronok bila tengok dari jauh motor bapak aku sampai sambil dalam bakul ada plastik pisang goreng - undescribable feeling. Nak lagi kalau kebetulan Ima pun ada kat Bangi, kitorang excited "Oi, Papa bawak balik pisang. Turun makan oi!". Padahal pisang tu benda common. Tapi kalau bapak yang belikan, lain.

Masa aku praktikal kat SIRIM, aku gi keje dengan Pak Aji. Sebab Pak Aji keje kat Shah Alam jugak, jadi dia akan drop aku kat SIRIM. Masa tu baru aku realized betapa jauhnya bapak aku hari-hari gi keje. Bayangkan dari Bangi ke Shah Alam. Patut la 6.30am dah keluar rumah. Jauh kot.

Sekarang keluar rumah kul 6am gi keje pun dah rasa biasa.
Tapi dulu, masih blaja, kita mana rasa benda ni semua. So bila keluar rumah pukul 6.30am, sampai opis lagi 15 minit pukul 8am, dah terasa jauh gila! And Pak Aji lalui benda tu bertahun-tahun. Bukan seminggu dua. Dulu bapak aku pakai Proton Saga je. Stereng berat nak mampus. Memang sakit la kalau long journey, apetah lagi kalau hari-hari bawak kereta yang sama. Lenguh.
Terasa kesiannya bapak aku keje macam ni sebab nak pastikan aku skolah sampai habis.

Aku masuk je dalam kereta, membuta.
Sampai SIRIM baru Pak Aji kejutkan aku.
Bukan sampai pintu pagar SIRIM tau. Tapi sampai ke depan pintu Blok 19 tu baru Pak Aji kejutkan aku.

Kalau kebetulan lab projek habis awal, bos aku kat SIRIM tu akan release aku awal. Dia pun menyampah tengok muka aku kat lab agaknya. Balik lah kau dia kata.
Aku akan call Pak Aji mintak ambik aku. Padahal waktu tu baru pukul 3.30pm. Sanggup Pak Aji keluar pungut aku pulak kat SIRIM bawak balik opis dia.
Kalau En Wan jangan haraplah oii. Setakat lagi sejam setengah nak habis ofis hour tu dia nak tempuh jalan semata-mata nak ambik aku, kem salam. Tunggulah kau kat cafe situ sampai aku ambik nanti dia kata.

Sometimes, lepas ofis hour, aku ajak Pak Aji singgah MekDi ke, KFC ke, Pak Aji sanggup hantar.
Padahal time balik keje jalan kan konfem jem. Tapi Pak Aji sanggup meredah jem tu semata-mata nak hantar anak dia mentekedarah. Masa tu aku tak reti bawak kereta, so aku tak rasa meredah jem tu satu benda yang susah nak dibuat. Bawak je kot kereta tu, bukan kena jalan pun. Now, jangankan suruh aku redah jem. Dari opis aku nak je Giant yang tak sampai 5 minit tu pun aku malas sebab memikirkan nak mencari parking.

Bila dah kawen, aku pindah USJ.
Pak Aji masih bekerja.
Sometimes Pak Aji call aku nak singgah rumah balik keje nanti.
Padahal dia sah-sah boleh lalu jalan lain dari opis dia nak balik ke Bangi.
Tapi sanggup dia ikut jalan jauh lalu depan Proton yang sesak tu sebab nak singgah rumah aku.
Kadang tu dia yang bawak pisang goreng untuk minum sama-sama.
Masa tu aku rasa macam menyesal pulak kawen. Sebab rindu nak lepak dengan bapak aku. Pergi keje sama-sama. Selalu bapak aku akan dengar radio kalau dalam kereta. Tapi sepanjang aku praktikal, asal masuk kereta je aku terus masukkan kaset (dulu kaset okeh) Ziana Zain, tak pun Fauziah Latif. Naik sebu kepala orang tua tu hari-hari dengar lagu yang sama. Dah la suara aku lagi kuat dari kaset. Pasrah berserah orang tua tu mendengar.

Wanita belum kawen, jangan risau mikir apesal lambat kawen but enjoy momen-momen ni dengan bapak.
Sebab korang masih banyak lagi masa untuk spend dengan bapak.
Esok dah kawen masa tu dah kena bagi-bagi.
Apa-apa hal kena dulukan suami.
Moga dapat suami yang sporting, bila ajak balik jumpa bapak kita, dia ok.
Alhamduliullah En Wan sporting. Kadang tu balik Bangi, dia tengok tv kat bawah sorang, aku lepak dalam bilik mak bapak aku bersembang. Takpe, laki aku paham. Dia tau macamana rasanya bila dah takde bapak, jadi dia rela tersadai kat bawah sorang-sorang, bagi chance aku borak ngan bapak aku kat bilik.


