2016-07-29

Opis Datuk tu dah melingkup.



Tadi lepas breakfast, nak balik ke opis, aku lalu depan opis lama aku.
Opis lama aku dulu kat Putra Heights jugak, tapi row lain.
Siapa follow blog aku dulu mesti ingat kes aku bertekak ngan Datuk yang berlagak gila nak beli opis aku dengan harga RM5K. Aku tak pernah reveal siapa Datuk tu. Alih-alih nampak ni kat internet. Baru je April lepas kena dakwa.

KLIK SINI UNTUK BACA ENTRY PASAL DATUK TU - PART 1
KLIK SINI UNTUK BACA ENTRY PASAL DATUK TU - PART 2

Opis lama aku tu sebelah je ngan pejabat Datuk ni.
Tadi aku terperasan eh apesal opis lama aku ni tiga-tiga tingkat kosong?
Bukan ke landlord ni sewakan kat Datuk tu?
Pastu aku tengok sebelah, laaa, opis Datuk ni pun dah kosong?
Sangat teruja aku nak tau apa jadi kat kompeni Datuk ni.
Sebab aku pernah dapat whatsapp dari group Putra Heights tentang orang edarkan flyers WANTED tentang Datuk ni. Katanya menipu projek PR1MA.
Masa tu kebetulan baru sebulan kes aku ngan Datuk ni, so aku forwardkan gambar whatsapp WANTED tu kat PA dia. PA dia kata terperanjat tanya aku dapat kat mana. Aku selamba je reply "Takkan you satu opis tak tau keje ngan bos penipu? Kitorang satu Putra Heights yang tak keje ngan dia pun tau". Terus senyap dia.

Rupanya memang betullah Datuk ni Datuk tak berduit.
Terpaksa menipu sana sini untuk teruskan hidup sara anak-beranak.
Alangkan opis aku tu pun dia mintak kurang nak beli setakat RM5K je, tak ke pelik sangat?
Aku yang tak Datuk ni pun mampu nak renovate opis and butik lebih berganda-ganda dari harga RM5K tu. Dia yang aku nak bagi opis siap renovate beli ngan harga RM10K je pun taknak.
Padahal aku tengok opis dia blind pun takde, main tutup ngan bendera je. Konon patriotik la cover tingkap dengan bendera, padahal takde duit nak beli blind. Tinted pun tak mampu ke, bang?? Eh, terbelagak pulak.

Pantang betul aku orang berlagak macam Datuk ni.
Kau kalau takde duit, tak payah lah berlagak. Itu lebih dihormati daripada berlagak nak mampus pastu ada hati nak look down kat orang lain.
Yang aku berbulu tu siap cakap "Kita nak tolong you je..".
Dia ingat aku jual opis tu sebab aku bankrup ke hape?
Last-last padan muka, kau yang menjunam rupanya.

Actually kan masa aku masuk opis dia pun aku cam pelik.
Sebab opis dia simple sangat. Macam cikai gila doh.
Tak menggambarkan sebuah kompeni yang serius nak berbisnes.
Dinding partition pun ala kadar.
Kamon lah, kau buat bisnes yang berurusan dengan ramai orang yang datang ke opis kau setiap hari.
Bukan buat bisnes online. Kompeni tu biarlah semenggah sikit.
Tapi kalau kereta ni jangan cakap la. Menjalar je kereta sport bersilih ganti. Keadaan kompeni cam haprak.

Lagi satu dia punya staff.
Kompeni dia buat sales, kompeni aku buat sales.
Aku orang sales, aku tau camana cara seorang sales exec.
Masa staff-staff dia datang opis aku untuk tengok-tengok keadaan opis sebelum setuju nak beli (kononnya), aku perati je sorangs-sorang.
Sorry to say lah kan, tapi aku rasa kalau orang tu boleh buat keje ke tak, kita boleh tengok dari attitude dia.
Yang datang tengok opis aku semuanya perangai macam nak pi open house. Beruk sangat perangai masing-masing. Siap bergurau-gurau bertolak-tolak dengan member depan-depan aku, di dalam opis aku! Lepas tu buat bising macam bagus. Siap sembang nak renovate sana renovate sini "Dalam 1 juta tak lari ni kalau renovate". Macam haraammmm.
Ko pernah tengok tak perangai mat-mat rempit yang nak tarik perhatian awek?
Dia punya kecoh satu macam kan?
Hah, macam tu lah perangai sekor-sekor yang datang opis aku.
Macam kemaruk nak orang kagum ngan kekayaan dia.

