2007-12-24
Penat and malas
Baru balik dari Tganu.
Letih and mengantuk tapi still gigih bukak laptop nak siapkan keje and plan apa nak wat esok.
Dak faisal gatal mengingatkan aku tentang exam.
Erghhhhh.
Actually hari tu tak sempat nak wat exam.
Bagi kuiz je.
Macam taik.
Dah lama aku tinggalkan segala tok nenek DNA, RNA, siRNA, miRNA bla bla bla hak tuihhh bla bla bla. Berkarat gila paler hangguk aku nak kuarkan balik segala bendalah ni. Tapi takde la bangang sangat kan, kira boleh la. Itupun seb baik aku selak-selak gak notes, kalau tak melopong gak pikir apa nak jawab. Kalau objektif boleh gak aku tembak. Ni subjektif. Dah la bos yang tanya. Apa tak ko tembak je aku kasik mati dari tengok muka sarcastik ko sengih-sengih bila aku takleh jawab.
Tapi mampos la kan dengan muka SARKAStic ko.
Dia kata anytime lepas final training dia akan come out with questions. Final training dalam minggu depan kot. Aku balik Tganu dengan penuh kesengsaraan. Orang lain beraya, aku dok depan laptop sambil baca notes. Time SPM pun aku tak study maut cam ni okkk. Esok nak exam, hari ni aku leh lagi bukak majalah REMAJA dulu baru bukak buku skolah. Seb baik MANGGA lom wujud lagi, kalau tak panjang jawabnya menung aku lam exam hall.
Takpe, aku berazam study gila-gila pasni. Tak exam pun study gak. Everyday satu bab kena habis and fahamkan. Lepas tu aku nak ko soal aku. Soal la berapa banyak pun. Kalau semua soalan aku jawab betul, aku hempok paler ko. Ko yang ambik aku dok situ, pastu ko nak test test pulak.
Bingai.
Oh yes, ingat lagi kawan aku yang suka test-test lirik lagu ngan aku?
Sebab aku busy hamat, aku telah digelar sebagai MAK ACI kerana tak aci ambik lebih masa nak hafalkan lagu I'll Be Missing You.
Yenadeyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Takat lagu Puff Daddy tu apa lah susah? Lagi payah nak hafal lagu skolah aku dulu.
So tadi aku nyanyi la jugak guna mic laptop ni. Walaupun aku tau dia tau aku nyanyi ambil bukak Lyricsearch.com. Cam aku tak tau ko sebenarnya nak dengar suara aku je kan?Wakakakakkakka.
"To R**a A***n H***y a.k.a King, congrats on your engagement this X'mast.
My warm wishes for a lifetime of joy and togetherness.
Kawen sok la I datang ok? Sorry terDC from YM and malas nak log in balik.
I know you are reading this. About the question, my answer will be - 'I PROMISE' "