2016-12-29
Bermadu
Agak terganggu fikiran aku baca email ni.
Disebabkan terlalu banyak dapat email macam ni, aku dah takde rasa emo sangat dengan pihak lelaki. Tapi now lebih kepada rasa kesian dengan perempuan yang terima nasib macam ni.
Tabahnya mereka-mereka yang diduga dengan masalah macam ni. Seriously, mereka ni memang tabah. Sebab tu diuji macam ni.
Benda dah jadi, dah takde guna kita nak tuding salah kat sesiapa.
Sekali baca memang kita nampak salahnya kat lelaki.
Tapi kita cuma tahu sebelah pihak saja.
Not to say this reader mungkin ada salah, tapi sebaik-baiknya kita tak salahkan sesiapa.
Adalah lebih baik fokus kepada nak tolong redakan masalah yang reader ni tanggung.
Tak ada perempuan yang nak kongsi suami.
Alangkan isteri-isteri Rasulullah saw pun jeles sama sendiri sebab share husband. Tu isteri Rasul tu.
Lagikan kita yang entah sape-sape. Memang harus kalau kurang sabar pun.
Tapi yang takde kena-mengena mohon jangan terlebih emo. Sebab selalunya yang takde sangkut-paut yang lelebih emosi.
Ada kawan aku yang jadi isteri kedua.
Ada family En Wan yang jadi isteri kedua.
Mak mertua aku sendiri bermadu.
Kalau kita tak berada dalam situasi tu, kita memang mudah menyalahkan pihak lagi satu.
Memang ada yang berkahwin sebab wujud kes-kes kegedikan melampau. Tapi ada juga yang entah dari mana tiba-tiba rasa sayang tu datang. Hati dan perasaan ni susah kita nak jangka sebab hati kita ni Allah yang pegang.
Orang luar kalau sebut BINI NOMBOR 2, benda pertama yang terpikir - GATAL. PERAMPAS. MACAM TAKDE LAKI LAIN!
Kita anggap bila jadi isteri nombor dua maknanya dia lebih disayangi.
Tak jugak.
Mula-mula ye la.
Jangankan kata yang kawen dua.
Kita yang tak bermadu ni pun loving nau ke hari-hari sejak hari kawen sampai ke 18 tahun kawen ni?
Biasa la tu, awal-awal kawen. Benda baru. Mesti dia punya sayang tu lain macam. Macam kita dulu-dulu jugak. Laki kita masa kawen dulu pun gitu juga lovingnya.
Tunggulah masuk tahun kedua. Segala fairy tales tu slowly hilang. Siap berlawan-lawan kentut lagi.
Same goes to yang kawen ramai.
Loving bagai nak rak berkepit siang malam tu tahan 1-2 tahun je.
Lepas tu dia akan balik pada asal.
Mana ada manusia yang ada masa nak bercengkerama siang malam pagi petang?
Aku tengok sendiri macamana ada ahli keluarga yang jadi isteri kedua.
Ko ingat hidup dia bahagia sangat ke bila dapat 'rampas' laki orang?
Tak.
Dia jugak merana sebenarnya.
Sebab dia tahu dia hanya berkongsi suami.
Isteri pertama pernah memiliki suami tu sorang.
Tapi isteri kedua tak pernah rasa suami tu hak dia sorang.
Ko rasa dia happy?
Tak, dia tak happy. Dia juga sedih. Tapi sebab dia pilih cara itu, maka dia kena accept.
Dalam kes bermadu, takde isu siapa lebih menang. Jadi, janganlah bertanding. Buat sakit hati je.
Sebab takde sape pun yang menang.
Isteri pertama kalah sebab suaminya dikongsi bersama perempuan lain.
Isteri kedua pun kalah sebab suaminya tak tinggalkan isteri pertama pun untuk kawen dengan dia.
Masing-masing tak menang apa-apa pun. Jadi, jangan lah serabutkan pikiran nak pikir sape lagi menang.
Mak mertua aku memang perempuan hebat.
Dia ada madu, tapi dia boleh accept madu tu.
Sebab apa? Sebab dia tau itu saja yang boleh buat dia menang hati suami dia.
Suami kita ni manusia biasa je.
Manusia tak suka benda yang susah.
Kalau benda tu menyusahkan dia, dia akan buang.
Aku always berpandangan, kalau aku suka, aku simpan.
Kalau aku tak suka, aku buang.
Samalah kiranya kalau kita sayang suami kita, kita kena redha dengan apa juga tindakan dia.
Kalau kita tak redha, dah tak sayang, dan tak perlu, kita ada jalan keluar. Buatlah jalan tu. Tak salah pun, cuma paling dibenci Allah.
Bagi aku, itu lebih baik daripada kita bermasam muka dengan suami, mengelak dari melayan dia, makin hari makin mengumpul dosa, buat apa?
Tapi kalau kita rasa kita masih mahukan dia, maka kena blaja redha. Itu saja pilihan yang kita ada.
Aku blaja dari someone yang berpengalaman suaminya kawen lain.
Dia kata "Bermadu ni sakitnya cuma sakit hati sebab kena kongsi suami saja. Tapi tak sesakit kalau nak bandingkan dapat suami kaki pukul, suami takde tanggungjawab, dan suami keje kelepet duit bini".
Betul juga.
Tapi lagi sakit hati kalau suami sanggup tinggalkan kita semata-mata nakkan pompuan lain.
Itu memang first class punya sakit hati.
Macam babs.
2016-12-28
Asalkan namanya celebrate.
Settle dah KL YES FEST PWTC 2016.
Rasa lega betul semua event sepanjang tahun nu akhirnya habis dah.
Barulah terasa penatnya. Insyallah kita start balik bulan 4 tahun depan, kita mula dengan Penang 🎊🎊.
23 haribulan KL YES FEST start.
23 haribulan tu jugaklah anniversary aku and En Wan.
Thank you yang wish kat FB and IG.
Sebenarnya itu bukan wedding anniversary. Wedding aku bulan May.
Tapi aniversary Dec ni wajib celebrate sebab 23 Disember tarikh pertama kali aku jumpa En Wan.
Dan on the same day En Wan jumpa Mak Aji and Pak Aji dengan macho-nya bagitau nak ambik aku as special partner. Konfiden je aku nak kat dia, kan?
Jadi, every 23 Dis ni memang always aku ingat.