Masa tu Sang Nila Utama ada kat opis aku.
Ya Allah, aku malu sangat. Sebab Sang Nila Utama tu kaya gila kot, company dia 1 projek je ratus juta. Tapi dia diam je, senyum je tengok perangai sekor-sekor.
Later baru aku tau kompeni Datuk ni penuh ngan anak beranak dia.
Tak salah aku PA dia tu anak sedara.
Yang salah sorang 'bos' yang memekak kat opis aku tu pun anak sedara dia.
Elok lah tu, melingkuplah bersama-sama.

Kesian memang kesian.
Tapi kalau korang baca balik entry lama aku tu, korang tau macamana aku letih melayan kekerekkan manusia.
Tak payah lah hidup nak harap kekaguman manusia.
Takkan ke mana.

2016-07-28

Stock Update



Aku boleh la terlupa nak update stok ni kat blog.
Aku rasa aku pun lupa nak bagitau ada butik sale, kan? Sebab aku main share je apa yang ditulis kat FB Fleur by Mrs Him ke FB aku. Lupa nak naikkan kat blog.

2 hari yang huru-hara.
Lintang-pukang jugak nak settlekan order sebab ramai yang mintak di-pos.
Dah la walk-in pun ada, at the same time yang beli thru whatsapp and FB.
Sampaikan ada yang 'main cara tak aci' bila order kat website tapi bayar harga sale.
Kat website sengaja aku taknak ubah harga. Selamba jek order kat website tapi bayar harga sale.
Yang budak-budak ni pulak pi accept. Hangin je aku.
Terus aku disable website order. Hahahah. Pasni aku rasa nak disable terus lah. Jadikan website tu untuk view je.

Semalam peak gila.
Aku belikan pizza, makan je kat opis. Tak dibenarkan keluar pi lunch sebab takut tak sempat nak packing barang.

Seronok bila ramai bagi feedback "Sedapnya kain! Macam baju mahal je".

Senyum je aku.
Nak je aku reply "Dik, memang sebenaunya baju ni harga mahal. Kita nak habiskan mana-mana belen yang ada ni je sebab tu jual harga RM80".
Tapi tak sampai ati nak bagitau.
Sampai patung-patuing aku terpaksa dibogelkan sebab yang kat patung pun orang nak beli.
Togel je patung aku.

Aku nak update stok terkini je ni.
Jap lagi aku tulis entry baru.
Tapi ni just entry pemberitahuan saja.

AMADIA
White/Red : S(1) M(1) L(1)
Brown/Black : S(1) L(1)
Red/Blue : SOLD OUT

AYISHA
SOLD OUT

CLARA
Etherial Blue : S(1) XL(1) XXL(1)
Mulberry Pink : S(1) M(2) L(1) XL(1) XXL(1)
Umber brown : SOLD OUT
Violet : S(1) M(1) L(1) XL(1) XXL(1)

IVY
SOLD OUT

MIA
Lilac : SOLD OUT
Pink Chintz : XL(2) XXL(1)
Pine Green : SOLD OUT
Jam Red SOLD OUT

LAUREL
Green Knoli : L(1) XL(2) XXL(2)
Garnet Red : M(1) L(2) XL(2) XXL(1)
Startling Orange : M(1) L(2) XL(2) XXL(2)
Midnight Navy : SOLD OUT

Khalifa
Tampico Green : XXL(1) XXXL(1)
Persian Blue : XXXL(1)
Carrot Orange : XXXL(1)
Violet Purple : XXXL(1)
Plum Purple : SOLD OUT

Nak beli kalu boleh datang :

FLEUR BY MRS HIM
18-1 Jalan Putra Mahkota 7/7A
Putra Heights Subang Jaya Selangor
Whatsapp only : 012-7728976
Phone butik : 03-56144757



2016-07-26

Bukan makanan sunah



Hampir-hampir tak perasan aku iklan ni kat BH pagi ni.
Agen Seremban pagi-pagi lagi dah whatsapp aku pasal artikel ni. Lepas tu baru gi carik sokabar.
Baca sepintas lalu je sebab produk sendiri kan, hari-hari pun aku mengadap produk ni so takkan aku nak baca artikel ni 14 kali kot.