Langkawi, 1988.


2016-11-14

21 years of frenship


Sabtu sepatutnya, Rayyan ada convo.
Malangnya, dia demam.
Maka, takde lah gambat konvo.
Nasib baik aku mak yang hipster. Tak konvo pun takpelah, janji kau habis skolah. Mbhahahaha.
Takpe, esok lusa pi pinjam jubah kat skolah, kita pi ambik gamba kat studio je lah jawabnya.

Menjak hari Jumaat lagi rumah aku dah ramai orang Tganu.
Sebab anak sedara En Wan kawen Jumaat lepas, jadi semua pun kumpul kat rumah.
Yang paling best, anak sedara En Wan kawen, aku tak datang/
Sebab ceritanya Jumaat tu Rayyan ada full rehearsel untuk concert, jadi aku taknak pontengkan dia.
So aku mengalah untuk tak tengok anak sedara En Wan nikah.
Sabtu pulak, memang ada konvo Rayyan, jadi sah-sah aku tak boleh ikut bersanding sebab aku kena hantar Rayyan ke majlis. En Wan memang orang kuat majlis jadi dia takleh kalau tak mengiring pengantin. Orang penting tuuuu. Dia jalan lagi depan dari pengantin, ko rasa?

Ceritanya, kalau Rayyan tak demam ke, demam ke, tetap aku tak dapat tengok orang kawen.
Memang tengok kat Tganu je la jawabnya.

Tapi macam biasa, walaupun aku takde sama, tapi hasil kerja tangan aku tetap mengiringi pengantin.
Biasa lah kan, orang gifted dan multitasking macam aku ni, cap jarinya always ada di mana-mana. Mbhahahahaha.



Anak sedara En Wan kata "warna sukati" dan "tema sukati".
Jadi, sukati anak tekak aku la nak pilih warna and konsep apa, tak gitu?
Konsepnya "Teddy" bersempena dengan nama anak kera kesayangan Rayyan kat rumah tu - Wan Muhammad Teddy.



Sementara apak kau makan lauk pengantin, kami 3 beranak tersadai kat pantry opis.
Ni semua salah aku.
Aku kan dah setahun kot tak bawak kereta sendiri pi keje.
Jadi pagi Jumaat tu, aku pi keje sendiri.
Selalunya pagi-pagi aku menonong je masuk kereta. En Wan akan ambik kunci rumah siap-siap.
Bila pagi tu aku pi keje sendiri, aku just bawak kunci kereta, lupa bawak kunci rumah.

Masa nak ambik Rayyan, aku dah pack laptop segala nak bawak balik. Plannya taknak masuk opis dah lepas tu. Sekali aku terpikir, camne aku nak masuk rumah, aku tak bawak kunci!
Jawabnya, ambik Rayyan masuk opis.
Redza pulak En Wan call van driver siap-siap instruct hantarkan ke opis jugak.
Jadi, anak-beranak tersadai kat opis.

Mujurlah pantry penuh makanan.
Kebetulan staff makan kat luar, jadi pantry kosong, so boleh la melepak kat pantry pekena apa-apa yang patut. Kesian anak aku kelaparan.
Yang best lagi tu, ingat nak ajak budak-budak ni makan kat bawah, sekali check purse ada RM2 je.
ATM card En Wan pegang.
Pastu call En Wan cakap takde duit.
Seb baik bos aku baik hati tau dia suruh aku mintak duit petty cash RM50 kat staff.
Kesian kan aku, sampai duit petty cash pun aku tak tau mana dia letak.
Downgrade betul position aku kat opis ni.
Tahun depan aku syak aku jadi tea lady je.


Ni gambar mak dan adik-beradik saja bersama pengantin.


Ni adik-beradik pengantin lelaki (anak sedara En Wan semuanya)
Yang depan tu cucu aku oii.



Semalam aku berjimba dengan rakan-rakan seper-saka-an.
Ni semua sebab best fren aku Apeng a.k.a Ina turun KL.
Bukan senang nak jumpa Ina menjak dia dah jadi orang Siam ni (Bangkok) ni.
Kena tunggu dia balik baru semua dapat berkumpul.
Kebetulan semalam dia datang KL, jadi semua set untuk jumpa.