Dan selalunya kitorang akan celebrate 23 Dis ni lebih dari wedding anniversary.
Tai tu lah kan, tahun ni member kena keje kat PWTC pulak.
Disebabkan kebizian beliau, tahun ni dia lupa nak wish aku.
Bila aku ingatkan baru dia. "Haah la!".
Tak dan lah nak celebrate segala sebab dia sibuk. Aku 2 jam je kat booth, En Wan lepas hantar aku balik rumah nnati malam dia patah balik booth.
Tapi esoknya Sabtu, dia bawak aku pi makan.
Plan tu nak makan kat tempat yang sama yang kitorang makan sama for the first time.
Masa tu bulan puasa, disebabkan takleh nak makan siang, jadi aku mintak kat Mak Aji nak balik malam sebab nak buka puasa ngan En Wan.
Tempat pertama kitorang makan sama was The Mall, sekarang Sunway Mall kot. Kat depan PWTC tu. Dulu, makan Kenny Rogers. Tapi hari tu tak nampak pulak mana Kenny Rogers, so kitorang lepak kat kedai apa ntah, lupa nak tengok. Main masuk je.
Kesian En Wan, muka keletihan. Sebab malam sebelumnya tu balik kul 1 pagi.
Selalunya camnilah. Everytime join mana-mana event, muka mesti barai.
Tapi makan tetap laju.
First class wehh ABC ni.
Dia pakai gula melaka, jadi rasa dia ala-ala cendol sikit.
Membalun ABC aku.
Happy anniversary Diana, yang ke 18.
Aku kenal En Wan tahun 1998, awal tahun.
Tapi sebab duduk di benua berbeza, maka bulan Dec baru berjumpa.
Muka tak banyak berubah, yang berubah saiz.
21 Dec sebenarnya wedding anniversary Mak Aji and Pak Aji, tapi hari tu hari kerja.
Jadi, kita postpone ke Senin. Sebab weekend pun aku and En Wan ada kat PWTC.
Tapi planning nak buat party liar ni dah dibuat seminggu sebelumnya, Mak Aji ngan Pak Aji je yang tak tau. Cuma aku pesan kat Ima mintak Mak Aji buat keria gula melaka untuk kunyah-kunyah bila aku balik Isnin tu.
Aku sampai Bangi time Zohor tengok Mak Aji tengah menggodeh keria ni dalam gula Melaka.
Kan best camni. Main order je kat Whatsapp, takyah beratur 2 jam. Sementara kau beratur 2 jam aku dah settle 2 piring.
Masing-masing malas nak masak dan malas nak tolong masak, jadi semua pakat-pakat order je makanan. Yang ni mini cheese tart.
Yang ni khas untuk Mak Aji and Pak Aji potong.
Pulut berhias sekali dengan rendang tok setengah kilo (asing), RM120.
Gila best rendang tok dia wehhhhh!
Ni namanya penyakit.
Penyakit akak-akak ipar menurun ke adik ipar.
Main menu on that day - Laksa Johor.
Kuah dia pekat gila!
Condiments semua lengkap - timun, bawang, jeruk, daun bawang, limau, sambal belacan pedas nak mampus. Lengkap.
Orang ni memang kepakaran dia kat Laksa Johor aku rasa sebab nama bisnes dia IG @laksajohordelivery. Aku tak kenal dia, tapi adik ipar aku Siti yang tolong orderkan. Puas hati.
Si Ima bedal 3 mangkuk. Siti 2 mangkuk. Pak Aji 2 mangkuk. Aku semangkuk sebab aku dah bedal kuih keria kaw-kaw sebelum tu. Semua cheese tart, rendang and pulut kuning order kat @laksajohordelivery. Whatsapp 0132991181 kalau nak order. Selain dari laksa johor, orang ni boleh buat soto Johor jugak and mee kari. No minimum order. Kalau nak makan-makan setakat 1-2 orang pun dia accept.
Aku suka kalau orang boleh baut banyak benda macam ni. Sebab senang sekali jalan order. Lagipun dia ni duduk area Putrajaya, jadi dekat dengan rumah Mak Aji.
Budak-budak ni muskil kenapa anak itik ni 3 je.
Dorang ingat yang anak-anak tu adalah cucu-cucu Pak Aji lah. Patutnya empat, kenapa ada tiga je?
Aku cakap yang tiga tu Mak Long (aku), Mak Ngah and Acu. Cuma patutnya satu anak itik tu kalerkan hitam. Mbahahahah.
Rayyan lagi kesian.
Tanya aku "Ma, apesal snowman ni salah?"
Kesian anak aku. Snowman kekdahnya.
Inilah pesta perut Isnin lepas.
🎈 Laksa Johor
🎈 Pulur berhias
🎈 Rendang tok
🎈 Cheese tart
🎈 Kek pandan gula melaka
🎈 Keria gula melaka
🎈 Puding jagung (ada dalam fridge)
Alhamdulillah, puas hati.
Wedding anniversary yang ke 42 tahun.
3 tahun kawen baru dapat aku.
Sama macam aku ngan En Wan, 3 tahun kawen baru dapat Redza.
Mak Aji and Pak Aji terperanjat bila tetiba orang datang hantar makanan.
Pulak tu penuh satu meja.
Dia ingatkan nak makan kuih keria je petang tu.
Apa dia ingat anak menantu dia kenyang setakat kuih keria? NEHI!!
Ima ngan Siti punya saka je dah 6 ekor. Mana cukup setakat keria.
Kek ni sempena besday Mirza.
Tapi biasalah kan, mak dia beli kek ikut tekak dia.
Sikit pun takde corak ke, binatang ke, tulisan Happy Birthday pun takde! Kuang hasam. Seb baik anak dia cool tak kisah pun ada lilin ke tak, ada tulisan ke tak, Nak panggil potong kek pun bersilat sampai kena peluk ketat-ketat macam ni.
Hari ni Ima dah balik JB semula, after sebulan melepak Bangi.
Sunyila tu rumah nenek dia.
Kolam pun mesti dah bungkus masuk balik dalam kotak.