Cuma tajuk tu kurang kena.

Nutrijuice bukan produk sunnah.
Hanya kerana dalam ni ada kurma and habatussauda tak menjadikannya sebagai produk sunnah.
Aku sendiri tak penah promote Nutrijuice sebagai makanan sunah.
Habatussauda and kurma cuma bahan sampingan yang sengaja aku masukkan sebab khasiat dia.
Tapi bahan utama adalah lebih kepada buah and herba like safron, delima, and extract lemon and apple.

Dalam banyak-banyak ayat kat dalam artikel tu, mata aku macam terus terpandang kat "Pengurus Besar XZIZ Biotech Wan Mohd Ridzuan...". Senyum sendiri je aku. Tak pernah aku bercita-cita nak pass role tu kat En Wan. Aku pernah plan nak pass role tu kat orang lain sebab aku enjoy buat sale, aku tak suka buat management. Tapi aku tak jumpa orang yang senonoh untuk aku pass the role. Rupa-rupanya laki aku sendiri jugak yang layak.

Agak lega sebenarnya bila En Wan run the company.
Lapang fikiran aku. Sebab honestly, En Wan punya administrative management lebih power.
Jadi keje aku create sale saje.
Masa aku run the company, keje-keje sale aku agak terganggu sebab aku terkejar nak buat management, paper work at the same time buat sales. Now, no more.

Aku malas nak scroll FB GreenAard banyak-banyak sebab GreenAard ni rajin update FB sikit.
Jadi aku sempat save 2 testimoni Nutrijuice. Kalau korang rajin pegilah scroll FB sana.



Ni testimoni dari pengguna Nutrijuice yang ada asthma.
Memang antara benefit Nutrijuice is melegakan asthma. Bukan hilangkannya terus ya. Tapi mengurangkan keradangan asthma sebab dia akan buka laluan udara.

Yang tang cerah tu, aku no komen.
Nutrijuice takde fungsi untuk mencerah tapi mungkin kesan dari bahan-bahan dalam Nutrijuice tu banyak herba and buah-buahan kot.



Testimoni dari ibu mengandung yang makan Nutrijuice.
Ni kes stress tak dapat makan GC Plus lah ni, terus ambik Nutrijuice pulak.
Actually untuk ibu mengandung memang takde masalah nak ambik Nutrijuice. Lain macam GC Plus memang aku larang. Cuma sebaik-baiknya kalau mak-mak buyung nak ambik Nutrijuice ni mulakan bila kandungan dah cecah 5 bulan ke atas. Sebab selalunya awal trimester tu, kandungan masih fragile and mak-mak pun masih alah dengan banyak benda. Jadi aku taknak Nutrijuice ni menambahkan 'kacau-bilau' korang. Insyallah, kalau Nutrijuice sampai target, aku akan start produce new health product.



Notebook aku nampak masih ada lagi kat shelf, tapi tak penuh satu rak pun. Insyallah ada la kot dalam 100 keping lagi. Masih boleh dapat free gift note book ni kalau korang beli mana-mana produk GreenAard.

Kalau GC Plus, alhamdulillah hampir setiap minggu akan ada new testimoni.
Kadang-kadang aku baca testimoni dorang pun rasa macam series ke dia ni turun sampai 20kg?
Tapi maybe jugak berat asalnya jauh beza dengan berat ideal, so tak mustahil la ada yang senang turun berbelas kilo. Kalau berat kau 60kg, melampau sangat lah nak kasik turun sampai 20kg. Nak turun 10kg pun aku yakin sangat payah sebab berat kau tak jauh beza dengan berat ideal. Jadi, be realistik sikit ya.




Customer ni hilang 20kg dalam masa 2 bulan.
Cuak aku baca. Aku takut dia sakit je sebab drastik sangat turun dia. Hahaha.
Tapi alhamdulillah dia sihat.
Aku rasa customer ni kalau pakai catsuit mesti nampak lebih kurus ni.
Tapi takpe, jangan pakai catsuit semata-mata nak buktikan kita dah kurus ya.