Dia punya plan nak jumpa tu aku rasa mau dah sebulan set tapi asik la bertukar tempat.
Last week ye ye je kata book Hi-tea kat Quality Hotel, pastu 2 hari lepas tup-tup tukar ke KFC Seksyen 7. Tak ke jauh nau bezanya tu, dari hotel ke fast food restaurant? Sebab tu aku cakap dorang ni semua bela saka. Ikut mood saka masing-masing. Tapi ada hikmahnya jugak melepak kat KFC. Sebab saka masing-masing kemain amukan lagi. Terbahak-bahak gelak macamkan masing-masing ada share ngan Colonel Sanders. Kalau buat kat hotel agaknya mampus sekor-sekor kena halau keluar. Memekak je.


Ko tengok muka masing-masing nak start menjoyah.



Ni kalau gambar kelabu je ni aku tau la mesti henfon si Rozie.
Tengok dalam gambar Rozie takde. Sah la dia punya henfon ni. Dah la aku kelabu, makin kelabu aku dalam ni. Konghaja. 
Set-set lelaki pandai bawak diri, duduk hujung nun. Takut dorang nak satu meja ngan kitorang.
Malu nak mengaku bini.



Dengan Rozie.
Sakit ati betul aku ngan henfon dia ni. Ni kalau aku dapat henfon ni, aku gigit.
Tapi bagus budak ni, sanggup tadah pipi untuk ditampar oleh exbf aku semata-mata nak selamatkan aku. Selamatttt pipi aku.

Dulu masa blaja, aku takde komputer.
Rozie ni budak IT, konfem kena beli komputer punya.
So aku always tumpang komputer dia untuk buat assignment and thesis.
Adat menumpang hak orang kan, terpaksa la queue kasik tuan punya guna dulu baru kita guna.
Dia dah habis study pukul 4pagi, baru dia kejut aku untuk guna komputer dia.
Fuhh, terasa gigihnya aku dulu blaja sanggup bangun pukul 4 pagi.
Sekarang, terjaga pukul 4 pagi nak gi kencing pun malas, sanggup tahan kencing sampai ke pagi.



Ni Kelab Dusty Pink Tits namanya.
Nama kelab kena gempak la. Tapi aku tak sure la masing-masing kaler masih dusty pink ke tak skarang. Mbahahaha.
Yang lelaki belah kiri tu Ijad. Dia kawen ngan Rozie. Dorang je lah nampaknya yang kekal bercinta dari zaman matrik sampai kawen. 

Yang the rest sederet tu pun semua bercinta gak ngan kawan satu batch tapi kitorang semua hot sangat. Lepas grad rupanya bersepah yang minat kitorang so, bye bye exbf. Hahahahah.





Semalam buat surprise besday bash untuk Ijad and Ina.
Dua-dua ni awal Nov baru-baru ni. Selang sehari, jadi buatkan sekali.
Dorang tak tau pun, aku ngan Cheq yang plan berdua.
Kek beli, pinggan tak beli.
Sebab nak mintak extra plate punya pasal, terpaksa la masing-masing order KFC lebih sikit.

Aku plan nak beli Secret Recipe. Macam biasa la SR ni manjang je kek habis. Takde stok. Pelik betul aku. Kau meniaga restoran konsep jual kek, tapi kek takde.
Seb baik Berry's ada kek sepanjang masa. Sedap pulak kek yang aku beli ni.



Makcik ni baik tau.
Sebab dia datang berlenggang lone ranger, jadi dia je la yang layan budak-budak ni semua.


Aku ingatkan nak pedajal Ijad pakai crown masa potong kek tapi tak jumpa pulak crown.



Tiba-tiba macam ada sebuah "keluarga bahagia" kat sini, kan? 



Laki aku kat hujung tu, aku kat hujung sini.
Pandai aku pilih position.
Jauh dari laki, jadi aku boleh berhuha dengan aman.
Tapi aku rasa laki aku pun memang tak hingin nak duduk sebelah aku everytime aku jumpa member-member. Sebab aku tak layan dia punya.

Kawan-kawan aku time skolah, yang rapat kebanyakkannya lelaki. So kalau nak get together macam payah sikit la kan. Tapi kalau kawan pompuan memang zaman U je la pun yang ramai and rapat.
The beauty part tu bila kitorang masih stick dengan group yang sama walaupun dah beranak pinak.
Sebab tu laki kitorang takde hal kalau kitorang nak bersembang sampai 3-4 jam sekalipun sebab dorang sama dorang pun dah boleh bersembang macam-macam. So pandai-pandai korang la nak beramah-mesra ya.