Kita tunggu bil air je bulan ni sampai ya, tengok berapa kena bayor. 😆😆
Ok, aku nak ucapkan terima kasih yang datang ke booth. Walaupun aku tak dapat jumpa some of you. Terharu je bila budak-budak kat booth Whatsapp gambar-gambar with caption "Ni reader" "Ni datang nak jumpa tadi". Aku memang 2 jam je kat booth. And sesiapa yang datang ke booth sempena YES ni, point kita akan bagi double. Berbeza dengan yang beli secara online sepanjang YES, kita hanya akan bagi single point saja. Tapi selepas tempoh YES nanti point akan kembali ke double.
Jadi, semua yang datang hari tu kita akan minta isikan form ni untuk kita tambahkan point kemudian.
Tapi sampai sekarang belum sempat tambah lagi sebab budak-budak ni masih settlekan pending delivery kelmarin. Kan cuti panjang, dari hari Jumaat tak buat delivery sampai Isnin, jadi melambak la nak kena pack. Insyallah malam esok settle key in semua point ni. Sorry ya.
Yang best tu, ramai yang first time beli. Tu yang happy gila bos ai. Tapi takde cakap timackasih pun kat tukang buat marketing ni. Sampai krem otak aku buat marketing. Dah la wish anniversary pun lambat. Bonus mana, bonus? Haihh.
2016-12-25
Event
Hari ni aku melepak kat Booth GreenAard untuk hari ketiga. Walaupun aku hanya lepak 2 jam je setiap hari, tapi kali ni adalah pencapaian luar biasa aku sepanjang tahun menjak GreenAard in the market. Sebab aku tak pernah lepak kat booth hari-hari. Memang selama ni aku pi sekali je. The rest budak-budak ni handle.
Semalam ada reader sembang ngan aku. Dia pun vendor jugak. Dia tanya camana sale. Dia cakap dia lepak kat premium booth (Hall 4) tapi hari pertama masih zero sale despite kedudukan booth dia di kawasan premium berjiran dengan big brands and artis.
Untuk pengetahuan, Hall 4 ni semua premium booth. Kebanyakkannya artis and big brands.
Booth yang aku ambik pulak bukan premium. Aku ambik standard booth kat Hall 3, harga RM6k. Kalau premium booth lagi mahal of course. Booth tahun ni dah dibooked awal-awal sejak Dec 2015 lagi. Masa kitorang pilih booth tahun lepas, aku and En Wan memang dah set not to take any premium booth, yet. Ada reasonnya, nanti aku cerita kat bawah.
So this reader tanya aku "Apesal Kak Di tak ambik Premium Booth. Kak Di banyak duit".
Aha!
Aku suka ayat tu.
Sebab itulah punca kenapa aku tak ambik premium booth.
Ok, ni my 2 cents.
Nak ikut, ikut. Taknak, takpe.
Kalau nak cerita pasal mampu ambik premium booth or not, insyallah mampu. Ramai entrepreneur lain pun mungkin mampu.
Tapi kena ingat.
We are doing bisnes here.
Kita buat bisnes bukan untuk tunjuk siapa lebih banyak duit.
Tapi kita buat bisnes untuk mencari lebih banyak duit.
Adalah satu benda yang 'haram' kalau kita buat bisnes semata-mata nak berlawan sape lebih banyak duit.
Kita bayar mahal untuk beli booth adalah kerana kita nak tumpang crowd orang, bukan untuk tunjuk booth aku lagi mahal maknanya aku lagi kaya.
Nak tunjuk kata kat sape?
Nak tunjuk kat crowd?
Crowd yang datang ke event nak beli barang, bukan nak kelebet brand mana lagi kaya.
Nak tunjuk kat vendor-vendor lain?
Vendor lain semua kat situ sibuk fokus nak promote produk masing-masing sebab nak hit monthly target bukan nak telek berapa juta kita buat setahun.
Of cos ada kelebihan bila kita ambil premium booth.
Situasinya sama macam kita ambik first class seat dalam flight. Kita ada lounge sendiri, entrance sendiri, diberi layanan extra istimewa, menu yang lebih sedap, etc.
Bila ambil premium booth pun macam tu lah. Semua pengunjung akan 'dipaksa' untuk lalu ke Hall 4 dulu (premium) supaya booth premium dapat crowd yang lebih ramai. MC pun banyak promote booth premium. Jadi kalau kita berada di kalangan yang best-best, ada kelebihan dari segi layanan. Crowd pun dah tentu lebih besar sebab ramai pengunjung sah-sah nak jumpa artis kat booth dorang, jadi kita boleh 'tumpang' crowd artis. Ini situasi biasa. Sebab tu namanya premium. Dia bayar mahal, dia berhak dapat keistimewaan. No such thing as pilih kasih.
Tapi, ada kekurangannya. Kekurangannya pulak adalah kalau brand kita belum cukup kuat, kita struggle nak compete di kalangan brand-brand yang gempak kat atas tu.
Analoginya macam ni, katakanlah dalam satu event ada deretan artis. Tiba-tiba rerselit 2 orang instafamous kat tengah-tengah. Sah-sah crowd akan serbu artis. Berapa kerat sangat kenal instafamous? Tu pun kalau layan IG lah.
Maknanya kat sini, berada di kalangan yang best itu bagus untuk marketkan brand sebab selalunya kat mana-mana event, big brands akan jadi tumpuan sebab waktu ni lah orang nak beli produk big brands sebab harga lebih murah.
Dan tentu, dalam ramai-ramai tu, akan ada orang perasan booth kita.
Yes, belum tentu dorang akan beli lagi. Tapi takpe, at least dia dah tau brand kita wujud.
Semua orang nak berada di kalangan yang hebat. Good.
Tapi pastikan kita benar-benar hebat, bukan bajet hebat.
Kita kena sedar diri. Akan tiba masanya kita berada di tahap itu. Sabaq.
Bukan mengalah, tapi kenal diri dulu.
Bukan semua teknik marketing yang orang lain buat applies to us.
Kita lebih kenal produk kita, kita perlu tau apa teknik yang berbaloi untuk kita follow and carry for our bisnes. Jangan kerana orang lain buat maka kita pun nak buat. Lain produk lain pendekatannya. Rancang marketing yang sesuai dengan budget dan make sure marketing yang kita buat tu boleh bagi kelansungan bisnes bukan kelingkupan.
Bajet besar, buat marketing besar. Tapi kalau bajet sikit but nak potray seolah-olah bisnes kita big sampaikan kita terjerut, kan ke sia-sia namanya.
Ramai orang salah faham konsep exhibition.