 Ni testimoni yang kitorang dapat dari customer kepada agen Putrajaya.
Customer ni hilang 19kg dengan 2 botol kalau tak salah.
Masih menggunakan GC Plus until dia capai berat ideal.
Sebab customer tunjukkan kesungguhan, HQ bagi dia free 1 botol GC Plus. Takpelah, aku bagi.
Seronok bila tengok orang percaya kat produk kita.



Another written testimoni.
Entah sape aku tak tau ni, maybe admin aku tau nama dia.
Aku tau baca je.
Seronok la bila dengar orang capai target. Tapi kan, ada kalanya jangan jadi hamba kepada skala penimbang.
Aku bagitau sebab apa....



Sebab penimbang berat hanya tunjukkan berat korang (berat tulang, berat muscle, berat baju, berat air water retention), tapi bukan body fat. Benda yang paling utama adelah body fat. Kita nak kurangkan body fat ni saje. Sometimes, orang yang pi gym, berat dia maintain untuk beberapa waktu yang agak lama sebab pembinaan otot. Bila otot dah cukup banyak, barulah nampak kesan penurunan berat sebab lebih banyak otot terhasil maka makin laju metabolisme.

So, kaedah paling tepat adaleh 2 kaedah dalam gambar tu.
Baca dan hadamkan.



Beli GC Plus also dapat free gift note book GreenAard.
Mohon laju sikit order kalau nak dapat free gift ni ya.

Untuk pembelian NUTRIJUICE dan GC PLUS, boleh whatsapp 012-7728976.
Atau pegi website www.greenaard.com

Sekian terima kasih.




2016-07-25

Open House Raya 2016


Alhamdulillah, open house raya tahun ni dah selamat settle semalam.
Tahun lepas aku tak buat sebab lepas raya je kelam-kelibut dengan nak pi settlekan production Fleur by Mrs Him.
Hajat di hati tu memang kalau boleh aku nak ajak semua kawan-kawan kat U, kawan skolah and readers blog. Tapi aku rasa kalau jemput semua reader, tak muat rumah aku. Semalam aku pasang 3 khemah pun muat-muat je, tu pun mana yang bawak anak kecik aku arahkan masuk dalam rumah. Bergelimpangan lah korang kat dalam rumah aku tu, pandai-pandai lah carik tempat duduk ya.

Nasib baik lah pagi-pagi tu En Wan dah berkejar ke pasar tani Putra Heights beli 2 ekor ayam buat standby. Pukul 3pm, dah start menggoreng ayam dah. Sebab ayam dah nak habis. Aku memang dah buat plan beli ayam ni sebab menu aku semalam antaranya ayam goreng rempah. Selalunya, kalau ayam goreng rempah ni, orang suka meratah, jadi kena buat lebih. Tapi yang belakang-belakang tu tak jumpa dah ayam rempah kot. Yang korang jumpa ayam goreng kunyit ya. Mintak mahap la, tak sompek nak marinate rempah segala.




Keadaan dapur aku pagi tu.
Ni around 11.30am, majlis belum start.
Cara-cara pakai catering pun dapur aku macam nak terbalik. Kalau masak sendiri aku rasa dapur ni dah rupa kem pelarian. Terima kasih banyak-banyak lah kat anak-anak sedara and cousin serta makcik-makcik yang jadi runner kejap kedepan kejap berlari ke belakang nak tambah segala kuih-muih, cocktail kastard, ketupat palas, satey and roti jala. Ini je menu yang kitorang handle, yang lain semua caterer handle.

Aku sebenarnya agak cuak jugak sebab ni first time guna caterer. Selama ni semua masak sendiri. Aku berdoa jangan la tetiba caterer tak muncul, mampuihhh.



Seb baik Rayyan pandai bawak diri. Tak payah aku nak tengok-tengok dia sangat. Pandai pulak budak-budak yang datang ni duduk kat ceruk living hall ni main. Dapatlah mak masing-masing makan dengan aman.


Sejenis flatlay.
Ini anak kepada cousin aku.