Dulu, zaman-zaman blaja dulu, group kitorang kena 'mark' as group FRIENDS sebab grup kitorang je yang allow lelaki masuk rumah. Bukan buat apa pun, kadang tu betulkan komputer, pasangkan itu, pasangkan ini, hantar makanan, pesan makanan. Benda biasa je. Takde issue pun sebenarnya. Tapi sebab orang lain tak buat, jadi nampaklah kitorang yang paling setan sekali. Tapi kitorang ni "lantak-kau-lah punya orang, so kau nak cakap apa pun ko cakap lah, janji ko happy. Good to see that even after 21 years, masih lagi together. Mungkin ramai sangat yang bercakap FRIEND FRIEND FRIEND, alhamdulillah kekal fren sampai sekarang.

Video kat bawah ni bukti memang set-set ni melepak dengan orang yang sama. Balik-balik muka itu jugak. Gambar aku ada yang di-blurkan sebab well....




2016-11-09

110% peka.



Status aku yang lain, tapi masih kat kisah yang sama.
Salah satu komen kat status ni - "Itu maknanya En Wan sangat memahami Kak Di 110%".

True.
Memang dia terlalu faham.
Cuma sometimes dia suka buat-buat tak paham.
Tapi kalau dia faham, dia memang akan tunjuk yang dia sangat faham.

Orang perempuan (aku pun tak terkecuali) selalu bayangkan yang best-best je bila bercakap pasal lelaki.
Of course nak yang sedap mata memandang (read : hensem gila kalahkan laki kau).
Nak yang berduit.
Keje best.
Bijak.
Romantik.
......semua yang best-best lah.

Dulu masa aku tengah menggeletis nak berlaki, aku pun nak kan semua kriteria ni jugak, regardless muka aku yang berselipat ni, tapi aku tetap nak kriteria lelaki yang best-best. Dapat tak dapat lain cerita, yang penting angan-angan mesti kena ada. Bak kata orang, mesti ada aim atau benchmark. Kalau takde aim, and tak setkan benchmark, camana ko nak dapat yang best, betul tak?
Mana boleh semua benda redah pasrah berserah je.
Aim mesti mau ada, terbabas ke tak terbabas ke, tu different story.

Tapi, itu semua sebenarnya kriteria dari seorang anak dara.
Belum ada pengalaman hidup serumah dengan lelaki.
Jadi istilah 'kebahagiaan' tu cuma berkisar kat muka hensem, badan sado, pandai, kaya, kereta besar, bla bla bla.

Bila kita dah kenal lama, dah sampai ke stage bertunang, kita dah mula aim kat perkara lain.
Hensem-hensem ni semua jatuh nombor 3-4 dah.
Sometimes, dah tak kuasa nak kelebet dia hensem ke tak.
Yang penting, dia benar-benar serasi ke tak.
Sebab tu ada yang boleh putus tunang. Sebab at this stage baru nampak tak serasi.
Masa awal-awal dulu nampak rupa je. Tak dan nak tengok serasi ke tak.
Kadang-kadang orang heran "Sikit punya hensem balak pun kau mintak putus?"
Kalaulah sebab rupa tu memang boleh bawak bahagia, mustahil ada kes putus tunang.

Masa aku bertunang dengan En Wan dulu pun nyaris-nyaris nak putus pun ada gak member aku cakap "Kau jangan Diana, Wan tu ramai je yang tunggu turn".
Masa tu aku dah tak kisah. Pedulik apa aku ramai yang nak ambik turn.
Kalau seminggu nak call sekali pun payah, memang menyakitkan hati.
Ingat apa? Dah betunang kira dah secure la tempat kau ni? Eh boleh blah. kalau kau tak jaga aku betul-betul, aku blah!
Time tu aku rasa aku tak serasi dengan dia.
Dia punya aim jauh beza dengan aku punya aim.
Dia terlampau fokus nak bina hidup senang.
Aku pulak lebih kepada slow and steady, asalkan bergerak.
Masa tu aku dah mula fokus pada "perhatian" dan "komunikasi"
Kau kacak bergaya ke, kaya ke, bijak ke, semua aku dah tolak ke tepi.
Sebab aku anggap, sebelum kita tinggal serumah, kita perlu pastikan kita benar-benar serasi.