Exhibition adalah medium yang bagus untuk create brand awareness. Itu objektif sebenar. Bukan untuk dapat lebih banyak sale.
Di mana-ana exhibition, vendor akan mark down price. Jadi, ia bukan medium terbaik untuk gain more sales. Ia lebih kepada nak tunjuk kewujudan kita.
So, kalau participate dalam mana-mana event, kena set kat kepala this is a medium untuk tunjukkan kat kat orang we are real human doing real bisnes. Kalau dapat good sales, itu bonus.
Selalunya orang tak berapa yakin beli online. Kalau kita participate kat event, orang boleh datang jumpa. Kita boleh gunakan peluang ni untuk buat live promotion. Orang lebih percaya.
Sama konsepnya bila kita guna blogger atau instafamous untuk highlite produk kita.
Ada orang ingat bila dia invest ribu-ribu untuk blogger buat artikel, sales dia akan mencanak-canak dengan segera.
Anggapan tu SANGAT SALAH.
Menggunakan blogger/instafamous/artis sebenarnya hanya untuk create awareness.
Kita beli masa dia, kita beli medium dia sebab nak tumpang crowd dia.
Samalah kesnya dengan join event.
Kita join event sebab nak tumpang crowd orang lain sama.
Kita nak lebih ramai nampak brand kita.
Another objective join event adalah untuk kumpul marketing material.
Kalau aku, inilah tujuan kenapa aku spent thousands untuk ni.
Marketing material mesti kena ada.
Gambar-gambar aktiviti dalam booth, gambar customer beli barang, gambar our team bagi consultation - ini semua jauh lebih bernilai. Sebab main channel aku adalah online. Marketing material ni semua penting untuk generate sale kat online nanti. Bila orang nampak gambar-gambar kita participate dalam event, orang akan lebih yakin. Takde la kejap-kejap tunjuk gambar testimoni whatsapp and timbunan bungkusan pos laju je. Boring laaaaa 😆😆.
Yang masih takut-takut nak keluarkan duit untuk marketkan produk - jangan takut!
Tujuan kita buat bisnes memang nak cari duit.
Untuk cari lebih duit, kita kena spend duit.
Ramai orang takut nak bayar blogger, takut nak join event sebab tanak rugi.
Kebanyakkannya takut nak keluarkan modal sebab untung mereka kecik.
Nak tau kenapa untung kita kecik?
Sebab kita suka jual barang dengan harga murah.
Orang kita masih suka fight dengan harga, bukan dengan kualiti.
Bila orang tu jual RM50, kita jual RM35.
Nanti ada orang jual RM30 pulak.
Lepas tu ada orang jual RM20.
Lama-lama harga semakin turun.
Dulu ada satu produk apa ntah kalau tak salah aku kopi kolagen kot.
Masa mula-mula boom dulu kemain harga RM40-RM50.
Lepas tu ramai dah mula main harga.
Last-last kopi tu dijual dengan harga RM10.
Adekah orang semakin beli?
Tak pun.
Sebab orang dah tak nampak nilainya lagi. Barang dah jadi murah nau sampai orang tak konfiden nak beli.
Elok-elok harga RM50, pi main harga sape suruh.
Now brand tu melingkup. Dah tak nampak dah kat online.
Sebab apa lingkup?
Sebab takde untung yang cukup untuk buat marketing.
Takde untung untuk membesarkan syarikat.
Asik dok pikir janji boleh jual je.
Padahal kebanyakkan yang membeli bukan pikir pasal harga tapi kualiti. Kalau bagus, orang tetap beli. Jadi, jangan bunuh diri dengan mensabotaj bisnes sendiri.
-my 2 sen setengah-
2016-12-22
Orked Lavender
Isnin lepas aku makan kat Orked Lavender, Bandar Baru Bangi.
Aku macam dah terperasan dah dulu apesal kedai Benang Hijau ni jadi cafe?
Agaknya pindah kot. Tapi macam tak lojik la pulak pindah sebab aku tau owner dia duduk Bangi.
Tup tup Ahad lepas owner Benang Hijau whatsapp, ajak aku datang makan cafe dia.
So betul lah rupanya Orked Lavender ni dia punya. Benang Hijau dia pindahkan ke Bangi Sentral.
Kebetulan Isnin tu aku ada appointment kat Kajang, jadi aku bagitau aku akan datang lunch kat sana.
Lama betul tak jumpa dia.
Ingatkan hari tu nak ajak dia datang open house raya tapi dia pi UK hantar adik dia blaja.
Dalam whatsapp, dia memang ada bagitau menu utama dia Laksa Johor and Nasi Dagang.
Dua-dua tajuk menu tu memang kena je dengan tekak aku.
Bawak pulak En Wan, konfem nasi dagang lah dia pilih.
Fadz (owner Benang Hijau and this cafe) memang orang Tganu, jadi of cos menu Tganu jadi main.
Laksa Johor dia pakai angel hair, jadi nampak banyak sikit. Nak sedut pun senang.
Kuah ok, memang rasa ikan.
Tapi aku lupa nak letak limau and sambal belacan. Kalau aku letak mesti best.
Aku memang tak pernah tolak kalau laksa Johor. Memang suka.
Tapi kalau letak sebelah ngan Laksa Kak Su of cos aku pilih laksa Kak Su lah. Sebab aku memang suka gilaaa laksa kak su.
Nasi dagang. Nasi dia banyak, kan?
Tapi En Wan habis kauuuuu. Aku tak tau mana dia sumbat nasi ni. Perut kecik je padahal.
Sikit tak pelawa aku. Aku ni dari mula dok tenung je nasik dia. Sardin je dia suap satu sudu satu sudu satu sudu dalam mulut. Nama nak hulur sesudu kat aku harammmm.
Tapi kalau habis, maknanya sedap lah tu.
Specialnya nasik dagang sini dia bagi 1 biji telur.
Mana penah makan nasi dagang ada telur, kan? Ok kat sini dia bagi.
Pesen macam aku masak nasik ayam la ceritanya ni.
Aku kalau masak nasik ayam mesti ada telur rebus. Jangan tanya apesal. Sukati haku lah. 😆😆
Pastu, dia ada bagi satey ikan. Orang Kelantan panggil lokcing En Wan kata.
Ini memang menu lengkap En Wan kalau balik Tganu.
Mesti dia akan singgah Dataran Syahbandar beli satey ikan.