Caterer aku ambik dari Pengurusan dan Perkhidmatan Nadi Perkasa, Kajang. Ni En Wan yang cari.

Pakej dia harga RM19.50/pax.

Menu dari caterer Kajang ni :

1. Nasi beriyani
2. Ayam goreng rempah
3. Ayam masak merah
4. Daging blackpepper
5. Dalca
6. Acar timun
7. Buah oren.
8. Kordial
9. Teh tarik
10. Nasik impit
11. Rendang ayam
12. Kuah lodeh
13. Kuah kacang
14. Serunding kelapa
15. Bihun Singapore
16. Cendol
17. Karipap & seri muka.

Ok lah kot RM19.50/pax ni kan untuk menu-menu kat atas tu.

Pastu aku order tambahan dari beberapa orang perseorangan :

1. Roti jala with kari ayam
2. Mee rebus
3. Red velvet and choc cuppies, cream puff and blueberry tart (FB : Siti Mazzuana Shamsuddin)
4. Satey ayam

Yang dari aku and family :

1. Ketupat palas
2. Cocktail custard
3. Senyuman mesra...




Siti Mazzuana ni orang yang pertama sekali PM bila aku naikkan status cari seller untuk dessert.
Aku cuma dapat rasa choc cuppies dia je. Ramai yang cakap red velvet dia sedap.
Siapa nak try beli, boleh gugel FB : Siti Mazzuana Shamsuddin)


Aku rasa ayam masak merah ni sedap kot sebab pukul 2.30pm, tray ni dah kering.



Black pepper ni aku tak sempat rasa jugak.
Tapi katanya sedap.


Ayam rempah.


Satey.

Aku ada satu memori berkaitan dengan satey ni.
Terjadi masa open house rumah aku, tapi masa kat rumah lama dulu.
Ada satu family ni, datang rumah aku hanya nak makan satey je.
Series tak tipu. Betul-betul dia ambik nak dekat 30 cucuk sekali kaut.
Tiba-tiba aku rasa macam rumah aku warung Haji Samuri.



Sumpah sedap!!!
Hampir semua yang makan cendol ni semalam kata cendol ni sedap.
Ada yang tanya aku contact number cendol ni tapi mintak mahap la, caterer ni katanya tak ambik order untuk cendol saja. Kiranya ini termasuk dalam pakej catering dia.
Cubalah tanya dorang kalau dorang bagi.
Yang aku tau, dia charge semangkuk ni RM3.


Ruangan ni adalah ruangan makanan selain dari caterer punya.


Apa-apa hal, family kasik makan dulu.


Family.


Tetamu pertama sampai adelah model kurta En Wan - Amir & awek dia.
Yang baju hitam tu pulak awek kepada yang baju hijau.
Saje je lah nak bagitau, kot ada yang tertanya-tanya. Kah Kah Kah.


Tetamu dah start datang.
Yang aku kenal tu kenal lah, yang aku tak berapa kenal tu mesti kawan-kawan En Wan.



Tadaaaa!!!!!
Kembar tiga. Cute, kan?
Ada sorang reader/follower aku namanya Razila Razak.
Aku rasa dia ni dah lama dalam FB list aku tapi aku tak berapa nak perasan sangat.
Until dia bersalin kembar tiga tahun lepas, aku follow everytime dia update pasal anak dia ni.
Dari kecik sampai la umur sekarang. Comel gila kot kembar 3.
Aku memang dah plan kalau ada rezeki buat open house aku nak jemput dia datang. 
Aku nak tengok sangat anak-anak dara dia ni depan-depan.
Semalam, masa aku terperasankan dia keluar dari kereta, aku terus berlari sebab nak dukung anak dia okeh. Macam jumpa artis pulak rasanya.

Kagum aku cemana la dia handle 3 orang sekaligus.
Masa bila dia mandi? Masa bila dia tido?
Aku dok banyangkan kalaulah time dia nak landing melunjurkan kaki sekali tetiba salah sorang anak dia ni terjaga, camne? Kalau aku menangis dah.

Cute je tengok bila sorang minum susu, semua sekali minum susu berjemaah.
Eiii, tak sangka kembar ni ada dalam rumah aku. Selalu tengok kat FB je.
Tapi budak-budak ni nak pindah Brunei dah this week, ikut bapaknya yang bertugas kat sana.
Sape tak dapat jumpa kembar ni padan muka. Mbahahahha.