Aku hampir putus tunang dengan En Wan sebabkan kurangnya perhatian dan komunikasi.
Masa ni En Wan pulun cari duit jadi dia cut duit call ke Malaysia. Seminggu sekali je call, tu pun 3 minit je. Jadi kena cakap yang penting-penting je.
Aku dah naik bosan.
Dah la jauh, sorang kat Malaysia sorang kat Jepun.
Bertunang setahun 8 bulan, cuma sekali je dia balik Malaysia.
Alasan, nak kena simpan duit, sebab nak kawen, nak beli rumah, nak beli macam-macam lepas kawen.
Membuatkan, komunikasi tu hampir takde.
Kalau komunikasi jarang, perhatian takde, apa yang specialnya pada satu hubungan tu?
Macamana aku nak yakin kau orang yang tepat kalau sekarang pun kau buat acuh tak acuh je.
Kau teringat nak call baru kau call. Kau tak sempat nak call, kau anggap itu benda biasa.
Email takde, apa takde. Aku fedap.

Tapi tu lah, fedap fedap pun, aku tunggu gak.
Maybe sebab walaupun dia menyakitkan hati, tapi dia yang paling ok.
Kalau ada yang lagi ok dah lama aku putuskan agaknya.
Cewahhh macamkan kau hot sangat nak bersilih ganti pakwe, Kahhhhh!

After 15 years kawen, kehendak dah semakin berubah.
Hensem-hensem memang dah hampir tak wujud. Kalau makin tak hensem pun takpe supaya takde pompuan lain selera tengok kau.
At this stage, dah mula fokus kat tanggungjawab and memahami.

Dah menjangkau berbelas tahun kawen ni barulah tersedar kalau suami tu orangnya bertanggungjawab dan memahami, automatically akan nampak hensem di mata isteri, walaupun dahi dah sulah separuh.
Just imagine dalam keadaan usia makin meningkat, beban kerja kat opis and rumah meningkat, anak makin ramai, yang sorang terpekik yang sorang melalak, perbelanjaan meningkat, tekanan pun meningkat - kalau masih lagi nak adjust kehenseman tak tentu hala tapi tanggungjawab ke laut, apa lah ertinya dengan kehenseman tu.
At this stage, seorang isteri hanya perlukan suami yang bertanggungjawab dan memahami.

Bini balik keje, penat, tolong angkatkan kain baju kat ampaian pun dah lega dah.
At least dah jimat 3 minit aku dari mengangkat kain.
3 minit tu aku boleh lap pinggan.

Tolong buangkan sampah ke depan, walaupun cuma kerja 30 saat, at least dah jimat 30 saat aku.
Boleh aku gunakan 30 saat tu pergi kencing kejap.
Ini tak, ada bini yang sampai nak kencing pun tak sempat!

Tolong kemaskan katil pagi-pagi, cuma 2 minit je.
Paling tak, 2 minit tu aku boleh la apply lipstik sikit.
Alah, aku paham sangat lah kalau lelaki kemas katil.
Dia bukan reti nak kibas-kibas cadar ke, tepuk-tepuk bantal ke. Dia main letak je. Janji semua benda tu ada atas katil. But at least itu pun dah buat isteri lega. At least dia ada tanggungjawab nak mengemas.

Bila aku up-kan status-status yang menunjukkan En Wan always kenakan aku secara 'check-mate', walaupun aku bengang, tapi at the same time aku lega.
Sebab setiap kali dia kenakan aku, dalam masa yang sama dia tunjuk yang dia sangat faham bini dia.
Bila suami faham perangai isteri, itu menunjukkan dia peka.

Tak ada yang lebih membahagiakan seorang wanita bila suami dia dah mula peka.

Happy bila setiap hari Isnin kita masuk kereta tengok Smart Tag kita dah berisi duit and minyak full tank. Sebab bini jenis tau melanyak kereta tapi lupa tengok tangki minyak.

Happy bila everytime kita pi outstation, ada note dalam kereta "Seat belt pakai!". Tu tandanya dia peka yang bini dia jenis masuk kereta tak reti pakai seat belt. Dah nampak polis kat depan baru menggagau tarik seat belt.

Happy bila bukak purse tengok purse dah kemas. Slip resit semua dah berbuang. Duit merah semua kat satu tempat, duit biru kat satu tempat lain. Sebab bini jenis asal terima duit baki main sumbat je dalam purse. Kadang tu lagi banyak kertas dari duit.