Punyalah tak malunya dia hari tu gi tanya "Ada sos dia tak?".
Ya ampunnnnn tolong lah.
Seb baik laki si Fadz ni pun memang tau lokcing tu makan ngan sos, dia keluarkan sos.
Itadakimasu!
Agaknya tokey tengok laki aku bedal lokcing beria-ia, dia keluarkan sebekas lagi.
Presentation kedai ni not bad lah. Memang menyelerakan bila makanan sampai.
Kalau kat Tganu, satey ikan ni dipanggang.
Tapi kat cafe ni dia pakai air fry. Tak berminyak. Lebih kurang macam kepok lekor la jadinya.
Satey ikan cafe ni bulat-bulat. Kalau kat Dataran Syahbandar sekeping-sekeping.
Kan aku pernah cakap aku suka karipap ikan made in Tganu kan?
Sape nak rasa, boleh la pi cafe ni.
Dia pun ada karipap ikan. Tapi sebab dia buat untuk jual, jadi karipap ikan dia besar-besar.
Macam mak mertua aku buat untuk makan-makan sendiri jadi comel-comel lah sikit saiznya, senang nak telan.
Tapi yang kat cafe ni sambal ikan dia lembab, dia buat macam ala-ala inti karipap biasa kan macam lembab-lembab sikit.
Aku biasa makan sambal ikan yang kering. Tapi rasa dia sama je.
Karipap ikan kat cafe ni memang orang Tganu sendiri yang buat. Bukan frozen punya tau.
Kalau nak cari karipap ikan frozen pi cari kat Mydin Kuala Terengganu. Melambak.
Yang kiri sekali tu suami Fadz. Tokey cafe lah kiranya.
Very humble couple.
Sempoi je, tapi butik 16 cawangan.
Yang tengah tu laki aku. Kahkahkah.
Ini menu book asal sempat je dia kata.
Banyak yang takde lagi dalam menu ni sebab dia nak bukak cafe ni cepat, jadi dia buat menu book mana yang sempat dulu. Padahal menu lain. Sedang dalam proses nak ambik gambar food untuk buat new menu book.
Dan cafe ni sebenarnya menu utama adalah coffee.
Tapi masa aku datang coffee machine belum sampai lagi.
Tak salah aku dia kata baru 3 hari open.
Insyallah lepas ni orang Bangi boleh la pekena coffee ala-ala Stabak kat cafe Orked Lavender.
Aku tanya apesal nama Orked Lavender?
Dia bagitau ideanya nak buat cafe dalam taman. So oneday cafe ni akan penuh dengan bunga orked and lavender.
Secret Recipe kan selalu buat hal sekarang, kek manjang je takde.
Lepas ni boleh beli kek kat sini.
Kek cheese dia sedap, aku dah rasa.
Orang Malaysia kalau sebut je bisnesman, mesti terbayang pakai kot 24 jam.
Ni hah, ko tengok bisnesman pakai jeans ngan shirt je. 😆😆
Laki si Fadz ni senonoh la sikit pakai kasut. Laki aku lagi sardin, pakai selipar je.
Laki si Fadz ni pun background engineering jugak. Boleh ngam la tu.
Nak minuman hipster?
Aku lupa apa tajuk minuman ni, tapi cokelat. Jadi aku tak minum, En Wan yang minum.
Tapi cheese cake atas tu semua aku bedal. Sedap.
Kalau korang nak pi sini, cafe ni satu deret ngan Fareeda Exclusive.
Kalau dari tepi jalan tu boleh nampak sign Orked Lavender.
Alamat dia : 7G Jalan Medan Pusat 2D, Bandar Baru Bangi.
Bukak hari-hari tapi start tengahari 12pm - 12am.
Nah no telifon 0389122200.
IG : @orkedlavenderkafe
Makan free.
Esok kalau rajin datang Booth 3216 GREENAARD.
HALL 3, PWTC. Insyallah, aku akan ada sana.
Kitorang bagi 80 kupon untuk ditukarkan ke free gift. Ambik kupon ni kat pintu masuk. Aku tak tau camana cara Mood Republik agihkan free gift, tapi kalau korang dapat kupon tu boleh redeem free gift kat booth. Yang tanya pasal point, kat PWTC kita bagi DOUBLE POINT.
2016-12-21
Party air lagi
Semakin lama entry semakin backdated. Hahaha.
Takpe, busy is good.
Sedap tak gambar kat bawah ni?
Series, aku tengah lapar ni.
Nampak soto ni siap dengan begedil daging buatkan aku makin lapaq.
Sambal kicap soto ni kemain berdesing lagi.
Kali ni tolong percaya. Sebab semua orang dalam rumah Mak Aji tu cakap sambal kicap memang berdesing. Berhingus-hingus makan soto ni okeh. Tapi sebab sedap, pedas pun pedas lah. Balun jugak.
Aku order makanan ni semua sempena besday Rayyan (buat lagi sekali) and Jannah. Buat kat rumah Mak Aji senang sikit sebab kali ni rumah dia dah ada kolam. Jadi sedap sikit parti tepi kolam. Walaupun kolam budak-budak. Tapi tu yang bagus. Bila budak-budak leka berendam, kurang sikit dia berpencak dalam rumah. Jadi, mak mak boleh la gossip dengan lebih fokus.
Aku order soto nasi with bergedil daging kalau tak salah. Punyalah lama entry ni sampai aku yang aku order pun tak ingat 😆😆. 20 pax.
Aku kan malas nak join masak-masak ni. So aku cakap takyah lah susah-susah nak masak, biar aku order je makanan. Sebenarnya bukan taknak bagi dorang susah. Aku taknak aku yang susah kena tolong. Kah Kah Kah.
Lagipun Sabtu tu aku keje oii. Tak sempat aku nak mengejar dari opis nak pecut balik Bangi semata-mata nak tolong masak.
Kat orang yang sama, aku order roti jala kuah kari daging (eh ke ayam, pun aku lupa).
Aku order 60 pcs je ni. Sebab ada banyak lagi makanan lain aku order so jangan tamak-tamak sangat.
Ni pun orang yang sama. Mihun untuk 30 pax kalau tak salah.
Pastu adik ipar aku Siti gorengkan drummet.