Ko tengok mak dia (tengah) steady ke handle 3 anak.
Aku handle Rayyan sorang je macam nak terkeluar anak tekak aku.



Yang 2 lelaki (stau tengah berjalan), satu lagi tengah duduk pakai baju stripe putih/merah tu kawan skolah aku. Yang tengah berjalan tu lama gila tak jumpa. Kat FB selalu gak la sembang.
Ni je la gamba bukti yang dorang datang. Lepas ni aku kena upah fotografer la untuk ambik gamba so that aku ada kenangan sape datang majlis aku.


Hasan (tengah).
Dia ni baca blog aku dari zaman dia kat UMT lagi.
Yang best tu dia boleh ingat lagi aku datang ke lab "Masa tu Kak Di pakai skirt lagi..."
Dia selalu update aku tentang research talk/programme biotek and encourage aku apply research grant. Insyallah, mudah-mudahan one day GreenAard dapat join pi Dubai ya :)


En Wan and geng-geng Hitachi.


Yang ni kalau tak salah geng-geng sekolah menengah dia.


Ni pun member sekolah En Wan.


Yang best tu masa dorang ni ajak aku bergambar.
Lepas bergamba aku tanya "Äpesal kawan-kawan abang nak bergamba dengan Di?"

"Dorang baca blog awak rasanya.."

Ok, malu.


Kawan opis lama dia kot ni.


Fotografer feveret aku - Nabil Nadir.
Yang sebelah tu salah sorang model baru.




Nabil tengah open casting untuk sesape yang berminat nak jadi model.
Kalau berminat, whatsapp nombor kat gambar tu.




Ni satu-satunya gamba aku dengan reader/blogger Marini Mas Aidiff.
Pertama kali aku jumpa dia masa dia datang rumah nak beli Ephyra.
And semalam kali kedua jumpa dia.
Marini ni muka dia soft je, comel! Takde mekap pun comel.




Salah sorang agen GreenAard, Jasmin.
Dia cover area Shah Alam.


Ok yang ni testimoni yang best.
Wanny Mashor ni muka dia jenis macam aku tau jenis muka pau.
Tapi aku punya muka atas sikit level dia, macam loyang.
Tapi now she fits jeans size 26 you olss!!!
Aku pernah up-kan testimoni dia turun altogether 12kg dengan GreenAard.


Ni dia dulu.
Pandai dia menyorok belakang laki dia, kan?
Sekarang kemain lagi posing dengan penuh beraninya. Kuang hasam.


Dia ni kan aku selalu lupa nama dia apa.
Tapi kadang-kadang muncul je whatsapp dia "Rindu lah Kak Di..."
Seriau tak? Hahahahaha.
First time aku jumpa dia masa dia beli Ephyra 2 tahun lepas kalau tak salah.


Ni geng-geng gosip zaman-zaman U dulu.
Semalam tak cukup korum so gossip tak berapa rancak.
Dia ni pembacking aku time nak kena tampar ngan exbf aku dulu.
Dia nak elakkan aku kena tampar sekali dia yang kena tampar. Hahaha.
Kau ada kawan yang sedia tadah pipi untuk ditampar? Ada? Aku adeeeee.


First time jumpa jugak ni.
Reader nama Nomee Manap. Aku tak sure if dia pun blogger jugak.
Tahun ni baru dapat jumpa.


Dia ni kan, hari ni dah warded untuk bersalin, tapi semalam gagah lagi datang open house rumah aku.
Dari zaman anak dara sampailah kawen, dia ni laki bini rajin datang majlis aku.
Dorang jugak usahakan candy buffet masa wedding Ibal.


Dia yang mengandung muka tak tembam pun kan?
Aku yang tak apa-apa ni muka cam loyang.
Ok lepas ni aku kena pikir produk nak kecutkan pipi.