Happy bila stop kat RnR nak solat, rupanya laki kita dah asingkan telekung kita kat satu beg lain supaya kita tak payah punggah beg baju untuk keluarkan telekung. Sebab bini jenis punggah baju sampai spender coli terjatuh-jatuh atas jalan. Siap berlari-lari mengejar spender bergolek jatuh.

Happy bila nak jalan jauh, kat dalam dashboard laki dah letak 2 kotak susu and roti vanilla untuk kita mentekedarah.

Happy bila kita pesan belikan pad, dia dah tau mana nak cari pad Kotex Overnight Wngs.

Happy bila kita kata kita nak beli krim muka, dia tau itu maknanya kena pi Subang Parade. Kalau kata nak beli eyeliner, maknanya kena pergi Empire Subang.

Benda-benda yang simple tapi peka macam ni dah cukup buatkan seorang wanita happy.
Bukan suruh belikan apa-apa pun, suruh faham pun jadiklah.

Untuk anak-anak muda yang masih nak blaja bercinta, kalau masih khayal nak pakwe macam Mr Pilot, silakan. That's a normal thing. Bijik baru nak tengok dunia katakan. Takpe. Silakan berangan yang best-best. Proses kematangan tu akan sampai juga akhirnya.



2016-11-08

Bodoh yang tak dapat dijelaskan.



Sape follow FB aku mesti tahu status aku up ni last week.
Dan siapa yang follow blog aku dari dulu, mesti tau kes aku ngan exbf ni.
Kawan-kawan aku apetah lagi.
Ok, taknak cerita pasal exbf.
Nak cerita pasal kebodohan je.

Aku tak realize aku adelah sama bodoh macam watak Neelofa dalam cerita Mr Pilot tu.
Masa tengok part dia melayan model lelaki tu, aku menyumpah-nyumpah.
Bila En Wan sound aku balik and ingatkan aku yang aku pun lebih kurang bengap macam tu jugak, hmmm...baru aku sedar.
Betul lah, aku pun sama bodoh macam tu gak dulu.
Tapi rasanya aku lebih bodoh lagi.
At least Neelofa tu tak kena bantai.
Aku dah kena bantai pun still lagi nak care kat exbf.
Kalau cerita aku ni dibuat drama, kau letaklah pelakon paling hensem dan paling cun sekalipun, rating dia aku rasa 25 orang je. Sebab orang pun naik menyampah apesal pelakon pompuan ni karakter ni bodoh sangat?

Aku boleh bayangkan, agaknya macamana aku bengang dengan watak Neelofa dalam cerita tu, macam tu jugaklah agaknya kawan-kawan aku bengang dengan aku dulu.
Neelofa tu kawan baik dia sorang je. Kalau bodoh pun lojiklah.
Yang aku ni kawan-kawan yang tolong aku, nasihatkan aku, siap sorokkan aku lagi - ramai kot.
Punnnnnn bengap jugak.

Sometimes, bila tengok cerita macam ni, orang akan question balik "Apesal bangang sangat??".

"Tak lojik gila!"

"Yang kau diam tu kenapa, kau tampar je lah!"

Ingat lagi masa aku tengok Mak Aji melayan Bawang Putih Bawang Merah (yang sinetron Indonesian tu), kemain lagi dia marah depan TV "Apa yang susah sangat kau nak cakap ni? Kau tampar je mak tiri kau tu kan senang!".

Tapi percayalah, kebodohan sebegitu memang wujud.
Aku antara living proof yang pernah melalui kebodohan macam tu.
Tapi masa tu aku tak rasa aku bodoh.
Aku rasa aku cuba mengawal keadaan.
Sama macam si Neelofa tu, dia mengawal keadaan.
Dan dia rasa benda tu tak penting untuk orang lain tau sebab taknak menyusahkan orang lain.
Sebab tu banyak perkara dia tak bagitau, termasuk husband dia.

Sama macam aku dulu.
Dalam keadaan genting pun, aku tetap tak bagitau sesape, not even parents aku. Apetah lagi kawan-kawan.

One, aku rasa masalah tu bukan masalah orang lain. Aku taknak kawan-kawan aku tanggung masalah yang bukan masalah dirang.

Second, aku terpikir, kalau aku cerita pun ada orang kisah ke?