Aku dapat contact number ni lepas aku naikkan kat status FB nak carik makanan, kejap pastu dia PM aku. Bagus, fast action, fast result. Sape nak try, boleh ke IG @sizzlingkitchen. Dia duduk Nilai.
Dessert aku order kat another reader nama Zareena. Masa besday Rayyan kat skolah and jamuan skolah agama Redza pun aku order dia je. Senang, sebab aku ni malas sikit nak mencari. Kalau dah jumpa satu, memang satu tu je la aku maintain selagi tak buat hal. Hahaha.
Aku order apam pisang, nutella tarts, 2 jenis sandwich. Kalau nak order boleh ke IG @ovendanloyang.
Disebabkan kali ni ramai kanak-kanak datang, jadi aku angkut extra kolam dari rumah aku.
Kolam aku kecik je untuk Rayyan main sorang. Jadiklah, buat tambah-tambah kolam kat sini.
Kanak-kanak level toddler sila masuk dalam kolam kecik.
Kanak-kanak yang bentuk buahnya dah nampak jelas, bolehlah masuk dalam kolam ni.
Bapak budak hampir-hampir masuk dalam kolam sekali bila anak kejap-kejap terbenam.
Aku pun ingat nak rasmikan kolam bapak aku hujung minggu ni. Last kolek lah sebelum Ima balik JB. Aku ngan Ima nak merasa berendam dalam ni sambil bergosip. Mohon bapak-bapak angkut anak-anak pi Petronas ke, 7-11 ke, barang sejam dua.
Kan this year besday Rayyan buat kat skolah.
Tapi disebabkan nak celebrate besday Jannah, aku takut karang si jendul tu sentap tengok orang lain tiup lilin, dia tak. Jadi, tahun ni dia sambut 2 kali besday. Tapi kali ni kek beli kat Berry's je sudah. Eh tapi kan kek kat Berry's ni lagi best lah dari Secret Recipe. At least dia punya choc black forest kena ngan tekak aku. Tak muak pun. Untuk Jannah belikan red velvet.
Tiba-tiba terasa rumah ni penuh dengan generasi yang kenit-kenit.
Macam sekejap je dah muncul generasi kenit-kenit ni. Ramai pulak tu, and the number will increase.
Tapi bukan dari aku ngan Ima lah. Maybe Siti. Aku bajet Siti kurang-kurang 7 sebab dia muda lagi. Saje nak bagi dia gemuk macam kitorang. Mbahahaha.
Budak yang belah kiri baju pink tu anak cousin aku. Nama Keisha.
Muka dia macam muka bapak dia macam kecik.
Cuba tengok muka budak laki ni, sama kan dengan muka Keisha?
Very the anak bapak. Yang budak laki tu nama dia Anuar.
Ok, aku tau korang lebih berminat nak tanya sapekah gerangannya budak pompuan belah kiri dan kanan Anuar tu, kan?
Yang belah kiri Ima.
Yang belah kanan tu Naomi Campbell. Kau mampu bergambar macam tu?
Hoi, duck face tu aku yang trendsetter lah. Korang baru terhegeh-hegeh nak buat, ceh!
Hoi, duck face tu aku yang trendsetter lah. Korang baru terhegeh-hegeh nak buat, ceh!
Malam tu terperasankan lagi satu gambar Pak Aji gantung kat dinding.
Ada ke gambar ni dia gantung? Cariklah gambar yang memaparkan sisi jelita aku sikit. Apedaaa..
Oh tapi mungkin inilah gambar paling jelita yang pernah aku ada dulu.
Korang mana berani nak bergambar sekonfiden macam ni kan?
Walaupun jongos, tetap aku bangga tayangkan gigi aku.
Ima sorok gigi. Blah lah.
Gambar ni pun dia gantung.
Gambar anak-anak dia berbirat sunbathing kat Langkawi tahun 1988.
Walaupun pakai T Shirt, tapi feeling-feeling Baywatch mesti mau ada okeh.
2016-12-17
Setahun dah
17 Disember 2015.
Status setahun yang lepas.
Nasib baik Facebook ingatkan. Kalau harap aku ingat, memang konfem tak.
Dah setahun rupanya aku dengan imej abaya.
Tapi tak all black sangat. Kadang-kadang pakai gak kaler-kaler.
95% je lah ber-abaya sepanjang tahun ni.
Alhamdulillah, good start mudah-mudahan tahun depan lebih patuh syari'i.
Aku ingat lagi bulan-bulan pertama aku pakai macam ni ada reader tanya ada tak any challenges?
Ada.
Of course apa-apa benda baik yang kita nak buat akan datang dengan cabaran.
Dulu aku ingatkan cabaran berhijrah dari togel ke bertudung dah habis tercabar dah.
Rupanya tak.
Cabaran nak berpakaian patuh syari'i lagi kuat challenges-nya.
Orang berhijrah dari tak bertudung ke bertudung kita dah selalu nampak.
Benda tu benda biasa dah.
Cabarannya cuma pada kepala je - dari free hair ke bertudung.
Tapi bila nak cuba perbaiki cara berpakaian kepada lebih syari'i haaa kau.
Kat situ rupanya cabaran lagi kuat.
Apetah lagi bila pilih untuk pakai all black. Secara otomatik kau jadi golongan minoriti.
Alhamdulillah, berpakaian abaya hitam all black dari atas ke bawah dah tak jadi satu benda yang pelik sangat kat Malaysia ni. At least kuranglah sikit yang buat muka pelik pandang aku.
Tapi cabarannya adalah pada si pemakai tu sendiri.
Time kita decide nak berpakaian patuh syari'i ni lah melambak-lambak keluar macam-macam fesyen. Cantik-cantik pulak tu. Kuang aja betul.
Kalau hati ni jangan cakap la, kadang-kadang terdetik juga nak 'menghalalkan' baju tu, baju ni, sebab kita terasa nak pakai.
Baju tu tak salah pun. Bak kata sorang guru agama yang aku penah hadir kelasnya, "yang pakai blouse, pakai jeans ketat tapi bertudung tu semua tak salah, cuma kurang tepat".
Disebabkan perkataan 'TAK SALAH' tu, wahhh, kemain suka lagi aku.
Terasa lega ada ahli agama yang kata baju-baju tu semua tak salah dipakai. Biasalahkan, manusia.
Tapi everytime aku cuba justify perkataan 'tak salah' tu, aku akan ulang balik ayat tu. Ulang banyak kali.