Masa ni aku ngan Zana dah menangis-nangis berpelukkan macam jejak kasih kau.
Kawan pertama aku masa aku mendaftar keje kat MOSTI.
Dia la teman makan, teman naik komuter, tolong bakarkan kain chiffon untuk bunga telur aku.
Temankan aku pi toilet, teman solat sama-sama dalam stor, teman lepak kat Sogo.
Teman aku berdating ngan En Wan pun penah ni.
Last aku jumpa masa hari dia kawen.
Dia dah anak tiga baru aku jumpa balik. Sedih tau aku. Seb baik mekap tak cair.


Ni time nak balik, ceria sikit dah time ni.
Tapi masih lagi tak dapat nak sembag lama-lama ngan Zana.
Sebab orang sentiasa datang. Ujung-ujung aku pun lupa dah sape yang datang.
Seb baik ada gambar tau.

Muka aku dalam gamba ni macam loyang sangat kan?
Ni la dia kalau rahang muka senget.
Aku kan kalau kau acu kamera kau belah kanan, konfem kekembangan tu sangat terserlah sebab rahang aku senget. Jadi sebelah muka akan nampak lebih kembang dari biasa.
Tapi takpe, itu rezeki. Mana ada orang muka dia sebelah tembam sebelah runcing?
Kau ada?
Takde kan?
Aku adeeeeee.


Nurul Azlan.
First time jumpa tak salah aku.
Siap beli Nutrijuice lagi semalam. Seb baik ada simpan sikit stok kat rumah.


Abelyn.
Dia ni pun blogger jugak.
Aku kira berani ni tau sebab bergambar sebelah dia.
Dia ni putih melepak gila okeh! Melepak selepaknya.
Nasib baik aku pandai pilih arah cahaya, kuranglah sikit nampak lebamnya.


Ni wife kepada kawan En Wan masa kat Jepun dulu.


Feveret MUA aku, Sukma.
Kalau nak khidmat mekap boleh ke FB : Sukma SuKkma


Blogger Lord Zara, seorang guru di Putrajaya.
Also writer untuk Kitab Terfaktab.
Tak sure kalau dia ada menulis kat tempat-tempat lain.


Dengan Abelyn and blogger Cik Epal bersama anak beliau iaitu seketul Han.


Ni reader jugak ni Zafira.
Selamba datang lone ranger tak bawak laki ngan anak. Pehh.


Kawan En Wan zaman dia ambik diploma kat Fukuoka (lelaki).


Reader Aqish Rusli.
Dia ni baker gak ni, buat kek. FB : AQisH Sweety Desserts


Reader blog aku zaman aku free hair lagi ni.
Dari zaman dia blaja sampai dah kawen sampai dah ada anak, baru aku jumpa.


Ni pun reader, a teacher - Bae Roslan.
Ramai jugak cikgu-cikgu baca blog aku ni.
Ni kalau aku submit entry aku untuk dorang check dah konfem banyak kena tanda merah.


Reader Lang Abdullah.
Ni ID ni. Kalau sesape nak buat event nak design kaw-kaw, silakan contact Lang.
Dia punya company ni dah tahap sambar artis ni.
Semalam aku dapat satu beg produk Rania Gold sebab baru-baru ni dia ada buat event Rania.
Untung kan aku?


Aku rasa macam dah ramai gila yang datang semalam.
Rupanya hari ni tengok FB ada jugak yang bagitau tak dapat datang.
Takpe, ada rezeki jumpa len kali.

Ada jugak 3-4 orang yang datang tapi aku tak kenal.
Terpaksa aku mintak kenalkan diri.
Jangan kecik ati, aku memang susah nak kenal orang especially kalau kau letak gamba FB kau muka anak, konfem lah aku tak kenal. 
Ada yang aku jemput sebab aku familiar nama dorang kat FB and IG aku. Jenis yang suka komen. So aku jemput sebab nak kenal mana satu orangnya. 
Jadi jangan kecik ati kalau aku tanya nama ya. Insyallah lepas dah jumpa ni senang sikit aku nak ingat mana satu orangnya.

Terima kasih yang datang.
Mintak maaflah, everytime aku buat open house mesti aku tak sempat nak sembang lama-lama ngan korang. Bersalam, tanya lebih kurang, jemput gi makan, pastu aku pun hilang. 
Kejap kedepan kejap ke belakang, ujung-ujung aku konfius sape sebenarnya yang datang tadi.
Insyallah, ada rezeki next year jemput yang lain pulak ya.