Third, aku malas nak bercerita.
Sebab bila kita start bagitau kat orang lain tentang masalah tu, kita kena cerita dari awal.
Part tu yang aku malas, sebab banyak benda nak kena cerita. Letih la. Nak pulak kalau sampai 3-4 orang bertanya, letih nak ulang benda yang sama.

Disebabkan malas nak kaitkan masalah sendiri kat orang lain, aku opted untuk teruskan membodohkan diri. Aku settlekan semua sendiri. Walaupun masalah dia nak bunuh diri tu takde sangkut-paut dengan aku tapi bila dia bagitau hanya pada aku yang dia nak bunuh diri, secara tak lansung itu jadi masalah aku.

Kalau orang yang takde sangkut-paut dengan keadaan mesti akan kata "Eh pegi mampus la dia nak bunuh diri ke apa ke, kau kisah apa?"

Well, kalau yang nak bunuh diri tu 2 pupu jiran aku, memang aku tak ambik port la kan.
Tapi yang nak bunuh diri ni someone yang aku sangat kenal, pernah rapat, kenal mak bapak.
Of course perasaannya lain, walaupun dah takde rasa suka. Tapi rasa perihatin tu tetap ada.

Bila En Wan sound aku bodoh-bodohkan watak Neelofa tu, aku terpaksa agree dengan dia.
Macamana aku bengang dengan kebodohan Neelofa, rupanya macam tu lah agaknya dia bengang dengan kebodohan aku dulu. Tapi sebab aku adalah someone yang dia care, jadi dia bertolak ansur.
Sama macam bertolak-ansurnya aku dengan exbf. Walaupun dia ugut nak bunuh diri lah apa la, aku, memang sakit hati, tapi aku ikutkan je rentak dia sebab aku care.

Seriously, now, kalau aku dengar mana-mana kes bercinta sampai nak bunuh diri, jawapan aku - pegi lah mati!
Orang kalau nak bunuh diri, dia senyap-senyap je buat keje.
Takde de dia sibuk nak bagitau orang aku nak mati la, aku nak terjun bangunan la. Itu acah-acah je.

Bak kata kawan aku "Ko ingat dia betul-betul ke nak bunuh diri? Aku nak tengok bila dia nak mati tu. Takkan punya lah!"

Rupanya betul pun.

Kalau ada kes makwe cakap "I nak keluar dengan lelaki lain!"

Biarkan je.
99% yang cakap macam tu, bukan buat pun.
Saje je nak tunggu kau pujuk.
Kalau yang 1% tu buat lagi bagus. Kat situ kau dah tau layak ke tak buat bini.

Sama la macam bini acah-acah ngan laki "Awak kalau tak balik, saya tinggalkan rumah ni. I leave I swear!"

Hoih, kau nak lari kau lari je la.
Tau tak kita akan lebih sakit hati bila kita kata nak lari tapi dia buat dek?
Baik kau lari je dulu. Kalau dia nak cari, dia akan cari. Kalau dia tak cari, kau balik lah. Mbahhahahah.


2016-11-06

Rayyan 6th


Seminggu tak update blog, ada aje yang email tanya apesal blog tak berupdate.
Aku sebenarnya pun lupa aku tak update blog, sebab hari-hari aku update FB jadi terasa macam hari-hari pun aku bercerita. Sorry lah, kadang-kadang status aku kat FB cukup panjang sampaikan dah takde apa nak cerita kat blog. So, kalau rajin, follow je lah aku kat FB ya. Tapi kat sana jarang letak gambar, kalau gambar aku letak kat IG je. So pilihlah nak follow kat mana pun.

Khamis lepas birthday Rayyan yang ke-6.
Macam biasa, hantar kat skolah je, sebab kebetulan jatuh on weekdays.
Sementara dia tengah excited nak celebrate birthday ni, layankan aje.
Esok tetiba dia dah taknak celebrate, baru takyah buat apa-apa.
Macam si Redza, sampai umur 10 tahun je dia nak ada kek. Lepas tu kek pun dia taknak potong. Siap warning aku jangan belikan kek. Nak potong kek pun malu. Tu beza anak laki ngan anak pompuan. Seb baik tetiap tahun aku celebrate besday dia, semua gambar aku simpan. Ada la jugak kenangan. So, sementara Rayyan masih belum malu nak potong kek ni, meh buat je.

Kali ni, aku tak inform En Wan lansung apa aku plan.
Aku cuma cakap aku nak prepare goodie bags je. Leceh okeh kalau aku bagitau dia apa yang aku nak buat nanti dia mintak aku tunjuk semua invoice. Camni lah berlakikan suami yang semua profesion pun dia nak bolot. Engineer pun dia, bos pun dia, fesyen designer pun dia, akauntan pun dia nak sapu.