Ustaz kata memang tak salah. Tapi kurang tepat.
Pastu aku fikir balik. Betul juga. Apesal aku fokus kat perkataan 'tak salah'? Apesal aku taknak fokus kat perkataan 'kurang tepat'?
Tricky kan?
Same goes to ayat "Solat malam tu sunat je, Tak buat pun takpe. Bukannya dosa".
Dan kita suka berpegang pada statement tu.
Sedangkan patutnya kita pegang pada "Tak buat pun takpe, bukannya dosa. Tapi kalau buat dapat pahala".
Tricky betul statement tu.
Pandai gila setan buat kona lipat, kan?
Kiranya di awal-awal bulan dulu aku ni banyak memujuk hati sendiri.
Takde manusia hasut pun, tapi nafsu and setan memang sentiasa je bagi pendapat dorang.
Tiap kali masuk mall nampak baju-baju baru, time tu lah aku cuba berjustifikasi.
Mujur jugak la dah biasakan diri sebelum beli apa-apa tanya En Wan dulu.
Kadang tu En Wan tak approve. Bukan sebab baju tu tak sesuai, tapi aku rasa dia malas nak suruh aku shopping. So, terselamatlah kat situ.
Tapi bila dia approve je, tak tentu arah jugak aku membeli.
Tapi pastu ada yang tak berpakai.
Ada 5-6 helai kot blouse aku beli yang masih ada price tag. Bila nak pakai terasa macam takde hati pulak. Kadang-kadang kalau En Wan suruh aku pakai seluar, baru aku pakai. Tapi most of the time dia tak kisah aku nak ber-abaya.
Tak senang sebenarnya kita nak berpakaian syari'i.
Banyak cabarannya.
Baju patuh syari'i ni besar, takde potongan pinggang dan longgar, membuatkan kau nampak gemuk.
Biasanya design tak menonjol, warna tak menyerlah. Kau takkan nampak outstanding.
Masa tu lah macam-macam fesyen muncul.
Masa tu la macam-macam benda nak trending.
Tapi macam marriage, dugaan hebat cuma di awal-awal saja.
Kalau kau berjaya lalui tempoh cabaran tu, insyallah laluan seterusnya ok.
Bukan kata dah takde cabaran lansung. Ada tetap ada cuma insyallah kau pun dah kuat sikit time tu.
Support dari family and orang terdekat mainkan peranan.
Nasib baik lah family aku takde yang sound "Ko apesal pakai macam ni?"
Maybe ada, tapi aku tak tau. Hahaha.
Kawan-kawan aku pun ok je.
En Wan yang paling ok. Sebab dulu zaman muda dia memang suka yang sexy-sexy saja. Hahaha.
Mungkin faktor usia.
Insyallah, doakanlah aku semakin perbaiki diri luar dan dalam.
Ini something yang aku submit di Mekah.
Memang aku mintak bagi aku kekuatan untuk perbaiki cara berpakaian.
Sebab aku percaya, bila kita ubah cara berpakaian, slowly akhlak kita akan berubah sama.
Nak ubah serentak susah. Kita pilih yang senang dulu.
Aku pilih ubah cara berpakaian dulu.
Itu pun sebenarnya tak berapa senang.
Tapi tolong doakan lah ya.
Gambaq pagi tadi. Jubah ni kawan aku hadiahkan. Dia kata kawan dia yang pakai jubah hitam aku sorang je. Sebab tu aku dapat abaya ni. Aku berharap dia akan terus hadiahkan lagi dan lagi dan lagi lepas ni. Kawan-kawan aku yang lain kalau nak hadiah kan, aku pakai abaya size S bahu 15 inci ya. Haha.
Gambar ni sekali jalan nak ingatkan YES 2016 GREENAARD start hari Senin ni ok?
2016-12-16
Langkawi 2016
Lama dah aku bertangguh pasal percutian tergempar ke Langkawi 2 minggu lepas.
Tahun ni memang tak ada plan bercuti.
Sebab cuti sekolah kali ni GreenAard ada 2 event, 1 house sale, Redza attend Kem Tahfiz dan Rayyan bersunat. Jadi, no holiday.
Tapi rezeki budak-budak ni agaknya, 2 minggu lepas Redza kena pi interview MRSM Langkawi. Jadi, terpaksa holiday jugaklah nampaknya. 😝
Dapat information kena pi Langkawi tu hari Khamis. Masa tu Redza masih ada di Kem Tahfiz. Tanpa tanya persetujuan dia nak pi interview tu ke tak, kitorang terus je booking flight and hotel. Takpelah, kalau dia taknak pi pun, boleh jugak lepak sana kejap bercuti. Kebetulan Ahad yang sama jugak dapat interview ke Alor Gajah, tapi Redza taknak pi sini. Jadi, kitorang ke Langkawi je lah.
Tapi pagi Ahad tu, balik Bangi kejap.
Atuk and nenek dia nak jumpa Redza. Cucu tersayanglah katakan.
Sekali atuk bentangkan kolam lah pulakkk.
Ni atuk baru beli sempena menyambut cucu-cucu nak balik bercuti. Kebetulan cucu Johor pun ada sekali, jadi jimatlah duit aku beli tiket Sunway Lagoon. Campakkan aje budak-budak ni kat Haji Sahak Lagoon ni. Si Rayyan padahal baru semalamnya bukak sarung kote. Dia bersunat 5 hari sebelum gambar ni diambik. Dengan punai yang masih merah-merah tu lagi dia nak jugak terjun dalam kolam. Gasak kau lah. Nasib baik tak apa-apa. Dalam kolam elok je kau berpencak. Keluar je dari kolam terus terkengkang-kengkang. Tapi sebab beliau gigih orangnya, jadi tetap keluar masuk kolam 2 kali.
Sambil anak-anak bergumpal dalam kolam, maknya bertungkus-lumus mentekadah mee rebus kat dapur.
Balik dari Bangi terus ke airport Subang. Senang sikit gerak dari sana, dekat dengan rumah.
Nak je aku jawab "Haah kak, bapak dia Mat Dan yang cakap Tganu tu". Kah Kah Kah.
Asal rambut perang sikit je mesti ingat anak omputih.
Maknya ni Jawa okeh.
Apa ingat Jawa ni berkerak sangat ke acuannya? Hahaha.
Benti makan jap kat atas airport.
Ko tengoklah si Redza pakai tracksuit ngan selipar je.
Patutlah susah nak dapat layanan istimewa kat mana-mana, dah kau pun cam ulu nau kan.
Nak duduk kat Pantai Cenang pun resort banyak dah full.
En Wan pulak takde mood bercuti, sebab pi sana pun nak menghantar Redza je jadi kitorang duduk kat pekan Kuah je.
Nama tempat ni Dayang Bay Service Apartment.
Tak jauh mana pun dengan MRSM Langkawi. Just nice la lepak sini.
Aku sebenarnya tak suka duduk service apartment sebab macam duduk dalam rumah je. Baik aku lepak kat rumah aku je lagi best.
Tapi Dayang Service Apartment ni sangat ok!
Ini ruang pantry. Ada disediakan small oven untuk bakar roti, masak maggi, cerek pun ada. Pinggan mangkuk lengkap. Siap dengan sabun basuh pinggan mangkuk sekali. Untuk yang ada anak kecik memang sesuai lah duduk sini. Takde la rasa payah sangat kejap-kejap nak basuh botol susu kan. Yang best tu bila ruang makan selesa untuk empat orang kat balkoni sambil mentekedarah sambil meniup udara segar sambil jadi Baywatch. Boleh tahan ramai yang berendam pakai bikini kat bawah tu.
Bilik tido aku.
Kitorang kan book hotel dah lambat, jadi apartment yang 2 rooms pun dah sold out. Tapi ada sofa bed. Jadi ada extra katila la jugak kat depan. Mak aku nak duduk depan sebab luas nak bergerak dia kata. Senang nak ke 'dapur'. Mak ngan Rayyan tido depan, Aku, En Wan and Redza dalam bilik.
Pool yang super duper besar!!
Tapi sepatutnya dia besarkan pool bahagian budak-budak sebab orang-orang tua mana ada nak berenang sangat. Tapi pool budak-budak ni pun dah cukup besar berbanding pool kat hotel-hotel yang biasa aku pergi. Puas hati la.
Aku tak turun lansung ke kolam.
Aku just lepak dalam bilik baca buku and tengok TV je. Malas aku nak bersun-bathing kat bawah tu.
Kebetulan pulak cuaca tak panas sangat sepanjang aku ke Langkawi. Petang hujan sikit, tapi renyai, tak lebat. Jadi, takde la kata aku tersadai dalam bilik takleh kemana-mana. Shopping tetap shopping.
Disebabkan dia ni jalan terkengkang-kengkang dek sebab kote belum baik betul lagi, jadi naikkan dia terus atas kerusi roda. Cepat sikit bergerak kan. Orang lain tengok pun berteka-teki "Apa la sakit budak ni agaknya". Oh ya, anak kera dia tu pun ikut sekali pi Langkawi. Taknak tinggal "Nanti kesian dia tak boleh tido sorang, Ma". Ye lah, nak. Angkutlah. Ni pun dah cukup baik dia angkut seketul je. Kalau tak dulu Upin Ipin pun bawak, teddy bear bawak, anak kera bawak, sampai penuh seat kat belakang ngan anak-anak dia je.
Macam biasa, kalau dah namanya duduk kat service apartment atau theme park, aku memang tak berkenan dengan buffet breakfast dia. Sebab manusia memang penuh, pastu makanan asik lah tak cukup dan berselipat di sana sini. Kat Dayang Bay nampaknya kejadian "beruk terlepas dari kandang" tak berlaku. Manusianya semua behave. Makanan pun tak berselipat sangat, cuma kena datang awal lah. Awal means before 8am. Kalau datang selepas waktu tu kau dapat mee ngan telur rebus aje. Aku tengah makan telur rebus la tu.
"Walaupun saya baru lepas bersunat tapi saja bajet macam takde apa berlaku"
Ni Monday, tengahari.
Redza tengah siap-siap nak attend interview.
Ni masa tengah queue untuk mendaftar.
Boleh tahan ramai.
Kebetulan Redza orang pertama yang di-interview, jadi dapatlah balik awal.
Awal lah petang tu aku check in Haji Ismail. 😝😝
Dalam pada tak sempat tak sempat tu, walaupun hanya 1 jam je dapat kat Haji Ismail tetap terpaksa beli beg baru semata-mata nak angkut cekelat. Mujurlah takat 1 jam. Tapi ni bukan aku punya semua. Separuh kat dalam beg ni hantaq ke Bangi. Maklumlah, adik-adik aku berkumpul kat sana, jadi aku memang nak suruh dorang muntah cokelat. Aku beli untuk diri sendiri boleh tahan gak la, tapi sampai sekarang 1 paket pun belum luak lagi. Nak kena cari masa yang sesuai untuk hadap betul-betul. Kalau makan sambil menyambil-nyambil memang payah nak luak.
Kat Haji Ismail orang bershopping macam tak ingat dunia okeh.
Sauk sauk sauk.
Dasyat betul penangan Haji Ismail.
Ni mujur tak duduk kat hotel Haji Ismail sendiri. Kalau duduk hotel dia mau kejap-kejap aku masuk kedai Haji Ismail ni.
Itulah dia percutian terkejut aku ke Langkawi.
Kalau ada rezeki Redza masuk MRSM sana, tetiap bulan la aku singgah Haji Ismail tu.
Si Redza tanya aku "Ma, kalau Redza dapat masuk sini, boleh tak mama visit Redza 2 minggu sekali?"
Boleh nakkkk.
Bapak kau memang ada share ngan Tony tu. Boleh naik kapal terbang free.
Ok aku nak highlitekan kejap YES GREENAARD 2016.
Harga ni bermula 19 Disember sampai 7 Januari depan.
Untuk YES ni disebabkan dah bagi diskaun, jadi point kita hanya bagi RM1=1 point.
But ok lah tu kan, at least masih bertambah point-point tu.
Harga COMBO DEAL kekal harga asal, takde diskaun sempena YES 2016. Sebab COMBO DEAL ni akan dirombak harganya tahun depan. Jadi, siapa yang nak beli COMBO DEAL sekarang, baik beli now. At least boleh jimat sikit.
YES ni valid untuk pembelian :
✔ online (website/FB)
✔ whatsapp 012-7728976
✔ walk in ke ofis GreenAard
✔ melalui agen
Pilihlah nak beli ikut channel mana. Akan dapat harga yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)