Kali ni aku tempah kek, sandwiches, spageti aglio and mihun Spore.
Tu pun kalau nak ikutkan aku nak tambah lagi dessert lain. Aku kalau bab makan ni memang super excited, walaupun bukan aku join sekali.



Ini aku order kat follower/reader nama dia Syaheera Zulkifli. Tapi bukan dia yang buat. Mak dia baker. Jadi ni mak dia punya bisnes. Anak dia promotekan. 


Aku ambik pilihan DESIGN ON CAKE.
Kreatif mak dia dia. Cantik kek Spiderman Rayyan. Boleh baca conversation kat atas untuk maklumat kek. Selebihnya, boleh contact Puan Foziah Morad at 019-2885573 atau ke IG @passionbakers. Tak pun, ko contact ke FB anak dia ni. 


 Sandwiches untuk cikgu and anak murid. Ada pilihan takde sayur and ada sayur.


Yang ni order kat blogger/follower/reader also.
Yang ni dari zaman dia anak dara kot dok baca blog sampai anak dah 2.
Baru la Khamis lepas jumpa. Benti keje semata-mata nak fokuskan pada bisnes ni.
Macam-macam dia boleh buat, selain sandwich dia buat kek, brownies, tarts and spageti - macam-macam! Orang kalau pandai masak memang semua benda pun boleh buat. Orang yang pandai makan cam aku ni, kau letak apa pun kat depan, insyallah selesai. Boleh contact FB Zarena (tu atas tu nama FB dia)


Yang ni spageti aglio and mihum Singapore.
Aku tak kenal budak ni, tapi masa aku naikkan status tanya siapa boleh buatkan spageti, ada kawan dia bagi contact number dia. 


Nombor telifon terang-terang kat atas tu, harga pun ada, silakan call kalau nak makan.
Aku tak rasa semua makanan ni, tapi respond dari teacher Rayyan, dia kata sedap-sedap. Alhamdulillah kalau sedap.


Yang ni dengan also blogger/reader.
Pun benti keje sebab nak fokus kat kukis making and event. Kalau nak buat birthday party dia boleh handle from A to Z. Aku tempah 70 ketul kukis huruf R. Ingatkan student cuma 70 orang je. Nasib baik tanya teacher, rupanya 85 orang. Jenuh lah pikir apa aku nak sumbat dalam goodie bag ni nak gantikan kukis. Plan nak masukkan Kit Kat je. Rupanya Shila buat surpirse dia bagi extra 25pcs dengan design yang sangat awesome! Sampai aku ada terasa tak jadi nak bagi pulak. Hahahah. Kukis dia besar tapak tangan okeh. Puas budak-budak nak makan.


Kalau alphabet kukis RM5/pc. Tapi kalau ko nak buat pokemon ke, smurf ke, harga lain okeh. Jenuh nak melukis tu, berbaloi lah dengan harganya. Kreatif budak ni. Boleh skodeng IG dia @kakakookies. Konfem korang teruja nak beli.


 Kukis ni sampai malam.
Sanggup budak ni tak tido semata-mata nak tengok kukis dia.
Siap pakai baju spiderman lagi, dia ingat kek spiderman dia sampai malam tu jugak.
Mujur lah tak sampai malam tu, kalau tak, agaknya malam tu jugak dia nak potong.







Seronok tengok budak-budak hepi.
Aku takleh imagine kalau aku hanya bagi 70 beg je hari tu. Mesti sedih je budak-budak yang tak dapat. Seb baik lah En Wan free Rabu petang tu untuk teman aku pi cari tambahan barang and beg. Kalau dibuatnya hari tu dia tak free, tak dapat aku bayangkan budak-budak yang tak dapat beg ni camne rupanya. Budak-budak, biasalah. Dorang seronok kalau sama-sama dapat. Walaupun dalam tu sebenarnya barang-barang yang mak bapak dorang boleh belikan jauh lebih best, tapi bila kawan-kawan ada, dorang pun nak jugak ada sama.

Thank you so much la kat semua baker yang sanggup hantar sampai ke rumah/tadika.
Thank you teacher sebab hantarkan gambar.
Ni last Rayyan buat birthday party at school. Tahun depan Darjah 1 takkan nak buat party kat kelas ye tak. Melainkan bapak kau ada share kat skolah.